The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sienmiell, 2021-09-08 02:16:15

CABARAN NORMA BAHARU GURU PENDIDIKAN ISLAM: PERHEBATKAN DIRIMU

Perkongsian Ilmu

Keywords: FB Live-Perkongsian Ilmu

B. CIRI MUADDIB

 Memakai pakaian yang sesuai dan kemas (menutup
aurat)

 Menepati masa/waktu
 Menuturkan kata dengan sopan dan berhemah
 Menunjukkan kewibawaan (berautoriti dan berilmu)
 Menunjukkan sikap prihatin terhadap kebajikan pelajar
 Mempamerkan sifat tawaddu’/rendah diri
 Mempamerkan sifat keceriaan
 Menerapkan akhlak semasa pengajaran dan

pembelajaran
 Mengambil berat terhadap perkembangan adab

pelajar
 Menjaga maruah diri
 Menampilkan perwatakan/personaliti yang baik

C. CIRI MURRABI

 Menerapkan unsur-unsur ketauhidan
 Menerapkan nilai-nilai kemanusiaan
 Menyahkan nilai-nilai bukan Islam
 Menggunakan bahasa komunikasi yang sesuai dengan pelajar
 Memotivasikan pelajar
 Mengenali pelajar dan keluarga mereka
 Mendampingi pelajar dengan mesra
 Menunjukkan kasih sayang terhadap pelajar
 Menghormati idea/potensi pelajar
 Menegur pelajar secara hikmah (tidak mengugut, sindir, leter)
 Menghukum pelajar untuk mendidik dan bukan mendenda
 Memanggil pelajar dengan mesra dan penuh kasih sayang
 Mewujudkan hubungan keibubapaan dengan pelajar

D. CIRI MURSYID

 Bersikap adil terhadap pelajar
 Mengamalkan ciri-ciri musyawarah
 Menunjukkan sikap tegas
 Menunjukkan kepimpinan yang mesra kepada pelajar, ibubapa dan

masyarakat
 Menampilkan kepimpinan berhikmah
 Mencetuskan idea / semangat pelajar untuk maju dan berjaya
 Bertindak pantas terhadap isu-isu yang dihadapi oleh pelajar
 Menggalakkan daya kepimpinan di kalangan pelajar
 Mengawal suasana pembelajaran dan kelas dengan berkesan
 Membimbing pelajar membuat keputusan
 Mengaitkan tanggungjawab pelajar sebagai khalifatullah

E. CIRI MU`ALLIM

 Memiliki dan menguasai ilmu
 Menghargai dan percambahan ilmu
 Menepati fakta (tiada kesalahan fakta)
 Menyepadukan ilmu intra dan inter bidang
 Menguasai huraian dan sukatan pelajaran
 Mengetahui isu semasa
 Menggalakkan percambahan ilmu
 Merangsang pemikiran pelajar (KBKK)
 Memahami konteks ilmu
 Mempelbagaikan sumber ilmu
 Menguasai kemahiran menulis (Rumi/Jawi)
 Menggalakkan pembelajaran kendiri
 Mengaplikasikan ilmu dan menjelaskan idea
 Mengamalkan budaya penyelidikan

RUMUSAN

 Dalam alaf baharu dan new normal yang mengutamakan kemahiran
pembelajaran sepanjang hayat, tiada pilihan selain memanfaatkan teknologi
dan aplikasi pendidikan dalam talian.

 Konteks pendidikan masa kini memerlukan guru menguasai dan mempunyai
literasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

 Keupayaan dan kewibawaan pendidik sebagai pemimpin akan membentuk
insan yang terdidik, berilmu, berakhlak dan bertaqwa. (INSAN MUTTAQIN)

 Pendidik berkesan seharusnya memiliki amalan dan keunggulan keperibadian
yang tinggi, berjiwa bersih dan mempunyai ketrampilan diri untuk menjadi
pendidik dan pemimpin yang berwibawa serta disanjungi.

 Keunggulan ciri pendidik ini juga adalah bersesuaian dengan pandangan
yang diutarakan oleh Abdullah Ishak (1995) dan Ahmad Mohd Salleh (1999),
menyatakan antara sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh guru ialah ketokohan
memimpin, keperibadian mulia, bersifat kasih sayang dan berjiwa luhur.


Click to View FlipBook Version