The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-84410018, 2021-07-07 03:53:41

MODUL PEMBELAJARAN BIOLOGI TING 4

BAB 8-15

8. Rajah di bawah menunjukkan mekanisme pembekuan darah dalam manusia.
Salur darah luka

Platlet berkumpul di kawasan luka

S
P

Protrombin Q
T

R Fibrinogen

(a) Namakan bahagian yang berlabel P,Q,R,S dan T. [ 5 markah ]
(b) Nyatakan kepentingan S dan T. [ 2 markah ]
(c) Tuliskan persamaan perkataan bagi tindakbalas dua jenis enzim dalam
[ 2 markah ]
proses pembekuan darah. [ 1 markah ]
(d) Apakah perbezaan antara fibrinogen dan R?
[ 5 markah ]
9. Nyatakan kepentingan mekanisme pembekuan darah

BIO AKSES

Pembekuan darah Hemofilia Trombosis dan embolisme

BIOLOGI TINGKATAN 4

BAB 11: KEIMUNAN MANUSIA

STANDARD KANDUNGAN:
11.1a Pertahanan Badan

STANDARD PEMBELAJARAN:

 mendefinisikan:
(i) keimunan
(ii) antigen
(iii) antibodi

 memerihalkan dua barisan pertahanan manusia:
(i) barisan pertahanan pertama
- fizikal
- kimia
(ii) barisan pertahanan kedua
- demam
- keradangan
- fagositosis

ISTILAH MAKSUD
Patogen : Mikroorganisma yang menyebabkan penyakit.
Antigen : Bendasing yang memasuki badan dan boleh merangsang sistem

Antibodi keimunan.
: Protein yang terdapat pada permukaan limfosit atau protein yang
Keimunan
dibebaskan oleh limfosit ke dalam plasma darah.
Gerak balas keimunan : Keupayaan badan untuk melawan jangkitan penyakit yang disebabkan

oleh patogen atau sebarang bendasing.
: Interaksi antara antibodi dan antigen yang menyebabkan antigen

dimusnahkan.

BARISAN PERTAHANAN PERTAMA
 Terdiri daripada barisan fizikal dan barisan kimia yang menghalang patogen daripada
memasuki badan.
 Merupakan barisan pertahanan yang tidak spesifik.

1. Barisan fizikal
- Kulit merupakan pelindung fizikal untuk menghalang kemasukan patogen kerana
sifat yang liat dan sukar ditembusi oleh mikroorganisma.
- Kulit bersifat kalis air disebabkan mengandungi lapisan keratin.
- pH kulit yang berada antara julat 3 hingga 5 menyediakan satu persekitaran berasid
yang tidak sesuai untuk pertumbuhan mikroorganisma.
- Penanggalan lapisan sel mati pada permukaan kulit secara berterusan
menyukarkan pertumbuhan pelbagai jenis mikroorganisma.

2. Barisan kimia

BARISAN PERTAHANAN KEDUA
 Terdiri daripada demam, keradangan dan fagositosis.
 Merupakan barisan pertahanan yang tidak spesifik.
1. Demam
- Menentang jangkitan.
- Menambahkan aktiviti fagosit dan melawan mikroorganisma yang menjangkiti
badan.
2. Keradangan
- Satu gerak balas pantas yang memusnahkan dan meneutralkan tindakan
berbahaya mikroorganisma dan toksin pada peringkat awal jangkitan.
- Bahagian radang membengkak, menjadi merah dan berasa sakit.

Gerak Balas Keradangan

3. Fagositosis
- Sel fagosit ialah sel leukosit yang boleh menjalankan fagositosis.
- Contoh sel fagosit: Neutrofil dan monosit
- Fagositosis ialah proses pemerangkapan dan pencernaan mikroorganisma atau
zarah lain seperti sel mati oleh sel fagosit.
- Fagositosis berlaku apabila patogen melepasi barisan pertahanan pertama.
Peringkat-peringkat Fagositosis
1. Apabila jangkitan berlaku, sel fagosit bergerak ke kawasan yang dijangkiti.
2. Sel fagosit memasuki bendalir tisu melalui liang dinding kapilari.
3. Apabila sel fagosit menemui patogen, sel fagosit mengunjurkan pseudopodium dan
mengepung patogen untuk membentuk fagosom.
4. Fagosom bergabung dengan lisosom yang terdapat di dalam sel fagosit.
5. Lisosom merembeskan enzim lisozim ke dalam fagosom.
6. Enzim lisozim mencerna patogen.
7. Sel fagosit menyingkirkan sisa patogen yang tercerna ke luar sel.

Peringkat-peringkat Fagositosis

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) 2

1. Apakah yang akan berlaku sekiranya Lilin di dalam telinga dan
mikroorganisma masuk melalui lubang air mata serta lendir pada
hidung?
faraj juga berfungsi
2. Apakah contoh-contoh lain untuk barisan sebagai antiseptik untuk
pertahanan pertama selain daripada yang
telah dipelajari? memusnahkan
mikroorganisma yang
3. Manakah merupakan barisan pertahanan
pasif dan barisan pertahanan aktif? masuk melaluinya.

4. Adakah fagosom dan vakuol makanan dalam
sel fagosit adalah struktur yang sama?

5. Apakah kandungan nanah yang terbentuk
pada luka?

1

Jika mikroorganisma masuk melalui lubang hidung,
bulu pada rongga nasal akan memerangkap partikel
habuk. Membran mukus pada salur respirasi akan
merembeskan mukus dalam nasal kaviti dan trakea.

Mukus akan memerangkap mikroorganisma dan
menggumpalkannya. Silia yang terdapat di

permukaan epitelium salur respirasi akan menolak
partikel-partikel mikroorganisma keluar ke farink. Ini
akan mendorong seseorang untuk bersin atau batuk

bagi mengeluarkan partikel-partikel itu.

3 4

Barisan pertahanan PERTAMA juga dikenali YA. FAGOSOM dan VAKUOL MAKANAN
sebagai barisan pertahanan PASIF manakala dalam sel fagosit adalah struktur yang
barisan pertahanan KEDUA juga dikenali sebagai
SAMA.
barisan pertahanan AKTIF.

5

Nanah ialah campuran mikroorganisma, cebisan tisu dan sel darah putih yang telah mati yang
boleh didapati di tapak jangkitan yang serius atau tisu rosak.

SOALAN LATIHAN
1. Rajah di bawah menunjukkan lapisan kulit manusia.

B
A

C

D

Antara bahagian yang berlabel A, B, C dan D, yang manakah merembeskan sebum untuk
memusnahkan mikroorganisma?

