The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Konvensyen Teknikal Nuklear Malaysia
26-28 Oktober 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rawizali, 2021-10-25 01:29:07

ABSTRAK & PROGRAM NTC 2021

Konvensyen Teknikal Nuklear Malaysia
26-28 Oktober 2021

drill simulation report that has been done virtually. As a result of the findings during the internal
audit and monitoring audit in June 2021, the management of Nuclear Malaysia has identified that
the understanding of BCMS needs to be improved especially in the areas of BIA, RA and review
the actual implementation of BCP. Similarly, several training program will be conducted to
increase the awareness of Malaysian Nuclear staff, especially personnel who are working at the
Malaysian Nuclear service center.

Keywords/ Kata kunci: Analisis Impak Perkhidmatan (BIA) dan Penilaian Risiko (RA), simulasi
dril, Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan Agensi Nuklear Malaysia, latihan
kesedaran.

PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN DI AGENSI NUKLEAR MALAYSIA:
PENGALAMAN SEBAGAI KETUA JURUAUDIT DALAMAN

John Konsoh Sangau, Norfaizal bin Mohamed @ Muhammad

Abstrak

Sejak tahun 1996, banyak aktiviti di Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) telah mulai
melaksanakan sistem pengurusan seperti ISO 9001, ISO/IEC 17025, ISO/IEC 17020, ISMS
27001 dan ISO 22301. Kejayaan pelaksanaan sistem pengurusan ini bukan sahaja bergantung
kepada usaha gigih berterusan daripada staf, kemudahan atau makmal yang terlibat tetapi ianya
juga turut memerlukan sokongan padu daripada kumpulan juruaudit dalaman di Nuklear
Malaysia. Audit dalaman adalah salah satu keperluan penting yang ditetapkan dalam setiap
standard sistem pengurusan yang terlibat dan perlu dijalankan secara berkala iaitu sekurang-
kurangnya sekali setahun. Setiap audit dalaman memerlukan peranan seorang Ketua Juruaudit
bagi memastikan kelancaran audit yang dijalankan. Seseorang Ketua Juruaudit
bertanggungjawab dalam perancangan program audit, permulaan audit, pelaksanaan audit,
penutupan audit dan pengesahan tindakan pembetulan bagi sebarang ketidakpatuhan yang
ditemui semasa audit dijalankan. Tujuan kertas kerja ini adalah untuk berkongsi pengalaman
Ketua Juruaudit yang telah terlibat mengendalikan audit dalaman bagi pelbagai sistem
pengurusan, aktiviti dan kemudahan di Agensi Nuklear. Selain itu, beberapa cadangan
penambahbaikan yang dilihat mampu meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan audit
dalaman yang dijalankan turut akan dibincangkan.

Abstract

Since 1996, many activities in the Malaysian Nuclear Agency (Nuklear Malaysia) have begun to
implement management systems such as ISO 9001, ISO/IEC 17025, ISO/IEC 17020, ISMS
27001 and ISO 22301. The success of the implementation of this management system does not
only depend on continuous hard work from the laboratory staff involved but it also requires strong
support from the group of internal auditors at Nuclear Malaysia. Internal audit is one of the
important requirements set out in each standard of the management system involved and should
be conducted periodically i.e. at least once a year. Each internal audit requires the role of a Lead
Auditor to ensure the smooth running of the audit. A Lead Auditor is responsible for the planning
of the audit program, the commencement of the audit, the execution of the audit, the closing of
the audit and the verification of corrective action for any non-compliance found during the audit.
The purpose of this paper is to share the experience of the Lead Auditor who has been involved
in conducting internal audits involving various management systems, activities and facilities in the
Nuclear Agency. In addition, some suggestions for improvement that are seen to be able to further
enhance the effectiveness of the implementation of internal audit conducted will also be
discussed.

Keywords/ Kata kunci: Sistem Pengurusan, Audit Dalaman, Ketua Juruaudit, Program Audit,
Ketidakpatuhan

PENGGUNAAN NITROGEN CECAIR DI AGENSI NUKLEAR MALAYSIA ANTARA
TAHUN 2008 – 2021

Yii Mei Wo

Abstrak
Nitrogen cecair banyak digunakan dalam kerja-kerja rutin dan penyelidikan di Agensi Nuklear
Malaysia. Sesetengah peralatan memerlukan bekalan nitrogen cecair secara berterusan untuk
beroperasi dan juga untuk mengelak daripada mengalami kerosakan. Manakala, sesetengah
eksperimen perlu menggunakan nitrogen cecair untuk dilaksanakan. Oleh sebab itu, bekalan
nitrogen cecair di tangki pusat perlu sentiasa berisi untuk memenuhi keperluan-keperluan
tersebut. Kertas kerja ini akan membincangkan perkara berkaitan penggunaan nitrogen cecair di
Agensi Nuklear Malaysia antara tahun 2008 - 2021.

Abstract
Liquid nitrogen is widely used in routine works and researches at the Malaysian Nuclear Agency.
Some equipment requires continuous supply of liquid nitrogen to operate and to avoid been
damage. Meanwhile, some experiments need to use liquid nitrogen to be carry out. Therefore,
the consistent availability of liquid nitrogen at the central tank is required to fulfil all the above
needs. This paper will discuss issues related to usage of liquid nitrogen in the Malaysian Nuclear
Agency between 2008 - 2021.

Keywords/ Kata kunci: Nitrogen cecair, bekalan, penggunaan/ Liquid nitrogen, supply, usage

PENGURUSAN PENERIMAAN BAHAN RADIOAKTIF DARIPADA IAEA MELALUI
PROJEK TC-SATU PENGAJARAN

Yii Mei Wo

Abstrak
Projek TC IAEA merupakan mekanisma utama IAEA untuk memindahkan teknologi nuklear
kepada negara anggota. Di bawah program tersebut, negara anggota akan dibantu dalam
pelbagai bidang keperluan termasuk pembekalan bahan radioaktif. Artikel ini menerangkan
pengalaman penulis menguruskan penerimaan bahan radioaktif di bawah projek TC MAL 7007
yang diharap boleh dijadikan panduan kepada staf Nuklear Malaysia pada masa hadapan
sekiranya berdepan situasi serupa

Abstract
The IAEA TC Project is the IAEA's key mechanism for transferring nuclear technology to member
countries. Under the program, member countries will be assisted in various necessary fields
including the supply of radioactive materials. This article describes the author's experience in
managing the reception of radioactive materials under the TC MAL 7007 project which hopefully
can be used as a guide for Nuclear Malaysia staff in the future if facing similar situation.

Keywords/ Kata kunci: TC IAEA, pengurusan penerimaan, bahan radioaktif/ TC IAEA,
managing the reception, radioactive materials.

THE OUTCOME EVALUATION STUDY FOR DEVELOPMENT OF ADVANCED NON-
DESTRUCTIVE TESTING (NDT) AND RADIATION DETECTION PROJECT

Rasif bin Mohd Zain, Roslan bin Yahya, Nazrul Hizam bin Yusoff, Lahasen @ Norman Shah bin Dahing,
Khairul Anuar bin Mohd Salleh, Mohd Yusnisyam bin Yusof, Amry Amin bin Abas, Ishak bin Mansor,

Mohamad Syafiq bin Mohd Amin, Tengku Sarah binti Tengku Amran, Mohd Fajri bin Osman, Mohamad
Ridzuan bin Ahmad, Noor Azreen bin Masenwat

Abstrak
Projek Teknologi Ujian Tanpa Musnah (NDT) Termaju dan Pengesanan Sinaran merupakan
projek pembangunan teknologi yang menggunakan peruntukan dana pembangunan Rancangan
Malaysia Ke Sebelah (RMK) dari tahun 2016-2020. Jumlah siling peruntukan projek ini adalah
sebanyak RM12.25 juta. Kertas kerja ini akan membincangkan kajian penilaian outcome bagi
keberkesanan projek ke atas pembangunan negara.

Abstract
The Development of Advanced Non-Destructive Testing (NDT) and Radiation Detection Project
is one of the projects placed under Eleventh Malaysia Plan 2016-2020. The allocation for this
project is RM12.25 million. This paper will discuss an outcome evaluation study for the project’s
effectiveness on national development.

Keywords/ Kata kunci: Malaysia Plan (RMK), Advanced NDT, Radiation Detector

QUALITY MANAGEMENT SYSTEM FOR MOBILE HOT CELL OPERATION

Anwar bin Abdul Rahman, Hasni binti Hassan, Muhammad Hannan nin Bahrin, Mohd Zaid bin
Hassan@Abdul Rahman, Mohd Rizal bin Mamat @ Ibrahim, Mohd Fazlie bin Abdul Rashid, Syed Asraf

Fahlawi Wafa bin S M Ghaz, Azimawati binti. Ahmad, Fadil bin Ismail, Muhamad Nor bin Atan,
Muhammad Ibrahim bin Mohd Aminuddin, Mohd Yusof bin Abdullah Sani, Syamsu bin Mohd. Noor,

Mohd Zaidi bin Ibrahim, Rosli bin Darmawan

Abstrak

Projek Sel Aktif Mudah Alih telah dimulakan pada tahun 2013 dan diketuai oleh Pusat
Pembangunan Loji dan Prototaip. Pada tahun 2015, IAEA telah memberikan bantuan dengan
kepakaran teknikal daripada peringkat mereka bentuk sel aktif tersebut sehingga kepada operasi
dan latihan kepada operator. IAEA juga telah menghantar pakar-pakar dari luar negara yang
terlibat di dalam dua Peer Review Programme dan Pengurus Kualiti dari ANDRA untuk
memastikan operasi sel aktif ini memenuhi piawaian yang ditetapkan. Kertas kerja ini akan
membincangkan sistem pengurusan kualiti yang telah dibangunkan untuk operasi Sel Aktif
Mudah Alih.

Abstract

Mobile Hot Cell project started in 2013 with the initial initiative lead by Prototype and Plant
Development Centre. In 2015, IAEA provided assistance to the team with technical expertise from
the design stage up to the operational and training of the operators. IAEA also provided two Peer
Review Programme with team of experts from various countries and Quality Manager from
ANDRA to ensure the operational of the Mobile Hot Cell meets the quality standard criteria. This
paper will discuss Quality Management System that has been established for Mobile Hot cell
operation.

Keywords/ Kata kunci: Mobile Hot cell, QMS, Quality Management System

Kategori: Pengurusan
Organisasi

Pembentangan Poster

KAJI SELIDIK PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN SECARA DALAM TALIAN

Aisya Raihan binti Abdul Kadir, Mohd Azmi bin Sidid Omar, Hazmimi binti Kasim, Azlinda binti Aziz, Abdul
Quddoos bin Abu Bakar, Muhammed Zulfakar bin Zolkaffly, Nor Pa'iza bin Mohamad Hasan, Ruzalina bin

Baharin

Abstrak

Susulan peningkatan kes harian COVID-19, Kerajaan telah melaksanakan penutupan penuh
sektor sosial dan ekonomi di seluruh negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
3.0. Pengoperasian pejabat kerajaan juga melaksanakan kaedah Bekerja Dari Rumah (BDR)
sepenuhnya tidak termasuk perkhidmatan barisan hadapan. Lanjutan daripada ini, pelaksanaan
mesyuarat/bengkel/program/seminar dan kursus termasuk audit juga perlu diadakan secara
dalam talian sahaja. Audit dalaman secara dalam talian perlu dilaksanakan bagi memastikan
pensijilan dan akreditasi ISO di semua fasiliti terlibat dapat dikekalkan. Bahagian Perancangan &
Hubungan Antarabangsa (BPA) telah menambah baik Prosedur Audit Dalaman (Revision 13)
dengan penambahan garis panduan dalam menguruskan aktiviti Audit Dalaman Secara
DalamTalian. Sehingga kini, terdapat beberapa Pusat Khidmat di Nuklear Malaysia telah
mengadakan audit dalaman secara dalam talian. Hasil daripada kaji selidik tahap keberkesanan
pelaksanaan audit dalaman secara dalam talian ini menunjukkan kebanyakan Juruaudit Dalaman
dan Kakitangan Fasiliti menyatakan audit dalaman secara dalam talian ini telah dilaksanakan
dengan berkesan. Pengurusan Audit Dalam secara atas talian ini merupakan alternatif kepada
pelaksanaan audit dalaman secara fizikal yang dapat membantu fasiliti dalam mengekalkan
pensijilan dan akreditasi ISO di Nuklear Malaysia

Abstract

Resulting the increase in covid-19 daily cases, the Government has implemented the total
lockdown in the country during the Movement Control Order (MCO) 3.0. The operation of
government offices also implements the full Work from Home (WFH) excluding frontlines
services. Further to this, the implementation of meetings/workshops/programs /seminars and
courses including audits also should be conducted remotely. A Remote internal audit should be
implemented to ensure ISO certification and accreditation in all facilities involved can be
maintained. The Planning & International Relations Division (BPA) has improved the Internal Audit
Procedure (Revision 13) with the addition of guidelines for managing remote internal audit
activities. Currently, there are several facilities at Nuklear Malaysia have conducted remote
internal audit. The results on the effectiveness level of the remote internal audit implementation
survey indicated that most of Internal Auditors and Staff of the facilities said the remote internal
audit had been conducted effectively. Remote Internal Audit is an alternative to the
implementation of physical internal audit, which can assist the facilities in maintaining ISO
certification and accreditation in Nuklear Malaysia

Keywords/ Kata kunci: Audit Dalaman Secara Dalam Talian

PENDEKATAN ERGONOMI ORGANISASI DALAM PENGASINGAN SISA
RADIOAKTIF ORGANIK TERCAMPUR WARISAN

Ahmad Khairulikram bin Zahari, Norasalwa binti Zakaria, Rafizi bin Salihuddin, Nazran bin Harun,
Mohd Zahiruddin bin Jaafar

Abstrak

Selama lebih 30 tahun, sekitar 3600 botol sisa organik tercampur telah disimpan bagi tujuan
pereputan di fasiliti LLETP. Banyak daripada sisa tersebut telah dikenalpasti sebagai toluene,
yang mengandungi radionuklid Tritium dengan tempoh separuh hayat selama 12.3 tahun dan
keaktifan asal yang rendah (sekitar 2 μCi). Beberapa botol sisa lain didapati mengandungi
radionuklid berkeaktifan yang lebih tinggi dan separuh hayat yang lebih lama seperti thorium.
Namun begitu, majoriti botol sisa dan label pada botol didapati bobrok menyebabkan
pengecaman jenis sisa menjadi sukar. Risiko kesihatan yang didapati daripada sisa organik
tercampur ini bukan sahaja daripada aspek radiasi tetapi juga daripada kategori bahaya kimia.
Disebabkan ruang penyimpanan yang semakin terhad, satu usaha pengasingan dan pelupusan
sisa organik tercampur ini telah dimulakan. Pendekatan ergonomi organisasi telah digunakan
dalam merancang kerja pengasingan ini dengan pertama sekali mengenal pasti setiap bahaya
yang berkaitan dengan kerja yang akan dilakukan serta keadaan kawasan kerja yang sukar.
Setelah itu, beberapa strategi dirangka yang kemudiannya dibuat penambahbaikan berdasarkan
maklum balas yang diterima. Hasilnya, satu kaedah pencirian mudah yang diberi nama ‘celup
dan imbas’ dibangunkan dan penjadualan kerja yang sistematik telah digunapakai.

