LATIHAN PENGUKUHAN
1. Antara berikut yang manakah tanda seseorang menghidap anoreksia nervosa?
A. Makan banyak protein.
B. Kerap menimbang berat badan.
C. Tidak bersenam.
D. Selalu mengikuti aktiviti sosial.
2. Rajah 1 menunjukkan perut seorang individu yang telah menjalani pembedahan pintasan perut sebagai alternatif
untuk mengurangkan berat badannya.
Rajah 1
Ramalkan kesan selepas pembedahan ini dilakukan terhadap beliau.
A. Mengurangkan pengambilan makanan.
B. Meningkatkan penghasilan insulin di dalam badan.
C. Meningkatkan risiko untuk mendapatkan diabetes mellitus.
D. Meningkatkan metabolism badan dan penyerapan nutrien.
3. Sebahagian besar kolon telah dibuang semasa pembedahan. Oleh itu pesakit itu tidak boleh
A. Makan makanan pepejal.
B. Makan makanan berlemak
C. Menyerap makanan tercerna dengan efisen.
D. Menghasilkan tinja pepejal.
4. Pesakit beranggapan diri mereka gemuk.
Diet yang melampau diukuti dengan memuntahkan makanan yang dimakan.
Pesakit akan mati akibat kehilangan berat badan dan kekurangan nutrien.
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah yang dialami oleh pesakit tersebut?
A. Anoreksia nervosa
B. Bulimia nervosa
C. Kegendutan
D. Gastritis
SOALAN ESEI
1. Jadual 1 di bawah menunjukkan beberapa jenis makanan yang di ambil oleh seorang budak lelaki dalam sehari.
Jenis Makanan
3 pinggan nasi lemak
1 pinggan kentang goreng
Mentega
Telur
Susu
Sosej ayam
Roti putih
Jadual 1
Terangkan sama ada makanan yang di ambil oleh budak lelaki itu adalah diet seimbang.
Terangkan kesan terhadap kesihatan jika budak lelaki ini meneruskan pengambilan makanan ini dalam tempoh yang
lama.
[10 markah]
BIOLOGI TINGKATAN 4
BAB 10 : PENGANGKUTAN DALAM MANUSIA DAN HAIWAN
10.1 JENIS SISTEM PEREDARAN
10.1.1 Mewajarkan keperluan sistem pengangkutan dalam organisma multisel kompleks
10.1.2 Mengenalpasti bahan yang diangkut oleh sistem pengangkutan:
(i) bahan keperluan sel
(ii) bahan buangan sel
10.1.3 Mengkonsepsikan jenis sistem peredaran dalam organisma multisel:
(i) terbuka
(ii) tertutup
10.1.4 Membandingkan dan membezakan antara sistem peredaran dalam organisma multisel
(i) serangga
(ii) ikan
(iii) amfibia
(iv) manusia
Keperluan sistem pengangkutan dalam organisma multisel
kompleks
Setiap sel hidup memerlukan bahan keperluan sel dan menyingkirkan bahan buangan
sel.
Organisma unisel seperti Amoeba sp. memperoleh bahan keperluan dan menyingkirkan
bahan buangan secara resapan dari dan ke persekitaran luar.
Organisma unisel mempunyai isi padu badan yang kecil.
Maka, nisbah jumlah luas permukaan kepada isi padu (JLP/I) organisma adalah besar.
Oleh itu, Amoeba sp. tidak memerlukan satu sistem pengangkutan yang khusus untuk
mengangkut bahan masuk dan keluar sel
Organisma multisel kompleks seperti manusia tidak boleh memperoleh bahan
keperluan sel dan menyingkirkan bahan buangan sel secara resapan seperti Amoeba
kerana jumlah luas permukaan per isipadu (JLP/I) adalah kecil.
Jarak persekitaran luar dari sel adalah terlalu jauh untuk pertukaran bahan secara
langsung.
Untuk mengatasi masalah ini, organisma multisel mempunyai sistem pengangkutan
dalaman yang dikenali sebagai sistem peredaran darah.
Organisma unisel cth. Amoeba sp. Dalam Amoeba pertukaran
bahan boleh berlaku secara
persekitaran luar resapan kerana sel berada
dalam persekitaran.
Organisma multisel
Pertukaran bahan tidak boleh
persekitaran luar berlaku secara resapan kerana
terletak jauh dari sel terletak terlalu jauh dari
sel persekitaran.
epidermis
sel badan
Bahan keperluan sel Bahan buangan sel
Oksigen Karbon dioksida
Nutrien Bahan bernitrogen
Jenis-jenis sistem peredaran dalam organisma multisel
2 jenis
Sistem peredaran Sistem peredaran
terbuka tertutup
Dalam sistem peredaran terbuka, Darah sentiasa
hemolimfa dipam oleh jantung terkandung dalam salur
melalui aorta ( bahagian hujung darah tertutup yang
salur darah yang terbuka ) masuk berterusan dan diedarkan
ke hemoselom ke seluruh badan
dan membasahi sel-sel.
Pertukaran bahan
Hemolimfa ialah cecair keperluan sel berlaku
bernutrien menyerupai darah merentasi dinding
yang terdapat kapilari darah
dalam kebanyakan invertebrata
seperti serangga dan moluska
Sistem Peredaran Serangga
anterior
aorta
jantung
aorta
ostium
jantung
hemolimfa bergerak ke ostium
hemoselom
posterior
Sistem peredaran dalam serangga ialah sistem peredaran terbuka. Ini bermaksud satu atau
lebih jantung mengepam hemolimfa melalui salur darah ke hemoselom.
Hemolimfa mengalir keluar dari jantung ke dalam hemoselom apabila jantung mengecut.
Di hemoselom, pertukaran bahan berlaku antara hemolimfa dan sel badan secara resapan.
Apabila jantung mengendur, hemolimfa mengalir kembali ke jantung melalui liang seni yang
disebut ostium.
Sistem Peredaran Ikan
kapilari insang Sistem peredaran tertutup.
Jantung ikan ada 2 ruang iaitu 1 atrium dan
darah darah
terdeoksigen bercampur 1 ventrikel
Darah dari ventrikel akan dipam melalui
arteri darah
beroksigen arteri ke dalam kapilari insang untuk
jantung pertukaran gas.
ventrikel Kapilari insang mengalirkan darah
atrium beroksigen
ke kapilari sistemik.
vena Dalam kapilari sistemik, oksigen meresap
ke dalam tisu manakala karbon dioksida
darah meresap dari tisu ke dalam kapilari.
Darah terdeoksigen kembali ke atrium
bercampur jantung melalui vena.
kapilari sistemik Sistem peredaran ikan dikenali sebagai
sistem peredaran tunggal kerana darah
mengalir satu hala dan memasuki jantung
hanya sekali.
Sistem Peredaran Amfibia
Sistem peredaran tertutup.
Jantung amfibia ada 3 ruang iaitu 2 atrium dan 1 ventrikel.
Amfibia mempunyai sistem peredaran ganda dua iaitu darah mengalir ke dalam jantung dua kali.
Amfibia mempunyai sistem peredaran ganda dua yang tidak lengkap kerana darah teroksigen dan
terdeoksigen bercampur dalam ventrikel.
