TEKS UCAPAN PENGETUA SMK RAJA ABDULLAH SEMPENA: MAJLIS PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF TARIKH: 27 MAC 2024 (RABU) MASA: 12.30 – 2.30 PETANG TEMPAT: DEWAN SRI MURNI SMK RAJA ABDULLAH KUALA LUMPUR LAMPIRAN VII(b) ENCIK AZIZI BIN MATROF
Terima kasih saudara Pengerusi Majlis, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, selamat pagi dan Salam Malaysia Madani. Yang Berusaha Puan Che Ma Rabitah binti Haji Kamaruddin. Pengetua SMK Raja Abdullah. Puan Fatin Zuhra binti Mustafa, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Puan Nazirah binti Razali, Penolong Kanan Kokurikulum. Puan Siti Normala binti Husin, Penolong Kanan Petang Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru SMK Raja Abdullah, Rakan-rakan yang saya hormati, dan seterusnya murid-murid yang saya kasihi sekalian.
Hadirin dan hadirat yang dihormati, Pada hari ini 27 Mac 2024 merupakan hari paling nostalgia dalam lipatan sejarah hidup saya. Pada hari ini genaplah 30 tahun perkhidmatan saya dalam bidang perguruan sebagai kaki tangan perkhidmatan awam. Saya diraikan oleh semua warga sekolah baik dari barisan pentadbir, guru-guru, AKP serta murid-murid SMK Raja Abdullah Mulai sempena persaraan saya. Pada kesempatan diruangan ini, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah terutamanya kepada Puan Pengetua Puan Che Ma Rabitah binti Haji Kamaruddin kerana telah mengadakan majlis khas untuk persaraan saya. Majlis perpisahan yang dibuat oleh pihak sekolah pada hari ini merupakan penghargaan yang amat tinggi dan amat bermakna dalam hidup saya dan keluarga. Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada BKGS yang telah merancang dengan baik majlis pada hari ini. Satu tugas dan tanggungjawab yang amat mencabar telah berjaya ditangani dengan sempurna. Satu perencanaan yang amat kemas dan rapi telah diatur sempena majlis persaraan saya ini.
Terima kasih kepada semua guru, kaki tangan sekolah dan muridmurid semua kerana telah memberikan kerjasama dan sokongan moral yang jitu sepanjang perkhidmatan saya ini. Memasuki dunia persaraan adalah detik yang bermakna dan berharga buat saya. Terima kasih kerana telah menjadi sebahagian daripada perjalanan kerjaya saya. Setiap detik bersama telah membentuk kenangan indah dan berharga yang akan sentiasa saya simpan dalam hati. Guru-guru dan murid-murid sekalian, Selama bertahun-tahun sebagai guru, saya berasa berbesar hati kerana telah menyumbang dalam membentuk generasi pelapis negara. Terima kasih kepada semua murid atas semangat belajar dan kegembiraan yang sentiasa menyerikan kelas . Selamat tinggal, semoga impian anda menjadi kenyataan. Perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain, bukanlah kerana kekurangan kekuatan, atau kekurangan ilmu, tetapi perbezaan itu terletak kepada kekurangan ‘kesungguhan’ dan ‘kemahuan’. Oleh itu, saya sangat berharap agar api ‘kesungguhan’ dan ‘kemahuan’ yang menyala dalam jiwa anak-anak semua tidak akan pernah padam, sebaliknya terus menyala dan panasnya hingga ke penghujung perjalanan
Perpisahan ini membawa perasaan bercampur baur, banyak pengalaman suka duka yang dilalui sepanjang perkhidmatan namun semua itu adalah ranjau hidup setiap orang. Oleh itu saya berpesan rakan-rakan untuk terus bekerjasama demi anak bangsa dan negara. Rakan-rakan sekalian, Tiada kata secantik bahasa untuk saya menyusun kata-kata, tiada gambar secantik lukisan untuk saya gambarkan perasaan. Dengan tulus ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam, saya berdoa semoga kita semua sentiasa diberkati dan memperoleh kekuatan untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab kita dalam merealisasikan kejayaan anak didik semua dengan penuh ikhlas, iltizam dan komitmen Pada kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk memohon maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan, terkasar bahasa dan tingkahlaku yang menyinggung perasaan pentadbir, rakan guru dan murid-murid sekalian. Di sini juga saya memberi kemaafan kepada semua. Semoga hidup kita bertambah berkat dan lebih ceria.