2. Rajah di bawah menunjukkan urutan dalam satu proses yang dilakukan oleh leukosit.

Apakah proses itu?
A Fagositosis
B Keradangan
C Pencernaan
D Pemerangkapan

3. Maklumat di bawah menunjukkan beberapa peringkat dalam gerak balas keradangan.

P Q
Mekanisme pembekuan darah Ketelapan kapilari darah
terhadap sel fagosit meningkat.
dicetuskan.

R S
Tisu yang rosak membebaskan Sel fagosit melakukan

histamin. fagositosis.

Antara yang berikut, urutan yang manakah betul bagi peringkat-peringkat dalam gerak balas
keradangan?

A Q, R, S, P
B R, Q, P, S
C Q, S, R, P
D R, P, Q, S

4. Terangkan dua sifat kulit manusia yang membolehkannya bertindak sebagai barisan
pertahanan pertama yang berkesan.
[4 markah]

5. Rajah di bawah menunjukkan tindakan sel darah Q dalam mekanisme pertahanan badan
manusia.

Terangkan tindakan sel darah Q ke atas bakteria.

[4 markah]

Jenis Keimunan • Sel limfosit menghasilkan antibodinya sendiri
• Sebagai gerak balas terhadap rangsangan oleh antigen.
Terdapat dua jenis keimunan, iaitu;
Keimunan aktif • Menerima antibodi daripada sumber luar.

Keimunan pasif

Persamaan dan perbezaan antara keimunan aktif buatan dengan keimunan pasif buatan.

Suntikan vaksin Melindungi Suntikan
badan daripada antiserum
Vaksin ialah jangkitan
ampaian penyakit Antiserum ialah
patogen lemah, serum yang
mati Melibatkan mengandungi
interaksi antara antibodi khusus
Tujuan sebagai antibodi dengan
pencegahan antigen Tujuan untuk
rawatan serta
Tidak memberi Keimunan Keimunan merta
perlindungan Aktif Pasif
serta merta Buatan Buatan Memberi
perlindungan
Keimunan kekal serta merta
untuk tempoh
lama Bersifat
sementara &
Suntikan diberi tidak kekal lama
sebelum
jangkitan Suntikan diberi
penyakit sekiranya
berisiko tinggi
Antibodi dijangkiti atau
dihasilkan setelah
sendiri oleh sel dijangkiti
limfosit
Antibodi
Dos penggalak diperoleh
diberi supaya daripada
aras antibodi antiserum
melepasi aras
keimunan Dos penggalak
diberi sekiranya
antibodi jatuh
bawah aras
keimunan dan
pesakit masih
dijangkiti.

Keimunan Aktif Buatan Graf Aras Antibodi dalam Darah

 Untuk penyakit tertentu seperti hepatitis
B, dos vaksin penggalak diperlukan secara
berkala.

 Dos / suntikan pertama vaksin biasanya
merangsang badan menghasilkan antibodi
tetapi di bawah aras keimunan

 Ini tidak mencukupi untuk melindungi
orang daripada penyakit ini.

 Suntikan kedua merupakan dos penggalak.
Ia akan merangsang penghasilan antibodi
dengan lebih cepat.

 Hal ini menyebabkan kepekatan antibodi
dalam darah melebihi aras keimunan, iaitu
aras dimana kepekatan antibodi dalam
darah cukup untuk melawan jangkitan.

Keimunan Pasif Buatan  Suntikan pertama antiserum menyebabkan
aras antibodi dalam darah meningkat dengan
cepat melebihi aras keimunan.

 Hal ini memberikan keimunan segera terhadap
penyakit itu.

 Kepekatan antibodi dalam darah setelah
suntikan pertama cukup untuk memberikan
keimunan terhadap penyakit itu.

 Walau bagaimanapun, keimunan yang
diperoleh dari suntikan pertama adalah bersifat
sementara.

 Suntikan kedua diberikan ketika orang itu
masih dijangkiti penyakit ini.

 Hal ini kerana kepekatan antibodi dalam
darahnya telah menurun di bawah tahap
keimunan.

 Oleh itu, dia memerlukan satu lagi suntikan
serum untuk meningkatkan aras antibodi dalam
darah melebihi aras keimunan.

Apa itu vaksin? Mengapakah suntikan dos
penggalak perlu diberikan?
- Vaksin adalah ampaian
patogen yang lemah, mati, - Meningkatkan aras
antibodi supaya melepasi
dan tidak berjangkit.
aras keimunan.

Mengapakah murid Apakah yang dimaksudkan dengan
perempuan sahaja diberi imuniti kelompok?

suntikan HPV? - Imunisasi yang melindungi komuniti
apabila sebahagian besar daripada
- HPV ialah suntikan vaksin mereka telah diberi vaksin untuk
yang diberikan untuk penyakit cegahan vaksin. Bakteria

mencegah kanser serviks atau virus sukar untuk merebak dalam
komuniti tersebut.

Level of immunitySoalan Objektif

Paras keimunan1. Rajah menunjukkan kepekatan antibody dalam darah selepas dua suntikan antiserum

Apakah jenis keimunan yang ditunjukkan oleh graf dalam rajah ?
A Keimunan aktif buatan
B Keimunan pasif buatan
C Keimunan aktif semulajadi
D Keimunan pasif semulajadi
2. Graf dalam rajah menunjukkan beberapa jenis keimunan.
Yang mana satukah yang paling baik mewakili keimunan pasif?

Weeks/Minggu

3. Rajah menunjukkan kepekatan antibodi dalam darah pesakit selepas diberi immunisasi

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang keimunan yang ditunjukkan ?
I. Ia memberi perlindungan sementara
II. Antiserum disuntik dalam badan pesakit
III. Ia memberi keimunan sementara menentang penyakit
IV. Sel darah putih dirangsang untuk menghasilkan antibodi

A II dan III sahaja
B I, II dan III sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

4. Apakah jenis keimunan yang akan diperoleh dengan menyuntik antiserum ke dalam
badan
A Keimunan pasif buatan
B Keimunan pasif semula jadi
C Keimunan aktif buatan
D Keimunan aktif semula jadi

5. Graf menunjukkan sejenis keimunan

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang graf tersebut?
A Kedua-dua suntikan mengandungi serum yang boleh meningkatkan aras

antibodi
B Suntikan kedua diperlukan untuk meningkatkan aras keimunan
C Kedua-dua suntikan mengandungi patogen yang mengawal penghasilan

antibodi
D Suntikan kedua mengandungi aras antibodi yang lebih tinggi

Soalan Struktur

Rajah 4.1 dan Rajah 4.2 menunjukkan jumlah antibodi dalam darah pada individu P dan
individu Q masing-masing semasa rawatan untuk memperolehi keimunan.

