THE DEVELOPMENT OF A CONSTITUTIVE MODEL FOR THE MOBILE HOT CELL
VENTILATION SYSTEM
Mohd Zaid bin Hassan@Abdul Rahman, Mohd Rizal bin Mamat @ Ibrahim, Muhammad Hannan bin
Bahrin, Anwar bin Abdul Rahman, Hasni binti Hassan
Abstrak
Kertas kerja ini merangkan tentang proses membangunkan model konstitutif bagi sistem ventilasi
sel aktif mudah alih. Kajian Model konstitutif ini melibatkan hubung kait antara penilaian reka
bentuk rongga dalaman sel aktif, pengiraan sistem ventilasi berkaitan dengan kebocoran tekanan
dan geseran, spesifikasi penapis HEPA dan pemilihan motor yang bertepatan. Model konstitutif
yang dibangunkan memudahkan perkiraan kebocoran tekanan dalam rekabentuk sistem ventilasi
sel aktif mudah alih.
Abstract
This paper presents the process of developing the constitutive model for the mobile hot cell.
ventilation system. The constitutive model studies involved the relationship between the design
evaluation of the hot cell inner cavity, computation of ventilation system due to pressure losses
and friction, HEPA filter parameters and precise motor selection. The developed constitutive
model intelligible the computation of pressure losses in design of mobile hot cell ventilation
systems.
Keywords/ Kata kunci: constitutive model, ventilation, pressure loss, hot cell constitutive model,
ventilation, pressure loss, hot cell
MODERNIZATION LIF PENUMPANG DI BLOK 11 DAN LINKWAY BLOK 18 AGENSI
NUKLEAR MALAYSIA
Mohd Khafidz bin Shamsuddin, Izani bin Mustapha, Mohamad Suhaimi bin Yahaya, Nordin bin Salleh
Abstrak
Lif digunakan untuk membawa penumpang atau barang dari satu tingkat ke tingkat lain di
bangunan bertingkat. Secara purata, jangka hayat sebuah lif adalah di antara 20 hingga 25 tahun
manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia membuat anggaran jangka hayat lif adalah 15
tahun. Terdapat enam buah lif di Agensi Nuklear Malaysia. Lif di Linkway Blok 18 telah dipasang
pada tahun 1982 manakala lif Blok 11 dipasang pada tahun 1997. Selain itu, lif lain masih lagi
belum mencapai 15 tahun penggunaan. Lif di blok 15 dan Blok 18 pernah ditukar pada tahun
2010 manakala lif di Blok 57 dan Blok 37 dipasang pada tahun 2010 dan 2011. Lif Linkway Blok
18 dan Blok 11 kerap mengalami kerosakan yang berulang kali sehingga menyebabkan beberapa
kes orang terperangkap yang berlaku pada tahun 2017 dan 2018. Pihak kontraktor
penyelenggaraan mengambil masa yang lama untuk membaiki memandangkan lif yang telah
berusia dan kesukaran mendapat alat ganti. Kertas kerja ini menerangkan aktiviti yang dijalankan
semasa proses modernization lif Linkway Blok 18 dan lif Blok 11 pada tahun 2019 hingga 2020.
Aktiviti modernization lif ini telah membolehkan lif Linkway Blok 18 dan lif Blok 11 berfungsi
dengan baik dan seterusnya memberikan keselesaan dan menjamin keselamatan kakitangan
dan pelawat di Agensi Nuklear Malaysia.
Abstract
Elevator is used to carry passengers or goods from one level to another level of a multistory
building. The average lifespan of an elevator is about 20 to 25 years, while the Public Works
Department (JKR) Malaysia estimates the lifespan of an elevator is 15 years. There are 6 number
of elevators in Malaysian Nuclear Agency. Elevator at linkway Block 18 has been installed in 1982
while elevator at Block 11 has been installed in 1997. Meanwhile, the other elevators have yet to
reach 15 years of use. As record, elevators at Block 15 and Block 18 have been replaced in 2010
while elevators at Block 57 and Block 37 have been installed in 2010 and 2011 respectively. The
Linkway Block 18 and Block 11 elevators frequently suffer repeated breakdown resulting in
several cases of mantrap occurred in 2017 and 2018. This paper describes the activities carried
out during the modernization works on elevators Linkway Block 18 and Block 11. From this
modernization activity has enabled the Linkway Block 18 elevator and Block 11 elevator to
function properly and in turn provide comfort and ensure the safety of staff and visitors in
Malaysian Nuclear Agency.
Keywords/ Kata kunci: lif, modernization, jangka hayat, kerosakan
HALA TUJU PENGURUSAN SISA TERJADUAL DI NUKLEAR MALAYSIA
Ahmad Khairulikram bin Zahari, Nurul Wahida binti Ahmad Khairuddin, Norasalwa binti Zakaria,
Mohd Zaidi bin Ibrahim
Abstrak
Penghasilan sisa terjadual dalam sebarang aktiviti penyelidikan adalah sesuatu yang tak dapat
dielakkan. Sisa terjadual adalah sisa yang dikategorikan sebagai berbahaya, tetapi tidak
beradioaktif. Sungguhpun berperanan sebagai pusat pengurusan radioaktif kebangsaan,
tanggungjawab menguruskan sisa terjadual di Nuklear Malaysia juga adalah digalas oleh Pusat
Pembangunan Teknologi Sisa (WasTeC). Kaedah pengurusan sebelum ini adalah dengan
mengumpulkan sisa terjadual dari makmal-makmal pada kekerapan tiga tahun sekali dan
dilupuskan oleh pihak ketiga melalui perolehan perkhidmatan. Ini menimbulkan masalah apabila
sesetengah makmal menghasilkan sisa yang lebih daripada yang lain dan mempunyai ruang
penyimpanan yang terhad. Selain itu, amalan sedia ada adalah tidak lestari dengan pelepasan
tanggungjawab penjana sisa sepenuhnya terhadap sisa yang dihasilkan kepada syarikat luar.
Data sisa terjadual yang dilupuskan dari tahun 2015 sehingga yang terkini adalah dibandingkan
dan dibincangkan. Peningkatan kos pengurusan dan ancaman bahaya sisa terjadual yang
disimpan di makmal-makmal menuntut supaya sebahagian dari langkah pengurusan dibuat
secara berpusat dan bersendiri dengan penubuhan fasiliti Depositori Sisa Terjadual beserta
pemantapan prosedur yang berkaitan.
Abstract
Production of scheduled waste in any research activities cannot be avoided. Scheduled waste is
a waste categorized as hazardous but non-radioactive. While functioning as the national
radioactive waste management centre, the responsibility to manage scheduled waste is being put
under the Waste Technology Development Centre (WasTeC) too. Current management practice
is by collecting the waste at every 3-year interval and disposed by a third-party through service
procurement. This has caused problems when some of the laboratories produced significantly
more waste than others while having a limited storage space. Apart from that, current practice is
not sustainable that it allows waste generators to completely dismiss their responsibility toward
the waste produced to the disposal companies. Data of disposed scheduled waste from 2015 until
recently is compared and discussed. Increase in waste management costs and hazards
associated with storage of scheduled waste in laboratories calls for a centralized scheduled waste
management to be created by the establishment of the Scheduled Waste Depository facility and
improvements of related procedures.
Keywords/ Kata kunci: Pelupusan, pengurusan sisa, sisa terjadual/ Disposal, waste
management, scheduled waste
CONCEPTUAL DESIGN OF IRRADIATED SAMPLES STORAGE CABINET AT
REAKTOR TRIGA PUSPATI
Na’im Syauqi bin Hamzah, Tonny anak Lanyau, Mark Dennis Anak Usang, Mohd Fairus bin Abdul Farid,
Ridzuan bin Abdul Mutalib, Muhammad Khairul Ariff bin Mustafa
Abstrak
RTP menerima ratusan permohonan penyinaran sampel dalam setahun bagi tujuan penyelidikan
dan pembangunan, khidmat teknikal, penghasilan radioisotop industri dan perubatan, latihan dan
pembelajaran, demonstrasi kepada pelawat dan pelbagai tujuan lain. Pada masa ini, RTP hanya
memiliki satu bekas penyimpanan yang mempunyai ruang yang agak terbatas bagi menampung
kehendak penyinaran semasa. Sebahagian sampel penyinaran ditempatkan secara sementara
di kemudahan yang dimiliki bahagian lain. Bagi mengatasi isu ini, satu perancangan dimulakan
pada tahun ini bagi membangunkan kemudahan penyimpanan sampel yang baru. Kertas kerja
ini membincangkan reka bentuk konsep bagi kemudahan penyimpanan sampel tersebut.
Sasaran reka bentuk adalah bagi menyediakan kemudahan penyimpanan sekunder bagi sampel
tersinar berkeaktifan rendah dan menyokong pembangunan semula kemudahan analisis
pengaktifan neutron tertunda peralatan (IDNAA).
