BUKU LOG UNIT BERUNIFORM
BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA
NAMA : NURAFZAN FATIHAH BINTI MOHD ZAIN
AMBILAN PISMP JUN 2021
UNIT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
ANGKA GILIRAN 2021142340029
KOD DAN NAMA KURSUS : MPU3062 KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM
NAMA PENSYARAH : DR NORSIAH BINTI BAHARI
BIODATA GURU PELATIH
NAMA : NURAFZAN FATIHAH BINTI MOHD ZAIN
KOD KURSUS : MPU3062
NAMA KURSUS
UNIT BERUNIFORM (PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
AMBILAN MALAYSIA)
UNIT
ANGKA GILIRAN : JUN 2021
TARIKH LAHIR : PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
KAMPUS : 2021142340029
NAMA PENSYARAH : 11 MEI 2002
: IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA
: DR NORSIAH BINTI BAHARI
1
CARTA ORGANISASI UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
2
3
LOGO RASMI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Lambang Bulan Sabit Merah
Lambang Palang Merah
Lambang Kristal Merah
4
IKRAR BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
berikrar taat setia kepada
Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda
Yang DiPertuan Agung
dan pemerintah-pemerintah di negara kami.
Bahawa kami berikrar
akan sentiasa patuh pada perlembagaan
dan undang-undang serta arahan persatuan
walau di mana kami berada.
Bahawa kami berikrar
akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami
kepada mereka yang sakit dan menderita
di waktu aman atau bencana
berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut:
Kemanusiaan
Kesaksamaan
Keberkecualian
Kebebasan
Khidmat Sukarela
Ketunggalan
Kesejagatan
5
LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat
Lirik : Dato’ Dol Ramli
Lagu : Dato’ Johari Salleh
“Lagu Bulan Sabit Merah” pertama kali dimainkan sewaktu perasmian rasmi pertukaran
nama pergerakan Palang Merah Malaysia kepada Bulan Sabit Merah Malaysia.
6
MAKLUMAT BERKAITAN BULAN SABIT
MERAH MALAYSIA (BSMM)
PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN
KEPENTINGAN UNIT BERUNIFORM
7
PENGENALAN
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) merupakan sebuah persatuan yang
ditubuhkan pada tahun 1948. Kerajaan Malaysia mengiktiraf persatuan ini pada tahun 1957
dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963. Persatuan ini ditubuhkan
bertujuan untuk menerapkan nilai kemanusiaan dalam kalangan ahli disamping meningkatkan
kesedaran mereka tentang kaedah untuk menjadi seorang sukarelawan yang berilmu dan
berdisiplin. Selain itu, ahli yang menyertai persatuan ini akan mengetahui tentang cara-cara
menjalankan rawatan lecemasan terhadap seseorang mangsa sama ada keadaan tenang
mahupun cemas. BSMM berhasrat melatih para anggota persatuan untuk memahami prinsip
pertolongan cemas dan bantuan bencana alam pada peringkat asas dan lanjutan.
PENGURUSAN PENTADBIRAN
OBJEKTIF BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
• Membentuk satu pasukan beruniform yang berdisiplin dan mempunyai jati diri yang
tinggi.
• Melahirkan lebih ramai ahli yang mahir dalam ilmu pertolongan cemas.
• Menyediakan perkhidmatan pertolongan cemas kepada yang memerlukannya.
• Melatih dan melahirkan ahli pertolongan cemas yang berpotensi dan berkualiti
untuk menjadi jurulatih.
• Mengasah bakat dan kepimpinan ahli-ahli persatuan.
• Melahirkan lebih ramai sukarelawan dalam masyarakat
VISI
"Bagi merealisasikan Bulan Sabit Merah Malaysia sebagai organisasi kemanusiaan yang
terkemuka dan tersendiri yang membawa masyarakat dan institusi-institusi bersama untuk
mereka yang memerlukan."
MISI
"Berkhidmat kepada yang memerlukan dengan berkesan."
8
AKTA DAN PERLEMBAGAAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
AKTA 4 – AKTA PERSATUAN PALANG MERAH PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
(PERBADANAN)
• Dikemukakan pada tahun 1961 di parlimen dan diluluskan di dewan negara pada
mei 1961.
AKTA 1965 (AKTA NO 47 TAHUN 1965) (ACT47/65)
• Akta ini telah mengabungkan Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah
Melayu, Cawangan-cawangan Persatuan Palang Merah British di Sabah, Sarawak
dan Singapura.
• Nama baru pergerakan ini di bawah akta berkenaan lalah Persatuan Palang Merah
Malaysia;
• Akta ini turut dikenali sebagai AKTA PERSATUAN PALANG MERAH MALAYSIA
(PERBADANAN).
AKTA 1962
• Akta Persatuan Palang Meran (pertukaran nama dan lambing persatuan) telah
diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan diwartakan pada 04 September 1975.
• Nama pergerakan ditukarkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
(PBSMM) dan lambang Bulan Sabit Merah menjadi hak malik persatuan ini.
AKTA 162, 1975 – PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
• Akta Persatuan Palang Merah Malaysia berkuatkuasa pada 1 Julai 1965.
• Tujuan persatuan ialah:
1. Bantuan dalam menjaga kesihatan mencegah penyakit dan mengurangkan
pendentaan sama ada dalam masa aman atau perang.
2. Mewujudkan bantuan sukarela kepada yang sakit dan cedera.
3. Menjalankan tanggungjawab dalam regara.
• Semua urusan persatuan perlu ditadbir oleh Majlis.
• Semua ahi Majlis yang pertama adalah daripada Persekutuan Persatuan Palang
Merah Malaya. (Akta 4, 1962) • Peraturan akan diwujudkan dari semasa ke
semasa olen Majlis.