P

Rajah 4.1

Q

Rajah 4.2

(a) (i) Nyatakan jenis mekanisme pertahanan badan yang melibatkan keimunan.
[1 markah]

(a) (ii) Nyatakan bahan yang dihasilkan oleh badan yang berkaitan dengan keimunan.
[1 markah]

(b) Nyatakan jenis keimunan yang diberikan kepada individu P dan individu Q.
[2 markah]

(c) Terangkan mengapa individu P dan individu Q harus diberi suntikan kedua bahan
yang sama.

[2 markah]
(d) Nyatakan dua perbezaan antara jenis keimunan yang diterima oleh P dan Q.

[2 markah]

Sindrom kurang daya tahan penyakit
(Acquired Immuno Deficiency Syndrome) (AIDS)

Virus kurang daya tahan manusia (HIV) ialah virus yang menyerang sistem keimunan manusia. Jangkitan
HIV menyebabkan AIDS. Virus HIV membiak di dalam limfosit dan memusnahkan limfosit.

Perkembangan HIV

Sebelum Jangkitan HIV Jangkitan HIV kronik
jangkitan HIV akut

Minggu ke Tahun
bulan
Sel-T

Sel-T ialah sel darah putih yang memainkan peranan penting dalam sistem keimunan

Seorang penghidap AIDS;

 Mudah dijangkiti penyakit lain kerana kemusnahan progresif sistem keimunan individu tersebut.
 Tidak menunjukkan sebarang simptom untuk beberapa tahun permulaan walaupun virus HIV sedang

aktif menyerang sistem keimunannya.
 Hanya dapat dilihat gejala penyakit seperti cirit birit kronik dan jangkitan kulat selepas 8 hingga 10

tahun.

Cara Penyebaran HIV

 Perempuan yang dijangkiti virus HIV boleh memindahkan virus kepada bayinya semasa kehamilan,
kelahiran atau penyusuan.

 Individu boleh dijangkiti HIV melalui hubungan seks yang tidak dilindungi dengan individu yang
dijangkiti.

 Berkongsi jarum yang tercemar untuk menyuntik dadah atau dakwat tatu.
 HIV juga dapat disebarkan melalui pemindahan darah yang tercemar dengan virus HIV.

Cara penyebaran HIV

Hubungan seks Kehamilan, Berkongsi Kecuaian di Pemindahan
tanpa kelahiran dan jarum yang tempat darah yang
penyusuan bayi tercemar kesihatan tercemar
perlindungan

Berdasarkan sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, penyumbang terbesar bagi kes-kes HIV
yang terbaharu di Malaysia bukan lagi dalam kalangan penagih dadah tetapi beralih kepada hubungan
homoseksual iaitu hubungan seks antara lelaki.

Apakah peranan ahli Apakah maksud AIDS?
immunologi?
- Sindrom kurang daya
- Immunologi ialah pakar dalam tahan penyakit.
penyakit alahan dan penyakit
yang berkaitan sistem keimunan

Adakah wanita Adakah pesakit AIDS
mengandung boleh menunjukkan simptom awal?
menjangkiti HIV kepada
- Tidak, mereka tidak
kandungannya? menunjukkan simptom awal

- Ya, HIV boleh merentasi pada tahun- tahun awal
plasenta. walaupun HIV aktif menyerang

sistem keimunan ketika itu.

BIOLOGI TINGKATAN 4
BAB 12: KOORDINASI DAN GERAKBALAS
12.1 Koordinasi dan Gerakbalas.

12.1.1 Membuat urutan dan memerihalkan komponen dalam koordinasi manusia:

(i) rangsangan (ii) reseptor.

(iii) pusat integrasi (iv) efektor.

(v) gerakbalas.

12.1.2 Mengenal pasti dan memerihalkan rangsangan luar dan rangsangan dalam.

12.1.3 Menyenaraikan jenis reseptor deria berdasarkan rangsangan yang terlibat:

(i) kemoreseptor. (ii) mekanoreseptor.

(iii) fotoreseptor. (iv) termoreseptor

(v) baroreseptor. (vi) nosiseptor.

12.1.4 Mewajarkan keperluan bergerak balas terhadap rangsangan luar dan rangsangan dalam.

Koordininasi dan Gerakbalas

Definisi Jenis Rangsangan

RANGSANGAN – Perubahan yang merangsang Luar Dalam
gerak balas.  Perubahan yang berlaku di  Perubahan yang berlaku di

RESEPTOR – Sel deria khas yang mengesan luar badan. dalam badan
rangsangan dan menghantar
maklumat ke otak. Ia Bahan kimia Kesejukan
mencetuskan impuls saraf di udara
untuk dihasilkan.

PUSAT INTERGRASI – Otak yang menterjemah Haba
impuls saraf dan
mengkoordinasi suatu gerak
balas.

EFEKTOR – Bahagian badan yang Kesakitan
menghasilkan gerak balas Bunyi

GERAKBALAS – Cara organisma bertindak
selepas mengesan sesuatu
rangsangan

KOORDINASI- Proses pengesanan rangsangan  Suhu badan
oleh reseptor yang berakhir  Tekanan osmotik darah
dengan gerak balas yang  Kadar gula dalam darah
bersesuaian oleh efektor.  Kepekatan gas di dalam darah

Jenis reseptor deria dan Keperluan Organisma Bergerak
rangsangan yang terlibat balas Terhadap Rangsangan

Reseptor deria Rangsangan 1. Beradaptasi pada sebarang perubahan
(i) kemoreseptor Bahan kimia 2. Melindungi organisma daripada bahaya
(ii) mekanoreseptor Sentuhan dan tekanan 3. Kemandirian organisma
(iii) fotoreseptor cahaya 4. Untuk homeostasis
(iv) thermoreceptor Perubahan suhu
(v) baroreceptor. Perubahan tekanan
(vi) nociseptor sakit

LALUAN SARAF BAGI MENGESAN DAN BERGERAK BALAS TERHADAP PERUBAHAN
PERSEKITARAN LUAR

CONTOH : Mendengar Bunyi Loceng Rumah

Reseptor pada organ deria Pusat integrasi Efektor
mengesan rangsangan dan (otak) (Otot tangan)
mencetuskan impuls saraf
menghasilkan
INTERGRATION
Gerak balas
centreThermodete dikesan oleh (Membuka pintu)
of

Rangsangan
(Bunyi loceng pintu)

LALUAN SARAF BAGI MENGESAN DAN BERGERAK BALAS TERHADAP PERUBAHAN
PERSEKITARAN DALAM

CONTOH : Perubahan Tekanan Darah.

Pusat integrasi
(Pusat kawalan
kardiovaskular di dalam
medulla oblongata)

Dikesan oleh reseptor Efektor:
(baroreseptor) di arka Otot kardium
aorta dan arteri karotid.