Abstract
RTP received hundreds of sample irradiation applications annually for research and development,
technical services, industrial and medical isotopes production, education and training,
demonstration to visitors and other purposes. At present, RTP have only one shielding storage
with quite limited space to cater current needs. Some of the irradiated samples need to be
temporarily stored at other facility belong to the other department. To solve this issue, a plan to
fabricate new irradiated samples storage cabinet was initiated early this year. This paper
discussed about the conceptual design of the irradiated samples storage cabinet. The aims of the
design is to provide secondary storage facility for low activity samples and supportre-development
of Instrumental Delayed Neutron Activation Analysis (IDNAA) irradiation facility.
Keywords/ Kata kunci: Storage cabinet, irradiated samples, Reaktor TRIGA PUSPATI
SEISMIC MONITORING SYSTEM FOR PUSPATI TRIGA REACTOR (RTP)
Zareen Khan bin Abdul Jalil Khan, Mohd Sabri bin Minhat, Nurfarhana Ayuni binti Joha,
Ridzuan bin Abdul Mutalib
Abstrak
Projek menaiktaraf Reactor Digital Instrumentation & Control System (ReDICS) di PUSPATI
TRIGA Reactor (RTP) yang bermula sejak 2013, untuk menggantikan konsol kawalan analog ke
sistem digital baru. Salah satu reka bentuk dalam sistem pemantauan seismik untuk
mendapatkan maklumat seismik seperti data sejarah waktu, tahap pecutan tanah puncak di ruang
reaktor, memberi amaran kepada pengendali reactor setelah berlaku peristiwa, diagnostik dan
ciri pengujian untuk memastikan sistem yang berterusan dan kesederhanaan operasi,
penyelenggaraan dan menaiktaraf sistem pemantauan seismik terdiri daripada sensor pecutan
seismik dan seismometer. Ia tidak berkaitan dengan operasi reaktor tetapi untuk memaparkan
maklumat kejadian gempa bumi terutama analisis dan penilaian kesan gempa pada struktur yang
dipantau
Abstract
The Reactor Digital Instrumentation & Control System (ReDICS) upgrading project at PUSPATI
TRIGA Reactor (RTP) which started since 2013, to replace from analog control console to a new
digital system. One of design cover is seismic monitoring system to obtain seismic information
such as a time history data, peak ground acceleration level at the reactor building basement, alert
plant operator after an event, self-diagnostic and testing features to assure continuous system
and simplicity of operation, maintenance and upgrade. The seismic monitoring system consists
of a seismic acceleration sensor and a seismometer. It is not related to the reactor operation but
available for display the information of the earthquake event especially on analysis and evaluation
of the earthquake impact on monitored structure.
Keywords/ Kata kunci: PUSPATI TRIGA Reactor (RTP), Seismic Monitoring System, Peak
Ground Acceleration
AMPLIFIER DESIGN OF RECEIVING TEMPERATURE INPUT FOR POWER
CALIBRATION DATA ACQUISITION SYSTEM
Zaredah binti Hashim, Hasniyati binti Md Razi, Nurhayati binti Ramli, Norfarizan binti Mohd Said,
Roslan bin Md. Dan, Noor Farhana Husna binti A.Aziz
Abstrak
Prosedur penentukuran kuasa terma adalah salah satu aktiviti penyelenggaraan penting yang
dilakukan pada setiap tahun untuk Reaktor Triga Puspati (RTP). Kaedah kalorimetri digunakan
bagi mengkalibrasi kuasa terma RTP. Kaedah ini memerlukan pengukuran suhu pada air kolam
reaktor. Pada sela masa tertentu, paras kuasa reaktor dikira berdasarkan kadar kenaikan suhu.
Sejak reaktor beroperasi pada 1982, suhu dipantau oleh termokopel-multimeter yang dipasang
di pelantar reaktor dan bacaan dirakam secara manual melalui kamera di bilik kawalan. Oleh itu,
tiada data secara dalam talian yang tersedia sepanjang menjalankan prosedur. Dalam fasa
permulaan membangunkan sistem permonitoran data pengukuran suhu baru secara dalam talian
yang menghubungkan isyarat input dari thermocouple ke PC, penguatan perlu dilakukan. Oleh
itu, projek ini bertujuan untuk menghasilkan penguat untuk menyesuaikan isyarat penerimaan
dari termokopel dan sebagai input ke kad pengawal yang digunakan. Oleh itu, kertas kerja ini
merangkumi lakaran Printed Circuit Board (PCB) menggunakan perisian terbuka dan proses
pembuatannya.
Abstract
Thermal power calibration procedure is one of important maintenance activities performed
annually for Puspati Triga Reactor (RTP). The calorimetric method is used in calibrating thermal
power of RTP. The method requires a measurement of temperatures at pool water reactor. At a
given period of time, the reactor power level is calculated correspond to the rate of temperature
rise. Since reactor operation in 1982, the temperatures are monitored by thermocouple-multimeter
installed at reactor platform and readings is recorded manually via camera in control room. Hence,
no online data are made available throughout performing the procedure. In the early phase of
developing new online temperature measurement data acquisition system that connects the input
signal from the thermocouples to the PC, amplification needs to be done. Therefore, this paper
aims to design amplifier to adjust the receiving signs from thermocouples and as an input to the
controller card used. This paper includes sketching Printed Circuit Board (PCB) using open
source software and its fabricating process.
Keywords/ Kata kunci: Power calibration method; online temperature monitoring, Reactor Triga
Puspati.
DISASTER RECOVERY LESSONS: RANSOMWARE ATTACK
Siti Nurbahyah binti Hamdan, Saa'idi bin Ismail, Maizura binti Ibrahim, Mohd Dzul Aiman bin Aslan,
Raja Murzaferi bin Raja Moktar, Khairiel Adyani bin Abd. Ghani, Nur Fatini binti Abd Ghani; Nursuliza binti
Samsudin, Mohamad Safuan bin Sulaiman, Mohd Fauzi bin Haris, Mohd Hasnor bin Hasan,
Sufian Norazam bin Mohamed Aris, Radhiah binti Jamalludin
Abstrak
Pada pertengahan Mei 2020, Pusat data Agensi Nuklear Malaysia telah diserang oleh
ransomware daripada varian Dharma. Serangan ini menjejaskan hampir 90 peratus server utama
agensi termasuk storan sandaran. Berikutan itu, hampir 94 peratus aplikasi utama agensi telah
terganggu. Ini merupakan serangan malware pertama dan pasukan pemulihan bencana ICT telah
mengambil masa hampir empat minggu untuk memulihkan aplikasi-aplikasi utama agensi seperti
e-SSDL, e-Client, laman web dan lain-lain secara berperingkat mengikuti pelan pemulihan
bencana ICT agensi. Anggaran implikasi kewangan akibat dari serangan ini mencecah hampir
RM700,000.00 yang melibatkan kos kehilangan data dan kos pemulihan server-server yang
terjejas. Kertas kerja ini akan membincangkan pengajaran yang diperolehi dari serangan
ransomware ini terutama dari aspek kawalan keselamatan siber dan pelan pemulihan bencana
ICT yang telah dijalankan.
Abstract
In mid-May 2020, the data center of Nuclear Malaysia was attacked by ransomware from the
Dharma variant. The attack affected nearly 90 percent of the agency’s main servers including
backup storage. As a result, nearly 94 percent of the agency’s major applications have been
disrupted. This is the first malware attack and the ICT disaster recovery team has taken almost 4
weeks to recover the agency’s key applications such as e-SSDL, e-Client, websites, etc. following
the priorities stated in the agency’s ICT disaster recovery plan. The estimated financial
implications of this attack reached almost RM700,000.00 which involved the cost of data loss and
the cost of restoring the affected server. This paper will discuss the lessons learned from this
ransomware attack especially from the aspect of cybersecurity control and the ICT disaster
recovery plan that has been carried out.
