The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sarifulasra, 2024-05-08 09:19:13

DOKUMENTASI MAJLIS PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF

MAJLIS PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF

Majlis Persaraan ENCIK AZIZI BIN MATROF DOKUMENTASI Rabu 27 Mac 2024 Dewan Sri Murni, SMKRA 12:30 - 2:30 petang BKGS SMK RAJA ABDULLAH SMK RAJA ABDULLAH KUALA LUMPUR


KANDUNGAN 1 Laporan program 1 2 3 3 Lampiran 29 Laporan setiap jawatankuasa


1 MAJLIS PERSARAAN CIKGU AZIZI BIN MATROF (MAJLIS SULAMAN BUDI, TULUS BERBAKTI) ajlis Sulaman Budi, Tulus Berbakti diadakan bagi menghargai Encik Azizi bin Matrof yang bersara wajib pada usia 60 tahun. Tarikh akhir perkhidmatan beliau ialah pada 27 Mac 2024. Encik Azizi bin Matrof bersara pada usia 60 tahun. Majlis istimewa ini diadakan pada hari Rabu, 27 Mac 2024 bersamaan 16 Ramadan 1445H di Dewan Sri Murni SMK Raja Abdullah. Majlis berlangsung dari pukul 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang dengan tema warna krim. Majlis persaraan kali ini dikelolakan dan diuruskan oleh Badan Kebajikan Guru dan Staf (BKGS) SMK Raja Abdullah. Seramai 52 orang ahli jawatankuasa yang terdiri dari kalangan pentadbir dan guru bekerjasama menjayakan majlis bersejarah ini. Majlis Sulaman Budi, Tulus Berbakti ini dihadiri oleh barisan pentadbir SMK Raja Abdullah, guru-guru, murid-murid sesi petang SMK Raja Abdullah dan juga 7 orang tetamu yang dijemput oleh Encik Azizi, yang merupakan bekas guru SMK Raja Abdullah. Antara yang hadir ialah Encik Mohd Fauzi bin Latif, Encik Muhd Zafir bin Zainal Abidin, Encik Masnizar bin Mustafa dan Puan Adidal binti Zahari. Majlis dimulakan dengan Yang Diraikan diarak masuk ke dewan diiringi barisan pentadbir. Setelah semua berada di dewan, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Maju dan Sejahtera, diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Asrul Aqmal bin Jamaluddin. Selepas ucapan alu-aluan oleh juruacara majlis, majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil murid, Nur Aina Qalesya binti Mohamad Hafiz dari kelas 2 Amal, diikuti dengan ucapan daripada wakil guru yang disampaikan oleh Pengerusi BKGS sesi 2024/2025, Cik Nik Nurul Atikah binti Ab Aziz. Selesai juruacara membacakan biodata dan latar belakang keluarga, pendidikan dan perkhidmatan, Encik Azizi bin Matrof dijemput untuk menyampaikan ucapan beliau. Tampak segak bergaya berbaju Melayu, Encik Azizi menyampaikan ucapannya dan meluahkan rasa kesyukuran atas penghargaan yang diberikan oleh pihak sekolah kepada beliau. Ucapan terakhir dalam majlis ini disampaikan oleh Puan Che Ma Rabitah binti Hj Kamaruddin, pengetua SMK Raja Abdullah. Pengetua merakamkan ucapan penghargaan pihak sekolah kepada Encik Azizi atas segala bakti yang dicurahkan dalam bidang pendidikan amnya, dan SMK Raja Abdullah khasnya. Majlis diteruskan dengan tayangan multimedia dan persembahan oleh murid. Kumpulan murid ini menyanyikan lagu Sampai Jumpa dengan iringan music keyboard. Lirik lagu yang dipilih amat tepat dengan majlis dan mesej yang ingin disampaikan.


2 Selesai persembahan oleh murid, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah tanda penghargaan kepada yang diraikan. Hadiah yang disampaikan termasuklah daripada barisan pentadbir, PIBG SMK Raja Abdullah, sumbangan BKGS, sumbangan daripada rakan-rakan guru dan hadiah daripada tetamu yang hadir. Selesai acara penyampaian hadiah, Encik Azizi diarak turun dari pentas untuk keluar dari dewan sambil bersalaman dengan warga SMK Raja Abdullah. Encik Azizi dibawa meninggalkan SMK Raja Abdullah dengan menaiki sebuah kereta mewah yang dihias indah. Majlis Sulaman Budi, Tulus Berbakti sempena persaraan Encik Azizi bin Matrof berjalan lancar seperti yang dirancang dan berakhir pada pukul 1.45 petang. Laporan disediakan oleh: ........................................................... (SARIFULASRA BINTI ROZALI) AJK Dokumentasi Majlis Sulaman Budi, Tulus Berbakti Disemak dan disahkan oleh : ........................................................... (CHE MA RABITAH BINTI HJ KAMARUDDIN) Pengetua SMK Raja Abdullah, Kuala Lumpur.


3 PELAPORAN DAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA : SETIAUSAHA KETUA : PUAN NURUL IZZATI BINTI AB AZIZ AHLI : - LAPORAN PELAKSANAAN TUGAS : Kertas kerja dan pembahagian AJK bagi Majlis Persaraan En Azizi bin Matrof disiapkan seawal bulan Februari 2024 bagi membolehkan gerak kerja dimulakan seawal yang boleh. Memo panggilan mesyuarat dihantar pada 11 Mac 2024 kepada semua AJK yang terlibat dan mesyuarat diadakan pada 14 Mac 2024 jam 11.00 pagi yang dipengerusikan oleh Puan Che Ma Rabitah binti Hj Kamaruddin. CABARAN/MASALAH YANG DIHADAPI : Cabaran dari segi perubahan jawatankuasa dan masa kerana melibatkan majlis iftar pada hari yang sama. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Pihak pentadbir dan pengelola majlis perlu mengadakan perbincangan serta mengambil kata putus yang tepat bagi melancarkan sesuatu majlis agar tiada perubahan pada AJK yang telah dilantik. DOKUMEN BERKAITAN : 1. Kertas Kerja (Rujuk Lampiran I) JUMLAH PERBELANJAAN : Tiada SENARAI MURID YANG MEMBANTU (JIKA ADA) : Tiada LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : ............................................... (NURUL IZZATI BINTI AB AZIZ)


4 PELAPORAN DAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA : BENDAHARI KETUA : CIK NUR ATIQAH BINTI ROSLI AHLI : - LAPORAN PELAKSANAAN TUGAS : Segala perbelanjaan direkodkan dan selesai diagihkan kepada semua jawatankuasa yang membuat tuntutan. Laporan perbelanjaan disediakan selengkapnya. CABARAN/MASALAH YANG DIHADAPI : Tiada. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Tiada. DOKUMEN BERKAITAN : 1. Laporan perbelanjaan (Rujuk Lampiran II) JUMLAH PERBELANJAAN : Tiada. Sumbangan perkhidmatan sebanyak RM260 diberikan kepada Encik Azizi. SENARAI MURID YANG MEMBANTU (JIKA ADA) : Tiada LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : ............................................... (NUR ATIQAH BINTI ROSLI)