Rangsangan dari persekitaran Gerak balas
dalam (contoh: tekanan darah Efektor bergerak balas (pengecutan otot

meningkat semasa berlari kardium menjadi perlahan dan
pengembangan diameter salur darah)

Tekanan darah normal

FAQ Stimuli menunjukkan banyak
rangsangan manakala stimulus
1. adalah rangsangan tunggal
Apakah perbezaan diantara
stimulus dan stimuli?

2. Dimanakah kita boleh menemui Reseptor terletak di organ deria kita.
resptor pada tubuh badan Terdapat lima organ deria pada manusia
iaitu hidung, telinga, mulut, kulit dan
manusia? mata. Setiap organ deria mempunyai
reseptor khas termasuk kemoreseptor
(reseptor kimia) yang terdapat di dalam
mulut dan hidung, fotoreseptor (reseptor
cahaya) yang terdapat di mata, dan
mekanoreceptor dijumpai di telinga.

3. Nyatakan contoh lain a) Rangsangan = Bau busuk
rangsangan luaran dan Gerakbalas= Menutup hidung.
gerakbalas yang sesuai.
b) Rangsangan = bunyi telefon
Gerakbalas= Mengangkat telefon

BIO ACCESS

Stimulus and responses. Miraculous Sensory Organs

LATIHAN
1 Rajah 1 menunjukkan komponen utama yang terlibat dalam gerak balas dan koordinasi.

Rangsangan

Pusat integrasi

Gerakbalas
Rajah 1

Apakah yang mewaklili P dan Q? Q
P Efektor
Efektor
A Reseptor Saraf Tunjang
B Saraf Tunjang
C Otak Otak
D Reseptor

2. Rajah 2 menunjukkan satu keratan rentas bagi organ P dalam bahan manusia.

Kelenjar peluh

Folikel rambut

Otot regang

Rajah 2

(a) (i) Apakah organ P? [ 1markah]

(ii) Nyatakan tiga fungsi organ P. [ 3markah]

(b) Nyatakan dua sistem yang mengandungi organ P. [2 markah]

(c) Jelaskan peranan otot regang, bulu roma dan kelenjar peluh dalam mengekalkan suhu badan pada

hari yang panas. [3 markah]

BIOLOGI TINGKATAN 4
BAB 12: KOORDINASI DAN GERAKBALAS
12.2 Sistem Saraf

12.2.1 Membina carta organisasi dan menerangkan struktur sistem saraf manusia:

(i) sistem saraf pusat.

- Otak - saraf tunjang

(ii) sistem saraf periferi.

- reseptor deria -saraf kranium -saraf spina

12.2.2 Menerangkan fungsi bahagian sistem saraf pusat dalam koordinasi dan gerak balas:

(i) – otak -serebelum - hipotalamus

- serebrum -medula oblongata - kelenjar pituitari

(ii) Saraf tunjang.

12.2.3 Berkomunikasi tentang fungsi bahagian sistem saraf periferi dalam koordinasi dan gerak
balas.

Rangkaian
komunikasi

Membantu Menerima
mengekalkan maklumat
homeostasis daripada
reseptor

Mengawal dan Menghasilkan Memindah dan
mengkoordinasi gerakbalas menginterpretasi
semua sistem
untuk dihantar impuls
yang lain ke efektor

ORGANISASI SISTEM SARAF MANUSIA Sistem Sistem Saraf
Sistem Saraf Manusia Saraf Pusat Periferi

Sistem Saraf Pusat Sistem Saraf Periferi Otak Saraf kranium
Saraf spina
Otak Saraf Sistem Sistem Saraf Ganglia
Tunjang Saraf Saraf Tunjang
Soma Autonomi

Saraf Saraf
kranium spina

Thalamus SISTEM SARAF PUSAT
Menerima dan mengasingkan STRUKTUR DAN FUNGSI OTAK
maklumat daripada semua
organ deria dan dihantar ke Serebrum
otak untuk ditafsir.  Bahagian otak yang paling

Hipotalamus besar dan paling kompleks.
 Mengkoordinasi homeostasis  Mentafsirkan maklumat dari
 Mengawal rembesan
reseptor.
beberapa jenis hormon  Mengawal aktiviti mental
kelenjar pituitari
dan tindakan terkawal.
ControlsKtheelesnejacrrePtiiotnuiotfaari few Otak tengah  Bahagian yang
Ktyepleesnjoafrpeitnuditaorkyrignlauntdamhoarmdaonnes.
merembaskan hormon di bawah mengawal kecerdasan
seperti pembelajaran,
pengaruh hipotalamus bercakap, mengingat,
menaakul dan lain-lain.

Medula Oblongata Serebelum Saraf Tunjang
 Mengawal tindakan luar  Mengawal keseimbangan Mengawal tindakan refleks

kawal dan koordinasi pergerakan
badan

Lobus Frontal Lobus Pariental
(pergerakan, fungsi (Tekanan, sentuhan,
kognitif, memori,
penyelesaian masalah, kesakitan)

dan kreativiti. Lobus Occipital
( penglihatan).
Lobus Temporal
(pendengaran, Serebelum
pembelajaran dan ( keseimbangan
badan, postur,
emosi) koordinasi badan dan

Medula Oblongata percakapan.
(Pernafasan, degupan

jantung dan suhu)

Bahagian Otak dan Fungsinya

STRUKTUR DAN FUNGSI SARAF TUNJANG Salur Pusat Jirim Kelabu
Saraf Spina Akar Dorsal
Ganglion
Keratan Rentas Saraf Tunjang Akar Dorsal
Akar Ventral
Kedudukan Saraf Tunjang Dalam Turus Vetebra
Jirim Puteh

 dikelilingi oleh Saraf  menghubungkan otak
bendalir serebrospina yang Tunjang dengan sistem saraf
memberi perlindungan dan periferi
membekalkan saraf tunjang

dengan nutrien

 mengawal
tindakan refleks

FUNGSI SISTEM SARAF PERIFERI DALAM KOORDINASI DAN GERAKBALAS.

Sistem Saraf Soma Sistem Saraf Sistem saraf Autonomi
Periferi  mengawal tindakan luar
 Mengawalatur semua
tindakan terkawal kawal
 seperti denyutan jantung

dan pengecutan salur
darah

 Berfungsi
menghubungkan reseptor
deria dan efektor kepada

sistem saraf pusat.