Keywords/ Kata kunci: ransomware, pelan pemulihan bencana ICT
Kategori: Teknologi
Perubatan
Pembentangan Lisan
DEVELOPMENT OF MICROBIOLOGICAL TEST INFORMATION SYSTEM
(MBIOTEST)
Mohamad Safuan bin Sulaiman, Rahimah binti Abdul Rahim, Noraisyah binti Mohd Yusof, Nur Fatini binti
Abd Ghani, Nursuliza binti Samsudin, Mohd Dzul Aiman bin Aslan, Othman bin Mahmud,
Norasmidah binti Jazam
Abstrak
Migrasi dan naik taraf sistem adalah antara isu-isu penting dalam sistem maklumat. Perubahan
pesat dalam mengejar teknologi baru memaksa banyak organisasi untuk memindahkan sistem
mereka ke platform perkakasan dan perisian baru dan terkini. Pada masa yang sama, keperluan
sistem berubah apabila dasar baru seperti peningkatan keselamatan maklumat, melibatkan
perubahan dalam proses kerja sistem. Secara beransur-ansur, pengguna sistem menjadi lebih
produktif dan menuntut interaksi yang lebih cekap, pantas, dinamik dan pintar. Keadaan ini
memaksa sistem ditingkatkan. Perkara yang sama berlaku pada sistem yang dipanggil
VBMikrotestV01. Sistem ini telah digunakan bertahun yang lalu untuk menguruskan maklumat
perkhidmatan ujian mikrobiologi. Perkhidmatan ujian mikrobiologi ini dijalankan oleh makmal ujian
Mikrobiologi di Bahagian Teknologi Perubatan, Agensi Nuklear Malaysia. Sistem ini telah
dibangunkan oleh Encik Yahaya. Beliau merupakan bekas pegawai penyelidik di Bahagian
Teknologi Perubatan. Oleh kerana teknologi yang cepat berubah, keperluan untuk peningkatan
dalam beberapa proses kerja dan keperluan untuk interaksi yang lebih mesra pengguna, sistem
ini perlu dinaiktarafkan. Oleh itu, sistem baru yang dinamakan sebagai Sistem Maklumat Ujian
Mikrobiologi (MBioTest) dibangunkan di atas platform teknologi persekitaran sistem yang terkni
untuk memenuhi keperluan tersebut. Pembangunan MBioTest telah diusulkan pada awal tahun
2020, tetapi pembangunannya ditangguhkan kerana pandemik Covid-19 dan beberapa kerja-
kerja naiktaraf dan migrasi teknologi utama di platform IT Center. Pembangunannya berterusan
pada tahun 2021, dengan sebahagian besar kerja pembangunan perlu dilakukan dari rumah
kerana Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) Covid-19. Penggunaan media sosial dan platform
perbincangan dalam talian seperti WhatsApp, Zoom, dan Google Meet sangat membantu untuk
kerja-kerja pembangunan. Kertas ini membincangkan pengalaman dalam pendekatan
pembangunan sistem, reka bentuk seni bina dan cabaran kerja semasa pandemik COVID-19.
Pengalaman dalam kerja-kerja pembangunan sistem ini dapat menyumbang kepada komuniti
pembangun sistem maklumat dan ujian mikrobiologi serta organisasi R&D seperti Nuklear
Malaysia.
Abstract
System migration and upgrade are among the important issues in information system. Rapid
change in chasing new technology forces many organizations to migrate their system to a new
hardware and software platforms. At the same time, system requirements change overtime when
new policy such as on information security is introduced, reflects the system processes.
Gradually, users of a system become more productive demand more efficient, fast, dynamic and
intelligent interactions. These situations force asystem to be upgraded. The same things
happened to a system called VBMikrotestV01. This system was used many years ago to manage
information of microbiological testing services. The services conducte d by Microbiological test
laboratory at Medical Technology Division, Malaysian Nuclear Agency. The system was
developed by Mr. Yahaya. He was a research officer in the Medical Technology Division. Due to
the fast-changing technology, needs for improvement in few work processes and requirements
for more user-efficient interactions, needs major upgrade and migration to the system. Therefore,
a new system named as Microbiological Test Information System (MBioTest) is developed to fulfill
those needs on the new system environment technology platform. Development of MBioTest has
been proposed in the beginning of the year 2020, but the development has been postponed due
to Covid-19 pandemic and some major technology migration works at IT Centre platform. The
development continues in the year 2021, with major of development works have to be conducted
from home due to Covid-19's Movement Control Order (MCO). The use of social media and online
discussion platforms such as WhatsApp, Zoom, and Google Meet were very helpful to assist the
development works. This paper discusses experiences in the system development approach,
architecture design and work challenges during the Covid-19 pandemic. Experiences in this
system development works may contribute to the information system developer and
microbiological test communities and interest groups as well as R&D organizations like Nuclear
Malaysia.
Keywords/ Kata kunci: Information System Development, Architecture Design, Microbiological
Test, MBioTest, COVID-19
KHIDMAT UJIAN MIKROBIOLOGI KEPADA PELANGGAN PUSAT KHIDMAT
BIOTEST DARI TAHUN 2015-2020
Noraisyah binti Mohd Yusof, Ahmad Adhwa Asyraf bin Hashim, Norasmidah binti Jazam,
Othman bin Mahmud, Juliana Mahamad, Siti Norasmah binti Abdul Salam,
Muhammad Ridzuan bin Rosdi, Rahimah binti Abdul Rahim
Abstrak
Pusat Khidmat BIOTEST adalah pusat khidmat yang menawarkan ujian mikrobiologi kepada
pelanggan dari luar mahupun daripada dalam Agensi Nuklear Malaysia. Kebanyakan sampel
ujian yang diterima adalah produk radiofarmaseutikal yang dihasilkan oleh pihak hospital serta
syarikat swasta. Kertas kerja ini bertujuan untuk melaporkan khidmat ujian mikrobiologi yang
dilaksanakan sepanjang tempoh lima tahun bermula Januari 2015 sehingga Disember 2020.
Sepanjang tempoh ini, tiga pelanggan utama yang menghantar sampel adalah Institut Kanser
Negara, Hospital BEACON serta syarikat Curiumpharma. Ujian yang paling banyak dilaksanakan
adalah pengeraman sampel pemantauan persekitaran, ujian kesterilan dan ujian endotoksin
bakteria. Pusat Khidmat BIOTEST telah berjaya mengekalkan prestasinya memberi khidmat
ujian-ujian mikrobiologi kepada pelanggan setiap tahun sejak tahun 2015 hingga 2020.
Abstract
BIOTEST Service Center is a service center that offers microbiological testing to customers from
outside as well as inside the Malaysian Nuclear Agency. Most of the test samples received were
radiopharmaceutical products produced by hospitals and private companies. This paper aims to
report on microbiological testing services that have been performed over a period of five years
from January 2015 to December 2020. During this period, the three main customers who have
sent their samples were the National Cancer Institute, BEACON Hospital and Curiumpharma. The
most performed tests are the incubation of environmental monitoring samples, sterility testing and
bacterial endotoxin testing. The BIOTEST Service Center has successfully maintained its
performance of providing microbiological testing services to customers every year from 2015 to
2020.
Keywords/ Kata kunci: Ujian Mikrobiologi, Pusat Khidmat BIOTEST
PENGELUARAN LUTETIUM-177 MELALUI REAKTOR PENYELIDIKAN
TRIGA PUSPATI
Azahari bin Kasbollah, Siti Selina binti Abdul Hamid, Mohamed Zaffar Ali bin Mohamed Amiroudine,
Wan Anuar bin Wan Awang, Mohd Hafiz bin Ishak, Muhamad Fakhri bin Abdul Wahid, Zakaria bin
Ibrahim, Wan Firdaus bin Wan Ishak, Mohd Hafiz bin Ishak
Abstrak
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, radionuklida Lutetium-177 (Lu-177) banyak digunakan
dalam berbagai prosedur terapi di bidang perubatan nuklear. Lu-177 juga boleh digunakan
sebagai alternatif untuk Iodine-131 atau pelengkap Yttrium-90, yang merupakan dua radionuklida
terapeutik yang biasa digunakan dalam bidang perubatan nuklear. Beberapa siri pengeluaran Lu-
177 telah dilakukan di reaktor penyelidikan TRIGA PUSPATI bagi pengumpulan data untuk
memenuhi penyelidikan untuk terapi radionuklida yang disasarkan. Sebanyak 5 mg Lu2O3 yang
diperkaya telah ditimbang dan dimasukkan ke dalam bekas ampul kuartz. 50 μl 1M asid
hidroklorik ditambahkan untuk melarutkan Lu2O3 tersebut. Kemudian sampel di dalam bekas
ampul kuartz dikeringkan di dalam ketuhar. Bekas ampul kuartz yang mengandungi sampel yang
telah kering seterusnya melalui proses pengedapan. Sampel kemudian dimasukkan ke dalam tin
aluminium bertutup dan proses penyinaran dilakukan di kemudahan penyinaran tiub kering (DT)
di salah satu kedudukan teras di Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP) selama 18 jam. Proses
penyinaran adalah pada fluks neutron yang dianggarkan sekitar 0.6 x 1013 n.cm-2. s-1. Sebanyak
30 mCi/mg Lu-177 dapat dihasilkan dengan menggunakan reaktor penyelidikan TRIGA PUSPATI
(RTP) di Agensi Nuklear Malaysia selama 18 jam penyinaran. Ia mencukupi untuk tujuan
penyelidikan dalam bidang perubatan nuklear
Abstract
In recent years, radionuclide Lutetium-177 (Lu-177) is widely used in various therapeutic
procedures in the field of nuclear medicine. Lu-177 can also be used as an alternative to Iodine-
131 or complement Yttrium-90, which are two therapeutic radionuclides commonly used in
nuclear medicine. A series production of Lu-177 was carried out at TRIGA PUSPATI research
reactor for data collection to meet expected future research for targeted radionuclide therapy. 5
mg high enrich Lu2O3was weighed and put in a quartz ampoule container. 50 μl 1M of
hydrochloric acid was added to dissolve Lu2O3. Then the quartz ampoule container was dried in
the oven. The quartz ampoule container containing the sample that has been dried next goes
through a sealing process. After sealed, the target was then placed in a sealed aluminium can
and irradiated in the dry-tube (DT) irradiation facility at one of the in-core positions at the TRIGA
PUSPATI Reactor (RTP) for 18 hours. The target was irradiated at neutron flux estimated about
0.6 x 1013 n.cm-2. s-1. A total of 30 mCi/mg Lu-177 can be produced by using the TRIGA
PUSPATI (RTP) research reactor at the Malaysian Nuclear Agency for 18 hours of irradiation. It
is sufficient for the purpose of research in the field of nuclear medicine.
