Edisi I
JURNAL
AUDIT
PEMATUHAN
BAHAGIAN PEMATUHAN UNIT I (WPKL)
Diterbitkan oleh
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Bahagian Pematuhan Unit I (WPKL) Zon Tengah
Kompleks Kastam WPKL
No.22 , Jalan SS6/3 Kelana Jaya,
47301 PETALING JAYA SELANGOR
Tel : 03-78840976/ 78840800 ext 4030/2531/ 4010
No.Fax : 03 - 7806 2127
Cetakan Pertama 2022
Hak Cipta Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Bahagian Pematuhan Unit I (WPKL) Zon Tengah
Hak Cipta Terpelihara
Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel dan isi kandungan
buku ini dalam apa juga sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Bahagian Pematuhan Unit I (WPKL) Zon Tengah.
Penafian
Nama syarikat, nama-nama individu dan butiran-butiran dalam dokumen dalam
kajian kes ini telah diolah untuk tujuan kerahsiaan.
Kandungan
Jurnal Audit Pematuhan
Bahagian Pematuhan Unit I(WPKL)
Perutusan Penolong Ketua Pengarah Zon Tengah ................................ i
Sekapur Sirih Pengarah Operasi Pematuhan Zon Tengah ..................... ii
Prakata Ketua Bahagian Pematuhan Unit I (WPKL) Zon Tengah .......... iii
Kajian Kes: Tow Lorry Sdn. Bhd.
1. Latar Belakang Syarikat ......................................................................... 1
2. Pelaksanaan Audit ................................................................................. 4
3. Pengumpulan dan analisa bukti serta dokumen ............................... 14
4. Penemuan audit ..................................................................................... 17
5. Persediaan ke Mahkamah .................................................................... 20
6. Kedudukan kes ....................................................................................... 22
7. Kesimpulan .............................................................................................. 24
8. Lampiran .................................................................................................. 26
Perutusan
Penolong Ketua Pengarah Zon Tengah
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Sejahtera
Salam Semarak JKDM di mata dunia
S yukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah hidayahNya,
‘Jurnal Audit Pematuhan Unit I (WPKL) Zon Tengah Edisi I’
dapat diterbitkan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bahagian Pematuhan
Unit I (WPKL) Zon Tengah kerana sudi memberi ruang kepada saya
untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam Jurnal terbitan
pertama ini. Sememangnya penerbitan Jurnal secara elektronik
ini adalah sejajar dengan dasar Pelan Strategik Jabatan yang
dibangunkan bagi mempertingkatkan keupayaan modal insan
dan memperkasakan penggunaan teknologi.
Saya berharap penerbitan-penerbitan berilmiah sebegini dapat
diteruskan dan dikembangkan pada masa hadapan kerana
dengan cara ini, kes-kes audit yang dikaji dan diterokai akan
dapat didokumentasikan dalam bentuk kekal lalu dimanfaatkan
oleh pegawai-pegawai audit khususnya.
Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada
pegawai-pegawai yang telah memberikan komitmen yang jitu
dalam menghasilkan Jurnal ini. Semoga Bahagian Pematuhan
Unit I (WPKL) Zon Tengah terus mengorak langkah ke hadapan
dan seterusnya bersama-sama memenuhi aspirasi visi dan misi
Jabatan.
MOHAMMAD SABRI BIN SAAD
M.t.t. Penolong Ketua Pengarah Kastam
Zon Tengah
i
Sekapur Sirih
Pengarah Operasi Pematuhan
Zon Tengah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Sejahtera,
Salam Semarak JKDM di mata dunia dan
Salam Keluarga Pematuhan.
Alhamdulillah, saya mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah rahmat dan inayahNya jua, buat julung kalinya ‘Jurnal Audit
Pematuhan Unit I (WPKL) Zon Tengah Edisi I’ dapat dihasilkan. Syabas dan
tahniah diucapkan kepada Bahagian Pematuhan Unit I (WPKL) Zon Tengah
atas usaha dan inisiatif untuk berkongsi kajian kes audit pematuhan melalui
penerbitan Jurnal ini secara digital (eJurnal).
Sebagaimana yang kita ketahui, pengauditan merupakan satu mekanisme
penting dalam melindungi hasil Jabatan serta memberi fasilitasi melalui
khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat yang diaudit supaya mengikrar dan
membayar duti dan cukai dengan betul. Proses pengauditan melibatkan
beberapa langkah utama yang meliputi perancangan, pelaksanaan,
pelaporan dan seterusnya membuat pengesyoran dan keputusan atas hasil
audit yang ditemui. Setiap langkah ini perlu dilaksanakan mengikut lunas
perundangan, peraturan dan perintah kerja yang ditadbir Jabatan supaya
sebarang ketirisan hasil yang dikesan dalam audit dapat dipungut semula.
Justeru, adalah diharap dengan penerbitan Jurnal ini mampu memberi sedikit
sebanyak manfaat dan panduan kepada pegawai-pegawai audit khususnya
dalam penghasilan pengauditan yang mantap dan berkesan.
Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada
Jawatankuasa Penerbitan ‘Jurnal Audit Pematuhan Unit I (WPKL) Zon Tengah
Edisi I’ yang telah bertungkus lumus menyumbangkan idea, masa dan
tenaga dalam penghasilan sulung Jurnal ini. Saya berharap usaha ini dapat
diteruskan di masa hadapan dengan lebih banyak perkongsian kajian kes-
kes audit pematuhan yang menarik dan mencabar. Semoga sumbangan ini
mendapat berkat daripada Allah SWT.
Selamat Maju Jaya.
NORIZAN BINTI RAMLI
Pengarah Operasi Pematuhan
Zon Tengah
ii
Prakata
Ketua Bahagian Pematuhan
Unit I (WPKL) Zon Tengah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera.
Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT.
kerana dengan keizinanNya, ‘Jurnal Audit Pematuhan Bahagian Pematuhan
Unit I (WPKL) Zon Tengah Edisi I’ ini dapat juga diterbitkan. Jurnal yang
merupakan hasil cetusan idea Pengarah Operasi Pematuhan Zon Tengah
bertujuan memberi gambaran kepada pegawai-pegawai audit bagaimana
audit itu dijalankan bermula dari penerimaan arahan pengauditan sehingga
proses audit dilengkapkan. Justeru itu, Bahagian Pematuhan Unit I (WPKL) Zon
Tengah mengambil inisiatif menubuhkan jawatankuasa untuk menghasilkan
Jurnal ini.
Seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan transformasi digital
Kastam, Jurnal ini disediakan dalam bentuk eJurnal. Sebagai usaha awal,
Jurnal ini menyediakan satu kajian kes audit pasca import yang melibatkan isu
pengklasifikasian ke atas barangan yang diimport. Jurnal ini digarap menjadi
lebih menarik dengan memasukkan contoh-contoh dokumen yang disemak
dan rujukan-rujukan daripada Manual Audit Pematuhan (MAP), Perintah Tetap
Pematuhan (PETUa), Panduan Pengauditan (PANDAi) serta petua (tips) audit.
Menjadi harapan saya agar Jurnal ini dapat berkembang dan ditambah baik
di masa hadapan dengan perkongsian kajian-kajian kes audit yang lebih
menarik sebagai maklumbalas kepada isu-isu percukaian yang baru dan
semakin mencabar serta dapat dijadikan bahan rujukan kepada pegawai-
pegawai audit. Saya juga mengalu-alukan sebarang maklum balas dan
cadangan kes-kes audit bagi dijadikan input dan memantapkan lagi Jurnal
ini di masa hadapan.
Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pegawai-
pegawai yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
penghasilan Jurnal ini. Semoga segala usaha dapat memberi kebaikan dan
mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Terima kasih. Wassalam. (NORIZAH BINTI ABDULLAH)
Ketua Bahagian Pematuhan
Unit I (WPKL)
Zon Tengah
iii
KAJIAN KES AUDIT PASCA IMPORT
“TOW LORRY SDN. BHD.”
1. LATAR BELAKANG SYARIKAT
Tow Lorry Sdn Bhd (“TLSB”) merupakan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti
pemasangan trak dan menjadi pengedar sah bagi trak berjenama “TOW”. Beralamat
di Shah Alam, Selangor, TLSB ditubuhkan pada tahun 2000 dengan modal saham
sebanyak RM20,000,000 telah dikeluarkan.
Maklumat dan profil syarikat boleh diperolehi daripada dua sumber
utama; dalaman dan luaran. Contoh sumber dalaman adalah rujukan
Jabatan, SMK, GENTAX dan maklumat daripada bahagian lain.
Sumber luaran pula merujuk kepada carian internet pihak ketiga,
contohnya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN) dan institusi kewangan. Maklumat‐maklumat
ini penting bagi memberikan gambaran awal aktiviti perniagaan dan
membantu pegawai audit dalam penyediaan pelaporan.
Pengimportan yang dibuat oleh TLSB merupakan pengimportan komponen-
komponen yang terdiri daripada kabin, enjin, axle, tayar dan lain-lain aksesori dalam
bentuk pek. Kesemua barangan ini diimport daripada pembekal di Jerman iaitu TOW
Group. Manakala FXS Shipping & Forwarding Agency Sdn. Bhd. bertindak sebagai
ejen penghantaran.
2
Payment
TOW Group Tow Lorry Sdn Bhd
Invoice
FXS Shipping & Forwarding Agency Sdn Bhd
Goods Delivered
Carta Alir Perdagangan Pengimportan Barangan
Kod etika pegawai audit:
o Bersikap ramah, mesra, tegas, berintegriti dan
profesional.
o Bertekad untuk mendapat fakta sebenar.
o Mewujudkan suasana bekerjasama.
o Membuat pemerhatian yang rapi dan teliti.
o Mempunyai pemikiran yang kritis terhadap aspek
pengauditan.
o Menyiasat isu yang meragukan tanpa disedari oleh pihak
syarikat.
o Mendapatkan penjelasan dan bukti yang sahih dengan
segera terhadap isu yang meragukan.
o Memelihara kerahsiaan maklumat syarikat.
3
2. PELAKSANAAN AUDIT
Pengauditan ke atas TLSB dibuat melalui arahan Operasi Gempur Hasil 3/ 2019 yang
dijalankan bermula dari 22 September 2019 sehingga 27 September 2019. Fokus
operasi adalah kepada isu penilaian ke atas harga pasaran terbuka eksais dan
pengimportan pek ‘completely knocked down’ (CKD) serta isu pengklasifikasian
barangan. Selain itu, pengauditan juga dibuat untuk meningkatkan kesedaran dan
kepatuhan syarikat terhadap undang-undang di bawah Customs (“Completely
Knocked Down” and “Completely Built Up”) (Definitions No. 1) Regulations 1988.
Sejurus mendapat arahan pengauditan pada 16 September 2019, pegawai audit
membuat persediaan awal seperti berikut:
i. Merujuk kepada laporan audit meja dari Cawangan Verifikasi dan Profiling Zon
Tengah;
ii. Mendapatkan maklumat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); dan
iii. Menjana data pengimportan dari Sistem Maklumat Kastam (SMK) bagi tempoh
pengimportan tiga tahun ke belakang iaitu dari Oktober 2016 hingga September
2019.
Persediaan awal adalah penting dalam
pengauditan bagi memastikan hala tuju
pelaksanaan audit dan tiada isu yang
terlepas pandang.
Analisa ke atas data pengimportan yang dijana dari SMK dan Borang Kastam No. 1
(Borang K1) mendapati TLSB telah mengikrar pengimportan dengan tajuk deskripsi
barangan ‘Tow Trucks 6X2’ di bawah kod tarif 8701.20.100; dan ‘Tow Trucks 4X4’ di
bawah kod tarif 8704.22.100. Kedua-dua kod tarif ini merupakan kod tarif bagi
barangan CKD yang menarik duti import 0% dan cukai barang dan perkhidmatan
(CBP) 6%/ cukai jualan 10%.
5
Merujuk Perintah Duti Kastam 2017, kod tarif 8701.20.100 dan 8704.22.100 masing-
masing menyatakan perihal barangan “Road tractors for semi trailers: Completely
Knocked Down” dan “Refrigerated Lorries: Completely Knocked Down”.
Dalam hal ini, pegawai audit perlu mengesahkan bahawa barangan yang diikrar
adalah barangan yang sebenar diimport.
Pada 23 September 2019, pegawai audit telah membuat lawatan secara mengejut ke
pejabat urusan TLSB yang beralamat di Lot.8, Jalan Sementa 27/91 Seksyen 27,
40000 Shah Alam, Selangor.
Dalam lawatan mengejut tersebut, pegawai audit telah membuat semakan ke atas
dokumen-dokumen pengimportan iaitu Borang K1, packing list, bill of lading, invois
belian, rekod pembayaran ke luar negara dan surat kelulusan Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi pengimportan ‘assembled cabin’
(CBU) di dalam pek CKD prime mover berjenama ‘TOW’.
