GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PENGENDALIAN KURSUS PENGAJIAN DI INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (IPTS) (PINDAAN 2023) BAHAGIAN STANDARD SWASTA JABATAN PENDIDIKAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI TARIKH KUAT KUASA GARIS PANDUAN 1 OGOS 2023
2 / 69 KANDUNGAN SENARAI SINGKATAN........................................................................................... 5 SENARAI LAMPIRAN............................................................................................. 6 PENGENALAN........................................................................................................ 7 1.1 PENDAHULUAN................................................................................... 7 1.2 LATAR BELAKANG .............................................................................. 7 1.3 PIHAK BERKUASA MELULUSKAN ..................................................... 8 1.4 TUJUAN................................................................................................ 8 1.5 SKOP.................................................................................................... 9 1.6 TAMBAHAN TAFSIRAN ....................................................................... 9 PENGENDALIAN KURSUS PENGAJIAN BAHARU DAN KURSUS PENGAJIAN TAMBAHAN .......................................................................................................... 12 2.1 PUNCA KUASA .................................................................................. 13 2.2 PEMOHON ......................................................................................... 14 2.3 PIAWAIAN PENGENDALIAN KURSUS PENGAJIAN BAHARU DAN KURSUS PENGAJIAN TAMBAHAN................................................... 15 2.3.1 PIAWAIAN UMUM.................................................................... 15 2.3.2 PIAWAIAN KHUSUS ................................................................ 17 2.4 PROSEDUR PERMOHONAN............................................................. 20 2.5 CARTA ALIR PERMOHONAN PENGENDALIAN KURSUS PENGAJIAN BAHARU DAN KURSUS PENGAJIAN TAMBAHAN........................... 21
3 / 69 2.6 SENARAI SEMAK PERMOHONAN.................................................... 22 2.6.1 PERMOHONAN BAGI MENGENDALIKAN KURSUS PENGAJIAN BAHARU........................................................................................... 22 2.6.2 PERMOHONAN BAGI MENGENDALIKAN KURSUS PENGAJIAN TAMBAHAN...................................................................................... 24 2.7 BORANG PERMOHONAN ................................................................. 25 PEMBAHARUAN KELULUSAN UNTUK MENGENDALIKAN KURSUS PENGAJIAN ATAU KURSUS PENGAJIAN TAMBAHAN ......................................................... 26 3.1 PUNCA KUASA .................................................................................. 27 3.2 PEMOHON ......................................................................................... 28 3.3 PIAWAIAN PEMBAHARUAN KELULUSAN UNTUK MENGENDALIKAN KURSUS PENGAJIAN ATAU KURSUS PENGAJIAN TAMBAHAN ... 29 3.3.1 PIAWAIAN UMUM.................................................................... 29 3.3.2 PIAWAIAN KHUSUS ................................................................ 31 3.4 PROSEDUR PERMOHONAN............................................................. 34 3.5 CARTA ALIR PERMOHONAN PEMBAHARUAN KELULUSAN UNTUK MENGENDALIKAN KURSUS PENGAJIAN ATAU KURSUS PENGAJIAN TAMBAHAN........................................................................................ 35 3.6 SENARAI SEMAK PERMOHONAN.................................................... 36 3.7 BORANG PERMOHONAN ................................................................. 37 PINDAAN ATAU PENGUBAHAN SYARAT UNTUK MENGENDALIKAN KURSUS PENGAJIAN ATAU KURSUS PENGAJIAN TAMBAHAN.................................... 38 4.1 PENDAHULUAN................................................................................. 39
4 / 69 4.2 PUNCA KUASA .................................................................................. 39 4.3 PEMOHON ......................................................................................... 40 4.4 PIAWAIAN PINDAAN ATAU PENGUBAHAN SYARAT UNTUK MENGENDALIKAN KURSUS PENGAJIAN ATAU KURSUS PENGAJIAN TAMBAHAN........................................................................................ 41 4.4.1 PIAWAIAN UMUM.................................................................... 41 4.4.2 PIAWAIAN KHUSUS ................................................................ 41 4.5 PROSEDUR PERMOHONAN............................................................. 44 4.6 CARTA ALIR PERMOHONAN BAGI PINDAAN ATAU PENGUBAHAN SYARAT UNTUK MENGENDALIKAN KURSUS PENGAJIAN ATAU KURSUS PENGAJIAN TAMBAHAN................................................... 45 4.7 SENARAI SEMAK PERMOHONAN.................................................... 46 4.8 BORANG PERMOHONAN ................................................................. 47 PENUTUP.............................................................................................................. 48 PERTANYAAN ...................................................................................................... 48 RUJUKAN ............................................................................................................. 49 LAMPIRAN A ........................................................................................................ 50 LAMPIRAN B ........................................................................................................ 56 LAMPIRAN C ........................................................................................................ 61 LAMPIRAN D ........................................................................................................ 67
5 / 69 SENARAI SINGKATAN Akta 555 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 Akta 679 Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 Akta 723 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 IPTS Institusi Pendidikan Tinggi Swasta KPT Kementerian Pendidikan Tinggi JPT Jabatan Pendidikan Tinggi MQA Malaysian Qualifications Agency (Agensi Kelayakan Malaysia) MQF Malaysian Qualifications Framework (Kerangka Kelayakan Malaysia) MQR Malaysian Qualifications Register (Daftar Kelayakan Malaysia)
6 / 69 SENARAI LAMPIRAN A Borang A Permohonan Bagi Mengendalikan Kursus Pengajian B Borang B Permohonan Bagi Mengendalikan Kursus Pengajian Tambahan C Borang C Permohonan Bagi Pembaharuan Kelulusan Untuk Mengendalikan Kursus Pengajian Atau Kursus Pengajian Tambahan D Borang D Permohonan Bagi Pindaan Atau Pengubahan Syarat Untuk Mengendalikan Kursus Pengajian Atau Kursus Pengajian Tambahan.