Abstract

For more than 30 years, some 3600 bottles of mixed organic liquid waste have been stored for
decay at the LLETP facility. Many of the waste were identified as toluene, contains mostly of
Tritium with half-life of 12.3 years and a very low activity value to begin with (around 2 μCi). Some
other were identified to exhibit higher activity and contain long-lived radionuclides such as
thorium. But vast majority of waste bottles and labels were found dilapidated making identification
of content difficult. The health risks imposed by mixed organic liquid waste were not only radiation
but also of the chemical hazard category. Due to growing limitation of storage spaces, an effort
to segregate and dispose the decayed organic waste was started. Organizational ergonomics
approach was used in planning the segregation work by first identifying the hazards associated
with the task, and the detrimental working conditions. Then, several strategies were set forth and
later improvements were implemented based on the feedback received. As a result, a simple
waste characterization method called ‘dip and scan’ was developed and systematic work-
scheduling for operators was employed.

Keywords/ Kata kunci: Sisa cecair organik, sisa berbahaya, ergonomi organisasi/ Liquid organic
waste, hazardous waste, organizational ergonomics,

SISTEM PENGURUSAN KESINAMBUNGAN PERKHIDMATAN (BCMS) AGENSI
NUKLEAR MALAYSIA: CABARAN MENGHADAPI AUDIT
SEMASA PANDEMIK COVID-19

Norasiah binti Ab Kasim, Norfaizal bin Mohamed @ Muhammad, John Konsoh Sangau,
Ishak bin Mansor, Noor Hayati binti Abdul Rahman, Robiatul Adawiah binti Ahmad Tajudin,

Norliza binti Abdul Mihat

Abstrak

Agensi Nuklear Malaysia telah mendapat persijilan ISO 22301:2012, Sistem Pengurusan
Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS) pada 7 Januari 2019. Skop pelaksanaan BCMS ini
merangkumi lima pusat khidmat utama iaitu Sinagama, Raymintex, Pusat Teknologi Rawatan
Sisa (WasTeC), Kumpulan Metrologi Sinaran (KMS) dan Makmal Radiokimia dan Alam Sekitar
(RAS). Pusat khidmat ini terlibat dalam menjalankan aktiviti penyelidikan dan juga memberikan
perkhidmatan teknikal dan konsultansi kepada agensi awam dan swasta di Malaysia. Sepanjang
bulan Mei hingga Julai 2021, pihak Koordinator dan Pengawal Dokumen (CDC) BCMS telah
bertungkus-lumus untuk menjayakan dua audit penting bagi persijilan ini iaitu Audit Dalam dan
Audit Pemantuan yang masing-masing dijalankan oleh Juruaudit Dalaman Nuklear Malaysia dan
Juruaudit Badan Persijilan Cyber Security Malaysia. Pelaksanaan kedua-dua audit ini semasa
negara sedang menghadapi situasi sukar disebabkan oleh pandemik COVID-19 merupakan
pengalaman mencabar bagi semua yang terlibat untuk menjayakannya. Kertas kerja ini dihasilkan
bertujuan untuk berkongsi pengalaman pihak CDC semasa menyelaras dan mengendalikan
pelaksanaan kedua-dua audit berkaitan. Selain itu, kertas kerja ini juga akan membentangkan
beberapa cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi mengukuhkan lagi pelaksanaan
BCMS di Nuklear Malaysia.

Abstract

The Malaysian Nuclear Agency has obtained ISO 22301: 2012 certification, Business Continuity
Management System (BCMS) on 7th January 2019. The scope of BCMS implementation includes
five main services center namely MINTec-Sinagama plant, RAYMINTEX, Waste Technology
Development Center (WasTeC), Radiation Metrology Group (KMS)) and the Radiochemistry and
Environment Laboratory (RAS). This service center is involved in conducting research activities
and also provides technical and consultancy services to public and private agencies in Malaysia.
During the month of May to July 2021, the BCMS Coordinator and Document Controller (CDC)
has worked hard to succeed in two important audits for this certification, namely Internal Audit
and Monitoring Audit conducted by the Malaysian Nuclear Internal Auditor and Cyber Security
Malaysia Certification Body Auditors respectively. The implementation of these two audits while
the country is facing a difficult situation due to the COVID-19 pandemic is a challenging
experience for all involved to make it a success. This paper was produced to share the experience
of the CDC in coordinating and conducting the implementation of the two related audits. In
addition, this paper will also present some suggestions for improvements that need to be done to
further strengthen the implementation of BCMS in Nuclear Malaysia.

Keywords/ Kata kunci: Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan, BCMS, pandemik
COVID-19, Audit Dalam, Audit Pemantuan, Persijilan

PROJEK THORIUM FLAGSHIP (2014-2020): PELAKSANAAN DAN PENGURUSAN
PROJEK

Fairuz binti Faisal, Nik Arlina binti Nik Ali, Rasif bin Mohd Zain, Nur Hanisah binti Adnan

Abstrak

MOSTI telah meluluskan projek bertajuk Development of Innovative Nuclear Reactor Technology
with the Spin-Off Based on Thorium pada bulan Jun 2014 dengan peruntukan sebanyak
RM44,656,509.00. Daripada 22 sub-komponen asal yang dicadangkan, hanya lapan sub-projek
yang diluluskan. Projek ini telah pun selesai dijalankan pada Disember 2019 dan menerima surat
pengesahan penyempurnaan projek daripada MOSTI pada November 2020. Kertas kerja ini
membincangkan secara umum pencapaian output dan perbelanjaan setiap subprojek serta
cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan pengurusan projek ini secara keseluruhannya.

Abstract

MOSTI has approved a project entitled Development of Innovative Nuclear Reactor Technology
with the Spin -Off Based on Thorium in June 2014 with an allocation of RM44,656,509.00. Out of
22 sub-components proposed, only eight sub-projects were approved. The project was completed
in December 2019 and received a letter confirming the completion of the project from MOSTI in
November 2020. This paper discusses in general the output and expenditure achievements of
each subproject as well as challenges faced in the implementation of project management as a
whole.

Keywords/ Kata kunci: Thorium Flagship, project management

ISU PEMERIKSAAN ASET BAGI PERALATAN RANGKAIAN PUSAT IT

Sufian Norazam bin Mohamed Aris, Maizura binti Ibrahim, Mohamad Safuan bin Sulaiman, Norzalina binti
Nasirudin, Raja Murzaferi bin Raja Moktar, Mohd Hasnor bin Hasan, Mohd Faizul bin Zakaria,

Shahrizan bin Saharudin, Azlinawati binti Husain, Siti Farizawaty binti Sapian, Radhiah binti Jamalludin

Abstrak

Selaras dengan tatacara pengurusan aset yang berkuatkuasa semasa, semua 100 peratus aset
milik Jabatan hendaklah diperiksa setiap tahun. Pihak pengurusan menyasarkan KPI 100 peratus
pemeriksaan aset. Status Pemeriksaan Aset Bahagian perlu dikemukakan kepada Unit
Perolehan dan Aset (UPA) setiap bulan untuk tujuan pemantauan dan rekod. Manakala, Laporan
Pemeriksaan Aset (Kewpa-10/Kewpa-11) yang lengkap bertandatangan perlu dikemukakan
kepada UPA pada akhir tahun. Isu timbul bagi Pusat IT (ITC) yang berhadapan dengan bilangan
aset alih dan harta modal yang agak banyak serta terletak di merata lokasi. Peralatan rangkaian
seperti switch, router dan access point (AP) merupakan aset Pusat IT yang dipasang hampir di
setiap blok di Kompleks Bangi dan Jalan Dengkil. Senarai Pemeriksaan Aset melalui Sistem
Pengurusan & Penyelenggaraan Aset (SPA) menunjukkan terdapat hampir 150 buah unit
peralatan rangkaian di bawah penyelenggaraan Pusat IT pada tahun 2018. Angka ini akan terus
bertambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan pengguna terhadap capaian internet.
Kitaran hayat peralatan yang singkat kesan dari perubahan teknologi ICT yang pantas juga
merupakan antara faktor penggantian peralatan rangkaian yang baru. Dalam situasi ini,
pengguna di lokasi aset merupakan "pemeriksa aset" yang paling wajar dalam memberi maklum
balas berkenaan status semasa aset tersebut. Berdasarkan para 16.1 dan 16.2 Bab C Pekeliling
Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007, aset kerajaan hendaklah disimpan di tempat yang selamat
dan sentiasa di bawah kawalan pegawai yang bertanggungjawab. Arahan Keselamatan Kerajaan
hendaklah sentiasa dipatuhi bagi mengelak berlakunya kerosakan atau kehilangan aset; dan
setiap pegawai adalah bertanggungjawab terhadap apa-apa kekurangan, kerosakan atau
kehilangan aset di bawah tanggungjawabnya. Oleh yang demikian, penukaran
penama/pengguna Pusat IT kepada pengguna di lokasi aset merupakan satu langkah
penyelesaian bagi isu pemeriksaan peralatan rangkaian guna sama dalam agensi.

Abstract

In accordance with the current asset management procedures, all 100 percent of the
Department's assets must be inspected annually. Management targets a KPI of 100 percent asset
inspection. The Divisional Asset Inspection Status needs to be submitted to the Procurement and
Assets Unit (UPA) on a monthly basis for monitoring and record purposes. Meanwhile, a
completed and signed Asset Inspection Report (Kewpa-10/Kewpa-11) must be submitted to UPA
at the end of the year. Issues arise for IT Centre (ITC) which face with a relatively large number
of movable and capital assets located in various locations. Network equipment such as switches,
routers and access points (AP) are IT Centre assets that are installed in almost every block in
Bangi Complex and Jalan Dengkil. The Asset Inspection List through the Asset Management &
Maintenance System (SPA) shows that there are almost 150 units of network equipment under
the maintenance of IT Centre in 2018. This number will continue to increase from time to time
according to users' needs for internet access. The short equipment life cycle as a result of rapid

changes in ICT technology is also one of the factors in the replacement of new network
equipment. In this situation, the user at the asset location is the most appropriate "asset inspector"
in providing feedback on the current status of the asset. Based on paragraphs 16.1 and 16.2 of
Chapter C of Treasury Circular No. 5 of 2007, government assets must be kept in a safe place
and always under the control of the responsible officer. Government Security Instructions must
always be followed to prevent damage or loss of assets; and each officer is liable for any shortage,
damage or loss of assets under his responsibility. Therefore, the conversion of the nominee/user
of the IT Centre to the user at the asset location is a solution to the issue of assets inspection of
shared network equipment within the agency.

Keywords/ Kata kunci: Aset Alih, Harta Modal, SPA, Rangkaian

SISTEM PENGURUSAN KERJASAMA DAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI AGENSI
NUKLEAR MALAYSIA

Noor Hayati binti Abdul Rahman, Norasiah binti Ab Kasim, Ishak bin Mansor,
Tengku Zamzure bin Tengku Zahid, Khatijah binti Jaamat

Abstrak

Kerjasama dan pemindahan teknologi penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R,D&I) adalah
jalinan perkongsian jangka panjang yang memberi peluang komersialan melibatkan pelbagai
pihak seperti inventor atau penyelidik yang membangunkan produk dan teknologi, syarikat yang
berhasrat untuk menjalin kerjasama pengkomersialan, pengurusan harta intelek, pengurusan
kewangan, pengurusan dan jawatankuasa yang bertanggungjawab memberi keputusan serta
dasar dan perundangan di Kementerian. Di Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia),
kerjasama dan pemindahan teknologi ini dikendalikan oleh Bahagian Pengkomersilan Teknologi
(BKT). Suatu sistem proses pengurusan telah dibangunkan pada 2015 agar pelaksanaan aktiviti
pengkomersialan dan pemindahan teknologi Nuklear Malaysia dapat dijalankan secara lebih
teratur dan sistematik dan mematuhi semua peraturan semasa. Objektif sistem pengurusan ini
adalah untuk memastikan penyampaian perkhidmatan pengurusan dalam konteks
pengkomersialan dan pemindahan teknologi ini lebih cekap, di mana pengurusannya mengambil
tempoh masa yang fleksibel bagi menghasilkan dokumen perjanjian yang dipersetujui, teratur
secara dasar, kewangan dan perundangan. Sistem ini telah mendapat kelulusan dan diperakui
pelaksanaannya daripada Jawatankuasa Penilaian Kerjasama Pengkomersialan Agensi Nuklear
Malaysia. Dalam kertas kerja ini akan menjelaskan bagaimana proses aliran kerja sistem
pengurusan kerjasama pengkomersialan ini dilaksanakan dengan terperinci. Selain itu, bilangan
hasil kerjasama pengkomersialan dan pemindahan teknologi sepanjang sistem pengurusan ini
dibangunkan akan dibentangkan. Hasil pemantauan sepanjang tempoh sistem pengurusan ini
dilaksanakan, BKT telah mengenal pasti bahawa sistem ini perlu ditambahbaik dengan
membangunkan satu garis panduan pengkomersialan yang lebih terperinci sebagai panduan dan
rujukan semua pegawai penyelidik, pengurusan Nuklear Malaysia dan kakitangan Nuklear
Malaysia yang terlibat secara langsung atau tidak dalam pengkomersialan dan pemindahan
teknologi.

