CABARAN NORMA BAHARU GURU
PENDIDIKAN ISLAM:
PERHEBATKAN DIRIMU
PROF. DATO’ DR. AB. HALIM BIN TAMURI
PUSAT KAJIAN KEPIMPINAN DAN POLISI PENDIDIKAN,
FAKULTI PENDIDIKAN, UKM
PENDAHULUAN: CABARAN PENDIDIKAN
PENDIDIKAN ISLAM ABAD KE-21 ERA COVID
Tekanan ekonomi pasca COVID-19 yang
mendesak dan kemajuan teknologi yang pesat
Gejala sosial dan masalah-masalah keruntuhan akhlak
Sekolah kini tidak menjadi tempat utama untuk
mendapatkanmaklumat, kemahiran serta
pembangunan diri dan kemahiran sosial
Isu keberkesanan dalam aspek penguasaan ilmu,
kaedah dan pendekatan, keguruan dan penghayatan ilmu
yang diberikan kepada murid-murid
Perkembangan teknologi yang terlalu pantas dan pendedahan
maklumat yang berlaku tanpa sebaraag sekatan dan kawalan
PANDEMIK COVID-19: BAGAIMANA
PdPC/PdPR PENDIDIKAN ISLAM?
Peranti telekomunikasi seperti telefon pintar dan gajet platform aplikasi dalam talian dahulu
tidak dibenarkan di sekolah, kini menjadi sebaliknya
Ini disebabkan dunia pendidikan berada dalam alam maya dan dilakukan di rumah.
Pendidikan baharu mengutamakan kemahiran pembelajaran berasaskan teknologi dan
aplikasi pendidikan dalam talian.
Tugasan GPI semakin mencabar kerana mesti menyesuaikan diri dengan norma kehidupan
dan kebiasaan baharu PdP dilaksanakan secara PdPR
GPI mesti menguasai dan mempunyai literasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).
Isu utama: Sistem pendidikan formal khususnya sekolah mengambil alih sebahagian besar
tugas keluarga untuk mendidik generasi muda, Bagaimana keadaan sekarang?
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah Pelan Pemulihan Negara
yang dilaksanakan dalam 4 Fasa, guru-guru terus mencurah ilmu menerusi PnP dalam talian
walaupun kini ada yang dibenarkan pengajaran secara bersemuka dengan SOP yang ketat
Kesannya, semua guru termasuk GPI perlu meningkatkan e-learning yang merangkumi ilmu,
kompetensi, keupayaan, kemahiran, perubahan sikap dan kesiapsiagaan dalam menerima
normal baharu dalam pendidikan terutama pembelajaran dalam talian.
Perubahan ini akan merangkumi aspek persediaan pengajaran, pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran dan pentaksiran yang akan dilaksanakan.
Maka proses pendigitalan dan pembelajaran maya akan diperkasakan kerana sangat
relevan dengan situasi COVID-19 dan pasca-COVID-19 nanti.
PdPR DALAM ERA COVID19
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran
(PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang
bersesuaian.
PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan
berstruktur dan terancang
PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang
tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan
pendaftar negeri.
PdPR secara dalam talian berlaku apabila terdapat capaian Internet dan penggunaan
peranti yang membolehkan murid belajar secara real time.
PdPR secara luar talian berlaku apabila murid belajar menggunakan
peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar tanpa
capaian Internet. Pembelajaran juga boleh berlaku apabila murid belajar
menggunakan buku teks atau bahan pembelajaran lain
Pembelajaran secara off-site ialah kaedah pembelajaran yang berlaku di
lokasi seperti di pusat komuniti, atau di mana-mana premis yang
diisytiharkan sebagai pusat pemindahan sementara akibat bencana atau
wabak.
Pembelajaran boleh berlaku secara kendiri atau dengan bimbingan
Academic Support Team (AST) yang terdiri dalam kalangan pegawai PPD
atau guru sekolah yang dilantik
2 Kaedah PdPR iaitu PdPR menggunakan modul dan PdPR berasaskan
projek
PdPR perlu dirancang mengikut keupayaan murid dan kesediaan sumber
yang ada.