7 / 69 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Garis panduan dan piawaian ini merupakan dokumen rujukan kepada pemohon untuk mengemukakan permohonan berkaitan pengendalian kursus pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang meliputi topik-topik seperti berikut: i. Pengendalian Kursus Pengajian Baharu dan Kursus Pengajian Tambahan; ii. Pembaharuan Kelulusan untuk Mengendalikan Kursus Pengajian atau Kursus Pengajian Tambahan; dan iii. Pindaan atau Pengubahan Syarat untuk Mengendalikan Kursus Pengajian atau Kursus Pengajian Tambahan. 1.2 LATAR BELAKANG Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) memainkan peranan yang penting dalam perkembangan pendidikan tinggi negara. Ia berperanan sebagai pemangkin bagi merealisasikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Justeru, menjadi tanggungjawab IPTS dalam memastikan kursus pengajian yang ditawarkan adalah bermutu. Selain daripada itu, kepelbagaian penawaran kursus pengajian adalah penting supaya ia dapat memberi pilihan kepada pelajar untuk memilih kursus pengajian yang bersesuaian dan berkualiti ke arah menghasilkan graduan yang
8 / 69 berkemahiran, berpengetahuan, berkualiti dan memenuhi kehendak pasaran tempatan dan global. 1.3 PIHAK BERKUASA MELULUSKAN Kelulusan Ketua Pendaftar IPTS hendaklah diperoleh terlebih dahulu sebelum sesebuah IPTS boleh mengendalikan suatu kursus pengajian atau program latihan secara bersesama atau bergabung, bersekutu atau bekerjasama dengan mana-mana Universiti, Kolej Universiti, Institusi Pendidikan Tinggi, sama ada awam atau swasta atau badan profesional, di dalam atau di luar negara. Permohonan bagi mendapatkan kelulusan berkaitan pengendalian kursus pengajian di IPTS hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pendaftar IPTS, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). 1.4 TUJUAN Memberi panduan kepada pihak IPTS bagi pengendalian kursus pengajian yang memenuhi kriteria seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
9 / 69 1.5 SKOP Garis panduan dan piawaian ini merangkumi piawaian, prosedur, carta alir, senarai semak dan borang bagi pengendalian kursus pengajian di IPTS. 1.6 TAMBAHAN TAFSIRAN Bagi maksud garis panduan dan piawaian ini, tambahan tafsiran istilah adalah penambahan tafsiran selain daripada yang diperuntukkan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. 1.6.1 “Kursus Pengajian” Satu kursus atau suatu set kursus yang berkaitan dan membawa kepada penganugerahan sijil mengikut tahap Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) tahap 3 hingga 8 sesudah tamat mengikuti kursus pengajian dengan jayanya. 1.6.2 “Perakuan Akreditasi” Merupakan satu perakuan rasmi bahawa sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada graduan mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan adalah selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).
10 / 69 1.6.3 “Akreditasi Sementara” Satu perlakuan penilaian untuk memastikan sama ada sesuatu kursus pengajian itu telah menepati keperluan kualiti minimum sebelum dianugerahkan Akreditasi Penuh. 1.6.4 “Akreditasi Penuh” Satu aktiviti penilaian untuk memastikan bahawa kegiatan pengajaran, pembelajaran dan semua aktiviti lain yang berkaitan dengan sesuatu kursus pengajian yang ditawarkan oleh sesebuah IPTS telah menepati standard kualiti dan mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). 1.6.5 “Jaminan Kualiti” Jaminan kualiti ke atas kursus pengajian yang ditawarkan dilaksanakan untuk memastikan spesifikasi dokumen jaminan kualiti atau keperluan badan profesional atau syor MQA, dipatuhi bagi melahirkan graduan yang berkualiti. Jaminan kualiti akademik dikekalkan dan ditambah baik secara berterusan melalui perancangan, pemantauan dan penambahbaikan yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik. 1.6.6 “Dokumen Jaminan Kualiti” Dokumen yang menggariskan standard yang perlu dipatuhi bagi memenuhi syarat akreditasi sesuatu kursus pengajian. Contoh dokumen jaminan kualiti adalah Kerangka
11 / 69 Kelayakan Malaysia (MQF), Kod Amalan Akreditasi Program, Standard, Standard Program, dan Garis Panduan Amalan Terbaik. 1.6.7 “Swaakreditasi” Satu perakuan yang dikeluarkan oleh MQA ke atas universiti yang terbukti mempunyai sistem jaminan kualiti dalaman yang kukuh dan mantap di bawah subseksyen 61 (2), Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 [Akta 679]. 1.6.8 “Badan Profesional” Mana-mana badan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis bagi maksud mengawal selia sesuatu profesion dan kelayakannya atau mana-mana badan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan.
