The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU3062 KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fatihah, 2022-09-30 06:10:23

BUKU LOG BSMM - FATIHAH

MPU3062 KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM

LATIHAN KAWAD STATIK DAN DINAMIK
a) Masuk baris
i. Hukuman ini diberikan sewaktu Latihan kawad/perbarisan/kawalan kehormat
hendak dimulakan atau selepas skuad berada dalam kedudukan keluar baris
iaitu berehat.

ii. Arahan:

“DENGAR SINI SEMUA SEKALI, APABILA MENDAPAT HUKUMAN
TIGA/DUA/SATU BARISAN DI HADAPAN SAYA, SKUAD HENDAKLAH
SEDIA, BERLARI, BERBARIS DALAM TIGA/DUA/SATU BARISAN DI
HADAPAN, DI TENGAH-TENGAH DI MANA SAYA MENGADAP.”

“FAHAM ITU SKUAD!”
TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA ...... GERAK!
atau
DUA BARISAN DI HADAPAN SAYA ...... GERAK!
atau
SATU BARISAN DI HADAPAN SAYA ...... GERAK!
atau
MASUK BARIS ...... GERAK!

b) Paraskan skuad
i. Hukuman ini diberi selepas skuqah berada dalam kedudukan SEDIA.
ii. Arahan:
YANG TINGGI KE KANAN, YANG RENDAH KE KIRI DALAM SATU
BARISAN ...... GERAK!
(Skuad akan bergerak dengan cara berpusing ke kanan selaku
KELUAR BARIS dan terus membentuk satu barisan panjang di
hadapan pemimpin.)

NOMBOR!
(Skuad akan menyebut nombor masing-masing secara kuat/nyaring
bermula dari sebelah kanan.)

NOMBOR GANJIL SATU LANGKAH KE HADAPAN,

100


NOMBOR GENAP SATU LANGKAH KE BELAKANG ......
GERAK!

ORANG DISEBELAH KANAN SEKALI, DIAM!
(Hukuman ini diberi sebagai tanda orang di sebelah kanan sekali
sebagai PENANDA KANAN.)

NOMBOR GANJIL KE KANAN, NOMBOR GENAP KE KIRI
BARISAN, KANAN DAN KIRI ...... PUSING!

JADIKAN TIGA BARISAN, CEPAT JALAN!
(Skuad akan berjalan ke arah PENANDA dan mengambil tempat di
barisan tengah, belakang, hadapan dan seterusnya hingga terbentuk
tiga barisan.)

c) Luruskan barisan
i. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

ii. Arahan
KE KANAN ...... LURUS!
(Skuad akan memandang ke kanan sambil mendepakan tangan kanan
merapati bahu kiri rakan sebelah. Kemudian skuad menghentakkan
kaki sambil meluruskan barisan dan berhenti sebaik barisan telah
diluruskan.)

PANDANG ...... DEPAN!
(Skuad akan memandang ke hadapan sambil menjatuhkan tangan
kanan dan kembali dalam kedudukan SEDIA.)

101


d) Senang diri Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
i. Arahan
ii.

SENANG ……. DIRI

iii. Jika skuad berada dalam kedudukan REHATKAN DIRI.
Arahan
BARIS!
(Skuad akan berada dalam keadaan Senang Diri.)

e) Rehatkan diri
i. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
SENANG DIRI.
ii. Arahan:
REHATKAN ...... DIRI!

f) Sedia Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
i. REHATKAN DIRI.
Arahan:
ii. BARIS!
BARIS ...... SEDIA!
Jika skuad berada dalam kedudukan SENANG DIRI:
Arahan:
BARIS ...... SEDIA!

g) Buka barisan
i. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
ii. Arahan
BUKA BARISAN ...... GERAK!
(Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke hadapan.
Barisan belakang akan bergerak satu atau dua langkah ke belakang.)