Peredaran pulmokutaneus adalah pengangkutan darah terdeoksigen dari jantung ke peparu dan
kulit dan kembali ke jantung. Pertukaran gas berlaku di sini..
Peredaran sistemik adalah pengangkutan darah beroksigen dari jantung ke seluruh tisu badan
dan mengembalikan darah terdeoksigen ke jantung melalui vena ke atrium kanan.
kapilari peparu dan kulit 1 Darah terdeoksigen diangkut dari
badan ke atrium kanan.
peredaran vena
pulmokutaneus pulmonari 2 Darah beroksigen dari peparu dan
kulit diangkut oleh vena pulmonari
darah atrium darah ke atrium kiri.
atrium beroksigen
terdeoksigen 3 Darah dari kedua-dua atrium akan
en venktririikel masuk ke satu ventrikel . Berlaku
sedikit percampuran darah
kanapneredaran sistemik beroksigen dan tidak terdeoksigen
di ventrikel.
kapilari sistemik
4 Ventrikel mengepam darah melalui
peredaran pulmokutaneus ( peparu
dan kulit) dan peredaran sistemik.
Sistem Peredaran Manusia
Peredaran darah tertutup
Manusia mempunyai jantung yang terdiri daripada 4 ruang: 2 atrium dan 2 ventrikel yang
terpisah sepenuhnya.
Manusia mempunyai sistem peredaran ganda dua. Ini bermaksud dalam satu kitar peredaran
yang lengkap, darah mengalir dalam salur darah menerusi jantung sebanyak dua kali .
Oleh keranaterdapat dua peredaran yang berbeza, manusia dikatakan mempunyai sistem
peredaran ganda dua yang lengkap kerana darah terdeoksigen dan darahberoksigen tidak
bercampur.
Sistem peredaran ini adalah sama untuk semua mamalia, burung dan reptilia.
kapilari peparu Peredaran Pulmonari
arteri pulmonari Darah terdeoksigen diangkut
melalui arteri pulmonari ke
vena kava aorta peparu untuk untuk pertukaran
nvaena gas.
darah atrium atrium pulmonari
terdeoksigen Darah beroksigen dari peparu
kanveantrikel venktirriikel darah kembali ke atrium kiri dan
kanan kiri mengalir ke dalam ventrikel kiri.
beroksigen
Peredaran Sistemik
Darah dipam dari jantung ke
semua tisu badan melalui aorta.
Kemudian darah terdeoksigen
kembali ke atrium kanan melalui
vena kava.
kapilari sistemik
Perbandingan dan perbezaan antara sistem peredaran
dalam organisma multisel
Persamaan
Terdapat dalam Jantung
semua organisma mempunyai injap
untuk memastikan
multisel pengaliran darah
Mempunyai sehala
jantung untuk
mengepam darah Berfungsi untuk
atau hemoselom mengangkut
nutrien dan
bahan buangan
Perbezaan
Organisma multisel Serangga Ikan Amfibia Manusia
Sistem peredaran Terbuka
Tertutup Tertutup Tertutup
darah -
Tunggal (darah Ganda dua Ganda dua
Bilangan peredaran mengalir di dalam (darah mengalir
salur darah dan (darah mengalir di dalam salur
melalui jantung di dalam salur darah dan melalui
darah dan melalui jantung sebanyak
sekali sahaja jantung sebanyak dua kali dalam satu
dalam satu dua kali dalam satu peredaran lengkap)
peredaran peredaran lengkap)
lengkap)
Bilangan ruang Banyak segmen Dua (satu atrium Tiga (dua atrium Empat (dua atrium
jantung dalam jantung dan satu ventrikel) dan satu ventrikel) dan dua ventrikel)
Pengasingan darah - - Tidak lengkap Lengkap (darah
beroksigen dan (darah beroksigen beroksigen tidak
bercampur sedikit bercampur dengan
darah terdeoksigen darah terdeoksigen
dengan darah di dalam ventrikel)
terdeoksigen di
dalam ventrikel)
FAQ
aq
1. Apakah maksud JLP/I ?
Jumlah luas permukaan berbanding isipadu sesuatu organisma. Organisma yang besar mempunyai
JLP/I yang kecil manakala organisma yang kecil mempunyai JLP/I yang besar.
2. Apakah maksud hemoselom?
Bahagian rongga badan serangga atau moluska.
3. Apakah maksud hemolimfa?
Cecair bernutrien menyerupai darah yang terdapat dalam kebanyakan invertebrata seperti serangga
dan moluska. Cecair yang tiada sel darah merah, oleh itu ia berwarna kekuningan dan tidak
mengangkut oksigen.
4. Apakah maksud moluska?
Haiwan tanpa tulang belakang (invertebrata), berbadan lembut dan berkulit keras seperti siput,
tiram dan kerang.
5. Apakah ostium?
Liang seni pada jantung serangga.
6. Apakah yang dimaksudkan sistem peredaran terbuka?
Hemolimfa dipam oleh jantung melalui aorta masuk ke hemoselom dan membasahi sel-sel.
7. Apakah sistem peredaran pulmonari ?
Pengangkutan darah dari jantung ke peparu dan kembali ke jantung.
8. Apakah sistem peredaran sistemik ?
Pengangkutan darah dari jantung ke semua bahagian badan kecuali peparu dan kembali ke jantung.
9. Apakah peredaran pulmokutaneus?
Pengangkutan darah terdeoksigen dari jantung ke peparu dan kulit yang berlaku pada amfibia.
LATIHAN PENGUKUHAN
1. Mengapakah kebanyakan organisma multisel kompleks memerlukan sistem pengangkutan?
A. Untuk memastikan bekalan nutrien ke sel-sel berlaku lebih cepat daripada pengumpulan bahan
buangan.
B. Organisma multisel lebih aktif , oleh itu memerlukan sistem pengangkutan.
C. Resapan melalui permukaan badan sahaja tidak dapat memenuhi keperluan badan
D. Nutrien tidak dapat meresap secara terus ke dalam tisu
2. Di dalam organisma unisel, resapan oksigen merentasi permukaan sel membran mencukupi untuk
membekalkan keperluan proses pernafasannya. Mengapakah hal ini tidak mungkin mencukup untuk
organisma multisel yang hidup di atas daratan?
I Mereka mempunyai jumlah luas permukaan kepada Isipadu ( JLP/I) yang kecil
II Luas permukaan organ respirasinya kecil
III Permukaan badannya tidak telap terhadap gas
IV Mereka lebih aktif daripada organisma unisel.
A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja
3. Rajah di bawah menunjukkan sistem peredaran suatu organisma.
Kapilari insang
X
Kapilari sistemik
Apakah X?
A. Jantung
B. Paru-paru
C. Vena
D. Arteri
4. Rajah di bawah menunjukkan sistem peredaran bagi suatu organisma.
peparu
jantung
badan
Yang manakah antara haiwan berikut mempunyai sistem peredaran ini?
A. Ikan
B. Katak
C. Lembu
D. Belalang
5. Rajah di bawah menunjukkan sistem peredaran dalam suatu organisma.
organ jantung tisu
pertukaran badan
gas
Apakah ciri-ciri sistem peredaran darah tersebut?
I Ia merupakan sistem peredaran tertutup.