Perintah Tetap Pematuhan (PETUa) Bilangan 4: Lawatan Audit
menjelaskan kuasa pegawai audit untuk mengakses premis, maklumat
berekod dan data berkomputer, serta mendapatkan dokumen
sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai
Barang dan Perkhidmatan 2014, dan Akta Cukai Jualan 2018.
Selain daripada membuat semakan dokumen, pegawai audit juga mendapatkan
maklumat dengan mengakses sistem komputer TLSB serta mengadakan temu bual
dengan pegawai-pegawai TLSB iaitu Pengurus Logistik (Puan Rokiah) dan Pengarah
Kewangan (Cik Wong).
6
Di akhir lawatan, pegawai audit telah menyita dan membawa balik dokumen-dokumen
TLSB ke Pejabat JKDM WPKL. Dokumen-dokumen ini dimasukkan ke dalam kotak-
kotak yang dilabel dan Notis Sitaan kemudiannya diserahkan kepada TLSB.
Perintah Tetap Pematuhan (PETUa) Bilangan 3: Pengurusan Dokumen/
Rekod menggariskan tatacara pengendalian dokumen/ rekod sebelum,
semasa dan selepas pengauditan. Dokumen hendaklah dikendalikan
dengan betul bagi memastikan rantaian (Chain of Custody) buku, data,
dokumen, rekod lain atau mana‐mana barang yang mungkin dikelaskan
sebagai ekshibit dari peringkat pengambilan/ penyitaan atau penahanan
sehingga penyelesaian prosiding diperingkat mahkamah tidak terputus.
7
Lawatan ke premis syarikat
(Sekadar gambar hiasan)
8
Semakan dokumen syarikat.
(Sekadar gambar hiasan)
9
Temubual bersama wakil syarikat.
(Sekadar gambar hiasan)
10
Kabin Pemandu Yang Diimport
(Sekadar gambar hiasan)
11
Enjin
(Sekadar gambar hiasan)
Axle
(Sekadar gambar hiasan)
12
Chasis
(Sekadar gambar hiasan)
Rim Tayar
(Sekadar gambar hiasan)
13
3. PENGUMPULAN MAKLUMAT DAN ANALISA BUKTI SERTA DOKUMEN
Hasil pemerhatian semasa lawatan mengejut ke premis TLSB, pegawai audit
mendapati terdapat komponen-komponen trak seperti enjin, chasis, kabin, axle, tayar
dan lain-lain aksesori dalam bentuk pek CKD yang belum dipasang. Selain itu,
terdapat kabin pemandu yang bercat putih, dan lengkap dipasang dengan windscreen
dan pintu tepi kabin yang dipasang dengan kaca. Terdapat juga lima buah trak prime
mover yang siap dipasang berada di premis.
Hasil pemerhatian ini didokumenkan dan direkod dengan mengambil gambar barang-
barang yang berada di premis.
Semasa temu bual dengan Cik Wong dan Puan Rokiah, pegawai audit dimaklumkan
bahawa komponen kabin pemandu bagi dua jenis trak iaitu prime mover dan rigid truck
telah siap dicat dengan warna putih, dipasang windscreen dan pintu bahagian
pemandu siap dipasang kaca sebelum dibawa masuk ke Malaysia. TLSB telah
mengikrar prime mover dan rigid truck masing-masing menggunakan kod tarif
8701.20.100 dan 8704.22.100 dalam Borang K1.
Pegawai audit mendapati tiada rigid truck berada di premis semasa lawatan ke premis
dijalankan.
Pegawai audit juga dimaklumkan bahawa TLSB telah menerima kelulusan daripada
MITI untuk mengimport ‘assembled cabin di dalam pek CKD Prime Mover’. TLSB
walau bagaimanapun masih tertakluk untuk memohon permit import (AP) daripada
MITI untuk mengimport barangan tersebut.
Pegawai audit diberi dua senarai komponen iaitu satu senarai komponen yang
dipasang lengkap pada unit kabin pemandu sebelum dibawa masuk ke Malaysia dan
satu lagi senarai komponen yang akan dipasang pada unit kabin pemandu di
Malaysia.
15
Pegawai audit seterusnya dimaklumkan bahawa Ketetapan Kastam yang meliputi
tempoh Disember 2009 hingga Disember 2012 telah dikeluarkan yang menyatakan
bahawa component/ parts/ accessories yang diimport oleh TLSB tidak boleh
diklasifikasikan sebagai ‘Road Tractor in CKD form’ di bawah kod tariff 8701.20.100
kerana component/ parts/ accessories yang dibawa masuk tidak memenuhi definisi
CKD.
Dalam pengauditan, temu bual merupakan salah satu langkah
penting bagi pegawai audit mendapatkan dan mengumpul
maklumat‐maklumat yang tidak didokumenkan.
Hasil semakan, pemerhatian dan temu bual dengan pegawai-pegawai TLSB, pegawai
audit mendapati terdapat pertikaian dari aspek klasifikasi dan kod tarif yang diikrar
dengan barangan yang sebenar dibawa masuk.
Pegawai audit berpendapat bahawa barangan “prime mover” dan “rigid truck” lebih
tepat diikrar masing-masing sebagai “Road tractors for semi-trailers: New” di
bawah kod tarif 8701.20.9100 dan “Refrigerated Lorries: New” di bawah kod tarif
8704.23.6110. Kedua-dua kod tarif ini menarik duti import 30% dan CBP 6%/ cukai
jualan 10%.
Pegawai audit seterusnya meneruskan tindakan mendapatkan pengesahan kod tarif
melalui permohonan pengklasifikasian barangan (PBC) kepada Bahagian PERTEK
Ibu Pejabat. Permohonan yang dikemukakan turut disertakan dengan maklumat-
maklumat barangan seperti risalah, gambar, Borang K1, packing list, dan invois belian
yang diperoleh semasa lawatan.
Perintah Tetap Perkhidmatan Teknik Bilangan 2: Tatacara
Pengklasifikasian dan Permohonan Pengklasifikasian Barangan
menggariskan tatacara pengklasifikasian dan permohonan
pengklasifikasian barangan. Selaras dengan peruntukan seksyen 3, 13
dan 22 Akta Kastam 1967, dan seksyen 4, 8 dan 18 Akta Eksais 1976,
pegawai audit Bahagian Pematuhan boleh membuat permohonan
pengklasifikasian barangan kepada Bahagian PERTEK Ibu Pejabat.