Abstract

Collaboration and technology transfer research, development and innovation (R, D & I) is a long
-term partnership that provides commercial opportunities and involves various parties such as
inventors or researchers who develop products and technologies, companies intending to
collaborate on commercialization, intellectual property management, management finance,
management and committees responsible for making decisions as well as policies and legislation
in the Ministry. At the Malaysian Nuclear Agency (Nuklear Malaysia), this cooperation and
technology transfer is handled by the Technology Commercialization Division (BKT). A
management process system has been developed on 2015 so that the implementation of
commercialization activities and transfer of Malaysian Nuclear technology can be carried out in a
more orderly and systematic manner and comply with all current regulations. The objective of this
management system is to ensure the delivery of management services in the context of

commercialization and technology transfer is more efficient, where the management takes a
flexible period of time to produce agreed agreement documents, organized in policy, financial and
legal. This system has been approved and certified for implementation by the Malaysian Nuclear
Agency Commercialization Cooperation Evaluation Committee. In this paper will explain how the
workflow process of this commercialization collaboration management system is implemented in
detail. In addition, a number of results of commercialization and technology transfer collaborations
throughout the development of this management system will be presented. As a result of
monitoring throughout the management system, BKT has identified that the system needs to be
improved by developing a more detailed commercialization guideline as a guide and reference
for all research officers, Nuclear Malaysia management and Nuclear Malaysia staff directly or
indirectly involved in commercialization and technology transfer.

Keywords/ Kata kunci: Collaboration and Technology Transfer Management System, Flow
Chart of Work Process, Commercialization Guideline/ Sistem Pengurusan Pengkomersialan Dan
Pemindahan Teknologi, Carta Alir Proses Kerja, Garis Panduan Pengkomersialan

Kategori: Sokongan
Teknikal

Pembentangan Lisan

eSRL: REKA BENTUK SEMULA APLIKASI BERASASKAN DESKTOP KEPADA
APLIKASI BERASASKAN WEB

Nur Fatini binti Abd Ghani, Maizura binti Ibrahim, Siti Nurbahyah binti Hamdan,
Mohamad Safuan bin Sulaiman, Saa’idi bin Ismail, Zuraida binti Zainudin, Zakaria bin Dris

Abstrak

Dalam menjamin kualiti sesuatu aplikasi untuk sentiasa relevan dan memenuhi keperluan
pengguna semasa, penaiktarafan yang berterusan dan perubahan yang bersesuaian perlu
dilaksanakan secara berterusan. Keperluan perubahan ini berpunca daripada perubahan
teknologi semasa, perubahan keperluan bisnes dan kemunculan ralat semasa operasi.
Keperluan perubahan berlaku kepada Sistem Rekod Latihan (SRL) Agensi Nuklear Malaysia.
SRL telah dibangunkan bagi membolehkan semua warga Nuklear Malaysia membuat
permohonan kursus secara dalam talian dan memudahkan kakitangan Bahagian Sumber
Manusia & Latihan (BSM) untuk menguruskan semua rekod latihan. Namun SRL menjadi
semakin tidak relevan seiring dengan peredaran masa kerana terdapat perubahan dalam
keperluan bisnes. Selain itu, SRL juga sukar diperluaskan kepada semua kakitangan Nuklear
Malaysia kerana ia dibangunkan secara ‘silos’ dan dihoskan secara lokal di sebuah desktop BSM.
Oleh itu, kerja-kerja menaik taraf SRL menjadi eSRL dilaksanakan dengan membuat reka bentuk
semula aplikasi bagi menjadikannya aplikasi yang berintegrasi dan berasaskan web. Fitur-fitur
baharu berdasarkan keperluan bisnes semasa juga diperkenalkan dalam eSRL. Kertas kerja ini
membincangkan masalah dan kekangan yang dihadapi oleh SRL, metodologi yang digunakan,
perbezaan reka bentuk antara SRL dan eSRL dan fitur-fitur baharu yang diperkenalkan dalam
eSRL. Akhir sekali, kertas kerja ini membentangkan hasil penilaian reka bentuk semula SRL
daripada segi fungsi, kebolehupayaan, dan pengalaman pengguna.

Abstract

Ensuring the applicability of applications required continuous upgrading and continuous change
management. Change requirement happens due to changes in current technology, changes in
business requirements, and the inevitable errors that are found during operations. Change
requirement happened to Sistem Rekod Latihan (SRL) Agensi Nuklear Malaysia. SRL was
developed to facilitate an online application for attending courses and training and also for BSM’s
staff to manage all training records. However, SRL becoming irrelevant at times due to the
changes in business requirements. Apart from that, expended implementation of SRL is difficult
because it is developed in ‘silos’ and hosted locally on a BSM desktop. Therefore, the SRL
upgrading into eSRL has been performed by redesigning into an integrated and web-based
application. In addition, new features that reflect current business needs are introduced in eSRL.
This paper discusses the problems and constraints faced by SRL, the design differences between
SRL and eSRL, and the new features introduced in eSRL. At the end of this paper, the results of
the eSRL redesign evaluation in terms of functionality, capabilities, and user experience are
revealed.

Keywords/ Kata kunci: Change Management, Sistem Rekod Latihan, web-based system,
information system development, SRL, integrated application

MANAGING CORPORATE EMAIL SECURITY AGAINST MALICIOUS ATTACK IN
NUKLEAR MALAYSIA

Saa'idi bin Ismail, Mohd Dzul Aiman bin Aslan, Siti Nurbahyah binti Hamdan, Raja Murzaferi bin Raja
Moktar, Mohamad Safuan bin Sulaiman, Norzalina binti Nasirudin, Khairiel Adyani bin Abd. Ghani

Abstrak

Mel elektronik atau singkatan e-mel merupakan satu bentuk komunikasi digital yang digunakan
untuk menghantar, menyimpan dan menerima maklumat melalui medium Internet. Penggunaan
e-mel dalam sesebuah organisasi seperti Agensi Nuklear Malaysia ini adalah sangat penting
untuk memastikan komunikasi dan interaksi dalaman dan luaran berjalan dengan cekap dan
berkesan. Hampir semua maklumat penting sampai ke pengguna melalui e-mel korporat agensi.
Pada masa kini, e-mel korporat terdedah kepada beberapa ancaman keselamatan siber seperti
malware, spam dan phishing, social engineering dan lain-lain lagi termasuk Unintentional acts by
authorized users. Risiko serangan ke atas e-mel boleh menjadi lebih teruk apabila terdapat
kerentanan e-mel yang boleh dieksploitasi oleh ancaman siber tersebut. Sebilangan besar
kerentanan e-mel berpunca daripada pengguna yang kurang atau tidak mematuhi garis panduan
penggunaan e-mel yang baik seperti yang telah dinyatakan dalam Dasar Keselamatan ICT
agensi. Keadaan ini akan menjejaskan komunikasi dalaman dan luaran agensi dan seterusnya
memberi impak kepada aktiviti utama agensi. Justeru itu, keselamatan e-mel korporat adalah
amat penting dan perlu sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat & komunikasi. Kertas
kerja ini akan membincangkan secara terperinci ancaman keselamatan ke atas e-mel korporat
dan strategi untuk menguruskan infrastruktur serta konfigurasi e-mel korporat yang mampu
mengurangkan risiko serangan ke atas e-mel korporat.

Abstract

Electronic mail or e-mail is a form of digital communication used to send, store and receive
information through the Internet medium. The use of e-mail in an organization such as the
Malaysian Nuclear Agency is very important to ensure that internal and external communication
and interaction run efficiently and effectively. Almost all-important information reaches the user
via the agency’s corporate email. Nowadays, corporate email is vulnerable to several cyber
security threats such as malware, spam and phishing, social engineering and many more
including Unintentional acts by authorized users. The risk of an attack can be exacerbated when
there are email vulnerabilities that can be exploited by such cyber threats. Most of e-mail
vulnerabilities stem from users who lack or do not adhere to email usage guidelines as outlined
in the agency’s ICT Security Policy. This situation will affect the internal and external
communication of the agency and give impact to the agency’s core activities. Therefore, corporate
email security is very important and needs to be in line with the rapid development of information
& communication technology. This paper will discuss in detail the security threats to corporate e-
mail and the strategies for managing e-mail infrastructure and configurations that are capable of
reducing the risk of attacks on corporate e-mail.

Keywords/ Kata kunci: e-mel korporat, infrastuktur e-mel, konfigurasi e-mel

KONTRAK PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PERALATAN PENYEJUKAN
DI AGENSI NUKLEAR MALAYSIA BAGI TEMPOH DUA TAHUN.

Noor Farhana Husna binti A.Aziz, Mohd Ghazali bin Bachok, Nabilah binti Ramli,
Maslina binti Mohd Ibrahim

Abstrak

Salah satu peralatan yang diselenggara oleh PIA adalah peralatan penyejukan yang digunakan
secara meluas di Agensi Nuklear Malaysia bagi menyimpan sampel-sampel penyelidikan dalam
bidang bioproses, perubatan dan alam sekitar. Penyelenggaraan peralatan penyejukan perlu
dilakukan untuk mengekalkan suhu konsisten bagi meminimumkan risiko pencemaran bakteria
pada sampel. Kontrak peralatan penyejukan yang melibatkan 96 peralatan telah dirangka oleh
Pusat Instrumentasi Automasi bagi tahun 2019 hingga 2021 untuk memastikan peralatan
diselenggara mengikut waktu dan berfungsi secara optimum. Kontrak ini telah ditawarkan kepada
Qinos Marketing Sdn. Bhd. dengan jumlah harga RM198,760.00. Kertas kerja ini membincangkan
prosedur kontrak peralatan penyejukan dan penambahbaikan daripada kontrak terdahulu yang
telah dilaksanakan pada tahun 2017 hingga 2019. Proses penyelenggaraan peralatan
penyejukan lebih cepat dilakukan menggunakan kontrak berbanding prosedur perolehan biasa.
Kertas kerja ini juga merumuskan langkah-langkah pencegahan untuk memastikan peralatan
penyejukan berfungsi dengan baik sekali gus memanjangkan tempoh hayat peralatan tersebut.
Dengan wujudnya kontrak peralatan penyejukan ini, penyelenggaraan dapat dibuat dan
kerosakan dapat dibaiki mengikut masa yang dikehendaki, lantas peralatan penyejukan di Agensi
Nuklear Malaysia berada dalam keadaan sempurna untuk digunakan.

Abstract

A widely used equipment at Malaysian Nuclear Agency maintained by PIA is a chiller which is
used to store research bioprocess, medical and environment samples. Temperature consistency
of the chiller needs to be maintained in order to minimize the risk of bacterial contamination. A
contract was initiated by PIA for 2019 to 2021 to maintain 96 units chillers to ensure that they can
be maintained on time and functioning optimally. This contract has been awarded to Qinos
Marketing Sdn. Bhd. with a total price of RM198, 760.00. In this paper, we will discuss the chiller
contract procedures and improvement from the previous contract that was executed in 2017 to
2019. By using contract, the procedures are easier compared to normal procurement. This paper
also summarizes preventive measures to ensure the chiller functions properly, thus extending the
lifespan of the equipment. With the existence of the chiller contract, maintenance can be made
and damage can be repaired according to the desired time, hence the chillers at Malaysian
Nuclear Agency are in good condition to utilize.