II Ia merupakan sistem peredaran ganda dua.
III Jantung organisma tersebut mempunyai dua ruang.
IV Sistem peredaran ini terdapat pada amfibia.
A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan IV sahaja
D. I, III dan IV sahaja
6. Medium pengangkutan dalam manusia dan haiwan adalah darah. Apakah medium pengangkutan
dalam serangga?
A. Air
B. Darah
C. Bendalir tisu
D. Hemolimfa
7. Rajah di bawah menunjukkan sistem peredaran manusia. [ 3 markah ]
[ 1 markah ]
X [ 1 markah ]
P [ 2 markah ]
QS [ 4 markah ]
R
[ 4 markah ]
Y
(a) (i) Labelkan P, Q dan R.
(ii) Apakah fungsi Q?
(b) Mengapakah struktur S penting?
(c) (i) Namakan peredaran X dan Y.
(ii) Huraikan peredaran X dan Y.
8. Banding bezakan sistem peredaran ikan dengan manusia.
BIO AKSES
Sistem peredaran ikan Sistem peredaran serangga Sistem peredaran darah manusia
BIOLOGI TINGKATAN 4
BAB 10 : PENGANGKUTAN DALAM MANUSIA DAN HAIWAN
10.2a SISTEM PEREDARAN MANUSIA ( JANTUNG DAN SALUR DARAH )
10.2.1 Memerihalkan komponen sistem peredaran manusia :
i. jantung
ii. salur darah
iii. darah
10.2.2 Membanding dan membezakan antara jenis salur darah:
i. arteri
ii. vena
iii. kapilari
10.2.3 Melabel struktur jantung manusia dan salur darah berkaitan:
i. aorta
ii. vena cava
iii. arteri pulmonari dan vena
pulmonari
iv. arteri koronari dan vena koronari
v. injap sabit
vi. injap bikuspid dan injap trikuspid
vii. septum
10.2.4 Memerihalkan fungsi bahagian jantung.
Komponen sistem peredaran manusia
Jantung Salur darah Darah
Berfungsi sebagai pam Terdiri daripada Sejenis tisu penghubung
berotot yang mengedarkan arteri yang terdiri daripada
darah ke seluruh badan. kapilari plasma, sel darah dan
vena platlet.
Darah bertindak sebagai
medium pengangkutan.
Struktur bahagian jantung dan fungsinya
vena kava
injap sabit aorta
atrium kanan
arteri pulmonari
arteri koronari
injap trikuspid vena pulmonari
atrium kiri
vena koronari
injap bikuspid
ventrikel kanan septum ventrikel kiri
Bahagian jantung Fungsi
Atrium kanan Untuk menerima darah terdeoksigen dari tisu badan melalui vena cava.
Atrium kiri
Ventrikel kanan Untuk menerima darah beroksgen dari peparu melalui vena pulmonari.
Untuk mengepam darah keluar daripada jantung ke peparu melalui arteri
pulmonari.
Ventrikel kiri Untuk mengepam darah keluar daripada jantung ke tisu badan melalui
aorta.
Arteri koronari Untuk mengangkut darah beroksigen untuk tisu jantung.
Vena koronari
Septum Untuk mengangkut darah terdeoksigen dari tisu jantung.
Untuk memisahkan bahagian jantung kiri daripada bahagian jantung
kanan dan memastikan darah beroksigen tidak bercampur dengan darah
terdeoksigen.
Aorta ( arteri darah utama ) Untuk mengangkut darah beroksigen dari jantung ke seluruh badan .
Vena kava ( vena utama ) Untuk mengangkut darah terdeoksigen dari tisu badan kembali ke
jantung.
Arteri pulmonari Untuk mengangkut darah terdeoksigen dari jantung ke peparu.
Vena pulmonari Untuk mengangkut darah beroksigen dari peparu ke jantung.
Injap trikuspid Untuk memastikan darah yang mengalir ke dalam ventrikel kanan tidak
( terletak di antara atrium mengalir semula ke atrium kanan. Injap ini terdiri daripada tiga cuping.
kanan dengan ventrikel
kanan)
Injap bikuspid Untuk memastikan darah yang telah mengalir ke dalam ventrikel kiri tidak
(terletak di antara atrium kiri mengalir semula ke atrium kiri. Injap ini terdiri daripada dua cuping.
dengan ventrikel kiri)
Injap sabit Untuk memastikan darah yang telah mengalir keluar dari jantung tidak
(terletak di pangkal arteri mengalir semula ke dalam ventrikel apabila ventrikel mengendur.
pulmonari dan di pangkal
aorta )
Dinding ventrikel kiri lebih tebal daripada dinding kanan kerana ventrikel kiri menjana
tekanan yang lebih besar untuk mengepam darah keluar dari aorta ke seluruh badan
manakala ventrikel kanan hanya mengepam darah ke peparu sahaja.
Jenis-jenis salur darah
arteri endotelium endotelium vena
otot licin otot licin
tisu tisu
penghubung penghubung
arteriol venul
sel endotelium
kapilari darah
Hubungan antara arteri, kapilari dan vena dara
Arteri ialah salur darah yang mengangkut darah keluar dari jantung.
Aorta ialah arteri utama yang mengangkut darah keluar dari jantung.
Arteri bercabang menjadi salur kecil yang disebut arteriol apabila sampai ke tisu badan.
Arteriol terus bercabang dan berakhir dengan kapilari. Himpunan kapilari disebut jaringan
kapilari.
Kapilari-kapilari bercantum semula membentuk salur yang lebih besar iaitu venul.
Venul-venul bercantum membentuk vena yang membawa darah kembali ke jantung.
Vena kava ialah vena utama yang membawa darah terdeoksigen kembali ke jantung.
Perbezaan antara arteri, kapilari darah dan vena
Ciri Arteri Kapilari darah Vena
Fungsi Mengangkut darah beroksigen Kapilari darah membenarkan Mengangkut darah
terdeoksigen dari tisu
dari jantung ke seluruh pertukaran gas, nutrien, badan dan kembali ke
jantung kecuali vena
bahagian badan kecuali arteri bahan buangan dan hormon pulmonari
pulmonari berlaku antara darah dan sel.
Dinding Dinding tebal, lebih berotot Dinding setebal satu sel, tidak Dinding nipis, kurang
dan lebih kenyal berotot dan kurang kenyal
berotot dan tidak kenyal
gentian dinding setebal satu sel
lkuemneynal
lumen
dinding lumen dinding
Saiz Kecil Sangat kecil Besar
lumen
Mempunyai injap untuk
Injap Tiada injap kecuali injap Tiada mengekalkan aliran darah
sabit di pangkal aorta dan sehala
di pangkal arteri pulmonari Sangat rendah
Tekanan Tinggi Rendah Dari seluruh badan ke
darah jantung
Arah Dari jantung ke seluruh badan Dari arteri ke vena Sederhana
aliran
darah
Halaju Laju Perlahan
aliran
darah
FAQ
1. Apakah fungsi septum ?
Dinding berotot yang memisahkan bahagian jantung kiri daripada bahagian jantung kanan dan
memastikan darah beroksigen tidak bercampur dengan darah terdeoksigen.