16
4. PENEMUAN AUDIT
Pada 16 Disember 2019, Bahagian PERTEK Ibu Pejabat telah mengeluarkan
keputusan permohonan pengklasifikasian barangan yang memutuskan bahawa
dagangan ‘prime mover’ diklasifikasikan sebagai CBU di bawah kod tarif
8701.20.9100 yang menarik duti import 30%, manakala ‘rigid truck’ pula
diklasifikasikan sebagai CKD di bawah kod tarif 8704.23.5900 yang menarik duti
import 0%.
Keputusan pengklasifikasian ini melibatkan sebanyak 55 pengimportan prime mover
bagi tempoh 01 Oktober 2016 sehingga 30 September 2019 yang diikrar di bawah kod
tarif 8701.20.100 dan sepatutnya diklasifikasikan di bawah kod tarif 8701.20.9100.
Dalam hal ini, TLSB adalah tidak layak mengikrar barangan prime mover sebagai CKD
berdasarkan Customs (“Completely Knocked Down” and “Completely Built Up”)
(Definitions No. 1) Regulations 1988.
Pegawai audit merumuskan duti import; CBP; dan cukai jualan kurang bayar masing-
masing berjumlah RM14,556,008.77; RM306,751.28; dan RM3,036,919.93.
Pada 31 Disember 2019, Surat Pemberitahuan Hasil Audit telah dikeluarkan kepada
TLSB.
‘Surat Pemberitahuan Hasil Audit’ merupakan mekanisma pemakluman
kepada syarikat tentang penemuan hasil audit bagi ketidakpatuhan akta
dan peraturan. Pegawai audit hendaklah memastikan ‘Surat
Pemberitahuan Hasil Audit’ diterima oleh syarikat sebelum Bil Tuntutan
dikeluarkan sebagaimana yang digariskan dalam Perintah Tetap Pematuhan
(PETUa) Bilangan 9: Pengurusan Notis Taksiran Round Table Discussion dan
Pengeluaran Bil Tuntutan.
18
Pada 06 Januari 2020, perbincangan meja bulat (RTD) telah diadakan dengan wakil
TLSB dan dalam RTD tersebut TLSB menyatakan tidak bersetuju dengan penemuan
audit.
‘Round Table Discussion’ atau RTD merupakan platform perbincangan
bagi kedua‐dua pihak, iaitu pegawai audit dan pihak syarikat untuk
masing‐masing memaklumkan hasil audit dan mengemukakan bukti‐bukti
baru. RTD perlu diuruskan selaras dengan Perintah Tetap Pematuhan
(PETUa) Bilangan 9: Pengurusan Notis Taksiran Round Table Discussion
dan Pengeluaran Bil Tuntutan.
Berdasarkan kepada penemuan audit iaitu pengikraran kod tarif yang tidak betul bagi
barangan yang dibawa masuk, TLSB didapati telah gagal mematuhi kehendak
seksyen 78 dan 79 Akta Kastam 1967 iaitu tidak membuat pengikraran deskripsi
barang yang penuh serta benar dalam Borang K1 dan melakukan kesalahan di bawah
subseksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967. Sebanyak empat bil tuntutan bagi menuntut
kekurangan duti dan cukai berjumlah RM17,899,679.98 dikeluarkan kepada syarikat
pada 15 Januari 2020.
TLSB memfailkan permohonan semakan kehakiman ke Mahkamah Tinggi Shah Alam
bagi mencabar keputusan Ketua Pengarah Kastam yang dibuat melalui pengeluaran
bil tuntutan pada 15 Januari 2020 dengan alasan mempunyai surat kelulusan daripada
MITI untuk mengimport ‘assembled cabin di dalam pek CKD Prime Mover’.
19
5. PERSEDIAAN KE MAHKAMAH
Pada 04 Februari 2020, pegawai audit telah menerima writ saman yang dikemukakan
oleh Unit Guaman Sivil, Cawangan Pendakwaan, ABT & Rayuan, Bahagian
Penguatkuasaan Ibu Pejabat.
Susulan daripada itu, satu perbincangan yang dihadiri oleh Timbalan Pendakwa Raya
(TPR), Pengarah Operasi Pematuhan Zon Tengah, pegawai audit, pegawai penyelia,
pegawai dari Bahagian PERTEK Ibu Pejabat dan pegawai dari Bahagian
Perundangan Ibu Pejabat telah diadakan pada 06 Februari 2020.
Perbincangan diadakan bagi membincangkan penyediaan fakta dan latar belakang
kes audit TLSB termasuk kronologi kes secara terperinci dan ekshibit dokumen yang
berkaitan.
Dalam satu mesyuarat berasingan pada 18 Februari 2020 yang turut dihadiri oleh
pegawai dari MITI, pegawai MITI memaklumkan kelulusan pengimportan ‘assembled
cabin di dalam pek CKD Prime Mover’ yang diberikan kepada TLSB adalah
bertujuan membenarkan syarikat membuat pengimportan kabin pemandu dalam
bentuk CBU bersama dengan komponen pek CKD. Tambahan, walaupun TLSB telah
mendapat kelulusan untuk mengimport ‘assembled cabin’ bersama pek CKD, TLSB
masih tertakluk menggunakan kod tarif yang sesuai dengan merujuk JKDM.
“Ada ketika syarikat yang diaudit akan mencabar keputusan Ketua
Pengarah Kastam melalui Tribunal Rayuan Kastam atau
mahkamah. Justeru pegawai audit hendaklah sentiasa
menjalankan audit seolah‐olah kes yang diaudit akan berakhir di
mahkamah”
21
6. KEDUDUKAN KES
Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memutuskan bahawa TLSB perlu memfailkan
rayuan di Tribunal Rayuan Kastam melalui keputusan kehakiman seperti berikut,
“.…the description of the goods imported by the applicant shows ‘cab in the form of
CKD’ and subsequently ‘fully assembled cabs’ which prima facie gives the impression
that the latter was a CBU type. Hence, issues of facts are involved and the proper
forum to resolve this is the Customs Appeal Tribunal….”
TLSB, walau bagaimanapun tidak memfailkan rayuan di Tribunal Rayuan Kastam
sebaliknya mengemukakan permohonan rayuan remisi ke Kementerian Kewangan
Malaysia (MOF).
MOF telah meluluskan remisi pada kadar 70% daripada jumlah amaun tuntutan
RM17,899,679.98. Baki 30% berjumlah RM5,369,903.39 telah dijelaskan melalui cek.
23
7. KESIMPULAN
Pengauditan ke atas TLSB menunjukkan bahawa isu-isu dan penemuan audit yang
disimpulkan adalah jelas dengan fakta kes yang kukuh dan berasas. Pegawai audit
berjaya mengesahkan bahawa berlaku kesalahan mengikrar kod tarif melibatkan
kurang bayar duti import dalam pengimportan prime mover.
