The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sjktarumugampillaisp, 2020-04-13 13:15:42

PANDUAN PEMBINAAN ITEM

PANDUAN PEMBINAAN ITEM

BANK SOALAN

Definisi

Himpunan item-item soalan yang diklasifikasikan mengikut kategori yang telah
ditetapkan. Contohnya mengikut : -

Tahun/ Tingkatan
Mata pelajaran
Tajuk/ Konteks
Konstruk
Aras kesukaran

Ciri-ciri bank soalan

Antara ciri-ciri bank soalan adalah:
Item yang dihimpunbukan dalam bentuk set kertas soalan yang lengkap iaitu
itemnya belum dipasang menjadi kertas ujian.
Ianya BUKAN koleksi soalan yang merupakan set kertas ujian yang
dikumpulkan di dalam fail.
Item yang dibina mesti diuji melalui ujian bulanan / topikal / diagnostik /
peperiksaan.
Setelah diuji, item tersebut perlu dianalisis mengikut sistem penilaian 9 poin.
Item yang sesuai dan memenuhi kriteria akan disimpan dalam Bank Soalan.

Sistem Penyimpanan Bank Soalan

Penyimpanan bank soalan sekolah akan diurus, diselia dan dikemaskini oleh
panitia sekolah.
Bank soalan boleh disimpan dalam bentuk sistem perisian atau sistem fail
berbentuk softcopy.
Bahan disusun dalam folder mengikut kategori

i. Tahun
ii. Subjek
iii. Tajuk
iv. Konstruk
v. Aras

Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Tingkatan 3

Subjek Subjek Subjek Subjek
Tajuk Tajuk Tajuk Tajuk
Konstruk Konstruk Konstruk Konstruk
Aras Aras Aras Aras

Contoh penyimpanan bank soalan dalam bentuk folder
45

Contoh: :4
Tahun : Sains
Subjek : Menyiasat Alam Kehidupan
Tajuk : Pengetahuan
Konstruk : Tinggi
Aras
Soalan:

Mengapakah makanan diperlukan oleh benda hidup?

I. Untuk mendapat tenaga
II. Untuk membesar
III. Untuk menjaga kesihatan
IV. Untuk mengawal suhu badan

A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

.

Mudah diakses, jika melalui portal sekolah ianya perlulah mudah di muat turun
& muat naik.

Sumber Bank Soalan

Item soalan boleh dikumpulkan melalui perkongsian dalam kalangan guru /
panitia / sekolah / daerah / negeri.

46

POST-MORTEM

Definisi:
Post-mortem secara umumnya bermaksud pemeriksaan sesuatu rancangan yang
gagal untuk mengetahui sebab kegagalannya. Ianya juga bermaksud perbincangan
terhadap punca kegagalan sesuatu perkara. Dalam konteks pendidikan, post-
mortem digunakan untuk menganalisis keputusan peperiksaan. Aspek kelemahan
dan kekuatan dikenalpasti bagi menentukan strategi penambahbaikan.

Post-mortem digunakan untuk:
Menilai keupayaan guru dalam PdP, sama ada mencapai objektif atau tidak.
Menilai keupayaan murid belajar, sama ada murid menguasai atau tidak
kemahiran yang telah diajar.
Memastikan kualiti soalan menepati Jadual Spesifikasi Ujian.
Mengukur keberkesanan program pemulihan, pengukuhan dan
pengayaan yang telah dilakskanakan oleh panitia.
Merancang program susulan untuk penambahbaikan.

Post-Mortem ( Analisis Item )
Guru-guru memperoleh maklumat tentang kualiti soalan yang telah digunakan dalam
ujian. Maklumat ini menyumbangkan kepada usaha membentuk ujian yang boleh
dipercayai menerusi langkah menyediakan bank item.

Tujuan analisis item adalah untuk:

Membantu menunjukkan peratusan pelajar yang menjawab soalan tersebut
dengan betul.
membolehkan guru-guru menilai kesesuaian item tersebut dari segi
kesukarannya iaitu sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar
bagi sesuatu kumpulan pelajar.
menunjukkan keupayaan sesuatu item itu mengasingkan pelajar pandai
daripada pelajar lemah.

47

Item boleh dianalisis secara empirikal berdasarkan jawapan yang diberi untuk
mengetahui kekuatan dan kelemahan item. Hasil analisis item boleh digunakan
untuk memperbaiki kualiti item berkenaan. Sesuatu item objektif aneka pilihan dan
ujian subjektif boleh dianalisis untuk mendapatkan maklumat Indeks Kesukaran.

Indeks Kesukaran

Indeks kesukaran berfungsi untuk:

mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula iaitu apabila guru mendapati
soalan-soalan berkenaan tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar
(soalan sukar).
mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian
kurikulum iaitu yang boleh dikuasai pelajar dan yang tidak boleh dikuasai
pelajar.
memberi maklum balas kepada pelajar tentang kekuatan dan kelemahan
mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji.
mengenal pasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan seperti
kandungan yang ditekankan semasa pengajaran.

