The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ILINADIA JAMIL, 2023-11-14 06:42:50

Buletin Lantera Edisi 4-2023

Buletin Lantera Edisi 4-2023

Buletin EDISI 4/2023 UNIT FOR CURRICULUM AFFAIRS AND ACADEMIC DEVELOPMENT (UCAAD) BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK, UiTM CAWANGAN MELAKA


01 Sidang Editorial


PenasihatEditorial Penaung Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi Mohd Zaini Penasihat I Prof. Madya Dr. Ismadi Md Badarudin Penasihat II Hamidah Muhd Irpan SidangEditorial Ketua Editor Hamidah Muhd Irpan Editor Mengurus Syahiru Shafiai Editor Anis Shobirin Abdullah Sani Fatimah Hashim Nur Faithzah Jamian Siti Nazirah Omar Zamlina Abdullah Chew Sze-Siong Hamidah Jalani Maymunah Ismail Nor Halawah Ahmad Fazlina Mohd Radzi Ilinadia Jamil Nur Aqilah Norwahi Wan Effa Jaapar Mohd Ab Malek Md Shah Ahmad Nizam Haji Nordin Rekabentuk Kulit & Rekabentuk Halaman Ilinadia Jamil Editor Bahasa Nur Aqilah Norwahi Wan Effa Jaapar Sekretariat Ahmad Nizam Haji Nordin Pereka Kulit Hadapan Ilinadia Jamil Cetakan Pertama 2022 Buletin Lantera Edisi 4/2023 © Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan eISSN 2756-875X 9-772756-875003 Hakcipta terpelihara. Tidak ada bahagian dalam penerbitan ini yang boleh diterbitkan semula dalam apa jua bentuk oleh mana-mana individu, jabatan atau organisasi tanpa kebenaran dari Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka. Diterbitkan oleh: Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka KM 26, Jalan Lendu, 78000, Alor Gajah, Melaka, MALAYSIA. Tel : 06-5582000 Faks : 06-5582001 Email: [email protected] PENAFIAN: Artikel dan karya yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Universiti Teknologi MARA.


01. Sidang Editorial 03 02. Sekapur Sireh 06 03. Pengenalan UCAAD 14 04. Karya Penulisan Umum16 05. Karya Penulisan Kreatif 112 Isi Kandungan


02 Sekapur Sireh


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Pertamanya, saya ingin merakamkan sekalung tahniah dan kepada pihak Unit Hal Ehwal Kurikulum dan Pembangunan Akademik (UCAAD), Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA), UiTM Cawangan Melaka atas penerbitan LANTERA Edisi 4/2023. Sesungguhnya, buletin ini merupakan wadah perkongsian menghimpunkan hasil penulisan ilmiah juga kreatif; di samping berfungsi sebagai medan penyebaran maklumat berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta latihan pembangunan akademik kepada warga pensyarah di UiTM Cawangan Melaka. Alhamdulillah, tahun 2023 merupakan tahun keempat buletin ini direalisasikan akan kelahirannya. Hakikatnya, menerusi sambutan penyertaan warga akademik menerusi sumbangan karya dan laporan yang lewah diterima saban tahun, ini cukup membuktikan bahawa LANTERA telah berjaya dalam usaha menzahirkan ketampakannya (visibility) serta turut memperkasakan peranannya bagi tujuan penyebaran maklumat berkaitan akademik dalam latihan pembangunan akademik; di samping turut berusaha dalam menggilap bakat dan kompetensi daya penulisan ilmiah dan kreatif dalam kalangan warga akademia di UiTM Cawangan Melaka. Sesungguhnya, semangat berpasukan dan jalinan kerjasama yang erat antara Koordinator UCAAD bersama - sama dengan barisan kepimpinan penyelaras yang turut dibantu oleh staf pentadbiran UCAAD betapa menzahirkan azam dan iltizam yang tinggi wajar disanjung dalam usaha melancarkan pelaksanaan segala perancangan yang telah direncanakan sepanjang tahun 2023. Semoga segala daya usaha dan rencana UCAAD UiTM Cawangan Melaka akan melahirkan impak yang positif terhadap strategi kecemerlangan yang berterusan serta menjadi pemangkin terbaik kepada peningkatan kualiti dalam kalangan warga akademik secara holistik. Akhir kalam, saya ingin merakamkan sekalung tahniah dan penghargaan kepada Koordinator UCAAD yang baharu, Puan Hamidah Muhd Irpan dan saf kepimpinan atas penghasilan LANTERA Edisi 4/2023 ini. Tanjung Tuan ke Pekan Kuala, Membeli ikan di Pantai Klebang, Indahnya budi membuat jasa, Membangun bangsa menjadi terbilang, Sekian, terima kasih. PROF. MADYA TS. DR. MOHD RASDI ZAINI REKTOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN MELAKA


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahirrahmanirrahim, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT dengan izin-Nya, Buletin Lantera Bilangan 4/2023 dapat diterbitkan. Syabas diucapkan kepada Unit for Curriculum Affairs and Academic Development (UCAAD) Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Melaka. Sesungguhnya, kelahiran buletin ini merupakan kesinambungan dari Lantera Edisi Pertama, En. Mohd Ab Malek Md Shah (Penyelaras Self- Review Report) sebagai Ketua Editor bersama-sama Penasihat Prof. Madya Dr. Rosfadzimi Mat Saad dan Prof. Madya Dr. Nadzri Hj. Mohd Sharif dan diteruskan oleh saf kepimpinan UCAAD yang begitu komited dalam merealisasikan kelangsungan buletin ini sehingga kini. Secara dasarnya, UCAAD UiTM Cawangan Melaka telah, sedang dan akan memperkasakan fungsinya yang cukup signifikan dalam merencana dan seterusnya melaksana segala aktiviti berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta latihan pembangunan akademik dalam kalangan para pensyarah. Hakikatnya, UCAAD telah berusaha sedaya usaha dalam memudahkan segala perancangan berkaitan latihan untuk warga pensyarah; iaitu dengan menyediakan takwim latihan bagi tempoh sepanjang tahun untuk membentuk hala tuju akademik agar seiring dengan keperluan pendidikan tinggi yang holistik dan dinamik. Sekalung ucapan tahniah diucapkan buat Puan Hamidah Muhd Irpan, Koordinator UCAAD yang baharu yang dilantik. Saya berharap agar Puan Hamidah dapat menggalas tugas yang telah dipertanggungjawabkan ini dengan sebaiknya. Sesungguhnya, kejayaan sebuah organisasi seperti UiTM Cawangan Melaka memerlukan komitmen dan iltizam yang tinggi bagi memastikan tata kelola universiti mampu untuk berjalan lancar seterusnya berjaya menghasilkan barisan graduan yang berketerampilan lagi berdaya saing demi menepati keperluan pasaran semasa (Graduate Employability). Saya sesungguhnya amat yakin dan menaruh kepercayaan yang tinggi bahawa UCAAD UiTM Cawangan Melaka akan terus berdiri teguh dalam usaha mengendalikan pelbagai aktiviti dan peranannya yang unggul lagi disegani; khususnya dalam mendepani revolusi pendidikan yang kini diterajui oleh aplikasi teknologi yang canggih lagi mencabar. Semoga para pembaca buletin ini akan menikmati cambahan ilmu juga manfaat yang tiada terhingga melalui pelbagai sumbangan tinta ilmiah dan karya kreatif secara keseluruhan. Selamat maju jaya dan dirgahayu buat UCAAD, BHEA UiTM Cawangan Melaka PROF. MADYA DR. ISMADI MD BADARUDIN TIMBALAN REKTOR HAL EHWAL AKADEMIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN MELAKA


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, LANTERA Edisi 4/2023 berjaya diterbitkan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. LANTERA merupakan salah satu sumbangan kecil daripada pihak Unit Hal Ehwal Kurikulum dan Pembangunan Akademik (UCAAD) kepada warga pensyarah UiTM Cawangan Melaka untuk menerbitkan pelbagai hasil penulisan ilmiah; juga karya kreatif berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam usaha ke arah menyokongpencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) UiTM Cawangan Melaka; selain turut menjadi wadah perkongsian pengetahuan dan pengetahuan secara teori juga amali secara holistik. Menerusi wahana bicara ini, pihak UCAAD ingin mengucapkan sekalung terima kasih kepada pihak pentadbir UiTM Cawangan Melaka; khususnya buat Yang Berbahagia Rektor, Prof. Madya Ts Dr. Mohd Rasdi Zaini dan Timbalan Rektor Akademik, Prof. Madya Dr.Ismadi Md Badarudin kerana sentiasa menyokong usaha UCAAD bagi membantu pelaksanaan kurikulum dan menguruskan latihan ke arah memperkasakan daya kompetensi para pensyarah bagi melahirkan para graduan yang berkualiti dan dinamik serta menepati kehendak pasaran semasa (Graduate Employability). Tidak dilupakan juga, seuntai penghargaan buat Prof. Madya Dr. Rosfadzimi Mat Saad, mantan Koordinator UCAAD yang telah berusaha dalam memartabatkan UCAAD sebagai salah sebuah entiti yang signifikan di UiTM Cawangan Melaka sebagai medan rujukan dan pemudah cara kepada warga pensyarah demi kelangsungan sesi PdP dan pelaksanaan latihan yang berkaitan akademik. Sekalung penghargaan dan tahniah terutamanya kepada Penyelaras Pembangunan Akademik dan Kepimpinan, Puan Fatimah Hashim dan Penyelaras Hal Ehwal Kurikulum, Puan Anis Shobirin Abdullah Sani serta saf Penyelaras UCAAD yang telah berusaha sedaya usaha dalam menyempurnakan segala amanah yang telah dipertanggungjawabkan sepanjang tahun 2023. Syabas diucapkan. Akhir bicara, setinggi - tinggi penghargaan dihulurkan kepada para penyumbang yang budiman bagi LANTERA Edisi 4/2023. Sesungguhnya, segala sokongan dan jalinan kerjasama yang erat daripada daripada para pensyarah UiTM Cawangan Melaka amatlah kami hargai lagi sanjungi demi manfaat bersama. Sekian. Terima kasih. PUAN HAMIDAH BINTI MUHD IRPAN KETUA EDITOR KOORDINATOR UCAAD BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN MELAKA


daripada Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Penyelaras-Penyelaras UCAAD serta Seluruh Warga Bahagian Hal Ehwal Akademik Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka


Cawangan Melaka daripada Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Penyelaras-Penyelaras UCAAD serta Seluruh Warga Bahagian Hal Ehwal Akademik Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka Tahniah Puan Hamidah binti Muhd Irpan atas pelantikan sebagai Koordinator UCAAD berkuasa kuasa September 2023


Cawangan Melaka daripada Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Penyelaras-Penyelaras UCAAD serta Seluruh Warga Bahagian Hal Ehwal Akademik Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka Terima Kasih Prof. Madya Dr. Rosfadzimi Mat Saad atas jasa dan khidmat bakti sebagai Koordinator UCAAD


03 Pengenalan UCAAD


OBJEKTIF UCAAD UiTM CAWANGAN MELAKA Menguruskan data kurikulum akademik terkini bagi tujuan pemantauan, penyelidikan dan laporan akademik. Menguruskan hal ehwal berkaitan OBE, Blended Learning dan MOOC dan menyediakan analisa laporan CDL, CQIndan PEO di peringkat UiTM Cawangan Melaka. Menawarkan latihan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, nilai kepimpinan,kecemerlangan intelektual dan kompetensi sistem akademik dalam memperkasakan pembangunan Integriti profesional dan penghayatan falsafah pendidikan agar selari dengan visi dan misi UiTM. Menguruskan penawaran program futuristik yang berdasarkan Industrial Revolution 4.0 dan Education 5.0 serta proses akreditasi termasuk penyediaan dokumen MQA dan lawatan akreditasi bagi Program-Program Pengurus Utama (PU). Melaksanakan penilaian semasa program yang sedia ada dan menyelaras semakan kurikulum (merangkumi program oleh Pengurus Utama (PU) dan Pengurus Pelaksana (PP). Membantu proses penilaian, penyediaan dan menyemak (vetting) soalan serta pentaksiran agar memenuhi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)/ Jadual Spesifikasi Ujian Berterusan (JSUB)/ Jadual Spesifikasi Projek (JSP) dan domain yang ditetapkan.