Penemuan audit adalah disokong dengan bukti-bukti terdiri daripada dokumen
pengimportan (‘documentary evidence’), bukti lisan (‘oral evidence’) iaitu keterangan
hasil temubual dengan pegawai syarikat dan bukti fizikal (‘physical evidence’)
barangan import yang terdapat di premis syarikat.
Pegawai audit juga mendapatkan pengesahan pengklasifikasian barangan import
daripada Bahagian PERTEK Ibu Pejabat mengikut tatacara sebagaimana yang
ditetapkan dalam Perintah Tetap Perkhidmatan Teknik Bilangan 2: Tatacara
Pengklasifikasian dan Permohonan Pengklasifikasian Barangan.
Proses audit yang dijalankan secara teratur dan terancang selaras dengan
peruntukan undang-undang dan PETUa merupakan faktor kejayaan audit. Ini
termasuk melakukan analisa awal ke atas data-data pengimportan dan latar belakang
syarikat; menguruskan dokumen yang disita mengikut tatacara pengurusan dokumen;
dan mengadakan RTD dengan pihak TLSB bagi memaklumkan penemuan audit.
Penglibatan pegawai penyelia, Pengarah Operasi Pematuhan Zon Tengah dan
Timbalan Pendakwa Raya dalam menyelia, memberi pandangan dan sokongan serta
membuat keputusan dalam kes audit ini juga menjadi faktor kekuatan dan kejayaan
kes audit.
25
TOW GROUP AG
GERMANY
SALES INVOICE
TOW LORRY SDN BHD INVOICE : 00001
Lot.8, Jalan Sementa 27/91 INVOICE DATE : 01/12/2016
Seksyen 27, ORDER DATE : 01/11/2016
40000 Shah Alam, Selangor COUNTRY : MALAYSIA
TITLE OF ITEMS – 3 UNITS TOW TRUCK MODEL 6X2 CKD
ITEM ORDER VOUCHER NUM ENGINE NUM PRICE (EUR)
1. 10001 100000.00
2. 20001 11001 XXXXX 100000.00
3. 30001 100000.00
21001 XXXXX
31001 XXXXX
TOTAL PRICE OF CKD – CNF 300000.00
PAYMENT : BANK TRANSFER
CREDIT TERMS : 60 DAYS AFTER DATE OF ARRIVAL
Invois Jualan - 00001
TOW GROUP AG
GERMANY
PACKING LIST
TOW LORRY SDN BHD INVOICE : 00001
Lot.8, Jalan Sementa 27/91 INVOICE DATE : 01/12/2016
Seksyen 27, ORDER DATE : 01/11/2016
40000 Shah Alam, Selangor COUNTRY : MALAYSIA
TITLE OF ITEMS – 3 UNITS TOW TRUCK MODEL 6X2 CKD
ITEM CONTENA PACKAGE WEIGHT (KG)
1. 10011 20 17000
2. 20011 10 4000
3. 30011 23 8000
TOTAL 53 29000
SHIPPING AGENT : FXS SHIPPING & FORWARDING AG (GROUP OF FXS)
Packing list
TOW GROUP AG 31/12/2016 B10112020799
MUNICH, GERMANY PAGE : 1/1 PELABUHAN KLANG B10
TOW LORRY SDN BHD B/P PENGARAH KASTAM
LOT 8, JALAN SEMENTA 27/91 IMPORT PERGUDANGAN
SEKSYEN 27,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR MIT 10001
FXS SHIPPING & FORWARDING
AGENCY S/B PORT KELANG 29000KGM
LOT 78, JALAN SEMENTA 27/91 MYPKG 200.0000/MT
SEKSYEN 27,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR
Inv No : 00001 53 PACKAGE 3 X 40'HC CONTR STC:- TOW TRUCKS MODEL 6X2 CKD
10011,20011,30011
1. ENGINE : XXXXXX 8701.20.100
2. ENGINE : XXXXXX 8701.20.100
3. ENGINE : XXXXXX 8701.20.100
CNF EUR 300000 = RM 1485330.00 EXCH : 4.9511
INSURANCE = RM 148533.00
CIF = RM 1633863.00
1. AG 1.00/UNT 495110.00 NIL 0.00 NIL 0.00 GST 6% 29706.60
2. AG 1.00/UNT 495110.00 NIL 0.00 NIL 0.00 GST 6% 29706.60
3. AG 1.00/UNT 495110.00 NIL 0.00 NIL 0.00 GST 6% 29706.60
1633863.00 0.00 0.00 89,119.80
B/P PENGARAH KASTAM
IMPORT PERGUDANGAN
Borang K1
Date 01 DEC 2016 BILL OF LADING Page
1 of
SHIP FROM CIF: Bill of Lading Number: 00001
Location #: MALAYSIA
Name: TOW GROUP AG B AR C O D E S P AC E
Address: MUNICH, GERMANY
City/State/Zip: CARRIER NAME:
SID#:
Trailer number:
SHIP TO Seal number(s):
SCAC:
Name: TOW LORRY SDN BHD Pro
Address: LOT 8, JALAN SEMENTA 27/91, SEKSYEN 27 number:
City/State/Zip: 40000 SHAH ALAM, SELANGOR
CID#: B AR C O D E S P AC E
THIRD PARTY FREIGHT CHARGES BILL TO:
Name:
Address:
City/State/Zip: Freight Charge Terms: (freight charges are
SPECIAL INSTRUCTIONS:
prepaid unlessmarked otherwise)
Prepaid Collect 3rd Party
CIF PORT KELANG (check box) Master Bill of Lading: with attached
underlying
CUSTOMER ORDER CUSTOMER Bills of Lading
NUMBER
ORDER
10001 INFORMATION
20001 # PKGS WEIGHT PALLET/SL ADDITIONAL SHIPPER INFO
30001 IP
20 CONTENA 10011
GRAND TOTAL (CIRCLE ONE)
17000KG YN
10 4000KG Y N CONTENA 20011
23 8000KG Y N CONTENA 30011
YN
YN
YN
YN
53 29000KG YN
HANDLING PACKAGE CARRIER LTL ONLY
UNIT INFORMATION NMFC # CLASS
COMMODITY DESCRIPTION
QTY TYPE QTY TYPE WEIGH H.M. Commodities requiring special or additional care or attention in handling or stowing must
(X) be so
T
marked and packaged as to ensure safe transportation with ordinary care.