Keywords/ Kata kunci: Lutetium-177, Targeted Radionuclide Therapy, TRIGA PUSPATI
Research Reactor
LATIHAN PENGISIAN EKSIPIEN KE DALAM KAPSUL BAGI PRODUK BERDAFTAR
KAPSUL SODIUM IODIDA (I-131) BAGI MEMENUHI PIAWAI KEPERLUAN AMALAN
PENGILANGAN BAIK (APB)
Siti Selina binti Abdul Hamid, Mohamed Zaffar Ali bin Mohamed Amiroudine, Azahari bin Kasbollah,
Muhamad Fakhri bin Abdul Wahid, Zakaria bin Ibrahim, Mohd Hafiz bin Ishak, Wan Firdaus bin Wan
Ishak, Wan Anuar bin Wan Awang, Saifullizan bin Mohamad
Abstrak
Bahagian Teknologi Perubatan terlibat dalam pengeluaran kapsul sodium iodida (I-131). Untuk
memastikan piawaian GMP dipatuhi, beberapa perkara dan aktiviti perlu dilaksanakan. Salah satu
daripadanya adalah aktiviti latihan yang berterusan secara teori dan praktikal. Latihan teori
diberikan dalam bentuk pengajaran Prosedur Operasi Standard (SOP). Manakala, bagi latihan
praktikal, personel diberi latihan mengendalikan peralatan pengeluaran seterusnya proses
pengeluaran daripada awal hingga bahan akhir dikeluarkan. Salah satu latihan yang perlu diberi
keutamaan adalah kecekapan personel mengisi sejumlah eksipien, disodium hidrogen phosphat
ke dalam kapsul. Kompetensi personel seterusnya dinilai berdasarkan jisim eksipien yang
dimasukkan ke dalam kapsul. Metodologi memasukkan sejumlah eksipien ke dalam kapsul
adalah mengikut SOP/PN/OP/08. Jisim kapsul kosong dan yang telah diisi dengan eksipien
ditimbang bagi memperolehi jisim sebenar eksipien yang telah dimasukkan ke dalam kapsul.
Kesemua personel berjaya mengisi eksipien dalam julat yang dibenarkan iaitu di antara ±7.5%
daripada purata jisim 20 kapsul dan sekurang-kurangnya dua kapsul sahaja yang melebihi julat
±7.5% tetapi masih dalam julat ±15% daripada jisim purata. Purata bagi keseluruhan kapsul
adalah di antara 0.29 – 0.34 gram. Secara keseluruhannya, personel yang terlibat memahami
SOP/PN/OP/08 dan mempunyai teknik pengisian eksipien yang baik bagi memastikan produk
memenuhi keperluan amalan pengilangan baik (GMP). Sehubungan dengan itu mereka layak
bekerja di dalam fasiliti pengeluaran kapsul I-131.
Abstract
Medical Technology Division is involved in the production of sodium iodide (I-131) capsules. To
ensure that GMP standards are complied, several activities need to be implemented. One of them
is continuous theoretical and practical training. Theoretical training is provided in the form of
teaching Standard Operating Procedures (SOPs). Meanwhile, for practical training, personnel are
given training to operate the production equipment and production processes from beginning to
the final product is produced. One of the trainings that should be given priority is the efficiency of
personnel filling the excipients, disodium hydrogen phosphate into capsules. The competency of
the personnel was then assessed based on the mass of excipients filled into the capsule. Method
filling the capsule with excipients is as per SOP/PN/OP/08. The mass of the empty capsule and
capsule filled with excipients are weighed thus to obtain the actual mass of the excipients. All
personnel managed to fill the excipients in the allowable range of ± 7.5% from the average mass
of 20 capsules and at least only 2 capsules exceeded range ± 7.5% but within the range of ± 15%
from average mass. The average mass for the whole capsule is between 0.29 - 0.34 grams.
Overall, the personnel involved understand SOP/PN/OP/08 and have good skills in filling of
excipients in order to ensure the product meets the requirements of good manufacturing practice
(GMP). Therefore, they are eligible to work in the I-131 capsule production facility.
Keywords/ Kata kunci: Latihan, eksipien, kapsul sodium iodida (I-131), Amalan Pengilangan
Baik (APB) Training, excipients, sodium iodide (I-131) capsule, Good Manufacturing Practice
(GMP)"
PENENTUAN KEJITUAN EDOS 5222 SEBAGAI ALAT PENYUKAT BAGI LARUTAN
SODIUM IODIDA (I-131)
Siti Selina binti Abdul Hamid, Azahari bin Kasbollah, Mohamed Zaffar Ali bin Mohamed Amiroudine,
Saifullizan bin Mohamad, Zakaria bin Ibrahim, Muhamad Fakhri bin Abdul Wahid, Mohd Hafiz bin Ishak,
Wan Firdaus bin Wan Ishak, Wan Anuar bin Wan Awang
Abstrak
Fasiliti Pengeluaran kapsul sodium iodida (I-131) di Bahagian Teknologi Perubatan dilengkapi
dengan sel aktif, kotak sarung tangan dan kabinet aliran udara lamina (LAF). Sel aktif I-131
mempunyai dua peralatan utama di dalamnya iaitu alat penyukat jenama Eppendorf model EDOS
5222 dan dos kalibrator ISOMED 2010. EDOS 5222 merupakan alat penyukat yang akan
digunakan untuk mengambil larutan I-131 dan seterusnya dimasukkan ke dalam kapsul. Amaun
tersebut mewakili aktiviti larutan I-131 atau dos yang akan diberikan kepada pesakit. Mengikut
keperluan NPRA, peralatan ini perlu dikalibrasi setiap tahun. Namun ianya sukar dilaksanakan
kerana peralatan tersebut telah tercemar. Bagi menangani masalah tersebut, kejituan EDOS
5222 sebagai alat penyukat perlu dipastikan terlebih dahulu sebelum digunakan. LarutanTc-99m
digunakan dalam kajian ini bagi menggantikan larutan I-131 dan dengan menggunakan combitip
bersaiz 1 ml yang di sambung pada EDOS 5222. Kuantiti Tc-99m yang dimasukkan ke dalam
kapsul adalah sebanyak 10, 20, 50 dan 100 µl. Keputusan mendapati bagi kuantiti 10 µl,
radioaktiviti kesemua kapsul tidak berada dalam julat ±3.5% daripada purata bacaan kapsul. Bagi
kuantiti 20, 50 dan 100 µl, kesemua kapsul memberi bacaan dalam julat ±3.5% daripada purata
bacaan kapsul. Berdasarkan kepada keputusan ini, alat penyukat EDOS 5222 menunjukkan
ketepatan bagi sukatan 20, 50 dan 100 µl. Kesimpulannya, alat penyukat EDOS 5222
berkeupayaan memberikan bacaan yang tepat bagi isipadu larutan bersamaan atau lebih dari 20
µl.
Abstract
Production Facility of sodium iodide (I-131) capsule in the Medical Technology Division is
equipped with hot cells, glove box and laminar airflow (LAF) cabinet. The I-131 hot cell consists
of two main devices, measuring device of Eppendorf brand model EDOS 5222 and dose calibrator
of ISOMED 2010. The EDOS 5222 is a measuring device that will be used to take I-131 solution
and then deposited into capsules. The amount represents the activity of I-131 solution or dose to
be given to patient. According to NPRA requirements, this device needs to be calibrated annually.
However, it is difficult to be implemented because the device is contaminated. To overcome this
problem, the accuracy of EDOS 5222 as a measuring device must be ensured before use. Tc-
99m solution was used in this study to replace I-131 solution and a 1 ml combi tip attached to
EDOS 5222 is used. The quantities of Tc-99m deposited into the capsules were 10, 20, 50 and
100 µl. Results indicate that for quantity of 10 µl, the radioactivity of all capsule was not within
range ± 3.5% of the average readings capsules. For quantities of 20, 50 and 100 µl, all capsules
gave readings in the allowable range of ± 3.5% from the average capsule reading. Based on these
results, EDOS 5222 measuring device showed accuracy for 20, 50 and 100 µl measurements. In
conclusion, EDOS 5222 measuring device is capable of giving accurate readings for solution
volumes equal to or greater than 20 µl.