Indeks Kesukaran Item.
Indeks Kesukaran terbahagi kepada dua ujian, iaitu Ujian Objektif dan Ujian
Subjektif.

Indeks KesukaranItem Objektif
Indeks kesukaran item bagi ujian objektif, dapat menunjukkan aras kesukaran
sesuatu item, iaitu sama ada item itu mudah atau susah dijawab. Bagi ujian
berbentuk objektif, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan
calon yang memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon
yang menjawab item tersebut.

48

Contoh pengiraan:

p = Bilangan calon yang memberi jawapan betul
Jumlah calon yang menjawab

Satu soalan dapat dijawab dengan betul oleh 30 orang pelajar
daripada sejumlah 40 orang pelajar yang menjawab soalan
tersebut.

p = 30= 0.75
40

Nilai p ialah antara 0.00 hingga 1.00. Sekiranya tiada seorang
pelajar pun dapat menjawab dengan betul maka nilai p menjadi
0 (soalan amat sukar) tetapi jika semua pelajar dapat menjawab
dengan betul, nilai p menjadi 1(soalan terlalu mudah)

Jadual : Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item

Nilai (p) Pengkelasan Item
0.00 – 0.20 Terlalu sukar
0.21 – 0.40 Sukar
0.41 – 0.60 Sederhana sukar
0.61 – 0.80 Mudah
0.81 – 1.00 Terlalu mudah

Indeks Kesukaran Item – Ujian Subjektif

Bagi item subjektif ( esei ) yang markah mengambil nilai 0 , 1, 2, 3...., indeks
kesukarannya boleh dikira sebagai nisbah markah purata ( markah min )
kepada julat markah penuh seperti berikut :

49

Indeks Kesukaran Item (p) = Markah Purata
Julat Markah Penuh

Sebagai contoh: Suatu item ujian esei berjawapan pendek diberi markah
minimum 0 dan maksimum 10. Sepuluh orang pelajar (p) telah menjawab
soalan ini dan mendapat markah seperti dalam jadual di bawah. Jumlah
markah bagi sepuluh orang pelajar ialah 63.0. Pengiraan indeks kesukaran
item seperti di bawah.

Pelajar P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10 Jumlah
Markah 6.5 3.5 7.0 2.5 4.5 8.5 9.0 6.5 9.5 5.5 63.0

Markah Purata = Jumlah Markah 63.0= 6.3
Jumlah Pelajar 10
Julat Markah Penuh
Indeks Kesukaran = Markah Maksimum – Markah Minimum = 10 – 0

= Markah Purata 6.3 = 0.63 = 63%

Julat Markah Penuh 10

Jadual : Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item

Nilai (p) Pengkelasan Item
00 – 20 Terlalu sukar
21 – 40 Sukar
41 – 60 Sederhana sukar
61 – 80 Mudah
81 – 100 Terlalu mudah

50

Post Mortem – Pencapaian Murid
Hubungan Post-Mortem Dengan Proses Headcount

TOV OTI 1 OTI 2 ETR

Post mortem

TOV Take off value (markah peperiksaan akhir tahun sebelumnya)
OTI 1 Operational Targeted Increment 1 – jangkaan markah Ujian 1
OTI 2 Operational Targeted Increment 2 – jangkaan markah PPT
ETR Expected Targeted Result (Jangkaan markah yang akan
diperoleh)

Langkah-Langkah Melaksanakan Post-Mortem.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk melaksanakan Post-
Mortem:

Post-mortem dijalankan selepas keputusan peperiksaan diperoleh.
Post-mortem dilaksanakan dalam tiga peringkat melibatkan guru mata
pelajaran, panitia mata pelajaran dan Jawatankuasa Kurikulum sekolah
Menyediakan data-data Headcount.
Menyediakan analisis item menggunakansebarang program yang ada
,contohnya seperti PEDIA dan SP-Chart.
Guru mata pelajaran membuat refleksi terhadap pencapaian murid dan
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid terhadap topik atau tajuk yang
telah dipelajari.
Dalam mesyuarat panitia, guru mata pelajaran melaporkan prestasi pencapaian
murid. Tindakan susulan panitia ialah mencadangkanprogram pemulihan,
pengukuhan dan pengayaan. Post mortem fokus kepada kelemahan setiap
mata pelajaran.
Pengetua atau guru besar mempengerusikan mesyuarat post mortem dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum.

