The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENULIS BUKU<br>1. Mohd Fiqry Bin Yacob

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FIQRYNAS, 2023-01-26 08:09:24

RATU LEBAH YANG TERSESAT

PENULIS BUKU<br>1. Mohd Fiqry Bin Yacob

32 terpegun dengan apa yang dilihat.Kumbang dan pipit mula bercakap kepada lebah `kami tak pernah melihat sarang yang sebesar ini selama kami hidup’. Tiba-tiba muncul seekor burung yang sangat besar.Sang helang itu kemudian turun ke bawah dan bertemu dengan Ratu lebah dan


33 rakan-rakannya. `Kamu semua buat apa dekat sini’ kata helang? `Kami sedang menggembara’ balas Ratu lebah dengan rakanrakannya itu. Helang berniat untuk membantu mereka dalam pengembaraan itu. Kemudian helang memperkenalkan rakannya


34 iaitu burung pipit. Burung pipit dan helang sudah seperti rakan kepada mereka kerana bersikap baik, akan tetapi sebenarnya mereka mempunyai niat yang jahat terhadap Sang ratu. Helang dan pipit mula mengatakan hal yang buruk terhadap Ratu lebah sehingga membuat rama-


35 rama dan kumbang percaya kata-kata mereka. `Korang nak tahu tak? Lebah itu dibuang oleh koloni dia, sebab mempunyai sifat yang jahat dan bongkah .Katakata buruk ini disampaikan oleh Helang dan Burung pipit. Kumbang dan rama-rama pun percaya dengan


36 hasutan yang direka oleh helang dan pipit. Kemudian,kumbang dan rama-rama mula menjauhi sang lebah kerana takut dengan kejahatan ratu lebah. Si kumbang yang mendengar hasutan helang dan pipit mengatakan `lebih baik kita berdua sahaja yang


37 mengembara. Jika lebah ikut, kita yang sengsara menanggung kejahatannya’. Kehidupan ratu lebah mula menjadi sunyi kerana rakanrakannya sudah tidak lagi bersama. Helang dan pipit yang tahu kan perkara ini terus sedar bahawa rancangan mereka berjaya.


38 `HAHAHA, kita dah berjaya membuat mereka terpisah dan engkau pipit dah boleh makan ratu lebah yang bersendiri itu’ kata helang kepada pipit dengan perasaan gembira. Kali ini dendamku sudah terbalas. Sang ratu berjalan-jalan di hutan sendirian kerana hubungan mereka sudah


39 berpecah-belah. Burung pipit memantau pergerakan sang ratu yang sedang berjalan bersendirian di hutan. Burung pipit hinggap di sebuah pokok berselindungkan dedaun pohon agar sang ratu tidak menyedari keberadaan si burung pipit yang bermulut murai. “hahaha,


40 sekarang aku ada harapan untuk jadikan kau sebagai santapan wahai sang ratu” kata si burung pipit terbahak-bahak sambil melihat sang ratu yang sedang berjalan sendirian. “ini hari aku makan besarbesaran” kata si burung pipit. “baru kau tahu sang ratu, perut ku sudah kelaparan


41 memanggil mu ratu, hahahaha” kata burung pipit sambil ketawa bahakbahak. Burung pipit pun mula mengepakkan sayap untuk terbang mengejar sang ratu. “akan ku makan kau wahai sang ratu, hahahaha” lantang suara si burung pipit dengan


42 reaksi muka mengancam sang ratu. Sang ratu cepat-cepat melarikan diri sebelum dicapai oleh sambaran si burung pipit. Sang ratu menusup ke dalam lubang batang kayu. Si burung pipit gagal menyambar si sang ratu lebah. Burung pipit terlanggar kayu dan terhempap jatuh ke bawah


43 pokok. Namun si burung pipit berusaha bangun lagi mencari sang ratu lebah tetapi tidak menjumpainya. Burung pipit pergi dari kawasan tersebut mencari sang ratu lebah. Setelah suasana tenang dari keributan burung pipit, sang ratu keluar dari lubang kayu persembunyiannya. Sang


44 ratu melihat kiri kanan dan atas dengan reaksi ketakutan, sang ratu cepat-cepat melarikan diri dari tempat tersebut dan pergi ke tempat sang kumbang dan si ramarama untuk meminta bantuan. Sang ratu menceritakan hal yang berlaku kepada si ramarama dan sang kumbang


45 bahawa si burung pipit memperdayakan mereka supaya hubungan mereka berpecah belah. Sang kumbang dan si ramarama sangat murka terhadap perbuatan si burung pipit kepada sang ratu lebah. Mereka bertiga pun merancang nak kenakan si burung pipit atas perbuatannya yang


46 kejam. Mereka membuat sebuah perangkap untuk menangkap si burung pipit. Sang kumbang dan si rama-rama mengajak si burung pipit ke sesuatu tempat. “hai pipit” sapa sang kumbang “ada apa datang ke mari?” tanya si burung pipit. “jom, pergi ke sana, ada makanan sedap-sedap


47 dekat situ” kata si ramarama. Reaksi muka si burung pipit sangat gembira apabila mendengar soal makanan. Mereka bertiga pun berjalan bersama-sama. Si burung pipit berjalan tanpa menyedari sang kumbang dan si ramarama telah menghilangkan diri dari belakang si


48 burung pipit. Sang ratu memutuskan tali ikatan perangkap. Perangkap tersebut jatuh ke tempat si burung pipit. Si burung pipit tidak sempat melarikan diri kerana sudah terkurung dalam perangkap sang kumbang, si rama-rama dan sang ratu lebah.