2. Mengapakah ventrikel kanan lebih nipis?
Ventrikel kanan hanya mengepam darah terdeoksigen ke peparu sahaja
3. Di manakah terletak injap biskuspid dan injap trikuspid ?
Injap bikuspid terletak antara atrium kiri dan ventrikel kiri manakala injap trikuspid terletak antara
atrium kanan dan ventrikel kanan
4. Apakah fungsi injap?
Memastikan pengaliran darah satu hala sahaja
5. Apakah struktur yang mengawal pembukaan dan penutupan injap?
Kordae tendinae
6. Apakah fungsi kapilari?
Menghubungkan arteriol dan venul. Tempat pertukaran gas, nutrien, bahan buangan dan hormon
antara sel dan darah.
7. Apakah lumen?
Rongga dalam salur darah
8. Apakah perbezaan atrium kiri dan atrium kanan?
Atrium kiri menerima darah beroksigen dari peparu melalui vena pulmonari manakala atrium kanan
menerima darah terdeoksigen dari tisu badan melalui vena cava.
9. Apakah fungsi arteri koronari?
Mengangkut darah beroksigen untuk tisu jantung.
LATIHAN PENGUKUHAN
1. Antara berikut, bahagian manakah pada jantung manusia yang menerima darah daripada seluruh
bahagian badan?
A. Ventrikel kiri
B. Ventrikel kanan
C. Atrium kiri
D. Atrium kanan
2. Rajah di bawah menunjukkan keratan memanjang jantung manusia
Apakah U?
A. Aorta
B. Vena kava
C. Arteri pulmonari
D. Vena pulmonari
3. Apakah fungsi injap dalam vena?
A. Mengekalkan kelajuan aliran darah
B. Menghentikan aliran darah semasa kita berehat
C. Menghalang darah daripada mengalir semula ke belakang
D. Meningkatkan tekanan darah
4. Rajah di bawah menunjukkan dua jenis salur darah.
Yang manakah merupakan perbandingan antara saluran darah yang betul?
X Y
A. Terletak jauh dalam badan Terletak berhampiran permukaan kulit
B. Mengangkut darah beroksigen Mengangkut darah terdeoksigen
C. Mengangkut darah pada tekanan rendah Mengangkut darah pada tekanan tinggi
D. Tiada injap Ada injap
5. Rajah di bawah menunjukkan keratan memanjang jantung manusia.
Pernyataan manakah yang betul?
A. Darah beroksigen daripada P mengalir ke S.
B. Darah daripada paru-paru mengalir ke R.
C. Darah daripada tisu badan mengalir ke P.
D. Darah dipam dengan tekanan tertinggi pada Q.
6. Rajah di bawah menunjukkan pandangan hadapan jantung pada keratan memanjang.
A. Menghalang pengaliran semula darah ke dalam atrium apabila ventrikel mengecut.
B. Menghalang pengaliran semula darah ke dalam ventrikel apabila atrium mengecut
C. Menghalang pengaliran semula darah ke dalam aorta apabila ventrikel mengecut.
D. Menghalang pengaliran semula darah dalam atrium bila atrium mengecut
7. Rajah di bawah menunjukkan keratan rentas bagi tiga jenis salur darah.
X Y Z
A. Arteri Kapilari Vena
B. Kapilari Vena Arteri
C. Vena Kapilari Arteri
D. Vena Arteri Kapilari
8. Rajah di bawah menunjukkan jantung manusia.
Pilih aturan aliran darah dalam jantung manusia yang betul.
A. 2 3 1 67 8 54
46
B. 2 31 17 785
62
C. 4 3 2 68 5
D. 5 8 7 314
9. Rajah di bawah menunjukkan graf bagi tekanan darah dalam salur darah yang berbeza.
Tekanan darah
Salur darah
Apakah salur darah yang diwakili oleh Q?
A. Arteriol
B. Kapilari
C. Venul
D. Vena
10. Rajah di bawah menunjukkan satu salur darah. [1 markah]
[2 markah ]
(a)(i) Namakan salur darah tersebut. [1 markah ]
(ii) Berikan dua sebab bagi jawapan pada di a(i)
[5 markah]
(b) Apakah fungsi salur darah ini?
11. Berikan perbezaan antara arteri dan vena
.
BIO AKSES
Jantung Pembedahan jantung Salur darah
BIOLOGI TINGKATAN 4
BAB 10 : PENGANGKUTAN DALAM MANUSIA DAN HAIWAN
10.2b SISTEM PEREDARAN MANUSIA ( KOMPOSISI DARAH )
10.2.2 Menerangkan komposisi darah :
i. plasma
ii. sel darah
10.5 KUMPULAN DARAH MANUSIA
10.5.1 Memerihalkan kumpulan darah ABO
10.5.2 Menghubung kait kumpulan darah ABO dengan pendermaan darah
10.5.3 Memerihalkan faktor Rhesus
10.5.4 Menaakul faktor Rhesus yang tidak sepadan terhadap kehamilan
Komposisi darah
55% Plasma 45% Komponen sel
Sel darah merah Sel darah putih Platlet
( Eritrosit ) ( Leukosit ) ( Trombosit)
Komponen plasma Fungsi utama
Air ( 90% )
Medium pengangkutan.
Protein plasma Pelarut bagi gas respirasi, ion, hasil pencernaan dan bahan perkumuhan.
• Fibrinogen - berfungsi dalam pembekuan darah
Bahan terlarut – • Albumin - mengawal tekanan osmosis darah
nutrien seperti glukosa, • Globulin - sejenis antibodi yang terlibat dalam pertahanan badan
bahan buangan seperti • Nutrien penting untuk tenaga, pertumbuhan dan pengekalan kesihatan.
urea, serta gas respirasi • Bahan buangan ialah bahan toksik yang perlu disingkirkan daripada badan.
Hormon dan enzim • Gas oksigen diperlukan dalam respirasi sel.
Hormon mengawal aktiviti fisiologi dalam badan.
Enzim pula terlibat dalam proses metabolisme sel.
ERITROSIT ( SEL DARAH MERAH)
CIRI
eritrosit Mempunyai membran plasma yang kenyal
Bentuk cakera dwicekung membolehkan JLP/I yang
2µm
besar bagi pertukaran gas respirasi berlaku dengan
7.5µm cekap
m Tiada nukleus pada peringkat matang supaya
lebih banyak hemoglobin dapat dimuatkan di
dalamnyA
Dihasilkan dalam sumsum tulang seperti sternum
dan tulang rusuk
Tempoh hayat lebih kurang 120 hari
Dimusnahkan dalam hati atau limpa melalui proses
fagositosis
Diameter bagi eritrosit ialah lebih kurang 7.5µm.
Bilangan sel dalam 1mm3 ialah 5 juta/mm3
Pandangan atas Pandangan sisi
FUhNadGaSpI
an Setiap eritrosit mengandungi hemoglobin iaitu pigmen merah yang menyebabkan darah
berwarna merah.
Hemoglobin mengandungi kumpulan hem. Kumpulan hem mengandungi atom ferum yang
merupakan tapak penggabungan oksigen.
• Hemoglobin berpadu dengan oksigen untuk membentuk oksihemoglobin dalam keadaan
tekanan separa oksigen yang tinggi.