Keywords/ Kata kunci: Penyelenggaraan, Kerosakan, Peralatan Penyejukan / Maintenance,
Damaged, Chiller equipment

REVIEW ON MAINTENANCE PROGRAMME PLAN FOR SAFETY-RELATED
INSTRUMENTATION AND CONTROL OF PRIMARY COOLING SYSTEM AT

REAKTOR TRIGA PUSPATI (RTP)

Mohd Sabri bin Minhat, Tonny anak Lanyau, Zareen Khan bin Abdul Jalil Khan, Nurfarhana Ayuni binti
Joha, Ahmad Nabil bin Ab Rahim, Norfarizan binti Mohd Said, Julia binti Abdul Karim

Abstrak

Reaktor nuklear sangat bergantung pada sistem instrumentasi dan kawalan (I&C) untuk
perlindungan, kawalan, pengawasan dan pemantauan. Sistem I&C dipasang di seluruh
kemudahan Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP) dan merupakan komponen penting dalam operasi
normal dan luar biasa. Sistem I&C mempunyai fungsi penting dalam memastikan keselamatan
RTP. Kajian ini memfokuskan pada I&C yang berkaitan dengan keselamatan Sistem Penyejukan
Utama (PCS) di RTP. I&C yang ada dipasang pada PCS adalah bertujuan untuk pemantauan
dan pengendalian pemboleh ubah proses seperti suhu air, aliran, tekanan, kekonduksian, pH,
injap dan pam. Penukar haba kawalan suhu berdasarkan sistem kawalan yang menggunakan
Sistem Pengawasan Pengawalan dan Pemerolehan Data (SCADA) secara langsung berinteraksi
dengan Pengawal Logik yang dapat diprogram (PLC) melalui perisian Antara Muka Manusia-
Mesin (HMI). Pada masa ini, pengawal perkakasan dan perisian tidak ada dalam rancangan
program penyelenggaraan sistem di RTP. Kajian ini mengkaji aktiviti penyelenggaraan
pencegahan untuk PCS berdasarkan Panduan Keselamatan IAEA NS-G-4.2 (penyelenggaraan,
ujian berkala dan pemeriksaan reaktor penyelidikan) dan mencadangkan rancangan program
penyelenggaraan ramalan untuk I&C PCS yang berkaitan keselamatan dengan lebih berkesan di
RTP.

Abstract

Nuclear reactors rely extensively on instrumentation and control (I&C) systems for protection,
control, supervision and monitoring. The I&C systems are installed throughout the Reaktor TRIGA
PUSPATI (RTP) facility and are vital parts of normal and off-normal operations. The I&C systems
have an important function in ensuring the safety of RTP. This study focuses on safety-related
I&C of the primary cooling system (PCS). The existing I&C installed at PCS for monitoring and
control of process variables such as water temperature, flow, pressure, conductivity, pH, valves
and pumps. The temperature control heat exchangers based on a control system using
Supervisory Control and Data Acquisition System (SCADA) directly interact with programmable
logic controller (PLC) through human-machine interface (HMI) software. Currently, the hardware
and software controllers are not in the system maintenance programme plan at RTP. This study
reviewed the preventive maintenance activities for PCS based on IAEA Safety Guide NS-G-4.2
(maintenance, periodic testing and inspection of research reactors) and proposes the effective
safety-related I&C PCS predictive maintenance programme plan at RTP.

Keywords/ Kata kunci: Instrumentation & Control System, Maintenance Programme, Predictive
Maintenance, Primary Cooling System, Reaktor TRIGA PUSPATI

PEMBANGUNAN KRITERIA PENERIMAAN SISA UNTUK PELUPUSAN DEKAT
PERMUKAAN SISA ARAS SANGAT RENDAH DAN SISA ARAS RENDAH
DI MALAYSIA

Mohd Zaidi bin Ibrahim, Dr Nazran bin Harun, Azmi bin Ibrahim, Kang Wee Siang, Rafizi bin Salihuddin,
Ahmad Hasnulhadi bin Che Kamaruddin, Nurul Wahida binti Ahmad Khairuddin, Rohyiza binti Ba’an,
Norasalwa binti Zakaria, Nariman bin Md Mashor@Mansor, Mohd Na'imullah bin Ab Razak

Abstrak

Kriteria Penerimaan Sisa (WAC) dibangun berdasarkan peraturan yang ada, justifikasi teknikal,
dan reka bentuk dan operasi repositori untuk pengendalian, pengangkutan, dan pelupusan sisa
di repositori yang selamat. WAC saling bergantung dengan reka bentuk dan operasi repositori.
Sisa yang hendak dilupus di repositori haruslah diasingkan, diklasifikasikan, dirawat, dan
dibungkus untuk memenuhi WAC. Ini menjadikan WAC sangat penting bagi pelupusan sisa di
sesebuah repositori.

Abstract

Waste Acceptance Criteria (WAC) is developed based on existing rules, technical justification,
and repository design and operation; for safe handling, transportation, and disposal of the waste
in a repository. WAC is interdependent with the design and operation of a repository. Waste to be
disposed of in a repository should be segregated, classified, treated, and packaged to meet the
WAC. This makes WAC very important for waste disposal in a repository.

Keywords/ Kata kunci: waste acceptance criteria, disposal, radioactive waste, very low-level
waste, low-level waste

IT CENTER CUSTOMER SATISFACTION SURVEY AND DIGITALISATION
STRATEGIC PLAN

Maizura binti Ibrahim, Siti Nurbahyah binti Hamdan, Mohamad Safuan binti Sulaiman,
Rosli bin Darmawan

Abstrak

Baru-baru ini satu kajian kepuasan pelanggan perkhidmatan Pusat Teknologi Maklumat (Pusat
IT) telah dilaksanakan secara dalam talian di Agensi Nuklear Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk
mendapatkan maklum balas daripada semua warga Nuklear Nuklear berkaitan kualiti
perkhidmatan Pusat IT Nuklear Malaysia. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk memberi
sedikit kesedaran terhadap dasar-dasar kerajaan berkaitan pendigitalan Negara Malaysia. Kajian
ini juga dilaksanakan dengan tujuan untuk mengutip data yang boleh dijadikan input kepada
Pelan Strategik Pendigitalan Agensi Nuklear Malaysia 2021-2025, selari dengan Pelan Strategik
Pendigitalan Sektor Awam Malaysia 2021 hingga 2025. Kertas kerja ini akan membentangkan
keputusan dan analisis data yang telah dihasilkan daripada kajian ini

Abstract

Recently an online survey for IT Center customer satisfaction is executed at Agensi Nuklear
Malaysia. The objective of this survey is to collect feedback from Nuklear Malaysia’s staff with
regards to the IT Center's quality of service. Apart from that, the purpose of the survey is to give
a bit of awareness about government policies related to Malaysia's digitalization planning. The
survey was also executed to collect input data for the development of Nuklear Malaysia
Digitalisation Strategic Plan 2021-2025, in accordance with the Malaysian Public Sector
Digitalisation Strategic Plan 2021-2025. This article presents the results and data analysis
resulting from the survey

Keywords/ Kata kunci: ICT Strategic Planning, Digitalisation, eGovernment, IT Servis Customer
Satisfaction Survey.

COST SAVINGS IN THE MAINTENANCE OF MECHANICAL BUILDING SYSTEMS IN
MALAYSIAN NUCLEAR AGENCY

Mohamad Suhaimi bin Yahaya, Izani bin Mustapha, Nordin Bin Salleh, Hamzah bin Abu Bakar,
Suhafizudin bin Zainal Anuar, Muhammad Nizam bin Othman, Hj. Abdul Razak bin Hashim, Asrul Afendi

bin Jaafar, Ariff Akhril bin Norazman, Mohd Azhar bin Abdullah

Abstrak

Unit Mekanikal di Bahagian Kejuruteraan (BKJ) bertanggungjawab dalam operasi dan
penyelenggaraan sistem mekanikal bangunan termasuk juga kenderaan jabatan di Agensi
Nuklear Malaysia. Unit Mekanikal menguruskan hampir 15 kontrak penyenggaraan berkala dan
sekurang-kurangnya 10 kerja-kerja pembaikan dan naik taraf sistem mekanikal bangunan setiap
tahun. Antara sistem mekanikal bangunan yang utama adalah sistem penghawa dingin dan
pengudaraan, pemampat udara, sistem pencegahan kebakaran, lif, kren dan sistem LPG. Pada
tahun 2015, penyelenggaraan sistem mekanikal ini menelan kos hampir RM2.0 juta setahun.
Namun begitu, beberapa usaha telah diambil bagi menurunkan kos penyelenggaraan ini
menjadikan kos RM1.5 juta pada tahun 2020. Kertas kerja ini menerangkan langkah-langkah
yang telah diambil bagi penjimatan kos penyelenggaraan sistem mekanikal bangunan di Agensi
Nuklear Malaysia. Dengan penjimatan yang dicapai, lebihan peruntukan mengurus ini telah
digunakan untuk kegunaan lain dan dapat menguntungkan Kerajaan Malaysia khususnya Agensi
Nuklear Malaysia.

Abstract

Mechanical Unit under Engineering Department is responsible in operation and maintenance of
building mechanical system and also government vehicles in Malaysian Nuclear Agency.
Mechanical Unit manages about 15 periodic maintenance contracts and at least 10 repairs and
upgrading works of building mechanical system a year. Among the main building mechanical
system are air conditioning and ventilation systems, air compressors, fire protection systems,
elevators, overhead crane and LPG system. In 2015, the maintenance of this mechanical system
costs almost RM2.0 million a year. However, several measures have been taken in order to
reduce this maintenance cost to RM1.5 million in 2020. This paper will describe the efforts have
been taken to reduce maintenance cost of building mechanical system. With the savings
achieved, this surplus operating expenditure has been used for other uses which can benefit the
Malaysian Government, especially the Malaysian Nuclear Agency.

Keywords/ Kata kunci: building mechanical system, operation, maintenance, operating
expenditure

GOOD PRACTICE IN OPERATING AND MAINTAINING CHILLER FOR
CENTRALISED AIR CONDITIONING SYSTEM IN MALAYSIAN NUCLEAR AGENCY

Mohamad Suhaimi bin Yahaya, Izani bin Mustapha, Nordin bin Salleh, Hamzah bin Abu Bakar, Mohd
Khafidz bin Shamsuddin, Suhafizudin bin Zainal Anuar, Muhammad Nizam bin Othman, Hj. Abdul Razak

bin Hashim, Asrul Afendi bin Jaafar, Mohamad Nurfarhan bin Mazlan

Abstrak

Agensi Nuklear Malaysia menggunakan penyejukan air untuk sistem penghawa dingin berpusat.
Komponen utama bagi sistem ini adalah mesin pengokol di mana secara purata jangka hayatnya
adalah 20 hingga 25 tahun bergantung kepada cara penggunaan dan penyelenggaraan. Mesin
pengokol paling lama yang masih beroperasi adalah mesin pengokol di Blok 42 dan Blok 44 di
Kompleks Jalan Dengkil di mana telah pun berusia hampir 33 tahun. Sementara itu, mesin
pengokol untuk kegunaan Kompleks Utama Bangi berusia 19 tahun untuk mesin pengokol CH1
dan CH2, manakala mesin pengokol CH3 berusia 25 tahun. Kertas kerja ini menerangkan amalan
terbaik yang dilakukan hampir 30 tahun dalam operasi dan penyelenggaraan mesin pengokol
dalam kegunaan harian di Agensi Nuklear Malaysia. Dan hasilnya, dapat menjimatkan kos
operasi dan penyelenggaraan dan mengurangkan waktu kerosakan. Akhir sekali, aktiviti R&D di
Agensi Nuklear Malaysia dapat berjalan dengan lancar dan pekerja dapat bekerja dalam keadaan
selesa.

Abstract

Malaysian Nuclear Agency is using district water cooling for centralized air conditioning system.
The main component of the system is chiller where the average lifespan is 20 to 25 years
depending on the method of use and maintenance. The oldest chiller that is still operating is chiller
in Block 42 and Block 44 in Complex Jalan Dengkil which are almost 33 years old. Meanwhile
chiller operated in Main Complex are 19 years old for CH1 and CH2 while CH3 is 25years old.
This paper explains the good practices being performed for more than 30 years in operating and
maintaining the chiller for daily used in Malaysian Nuclear Agency. As a result, will save the
operating and maintenance cost and lower downtime. Finally, the R&D activities in Malaysia
Nuclear Agency can be done smoothly and the workers can work in comfort condition.

Keywords/ Kata kunci: Chiller, preventive maintenance, good practice

PENYEDIAAN PAPAN LITAR BERCETAK BAGI PROJEK ELEKTRONIK DI PUSAT
INSTRUMENTASI AUTOMASI (PIA)

Nabilah binti Ramli, Noor Farhana Husna binti A.Aziz, Maslina binti Mohd Ibrahim,
Nor Arymaswati binti Abdullah

Abstrak

Papan litar bercetak (PCB) merupakan komponen utama yang digunakan di PIA dalam suatu
projek yang melibatkan perkakasan elektronik. Ia digunakan terutamanya dalam menghasilkan
sambungan antara komponen, seperti perintang, litar bersepadu, kapasitor, transistor dan
penyambung. Penghasilan PCB pada peringkat skala makmal sangat penting bagi mengesahkan
PCB tersebut berfungsi dengan baik maka dijadikan sebagai prototaip. Dalam kertas kerja ini,
tumpuan utama kami adalah menghasilkan PCB voltan tinggi, 450 V. Beberapa prosedur perlu
dijalankan dalam menghasilkan PCB yang lengkap, bermula dengan mereka bentuk litar skematik
menggunakan perisian EasyEda, percetakan pada papan menggunakan kertas lilin dan seterika,
proses punaran (etching) melibatkan larutan Ferric Klorida dan penebukan lubang serta
pemasangan komponen, pematerian dan pengujian. Proses pengujian dijalankan dengan
menyambungkan PCB kepada sumber kuasa voltan dan multimeter berserta prob voltan tinggi.
PCB berfungsi dengan baik apabila menunjukkan bacaan voltan tinggi 450 V. Maka, PCB
tersebut merupakan reka bentuk akhir dan dihantar untuk dicetak dengan jumlah yang tinggi serta
lebih berkualiti.

