The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN TAHUNAN 2022 KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LAPORAN TAHUNAN & E-BOOK KOLEJ KOMUNITI KUANTAN, 2024-05-09 19:56:35

LAPORAN TAHUNAN 2022 KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

LAPORAN TAHUNAN 2022 KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

Keywords: laporan tahunan kolej komuniti,kolej komuniti kuantan

PROGRAM SIJIL OPERASI PERHOTELAN


CULINAIRE MALAYSIA 2022 - COFFEE SIGNATURE BEVERAGE Pertandingan Culinaire Malaysia 2022 ini telah dianjurkan oleh Food & Hotel Malaysia (FHM) 2022 dengan kerjasama Persatuan Hotel Malaysia (MAH). Penganjuran pertandingan masakan paling terkenal di Asia ini melibatkan lebih 1,500 penyertaan dengan lebih 1,000 profesional masakan bersedia untuk bersaing untuk sajian, kemasyhuran dan kemahiran dalam 7 kategori (Cold Display, Patisserie, Artistic, Butchery Skills, Individual Hot Cooking, Team Challenge dan Food & Beverage Skills). Bagi kategori F&B Skills, empat (4) Class telah disenaraikan iaitu Class 16: Mixology Challenge Cocktail, Class 17: Mixology Challenge Mocktail, Class 18: Coffee Signature Beverage dan Class 19: Latte Art Competition Art Bar. Penyertaan dari Program Operasi Perhotelan Kolej Komuniti Kuantan telah diwakili oleh Ketua Program Operasi Perhotelan, Puan Amizah binti Mohamed bagi kategori Class 18 : “Coffee Signature Beverage”. Penyertaan ini adalah satu langkah berani dan julung-julung kali disahut. Segala penat lelah yang dicurahkan tidak sia-sia kerana Pn. Amizah berjaya pulang dengan membawa GOLD AWARD Class 18 : “Coffee Signature Beverage” di dalam Pertandingan Culinaire Malaysia 2022. Tahniah Puan Amizah binti Mohamed untuk komitmen yang tinggi dan usaha yang gigih bagi mengharumkan nama kolej. Semoga kejayaan ini akan memberikan inspirasi kepada semua.


PERTANDINGAN INOVASI & KREATIVITI ICREATE’22 KOLEJ KOMUNITI KUANTAN Pertandingan Inovasi Dan Kreativiti Kolej Komuniti Kuantan 2022 (i-create'22) anjuran Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan Kolej Komuniti Kuantan ini telah berlangsung pada 25 hingga 26 Mei 2022. Penyertaan dari kategori pelajar Program Operasi Perhotelan diwakili oleh 3 kumpulan yang terdiri daripada 1 kumpulan dari pelajar SOP1 dan 2 kumpulan dari pelajar SOP2. Manakala bagi kategori pensyarah 1 penyertaan iaitu diwakili oleh Pensyarah Program Operasi Perhotelan. Berikut adalah keputusan Pertandingan Inovasi & Kreativiti Kolej Komuniti Kuantan 2022 (I-create’22): . Kategor Pelajar: i) Tempat Kelima (Emas) –SOP2 ‘Pola Peranggu Meja’ Khayreen Aisyah Binti Nor Azmi Nur Hasya Hainina Binti Mat Fauzi Nur Haizatul Ridiani Bt Mohd Hairi ii) Tempat Keenam (Emas)-SOP2 ‘Multipurpose Coffee Spray’ Akila Rabiatul Binti Abdullah Nurul Fatin Nabiha Binti Mansor Terima kasih kepada 4 orang juri jemputan bagi penyempurnaan sesi penilaian dan pembentangan oleh pelajar dan pensyarah. 'Inovasi dan Kreativiti Pemacu TVET IR4.0' Teruskan membudayakan kecemerlangan inovasi dan kreativiti dikalangan warga Kolej Komuniti Kuantan. Tahniah kepada semua pemenang!! ii) Gangsa ‘Goblet Stick’-SOP1 Ahmad Wafiq Bin Hosni Nik Muhammad Azfar Bin Azlan Kategori Pensyarah : i) Tempat kedua (Gangsa)-Pensyarah Program Operasi Perhotelan ‘Ubat gigi Organik bersama Essential Oil’ Mohd Fadzly Bin Mohd Shuraimi Nurulkhazimah Abd Rahman Tengku Nor Azura Binti Tuan Pa Pemenang Tempat Keempat (Emas) ‘Pola Peranggu Meja’ Pemenang Tempat Kelima (Emas) ‘Multipurpose CoffeeSpray’ Gangsa ‘Goblt Stix’ ‘