20 CKD 17000KG
See Section 2(e) of NMFC Item 360
3 UNITS TOW TRUCK MODEL 6X2 CKD
10 CKD 4000KG 3 UNITS TOW TRUCK MODEL 6X2 CKD
23 CKD 8000KG 3 UNITS TOW TRUCK MODEL 6X2 CKD
RECEIVING
S T AM P S P AC E
29000KG GRAND TOTAL
Bill of Lading
AP PERMIT MIT 10001 PIA Branch
MIN.OF INTERNATIONAL TRADE & IND
APPLICATION DETAILS
Trader Application
Permit Issuing Agency (PIA)
MIN.OF INTERNATIONAL TRADE & IND
Application ID Permit No. Permit Type AP Type
00001 MIT10001 MITI Import OTHER VEHICLE
AP Category AP Subcategory Application Date Import Date
PERMANENT IMPORT COMMERCIAL 01/11/2016 01/12/2016
- CKD VEHICLE
CONSIGNEE DETAILS
ROC/ROB
00001-XX
Name
TOW LORRY SDN BHD
Address
LOT 8, JALAN SEMENTA 27/91, SEKSYEN 27,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR
CONSIGNOR DETAILS
ROC/ROB
Name
TOW GROUP AG
Address
MUNICH, GERMANY
ITEM DETAILS Group Description
Tariff Code PERMANENT IMPORT - CKD
8701 20 100
Product Description Unit of Measurement Brand
COMMERCIAL VEHICLE UNT TOW 6X2 CKD
Description of Goods
PERMANENT IMPORT – CKD, COMMERCIAL VEHICLE, ENGINE NO:XXXXX,MODEL TOW 6X2 CKD
Permit Import (AP)
TOW GROUP AG
GERMANY
SALES INVOICE
TOW LORRY SDN BHD INVOICE : 00002
Lot.8, Jalan Sementa 27/91 INVOICE DATE : 01/01/2017
Seksyen 27, ORDER DATE : 01/12/2016
40000 Shah Alam, Selangor COUNTRY : MALAYSIA
TITLE OF ITEMS – 3 UNITS TOW TRUCK MODEL 4X4 CKD
ITEM ORDER VOUCHER NUM ENGINE NUM PRICE (EUR)
1. 40001 150000.00
2. 50001 41001 XXXXX 150000.00
3. 60001 150000.00
51001 XXXXX
61001 XXXXX
TOTAL PRICE OF CKD – CNF 450000.00
PAYMENT : BANK TRANSFER
CREDIT TERMS : 60 DAYS AFTER DATE OF ARRIVAL
Invois Jualan - 00002
TOW GROUP AG
GERMANY
PACKING LIST
TOW LORRY SDN BHD INVOICE : 00002
Lot.8, Jalan Sementa 27/91 INVOICE DATE : 01/01/2017
Seksyen 27, ORDER DATE : 01/12/2016
40000 Shah Alam, Selangor COUNTRY : MALAYSIA
TITLE OF ITEMS – 3 UNITS TOW TRUCK MODEL 4X4 CKD
ITEM CONTENA PACKAGE WEIGHT (KG)
1. 40011 18 18000
2. 50011 18 5000
3. 60011 18 9000
TOTAL 54 32000
SHIPPING AGENT : FXS SHIPPING & FORWARDING AG (GROUP OF FXS)
Packing List
TOW GROUP AG 31/01/2017 B10101010839
MUNICH, GERMANY PAGE : 1/1 PELABUHAN KLANG B10
TOW LORRY SDN BHD B/P PENGARAH KASTAM
LOT 8, JALAN SEMENTA 27/91 IMPORT PERGUDANGAN
SEKSYEN 27,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR MIT 10002
FXS SHIPPING & FORWARDING
AGENCY S/B PORT KELANG 29000KGM
LOT 78, JALAN SEMENTA 27/91 MYPKG 200.0000/MT
SEKSYEN 27,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR
Inv No : 00002 54 PACKAGE 3 X 40'HC CONTR STC:- TOW TRUCKS MODEL 4X4 CKD
40011,50011,60011
1. ENGINE : XXXXXX 8704.22.100
2. ENGINE : XXXXXX 8704.22.100
3. ENGINE : XXXXXX 8704.22.100
CNF EUR 450000 = RM 2104785.00 EXCH : 4.6773
INSURANCE = RM 210478.50
CIF = RM 2315263.50
1. AG 1.00/UNT 701595.00 NIL 0.00 NIL 0.00 GST 6% 42095.70
2. AG 1.00/UNT 701595.00 NIL 0.00 NIL 0.00 GST 6% 42095.70
3. AG 1.00/UNT 701595.00 NIL 0.00 NIL 0.00 GST 6% 42095.70
2315263.50 0.00 0.00 138915.81
B/P PENGARAH KASTAM
IMPORT PERGUDANGAN
Borang K1
Date 01 JAN 2017 BILL OF LADING Page 1
of
SHIP FROM CIF: Bill of Lading Number: 00002
Location #: MALAYSIA
Name: TOW GROUP AG B AR C O D E S P AC E
Address: MUNICH, GERMANY
City/State/Zip: CARRIER NAME:
SID#: Trailer number:
Seal number(s):
SHIP TO SCAC:
Pro
Name: TOW LORRY SDN BHD number:
Address: LOT 8, JALAN SEMENTA 27/91, SEKSYEN 27
City/State/Zip: 40000 SHAH ALAM, SELANGOR B AR C O D E S P AC E
CID#:
THIRD PARTY FREIGHT CHARGES BILL TO:
Name:
Address:
City/State/Zip: Freight Charge Terms: (freight charges are
SPECIAL INSTRUCTIONS:
prepaid unlessmarked otherwise)
Prepaid Collect 3rd Party
CIF PORT KELANG Master Bill of Lading: with attached underlying
CUSTOMER ORDER CUSTOMER (check box) Bills of Lading
NUMBER
ORDER
40001 INFORMATION
50001 # PKGS WEIGHT PALLET/SLI ADDITIONAL SHIPPER INFO
60001 P
18
GRAND TOTAL (CIRCLE ONE)
18000KG Y N CONTENA 40011
18 5000KG Y N CONTENA 50011
18 9000KG Y N CONTENA 60011
YN
YN
YN
YN
54 32000KG YN
HANDLING PACKAGE CARRIER LTL ONLY
UNIT INFORMATION NMFC # CLASS
QTY TYPE QTY TYPE
COMMODITY DESCRIPTION
18 CKD
18 CKD WEIGHT H.M. Commodities requiring special or additional care or attention in handling or stowing must be
18 CKD (X) so
18000KG
5000KG marked and packaged as to ensure safe transportation with ordinary care.