Abstract

Printed circuit board (PCB) is the major component used in PIA for projects involving electronic
hardware. It was used primarily to create a connection between components, such as resistors,
integrated circuits, capacitors, transistors and connectors. PCB production at the laboratory scale
is very important in verifying PCB is functioning properly hence worked as a prototype. In this
paper, our focus is to produce a high voltage PCB of 450 V. There are several procedures that
need to be done in order to produce a complete PCB, starting with a schematic circuit design
using EasyEda software, printing circuit on board by applying wax paper and ironing, etching
process using Ferric Chloride solution, drilling, component assembly, soldering and testing. The
testing process is carried out by connecting the PCB to a voltage power source and a multimeter
along with a high voltage probe. The PCB worked properly when it achieved a high voltage of 450
V. Therefore, the PCB is the final design and can be sent for printing in high quantities and good
qualities.

Keywords/ Kata kunci: Printed circuit board (PCB), EasyEda, high voltage/Papan Litar
Bercetak(PCB), EasyEda, voltan tinggi.

PRELIMINARY STUDY ON THE EFFECT OF ORIENTATION, DENSITY, AND
THRESHOLD OF EPS3000 MAINTENANCE MANUAL IMAGE USING OPTICAL

CHARACTER RECOGNITION

Harzawardi bin Hasim, Ruzalina binti Baharin

Abstrak

Pemeliharaan maklumat dan ilmu yang terkandung dalam buku dan manual adalah penting
terutama bila mana dunia sedang menuju ke arah pengurusan sisa yang mesra alam.
Kebiasaannya, kaedah yang digunapakai ialah secara menangkap gambar dan pengimbasan
gambar. Walau bagaimanapun kaedah ini memiliki beberapa kekurangan yang mana ia sukar
untuk menggunakan fungsi cari bagi menggantikan sesuatu huruf atau ayat tersebut. Oleh yang
demikian, kertas kerja ini menawarkan untuk menukar manual dan buku ke digital dengan
menggunakan pengecaman aksara optik (OCR). Di samping itu orientasi, densiti, dan threshold
dikaji. Secara perbandingannya, gambar yang telah melalui proses tersebut menghasilkan 80
peratus ketepatan berbanding 20 peratus yang tidak melaluinya. Oleh yang demikian, ini
membuktikan kaedah pemprosesan gambar tadi dapat membantu kekurangan tersebut.

Abstract

Preservation of manual and book hardcopy are crucial nowadays as we are advancing into
environmental’s friendly waste management. Most common method used are image capturing
and scanning. However, this method generates a softcopy that lack of versatility such as finding
and replacing function. Thus, this paper purpose a method to convert a hard copy of our manual
and book into a softcopy using optical character recognition (OCR). In addition to that, image
orientation, density and threshold have been investigated. Comparison with and without image
processing produce 80 percent and 20 percent accuracy respectively. Therefore, the purpose
method successfully overcome the limitation before.

Keywords/ Kata kunci: Optical Character Recognition (OCR), Image prosessing, density,
threshold

CABARAN PEMASANGAN DAN PENAIKTARAFAN SISTEM PENGOPERASIAN
KOMPUTER MEJA DAN RIBA PENGGUNA AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

Shahrizan bin Saharudin, Saa'idi bin Ismail, Norzalina binti Nasirudin, Raja Murzaferi bin Raja Moktar,
Mohd Faizul bin Zakaria, Khairiel Adyani bin Abd. Ghani, Azlinawati binti Husain, Mohd. Amin bin
Abdullah, Shahrizan bin Saharudin, Ali bin Mohd Yahaya,
Siti Farizawaty binti Sapian, Mohamad Rashidi bin Abd Aziz

Abstrak

Nuklear Malaysia sedang menjalankan pelbagai usaha dalam memantapkan infrastruktur dan
kemudahan perkhidmatan teknologi maklumat yang menjadi pemangkin dalam operasi harian
serta kerja penyelidikan agensi. Salah satunya ialah dengan memastikan komputer meja dan riba
yang digunakan oleh pengguna agensi dipasang dengan perisian sistem pengoperasian
Microsoft Windows dan perisian pejabat Microsoft Office terkini. Sebelum ini, kebanyakan
komputer meja dan riba Nuklear Malaysia beroperasi dengan menggunakan sistem
pengoperasian dan perisian pejabat yang telah usang, malah ada yang telah luput sokongan
pengeluar. Ini berisiko dalam menimbulkan masalah kepada pengguna dan agensi sendiri seperti
ancaman keselamatan siber serta kehilangan maklumat berharga akibat kegagalan perisian yang
telah luput sokongan tersebut. Untuk tujuan ini Nuklear Malaysia telah melanggan sejumlah lesen
perisian secara berperingkat dengan kos mencecah ratusan ribu ringgit bagi melengkapkan
komputer meja dan riba agensi dengan perisian terkini sebaik mungkin. Bagi memastikan usaha
ini berjaya, pemasangan dan penaiktarafan perisian secara berperingkat telah dilaksanakan
bermula Januari 2020 sehingga kini. Walau bagaimanapun dalam usaha tersebut, yang
dijalankan oleh kakitangan Pusat IT sendiri, ia telah berdepan dengan pelbagai isu dan cabaran
yang melibatkan aspek teknikal, logistik dan personal. Kertas kerja ini akan membincangkan isu
dan masalah yang dihadapi oleh Pusat IT dalam usaha pemasangan dan penaiktarafan sistem
pengoperasian Microsoft Windows dan Microsoft Office terkini serta kaedah yang digunakan
untuk mengatasi masalah yang timbul. Kertas ini juga membincangkan implikasi yang akan
dihadapi oleh agensi sekiranya perlaksanaan ini tidak dijalankan secara menyeluruh. Diharapkan
inisiatif ini dapat mempertingkatkan tahap keselamatan dan ketersediaan maklumat di samping
melancarkan urusan kerja warga dalam operasi harian serta kerja penyelidikan Agensi Nuklear
Malaysia.

Abstract

Nuklear Malaysia is currently strengthening its IT infrastructure and service whereas the two are
known to be the catalyst for daily operation and research works. One of the current actively effort
being done is by installing and updating Desktop PCs and Laptops in the agency with the latest
Microsoft Windows Operating System and Microsoft Office Application software. In before, most
of the Desktop PCs and Laptops running with old and obsolete operating and office application
system software and furthermore some of it have no support from the original manufacturer. This
would pose threat risk such as cyber security threat and data lost due to software failures due to
having no more support from the manufacturer. To rectify these issue, Nuklear Malaysia has
subscribed new license on multiple stages costing hundred of thousand ringgits to equip the
agency Desktop PCs and laptops with the latest version of related software best

possible. Ensuring this effort, the installation and upgrading task has been done phase by phase
to all agency related equipollents since January 2020. During this phase, the tasks done by IT
Center have encounter multiple issue and challenges ranging from technical, logistics up to
personal related. This paperwork will discuss on those issues and challenges faced during the
installation and upgrading to the latest version of Microsoft Windows and Microsoft Office by IT
Staff and on how to overcome those challenges. The paper will also discuss on the implication
arises if this task is not done to all the Desktop PC and Laptop used by the agency. Hopefully
this initiative would heighten the security and information availability level therefore optimizing the
daily operation and research works done by the agency.

Keywords/ Kata kunci: Komputer Riba, Komputer Meja, Sistem Pengoperasian, Perisian
Pejabat, Microsoft Windows, Microsoft Office

OPERASI DAN PENYENGGARAAN MESIN ALUR ELEKTRON EPS 3000: SUATU
PENGALAMAN OPERATOR BERTAULIAH

Azmi bin Ali, Ruzalina bin Baharin, Azmi bin Ali, Mohd Idris bin Taib, Harzawardi bin Hasim, Muhd Izham
bin Ahmad; Mohamad Hakiman bin Mohamad Yusoff, Mohamad Zulhailmee bin Mohd Zainal

Abstrak

ALURTRON adalah sebuah pusat khidmat di Nuklear Malaysia yang menyediakan khidmat
penyinaran alur elektron untuk produk komersil dan R&D dengan pelbagai tujuan. Penyinaran
dilakukan dengan menggunakan mesin alur elektron EPS 3000 bertenaga sederhana 3.0 MeV.
Pengoperasian mesin EPS 3000 dijalankan oleh pengendali loji yang kompeten dan bertauliah.
Pemantauan rutin dan penyenggaraan juga dilakukan bagi memastikan operasi tidak terganggu.
Kertas kerja ini adalah perkongsian pengalaman operator bertauliah untuk loji penyinaran alur
elektron di ALURTRON sebagai salah satu pengurusan pengetahuan bagi pengendali loji alur
elektron.

Abstract

ALURTRON is a service center in Nuclear Malaysia that provides electron beam irradiation
services for commercial and R&D products for various purposes. It has an EPS 3000 electron
beam machine of medium energy 3.0 MeV to perform the irradiation process. The operation of
the EPS 3000 machine is carried out by a competent and certified plant operator. Routine
monitoring and maintenance are also performed for uninterrupted operation. This paper is a
sharing of the experience of a certified operator for an electron beam irradiation plant in
ALURTRON as one of the knowledge managements for an electron beam plant operator.

Keywords/ Kata kunci: ALURTRON, pengendali loji, operasi dan penyenggaraan, mesin alur
elektron, pengurusan pengetahuan

KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN ICT DI NUKLEAR MALAYSIA

Mohd Hasnor bin Hasan, Mohd Dzul Aiman bin Aslan, Sufian Norazam bin Mohamed Aris, Saa'idi bin
Ismail, Siti Nurbahyah binti Hamdan, Maizura binti Ibrahim, Nur Fatini binti Abd Ghani, Norzalina binti

Nasirudin, Raja Murzaferi bin Raja Moktar, Mohamad Safuan bin Sulaiman

Abstrak

Dalam era yang serba moden dan mengejar kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
terkini, persekitaran agensi terdedah kepada risiko dan ancaman keselamatan ICT. Ancaman
keselamatan bukan hanya berpunca daripada kelemahan sistem atau aplikasi ICT sahaja tetapi
melibatkan tindakan dan tingkah laku pekerja yang boleh menyumbang kepada insiden
keselamatan. Antara inisiatif untuk mengurangkan risiko keselamatan yang semakin meningkat
ini ialah mengadakan program kempen kesedaran keselamatan ICT kepada warga Nuklear
Malaysia. Kebanyakan program kesedaran keselamatan ICT seperti taklimat dasar keselamatan
ICT, mewujudkan kawalan dan piawaian untuk mengendalikan data sensitif, prosedur
pengurusan kata laluan, prosedur dan amalan terbaik penggunaan e-mel, dan prinsip
keselamatan umum akan membantu melindungi individu dan agensi. Kempen kesedaran
keselamatan ICT di Nuklear Malaysia mula dijalankan secara aktif dari tahun 2015 sehingga kini
dengan menggunakan pelbagai platform antaranya edaran e-mel seperti notis keselamatan ICT,
peringatan penukaran kata laluan setiap enam bulan di paparan PC pengguna, Hari bersama
ICT, IT-RT Grup, infografik keselamatan ICT dan videografik keselamatan ICT yang berkaitan.
Adalah menjadi harapan Pusat IT dengan kempen kesedaran keselamatan ICT dan inisiatif
program yang dijalankan dapat membantu dalam membentuk persekitaran keselamatan ICT
yang kondusif dalam kalangan warganya dan Nuklear Malaysia.

Abstract

In the modern era and the pursuit of the latest information and communication technology (ICT)
advances, the agency environment is exposed to ICT security risks and threats. Security threats
are not only caused by weaknesses in ICT systems or applications but involve the behaviors of
employees that can contribute to security incidents. Among the initiatives to reduce the growing
security risks is to conduct an ICT security awareness campaign program for Nuclear Malaysia
staff. Mostly ICT security awareness programs such as ICT security policy briefings, establishing
controls and standards for handling sensitive data, password management procedures, email
usage procedures and best practices, and general security principles will help protect individuals
and agencies. The ICT security awareness campaign at Nuclear Malaysia has been actively
conducted since2015 until now by using various platforms including email distribution such as ICT
security notices, password change reminders every six months on users' PC displays, ICT Day,
IT-RT Group, security infographics ICT and related ICT security videography. It is hoped that the
IT Center with its ICT security awareness campaigns and program initiatives can help in creating
a conducive ICT security environment in Nuclear Malaysia.

Keywords/ Kata kunci: Kempen, Kesedaran, Keselamatan, ICT

REPLACING COMPUTER AND MICROCONTROLLER USING RASPBERRY PI

Mohd Idris bin Taib, Harzawardi bin Hasim

Abstrak

Hari ini, kebanyakan staf teknikal menggunakan komputer berasaskan Window untuk melakukan
kerja harian mereka. Kertas kerja ini akan melihat Raspberry Pi sebagai pilihan. Raspberry Pi
kebiasaannya adalah berasaskan Linux yang berkeupayaan menggunakan internet dan aplikasi
pejabat seperti kebiasaan komputer biasa. Bagaimanapun, Raspberry Pi mempunyai kelebihan
untuk antara muka perkakasan yang hampir semua mempunya keupayaan mikro pengawal
Secara amnya, sistem ini boleh digunakan sebagai komputer dan juga mikro pengawal.
Perkakasan dan perisian sistem Raspberry Pi akan diterangkan dan bagaimana ia memberi
manfaat kepada staf teknikal terutamanya untuk kegunaan projek dan percubaan elektronik.
Cadangan akan diberikan bagaimana Raspberry Pi ini sangat sesuai digunakan untuk kerja
harian.

Abstract

Now a day, most technical staff used Windows based computer for their daily work. This paper
will look Raspberry Pi as alternative. Raspberry Pi as usually Linux based have capability using
internet and office application as usual as ordinary computer. However, Raspberry Pi have
advantage for hardware interfacing almost as microcontroller capabilities. Generally, this system
also can be used as computer as well as microcontroller. Hardware & Software of Raspberry Pi
system will be explained and how it to benefit for technical staff especially for electronic application
project or experiment. Suggestion will be made how suitable of Raspberry Pi to be used in our
daily work.

