The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rawizali, 2021-01-29 18:57:28

Nada Nuklear Jun 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri

NADA1

NUKLEAR MALAYSIA

VW 6/18

Sidang Editor

Penaung:
YBrs. Dr. Abdul Muin

Abdul Rahman

Penyelaras :
Habibah Adnan

Editor :
Normazlin Ismail
Nor Azlina Nordin

Penerbitan:
Syahkhairul Sani

Pereka
Mohd Idzwan Md Zin

Jurufoto:
Nor Hasimah Hashim
Muhammad Hafidzudin

Ucapan Perayaan daripada Pengurusan Atasan
Ucapan Perayaan daripada Kakitangan Nuklear Malaysia
Hak Wanita dalam Undang - undang Islam
Semarak Ramadan Nuklear Malaysia 2018
Iftar Jamaie 1439 H
Kuliah Dhuha & Majlis Khatam Al-Quran
Kerjaku Ibadahku
55th Scientific Meeting On Medical Imaging
AGM Koperasi Nuklear Malaysia

22 PROGRAUMCAPKPEEANRNNGuJPrUAEARSiRsUAhAaSMYhAAAZNAaNBiAnEaTDlARASSRAAIPNMAADAIKSIM

Dr. Abdul Muin Abdul Rahman
Timbalan Ketua Pengarah (Teknikal)

Dr. Zulkifli Hashim
Pengarah Kanan (Pengkomersialan)

Dr. Wan Saffiey Wan Abdullah
Pengarah Kanan (Pengurusan)
Pengurusan Atasan Nuklear Malaysia
Pantun empat rangkap sebagai pengganti ucapan hari raya
 

Kepala berwarni bersarang tinggi,
Sifatnya unggul burung tempua,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN UNTUK SEMUA

MISKI UACMAAPSARNEPBERAAMYAASAANJDRAERKIPMADAARGORP 3
KAKITANGAN AlaGniEaZNhSaIhNsiUAKruLNEAR MALAYSIA
3

Selamat Hari Raya Zahir & Batin
Sungai disusur sehari-hari

Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari

Salah dan silap harap maafkan

-BPM-

Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata
Dalam gurau & senda tentu ada khilaf dan dosa

Mohon ampun & maaf atas segalanya

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

-BAB-

4 PROGRAUMCAKPEARNJPAESRAAMYAAABNEDRASRAIPMAADAIKSIM

4 3KAKITANGANNuArGAEisNhaShI ZNaUinKalLEAR MALAYSIA

Dusta bermula dari kata
Dengki dan prasangka bermula dari hati
Kesakitan dan keperitan bermula dari perilaku
Kekhilafan berakhir dengan kemaafan
Andainya kata tidak terucap dan tangan tidak terhulur
Setidaknya nukilan ucapan dikirim pengganti diri yang luhur
Dari hati yang tulus, kami mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MINAL AIDIL WAL FAIDZIN, MAAF ZAHIR DAN BATIN

-BAS-

“Walau langkah tak bertemu, tangan tak berjabat, ucap tak terdengar, mata tak bertentang…
Mohon maaf segala kesilapan kerana ada tikanya mata silap memandang, telinga salah
mendengar, lidah terlanjur berkata-kata & hati tersalah menduga…
SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN
-BKP-

MISKUICAAMPAANSRPEERBAAYMAAANSADAJRRIEPKADMAARGORP 5
KAKITANGAN AGlaEnNiaSZIhNahUsKiALrEuANR MALAYSIA
5

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh
warga Agensi Nuklear Malaysia. Di kesempatan ini kami menyusun sepuluh jari mohon
kemaafan jika ada salah dan silap sama ada sengaja atau tidak sengaja sepanjang
berkhidmat di sini dan kepada yang pulang beraya di desa berhati-hati di jalan raya.
-BKS-

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga
Nuklear Malaysia, para pelanggan dan rakan kerjasama.
-BKT-

