The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENULIS BUKU<br>1. Mohd Fiqry Bin Yacob

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FIQRYNAS, 2023-01-26 08:09:24

RATU LEBAH YANG TERSESAT

PENULIS BUKU<br>1. Mohd Fiqry Bin Yacob

R A T U L E B A H Y A N G T E R S E S A T Buku Cerita Kanak-Kanak 10-12 Tahun


1 Pada zaman dahulu berlaku di dalam rimba yang sungguh tebal kehidupannya yang sungguh damai dan harmoni, kicauan burungburung dan siulan angin yang mendayu-dayu ditambah lagi dengan teriakan air terjun dipergunungan rimba itu


OPEN


2 terciptalah suasana keindahan hutan itu. Dengan tiba-tiba! Terdengar jeritan meminta tolong. Tolong… tolong… Tolong lepaskan saya dari cengkaman helang yang durjana ini… Tiada sesiapapun yang dapat mendengar teriakan


3 ratu lebah tersebut. Lantas ratu lebah berkata. Bagaimanalah nasibku? Jika aku mati dalam cengkaman si helang durjana ini. Ratu lebah yang malang hanya mampu berserah dengan apa yang menimpa pada dirinya. Sang helang berniat untuk membawa ratu lebah ke


4 sarangnya untuk dijadikan santapan. Dalam perjalanan mereka, sang helang sungguh gembira dan tidak sedikitpun bersimpati dengan nasib sang ratu lebah. Dengan nada yang kuat sang helang berkata.Aku kenyang… aku kenyang.. HA HA HA HA… HA HA HA HA…


5 Sang helang sempat hinggap di sebuah dahan untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke sarangnya. Dalam keadaan mereka beristirehat, Ratu lebah yang tidak duduk diam dalam cengkeman sang helang itu meronta-ronta mengenang akan nasib diri, memohon agar sang


6 helang dapat melepaskannya. Apakan daya reaksi ratu lebah itu dibalas dengan jawapan yang membuatkan ratu lebah pasrah akan kehidupannya. Sang helang berkata… Cis!… Duduk diamlah ratu lebah… Pasrahlah engkau…


7 Nasibmu tinggal dihujung hayat sahaja… HA.. HA.. HA.. HA Sesampai sahaja di sarang akanku jadikan kau ratu lebah sebagai santapan akan diriku dan anak-anakku…. HA.. HA.. HA..HA Sudahlah engkau merontaronta itu,


8 Ratu lebah yang tidak berdaya hanya diam setelah mendengar katakata yang keluar dari paru sang helang itu. Sang helang meneruskan perjalanan menuju kesarangnya. Ketika berlegar-legar di langit ratu lebah yang diam kaku itu terfikir akan satu idea untuk melepaskan dirinya


9 daripada cengkaman burung helang tersebut. lebah berkata dalam hatinya Bagaimana jika aku sengat punggung si helang durjana ini…Adakah akan berkesan?…Atau hanya menambahkan lagi kekuatan cengkeman sang helang terhadap diriku.


10 Posisi kaki helang ketika melebarkan sayap dilangit sangatlah rapat dengan punggungnya menyebabkan sang ratu terfikir untuk menyengat punggung helang tersebut. Tanpa berfikir panjang, ratu lebah lantas menyengat punggung helang tersebut. Helang berteriak kesakitan


11 sehingga terdengar keseluruh hutan belantara yang tebal itu. Helang yang tidak tahu berbuat apa lagi disebabkan kondisi badannya yang sedang merasa kesakitan lantas melepaskan sang ratu lebah dari cengkamannya. Dengan nada yang tinggi helang berkata..


12 Cilaka engkau lebah!… Aku akan membalas dendam suatu hari nanti… Engkau takkan kulepaskan begitu sahaja… Ratu lebah hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa lagi. Satu sahaja yang berjalan di benak ratu lebah adalah ingin menyelamatkan diri dari helang durjana itu.


13 Ratu lebah yang malang lantas berkata. Syukurlah aku terlepas dari cengkaman helang yang durjana itu… Aku tidak akan mengulangi kesilapan sebegini lagi… Ratu lebah yang terlepas dari cengkaman burung helang itu. Jauh terjatuh di dalam hutan belukar yang dia sendiri tidak


14 mengetahui dimanakah keberadaannya itu. Ratu lebah tertanya-tanya Dimanakah hutan ini?… Aku tidak pernah melihatnya walau sekalipun… Apakah aku tersesat? Yaa.. aku memang sah tersesat.. Sedikitpun aku tidak mengenalihutan ini…


15 Sang Ratu berputus asa setelah di buang ke dalam Dengan nada yang sedih, ratu lebah berkata Bagaimanalah pula nasibku kali ini!… Bertapa malangnya diriku… Hampir dijadikan mangsa. Kaliini tersesatpula…


16 hutan yang tidak pernah diketahui olehnya. `apa aku patut buat? Koloni lebah aku semua dah tak ada’ sang ratu berkata sambil ketakutan. Sang Ratu lebah merasakan dirinya tidak mampu lagi untuk berdiri kerana masih dalam keadaan yang terluka.