Keywords/ Kata kunci: Komputer, Mikro pengawal, Raspberry Pi, Windows, Linux, Perkakasan,
Perisian, Antaramuka Perkakasan/ Computer, Microcontroller, Raspberry Pi, Windows, Linux,
Hardware, Software, Hardware Interfacing

MATHEMATICAL PROGRAMMING USING LABVIEW FOR EPS3000 SIMULATOR

Mohd Idris bin Taib, Harzawardi bin Hasim, Siti Zulaiha binti Hairaldin, Mohamad Zulhailmee bin Mohd
Zainal, Azmi bin Ali, Muhd Izham bin Ahmad, Mohamad Hakiman bin Mohamad Yusoff

Abstrak

Komponen utama untuk Simulator EPS300 adalah modul matematik di samping modul antara
muka pengguna. Kertas kerja ini menerangkan matematik untuk sistem ini. Pembangunan
sekarang menggunakan perisian LabVIEW, dalam sistem operasi Windows. Kemudiannya nanti,
bahasa yang sama untuk pembangunan laman web untuk memenuhi keperluan sistem operasi
Windows dan Android. Simulator ini semestinya bermanfaat untuk latihan operator mesin
EPS3000, demonstrasi logi, dan pendidikan am. Projek ini tentunya merupakan titik permulaan
untuk pemodenan sistem utama dan sokongan EPS3000.

Abstract

Main component of EPS3000 Simulator is Mathematical Module alongside with User Interface
Module. This paper describes Mathematical for this system. Present development is using
LabVIEW software, in Windows operating system. Later, the language for homepage
development such as html, ccs and JavaScript will be used to cater Windows as well as Android
operating system. This Simulator surely will benefit for EPS3000 Machine operator training, plant
demonstration, exhibition and general education. This project surely will become a starting point
for Modernization of EPS3000 Main and Supporting System.

Keywords/ Kata kunci: Pengaturcaraan Matematik, LabVIEW, Simulator EPS3000, html, ccs,
JavaScript/ Mathematical Programming, LabVIEW, EPS3000 Simulator, html, ccs, JavaScript

PROSES KERJA PENYELENGGARAAN BAIK PULIH PENGESAN GERMANIUM
KETULENAN TINGGI (HPGe), PEMBILANG SELURUH TUBUH (WBC)

Saipo Bahari bin Abdul Ratan, Mohd Hazri bin Mohd Salleh, Izuhan bin Ismail, Noor Hafizah bin Omar,
Noor Farhana Husna binti A.Aziz, Ramzah bin Mohamed, Mazlipah binti Mohamed Ramlan

Abstrak

Pengesan Germanium ketulenan tinggi (HPGe) adalah komponen utama bagi alat Pembilang
Seluruh Tubuh, Whole Body Counter (WBC). Agensi Nuklear Malaysia mempunyai satu unit WBC
yang diletakkan di Blok 13 di bawah seliaan Bahagian Keselamatan & Kesihatan Sinaran. WBC
ini digunakan dalam pengukuran dedahan radiasi terhadap pekerja sinaran. Akan tetapi, alat ini
mengalami kerosakan pada pengesan HPGe. Kertas kerja ini membincangkan proses kerja bagi
mengenal pasti kerosakan dan menjalankan penyelenggaraan baik pulih pengesan HPGe
tersebut. Penyelenggaraan baik pulih dilaksanakan bagi memastikan pengesan HPGe dapat
berfungsi dengan baik dan data yang diterima adalah tepat.

Abstract

The high purity Germanium detector (HPGe) is a main component of the Whole Body Counter
(WBC) equipment. The Malaysian Nuclear Agency has a WBC located in Block 13 under the
supervision of the Radiation Safety & Health Division. WBC is used in the measurement of
radiation exposure to radiation workers. However, this equipment has a malfunction on the HPGe
detector. This paper discusses the work process for identifying faults and carrying out repair
maintenance of the HPGe detector. Corrective maintenance is carried out to ensure that the
HPGe detector is functioning properly and the data received is accurate.

Keywords/ Kata kunci: Pengesan HPGe, Pembilang Seluruh Tubuh, Penyelenggaraan/ HPGe
Detector, Whole Body Counter, Maintenance

NEW DESIGN OF HIGH VOLTAGE CABLE POST FOR LOW ENERGY ELECTRON
ACCELERATOR

Mohd Azhar bin Ahmad, Leo Kwee Wah, Dr. Mohd Rizal bin Md Chulan, Mukhlis bin Mokhtar, Abd Halim
bin Baijan, Rokiah binti Mohd Sabri

Abstrak

Kertas kerja ini menerangkan reka bentuk penebat tiang kabel voltan tinggi yang baru untuk
kegunaan Low Energy Electron Accelerator (LEEA) yang dipasang di Bunker Blok 43T, Nuklear
Malaysia. LEEA dibangunkan secara tempatan dengan bekalan kuasa voltan tinggi mencapai
250 kV dan arus maksimum sehingga 32 mA. Semasa pemasangan, masalah besar yang
dihadapi adalah kesan korona yang menyebabkan percikan api berlaku di dalam dan bahagian
atas pressure vessel. Masalah ini disebabkan oleh keupayaan penebat kabel penebat sebelum
ini yang tidak mencukupi dan dengan reka bentuk yang tidak sesuai. Untuk mengatasi masalah
tersebut, kertas kerja ini menerangkan reka bentuk, proses fabrikasi dan semua kerja yang
berkaitan dalam membangun tiang kabel voltan tinggi yang baru dengan menggunakan bahan
Teflon.

Abstract

This paper describes the new design insulation of high voltage cable post for Low Energy Electron
Accelerator (LEEA) installed at Bunker Block 43T, Nuclear Malaysia. LEEA is a locally designed
and developed with the high voltage power supply (HVPS) can achieve maximum voltage and
current of 250 kV and 32 mA, respectively. During the setup, a major problem with the corona
effect that cause the sparks occur inside and top of the pressure vessel. This problem might due
to the insufficient insulation capability of the previous insulator cable and with the inappropriate
design. To overcome those issues, this paper describes the design, fabrication process and all
related works in developing of new high voltage cable post by using Teflon material.

Keywords/ Kata kunci: High voltage power supply; Electron accelerator; Teflon insulator

ASSESSMENT ON MULTICRITERIA OF SITE SELECTION FOR RADIOACTIVE
WASTE REPOSITORY FACILITY

Ahmad Hasnulhadi bin Che Kamaruddin, Syirrazie bin Che Soh@Shaari, Amirul Bakhtiar Hider,
Noor Azian binti Mohd Radzi

Abstrak

Pengurusan sisa radioaktif secara tidak selamat akan menyebabkan bahaya kepada masyarakat
dan persekitaran. Oleh sebab itu, kajian ini dibuat untuk menilai parameter daripada kriteria yang
dipilih bagi membangunkan kemudahan repositori sisa radioaktif melalui analisa dan penilaian
menggunakan Proses Hirarki Analitik atau AHP. Teknik AHP ini telah digunakan untuk menilai
parameter daripada kriteria yang dipilih kerana parameter tersebut selalunya sukar untuk
ditentukan pemberatnya yang lebih utama berdasarkan pandangan pakar semata-mata. Kertas
kerja ini membincangkan mengenai penilaian untuk Analisis Keputusan Kriteria Berbilang
(MCDA) bagi pemilihan tapak kemudahan repositori sisa radioaktif. Pelbagai kaedah yang telah
digunakan di pelbagai negara bagi menentukan nilai pemberat bagi pelbagai aspek, kriteria dan
parameter untuk pemilihan tapak kemudahan repositori sisa radioaktif yang sesuai. Nilai
pemberat ini adalah berbeza bagi negara yang berlainan terutamanya dalam aspek geografi dan
sosio-ekonomi negara spesifik berkenaan. Kajian literatur dibuat bagi negara-negara seperti
Australia, Finland, Canada, Egypt, Iran dan Brazil. Antara kaedah MCDA yang popular digunakan
oleh penyelidik ialah Proses Hirarki Analitik (AHP) dalam mendapatkan nilai pemberat bagi
parameter untuk mencari penyelesaian terbaik bagi pemilihan tapak sisa radioaktif secara
kuantitatif. Secara amnya, terdapat lima langkah utama bagi analisis AHP iaitu proses pemodelan
masalah dalam bentuk hierarki, matrik perbandingan berpasangan, proses mendapatkan
pemberat relatif bagi setiap parameter, penentuan nisbah konsisten dan analisa sensitiviti. Hasil
daripada analisa ini menunjukkan nilai pemberat bagi parameter daripada kriteria yang dipilih
telah dikenalpasti sewajarnya.

Abstract

Improper management of radioactive waste will cause harmful for people and environment.
Therefore, this study is to evaluate parameters from selected criteria of site selection for
radioactive waste repository through analysis and evaluation using Analytical Hierarchy Process
or AHP. The AHP techniques was used to evaluate parameters of a selected criteria because
they are always difficult to prioritize their weight value from expert judgement. This paper is to
discuss on assessment or evaluation of Multi-Criteria Decision Analysis (MCDA) for selecting the
radioactive waste repository facility. There are many methods to be used in various country in
determining weight value for different aspects, criteria, and parameters for selecting the suitable
sites of radioactive waste repository facility. The weight value can be distinguished based on
countries, especially in the geographical and socio-economic aspects of the specific country. A
literature review was conducted for countries such as Australia, Finland, Canada, Egypt, Iran and
Brazil. Among the popular MCDA methods used by researchers is the Analytical Hierarchy
Process (AHP) was employed to obtain weighted values of a parameter in order to determine best
solution for site selection of radioactive waste repository quantitatively. In general, there are five
main steps for AHP analysis, namely the problem modelling process in hierarchical form, paired

comparison matrix, the process of obtaining relative weights for each parameter, determination
of consistency ratios and sensitivity analysis. Resulting from this analysis shows that weighted
value of parameter for selected criterion have been determined accordingly.

Keywords/ Kata kunci: Analytical Hierarchy Process (AHP), Weightage, Multi-critera Decision
Analysis (MCDA)

CALIBRATION OF THE CONVEYOR SPEED OF LOW ENERGY ELECTRON
ACCELERATOR (LEEA)

Mukhlis bin Mokhtar, Leo Kwee Wah, Mohd Azhar bin Ahmad, Abd Halim bin Baijan, Rokiah binti Mohd
Sabri, Mohd Faiz bin Mohd Zin, Mohd Noor Shafeek bin Jaafar

Abstrak

Agensi Nuklear Malaysia telah berjaya membangunkan akselerator elektron bertenaga rendah
yang dikenali sebagai LEEA. Akselerator ini mempunyai tenaga maksimum sehingga 250keV dan
arus alur 10mA. Oleh kerana spefikasi yang rendah ini, kerja-kerja pemetaan dos diperlukan
untuk menentukan aplikasi LEEA yang sesuai. Setakat ini pemetaan dos untuk LEEA dengan
tenaga dan arus alur sebagai pemboleh ubah belum dilakukan. Sebagai permulaan pemetaan
dos, FTR-125 Cellulose Triacetate (CTA) digunakan untuk mendapatkan data. Dos minimum
untuk CTA (20kGy) dapat dicapai dalam sela masa pendek dengan tetapan tenaga rendah
~200kV, 2mA. Semua tetapan seperti halaju conveyor, tahap voltan tinggi, voltan filamen
direkodkan untuk pengulangan dos yang kosisten. Untuk kertas kerja ini, hubung kait antara dos
dan halaju conveyor akan dibentangkan dan hasilnya nanti akan digunakan sebagai rujukan
pengoperasian LEEA.

Abstract

Malaysian Nuclear Agency has successfully developed a low-energy electron accelerator named
LEEA. This accelerator has a maximum energy of 250 keV and beam current of 10 mA. With such
low specifications, dose mapping is required and must be defined, so that the potential
applications can be identified. The dose distribution for LEEA with respect to the beam energy
and current is unknown. For preliminary LEEA dose mapping, FTR-125 Cellulose Triacetate
(CTA) dosimeter had been used to acquire data. Minimum accumulative dose rate for CTA 20
kGy can be archived at a short of time with a low power etc.~ 200kV, 2mA. All parameter such
as conveyor speed, high voltage power and filament power supply has been recorded for accurate
repetitive dose rate. This paper will determine the relationship between irradiation dose and
conveyor speed and the result will be use as reference for LEEA to provide irradiation service.

Keywords / Kata kunci: Low Energy Electron Accelerator, Calibration, Dose

ANTARAMUKA KOMPUTER PADA MASA DAHULU, SEKARANG DAN
MASA HADAPAN

Mohd Idris bin Taib, Harzawardi bin Hasim, Faridah binti Mohd Idris, Mukhlis bin Mokhtar

Abstrak

Antara muka komputer telah digunakan seawal pengenalan komputer. Ia digunakan untuk
menyambung komputer kepada pengesan, penderia dan peralatan kawalan yang digunakan di
makmal. Selepas itu, penggunaannya diperluaskan kepada logi pemproses dan lain-lain
kemudahan. Perkakasan dan perisian yang digunakan untuk antara muka komputer telah
bertukar sejak dahulu sehingga sekarang mengikuti penambaikan teknologi komputer. Pada
masa dahulu, perkakasan yang digunakan adalah dalam bentuk kad antara muka slot dalaman
dan luaran komputer. Pengaturcaraan komputer seperti BASIC, C telah digunakan sebagai
perisian. Perkakasan dan perisian yang digunakan untuk antara muka komputer akan juga
dibincangkan. Berdasarkan pengalaman, antara muka komputer masa hadapan boleh
diramalkan.

