LAPORAN TAHUNAN 2022
PENGENALAN Peranan Unit Kolaborasi dan Keusahawanan Kolej Komuniti Kuantan telah diperluaskan selaras dengan Pelan Transformasi Kerajaan, Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara dan Pelan Transformasi Politeknik. Key of Indicators (KPI) di dalam Pelan Tranformasi Politeknik dan Kolej Komuniti yang turut mensasarkan Kolej Komuniti Malaysia diiktiraf sebagai peneraju pendidikan dan latihan teknik dan vokasional pada peringkat serantau, 90 peratus graduat Kolej Komuniti bekerja (termasuk melanjutkan pelajaran) dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian dan 50 peratus lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang layak, memilih Kolej Komuniti sebagai pilihan pertama jelas memperlihatkan kepentingan peranan Unit Kolaborasi dan Keusahawanan di Kolej Komuniti. FUNGSI Menyediakan perkhidmatan dan maklumbalas terhadap keperluan industri terutama yang melibatkan : 1) Unit Perhubungan dan Latihan Industri 2) Jawatankuasa Kolaborasi Industri 3) UnitPengesanan Graduan 4) Unit Alumni 5) Unit Keusahawanan 6) Kolaborasi dan penempatan kerja graduan. 7) Memudahkan jaringan dan kolaborasi di antara Kolej Komuniti dan Industri. 8) Meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan Kolej Komuniti. 9) Meningkatkan kadar bekerja graduan Kolej Komuniti. 10) Menyediakan khidmat penasihatan kerjaya, perancangan dan persediaan graduan ke alam pekerjaan. UNIT KOLABORASI DAN KEUSAHAWANAN CARTA ORGANISASI UNIT KOLABORASI DAN KEUSAHAWANAN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 2022
JAWATANKUASA HUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN PENASIHAT/ PENGARAH : HAJI MOHD YUSOF BIN ZAKARIA PENGERUSI / TPP : Sr. NOR IDAYU BINTI NORDIN TIMBALAN PENGERUSI / PPIA : MOHD. HISBUL HADI BIN MAT HASSAN JAWANTANKUASA LATIHAN INDUSTRI KETUA JAWATANKUASA MOHD HISBUL HADI BIN MAT HASSAN AJK UNIT NORHADI BIN MOHD NOOR ASMAWI BINTI MUDA @ OTHMAN MOHD KHIR JOHARI BIN JAMALUDIN NOORDIYANA BINTI ABDUL RAHIM TENGKU NOR AZURA BINTI TUAN PA
SESI TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI 2 SESI II 2021/2022 (TARIKH : 01 JAN 2022) Sesi Taklimat Latihan Industri 2 bagi sesi II 2021/2022 yang melibatkan para pelajar semester akhir dan kelas STE 2. Tarikh : 01 Jan 2022 (Sabtu) Tempat : Dewan Besar, Kolej Komuniti Kuantan Kelas : STS 3A, STS 3B, SKU 3, SOP 3, SMN 3, STE 2A dan STE 2B. Masa : 10.00 pagi sehingga 12 tengahari. Para pelajar akan mula menjalani latihan industri di seluruh Malaysia pada semester akhir pengajian bermula : i) 14 FEBRUARI 2022 SEHINGGA 14 OGOS 2022 (6 BULAN) ii) 21 FEB 2022 SEHINGGA 10 JUN 2022 (16 MINGGU) Taklimat dan sesi perkongsian ilmu serta pengalaman disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Industri dan Alumni, Kolej Komuniti Kuantan, Encik Hisbul Hadi. Sedikit suntikan motivasi menambah keterujaan para pelajar untuk menjalani latihan industri.
LAWATAN PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI SESI I 2021 / 2022 (TARIKH : 14 Februari 2022) LAWATAN PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI SESI I 2021 / 2022 Hampir selesai sesi latihan industri yang dilalui oleh pelajar Semester 4 Program Kulinari di hotel terpilih di seluruh Malaysia. Seramai 28 orang pelajar yang menjalani latihan industri pada semester ini bermula dari 25 Oktober 2021 hingga 14 Februari 2022. Latihan industri ini amat baik kerana ianya memberi manfaat yang lebih kepada pelajar. Dengan adanya latihan ini, pelajar telah didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar. Tidak keterlaluan jika dikatakan proses di institusi pengajian itu umpama simulasi dan realitinya adalah menerusi dunia pekerjaan sebenar. Selain itu, pelajar juga dapat belajar cara pergaulan dengan golongan yang berbeza dan ini meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam berkomunikasi serta menjadikan mereka lebih matang apabila dapat berkongsi pendapat, nasihat dan sebagainya.