51

Senarai semak dan tindakan: Tindakan
Bil Analisis Guru mata pelajaran,
1. Menyediakan data Headcount SU Headcount,
SU Peperiksaan
2. Analisis pencapaian keseluruhan mengikut PK Pentadbiran,
darjah/tingkatan (SAPHC) Setiausaha Peperiksaan

3. Analisis pencapaian keseluruhan mata PK Pentadbiran,
pelajaran (SAPHC) Setiausaha Peperiksaan
Analisis mata pelajaran (SAPHC)
KP mata pelajaran
4. a. Keseluruhan darjah (tahun) /
tingkatan Guru mata pelajaran

b. Kelas KP mata pelajaran,
5. Analisis „near miss‟ cemerlang Guru Bimbingan
Kaunseling, guru mata
6. Analisis „near miss‟menguasai pelajaran
KP mata pelajaran,
Guru Bimbingan
Kaunseling, guru mata
pelajaran

52

CARTA ALIRAN PELAKSANAAN
HEADCOUNT POST-MORTEM

MULA Kenal pasti pencapaian
murid
TOV
Proses TOV

TARGET Program pengukuhan Melengkapkan ETR
P&P dan pemulihan dan OT
Melaksanakan p & p
PENILAIAN
GPD Ujian/Peperiksaan

Pelajar membina
graf prestasi diri

ANALISIS Tidak capai sasaran Guru mata pelajaran
menyediakan analisis prestasi
Capai dan post mortem keputusan
Sasaran POST –MORTEM 1
Panitia menganalisis pencapaian
POST-MORTEM 2 Tidak capai target mata pelajaran
TAMAT 53
Mesyuarat Kurikulum Sekolah untuk
menganalisis perbandingan dan
strategi seterusnya

Keputusan peperiksaan
sebenar/pertengahan
tahun/percubaan/akhir
tahun/UPSR/PMR/SPM

LAMPIRAN
MAKLUMAT TAMBAHAN

ELEMEN HOTS (HIGHER ORDER THINKING SKILLS)DALAM
ITEMPENTAKSIRAN

PENGENALAN

Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kemahiran berfikir
aras rendah (Lower order thinking skills – LOTs) dan kemahiran berfikir aras tinggi
(HOTS) berdasarkan taksonomi Bloom. Aras pemikiran Bloom yang rendah terdiri
daripada pengetahuan dan kefahaman, manakala aras pemikiran tinggi ialah
aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian..

Taksonomi Bloom telah ditambah baik oleh Anderson dengan menggunakan kata
kerja dan meletakkan „menilai‟ dan „mencipta‟ sebagai pemikiran aras tinggi.

MENILAI MENCIPTA
SINTESIS MENILAI
MENGANALISIS MENGANALISIS
MENGAPLIKASI MENGAPLIKASI
MEMAHAMI MEMAHAMI
PENGETAHUAN MENGINGAT

BLOOM ANDERSON

HOTS (Kemahiran berfikir arastinggi) merupakan salah satu komponen utama dalam
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Ianya merupakan aras yang paling tinggi
dalam hieraki proses kognitif dan berlaku apabila seseorang mendapat maklumat
baru, menyimpan dan memeri, menyusun, serta mengaitkannya dengan

54

pengetahuan sedia ada, seterusnya memanjangkan maklumat tersebut untuk
mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit. Bereiter & Scardamalia
(1987) menyatakan bahawa dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, pelajar perlu
dilatih mengambil bahagian dalam menentukan objektif, mewujudkan wacana,
menentukan tindakan motivasi, analitik dan inferens yang dinamakan „literasi tinggi‟
(highliteracy).

Bertepatan dengan pendapat Postman (1979:140) “Segala pengetahuan yang
diperoleh adalah melalui penyoalan, dalam erti kata lain teknik penyoalan adalah
alat intelektual yang sangat penting”. Corak penyoalan menggunakan soalan aras
rendah (LOTS) adalah kurang sesuai kepada penjanaan pemikiran aras tinggi
kerana LOTS hanya boleh digembelingkan melalui soalan aras tinggi (Bloom, 1956,
1994., Kissock dan Iyortsuun, 1982). Taksonomi Bloom telah mengkategorikan
kemahiran berfikir mengikut aras tertentu yang dikenali sebagai „level of thought
processes‟. Oleh itu, pembinaan item soalan juga perlu berdasarkan kepada aras
tinggi dalam taksonomi Bloom.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
melaksanakan taklimat ProgramHOTSke seluruh negara pada bulan November
2012 untuk memastikan guru-guru berupaya membudayakan HOTS dalam
pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (PdP) dan menerapkan unsur HOTS ini
dalam membina item pentaksiran. Bagaimanapun sebagai langkah permulaan,
program HOTS ini hanya melibatkan mata pelajaran Sains dan Matematik bagi
Tingkatan 1 bermula dari tahun 2013 dan ianya dinamakan sebagai Program
HOTsSM (Higher Order Thinking SkillsIn Science & Mathematics). Program ini juga
akan diperluaskan kepada semua mata pelajaran lain pada masa akan datang.

MEMBINA ITEM BERUNSURKAN HOTS

Dalam membina item, guru perlu mengenalpasti tujuan soalan yang ingin
dikemukakan berdasarkan aras kemahiran Taksonomi Bloom dan Anderson.