Abstract

Computer Interfacing have been used as early as personal computer introduced. It's used for
interface computer to sensors, transducers as well as control instruments used in laboratories.
After that, their used explored to process plant and other facilities. Hardware and Software used
for Computer Interfacing have change from past to present following improvement of computer
technologies. In the past, hardware used in the form of slot in as well as external interface card
for computer interfacing. Programming language such as BASIC, C was used as software.
Present of hardware as well as software used for computer interfacing will also discussed. Based
on past and present, future of computer interfacing will be predicted.

Keywords/ Kata kunci: Antara muka komputer, pengesan, penderia, perkakasan, perisian,
BASIC, C, Antaramuka komputer masa hadapan/ Computer Interfacing, sensors, transducers,
Hardware, Software, BASIC, C, future computer interfacing

DEVELOPMENT OF INITIAL DECOMMISSIONING PLAN AND INVENTORY
DATABASE FOR REACTOR TRIGA PUSPATI (RTP)

Muhammad Khairul Ariff bin Mustafa, Julia binti Abdul Karim, Nurhayati binti Ramli, Tonny anak Lanyau,
Na’im Syauqi bin Hamzah

Abstrak

Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP) berkuasa 1 MWatt telah dikendalikan sejak tahun 1982 oleh
Agensi Nuklear Malaysia. RTP menyediakan perkhidmatan dalam pelbagai aplikasi kepada
institusi kerajaan dan swasta, organisasi dan industri; serta terlibat dalam projek penyelidikan dan
pembangunan yang dijalankan oleh penyelidik lain yang berkaitan dengan sains dan teknologi
nuklear. Setelah lebih dari tiga dekad beroperasi, RTP mengalami potensi kesan penuaan di
beberapa bahagian struktur, sistem, dan komponennya (SSC). Pembubaran nuklear adalah
proses pentadbiran dan teknikal yang terlibat pada kemudahan nuklear seperti loji tenaga
nuklear, reaktor penyelidikan, loji pengeluaran isotop, pemecut zarah atau lombong uranium
dibongkar sehingga tidak lagi memerlukan kawalan perlindungan sinaran radiasi. Proses ini
merangkumi pelepasan aset berharga seperti bangunan dan tapak untuk penggunaan semula,
kitar semula dan penggunaan semula bahan, pemulihan persekitaran dan pemulihan semula
tapak fasiliti nuklear. Proses pembubaran adalah panjang dan mungkin memerlukan lebih
daripada 20 tahun untuk diselesaikan sebelum tapak fasiliti nuklear tersebut dilepaskan daripada
peraturan kawal selia dan perlindungan sinaran radiasi. Kertas ini akan menerangkan pilihan
untuk pembubaran kemudahan nuklear dalam senario global, rancangan awal pembubaran dan
pembangunan pangkalan data inventori untuk Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP).

Abstract

The Malaysian Nuclear Agency operates 1MWatt Reactor TRIGA PUSPATI (RTP) since 1982.
RTP provides services in various applications to the public and private institutions, organizations
and industries; as well as being involved in research and development projects carried out by
respective researchers that associated to nuclear science and technology. After more than three
(3) decades of operation, RTP undergoes potential ageing effects in some parts of its structures,
systems, and components (SSCs). Nuclear decommissioning is the administrative and technical
process involved in a nuclear facility such as nuclear power plant, research reactors, isotope
production plant, particle accelerator or uranium mine is dismantled to the point that it no longer
requires measures of radiation protection. This process includes release of valuable assets such
as building and site for unrestricted alternative use, recycling and reuse of materials, restoration
of environmental amenity and remediation of the site. The decommissioning process are long and
may take more than 20 years to complete before releasing the site from the regulatory and
radiation protection control. This paper describes the options for decommissioning of nuclear
facility in global scenarios, initial decommissioning plan and inventory database development for
Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP).

Keywords/ Kata kunci: Decommissioning plan, Reactor,Inventory

PEMBANGUNAN KEMUDAHAN PENYIMPANAN BAHAN BUKTI FORENSIK NUKLEAR
AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

Syed Asraf Fahlawi Wafa bin S M Ghazi, Azimawati binti Ahmad, Suzilawati binti Muhd Sarowi,
Andy Kong Shin Shyen, Raymond Yapp Tze Loong, Mohd Fazlie bin Abdul Rashid, Muhamad Zahidee

bin Taat, Noor Ezati binti Shuib, Noor Fadilla binti Ismail, Faizal Azrin bin Abdul Razalim,
Khairuddin bin Mohamad Kontol

Abstrak

Wawasan Nuklear Malaysia (WNM) 2030 yang telah dibangunkan bagi menentukan hala tuju
Nuklear Malaysia daripada tahun 2021 sehingga 2030. Dalam perancangan WNM, Bahagian
Keselamatan & Kesihatan Sinaran (BKS) telah dipertanggungjawabkan di bawah Teras Strategik
3 iaitu Perkhidmatan Sokongan Teknikal yang Berkesan dan Cekap untuk R&D di mana
mengandungi lima strategi yang dipecahkan kepada 15 inisiatif yang perlu dicapai menjelang
2030. Kemudahan penyimpanan bahan bukti forensik nuklear merupakan keperluan dalam
Strategi ke-11 iaitu Memperkasa Pusat Forensik Nuklear Kebangsaan dan Kajian Forensik dalam
Industri. Terdapat dua inisiatif dan 10 aktiviti yang perlu dilaksanakan. Kemudahan penyimpanan
bahan bukti forensik nuklear adalah ruang simpanan khusus untuk tujuan penyimpanan bahan
bukti. Kemudahan ini bertujuan untuk memastikan rantaian hak penjagaan bahan bukti
terpelihara. Kemudahan ini mestilah mempunyai persekitaran yang terkawal daripada segi akses
keluar masuk dan terasing dari makmal dan kemudahan forensik. Kemudahan ini mestilah
mampu untuk menghalang kemasukkan secara paksa atau tidak sah. Keperluan ini adalah bagi
memastikan penjagaan bahan bukti yang diterima untuk diuji dah boleh digunakan secara sah
disudut perundangan. Kertas kerja ini akan membincangkan status kemudahan bahan bukti
forensik nuklear sedia ada di Nuklear Malaysia, cabaran dan tindakan yang telah diambil untuk
memastikan perancangan membangunkan kemudahan ini mengikut perancangan di dalam
Wawasan Nuklear Malaysia 2030.

Abstract

Malaysia Nuclear Vision (WNM) 2030 which has been developed to determine the direction of
Nuclear Malaysia from 2021 to 2030. In the WNM planning, the Radiation Safety & Health Division
(BKS) has been entrusted under Strategic Thrust 3 which is Effective and Efficient Technical
Support Services to R&D which contains 5 strategies broken down into 15 initiatives that need to
be achieved by 2030. Nuclear forensic evidence storage facilities are a requirement in the 11th
Strategy which is strengthening the National Nuclear Forensic Center and Forensic Studies in
Industry. There are 2 initiatives and 10 activities that need to be implemented. The nuclear
forensic evidence storage facility is a dedicated storage space for the purpose of storing evidence.
This facility aims to ensure that the chain of custody of evidence material rights is preserved. The
facility must have a controlled environment in terms of entry and exit access and be isolated from
laboratories and forensic facilities. This facility must be able to prevent forced or unauthorized
entry. This requirement is to ensure that the Custodian of Evidence received for testing can be
used legally in terms of legislation. This paper will discuss the status of the existing nuclear
forensic evidence facilities in Nuclear Malaysia, the challenges and actions that have been taken
to ensure that the development of this facility is in accordance with the plans in the Malaysia
Nuclear Vision 2030.

Keywords/ Kata kunci: Forensik, Bahan Bukti Nuklear, Kemudahan Penyimpanan / Custodian
of Evidence

PEMBANGUNAN KEMUDAHAN PENERIMAAN BAHAN BUKTI FORENSIK
NUKLEAR AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

Andy Kong Shin Shyen, Azimawati binti Ahmad, Suzilawati binti Muhd Sarowi, Muhamad Zahidee bin
Taat, Mohd Fazlie bin Abdul Rashid, Andy Kong Shin Shyen, Raymond Yapp Tze Loong, Noor Ezati binti

Shuib, Noor Fadilla binti Ismail, Faizal Azrin bin Abdul Razalim, Khairuddin bin Mohamad Kontol

Abstrak

Rantaian hak penjagaan bahan bukti forensik merupakan suatu proses dokumentasi yang penting
dan kritikal. Setiap bahan bukti perlu diyakini ianya adalah sahih dan asli iaitu bahan yang sama
diambil/disita daripada tempat kejadian. Kebiasaannya, bahan bukti ini akan dikendalikan oleh
kakitangan yang dilantik khas. Proses ini walaupun panjang dan agak sukar, tetapi ianya menjadi
keperluan untuk memastikan bahan bukti ini relevan. Kesinambungan rantaian hak penjagaan
daripada awal penerimaan bahan bukti, pergerakan ke makmal untuk analisis sehingga
penyimpanan akan menjadikan keputusan ujian makmal adalah sah dan diperakui secara
perundangan. Kertas kerja ini akan membincangkan keperluan membangunkan kemudahan
penerimaan bahan bukti forensik nuklear yang khusus di Nuklear Malaysia bagi memenuhi
keperluan perancangan Wawasan Nuklear Malaysia 2030.

Abstract

The chain of custody of forensic evidence is an important and critical documentation process.
Each piece of evidence must be believed to be authentic and original, ie the same material was
taken/seized from the scene. Typically, this evidence will be handled by specially appointed staff.
This process is long and difficult, but it is necessary to ensure that the evidence is relevant. The
continuity of the chain of custody from the beginning of receipt of evidence material, movement
to the laboratory for analysis until storage will make the results of laboratory tests valid and legally
certified. This paper will discuss the need to develop a facility for receiving specialized nuclear
forensic evidence material in Nuclear Malaysia to meet the planning requirements of the Malaysia
Nuclear Vision 2030.

Keywords/ Kata kunci: Chain of Custody, Nuklear forensic evidence

APPLICATION OF CAD FOR STRUCTURES, SYSTEMS, AND COMPONENT (SSCS)
AT RTP

Tonny anak Lanyau, Muhammad Khairul Ariff bin Mustafa, Na’im Syauqi bin Hamzah,
Mohd Huzair bin Hussain

Abstrak

Reka Bentuk Berbantu Komputer (CAD) adalah alat yang sangat berguna dalam reka bentuk dan
pemodelan geometri bagi struktur, sistem, dan komponen (SSC). Penerapan CAD membolehkan
jurutera atau pereka untuk menggambarkan ideal mereka dalam perspektif tiga dimensi (3-D).
CAD boleh diaplikasi semasa reka bentuk, pemasangan, dan pentauliahan SSC. Kelebihan dan
ciri moden perisian CAD memudahkan pengurusan projek sepanjang tempoh pembangunan
projek. Selain kepraktisan dalam proses reka bentuk dan pengembangan, CAD juga berguna
untuk memodelkan semula SSC yang sedia ada dengan menukar lukisan teknikal konvensional
dalam 2 dimensi (2-D) menjadi geometri 3-D yang lebih mantap. Perkembangan perisian CAD
yang pesat di seluruh dunia membawa ciri tambahan seperti analisis struktur dan simulasi penting
yang sangat senang digunakan berbanding dengan kaedah konvensional. Penyesuaian CAD di
Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP) menyumbang kepada pelbagai aplikasi. Sebilangan besar SSC
di RTP menuntut sistem yang baik untuk mengurus, mengemas kini, dan menyimpan dokumen
teknikal yang berharga termasuk lukisan teknikal. Usaha pembentukan direktori untuk CAD di
RTP telah dimulakan dan terus diperbaharui untuk memastikan maklumat mengenai reka bentuk
teknikal, analisis, operasi, penyelenggaraan hingga penyahtauliahan SCC disimpan secara
komprehensif. Kertas kerja ini membentangkan penerapan CAD di RTP sebagai bahagian
daripada aspek pengurusan pengetahuan yang penting.

Abstract

Computer-Aided Design (CAD) is a very useful tool in design and geometrical modeling for
structures, systems, and components (SSCs). The application of CAD enables engineers or
designers to visualize their ideal in three-dimensional (3-D) perspective. The CAD is applicable
during design, installation, and commissioning phase of the SSCs. The advantages and modern
features of CAD software ease the project management throughout the entire project
development period. Besides the practicality in the design and development process, the CAD
also useful for re-modelling the existing SSCs by converting conventional technical drawing in 2-
dimensional (2-D) to more robust 3-D geometry. The rapid development of CAD software
worldwide brings additional features such as essential structural analysis and simulation which
are very convenient to be used compared to the conventional method. Adaption of CAD at Reaktor
TRIGA PUSPATI (RTP) contributes to a wide area of applications. The huge number of SSCs at
RTP demands a proper system for managing, updating, and storing valuable technical documents
including technical drawings. Effort on the establishment of the directory for CAD at RTP has been
started and continuously updated to ensure the information on technical design, analysis,
operation, maintenance to decommissioning of the SCCs are kept comprehensively. This paper
laid the application of the CAD at the RTP as a part of the important knowledge management
aspect.