Dataran Keris, Kompleks Pentadbiran dan Pembelajaran 1 (KPP1), UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah 19


04 Karya Penulisan Umum


TAKWIM LATIHAN UiTM CAWANGAN MELAKA 2023 1DR. ROSFADZIMI MAT SAAD, 2HAMIDAH IRPAN, 3FATIMAH HASHIM, 4 ILINADIA JAMIL 1UiTM Cawangan Kedah 2,3,4UiTM Cawangan Melaka Alhamdulillah satu majlis pelancaran takwim latihan 2023 UiTM Cawangan Melaka telah dapat dijalankan di Mesyuarat Mini META BHEA dan Fakulti UiTM Cawangan Melaka pada hari Jumaat 17 Februari 2023 bertempat di Hotel la Crista Melaka. Takwim ini mengandungi segala aktiviti yang telah dirancangkan oleh pihak fakulti dan unit-unit dibawah HEA seperti UCAAD, PJI, ACIS, iCEPS, PPS dan lain-lain unit. Pautan untuk ke laman ini dapat diakses melalui laman sesawang https://anyflip.com/lyyos/uafn/. Takwim ini diharapkan dapat membawa menafaat kepada pengguna kampus. Antara kebaikan yang dapat dilihat ialah ianya dapat memberikan peluang kepada para pensyarah untuk merancang mengikuti mana-mana kursus ataupun program yang bersesuaian dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran mereka. Selain daripada itu pihak pentadbir juga diharapkan dapat merancang program ataupun bengkel yang sesuai dengan keperluan fakulti ataupun unit masing-masing. Perancangan awal ini boleh membantu pihak universiti untuk memastikan tiada program yang bertindih dan seterusnya dapat menjimatkan kos yang terlibat didalam pelaksanaan setiap aktiviti. Ucapan ribuan terima kasih juga tidak dilupakan kepada pihak UCAAD, BHEA yang banyak membantu dalam proses menyiapkan takwim ini. Semoga takwim ini digunakan sebagai bahan rujukan bagi sesiapa yg perlu melihat akan segala aktiviti yang telah dirancangkan oleh pihak kampus. Semoga segala urusan dimudahkan dan selamat maju jaya. Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 17


PENDIDIKAN PASCASISWAZAH DI PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UiTM CAWANGAN MELAKA 1DR LIZA MARZIANA MOHAMMAD NOH 1Mantan Ketua Pusat Pengajian Siswazah, UiTM Cawangan Melaka Pusat Pengajian Siswazah (PPS) UiTM Cawangan Melaka ditubuhkan sekitar tahun 2017 dalam membantu Institut Pengajian Siswazah (IPSIS) menguruskan pengajian siswazah Kampus Negeri. Tujuan penubuhan PPS adalah untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan pascaijazah dengan kerjasama daripada fakulti dan kolej pengajian di Kampus Negeri. Penubuhan PPS adalah selaras dengan visi dan misi penubuhan UiTM sebagai institut pengajian tinggi dengan tujuan untuk menyediakan dan membangunkan pendidikan pascasijazah dalam pelbagai bidang. Selain itu, Pusat Pengajian Siswazah berfungsi sebagai pusat perkhidmatan dan pentadbiran untuk membantu para pelajar ijazah lanjutan sepanjang proses bermulanya pendaftaran mereka sehinggalah tamat pengajian. Tadbir urus PPS UiTM Cawangan Melaka di bawah Hal Ehwal Akademik, bertempat di Tingkat 7, Kampus Bandaraya Melaka. Ketua Pusat Pengajian Siswazah dilantik bagi menyelaras operasi PPS dengan dibantu Koordinator Program Kerja Kursus dan Penyelaras Program Penyelidikan Fakulti dan Kolej Pengajian serta staf pentadbiran. PPS mentadbir urus program pascaijazah meliputi tiga Kampus UiTM Cawangan Melaka iaitu Kampus Bandaraya Melaka, Kampus Alor Gajah dan Kampus Jasin. Pada awal penubuhan, PPS UiTM Cawangan Melaka berfungsi menyelaraskan Program Kerja Kursus Master in Business Administration (Executive) (EMBA) yang menawarkan peluang melanjutkan pelajaran secara sambilan kepada golongan bekerja. Program ini memberi para pelajar pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan perniagaan setelah mereka tamat pengajian tersebut. Program ini mendapt respon yang baik dari golongan bekerja kerana ia boleh membantu dalam peningkatan profesioanalisme kerjaya mereka. Pada tahun 2020, Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Bil. 05/2020 bertarikh 19 Februari 2020 dan Mesyuarat Senat ke-257 bertarikh 16 April 2020 telah meluluskan penawaran program pascaijazah secara penyelidikan di seluruh UiTM Cawangan. Perkembangan ini telah membawa peranan PPS yang lebih besar dalam menguruskan semua program pascaijazah dan aktiviti pengajian ijazah lanjutan. Program penyelidikan Doktor Falsafah (AD950) dan Sarjana Seni Lukis dan Seni Reka (AD750) adalah program pertama ditawarkan dengan kemasukan dua orang pelajar PhD dan seorang pelajar Sarjana. Penawaran program penyelidikan ini seterusnya telah membuka peluang kepada pelajar serta alumni dalam bidang-bidang lain yang turut ditawarkan di UiTM Cawangan Melaka meliputi Sains dan Teknologi, Sains Sosial, Pengurusan dan Perniagaan. Sejumlah lapan program penyelidikan telah ditawarkan dalam mod sepenuh masa dan separuh masa di peringkat PhD manakala sembilan program di peringkat Sarjana. Penawaran program pengajian pascasijazah sebagai langkah untuk menjadikan PPS UiTM Cawangan Melaka hab kecemerlangan pengajian tinggi di bahagian selatan tanah air. Langkah ini telah berjaya menarik ramai pelajar antarabangsa dan tempatan memilih UiTM Cawangan Melaka sebagai pusat lanjutan pengajian mereka. Semenjak penubuhannya, UiTM Cawangan Melaka terus berkembang pesat bagi memenuhi tanggungjawab sebagai Kampus Negeri dan sentiasa berdaya saing dengan universiti dalam dan luar negara. PPS berperanan dalam meningkatkan kesarjanaan ilmu demi pembangunan modal insan yang kreatif dan inovatif dalam memastikan Pusat Pengajian Siswazah (PPS) UiTM Cawangan Melaka terus relevan. PPS juga bertanggungjawab dalam urusan promosi dan menyediakan pelbagai latihan dan seminar kepada pelajar mahupun kakitangan UiTM. PPS sentiasa mengambil berat dalam membantu ahli akademik untuk mengetengahkan kepakaran mereka dalam penyeliaan. Kursus penyeliaan disediakan kepada ahli akademik yang lama dan baharu serta belum berpengalaman bagi membantu mereka bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal. UiTM Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 18


Cawangan Melaka kini mempunyai staf berkelulusan PhD yang mencukupi dalam menyediakan bakal penyelia yang berpotensi untuk para pelajar. UiTM Cawangan Melaka juga menyediakan persekitaran yang kondusif untuk keperluan pelajar, dalam memastikan para pelajar mendapat pendidikan yang berkualiti. Terdapat kemudahan kelas yang selesa serta bilik pasca untuk pelajar membuat penyelidikan dan perjumpaan dengan penyelia, termasuk makmal komputer dan pusat sumber, kafeteria serta surau disediakan. Justeru, bagi individu yang mempunyai minat dan kesungguhan dalam memperdalami ilmu diperingkat pascaijazah, ingin memantapkan pembangunan peribadi dan laluan perkembangan akademik serta peningkatan kerjaya, program pascaijazah adalah pilihan terbaik untuk anda. Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pengajian di bidang pendidikan lanjutan, anda boleh menghubungi PPS UiTM Cawangan Melaka untuk keterangan lanjut. PPS bersedia membantu anda memilih program dan bakal penyelia yang bersesuaian bagi merealsasikan cita-cita anda dalam pendidikan pascaijazah. Risalah promosi Ijazah Lanjutan PPS UiTM Cawangan Melaka Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 19


ROLE-PLAY: JOURNEY TO MASTER ENGLISH 1AZRINA BINTI ABU BAKAR 1Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka “I am shy to speak English. My grammar is bad”: Student A. “Learners who fear making mistakes when they speak inevitably talk less. Their reticence compounds their manifest inadequacies,”: Dr Nor Fadzleen Sa’don, Academic Lecturer. One of the greatest challenges faced by English lecturers is giving every student a chance to practise speaking in English. Some English language learners avoid speaking English because they are too shy or lack of confidence in speaking English due to language barriers and other issues. Meanwhile, Dr. Nor Fadzleen Sa’don, an academic lecturer at English Language Teaching Centre Negeri Sembilan, Malaysia stated that uninspiring teaching materials could lead to issues with learning the English language. She believed that the teaching of English in institutions of higher learning have been based on a grammar-structured approach which can lead to boredom, lack of interest and limited motivation. English lecturers need to create conducive atmosphere for students by implementing interesting and innovative activities such as role-play activities in their English language classrooms. Role-play is known as one of the best teaching techniques that gives students a golden opportunity to practice communicating in real-life situations or scenarios that can be “stressful, unfamiliar, complex, or controversial” which requires them to examine personal feelings toward others and their circumstances (Bonwell & Eison, 1991, p.47). In order to motivate students to take part in role-play activities more enthusiastically, English lecturers need to ensure that the role-play activities are not only engaging but suitable to the level of English language proficiency, students’ background knowledge, and positively impact the students. I usually employ role-play activities in my English class to help my students to be confident and competent in using English. Not only in the speaking lesson, sometimes I also utilise role-plays in the listening and reading lessons because role-plays provide students a chance to use the English language confidently. In addition, role-plays encourage my students to think critically and allow them to see things or situations in different perspectives. As a matter of fact, they are fun and motivating! Picture 1: Diploma students presented a role-play activity Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 20


Picture 2: Pre-diploma students presented a role-play activity References 1. Bonwell, C. C., & Eison, J. A. (1991). Active learning: Creating excitement in the classroom. Washington, DC: The George Washington University. Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 21


KESAN ONLINE DISTANCE LEARNING (ODL) TERHADAP PENCAPAIAN ANUGERAH DEKAN DI UiTM CAWANGAN MELAKA 1HAMIDAH MUHD IRPAN, 2ADI HAKIM TALIB, 3DR ROSFADZIMI MAT SAAD, 4FATIMAH HASHIM 1,2,4 Kolej Pengajian Pengkomputeran Informatik & Matematik, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah 3Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Kedah Pentaksiran dan penilaian akademik secara atas talian bermula pada sesi 2 2019/2020 semasa mengharungi penularan covid-19. Perubahan kaedah pentaksiran dan penilaian akademik ini telah memberi kesan positif terhadap pencapaian Anugerah Dekan oleh pelajar di UiTM Cawangan Melaka. Objektif kualiti yang kedua adalah mencapai sekurang-kurangnya 20% daripada bilangan pelajar sepenuh masa peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda mendapat anugerah Dekan pada setiap semester. Berdasarkan Rajah 1 di bawah, sasaran ini berjaya dicapai secara konsisten sejak 2018. Melihat pada kesan pentaksiran dan penilaian akademik secara atas talian, bagi pengajian Diploma, peratusan pelajar menerima Anugerah Dekan meningkat 17.2%, daripada 36.1% pada sesi 1 2019/2020 ke 53.3% bagi sesi 2 2019/2020. Begitu juga dengan pengajian Ijazah Sarjana Muda, peningkatan yang penting sebanyak 22.5% dapat dilihat daripada 23.7% pada sesi 1 2019/2020 kepada 46.2% pada sesi 2 2019/2020. Namun tren ini dilihat semakin menurun terutamanya selepas pentaksiran dan penilaian akademik dilaksanakan secara fizikal. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa pengajaran dan pembelajaran (pdp) secara atas talian memberi kesan positif terhadap peratusan Anugerah Dekan oleh pelajar. Rajah 1: Pencapaian objektif kualiti 2 UiTM Cawangan Melaka tahun 2013 -2023 Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 22