5 PELAPORAN DAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA : PENYELARAS MAJLIS KETUA : CIK NIK NURUL ATIKAH BINTI AB AZIZ AHLI : PUAN JUNAIDAH BINTI NAIM LAPORAN PELAKSANAAN TUGAS : Aturcara pentadbiran majlis disediakan dan dipanjangkan kepada semua AJK yang terlibat. Semua AJK menjalankan tugas yang telah diberikan mengikut masa yang tercatat dalam aturcara pentadbiran. CABARAN/MASALAH YANG DIHADAPI : Tiada CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Perlu diwujudkan AJK Protokol dan Stage Manager DOKUMEN BERKAITAN : 1. Atur cara pentadbiran (Rujuk Lampiran III) JUMLAH PERBELANJAAN : Tiada SENARAI MURID YANG MEMBANTU (JIKA ADA) : Tiada LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : ............................................... (NIK NURUL ATIKAH BINTI AB AZIZ)


6 PELAPORAN DAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA : JEMPUTAN & PENDAFTARAN KETUA : PUAN PREMA A/P CHALAYA AHLI : PUAN SATHIYAKALA A/P TURAIRAJOO LAPORAN PELAKSANAAN TUGAS : Seramai 11 orang dijemput untuk meraikan majlis. Senarai jemputan diberikan oleh Encik Azizi sendiri, yang terdiri daripada pengetua, penolong kanan dan guru yang merupakan antara kenalan rapat dan bekas guru SMK Raja Abdullah. Pautan untuk mengesahkan kehadiran juga sudah dilampirkan bersama-sama surat jemputan. CABARAN/MASALAH YANG DIHADAPI : Terdapat tetamu jemputan yang tidak mengesahkan kehadiran hingga ke hari majlis diadakan, meskipun sudah dihubungi secara peribadi. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Tiada. DOKUMEN BERKAITAN : 1. Surat jemputan 2. Senarai kehadiran (Rujuk Lampiran IV) JUMLAH PERBELANJAAN : Tiada SENARAI MURID YANG MEMBANTU : Tiada LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : ............................................... (PREMA A/P CHALAYA)


7 PELAPORAN DAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA : JURUACARA MAJLIS KETUA : PUAN NORASIKIN BINTI MOHD TAIB AHLI : PUAN AZZATUL FARAH BINTI CHE BAHARUDIN LAPORAN PELAKSANAAN TUGAS : Teks pengacaraan dibuat mengikut atur cara majlis yang diberikan. Majlis diacarakan dengan sebaiknya. CABARAN/MASALAH YANG DIHADAPI : Tiada CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Tiada DOKUMEN BERKAITAN : 1. Teks Juruacara (Rujuk Lampiran V) JUMLAH PERBELANJAAN : Tiada SENARAI MURID YANG MEMBANTU (JIKA ADA) : Tiada LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : ............................................... (NORASIKIN BINTI MOHD TAIB)


8 PELAPORAN DAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA : BACAAN DOA KETUA : ENCIK MUHAMMAD ASRUL AQMAL BIN JAMALUDDIN AHLI : - LAPORAN PELAKSANAAN TUGAS : Teks bacaan doa disediakan, sesuai dengan majlis. CABARAN/MASALAH YANG DIHADAPI : Tiada CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Tiada DOKUMEN BERKAITAN : 1. Teks bacaan doa (Rujuk Lampiran VI) JUMLAH PERBELANJAAN : Tiada SENARAI MURID YANG MEMBANTU (JIKA ADA) : Tiada LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : ............................................... (MUHAMMAD ASRUL AQMAL BIN JAMALUDDIN)


9 PELAPORAN DAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA : TEKS UCAPAN KETUA : CIK ROHANI BINTI MD ALI AHLI : CIK MURUGAMAH A/P ARUMUGAM LAPORAN PELAKSANAAN TUGAS : Teks ucapan telah diserahkan kepada Pengetua, Encik Azizi dan wakil murid 3 hari sebelum majlis diadakan. Teks ucapan telah dicetak dan dimasukkan ke dalam fail. Fail diletakkan di atas rostrum semasa majlis berlangsung. CABARAN/MASALAH YANG DIHADAPI : Seorang guru perlu menyediakan dua teks ucapan CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Tambahan guru untuk setiap teks yang diperlukan – seorang guru memyediakan satu teks ucapan. DOKUMEN BERKAITAN : 1. Teks ucapan pengetua 2. Teks ucapan wakil murid 3. Teks ucapan Encik Azizi bin Matrof (Rujuk Lampiran VII) JUMLAH PERBELANJAAN : Tiada SENARAI MURID YANG MEMBANTU (JIKA ADA) : Tiada LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : ............................................... (ROHANI BINTI MD ALI)


10 PELAPORAN DAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA : BUKU PROGRAM KETUA : CIK FARIZAH BINTI ABD RAZAK AHLI : CIK MOHANA PRIYA A/P KASANATHAN LAPORAN PELAKSANAAN TUGAS : Buku program dibina menggunakan aplikasi Canva mengikut tema yang dipersetujui. Cetakan dibuat menggunakan pencetak warna di pejabat. Kertas glossy yang digunakan merupakan lebihan daripada majlis sekolah sebelum ini. CABARAN/MASALAH YANG DIHADAPI : Tiada CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Tiada DOKUMEN BERKAITAN : 1. Buku program (Rujuk Lampiran VIII) JUMLAH PERBELANJAAN : Tiada SENARAI MURID YANG MEMBANTU (JIKA ADA) : Tiada LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : ............................................... (FARIZAH BINTI ABD RAZAK)


11 PELAPORAN DAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA : BACKDROP KETUA : PUAN LISA IZWANA BINTI AZIZAN AHLI : - LAPORAN PELAKSANAAN TUGAS : Softcopy muka depan buku program diambil daripada AJK Buku Program. Backdrop direka menggunakan template buku program yang diberi dengan memasukkan maklumat mengikut format yang betul. Softcopy backdrop diserahkan kepada AJK Siaraya sehari sebelum majlis. CABARAN/MASALAH YANG DIHADAPI : Tiada CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Tiada DOKUMEN BERKAITAN : 1. Rekaan backdrop (Rujuk Lampiran IX) JUMLAH PERBELANJAAN : Tiada SENARAI MURID YANG MEMBANTU (JIKA ADA) : Tiada LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : ............................................... (LISA IZWANA BINTI AZIZAN)