. MAJLIS MENANDATANGANI SIJIL KOLABORASI STRATEGIK (NoU) KOLEJ KOMUNITI KUANTAN BERSAMA INDUSTRI Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik (NoU) antara pihak Kolej Komuniti Kuantan Bersama pihak Industri berjaya dimeterai Pada 30 Mei 2022 bersempena Majlis 2 Dekad Kolej Komuniti Kuantan. Majlis turut disempurnakan oleh Yang diHormati Ts Abdul Razak bin Sabtu, Bahagian Governan dan Kecemerlangan merangkap Wakil Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Haji Mohd Yusof Bin Zakaria merangkap Pengarah Kolej Komuniti Kuantan serta turut dihadiri oleh para Pengarah Politeknik dan para Pengarah Kolej Komuniti Negeri Pahang. Bagi Program Operasi perhotelan, industri yang terlibat di dalam majlis ini ialah : 1) Swiss-Bellhotel Kuantan 2 ) Kedai Kopi Klasik Kemaman Kolaborasi bersama industri menjadi antara KPI Utama seluruh Kolej Komuniti dalam usaha mengekalkan Kolej Komuniti sebagai antara peneraju utama bidang TVET negara dan menjadi penyumbang terbesar kebolehpasaran graduan negara melebihi 95% setiap tahun. Graduan Kolej Komuniti Kuantan yang sering menjadi rebutan para pemain industri turut disumbangkan oleh impikasi kolaborasi berterusan bersama pihak industri yang menjadi penggerak utama dalam memastikan graduan dilahirkan sentiasa mengikut kehendak semasa pasaran industri. Pencapaian: Program ini berjaya mencapai objektifnya di mana dua industri telah hadir dan menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik (NoU) dan secara tidak langsung telah mencapai sasaran bagi KPI19:BKIK bagi Program Operasi Perhotelan.


. PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) TAHUN 2022-BIDANG FLORISTRY PERINGKAT PRA-KELAYAKAN Pertandingan WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2022 bidang Floristy telah diadakan pada 2 Jun 2022 di Institut Kraf Negara, Rawang. Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kerja Raya (KKR). Seramai 28 orang peserta yang terlibat menyertai pertandingan ini, di mana tujuh (7) daripadanya adalah peserta dari Institut Pertanian Titi Gantung dan 12 peserta lain adalah dari Institut Kolej Vokasional (KV) seluruh Malaysia, satu (1) penyertaan dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar dan selebihnya adalah penyertaan dari agensi luar. Penyertaan dalam bidang Floristry ini adalah julung kalinya disertai oleh peserta dari Kolej Komuniti Kuantan dan telah diwakili oleh Saudari Akila Rabiatul Binti Abdullah, pelajar Program Operasi Perhotelan. Beliau telah mempamerkan aksi yang sangat cemerlang sepanjang hari pertandingan. Jurulatih dan pensyarah pengiring yang terlibat sepanjang pertandingan ini berlangsung adalah Puan Azsyanti binti Ibrahim dan Puan Tg Nur-Wina binti Tuan Abu Bakar serta dibantu oleh pembantu peserta iaitu saudari Nurul Fatin Nabiha binti Mansor.. Peserta telah menjalani latihan Fresh Flower Arrangement dengan pelbagai teknik dalam tempoh sebulan sebelum pertandingan berlangsung. Sesi pertandingan telah dibahagi kepada dua sesi. Bagi sesi pertama, peserta telah diberikan soalan Black Box dan telah diarahkan untuk meghasilkan gubahan Hand Tied bouquet dengan teknik spiral. Manakala pada sesi kedua, peserta telah diarahkan untuk menghasilkan gubahan yang bersesuaian berdasarkan gambar yang telah diberikan di dalam kertas soalan yang telah diedarkan.