IBU BAPA/PENJAGA BERPERANAN UNTUK:
A. membantu anak/anak jagaan mendapat maklumat berkaitan sesi
PdPR ataupun arahan/tugasan/kerja rumah yang diberikan guru; dan
B. membantu anak/ anak jagaan mengakses DELIMa, TV Pendidikan,
EduwebTV (koleksi video) dan Cikgootube
Cabaran utama yang dihadapi:
a. Capaian Internet terhad kerana rangkaian dan sistem telekomunikasi yang tidak stabil dan
kurang meluas
b. Kos pembelian talian internet yang tinggi
c. Peranti yang tidak sesuai dengan keperluan PdP online
d. Tidak semua individu mampu memilik peranti
e. Jumlah peranti yang terhad dalam sesebuah keluarga
f. Suasana persekitaran PdP yang kurang sesuai untuk PdP online khususnya di rumah yang
kecil
g. Keberkesanan bahan-bahan yang digunakan
h. Komitmen guru, pelajar, keluarga dan masyarakat
i. Saringan bahan-bahan yang digunakan dalam PdP
CABARAN JURANG GENERASI CYBER
DEMOGRAFI MANUSIA Rujukan: Don Tapscott dalam bukunya Grown Up
Digital: How the Net Generation is Changing Your
World. (2008)
(i) PRE BABY (iii) THE BABY (v)
BOOM (lahir BUST / GENERATION
pada 1945
GENERASI X NET /
dan (lahir antara GENERASI Z
sebelumnya), 1965 – 1976), (lahir antara
1998 hingga
2009) dan
(iii) THE BABY (iv) THE ECHO (vi)
BOOM (lahir OF THE BABY GENERATION
antara 1946 –
BOOM / ALPHA /
1964), GENERASI Y GENERASI A
(lahir antara (lahir pada
1977 – 1997),
2010)
Jika seorang guru generasi X yang lahir pada
tahun 1966 (berusia 50 tahun pada 2016); dan mengajar murid generasi Z yang lahir pada 2001
(berusia 15 tahun pada 2016)
Core values of the 21st century
young generation
SOCIAL MEDIA CULTURE AMONG 21ST
CENTURY GENERATION: 2015
In Malaysia alone, according to statistics released in 2015, there are 10.4 million
active Facebook users, 3.5 million Twitter users and 5.6 million users of Instagram
and data also show that 73% of Malaysians are using WhatsApp which is the
third highest in the world.
Data also shows that 19.2 million people are internet users who use 2.8 hours a
day to navigate social web pages and 55% of Malaysians are active users of
social media (Malaysia Social Media Statistic, 2014).
Even the level of usage is expected to increase especially Facebook; in 2019
there are 13.2 million expected users in Malaysia (Malaysia number of
Facebook users 2019, 2016)
SOCIAL MEDIA CULTURE AMONG 21ST
CENTURY GENERATION: 2020
(DATA DARI MCMC2020)
ISU-ISU PdPc PENDIDIKAN ISLAM
Dalam konteks pendidikan Islam, majoriti GPI dan masa PdP pendidikan Islam dilaksanakan secara
konvesional atau face to face
Kini, keadaan telah berubah kerana pendemik covid19 yang tidak pasti bila berakhir
Bagaimana pendidikan Islam dapat dilaksanakan dalam keadaan sekarang?
Berkesankah pendidikan Islam secara online?
Apakah peranan ibubapa mendidik anak-anak mereka yang sblm ini diserah pada guru?
Bagaimana mahu menerapkan akhlak dan nilai yang sama secara online?
Sampai bilakah keadaan ini berlarutan?
Apakah HOME SCHOOLING menjadi pilihan sekarang dan apakah impaknya kepada kita?
Bagaimana mahu memaksimakaan media sosial sebagai alat komunikasi pendidikan?
Apakah langkah membantu mereka yang tidak ada akses dalam online?