102


h) Tutup barisan
i. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
ii. Arahan
TUTUP BARISAN......... GERAK!
(Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke belakang.
Barisan belakang akan bergerak satu atau dua langkah ke hadapan.)

i) Pusing ke kanan
i. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
ii. Arahan
BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA
KE KANAN......... PUSING!
atau
KE KIRI......... PUSING!
atau
KE BELAKANG......... PUSING!

j) Pusing ke kiri
i. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
ii. Arahan:
BERGERAK KE KIRI BERTIGA-TIGA
KE KIRI......... PUSING!
atau
KE KANAN......... PUSING!
atau
KE BELAKANG......... PUSING!

k) Pusing/menghadap ke belakang
i. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
ii. Arahan:
BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKANG
KE BELAKANG......... PUSING!
atau
KE KANAN......... PUSING!
atau
KE KIRI......... PUSING!

103


l) Kawad jalan kaki
i. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
ii. Arahan (bergantung kepada penanda):
DARI KIRI, CEPAT......... JALAN!
atau
DARI KANAN, CEPAT ........., JALAN!
atau
DARI DEPAN, CEPAT ........., JALAN!
(jika dalam satu barisan sahaja)

m) Berhenti Semasa Berkawad atau Jalan Kaki:
i. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
KAWAD JALAN KAKI atau HENTAK KAKI.
ii. Arahan:
BARIS, BERHEN......... TI!
(Hukuman BERHENTI akan dilafazkan dengan cara suku kata TI
disebut sebaik sahaja kaki kiri skuad mencecah ke tanah.)

n) Keluar Baris:
i. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
ii. Hukuman Keluar Baris diberikan jika skuad hanya berhenti rehat dan
akan ada perbarisan, kawalan hormat atau kawad kaki lagi selepas itu.
iii. Arahan:
KELUAR ...... BARIS!

o) Skuad Bersurai:
i. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
ii. Hukuman Bersurai diberikan setelah aktiviti perbarisan, kawalan
hormat atau kawad kaki tamat dan akan bersambung pada waktu atau
hari yang lain.
iv. Arahan:
BERSU ...... RAI!
(Pergerakan BERSURAI sama seperti pergerakan Ketika KELUAR
BARIS.)

104


ASAS KAWAD KAKI DI SEKOLAH

Murid melakukan latihan kawad kaki dengan bimbingan guru.
Aktiviti kawad kaki dilakukan untuk

1. Membentuk murid supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat setia.
2. Membentuk anggota kumpulan supaya berkerjasama dalam satu kumpulan.
3. Membentuk ahli pasukan yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi, cergas

dan taat perintah.

105


TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI

106


107


LAMPIRAN

LAPORAN AKTIVITI DAN PERJUMPAAN MINGGUAN BSMM

Laporan Aktiviti Mingguan BSMM Kali 1/2022

Tarikh : 10 Ogos 2022
Hari : Rabu
Masa : 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Tempat : Komples Sukan Puteri Gunung Ledang (PGL)

Bil. AGENDA/AKTIVITI
1. Pada jam 8:00 pagi, latihan kawad kaki dijalankan di PGL sehingga jam 9:00 pagi.
2. Pada jam 9:00 pagi, semua ahli BSMM pergi ke Pusat Islam Saiyidah Aisyah (PISA).
3. Sesi perkenalan bersama pensyarah bimbingan dan Penasihat BSMM : Dr Norsiah.
4. Penerangan mengenai Rancangan Maklumat Kursus (RMK) BSMM oleh Dr
Norsiah. Selain itu, Dr Norsiah memberi penerangan tentang skop kerja dan lulus
yang perlu dicapai oleh pelajar.
5. Pensyarah turut memberi kuliah tentang pengenalan BSMM berkaitan logo, lagu,
ikrar, sejarah penubuhan BSMM dan pembentangan kumpulan turut dijanlankan.
6. Semua ahli bersurai pada jam 12:00 tengah hari.