12 / 69 PENGENDALIAN KURSUS PENGAJIAN BAHARU DAN KURSUS PENGAJIAN TAMBAHAN
13 / 69 2.1 PUNCA KUASA Akta 555 memperuntukkan perkara-perkara berhubung dengan pengendalian kursus pengajian oleh sesebuah IPTS. Sehubungan dengan itu, mana-mana IPTS yang ingin mengendalikan kursus pengajian hendaklah merujuk dan mematuhi peruntukan seperti berikut: Seksyen 6 – Permohonan untuk kelulusan penubuhan Seksyen 26 – Perakuan pendaftaran hendaklah dipamerkan Seksyen 38 – Kelulusan terdahulu Ketua Pendaftar mengenai kursus pengajian dan gabungan, dsb Seksyen 39 – Keengganan memberikan kelulusan Seksyen 40 – Pemberian kelulusan tertakluk kepada syarat Seksyen 41 – Bahasa pengantar Seksyen 42 – Kuasa Menteri untuk mengarahkan supaya bahasa kebangsaan digunakan Seksyen 43 – Mata pelajaran wajib Seksyen 44 – Penganugerahan ijazah Seksyen 54 – Alasan bagi pembatalan kelulusan Seksyen 59 – Pemberhentian kegiatan perniagaan
14 / 69 Seksyen 77 – Kesalahan dan penalti berhubungan dengan penganugerahan sijil, diploma dan ijazah Seksyen 88 – Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan 2.2 PEMOHON Permohonan berkaitan pengendalian kursus pengajian baharu dan kursus pengajian tambahan hendaklah dikemukakan oleh Ketua Eksekutif.
15 / 69 2.3 PIAWAIAN PENGENDALIAN KURSUS PENGAJIAN BAHARU DAN KURSUS PENGAJIAN TAMBAHAN 2.3.1 PIAWAIAN UMUM i. Syarikat pemilik IPTS telah menerima kelulusan penubuhan (bagi permohonan kursus pengajian baharu). ii. Kursus pengajian tidak termasuk dalam status moratorium. iii. Kursus pengajian dikendalikan di premis berdaftar IPTS sahaja. iv. IPTS hendaklah menyediakan kemudahan dan peralatan yang lengkap dan sesuai dengan kursus pengajian yang ditawarkan seperti yang ditetapkan dalam dokumen jaminan kualiti. v. IPTS hendaklah melantik tenaga pengajar yang berkelayakan dan mencukupi seperti yang ditetapkan dalam dokumen jaminan kualiti. vi. IPTS hendaklah memastikan semua tenaga pengajar mempunyai permit mengajar dan pas penggajian (jika berkenaan) yang masih dalam tempoh sah laku.
16 / 69 vii. Kursus pengajian yang dikendalikan hendaklah memenuhi keperluan dokumen jaminan kualiti dan mendapat Akreditasi Penuh apabila mencapai tempoh matang. viii. Penggunaan bahasa pengantar selain Bahasa Kebangsaan, hendaklah mendapat kelulusan Menteri terlebih dahulu tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. ix. IPTS boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 555 sekiranya melanggar manamana syarat yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar IPTS. x. IPTS hendaklah sentiasa mematuhi dasar dan pekeliling terkini dan semasa yang sedang berkuat kuasa.
17 / 69 2.3.2 PIAWAIAN KHUSUS i. IPTS mempunyai perakuan pendaftaran yang masih dalam tempoh sah laku sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum tamat tempoh permohonan dibuat (bagi permohonan kursus pengajian tambahan). ii. Tempoh sah laku kursus pengajian adalah seperti berikut: a. Lima (5) tahun jika tempoh maksimum kursus pengajian sepenuh masa itu tiga (3) tahun dan ke bawah. b. Tujuh (7) tahun jika tempoh maksimum kursus pengajian sepenuh masa itu melebihi tiga (3) tahun dan ke atas. iii. IPTS hendaklah bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan tempoh kursus pengajian memenuhi keperluan seperti dalam dokumen jaminan kualiti serta mematuhi standard badan profesional atau badan akreditasi. iv. IPTS hendaklah mendapatkan perakuan Akreditasi Sementara daripada MQA sebelum permohonan kelulusan pengendalian kursus pengajian baharu atau kursus pengajian tambahan dikemukakan kepada Ketua Pendaftar IPTS. v. IPTS hendaklah memastikan jaminan kualiti kursus pengajian ditambah baik secara berterusan.
18 / 69 vi. Bagi IPTS berstatus Swaakreditasi, IPTS perlu mengemukakan keputusan mesyuarat senat serta penyenaraian kursus pengajian atau kelayakan ke dalam senarai perakuan Akreditasi Sementara MQA. vii. IPTS hendaklah memastikan setiap pelajar yang diambil untuk sesuatu kursus pengajian mematuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan. viii. Syarat kelayakan masuk hendaklah memenuhi sekurang-kurangnya keperluan minimum standard program atau keperluan badan profesional atau syor MQA yang berkuat kuasa bagi pengambilan pelajar dalam tempoh tersebut, atau kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan. ix. Pengambilan pelajar hendaklah dibuat dalam tempoh dua (2) tahun mulai dari tempoh sah laku kursus pengajian. Sekiranya tiada pengambilan pelajar dibuat dalam tempoh tersebut, kelulusan pengendalian kursus pengajian ini adalah terbatal. Jika institusi masih berminat untuk menawarkan kursus pengajian ini, pihak institusi perlu mendapatkan kelulusan baharu bagi pengendalian kursus pengajian ini. x. IPTS hendaklah memastikan kuota pengambilan pelajar adalah sepertimana yang telah ditetapkan oleh badan profesional dan diluluskan oleh Ketua Pendaftar IPTS (jika berkenaan).