Keywords/ Kata kunci: CAD, RTP, SSCs

PENGESAN GEIGER MULLER: UJIAN PENGESAN KOS RENDAH JENIS RD003
UNTUK KEGUNAAN METER TINJAU

Maslina binti Mohd Ibrahim, Noor Farhana Husna binti A.Aziz, Nor Arymaswati binti Abdullah,
Nolida binti Yussup, Saipo Bahari bin Abdul Ratan, Nabilah Binti Ramli

Abstrak

Pengesan Geiger–Muller (GM) ialah merupakan elemen penderiaan meter tinjau yang digunakan
untuk mengesan sinaran mengion. Sinaran mengion ini merupakan zarah alfa, zarah beta, sinar
gama, atau sinar-x. Ia juga memberikan kita ukuran keamatan radiasi. Secara amnya, harga
meter tinjau adalah sangat mahal memandangkan peralatan ini diimport dari luar negara. Oleh
itu, untuk menghasilkan meter tinjau dengan kos yang lebih rendah, pengesan GM kos rendah
model RD003 telah dipilih untuk aplikasi ini. Reka bentuk meter tinjau mestilah ekonomik, mudah
digunakan dan memberikan bacaan yang tepat. Untuk tujuan ini, 25 pengesan GM RD003 diuji
untuk menentukan ianya berfungsi dengan baik dan peka serta memenuhi standard untuk
digunakan bagi penghasilan meter tinjau. Ujian ini juga dibuat untuk menentukan voltan operasi
yang betul dan tepat bagi reka bentuk meter meter tinjau yang komprehensif. Kertas kerja ini
akan membincangkan semua data dan hasil yang diperoleh daripada ujian terhadap 25 pengesan
GM RD003 di makmal.

Abstract

The Geiger–Muller (GM) detector is the sensing element of the survey meter instrument used for
the detection of ionizing radiation. This radiation may be due to alpha particles, beta particles,
gamma rays, or x-rays. It also gives us the measure of the intensity of radiation. Generally, the
price of a survey meter is ultra-expensive considering it is imported from abroad. In order to
produce a survey meter at a lower cost, a considerable low-cost GM detector model RD003 is
selected for this application. The design of the survey meter should be economical, easy to use
and accurate. For this purpose, 25 tubes of RD003 GM detector have been tested to determine
that the functionality and sensitivity meet the standard for the survey meter application. The
testing was also established to determine the operating voltage correctly for further design of the
comprehensive survey meter circuit. This paper will discuss all the data and results obtained from
testing of 25 RD003 GM detectors at laboratories.

Keywords/ Kata kunci: Geiger Muller, detector, radiation survey meter / Geiger Muller,
pengesan, meter tinjau radiasi

DEVELOPMENT OF WORK FROM HOME (WFH) REPORTING AND MONITORING
SYSTEM FOR MALAYSIAN NUCLEAR AGENCY

Mohd Dzul Aiman bin Aslan, Siti Nurbahyah binti Hamdan, Mohamad Safuan bin Sulaiman,
Nur Fatini binti Abd Ghani, Nursuliza binti Samsudin, Hafizah binti Yusof,
Dayang Dhabitah binti Abd Satar

Abstrak

Semasa pandemik COVID-19 ini, Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan satu peraturan baru
mengenai fleksibiliti lokasi dalam bekerja iaitu Pekeliling Perkhidmatan No. 5/2020 (PP Bil5 /2020)
berkenaan Bekerja Dari Rumah (BDR). Oleh kerana cara kerja ini agak baru bagi kebanyakan
kementerian dan agensi kerajaan, terdapat kekurangan daripada segi pemantauan dan
pelaporan pekerja kerana ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi masa depan kerjaya mereka
sebagai contoh cuti dalam perkhidmatan, prestasi semasa bekerja dari rumah, dan sebagainya.
Kertas kerja ini akan menerangkan metodologi Agensi Nuklear Malaysia untuk membangunkan
Sistem Pelaporan dan Pemantauan Bekerja dari Rumah (BDR) berdasarkan P.P. Bil.5/2020
untuk kepentingan agensi. Modul penting sistem ini adalah berdasarkan pendekatan secara
pandangan pengurusan iaitu modul Punch dengan pengesanan menggunakan teknologi dengan
integrasi peta dan geolokasi, modul Laporan bulanan, load page yang rendah, antara muka yang
mudah. Sampel pengguna adalah daripada semua kakitangan Agensi Nuklear Malaysia.
Kerangka teknologi semasa seperti PHP5, MariaDb, Secured Socket Layer (SSL) beserta
Certificate Authority (CA), Bootstrap, jQuery, DataTables, ApexCharts, Material Design, Global
Positioning System (GPS) dan lain-lain telah digunakan dalam sistem. Terdapat banyak
pembangunan yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan sistem ini seperti modul Dashboard,
modul pengurusan pengguna, integrasi dengan sistem punch card sementara dalaman, selain itu
dari sudut pandang perniagaan, ia dapat dikomersialkan ke banyak agensi kerajaan lain untuk
masa hadapan.

Abstract

During this pandemic Covid-19, Government of Malaysia has established a rule regarding on a
new flexibility in working that is Pekeliling Perkhidmatan No. 5/2020 (PP Bil5/2020) on Work From
Home (WFH) guideline. As this new way of work are new to most government ministry and
agencies, there have been lack of monitoring and reporting on how staffs are monitored as this
will impact their career future on. This paper will describe Malaysian Nuclear Agency methodology
on developing a Work From Home (WFH) Reporting and Monitoring System based on PP
Bil.5/2020 for the benefit of the agency. This system essential modules are based on
management point-of-view approach such as Dashboard module, Punch module, User
Management module, and Report module while the sampling of users are from all Malaysian
Nuclear Agency's staffs. Current technology framework such as PHP5, MariaDb, Secured Socket
Layer (SSL) with Certificate Authority (CA), Bootstrap, jQuery, DataTables, ApexCharts, Material
Design, Global Positioning System (GPS) and others has been used in the system. In a view for
enhancement, on technical, the system can integrate with current punch card system and on

business point of view, it can be commercialized to many other government agencies during this
pandemic and for future on.

Keywords/ Kata kunci: Work from home, System development, Monitoring system, Punch Card
Report System

Kategori: Sokongan
Teknikal

Pembentangan Poster

PENGURUSAN ASET TAK ALIH DI AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

Mohamad Suhaimi bin Yahaya, Rosli bin Darmawan, Izani bin Mustapha, Mohd Hanafiah bin Chik,
Mohd Zamry bin Zakariah, Mohd Fabli bin Abu

Abstrak

Aset tak alih adalah aset yang tidak boleh dialih dari tempatnya seperti tanah, infrastruktur dan
bangunan. Kerajaan Malaysia menyediakan tatacara pengurusan aset tak alih bagi memastikan
pengurusan operasi dan penyelenggaraan yang berkesan untuk meningkatkan jangka hayat aset
serta memastikan pulangan pelaburan yang tinggi kepada kerajaan. Agensi Nuklear Malaysia
mempunyai aset tak alih yang bernilai lebih daripada RM400 juta yang terdiri daripada tanah,
bangunan dan sistem mekanikal dan elektrikal bangunan. Objektif kertas kerja ini adalah untuk
menerangkan tatacara pengurusan aset tak alih di Agensi Nuklear Malaysia. Bagi memenuhi
saranan kerajaan, Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) ditubuhkan bagi memastikan pengurusan aset
tak alih kerajaan dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan. Dengan mengikut tatacara
yang ditetapkan kerajaan, pengurusan aset yang terdapat di Agensi Nuklear Malaysia dapat
dilaksanakan secara sistematik, holistik dan lestari untuk mencapai faedah aset yang optimum.

Abstract

Immovable assets are assets that cannot be moved from their place such as land, infrastructure
and buildings. The Malaysian government issues immovable asset management procedures to
ensure effective operational management and maintenance to increase the lifespan of assets as
well as to ensure high investment returns to the government. The Malaysian Nuclear Agency has
immovable assets worth more than RM400 million consisting of land, buildings and mechanical
and electrical building system. The objective of this paper is to describe immovable asset
management procedures in Malaysian Nuclear Agency. To meet the government's
recommendations, the Facilities Management Unit (UPF) was established to ensure that the
management of government immovable assets is implemented in an orderly, efficient and
effective manner. By following procedures issued by government, the management of immovable
assets in Malaysian Nuclear Agency can be implementedsystematically, holistically and
sustainably to achieve optimal asset benefits.

Keywords/ Kata kunci: Aset Tak Alih, TPATA, UPF

SAMPLES ANALYSIS BY AAS AND ICPMS: TRACE METAL ANALYSIS
CHALLENGES

Shakirah binti Abd. Shukor, Zalina binti Laili, Md Suhaimi bin Elias, Azian binti Hashim, Muhammad Azfar
bn Azman, Siti Aminah binti Omar, Nazaratul Ashifa bt. Abdullah Salim, Nurul Ashikin binti Rusdi,
Ezwiza binti Sanuri, Sharifah Nasyura binti Syed Asni, Eewiat Endin Put,
Mohamad Nurfarhan Mazlan, Mohd Khushairi Awang

Abstrak

Analisa logam surih dalam mengenal pasti dan mengukur nilai yang kecil logam dan logam berat
di dalam sampel. Sampel adalah daripada sampel alam sekitar, makanan, petroleum,
farmaseutikal, dan juga semi konduktor. Analisis ini adalah untuk memastikan pematuhan
terhadap undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Nilai logam di dalam satu sampel
biasanya diukur dalam unit bahagian per juta (ppm), bahagian per bilion (ppb) dan bahagian per
trilion(ppt), bergantung kepada jenis sampel, kerumitan sampel, matriks sampel dan teknik
analitikal yang digunakan. Menentukan kuantiti logam surih, memerlukan instrumen yang sangat
sensitif. Kaedah analisis biasa yang digunakan untuk analisis logam surih di Nuklear Malaysia
adalah AAS dan ICPMS

Abstract

Trace metal analysis is crucial to identify and quantify small amounts of heavy metals and metals
in samples. Samples can be from environment, food, petroleum, pharmaceuticals and
semiconductors industries. This analysis is to ensure compliance with legal requirements and
regulations sets by law. The metals in a sample are usually measured in parts per million (ppm),
parts per billion (ppb) or parts per trillion (ppt), but depending on the type of sample, complexity
of the sample, sample matrix and the analytical technique used. Determining a very small
quantities of trace elements, requires highly sensitive analytical instrument. Common analytical
methods used for trace metal analysis in Nuclear Malaysia are AAS and ICPMS.

Keywords/ Kata kunci: Aplikasi kimia analisis, analisis unsur, ICPMS, AAS, elemental analysis,
trace element, metal analysis

PENYENGGARAAN BERKALA ALAT BIO BEAM GAMMA CELL

Mazlipah binti Mohamed Ramlan, Mohd Hazri bin Mohd Salleh, Saipo Bahari bin Abdul Ratan,
Mohd Ghazali bin Bachok, Muhammad Na'qiuddin bin Isma, Mohd Hafiz Abd Nasir,
Shuhaimi bin Shamsudin

Abstrak
Kebuk penyinaran gama BioBeam GM8000 mula beroperasi sepenuhnya pada 13 Disember
2012. Spesifikasi alat ini telah disesuaikan untuk penyinaran akut sampel biologi termasuk
sampel tumbuhan, mikroorganisma, serangga, sel haiwan serta manusia. Bagi kajian biak baka
mutasi, penyinaran boleh dibuat ke atas pelbagai sampel tanaman seperti keratan batang, biji
benih, bebawang, rizom dan kultur tisu. Kerja-kerja penyenggaraan berkala perlu dilakukan bagi
memastikan alat tersebut dapat berfungsi dengan baik.

Abstract
The GM8000 BioBeam gamma irradiation chamber began full operation on 13 December 2012.
The specifications of the device have been adapted for acute irradiation of biological samples
including samples of plants, microorganisms, insects, animal as well as human cells. For mutation
breeding studies, irradiation can be done on various crop samples such as stem cuttings, seeds,
onions, rhizomes and tissue cultures. Preventive maintenance work needs to be done to ensure
that the tool can function properly.

Keywords/ Kata kunci: Bio Beam Gamma Cell

EVALUATION OF HUMAN FACTOR UNCERTAINTIES IN RTP FUEL LENGTH
MEASUREMENT USING SPECIAL FUEL INSPECTION TOOL (FIT)

Ahmad Nabil Bin Ab Rahim; Na’im Syauqi Bin Hamzah; Alfred Sanggau Anak Ligam; Mohd Fairus B.
Abdul Farid; Ridzuan B. Abdul Mutalib

Abstrak

Keutuhan bahanapi Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP) perlu diperiksa secara berkala bagi
mengenal pasti kerosakan atau sebarang kekurangan untuk mengelakkan kebocoran bahan api.
Salah satu kaedahnya adalah dengan memeriksa kekembungan dan pemanjangan bahan api
dengan menggunakan Alat Pemeriksaan Bahanapi (FIT). Tidak semua hasil dapatan daripada
ukuran tersebut diperoleh secara tepat. Ukuran ini akan mempunyai sedikit ralat disebabkan
beberapa punca. Kajian ini memberi fokus untuk melihat faktor manusia dalam penentuan ukuran
ini. Beberapa orang pemeriksa dipilih untuk mengukur bahan api RTP yang sama bagi menilai
ralat ukuran.

Abstract

The integrity of Reactor PUSPATI TRIGA (RTP) fuels must be inspected periodically for early
detection of any damage or any sign of less intact to avoid fuel leakage. One of the methods was
done by measuring the bowing and elongation of the fuel using special fuel inspection tool (FIT)
in the RTP pool. The measurements will have some degree of uncertainty could be due to several
factors. This paper will discuss the uncertainties based on human contribution toward the
measurement results in RTP fuel length. Several inspectors were assigned to take measurements
of the same RTP standard fuel results to evaluate the measurement uncertainties.

Keywords/ Kata kunci: Uncertainties, RTP Fuel, FIT


Click to View FlipBook Version