LAWATAN SELIAAN LATIHAN INDUSTRI PELAJAR SEMESTER 4 PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA SESI I 2021 / 2022 2022 (TARIKH : 14 FEBRUARI 2022) Sesi lawatan seliaan latihan industri pelajar STS4 Program Teknologi Senibina Kolej Komuniti Kuantan yang telah memulakan sesi latihan industri bermula November 2021 di seluruh Malaysia. Latihan industri adalah satu fasa yang wajib dijalani oleh semua pelajar di kolej komuniti dan juga di institusi pendidikan yang lain. Ia merupakan salah satu syarat wajib bagi melayakkan pelajar menerima Sijil mengikut kursus atau bidang yang diambil. Sebelum ini, pelajar memperolehi pengetahuan secara terhad di kolej tetapi apabila pelajar mengikuti latihan industri ini, pelajar dapat mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang sesuatu perkara dan kehendak semasa melakukan pekerjaan. Selain itu, pelajar turut dapat mempelajari tentang teknologi atau kemahiran baru semasa menjalani latihan industri.
LAWATAN SELIAAN LATIHAN INDUSTRI SESI I 2021 / 2022 PROGRAM KULINARI (TARIKH : 14 FEBRUARI 2022) Telah selesai sesi latihan industri yang dilalui oleh pelajar Semester 4 Program Kulinari di hotel yang dipilih di seluruh Malaysia. Seramai 28 orang pelajar yang menjalani latihan industri pada semester ini bermula dari Oktober 2021 hingga rasmi tamat pada 14 Februari 2022.
TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI 2 : ETIKA LAPOR DIRI & PERATURAN LATIHAN INDUSTRI (02 DISEMBER 2022) Pada 30 Jan 2023, para pelajar ini akan memulakan sesi latihan industri di industri terpilih di seluruh Malaysia, sebelum mendapat segulung Sijil Kolej Komuniti. Sesi Taklimat Latihan Industri 2 bagi sesi II 2022/2023 (JAN 2023) yang melibatkan para pelajar semester akhir :- Tarikh : 02 Disember 2022 (Jumaat) Tempat : Dewan Besar, Kolej Komuniti Kuantan Masa : 2.30 ptg sehingga 4.30 ptg Kelas : SKU 3A, SKU 3B, STS 3A, STS 3B, SOP 3, SMN 3 & STE 2. Taklimat dan sesi perkongsian ilmu serta pengalaman disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Industri dan Alumni, Kolej Komuniti Kuantan. Sedikit suntikan motivasi menambah keterujaan para pelajar untuk menjalani latihan industri.
ALUMNI BAGI PROGRAM SIJIL KULINARI Pemilik nama Nurul Izzati bt Zulkanali ini merupakan alumni bagi Program Sijil Kulinari. Memulakan sesi pengajian di Kolej Komuniti Kuantan pada tahun 2014 hingga 2015. Beliau sangat aktif dalam menyertai pelbagai pertandingan memasak peringkat negeri hingga ke peringkat kebangsaan. Atas minat yang mendalam dalam bidang pastri, Izzati meneruskan pengajiannya pula di Kolej Komuniti Kuala Kangsar dengan mengambil Diploma in Patisserie dari tahun 2016 hingga 2018. Sepanjang pengajiannya di kolej komuniti, beliau telah menjalani latihan industri di 3 buah hotel terkemuka iaitu Tanjong Jara Resort (2015), Bukit Gambang Resort City (2018) dan Mangala Resort and Spa (2018). Selain itu juga, beliau turut menimba pengalaman bekerja sebagai Commis di Super Kitchen Restaurant (2015 – 2016), Demi Chef di Mangala Resort and Spa (2018) dan sebagai Chef De Partie di Hyatt Regency Kuantan (2019 – 2021). Kini, beliau yang masih lagi bekerja di Grand Ion Delemen, Genting Highland turut melanjutkan pelajaran melalui pendidikan jarak jauh (PJJ) di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Sains) dalam bidang Pengurusan Seni Kulinari di UiTM Puncak Alam dari tahun 2019 hingga kini.
ALUMNI PROGRAM SIJIL OPERASI PERHOTELAN MENYAMBUNG PENGAJIAN DI POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA. Tahniah Kolej Komuniti Kuantan ucapkan kepada alumni pelajar lulusan Sijil Program Sijil Operasi Perhotelan yang telah mendaftar dan melanjutkan pengajian di Politeknik Merlimau, Melaka bagi Program Diploma Pengurusan Pelancongan. Selamat maju jaya buat Saudara Mohamad Aiman Hakim Bin Mohd Shaari yang juga merupakan penerima Anugerah Pelajar Cemerlang pada sesi Majlis Konvekesyen Kolej Komuniti Pahang 2021.