9000KG See Section 2(e) of NMFC Item 360
3 UNITS TOW TRUCK MODEL 4X4 CKD
3 UNITS TOW TRUCK MODEL 4X4 CKD
3 UNITS TOW TRUCK MODEL 4X4 CKD
RECEIVING
S T AM P S P AC E
32000KG GRAND TOTAL
Bill of Lading
AP PERMIT MIT 10002 PIA Branch
MIN.OF INTERNATIONAL TRADE & IND
APPLICATION DETAILS
Trader Application
Permit Issuing Agency (PIA)
MIN.OF INTERNATIONAL TRADE & IND
Application ID Permit No. Permit Type AP Type
00002 MIT10002 MITI Import OTHER VEHICLE
AP Category AP Subcategory Application Date Import Date
PERMANENT IMPORT COMMERCIAL 01/12/2016 01/01/2017
- CKD VEHICLE
CONSIGNEE DETAILS
ROC/ROB
00001-XX
Name
TOW LORRY SDN BHD
Address
LOT 8, JALAN SEMENTA 27/91, SEKSYEN 27,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR
CONSIGNOR DETAILS
ROC/ROB
Name
TOW GROUP AG
Address
MUNICH, GERMANY
ITEM DETAILS Group Description
Tariff Code PERMANENT IMPORT - CKD
8704 22 100
Product Description Unit of Measurement Brand
COMMERCIAL VEHICLE UNT TOW 4X4 CKD
Description of Goods
PERMANENT IMPORT – CKD, COMMERCIAL VEHICLE, ENGINE NO:XXXXX,MODEL TOW 4X4 CKD
Permit Import (AP)
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
MINISTRY OF INTERNATIONAL TRADE AND INDUSTRY
Menara Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
No.7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur,
MALAYSIA Telefon : 03 – 8000 8000
Faksimilie : 03 – 6202 3446
Laman Web : www.miti.gov.my
MITI:ID/BI/S/0.01-01/2016
01 Januari 2016
PENGARAH URUSAN
TOW LORRY SDN BHD
LOT.8, JALAN SEMENTA 27/91
SEKSYEN 27
40000 SHAH ALAM, SELANGOR
Tuan,
PERMOHONAN KELULUSAN PENGIMPORTAN ASSEMBLED CABIN (CBU) DI DALAM PEK CKD PRIME MOVER
JENAMA TOW
Dengan hormatnya merujuk kepada syrat syarikat berkenaan perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa permohonan syarikat Tow Lorry Sdn Bhd untuk
mendapatkan kelulusan pengimportan assembled cabs (CBU) di dalam pek CKD Prime
Mover jenama TOW sebanyak 800 unit diluluskan, tertakluk kepada syarat-syarat:
I. aktiviti pemasangan dijalankan sepenuhnya di kilang pemasangan syarikat Tow Lorry
Sdn Bhd
II. memenuhi keperluan teknikal seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan
Jalan;
III. jumlah pengimportan secara assembled cabs bersama pek CKD adalah tidak
melebihi 800 unit dari tarikh kelulusan MITI; dan
IV. syarikat hendaklah mengambil perhatian bahawa hanya jenis dan kategori kenderaan
seperti dinyatakan dalam Lesen Import sahaja dibenarkan import.
Sekian dan terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Saya yang menurut perintah,
Pengarah
Bahagian Dasar Sektoral
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Surat Kelulusan MITI
1. Aerofoil 13. Step unit and mudguard 25. Reaer view mirror
26. Rear wall paneling
2. Air guiding parts for windscreen heating 14. Synthetic floorcovering 27. Roller blind
doors 28. Roof Mounting
15. Front service door narrow 29. Seats + seats belt
3. Air-round curtain 30. Side panels
16. Instrument panel 31. Stepwell and fender, left and right
4. Cab suspension air sprung 32. Stepwell left & right on underride guard
17. Lift-up roof mechanical 33. Stowage box, flaps & locks
5. Bonnet cover for manual gearbox 34. Sun visor outer
18. Luggage rack with spotlight 35. Windscreen
6. Hydraulic cab tilting mechanism
19. Matters for lower bunk
7. Kerb mirror left
20. Mirrors
8. Long haul Cab
21. Mudguards bracket
9. Doors, left and right
22. Pillar linings
10. Décor fairing for instrument panel
23. Plugs
11. Door Windows, left and right
24. Rear panels
12. Engine Cowling insulation
B) Senarai CKD komponen yang dipasang
tempatan pada cabin Prime Mover (TOW)
1. Aerofoil
2. Cabin front suspension
3. Cabin rear suspension
4. Cabin tilting mechanism
5. Kerb mirror left
6. Fender front inner
7. Mudguard bracket
8. Synthetic bumper with mounting
9. Mirror arm left & right for rear
viewmirror
10. Stepwell and fender
11. Driver seat & seat belt
12. Rear bench
Senarai Komponen
KE.HT(96)/0001 NO.SIRI : 00001
KASTAM DIRAJA MALAYSIA/ROYAL MALAYSIA CUSTOMS
KETETAPAN KASTAM
CUSTOMS RULLING
(Seksyen 10B Akta Kastam 1967 / Seksyen 11B Akta Cukai Jualan 1972 / Seksyen 6B Akta
Cukai Perkhidmatan 1975 / Seksyen 5B Akta Eksais 1976)
(Section 10B of the Customs Act 1967 / Section 11B of the Sales Tax Act 1972 / Section 6B of the
Service Tax Act 1975 / Section 5B of the Excise Act 1976)
Pemohon : TOW LORRY SDN BHD
Applicant : LOT 8, JALAN SEMENTA 27/91, SEKSYEN 27, 40000 SHAH ALAM
Alamat
Address
Setelah mempertimbangkan semua fakta dan maklumat yang dikemukakan, ketetapan kastam
yang berikut diputuskan:
After taking into consideration all the facts and information submitted, the customs ruling is decided as
follows:
Dagangan Kod Tarif / Tariff Code
SILA RUJUK LAMPIRAN
Tempoh sah ketetapan kastam:
The validity period of customs ruling : 01 Disember 2009 hingga 01 Disember 2012
Ketua Pengarah Kastam Tarikh/Date: 01 Disember 2009
Malaysia
Director General of Customs
Malaysia
KE.HT(96)/0001 NO.SIRI : 00001
Keterangan:
Barangan merupakan komponen/parts/accessories yang akan dipasang pada prime
mover jenama TOW model TOW cabin. Kedudukan setiap
komponen/parts/accessories yang diberikan adalah seperti dalam risalah yang
dibekalkan.