• Pendapatan dan harta benda tidak boleh dijad kan bonus, dividen atau yang
mendatangkan faedah bagi ahli persatuan • Kalau disabit kesalahan dalam
penyalahgunaan lambang akan dedenda sebanyak RM300.00.
9
PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN
KEMANUSIAAN •Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan
KESAKSAMAAN tanpa diskriminasi
KEBERKECUALIAN •bertujuan untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta
hormat menghormati sesama manusia
KEBEBASAN •mempupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama
dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia.
•Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau
fahaman politik
•Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan
individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes
kecemasan yang paling serius
•Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai
terhadapnya
•tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan
•Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah
bertindak mengikut prinsip pergerakannya walaupun
pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada
pihak berkuasa awam
KHIDMAT SUKARELA •merupakan badan sukarela yang tidak didorong oleh
sebarang tujuan mencari keuntungan
KETUNGGULAN •Hanya satu Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan
KESEJAGATAN Bulan Sabit Merah di sesebuah negara.
•Pertubuhan ini terbuka kepada semua pihak
•Aktivitinya meliputi seluruh negara
•Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit
Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia.
•Mempunyai tanggungjawab bersama.
•Saling bantu membantu di antara satu dengan lain
antara negara.
10
OBJEKTIF PERLEMBAGAAN BSMM
Di bawah peruntukan perbadanan, objektif BSMM:
Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakitdan
cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang
tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut
semangat dan waad-waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke
atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu
pihak kepada Konvensyen Geneva
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN BSMM
Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta
pendidikan 1996 seperti dalamwarta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No. 41.
Perundangan (A) PU.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peraturan-peraturan
(perlembagaan) Bulan Sabit Merah Malaysia:
PERATURAN PERKARA
Peraturan 1 Nama dan alamat
Peraturan 2 Matlamat
Peraturan 3 Objektif
Peraturan 4 Keahlian
Peraturan 5 Guru penasihat
Peraturan 6 Ahli jawatankuasa
Peraturan 7 Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa
Peraturan 8 Kewangan
Peraturan 9 Penyertaan
Peraturan 10 Aktiviti
Peraturan 11 Peraturan-peraturan
Peraturan 12 Pindaan perlembagaan
Peraturan 13 Pembubaran persatuan
Peraturan 14 Tindakan disiplin
Peraturan 15 Hal-hal lain
11
PERKARA-PERKARA LAIN YANG DITAMBAH DALAM PERLEMBAGAAN
i. Lencana / logo persatuan
ii. Cogan kata / moto
iii. Tugas persatuan di peringkat institusi Pendidikan, cawangan, daerah, negeri dan
cawangan
iv. Pendaftaran persatuan
v. Jawatankuasa kecil
12
LAMBANG BSMM
Pengiktirafan Emblem Palang Merah sebagai Emblem Palang Merah Kebangsaan dan
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM) atau International Committee of Red
Cross (ICRC) telah dibuat pada tahun 1864. Lambang palang merah merupakan lambang
terbalik dari bendera Switzerland. Lambang tersebut dipilih untuk memberi penghargaan
kepada Switzerland yang ada persamaan dengan bendera negara tersebut.
EMBLEM PALANG MERAH
KEGUNAAN LAMBANG
• Kegunaan lambang yang asal adalah untuk perlindungan, yang lebih terpakai
semasa peperangan.
• Kegunaan yang lebih baru pula iaitu semasa aman ialah untuk pengenalan, iaitu
sesiapa yang memakai lambang tersebut dikenali mempunyai pertalian dengan
Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah.
• ICRS dan IFRC berhak menggunakan lambing palang merah/ bulan sabit pada
setiap masa sama ada konflik atau aman.
PERANAN LAMBANG
1. Tanda perlindungan
o Seseorang atau objek tidak boleh diserang.
o Seseorang atau objek berada di bawah perlindungan undang-undang
kemanusiaan.
2. Tanda pengenalan
• Menunjukkan bahawa Seseorang atau objek adalah berkaitan dengan
persatuan bulan sabit merah Malaysia.
13
NAMA RAJAH
EMBLEM BULAN SABIT MERAH
LOGO PERGERAKAN PALANG MERAH
MALAYSIA ATAU BSMM
LOGO PADA PAKAIAN SERAGAM
14
UKURAN PIAWAI BENDERA BSMM
15
SEJARAH PERTUBUHAN UNIT BERUNIFORM
PENGASAS PERGERAKAN PALANG MERAH
Pada awalnya, Bulan Sabit Merah dinamakan sebagai Persatuan Palang Merah
Antarabangsa yang diasaskan oleh Jean Henry Dunant. Beliau merupakan seorang yang
mementingkan nilai kemanusiaan.
Jean Henry Dunant dilahirkan di Geneva, Switzerland pada 8 Mei 1828. Bapanya
bekerja sebagai seorang ahli perniagaan yang berpengaruh di Geneva manakala ibunya
merupakan seorang yang lemah lembut dan kuat beragama. Dunant membesar menjadi
seorang yang berdisiplin dan kuat beragama walaupun dilahirkan dalam sebuah keluarga
yang kaya raya. Dunant amat mementingkan kepercayaan dan moral yang tinggi.
Pada usia mudanya, Dunant memulakan kerjaya sebagai seorang ahli peniagaan
kerana mengikuti ayahnya. Kemudian, beliau mencuba mengembangkankan kerjayanya
dengan menjadi perintis di bank Geneva bertujuan untuk bekerja sambil belajar berkaitan
selok-belok perbankan sehingga dinaikkan pangkat sebagai pengurus bank kerana bakat dan
kesungguhannya. Kemudian, dunant meletakkan jawatan untuk memfokuskan diri dalam
bidang perniagaan.