55

Bagaimanapun guru hendaklah memberi penekanan kepada soalan berunsur HOTS
selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang mensasarkan pada
tahun 2016, soalan Pentaksiran Awam mengandungi 80% soalan HOTS. Ini penting
kerana soalan aras tinggi ini menggalakkan pembelajaran di mana ianya
memerlukan murid untuk membuat aplikasi, menganalisa, membuat sintesis dan
menilai maklumat dan bukan hanya mengingat kembali maklumat yang dihafal.
Selain daripada itu, ianya bertujuan untuk melahirkan modal insan yang cerdas,
kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu
bersaing di persada dunia selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Di antara tujuan penyoalan bagi menerapkan elemen HOTS dalam soalan ialah
untuk:

menilai pengetahuan sedia ada
menimbulkan minat
membina pemahaman
membina sikap dan penghayatan
mengukuhkan pembelajaran
merangsang pemikiran kritikal
menilai pembelajaran dan kemajuan murid
menjelaskan pemikiran
mencari sebab atau penjelasan
meneroka pandangan alternatif
menguji implikasi dan akibat

Ciri-ciri soalan HOTS yang berkesan adalah seperti berikut:

• Bermatlamat
Diminta untuk mencapai tujuan tertentu.

• Dinyatakan dengan jelas
Murid memahami apa yang dimaksudkan.

56

• Ringkas
Dinyatakan dengan beberapa perkataan yang mungkin.

• Memprovokasipemikiran
Merangsang pemikiran dan tindak balas.

• Menyoal siasat
Melibatkan urutan atau soalan yang membimbing dan terperinci.

• Skop terhad
Soalan yang bercapah akan mengelirukan.

• Disesuaikan dengan tahap kelas
Wajar dan berbeza.

KATA KERJA DALAM MEMBINA ITEM BERDASARKAN ARAS KEMAHIRAN
ANDERSON
Dalam membina item, pemilihan kata kerja adalah sangat penting bagi menerapkan
elemen HOTS dalam soalan tersebut. Berikut adalah contoh kata kerja dan kata soal
yang sesuai untuk digunakan:

57

1. MENGINGAT CONTOH KATA

KATA KERJA YANG BOLEH
DIGUNAKAN

memberitahu Apakah yang berlaku s
menyenarai Berapa banyak...?
menggambar Siapakah itu yang...?
menghubung kait Namakan...?
mengesan Terangkan apa yang b
menulis Siapa yang memberita
mencari Beritahu kenapa...?
menyata Cari maksud bagi...?
menama Apakah yang...?
Yang manakah benar d

5

A SOAL CONTOH AKTIVITI DAN HASIL

selepas...? Buat satu senarai tentang peristiwa-
peristiwa utama ...
berlaku di...? Buat satu garis masa peristiwa.
ahu...? Buat satu carta fakta.
Senaraikan fakta yang anda boleh ingat.
dan salah...? Senaraikan kesemua.... dalam cerita ini.
Buat satu carta untuk menunjukkan...
Buat satu akrostik …
Deklamasikan satu puisi.

58

2. MEMAHAMI

KATA KERJA YANG BOLEH CONTOH KATA SOAL
DIGUNAKAN

menerang Nyatakan dalam perkataan sen
mengintepretasi Beri gambaran ringkas ....
menggariskan Apakah yang akan berlaku sel
membincang ...?
mengesan Pada pendapat anda siapa..?
meramal Apakah perkara utama ...?
menyatakan semula Siapakah watak utama...?
menterjemah Apakah perbezaan antara…?
membanding Beri contoh untuk menyokong
anda.
menggambarkan Apakah definisi...?

5

L CONTOH AKTIVITI DAN HASIL

ndiri ... Cari atau lukis gambar yang menerangkan
lepas ini peristiwa ...
Terangkan pendapat anda tentang idea utama.
Sediakan satu jalur kartun yang menerangkan
urutan peristiwa …
Tulis dan lakonkan pementasan berdasarkan
jalan cerita…

Ceritakan semula dalam perkataan sendiri …
jawapan Lukiskan satu aspek yang anda suka …

Tuliskan ringkasan …

Sediakan satu carta alir untuk menggambarkan

59

6

urutan peristiwa …
Sediakan satu buku mewarna …

60

3. MENGAPLIKASI

KATA KERJA YANG BOLEH CONTOH KATA SOA
DIGUNAKAN

menyelesaikan Tahukah anda peristiwa lain di
menunjukkan Bolehkah perkara ini berlaku ..
menggunakan Himpunkan mengikut perwatak
membuat ilustrasi
membina Apakah faktor yang anda ubah
meramal
melengkapkan Dapatkah anda mengaplikasik
menilai ini dengan pengalaman sendir
mengklasifikasi Apakah soalan yang akan dita

menggambarkan Daripada maklumat yang diter
satu set arahan untuk ...
Adakah maklumat ini berguna
ada...?