Yang patahkan tumbuh,yang hilang kan berganti, Begitulah hidup ini, bila saya berundur akan ada penggantinya, diharap pengganti saya nanti ,seorang yang lebih baik dan komited dalam kerja dan akan terus meningkatkan prestasi sekolah dan murid-murid. Saya akan rindukan keriuhan murid-murid, telatah mereka yang buat saya gembira, terhibur. Saya juga akan rindukan rakan-rakan, gurau senda, usik mengusik, bimbing membimbing, makan minum bersama. Saya ucapkan selamat tinggal semuanya..Saya akan menuju penghidupan baharu dalam dunia seorang pesara kerajaan. Namun begitu Roh , semangat dan jiwa kependidikan masih tebal di dalam diri , jiwa dan sanubari saya. Sebelum berundur , dengarlah pantun dari saya Baju seragam terlihat gagah Pulang sekolah membawa buku, Takdir berpisah tak dapat dicegah, Selamat tinggal rakan-rakanku. Kalau ada sumur di ladang Boleh kita menumpang mandi Kalau ada umurku panjang Boleh kita bertemu lagi.
.
TEKS UCAPAN PENGETUA SMK RAJA ABDULLAH SEMPENA: MAJLIS PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF TARIKH: 27 MAC 2024( RABU) MASA: 12.30 TENGAHARI LAMPIRAN VII(c)
Terima kasih kepada saudara/saudari Pengerusi Majlis. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Yang diraikan, Encik Azizi bin Matrof, Guru Akademik SMK Raja Abdullah Yang berusaha, En. Wan Noor Azmi bin Wan Mohamed Noor, Penolong Kanan Pentadbiran, Pn.Fatin Zuhra binti Mustafa, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Nazirah binti Razali, Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Siti Normala binti Husin, Penolong Kanan Petang, Yang dihormati tetamu-tetamu jemputan, Guru-guru kanan mata pelajaran, Guru-guru serta murid sekalian. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, dapat saya sampaikan sepatah dua kata di majlis yang indah pada hari ini. Hari ini bolehlah dikatakan sebagai hari terakhir bagi kita dapat bersama-sama Cikgu Azizi bin Matrof dalam majlis rasmi seperti ini sebelum tiba tarikh rasmi persaraan beliau iaitu 28 Mac 2024. Untuk pengetahuan semua, beliau telah berkhidmat di sekolah ini bermula pada 01 Januari 2005 iaitu lebih kurang 19 tahun.
Hadirin sekalian, Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menjadi medan terakhir bagi kita untuk beramah mesra dengan beliau. Guru-guru dan muridmurid boleh ambil kesempatan untuk bercakap dan bersapa di majlis ini sepuas-puasnya dengan beliau selagi ruang masih ada. Di majlis ini juga, kita berpeluang mendengar amanat terakhir daripada beliau sebelum bersara. Sudah tentu ada kata-kata hikmah dan pesanan yang akan menjadi ingatan dan panduan kepada kita untuk menjadi pendidik atau insan yang berjaya dan berkarisma seperti beliau serta amanat untuk anak-anak murid tersayang. Hadirin sekalian, Kita sebenarnya merasai satu kehilangan besar di sini. Beliau umpama sebutir permata di lautan luas, walaupun tenggelam di dasar selut yang hitam, beliau tetap bersinar walaupun hanya bekas yang ditinggalkan. Dapat diakui, beliau membimbing dan melayan guruguru serta anak didik di sekolah ini dengan penuh kasih-sayang. Lembut, mesra, mudah dibawa berbincang serta penuh rasa empati. Walaupun begitu, dalam berlembut tetap ada tegasnya.
Masa beredar terlalu pantas. Dapat dirasakan seperti baru semalam saya mengenali beliau. Adalah diakui bahawa beliau banyak memberikan sumbangan dan peranan demi meningkatkan kualiti prasarana sekolah. Rasanya saya tidak mahu berucap panjang kerana banyak lagi agenda kita untuk majlis yang penuh bahagia ini. Saya akhiri ucapan saya pada hari ini dengan serangkap pantun Tuan padi tinggal jerami, Suasana petang amat redup, Dunia persaraan cikgu alami, Moga bahagia nikmati hidup. Sekian, terima kasih.