Kebanyakan komponen/parts/accessories diperbuat khas untuk prime mover ini dan
ianya boleh dipasang terus selepas diimport.
komponen/parts/accessories ini tidak boleh dipenjeniskan di bawah kod tariff
8701.20.100 sebagai Road Tractor in CKD form kerana komponen/parts/accessories
yang dibawa masuk tidak dapat memenuhi definisi CKD atau syarat-syarat dalam
Jadual A, Customs (Completely Knocked Down and Completely Built Up)(Definition
No.1 and 2) Regulations 1988. Oleh itu penjenisan seharusnya dibuat secara
berasingan mengikut komponen/parts/accessories masing-masing.
Ketetapan Kastam 2019
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA Telefon : +603 7884 4054
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR Faksimili : +603 7804 5646
BAHAGIAN PEMATUHAN
CAWANGAN AUDIT IMPORT & SST
ARAS 3, BLOK C, KOMPLEKS KASTAM WPKL
22 JALAN SS 6/3, KELANA JAYA,
47301 PETALING JAYA, SELANGOR
Laman Web : www.customs.gov.my
Rujukan Kami : KE.WB(120)462/89/01
Tarikh : 11 OKTOBER 2019
Ketua Pengarah Kastam,
Jabatan Kastam Diraja Malaysia,
Bahagian Perkhidmatan Teknik,
Cawangan Penjenisan, Tarif dan Gubalan,
Aras 6 Utara, Blok 2G 1B,
Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 3 Persiaran Perdana, Presint 2,
62592 Putrajaya.
YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan
PERMOHONAN PENJENISAN BAGI BARANGAN NEW 6X2 PRIME MOVER
Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan auditan pasca import sedang dijalankan ke atas syarikat TOW
LORRY SDN BHD dari tempoh 01 Oktober 2016 sehingga 30 September 2019. Hasil auditan
mendapati barangan tersebut diikrar menggunakan kod tariff 8701.20.1000.
3. Cawangan Audit Import & SST berpendapat bahawa barangan tersebut lebih sesuai
diletakkan dibawah kod tariff 8701.20.9100 berdasarkan kepada fungsinya. Dimajukan
permohonan penjenisan seperti di Lampiran G beserta Lampiran 1 yang berkaitan.
4. Kerjasama daripada pihak YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Bahagian Pematuhan,
Cawangan Auditan Import & SST
b.p. Pengarah Operasi Pematuhan
BERKHIDMAT MENYEJAHTERAKAN RAKYAT
LAPORAN PENGKLASIFIKASIAN BARANGAN
Kepada:
Ketua Pengarah Kastam
KEGUNAAN IBU PEJABAT
1. Cop Terima: (Pejabat Pengarah PERTEK) 2. Cop Terima:(Pejabat CPTG)
3. No. Kepala: 4. Tarikh Buka Fail: 5. Rujukan Ibu Pejabat:
6. Sampel (Sila Tandakan √ ): 7. No. Pendaftaran Sampel:
9. Lain-Lain:
Ada Tiada
Bilangan:
8. CD-Rom (Sila Tandakan √ ):
Ada Tiada
LAPORAN PENGKLASIFIKASIAN BARANGAN
(perlu diisi bagi semua kategori)
10. Rujukan Pemohon: 11. Tarikh:
KE.WB(120)462/89/01 11.10.2019
12. Kategori Permohonan Pengklasifikasian Barangan (Sila Tandakan √ ):
PBB PBC PBM PBP PBR
KETERANGAN BARANGAN
(perlu diisi bagi semua kategori)
13. Nama Barangan: 14. Nama Perdagangan:
PRIME MOVER, 6X2 TOW PRIME MOVER 6X2
15. Jenama: 16. Model:
TOW TOW 6X2
17. Komposisi Barangan / Spesifikasi 18. Saiz / Bentuk:
Teknikal: Wheel Base
RUJUK LAMPIRAN 1. TOW 6X2 - 3,700 mm
19. Kategori Barangan (Sila Tandakan √ ): 20. Pembungkusan:
DIMASUKKAN DALAM KONTENA
Barangan Import
Barangan Eksport
Pengilangan Tempatan
21. Kegunaan:
Kenderaan ini akan dipasang semula menjadi Prime Mover CBU baru yang
lengkap dan dijual dipasaran tempatan.
KATEGORI PBM
22. Tarikh Permohonan:
23. Jenis PBM (Sila Tandakan √ ):
Klasifikasi Barangan Yang Tidak Memenuhi Syarat-Syarat NKB
Klasifikasi Bertindih (sertakan salinan sijil NKB berkenaan)
Negeri Tidak Bersetuju Dengan Keputusan Klasifikasi Ibu Pejabat (sertakan salinan sijil Keputusan
Klasifikasian Ibu Pejabat)
24. Tarikh Kes Bantahan: KATEGORI PBB
26. Nama Syarikat: 25. No Pendaftaran Import:
Alamat Syarikat:
27. No. Telefon: 28. No. Inbois:
No. Faks: 30. Kod Tarif Diluluskan:
e-Mel:
29. Kod Tarif Diikrar:
31. Lain-lain Maklumat:
32. Tarikh Kes: KATEGORI PBP 34. Kod Tarif
Dicadangkan:
33. Kod Tarif Diikrar (Jika
Berkenaan):
35. Fakta Kes Penguatkuasaan:
36. Lain-lain Maklumat:
37. Tarikh Kes: KATEGORI PBC 39. Kod Tarif
11/10/2019 Dicadangkan:
38. Kod Tarif Diikrar:
8701.20.1000 8701.20.9100 (PDK
2017)
40. Lain-lain Maklumat: -
KATEGORI PBR
41. Rujukan Keputusan Klasifikasi Yang 42. Tarikh Klasifikasi Dikeluarkan:
Telah Dikeluarkan:
43. Nama Syarikat:
Alamat Syarikat:
No. Telefon:
No. Faks:
e-Mel:
44. Kod Tarif Diluluskan: 45. Kod Tarif Dicadang Oleh Perayu:
46. Lain-lain Maklumat:
RUJUKAN
(perlu diisi bagi semua kategori)
47. Laporan Pakar: 48. Surat Klasifikasi Barangan:
- -
49. Explanatory Note: 50. Customs Inventory Of Chemical:
-
EN HS 2017 mukasurat XVII-8701-1
hingga XVII-8701-3
51. WCO Compendium Of Classification 52. Laman Web:
Opinion: -