KURSUS SKETCH UP V-RAY PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA SESI I 2022/2023 Telah berlangsung Kursus Sketch Up V-Ray Program Sijil Teknologi Senibina Kolej Komuniti Kuantan. Pensyarah juga turut didedahkan dengan aplikasi dan perisian Lumion bagi tujuan 'rendering' atau hiasan visual senibina dengan kesan khas tertentu yang mengimpakkan bagi sebuah lukisan persembahan senibina. Kursus telah disampaikan oleh Encik Raja Aiman Bakri bin Raja Azmi, dari Syarikat Line Design Office, Kuantan yang juga merupakan alumni Program Sijil Teknologi Senibina Kuantan. Adalah diharapkan agar semua pensyarah yang terlibat mendapat pendedahan sewajarnya dalam memahami pelarasan teknikal dan penggunaan aplikasi ini bagi melancarkan proses penyampaian pendidikan kepada kumpulan pelajar dan seterusnya hasil pendidikan yang digariskan dapat dicapai secara optimum.
PROGRAM AKTIVITI BERSAMA ALUMNI KULINARI BAGI KURSUS SKU20163 BAKERY AND PASTRY Telah berlangsung satu program yang melibatkan alumni di dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran bagi kursus SKU20163 Bakery and Pastry pada 1 November 2022. Untuk pengetahuan semua, program ini dijalankan bagi mendedahkan kepada para pelajar SKU2 mengenai kemahiran penyediaan kek serta dekorasi kek selain daripada sesi perkongsian pengalaman alumni yang menjadi usahawan dalam bidang pastri. Puan Nurul Syazana binti Anuar yang merupakan alumni Program Kulinari dari Nana Homemade Cookies dijemput bagi sesi perkongsian ilmu dan pengalaman tersebut. Seterusnya, aktiviti diteruskan dgn sesi perkongsian ilmu bagi penyediaan dua jenis kek iaitu high-fat cake dan low-fat cake serta dekorasi kek.
HARI PORTFOLIO STS 2022 KOLEJ KOMUNITI KUANTAN BERSAMA ALUMNI PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA Sekitar sesi pembentangan dan penilaian projek amali akhir Kursus Lukisan Grafik Senibina, BIM Senibina dan Lukisan Persembahan Berbantu Komputer melibatkan semua pelajar semester 1,2 dan 3 pengajian. Sesi turut diserikan dengan kehadiran 4 orang panel penilai yang juga merupakan alumni kolej (3 daripadanya) dari industri, para pensyarah Program Sijil Teknologi Senibina Kolej Komuniti Kuantan. Para alumni dijemput sebagai Panel Jemputan bagi Program Portfolio Day & mesyuarat bersama Pemegang Taruh & Alumni. Majlis penutupan pula diserikan dengan kehadiran Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik dan Timbalan Pengarah Pengurusan Kolej Komuniti Kuantan. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan panel dan dikehendaki membentangkan hasil kerja masing-masing kepada panel.
JAWATANKUASA ALUMNI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN PENASIHAT/ PENGARAH : HAJI MOHD YUSOF BIN ZAKARIA PENGERUSI / TPP : Sr. NOR IDAYU BINTI NORDIN TIMBALAN PENGERUSI / PPIA : MOHD HISBUL HADI BIN MAT HASSAN JAWANTANKUASA ALUMNI PEGAWAI ALUMNI MOHD HISBUL HADI BIN MAT HASSAN AJK UNIT MOHD RADUAN BIN AMRAN JAMIL BIN SHARIPUDIN MOHAMED HADRY BIN ABU BAKAR NURUL AINA ULMARDHIAH BINTI ZAINAL ABIDIN MOHD FADZLY BIN MOHD SHURAIMI NOR AZIMAH BINTI ISMAIL
JAWATANKUASA KOLABORASI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN PENASIHAT/ PENGARAH : HAJI MOHD YUSOF BIN ZAKARIA PENGERUSI / TPP : Sr. NOR IDAYU BINTI NORDIN TIMBALAN PENGERUSI / PPIA : MOHD HISBUL HADI BIN MAT HASSAN JAWATANKUASA KOLABORASI PEGAWAI KOLABORASI MOHD KHIR JOHARI BIN JAMALUDIN AJK UNIT MOHD RADUAN BIN AMRAN ASRI BIN ABDULLAH MOHD KHIR JOHARI BIN JAMALUDIN NABILA SHAHIRAH BINTI GHAZALI AZSYANTI BINTI IBRAHIM MOHD NORHISHAM BIN PAUZI