Apakah reka bentuk PdP pendidikan Islam yang bersesuaian?
Penggunaan yang tinggi dalam di Malaysia beberapa aplikasi seperti Zoom, Webex Meetings,
Google Meet, Google Classroom bagi tujuan pendidikan menunjukkan terdapat anjakan
pemikiran dan pelaksanaan dalam pendidikan secara maya.
Video call melalui WhatsApp dan Telegram juga sangat popular di Malaysia mengaktifkan lagi
PdP secara maya
Pembelajaran secara atas talian ini adalah pilihan terbaik untuk mengantikan pembelajaran
bersemuka semasa menghadapi pendemik COVID-19.
Sesuai dengan keperluan perkembangan dan kemajuan semasa, pengajaran dan
pembelajaran atas talian harus dintergrasikan dengan pembelajaran konvesional atau
bersemuka dengan berteraskan kaedah blanded learning - pembelajaran teradun
Apa yang berlaku, budaya peperiksaan yang sangat tinggi di Malaysia menyebabkan kaedah
peperiksaan menentukan bagaimana guru-guru mengajar dan murid belajar.
Kini keadaan ini mula mungkin berubah apabila UPSR dan PT3 terus dimansuhkan selama-
lamanya apablia PKP mula dilaksanakan
Pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran termasuk pendidikan Islam
menekankan information acquisition dan examination achievement kini boleh diubah kepada
pemerolehan ilmu yang sebenar
Pendidikan Islam dapat dilaksanakan secara holistik yang menekankan aspek pengamalan
nilai, etika dan penghayatan dalam kehidupan dan bukan hanya kepada peperiksaan
Sistem pendidikan kini terdedah kepada dunia teknologi yang terlalu pesat berkembang
Pendedahan informasi yang melampau, hiburan tanpa sempadan, permainan yang merentasii
waktu dan negara, sukan merentas sempadan, budaya baru yang melangkaui bangsa dan
bahasa adalah realiti baru pendidikan Islam dalam Revolusi Indusyri 4.0
Pasca COVID-19 yang memerlukan pendekatan baru dalam pendidikan apabila
pembelajaran dan pengajaran online menjadi trend baru dalam pendidikan
Bagaimana pula sekolah dan institusi pendidikan dapat dilihat menjadi satu tempat one stop
center untuk mendapatkan maklumat dan memberikan kemahiran serta juga pembangunan
diri, nilai-nilai dan kemahiran sosial?
murid INTELEK Seimbang
ROHANI &
EMOSI
JASMANI harmonis
DIMENSI PENDIDIKAN BERTERAS
KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KPD TUHAN:
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN
RUKUN NEGARA
CABARAN GLOBAL DAN IR 4.0
1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini) – Generasi Z
6. Generation Alpha (lahir pada 2010) – Generasi A
MODEL PdP PENDIDIKAN ISLAM
Tugas guru mengikut perspektif Islam merangkumi pelbagai
tanggungjawab yang sangat luas dalam pembangunan akhlak dan
diri manusia.