FAQ Jirim putih adalah tisu dalam saraf tunjang dan bewarna putih
kerana terdapat banyak unjuran akson dan dendron manakala jirim
1. Apakah perbezaan kelabu adalah tisu yang bewarna kelabu dalam saraf tunjang
diantara jirim puteh dan kerana terdiri dari badan sel saraf dan ia kelihatan seperti huruf H.

jirim kelabu?  Manusia berfikir berdasarkan rangsangan yang diterima
 Semua aktiviti otak berlaku menerusi isyarat elektrokimia yang
2. Bagaimana manusia
berfikir dan dicetuskan oleh reseptor.
 Isyarat dicetuskan dan dihantar dari satu neuron ke neuron
menyelesaikan
masalah? merentasi sinaps oleh bahan kimia iaitu neurotransmitter.
 Otak mentafsirkan isyarat ini.
3. Bagaimana mesej  Efektor menerima isyarat elektrokima ini dan bertindak mengikut
dibawa ke seluruh tubuh
manusia dari otak ke apa yang difikirkan
sistem saraf?
Otak menghantar mesej melalui saraf tunjang ke saraf periferi ke
4. Mengapakah sistem seluruh badan yang berfungsi untuk mengawal otot dan organ
saraf sangat penting pada dalaman.

manusia? .
 Sistem saraf berperanan dalam hampir semua aspek kesihatan
dan kesejahteraan kita.
 Ia membimbing aktiviti seharian seperti bangun tidur; aktiviti
automatik seperti bernafas; dan proses yang kompleks seperti
berfikir, membaca, mengingat, dan merasakan emosi yang
dikendalikan oleh sistem saraf: Pertumbuhan dan
perkembangan otak.

5. Bolehkah  Apabila stres, otak manusia yang merupakan sistem saraf pusat
kegelisahan@ stress akan lebih aktif daripada biasa.
mempengaruhi
sistem saraf kita?  Otak akan merangsang perembesan hormon stress iaitu hormon
kortisol oleh kelenjar adrenal.

 Mereka yang menghadapi stres tidak boleh berhenti berfikir
walaupun pada waktu di mana tubuh badan mereka sepatutnya
rehat.

6. Bagaimana kita Tekanan boleh mempengaruhi sistem saraf kita, tetapi kita boleh
boleh mengawal melakukan beberapa perkara untuk menguruskannya
sistem saraf kita 1. Bersenam secara teratur.
dalam keadaan 2. Beri kebenaran untuk berehat.
stress? 3. Luangkan masa yang berkualiti dengan keluarga dan rakan-

rakan.

LATIHAN
1 Rajah 1 menunjukkan struktur otak manusia.

Rajah 1
Antara bahagian berlabel A, B, C dan D, yang manakah menerima dan menterjemah rangsangan dari
seluruh badan?
2 Bahagian otak manakah yang terjejas jika seseorang itu mempunyai kesukaran membaca?
A Serebelum
B Hipotalamus
C Medula oblangata
D Serebrum
3 Rajah 2 menunjukkan otak manusia.

Rajah 2
Fungsi serebelum adalah
A untuk mengawal atur tekanan darah
B untuk mengkoordinasi pergerakan badan
C untuk mengawal atur kadar denyutan jantung
D untuk mengkoordinasi tindakan kelenjar endokrin

4 Rajah 3 menunjukkan bahagian-bahagian otak manusia.

Rajah 3

Antara yang berikut, yang manakah betul?

Part of the brain Function

A P Mengawal gerakan peristalsis

B Q Mengawal suhu badan

C R Mengawal semua tindakan luar kawal

D S Mengawal kadar denyutan jantung

(5) Rajah 4 menunjukkan keratan rentas sebahagian daripada sistem saraf.

Rajah 4 [1 mark]
(i) Namakan Struktur Y. [1 mark]
(ii) Nyatakan fungsi Y .
6 (a) Rajah 5 menunjukkan struktur otak manusia.

Rajah 5

Bincangkan perbezaan antara tindakan yang dikawal oleh struktur P dan R. [4 marks]

(b) Seorang lelaki cedera pada struktur Q semasa satu kemalangan. Bincangkan kesan kecederaan

tersebut terhadap pergerakannya selepas kemalangan. [2 marks]

12. KOORDINASI DAN GERAK BALAS.
12.3 Neuron dan Sinaps

12.3.1 Melukis dan melabel struktur neuron deria dan neuron motor:

(i) Dendrit (iii) badan sel (v) nodus Ranvier

(ii) akson. (iv) salut myelin

12.3.2 Mencerakinkan fungsi setiap jenis neuron dalam penghantaran impuls.

12.3.3 Menjelaskan struktur sinaps dan fungsinya.

12.3.4 Menerangkan penghantaran impuls merentasi sinaps.

STRUKTUR NEURON & FUNGSINYA.

Akson

Dendrit

Nukleus Salut Bonggol
Mielin sinaps
Dendron
Sel Schwann
Struktur neuron
Dendrit Nodus Ranvier
Dendron
Badan sel Sel badan
Akson
Fungsi
Nodus Ranvier
Salut Mielin Menerima impuls dan memindahkannya ke arah dendron.

Bonggol Sinaps Menerima impuls dan memindahkannya ke arah badan sel.
Mengawal semua aktiviti neuron

Memindahkan impuls keluar dari badan sel.

Mempercepatkan pemindahan impuls saraf di sepanjang akson.

- Penebat akson untuk mengelakkan kebocoran impuls.
- Mempercepatkan pemindahan impuls
- Membekalkan nutrient dan merupakan lapisan perlindungan kepada

akson

-Menghantar isyarat ke sel otot, sel kelenjar atau dendrit neuron lain.

Jenis-jenis neuron dan fungsinya

dendrit akson dendrit Laluan dendrit
(neuron (neuron (neuron impuls (neuron
Bdaedraina)sel deria) deria) deria)
(neuron
Terminal Badan sel Badan sel
deria) akson (neuron (neuron
deria) deria)
Laluan Laluan
impuls akson impuls
(neuron
deria) akson
Terminal (neuron
akson deria)
Terminal
Neuron deria akson
(Neuron aferen)
Neuron motor
(Neuron eferen)

• Terdapat dalam akar dorsal Neuron Geganti  Terdapat dalam akar ventral
saraf spina. (Interneuron ) saraf spina.

• Membawa impuls saraf dari  Gentian neuron yang terdapat dalam • Menerima impuls saraf dari
reseptor organ deria ke sistem sistem saraf pusat. neuron geganti sistem saraf
saraf pusat. pusat
• Menghubungkan neuron deria
• Badan sel terdapat dalam kepada neuron motor.  Memindahkan impuls saraf ke
ganglion akar dorsal. efektor seperti otot atau
• Badan sel terdapat secara kelompok kelenjar untuk menghasilkan
• Dendrit menerima impuls dalam jirim kelabu sistem saraf pusat. gerak balas yang sewajarnya.
saraf dari reseptor dan
menghantar ke arah • Memindahkan impuls saraf dari • Badan sel terdapat dalam
neuron deria ke sistem saraf pusat jirim kelabu saraf tunjang.
badan sel. dan dari sistem saraf pusat ke neuron
motor.
• Impuls saraf dipindahkan dari
badan sel melalui akson ke
neuron berikutnya.