Pertemuan seterusnya akan diadakan pada 17 Ogos 2022.

Disediakan oleh, 10 Ogos 2022

(NURAFZAN FATIHAH BINTI MOHD ZAIN)
Naib Pengerusi BSMM,
IPG Kampus Perempuan Melayu.

108


Laporan Aktiviti Mingguan BSMM Kali 2/2022

Tarikh : 17 Ogos 2022
Hari : Rabu
Masa : 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Tempat : Komples Sukan Puteri Gunung Ledang (PGL)

Bil. AGENDA/AKTIVITI
1. Pada jam 8:00 pagi, latihan kawad kaki dijalankan di PGL sehingga jam 9:00 pagi.
2. Pada jam 9:00 pagi, semua ahli BSMM dan unit lain berkumpul di PGL untuk belajar
tentang jenis balutan luka menggunakan anduh bersama jurulatih.
3. Antara balutan yang dipelajari ialah balutan luka tangan, dada dan bahu.
4. Semua ahli bersurai pada jam 12:00 tengah hari.

Pertemuan seterusnya akan diadakan pada 24 Ogos 2022.

Disediakan oleh, 17 Ogos 2022

(NURAFZAN FATIHAH BINTI MOHD ZAIN)
Naib Pengerusi BSMM,
IPG Kampus Perempuan Melayu.

109


Laporan Aktiviti Mingguan BSMM Kali 3/2022

Tarikh : 24 Ogos 2022
Hari : Rabu
Masa : 3:00 petang hingga 5:00 petang
Tempat : Komples Sukan Puteri Gunung Ledang (PGL)

Bil. AGENDA/AKTIVITI
1. Pada jam 3:00 petang, semua ahli BSMM diminta berkumpul di PGL untuk
mendengar taklimat berkaitan Pentaksiran Berterusan bagi subjek MPU3062
Kokurikulum Unit Beruniform.
2. Taklimat ini diberi oleh En Zainal selaku penyelaras bagi subjek MPU3062.
3. Selepas taklimat Pentaksiran Berterusan tamat, semua ahli mula belajar tentang tali-
temali iatu jenis ikatan dan simpulan.
4. Antara jenis ikatan yang dipelajari ialah ikatan buku sila, ikatan simpul manokdan
ikatan seraya.
5. Selain itu, ahli turut belajar tentang simpulan tali seperti simpulan tindih kasih,
6. Semua ahli bersurai pada jam 12:00 tengah hari.

Pertemuan seterusnya akan diadakan pada 31 Ogos 2022.

Disediakan oleh, 24 Ogos 2022

(NURAFZAN FATIHAH BINTI MOHD ZAIN)
Naib Pengerusi BSMM,
IPG Kampus Perempuan Melayu.

110


Laporan Aktiviti Mingguan BSMM Kali 4/2022

Tarikh : 31 Ogos 2022
Hari : Rabu
Masa : 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Tempat : Bilik kuliah AM 2-21

Bil. AGENDA/AKTIVITI
1. Pada jam 8:00 pagi, semua ahli diminta berkumpul di bilik kuliah AM 2-21.
2. Kuliah dimulai dengan definisi pertolongan cemas dan beberapa perkara berkaitan
pertolongan cemas seperti keadaan yang dimaksudkan sebagai cemas.
3. Kuliah berlangsung selama 4 jam tentang topik pertolongan cemas.
4. Antara asas pertolongan cemas yang dipelajari ialah CPR, tercekik, dan lemas.
5. Jurulatih mengarahkan ahli untuk membahagi semua ahli kepada 7 kumpulan yang
terdiri dari 2 orang 1 kumpulan.
Setiap kumpulan perlu menyediakan slide pembentangan tentang asas pertolongan
cemas yang berbeza untuk setiap kumpulan.
Antaranya ialah patah, luka, melecur, pita, keracunan, terseliuh dan gigitan.
6. Semua ahli bersurai pada jam 12:00 tengah hari.