6 6 PKRAOKGITRUAANCMAGPAKANENRNAPuJGrEAEARSNisAAhSYaIMAhNAAZUNaKBinDLEaAlERRASIRAPAMMDAAALIAKYSSIIAM


Kami dari Bahagian Perancangan & Hubungan Antarabangsa (BPA) ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga Nuklear Malaysia.
Satu syawal menjelang tiba
Takbir bergema menusuk jiwa
Sekiranya ada silap dan dosa
Ampun dipinta di hari mulia
-BPA-

Selamat Hari Raya Aidilfitri, moga silaturahim diberkati Allah S.W.T
-BSM-

MKAISKKITIUAANCMAGAPAASNNRAlEPaGnBEEiaRNAZASMhYIaAANhAsSUiNAAKrJDLuRANERAEIRKPAMMDAAALRAGYSOIRAP 7

7

Kami warga BST mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin!
-BST-

Satu Syawal menjelang tiba,takbir bergema menggegar jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa, ampun dipinta di hari mulia.

Kami warga BTI mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
-BTI-

8 UCAPAN PERAYAAN DARIPADA
PRKOAGKRITAAMNGKAENRAJGAESNASMI ANUBKELRESAARMMAALIKAYSSIMIA

8 Nur Aishah Zainal

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin
-BTP-

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.
-BTS-

UCAPAN PERAYAAN DARIPADA 9
KMAKISITKAINAGMAANSARGEEBNSAIMNAUSKALJERAREKMAMLAARYSGIOARP
9
laniaZ hahsiA ruN

Seluruh Kakitangan dan Anggota Unit Keselamatan Fizikal ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 dan Maaf Zahir Batin kepada seluruh warga dan
kakitangan Agensi Nuklear Malaysia. Semoga kehadiran Syawal 1439H kali ini memberi makna yang
terbaik untuk kita semua raikan. Kepada yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati semasa
dalam perjalanan. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju dan balik dengan selamat.

Bendera Malaysia mempunyai jalur,
Mari dikibar di Permatang Pauh,
Andai tak sempat tangan dihulur,

Ka mi poh on kem aafan dari ja uh.
Banyak juadah pelbagai perisa,

Jangan tergigit sepotong halia,
Sekiranya terdapat salah dan dosa,

Ampun dipinta di hari mulia.

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai orang berbelanja sakan,
Salam lebaran kami ucapkan,
Moga silaturrahim kita berkekalan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

-UKF-

1010 PRKOAGKIRTAUAMNCAGKPAAENNRNAuJPGrAEAESRisNAhASaYMIhANAZAUaNBinKEaDLlRAESRAAIRPMAMDAAALIAKYSSIIMA

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

-PEJABAT KP-

Aidilfitri hari kemaafan menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama insan,

mengikat tali keakraban Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

-UKL-

MKAISKKITIUAANCMAGAPAASNNRAlEPaGnBEEiaRNAZASMhYIaAANhAsSUiNAAKrJDLuRANERAEIRKPAMMDAAALRAGYSOIRAP 11

11

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilifitri kepada
Seluruh Warga Agensi Nuklear Malaysia yang
beragama Islam.
- Carlos Linton (BPM) -

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari
Raya Aidilfitri kepada semua warga Nuklear

Malaysia!
- Dr. Ng Yen (BTP) -

Saya Parimala dari Unit Keselamatan Fizikal ingin
mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua
warga Agensi Nuklear Malaysia.
- Parimala A/P P Lala Ram (UKF) -