Keywords/ Kata kunci: Accuracy, EDOS 5222 measuring device, 1 ml combi tips/ Kejituan, alat
penyukat EDOS 5222, combitip 1 ml
RADIONUCLIDIC PURITY ANALYSIS ON GALLIUM-68 CHLORIDE PRODUCED BY
NATIONAL CANCER INSTITUTE CYCLOTRON
Norhafizah binti Othman, Muhammad Hanaffi bin Mohamad Mokhtar, Norhafizah binti Othman,
Rahimah binti Abdul Rahim, Muhamad Syazwan bin Zulkifli, Mayline Antonio a/p Ruber
Abstrak
Agensi Nuklear Malaysia (NM) telah membantu menjalankan analisis ketulenan radionuklid
terhadap radiofarmaseutikal Galium-68 (68Ga) klorida yang dihasilkan oleh siklotron Institut
Kanser Negara (IKN). Penentuan ketulenan radionuklidik berasaskan sinaran gama
menggunakan spektroskopi gama memastikan bahawa Galium-68 (68Ga) klorida yang dihasilkan
mematuhi piawaian antarabangsa yang telah ditetapkan. Setiap sampel perlu melepasi beberapa
kriteria kawalan mutu yang diukur dalam sela masa 1, 12 dan 24 jam sebelum dapat dipastikan
mematuhi piawaian yang telah ditetapkan. Produk dihasilkan mematuhi sebahagian daripada
keperluan yang ditetapkan oleh Farmakopeia Eropah (Ph. Eur.) Edisi 10.
Abstract
Malaysian Nuclear Agency (NM) assists National Cancer Institute (IKN) in conducting
radionuclide purity analysis on Gallium-68 (68Ga) chloride produced by cyclotrons. The gamma
radiation-based radionuclide purity determination using gamma spectroscopy ensures that the
Gallium-68 (68Ga) chloride produced complies with established international standards. Each
sample must pass several quality control criteria measured in intervals of 1, 12 and 24 hours
before it can be ensured to comply with the standards that have been set. The product complies
with the part of the European Pharmacopoeia (Ph. Eur.) 10 Edition requirements.
Keywords/ Kata kunci: Gallium(68Ga) chloride, gamma spectroscopy, quality control, European
pharmacopoeia, Gallium-66 (66Ga), Gallium-67 (67Ga)
THE STABILITY STUDY OF STERILE AND PYROGEN FREE EDTMP LYOPHILIZED
COLD KIT AFTER ONE YEAR OF STORAGE
Saifullizan bBin Mohamad, Wan Hamirul Bahrin bin Wan Kamal, Anee Suryani binti Sued, Ng Yen,
Siti Selina binti Abdul Hamid, Siti Najila binti Mohd Janib
Abstrak
Kit kering beku Ethylene Diamine Tetra Methylene Phosphonic (EDTMP) dilabel dengan
radioisotop153Sm (Samarium-153) membentuk kompleks153Sm-EDTMP yang bertindak
sebagai rawatan paliatif kesakitan tulang untuk pesakit kanser telah diformulasi. Walau
bagaimanapun, ujian ketulenan radiokimia (RCP) perlu dijalankan terhadap setiap kelompok
produk selepas pengeluarannya dan semasa dalam tempoh setahun validasi pada keadaan
penyimpanan yang disyorkan kerana ianya merupakan amalan rutin penting dalam perubatan
nuklear bagi menjamin kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk. Justeru itu, kajian ini
dijalankan untuk menilai kestabilan kit kering beku selepas setahun penyimpanan. Kit kering beku
telah ditambah dengan sejumlah 1 mL 0.9% natrium klorida (air garam) pada suhu bilik, diikuti
dengan penambahan larutan samarium (III) klorida, [153Sm] SmCl3 (80- 100 mCi). Nilai pH
diselaraskan dengan menggunakan larutan berkepekatan 2M natrium klorida terturas untuk
mendapatkan nilai antara 7.0 hingga 8.5. Dengan menggunakan kaedah kromatografi lapisan
nipis segera (ITLC), 2-3 uL sampel dititiskan pada asalan bertanda pensel 1.5 cm dari bawah,
kemudian jalur direndam dengan campuran larutan fasa bergerak NH4OH: MeOH: H2O (0.2:2:4)
untuk melalui fasa pegun 1.0 cm dari atas. Jalur pendua yang dikeringkan kemudiannya dinilai
dengan pengimbas TLC. Kompleks153Sm-EDTMP menunjukkan nilai RCP melebihi 98 peratus
mengikut keperluan U.S. Pharmacopeia, USP. Kajian kestabilan juga menunjukkan bahawa kit
kering beku ini masih melepasi keperluan nilai RCP selepas setahun penyimpanan. Kajian
praklinikal perlu dijalankan bagi mengetahui bahawa kompleks153Sm-EDTMP ini masih baik
untuk digunakan.
Abstract
Lyophilized Ethylene Diamine Tetra Methylene Phosphonic (EDTMP) cold kit that is labelled with
radioisotope153Sm (Samarium-153) to form153Sm-EDTMP complexes which acts as bone
palliative treatment for cancer patients was formulated. However, radiochemical purity (RCP)
testing should be conducted towards each product batches after its production and during the
validity period within one year at the recommended storage conditions since it was an important
routine practice in nuclear medicine for ensuring the products quality, efficacy and safety. Hence,
this study was conducted to evaluate the stability of the lyophilized cold kit after year of storage.
The lyophilized kit was reconstituted with 1 mL of sodium chloride 0.9% (Saline) at room
temperature, followed by the addition of samarium (III) chloride, [153Sm] SmCl3 solution (80- 100
mCi). The pH value was regulated by using the filtered 2M natrium hydroxide solution to obtain
the value of 7.0 to 8.5. By using the Instant Thin Layer Chromatography (ITLC) method, 2-3 uL
sample was spotted at the origin of the 1.5 cm pencil marked at the bottom, later the strip was
developed with the mobile phase mixture solution of NH4OH: MeOH: H2O (0.2:2:4) to reach the
solvent front which 1.0 cm from the top. The dried duplicate strips were then evaluated by TLC
scanner. The153Sm-EDTMP complexes showed the RCP values of more than 98% as required
by U.S. Pharmacopeia, USP. The stability study also showed that the lyophilized kit still passing
the RCP requirement after one year of storage. Further preclinical studies should be carried out
to determine that the153Sm-EDTMP complex is still good for intended use.
Keywords/ Kata kunci: EDTMP, Sm-153, palliative treatment, radiochemical purity (RCP)
A STERILE AND PYROGEN FREE DTPA COLD KIT PREPARATION FOR KIDNEY
IMAGING
Wan Hamirul Bahrin bin Wan Kamal, Mohd Rodzi bin Ali, Ng Yen, Siti Selina binti Abdul Hamid,
Siti Najila binti Mohd Janib, Saifullizan bin Mohamad, Anee Suryani binti Sued, Rahimah binti Abdul
Rahim, Noraisyah binti Mohd Yusof, Manisah binti Saedon, Muhammad Ridzuan bin Rosdi
Abstrak
Bahan radiofarmaseutikal secara umumnya dihasilkan dalam bentuk kit yang dikilangkan
daripada fasiliti tertentu. Manakala kit radiofarmaseutikal "tidak aktif" mengandungi bahan ligan,
bahan penurun (stanus klorida), bahan penimbal untuk kawalan pH, bahan penstabil dan
eksipien. Kit radiofarmaseutikal yang dihasilkan dalam bentuk kering beku boleh disimpan
sehingga setahun pada suhu penyimpanan 2-8 °C. Penyediaan radiofarmaseutikal DTPA-
Tc99m adalah bagi tujuan pengimejan ginjal dan juga bagi pengiraan kadar penurasan ginjal
atau glomerular filtration rate (GFR). Dalam kajian ini, sejumlah tiga kelompok kit DTPA
dihasilkan, seterusnya menjalani ujian kawalan mutu bagi menentukan sama ada ianya dapat
digunakan ke atas pesakit IKN (kelulusan khas) tanpa perlu pendaftaran dengan pihak NPRA
(KKM).
Abstract
Radiopharmaceuticals are generally formulated from kits prepared in authorized manufacturing
facilities. A cold kit contains the ligand to which Tc-99m is to be complexed, an adequate quantity
of reducing agent (stannous chloride), buffer to adjust the pH to suit the labelling conditions,
stabilizing agents and excipients. The radiopharmaceutical kits are prepared in a lyophilized form
and have a long shelf life of up to one year at storage condition of2-8°C.A DTPA-Tc99m is one of
the technetium radiopharmaceuticals used in renal imaging and primarily used to measure the
glomerular filtration rate (GFR). In this study, a locally produced lyophilized sterile and pyrogen
free DTPA kit will be prepared. Thethree batches of DTPA kits possibly be utilized by IKN’s
patientwith special approval without a need to be registered with NPRA (MOH).