Di samping itu, beliau turut aktif sebagai aktivas dalam aktiviti kemanusiaan dan
menyertai beberapa pertubuhan kebajikan seperti League of Alms di Geneva dan Young
Men’s Christian Association (YMCA) (Amzan Abd. Malek & Hazira Hamsah A.,2009:3).
Menurut Siti Zulaikha (2013), Dunant turut menjadi pengasas persatuan Thursday Association
untuk mengkaji kitab Injil yang bertujuan untuk merawat hati orang yang menderita
berpandukan ayat-ayat Allah dalam kitab Injil. Kesemua pertubuhan kebajikan masyarakat
bertujuan untuk membantu orang miskin, memberikan kaunseling dan motivasi rohani dan
jasmani.
Rajah Jean Henry Dunant
16
PEPERANGAN SOLFERINO
Pada Jun 1859, Dunant bergerak ke Castiglione della Pieye, Utara Itali untuk
mengurus perniagaan kewangannya di sana. Pada waktu tersebut, terjadinya perang diantara
Perancis dengan Austria di Solferino, Itali Utara pada 24 Jun 1959. Dunant menyaksikan
banyak pertumpahan darah terjadi seterusnya mewujudkan perasaan ihsan dalam dirinya.
Dunant berfikir tentang nasib setiap askar yang telah tercedera sewaktu dalam peperangan
berlangsung. Dianggarkan lebih 40 000 tentera dan orang awam tercedera serta terkorban.
Dunant melihat mangsa peperangan yang cedera teruk tanpa menerima sebarang bantuan.
Kemudian, beliau melakukan beberapa inisiatif untuk membantu mereka.
INISIATIF JEAN HENRY
i. Membantu tentera yang cedera dan sakit.
ii. Memberi dan membeli ubat dan makanan untuk diberi kepada mangsa
peperangan.
iii. Menjadikan rrumah dan gereja sebagai hospital sementara.
iv. Meminta pertolongan penduduk setempat untuk memberi pettolongan cemas
tanpa mengira bangsa dan negara tentera terlibat.
v. Menggunakan kempen dan slogan ‘Tutti fratelli’ yang bermaksud kitakan
bersaudara.
Slogan ini mula dikemukakan oleh seorang wanita di bandar
Castiglione delle Stiviere.
Kenangan pahit di Solferino meninggalkan kenangan yang buruk terhadap diri Dunant.
Kemudiannya, Dunant telah memikirkan cara-cara mengelakkan penderitaan dalam
peperangan setibanya beliau kembali ke Switzerland.
Disebabkan kesedaran yang muncul, Dunant telah menulis sebuah buku kenangan
yang berkisar kepada pengalamannya semasa membantu mangsa perang. Tajuk buku
tersebut ialah ‘A Memory of Solferino'. Buku tersebut telah dicetak dan dihadiahkan kepada
semua ketua-ketua negara di Eropah. Hasilnya pada 1864 Jawatankuasa Palang Merah
Antarabangsa (ICRC) dibentuk.
17
Buku ‘A Memory of Solferino'
Buku ‘A Memory of Solferino' menyedarkan ramai pihak terutamanya ketua kerajaan
yang mula berganding mahu untuk merealisasikan dua cadangan Jean Henry Dunant
iaitu:
1. Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa untuk membantu
tentera dan orang awam yang tercedera dan menderita semasa
peperangan.
2. Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang terdera dari
mana-mana pihak dibantu merawat kecederaan mereka.
18
SEJARAH PENUBUHAN JAWATANKUASA BERLIMA
Pada tahun 1863, sebuah jawatankuasa yang dinamakan sebagai Persatuan
Kebajikan Awam Geneva atau lebih dikenali sebagai Jawatankuasa Berlima telah ditubuhkan.
Antara ahlinya ialah Gustava Moynier, Dr. Maunior, Dr. Louis Appia, General Dufour dan
Henry Dunant. Matlamat jawatankuasa ini berfokus untuk merangka peraturan bagi
pelaksanaan dan mempraktikkan segala cara dan cadangan yang terkandung dalam buku ‘A
Memory of Solferino'.
Persidangan Geneva pertama dianjurkan pada tahun 1863 bagi mengesahkan
pengasasan Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa (Amzan Abd. Malek & Hazira Hamsah
A., 2009). Pertubuhan ini diluaskan ke seluruh pelosok dunia dan seorang wakil dari setiap
negara dilantik di peringkat antarabangsa sebagai pengerusi. Pertubuhan ini diluaskan ke
seluruh pelosok dunia dan seorang wakil dari setiap negara dilantik di peringkat antarabangsa
sebagai pengerusi.
Pada 26 hingga 29 Oktober 1863, satu Konvensyen Antarabangsa telah diadakan di
Geneva yang dihadiri oleh wakil dari 16 negara berbeza. Konvensyen ini membawa kata
sepakat untuk melaksanakan 10 resolusi dan tiga cadangan untuk merasmikan penubuhan
persatuan palang merah.
Selain itu, setiap negara diwajibkan menubuhkan pertubuhan palang merah. Hal ini
demikian untuk memudahkan setiap anggota perang yang tercedera boleh mendapatkan
rawatan yang sewajarnya. Latar lambang palang merah bewarna putih dipilih sebagai
penghargaan terhadap negara Switzerland (Amzan Abd. Malek & Hazira Hamsah A.,2009).
Jean Henry Dunant turut dikenali sebagai bapa Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa.
Keputusan Konvensyen Antarabangsa yang pertama telah
memberi peruntukan untuk:
1. Setiap negara perlu menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bantuan yang boleh
membantu Perkhidmatan Perubatan Tentera sewaktu peperangan
berlangasung.
2. Ambulan, hospital tentera dan kakitangan perubatan perlulah dilindungi
sewaktu peperangan berlangasung.