Tugas guru perlu dikaitkan dengan tugas sebagai pendakwah
atau da`i bila membicarakan aspek nilai, moral dan adab
Apa yang sering menjadi perbahasan ialah isu keberkesanan
dalam aspek penguasaan dan penghayatan ilmu yang diberikan
kepada pelajar-pelajar oleh guru-guru
Berikut adalah satu model pengajaran dan pembelajaran
pendidikan Islam (Ab. Halim, 2016)
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
(PARADIGM TAWHID )
KURIKULUM
PENDIDIKAN ISLAM
Kursus dan latihan (pre and
in-service training),
pengalaman, latar belakang,
persekiatan dan masyarakat
GURU ISLAM BERKESAN
(Mudarris, Muaddib, Mu`allim, Mursyid, Murabbi)
Kemahiran pengajaran dan pembelajaran,
pengetahuan, motivasi dan personaliti
HASIL GURU PELAJAR
PEMBELAJARAN -Rancangan Pengajaran
- Kognitif -Tahap kandungan dan - Tahap dan upaya
- Afektif proses pengajaran dan akademik
pembelajaran -Pengalama dan
- Psikomotor - Pengetahuan pedagogi pengetahuan lepas
subjek atau kandungan dan semasa
-Pemilihan strategi dan -Atitude
kaedah pengajarans -Motivasi
-Penggunaan bahan
pengajaran dan
pembelajarans
-Bahan bantu pengajaran
-Penilaian dan pentaksiran
-Classrooom managent
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM
KHALIFATULLAH BERTAQWA AND
HAMBA ALLAH SWT YANG TAAT
NEW NORMAL DALAM PEDAGOGI
PENDIDIKAN ISLAM
ICT adalah satu mekanisme dalam pengajaran dan pembelajaran termasuk dalam
pendidikan Islam
Maka para pendidik perlu memahirkan diri dengan pedagogi dan pendekatan terkini seperti
e-learning, blended learning, MOOC, mobile learning dan sebagainya.
Blended learning adalah pilihan yang terbaik untuk era dan pasca covid
Aplikasi gabungan antara tradisional, konvensional serta pembelajaran terkini adalah amat
penting dalam sistempendidikan masa kini
Model baru pendidikan mula mengambil tempat dalam pendidikan dan ini merupakan
cabaran baru kepada kaedah pendidikan konvensional yang sedia ada masa kini termasuk
dalam pendidikan Islam.
Mobile phone, tablet, laptop dan komputer boleh digunakan secara lebih meluas bagi
menggantikan “buku teks” dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan gajet mudah alih dapat mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan ia
adalah bahan bantu sokongan kepada kaedah tradisional yang sedia ada seperti dalam
bidang al-Quran dan bahasa.
Pendekatan seperti ini akan terus melestarikan ilmu-ilmu tradisonal kerana sesuai dipelajari
sepanjang zaman dan masa yang sesuai dengan perkembangan generasi masa kini.
Prinsip yang perlu difahami ialah apa juga proses inovasi dalam pendidikan adalah satu
keperluan dan ia dibenarkan selagi mana tidak bercanggah dengan syarak.
Kandungan pendidikan Islam adalah sama yang berbeza adalah kaedah penyampaian
Modul-modul e-learning perlu dibangun untuk menstuktur proses PdP sesuai dengan tahap
pelajar dan kemampuan fizikal sedia ada dan akan datang
Bahan-bahan sokongan PdP kini amat mudah diperolehi dalam engin pencarian yang ada
Flatform media sosial adalah yang paling mudah dijadikan medium PdP kerana kos yang
murah dan percuma seperti Facebook, Instragram, twitter dsb
Kemahiran untuk menguruskan dan mengintegrasi media dan perisian yang ada adalah
aspek yang perlu dikuasai oleh semua pendidik
Pengurus pendidikan perlu juga memahami dan membantu pelaksanaan PdP masa kini
PERSONALITI
KOMPONEN UTAMA
PEMBANGUNAN
GURU MURABBI ALAF PCK ILMU
MILINEA MOTIVASI
KEMAHIRAN
SIKAP
i. Personaliti guru
Seorang perlu terlebih dahulu memiliki sahsiah atau personaliti yang unggul
sebelum berusaha untuk membentuk sahsiah para pelajarnya melalui proses
pendidikan tersebut.
Personaliti boleh dihuraikan sebagai ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap
pada seorang individu, tetapi berlainan dengan orang lain.
Ia mewakili perwatakan seseorang individu dan dapat diperhatikan dan dinilai
melalui tingkah lakunya di dalam situasi pada sesuatu ketika.
Media sosial guru perlu digunakan dalam membina dan memperkenal personaliti
guru yanh positig kepada pelajar dan masyarakat
Progam “online” boleh dilakukan secara aktif disamping kaedah tradisional dan
konvensional
ii. Motivasi dalam PdPc
Guru berkesan akan menimbulkan motivasi kepada pelajar untuk belajar kerana
keinginan untuk belajar bukanlah suatu kemestian yang ada pada semua
manusia.