Keywords/ Kata kunci: Radiopharmaceutical kit, DTPA, Tc-99m, kidney imaging, GFR
UJIAN KAWALAN MUTU KE ATAS KUALIFIKASI PRESTASI SEL AKTIF UNTUK
PENGELUARAN KAPSUL SODIUM IODIDA (I-131)
Rahimah binti Abdul Rahim, Muhammad Hanaffi bin Mohamad Mokhtar, Zainah binti Adam, Rosniza binti
Razali, Norhafizah binti Othman, Muhamad Syazwan bin Zulkifli, Mayline Antonio a/p Ruber,
Wan Anuar bin Wan Awang, Azahari bin Kasbollah, Siti Selina binti Abdul Hamid,
Mohamed Zaffar Ali bin Mohamed Amiroudine
Abstrak
Secara amnya, dalam komponen jaminan kualiti, validasi peralatan adalah sangat penting untuk
menghasilkan produk yang konsisten dan berkualiti tinggi. Set protokol dalam validasi peralatan
adalah terdiri daripada kelayakan/kualifikasi pemasangan, kualifikasi operasi dan kualifikasi
prestasi. Kualifikasi pemasangan dan operasi akan dilakukan oleh syarikat pengeluar. Sementara
itu, kualifikasi prestasi pula harus dilakukan dan dilengkapkan oleh pengguna. Kualifikasi prestasi
adalah untuk menentukan keyakinan/kemampuan sesuatu alat untuk menghasilkan produk yang
memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan dan prosedur yang digunakan adalah berkesan dan
boleh dihasilkan semula. Sel aktif sodium iodida adalah salah satu peralatan yang sangat penting
dalam pengeluaran Kapsul Sodium Iodida (I-131). Oleh itu, validasi yang lengkap harus dilakukan
dan berjaya sebelum aktiviti pengeluaran dimulakan. Kelayakan prestasi dilakukan ke atas tiga
kelompok Kapsul Sodium Iodide (I-131) secara berturut-turut dengan tiga radioaktiviti yang
berbeza iaitu 20 mCi, 50 mCi, dan 100mCi. Produk yang telah siap kemudiannya, dijalankan ujian
kawalan kualiti (kimia dan radiokimia) untuk menentukan kualiti produk yang dihasilkan. Ujian
yang dilakukan adalah appearance, pengecaian, identifikasi radionuklida, ketulenan radiokimia,
keseragaman kandungan aktiviti radioaktif dan keseragaman jisim. Hasil ujian menunjukkan
bahawa ketiga-tiga kelompok produk telah lulus semua ujian dan memenuhi spesifikasi seperti
yang dinyatakan dalam farmakopia. Oleh itu, secara umum, sel aktif ini boleh digunakan dalam
pembuatan Kapsul Sodium iodida (I-131) di Bahagian Teknologi Perubatan.
Abstract
Generally, in the component of quality assurance, equipment validation is absolutely critical to
producing consistent and high-quality products. The set of protocols within equipment validation
is installation qualification, operational qualification, and performance qualification. The
installation and operational qualification will be done by the manufacturing company. Meanwhile,
performance qualification should be done and completed by the user. Performance qualification
is establishing confidence through appropriate testing that the finished product by a specified
process meets all release requirements for functionality and safety and that procedures are
effective and reproducible. Sodium Iodide hot cell is one of the critical equipment in the
manufacturing of Sodium iodide (I-131) Capsule. Therefore, a complete validation should be done
and successful before the manufacturing will be started. The performance qualification was done
in three consecutive batches of Sodium Iodide (I-131) Capsules with three different radioactivity
which are 20 mCi, 50 mCi, and 100mCi respectively. The finished product then proceeds the
quality control (chemical and radiochemical) testing to determine the quality of the product. The
test performed is appearance, disintegration, radionuclide identification, radiochemical purity,
uniformity of content and uniformity of mass. The test results show that all batches are passed all
the tests and meet the specifications as stated in the pharmacopeia. Therefore, in general, this
hot cell can be used in the manufacture of sodium iodide (I-131) capsules at Bahagian Teknologi
Perubatan.
Keywords/ Kata kunci: Performance qualification, quality control test
MENANGANI HAZAD ALERGEN SEMASA PENGENDALIAN HAIWAN MAKMAL
Muhammad Ridzuan bin Rosdim, Saifullizan bin Mohamad, Anee Suryani binti Sued,
Wan Hamirul Bahrin bin Wan Kamal
Abstrak
Pengendali haiwan dan kakitangan yang terlibat dalam kajian haiwan makmal mengalami
pendedahan yang lama kepada haiwan, termasuk bendalir dan bahan kumuh mereka.
Pengendali haiwan juga terdedah kepada produk seperti bedding dan makanan. Hampir 33
peratus pengendali haiwan mengalami simptom alahan, dan lebih kurang 10 peratus mempunyai
simptom asma ransangan haiwan. Haiwan dan produk haiwan seperti dander, rambut, sisik, bulu,
air liur, dan bahan kumuh mengandungi alergen yang boleh menyebabkan masalah respiratori
dan kulit. Inhalasi merupakan cara paling biasa alergen memasuki badan. Selepas satu tempoh
masa pendedahan (bulan ke tahun), pekerja menjadi sensitif dan menunjukkan simptom alahan.
Pekerja ini akan menunjukkan simptom alahan walau dengan sedikit pendedahan kepada
alergen. Simptom yang terhasil berbeza mengikut individu – daripada bersin, hidung berair ke
asma simptom seperti batuk, dan sesak nafas. Satu unit pengendali haiwan dipasang di Rumah
Haiwan Ujikaji, Bahagian Teknologi Perubatan, Agensi Nuklear Malaysia untuk memberi
perlindungan kepada pengendali haiwan, penyelidik dan persekitran makmal terhadap alergen
semasa pengendalian haiwan
Abstract
Workers at risk include laboratory animal and veterinary technicians, researchers, veterinarians,
and others who have prolonged, close association with animals or their secretions or excretions.
Also, at risk are workers who handle animal products or assciated materials such as bedding and
feed. About 33 percent of animal handlers have allergic symptoms, and approximately 10 percent
have symptoms of animal-induced asthma. Animals or animal products such as dander, hair,
scales, fur, saliva, and body wastes contain powerful allergens that can cause both respiratory
and skin disorders. Inhalation is one of the most common ways for allergens to enter the body.
After a period of time (often several months, but occasionally many years), workers may inhale
sufficient quantities of allergens to become sensitized that is, they develop symptoms when
exposed again, even to tiny amounts of the allergen. Symptoms vary among workers who have
become sensitized to animals. mild reactions include sneezing and runny nose. More serious
reactions to an inhaled allergen may result in asthma symptoms such as cough, chest tightness,
wheezing, or shortness of breath. Animal Handling Unit is an animal containment workstation that
is installed in the Rumah Haiwan Ujikaji, Bahagian Teknologi Perubatan, Agensi Nuklear Malaysia
to provide animal handler, researchers and laboratory environment against allergens during
animal handling.
Keywords/ Kata kunci: Alergen, Unit Pengendalian Haiwan
PENGELUARAN IRIDIUM-192 DI NUKLEAR MALAYSIA BAGI TAHUN 2020
PRODUCTION OF IRIDIUM-192 IN NUCLEAR MALAYSIA FOR THE YEAR OF 2020
Mohamed Zaffar Ali bin Mohamed Amiroudine, Wan Firdaus bin Wan Ishak, Azahari bin Kasbollah,
Wan Anuar bin Wan Awang, Mohd Hafiz bin Ishak
Abstrak
Nuklear Malaysia dan sebuah syarikat ujian tanpa musnah (NDT) Malaysia telah bekerjasama
untuk memasang punca terkedap Iridium-192 (Ir-192) untuk aplikasi berasaskan gama radiografi
industri. Dwi-kapsul cakera Ir-192 tersinar yang diimport daripada Korean Atomic Energy Agency
Research Institute (KAERI) akan menjalani pemasangan akhir di dalam sel aktif yang mempunyai
ketebalan plumbum sebanyak 10 cm. Langkah-langkah pengeluaran merangkumi pemindahan
punca radioaktif, pemotongan, pengapitan, ujian dimensi dan ujian Go / No Go. Pasaran ujian
NDT dijangka akan meningkat pada kadar pertumbuhan kompaun tahunan (CAGR) sebanyak
lapan peratus dari tahun 2017 hingga 2022. Pada tahun 2020, pengeluaran telah menurun
kepada 18.75 peratus, hanya 260-unit pigtail dihasilkan berbanding 320-unit pada tahun 2019.
Pandemik COVID-19 telah melanda Malaysia pada tahun 2020. Pandemik ini dijangka memberi
kesan yang berkekalan terhadap penggunaan projektor gama industri, dengan permintaan hanya
mungkin pulih sepenuhnya pada tahun 2023. Pengeluaran Ir-192 diramalkan akan meningkat
kepada 324 unit pada tahun 2022 daripada 300 unit yang dianggarkan pada tahun 2021. Risiko
utama bagi ramalan pengeluaran Ir-192 adalah jangka masa wabak akan bertukar menjadi
endemik, kesan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) kedua dan ketiga, dan
kepantasan pemberian vaksin.
Abstract
Nuklear Malaysia and a Malaysian non-destructive testing (NDT) company have collaborated to
install Iridium-192 (Ir-192) sealed source for industrial gamma radiography-based applications.
The irradiated double encapsulated Ir-192 disc imported from Korean Atomic Energy Agency
Research Institute (KAERI) will undergo final assembly in our 10 cm thickness lead (Pb) shielded
box known as hot cells. Steps of production include source changing, cutting, clamping,
dimension test and Go/No Go testing. The NDT inspection market is estimated to grow at a
compound annual growth rate (CAGR) of eight percent from 2017 to 2022. In 2020, the production
has dropped to 18.75 percent, only 260 pigtails unit is produced compared to 320 units in 2019.