12 PELAPORAN DAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA : PERSIAPAN TEMPAT (SEBELUM) KETUA : ENCIK WONG KOK WAI AHLI : ENCIK S.M.K. BALA KRISHNAN A/L MUNIAND LAPORAN PELAKSANAAN TUGAS : Dewan disusun mengikut pelan lantai yang dipersetujui. CABARAN/MASALAH YANG DIHADAPI : Tiada CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Tiada DOKUMEN BERKAITAN : 1. Pelan lantai susunan dalam dewan (Rujuk Lampiran X) JUMLAH PERBELANJAAN : Tiada SENARAI MURID YANG MEMBANTU (JIKA ADA) : Tiada LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : ............................................... (WONG KOK WAI)


13 PELAPORAN DAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA : PERSIAPAN TEMPAT (SELEPAS) KETUA : ENCIK MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD NOOR AHLI : ENCIK MUHAMMAD HAKIM BIN HAMDAN LAPORAN PELAKSANAAN TUGAS : Semua kerusi VIP, kerusi biru dan kerusi dewan serta meja yang digunakan disimpan semula ke tempat asal sebaik sahaja majlis selesai dengan bantuan guru-guru dan murid sesi petang bagi memberi laluan kepada persiapan dewan untuk majlis iftar. CABARAN/MASALAH YANG DIHADAPI : Tiada CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Tiada DOKUMEN BERKAITAN : Tiada JUMLAH PERBELANJAAN : Tiada SENARAI MURID YANG MEMBANTU (JIKA ADA) : Tiada LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : ............................................... (MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD NOOR)


14 PELAPORAN DAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA : MULTIMEDIA/BIODATA KETUA : PUAN NURUL AWATIF BINTI MUKHTAR AHLI : 1. PUAN WAN ROHANI BINTI WAN IBRAHIM 2. PUAN EZRINARUTH A/P MARIYADAS LAPORAN PELAKSANAAN TUGAS : Biodata Encik Azizi diambil dan setiap maklumat dipastikan tepat. Semua gambar dan video yang diperlukan dikumpul dan proses kerja berjalan dengan lancar. Video multimedia disiapkan sehari sebelum hari kejadian. CABARAN/MASALAH YANG DIHADAPI : Tempoh yang diberikan agak singkat. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Menambahkan bilangan ahli jawatankuasa. DOKUMEN BERKAITAN : 1. Borang biodata 2. Video tayangan multimedia (Rujuk Lampiran XI) JUMLAH PERBELANJAAN : Tiada SENARAI MURID YANG MEMBANTU (JIKA ADA) : Tiada LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : ............................................... (NURUL AWATIF BINTI MUKHTAR)


15 PELAPORAN DAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA : DOKUMENTASI KETUA : PUAN SARIFULASRA BINTI ROZALI AHLI : - LAPORAN PELAKSANAAN TUGAS : Dokumentasi majlis disediakan selengkapnya. Dokumen-dokumen dan maklumat yang berkaitan dimasukkan dengan tersusun agar dokumentasi menjadi sumber rujukan yang lengkap bagi kegunaan masa hadapan. CABARAN/MASALAH YANG DIHADAPI : Terdapat guru daripada beberapa jawatankuasa yang sukar memberikan kerjasama dalam memberikan bahan yang diminta. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Tiada DOKUMEN BERKAITAN : 1. Borang maklum balas (Google Form) daripada jawatankuasa kerja (Rujuk Lampiran XII) JUMLAH PERBELANJAAN : Tiada SENARAI MURID YANG MEMBANTU (JIKA ADA) : Tiada LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : ............................................... (SARIFULASRA BINTI ROZALI)


16 PELAPORAN DAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA : PERARAKAN & KOMPANG KETUA : CIK NGO SIAW PEI AHLI : 1. PUAN YEE SHEAU YNG 2. PUAN NAZIHAH BINTI MD HANAFI @ MD ZAIN 3. CIK NUR SOFIAH AIDAH BINTI MOHAMAD LAPORAN PELAKSANAAN TUGAS : Cikgu memilih murid dan membuat latihan selama seminggu. Raptai diadakan sehari sebelum majlis. Pada hari kejadian, Cikgu Azizi diiring dari pejabat ke dewan dengan paluan kompang. Paluan kompang juga mengiringi perarakan pulang Encik Azizi selepas majlis tamat. CABARAN/MASALAH YANG DIHADAPI : Tiada CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Tiada DOKUMEN BERKAITAN : Tiada JUMLAH PERBELANJAAN : Tiada SENARAI MURID YANG MEMBANTU : MURID KOMPANG : 1. MUHAMMAD HAIZAD DANIAL BIN MOHD HANAFI (5 PROGRESIF) 2. MUSTAFA IDRIS ARIF (5 KUALITI) 3. MUHAMMAD AMIR JAFNI BIN JASMIN (5 BETA) 4. MUHAMMAD FATIH ULWAN BIN MOHD SABRI (5 PERINTIS) 5. MOHAMAD IEMAN HAIKAL BIN MOHD ROZAIMAN (5 PRIMER) 6. MUHAMAD ADIF ZULHILMI BIN AZMAN (4 KUALITI) 7. ADAM DANISH BIN AHMAD KHAIRI (4 PROGRESIF) 8. MUHAMMAD KHALEEF DARWISY BIN MOHD NOOR AZIZ (4 PROGRESIF) 9. MUHAMMAD HADIF BIN MOHD FARIZ (3 ARIF) 10. MUHAMMAD ALIF NAZRUL BIN MOHD FISOL (3 AMANAH) 11. MUHAMMAD SHAMIL HAZIQ BIN AHMAD SHUKRI (2 CERDAS)


17 MURID PEMBAWA BUNGA MANGGAR : 1. NOR ADLIN BATRISYAH BINTI ABDULLAH (5 ALFA) 2. LIYANA NUR QHADEEJAH BINTI ROHAIZAM RIZAL (5 BETA) LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : ............................................... (NGO SIAW PEI)


18 PELAPORAN DAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA : SIARAYA KETUA : CIK WAN NUR ATIKAH BINTI WAN HUSIN AHLI : - LAPORAN PELAKSANAAN TUGAS : Peralatan siaraya dipastikan berfungsi dengan baik. Backdrop dan slide multimedia diperolehi sehari sebelum majlis dan dicuba pada layar pentas dewan. Keperluan seperti mikrofon disediakan seperti yang diminta oleh penyelaras dan juga JK Persembahan. CABARAN/MASALAH YANG DIHADAPI : Tiada CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Tiada DOKUMEN BERKAITAN : Tiada JUMLAH PERBELANJAAN : Tiada SENARAI MURID YANG MEMBANTU : Tiada LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : ............................................... (WAN NUR ATIKAH BINTI WAN HUSIN)