Pertemuan seterusnya akan diadakan pada 7 September 2022.

Disediakan oleh, 31 Ogos 2022

(NURAFZAN FATIHAH BINTI MOHD ZAIN)
Naib Pengerusi BSMM,
IPG Kampus Perempuan Melayu.

111


Laporan Aktiviti Mingguan BSMM Kali 5/2022

Tarikh : 7 September 2022
Hari : Rabu
Masa : 2:00 petang hingga 6:00 petang
Tempat : Bilik Kuliah AB 2-21

Bil. AGENDA/AKTIVITI
1. Pada jam 2:00 petang, semua ahli diminta berkumpul di bilik kuliah AB 2-21.
2. Kuliah dimulai dengan definisi pertolongan cemas dan beberapa perkara berkaitan
pertolongan cemas seperti keadaan yang dimaksudkan sebagai cemas.
3. Kuliah berlangsung selama 4 jam tentang topik pertolongan cemas.
4. Setiap kumpulan membentangkan slide pembentangan mereka mengikut kumpulan
masing-masing.
Antara asas pertolongan cemas yang dibentangkan ialah patah, luka, melecur, pita,
keracunan, terseliuh dan gigitan.
5. Semua ahli bersurai pada jam 6:00 petang.

Pertemuan seterusnya akan diadakan pada 14 September 2022.

Disediakan oleh, 7 September 2022

(NURAFZAN FATIHAH BINTI MOHD ZAIN)
Naib Pengerusi BSMM,
IPG Kampus Perempuan Melayu.

112


Laporan Aktiviti Mingguan BSMM Kali 6/2022

Tarikh : 14 September 2022
Hari : Rabu
Masa : 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Tempat : Komples Sukan Puteri Gunung Ledang (PGL)

Bil. AGENDA/AKTIVITI
1. Pada jam 8:00 pagi, latihan kawad kaki dijalankan di PGL sehingga jam 9:00 pagi.
2. Pada jam 9:00 pagi, semua ahli BSMM dan unit lain diminta berkumpul di PGL.
3. Jurulatih memberi kuliah berkaitan topik perkhemahan.
4. Antara kandungan topik pembelajaran ialah definisi perkhemahan, jenis-jenis
khemah dan cara memasang khemah.
5. Setiap ahli diberi peluang untuk memasang khemah secara berkumpulan dengan
bimbingan dari jurulatih.
6. Semua khemah yang dipasang disimpan semula ke dalam stor.
7. Semua ahli bersurai pada jam 12:00 tengah hari.

Pertemuan seterusnya akan diadakan pada 21 September 2022.

Disediakan oleh, 14 September 2022

(NURAFZAN FATIHAH BINTI MOHD ZAIN)
Naib Pengerusi BSMM,
IPG Kampus Perempuan Melayu.

113


Laporan Aktiviti Mingguan BSMM Kali 7/2022

Tarikh : 21 September 2022
Hari : Rabu
Masa : 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Tempat : Bilik Kuliah AB 2-27

Bil. AGENDA/AKTIVITI
1. Pada jam 8:00 pagi, semua ahli berkumpul di Bilik Kuliah AB 2-27.
2. Setiap ahli diberi tugasan untuk membentuk kumpulan dan melakukan
persembahan aktiviti pemanasan badan menggunakan lagu kanak-kanak.
Antara lagu yang digunakan ialah Head, shouders, knees dan toes, Chicken Dance
dan sebagainya.
3. Seterusnya, semua ahli diberi kuliah tentang orientasi sekolah dan CPR AED.
4. Ahli berpeluang untuk melakukan CPR ke atas patung yang telah disediakan.
5. Kemudiannya, jurulatih menunjukkan cara menggunakan radio kamunikasi untuk
memudahkan perhubungan ketika tiada talian.
6. Ahli turut diberi peluang untuk menggunakan frekuensi radio tersebut.
7. Semua ahli bersurai pada jam 12:00 tengah hari.