PENTINGNYA LITERASI KEWANGAN DALAM KEHIDUPAN PELAJAR IPTA 1KHALILAH IBRAHIM, 2SITI NURUL HUDA IBRAHIM 1,2Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka "Pendidikan tanpa literasi kewangan adalah seperti sayap tanpa helikopter. Ia memberi kita potensi, tetapi tidak membantu kita terbang." - Dave Ramsey. Pendidikan tinggi di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah perjalanan yang bermakna dalam kehidupan setiap pelajar. Ini adalah masa di mana pelajar mengembangkan pengetahuan, kemahiran, dan perspektif yang akan membentuk masa depan mereka. Namun, di sebalik pencapaian akademik yang cemerlang dan aspirasi berprestij ini, seringkali terdapat isu yang serius yang merentasi kehidupan pelajar IPTA, iaitu isu literasi kewangan. Literasi kewangan merangkumi pemahaman tentang bagaimana menguruskan wang, melabur dengan bijak, menguruskan hutang, dan membuat keputusan kewangan yang pintar. Isu literasi kewangan di kalangan pelajar IPTA adalah subjek yang semakin relevan dan penting pada hari ini. Dalam pengenalan ini, kami akan melihat mengapa literasi kewangan adalah isu yang mendalam di kalangan pelajar IPTA dan bagaimana ia mempengaruhi kehidupan mereka. Pelajaran daripada pengalaman sebenarnya telah menggambarkan kepada kita betapa kekurangan literasi kewangan dapat memberi kesan kepada pelajar IPTA. Banyak pelajar masuk ke institusi ini dengan harapan yang besar, tetapi seringkali tanpa pemahaman yang mencukupi tentang bagaimana menguruskan kewangan mereka dengan bijak. Mereka mungkin memiliki dana pinjaman pelajaran yang perlu dikendalikan, kos pengajian yang tinggi, dan cabaran berkaitan dengan keperluan asas seperti penginapan dan makanan. Ketidaktahuan tentang literasi kewangan dan ketiadaan kemahiran dalam menguruskan wang dapat mengakibatkan pelajar terperangkap dalam hutang yang terlalu banyak, menghadapi tekanan kewangan yang tidak perlu, dan mungkin terpaksa meninggalkan pendidikan mereka. Ini bukan sahaja mempengaruhi prestasi akademik mereka, tetapi juga memberi kesan kepada kesejahteraan emosi dan mental mereka. Literasi kewangan, dalam konteks yang lebih mudah difahami, merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memahami, menggunakan, dan menguruskan wang dengan bijak. Ia bukan sekadar berkaitan dengan pengetahuan asas tentang mata wang atau perbankan, tetapi juga melibatkan kemahiran dalam membuat keputusan kewangan yang baik dan strategi pengurusan wang yang efektif. Konsep literasi kewangan juga melibatkan pemahaman terhadap pelbagai aspek dalam bidang kewangan seperti tabungan, pelaburan, hutang, insurans, perancangan persaraan, dan banyak lagi. Bagi pelajar IPTA, literasi kewangan bukan sahaja berkaitan dengan pengurusan kewangan setiap hari, tetapi juga dengan persiapan untuk masa depan yang lebih dari segi kewangan berdaya. Kepentingnya literasi kewangan tidak dapat disangkal. Di era moden ini, di mana pelbagai pilihan kewangan dan penyelesaian kewangan ditawarkan kepada individu, memiliki literasi kewangan yang kukuh adalah asas yang penting. Berikut adalah beberapa alasan mengapa literasi kewangan adalah isu yang sangat penting: Pertama, dengan pengetahuan kewangan yang baik, seseorang dapat mengelakkan diri daripada jatuh dalam hutang yang terlalu banyak atau perbelanjaan yang tidak perlu. Literasi kewangan dapat membantu mengelakkan pemutusan empangan kewangan yang sering berlaku di kalangan pelajar IPTA. Kedua, pelajar IPTA yang mempunyai literasi kewangan yang baik dapat mengenal pasti dan mengambil peluang kewangan yang sesuai untuk mereka, termasuk pelaburan dalam pendidikan tambahan, pelaburan hartanah, atau pelaburan lain yang boleh memberi pulangan jangka panjang. Ketiga, literasi kewangan dapat memberikan ketahanan kewangan kepada pelajar IPTA. Ini bermaksud mereka lebih bersedia menghadapi krisis kewangan atau perubahan dalam kehidupan mereka tanpa terlalu terjejas secara kewangan. Keempat, pelajar yang memahami literasi kewangan dapat merancang masa depan yang lebih kewangan berdaya. Mereka boleh memulakan persediaan untuk persaraan, menguruskan hutang pelajaran dengan bijak, dan merancang matlamat kewangan jangka panjang. Secara keseluruhannya, literasi kewangan adalah satu kemahiran asas yang memberi Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 23


pelajar IPTA alat yang kuat untuk menguruskan kewangan mereka dengan bijak dan menjalani pengajian mereka dengan lebih yakin dan berjaya. Di peringkat pendidikan tinggi di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pelajar berdepan dengan pelbagai cabaran kewangan yang memerlukan pemahaman literasi kewangan yang kukuh. Cabaran-cabaran ini tidak hanya melibatkan kos pengajian yang tinggi tetapi juga kos hidup yang semakin meningkat dan beban hutang pelajaran yang mungkin perlu diuruskan. Dalam karangan ini, kita akan mengenal pasti cabaran kewangan yang dihadapi oleh pelajar IPTA dan bagaimana literasi kewangan memainkan peranan penting dalam mengatasinya. Salah satu cabaran kewangan utama yang dihadapi oleh pelajar IPTA adalah kos pengajian yang semakin meningkat. Walaupun pelbagai program bantuan kewangan boleh didapati, kos pengajian yang tinggi masih menjadi tumpuan utama. Pelajar sering perlu mencari jalan untuk memenuhi keperluan ini, sama ada melalui pinjaman pelajaran, bantuan kerajaan, atau mencari pekerjaan separuh masa. Bagi yang tidak memahami literasi kewangan, ini boleh mengakibatkan masalah hutang pelajaran yang tinggi dan berisiko. Selain kos pengajian, kos hidup juga merupakan cabaran yang besar bagi pelajar IPTA. Kos makanan, penginapan, perjalanan, dan keperluan harian lain semakin meningkat, dan pelajar sering berdepan dengan tekanan untuk menguruskan wang dengan bijak. Tanpa pengetahuan tentang pengurusan bajet dan perbelanjaan yang efisien, mereka mungkin menghadapi kesukaran dalam memenuhi keperluan asas mereka. Hutang pelajaran adalah cabaran yang sering dihadapi oleh pelajar IPTA. Walaupun hutang pelajaran mungkin diperlukan untuk membiayai pendidikan, pemahaman yang kurang tentang hutang dan pemulihan hutang boleh mengakibatkan tekanan kewangan yang berterusan. Literasi kewangan membantu pelajar memahami konsep hutang, seperti kadar faedah dan jangka masa bayaran, serta merancang pembayaran hutang yang munasabah. Literasi kewangan memainkan peranan penting dalam membantu pelajar mengatasi cabaran kewangan ini. Melalui pemahaman literasi kewangan, pelajar dapat mempelajari cara merancang dan menguruskan bajet harian, mingguan, dan bulanan untuk memastikan pengeluaran mereka tidak melebihi pendapatan. Pelajar juga perlu memahami literasi kewangan untuk mengenal pasti peluang pelaburan yang bijak, seperti merancang untuk memulakan simpanan persaraan atau melabur dalam instrumen kewangan yang sesuai. Literasi kewangan juga membantu pelajar memahami hutang dan cara terbaik untuk menguruskan hutang pelajaran, termasuk perancangan pembayaran dan membina kredit yang baik. Oleh yang demikian, cabaran kewangan yang dihadapi oleh pelajar IPTA, termasuk kos pengajian yang tinggi, kos hidup yang meningkat, dan hutang pelajaran, dapat diatasi melalui pemahaman literasi kewangan yang kukuh. Melalui pendidikan dan pemahaman yang baik dalam bidang ini, pelajar dapat menguruskan kewangan mereka dengan bijak dan merancang masa depan kewangan yang lebih stabil. Dengan literasi kewangan, mereka dapat menjalani pengajian mereka dengan keyakinan dan kestabilan kewangan yang lebih mantap. Untuk meningkatkan literasi kewangan di kalangan pelajar IPTA, terdapat beberapa strategi yang boleh diambil untuk membantu mereka memahami dan menguasai aspek kewangan dengan lebih baik. Strategi-strategi ini boleh memberikan pengetahuan dan kemahiran kewangan yang lebih baik serta membantu mereka mengatasi cabaran kewangan yang dihadapi. Salah satu strategi terpenting dalam meningkatkan literasi kewangan di kalangan pelajar IPTA adalah dengan menyediakan pendidikan kewangan yang berkualiti. Ini boleh dimasukkan sebagai bahagian daripada program pengajian mereka. Dengan menyediakan mata pelajaran kewangan yang relevan dan praktikal, pelajar akan diberi peluang untuk memahami konsep dan kemahiran kewangan dari peringkat pendidikan tinggi. Pendekatan ini akan memberikan asas yang kukuh dalam literasi kewangan dan mempersiapkan mereka dengan baik untuk menguruskan kewangan mereka di masa hadapan. Pelajar IPTA juga boleh mendapatkan manfaat daripada program pembelajaran luar kampus yang membincangkan literasi kewangan. Program seperti ini boleh merangkumi seminar, bengkel, dan ceramah daripada pakar-pakar kewangan atau organisasi kewangan tempatan. Dalam persekitaran Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 24


yang lebih santai dan interaktif, pelajar dapat mempelajari aspek-aspek praktikal dalam pengurusan kewangan mereka. Program ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan dan mendapatkan pandangan daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang ini. Di era digital, pelajar juga boleh menggunakan aplikasi kewangan yang mudah untuk membantu mereka menguruskan wang dengan lebih baik. Aplikasi-aplikasi ini boleh membantu mereka membuat bajet, menguruskan perbelanjaan, memantau hutang, dan mengawal pelaburan. Dengan akses kepada aplikasi-aplikasi ini, pelajar dapat lebih berkesan dalam pengurusan kewangan mereka. Mereka juga boleh memanfaatkan alat-alat seperti kalkulator hutang dan pelaburan untuk membuat keputusan kewangan yang lebih bijak. Pelajar boleh mencari nasihat dan sokongan daripada pakar kewangan atau kaunselor kewangan. Mereka boleh mendapatkan pandangan tentang bagaimana menguruskan hutang, melabur dengan bijak, atau merancang persaraan. Nasihat dari mereka yang berpengalaman dalam bidang kewangan dapat membantu pelajar membuat keputusan yang lebih baik dan memahami strategi kewangan yang sesuai untuk mereka. Strategi-strategi ini adalah penting dalam meningkatkan literasi kewangan di kalangan pelajar IPTA. Dengan pendidikan kewangan yang berkualiti, program pembelajaran luar kampus, penggunaan aplikasi kewangan, dan sokongan nasihat, pelajar dapat mengembangkan kemahiran dan pengetahuan kewangan yang akan membantu mereka mengatasi cabaran kewangan dan menjalani kehidupan kewangan yang lebih baik. Kesimpulannya, literasi kewangan adalah satu kemahiran penting yang seharusnya dikuasai oleh pelajar IPTA. Artikel ini telah merungkai mengapa literasi kewangan adalah asas yang sangat penting dalam kehidupan pelajar di peringkat pendidikan tinggi. Pendidikan di IPTA mungkin memberikan pengetahuan akademik yang berharga, tetapi tanpa pemahaman tentang bagaimana menguruskan kewangan, pelajar mungkin menghadapi cabaran kewangan yang sukar diatasi. Kos pengajian yang tinggi, kos hidup yang semakin meningkat, dan hutang pelajaran adalah antara cabaran kewangan utama yang dihadapi oleh pelajar IPTA. Namun, dengan pemahaman literasi kewangan, mereka boleh mempelajari bagaimana menguruskan wang dengan bijak, melabur dengan berkesan, dan menguruskan hutang mereka dengan baik. Ini memberikan mereka keupayaan untuk menjalani kehidupan kewangan yang lebih seimbang dan lebih baik dalam pengurusan kewangan. Dengan literasi kewangan yang baik, pelajar IPTA mempunyai peluang yang lebih baik untuk membina masa depan kewangan yang lebih stabil dan lebih baik. Mereka dapat merancang untuk persaraan yang lebih selesa, memenuhi keperluan asas mereka dengan lebih baik, dan mengelakkan beban hutang yang berlebihan. Literasi kewangan juga membantu mereka mengenal pasti peluang kewangan yang sesuai dengan matlamat kewangan mereka. Dengan memahami peranan penting literasi kewangan dan mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan pemahaman mereka dalam bidang ini, pelajar IPTA boleh mencapai kejayaan kewangan yang lebih besar dan mengejar impian mereka dengan lebih yakin. Literasi kewangan adalah alat yang kuat untuk membuka pintu kepada masa depan yang lebih baik dan kesejahteraan kewangan yang lebih bijak. Seperti pepatah Melayu mengajar, 'Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.' Begitu juga dengan literasi kewangan; dengan pemahaman dan usaha kecil untuk memahami dan menguruskan kewangan dengan bijak, pelajar IPTA boleh membina bukit kewangan yang kukuh bagi masa depan mereka. Literasi kewangan memberikan kekuatan kepada mereka untuk melangkah dengan yakin dalam kehidupan, menjauhi hutang yang membebankan, dan merancang hari esok yang lebih sejahtera. Jika dihayati dan diterapkan dengan tekun, literasi kewangan adalah kunci kepada kebebasan kewangan dan masa depan yang lebih cerah. Marilah kita bersama-sama menggalakkan dan menerapkan literasi kewangan, supaya bukit yang terbina adalah bukit kejayaan yang tinggi dan berkekalan." Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 25


Literasi kewangan adalah alat yang sangat penting dalam menjalani kehidupan kewangan yang lebih baik. Jangan biarkan cabaran kewangan menghalang impian dan aspirasi sebagai seorang pelajar. Pelajari, kembangkan diri, dan gunakan pengetahuan kewangan untuk membina masa depan yang lebih berjaya. Perlunya ilmu yang mendalam untuk bagaimana cara menguruskan kewangan dengan baik dan bijak. Di dunia ini kita berjalan, Literasi kewangan, bijak diterapkan. Hutang pelajaran, bukan beban, Dengan ilmu kewangan, jadi insan yang cekap dalam pengurusan. Rujukan 1. Amir Asyraf Husni Nizad, Rubayah Yakob, B.A.M Hafizuddin-Syah, Roziana Baharin, Indeks Sara Hidup Pelajar: Kajian Kes di Kolej Pendidikan Antarabangsa (INTEC), Jurnal Personalia Pelajar: Vol. 21 No. 1 (2018): Jurnal Personalia Pelajar. 2. Hawati Janor, Nurul Fareena Jasli, Rubayah Yakob, Noor Azuan Hashim, Influence of Gender and Academic Program on Financial Literacy among Malaysian University Students, Jurnal Personalia Pelajar: Vol. 19 No. 2 (2016): Jurnal Personalia Pelajar. 3. Journal of Business InnovationJurnal Inovasi PerniagaanVolume 4 No. 1/ 2019: 102-110108RUJUKANAbdul Basit, H., Tamat, S. & Norlida Hanim, M.S. (2014). Hutang dan Golongan Muda di Malaysia:Satu Kajian Awal. Prosiding PERKEM ke-9: 833- 844. Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 26