19 PELAPORAN DAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA : SAMBUTAN KETUA : PUAN ZUNIKA BINTI MOHAMAD AHLI : 1. PUAN FAIRUS BINTI FAKRI 2. PUAN EMILIA BINTI MAHMUD 3. PUAN PATHMAVATHY A/P K.MARCHAY LAPORAN PELAKSANAAN TUGAS : Agihan tugas dibuat antara ahli Kumpulan. Walau bagaimanapun, hanya tinggal seorang sahaja AJK pada hari majlis berlangsung untuk menyambut para jemputan. Oleh itu ,Puan Sarifulasra selaku AJK BKGS turut membantu mengedarkan doorgift untuk tetamu yang hadir. Seramai 7 orang daripada 11 tetamu jemputan hadir untuk memeriahkan majlis. Tetamu yang hadir turut dijemput untuk memeriahkan majlis iftar yang dianjurkan oleh pihak sekolah pada sebelah petangnya. CABARAN/MASALAH YANG DIHADAPI : Kekurangan ahli dalam AJK kerana ada ahli yang sakit dan ada yang perlu menghadiri mesyuarat pada hari majlis berlangsung. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Mohon ditambah ajk dari kalangan guru juga bukan hanya gkmp sahaja yang terlibat di bahagian sambutan. DOKUMEN BERKAITAN : Tiada JUMLAH PERBELANJAAN : Tiada SENARAI MURID YANG MEMBANTU : Tiada. LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : ............................................... (ZUNIKA BINTI MOHAMAD)


20 PELAPORAN DAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA : PERSIAPAN PENTAS KETUA : PUAN NORASIAH SYAHIRAH BINTI BAHARUDIN AHLI : 1. PUAN S.LETCHUMY A/P SIWA GURU 2. PUAN NURAINI BINTI SHAARI 3. ENCIK KHIRIL NIZAM BIN HUSIN 4. CIK NUR ADILA BINTI UDIN 5. PUAN NORAZIRATUL SHIMA BINTI ALI LAPORAN PELAKSANAAN TUGAS : Tugasan diagihkan sesama guru dalam jawatankuasa. Barang-barang yang dibeli termasuk belon dan kain berwarna hijau, putih dan krim. Kesemua bahan ini disimpan rapi di bilik KRS selepas majlis selesai. CABARAN/MASALAH YANG DIHADAPI : Masalah untuk dapatkan kerusi pelamin untuk Yang Diraikan duduk di atas pentas. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Menambahkan bilangan guru lelaki dalam jawatankuasa ini. Ini kerana kerja pemasangan kain di belakang pelamin memerlukan tenaga lelaki. DOKUMEN BERKAITAN : Tiada JUMLAH PERBELANJAAN : RM339.00 SENARAI MURID YANG MEMBANTU (JIKA ADA) : Tiada LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : ............................................... (NORASIAH SYAHIRAH BINTI BAHARUDIN)


21 PELAPORAN DAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA : HADIAH & DOORGIFT KETUA : PUAN AMMANINA SYAFIQAH BINTI TAHA AHLI : 1. ENCIK SEE YUIN CHUAN 2. CIK ENG AH SIAN 3. PUAN NORAZIRATUL SHIMA BINTI ALI LAPORAN PELAKSANAAN TUGAS : Membeli bag pouch untuk doorgift. Pembelian dibuat secara atas talian dan diterima mengikut tempoh waktu yang ditetapkan. Barang yang ditempah juga sampai dalam keadaan baik mengikut kuantiti yang tepat. Pembelian doorgift ini dibuat menggunakan wang sumbangan berjumlah RM1000 daripada Encik Azizi bin Matrof. CABARAN/MASALAH YANG DIHADAPI : Tiada CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Tiada DOKUMEN BERKAITAN : Tiada JUMLAH PERBELANJAAN : RM915.42 SENARAI MURID YANG MEMBANTU (JIKA ADA) : Tiada LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : ............................................... (AMMANINA SYAFIQAH BINTI TAHA)


22 PELAPORAN DAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA : DISIPLIN / KAWALAN MURID KETUA : ENCIK SYAMIR ARIF BIN SAIFUL ANUAR AHLI : PENGAWAS SEKOLAH LAPORAN PELAKSANAAN TUGAS : Disiplin murid dikawal sepanjang majlis berlangsung. Murid berada di dewan sehingga majlis selesai. Tugasan ini dibantu oleh Pengawas Sekolah kedua-dua sesi. CABARAN/MASALAH YANG DIHADAPI : Tiada CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Tiada DOKUMEN BERKAITAN : Tiada JUMLAH PERBELANJAAN : Tiada SENARAI MURID YANG MEMBANTU (JIKA ADA) : Pengawas Sekolah LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : ............................................... (SYAMIR ARIF BIN SAIFUL ANUAR)


23 PELAPORAN DAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA : FOTOGRAFI KETUA : PUAN SHAHIDATUL NADIA BINTI SHAH LAIL AHLI : KELAB FOTOGRAFI SEKOLAH LAPORAN PELAKSANAAN TUGAS : Makluman awal telah diberikan kepada murid fotografi tentang tugasan mereka sepanjang majlis yang akan berlangsung. Dua orang murid fotografi mengambil gambar sepanjang majlis berlangsung. JK juga menerima sumbangan gambar daripada guru-guru yang turut mengambil gambar pada hari kejadian. Semua gambar dimuat naik ke Google Drive Sekolah. Kamera yang digunakan dipulangkan pada hari yang sama kepada AJK Majlah Sekolah. CABARAN/MASALAH YANG DIHADAPI : Jawatankuasa perlu meminjam kamera daripada JK Majalah Sekolah dan bilangannya juga terhad (hanya ada dua buah). CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Pihak sekolah membeli kamera atau telefon pintar untuk membantu melicinkan lagi tugas fotografi DOKUMEN BERKAITAN : 1. Gambar sepanjang majlis (Rujuk Lampiran XIII) JUMLAH PERBELANJAAN : Tiada SENARAI MURID YANG MEMBANTU (JIKA ADA) : 1. TAN JACK YANG (5 ALFA) 2. CHLOE CHIN KAH VIE (3 ARIF) LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : ............................................... (SHAHIDATUL NADIA BINTI SHAH LAIL)


24 PELAPORAN DAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA : PERSEMBAHAN KETUA : CIK NUR ATIQAH BINTI ROSLI AHLI : PUAN CECILIA ZAMIRA LOUIS LAPORAN PELAKSANAAN TUGAS : Murid membuat persembahan lagu ‘Sampai Jumpa’ yang dipopularkan oleh Endank Soekamti, dinyanyikan oleh murid-murid tingkatan 3 menggunakan alat muzik (music keyword). CABARAN/MASALAH YANG DIHADAPI : Tiada CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Mikrofon perlu ditambah. Mikrofon yang ada tidak mencukupi. DOKUMEN BERKAITAN : Tiada JUMLAH PERBELANJAAN : Tiada SENARAI MURID YANG MEMBANTU (JIKA ADA) : 1. NUR DAMIA QAISARA BINTI JOHARI (3 AMANAH) 2. AISY DAMIA BINTI MOHAMMAD ASRI (3 BUDIMAN) 3. NAURAH HUMAIRA BINTI MOHAMAD HANIF (3 BUDIMAN) 4. NUR SYAMIRA EZATI BINTI ZAHARI (3 BUDIMAN) 5. NUR DAMIA HANNA BINTI ABDULLAH (3 BUDIMAN) 6. AUNEE MAYSARAH BINTI MOHD RAFIE (3 ARIF) 7. SEE QIAO EN (4 BETA) 8. YAP MEI LING (4 KUALITI) 9. NUR KYAIRAH NAZURAH BINTI TAKBIR (5 ALFA) LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : ............................................... (NUR ATIQAH BINTI ROSLI)