. Sepanjang Sesi Latihan Hari Pertandingan Pencapaian: Program ini berjaya mencapai objektifnya di mana jurulatih dan peserta mendapat pendedahan dan pengalama baru dalam menyertai bidang Floristry.


KURSUS LATIHAN DALAM PROGRAM OPERASI PERHOTELAN-BASIC BREWING (V60) @ KOHI VENTURES Kursus Basic Brewing (V60) ini telah diadakan di Kohi Ventures Kuantan dan disertai oleh 9 orang pensyarah program Operasi Perhotelan. Sijil. Kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahuan sedia ada serta kemahiran pensyarah Operasi Perhotelan dalam bidang Barista. Diharap, segala ilmu yang dipelajari akan dapat dimanfaatkan kepada semua pelajar serta komuniti di masa akan datang Apa itu V60? V60 ialah teknik coffee brewing secara manual dengan menggunakan pour-over kettle. Air kopi akan dihasilkan dengan menggunakan teknik tapisan kopi samada immersion atau non-immersion dengan menggunakan kertas penapis berbentuk kon. Hasilnya, air kopi yang ditapis menjadi lebih bersih dan tidak berminyak. Rasa kopi akan dipengaruhi oleh masa tapisan, water temperature, coffee ratio, coffee bean type dan sebagainya . Teknik V60 ini kebiasannya digunakan oleh barista yang berkemahiran tinggi. Kursus ini dilihat sebagai salah satu platform yang baik untuk memberi latihan serta menyuntik minat pensyarah untuk menyertai pertandingan dalam bidang Barista. Terima kasih diucapkan kepada Barista Nik Nazirul Adlin bin Nik Ab Malek diatas segala ilmu dan pengalaman yang telah dikongsikan sepanjang kursus ini berlangsung. Tahniah dan semoga maju jaya kepada semua pensyarah Sijil Operasi Perhotelan.


UNIT AKADEMIK PAM Unit Akademik dan Pendidikan Berterusan UNIT PENGAJIAN AM PENGENALAN Program Unit Pengajian Am merupakan satu unit sokongan yang menawarkan kursus wajib kepada semua pelajar di Kolej Komuniti Kuantan. Semua pelajar akan mendapat sijil penuh Kolej Komuniti sekiranya memenuhi semua keperluan dan syarat pengajian termasuk lulus kursus wajib Mata Pelajaran Umum (MPU). PENSYARAH PROGRAM 1. FARHANA BINTI ANASPEKRI 2. NOR FAUZANI BINTI JUMODI 3. SITI NORLEE BINTI MD NASIR 4. AZLILAWATI BINTI ISHAK 5. NUR UMIRA BINTI MUSTAPHA 6. SHAHRIZAL BIN M. YASIN


Unit Pengajian Am adalah unit sokongan yang menawarkan Mata Pelajaran Umum (MPU) yang wajib diambil oleh semua pelajar untuk melengkapkan struktur kursus sesuatu program pengajian. Unit ini turut menawarkan kursus-kursus umum untuk semua pelajar seperti Kursus Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Keusahawanan dan banyak lagi. DIARI AKTIVITI 2022 UNIT PENGAJIAN AM PENGENALAN AKTIVITI TARIKH TEMPAT KK KUANTAN YOUNGPRENEUR BIZ DAY 2022 (KYBD 2022) SESI I 2022/2023 25 NOVEMBER 2022 BERHADAPAN BLOK B PERTANDINGAN NASYID KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 2022 4 NOVEMBER 2022 DEWAN BESAR KOLEJ KOMUNITI KUANTAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI DAN VIDEO PENDEK BERTEMAKAN KEMERDEKAAN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 2022 14 SEPTEMBER 2022 DEWAN BESAR KOLEJ KOMUNITI KUANTAN MERDEKA DAN BAHAGIA 14 SEPTEMBER 2022 DEWAN BESAR KOLEJ KOMUNITI KUANTAN