49 “kenapa ni?” tanya si burung pipit dengan cemas. “jangan kau buat tak tahu atas perbuatan kau terhadap sang ratu” kata sang kumbang dengan muka yang menahan marah. “aku tak buat apaapa pun terhadap sang ratu” jawab si burung pipit yang menipu.


50 “engkau mengaku saja lah!!” jawab si rama-rama dengan nada yang marah. “kalau engkau tak mengaku, aku takkan lepaskan kau daripada kurungan ini, sampai kau mampus” kata sang kumbang. “tak ada bukti aku kacau sang ratu” jawab si burung


51 pipit yang masih lagi menipu dan tak tahu malu. “engaku nak matikah?, aku buang kau dalam kawasan sang ular, biar mereka jadikan kau sebagai santapan” kata sang kumbang lagi dengan nada marah. Si burung pipit merasa ketakutan apabila di sebut nama sang ular. Sang rama-


52 rama memanggil sang ratu lebah. “kemarilah wahai sahabatku, tunjukkan dirimu” kata si rama-rama. Maka muncullah sang ratu. “jika engkau tak mengaku, aku takkan lepaskan kau” kata sang ratu lebah kepada si burung pipit. Si burung pipit berasa ketakutan dan malu terhadap sang ratu lebah.


53 Si burung pipit merasa menyesal terhadap perbuatannya dan menyedari bahawa dirinya hanya pentingkan diri sendiri. Si burung pipit berjanji kepada sang ratu lebah lalu berkata. “aku meminta maaf atas perbuatanku yang keji itu, aku janji tidak akan mengulangi dan


54 melakukan perbuatan itu lagi” kata si burung pipit kepada sang ratu lebah. “betul tidak melakukan lagi?!” kata sang kumbang berasa was-was. “iya betul, sumpah!” kata si burung pipit dengan mengangkat kepakan sayapnya. “jika engkau melakukan lagi, engkau akan dapat


55 setimpal lagi” kata si rama-rama. Maka mereka bertiga pun melepaskan si burung pipit dalam kurungan perengkap. Mereka pun berjalan bersama-sama meneruskan pengembaraan mereka dengan misi mencari tempat tinggal dan keluarga sang ratu lebah.


56 Dalam perjalanan mereka untuk mencari sarang si ratu lebah, rama-rama kelihatan seperti tidak yakin "bagaimanakah kita ingin mencari sarang lebahmu wahai ratu, sedangkan tempat ini pun kita tidak tahu di mana jalan keluarnya?" , sang ratu pun merasa gelisah, "ingatkan selepas masalah


57 tadi selesai, semuanya akan baik-baik saja" keluh sang ratu. Sang ratu dan rama-rama kelihatan buntu, melihat sahabatnya seperti berputus-asa, si kumbang pun mengajak mereka untuk berehat seketika di sepohon pokok yang tinggi dan besar. "ayolah kita berehat sekejap di pokok itu".


58 Mereka pun bersetuju dengan ajakan si kumbang. Hari telahpun senja, sang ratu dan rama-rama tertidur pulas selepas seharian berjalan ke hulur hilir mencari jalan untuk keluar dari tempat itu. Namun begitu, si kumbang masih terjaga di tempatnya, memikirkan nasib mereka yang tidak


59 ada jalan keluar itu. Sedang si kumbang menunggu kedua sahabatnya itu bangun dari tidur mereka, dia pun merasa bosan. Si kumbang melihat kawasan sekeliling itu, lalu tiba-tiba tergerak hatinya untuk terbang melihat kawasan disekitarnya. "kalau nak tunggu mereka ni bangun


60 rasanya lama lagi, baik aku jalan-jalan dulu". Si kumbang pun mula terbang, melihat akan kawasan itu, si kumbang terpegun melihat suasana di sekitar kawasan itu, dia pun mulai terbang lebih tinggi untuk melihat pemandangan yang lebih jelas. "cantik juga rupanya tempat ini, selama ini aku


61 tak sedar yang kawasan ini sebenarnya indah". Sedang si kumbang berlegar-legar, dia pun mendapat idea bagaimana menyelesaikan masalah mereka itu. "ahaa! aku ada idea". Dia kembali semula ke pohon tempat mereka berehat tadi. Sang ratu dan rama-rama yang sudah terjaga dari tidur


62 mereka berteriak, " hei kumbang kemana kau pergi tadi, kami dah risau ni, bangun tidur kau dah tiada di sini". Si kumbang yang tidak mempedulikan amarah sahabatnya itu berkata, "aku ada idea bagaimana nak keluar dari tempat ini" , mendengar perkataan yang keluar dari mulut si kumbang, sang