25 PELAPORAN DAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA : HIASAN KENDERAAN KETUA : PUAN NURMADIAH BT MOHAMED AHLI : CIK NURHUSNAA BINTI MOHD SAIDEK LAPORAN PELAKSANAAN TUGAS : Kereta yang digunakan ialah kereta milik Encik Azizi bin Matrof sendiri. Kereta dihias pada awal pagi hari majlis berlangsung. Segala keperluan untuk hiasan sudah dibeli terlebih awal. CABARAN/MASALAH YANG DIHADAPI : Pada hari majlis berlangsung, seorang ahli JK tidak sihat dan tugasan diuruskan seorang diri oleh ketua. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Letakkan ahli jawatankuasa dari sesi yang sama bagi memudahkan urusan pada hari majlis diadakan. DOKUMEN BERKAITAN : Tiada JUMLAH PERBELANJAAN : RM27.50 SENARAI MURID YANG MEMBANTU (JIKA ADA) : Tiada LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : ............................................... (NURMADIAH BT MOHAMED


26 PELAPORAN DAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA : PARKIR TETAMU VIP KETUA : ENCIK TEH KENG INN AHLI : - LAPORAN PELAKSANAAN TUGAS : Ruang parkir di sepanjang tepi dewan dikosongkan untuk parkir tetamu. Guru-guru telah diingatkan agar mengosongkan Kawasan tersebut seminggu sebelum majlis diadakan dan peringatan dibuat beberapa kali, termasuk juga pada pagi hari kejadina. CABARAN/MASALAH YANG DIHADAPI : Tiada. Semua guru memberikan kerjasama yang sangat baik. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Tiada DOKUMEN BERKAITAN : Tiada JUMLAH PERBELANJAAN : Tiada SENARAI MURID YANG MEMBANTU (JIKA ADA) : Tiada LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : ............................................... (TEH KENG INN)


LAMPIRAN


KANDUNGAN LAMPIRAN V Teks Juruacara I Kertas kerja II Laporan perbelanjaan VI Teks Bacaan Doa IV Surat Jemputan dan Kehadiran III Aturcara Pentadbiran VII Teks Ucapan VIII Buku Program IX Backdrop X Pelan lantai susunan dalam dewan XI Borang Biodata dan Slaid Multimedia XII Borang Laporan & Maklum Balas JK XIII Gambar


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH 52000 JALAN KEPONG, KUALA LUMPUR KERTAS KERJA MAJLIS SULAMAN BUDI, TULUS BERBAKTI SEMPENA PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF ANJURAN: BADAN KEBAJIKAN GURU DAN STAF SMK RAJA ABDULLAH LAMPIRAN I


KERTAS KERJA MAJLIS SULAMAN BUDI, TULUS BERBAKTI SEMPENA PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF 1.0 PENGENALAN Majlis Persaraan Encik Azizi bin Matrof ini merupakan majlis khusus yang diadakan sempena meraikan persaraan Encik Azizi bin Matrof di sekolah ini sebagai guru dan pendidik. Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa dan keringat yang dicurahkan oleh beliau di sekolah ini. Beliau juga telah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh dalam mendidik anak-anak bangsa. 2.0 MATLAMAT Matlamat majlis ini dianjurkan adalah bagi menghargai sumbangan dan jasa yang telah diberikan secara langsung atau tidak langsung kepada Encik Azizi bin Matrof sepanjang berkhidmat di sekolah ini dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. 3.0 KUMPULAN SASARAN • Seluruh warga SMK Raja Abdullah • PIBG SMK Raja Abdullah • Jemputan Tetamu Khas 3.1 BILANGAN WARGA SEKOLAH DAN TETAMU (ANGGARAN) 1. Guru - 93 orang 2. Staf - 13 orang 3. PIBG dan Jemputan - 14 orang Jumlah - 120 orang


4.0 TARIKH / MASA / TEMPAT Tarikh : 27 Mac 2024 (Rabu) Masa : 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang Tempat : Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah Tema : Krim 5.0 OBJEKTIF 5.1 Menghargai jasa pendidik yang berwibawa. 5.2 Meningkatkan inspirasi kepada rakan guru yang masih berkhidmat dalam mendidik murid-murid. 5.3 Mewujudkan perasaan muhibah dalam kalangan warga SMK Raja Abdullah. 6.0 IMPLIKASI KEWANGAN Sumber Pendapatan BIL. PERKARA JUMLAH 1. Sumbangan BKGS RM 300.00 2. Sumbangan Encik Azizi bin Matrof RM 1,000.00 JUMLAH RM 1,300.00 Anggaran Perbelanjaan BIL. PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT (RM) JUMLAH (RM) 1. Hiasan kenderaan 1 RM 70.00 RM 70.00 2. Hiasan pentas - RM 150.00 RM 150.00 3. Doorgift 120 RM 9.00 RM 1,080.00 JUMLAH RM 1,300.00


7.0 JAWATANKUASA PROGRAM 7. 1 Jawatankuasa Kerja Pengerusi : Pn Che Ma Rabitah binti Hj. Kamaruddin (Pengetua) Timbalan Pengerusi : En Wan Noor Azmi bin Wan Mohamed Noor (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi I : Pn Fatin Zuhra binti Mustafa (PK HEM) Naib Pengerusi II : Pn Nazirah binti Razali (PK KOKO) Naib Pengerusi III : Pn Siti Normala binti Husin (PK Petang) Penyelaras : Cik Nik Nurul Atikah binti Ab Aziz Penolong Penyelaras : Pn Junaidah binti Naim Setiausaha : Pn Nurul Izzati binti Ab Aziz Bendahari : Cik Nur Atiqah binti Rosli