6

AL CONTOH AKTIVITI DAN HASIL

i mana ...? Bina sebuah model yang akan menunjukkan
..? bagaimana ia berfungsi.
kan … Bina sebuah diorama untuk menceritakan
sesuatu peristiwa.
h jika ...? Ambil beberapa keping gambar untuk
menunjukkan sesuatu perkara.
kan kaedah Bina sebuah model tanah liat.
ri?
anya...? Rangka satu strategi pemasaran produk anda
menggunakan strategi yang diketahui sebagai
rima, bina panduan.

jika anda Pakaikan anak patung dengan pakaian
kebangsaan / tradisional.

61

6

Lukis mural berdasarkan perkara yang sama.
Tulis buku teks tentang …

62

4. MENGANALISIS

KATA KERJA YANG CONTOH KATA SOAL
BOLEH DIGUNAKAN

menganalisis Peristiwa manakah akan berlaku .
membezakan Sekiranya ... berlaku, apakah pele
menilai akan berlaku?
membanding Apakah persamaan ..dengan ...?
menyiasat Apakah hasil lain yang mungkin...
mengkategori Himpunkan mengikut perwatakan
mengenalpasti Apakah faktor yang anda ubah jik
menerangkan Kenapa perubahan ini berlaku?
memisahkan Banding perubahan yang anda ke
mempromosi dengan yang disampaikan.
Terangkan apa yang sepatutnya b

6

L CONTOH AKTIVITI DAN HASIL

...? Bina sebuah soal selidik untuk mengumpul
eraian yang maklumat.
Reka sebuah iklan untuk menjual satu produk.
.? Bina sebuah carta alir yang mempunyai
n… peringkat kritikal.
ka ...? Bina sebuah jigsaw.
Bina sebuah salasilah keluarga untuk
emukakan menunjukkan perhubungan.
Tuliskan sebuah biografi seseorang ...
berlaku Sediakan laporan ...
Anjurkan sebuah majlis lengkap dengan

63

apabila ...?
Apakah persamaan ...?
Apakah masalah yang mungkin tim
Apakah motif ...?
Apakah titik perubahan ...?

6

mbul? susun atur, langkah, rekod yang diperlukan ...

Nilaikan hasil seni – persamaan dan
permasalahan.

64

5. MENILAI

KATA KERJA YANG BOLEH CONTOH KATA SO
DIGUNAKAN

mengadili Adakah terdapat satu penyeles
memilih lebih baik untuk ...
memutuskan Nilaikan ...
membenarkan
membahas Bolehkah anda mempertahanka
mengesahkan anda tentang ...?
berhujah Adakah anda berfikir ... adalah
mengesyorkan sesuatu yang buruk?
menilai Bagaimana anda akan mengen
membincang Apakah yang mengubah ...

Adakah anda akan mengesyork
Adakah anda percaya?
Adakah anda seorang ... orang
Apakah perasaan anda jika ...

6

OAL CONTOH AKTIVITI DAN HASIL

saian yang Sediakan satu senarai kriteria untuk
menilai ... menunjukkan.
an kedudukan Jalankan perbahasan tentang isu
baik atau kepentingan khas.

Buat buku catatan 5 peraturan anda
anggap penting.

ndalikan ...? Meyakinkan orang lain.
Membentuk panel untuk membincangkan
kan? pandangan, misalnya "Pembelajaran di
g? Sekolah."
.? Tulis sepucuk surat kepada ...
memberi nasihat mengenai perubahan
yang diperlukandi ...

65

mengutamakan Adakah berkesan ...?
memberi kadar Apakah pendapat anda tentang
menentukan

6

g ...? Sediakan kes untuk membentangkan
pandangan anda tentang ...

66

6. MENCIPTA

KATA KERJA YANG BOLEH CONTOH KATA SO
DIGUNAKAN

Mencipta Adakah anda boleh mencipta…
Mereka Mengapa tidak mengarang seb
Mengarang Dapatkah anda melihat penyel
Meramal Jika anda mempunyai akses k
Merancang sumber, bagaimana anda akan
Membina dengan ...?
Mereka bentuk Mengapa tidak anda merangka
Mengembangkanimaginasi Adakah anda mempunyai cara
Mengusul Apakah yang berlaku jika ...?
Berapa banyak carakah anda

6

OAL CONTOH AKTIVITI DAN HASIL

…? Cipta sebuah mesin untuk tugasan tertentu.
buah lagu…?
lesaian jika…? Reka bentuk sebuah bangunan untuk
kepada semua menempatkan kajian anda.
n berurusan
Cipta sebuah produk baru. Berikan nama
a …? dan merancang kempen pemasaran.
a tersendiri… ?
Menulis tentang perasaan anda berhubung
boleh cipta dengan ....

Tulis rancangan TV, rancangan permainan,
pertunjukan boneka, main peranan, lagu
atau pantomim tentang ...

Rekabentuk rekod, buku, atau penutup
majalah untuk ...