Motivasi memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana berkaitan dengan pembangkitan minat.
Motivasi dan komitmen merupakan satu keperluan yang patut diamalkan oleh
para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Tanpa motivasi, proses pembelajaran menjadi tidak bermakna dan tidak berkesan
Mampu menangani cabaran semasa dalam mengurus dan melaksanakan PdPr
iii. Pelbagai bentuk kemahiran PdPc
Seorang guru itu perlu berpengetahuan dan mempunyai kemahiran mengajar atau
teaching skills meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan
dan penilaian dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada
pelajar-pelajar dengan berkesan iaitu menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan
teknik mengajar berlandaskan teori pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran-kemahiran tersebut perlu supaya guru dapat mengendalikan pelajaran
yang tinggi mutunya di samping pelajar akan tertarik kepada pelajaran yang bermakna
dan menyeronokkan
Kemahiran dalam aplikasi dan peranti teknologi maklumat terkini menjadi ciri utama
guru
Kemahiran menggunakan media social seperti Facebook, Instragram, Twitter, video
conference, Telegram dan Youtube untuk digunakan dalam PdPr yang berkesan
iv. Ilmu pengetahuan guru
al-Nahlawy (1983) seorang pendidik perlu sentiasa mempertingkatkan
keilmuannya, pengetahuan yang mendalam terhadap mata pelajaran yang
diajarnya serta menguasai ilmu pengetahuan lain seperti pengetahuan agama,
sejarah, geografi, matematik, bahasa dan sebagainya.
Ilmu guru perlu merentas sama intra bidang atau inter bidang
Pendidik perlu memastikan kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu ilmu
agar dihormati oleh para pelajarnya dan memperolehi kepercayaan mereka
supaya mereka memperolehi faedah.
Guru-guru perlu diberikan latihan yang berterusan supaya ilmu yang dipelajari
semasa diperingkat universiti dapat dipertingkatkan lagi dan menguasai imu-ilmu
pengajian Islam semasa sesuai dengan tahap keperluan di luar.
v. Pengetahuan pedagogi kandungan
mata pelajaran (PCK)
Guru–guru mesti menyampaikan pelajaran mengikut kemampuan dan
pencapaian skala fikiran pelajar, mengenal pasti kesediaan dan kemampuan
pelajar selaras dengan batasan kefahaman dan kehendak setiap pelajar,
memilih kaedah pengajaran yang sesuai dengan tujuan dan hasil
pembelajaran, tahap perkembangan, kematangan dan kecerdasan pelajar,
menggunakan bahan pengajaran, rujukan dan bahan bantu mengajar yang
sesuai.
Kebolehan guru menentukan pengajaran di dalam kelas tersebut sesuai
dengan kandungan mata pelajaran tersebut yang meliputi elemen
pendekatan, strategi, teknik, pengurusan bilik darjah, interaksi guru dan
kesesuaian bahan bantu pengajaran yang digunakan terutama PdPR
Keperluan Integrasi teknologi dalam PdPR dan PCK (Mishra & Koehler:
2006)
MEMUGAR AMALAN PENGAJARAN
GURU BERTERASKAN KONSEP 5م
Terdapat lima domain utama yang menjadi ciri asas
kepada amalan pengajaran guru muslim yang
berkesan iaitu: mudarris, muaddib, murabbi, mursyid
dan mu`allim yang dikenali sebagai "5"م.
KONSEP "5"م MUDARRIS MUADDIB
MUACLLIM GURU/
PENDIDIK
MUSLIM
MURSYID MURABBI
a. Muddaris
Konsep yang diasaskan kepada guru cemerlang yang
berkesan. Umumnya, ia dinilai daripada lima aspek
utama, iaitu ciri-ciri peribadi yang dimiliki, kaedah-
kaedah pengajaran yang digunakan, kejayaan
mewujudkan iklim dan personaliti bilik darjah yang baik,
mempunyai kepakaran serta mempunyai kecekapan
dan kemampuan membuat keputusan profesional.
b. Muaddib
Merujuk kepada peranan guru di dalam bilik darjah untuk
mangasuh, mendidik, membentuk, membimbing,
menanam, menyuci, menitis dan menyuburkan akhlak
mulia, disiplin, tingkah laku, sahsiah dan seluruh adab
sopan dalam pembinaan dan pembangunan diri para
pelajar.