JAWATANKUASA BIDANG TUGAS PENYELARAS MAJLIS Cik Nik Nurul Atikah binti Ab Aziz Pn Junaidah binti Naim • Merancang tentatif majlis. • Berbincang dengan Pentadbir tentang majlis yang dilaksanakan. • Memantau dan memastikan perjalanan majlis berjalan lancar. JEMPUTAN DAN PENDAFTARAN Pn Prema a/p Chalaya (K) Pn Sathiyakala a/p Turairajoo • Mendapatkan senarai nama tetamu. • Mengenal pasti tetamu yang akan hadir ke majlis persaraan. • Menyediakan surat jemputan dan surat jawapan bagi semua tetamu yang akan hadir. • Menyediakan meja pendaftaran untuk tetamu jemputan. JURUACARA MAJLIS Pn Norasikin binti Mohd Taib (K) Pn Azzatul Farah binti Che Baharudin • Menyediakan skrip juruacara. • Mengacarakan majlis persaraan. BACAAN DOA En Muhammad Asrul Aqmal bin Jamaluddin (K) • Mengetuai bacaan doa. TEKS UCAPAN Cik Rohani bt Md Ali (K) Cik Murugamah a/p Arumugam • Menyediakan teks untuk Pengetua, wakil murid dan En Azizi (rujuk beliau). • Teks ucapan perlu diberi kepada Pengetua, En Azizi dan wakil murid sehari sebelum majlis berlangsung. BUKU PROGRAM Cik Farizah binti Abd Razak (K) Cik Mohana Priyaa a/p Kasanathan • Menyediakan buku program bagi majlis persaraan. • Menyediakan biodata En Azizi bin Matrof. • Mengedarkan buku program kepada semua tetamu. BACKDROP Pn Lisa Izwana binti Azizan (K) • Menyediakan backdrop bagi majlis persaraan.


PERSIAPAN TEMPAT (SEBELUM) En Wong Kok Wai (K) En S.M.K Bala Krishnan a/l Muniand (SELEPAS) En Muhammad Firdaus bin Mohd Noor (K) En Muhammad Hakim bin Hamdan • Menyediakan pelan tempat duduk. • Menyediakan meja dan kerusi untuk vip. • Menyediakan kerusi banquet tetamu jemputan. • Menyediakan meja juruacara. • Menyediakan meja untuk hadiah. • Memastikan tempat berada dalam keadaan bersih dan teratur sebelum majlis berlangsung. • Semua peralatan yang digunakan perlu disimpan dengan baik ditempatnya. MULTIMEDIA / BIODATA Pn Nurul Awatif binti Mukhtar (K) Pn Wan Rohani binti Wan Ibrahim Pn Ezrinaruth a/p Mariyadas • Menghasilkan suntingan multimedia yang bersesuaian untuk tatapan tetamu dan murid. • Membuat wawancara dengan individu yang diraikan / semua yang terlibat termasuk guru, murid serta ahli keluarga secara langsung atau tidak langsung. • Menyediakan borang untuk memperolehi segala maklumat orang yang diraikan. • Meminta biodata dibaca oleh juruacara pada hari kejadian. DOKUMENTASI Pn Sarifulasra binti Rozali (K) • Menyediakan dokumentasi dalam 3 salinan. • Menyediakan laporan pelaksanaan majlis bagi tujuan dokumentasi. PERARAKAN & KOMPANG Cik Ngo Siaw Pei (K) Pn Yee Sheau Yng Pn Nazihah binti Md Hanafi @ Md Zain Cik Nur Sofiah Aidah binti Mohamad • Mengenal pasti murid yang terlibat dengan perarakan masuk ke dewan. • Menyusun atur perarakan orang yang diraikan dengan lancar. • Menyediakan pasukan kompang dan bunga manggar untuk perarakan masuk ke dewan dari depan pejabat. SIARAYA Cik Wan Nur Atikah binti Wan Husin (K) • Memastikan P.A Sistem berfungsi dengan baik. • Menyediakan mikrofon yang mencukupi untuk pengacara majlis dan pentas. • Menyediakan projektor bagi siaran backdrop.


SAMBUTAN Pn Zunika bt Mohamad (K) Pn Fairus binti Fakri Pn Emilia bt Mahmud Pn Pathmavathy a/p K.Marchay • Menyambut kehadiran tetamu yang diraikan dan tetamu yang lain. • Memastikan tetamu berada di bilik menunggu sebelum majlis perarakan masuk ke dewan berlangsung. PERSIAPAN PENTAS Pn Norasiah Syahirah binti Baharuldin (K) Pn S.Letchumy a/p Siwa Guru Pn Nuraini binti Shaari En Khiril Nizam bin Husin Cik Nur Adila binti Udin • Menyediakan hiasan pentas yang bersesuaian majlis persaraan. • Menghias dan menceriakan kawasan pentas. • Mengemas pentas dan menyimpan semua peralatan di tempat yang sesuai setelah selesai majlis. HADIAH / DOORGIFT Pn Ammanina Syafiqah binti Taha (K) En See Yuin Chuan Cik Eng Siew Peng Pn Noraziratul Shima binti Ali • Mengumpulkan setiap hadiah yang akan disampaikan oleh guru, tetamu jemputan (rakan-rakan En Azizi) dan murid. • Menyusun hadiah ikut urutan dan menyediakan dulang untuk penyampaian hadiah. • Memastikan bilangan doorgift mencukupi. • Mengedarkan doorgift kepada semua guru, staf dan tetamu En. Azizi. DISIPLIN / KAWALAN MURID En Syamir Arif bin Saiful Anuar (K) Pengawas Sekolah • Menyusun atur kedudukan murid di Dewan Sri Murni. • Memastikan disiplin murid berada dalam keadaan terkawal sebelum majlis bermula dan sepanjang majlis berlangsung. FOTOGRAFI Pn Shahidatul Nadia binti Shah Lail (K) Kelab Fotografi Sekolah • Mengambil gambar sebelum majlis dan sepanjang majlis berlangsung. PERSEMBAHAN Cik Nur Atiqah binti Rosli (K) Pn Cecilia Zamira Louis • Memastikan persembahan yang akan dibuat oleh murid/guru. • Memimpin dan melatih murid membuat persembahan. • Memastikan murid berada dalam keadaan bersedia semasa majlis berlangsung. HIASAN KENDERAAN Pn Nurmadiah bt Mohamed (K) Pn Nurul Afifah binti Mohd Razib Cik Nurhusnaa binti Mohd Saidek • Mengenal pasti keperluan (kenderaan) yang akan digunakan dan menghias kenderaan untuk perarakan lambaian kasih. PARKIR TETAMU VIP En Teh Keng Inn (K) • Mengenal pasti parkir tetamu. • Memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah ditetapkan semasa hari kejadian dan berjalan dengan lancar.