12 HAK WPRAONIGTARADMALKAEMRUJNADSAANMGA- UBNEDRASNAGMIASLIKAMSIM

12 Nur Aishah Zainal

Mohd Sha Affandi Md Aripin

Bersempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Puspanita Cawangan Kecil
Nuklear Malaysia dengan kerjasama Kelab Nuklear Malaysia dan Bahagian Sumber
Manusia (BSM) telah menganjurkan Program Bicara Ilmu - Hak Wanita Dalam Undang-
Undang Islam. Program Semarak Ramadhan ini telah berlangsung pada 25 Mei 2018 dan
1 Jun 2018 bertempat di Bilik Seminar, Blok 11, Nuklear Malaysia. 
Program ini telah mengetengahkan pelbagai topik meliputi isu nikah, cerai dan hadanah.
Penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohd Ihsan Bin Mohamad Daud merupakan seorang
peguam dan penceramah dari Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan.
Program yang merangkumi sesi ceramah dan sesi soal jawab telah menerima sambutan
menggalakkan daripada warga Nuklear Malaysia yang turut menerima manfaat daripada
perkongsian ilmu ini.

MISSEKMI AARMAAKSRRAEMBAADMANASNAUJKRLEEAKRMMAARLGAYOSRIAP 2018 13
laniaZ hahsiA ruN
Rudarul Morhaya Ismail 13

PUSPANITA Nuklear Malaysia telah menganjurkan Jualan Ramadan Riang Ria Raya
bertempat di perkarangan Lobi Blok 11 pada 5 & 6 Jun dari jam 8.00 pagi sehingga 2.00
petang.

Bermacam-macam jenis jualan termasuklah biskut raya, pakaian, barangan kosmetik,
aksesori dan lain-lain. Jualan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada
semua warga Nuklear Malaysia sekaligus memeriahkan lagi suasana di Nuklear Malaysia
menjelang Aidilfitri yang bakal tiba.

1414 KAKITUANCAGPAANNAPGEERNASYIANAUNKDLAERAIRPAMDAALAPYSRIOAGRAIFMTAKREJRNAuJMrAAASiIsEAha1Mh4AZ3a9BinHEalRSAMA IKSIM

Nasaai Masngut

Bulan Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya. Justeru itu, Kelab Nuklear Malaysia telah
menganjurkan Majlis Berbuka Puasa (Iftar Jamaie) 1439 H Nuklear Malaysia yang diadakan pada 8
Jun 2018 lalu. Bertempat di Lobi Blok 11 dan Dewan Tun Dr. Ismail (DTI), majlis telah bermula pada
jam 6.15 petang dan berakhir jam 10.30 malam.    
Majlis tahunan ini adalah terbuka kepada semua warga Nuklear Malaysia termasuk yang bukan
beragama Islam berserta keluarga terdekat mereka. Majlis ini turut dihadiri oleh barisan pengurusan
atasan dan barisan pengarah. Memetik ucapan Dr. Abdul Muin Bin Abdul Rahman, Timbalan
Ketua Pengarah Program Perkhidmatan Teknikal, beliau mengharapkan majlis seperti ini dapat
diteruskan di masa hadapan dan bertindak selaku platform bagi merapatkan ukhuwah warga
Nuklear Malaysia. 
Pengisian majlis ini adalah mengikut tradisi tahun sebelumnya yang merangkumi berbuka puasa,
solat maghrib dan solat isyak berjemaah, solat tarawih dan ceramah pendek oleh ustaz jemputan.
Dilaporkan lebih 100 orang warga Nuklear Malaysia telah hadir ke majlis ini yang menghidangkan
kambing golek sebagai menu utamanya.

KMUILSIAKHI ADMHUADSAREDABNAMMAAJSLAISJKRHEAKTAMMARALG-OQRUPRAN 15
laniaZ hahsiA ruN
15
Rudarul Morhaya Ismail

Kelab Nuklear Malaysia dengan kerjasama PUSPANITA Nuklear Malaysia telah menganjurkan
majlis ilmu Kuliah Dhuha Muslimat dan Majlis Khatam Al-Quran yang telah diadakan pada 6
Jun 2018 yang lalu, bertempat di Surau Blok 17, Nuklear Malaysia. Program ini telah dihadiri
kira-kira 50 orang kakitangan wanita. Program ini merupakan salah satu pengisian di dalam
Program Semarak Ramadhan yang dijalankan pada setiap tahun.