3. Mewujudkan dan mengesahkan sebuah lambang yang seragam sebagai tanda
pasukan perubatan iaitu gelang tangan dengan lambang palang merah yang
berlatar belakang putih.
19
KONVENSYEN GENEVA PERTAMA
Pada tahun 1864, Jawatankuasa Berlima telah menjemput beberapa buah negara
untuk mengadakan persidangan antara diplomat bertujuan untuk mewujudkan konvensyen
berkaitan undang-undang peperangan seperti yang dicadangkan oleh Jean Henry Dunant.
Persidangan ini adalah Persidangan Diplomatik yang pertama. Hasilnya, wujud 10 aktikel
yang dinamakan sebagai Amelioration of the Condition of the Wounded Armies in the Field
atau lebih dikenali sebagai konvensyen Geneva pertama.
Konvensyen Geneva Pertama pada tahun 1864 merupakan tarikh penting dalam
sejarah kemanusiaan untuk membantu tentera yang cedera dan sakit di medan perang.
Namun begitu, peperangan dan undang-undang tidak dapat dijalankan secara serentak
kerana bertentangan diantara satu sama lain. Dunant yang merupakan pengasas Persatuan
Palang Merah teguh dengan pendiriannya bahawa undang-undang boleh digunakan semasa
peperangan dan mampu memberi perlindungan yang sewajarnya terhadap mangsa-mangsa
yang tidak berdaya sewaktu peperangan berlangsung. Mesyuarat Geneva yang pertama ini
telah disahkan oleh 55 buah negara yang lain.
Secara keseluruhannya, wujud empat konvensyen Geneva iaitu:
• Konvensyen Geneva pertama (1864)
• Konvensyen Geneva kedua (1899)
• Konvensyen Geneva ketiga (1929)
• Konvensyen Geneva keempat (1949)
Rajah Konvensyen di Geneva
20
KESENGSARAAN DUNANT
Ketekunan Dunant dalam Persatuan Palang Merah telah menyebabkan dirinya
mengabaikan kehidupan peribadinya. Dunant hanya menggunakan masanya untuk persatuan
sehingga menyebabkan perniagaan terabai. Kesannya, syarikatnya di Algeria telah bankrup
seperti firma kewangan Cridit Genevois. Pada Ogos 1868, beliau diistiharkan muflis keranan
amalan mengelirukan. Oleh itu, masyarakat Calvinist mahu beliau dipinggirkan.
Dunant meletakkan jawatan Setiausaha pada 25 Ogos 1867 manakala pada 8
September 1867, beliau meletakkan jawatan daripada International Committee of Red Cross
(ICRC). ICRC adalah International Commite for the Relief of the Wounded in Time of War
yang telah diberi nama baru. Sejak itu Gustave Moynier telah menjadi presiden untuk
menggantikan Dunant dan memainkan peranan utama dalam ICRC. Dunant turut dibuang
negeri.
Sejak itu, Dunant telah mengembara ke Perancis, Switzerland, Jerman dan Itali dan
tidak pernah menjejakkan kaki ke Geneva lagi. Dunant telah jatuh sakit dan dirawat di hospital
Heiden, Jerman.
Dunant berpindah ke Perancis. Namun, beliau tetap meneruskan misi kemanusiaan dan
organisasi sukarela. Sepanjang Peperangan Perancis-Rusia (1870-1871), Jean Henry
mengasaskan Persatuan Bantuan Bersama (Common Relief Society) dan 'Perikatan
Bersama untuk Tamadun dan Pemerintahan. Beliau mencadangkan rundingan perlucutan
senjata dan mengadakan mahkamah antarabangsa bagi menyelesaikan konflik-konflik
antarabangsa. Beliau juga menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin.
Kemudian, beliau bekerja di sebuah perpustakaan. Dunant masih hidup susah dan
terhutang akibat mengabaikan kehidupan peribadi dan tidak mempunyai sumber pendapatan.
Semua kawan menjauhkan diri. Beliau semakin dilupakan walaupun pernah dilantik sebagai
ahli kehormat Persatuan Palang Merah Austria, Belanda, Sweden, Rusia dan Sepanyol. Pada
1881, Dunant kembali ke kampung halamannya di Heiden, Geneva dengan bantuan
rakannya.
Pada 1887, Dunant ke London dan menerima bantuan kewangan daripada pelbagai pihak
dan kembali ke Heiden pada Julai 1887. Pada 30 April 1892, beliau terlantar sakit di hospital
milik Dr Hermann Altherr. Di Heiden, Dunant menubuhkan cawangan Palang Merah Heiden
setelah bertemu dengan guru muda bernama Wilhelm Sonderegger dan isterinya, Susanna.
Pada tahun 1895, keadaan Dunant yang sakit tenat telah diketahui oleh seorang wartawan
yang kemudiannya telah menyebarkan berita mengenai Dunant. Berita ini menjadi isu hangat
21
seterusnya menjadikan Dunant lebih terkenal. Pada tahun 1901, Dunant telah dianugerahi
“Nobel Peace Prize”. Tidak lama selepas itu, dunant telah meninggal dunia disebabkan oleh
kesihatannya yang sering terganggu.
Secara umumnya, prinsip Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah telah diperakui
untuk menumpukan berkaitan isu-isu dan tugas keamanan, meningkatkan kesihatan umum
serta menguruskan bantuan semasa berlakunya bencana alam telah diperakui selepas
Perang Dunia ke -2.
22
KEMATIAN
Pada 1903, Jean Henry Dunant menerima Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti
Heidelberg, Jerman. Kemudian, beliau terlantar di hospital sehingga meninggal dunia pada
30 Oktober 1910. Pada akhir hayatnya, beliau mengalami tekanan perasaan akibat
kemelesetan dan kritikan daripada Moynier.