67

Menjana ..yang baru dan luarbiasa untu
Mencipta formula Bolehkan anda tulis resepi bar
hidangan yang sedap?

Bolehkan anda bina kertas ker

6

uk ...? Jual idea. Merangka satu cara
ru untuk
untuk ...
rja untuk…?
Reka satu rentak atau meletakkan
perkataan baru kepada melodi yang
dikenali....

68

Menukar Soalan Rutin (LOTS) kepada Bukan Rutin(HOTS)

Soalan Rutin (LOTS)
•Tidak memerlukan murid untuk menggunakan kemahiran berfikir pada aras
tinggi.
•Operasi yang perlu digunakan adalah jelas.

Soalan Bukan Rutin (HOTS)
•Memerlukan tahap pemikiran pada aras tinggi.
•Meningkatkan kemahiran menaakul.
•Jawapan dan prosedur yang perlu digunakan tidak serta merta jelas.
•Menggalakkan lebih daripada satu cara penyelesaian dan strategi.
•Terdapat lebih daripada satu jawapan.
•Lebih mencabar.
•Berupaya membentuk murid yang kreatif dan inovatif
•Penyelesaian memerlukan lebih daripada membuat keputusan dan memilih
operasi matematik.
•Memerlukan masa yang sesuai untuk diselesaikan.
•Menggalakkan perbincangan dalam kumpulan dalan mendapatkan penyelesaian.

69

Contoh 1:

Soalan Rutin (LOTS)

Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut
dengan harga RM1.70. Berapakah jumlah wang yang dibayar oleh Maria?

Soalan Bukan Rutin (HOTS)

Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut
dengan harga RM1.70. Dia memberikan RM4.00 kepada jurujual.Berapakah
bilangan syiling yang diterima oleh Maria sekiranya jurujual itu memberikannya
beberapa syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen?Terangkan jawapan anda?

Contoh 2:

Soalan Rutin (LOTS)

1. Cari perimeter segi empat tepat yang mempunyai panjang 8 meter dan lebar
17 meter.
2. Cari panjang sebuah segi empat tepat yang mempunyai luas 48 meter
persegi dan lebar 6 meter.

Soalan Bukan Rutin (HOTS)

70

Mamat ingin membina pagar bagi reban ayam yang berbentuk segi empat. Dia
mempunyai 20 meter wayar pagar.
1.Apakah saiz segiempat yang boleh beliau hasilkan?
2.Bentuk manakah yang terbaik?

Contoh 3:

Soalan Rutin (LOTS)

Bundarkan 726 kepada ratus yang terdekat.

Soalan Bukan Rutin (HOTS)

Apakah nombor yang boleh dibundarkan kepada 700?

Contoh 4:

Soalan Rutin
Satu sisiempat mempunyai sudut-sudut 100 , 60 , and 130 .Apakah nilai sudut
yang keempat?

Untuk menjadikannya bukan rutin, ianya boleh dikembangkan kepada:
Bolehkah sisiempat mengandungi empat sudut cakah? Bagaimana anda

tahu?
Bolehkah segitiga mengandungi lebih daripada satu sudut cakah? Terangkan.
Bolehkah sisiempat mengandungi dua sudut cakah? Sekiranya boleh,
71

lukiskan rajah. Sekiranya tidak, terangkan.
Bolehkah sisiempat mengandungi tiga sudut cakah? Sekiranya boleh,

lukiskan rajah. Sekiranya tidak,terangkan.
Contoh 5:

Rajah di bawah menunjukkan 2 blok di dalam 1000 mlair dan jadual di bawah
menunjukkan ketumpatan bahan X dan Y

Bahan Isipadu (ml) Jisim (g) Ketumpatan
(g/ml)
Bongkah X 8 2 0.25
Bongkah Y 8 16 2
Air 1000 1000 1

72

1.Apakah ketumpatan bongkah X? (LOTS)

2.Apakah ketumpatan bongkah Y? (LOTS)

3.Perihalkan keadaan bongkah X dan Y di dalam air. (LOTS)

4.Berikan satu inferens mengenai kedudukan bongkah X di dalam air. (HOTS)

5.Ramalkan keadaan bongkah Z di dalam air jika ketumpatan Z ialah 0.8g/ml.
(HOTS)

CONTOH SOALAN BERUNSUR HOTS

1. Soalan Objektif Matematik

a) Seorang penjual kereta meletakkan iklan berikut dalam surat khabar: “Kereta
baru dan terpakai untuk dijual, harga berbeza, purata harga RM 50,000.”
Berdasarkan iklan, yang manakah di antara berikut paling tepat?
A car salesman placed this advertisement in the newspaper: “Old and new
cars for sale, different prices, average price RM 50,000.” From the
advertisement, which of the following must be true?

A. Sebilangan besar kereta berharga di antara RM 40,000 dan RM
60,000.

Most of the cars would cost between RM40,000 and RM60,000.