63 ratu dan rama-rama berteriak gembira, mereka berlegar-legar di sekeliling pohon itu sambil tertawa riang. "kamu ni nak tahu atau tidak macam mana nak keluar dari tempat ini?". Sang ratu dan ramarama pun berhenti dan kembali ke tempat mereka. "mestilah nak" kata mereka serentak. "begini,


64 kita akan berpecah untuk cari jalan keluar tu, jadi siapa yang jumpa dulu bagitahu kepada kami". Mendengar kata-kata si kumbang, sang ratu dan rama-rama seperti teragak-agak akan idea si kumbang. "bagaimana kalau kita tersesat, siapa nak tolong kita?" kata si rama-rama. "kita akan


65 bagi penanda di setiap pokok yang kita lalui, kalau ada apa-apa jadi nanti kita ikut je balik penanda tu, macam mana?" kata si kumbang. Sang ratu dan rama-rama pun menganguk setuju. "Baiklah kita akan berpecah dari sini" kata si kumbang. Dia pun meneruskan perjalanannya


66 tadi. Sang ratu dan ramarama berpecah mengambil arah masing-masing. Sang ratu berjalan menyelusuri pokok yang telah tumbang berhampiran dengan sungai, tidak lupa dia juga menanda pokok yang telah dilalui itu. Sedang sang ratu perlahan menyelusuri pokok tumbang itu, dia terfikir sebuah idea."apa


67 kata aku ikut je aliran sungai ni, siapa tahu jumpa jalan keluarnya" sang ratu berkata dalam hatinya. Lalu diapun terus saja berjalan mengikuti aliran sungai itu. Sang ratu terus berjalan sambil bernyanyi agar dia tidak merasa kesunyian. Tidak lama kemudian, tiba-tiba dia berkata " macam


68 pernah pergi je tempat ni, tapi bila?". Lalu diapun terus berjalan dengan hati yang lega. "sepertinya saya sudah jumpa jalan keluar". Dia terus berjalan sambil melihat-lihat sekeliling hutan itu. Tidak lama kemudian, sang ratu terdengar suara yang bising seperti sedang kesusahan. Diapun


69 mengikuti arah bunyi itu sampailah dia tiba di suatu kawasan tempatnya diculik oleh sang helang dulu. "sepertinya ini tempat aku diculik dahulu oleh sang helang tu" katanya dalam hati. Sang ratu pun terus berjalan. Betapa gembiranya sang ratu, akhirnya dia telah berjaya mencari jalan


70 keluar setelah beberapa hari tersesat di dalam hutan rimba itu. Lalu tidak lama kemudian, sang ratu pun terserempak dengan sekumpulan lebah yang telah lama mencari ratu mereka itu. Mereka kemudian mengeremuni sang ratu dan bersorak gembira kerana akhirnya mereka telah berjaya


71 menemui ratu mereka yang hilang. Namun sang ratu mengingat akan sahabatnya si kumbang dan rama-rama yang masih lagi tersesat dalam hutan rimba itu. Lalu diapun mengarahkan pengikutnya untuk mencari keberadaan sahabatnya itu. mereka menyelusuri sungai serta


72 penanda yang telah dia tinggalkan di setiap dahan pokok yang telah dia lewati. Sang ratu dan pengikutnya kembali menyelusuri sungai yang telah dilewati oleh sang ratu tadi sampailah mereka tiba di suatu pokok yang pertama kali sang ratu tandakan sebelum dia menyelusuri


73 sungai itu. Lalu, sang ratu mengarahkan pengikutnya untuk berpecah mencari keberadaan si kumbang dan rama-rama. Namun sang ratu tetap tinggal di pokok itu untuk menunggu mereka kembali. Manalah tahu jika salah seorang daripada mereka kembali. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi


74 berteriak riang dari kejauhan, sang ratu pun merasa lega, dia tahu itu merupakan sahabatnya iaitu si kumbang dan rama-rama kerana dia mengenali suara mereka. Mereka saling berpelukan, "akhirnya kita berjaya selamat dari hutan rimba ini" kata sang ratu. "tahniah, kau memang


75 ratu sesunguhnya" kata si kumbang dan rama-rama. Mereka meneruskan perjalanan mereka melewati jalan yang telah ditemui oleh sang ratu tadi sehinggalah mereka tiba di tempat asal sang ratu dimana sepatutnya dia berada. Merasa pengembaraan mereka telah selesai, sang ratu


76 mempelawa si kumbang dan rama-rama untuk tinggal bersamanya sebagai sebuah keluarga besar di sana. Si kumbang dan rama-rama pun bersetuju dengan pelawaan sang ratu itu, mereka hidup dengan aman damai di sana tanpa sebarangt ancaman lagi. Tamat


Biblografi 1.MOHAMMADFIQRYBINYACOB.BA19110479. PENULISBUKU, EDITORBUKU. 2.MOHAMADAKMAL ASYRAFBINABDUL KABUL. BC22160190, PENULISBUKU 2. Angela Poilis.BC22110023, PENULISBUKU 3. JASSELYANA JUSTIN. BC22110005, PENULISBUKU.


Click to View FlipBook Version