PERLANTIKAN AL-EKHWAN MARINE ENGINEERING SDN. BHD. SEBAGAI JAWATANKUASA PENASIHAT INDUSTRI (IAC) & PENSIJILAN INDUSTRI PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUANTAN / 30 MEI 2022 Jalinan kerjasama serta perkongsian di antara Kolej Komuniti Kuantan bersama AlEkhwan Marine Engineering Sdn Bhd dalam merealisasikan hasrat dan tujuan Kolej Komuniti Kuantan menjadi peneraju Institusi TVET yang unggul dalam menjadikan Kolej Komuniti Kuantan sebagai institusi TVET yang melahirkan graduan holistik, bercirikan keusahawan dan seimbang seterusnya mewarnai pasaran pekerjaan nasional. Dalam mengejar visi Kolej Komuniti Kuantan, Jawatankuasa Penasihat Industri atau Industry Advisory Committee (IAC) ditubuhkan untuk memberikan halatuju bagi meningkatkan capaian Kolej Komuniti Kuantan kepada industri-industri dan untuk merangka pelan strategik bagi akademik dan lain-lain aktiviti kolaborasi dengan pihak industri. Sejajar dengan itu satu majlis tandatangan kerjasama startegik telah diadakan pada 30 Mei 2022 bertempat di Kolej Komuniti Kuantan serta majlis penyerahan watikah pelantikan sebagai Penasihat Industri Program. Seramai 4 orang pelajar dari Program Teknologi Pembuatan telah ditawarkan menjalani latihan industri di Al-Ekhwan Marine Engineering Sdn Bhd bagi sesi 2 2021/2022.
PROGRAM PERKONGSIAN ILMU SERTA PRODUCTION BASED EDUCATION OLEH RESTORAN AL DANTE BAGI SUBJEK SKU 10133 THEORY OF FOOD (TOPIK 1.0 PENGENALAN KEPADA INDUSTRI PERKHIDMATAN MAKANAN) / 9 JUN 2022 Seramai 13 orang pelajar & bersama 2 pensyarah pengiring iaitu Puan Nabila Shahirah bt Ghazali dan Puan Nurul Aina Ulmardhiah bt Zainal Abidin ke Restoran Al Dante pada 9 Jun 2022. Program pendedahan bersama industri merupakan satu inisiatif pembelajaran berasaskan pengalaman di dalam sektor industri kulinari (Inisiatif experiental learning). Di awal sesi program ini, pelajar telah diberikan taklimat mengenai operasi restoran oleh pemilik Restoran Al Dante, Chef Azzaharul Wahab atau lebih dikenali sebagai Chef Azam. Chef Azam merupakan salah seorang Penasihat Akademik bagi Program Sijil Kulinari bagi Program Kulinari di Kolej Komuniti Kuantan. Para pelajar di dedahkan Demo Masakan Pasta oleh Chef de Partie, Chef Izati. Sesi sebelah petang pula para pelajar didedahkan dengan suasana dapur Restoran Al Dante. Pelajar diterangkan serba sikit tentang rutin harian bekerja sebagai chef di Restoran Al Dante serta ruang kerja di dalam dapur oleh Sous Chef, Chef Khairul. Para pelajar dapat merasai pengalaman di industri sebelum melangkah ke alam latihan industri.
PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENASIHAT INDUSTRI (IAC) KOLEJ KOMUNITI KUANTAN KEPADA SYARIKAT RMN RIZQI RESOURCE SDN. BHD. / 3 OGOS 2022 (RABU) Tarikah : 3 Ogos 2022 (Rabu) Tempat : Kolej Komuniti Kuantan, Kuantan. Penyerahan Watikah Perlantikan Penasihat Industri (IAC) Kolej Komuniti Kuantan kepada Encik Raja Muhammad Naqiuddin Bin Raja Alias, Pemilik dan Pengarah Urusan Syarikat RMN Rizqi Resource Sdn. Bhd. (syarikat 100% milik Bumiputera). Penyampaian watikah yang ditandatangai oleh Ketua Pengarah JPPKK. Encik Raja Muhammad Naqiuddin merupakan alumni Program Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Kuantan, merupakan seorang usahawan kontraktor berjaya, kini menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan syarikat kontraktor RMN Rizqi Resource Sdn. Bhd. yang beribu pejabat di Kuantan dan Pekan. Syarikat beliau kini sedang mengendalikan pelbagai projek dalam bidang kejuruteraan elektrik di sekitar Kuantan, Pekan dan di Universiti Malaysia Pahang.