Sekalung Apresiasi dan terima kasih kepada Pn Che Ma Rabitah binti Hj Kamaruddin - Pengetua SMK Raja Abdullah Tetamu-tetamu jemputan JK Pelaksana Seluruh Warga SMK Raja Abdullah Ahli keluarga yang diraikan Serta Pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Sulaman Budi, Tulus Berbakti Sempena persaraan En Azizi bin Matrof
DEWAN SRI MURNI, SMK RAJA ABDULLAH Majlis Sulaman Budi Tulus Berbakti SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH JALAN KEPONG, 52000 KUALA LUMPUR Yang Diraikan Encik Azizi bin Matrof MAC 2024 | RABU | A N J U R A N B A D A N K E B A J I K A N G U R U D A N S T A F ( B K G S ) SMK R A J A A B D U L L A H 27
A TUR C A R A MA J L I S 12.30 T/ HARI 12.45 T/ HARI 2.30 PETANG Perarakan masuk Nyanyian lagu Negaraku Nyanyian lagu Maju dan Sejahtera Bacaan doa Ucapan alu-aluan pengerusi majlis Ucapan oleh wakil murid Nur Aina Qalesya bt Mohamad Hafiz Ucapan oleh wakil guru Cik Nik Nurul Atikah bt Ab Aziz (Pengerusi BKGS) Bacaan biodata Ucapan Yang Diraikan Encik Azizi b Matrof Ucapan oleh YBrs Che Ma Rabitah bt Haji Kamaruddin (Pengetua) Persembahan multimedia Persembahan Penyampaian hadiah Perarakan keluar Murid berkumpul di Dewan Sri Murni Ketibaan tetamu jemputan Majlis bersurai
J AWA T A N KU A S A P E L A K S A N A PENGERUSI: PN CHE MA RABITAH BINTI HJ. KAMARUDDIN (PENGETUA) TIMBALAN PENGERUSI: EN WAN NOOR AZMI BIN WAN MOHAMED NOOR (PK PENTADBIRAN) NAIB PENGERUSI: PN FATIN ZUHRA BINTI MUSTAFA (PK HEM) NAIB PENGERUSI II: PN NAZIRAH BINTI RAZALI (PK KOKO) NAIB PENGERUSI III: PN SITI NORMALA BINTI HUSIN (PK PETANG) PENYELARAS: CIK NIK NURUL ATIKAH BINTI AB AZIZ PENOLONG PENYELARAS: PN JUNAIDAH BINTI NAIM SETIAUSAHA: PN NURUL IZZATI BINTI AB AZIZ BENDAHARI: CIK NUR ATIQAH BINTI ROSLI PENYELARAS MAJLIS: CIK NIK NURUL ATIKAH BINTI AB AZIZ PN JUNAIDAH BINTI NAIM JEMPUTAN DAN PENDAFTARAN: PN PREMA A/P CHALAYA (K) PN SATHIYAKALA A/P TURAIRAJOO JURUACARA MAJLIS: PN NORASIKIN BINTI MOHD TAIB (K) PN AZZATUL BINTI CHE BAHARUDIN BACAAN DOA: EN ASRUL AQMAL BIN JAMALUDDIN (K) TEKS UCAPAN: CIK ROHANI BT MD ALI (K) CIK MURUGAMAH A/P ARUMUGAM BUKU PROGRAM: CIK FARIZAH BINTI ABD RAZAK (K) CIK MOHANA PRIYAA A/P KASANATHAN BACKDROP: PN LISA IZWANA BINTI AZIZAN (K) PERSIAPAN TEMPAT: (SEBELUM) EN WONG KOK WAI (K) EN S.M.K BALA KRISHNAN A/L MUNIAND (SELEPAS) EN FIRDAUS BIN MOHD NOOR (K) EN MUHAMMAD HAKIM BIN HAMDAN MULTIMEDIA / BIODATA: PN NURUL AWATIF BINTI MUKHTAR (K) PN WAN ROHANI BINTI WAN IBRAHIM PN EZRINARUTH A/P MARIYADAS DOKUMENTASI: PN SARIFULASRA BINTI ROZALI (K) PERARAKAN & KOMPANG: CIK NGO SIAW PEI (K) PN YEE SHEAU YNG PN NAZIHAH BINTI MD HANAFI @ MD ZAIN CIK NUR SOFIAH AIDAH BINTI MOHAMAD SIARAYA: CIK WAN NUR ATIKAH BINTI WAN HUSIN (K) SAMBUTAN: PN ZUNIKA