Henry Dunant dan Gustave Moynier tidak pernah berdamai. Dunant dikebumikan
tanpa sebarang upacara di perkuburan Sihlfeld Zurich, Switzerland. Dunant mahu
mendermakan wangnya kepada rumah kebajikan Heiden, pertubuhan kebajikan di
Norwaydan Switzerland menerusi wasiatnya. Beliau juga mahu wangnya dibayar kepada
pemiutang-pemiutang.
Hari lahimya pada 8 Mei diisytihar sebagai Hari Bulan Sabit Merah/Palang Merah
Antarabangsa. Rumah kebajikan Heiden dijadikan sebagai Muzium Henry Dunant. Selain itu,
terdapat banyak bangunan, sekolah, jalan di Genevadan dan pelbagai tempat di serata dunia
dinamakan sempena nama Henry Dunant.
Pingat Henry Dunant dikurniakan oleh IRCR kepada sesiapa yang berjasa dalam
kerja-kerja kemanusiaan. Malah, filem 'Henry Dunant: Du Rouge Sur La Croix' telah
diterbitkan bagi mengenang jasa-jasa beliau.
Makam Jean Henry Dunant di Sihlfeld Zurich, Switzerland.
23
BSMM DI MALAYSIA
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang
ditubuhkan pada tahun 1948. Kerajaan Malaysia telah mengiktiraf persatuan ini pada tahun
1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963. Persatuan Bulan Sabit
Merah Malaysia (BBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang
Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Kemudian, lebih banyak cawangan persatuan
ditubuhkan di Malaysia yang bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan tersebar ke
negeri-negeri lain. Persatuan Palang Merah ditubuhkan di Malaya sebagai cawangan “British
Red Cross Soceity” pada tahun 1951.
Pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan
Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Dengan kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu, Persatuan Palang Merah telah ditubuhkan secara rasmi di Tanah Melayu pada 22
November 1957. Pada tahun 1962, sebuah akta Akta Konvensyen Geneva 1962 atau lebih
dikenali sebagai Akta Parlimen Persekutuan Tanah Melayu No. 5, 1962 telah dibentuk untuk
mengukuhkan kewujudan persatuan ini di Tanah Melayu.
Persatuan ini mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa
pada 4 Julai 1963 dan menjadi Ahli Badan Antarabangsa pada 24 Ogos 1963. Sebuah
penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia
(Penswastaan) ditubuhkan disebabkan oleh penggabungan Semenanjung Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16 tahun 1963.
Akta ini dikenali sebagai akta 1965. Kewujudan akta ini menyebabkan belakunya
penggabungan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya di sabah dan Sarawak
seterusnya membentuk sebuah nama baru yang dikenali sebagai persatuan palang merah
Malaysia. Perkara ini dibentangkan di parlimen dan iktiraf pada 1 julai 1965.
Pada tahun 1969, persatuan bulan sabit merah Malaysia telah memulakan panggilan
kecemasan “999” Perkhidmatan Ambulans kecemasan 24 jam di Kuala Lumpur. Persatuan
ini terus berkembang di Malaysia untuk memupuk semangat kemanusia dalam kalangan
masyarakat.
BBSM merumuskan Pelan Bertindak Bantuan Bencana Alam dan Penubuhan dan
penubuhan ‘Mobile Relief Column’ yang terdiri daripada bot penyelamat, kenderaan darat/air,
bank darah bergerak, unit penerangan dan pengawalan, ‘Land Rovers’ dan berbagai
kenderaan berat yang lain pada tahun 1970. Seterusnya, BBSM menganjurkan kursus
Bantuan Bencana Alam Daerah yang pertama dengan League di Kuala Lumpur pada tahun
1974.
24
Pada tahun 1975, Parlimen meluluskan pertukaran nama dan lambang Palang Merah
kepada Bulan Sabit Merah menurut “Laws of Malaysia Act 162”. Kemudian, sebuah mesyuarat
Dwi-Bahasa antara pemimpin Persatuan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah di
Asean diadakan. Tahun 1975 merupakan sebuah titik permulaan penglibatan BBSM dalam
program bantuan untuk orang-orang pelarian Vietnam.
Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama
kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama
Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.
BBSM meluaskan pengaruhnya dengan lebih cekap melalui penganjuran seminar
pertamanya bagi Zon Asia Pasifik yang bertemakan “Undang-undang Kemanusiaan
Antarabangsa” di Kuala Lumpur pada tahun 1979. Manakala pada tahun 1981, BBSM
mempengerusikan Mesyuarat Ke 6 “ICRC Task Force On Refugees” di Kuala Lumpur. Tahun
berikutnya iaitu 1982, BBSM menjadi pertubuhan sukarela pertama di Malaysia yang
dianugerahkan “Tun Abdul Razak Award” atas perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat
sejagat dan orang-orang pelarian Vietnam. Anugerah ini mengukuhkan lagi pertubuhan
BSMM di Malaysia.
BBSM tidak berhenti berkembang setelah mendapat anugerah malah pada semakin
aktif bergerak untuk memperluas misi kemanusia untuk membantu golongan yang
memerlukan. Pada tahun 1983, BBSM menganjurkan Seminar Teknik Ke 5 “ Pengesanan dan
Perkhidmatan Pos Persatuan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah di Asia
Tenggara” dengan ICRC dan League, Kuala Lumpur.
25
UNDANG-UNDANG KEBANGSAAN ANTARABANGSA (UUKA)
UUKA adalah UUKA merupakan
peraturan yang sebahagian daripada
diwujudkan atad dasar
kemanusiaan untuk undang-undang
menentukan batasan antarabangsa awam
untuk menghadkan
konflik bersenjata
UUKA turut dikenali Terkandung dalam
sebagai: konvensyen dan
- undang-undang sebahagian undang-
peperangan undang lazim.