PROGRAM KOLABORASI STRATEGIK SWISS-BELHOTEL KUANTAN DAN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN / 28 SEPTEMBER 2022 Hasil program kolaborasi strategik Swiss-Belhotel Kuantan dan Kolej Komuniti Kuantan anjuran Program Sijil Operasi Perhotelan (SOP) Kolej Komuniti Kuantan pada 28 September 2022, Swiss-Belhotel Kuantan kini membuka puluhan peluang pekerjaan dan latihan industri kepada para pelajar graduan Kolej Komuniti Kuantan. Swiss-Belhotel Kuantan yang merupakan hotel bertaraf antarabangsa 4 bintang, merupakan antara 125 buah hotel di seluruh dunia di 19 negara dibawah jenama antarabangsa Swiss-Belhotel International (Hotels and Resorts), diasaskan pada tahun 1987 oleh Peter Gautschi. Swiss-Belhotel International telah diketuai oleh Presiden dan Pengerusinya, Gavin Faull, selama 27 tahun. Watikah Perlantikan Penasihat Industri (IAC) Kolej Komuniti Kuantan diserahkan kepada Cik Lily Low Sheild Ling, Pegawai Pengurus Sumber Manusia Syarikat SwissBelhotel Kuantan.
KOLABORASI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN BERSAMA SYARIKAT DARFASYA BRILLIANT SDN. BHD. / 18 OKTOBER 2022 (SELASA) Sesi perbincangan kolaborasi antara Kolej Komuniti Kuantan bersama Encik Mohd Yusri Bin Mahat, Pengarah Urusan syarikat Darfasya Brilliant Sdn. Bhd., bertempat di ibu pejabat Darfasya Brilliant Sdn. Bhd. bertempat di Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang pada 18 Oktober 2022 (Selasa). Kolej Komuniti Kuantan diwakili oleh Mohamad Rushdan b. Mohamad Deros, pensyarah Program Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Kuantan dan Mohd Hisbul Hadi b. Mat Hassan, Pegawai Perhubungan Industri. Darfasya Brilliant Sdn. Bhd merupakan antara sebuah syarikat pemaju terkemuka dalam bidang kejuruteraan elektrik dan mekanikal di sekitar Pahang, yang telah berkolaborasi bersama Kolej Komuniti Kuantan selama beberapa tahun.
JAWATANKUASA PENGESANAN GRADUAN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN PENASIHAT/ PENGARAH : HAJI MOHD YUSOF BIN ZAKARIA PENGERUSI / TPP : Sr. NOR IDAYU BINTI NORDIN TIMBALAN PENGERUSI / PPIA : MOHD HISBUL HADI BIN MAT HASSAN JAWATANKUASA PENGESANAN GRADUAN PEGAWAI PENGESANAN GRADUAN NOR FAZLINA BINTI HARUN AJK UNIT MAIMUNAH BINTI ISMAIL MOHAMED HADRY BIN ABU BAKAR AZMIRA BINTI MUSA TENGKU NOR AZURA BINTI TUAN PA NOR FAZLINA BINTI HARUN
PERATUSAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 2022 1. Peratusan kebolehpasaran graduan Kolej Komuniti Kuantan mencatatkan 100% peratus kebolehpasaran graduan semasa konvokesyen 2022 (Graduan bekerja = 77.6%, melanjutkan pengajian = 21.1% dan meningkatkan kemahiran 1.30%). 2. 91.02% peratus responden (152 orang responden). Jumlah Graduan: 167 graduan 3. 78.2% peratus graduan yang bekerja dalam bidang. Peratusan kebolehpasaran graduan Kolej Komuniti Kuantan 2022 Pecahan kadar kebolehpasaran: i) Bekerja: 77.6% (118 orang) ii) Melanjutkan pengajian: 21.1% (32 orang) iii) Meningkatkan kemahiran: 1.30 (2 orang)
Peratusan kebolehpasaran graduan Kolej Komuniti Kuantan 2022 bekerja mengikut bidang pengajian PERATUSAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 2022 1. Peratusan kebolehpasaran graduan Kolej Komuniti Kuantan mencatatkan 100% peratus kebolehpasaran graduan semasa konvokesyen 2022 (Graduan bekerja = 77.6%, melanjutkan pengajian = 21.1% dan meningkatkan kemahiran 1.30%). 2. 91.02% peratus responden (152 orang responden). Jumlah Graduan: 167 graduan 3. 78.2% peratus graduan yang bekerja dalam bidang. Pecahan kadar kebolehpasaran: i) Bekerja: 77.6% (118 orang) ii) Melanjutkan pengajian: 21.1% (32 orang) iii) Meningkatkan kemahiran: 1.30 (2 orang)