Oksihemoglobin akan membebaskan oksigen di tisu atau sel apabila tekanan separa oksigen
adalah rendah.
polipeptida ferum
oksigen
haemoglobin
PLATLET
Platlet CIRI
Terhasil daripada serpihan
sitoplasma sel yang berasal
daripada sumsum.tulang.
Tidak mempunyai nukleus
Tempoh hayat lebih kurang
satu minggu.
Diameter bagi platlet ialah
lebih kurang 2 - 3µm.
FUNGSI
Terlibat dalam proses
pembekuan darah
Leukosit LEUKOSIT ( SEL DARAH PUTIH )
CIRI DAN FUNGSI
Bentuk tidak tetap dan berubah-ubah
Mempunyai nukleus
Tidak mempunyai hemoglobin
Dihasilkan dalam sumsum tulang
Tempoh hayat kurang daripada lima hari
Leukosit boleh meresap keluar liang kapilari
dan melawan patogen dalam bendalir tisu.
Terbahagi kepada dua jenis iaitu granulosit
(bergranul) dan agranulosit (tidak bergranul).
Granulosit termasuk neutrofil, eosinofil dan
basofil.
Agranulosit termasuk limfosit dan monosit.
Diameter bagi leukosit ialah lebih kurang
10-15 µm.
Bilangan sel dalam 1mm3 ialah
6000 - 10000/mm3
Neutrofil GRANULOSIT ( BERGRANUL ) Basofil
Eosinofil
Nukleus terdiri daripada Nukleus terdiri daripada Bilangan basofil paling
dua hingga lima cuping dua cuping rendah dalam darah
Menelan sel bakteria dan sel Membebaskan enzim yang Mengandungi heparin yang
atau tisu yang mati akibat luka melawan keradangan dan mencegah pembekuan darah
secara fagositosis tindak balas alergi
AGRANULOSIT (TIDAK BERGRANUL)
Limfosit Monosit
Mempunyai nukleus yang sangat besar Leukosit yang paling besar
dengan sitoplasma yang sedikit Nukleus berbentuk bujur
Menelan bakteria serta sel atau tisu mati secara
Menghasilkan antibodi untuk memusnahkan
bakteria dan virus yang memasuki badan fagositosis
Menghasilkan juga antitoksin terhadap toksin
yang dihasilkan oleh bakteria atau virus
Rajah
menggambarkan
keseluruhan sel
darah putih
KUMPULAN DARAH ABO
Darah manusia dikelaskan kepada kumpulan A, B, AB dan O.
Pendermaan dan penerimaan darah adalah berdasarkan kesesuaian kumpulan darah
penderma dan penerima.
Ini adalah kerana penerima mempunyai antibodi dalam plasma darah yang boleh bertindak
terhadap antigen pada sel darah merah seorang penderma.
Pemindahan darah daripada seorang penderma kepada seorang penerima perlu mengambil kira
jenis kumpulan darah penderma dan penerima
Jika darah kedua-dua penderma dan penerima tidak sepadan, maka sel darah merah penerima
akan mengalami pengaglutinan (penggumpalan). Keadaan ini boleh membawa maut.
Antigen adalah sejenis protein yang terdapat permukaan sel darah merah . Antigen ini
merupakan pengenalan kepada jenis kumpulan darah. Sebagai contoh, kumpulan darah A
bermaksud sel darah merahnya mempunyai antigen A.
Dalam plasma darah pula, terdapat antibodi yang berlawanan dengan antigen ini. Sebagai
contoh sekiranya antigen A terdapat pada sel darah merah maka dalam plasma darah ada
antibodi B.
Jadual menunjukkan antigen dan antibodi dalam kumpulan darah
Kumpulan Antigen pada sel darah merah Antibodi dalam plasma
darah darah
Antigen A
A Antigen B Anti-B
B Antigen A dan Antigen B Anti-A
AB
O Tiada Tiada
Anti-A dan Anti-B
Jadual menunjukkan kesesuaian kumpulan darah penderma
dengan penerima
Kumpulan Boleh menderma kepada Boleh menerima daripada
darah kumpulan darah kumpulan darah
A
A dan AB sahaja A dan O sahaja
B
B dan AB sahaja B dan O sahaja
AB
AB sahaja A, B, AB dan O
O
A, B, AB dan O O sahaja
Kumpulan darah AB dikenali sebagai penerima universal kerana ia boleh menerima darah
dari semua kumpulan darah tetapi hanya boleh menderma kepada kumpulan darah AB
sahaja.
Kumpulan darah O dikenali sebagai penderma universal kerana ia boleh menderma
darah kepada semua kumpulan darah tetapi hanya boleh menerima dari kumpulan
darah O sahaja.
Faktor Rhesus
Sejenis antigen lain yang terdapat pada permukaan sel darah merah dikenali faktor Rhesus
(faktor Rh).
Sel darah merah individu yang mengandungi faktor Rh atau antigen D dikenali sebagai
Rh-positif.
Individu yang tidak mempunyai faktor Rh atau antigen D dikenali sebagai Rh-negatif.
Sekiranya darah Rh-positif penderma bercampur dengan darah penerima yang Rh-negatif, darah
penerima akan bertindak balas dengan menghasilkan antibodi Rhesus atau antibodi anti-D.
Apabila penerima menerima satu lagi dos darah Rh-positif, antibodi Rhesusnya akan
menyebabkan pengaglutinan sel darah penderma.
Keadaan ini boleh membawa maut kepada penerima tersebut.
Faktor Rhesus yang tidak sepadan terhadap kehamilan
Masalah akan timbul apabila seseorang ibu Rh-negatif berkahwin dengan seorang ayah Rh-
positif dan mengandung fetus Rh-positif.
Dalam bulan terakhir kehamilan, serpihan sel darah fetus yang mengandungi antigen D
merentasi plasenta dan masuk ke dalam sistem peredaran darah ibu.
Akibatnya, sel darah putih dalam darah ibu bertindak balas dengan menghasilkan antibodi anti-
D yang kemudiannya mengalir kembali melalui plasenta ke dalam sistem peredaran darah fetus.
Antibodi anti-D boleh memusnahkan sel darah merah bayi yang Rh-positif sebelum atau sejurus
selepas kelahiran.
Namun begitu, kepekatan antibodi yang terhasil tidak mencukupi untuk memberi kesan kepada
anak pertama. Akan tetapi, antibodi anti-D akan berkekalan dalam sistem peredaran darah ibu.
Masalah timbul jika anak kedua juga merupakan Rh-positif. Antibodi anti-D yang telah sedia ada
dalam darah ibu akan merentasi plasenta dan memusnahkan sel darah merah fetus tersebut.
Gejala penyakit ini dikenali sebagai erythroblastosis fetalis. Fetus yang kedua akan mati jika
tidak diganti dengan darah Rh-negatif melalui proses pemindahan darah.
Dalam keadaan yang tidak serius, bayi mungkin menghidap anemia dan kecacatan akal.
Walau bagaimanapun, kini, masalah tersebut boleh diatasi dengan merawat ibu berkenaan
dengan globulin anti-Rhesus selepas kehamilan pertama untuk menghentikan pembentukan
antibodi anti-D.