19 / 69 xi. IPTS tidak dibenarkan membuat pengambilan pelajar baharu bermula dari tarikh perakuan Akreditasi Penuh ditolak. xii. Setiap tenaga pengajar hendaklah mempunyai permit mengajar yang diluluskan oleh Ketua Pendaftar IPTS seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. xiii. Kelulusan mengendalikan kursus pengajian boleh dibatalkan oleh Ketua Pendaftar IPTS sekiranya berlaku perlanggaran ke atas mana-mana syarat tersebut seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 40 (1A) Akta 555. xiv. Selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 38 Akta 555, IPTS boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekiranya menawarkan kursus pengajian yang tidak diluluskan oleh Ketua Pendaftar IPTS. xv. Pelanggaran ke atas mana-mana syarat di dalam surat kelulusan pengendalian kursus pengajian adalah suatu kesalahan di bawah peruntukan subseksyen 40(2) Akta 555, yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya.
20 / 69 2.4 PROSEDUR PERMOHONAN i. Permohonan bagi pengendalian kursus pengajian baharu dan kursus pengajian tambahan hendaklah dikemukakan mengikut senarai semak permohonan yang ditetapkan melalui Sistem e-IPTS. ii. Ketua Eksekutif perlu mengisi borang permohonan bagi pengendalian kursus pengajian iaitu Jadual Pertama seperti berikut: a. Borang A — Permohonan bagi Mengendalikan Kursus Pengajian (Sila rujuk LAMPIRAN A) b. Borang B — Permohonan bagi Mengendalikan Kursus Pengajian Tambahan (Sila rujuk LAMPIRAN B) iii. Fi kelulusan (bank draf / kiriman wang / pembayaran dalam talian) atas nama “Akauntan Negara Malaysia – KPT – T” dikenakan adalah seperti berikut: a. Sijil – RM1,000.00 b. Diploma – RM1,500.00 c. Sarjana Muda dan ke atas (kecuali kursus pengajian perubatan, farmasi dan pergigian) – RM2,000.00 d. Sarjana Muda dan ke atas (kursus pengajian perubatan, farmasi dan pergigian) – RM2,500.00
21 / 69 2.5 CARTA ALIR PERMOHONAN PENGENDALIAN KURSUS PENGAJIAN BAHARU DAN KURSUS PENGAJIAN TAMBAHAN Pemohon mengemukakan permohonan kepada JPT melalui Sistem e-IPTS JPT terima dokumen Pegawai Proses menerima dokumen permohonan dan memproses permohonan Status permohonan IPTS akan menerima notifikasi bayaran fi IPTS akan membuat bayaran fi kelulusan Menerima surat kelulusan Menerima surat penolakan Lulus Tidak Lulus Status dokumen permohonan Dokumen dikembalikan kepada pemohon melalui Sistem e-IPTS untuk pembetulan Lengkap Tidak Lengkap
22 / 69 2.6 SENARAI SEMAK PERMOHONAN 2.6.1 PERMOHONAN BAGI MENGENDALIKAN KURSUS PENGAJIAN BAHARU (Sebarang perubahan terhadap senarai semak akan dikemas kini di portal rasmi JPT iaitu jpt.mohe.gov.my) i. Borang A – Permohonan bagi Mengendalikan Kursus Pengajian. ii. Salinan surat perakuan Akreditasi Sementara kursus pengajian daripada MQA. iii. Keputusan Senat bagi penawaran kursus pengajian yang dipohon (bagi institusi swa). iv. Salinan Memorandum of Agreement (MoA) dan Memorandum of Understanding (MoU) bagi program kerjasama dengan rakan universiti berkenaan yang disahkan (jika berkenaan). v. Salinan surat kelulusan dari JPT berkaitan kelulusan YB Menteri bagi program kerjasama dengan universiti awam dalam negara yang disahkan (jika berkenaan). vi. Salinan surat pengesahan bagi program kerjasama dengan badan-badan profesional (jika berkenaan). vii. Struktur fi kursus pengajian.
23 / 69 viii. Surat justifikasi menggunakan bahasa pengantar selain daripada Bahasa Kebangsaan (jika berkenaan). ix. Setelah permohonan diluluskan, pihak IPTS perlu menjelaskan fi kelulusan kepada KPT.
24 / 69 2.6.2 PERMOHONAN BAGI MENGENDALIKAN KURSUS PENGAJIAN TAMBAHAN (Sebarang perubahan terhadap senarai semak akan dikemas kini di portal rasmi JPT iaitu jpt.mohe.gov.my) i. Borang B – Permohonan bagi Mengendalikan Kursus Pengajian Tambahan. ii. Salinan surat perakuan Akreditasi Sementara kursus pengajian daripada MQA. iii. Keputusan Senat bagi penawaran kursus pengajian yang dipohon (bagi institusi swa). iv. Salinan Memorandum of Agreement (MoA) dan Memorandum of Understanding (MoU) bagi program kerjasama dengan rakan universiti berkenaan yang disahkan (jika berkenaan). v. Salinan surat pengesahan bagi program kerjasama dengan badan-badan profesional (jika berkenaan). vi. Salinan surat kelulusan dari JPT berkaitan kelulusan YB Menteri bagi program kerjasama dengan universiti awam dalam negara yang disahkan (jika berkenaan). vii.Struktur fi kursus pengajian.