Peratusan kebolehpasaran graduan Kolej Komuniti Kuantan 2022 – kadar pendapatan bulanan PERATUSAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 2022 1. Peratusan kebolehpasaran graduan Kolej Komuniti Kuantan mencatatkan 100% peratus kebolehpasaran graduan semasa konvokesyen 2022 (Graduan bekerja = 77.6%, melanjutkan pengajian = 21.1% dan meningkatkan kemahiran 1.30%). 2. 91.02% peratus responden (152 orang responden). Jumlah Graduan: 167 graduan 3. 78.2% peratus graduan yang bekerja dalam bidang. Pecahan kadar kebolehpasaran: i) Bekerja: 77.6% (118 orang) ii) Melanjutkan pengajian: 21.1% (32 orang) iii) Meningkatkan kemahiran: 1.30 (2 orang)
Peratusan kebolehpasaran graduan Kolej Komuniti Kuantan 2022 – kesepadanan pekerjaan mengikut program PERATUSAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 2022 1. Peratusan kebolehpasaran graduan Kolej Komuniti Kuantan mencatatkan 100% peratus kebolehpasaran graduan semasa konvokesyen 2022 (Graduan bekerja = 77.6%, melanjutkan pengajian = 21.1% dan meningkatkan kemahiran 1.30%). 2. 91.02% peratus responden (152 orang responden). Jumlah Graduan: 167 graduan 3. 78.2% peratus graduan yang bekerja dalam bidang. Pecahan kadar kebolehpasaran: i) Bekerja: 77.6% (118 orang) ii) Melanjutkan pengajian: 21.1% (32 orang) iii) Meningkatkan kemahiran: 1.30 (2 orang)
PENGENALAN Unit Pengurusan Psikologi merupakan salah satu unit di bawah Pembangunan Pelajar. Objektif unit adalah merancang dan menetapkan halatuju perkhidmatan psikologi melalui 4 aplikasi psikologi iaitu pembangunan personel, intervensi, penilaian dan penyelidikan untuk pelajar dan kakitangan bagi memastikan pembangunan modal insan yang sejahtera, berkompetensi tinggi dan mampu melonjakkan potensi diri ke tahap yang optimum. DIARI AKTIVITI 2022 UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI AKTIVITI TARIKH TEMPAT Program “Alam Kerjaya: Adakah Anda Bersedia?” 20 JANUARI 2022 KK KUANTAN Kursus Kepimpinan Pelajar 26 MAC 2022 KK KUANTAN Program Webinar: A Step Towards Better Mental Health Peringkat Kebangsaan 2022 12 APRIL 2022 KK KUANTAN (atas talian) Seminar Kerjaya 18 APRIL 2022 KK KUANTAN Program Pengujian Psikologi (Inventori Personaliti Warna Sidek) 24 MEI 2022 14 JUN 2022 16 JUN 2022 KK KUANTAN Program Pengukuhan Daya Tahan Diri Peringkat Negeri Pahang Tahun 2022 1 JUN 2022 KK KUANTAN Program Mengenal Potensi Diri 22 JUN 2022 KK KUANTAN
PROGRAM “ALAM KERJAYA: ADAKAH ANDA BERSEDIA?” Program ini merupakan kolaborasi antara Unit Pengurusan Psikologi dan Unit Perhubungan Industri dan Alumni bertujuan memberi input dan ilmu berkaitan alam pekerjaan sebagai persediaan kepada semua pelajar semester akhir menjalani latihan industri. Program dijalankan secara atas talian dan disertai lebih kurang 50 orang pelajar semester akhir dari semua kursus. Semoga perkongsian yang disampaikan dapat memberi manfaat dan dipraktikkan ketika menjalani latihan industry nanti.
PROGRAM SEMINAR KERJAYA: PENYERLAHAN POTENSI ANAK MUDA Telah berlangsung program Seminar Kerjaya melibatkan 150 orang pelajar pada 23 April 2022. Program ini dilaksanakan oleh Bahagian Kluster Kerjaya, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i- LEAD), Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Unit Pengurusan Psikologi dan Unit Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Kuantan. Slot pertama bertajuk Success Story disampaikan oleh Cik Hazulia Arni binti Abdul Hadi dan Slot Kedua disampaikan oleh Encik Mohammad Nizam bin Mustafa Hilmi. Terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam memastikan kelancaran program berlangsung. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua peserta sebagai persediaan untuk terus cemerlang.
PROGRAM PENGUJIAN PSIKOLOGI: INVENTORI PERSONALITI WARNA Program Pengujian Psikologi: Inventori Personaliti Warna Sidek ini telah dijalankan pada 24 Mei, 14 dan 16 Jun 2022. Program ini melibatkan semua pelajar semester satu Kolej Komuniti Kuantan. Program ini dijalankan bertujuan membantu pelajar mengenal personaliti, potensi dan kelemahan diri. Diharapkan pelajar dapat meningkatkan kelebihan dan menggilap potensi serta memperbaiki kelemahan yang dikenalpasti.