Mengandung pada kali pertama dengan fetus Rh-positif
1 Sel darah merah yang Ibu Rh-negatif
mengandungi
Rh-positif memasuki
peredaran darah ibu
Fetus Rh-positif
Antibodi anti-D
2
dihasilkan
Mengandung pada kali kedua dengan fetus Rh-positif
Antibodi anti-D yang telah ibu Rh-negatif
4 sedia ada dalam darah ibu
akan merentasi plasenta dan
memusnahkan sel darah
merah fetus tersebut yang
dikenali sebagai
erythroblastosis fetalis.
fetus Rh-positif
Antibodi anti-D akan
3 berkekalan dalam
sistem peredaran
darah ibu.
Mengandung kali pertama dengan fetus Rh-positif
dan rawatan dengan globulin anti-Rhesus
Sel darah merah yang ibu Rh-negatif
2 mengandungi
Ibu disuntik dengan
Rh-positif memasuki 1 globulin anti-Rhesus
peredaran darah ibu
semasa mengandung
fetus Rh-positif Penghasilan
3 antibodi anti-D
dihentikan
FAQ
1. Apakah plasma darah?
Cecair yang berwarna kuning pucat dan mengandungi pelbagai bahan terlarut di dalamnya
2. Apakah hemoglobin?
Pigmen merah yang menyebabkan darah berwarna merah. Terdiri daripada empat rantai polipeptida.
Setiap satu mengelilingi satu kumpulan hem.
3. Apakah kumpulan hem?
Mengandungi atom ferum dan merupakan tapak bagi bergabung dengan oksigen
4. Apakah perbezaan antara granulosit dan agranulosit?
Granulosit mempunyai sitoplasma bergranul manakala agranulosit mempunyai sitoplasma tidak
bergranul
5. Apakah nama lain bagi platlet?
Trombosit
6. Apakah serum?
Plasma darah yang tidak mempunyai plasma protein fibrinogen
7. Apakah antigen?
Molekul protein yang terdapat permukaan sel darah merah .
8. Apakah antibodi?
Protein yang dirembeskan oleh limfosit ke dalam plasma darah yang bertindak terhadap antigen.
9. Apakah faktor Rhesus?
Sejenis antigen lain yang terdapat pada permukaan sel darah merah
LATIHAN PENGUKUHAN
1. Antara berikut, yang manakah merupakan komponen cecair dalam darah?
A. Platlet
B. Plasma
C. Nutrien
D. Leukosit
2. Rajah di bawah menunjukkan dua lapisan darah dalam suatu tabung uji.
Yang manakah antara berikut adalah benar mengenai bahagian Y?
A. Y adalah plasma
B. Y adalah bahagian cecair dalam darah
C. Y mengandungi nutrien, air,hormon dan plasma protein
D. Y mengandungi sel darah merah, sel darah putih dan platlet
3. Rajah di bawah menunjukkan sejenis sel darah manusia.
Yang manakah antara berikut adalah benar mengenai sel itu?
A. Ia mengandungi hemoglobin.
B. Ia mempunyai kitar hidup selama 90 hari.
C. Terdapat kira-kira 7000 sel dalam setiap 1 mm3 darah
D. Mengandungi nukleus.
4. Yang manakah antara sel darah putih berikut menghasilkan antibodi?
A. Basofil
B. Neutrofil
C. Limfosit
D. Monosit
5. Apakah fungsi plasma?
A. Untuk mengekalkan keseimbangan osmotik darah
B. Untuk mengangkut oksigen secara berkesan
C. Untuk menghasilkan antibodi
D. Untuk mengeluarkan pengaktif prothrombin
6. Sel darah manakah yang dipadankan dengan betul bersama penerangannya?
Sel darah Penerangan
A. Monosit Merupakan granulosit yang memusnahkan patogen melalui fagositosis
B. Platlet Tiada nukleus dan terlibat dengan pembekuan darah
C. Neutrofil Dihasilkan dalam sum-sum tulang dan menghasilkan antibodi untuk
memusnahkan patogen
D. Leukosit Cakera dwicekung bagi memudahkannya bergerak dalam saluran darah
7. Kamilmempunyai kumpulan darah AB. Antara kumpulan darah yang berikut, manakah boleh menjadi
penerima darah Kamil?
A. Kumpulan darah A dan AB sahaja
B. Kumpulan darah B dan AB sahaja
C. Kumpulan darah AB sahaja
D. Kumpulan darah A, B, AB dan O
8. Satu pasangan suami isteri mempunyai faktor rhesus (Rh) yang berbeza. Anak pertama adalah Rh+.
Semasa kehamilan kedua, keguguran berlaku. Apakah faktor rhesus bagi ibu bapa dan fetus yang
tergugur?
Bapa Ibu Fetus yang tergugur
A. Rh-negatif Rh-positif Rh-negatif
B. Rh-negatif Rh-positif Rh-positif
C. Rh-positif Rh-negatif Rh-negatif
D. Rh-positif Rh-negatif Rh-positif
9 . Ujian telah dijalankan untuk menentukan kumpulan darah empat penderma, K, L, M dan N.
Jadual di bawah menunjukkan ringkasan keputusan ujian.
Penderma Anti-A Anti-B Kekunci
K : Penaglutinan berlaku
L
M Tiada penaglutinan
N
Antara penderma yang berikut, manakah dipadankan betul dengan penebreirmlaak?u
Penderma Kumpulan darah penerima
A. K A dan B sahaja
B. L A dan O sahaja
C. M
D. N A, B dan AB sahaja
AB sahaja
11. Rajah di bawah menunjukkan tiga jenis leukosit.
PQ R
(a)(i) Namakan leukosit P, Q dan R . [3 markah]
(ii) Nyatakan satu fungsi bagi setiap leukosit P,Q dan R. [3 markah]
(b) Proses di atas dikenali sebagai______________ dan dijalankan oleh leukosit ____________
dan _________________.
[3 markah]
11. Nyatakan kandungan plasma darah dan fungsi-fungsinya. [6 markah]
BIOLOGI TINGKATAN 4
BAB 10 : PENGANGKUTAN DALAM MANUSIA DAN HAIWAN
10.3 Mekanisme Denyutan Jantung
10.3.1 Memerihalkan mekanisme denyutan jantung manusia:
10.3.2 (i) nodus sinoatrium( perentak jantung )
(ii) nodus atrioventrikel
(iii) berkas His
(iv) gentian Purkinje
Berkomunikasi tentang daya yang menyebabkan peredaran darah dalam manusia:
(i) pengepaman darah
(ii) pengecutan otot rangka
MEKANISME DENYUTAN JANTUNG
MANUSIA:
Dalam setiap pengecutan, jantung bertindak sebagai pam yang mengepam darah ke seluruh
badan.
Jantung terdiri daripada otot kardium yang bersilang dan bersambungan antara satu sama lain
Susunan ini membenarkan impuls elektrik disebar dengan cepat melalui jantung dan pada masa
yang sama, merangsang sel otot kardium untuk mengecut dengan serentak dan seragam.
Otot kardium bersifat miogenik Ini bermaksud jantung mengecut dan mengendur tanpa perlu
menerima isyarat impuls daripada sistem saraf.
Sekiranya otot kardium disimpan dalam larutan beroksigen yang suam dan mengandungi
nutrien, otot-otot akan mengecut dan mengendur secara beritma dengan sendiri.