Laluan Penghantaran Maklumat Daripada Reseptor Kepada Efektor
Neuron geganti

Neuron deria Neuron motor

Gerakbalas

Rangsangan

1 Dikesan Impuls Ke neuron 4
geganti melalui
oleh 3 dipindahkan 1
Rangsangan sinaps
(bunyi telefon) oleh neuron
deria
2
Reseptor Sistem saraf

Reseptor 5
mencetuskan
Impuls 1
impuls dipindahkan
oleh neuron
6
motor ke
menghasilkan efektor

Gerakbalas Efektor

SINAPS

Akson

vesikel

Bonggol sinaps

} sinaps

Sinaps
 ialah ruang sempit diterminal akson satu neuron berada hampir dengan dendrit neuron
yang bersebelahan.
 Impuls saraf dipindahkan ke neuron lain melalui sinaps.
 Terminal akson mempunyai bonggol sinaps yang mengandungi banyak mitokondria dan
vesikel yang mengandungi neurotransmiter.
 Contoh neurotransmiter adalah asetilkolina dan noradrenalina.
 Penghantaran impuls saraf merentasi sinaps adalah dalam satu arah, dari terminal akson ke
dendrit neuron lain.
 Apabila impuls tiba dibonggol sinaps
 Vesikel mengandungi neurotransmiter dirangsang bergerak ke arah membran pra sinaps
 Bergabung dengan membran dan merembeskan neurotransmiter ke celah ruang sinaps
 Neurotransmiter meresap merentasi ruang sinaps ke membran pasca-sinaps.
 Neurotransmiter terikat pada reseptor di membran pasca sinaps.
 Impuls baru dicetuskan

FAQ Neuron berfungsi untuk menghantar
maklumat dalam bentuk isyarat
1. Mengapakah neuron sangat elektrik yang dipanggil impuls saraf ke
penting dalam sistem saraf otak untuk menghasilkan gerakbalas.
manusia?
Dadah penenang, contohnya adalah
2. Apakah yang boleh barbiturat dan trankulizer.
menghalang neurotransmiter
daripada meresap ke membrane Untuk membekalkan tenaga bagi
pembebasan neurotransmiter ke
pasca sinaps? dalam ruang celah sinaps.

3. Mengapakah terdapat banyak Akan mendapat penyakit saraf
mitokondria didalam bonggol seperti Alzheimir, Dementia dan
sinaps? Parkinson.

4. Apakah yang berlaku sekiranya
terdapat kerosakan sinaps?

LATIHAN

1. Rajah 1 menunjukkan satu sinaps..

Bahan X ialah Rajah 1

A tiroksina B glukagon
C adrenalina D noradrenalina

2. Fungsi akson neuron aferen adalah
A untuk mempercepatkan penghantaran impuls
B untuk membebaskan neurotransmiter dalam celah sinaps
C untuk menghantar impuls ke badan sel
D untuk membawa impuls keluar dari badan sel

3. Rajah 3 menunjukkan tiga jenis neuron.

Apakah X, Y dan Z? XYZ Z
Rajah 3 Neuron aferen
X Neuron eferen
A Neuron perantaraan Y Neuron perantaraan
B Neuron aferen Neuron eferen Neuron aferen
C Neuron eferen Neuron perantaraan
D Neuron eferen Neuron aferen
Neuron perantaraan

4. Rajah 4 menunjukkan tiga jenis neuron..

Rajah 4

(a) Namakan neuron P, Q dan R

(b) Berikan fungsi setiap neuron yang dinamakan di 4(a). [3 marks]
[3 marks]
(c) Berikan dua fungsi struktur X. [2 marks]

5. Rajah 5 menunjukkan tiga neuron yang terlibat dalam proses penghantaran maklumat.

Rajah 5 [4 marks]
Jelaskan pemindahan impuls saraf dari organ kulit ke otot. [ 6 marks]
6.

Rajah 6.2
Diagram 6.2
Jelaskan pemindahan impuls saraf dari neuron M ke neuron N.

BIOLOGI TINGKATAN 4
BAB 12: KOORDINASI DAN GERAK BALAS.
12.4 Tindakan Terkawal dan Tindakan Luar Kawal.

12.4.1 Membanding dan membezakan antara tindakan terkawal dengan tindakan luar kawal.
12.4.2 Memerihalkan tindakan refleks yang melibatkan:

(i) dua neuron (ii) tiga neuron
12.4.3 Melukis arka refleks.

PERBANDINGAN ANTARA TINDAKAN TERKAWAL DENGAN TINDAKAN LUAR KAWAL

Melibatkan Tindakan yang Kedua-dua Tindakan yang Melibatkan
sistem saraf kita sedari dan tindakan berlaku secara sistem saraf
melibatkan automatik dan autonomi
soma dilakukan rangsangan, berlaku tanpa
mengikut impuls, neuron Dikawal oleh
Dikawal oleh kehendak kita kita medula
korteks dan sedari
serebrum Tindakan organ efektor. oblongata
terkawal Tindakan Luar dan
Kawal
hipotalamus

Melibatkan Melibatkan
gerak balas gerak balas
otot rangka otot licin
dan kelenjar

TINDAKAN REFLEKS Gerak balas
pantas terhadap
Melindungi
daripada rangsangan
tanpa dikawal
kecederaan dan
beradaptasi oleh otak.
dengan
persekitaran Dikawal oeh
saraf tunjang

Contoh: Tindakan Pusat Integrasi
Sentakan kaki, Refleks ialah di Medula
Menarik tangan
daripada objek Oblongata

panas

Tindakan Luar Melibatkan
Kawal yang dua atau tiga
jenis neuron
melibatkan otot
rangka Laluan saraf
tindakan refleks

disebut arka
refleks

Sentakan lutut ialah contoh
tindakan refleks yang

melibatkan dua jenis neuron:
 Neuron deria
 Neuron motor

Wah! Tindakan refleks yang bagus.!!!

Reflex arc which involves three types of neur Terpijak pin ialah contoh tindakan
. refleks yang melibatkan tiga jenis

neuron:
 Neuron deria
 Neuron geganti
 Neuron motor

Tindakan Refleks Yang Melibatkan Tiga Jenis Neuron

Tercucuk pin tajam

• Apabila jari tercucuk pin tajam, reseptor deria mengesan rangsangan dan

1 mencetuskan impuls saraf

• Impuls saraf dipindahkan di sepanjang neuron deria ke saraf tunjang.

2

• Dalam saraf tunjang, impuls saraf dipindahkan dari neuron deria melalui

3 sinaps ke neuron geganti
4 • Dari neuron geganti, impuls saraf dipindahkan ke neuron motor

• Neuron motor memindahkan impuls saraf dari saraf tunjang ke efektor (tisu

5 otot)

• Otot biseps bergerakbalas dengan mengecut

6 • jari dialihkan dengan cepat

Tindakan Refleks Yang Melibatkan Dua Jenis Neuron

Sentakan lutut

• Apabila tendon di bawah tempurung lutut diketuk, otot kuadriseps
menjadi regang dan merangsang reseptor regangan untuk mencetuskan

1 impuls saraf

• Neuron deria memindahkan impuls saraf ke neuron motor dalam saraf

2 tunjang.