Pertemuan seterusnya akan diadakan pada 28 September 2022.

Disediakan oleh, 21 September 2022

(NURAFZAN FATIHAH BINTI MOHD ZAIN)
Naib Pengerusi BSMM,
IPG Kampus Perempuan Melayu.

114


Laporan Aktiviti Mingguan BSMM Kali 8/2022

Tarikh : 28 September 2022
Hari : Rabu
Masa : 3:00 petang hingga 5:00 petang
Tempat : Komples Sukan Puteri Gunung Ledang (PGL)

Bil. AGENDA/AKTIVITI
1. Pada jam 3:00 petang, semua ahli diminta berkumpul di Dataran Budiman untuk
belajar tentang bearing dan arah.
2. Jurulatih menunjukkan sebuah Kompas dan cara menggunakan Kompas dengan
betul.
3. Setiap ahli diminta untuk berpecah dalam kumpulan kecil dan membuat satu peta
sendiri bagi setiap kumpulan.
4. Kemudiannya, setiap kumpulan bertukar peta masing-masing dan menyelesaikan
setiap checkpoint.
5. Semua ahli bersurai pada jam 5:00 petang.

Pertemuan seterusnya akan diadakan pada 5 Oktober 2022.

Disediakan oleh, 28 September 2022

(NURAFZAN FATIHAH BINTI MOHD ZAIN)
Naib Pengerusi BSMM,
IPG Kampus Perempuan Melayu.

115


RUJUKAN

Al Ezam. (2013). BSMM UUKA. https://www.slideshare.net/alezam/bsmm-uuka-kk-city-
chapter.

Arbak Othman. (2019). Kamus Bahasa Melayu (Edisi Kedua). Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Hidayatul Akmar Abd Aziz. 2012. Perancangan Tahunan PBSM.
https://www.slideshare.net/akmar05/perancangan-tahunan-pbsm

ICRC. (2007). Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa.
https://sediaberkorban.files.wordpress.com/2013/05/ihl_or_loac.pdf.

Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka. (2020). Modul Pembelajaran
MPUD2091 Kokurikulum- Unit Beruniform. Buku 1. Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Norziana Mat Zin. (2021). Peraturan Perbadanandalam Perlaksanaan Kuasa Menurut
Seksyen 9 Dalam Akta.
https://www.academia.edu/26270791/Perlembagaan_persatuan_bulan_sabit_merah.

Osman Affandi. (2020, 26 Oktober). Sejarah Pertubuhan Persatuan Palang Merah (Red
Cross). https://iluminasi.com/bm/sejarah-pertubuhan-persatuan-palang-merah.html.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UPM. (2021). Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia Cabang UPM.
https://hep.upm.edu.my/student_organization/leadership/persatuan_bulan_sabit_mer
ah_malaysia_cabang_upm-61745?L=bm.

Pui. W. H. (2019). Sejarah Persatuan Bulan Sabit Merah : Menyusur Misi Kemanusiaan Jean

Henry Dunant.

https://www.academia.edu/37140926/Sejarah_Persatuan_Bulan_Sabit_Merah_Meny

usur_Misi_Kemanusiaan_Jean_Henry_Dunant.

Siaw Ong (2017). Pengurusan dan Pentadbiran PBSM.
https://www.slideshare.net/petersiaw/pengurusan-dan-pentadbiran-pbsm.

Siti Zulaikha. (2013). Portfolio PBSM. https://www.slideshare.net/SitiZulaikhaSalleh/portfolio-
pbsm.

SK Sri Serdang (2016). Perancangan Tahunan Bsmm 2016.
https://www.academia.edu/20362056/PERANCANGAN TAHUNAN BSMM 2016?.

116


Click to View FlipBook Version