Atrium kiri Kedudukan nodus sinoatrium,
nodus atrioventrikel,
berkas His dan gentian Purkinje
nodus sinoatrium
atrium kanan berkas His
Purkinje
nodus atrioventrikel ventrikel kiri
ventrikel kanan
gentian Purkinje
PENGEPAMAN JANTUNG MANUSIA
Penghasilan daya yang menyebabkan peredaran darah dalam manusia adalah disebabkan oleh
pengepaman jantung dan pengecutan otot rangka.
Pengecutan jantung dimulakan dan dikoordinasi oleh perentak jantung.
Perentak jantung ialah sekumpulan sel otot jantung khusus yang memulakan kadar pengecutan
jantung dan terletak di dinding atrium kanan.
Perentak jantung menjana impuls elektrik yang merebak dengan cepat melalui dinding kedua –
dua atrium menyebabkan atrium mengecut secara beritma.
Perentak jantung yang utama dikenali sebagai nodus sinoatrium (nodus SA).
Urutan pengecutan otot jantung yang menyebabkan pengepaman jantung
menyebabkan pengepaman
1 Nodus sinoatrium (nodus SA) 2
menjana impuls elektrik.
Nodus Impuls elektrik yang merebak dengan
sinoatrium cepat dalam kedua-dua atrium,
menyebabkan atrium mengecut
secara serentak. Pengecutan atrium
membantu mengepam darah ke
dalam ventrikel.
4 atrium
ventrikel
Impuls elektrik merebak dari bahagian
apeks jantung ke seluruh dinding ventrikel.
Akibatnya, ventrikel mengecut untuk
mengepam darah keluar ke peparu dan
badan.
nodus 3
atrioventrikel
Gentian Impuls elektrik sampai ke nodus
Purkinje atrioventrikel. Impuls elektrik merebak
melalui berkas His, dan gentian
Purkinje sehinggalah ke apeks jantung.
berkas His apeks jantung
gentian Purkinje
Ketika pengepaman jantung, bunyi lub-dub boleh kedengaran. Bunyi lub-dub tersebut ialah bunyi
penutupan injap-injap jantung.
Injap trikuspid Injap bikuspid Injap sabit
Bunyi pertama ‘lub’ dihasilkan apabila injap Bunyi kedua ‘dub’ dihasilkan apabila injap sabit
trikuspid dan injap bikuspid tertutup. tertutup
Pengecutan otot rangka di sekeliling vena
Pengepaman jantung membantu mengedar dan mengalirkan darah melalui arteri, arteriol dan
kapilari darah
Walau bagaimanapun, daya yang dihasilkan oleh pengepaman jantung tidak mencukupi untuk
meneruskan pengaliran darah melalui vena untuk kembali ke jantung.
Di samping itu, darah juga terpaksa mengalir menentang tarikan daya graviti.
Kehadiran injap dalam vena memastikan darah mengalir dalam satu hala ke jantung.
Pengaliran darah dalam vena dibantu oleh:
(a) pengecutan otot licin yang terdapat pada dinding venul dan vena
(b) pengecutan otot rangka di sekeliling vena. Pengecutan otot rangka menekan dan mencerut
vena lalu menyebabkan injap terbuka untuk membenarkan darah mengalir ke arah
jantung. Injap kemudian tertutup untuk menghalang darah mengalir balik semula ke arah
kaki.
.
pengaliran darah ke ke jantung injap tertutup
belakang dihalang
oleh penutupan
injap
vena
otot rangka
mengendur
peningkatan tekanan ke jantung injap terbuka
menolak injap hingga injap tertutup
terbuka dan memaksa
darah mengalir ke jantung
vena
otot rangka
mengecut
mencerutkan
vena
Rajah di atas menunjukkan pengecutan dan pengenduran otot rangka kaki
FAQ
1. Apakah istilah untuk fasa pengecutan otot jantung?
Sistole
2. Apakah istilah untuk fasa pengenduran otot jantung
Diastole
3. Apakah maksud miogenik?
Kebolehan jantung untuk mengecut secara beritma dan automatik tanpa kawalan saraf
4. Mengapa nodus sinoatrium dikenali sebagai perentak jantung?
Ini kerana ia menjana impuls elektrik yang akan tersebar ke dinding kedua-dua atrium. Impuls
eletrik ini akan menyebabkan atrium mengecut secara serentak.
5. Nama saraf yang meningkatkan kadar denyutan jantung.
Saraf simpatetik
6. Nama saraf yang menurunkan kadar denyutan jantung.
Saraf parasimpatetik
7. Apakah otot kardium?
Otot yang membina dinding jantung.
LATIHAN PENGUKUHAN
1. Urutan yang manakah betul untuk pergerakan impuls elektrik di jantung?
A. Nodus sinoatrium →Nodus atrioventrikel →Berkas His →Gentian Purkinje
B. Nodus atrioventrikel →Nodus sinoatrium →berkas His →gentian Purkinje
C. Nodus sinoatrium → Berkas His → Gentian Purkinje → Nodus atrioventrikel
D. Gentian Purkinje → Berkas His → Nodus atrioventrikel → Nodus sinoatrium
2. Antara struktur berikut, yang manakah menyebabkan otot kardium mengecut secara spontan untuk
memulakan denyutan jantung?
A. Gentian Purkinje
B. Injap bikuspid
C. Nodus sinoatrium
D. Nodus atrioventrikel
3. Antara yang berikut, yang manakah dikenali sebagai perentak?
A. Septum
B. Berkas His
C. Gentian Purkinje
D. Nodus sinoatrium
4. Apakah yang menyebabkan bunyi ‘lub-dup’ jantung?
A. Pembukaan injap di jantung
B. Penutupan injap di jantung
C. Pengecutan otot jantung
D. Pengenduran otot jantung
5. Rajah di bawah menunjukkan struktur yang terlibat dalam proses pengepaman jantung.
P
Apakah P ?
A. Berkas His
B. Gentian Purkinje
C. Nodus sinoatrium
D. Nodus atrioventrikel
6. Maklumat berikut menerangkan pengecutan otot jantung yang membawa kepada pengepaman
oleh jantung.
S : Impuls tersebar kedua-dua ventrikel dan menolak darah keluar
T: Impuls sampai ke nodus atrioventrikel
U: Nodus sinoatrium menjana impuls
V: Impuls tersebar dengan cepat ke seluruh dinding kedua-dua
atrium dan menolak darah ke dalam ventrikel
W: Berkas His dan gentian Purkinje membawa impuls ke apeks
jantung
Urutan yang manakah betul tentang pengecutan otot kardiak?
A. T → S → U → V → W
B. U → S → T → V → W
C. U → V → T → W → S
D. T → U → V → W → S
7. Seseorang individu menggunakan perentak tiruan apabila nodus sinoatrium gagal berfungsi dengan
baik . Individu ini tidak digalakkan melakukan aktiviti cergas. Antara pernyataan berikut yang
manakah menerangkan situasi tersebut?