B. Separuh daripada jumlah kereta berharga kurang daripada RM 50,000
dan separuh lagi lebih daripada RM 50,000.

73

Half of the cars would cost less than RM50,000, and half would cost
more than RM50,000.
C. Sekurang-kurangnya sebuah kereta berharga RM 50,000.
At least one of the cars would cost RM50,000.
D. Beberapa buah kereta berharga kurang daripada RM 50,000.
Some of the cars would cost less than RM 50,000.

b) John dan Cathy diminta untuk membahagikan suatu nombor dengan 100.
John membuat kesilapan dengan mendarabkan nombor tersebut dengan 100
dan memperolehi jawapan 450.Cathy membahagi dengan betul nombor
tersebut dengan 100.Apakah jawapan Cathy?
John and Cathy were told to divide a number by 100. By mistake John
multiplied the number by 100 and obtained an answer of 450. Cathy correctly
divided the number by 100. What was her answer?

A. 0.0045
B. 0.045
C. 0.45
D. 4.5

2. Soalan Subjektif Matematik
a) Antara nombor-nombor berikut, nombor yang mana berbeza?Mengapa?
23, 20, 15, 25
Which of the following numbers is different? Why?
23, 20, 15, 25
74

b) Berapakah perimeter suatu segiempat tepat yang mempunyai keluasan 100
meter persegi?
What is the perimeter of a rectangle whose area is 100 square meters?

3. Soalan Objektif Sains

a) Dalam benda hidup, molekul yang besar dan kompleks diuraikan kepada
molekul yang lebih kecil dan ringkas. Apakah nama proses tersebut?
In living things, large and complex molecules are broken down into small and
simple molecules. What is this process called?

A. Perkumuhan
Excretion

B. Serapan
Absorption

C. Pencernaan
Digestion

D. Kitaran
Circulation

b) Warna sesuatu objek, contohnya sebiji epal adalah sama dengan warna
gelombang cahaya
The colour of an object such as an apple is thesame as the colour of the light
waves

A. yang bergerak melalui objek itu
that travel through the object
B. yang diserap oleh objek itu
that are absorbed by the object
C. yang dipantulkan oleh objek itu

75

that are reflected by the object
D. yang bergerak mengelilingi objek itu
that travel around the object
4. Soalan Subjektif Sains
Keith menghidap influenza.Dia bermain dengan dua orang kawannya.Salah
seorang daripada kawannya dijangkiti influenza tetapi seorang lagi tidak.Apakah
sebab yang mungkin rakannya itu TIDAK dijangkiti influenza?
Keith had influenza. He played a game with two friends. One of his friends
caught influenza but the other did not. What could have been the reason why
one of his friends did NOT catch influenza?

76

SOP PENGURUSAN PENILAIAN PEPERIKSAAN/UJIAN

A. Penggubalan dan penyediaan kertas soalan

Semua penggubal kertas soalan adalah ditetapkan oleh panitia mata

pelajaran melalui mesyuarat panitia kali pertama

Sebarang perubahan yang mungkin disebabkan oleh pertukaran guru

perlu dimaklumkan kepada Unit Peperiksaan oleh Ketua Panitia

Bilangan kertas dan format kertas peperiksaan adalah diselaras oleh

Ketua Bidang/Penolong Kanan Pentadbiran

Tarikh ujian/peperiksaan seperti yang tercatat di dalam takwim

peperiksaan sekolah ( tertakluk kepada pindaan )

Soalan ujian/peperiksaan mestilah berdasarkan sukatan yang diajar

Kertas soalan hendaklah disiapkan dengan pengesahan Ketua

PanitiaGuru Kanan mata pelajaran/setiausaha peperiksaan 2

minggu sebelum peperiksaan

Penggubal kertas soalan akan mengambil kertas soalan yang dicetak

untuk diklip dan disusun mengikut kelas ( pelajar dilarang terlibat semasa

proses ini )

Bilangan soalan yang disediakan hendaklah lebih 1 set daripada bilangan

pelajar sebenar dengan set utama mengandungi ERATA ( jika ada )

dengan menggunakan pen dakwat merah

B. Keselamatan

Setiausaha peperiksaan dalaman bertanggungjawab memastikan soalan-
soalan yang disediakan, dicetak dan disimpan di dalam bilik khas/almari
yang keselamatannya terjamin
Semua urusan berkaitan dengan kertas soalan peperiksaan hendaklah
diuruskan di bilik cetak, bilik peperiksaan/tempat lain yang terjamin
keselamatannya

77

C. Kelengkapan peperiksaan

Kertas OMR, graf, lajer, buku tunai, kertas lukisan, kertas kajang akan
disediakan oleh Unit Penilaian dan Peperiksaan.