Proses ta’dib ini bersumberkan wahyu Allah SWT.
Manakala nilai ta’dib yang cuba diterapkan dalam diri
para pelajar adalah bersifat mutlak, muktamad, kekal
abadi dan suci, serta diasaskan kepada keimanan yang
kukuh kepada Allah SWT.
c. Murabbi
Merujuk kepada peranan guru di dalam bilik darjah
untuk menjaga, membesarkan, mencurahkan kasih
sayang, mendidik, mengajar, menyubur dan
memelihara fitrah para pelajar serta memupuk bakat
dan kebolehan yang wujud dalam diri mereka secara
beransur-ansur agar dapat berkembang dengan baik
selaras dengan kematangan yang dilalui oleh para
pelajar tersebut.
Guru berperanan merealisasikan pembentukan dan
pembangunan para pelajar dari pelbagai aspek (JERIS)
agar dapat melahirkan insan soleh yang berakhlak
mulia menurut kaca mata Islam.
d. Mursyid
Merujuk kepada aspek kepimpinan guru dalam bilik darjah
untuk menjaga, menasihati, mengarah, membimbing dan
memberi petunjuk kepada para pelajar ke arah
pembentukan dan pembangunan diri (JERIS) sebagai
insan soleh.
Konsep irsyad ini memfokuskan konsep kepimpinan
Rasulullah SAW dalam proses mendidik dan membimbing
para sahabat.
e. Mu`allim
Merujuk kepada peranan guru dalam bilik darjah untuk
memberitahu, mengajar, memindah dan menyampaikan
pelbagai jenis maklumat, disiplin dan ilmu pengetahuan
kepada para pelajar sama ada melalui latihan, arahan
atau sebarang bentuk pengajaran yang dirancang.
Proses ta'lim merangkumi juga adab berilmu yang akan
mencorak dan mewarnai pembentukan dan
pembangunan diri para pelajar sebagai insan soleh.
A. CIRI MUDDARIS
Menarik perhatian pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran
Menstruktur kandungan pengajaran
Mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada pelajar
Memperkenalkan tajuk pengajaran semasa pengajaran
Menyampaikan maklumat dengan mudah, tepat dan jelas
Menggunakan papan hitam/putih dengan berkesan
Menyesuaikan strategi pengajaran dengan masa, minat dan
kebolehan/tahap pelajar
Menyesuaikan strategi pengajaran dengan sumber yang sedia
ada
Mengawal bilik darjah dengan baik (pembelajaran yang kondusif)
Menggunakan BBM yang sesuai dan berkesan serta
terkini(Slide, kad, gambar, ICT, komputer, tab dll)
Memiliki sifat kecindan/humor
Memiliki kemahiran interpersonal yang baik (body
language, gesture, eye contact)
Mempelbagaikan metodologi pengajaran dengan
berkesan
Mempelbagaikan teknik penyoalan semasa pengajaran
Menjawab persoalan pelajar dengan penuh hikmah
Mengesan masalah pembelajaran pelajar
Menjarakkan pengajaran (lambat/cepat)
Mengajar mengikut urutan kandungan pengajaran
Memberi peneguhan kepada pelajar semasa
pengajaran
Mengajar secara aktif/cergas di dalam dan luar bilik
darjah/sekolah
Menggunakan tulisan Jawi/Rumi dengan baik
Membuat penilaian formatif terhadap pembelajaran
pelajar
Membuat rumusan pengajaran
Memberikan tugasan lanjutan/kerja rumah
Muhasabah pengajaran menurut perspektif Islam