A. Denyutan jantung diperlahankan oleh perentak tiruan
B. Denyutan jantung dikawal oleh perentak tiruan
C. Perentak tiruan menghalang pemindahan impuls elektrik
D. Perentak tiruan menyebabkan pengenduran atrium dan ventrikel
8. Rajah di bawah menunjukkan satu keratan memanjang jantung manusia. Anak panah
menunjukkan arah pergerakan impuls elektrik yang memulakan pengecutan otot.
JK [2 markah]
[3 markah]
Pengecutan ventrikel
bermula [1 markah]
(a) (i) Namakan struktur-struktur berlabel J dan K. [5 markah]
(ii) Apakah fungsi struktur J? Jelaskan bagaimana struktur J bekerja.
(b) Pengecutan ventrikel bermula pada bahagian hujung jantung.
Berikan sebab mengapa ini penting bagi pengepaman darah dalam jantung.
9. Terangkan peranan otot rangka dalam membantu pengaliran darah di vena.
BIO AKSES
PENGUKUH
AN
Perentak jantung Kadar denyutan jantung Kitar kardiak
BIOLOGI TINGKATAN 4
BAB 10 : PENGANGKUTAN DALAM MANUSIA DAN HAIWAN
10.4 MEKANISME PEMBEKUAN DARAH
10.4.1 Mewajarkan keperluan mekanisme pembekuan darah
10.4.2 Memerihalkan mekanisme pembekuan darah
10.4.3 Memerihalkan isu kesihatan yang berkaitan dengan pembekuan darah:
i. trombosis
ii. embolisme
iii. hemofilia
Keperluan mekanisme pembekuan darah
Menghentikan atau meminimumkan kehilangan darah pada bahagian salur darah yang terluka.
Mencegah kemasukan mikroorganisma seperti bakteria ke dalam darah melalui salur darah
yang rosak.
Tekanan darah juga dapat dikekalkan kerana kehilangan darah yang terlalu banyak boleh
menurunkan tekanan darah ke paras yang berbahaya.
Membolehkan luka sembuh.
Mengekalkan peredaran darah dalam sistem peredaran darah tertutup.
Mekanisme pembekuan darah
Salur darah tercedera Merangsang Penggumpalan platlet berlaku
Dihasilkan di hati Menukarkan Platlet merembes
dengan bantuan Trombokinase
vitamin K
Ion kalsium Trombin
Protrombin ( protein plasma aktif )
( protein plasma tidak aktif )
Memangkin penukaran
Darah beku akan menjadi keras
apabila terdedah kepada udara dan Fibrinogen Fibrin
membentuk keruping. Luka akan ( larut ) ( tidak larut )
sembuh di bawah keruping tersebut
Memerangkap sel darah merah
Apabila salur darah tercedera, platlet yang tergumpal, sel yang rosak dan faktor pembeku
dalam plasma darah membentuk bahan pengaktif iaitu trombokinase.
Trombokinase, dengan bantuan ion kalsium dan vitamin K, menukarkan protrombin kepada
trombin. Protrombin adalah protein plasma tidak aktif manakala trombin pula ialah plasma
protein yang aktif yang bertindak sebagai enzim.
Trombin pula memangkinkan pertukaran protein terlarut, fibrinogen kepada fibrin yang tidak
larut
Fibrin ialah sejenis gentian protein berupa bebenang yang membentuk jaringan pada
permukaan luka untuk menjerat eritrosit dan menutup luka bagi menghalang kehilangan darah..
Darah beku akan menjadi keras apabila terdedah kepada udara dan membentuk keruping.
Isu kesihatan yang berkaitan dengan pembekuan darah
Hemofilia Penyakit yang menghalang darah membeku.
Trombosis Penyakit keturunan yang disebabkan oleh kekurangan faktor
Embolisme
pembeku tertentu dalam darah.
Pendarahan secara berlebihan akibat luka kecil atau lebam
boleh menyebabkan kematian.
Pembentukan darah beku yang dikenali sebagai trombus.
Trombosis berlaku akibat kerosakan dalam salur darah atau
pengaliran darah terlalu perlahan sehingga menyebabkan
faktor pembeku terkumpul.
Apabila darah beku diangkut oleh aliran darah, darah beku ini
dikenali sebagai embolus.
Embolus boleh tersekat di dalam salur darah yang terlalu kecil
dan menyebabkan aliran darah akan terhenti.
Sekiranya embolus menyekat aliran darah ke arteri koronari ,
ia akan menyebabkan serangan jantung.
Sekiranya embolus menyekat aliran darah ke otak , ia akan
menyebabkan strok.
FAQ
1. Apakah nama lain bagi trombokinase?
Tromboplastin
2. Apakah fungsi vitamin K dalam mekanisme pembekuan darah?
Vitamin K membantu menghasilkan protrombin di hati
3. Apakah sel darah yang terlibat mekanisme pembekuan darah?
Platlet
4. Apakah keruping?
Darah beku akan menjadi keras apabila terdedah kepada udara.
5. Adakah hemofilia penyakit keturunan?
Ya
6. Apakah perbezaan antara trombus dan embolus?
Trombus adalah pembentukan darah beku dalam salur darah ynag tidak tercedera manakala embolus
adalah thrombus yang tertanggal dan bergerak mengikut aliran darah.
7. Apakah maksud thrombosis koronari?
Darah membeku dalam arteri koronari.
8. Penyakit hemofilia adalah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan salah satu faktor membeku.
Apakah nama faktor pembeku tersebut?
Faktor VIII
LATIHAN PENGUKUHAN
1. Rajah di bawah menunjukkan mekanisma pembekuan darah.
Tisu darah Platlet
G F H
I J
Apakah fungsi F?
A. Menukarkan fibrinogen kepada fibrin.
B. Menukarkan fibrin kepada fibrinogen.
C. Menukarkan protrombin kepada trombin.
D. Menukarkan trombin kepada protrombin.
2. Apakah komponen sel yang diperlukan dalam mekanisma pembekuan darah?
A. Eritrosit
B. Leukosit
C. Platlet
D. Plasma darah
3. Antara bahan –bahan berikut yang manakah menyebabkan fibrinogen ditukar kepada fibrin?
A. Vitamin K
B. Trombin
C. Ion kalsium
D. Trombokinase
4. Darah beku dalam salur darah yang bergerak bersama aliran darah dikenali sebagai
A. plak
B. thrombus
C. embolus
D. trombosis
5. Seorang pekebun mengalami pendarahan tidak berhenti setelah kakinya tercedera semasa
berkebun. Apakah akan terjadi jika darahnya tidak dapat membeku?
A. Tekanan darah menurun
B. Kapilari darah membesar
C. Kadar denyutan jantung meningkat
D. Kadar respirasi meningkat
6. Seorang budak perempuan telah terluka jarinya dengan tidak sengaja. Darah membeku dengan
perlahan. Apakah yang menyebabkan darah membeku dengan perlahan?
A. Kurang penghasilan heparin dalam badan
B. Kekurangan vitamin K dalam makanannya
C. Kandungan darah dalam badannya berkurang
D. Darah mengalir dengan tekanan tinggi pada luka tersebut
7. Rajah di bawah menunjukkan keadaan berkaitan dengan pembekuan darah yang boleh
menyebabkan serangan jantung atau strok.
darah beku dinding arteri
Keadaan ini disebut sebagai kolestrol
A. atherosklerosis
B. hemofilia
C. anemia
D. trombosis