• Neuron motor kemudiannya memindahkan impuls dari saraf tunjang ke

3 efektor iaitu otot kuadriseps.

• Otot kuadriseps mengecut lalu menyebabkan kaki tersentak ke hadapan

4

FAQ  Buang angin atau kentut adalah perbuatan yang
berlaku tanpa orang menyedarinya.
Adakah ‘membuang angin’
(kentut) adalah tindakan  Ketika kita mencerna makanan, gas, terutama
terkawal? Boleh anda dalam bentuk hidrogen, metana, dan karbon
terangkan? dioksida, dibebaskan.

Mengapakah doktor menjalankan  Semasa gas mengumpul, tubuh mungkin perlu
ujian sentakan lutut kepada menghilangkannya, baik melalui mulut, dengan
pesakit? Apakah tujuan ujian bersendawa, atau melalui angin melalui
tersebut dilakukan? bahagian dubur.

Adakah semua tindakan refleks  Otot dubur akan melonggarkan secara
dikendalikan oleh saraf tunjang? automatik untuk melepaskan gas.

Apakah yang menyebabkan Ujian refleks adalah bertujuan mengukur
kurang gerak balas atau kehadiran dan kekuatan refleks. Dengan
hilangnya reflex pada sentakan berbuat demikian, doktor dapat menilai
lutut? sensitiviti rangkaian saraf sistem saraf tunjang
dan periferi pesakit. Sekiranya tindak balas
lemah, atau tidak ada, itu mungkin
menunjukkan kerosakan pada saraf.

Ya, tetapi bagi tindakan mengkelip mata,
perubahan saiz anak mata terhadap cahaya
dan pengeluaran air mata terhadap ancaman
dikendalikan oleh otak.

Sekiranya doktor menilai reaksi anda 0 atau 1,
otot anda menunjukkan sedikit atau tidak ada
peregangan otot semasa ujian. Kemungkinan
tiada gerakbals refleks adalah disebabkan
menghidap diabetes, anemia, dan kekurangan
vitamin B1, B6 dan B12.

LATIHAN

1 Antara yang berikut, yang manakah tindakan luar kawal?

I Pencernaan
II Bersin
III Membaca
IV Denyutan jantung

A IV sahaja B II dan III
C I, II dan III D I, II dan IV

2 Rajah 1 menunjukkan arka refleks sentakan lutut.

Rajah 1

Antara bahagian berlabel A, B, C dan D, yang manakah membawa impuls ke arah saraf tunjang?

3 Apakah yang akan berlaku apabila akar ventral saraf spina dipotong?

I Kita tidak boleh mengesan sesuatu jika reseptor yang berhubung dengannya dirangsang
II Kita akan bertindak balas jika akar dorsal dirangsang
III Kita tidak boleh bertindak balas jika reseptor yang berhubung dengannya dirangsang
IV Kita akan bertindak balas jika akar ventral yang dipotong itu dirangsang.

A III sahaja
B I dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D II dan IV sahaja

4. Rajah 4.1 menunujukkan gambar berkaitan suatu tindakan.

Rajah 4.1 [2 markah]

(a) Perhatikan Rajah 4.1. Terangkan jenis tindakan yang terlibat.

Rajah 4.2 menunjukkan seorang lelaki menarik jarinya dari sentuhan objek tajam.
Rajah 4.3 menunjukkan struktur suatu neuron dari sistem saraf seorang lelaki.
Rajah 4.4 menunjukkan arka reflex dalam tindakan refleks.

P S
R
DiRaagjraahm45..22
Q
Diagram 5.3

Rajah 4.3

Rajah 4.4

(b) Perhatikan Rajah 4.3. Namakan struktur P,Q, R dan S. [4 markah]

(c) Berdasarkan Rajah 4.4, [2 markah]

(i) Adakah impuls perlu diangkut ke otak ?.
Jelaskan .

(ii) Huraikan bagaimana tindakan menarik jari dari sentuhan objek tajam dilakukan oleh lelaki itu
[4 markah]

(d) En Y sedang menjalani pemeriksaan oleh doktor.
En Y

Pada pendapat anda , mengapa anda fikir En Y menyepak doktor yang mengetuk tempurung lututnya?
[2 markah]

5. Rajah di bawah menunjukkan dua tindakan mata yang berbeza apabila terdedah kepada keamatan cahaya
yang berbeza.

Terangkan bagaimana sistem saraf terlibat dalam tindakan pupil terhadap rangsangan kepada cahaya
yang terang

[2 markah]

6. Seorang budak lelaki memijak duri ketika berlari di ladang, dia segera menarik kakinya. Lukis dan labelkan
arka refleks untuk menunjukkan jalan impuls yang terlibat dalam reaksi budak lelaki itu.
[4 markah]

AKSES BIO

Voluntary & involuntary Knee jerk
action

12.5 ISU KESIHATAN BERKAITAN SISTEM SARAF MANUSIA
12.5.1 Isu kesihatan berkaitan sistem saraf
12.5.2 Kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol terhadap kordinasi dan gerakbalas

SKLEROSIS BERGANDA ALZHEIMER
• Tindakan sistem keimunan dalam • kehilangan ingatan dan kebolehan

badan yang menyerang salut mielin intelektual secara beransur-ansur di
dalam otak dan saraf tunjang kalangan warga tua dan boleh diwarisi.
• Menghalang penghantaran impuls • Punca : kemerosotan tisu otak dan
• Simptom : otot-otot menjadi lemah kekurangan neurotransmiter seperti
gangguan penglihatan & pendengaran, asetilkolina dalam otak.
kesukaran untuk mengawal • Simptom : Kehilangan ingatan atau nyanyuk
keseimbangan dan koordinasi badan , hilang kepintaran , keliru, lemah tumpuan
dan sensitif, pertimbangan dan kordinasi
PARKINSON terjejas dan hilang keupayaan untuk
• Kemerosotan sistem saraf iaitu bahagian bercakap, membaca, menulis, makan dan
berjalan
otak yang mengawal tindakan otot
• punca : LUMPUH OTAK (CEREBRAL PALSY)
• Kerosakan otak sebelum atau selepas
• pengurangan aras neurotransmiter
(dopamin) di dalam otak kelahiran atau sewaktu berusia 3-5 tahun
• Menyebabkan kegagalan otot dan
• pengerasan arteri serebrum.
• Simptom keupayaan motor untuk berfungsi dengan
baik
• anggota badan terketar-ketar • Punca :
• Sentakan dalam pergerakan • kurang oksigen dibekalkan ke otak
• Otot lemah, kaku dan kejang
• Hilang keseimbangan dan koordinasi sewaktu dalam kandungan atau
kelahiran
LOU GEHRIG/ AMYOTROPHIS LATERAL • Kandungan bilirubin yang tinggi
SCLEROSIS (ALS) • Jangkitan pada sistem saraf
• Simptom : sukar bergerak kerana otot
• Kemerosostan dan kematian neuron motor lemah dan kejang, sawan, kurang
yang mengawal pergerakan otot keupayaan bertutur, melihat dn
mendengar
• Simptom: sukar mengunyah, berjalan dan
bertutur