PROGRAM PENGUKUHAN DAYA TAHAN DIRI PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2022 Telah berlangsung program Pengukuhan Daya Tahan Diri Peringkat Negeri Pahang Tahun 2022 anjuran Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar di bawah kelolaan Kolej Komuniti Kuantan. Program dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, JPPKK, Puan Noranyza binti Mohamad Yusoff. Penceramah terdiri daripada Pegawai Psikologi Politeknik Merlimau, Encik Hasbullah bin Mustafa dan Pegawai Psikologi dari JSJ, Ibu Pejabat Polis Pahang, Puan Norhayati binti Abdullah. Penyertaan program terdiri dari pelajar- pelajar Kolej- kolej Komuniti Negeri Pahang. Semoga segala pengisian yang disampaikan oleh penceramah- penceramah akan dapat dimanfaatkan dan diaplikasi oleh peserta dalam mengharungi cabaran kehidupan masa kini.
PROGRAM MENGENAL POTENSI DIRI Program Mengenal Potensi Diri ini telah dijalankan pada 22 Jun 2022 melibatkan penyertaan dari semua pelajar semester akhir Sijil Teknologi Elektrik. Program ini dijalankan bertujuan membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri dan mempelajari kemahiran insaniah yang penting seperti kemahiran komunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah di samping mengenal personality diri. Diharapkan pelajar dapat meningkatkan kelebihan dan menggilap potensi serta memperbaiki kelemahan agar terus cemerlang di masa depan.
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI II 2021/2022 KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 1 Mac 2022 sehingga 28 Mac 2022 OBJEKTIF Memastikan pengurusan pendaftaran pelajar dapat melalui setiap proses pendaftaran dan mendapat kad pelajar kekal dalam tempoh yang ditetapkan. 0 5 10 15 20 25 30 35 SIJIL KULINARI SIJIL TEKNOLOGI PEMBUATAN SIJIL OPERASI PERHOTELAN SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK PEMASANGAN DAN… Bilangan Pelajar Baharu Mendaftar Berbanding Norma Sesi II 2021/2022 MENDAFTAR NORMA KURSUS YANG DITAWARKAN 1. Sijil Kulinari 2. Sijil Operasi Perhotelan 3. Sijil Teknologi Elektrik Pemasangan Dan Perkhidmatan 4. Sijil Teknologi Senibina 5. Sijil Teknologi Pembuatan JUMLAH PELAJAR MENDAFTAR 39 Orang PERATUS MENDAFTAR BERBANDING NORMA 37.1%
PENGENALAN Unit EKSA Kolej Komuniti Kuantan adalah dipengerusikan oleh Cik Nor Idayu Binti Nordin selaku Timbalan Pengarah Pengurusan, Penyelaras EKSA, Puan Nurulkhazimah Binti Abd Rahman dibantu oleh setiausaha induk EKSA Puan Norizan Binti Ab Ghani bersama 2 ketua zon dan 4 Ketua jawatankuasa. Setiap zon dan jawatankuasa juga mempunyai ahli yang merupakan tunjang bagi menggerakkan EKSA di Kolej Komuniti Kuantan. Sehingga kini, warga kolej terus mengamalkan EKSA dan komited dalam menyediakan persekitaran yang kondusif kepada para pelajar dan seluruh warga Kolej Komuniti Kuantan. . DIARI AKTIVITI 2022 AKTIVITI TARIKH TEMPAT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK EKSA BIL 1 10 Mei 2022 KOLEJ KOMUNITI KUANTAN LAWATAN PENANDA ARAS EKSA DARI KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN 12 Mei 2022 KOLEJ KOMUNITI KUANTAN LAWATAN PENANDA ARAS EKSA DARI JEMAAH NAZIR NEGERI PAHANG 27 Mei 2022 KOLEJ KOMUNITI KUANTAN LAWATAN DARI POLITEKNIK SULTAN AHMAD SHAH, KUANTAN 19 Julai 2022 KOLEJ KOMUNITI KUANTAN LAWATAN DARI POLITEKNIK METRO KUALA LUMPUR (PMKL) 27 Julai 2022 KOLEJ KOMUNITI KUANTAN MINGGU GOTONG ROYONG PERDANA EKSA BIL 2 / 2022 22 – 26 OGOS 2022 KOLEJ KOMUNITI KUANTAN MESYUARAT INDUK EKSA BIL 2/2022 1 Disember 2022 KOLEJ KOMUNITI KUANTAN AUDIT PEMANTAUAN EKSA 2022 6-8 Disember 2022 KOLEJ KOMUNITI KUANTAN UNIT EKSA
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK EKSA BIL1/2022 Mesyuarat Jawatankuasa Induk EKSA telah dilaksanakan pada awal tahun bagi merangka aktiviti dan perjalanan Unit EKSA Kolej Komuniti Kuantan. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan, Cik Nor Idayu Binti Nordin dengan kehadiran semua ahli Jawatankuasa Induk EKSA. Pelbagai aktiviti dan program dirangka dalam memastikan misi dan visi EKSA dapat dilaksanakan sepanjang tahun. Terima kasih kepada mantan Jawatankuasa Puan Nurul Aina Puan Syaizura Hani Puan Che Suhaila (Setiausaha JK Latihan) (JK Promosi) (Ketua Kawasan Unit Am) Unit EKSA juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh Jawatankuasa EKSA 2021/2022 atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. Sedikit perubahan untuk nafas baharu JK Eksa 2022/2023 telah di umumkan baru-baru ini, kami mengalu-alukan kehadiran JK baharu dan mengucapkan terima kasih kepada JK sebelumnya yang telah bersama-sama memastikan amalan EKSA cemerlang di Kolej Komuniti Kuantan.. Jasa tuan/puan semoga dibalas dengan seribu kebaikan oleh ALLAH SWT.