The impact of the COVID-19 pandemic has stricken Malaysia in 2020. The pandemic is expected
to have a lasting impact on industrial gamma projector consumption, with demand only likely to
fully recover by 2023. Ir-192 production is forecast to rise to 324 units in 2022 from a projected
300 units in 2021. The main risk to Ir-192 production forecast is the duration of the pandemic will
turn to endemic, the effects of second and third movement control order (MCO), and the speed
at which a vaccine is distributed.
Keywords/ Kata kunci: iridium-192, production, nationwide demand
DEVELOPMENT OF EMERGING RADIOPHARMACEUTICAL FACILITY FOR
CANCER DIAGNOSIS AND THERAPY
Ng Yen, Wan Hamirul Bahrin bin Wan Kamal, Mohd Rodzi bin Ali
Abstrak
Permintaan dan penyampaian radiofarmaseutikal yang termaju, seperti Ga-68, Y-90, Cu-64, Lu-
177 serta At-211 untuk diagnostik dan terapi pelbagai penyakit semakin meningkat. Objektif
utama projek ini adalah untuk meningkatkan kemudahan penyelidikan di Nuklear Malaysia untuk
memperkuatkan keupayaan dan kemampuan untuk melaksanakan projek penyelidikan berkualiti
tinggi bagi memudahkan pengembangan radiofarmaseutikal baru untuk rawatan pesakit. Dengan
ini, kualiti perkhidmatan kesihatan kepada pesakit tempatan dan warga asing yang datang ke
Malaysia untuk mendapatkan rawatan dapat dipertingkatkan dengan kos yang berpatutan. Di
samping itu, projek ini juga memberi peluang baru bagi komuniti saintifik dan industri untuk
melakukan aktiviti penyelidikan bersama menggunakan radioisotop perubatan. Kertas kerja ini
akan membincangkan reka bentuk dan spesifikasi sel aktif yang baru, serta beberapa peralatan
utama lain yang baru dipasang.
Abstract
The demand and the delivery of emerging radiopharmaceutical, such and Ga-68, Y-90, Cu-64,
Lu-177 as well as At-211 labeled radiopharmaceuticals for diagnostic and therapy of various
diseases is increasing. The main objective of this project is to improve the research facility in
Nuclear Malaysia to strengthen the capacity and capability to carry out high-quality research
project in order to facilitate the development of new radiopharmaceutical for patient's imaging and
treatment. The ultimate aim is not only to enhance by a particularly significant measure, health
services to Malaysian and foreign paying patients, but assure highest standards in diagnosis and
treatment at affordable cost. In addition, this project also provides new opportunities for the
scientific and industrial community to undertake research activities using medical radioisotopes.
The latter fact is the driver of nuclear medicine, being one of the better solutions to the
extraordinary increase in healthcare cost throughout developed and developing economies
worldwide. This paper will discuss the design and specification of a newly installed hot cell, as
well as few other major equipment's installations.
Keywords/ Kata kunci: Emerging radiopharmaceuticals, hot cell, cancer
Kategori: Teknologi
Perubatan
Pembentangan Poster
PERSONAL SOLVENT EVAPORATOR: AN INNOVATIVE SOLVENT REMOVAL
Rosniza binti Razali, Zainah binti Adam, Daryl Bin Jesus Arapoc, Azfar Hanif bin Abd Aziz,
Nor Azizah binti Marsiddi, Hazlina binti Ahmad Hassali,
Abstrak
Penyingkiran pelarut dalam pelbagai bidang penyelidikan saintifik, sama ada kepekatan sampel
atau pengeringan lengkap telah dianggap sebagai cabaran utama semasa proses pengekstrakan
pelarut. Penyejat pelarut peribadi (Personal Solvent Evaporator, PSE) merupakan satu sistem
berteknologi canggih yang telah dibangunkan untuk menyingkirkan pelarut dalam pelbagai jenis
sampel kimia. Sistem ini terdiri daripada centrifugal vacuum concentrators dan alat penyejuk beku
yang mampu menyingkirkan air dan pelarut organik. Teknik yang digunakan dalam sistem ini
menggabungkan prestasi yang hebat, kemudahan penggunaan dan keserasian dengan semua
jenis pelarut yang biasa digunakan. Kertas kerja ini memberikan gambaran ringkas mengenai
penyejat pelarut peribadi (PSE) bagi kumpulan pelarut yang berbeza dan aplikasinya dalam
bidang penyelidikan saintifik seperti produk semula jadi, kimia analisis, kimia perubatan dan
pengendalian sampel selepas penulenan.
Abstract
Solvent removal in many areas of scientific research, whether concentration of samples or
complete drying has been considered as a major challenge during the solvent extraction
processes. Personal solvent evaporator (PSE) is one of the advanced technology systems that
have been developed for the solvent removal in various sample chemistries. This system consists
of centrifugal vacuum concentrators and freeze driers capable of removing water and organic
solvents. The techniques used in this system combines great performance, ease of use and
compatibility with all commonly used solvents. This paper gives a brief overview of personal
solvent evaporator for different solvent group and its application in scientific research such as
natural product, analytical chemistry, medicinal chemistry and post purification sample handling.
Keywords/ Kata kunci: Personal solvent evaporator, drying, concentration, solvent/ Penyejat
pelarut peribadi, pengeringan, kepekatan, pelarut
GAVAGING ADULT ZEBRAFISH USING DIY-NEEDLE
Daryl Bin Jesus Arapoc, Azfar Hanif bin Abd Aziz, Zainah binti Adam, Rosniza binti Razali,
Nor Azizah binti Marsiddi
Abstrak
Zebrafish (Danio rerio) menawarkan sistem eksperimen yang ideal contohnya model in
vivo dalam penyelidikan bioperubatan. Zebrafish telah digunakan secara meluas sebagai model
organisma untuk kajian perkembangan dan penyakit. Untuk mencapai hasil yang tepat dan jitu,
kaedah yang berkesan harus digunakan untuk menghantar sampel ujian, sebatian atau ubat ke
dalam Zebrafish. Kaedah sedia ada untuk pemberian oral tidak tepat kerana kebolehubahan
pengambilan oleh ikan secara rawak. Oleh itu, teknik gavage diperkenalkan untuk meningkatkan
ketepatan dan kejituan kuantiti sampel ujian. Gavage adalah kaedah standard yang digunakan
dalam spesies haiwan makmal untuk pemberian kuantiti produk yang tepat dengan kepekatan
yang diketahui untuk kajian dalam penyelidikan bioperubatan dan farmaseutikal. Zebrafish
dewasa yang berumur lebih dari 6 bulan digunakan dalam kajian ini. Zebrafish dianestesi
menggunakan larutan anestetik komersial yang tersedia di pasaran dan diposisikan 45o di antara
span. Jarum saiz 25G dan picagari mikro digunakan dalam kaedah ini. Jarum diturunkan ke
rongga mulut zebra hingga hujung jarum melepasi insang (kira-kira 1 cm). Larutan kemudian
disuntik perlahan ke saluran usus. Masa untuk prosedur ini meningkat dengan ketara berbanding
dengan kaedah oral biasa. Walau bagaimanapun, prosedur ini menunjukkan hampir 95 peratus
larutan yang diinginkan diterima oleh ikan.
Abstract
Zebrafish (Danio rerio) offer an ideal experimental system as in vivo model in biomedical
research. Zebrafish have been widely used as model organisms for developmental and disease
studies. In order to achieve accurate and precise results, effective method should be established
to deliver test samples, compounds or drugs into Zebrafish. Existing method for oral
administrations ware inaccurate due to variability in voluntary consumption by the fish. Hence,
gavage technique was introduced to increase accuracy and precision. Gavage is a standard
method used in other laboratory animal species to administer precise quantities of a product with
a known concentration for study in biomedical and pharmaceutical research. Adult Zebrafish over
6 months of age were used in this study. Zebrafish were anesthetized using market ready
anaesthetic solutions and hold 45o between sponge. Self-blunted 25G needle and micro syringe
were used in this method. Needle was lowered into the oral cavity of the zebrafish until the tip of
the needle extended past the gills (approximately 1 cm). The solution was then injected slowly
into the intestinal tract. Administration time for this procedure were significantly lengthen compare
to voluntary consumption. However, this procedure showed almost 95% of desired solutions
consume by the fish.
Keywords/ Kata kunci: Zebrafish
THE TYPE OF ABERRATION PRODUCES BY RADIATION
Juliana binti Mahamad, Rahimah binti Abdul Rahim, Noraisyah binti Mohd Yusof
Abstrak
Aberasi kromosom digunakan untuk menganggar dos radiasi yang diterima daripada
pendedahan pekerjaan atau secara kemalangan radiasi. Teknik Dicentrik (DCA) digunakan untuk
menentukan dos dengan mengira bilangan Aberasi Kromosom yang tidak stabil. Jenis kromosom
tidak stabil yang dikira dalam kajian ini adalah disentrik, cincin dan serpihan. Slaid dengan dos
0.1Gy, 0.5Gy dan 2.0Gy dipilih. Setiap slaid diimbas untuk mengetahui aberasi dalam dos rendah
dan tinggi. Jenis aberasi dikelaskan, dikira dan dicatat. Hasil kajian ini menunjukkan jenis aberasi
mana yang paling banyak didapati dalam dos yang lebih rendah dan tinggi. Cincin dan disentrik
terdapat dalam kebanyakan dos yang tinggi, sementara serpihan terdapat pada setiap dos yang
dikaji. Disentrik dengan serpihan atau cincin dengan serpihan, dikira sebagai satu set.