AUTISME ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY
• Masalah berkaitan perkembangan saraf
DISORDER (ADHD)
dalam otak • Kegagalan fungsi otak
• Menghadapi masalah berinteraksi dan • Hyperaktif, tidak fokus dan mudah bosan

berkomunikasi

EPILEPSI (SAWAN)
• Masalah berkaitan aktiviti bahagian otak tertentu yang tidak normal yang mencetuskan

impuls yang luar biasa
• Simptom : Kekejangan otot, tidak sedarkan diri

DADAH ALKOHOL

Bahan kimia yang boleh mengubah fungsi badan Bahan kimia berbentuk cecair yang tidak
& kelakuan manusia berwarna dan mudah terbakar.
• Ia dikategorikan sebagai depressan 
JENIS-JENIS DADAH
melambatkan fungsi sistem saraf
PERANGSANG @ STIMULAN • Memperlahankan penghantaran impuls
• Mengganggu kordinasi & keseimbangan
• Mempercepatkan aktiviti saraf
• Mempercepatkan rembesan badan serta gagal buat pertimbangan
• Kesan jangka masa panjang : kegagalan
neurotransmitter di sinaps
• Mempercepatkan pemindahan impuls fungsi hati dan otak  kanser, sirosis hati
dan gangguan mental
ke otak
• Menyebabkan euforia & ketagihan PENYALAHGUNAAN
• Kebaikan : mempercepatkan proses DADAH & ALKOHOL

fisiologi badan seperti degupan Kedua-dua bahan diambil tanpa
jantung & pernafasan preskripsi doktor dan dalam dos
• Kesan jangka masa panjang : yang berlebihan dan menyebabkan
halusinasi dan kemurungan serta ketagihan
kegagalan organ
• Contoh : kokain, nikotina, amfetamin, FAKTOR – FAKTOR
kafein PENYALAHGUNAAN

PENENANG @ DEPRESSAN Faktor persekitaran :
• Mudah didapati
• Memperlahankan aktiviti saraf • Tidak mahal
• Memperlahankan atau menghalang
Faktor Sosial :
rembesan neurotransmitter di sinaps • Pengaruh rakan sebaya
• Memperlahankan atau menghalang • Latarbelakang keluarga
• Pengaruh idola atau orang-orang yang
pemindahan impuls ke otak
• Kebaikan : mengurangkan proses terkenal
• Budaya
fisiologi badan, mengendurkan otot,
melegakan kesakitan, kegelisahan dan Faktor Biologi :
menggalakkan tidur • Keturunan
• Kesan jangka masa panjang : hilang • Personaliti (contohnya: impulsif, mudah
fokus dan ingatan, kanser, kerosakan
otak dan hati, koma gelabah/terangsang)
• Contoh : Opiat, barbiturat, trankuilizer,
morfin dan heroin

HALUSINOGEN @ KHAYALAN

• mengubah pandangan visual dan
menyebabkan ilusi sehingga susah
membezakan yang benar dan tidak benar.

• LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin

DADAH NARKOTIK

• Mengganggu kordinasi dan pemkiran
• Melambatkan pemindahan impuls saraf



KESAN KETAGIHAN ALKOHOL

S: Benarkah ubat yang diberi oleh FAQ
doktor sebagai rawatan bagi sesuatu
penyakit adalah dadah?

J: Ya

S: Jika benar ubat adalah dadah,
adakah ia selamat digunakan?

J: Ya. Doktor menggunakan dadah
sebagai rawatan dalam kuantiti atau
dos yang selamat dan tidak
memberi kesan buruk kepada
pesakit.

S: Adakah ketum merupakan dadah?
Mengapa sesetengah negara melarang
penanaman ketum secara besar-
besaran?

J: Ketum tidak dikategorikan sebagai
dadah. Akan tetapi ekstrak daun
ketum adalah bahan psikoaktif yang
boleh memberi kesan ke atas sistem
saraf manusia sama seperti dadah
perangsang atau dadah penenang.
Kebanyakan negara mengkategorikan
ketum sebagai racun yang boleh
membahayakan kesihatan sekiranya
disalahgunakan.

S: Di negara beriklim 4 musim,
minuman beralkohol dihasilkan secara
besar-besaran dan merupakan
minuman rutin bagi penduduk di
sana. Mengapa?

J: Penduduk di negara 4 musim
mengambil minuman beralkohol
terutamanya pada musim sejuk dalam
kuantiti yang kecil untuk memanaskan
badan

LATIHAN PENGUKUHAN

1. Dadah merupakan bahan kimia yang mempengaruhi sistem X. Apakah sistem X?
A. Saraf
B. Neuron
C. Hormon
D. Propriseptor

2. Berdasarkan kepada kesan terhadap sistem saraf, dadah boleh dibahagikan kepada tiga
kumpulan utama. Apakah tiga kumpulan utama tersebut?
I. Rangsangan
II. Barbiturat
III. Penenang
IV. Halusinogen

A. I, II dan III sahaja
B. I, II dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

3. Aktifkan sistem saraf, menyebabkan kesan yang serupa seperti adrenalin, meningkatkan paras
glukosa dalam darah. Semua faktor ini disebabkan oleh
A. Opium
B. Heroin
C. Nicotin
D. Barbiturat

4. Yang manakah antara berikut merupakan maksud penyalahgunaan dadah?
A. Menggunakan dadah dengan preskripsi doktor untuk tujuan perubatan
B. Menyalahgunakan dadah dengan preskripsi doktor untuk tujuan perubatan
C. Menggunakan dadah dalam jumlah yang sedikit dengan preskripsi doktor untuk tujuan
perubatan
D. Menyalahgunakan dadah tanpa preskripsi doktor dan bukan untuk tujuan perubatan

5. Yang manakah antara berikut merupakan kesan penggunaan kanabis?
I. Melambatkan impuls saraf
II. Merosakkan koordinasi otot
III. Melambatkan reaksi terhadap rangsangan
IV. Menyebabkan pengguna mengantuk dan kurang cemas

A. I, II dan III sahaja
B. I, III dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV


Click to View FlipBook Version