PROGRAM SUKARELAWAN KEMANUSIAAN DI KALANGAN PELAJAR IPTA: SUMBANGAN DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR DAN MASYARAKAT 1KHALILAH IBRAHIM, 2AZHANA OTHMAN 1,2Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka Program sukarelawan kemanusiaan di kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah satu inisiatif yang memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam usaha-usaha kemanusiaan dan sosial. Aktiviti sukarelawan ini merupakan sebahagian penting dalam pembangunan masyarakat dan perkembangan diri pelajar di institusi-institusi pendidikan tinggi. Laporan ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang komprehensif tentang program sukarelawan kemanusiaan di kalangan pelajar IPTA serta meneliti kesannya terhadap pelajar dan masyarakat setempat. Program-program sukarelawan ini sering melibatkan pelbagai aktiviti seperti bantuan kepada golongan miskin, pendidikan komuniti, penyediaan bantuan kesihatan, serta penyertaan dalam projekprojek pembangunan masyarakat. Pelajar IPTA terlibat secara aktif dalam pelaksanaan programprogram ini, dan ia memberi mereka peluang untuk memahami isu-isu kemanusiaan, mengaplikasikan pengetahuan akademik dalam konteks praktikal, serta memperoleh kemahiran sosial yang penting. Kini, semakin ramai pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menyedari bahawa program sukarelawan kemanusiaan bukan sekadar satu aktiviti sampingan, tetapi ia merupakan peluang berharga untuk mengembangkan diri mereka secara realiti. Dengan penglibatan dalam program sukarelawan, pelajar IPTA telah mendapati bahawa ia bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat yang memerlukan, tetapi juga memberikan pelbagai peluang pembelajaran dan perkembangan diri yang penting tentang nilai kemanusiaan. Andaian mengatakan program sukarelawan hanyalah untuk memberi bantuan fizikal sematamata telah berubah. Pelajar IPTA kini menyedari bahawa mereka juga sedang membentuk sikap dan nilai kemanusiaan yang penting dalam diri mereka. Mereka melihat program sukarelawan sebagai peluang untuk memahami isu-isu sosial dan kemanusiaan, memperkuatkan kemahiran sosial, dan membangunkan nilai-nilai seperti empati, ambil tahu, dan tanggungjawab sosial." Kepentingan program sukarelawan juga dilihat dalam konteks perkembangan diri dan pembangunan kemahiran. Pelajar IPTA menyedari bahawa mereka dapat mengembangkan kemahiran komunikasi, kepemimpinan, dan kerjasama melalui penglibatan dalam aktiviti sukarelawan ini. Ini membantu mereka menjadi individu yang lebih matang, berdaya saing, dan berkeupayaan mengatasi cabaran dalam kerjaya mereka. Selain itu, pengalaman dalam program sukarelawan memberi pelajar peluang untuk memperluaskan jaringan sosial mereka. Mereka berinteraksi dengan komuniti tempatan dan rakan sebaya yang berkongsi nilai yang sama, yang membentuk hubungan yang kuat. Kesedaran mereka tentang isu-isu kemanusiaan juga meningkatkan hubungan mereka dengan masyarakat, kerana mereka dapat memberi sumbangan yang berkesan dan memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan. Secara keseluruhannya, semakin banyak pelajar IPTA telah menyedari bahawa program sukarelawan kemanusiaan bukan sahaja membantu masyarakat yang memerlukan, tetapi juga memberikan mereka peluang yang tidak ternilai harganya dalam perkembangan diri. Mereka melihat program ini sebagai satu aspek penting dalam pengalaman mereka di IPTA yang membantu membentuk mereka sebagai individu yang lebih peduli, matang, dan bersedia untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik. Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 27


AKTIVITI SUKARELAWAN KEMANUSIAAN PELAJAR IPTA Aktiviti sukarelawan kemanusiaan di kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah satu komponen penting dalam pembangunan masyarakat dan perkembangan diri pelajar. Melalui penglibatan dalam aktiviti ini, pelajar mendapat peluang untuk memberi bantuan kepada yang memerlukan dan turut melibatkan diri dalam usaha kemanusiaan. Aktiviti sukarelawan kemanusiaan pelajar IPTA dan bagaimana ia memberi manfaat kepada mereka. Antara aktiviti sukarelawan kemanusiaan yang sering dilibatkan oleh pelajar IPTA termasuk program-program seperti kempen makanan untuk golongan kurang bernasib baik, lawatan ke rumah anak yatim, atau penyediaan bantuan kesihatan kepada komuniti yang terpinggir. Aktiviti ini sering dijalankan oleh kelab atau persatuan sukarelawan yang dikelola oleh pelajar, dengan sokongan daripada pihak pengurusan IPTA. Penglibatan pelajar dalam aktiviti sukarelawan ini adalah sukarela, yang bermaksud ia tidak diwajibkan. Ini menunjukkan komitmen dan keinginan pelajar untuk membantu dan memberi bantuan kepada masyarakat. Mereka melakukan kerja-kerja seperti mengumpul sumbangan makanan, pakaian, atau barangan keperluan harian untuk golongan kurang bernasib baik. Selain itu, mereka juga meluangkan masa untuk berinteraksi dengan mereka yang memerlukan sokongan emosi dan moral. Aktiviti sukarelawan kemanusiaan ini memberi manfaat kepada pelajar dalam beberapa cara. Pertama, ia membantu mereka memperkukuhkan nilai-nilai kemanusiaan seperti empati, ambil tahu, dan kasih sayang. Pelajar memahami bahawa terdapat banyak individu yang memerlukan bantuan, dan mereka dapat menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada masalah sosial ini. Ini membentuk sikap positif dan wawasan sosial yang penting. Kedua, penglibatan dalam aktiviti sukarelawan kemanusiaan memberikan pelajar peluang untuk memperkembangkan kemahiran sosial seperti kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, dan bekerjasama. Mereka belajar bagaimana berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat dan menguruskan projek kemanusiaan dengan berkesan. Ini membentuk individu yang lebih matang dan berdaya saing dalam masyarakat. Ketiga, aktiviti sukarelawan kemanusiaan juga memupuk perasaan kepuasan diri di kalangan pelajar. Apabila mereka melihat impak positif yang dibawa oleh usaha mereka kepada masyarakat, ini memberi mereka rasa pencapaian yang mendalam. Mereka tahu bahawa mereka telah membuat perbezaan dalam kehidupan orang lain. Walau bagaimanapun, aktiviti sukarelawan kemanusiaan juga membawa cabaran. Pelajar perlu menguruskan masa mereka dengan baik, kerana mereka perlu menyeimbangkan antara penglibatan dalam aktiviti sukarelawan dan komitmen akademik mereka. Ini memerlukan disiplin dan penjadualan yang baik. Selain itu, mereka juga mungkin menghadapi cabaran emosi, terutamanya apabila mereka berhadapan dengan situasi yang menyedihkan atau memerlukan kesabaran yang tinggi. CABARAN DALAM PROGRAM SUKARELAWAN DI KALANGAN PELAJAR IPTA Aktiviti sukarelawan kemanusiaan di kalangan pelajar IPTA ini adalah satu pengalaman yang mempunyai banyak manfaat. Ia membantu pelajar membentuk nilai-nilai kemanusiaan, memperkukuhkan kemahiran sosial, dan memberikan perasaan pencapaian yang positif. Ia juga memperkaya pengalaman pendidikan mereka dan membantu mereka menjadi individu yang lebih bertanggungjawab terhadap masyarakat. Dengan sokongan dan sokongan yang sesuai, aktiviti sukarelawan ini dapat terus berkembang di kalangan pelajar IPTA untuk manfaat semua pihak. Walaubgaimanapun, penglibatan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam program sukarelawan merupakan satu pengalaman yang mempunyai pelbagai cabaran. Terdapat tiga aspek utama cabaran yang perlu dihadapi oleh pelajar IPTA semasa terlibat dalam program sukarelawan, iaitu cabaran fizikal, cabaran emosi dan psikologi, serta cabaran logistik. Pertama, cabaran fizikal adalah salah satu aspek yang sering dihadapi oleh pelajar IPTA semasa terlibat dalam aktiviti sukarelawan. Aktiviti sukarelawan kemanusiaan mungkin melibatkan tugas yang memerlukan daya fizikal yang tinggi, seperti penyediaan bantuan kepada mangsa bencana alam, penyelenggaraan projek pembinaan, atau aktiviti luar di kawasan yang terpencil. Pelajar perlu menghadapi cuaca yang tidak menentu, keletihan fizikal, dan persekitaran yang mencabar. Mereka Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 28


mungkin perlu bekerja dalam keadaan panas, hujan, atau terik matahari. Cabaran fizikal ini memerlukan ketahanan dan kesediaan untuk mengatasi kesulitan fizikal demi kebaikan masyarakat. Cabaran kedua adalah cabaran emosi dan psikologi. Aktiviti sukarelawan sering melibatkan interaksi dengan individu yang menghadapi kesulitan dan kesusahan, seperti mangsa bencana alam, kanak-kanak yang memerlukan penjagaan, atau orang dewasa yang kurang bernasib baik. Melihat penderitaan orang lain, terutamanya kanak-kanak atau orang tua, boleh menjadi emosional dan psikologi yang mencabar. Pelajar perlu memiliki empati yang tinggi, serta kekuatan mental untuk menghadapi situasi emosional yang sukar. Mereka juga mungkin merasai tekanan untuk memberikan bantuan yang sesuai dan memberi sokongan moral kepada individu yang memerlukan. Cabaran ketiga adalah cabaran logistik. Aktiviti sukarelawan sering memerlukan perancangan dan organisasi yang baik. Pelajar perlu menjadualkan aktiviti, mengumpul sumber-sumber, menguruskan pengangkutan, dan memastikan semua persiapan dilaksanakan dengan baik. Ini melibatkan koordinasi dengan rakan sebaya, pihak pengurusan program, dan pihak berkepentingan lain. Cabaran logistik ini boleh menjadi rumit, terutamanya jika program sukarelawan melibatkan penghantaran bantuan kepada kawasan yang terpencil atau kawasan yang terjejas oleh bencana alam. Dalam menghadapi cabaran dalam program sukarelawan, penting untuk menyediakan sokongan dan bimbingan kepada pelajar. Pihak pengurusan program dan penyelia harus memastikan bahawa keselamatan dan kesejahteraan pelajar diutamakan, dan mereka diberikan latihan dan arahan yang mencukupi untuk mengatasi cabaran yang mungkin timbul. Dengan sokongan yang betul, pelajar IPTA dapat menghadapi cabaran ini dengan kejayaan dan memberikan sumbangan yang berharga kepada masyarakat yang memerlukan. CADANGAN PENINGKATAN DALAM PROGRAM SUKARELAWAN KEMANUSIAAN DI KALANGAN PELAJAR IPTA Program sukarelawan kemanusiaan di kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah satu komponen penting dalam pembangunan masyarakat dan perkembangan pelajar. Bagaimanapun, untuk memastikan kesan positif yang lebih besar dan memberi manfaat yang maksimum kepada masyarakat, adalah penting untuk sentiasa mempertimbangkan dan melaksanakan penambahbaikan dalam program sukarelawan ini. Terdapat dua aspek penting yang perlu dipertimbangkan dalam rangka meningkatkan program sukarelawan kemanusiaan di kalangan pelajar IPTA: cadangan untuk meningkatkan keberkesanan program dan cadangan untuk meningkatkan sumbangan kepada masyarakat. Oleh yang demikian, bagi meningkatkan keberkesanan program sukarelawan, perlu ada usaha untuk menambah baik organisasi dan pengurusan program. Ini termasuk meningkatkan perancangan dan penyelarasan aktiviti, termasuk penetapan matlamat yang lebih spesifik dan terukur. Cadangan ini juga mencakupkan pilihan program-program yang lebih relevan dengan keperluan masyarakat dan yang bersifat berterusan, supaya kesan program dapat dirasai dalam jangka masa panjang. Selain itu, latihan dan pembelajaran yang berterusan perlu diberikan kepada pelajar sebelum mereka terlibat dalam aktiviti sukarelawan. Ini termasuk latihan dalam kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah, dan kepimpinan, serta pemahaman mendalam tentang isu-isu sosial dan kemanusiaan yang mereka hadapi. Dengan latihan ini, pelajar akan lebih bersedia dan berkemahiran untuk menjalankan tugas-tugas sukarelawan mereka. Perkara penting juga untuk menambah baik pengukuran pencapaian dan kesan program. Ini melibatkan pengumpulan data yang lebih sistematik dan penilaian yang lebih teliti terhadap impak program terhadap pelajar dan masyarakat. Dengan maklumat ini, program sukarelawan dapat ditingkatkan dan disesuaikan agar lebih relevan dan efektif. Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 29