25 / 69 viii. Surat justifikasi menggunakan bahasa pengantar selain daripada Bahasa Kebangsaan (jika berkenaan). ix. Setelah permohonan diluluskan, pihak IPTS perlu menjelaskan fi kelulusan kepada KPT. 2.7 BORANG PERMOHONAN Pemohon boleh merujuk borang permohonan seperti di LAMPIRAN A dan LAMPIRAN B.
26 / 69 PEMBAHARUAN KELULUSAN UNTUK MENGENDALIKAN KURSUS PENGAJIAN ATAU KURSUS PENGAJIAN TAMBAHAN
27 / 69 3.1 PUNCA KUASA Akta 555 memperuntukkan perkara-perkara berhubung dengan pengendalian kursus pengajian oleh sesebuah IPTS. Sehubungan dengan itu, mana-mana IPTS yang ingin mengendalikan kursus pengajian hendaklah merujuk dan mematuhi peruntukan seperti berikut: Seksyen 26 – Perakuan pendaftaran hendaklah dipamerkan Seksyen 38 – Kelulusan terdahulu Ketua Pendaftar mengenai kursus pengajian dan gabungan, dsb Seksyen 39 – Keengganan memberikan kelulusan Seksyen 40 – Pemberian kelulusan tertakluk kepada syarat Seksyen 40A - Pembaharuan kelulusan untuk mengendalikan kursus pengajian atau program latihan Seksyen 41 – Bahasa pengantar Seksyen 42 – Kuasa Menteri untuk mengarahkan supaya bahasa kebangsaan digunakan Seksyen 43 – Mata pelajaran wajib Seksyen 44 – Penganugerahan ijazah Seksyen 54 – Alasan bagi pembatalan kelulusan
28 / 69 Seksyen 59 – Pemberhentian kegiatan perniagaan Seksyen 77 – Kesalahan dan penalti berhubungan dengan penganugerahan sijil, diploma dan ijazah Seksyen 88 – Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan 3.2 PEMOHON Permohonan berkaitan pembaharuan kelulusan untuk mengendalikan kursus pengajian atau kursus pengajian tambahan hendaklah dikemukakan oleh Ketua Eksekutif.
29 / 69 3.3 PIAWAIAN PEMBAHARUAN KELULUSAN UNTUK MENGENDALIKAN KURSUS PENGAJIAN ATAU KURSUS PENGAJIAN TAMBAHAN 3.3.1 PIAWAIAN UMUM i. Institusi hendaklah memastikan perakuan pendaftaran institusi masih dalam tempoh sah laku. ii. Kursus pengajian hendaklah dikendalikan di premis berdaftar IPTS sahaja. iii. IPTS hendaklah menyediakan kemudahan dan peralatan yang lengkap dan sesuai dengan kursus pengajian yang ditawarkan seperti yang ditetapkan dalam dokumen jaminan kualiti. iv. IPTS hendaklah melantik tenaga pengajar yang berkelayakan dan mencukupi seperti yang ditetapkan dalam dokumen jaminan kualiti. v. IPTS hendaklah memastikan semua tenaga pengajar mempunyai permit mengajar dan pas penggajian (jika berkenaan) yang masih dalam tempoh sah laku. vi. Kursus pengajian yang dikendalikan hendaklah mendapat Akreditasi Penuh daripada MQA sebelum permohonan pembaharuan kursus pengajian dikemukakan kepada Ketua Pendaftar IPTS.
30 / 69 vii. Kursus pengajian yang tidak mencapai Akreditasi Penuh tidak akan dipertimbangkan untuk pembaharuan kelulusan pengendalian kursus pengajian. viii. Penggunaan bahasa pengantar selain Bahasa Kebangsaan, hendaklah mendapat kelulusan Menteri terlebih dahulu tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. ix. IPTS boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 555 sekiranya melanggar manamana syarat yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar IPTS. x. IPTS hendaklah sentiasa mematuhi dasar dan pekeliling terkini dan semasa yang sedang berkuat kuasa.
31 / 69 3.3.2 PIAWAIAN KHUSUS i. Tempoh sah laku kursus pengajian adalah seperti berikut: a. Lima (5) tahun jika tempoh maksimum kursus pengajian sepenuh masa itu tiga (3) tahun dan ke bawah. b. Tujuh (7) tahun jika tempoh maksimum kursus pengajian sepenuh masa itu melebihi tiga (3) tahun dan ke atas. ii. IPTS hendaklah mengemukakan permohonan pembaharuan untuk mengendalikan kursus pengajian tidak lewat daripada enam (6) bulan sebelum tamat tempoh sah laku kursus pengajian. iii. Mana-mana permohonan bagi pembaharuan yang tidak dibuat dalam masa yang ditetapkan hendaklah tertakluk kepada suatu bayaran penalti sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar IPTS. iv. IPTS hendaklah bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan tempoh kursus pengajian memenuhi keperluan seperti dalam dokumen jaminan kualiti serta mematuhi standard badan profesional atau badan akreditasi. v. IPTS hendaklah mendapatkan perakuan Akreditasi Penuh daripada MQA sebelum permohonan pembaharuan kursus pengajian dikemukakan kepada Ketua Pendaftar IPTS.