Antara pengisian yang dijalankan ialah mendirikan solat-solat sunat seperti Solat Sunat
Dhuha, Taubat, dan Tasbih, Tazkirah Dhuha dan Tadarus Al-Quran. Solat sunat bermula
pada jam 9.00 pagi diikuti tazkirah dan tadarus dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.
Majlis Ilmu ini telah dibimbing oleh penceramah jemputan, Ustazah Nawiyah Abu yang
merupakan seorang penceramah bebas.

16 PROGRAKMERKJAEKRUJAIBSAADMAAHKBUERSAMA IKSIM

16 Nur Aishah Zainal

Nor Azlina Nordin

Warga kerja Nuklear Malaysia berpeluang menghadiri program santapan rohani menerusi
ceramah agama yang dianjurkan oleh Bahagian Sumber Manusia (BSM) pada 6 Jun
yang lalu. Ceramah agama kali ini menampilkan Ustaz Mohamad Rozie Mohamad Rejab
yang merupakan penceramah bebas. Memetik kata-kata beliau dalam ceramah yang
disampaikan, “Segalanya bermula dari hati. Bersih hatinya, lancarlah kerja dan ibadahnya.
Pucuk pangkalnya, dalam melaksanakan apa juga pekerjaan atau tugas, hati mestilah
bersih dan ikhlas agar ibadah tersebut diterima”.
Ceramah bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang bertempat
di Dewan Tun Dr. Ismail, Blok 11. Program berlangsung dalam suasana santai dengan
komunikasi dua hala, apabila peserta boleh bertanyakan soalan pada bila-bila masa
dan penceramah juga boleh bertanyakan soalan pada peserta secara spontan. Antara
pesanan yang dititipkan oleh penceramah adalah pengertian taqwa yang bermaksud
memelihara hubungan baik dengan tuhan tanpa merosakkannya.

55MthISSCKIIEANMTIAFISCRMAlEaEKnBiEAaAZTNIMhNDaAGhAsSTOiAAANrNJuMRGNEEDKICMAALRIGMOAGRIPNG 17
Syahkhairul Sani
17

Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM), Lembaga Perlesenan Atom (AELB), Persatuan Perlindungan Sinaran
Malaysia (MARPA) dan Persatuan Perubatan Nuklear Malaysia (NMSM) akan menganjurkan
55th  Scientific Meeting on Medical Imaging. Program ini dijangka akan berlangsung di GBW
Hotel, Johor Bahru pada 28 Julai 2018. Program yang bertemakan ‘Safety, Quality and
Reliability, Scientific Meeting’ ini akan memfokuskan kepada aplikasi teknologi pengimejan
dan modaliti-modaliti yang lain dalam sektor perubatan.

Selain itu program ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada CME/CPD, pendidikan
berterusan perubatan di bawah sistem penggredan MMC-MMA. Ia juga selaras dengan
keperluan untuk amalan radiografi perubatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia. Peserta juga bakal menikmati rebat daripada Kementerian Kewangan Malaysia
untuk insentif potongan dua kali daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF
no. Kerajaan 0023). Maklumat lanjut program boleh diperolehi melalui talian 03-8911 2000
samb. 2607/2606/2601 (Cik Syazlin, Encik Adnin dan Cik Norashikin).