Selain daripada peningkatan keberkesanan program, perlu juga memikirkan bagaimana program sukarelawan dapat memberikan sumbangan yang lebih besar kepada masyarakat yang memerlukan. Salah satu cara adalah dengan melibatkan komuniti dalam proses perancangan dan pelaksanaan program. Ini membantu memastikan bahawa program berpaksikan pada keperluan sebenar masyarakat, dan masyarakat menjadi rakan kerja dalam usaha sukarelawan. Selain itu, program sukarelawan juga boleh memfokuskan usaha mereka kepada projek-projek yang memberi kesan jangka masa panjang. Ini boleh termasuk projek-projek pendidikan atau pembangunan yang memberi peluang kepada masyarakat untuk meningkatkan taraf hidup mereka secara berterusan. Dengan melibatkan lebih banyak pelajar dalam program sukarelawan ini. Ini dapat dilakukan melalui peningkatan kesedaran tentang kepentingan sukarelawan dan melalui promosi programprogram sukarelawan. Semakin banyak pelajar yang terlibat, semakin besar sumbangan kepada masyarakat yang dapat dicapai. Untuk kesan maksimum, program sukarelawan kemanusiaan di kalangan pelajar IPTA perlu berterusan dalam usaha meningkatkan keberkesanan dan sumbangan mereka kepada masyarakat. Dengan pelaksanaan cadangan-cadangan ini, program sukarelawan akan menjadi instrumen penting dalam pembangunan sosial dan kemanusiaan di negara ini. KESIMPULAN Program sukarelawan kemanusiaan yang dijalankan oleh pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan masyarakat dan pembangunan diri pelajar. Dalam ringkasan ini, kita akan menghimpunkan maklumat yang telah dibincangkan sepanjang laporan, merangkumi gambaran keseluruhan program sukarelawan kemanusiaan, pengaruh yang diberikan kepada pelajar IPTA dan masyarakat, serta menilai kelebihan dan kekurangan program ini. Program sukarelawan kemanusiaan di kalangan pelajar IPTA adalah usaha mulia yang memberikan peluang kepada pelajar untuk memberi kembali kepada masyarakat. Pengaruh program ini tidak terhad kepada pelajar semata-mata. Masyarakat juga menerima manfaat daripada usaha sukarelawan pelajar IPTA. Bantuan yang diberikan kepada golongan kurang bernasib baik, penyertaan dalam projekprojek pembangunan, dan pelbagai inisiatif kemanusiaan yang dijalankan oleh pelajar membawa impak positif kepada komuniti setempat. Ini meningkatkan taraf hidup masyarakat dan memberikan mereka harapan yang lebih cerah. Walau bagaimanapun, program sukarelawan ini tidak terlepas daripada kelebihan dan kekurangan. Kelebihannya termasuk peluang pembelajaran yang berharga, pembinaan sikap positif, dan pembentukan hubungan yang kuat dengan masyarakat. Namun, ia juga menghadapi cabaran, termasuk cabaran fizikal, emosi, dan logistik, serta tuntutan masa yang tinggi yang mungkin mengganggu komitmen akademik pelajar. Kesimpulannya, program sukarelawan kemanusiaan di kalangan pelajar IPTA adalah usaha yang bernilai dalam pembangunan masyarakat dan perkembangan individu. Ia memainkan peranan penting dalam memupuk nilai-nilai kemanusiaan, pembinaan kemahiran sosial, dan memperkukuhkan hubungan dengan komuniti. Namun, program ini Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 30


juga perlu ditingkatkan melalui pelbagai cadangan, termasuk meningkatkan perancangan dan pengurusan, latihan yang lebih sistematik, dan pengukuran kesan yang lebih baik. Dengan usaha bersama, program sukarelawan kemanusiaan ini akan terus memberikan sumbangan yang lebih besar kepada masyarakat dan membantu membentuk pelajar IPTA sebagai individu yang lebih bertanggungjawab dan berdaya saing. Rujukan 1. https://islamic-relief.org.my/ 2. https://m.facebook.com/p/Kelab-Suza-UITM-KBM-100071766602382/ 3. Azizan Bahari. (2006). Menjadi Sukarelawan. Kangar: Pustaka Qarya Sdn. Bhd. 4. Hasnuddin Ab Rahman, Hailrudin Jaafar dan Badrun Nisah Mohamed Nasiruddin. (2018).Keterlibatan Mahasiswa dalam Aktiviti Kesukarelawan dan Hubungannya dengan Kemahiran. Proceeding of IC-ITS 4th International Conference on InformationTechnology & Society, 4,1-15. Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 31


BENGKEL ACADEMIC INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (AIMS) 1NUR FAITHZAH JAMIAN, 2ANIS SHOBIRIN ABDULLAH SANI, 3HAMIDAH MUHD IRPAN, 4NUR AQILAH NORWAHI, 5NOOR ASHITAH ABU OTHMAN, 6SYAHIRU SHAFIAI, 7SITI NAZIRAH OMAR 1,2,3,4,5,6,7UiTM Cawangan Melaka Academic Information Management System (AIMS) merupakan sistem sokongan utama dalam pembangunan, pelaksanaan dan pemantauan kurikulum program akademik di Universiti Teknologi MARA. Sistem yang khusus dalam mengkoordinasikan pengurusan kurikulum dan juga peperiksaan ini bukanlah perkara yang asing dikalangan pensyarah di UiTM. Pengetahuan dan keupayaan memahami fungsi sistem ini amat perlu dalam memastikan objektif kursus boleh dicapai dan perjalanan peperiksaan akhir menepati kriteria program. Pada 2 Mac 2023 (Khamis) telah berlangsung bengkel Academic Information Management System (AIMS) oleh Unit for Curriculum Affairs and Academic Development (UCAAD) yang bertempat di Dewan Syura Al-Mizan, Masjid Al-Hikmah, UiTM Kampus Alor Gajah. Taklimat yang bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang telah dihadiri oleh 30 peserta terdiri daripada ahli pakar rujuk untuk program Diploma Komunikasi dan Media (CDMC110), Diploma Komunikasi Media Baharu & Keusahawanan Kandungan (CDMC111) dan Diploma Pengurusan Pelancongan (HM111). Bengkel tersebut bukan sahaja bertujuan untuk menerangkan fungsi dan keperluan sistem AIMS, namun dalam masa yang sama dapat memastikan proses pengisian dan pengemaskinian maklumat kursus selesai sebelum proses pengambilan pelajar bermula. Puan Anis Shobirin Abdullah Sani, Penyelaras Kurikulum di Unit for Curriculum Affairs and Academic Development (UCAAD) telah dilantik sebagai fasilitator dimana beliau memulakan bengkel dengan memberi sedikit penerangan berkaitan kepentingan sistem AIMS bagi program pengurus utama. Setelah itu, bengkel dijalankan secara ‘hands on’ dimana peserta mengemaskini maklumat yang berkaitan di sistem sebelum disemak oleh fasilitator bertugas. Bengkel Academic Information Management System (AIMS) ini telah tamat jam 5.00 petang. Antara para peserta yang terlibat dalam Bengkel Academic Information Management System (AIMS) UiTM Cawangan Melaka. Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 32


WEBINAR ‘FUTURE EVENT LEADERS’ DIDIK AMALAN PENGURUSAN ACARA HIJAU DAN MODEN 1FAUZUNNASIRAH FAZIL 1Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, UiTM Cawangan Melaka Sempena ‘Week Without Wall’ Sesi Mac-Julai 2023, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP), Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka (UiTMCM) telah menganjurkan sebuah program webinar bertemakan teknik pengurusan acara masa hadapan. Program yang diberi nama ‘Future Event Leaders’ dilaksanakan oleh para pelajar Semester 2 kumpulan MHM1112F, Diploma Pengurusan Pelancongan (HM111) yang mengambil kursus HTT251 – Meeting, Incentive, Convention, and Event (MICE). Program webinar ini diselia oleh Pn. Fauzunnasirah Fazil selaku Pensyarah HTT251- MHM1112F. Program ini berlangsung pada 14 Jun 2023 dan dirasmikan oleh Pn. Noor Ibtisam Abdul Karim, Ketua Pusat Pengajian FPHP. Webinar ‘Future Event Leaders’ terbuka kepada semua pelajar dari pelbagai fakulti di UiTMCM dan disertai oleh hampir 200 orang peserta. Program Webinar ‘Future Event Leaders’ dibahagikan kepada dua sesi ceramah. Sesi pertama ialah ceramah bertajuk “Sustainable events: A blueprint for event leaders’ yang disampaikan oleh Dr. Asmahany Ramely, Ketua Penyelidik, Pusat Kajian Pengurusan Acara, Universiti Utara Malaysia yang juga merupakan penulis buku berjudul Konsep Amalan Hijau dalam Pengurusan Acara. Ceramah sesi kedua pula bertajuk ‘Soft-self-branding for event leaders’ yang disampaikan oleh En. Adzren Adnan yang merupakan seorang berpengaruh di media sosial dan ‘content creator’. Kedua-dua penceramah ini merupakan Alumni FPHP di mana secara tidak langsung membawa kepada pencapaian sasaran aktiviti bersama Alumni melalui program ini. Disamping memenuhi keperluan kerja kursus, program ini mendidik mahasiswa mendepani cabaran masa akan datang melalui amalan pengurusan acara secara mesra-alam atau lebih dikenali sebagai amalan hijau. Pengurusan acara berkonsepkan amalan hijau menuntut pengurus acara untuk menitikberatkan kepentingan menjaga alam sekitar melalui pengurusan pengangkutan, sumber air dan elektrik, material komunikasi, dan lain-lain keperluan pengendalian sesebuah cara dengan baik dan berhemah. Pengurusan acara tanpa atau hampir tiada pembaziran, impak kepada kerosakan alam sekitar dan masyarakat lahir daripada organisasi yang bertanggungjawab yang mengamalkan konsep amalan hijau. Selain itu, program ini juga memberi pendedahan awal tentang kepentingan ‘soft-self-branding’ kepada mahasiswa yang bakal menceburi bidang pengurusan acara mahupun apa-apa bentuk bidang perniagaan pada masa akan datang untuk lebih bersiap sedia dari sekarang. Self-branding yang dimaksudkan ialah penjenamaan diri seseorang individu melalui pelbagai platform media sosial yang tersedia masa kini. Penjenamaan diri dilihat amatlah relevan kepada bakal pengusaha sesebuah perniagaan memandangkan masyarakat masa kini sudah beralih kepada arus penggunaan platform media sosial moden seperti Facebook, Instagram, TikTok, dan sebagainya. Populariti individu melaui media sosial sangat membantu dalam aktiviti pemasaran dan menjadi batu loncatan kepada pengusaha perniagaan, termasuklah pengusaha bidang pengurusan acara untuk lebih berdaya saing. Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 33


Tambahan pula, program yang dijalankan secara atas talian ini juga secara tidak langsung telah memberi pendedahan kepada pelajar untuk mendepani tuntutan teknologi bersesuaian dengan peredaran masa. Pelajar mempelajari secara praktikal tentang pengendalian sesebuah acara secara atas talian atau ‘virtual’. Pengalaman pengurusan acara atas talian seumpama ini merupakan pendedahan pertama kali bagi kesemua pelajar HTT251-MHM1112F semester tersebut. Walaupun agak mencabar bagi mereka namun program berjaya dilaksanakan dengan lancar. Kebolehan dan kecekapan pelajar dalam menguruskan program ini mendapat pujian daripada penceramah jemputan luar dan peserta daripada fakulti lain. Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 34