- undang-undang APAKAH
konflik bersenjata UUKA?
ASAL USUL UUKA
• UUKA dikesan daripada peraturan tamadun purba dan agama dahulu kala.
• Peperangan sejak dari dahulu lagi telah dihadkan dengan pengamalan prinsip
dan adat tertentu yang diterima secara meluas.
• Kodifikasi sejagat UUKA bermula pada abad ke-19.
• Sejak itu, negara-negara di dunia telah bersepakat menerima satu siri
peraturan yang praktikal berdasarkan pengalaman pahit di medan perang.
• Peraturan ini berusaha untuk mencapai keseimbangan di antara keprihatinan
kemanusiaan dan keperluan ketenteraan sesebuah negara.
• Sejak berkembangnya masyarakat antarabangsa, bilangan negara yang
menyumbang kepada pengembangan UUKA juga bertambah.
• UUKA merupakan satu badanundang-undang sejagat masa kini.
26
Perlindungan ke atas mereka
yang tidak terlibat atau tidak
lagi terlibat secara aktif
dalam pertempuran.
PERATURAN
ASAS UUKA
Menghadkan cara
peperangan terutama jenis
senjata dan kaedah
peperangan seperti taktik
ketenteraan.
HAD PENGGUNAAN SENJATA DAN TAKTIK PEPERANGAN
UUKA melarang segala kaedah peperangan yang berunsur:
➢ Gagal untuk membezakan antara anggota yang terlibat dalam peperangan dengan
orang awam yang tidak terlibat dalam peperangan.
Hal ini bertujuan untuk melindungi masyarakat, individu dan harta benda awam;
➢ Sesuatu yang mengakibatkan kecederaan yang melampau atau kesengsaraan yang
keterlaluan.
➢ Menyebabkan kemusnahan yang keterlaluan atau kesan jangka panjang terhadap
alam sekitar.
Oleh itu, UUKA telah menghadkan atau mengharamkan penggunaan banyak jenis senjata,
termasuk peluru letupan, senjata kimia serta biologi, senjata laser yang boleh membutakan
dan periuk api.
27
PERJANJIAN YANG MEMBENTUK UUKA
1. UUKA terdiri daripada pelbagai perjanjian antarabangsa yang wujud sejak 150 tahun
yang lalu. Perjanjian UUKA yang paling dikenali adalah empat Konvensyen Geneva
1949 dan Protokol Tambahan kepada konvensyen tersebut.
2. Konvensyen Geneva merupakan perjanjian antarabangsa pertama dalam sejarah
moden yang diterima sejagat oleh semua negara.
PERJANJIAN ANTARABANGSA DALAM UUKA
i. Konvensyen 1954 mengenai Perlindungan Harta benda Warisan dalam
Situasi Konflik Bersenjata serta kedua-dua protokolnya.
ii. Konvensyen Senjata Biologi 1972.
iii. Konvensyen Senjata Konvensional 1980 dan kelima-lima protokolnya.
iv. Konvensyen Senjata Kimia 1993.
v. Konvesyen Ottawa 1997 mengenai Periuk Api.
vi. Protokol 2006 mengenai Saki Baki Bahan Letupan Selepas Perang
(Explosive Remnants of War/ERW).
28
KONVENSYEN GENEVA DAN PROTOKOL TAMBAHAN
1. Konvensyen Geneva Pertama
Konvensyen penambahbaikan terhadap keadaan mereka yang cedera dan sakit
dalam angkatan tentera di medan pertempuran (12 Ogos 1949).
• Melindungi petempur yang cedera dan sakit, kakitangan yang merawat mereka,
bangunan tempat mereka diberi perlindungan dan peralatan yang digunakan untuk
merawat mereka.
• Mengawal dan menentukan penggunaan lambang Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah.
2. Konvensyen Geneva Kedua
Konvensyen penambahbaikan terhadap keadaan anak-anak kapal dari angkatan
tentera yang cedera, sakit dan karam semasa pertempuran di laut (12 Ogos 1949).
• Memberi perlindungan kepada petempur-petempur yang terdiri daripada anak-
anak kapal yang karam dan mengawal serta menentukan sesuatu keadaan yang
membolehkan mereka dibantu.
3. Konvensyen Geneva Ketiga
Konvensyen merujuk kepada layanan yang diberikan kepada tawanan perang (12
Ogos 1949).
• Melindungi angkatan tentera yang ditawan semasa perang.
• Menyediakan peraturan bagi tatacara layanan tawanan perang dan mewujudkan
hak dan tanggungjawab terhadap kuasa menawan mereka.
4. Konvensyen Geneva Keempat
Konvensyen yang berkaitan dengan perlindungan orang awam semasa perang (12
Ogos, 1949)
• Mewujudkan peraturan bagi melindungi masyarakat awam, khususnya mereka
yang mendiami di kawasan jajahan dan mereka yang dinafikan kebebasannya.
29
PROTOKOL TAMBAHAN
1. Protokol Tambahan I
• Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan
perlindungan terhadap mangsa konflik bersenjata antarabangsa (8 Jun 1977)
• Skop perlindungan diluaskan kepada orang awam dan menghadkan kaedah serta
cara peperangan.
2. Protokol Tambahan II
• Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan
perlindungan terhadap mangsa dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa (8
Jun 1977).
• Mengandungi jaminan asas bagi individu yang tidak mengambil bahagian dalam
konflik bersenjata bukan antarabangsa, menyediakan peraturan berkaitan dengan
perlindungan terhadap orang awam dan objek serta kelengkapan penting untuk
menjamin keselamatan mereka seterusnya.
3. Protokol Tambahan III
• Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan
penggunaan lambang tambahan (8 Disember 2005).