8.0 STRATEGI PELAKSANAAN 8.1 Strategi Pelaksanaan : a. Menulis kertas kerja b. Menyediakan senarai jawatankuasa c. Mendapatkan kelulusan pengetua d. Mengadakan taklimat program kepada jawatankuasa e. Memantau persiapan majlis f. Membuat penilaian 8.2 Jadual Pelaksanaan Program 12.30 tengah hari : Murid berkumpul di Dewan Sri Murni : Ketibaan tetamu jemputan 12.45 tengah hari : Perarakan masuk yang diraikan : : Nyanyian lagu Negaraku Nyanyian lagu Maju dan Sejahtera : : Bacaan doa Ucapan alu-aluan pengerusi majlis : Ucapan oleh wakil murid : Ucapan wakil guru oleh Cik Nik Nurul Atikah binti Ab Aziz (Pengerusi BKGS) : Bacaan biodata yang diraikan : Ucapan yang diraikan oleh Encik Azizi bin Matrof : Ucapan oleh Pn. Che Ma Rabitah Binti Haji Kamaruddin (Pengetua) : Persembahan multimedia : Persembahan (murid/guru) : Penyampaian hadiah untuk yang diraikan : Perarakan keluar yang diraikan 2.30 petang : Majlis bersurai


9.0 PENUTUP Semoga majlis ini dapat disokong dan diluluskan oleh pihak sekolah. Kami juga berharap majlis ini dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif seperti yang dirancang. Disediakan oleh: …………………………………………………… (NURUL IZZATI BINTI AB AZIZ) Setiausaha Badan Kebajikan Guru dan Staf SMK Raja Abdullah Disemak oleh: …………………………………………………… (WAN NOOR AZMI BIN WAN MOHAMED NOOR) Penolong Kanan Pentadbiran SMK Raja Abdullah


KERTAS CADANGAN PROGRAM : MAJLIS SULAMAN BUDI, TULUS BERBAKTI SEMPENA PERSARAAN EN. AZIZI BIN MATROF KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH Meluluskan Kertas Cadangan Majlis Sulaman Budi, Tulus Berbakti Sempena Persaraan En. Azizi Bin Matrof atau Tidak meluluskan Kertas Cadangan Majlis Sulaman Budi, Tulus Berbakti Sempena Persaraan En. Azizi Bin Matrof Ulasan : …………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………… (CHE MA RABITAH BINTI HAJI KAMARUDDIN) Pengetua SMK Raja Abdullah Kuala Lumpur Tarikh :


REKOD PERBELANJAAN MAJTARIKH : 27 MAC 2024 (RABU) BIL PERKARA 1 SUMBANGAN PERKHIDMATAN 2 SUMBANGAN IKHLAS (CIKGU AZIZI - Utk cend3 HIASAN KENDERAAN (PAID TO NORMADIAH)4 DOORGIFTS (PAID TO AMMANINA) 5 BEG UNTUK DOORGIFTS (PAID TO AMMANIN6 HIASAN PENTAS (PAID TO NOR ASIAH) JUMLAH BAKI [1] Perkhidmatan 15 tahun dari 01.01.2009 - 28.03.2024 RM50 + (RM15 x 14) = RM260


LIS PERSARAAN CIKGU AZIZI WANG MASUK WANG KELUAR -541.92 260.00 deramata) 1000.00 ) 27.50 903.42 NA) 12.00 339.00 1000.00 1541.92 (RM541.92 digunakan daripada kutipan yuran BKGS 2024/2025) LAMPIRAN II


ATURCARA PENTADBIRAN MAJLIS PERSARAAN CIKGU AZIZI TARIKH : 27 Mac 2024 HARI : Rabu TEMPAT : Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah TEMA : Krim/Kuning/Mustard MASA URUTAN TINDAKAN TINDAKAN 12.30 pm Murid berkumpul di dewan. Susunan seperti perhimpunan rasmi. Memastikan jemputan masuk ke dalam dewan sebelum masjlis bermula Yang Dirai, pentadbir, kumpulan kompang dan 2 pembawa bunga manggar - Yang Dirai – En.Azizi - Pentadbir - Kumpulan kompang -11 orang - Bunga manggar – 2 orang JK Disiplin Pengawas Guru Bertugas Pn. Sathiyakala, Pn.Zunika Cik Ngo Pn. Junaidah 12.45 pm Perarakan Masuk Pembawa bunga manggar dihadapan VIP, kumpulan kompang di belakang VIP, Guru dan murid berdiri Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Wilayah & Lagu Aku Negaraku Cik Ngo Pn. Junaidah Cik Nik PA Sistem 1.30 pm Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis Bacaan Doa Ucapan oleh Murid Wakil Guru Menjemput Yang Dirai naik ke pentas dengan diiringi oleh 2 orang murid Bacaan Biodata En. Azizi Pengacara Majlis En. Asrul Aqmal Cik Rohani Nur Aina Qalesya Cik Nik Pn. Junaidah Pengacara Majlis Page 1 of 2 LAMPIRAN III


Ucapan En. Azizi Ucapan Pengetua Persediaan Persembahan Multimedia Persediaan Persembahan Murid Persediaan penyampaian cenderamata En. Azizi Pn. Che Ma Rabitah PA Sistem & Pn. Awatif Cik Atiqah & Pn. Cecilia Pn. Ammanina 1.30 pm Persembahan Multimedia Persembahan Murid PA Sistem & Pn. Awatif Cik Atiqah & Pn. Cecilia 1.50 pm 2 Murid bersedia untuk mengiringi Yang Dirai turun dari pentas Penyampaian cenderamata - Pentadbir - BKGS - Sekolah - Persendirian Pn. Junaidah Pn. Ammanina Pengetua Cik Nik Pn. Mala 2.20 pm 2 Murid mengiringi Yang Dirai turun dari pentas Yang Dirai bergerak keluar dari dewan sambil bersalaman-salaman Yang Dirai menaiki kereta berhias Kawalan murid Pn. Junaidah Cik Nik Jk Disiplin Pengawas 2.30 pm Majlis bersurai Guru Disiplin Guru bertugas sesi petang Disediakan oleh : Cik Nik Nurul Atikah binti Ab Aziz Page 2 of 2


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH JALAN KEPONG 52000 KUALA LUMPUR Tel. Sekolah : 03-62580937 / No. Fax : 0362501260 Ruj. Kami : BKGS 2024/03 Tarikh : 20 MAC 2024 Encik Mohd Fauzi bin Latif GKMP Bidang Kemanusiaan SMJK Chong Hwa Jalan Gombak, Kampung Kuantan 53000 Kuala Lumpur Tuan, JEMPUTAN KE MAJLIS PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Sulaman Budi, Tulus Berbakti sempena Persaraan Encik Azizi bin Matrof seperti ketetapan berikut: Tarikh : 27 Mac 2024 (Rabu) Masa : 12.30 tgh hari sehingga 2.30 tgh hari Tempat : Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah 3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput pihak tuan agar dapat meluangkan masa bagi memeriahkan lagi Majlis Persaraan Encik Azizi bin Matrof. Untuk pengesahan kehadiran pihak tuan dimohon mengimbas kod QR untuk pengesahan kehadiran selewat-lewatnya pada 23/3/2024. Sebarang maklum balas berkaitan jemputan ini tuan boleh menghubungi Prema A/P Chalaya pada talian 012-7403059. 4. Kerjasama dan sokongan serta keprihatinan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Kehadiran pihak tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ………………………………….. (CHE MA RABITAH BINTI HAJI KAMARUDDIN) Pengetua, SMK Raja Abdullah LAMPIRAN IVa