17 `Oii kau nampak tak apa yang aku nampak ni kumbang?’ kata ramarama yang ternampak serangga terbaring di rumput. Tiba-tiba Sang Ratu jatuh ke tanah dan pengsan. Dengan tiba-tiba, kedengaran suara dari sebelah utara


18 Kumbang dan rama-rama pun terus bergegas menuju ke tempat Sang Ratu lebah. Lebah yang pengsan tiba-tiba tersedar,lalu dia merasakan dirinya berada di rumah yang asing. Apabila lebah bangun,dia melihat dua haiwan aneh lalu sehingga dia terkejut dan menanyakan


OPEN


`dimanakah saya berada dan kenapa saya berada disini’. Kumbang membalas`ini adalah rumah aku, engkau pengsan tadi kat hutan jadi kami terus merawat engkau kat sini’. Lebah kemudian bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk hidup dan mengucapkan terima kasih 19


20 kerana membantu merawatnya. `kenapa engkau boleh sampai ke tempat ini, kawasan ni sangat bahaya kerana banyak haiwan pemburu yang memburu serangga macam kita ni’ kata rama-rama kepada lebah. Lebah pun memberitahu mereka bahawa dia


21 ditangkap oleh helang tetapi dia berjaya melepaskan diri ke hutan ini. Mendengar akan cerita sang ratu, si kumbang dan rama-rama pun berkata "bertuah betul engkau berjaya lepas dari sang helang itu". "ya tapi saya telah tercedera dan tersesat dalam hutan ini"


22 sang ratu berkata, "itu kau jangan risau, kami akan bantu nanti cari jalan keluar dari sini" kata si kumbang dan rama-rama. Si kumbang dan ramarama meneruskan pergaulan mereka untuk berkenalan dengan sang lebah. Tiba-tiba sang lebah bertanya "mengapa kamu tinggal di kawasan


23 ini, bukankah ini tempat yang merbahaya?". Si kumbang dan rama-rama pun saling berpandangan dengan wajah yang pasrah. Lalu si kumbang pun berkata "kami sebenarnya tidak tahu harus ke mana lagi, keluarga kami telah mati diterkam oleh sang helang yang tidak berhati perut itu". "panjang


24 ceritanya, kalau nak cerita sampai lusa pun tak akan habis" kata si rama-rama. Sang ratu terus bertanya, "kamu tidak pernah terfikir untuk mencari rumah baru yang lebih selamat daripada tempat ini". Si kumbang dan rama-rama hanya terdiam mendengar pertanyaan sang ratu. Sang ratu pun


25 menceritakan tempat asalnya yang terletak jauh dari kawasan itu yang lebih selesa dan selamat. Namun semuanya berubah ketika sang ratu ingin dijadikan santapan oleh sang helang sehingga dia berjaya melepaskan diri dari cengkaman si helang dan bertemu dengan mereka.


26 Si kumbang dan ramarama seperti tertarik akan tempat yang diceritakan oleh sang ratu, mereka terus bertanya bagaimana keadaan dan suasana di sana. Sang ratu dengan senang hati menceritakan kehidupannya di sana sehingga hari semakin senja. Pergaulan antara sang ratu bersama si


27 kumbang dan rama-rama pun berterusan sehingga hari pun semakin gelap. Merasa badan sakit-sakit selepas kejadian tadi pagi, mereka pun terus tidur untuk merehatkan badan yang letih itu. Keesokan harinya, si kumbang dan rama-rama bangun terlebih dahulu untuk mencari sarapan


28 buat mereka dan sang ratu yang masih tertidur pulas. Mereka pun berjalan sekeliling hutan itu untuk mencari makanan buat dijadikan sarapan. Apabila sudah mendapatkan makanan untuk dijadikan santapan, mereka pun kembali ke rumah.


29 Melihat sang ratu yang sudah terjaga dari tidurnya, mereka terus memberikan makanan itu kepada sang ratu yang masih kesakitan akibat kecederaan yang dialaminya. Melihat keadaan sang ratu lebah itu, mereka merasa kasihan dan berjanji kepada sang ratu untuk merawatnya dan


30 membantu untuk mencari tempat asalnya semula. Pada esokkan hari,Sang ratu dan rakan-rakan meneruskan pengembaraan mereka di dalam hutan rimba. Dalam perjalanan mereka,sang Ratu merasakan perasaan yang tidak baik kemudian dia mengambil jalan yang


31 dipenuhi dengan pokok yang tinggi. `wah tinggi-tinggi pokok kat sini’ kata Rama-rama. Kemudian, mereka menuju ke satu tempat yang dimana tempat tersebut mempunyai pokok yang sangat besar.Di pokok besar itu,terdapat sebuah sarang burung yang sangat lebar.Mereka


OPEN


Click to View FlipBook Version