32 / 69 vi. IPTS hendaklah memastikan jaminan kualiti kursus pengajian ditambah baik secara berterusan. vii. Bagi IPTS berstatus Swaakreditasi, institusi perlu mengemukakan keputusan mesyuarat senat serta mendaftarkan kursus pengajian tersebut dalam MQR. viii. IPTS hendaklah memastikan setiap pelajar yang diambil untuk suatu kursus pengajian mematuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan. ix. Syarat kelayakan masuk hendaklah memenuhi sekurang-kurangnya keperluan minimum standard program atau keperluan badan profesional atau syor MQA yang berkuat kuasa bagi pengambilan pelajar dalam tempoh tersebut, atau kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan. x. IPTS hendaklah memastikan kuota pengambilan pelajar adalah sepertimana yang telah ditetapkan oleh badan profesional dan diluluskan oleh Ketua Pendaftar IPTS (jika berkenaan). Sekiranya terdapat perubahan kuota daripada badan profesional, kelulusan kuota baharu hendaklah diperoleh daripada Ketua Pendaftar IPTS (jika berkenaan). xi. IPTS tidak dibenarkan membuat pengambilan pelajar baharu bermula daripada tarikh perakuan Akreditasi Penuh dibatalkan. Pengambilan pelajar baharu hanya dibenarkan setelah kursus pengajian memperoleh perakuan Akreditasi Penuh semula.
33 / 69 xii. Setiap tenaga pengajar hendaklah mempunyai permit mengajar yang diluluskan oleh Ketua Pendaftar IPTS seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. xiii. Kelulusan mengendalikan kursus pengajian boleh dibatalkan oleh Ketua Pendaftar IPTS sekiranya berlaku perlanggaran ke atas mana-mana syarat tersebut seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 40 (1A) Akta 555. xiv. Selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 38 Akta 555, IPTS boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekiranya menawarkan kursus pengajian yang tidak diluluskan oleh Ketua Pendaftar IPTS. xv. Pelanggaran ke atas mana-mana syarat kelulusan pembaharuan kursus pengajian adalah suatu kesalahan di bawah peruntukan subseksyen 40(2) Akta 555, yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya.
34 / 69 3.4 PROSEDUR PERMOHONAN i. Permohonan bagi pembaharuan kelulusan untuk mengendalikan kursus pengajian atau kursus pengajian tambahan hendaklah dikemukakan mengikut senarai semak permohonan yang ditetapkan melalui Sistem e-IPTS. ii. Ketua Eksekutif perlu mengisi borang permohonan bagi pembaharuan kelulusan mengendalikan kursus pengajian atau kursus pengajian tambahan iaitu Jadual Pertama (Borang C – Permohonan bagi Pembaharuan Kelulusan untuk Mengendalikan Kursus Pengajian atau Kursus Pengajian Tambahan) bersama dokumen-dokumen berkaitan. (Sila rujuk LAMPIRAN C). iii. Fi kelulusan (bank draf / kiriman wang / pembayaran dalam talian) atas nama “Akauntan Negara Malaysia – KPT – T” dikenakan adalah seperti berikut: a. Sijil – RM1,000.00 b. Diploma – RM1,500.00 c. Sarjana Muda dan ke atas (kecuali kursus pengajian perubatan, farmasi dan pergigian) – RM2,000.00 d. Sarjana Muda dan ke atas (kursus pengajian perubatan, farmasi dan pergigian) – RM2,500.00
35 / 69 3.5 CARTA ALIR PERMOHONAN PEMBAHARUAN KELULUSAN UNTUK MENGENDALIKAN KURSUS PENGAJIAN ATAU KURSUS PENGAJIAN TAMBAHAN Pemohon mengemukakan permohonan kepada JPT melalui Sistem e-IPTS JPT terima dokumen Pegawai Proses menerima dokumen permohonan dan memproses permohonan Status permohonan IPTS akan menerima notifikasi bayaran fi IPTS akan membuat bayaran fi kelulusan Menerima surat kelulusan Menerima surat penolakan Lulus Tidak Lulus Status dokumen permohonan Dokumen dikembalikan kepada pemohon melalui Sistem e-IPTS untuk pembetulan Lengkap Tidak Lengkap
36 / 69 3.6 SENARAI SEMAK PERMOHONAN (Sebarang perubahan terhadap senarai semak akan dikemas kini di portal rasmi JPT iaitu jpt.mohe.gov.my) i. Borang C — Permohonan bagi Pembaharuan Kelulusan untuk Mengendalikan Kursus Pengajian Atau Kursus Pengajian Tambahan. ii. Salinan sijil perakuan akreditasi. iii. Salinan surat perakuan Akreditasi Sementara kursus pengajian daripada MQA. iv. Salinan cetakan akreditasi MQA (daripada laman sesawang MQR). v. Salinan surat kelulusan pengendalian / pembaharuan kursus pengajian yang terkini. vi. Salinan surat kelulusan pindaan maklumat kursus pengajian (jika berkenaan). vii. Setelah permohonan diluluskan, pihak IPTS perlu menjelaskan fi kelulusan kepada KPT.
37 / 69 3.7 BORANG PERMOHONAN Pemohon boleh merujuk borang permohonan seperti di LAMPIRAN C.