D. Persediaan Tempat Ujian
Unit Penilaian dan Peperiksaan akan menentukan tempat ujian
/peperiksaan yang sesuai dengan persetujuan pentadbir sekolah
Setiausaha peperiksaaan dan guru kelas bertanggungjawab untuk
memastikan keadaan bilik darjah/dewan sesuai untuk pelajar menduduki
ujian/peperiksaan dari segi peralatan, kebersihan, kekemasan dan susun
atur calon mengikut kesesuaian sekolah berpandukan peraturan
Lembaga Peperiksaan
Semua carta dan maklumat yang boleh membantu murid menjawab
soalan diturunkan/ditutup
Maklumat peperiksaan seperti jadual waktu dan jadual pengawasan perlu
ditampalkan dalam bilik /dewan peperiksaan

E. Pengawasan

Pengawas peperiksaan perlu berada di dalam bilik/dewan sebelum
peperiksaan bermula
Memastikan buku teks, nota, kotak pensil dan beg murid ditinggalkan di
luar kelas
Mencatatkan maklumat seperti mata pelajaran dan kod, tarikh , masa dan
tempoh di papan putih semasa peperiksaan berlangsung
Setelah tamat peperiksaan, Pengawas peperiksaan perlu mengumpul dan
mengira skrip jawapan supaya akur dengan bilangan muird
Pengawas peperiksaan bertanggungjawab terhadap kelas yang diawasi
sepanjang pengawasan
Kes-kes penyelewengan seperti meniru, menyeludup nota dan
sebagainya perlu dimaklumkan kepada Unit peperiksaan/ Pentadbir
Sekolah sebaik sahaja peperiksaan tamat

78

F. Ketidakhadiran Muird Semasa Ujian/Peperiksaan
Ujian setara boleh diberi hanya kepada muird yang tidak hadir dengan sebab-
sebab seperti berikut:
a. Sakit dengan bukti surat doktor
b. Mengikuti aktiviti rasmi di luar sekolah
c. Mewakili sekolah dalam sebarang acara

G. Pemarkahan
JK Penilaian dan peperiksaan perlu memastikan pemeriksaan kertas
jawapan hendaklah diselesaikan dalam tempoh seminggu selepas tamat
peperiksaan ( murid dilarang terlibat semasa proses ini )
Markah perlu disimpan dalam sistem SAPS seperti tarikh yang ditetapkan
oleh Unit Peperiksaan

H. Penyerahan skrip jawapan
Skrip jawapan yang telah disemak perlu diserahkan kepada murid dan
dibincangkan bagi mengenalpasti kesilapan yang telah dibuat.

79

Rumusan SOP Pengurusan Penilaian Peperiksaan

Bil Perkara Tindakan

1 Penggubalan dan penyediaan kertas soalan Guru mata pelajaran &
Ketua Panitia/Guru Kanan
Mata pelajaran/Setiausaha
peperiksaan

2 Keselamatan Setiausaha Peperiksaan

3 Kelengkapan peperiksaan Setiausaha Peperiksaan

4 Persediaan tempat ujian/peperiksaan Setiausaha Peperiksaan &
Guru Kelas

5 Pengawasan Guru Pengawas
Peperiksaan

6 Ketidakhadiran pelajar semasa ujian/peperiksaan Guru mata pelajaran

7 Pemarkahan Guru mata pelajaran

8 Penyerahan skrip jawapan Guru mata pelajaran

80

LAMPIRAN B

PENYEDIAAN ITEM UJIAN

Mula

Menentukan tujuan ujian

Menentukan isi kandungan ujian
Membentuk JSU

Menulis Item/soalan berdasarkan item ujian
Menyemak Item/soalan

setuju

Tidak Ya

Menilai Item/soalan ujian

Membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item

Tamat
81

SEMASA PELAKSANAAN UJIAN
LAMPIRAN C

Mula

Memastikan tempat pelaksanaan ujian berada
dalam keadaan yang baik

Memastikan pengawas mengambil tempat / posisi
yang betul bagi mengawas perjalanan peperiksaan

Mengedarkan soalan peperiksaan dengan angka
giliran yang betul

Membuat taklimat ringkas tentang kertas soalan yang
akan dijawab oleh murid

Mengawas tingkahlaku murid semasa ujian dilaksanakan

Peka dengan keperluan murid

Mengumumkan perjalanan masa menjawab soalan

Mengumumkan masa tamat menjawab
peperiksaan dan memastikan murid mematuhi

arahan tersebut

Mengutip kertas soalan mengikut tertib kelas/angka giliran

Membuat kompilasi berdasarkan pembahagian kelas dan
menyimpan kertas-kertas tersebut untuk disemak

Mengumumkan masa bersurai dari kelas/dewan

Tamat
82

LAMPIRAN D

SELEPAS PELAKSANAAN UJIAN/PEPERIKSAAN

Mula

Mengumpul kertas soalan dan memeriksa jawapan
berdasarkan skema jawapan

Memberikan markah yang sewajarnya kepada murid

Membincangkan hasil keputusan dan membuat
penilaian keseluruhan terhadap prestasi

Tamat

83


Click to View FlipBook Version