PERTANDINGAN NASYID KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 2022 Telah berlangsung Pertandingan Nasyid 2022 Kolej Komuniti Kuantan pada 4/11/2022 di Dewan Kolej Komuniti Kuantan anjuran Unit Pengajian Am.Pertandingan ini telah disertai oleh 14 kumpulan mewakili program masing-masing. Setiap kumpulan telah mempersembahkan 2 buah lagu nasyid pilihan. Juri pertandingan adalah daripada kalangan warga Kolej Komuniti Kuantan iaitu Puan Umaimah Nasuha selaku Pegawai Psikologi dan Kerjaya, Encik Norhishan selaku Pegawai Eksekutif, dan Ketua Juri adalah Encik Afif selaku Juruteknik yang mempunyai latarbelakang seni muzik. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan tahniah kepada semua pemenang.


. KK KUANTAN YOUNGPRENEUR BIZ DAY 2022 (KYBD 2022) SESI I 2022/2023 Telah berlangsung program keusahawanan pelajar peringkat Kolej Komuniti Kuantan anjuran Unit Pengajian Am. Program ini diadakan bagi memenuhi kriteria penilaian bagi kursus Keusahawanan di mana sebanyak 24 kumpulan pelajar yang terdiri daripada pelajar semester 3 dan 4 telah menyertai aktiviti jualan pada program kali ini. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Kolej Komuniti Kuantan, Tn Hj Mohd Yusof bin Zakaria dan diiringi Timbalan Pengarah Akademik, Encik Nor Rizal bin Md Noar dan Timbalan Pengarah Pengurusan, Cik Nor Idayu binti Nordin. Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada Encik Shahrizal bin M. Yasin selaku Pengarah Program KYBD, pihak juri serta seluruh ahli jawatankuasa dalam menjayakan program ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada Puan Farhana binti Anaspekri, Ketua Unit Pengajian Am dalam kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini dengan menyokong pengisian aktiviti sepanjang program berlangsung.Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menyempurnakan program ini dengan jayanya dan syabas kepada semua pemenang. Jumpa lagi di sesi akan datang!


PERTANDINGAN FOTOGRAFI DAN VIDEO PENDEK BERTEMAKAN KEMERDEKAAN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 2022 Unit Pengajian Am telah menganjurkan Majlis Sambutan Kemerdekaan "Keluarga Malaysia, Teguh Bersama" Peringkat Kolej Komuniti Kuantan. Aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan merdeka ini adalah Pertandingan Video Pendek & Pertandingan Fotografi Kemerdekaan. Melalui pertandingan ini dapat menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan pelajar Kolej Komuniti Kuantan. .


MERDEKA DAN BAHAGIA Juara Pertandingan Video Kemerdekaan Kolej Komuniti Kuantan Tahun 2022 telah dimenangi oleh pelajar dari Program Sijil Teknologi Senibina semester 1 (STS 1A). Terima kasih kami ucapkan kepada semua pelajar Kolej Komuniti Kuantan di atas penyertaan Pertandingan Video Kemerdekaan minggu lalu.Tahniah kepada semua yang menyertai. Semarakkan rasa cinta kepada tanahair tercinta. Tahniah diucapkan kepada Unit Pengajian Am di atas penganjuran Majlis Penutup Sambutan Kemerdekaan "Keluarga Malaysia, Teguh Bersama" Peringkat Kolej Komuniti Kuantan yang telah berlangsung pada 14 September 2022 di Dewan Kolej Komuniti Kuantan. Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ini adalah Kempen Pelancaran Bulan Kemerdekaan, Pertandingan Video Pendek, Pertandingan Fotografi Kemerdekaan dan Pertandingan Explorace Kemerdekaan di mana peserta pertandingan adalah daripada kalangan para pelajar dan staf. Syabas dan tahniah semua. Terus semarakkan sambutan bulan kemerdekaan Malaysia tahun 2022 ini! .


KOLEJ KOMUNITI KUANTAN JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI B24 JALAN IM 3/13 BANDAR INDERA MAHKOTA 25200 KUANTAN PAHANG TEL : 09-5721313 FAX : 09-5735000 EMAIL : [email protected] ISSN 1985-6393


Click to View FlipBook Version