GOTONG-ROYONG TAHUN 2022 Program gotong-royong ini adalah program yang sentiasa dilaksanakan pada setiap permulaan semester pembelajaran di Kolej Komuniti Kuantan. Gotong royong kali ini diadakan selama satu minggu bagi memberi laluan kepada setiap program dan unit mengikut kelapangan masing-masing. Melalui program ini, semua kakitangan dan pelajar kolej dilibatkan bersama bagi melahirkan masyarakat yang memahami cara dan kaedah amalan EKSA yang berterusan agar pelaksanaan amalan EKSA terus menjadi amalan dikalangan kakitangan dan pelajar Kolej Komuniti Kuantan. Gotong-royong EKSA bagi tahun 2022 telah dilaksanakan sebanyak 2 kali iaitu pada 21 hingga 25 Mac 2022 dan 22 hingga 26 Ogos 2022.
Sebelum Selepas Gambar sekitar pelaksanaan gotong-royong EKSA 2022
Bilik Diskusi Makmal Komputer
LAWATAN PENANDA ARAS EKSA EKSA Kolej Komuniti Kuantan telah menerima beberapa siri Lawatan Penanda Aras dari Institusi luar sepanjang tahun 2022 antaranya : 1. Lawatan Penanda Aras EKSA dari KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN 2. Lawatan Penanda Aras EKSA dari JEMAAH NAZIR NEGERI PAHANG 3. Lawatan Penanda Aras EKSA dari POLITEKNIK SULTAN AHMAD SHAH, KUANTAN 4. Lawatan Penanda Aras EKSA dari POLITEKNIK METRO KUALA LUMPUR (PMKL) Lawatan adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan kaedah pelaksanaan EKSA di Kolej Komuniti Kuantan. Diharap perkongsian yang diberikan membantu pelaksanaan EKSA di institusi mereka. LAWATAN PENANDA ARAS EKSA DARI KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN
LAWATAN PENANDA ARAS EKSA DARI KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN
LAWATAN PENANDA ARAS EKSA DARI JEMAAH NAZIR NEGERI PAHANG
LAWATAN PENANDA ARAS EKSA DARI POLITEKNIK SULTAN AHMAD SHAH, KUANTAN .
LAWATAN PENANDA ARAS EKSA DARI POLITEKNIK SULTAN AHMAD SHAH, KUANTAN
LAWATAN PENANDA ARAS EKSA DARI POLITEKNIK METRO KUALA LUMPUR (PMKL)
GAMBAR KENANGAN JK EKSA BERSAMA DELEGASI DARI POLITEKNIK METRO KUALA LUMPUR (PMKL)
AKTIVITI PROMOSI SEPANJANG PANDEMIK Unit Promosi EKSA bertanggungjawab untuk melaksanakan hebahan dan kesedaran EKSA di kalangan seluruh warga kolej. Beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan oleh unit ini antaranya : 1. Promosi Pengamalan EKSA di Platform sosial media rasmi Kolej setiap bulan. 2. Hebahan Peringatan Pengamalan EKSA melalui Siaraya Kolej 30 minit sebelum pulang. 3. Hebahan Aktiviti Gotong Royong Perdana EKSA setiap Unit. 4. Hebahan Promosi Lawatan Penanda Aras EKSA ke Kolej. Selain itu, unit promosi juga aktif melancarkan kempen bulanan EKSA melalui media sosial iaitu Facebook EKSA Kolej Komuniti Kuantan.