RANDAI…TAHUKAH ANDA? 1ZAITY AKHTAR MUKHTAR, 2SHAREENIE SHERA ABDUL HAMID, 3NIK ROZILAINI WAN MOHAMED, 4MASHITA ABDUL JABAR 1,2UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah 3,4UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka Randai jarang sekali digunakan dalam ucapan harian kita. Berasal daripada perkataan merandai bermaksud mengarang atau melingkar sesuatu kawasan lapang bagi mencari sesuatu yang hilang. Randai pada asalnya adalah sebuah persembahan teater bagi masyarakat Minangkabau dari Sumatra Barat. Persembahan ini hampir menyamai persembahan Khatakali dari India atau pun Kabuki Jepun . Persembahan teater ini adalah gabungan seni muzik, tarian, nyanyian, drama dan pencak silat. Biasanya mengisahkan cerita-cerita epik atau kisah lagenda Minangkabau yang seringkali menampilkan konflik, kepahlawanan dan moral. Persembahan randai dibuat secara melangkah perlahan sambil membuat bulatan dan diselang seli antara muzik , tarian dan silat. Persembahan yang melibatkan sekelompok pemain yang beraksi, menari dan bermain muzik secara ‘live’ dengan menggunakan alat muzik seperti talempong dan gendang. Sebelum ini penari randai adalah kaum lelaki sahaja tapi kini kaum wanita telah turut serta membuat persembahan dengan menggunakan kostum khas yang merupakan pakaian tradisional Minangkabau seperti baju kurung, destar (ikat kepala) dan sarung. Penceritaan didalam persembahan randai adalah merupakan cerita lagenda dan kisah rakyat di Sumatera khususnya masyarakat Minangkabau. Randai tidak hanya merupakan hiburan semata tetapi lebih berunsurkan budi pekerti, tata susila, pendidikan dan juga kesedaran berbangsa/bermasyarakat.. Teater yang panjang ini akan mengambil masa beberapa hari untuk dipersembahkan. Di Malaysia, randai merupakan salah satu seni budaya masyarakat Minangkabau di Beranang, Jelebu, Kuala Pilah dan Mantin (Kechot, 2009). Ramai yang tidak mengetahui tentang persembahan unik ini terutamanya golongan muda hari ini. Zaman dahulu, ianya sering dipersembahkan pada acara tertentu seperti :- Upacara Adat : Randai sering dipersembahkan dalam berbagai upacara adat Minangkabau seperti perkahwinan, pertunjukan adat dan keagamaan. Festival Budaya : Randai sering tampil dalam berbagai festival seni dan budaya dimana ianya memberi kesempatan kepada kumpulan randai untuk menterjemahkan karya mereka kepada penonton dengan lebih luas. Acara Kebudayaan : Ini bertujuan untuk mempromosikan dan melestarikan budaya Minangkabau khususnya di Negeri Sembilan. Acara Hiburan : Di luar acara-acara tradisional, randai juga dipersembahkan sebagai hiburan dalam berbagai kesempatan seperti pameran, konsert dan lain-lain. Acara Pendidikan : Randai digunakan dalam konteks pendidikan untuk merperkenalkan budaya Minangkabau kepada generasi muda dan orang-orang dari luar budaya tersebut. Kesimpulannya, kepentingan randai bagi masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan lebih kepada mempertahankan seni pertunjukan tradisional yang melibatkan budaya, identiti dan warisan.Semua alasan tersebut menjelaskan mengapa masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan dan di tempat lain masih aktif dalam mepertahankan seni ini. Rujukan 1.Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara, Negeri Sembilan 2. Pauka, Kirstin (1998). "The Daughters Take Over? Female Performers in Randai Theatre". The Drama Review. 42 (1): 113–121. 3. Kechot, A. S. (2009). Laporan Kajian Randai Warisan Masyarakat Minang Negeri Sembilan : Meneroka Perlembangaan & Taburannya. Jurnal Melayu, 161-172. 4. https://minangkabaunews.com/mengenal-randai-sebagai-permainanan-tradisional-minangkabau/ Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 35


PELAJAR CEMERLANG KONTEKS MADANI 1HAMIDAH JALANI, 2 IZZAH NUR AIDA ZUR RAFFAR 1,2Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka Perkataan madani bukan lagi suatu benda baharu bagi kita. Perdana Menteri ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan konsep madani kepada Malaysia. Madani harus difahami oleh semua lapisan masyarakat termasuklah pelajar masa kini. Madani membawa maksud maju dari sudut pemikiran dan ilmu, mengamalkan nilai-nilai murni serta mempunyai kekuatan kerohanian yang merupakan tunjang utama dalam menjadikan masyarakat maju, harmoni juga sejahtera khususnya dalam membentuk jati diri pelajar lebih unggul dan holistik. Berdasarkan enam teras yang telah digariskan, sebagai seorang pelajar bersikap mampan, sejahtera, berdaya cipta, hormat, ihsan dan berkeyakinan perlu ada dalam diri mereka. Penulis tertarik untuk membincangkan mengenai teras hormat dalam konsteks madani ketika proses menuntut ilmu berlangsung. Berbicara mengenai saling menghormati, ia menggambarkan keperibadian pelajar masa kini. Desawarsa ini, diakui kecemerlangan akademik pelajar memang tidak dapat dinafikan. Peningkatan pencapaian akademik yang memberangsangkan menjadi kebanggaan semua. Kita telah berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang dari sudut akademik. Namun adakah kita yakin bahawa pelajarpelajar ini juga mempunyai kecemerlangan dari sudut akhlak? Adab dalam menuntut ilmu sering dikaitkan sebagai pakej dalam kecemerlangannya. Ada segelintir dalam kalangan pelajar terlepas pandang mengenai adab dalam mencari keberkatan ilmu. Adab yang baik seperti budaya memberi salam, memberi senyuman, tunduk hormat dan sebagainya kini kurang diberi perhatian oleh sesetengah pelajar. Dalam konteks menuntut ilmu, adab berguru amat ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Islam telah mengariskan lapan adab ketika berguru antaranya; i) Memberi salam: salam merupakan suatu kewajipan bagi umat Islam. Malah kita sedia maklum bahawa memberi salam merupakan salah satu kaedah penghormatan dan sapaan mesra kepada orang lain. Namun banyak situasi yang boleh dilihat pada harini seperti apabila pelajar bertembung dengan guru-guru atau rakan seangkatan, budaya salam tidak lagi menjadi keutamaan kepada pelajar. ii) Elakkan berbual-bual semasa guru sedang mengajar di hadapan dan membantah mereka: pelajar yang baik adalah pelajar yang sentiasa menjadi pendengar yang setia. Ketika guru sedang mengajar di hadapan, semua pelajar diminta untuk mendengar dengan fokus apa yang ingin disampaikan oleh guru tersebut. Perbuatan seperti melakukan tugasan lain selain matapelajaran tersebut, berbual dengan rakan, menggunakan telefon ketika sesi pembelajaran merupakan suatu perbuatan yang dianggap tidak hormat dan tidak sopan dalam adab belajar. Ada segelintir pelajar tidak memandang serius apabila mereka berbual ketika sesi pembelajaran berlangsung, malah ada yang dengan berani menjawab panggilan telefon dihadapan guru dengan tidak mempunyai perasaan bersalah. iii) Bercakap menggunakan bahasa yang sopan: pemilihan perkataan yang baik ketika bertutur juga merupakan konteks adab dalam menuntut ilmu. Penggunaan perkataan yang sopan dan berhemah melambangkan keperibadian kita sebagai pelajar yang mempunyai sahsiah diri yang cemerlang. Bertutur dengan menggunakan perkataan yang sopan terutama apabila berbicara dengan guru, dengan tidak menyentuh mengenai perkara-perkara sensitif dan menggunakan kata-kata kesat akan memberi ketenangan dan keseronokan kepada guru untuk menyampaikan ilmu. Namun terdapat segelintir pelajar tidak mampu membezakan perkataan yang sesuai atau tidak digunakan ketika berhadapan dengan guru. Umpamanya kita biasa mendengar mereka bergurau sesama rakan sebaya dengan mengucapkan perkataan seperti bodoh, sial, babi, mampus, anjing, sundal dan sebagainya tanpa menghiraukan orang lain yang mendengarnya. Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 36


iv) Membuat tugasan yang diberikan dengan bersungguh-sungguh: sebagai seorang pelajar mereka mempunyai tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Segala tugasan yang telah diberikan perlu diselesaikan dengan bersungguh-sungguh mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Jika tidak mampu menyelesaikan tugasan tersebut, pelajar boleh berjumpa dengan guru untuk mendapatkan penjelasan mengenainya. Namun, terdapat sesetengah pelajar pada hari ini memilih untuk mendiamkan diri dengan tidak menyiapkan tugasan malah pada minggu-minggu terakhir kuliah menyatakan tidak memahami kehendak tugasan tersebut. Ini adalah suatu tindakan yang salah kerana pelajar tersebut tidak bersungguh-sungguh berusaha untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan malah dianggap ‘sombong’ kerana tidak mahu bertanya sekiranya tidak memahami tugasan tersebut. v) Membantu guru ketika kesusahan: budaya bantu membantu merupakan amalan mulia yang ditekankan dalam Islam. Dalam budaya menuntut ilmu, pelajar yang baik adalah pelajar yang sering peka dengan kesusahan gurunya. Jika guru berada dalam kesusahan seperti membawa beban yang banyak seperti membawa laptop, buku, fail dan sebagainya untuk ke dewan kuliah ditambah jika ketiadaan projektor di dalam kelas, pelajar yang melihat situasi ini perlu menghulurkan bantuan bagi meringankan beban guru tersebut. Namun realiti harini, adakala mereka hanya melihat guru berlalu dengan membawa beban yang banyak untuk menghadiri kelas. Keadaan ini memperlihatkan kepada kita bahawa adab berguru itu semakin lama semakin pudar kerana kurangnya kesedaran perkara adab dalam menuntut ilmu. vi) Menghormati guru sepanjang masa: guru umpama pelita yang akan menerangi kehidupan manusia. Pengorbanan yang dicurahkan kepada anak bangsa menjadikan mereka insan mulia yang perlu dihormati sehingga akhir hayat mereka. Walaupun pada semester ini mereka tidak lagi mengajar, namun adakah kita terus melupakan jasanya yang telah mengajar pada semester lalu sehingga sanggup mengorbankan jiwa dan raga demi menjadikan kita sebagai pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat. vii) Mendoakan kesejahteraan guru: adat berguru bagi seorang pelajar. Sentiasa mendoakan yang terbaik kepada insan-insan yang telah mendidik menjadi manusia yang berguna. Ilmu yang dicurahkan akan terus menjadi pelita dalam kehidupan kita. Tiada tolok bandingnya dengan upah yang diperolehi selain dari kemenjadian seseorang pelajar itu menjadi ‘manusia’ yang bermanfaat kepada manusia yang lain. viii) Menziarahi guru ketika mempunyai kelapangan: ziarah menziarah merupakan suatu perbuatan baik yang disarankan dalam Islam. Dengan berbuat demikian akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. Maka sebagai pelajar yang mempunyai nilai adab yang tinggi, disarankan untuk sentiasa bertanya khabar kepada gurunya supaya hubungan yang telah sekian lama terjalin tidak putus. Memadai sekadar menghantar ucapan khabar melalui whatsapp atau SMS atau apa-apa sahaja melalui media sosial. Dunia di hujung jari, boleh berhubung melalui apa-apa sahaja saluran yang ada. Secara kesimpulannya, kejayaan cemerlang para pelajar sangatlah diharapkan oleh ibu bapa dan pendidik bukan hanya dari sudut akademik semata-mata bahkan seimbang dengan pembangunan keohanian, emosi, intelektual dan jasmani seperti matlamat yang ingin dicapai menerusi falsafah pendidikan kebangsaan. Justeru, ilmu perlu disepadukan dengan amal sebagaimana tujuan pendidikan yang sebenar dalam Islam. Dengan adanya paduan antara ilmu dan adab, maka para pelajar mampu menuju kecemerlangan dalam bidang akademik dan seluruh aspek kehidupan mereka diiringi dengan restu dan keberkatan doa ibu bapa dan pendidik. Allahua’lam. Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 37


PROGRAM SCHOOL ATTACK 2023 1NORASHIKIN ADAM, 2NORZAHIDAH YACOB, 3NGAU DUO SENG 1,2,3Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah Program School Attack 2023 telah diadakan pada hari Rabu, 14 Jun 2023, bertempat di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMBAI, MELAKA. Program ini adalah anjuran Kelab D’Bankers iaitu terdiri daripada pelajar-pelajar jurusan Diploma Pengajian Perbankan, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Seramai lebih 90 orang pelajar sekolah yang terlibat semasa program berlangsung. Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar sekolah tentang pembelajaran dan kehidupan di alam universiti, justeru dapat memberikan motivasi tentang kerjaya kepada pelajar sekolah yang terlibat. Aktiviti ini dapat melahirkan dan memupuk sifat kepimpinan dalam diri setiap pelajar pada seawal usia. Selain itu, program ini juga dapat melatih para pelajar untuk mengenali ahli dan bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu cabaran yang akan dihadapi. Program ini juga dapat memberikan mahasiswa/i pengalaman yang bermakna yang dapat digunakan di alam pekerjaan kerana dapat mengendalikan program dengan teratur dan berkesan di samping menguruskan masa untuk pembelajaran. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan sepanjang program berlangsung. Di antaranya ialah “JELAJAH ALAM UNIVERSITI” di mana perkongsian mengenai program pengajian perbankan secara lebih mendalam dan pengalaman sebagai seorang pelajar universiti turut dikongsi kepada pelajar sekolah. Ini dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang peluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi nanti. Terdapat juga program kesihatan seperti senamrobik, “ice-breaking” dan juga “explorace”. Program sebegini dilihat dapat melahirkan individu yang berkarisma, dan meningkatkan kemahiran interpersonal untuk menghadapi dunia pekerjaan yang mempunyai cabaran yang pelbagai selain dapat melahirkan individu yang bersemangat tinggi dan semangat berpasukan dalam menjalankan sesuatu tugas. Pelajar diberi pendedahan mengenai kepimpinan menerajui sesebuah organisasi dan kepentingan kerjasama antara ahli untuk pembentukan sesebuah organisasi yang berjaya. Pelajar juga dilatih untuk menjalinkan wasilah yang baik dengan semua lapisan masyarakat terutamanya yang berada di peringkat sekolah termasuklah pentadbir, para guru dan pelajar sekolah. . Secara keseluruhan, program yang dijalankan Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 38


adalah berjaya dilakukan pada semester ini dengan kerjasama yang baik daripada pelajar dan pihak sekolah. Program ini juga telah membuka mata dan memberi pandangan jauh mengenai kursus pengajian perbankan serta pengenalan UiTM kepada pelajar SMK Sungai Rambai. Pelajar diharapkan telah mengambil cakna dan dapat meningkatkan kesedaran mengenai pelajaran serta mengetahui hala tuju setelah tamat sekolah menengah. Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 39