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH JALAN KEPONG 52000 KUALA LUMPUR Tel. Sekolah : 03-62580937 / No. Fax : 0362501260 TENTATIF MAJLIS SULAMAN BUDI, TULUS BERBAKTI SEMPENA PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF Tarikh : 27 Mac 2024 (Rabu) Masa : 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang Tempat : Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah Tema : Warna Krim 12.30 tengah hari : Murid berkumpul di Dewan Sri Murni : Ketibaan tetamu jemputan 12.45 tengah hari : Perarakan masuk yang diraikan : Nyanyian lagu Negaraku : Nyanyian lagu Maju dan Sejahtera : Bacaan doa : Ucapan alu-aluan pengerusi majlis : Ucapan oleh wakil murid : Ucapan wakil guru oleh Cik Nik Nurul Atikah binti Ab Aziz (Pengerusi BKGS) : Bacaan biodata yang diraikan : Ucapan yang diraikan oleh Encik Azizi bin Matrof : Ucapan oleh Pn. Che Ma Rabitah Binti Haji Kamaruddin (Pengetua) : Persembahan multimedia : Persembahan (murid/guru) : Penyampaian hadiah untuk yang diraikan : Perarakan keluar yang diraikan 2.30 petang : Majlis bersurai


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH JALAN KEPONG 52000 KUALA LUMPUR Tel. Sekolah : 03-62580937 / No. Fax : 0362501260 Ruj. Kami : BKGS 2024/04 Tarikh : 20 MAC 2024 Encik Zulkarnain bin Omar Pengetua SMK Sinar Bintang Jalan 34/38a, Taman Sri Bintang 52100 Kuala Lumpur Tuan, JEMPUTAN KE MAJLIS PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Sulaman Budi, Tulus Berbakti sempena Persaraan Encik Azizi bin Matrof seperti ketetapan berikut: Tarikh : 27 Mac 2024 (Rabu) Masa : 12.30 tgh hari sehingga 2.30 tgh hari Tempat : Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah 3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput pihak tuan agar dapat meluangkan masa bagi memeriahkan lagi Majlis Persaraan Encik Azizi bin Matrof. Untuk pengesahan kehadiran pihak tuan dimohon mengimbas kod QR untuk pengesahan kehadiran selewat-lewatnya pada 23/3/2024. Sebarang maklum balas berkaitan jemputan ini tuan boleh menghubungi Prema A/P Chalaya pada talian 012-7403059. 4. Kerjasama dan sokongan serta keprihatinan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Kehadiran pihak tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ………………………………….. (CHE MA RABITAH BINTI HAJI KAMARUDDIN) Pengetua, SMK Raja Abdullah


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH JALAN KEPONG 52000 KUALA LUMPUR Tel. Sekolah : 03-62580937 / No. Fax : 0362501260 TENTATIF MAJLIS SULAMAN BUDI, TULUS BERBAKTI SEMPENA PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF Tarikh : 27 Mac 2024 (Rabu) Masa : 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang Tempat : Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah Tema : Warna Krim 12.30 tengah hari : Murid berkumpul di Dewan Sri Murni : Ketibaan tetamu jemputan 12.45 tengah hari : Perarakan masuk yang diraikan : Nyanyian lagu Negaraku : Nyanyian lagu Maju dan Sejahtera : Bacaan doa : Ucapan alu-aluan pengerusi majlis : Ucapan oleh wakil murid : Ucapan wakil guru oleh Cik Nik Nurul Atikah binti Ab Aziz (Pengerusi BKGS) : Bacaan biodata yang diraikan : Ucapan yang diraikan oleh Encik Azizi bin Matrof : Ucapan oleh Pn. Che Ma Rabitah Binti Haji Kamaruddin (Pengetua) : Persembahan multimedia : Persembahan (murid/guru) : Penyampaian hadiah untuk yang diraikan : Perarakan keluar yang diraikan 2.30 petang : Majlis bersurai


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH JALAN KEPONG 52000 KUALA LUMPUR Tel. Sekolah : 03-62580937 / No. Fax : 0362501260 Ruj. Kami : BKGS 2024/05 Tarikh : 20 MAC 2024 Tuan Syed Zakaria bin Syed Hassan Pengetua SMK Segambut Jaya 2014, Jalan 4/38a, Segambut Jaya 51200 Kuala Lumpur Tuan, JEMPUTAN KE MAJLIS PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Sulaman Budi, Tulus Berbakti sempena Persaraan Encik Azizi bin Matrof seperti ketetapan berikut: Tarikh : 27 Mac 2024 (Rabu) Masa : 12.30 tgh hari sehingga 2.30 tgh hari Tempat : Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah 3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput pihak tuan agar dapat meluangkan masa bagi memeriahkan lagi Majlis Persaraan Encik Azizi bin Matrof. Untuk pengesahan kehadiran pihak tuan dimohon mengimbas kod QR untuk pengesahan kehadiran selewat-lewatnya pada 23/3/2024. Sebarang maklum balas berkaitan jemputan ini tuan boleh menghubungi Prema A/P Chalaya pada talian 012-7403059. 4. Kerjasama dan sokongan serta keprihatinan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Kehadiran pihak tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ………………………………….. (CHE MA RABITAH BINTI HAJI KAMARUDDIN) Pengetua, SMK Raja Abdullah


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH JALAN KEPONG 52000 KUALA LUMPUR Tel. Sekolah : 03-62580937 / No. Fax : 0362501260 TENTATIF MAJLIS SULAMAN BUDI, TULUS BERBAKTI SEMPENA PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF Tarikh : 27 Mac 2024 (Rabu) Masa : 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang Tempat : Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah Tema : Warna Krim 12.30 tengah hari : Murid berkumpul di Dewan Sri Murni : Ketibaan tetamu jemputan 12.45 tengah hari : Perarakan masuk yang diraikan : Nyanyian lagu Negaraku : Nyanyian lagu Maju dan Sejahtera : Bacaan doa : Ucapan alu-aluan pengerusi majlis : Ucapan oleh wakil murid : Ucapan wakil guru oleh Cik Nik Nurul Atikah binti Ab Aziz (Pengerusi BKGS) : Bacaan biodata yang diraikan : Ucapan yang diraikan oleh Encik Azizi bin Matrof : Ucapan oleh Pn. Che Ma Rabitah Binti Haji Kamaruddin (Pengetua) : Persembahan multimedia : Persembahan (murid/guru) : Penyampaian hadiah untuk yang diraikan : Perarakan keluar yang diraikan 2.30 petang : Majlis bersurai


Click to View FlipBook Version