38 / 69 PINDAAN ATAU PENGUBAHAN SYARAT UNTUK MENGENDALIKAN KURSUS PENGAJIAN ATAU KURSUS PENGAJIAN TAMBAHAN
39 / 69 4.1 PENDAHULUAN Tujuan pindaan atau pengubahan syarat untuk mengendalikan kursus pengajian ini adalah untuk memastikan IPTS menawarkan kursus pengajian yang mampu melahirkan graduan yang dapat memenuhi keperluan pasaran serta seiring dengan perkembangan semasa. Selain itu, IPTS hendaklah menyediakan kaedah pengajaran yang memenuhi keperluan industri secara optimum dan memberi impak yang tinggi kepada masyarakat serta negara dan memacu transformasi bagi melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang. Oleh itu, IPTS bertanggungjawab untuk melaksanakan penambahbaikan yang berterusan melalui ‘pengubahsuaian’ mengikut kehendak pasaran bagi memastikan kualiti kursus pengajian dan kurikulum adalah mantap serta dapat memperkayakan lagi pengalaman pelajar. Semakan kurikulum secara berkala bagi setiap kursus pengajian yang ditawarkan bagi memastikan kandungan kurikulum kursus pengajian sentiasa terkini dan memenuhi keperluan semua pemegang taruh serta perubahan industri semasa. 4.2 PUNCA KUASA Akta 555 memperuntukkan perkara-perkara berhubung dengan pengendalian kursus pengajian oleh sesebuah IPTS. Sehubungan dengan itu, mana-mana IPTS yang ingin mengendalikan kursus pengajian hendaklah merujuk dan mematuhi peruntukan seperti berikut: Seksyen 26 – Perakuan pendaftaran hendaklah dipamerkan
40 / 69 Seksyen 38 – Kelulusan terdahulu Ketua Pendaftar mengenai kursus pengajian dan gabungan, dsb Seksyen 39 – Keengganan memberikan kelulusan Seksyen 40 – Pemberian kelulusan tertakluk kepada syarat Seksyen 41 – Bahasa pengantar Seksyen 42 – Kuasa Menteri untuk mengarahkan supaya bahasa kebangsaan digunakan Seksyen 43 – Mata pelajaran wajib Seksyen 44 – Penganugerahan ijazah Seksyen 54 – Alasan bagi pembatalan kelulusan Seksyen 59 – Pemberhentian kegiatan perniagaan Seksyen 77 – Kesalahan dan penalti berhubungan dengan penganugerahan sijil, diploma dan ijazah Seksyen 88 – Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan. 4.3 PEMOHON Permohonan berkaitan pindaan atau pengubahan syarat untuk mengendalikan kursus pengajian hendaklah dikemukakan oleh Ketua Eksekutif.
41 / 69 4.4 PIAWAIAN PINDAAN ATAU PENGUBAHAN SYARAT UNTUK MENGENDALIKAN KURSUS PENGAJIAN ATAU KURSUS PENGAJIAN TAMBAHAN 4.4.1 PIAWAIAN UMUM i. Institusi hendaklah memastikan perakuan pendaftaran institusi masih dalam tempoh sah laku. ii. IPTS boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 555 sekiranya melanggar manamana syarat yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar IPTS. iii. IPTS hendaklah sentiasa mematuhi dasar dan pekeliling yang terkini dan semasa yang sedang berkuat kuasa. 4.4.2 PIAWAIAN KHUSUS i. IPTS hendaklah memastikan jaminan kualiti kursus pengajian ditambah baik secara berterusan. ii. IPTS perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pendaftar IPTS terlebih dahulu sebelum membuat pindaan atau pengubahan kepada syarat pengendalian kursus pengajian baharu atau kursus pengajian tambahan. Syarat pengendalian kursus
42 / 69 pengajian baharu atau kursus pengajian tambahan yang boleh dipinda adalah seperti berikut: a. Nama Kursus Pengajian. b. Bidang. c. Kaedah pengajaran. d. Kelayakan kemasukan. e. Bahasa pengantar. f. Jam kredit. g. Skim atau cara pengajian. h. Tempoh. i. Struktur fi. iii. Pindaan atau pengubahan kepada syarat-syarat pengendalian kursus pengajian bagi kelayakan kemasukan, tempoh kursus, jumlah jam kredit dan struktur fi pengajian adalah terpakai kepada pengambilan pelajar kohort baharu sahaja. iv. Manakala pindaan atau pengubahan kepada syarat-syarat pengendalian kursus pengajian bagi nama kursus, bidang, kaedah pengajaran, bahasa pengantar, skim atau cara pengajian adalah terpakai untuk pelajar aktif sedia ada mahupun pelajar kohort baharu.
43 / 69 v. Bagi pindaan syarat kelayakan kemasukan, IPTS hendaklah memastikan setiap pelajar yang diambil untuk suatu kursus pengajian mematuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan. vi. Bagi pindaan bahasa pengantar, penggunaan bahasa pengantar selain Bahasa Kebangsaan hendaklah mendapat kelulusan Menteri terlebih dahulu tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. vii. Bagi pindaan tempoh pengajian, IPTS hendaklah bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan tempoh kursus pengajian memenuhi keperluan seperti dalam dokumen jaminan kualiti serta mematuhi standard badan profesional atau badan akreditasi. viii.Bagi pindaan struktur fi pengajian, IPTS hendaklah mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pendaftar IPTS dan kriteria pertimbangan untuk kelulusan pindaan adalah tertakluk kepada dasar dan pekeliling terkini dan semasa yang sedang berkuat kuasa. ix. Kelulusan mengendalikan kursus pengajian boleh dibatalkan oleh Ketua Pendaftar IPTS sekiranya berlaku perlanggaran ke atas mana-mana syarat tersebut seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 40 (1A) Akta 555.