PENDEKATAN KOMUNIKASI KREATIF DALAM ERA DIGITAL 1AINI FAEZAH RAMLAN, 2ABDUL RAUF RIDZUAN, 3SITI NUR FARRAH FAADIAH ABDUL GHANI 1,2,3 Fakulti Komunikasi & Pengajian Media Teknologi komunikasi diterjemahkan sebagai cara atau alat perkakas yang menjadikan kerja lebih mudah, selamat, jimat dan efisyen. Walau bagaimanapun, teknologi komunikasi ini adalah alat perkakasan, struktur organisasi and nilai-nilai sosial yang dialami oleh individu semasa mengumpul, memproses dan bertukar-tukar informasi dengan individu lain (Mohd Baharudin & Mohd Khairi, 2008). Kepentingan dan potensi dalam penggunaan teknologi komunikasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tidak dapat disangkal lagi untuk membuka dan meneroka dunia ilmu dengan lebih pantas dan meningkatkan kualiti graduan yang akan dilahirkan pada masa akan datang. Proses pembelajaran mahasiswa dan mahasiswi di universiti merupakan satu peluang yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya sebelum mereka meninggalkan kampus dan bekerja di industri yang bersesuaian dengan bidang pengajian mereka. Salah satu peluang yang memberi nilai tambah kepada pelajar ialah menyertai program pengantarabangsaan pelajar ke universiti luar negara walaupun menerusi kaedah secara maya. Seiring dengan perkembangan teknologi komunikasi pada abad ini, FKPM mengambil Langkah proaktif dan cakna untuk meningkatkan tahap dan kemahiran kompetensi komunikasi menerusi program kolaborasi dengan universiti luar negara. Sistem pembelajaran secara digital pada hari ini sudah tidak asing lagi kepada para pelajar terutamanya para pelajar di institut pengajian tinggi. Bermula pada tahun 2020, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Cawangan Melaka melaksanakan inovasi pengajaran yang lebih kreatif dan efektif menerusi program jalinan antarabangsa yang melibatkan beberapa buah universiti daripada Indonesia dan Filipina. Program dikendalikan dalam bentuk webinar, sesi perkongsian bersama industri, demonstrasi budaya dan perbincangan kumpulan serta pertandingan akhir untuk menentukan pemenang bagi pembentangan akhir Social Campaign Creative Proposal yang telah diberi tunjuk ajar oleh mentor, manakala para juri membuat penilaian akhir. Kejayaan menganjurkan program International Virtual Summer Camp (IVSC2020) : Developing Post Covid-19 Business Plans pada 3-14 Ogos 2020, dan International Virtual Season Camp (IVSC2021): Hybrid Service in Hospitality and Tourism Post Pandemic Covid-19 & Media Literacy and Campaign Post Pandemic Covid-19 pada 10-12 Disember 2021, International Communication Competition 2022,dan International Competition 2023 yang lepas telah mencipta satu pencapaian yang berimpak tinggi kepada UiTM Cawangan Melaka dan BINUS. Program ini yang menggunakan pendekatan komunikasi kreatif dalam era digital meneroka kolaborasi antarabangsa di antara pelajar UiTM Melaka dan pelajar universiti luar negara membawa beberapa kelebihan khusus.Pendekatan komunikasi kreatif dalam era digital ini melibatkan penggunaan strategi inovatif untuk menyampaikan mesej. Medium ini menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik minat pengguna dalam persekitaran digital. Beberapa aspek utama pendekatan ini termasuk: 1. Pembelajaran interaktif menerusi kolaborasi dengan pelajar universiti luar negara di peringkat Asia Tenggara 2. Platform kolaboratif dalam talian yang membolehkan pelajar bekerja sama dalam projek, berkomunikasi secara efektif dan berkongsi idea untuk menyertai pertandingan dan meningkat kan kompetensi pelajar. Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 40


3. Pembelajaran Berasaskan Permainan (Game-Based Learning). Aplikasi seperti Kaahoot dapat digunakan sebagai medium untuk menguji pengetahuan pelajar.Integrasi unsur permainan dalam pengajaran untuk membuat pembelajaran lebih menyeronokkan dan merangsang daya pemikiran kreatif. 4. Webinar dan Kuliah dalam Talian: Sesi kuliah dalam talian atau webinar yang memanfaatkan elemen-elemen multimedia, menjadikan pengajaran lebih dinamik. 5. Penggunaan Alat Pembelajaran Digital. Penggunaan aplikasi dan alat pembelajaran digital yang menarik untuk memperkukuh konsep, seperti kuis interaktif, peta konsep animasi, atau aplikasi simulasi. 6. Pemikiran Kreatif dan Projek Inovatif. Penglibatan pelajar untuk mengaplikasikan pemikiran kreatif dalam penyelesaian masalah dan membentuk projek inovatif mereka sendiri. Pendekatan ini bukan sahaja membuat pembelajaran lebih menarik, tetapi juga mempersiapkan pelajar untuk menghadapi cabaran dan peluang dalam dunia digital yang sentiasa berubah. Beberapa elemen inovasi dalam pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih komunikasi yang lebih efektif. Peningkatan kemahiran dan alat digital yang kreatif meningkatkan keyakinan pelajar utuk meneroka peluang untuk mendapatkan pengetahuan dan pengalaman bersama rakan sebaya dari universiti luar negara. Malah, pertukaran budaya yang dinamik dapat diserapkan secara kreatif dengan cara yang unik untuk memperkukuhkan kesefahaman dan menghormati kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar. Kesimpulannya dengan memanfaatkan kelebihan pendekatan komunikasi kreatif dalam era digital, kolaborasi antarabangsa di kalangan pelajar universiti menjadi lebih dinamik, merangsang kreativiti, dan membina hubungan yang berkekalan.Pendekatan ini memberikan ruang untuk fleksibiliti dan kreativiti dalam berkomunikasi, memudahkan organisasi dan individu untuk berinteraksi dengan audiens dalam cara yang lebih menarik dan efektif di era digital ini. Dalam konteks pendidikan, menggunakan pendekatan komunikasi kreatif dalam era digital dengan meningkatkan penglibatan pelajar, membantu dalam pemahaman konsep, dan mempromosikan pembelajaran yang berkesan. Rujukan 1. Mohd Baharudin Othman, Mohd Khairie Ahmad (2008). Pengantar Komunikasi. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok. 2. Siti Nasarah Ismail, Dzaa Imma Abdul Latiff (2019). Media Baharu Dalam Pendidikan. Penerbit UiTM Press. Universiti Teknologi MARA. Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 41


PROFESSIONAL COMMUNICATION EXERCISE: INDUSTRY ON CAMPUS (PiCaSo 2.0) 2023 1DR. AMEIRUEL AZWAN AB AZIZ, 2NOR ATIFAH MOHAMAD, 3DR. AMIRAH MOHD JUNED, 4NURHAMIZAH ISHAK, 5NAZARUL AZALI RAZALI, 6ARIFF IMRAN ANUAR YATIM, 7SHEIK BADRUL HISHAM JAMIL AZHAR, 8MOHD AMIRUL ATAN, 9HAZLIN IBRAHIM KHAN 1,2,3,4,5,6,7,8Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka 9Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Melaka Professional Communication Exercise: Industry on Campus (2.0) 2023 telah dianjurkan oleh Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Alor Gajah dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Program satu hari ini telah dianjurkan pada 25 Julai 2023 di Ruang Santai Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Kampus Alor Gajah. Program ini merupakan platform bagi pelajar-pelajar semester 5 program Diploma in English for Professional Communication (LG120) untuk membentangkan hasil projek akhir mereka bagi subjek Professional Communication Exercise (ELS304). Seramai 100 orang pelajar LG120 telah berjaya membentang dan berkongsi hasil projek mereka dengan dua orang ahli panel industri yang terdiri daripada Pn. Nik Rahila Wan Ibrahim, Pensyarah Bahasa Inggeris, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dan juga En. Najmi Aidil Mohamad Nasir, penganalisa pelaburan, Ficus Group Capital Sendirian Berhad. Selain daripada ahli panel industri, pelajar-pelajar juga turut dinilai oleh pensyarah-pensyarah Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka yang lain. Pembentangan ini merupakan salah satu komponen penilaian untuk subjek ELS304 dan telah berjaya memberi pendedahan kepada para pelajar LG120 mengenai suasana pembentangan sebenar dalam persekitaran kerjaya di industri. Selain daripada itu, pembentangan ini juga adalah betujuan untuk mengetengahkan potensi pelajar LG120 kepada pihak industri dan mendapatkan maklum balas daripada pihak mereka. Hasil daripada sesi pembentangan ini telah meninggalkan kesan positif di mana terdapat beberapa produk akhir pelajar telah berjaya dijual semasa sesi pembentangan dan telah berjaya memberi inpsirasi dan pendedahan kepada pelajar-pelajar LG120 semester 1 hingga 4 yang turut hadir di dalam program ini. Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 42


BENGKEL PENGENALAN e-RESULT EXAM SYSTEM (e-Res) 1HAMIDAH JALANI, 2MARIAM FARHANA MD NASIR, 3SARAH DINA MOHD ADNAN, 4NANG NAEMAH NIK DAHALAN, 5NOR ADINA ABDUL KADIR, 6DR. IZZAH NUR AIDA ZUR RAFFAR 1,2,3,4,5,6Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) UiTM Cawangan Melaka di bawah pimpinan Penyelaras Kompetensi Sistem Akademik, Puan Hamidah Jalani telah mengadakan Bengkel Pengenalan e-Result Exam System (e-Res) yang berlangsung pada 17 Julai 2023 (Isnin) melalui platform atas talian, Cisco Webex. Seramai 209 orang peserta telah menyertai bengkel tersebut. Bengkel ini bertujuan: a) Mendedahkan peserta bengkel cara pengendalian sistem e-Res yang betul. b) Memberikan input serta kaedah muatturun markah dengan sistem e-Res. c) Meningkatkan pemahaman terutama kepada pensyarah baharu dan PTFT Bengkel ini dimulai dengan ucapan aluan oleh Moderator, Puan Nur Faithzah binti Jamian. Seterusnya, bengkel diteruskan dengan taklimat e-Res oleh En. Mohd Helman Bin Md Esa, Penolong Pendaftar, BHEA, UiTMCM pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Penceramah banyak membantu para peserta dalam menjawab persoalan pada sesi Q & A serta turut membantu peserta dalam memahami penggunaan sistem e-Res tersebut. Prof Madya Dr. Ismadi bin Md Badarudin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Melaka juga turut meluangkan masa untuk memberi ucapan perasmian pada sesi bengkel. Bengkel tamat pada jam 12.00 tengahari. Untuk makluman semua, bengkel ini akan diadakan pada setiap semester bagi memberi panduan pengisian markah di dalam sistem yang telah dibangunkan oleh pihak UiTM iaitu e-RESULT EXAM SYSTEM (e-Res). Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel tersebut. #UCAADUiTMMelaka #BHEAUiTMMelaka Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 43


KATA ADAT KATA KIASAN 1ASLIZA MOHD YUSOF 1Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, UiTM Cawangan Melaka Kata adat kata kiasan Ditunjuk ia, dipegang bukan Dibentang selebar alam Dilapat selebar kuku Walau sebesar biji labu Langit dan bumi ada didalam Ini menunjukkan bahawa adat itu perlu kepada penghuraian, tidak boleh diambil maknanya secara terus (tersurat). Ianya mempunyai maknanya yang tersirat. Seperti contoh hidung tinggi, makna tersuratnya tentulah berapa tinggi hidung tersebut, tetapi makna tersiratnya adalah orang yang sombong. Adat Satu perkataan yang membawa maksud peraturan hidup. Peraturan (Adat) ini ada pada setiap bangsa serta ianya diamalkan dan diikuti oleh setiap bangsa dan kaum yang ada didunia ini 1. Adat Teradat ❖ Ianya adalah ketetapan dari Allah SWT. Matahari muncul pada waktu siang, bulan muncul pada waktu malam. Lelaki berkahwin dengan wanita. Emas merupakan perhiasan khusus kaum wanita. Jika ada lelaki yang berkahwin dengan kaumnya sendiri, ia dikira sebagai menyalahi adat, iaitu peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT seperti mana kaum Nabi Luth. 2. Adat yang Diadatkan ❖ Kebiasaan cara hidup yang telah dijadikan undang-undang. Contoh tanah pusaka adat (sawah dan kampung) di Negeri Sembilan diberikan kepada kaum wanita. Ianya termaktub dalam Undang-Undang Tanah Negeri Sembilan. Hanya Seremban dan Port Dickson sahaja yang tidak mempunyai tanah pusaka adat. ❖ Kaum wanita kebiasaannya membawa beg tangan ke mana sahaja dia pergi. Itu juga kebiasaan yang menjadi undang-undang tidak bertulis bagi kaum wanita. ❖ Pada setiap rumah pastinya ada langsir atau kain bagi setiap pintu dan tingkap termasuk di pejabat-pejabat dan juga di rumah orang yang serba kekurangan. Ia dinamakan kebiasaan atau undang-undang tak bertulis. Sekadar contoh mudah untuk difahami. 3. Adat Istiadat ❖ Ini adalah upacara bagi sesuatu majlis. Bagi tentera, mestilah mengikut tradisi ketenteraan. Majlis perkahwinan atau pertabalan diraja mesti mengikut cara diraja, bukan sembarangan. Perkahwinan rakyat biasa juga begitu, pasangan pengantin diarak dengan kompang, bunga manggar, bersanding dan lain-lain. Majlis khatam al-Quran perlu ada pulut kuning, bunga telur 30 biji kerana ia merupakan istiadatnya. Ini juga merupakan contoh mudah untuk difahami. Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 44