18 PROGAGRMAMKOKPEERRJAASSI ANUMKALBEAERRSMAAMLAAYSIKIASIM

18 Nur Aishah Zainal

Rudarul Morhaya Ismail

Pada 28 Jun yang lalu, Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kakitangan PUSPATI Berhad (KKPB)
telah di adakan di Dewan Tun Ismail, Blok 11, Agensi Nuklear Malaysia. Mesyuarat ini bermula pada
jam 9.00 pagi dihadiri lebih kurang 90 orang ahli, telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Abdul Muin Abdul
Rahman selaku pemangku Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia. Antara agenda utama yang
dibentangkan adalah meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke-24, meluluskan anggaran
belanjawan bagi tahun 2019, merangka aktiviti dan melantik beberapa anggota lembaga dan
jawatankuasa yang baharu. Berikut adalah beberapa makluman kepada semua anggota KKPB
yang terlibat;
1. Tuntutan Elaun Kehadiran AGM ke-25. Tuntutan elaun kehadiran boleh dibuat bermula 10-13
Julai bertempat di kedai KKPB di Blok 16 bersama dengan kupon kehadiran.
2. Potongan Yuran Bulanan: Setiap anggota perlu membuat potongan yuran bulanan minimum
RM30/bulan selaras dengan Undang-undang Kecil KKPB.
3. Pinjaman Jangka Pendek: Anggota KKPB yang layak dipelawa untuk memohon pinjaman jangka
pendek tanpa penjamin dengan kadar faedah serendah 2% sahaja (maksimum RM 1,000 dengan
tempoh bayaran balik selama 6 bulan).
4. Urusan Pembaharuan Insurans dan Cukai Jalan Kenderaan Persendirian: KKPB akan mula
menawarkan perkhidmatan urusan pembaharuan insurans dan cukai jalan kenderaan persendirian
kepada anggota KKPB yang layak bermula 16 Julai 2018 (maksimum RM2,000 dengan tempoh
bayaran balik selama 6 bulan) dengan caj perkhidmatan sebanyak RM 20 sahaja.

MISAKGMI AKMOAPESRRAESBI NAUMKALSEAAJRRMEAKLMAYASRIAGORP 19
RudalraunliaMZohrahhasyiaAIrsumNail
19

5. www.puspaticoop.com : Laman sesawang KKPB telah dilancarkan semasa AGM ke-25 yang lalu
ada menyediakan platform jual beli secara maya dan pihak KKPB mempelawa kepada anggota
KKPB yang mempunyai sebarang produk untuk diiklankan di laman sesawang tersebut. Untuk 20
produk terawal, tiada sebarang caj perkhidmatan akan dikenakan.

6. Pendaftaran Anggota Baru: KKPB dipohon untuk uar-uarkan mengenai KKPB kepada rakan-
rakan staf tetap yang lain dan sekiranya berminat, boleh melengkapkan borang pendaftaran dan
borang potongan gaji Angkasa yang boleh diperolehi di Kedai KKPB dan sertakan salinan slip gaji
terkini dan salinan kad pengenalan.

7. Kepada anggota yang akan bersara, Dr/Tuan/Puan adalah dipohon agar dapat menghantar
notis berhenti menjadi anggota KKPB kepada Pengerusi/Setiausaha setahun sebelum tarikh
persaraan bagi membolehkan urusan pembayaran semula yuran dan saham terkumpul dapat
dilakukan sebelum Dr/Tuan/Puan bersara.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan boleh diajukan kepada mana-
mana Ahli Lembaga KKPB, En Norfaizal Mohamed (Pengerusi),Tn Syed Asraf Fahlawi Wafa (Naib
Pengerusi), Dr Marina Talib (Setiausaha), En Ridzuan Abdul Mutalib –(Bendahari), Pn Aimi Rehan
Amran (Pen. Setiausaha), En Shahri Hashim (Pen. Bendahari), Cik Habibah Adnan (ALK), En Muhd
Izham Ahmad (ALK), Pn Qairawani Hamir (ALK).

20 UPLRAONGGRTAAMHUKNERKJEA-3S6ARMEAAKBTEORRSTARMIGAAIPKUSSIMPATI
Nur Aishah Zainal

20

Reaktor TRIGA
PUSPATI telah
ditauliahkan pada
28 Jun 1982


Click to View FlipBook Version