• Mewujudkan lambang tambahan, Kristal Merah, yang mana tarafnya adalah sama
dengan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
Perbincangan Konvesyen Geneva Keempat
30
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BSMM
31
PENDAFTARA •Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam system database di ibu pejabat
N AHLI kebangsaan.
•Setiap Cabang, Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian masing-
KUMPULAN masing.
•Bagi Cawangan yang tiada Unit di bawah pentadbiran, rekod boleh disimpan
oleh Jawatankuasa Eksekutif Cawangan.
•Keahlian persatuan terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama,
jantina dan politik.
•Ahli dan sukarelawan datang daripada pelbagai golongan, memberi sumbangan
perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan.
•Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam system database di Ibu Pejabat
PENDAFTARA Kebangsaa.
N AHLI
•Setiap Cabang, Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian masing-
masing.
•Bagi Cawangan yang tiada Unit di bawah pentadbiran, rekod boleh disimpan
oleh Jawatankuasa Eksekutif
KEAHLIAN •Yuran tahunan sekurang-kurangnya RM2 setahun.
BIASA •Bayaran dibuat kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang.
•Permohonan kelulusan di atas budi bicara dan kelulusan Cawangan
•Yuran : tidak kurang daripada RM1000
•Ahli Kehormat seumur hidup
AHLI SEUMUR •Dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan.
•Tidak melebihi 4 orang setiap tahun
HIDUP
PASUKAN •Yuran :RM2 setahun tapi digalakkan bayar yuran sekali gus untuk 5 tahun.
BANTUAN
SUKARELA
AHLI BELIA •Permohonan diluluskan oleh Jawatankuasa Kewangan.
•Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di bahagian unit sebagai Bulan Sabit
Kanak-kanak (Link)
•Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda (Junior)
•Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di Unit Pasukan Sukarela (Vountary Aid
Detachment VAD)
32
PENDAFTARAN BAGI PASUKAN KANAK-KANAK/BELIA
➢ Setiap sekolah hanya dibenarkan menubuhkan 1 pasukan BSMM.
➢ Setiap pasukan - Minimum 15 ahli.
➢ Pihak sekolah menghantar borang pendaftaran kepada Setiausaha Cabang dan
disemak oleh pihak Cabang barulah permohonan dimajukan kepada Setiausaha
Cawangan
➢ Setiap sekolah hanya dibenarkan menebuhkan 1 pasukan BSMM.
➢ Setiap pasukan - Minimum 15 ahli.
➢ Pihak sekolah menghantar borang pendaftaran kepada Setiausaha Cabang dan
disemak oleh pihak Cabang barulah permohonan dimajukan
PENDAFTARAN KUMPULAN
➢ Pasukan kanak-kanak
➢ Pasukan Belia Pasukan Belia Terbuka
➢ Pasukan Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam
➢ Pasukan Bantuan Sukarela Tidak Berpakaian Seragam
PASUKAN BANTUAN SUKARELA DI IPT PENDAFTARAN PASUKAN BELIA
TERBUKA
➢ Ditubuhkan di Kawasan yang diluluskan oleh Cabang sahaja.
➢ Ahli-Minimum 15 orang.
➢ Hantar borang Pendaftaran kepada Cabang sebelum dihantar ke IPK untuk disemak
dan dikeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan.
PENDAFTARAN PASUKAN BANTUAN SUKARELA
➢ Boleh ditubuhkan di Kawasan yang disyorkan oleh Cabang
➢ Ahli-Minimum 15 orang
➢ Langkah pendaftaran adalah sama seperti pendaftaran belia dan kanak-kanak.
33
KAEDAH PENDAFTARAN UNIT
➢ Daftar melalui cawangan terdekat
➢ Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam system database di Ibu Pejabat Kebangsaan.
➢ Setiap Unit Bantuan Sukarela boleh dipecahkan kepada beberapa seksyen dan setiap
seksyen hendaklah mengandungi 15 orang ahli.
➢ Setiap Unit Bantuan Sukarela mempunyai seorang Komandan, Pen. Komandan.
Kuartermaster, Ketua Utama Seksyen, Ketua Seksyen, Pen. Ketua Seksyen dan ahli-
ahli di bawahnya
➢ Status keahlian PBSMMnya masih sah selagi yuran keahliannya dijelaskan walau pun
ia berpindah kelain pasukan, Cabang/ Cawangan PBSMM dengan syarat mendapat
pengesahan daripada Cawangan asal di mana ia berada.
PENEMPATAN KEAHLIAN
➢ Unit Bantuan Sukarela ini diletakkan dibawah jagaan Komandan di peringkat unit dan
Pegawai Penjaga Unit Bantuan Sukarela di Cabang dan Penolong Pengarah Unit
Bantuan Sukarela di peringkat Cawangan
SIJIL/KAD PENGENALAN
➢ Dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan setelah disahkan penubuhannya oleh pihak
Cabang dan Cawangan
➢ Kad keahlian telah diberi normbor bersiri dan diperoleh dari Ibu Pejabat Kebangsaan
melalui Cawangan. Pengeluaran kad kepada ahli perlu didaftarkan.