4. Adat Resam ❖ Merangkumi budaya,cara hidup, pakaian dan makanan. Orang Cina makan menggunakan penyepit, orang putih makan menggunakan sudu dan garfu, manakala orang Melayu makan menggunakan tangan kanan. Wanita India memakai sari, Melayu pula berbaju kurung. Jika kita minta wanita Melayu memakai sari, mereka akan sedikit canggung kerana bukan budaya dan kebiasaan mereka. Orang Johor (Jawa) menarikan kuda kepang, Orang Kelantan pula dengan dikir baratnya. Ini diturunkan dari generasi ke generasi. Jika kita minta orang Kelantan mempelajari kuda kepang, mereka akan sedikit kekok kerana bukan budaya mereka. Orang Cina bangga dengan Tarian Singa mereka. Inilah dinamakan adat resam yang sememangnya ada pada semua bangsa sebagai peraturan hidupnya. Biar Mati Anak Jangan Mati Adat Pepatah ini selalu disalah ertikan. Adat itu adalah peraturan (undang-undang). Maksudnya jika anak kita melanggar undang undang atau membuat sesuatu kesalahan, walaupun bapanya adalah seorang pemimpin, anak tersebut mesti dijatuhkan hukuman tanpa sebarang pilih kasih. Maksudnya jika hukuman itu ialah mati maka tetaplah dilaksanakan hukuman tersebut supaya undang-undang itu dapat ditegakkan dan dihormati. Rujukan 1. Kajian Lapangan (2022), Majlis Kerjan Perlantikan Buapak, Suku Batu Hampar, Negeri Sembilan Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 45


GOTONG-ROYONG D’BANKERS 1NORASHIKIN ADAM, 2NORZAHIDAH YACOB, 3NGAU DUO SENG 1,2,3Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah Aktiviti gotong-royong telah diadakan pada hari Ahad, 2 April 2023, di MASJID AL-HIKMAH. Program ini telah dijalankan dengan kerjasama Majlis Tertinggi dan exco-exco kelab D’Bankers. Aktiviti ini bertujuan untuk membersihkan di dalam dan luar kawasan masjid agar ia lebih bersih dan selesa kepada para jemaah yang datang ke masjid. Aktiviti gotong royong ini dapat memupuk semangat atau nilai kerjasama serta memudahkan tugas setiap individu. Sebagai contoh, aktiviti kebajikan yang dibuat secara bergotong royong memerlukan kerjasama yang baik. Secara tidak langsung, kemahiran mengurus dan mendengar arahan dapat ditambah baik dalam diri setiap sukarelawan. Persis kata peribahasa Melayu, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Jelasnya, aktiviti gotongroyong dapat menyelesaikan sesuatu tugas dalam tempoh masa yang singkat dan memupuk nilai kerjasama antara peserta. Terdapat beberapa aktiviti yang telah dilakukan semasa program berlangsung iaitu membersihkan almari Al-Quran dan membersihkan lantai serta permaidani masjid. Mereka juga bertugas untuk mengutip sampah di sekeliling masjid. Selain itu juga, mereka menyusun atur telekung dan membersihkan ruang solat jemaah. Selepas semua kerja-kerja pembersihan dilakukan pelajar membersihkan diri seterusnya mendirikan solat jemaah serta berbuka puasa bersama-sama. Melalui program Gotong Royong D’bankers ini juga dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin secara tidak langsung mampu menjamin keunggulan sesebuah Universiti. Masalah disiplin dapat di kurangkan kerana pelajar telah terlatih untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab dan berdisplin ketika bergelar seorang pelajar. Hal ini mendorong mereka untuk mematuhi segala peraturan dan arahan yang disediakan oleh pihak universiti tanpa sebarang bantahan. Tambahan pula, nama baik universiti dapat dipertingkatkan sejajar dengan kualiti pelajar yang bermutu. Secara keseluruhan, program gotong-royong D’Bankers ini dapat dijalankan dengan baik. Hal ini kerana, sasaran program ini dilakukan adalah untuk merapatkan hubungan antara ahli kelab D’Bankers tercapai dengan jayanya. Pembahagian tugas dalam program ini membantu ahli kelab untuk bekerjasama dan berkomunikasi secara berkesan. Justeru, program ini adalah bermanfaat dalam melahirkan pelajar universiti yang berkualiti dan dapat berbakti untuk masyarakat dan negara. Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 46


TISU KULTUR TUMBUHAN: DARI MAKMAL KE LAPANGAN. 1SITI AISHA NAÍLLA CHE MUSA 1Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin Pengajaran secara kolaboratif yang disarankan oleh UiTM telah di manfaatkan dengan jemputan wakil industri dari “The Malaysian Agricultural Research and Development Institute” (MARDI), Dr. Zuraida Abdul Rahman yang merupakan Ketua Pegawai Penyelidik di Pusat Penyelidikan Bioteknologi. Satu program telah diadakan dan dihadiri oleh pelajar-pelajar yang mengambil kursus “Bioteknologi untuk Tanaman Perladangan” di Auditorium UiTM Jasin, Melaka pada 5 Julai 2023 yang lalu. Objektif program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman para pelajar di dalam bidang tisu kultur tumbuhan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada situasi penyelidikan sebenar seperti pendedahan kepada peralatan dan makmal di industri. Program ini dilihat mampu meningkatkan kefahaman pelajar dalam pematuhan etika dan amalan professional mengenai tanaman bioteknologi. Program yang berlangsung selama 2 jam ini telah memberikan pendedahan kepada pelajar dan pensyarah berkenan prosedur tisu kultur tumbuhan bermula dari makmal sehingga mendapatkan kebenaran untuk di tanam di lapangan. Dr. Zuraida telah berkongsi tentang proses tisu kultur tumbuhan seperti Kunyit Hitam “Kaempferia Parviflora”, padi dan beberapa tumbuhan lain. Secara asasnya, kelima-lima langkah am dalam prosedur tisu kultur (Garcia, 2010) telah diambil. Namun, setiap langkah telah di inovasikan untuk mengatasi masalah kesesuaian spesis tumbuhan, dan kekangan kewangan. Ini membuka mata para pelajar dan pensyarah bahawa tisu kultur tumbuhan mampu di jalankan secara fleksibel. Kesedaran akan kepentingan tisu kultur tumbuhan juga dapat dilihat kerana setiap prosedur adalah mengikut tatacara pengendalian tisu kultur tumbuhan yang telah digariskan oleh organisasi berwajib. Selain itu, pelajar dan pensyarah juga didedahkan dengan prosedur untuk membawa tanaman tisu kultur yang telah ditambah baik secara genetik ke lapangan. Terdapat prosedur yang ketat yang perlu dipatuhi dalam membawa tanaman ini ke lapangan. Prosedur- prosedur tersebut melibatkan para penyelidik, organisasi berwajib dan orang awam. Pendedahan seperti ini menunjukkan bahawa tanaman ini tidak boleh sewenang-wenangnya di pindah ke lapangan. Ini kerana, hal-hal sedemikian adalah tertakluk kepada undang-undang bagi menjamin keselamatan pengguna dan alam sekitar. Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 47


Penganjuran program sebegini menunjukkan contoh pembelajaran daripada pengalaman yang melibatkan pelajar, pensyarah dan rakan industri. Hasil pembelajaran yang sebegini dilihat berkesan dalam membolehkan perkongsian pihak profesional dari industri di mana pemahaman pengetahuan asas juga dapat di tambah baik dalam persekitaran kolaboratif ini. Ini mampu membuka mata para pelajar bahawa tisu kultur tumbuhan dan bioteknologi mampu menyumbang kepada jaminan keselamatan makanan dan kelestarian alam di mana pertambahan bilangan penduduk adalah dianggar seramai 9 billion pada 2050 berserta dengan permasalahan perubahan iklim, urbanisasi dan degradasi tanah yang memberi tekanan pada jaminan makanan (Lenaerts et, al., 2019). Program sebegini adalah wajar di adakan dalam membantu pemahaman para pelajar terhadap sektor tisu kultur tumbuhan dan bioteknologi. Penyampaian sijil penghargaan kepada penceramah. Rujukan 1. García-Gonzáles, R., Quiroz, K., Carrasco, B., & Caligari, P. (2010). Plant tissue culture: Current status, opportunities and challenges. International Journal of Agriculture and Natural Resources, 37(3), 5-30. 2. Lenaerts, B., Collard, B. C., & Demont, M. (2019). Improving global food security through accelerated plant breeding. Plant Science, 287, 110207. Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 48


SIRI SYARAHAN PROFESIONAL BIDANG PENTERJEMAHAN EDISI KE-6, 2023 1AHMAD HARITH SYAH BIN MD YUSUF 1Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka Siri Syarahan Profesional bidang penterjemahan edisi ke-6 bagi tahun 2023 yang dijalankan secara dalam talian telah berlangsung pada hari Rabu, 17 May 2023. Siri syarahan profesional ini merupakan program akademik yang dijalankan pada setiap semester dengan tujuan untuk mendedahkan para pelajar semester 4 yang mengikuti kursus ELS254 Application of Translation Skills mengenai kerjaya dalam bidang penterjemahan. Dengan bertajukkan “Thinking of a Career in Translation?”, siri syarahan profesional ini bertujuan untuk memberi input-input terkini mengenai senario yang wujud apabila seseorang itu menceburkan diri dalam bidang penterjemehan. Pendedahan topik ini kepada pelajar sememangnya membuka minda mereka mengenai peluang dan cabaran yang mungkin ditempuhi jika mereka memilih untuk melibatkan diri dalam sektor penterjemahan bagi mengejar minat dan cita-cita mereka. Melalui perkongsian daripada Dr. Chow Yean Fun yang merupakan pensyarah kanan dalam bidang penterjemahan di Universiti Sains Malaysia, beliau memulakan syarahan dengan memperkenalkan skop-skop penting yang perlu diketahui bagi mana-mana individu yang ingin menjadi seorang penterjemah di samping menjelaskan mengenai kelayakan yang perlu ada bagi seseorang jika ingin menjadi penterjemah profesional. Ia disusuli dengan perkongsian mengenai tawaran kerja yang wujud diluar sana yang datang dari pelbagai sektor. Kepelbagai tawaran kerja dalam sektor ini memungkinkan seseorang yang ingin melibatkan diri dalam bidang penterjemah boleh memilih untuk menjadi penterjemah bebas atau “in-house translator” di dalam mana-mana organisasi atau syarikat. Namun, beliau berpendapat sebaiknya seseorang itu boleh bermula sebagai “in-house translator” di dalam mana-mana organisasi kerana melaluinya, seseorang itu dapat meningkatkan kemahiran terjemahan lebih cepat serta mampu untuk mengukuhkan kedudukan dalam bidang tersebut khususnya bagi penterjemah baharu. Perkongsian diteruskan dengan penerangan mengenai tawaran-tawaran kerja yang meliputi bidang terjemahan sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Melalui perkongsian ini, para pelajar didedahkan dengan input yang jelas bahawa tawaran pekerjaan dalam bidang penterjemahan ini begitu luas dan pelbagai. Perkongsian ini mengoptimumkan penggunaan carian Google, Linkedin, carian melalui syarikat-syarkit terkemuka, proZ dan translatorcafe. Ia telah membuka mata para pelajar bahawa pasaran kerja sebagi penterjemah begitu luas dan ia tidak terangkup di dalam negara sahaja khususnya dalam dunia digital hari ini. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa selain mempunyai kemahiran dalam menterjemah, para pelajar juga perlu mahir menggunakan CAT Tools. CAT Tools merupakan alat bantu dalam bidang penterjemahan. Penggunaan alat bantu ini dapat mempercepatkan proses penterjemahan. Kepentingannya sangat signifikan dan menjadi keperluan kepada industri luar hari ini. Dr. Chow juga turut berkongsi mengenai kepentingan “digital presence” kepada seseorang penterjemah. Ia boleh dilakukan melalui pelbagai platform digital bagi tujuan memasarkan kemahiran profesional penterjemah secara dalam talian. Kaedah ini dijangka dapat meningkatkan “digital presence” seseorang penterjemah supaya dapat mewujudkan jaringan kerja yang lebih signifikan dari pelbagai institusi dan organisasi. Di akhir perkongsian tersebut, beliau turut memberi input mengenai cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi bagi penterjemah baharu khususnya apabila berurusan dengan pelanggan, teknologiteknologi terkini yang memberi impak kepada bidang terjemahan serta bentuk pasaran teks-teks Buletin Lantera Edisi 4/2023 Unit for Curriculum Affairs & Academic Development (UCAAD) eISSN 2756-875X 9-772756-875003 49


Click to View FlipBook Version