Abstract
Chromosome aberrations are used to estimate the doses of radiation received from occupational
or accidental exposure. Dicentric Chromosome Assay (DCA) is used to determine the dose by
count the number of unstable Chromosome Aberration. The type of unstable chromosome was
count in this study are dicentric, ring and fragment. Slides with doses 0.1Gy, 0.5Gy and 2.0Gy
were choose. Each slide scanned to find the aberration in low and high dose. Type of aberration
were classified, count and recorded. Result in this study show which type of aberration found
most in lower and high dose. Dicentric and centric ring found in most high dose, meanwhile
fragment found in every dose studied. Dicentric with fragment or ring with fragment, count as one
set.
Keywords/ Kata kunci: Chromosome Aberration, Dicentric Assay, Low Dose, High Dose,
Dicentric, Ring and Fragment/ Aberasi Kromosom, Teknik Dicentrik, Dos Rendah, Dos Tinggi,
Disentrik, Cincin dan Serpihan.
DPPH RADICAL SCAVENGING AND FOLIN-CIOCALTEU ASSAYS: SIMPLE AND
RELIABLE METHODS TO QUANTIFY ANTIOXIDANT ACTIVITY AND TOTAL
PHENOLIC CONTENT
Zainah binti Adam, Rosniza binti Razali, Daryl Bin Jesus Arapoc, Azfar Hanif bin Abd Aziz,
Nor Azizah binti Marsiddi
Abstrak
Radikal bebas adalah molekul yang mempunyai elektron yang tidak berpasangan di orbit luar.
Mereka tidak stabil dan sangat reaktif. Radikal bebas yang berlebihan dalam tubuh boleh
menyebabkan banyak penyakit seperti barah, diabetes mellitus, penyakit kardiovaskular dan lain-
lain. Radikal bebas dapat dineutralkan oleh molekul yang disebut antioksidan. Antioksidan
kebanyakannya berasal daripada sumber semula jadi termasuk tumbuhan. Antioksidan semula
jadi ini kebanyakkannya adalah sebatian fenolik dan terdapat pada hampir keseluruhan bahagian
tumbuhan. Tumbuhan yang mempunyai kandungan sebatian fenolik yang tinggi biasanya
menunjukkan aktiviti antioksidan yang tinggi. Dalam penyelidikan sains hayat, aktiviti antioksidan
dan kandungan fenolik tumbuhan atau sampel semula jadi dapat ditentukan melalui pelbagai
kaedah. Uji penyingkiran radikal DPPH dan kaedah folin-ciocalteu adalah kaedah yang paling
biasa digunakan untuk mengukur aktiviti antioksidan dan kandungan fenolik. Ini kerana kaedah
ini mudah, jangka masa analisis yang pendek, tidak mahal dan boleh dipercayai. Di makmal kami,
aktiviti antioksidan dan kandungan fenolik tiga tumbuhan iaitu Ficus deltoidea, Muntingia calabura
dan Bouea macrophylla telah ditentukan dengan menggunakan kaedah penyingkiran radikal
DPPH dan kaedah folin-ciocalteu. Hasil kajian menunjukkan bahawa, semua tumbuhan memiliki
aktiviti antioksidan dan mengandung sebatian fenolik di dalamnya. Bouea macrophylla
mempunyai aktiviti antioksidan tertinggi, diikuti oleh Muntingia calabura dan Ficus deltoidea.
Didapati bahawa aktiviti antioksidan Bouea macrophylla setanding dengan vitamin C. Didapati
juga aktiviti antioksidan tanaman ini berkaitan dan berkadaran dengan jumlah sebatian fenolik di
dalam tanaman. Kesimpulannya, aktiviti antioksidan dan kandungan fenolik daripada mana-mana
tumbuhan atau sampel semula jadi dapat diukur dengan menggunakan kaedah yang mudah dan
boleh dipercayai, iaitu kaedah penyingkiran radikal DPPH dan kaedah folin-ciocalteu.
Abstract
Free radicals are molecules that has unpaired electron at the outer orbital. They are unstable and
highly reactive. Excessive free radicals in the body can causes many diseases such as cancer,
diabetes mellitus, cardiovascular disease and etc. Free radicals can be neutralised by molecules
called antioxidant. Antioxidants mostly come from natural sources including plants. These natural
antioxidants are mostly phenolic compounds that occur in almost all part of a plant. Plant that has
high content of phenolic compounds normally showed high antioxidant activity. In life sciences
research, the antioxidant activity and total phenolics content of a plant or any natural samples can
be determined through various methods. DPPH radical scavenging assay and folin-ciocalteu
method are the most commonly used methods to measure antioxidant activity and total phenolics
content, respectively. This is due to that these methods are simple, short period analysis,
unexpensive and reliable. In our laboratory, the antioxidant activity and total phenolics content of
three plants namely Ficus deltoidea, Muntingia calabura and Bouea macrophylla were determined
using DPPH radical scavenging assay and folin-ciocalteu method. The results showed that, all
plant possess antioxidant activity and contains phenolic compounds in it. Bouea macrophylla
possess this highest antioxidant activity, followed by Muntingia calabura and Ficus deltoidea. It
was found that the antioxidant activity of Bouea macrophylla was comparable to that of vitamin
C. It was also found that the antioxidant activity of these plants is correlated and proportional to
the amount phenolic compounds in the plant. In conclusion, antioxidant activity and total phenolics
content of any plant or natural samples can be quantified using a simple and reliable method,
DPPH radical scavenging assa and folin-ciocalteu method.
Keywords/ Kata kunci: Free radical; antioxidant; DPPH radical scavenging assay; folin-ciocalteu
method; phenolic compounds
EXPERIENCE IN ORGANIZING THE TRAINING AND DEVELOPMENT
PROGRAMME FOR MTD STAFFS IN IODINE-131 CAPSULE MANUFACTURING
PROJECT: A TRENDING TRAINING REPORT FOR 2016 - 2020
Manisah binti Saedon, Wan Hamirul Bahrin bin Wan Kamal, Anee Suryani binti Sued, Cheok Ken Yew,
Khong Khei Choong, Munira binti Shaikh Nasir, Mohd Rodzi bin Ali
Abstrak
Bahagian Teknologi Perubatan telah bekerjasama dengan syarikat swasta dalam projek
kerjasama pengeluaran bahan radiofarmaseutikal bagi pasaran tempatan, khusus bagi kegunaan
di pusat perubatan nuklear. Projek kerjasama ini sedang berjalan dan dalam proses
mendaftarkan produk iaitu kapsul Iodin-131 (I-131) dengan pihak Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) bagi memenuhi keperluan Amalan Perkilangan Baik atau Good Manufacturing
Practice (GMP). Buat masa ini, pusat perubatan nuklear menggunakan bahan I-131 dalam bentuk
cecair dan diimport dari luar negara. Secara klinikal, kapsul I-131 digunakan bagi merawat pesakit
yang mengalami penyakit kanser tiroid. Kakitangan BTP disyaratkan menjalani latihan berkenaan
GMP setiap tahun dalam pelbagai sub bidang. Latihan ini merupakan syarat wajib bagi memenuhi
keperluan GMP merangkumi unit pengeluaran, kawalan mutu dan jaminan mutu. Program latihan
yang diadakan mestilah mematuhi panduan GMP dan dalam masa yang sama ianya akan diaudit
oleh juruaudit dalaman dan juga oleh pihak KKM. Perkongsian program latihan ini adalah bagi
memberikan gambaran tentang bentuk latihan dan tahap ianya dipraktikkan di BTP bagi tempoh
masa yang dinyatakan.
Abstract
Medical Technology Division (MTD) has been working closely with a private company to
manufacture radiopharmaceutical products for nuclear medicine centers locally. This joint venture
project is undergoing with a plan to register the product of Iodine-131 (I-131) capsule with the
Ministry of Health (MOH) as required by the Good Manufacturing Practice (GMP). At present,
most nuclear medicine centers are using the liquid I-131 imported from oversea. Clinically, the I-
131 capsule is to treat the thyroid cancer patients. MTD staffs are required to attend the planned
GMP training on yearly basis covering all sort of fields. This particular training is compulsory set
by GMP which involves the production, quality control and quality assurance units. Training
programme also suits the GMP requirement and will be audited by internal and MOH auditors at
time intervals. The sharing of this training and development programme is to show the trending
report and how it has been carried out at the mentioned period.
Keywords/ Kata kunci: Training, GMP, Iodin-131, trending