➢ Kad yang lama perlu digantikan dengan yang baru melalui Sekretariat Cawangan atau
Cabang
➢ Borang Keahlian haruslah lengkap dengan gambar
INSURANS KEAHLIAN
➢ Semua ahli mestilah mencarum dengan Skim Insuran yang diuruskan oleh ibu Pejabat
Kebangsaan
➢ Komandan bertanggungjawab mengutip yuran keahlian dengan wang insuran
sebanyak RM1.00 (satu ringgit) setiap tahun
34
STRUKTUR DAN ORGANISASI BSMM PERINGKAT IPG
(BELIA-YOUTH)
35
STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUMBUHAN BSMM PERINGKAT
SEKOLAH RENDAH
36
TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
JAWATAN TUGAS
PENGERUSI ➢ menjadi pengerusi persatuan
➢ menjalankan tugas yang diberi oleh guru serta
bertindak untuk menggerakkan persatuan
➢ menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan
TIMBALAN PENGERUSI ➢ menjalankan tugas-tugas dan kewajipan
pengerusi sekiranya perlu
➢ peka terhadap persekitaran dan sentiasa
membantu pengerusi menguruskan persatuan
SETIAUSAHA ➢ menulis minit mesyuarat
➢ menulis laporan aktiviti mingguan
BENDAHARI ➢ mengutip wang setiap ahli
➢ menyimpan buku kira-kira
AJK KECIL ➢ berperanan sebagai wakil untuk memberitahu
ahli persatuan mengenai akviti atau mesyuarat
yang akan dianjurkan
37
PENGURUSAN FOLIO / BUKU LOG /
LAPORAN AKTIVITI
38
PENGURUSAN FAIL
Maksud fail: rekod yang mencatatkan tindakan tindakan yang telah diambil atau keputusan-
keputusan yang sudah dicapai tetapi juga sebagai tempat menyiasat ара-ара tuduhan,
kelemahan atau kegagalan Jabatan-Jabatan didalam menjalankan tugas masing-masing.
PENGKELASAN MENGIKUT JABATAN
i. Setiap fail baru perlu mempunyai huruf kod dan nombor yang digunakan adalah
berturutan.
ii. Setiap fail mestilah mempunyai tajuk-tajuk yang ringkas
iii. Setiap fail mempunyai pengelasan keselamatan samada diperingkat TERHAD.
SULIT. RAHSIA atau RAHSIA BESAR
iv. Setiap fall mestilah mempunyai tarikh sesuatu fall itu dibuka
REKOD KELUAR MASUK FAIL
i. Fail yang perlu diedarkan perlu dicatat dalam Buku Rekod Nombor dengan
catatan nama pegawai, tarikh dan bahagian mana fail itu diedarkan
ii. Seseorang yang mengambi fail perlu dipulangkan melalui Bahagian
Pendaftaran Fail
BUKU LOG
i. Satu cara pelaksanaan komunikasi atau penyamaian dari sesuatu pihak ke
pihak yang lain
ii. Mengandungi catatan rekod yang boleh dijadikan panduan ataunlaporan dan
mengesahkan sesuatu perkara atay sesuatu aktiviti
iii. Rakaman suatu peristiwa yang berlaku dan catatan mingguan sesuatu aktiviti.
iv. Buku log yang baik mempunyai sekitar 200 hingga 300 helaian muka surat.
Saiz buku log (21 cm x 32 cm)
v. Kulit luar dibalut dengan pembalut plastik agar tidak mudah rosak
39
PENGURUSAN LAPORAN AKTIVITI
Muka depan
i. Tajuk aktiviti
ii. Tarikh dan lokasi
iii. Nama penganjur
iv. Tarikh laporan disiapkan
Laporan eksekutif
1.0 pengenalan
• jelaskan secara ringkas berkaitan tujuan aktiviti yang dijalankan
2.0 latar belakang
• Tarikh dan masa aktiviti dilaksanakan
• Bilangan peserta terlibat
• Matlamat
• Kaedah pelaksanaan
• Bahan dan alatan yang digunakan
• Aktiviti yang dijalankan
3.0 huraian penilaian
• maklum balas peserta
• maklum balas setiap ahli yang terlibat sama ada secara langsung ataupun
tidak langsung
4.0 pencapaian aktiviti
• hasil yang dicapai melalui pelaksanaan aktiviti
• bandingkan hasil yang diperoleh dengan matlamat yang ingin dicapai
5.0 kemajuan / masalah
• jelaskan secara ringkas berkaitan kemajuan dan masalah yang dihadapi
sepanjang pelaksaan program
6.0 cadangan
• berikan cadangan untuk nenambah baik program pada masa akan datang
7.0 gambar aktiviti
• sediakan enam keping gambar asal dan info yang dilampirkan
8.0 penutup
• rumuskan keseluruhan program yang berlangsung
• ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat
40
CONTOH LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN
41
ETIKA PEMAKAIAN
42
ETIKA PEMAKAIAN
Pakaian BSMM terbahagi kepada dua kategori iaitu
a) Pakaian pelatih atau pelajar
b) Pakaian pemimpin
Perbezaan pakaian ini hanyalah dari segi bush jaket dan pangkat. Rajah menunjukkan contoh
pakaian lengkap seragam pelajar dari sekolah rendah hingga sekolah menengah.
Pakaian seragam murid sekolah rendah/menengah
Pakaian pemimipin
43
Pakaian Pemimpin
Antara baju seragam dan aksesori yang terdapat pada pakaian pelatih atau pelajar ialah:
BIL. AKSESORI RAJAH
1. Baju BSMM lelaki
44
2. Baju BSMM perempuan
3. Seluar putih
4. t-shirt BSMM putih lengan
pendek
45
5. t-shirt BSMM putih lengan
Panjang
6. t-shirt BSMM merah lengan
pendek
7. t-shirt BSMM merah lengan
panjang
8. Lencana bahu negeri
46
9. Lencana bahu logo BSMM
10. Lencana poket BSMM
11. Lencana kolar BSMM
12. Beret hitam
13. Lencana beret BSMM
14. Tali pinggang
47
15. Lanyard hitam single
16. Butang
17. Topi
18. Pangkat bagi pelajar
48
19. Kain anduh
20. Kasut potong hitam
Antara baju seragam dan aksesori yang terdapat pada pakaian pemimpin ialah:
BIL. AKSESORI RAJAH
1. Bush jaket pegawai lelaki
49