44 / 69 4.5 PROSEDUR PERMOHONAN i. Permohonan bagi pindaan atau pengubahan syarat untuk mengendalikan kursus pengajian atau kursus pengajian tambahan hendaklah dikemukakan mengikut senarai semak permohonan yang ditetapkan melalui Sistem e-IPTS. ii. Ketua Eksekutif perlu mengisi borang permohonan bagi pindaan atau pengubahan syarat untuk mengendalikan kursus pengajian atau kursus pengajian tambahan iaitu Jadual Pertama (Borang D – Permohonan bagi Pindaan atau Pengubahan Syarat untuk Mengendalikan Kursus Pengajian atau Kursus Pengajian Tambahan). (Sila rujuk LAMPIRAN D). iii. Bagi permohonan pindaan struktur fi, IPTS perlu mengisi borang tambahan (Borang Permohonan Perubahan Yuran) dan Surat Akuan Pematuhan Terhadap Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 [Akta 723] serta memuat naik borang tersebut melalui Sistem e-IPTS.
45 / 69 4.6 CARTA ALIR PERMOHONAN BAGI PINDAAN ATAU PENGUBAHAN SYARAT UNTUK MENGENDALIKAN KURSUS PENGAJIAN ATAU KURSUS PENGAJIAN TAMBAHAN Pemohon mengemukakan permohonan kepada JPT melalui Sistem e-IPTS JPT terima dokumen Pegawai Proses menerima dokumen permohonan dan memproses permohonan Status permohonan Menerima surat kelulusan Menerima surat penolakan Lulus Tidak Lulus Status dokumen permohonan Dokumen dikembalikan kepada pemohon melalui Sistem e-IPTS untuk pembetulan Lengkap Tidak Lengkap
46 / 69 4.7 SENARAI SEMAK PERMOHONAN (Sebarang perubahan terhadap senarai semak akan dikemas kini di portal rasmi JPT iaitu jpt.mohe.gov.my) i. Borang D – Permohonan bagi Pindaan atau Pengubahan Syarat untuk Mengendalikan Kursus Pengajian atau Kursus Pengajian Tambahan. ii. Kesemua salinan surat kelulusan pindaan syarat berkaitan kursus pengajian (jika berkenaan). iii. Salinan surat syor daripada MQA berkaitan pindaan syarat yang dipohon (jika berkenaan). iv. Salinan surat kelulusan/ persetujuan Senat berkaitan pindaan yang dipohon (bagi institusi swa. v. Surat justifikasi pindaan struktur yuran (jika berkenaan): a) Borang permohonan perubahan yuran. b) Salinan surat kelulusan / memperbaharui kursus. c) Salinan perakuan pendaftaran. d) Semua surat kelulusan kenaikan / pindaan yuran bagi kursus yang dipohon (jika berkenaan).
47 / 69 e) Akuan Pematuhan Terhadap Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723] - Bagi IPTS dengan penarafan MyQUEST 6 / SETARA 5 / 6 yang ingin memohon kenaikan kadar yuran lebih dari 3% setahun. 4.8 BORANG PERMOHONAN Pemohon boleh merujuk borang permohonan seperti di LAMPIRAN D.
48 / 69 PENUTUP Garis Panduan dan Piawaian ini diharap dapat memberi panduan kepada IPTS dalam mengendalikan kursus pengajian yang berkualiti dan memenuhi kriteria yang ditetapkan berdasarkan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] dan PeraturanPeraturan di bawahnya. Melalui kursus pengajian yang berkualiti akan lahirlah graduan yang berpengetahuan, berkemahiran teknikal dan insaniah serta mempunyai ciri-ciri yang memenuhi permintaan guna tenaga negara. PERTANYAAN Sebarang pertanyaan berkaitan dengan Garis Panduan dan Piawaian Pengendalian Kursus Pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah dirujuk kepada: Bahagian Standard Swasta, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, Aras 5, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya. Tel : 03-8870 6000 Faks : 03-8870 6856
49 / 69 RUJUKAN Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] Peraturan-Peraturan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pengendalian Kursus Pengajian) (Pindaan) 2017 Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 [Akta 679]
50 / 69 LAMPIRAN A © Bahagian Governan IPTS, Jabatan Pendidikan Tinggi, November 2017 JADUAL PERTAMA [Peraturan 3, 6 dan 6A] BORANG ‘A’ PERATURAN-PERATURAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (PENGENDALIAN KURSUS PENGAJIAN) 1997 PERMOHONAN BAGI MENGENDALIKAN KURSUS PENGAJIAN BAHAGIAN A BUTIR-BUTIR INSTITUSI 1. Nama institusi: ___________________________________________ ___________________________________________ 2. Alamat institusi: ___________________________________________ ___________________________________________ Poskod: ___________________________________________ Bandar: ___________________________________________ Negeri: ___________________________________________ Negara: ___________________________________________ No. Telefon: ___________________________________________ No. Fax: ___________________________________________ E-mel: ___________________________________________ Laman web: ___________________________________________ 3. Butir-butir kelulusan penubuhan: (a) No. Rujukan Kelulusan: ________________________________ (b) Tarikh kelulusan: ________________________________