BT MOHAMAD (K) PN FAIRUS BINTI FAKRI PN EMILIA BT MAHMUD PN PATHMAVATHY A/P K.MARCHAY PERSIAPAN PENTAS: PN NORASIAH SYAHIRAH BINTI BAHARULDIN (K) PN S.LETCHUMY A/P SIWA GURU PN NURAINI BINTI SHAARI EN KHIRIL NIZAM BIN HUSIN CIK NUR ADILA BINTI UDIN HADIAH / DOORGIFT: PN AMMANINA SYAFIQAH BINTI TAHA (K) EN SEE YUIN CHUAN CIK ENG SIEW PENG PN NORAZIRATUL SHIMA BINTI ALI DISIPLIN / KAWALAN MURID: EN SYAMIR ARIF BIN SAIFUL ANUAR (K) PENGAWAS SEKOLAH FOTOGRAFI: PN SHAHIDATUL NADIA BINTI SHAH LAIL (K) KELAB FOTOGRAFI SEKOLAH PERSEMBAHAN: CIK NUR ATIQAH BINTI ROSLI (K) PN CECILIA ZAMIRA LOUIS HIASAN KENDERAAN: PN NURMADIAH BT MOHAMED (K) PN NURUL AFIFAH BINTI MOHD RAZIB CIK NURHUSNAA BINTI MOHD SAIDEK PARKIR TETAMU: EN TEH KENG INN (K)
P E NDIDI K A N Sekolah Rendah: Selayang Baru Sekolah Menengah: Victoria Institution Universiti: Universiti Utara Malaysia S E J A R A H P E R K H IDMA T A NInstitut Bahasa Melayu Malaysia (1988-1998): Pensyarah IPG Raja Melewar Serembah (1999-2000): Pensyarah SMK Bandar Baru Sentul (2000-2005): Guru Akademik Biasa SMK Raja Abdullah (2005-2024): Guru Akademik Biasa
MEMOR I T E R C I P T A
“Semalam adalah cerita hari ini adalah kenyataan esok adalah impian” BI N GK I S A N H A T I
Nama: Azizi bin Matrof Tarikh Lahir: 28 Mac 1964 Tempat Lahir: Kuala Lumpur Adik Beradik: 5 Orang Nama Isteri: Jamaliah binti Ngah Amin Tarikh Perkahwinan: 1 September 1990 Bilangan Anak: 2 Orang BIODA T A
LAMPIRAN IX
X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X GURU PENTADBIR & JEMPUTAN PENTAS GURU MEJA MC VIP VIP VIP MURID PEREMPUAN MURID LELAKI LAMPIRAN X
Tayangan Multimedia LAMPIRAN XI
BORANG PELAPORAN DAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA PELAKSANA JAWATANKUASA : NAMA KETUA JAWATANKUASA : NAMA SEMUA AHLI JAWATANKUASA : LAPORAN PELAKSANAAN TUGAS (SEBELUM/SEMASA/SELEPAS) : CABARAN YANG DIHADAPI / MASALAH YANG TIMBUL : CADANGAN PENAMBAH BAIKAN : PERBELANJAAN : DOKUMEN BERKAITAN : SENARAI NAMA MURID YANG MEMBANTU : LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : LAMPIRAN XII
SOROTAN KENAGAN Semua jemputan dan murid bersedia di dalam dewan Yang Diraikan diarak masuk ke dewan diiringi barisan pentadbir dan paluan kompang LAMPIRAN XIII
Encik Azizi bin Matrof duduk di tempat khas di atas pentas yang dihias indah Menyaksikan tayangan multimedia yang disediakan khas buat beliau
Barisan murid yang membuat persembahan untuk guru yang dihargai Sesi penyampaian hadiah tanda kenangan dan penghargaan daripada warga sekolah
Bergambar kenangan bersama-sama rakan guru yang hadir Perarakan keluar Yang Diraikan meninggalkan dewan
Kenderaan mewah yang dihias indah Lambaian terakhir Encik Azizi Matrof buat semua warga SMK Raja Abdullah
Gambar Sepanjang Majlis