The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

'Semoga lakaran ini menyuntik dan mewarnai kecemerlangan MJII zaman berzaman. Saya titipkan untuk kalian sebagai kenangan.' - Zarinah Idrus

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mediamjiib, 2022-10-18 23:13:55

Buku Meja Kopi : Lakaran Kejayaan MJII

'Semoga lakaran ini menyuntik dan mewarnai kecemerlangan MJII zaman berzaman. Saya titipkan untuk kalian sebagai kenangan.' - Zarinah Idrus

MJII telah memenangi dua (2) pingat emas di pertandingan iCompEx 2017 yang berlangsung di POLIMAS, Jitra Kedah pada Mac 2017. MJII telah menghantar tiga (3) projek ke pertandingan iCompEx 2018 dan berjaya merangkul satu (1) Emas dan dua (2) Perak. MJII telah merangkul lima (5) pingat iaitu satu Emas dan empat Perak dalam Pertandingan iCompEx 2019 yang berlangsung di Kedah. 42


MJII telah melakar kejayaan yang membanggakan apabila berjaya memenangi anugerah dan beberapa pingat di pertandingan National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’2021) yang berlangsung secara atas talian pada 19 September 2019. MJII telah menyertai lapan (8) buah projek inovasi bagi Pertandingan Inovasi iCompEx 2022. Terdapat pelbagai penyertaan dari penyelidik seluruh Malaysia yang terdiri daripada Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Kolej Vokasional, GiatMARA, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Agensi Kerajaan, Agensi Swasta, Sekolah, Individu dan lain-lain. 43


Seramai 298 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang diadakan di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) pada 1 Ogos 2017. MJII telah merangkul BEST CHAPTER A: untuk projek Controlling Bay Barrier Parking Using Android Phone Via Bluetooh serta mendapat Best Award: Best Contingen iaitu penyertaan paling banyak dengan kemenangan pingat paling banyak iaitu tiga (3) Emas, empat (4) Perak dan empat (4) Gangsa. Pertandingan inovasi antarabangsa telah disertai oleh 24 orang pelajar MJII dalam kategori A: Elektrik, Elektronik dan ICT dan Kategori C: Tenaga Diperbaharui. MJII telah menghantar tiga (3) buah projek bagi menyertai i-EIE 2019 dan telah merangkul satu (1) Emas, satu (1) Perak dan satu (1) Gangsa yang telah diadakan pada 7 – 9 Oktober 2019 di UniKL Malaysia-Spanish Institute, Kulim, Kedah. 44


Pertandingan AINS 2017 berlangsung pada 31 Julai 2017 di mana dua (2) projek dari MJII telah berjaya melepasi saringan awal peringkat Majlis Perbandaraan Kajang (MPKj) dan mewakili zon daerah Kajang. MJII telah merangkul hadiah Ketiga dibawah kategori idea asal/prototaip. MJII telah menghantar 16 penyertaan Pertandingan Innovation, Invention & Entrepreneurship Carnival (IIEC) 2022 anjuran Kolej MARA Kuala Nerang yang diadakan secara atas talian pada 18 April 2022. MJII telah berjaya merangkul pelbagai pingat dan kemenangan diantaranya ialah: IIEC SPECIAL AWARD Automated Control Barrier For In/Out Customer Counter With Limitation And Display Via 7-segment And Blynk App Using Esp32 For Minimarket SV: En. Muhamad Yusuf Bin Zulkefly BEST PRODUCT (TERTIARY INSTITUTION) Escalator Handrail Sterilizer With Iot Using Node Mcu SV: En. Ahmad Suhadi Bin Mohd Zahari MJII juga telah berjaya merangkul sembilan (9) Pingat Emas, enam (6) Pingat Perak dan satu (1) Pingat Gangsa. 45


Bagi meraikan kejayaan pertandingan Seoul International Invention Fair 2021, Korea (SIIF2021), pihak Malaysian Association of Research Scientists (MARS) telah mengundang MJII ke Majlis Penghargaan dan Makan Malam yang diadakan pada 26 Februari 2022 di Hotel Everly, Putrajaya. MJII telah menghantar tiga (3) projek ke SIIF dan memenangi hadiah Utama, Perak dan Gangsa. Pertandingan ini telah disertai oleh Universiti Awam, IPTS, syarikat dan agensi. 46


Objektif pertandingan ini adalah untuk memupuk kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga pendidik dan pelajar dalam bidang elektronik dan robotik. Pertandingan ini juga dapat menjalinkan hubungan baik, perkongsian ilmu dan kemahiran dalam kalangan pelajar IPT . MJII Robofighto merupakan pertandingan robot tempur yang diperkenalkan oleh MJII pada tahun 2016. Pertandingan ini dibuka kepada semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) seluruh negara. Robofighto Competition 2016 anjuran MARA-Japan Industrial Institute (MJII) diadakan pada 13 hingga 14 Ogos 2016 bertempat di Dewan Hyogo. MJII telah berjaya menarik 52 penyertaan dari Institusi Pendidikan MARA, Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta serta Institusi Latihan Kemahiran Awam yang turut dimeriahkan dengan kehadiran lebih daripada 1500 penonton. MJII telah berjaya menggondol kejuaraan utama pertandingan melalui pasukan MJII Rider dan menerima hadiah utama RM3,000 beserta trofi, medal dan sijil penyertaan manakala tempat kedua pula dimenangi oleh pasukan MJII MISTA. 48


Pertandingan MJII Robofighto ini diteruskan lagi pada tahun 2017 bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kemampuan pelajar dalam mendalami ilmu pengetahuan sains dan teknologi robot. Anggerik Mall, Shah Alam telah dipilih sebagai lokasi pertandingan MJII Robofighto pada tahun 2017 yang telah berlangsung selama dua hari bermula 11 hingga 12 November 2017. 49 MJII berjaya menggondol tempat ke-empat yang membawa hadiah bernilai RM500.00, trofi dan sijil penyertaan melalui pasukan MJII MISTA. Selain itu, pasukan MJII menerusi pasukan Rider B berjaya merangkul Anugerah Best Technology yang membawa hadiah bernilai RM500.00, trofi dan sijil penyertaan. Hadiah untuk pertandingan MJII Robofighto 2017 adalah: • Tempat Pertama : RM3000 beserta trofi dan sijil penyertaan • Tempat Kedua : RM2000 beserta trofi dan sijil penyertaan • Tempat Ketiga : RM1000 beserta trofi dan sijil penyertaan • Tempat Ke-Empat : RM500 beserta trofi dan sijil penyertaan • Best Design : RM500 beserta trofi • Best Technology : RM500 beserta trofi • Royal Rumble : RM700


Robofighto 2018 ialah pertandingan robot tempur yang diperluaskan ke Peringkat ASEAN yang telah diadakan pada 23 hingga 25 Oktober 2018 bertempat di Dewan Hyogo, MJII. Institusi yang mengambil bahagian akan membangunkan robot unik mereka sendiri berdasarkan syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pertandingan. Matlamat utama MJII selaku penganjur adalah untuk memberi suntikan motivasi bagi merancakkan persaingan dalam bidang teknikal khususnya elektronik dan robotik dalam kalangan institusi pendidikan dalam dan luar negara. Secara tidak langsung hubungan baik dan perkongsian ilmu dapat digilap bagi mewujudkan budaya persaingan yang sihat. Senarai kategori pertandingan dan pemenangnya: JOHAN - Dr. Gadget dari syarikat MM Khidmat Sdn. Bhd. (wang tunai bernilai 1000USD) KEDUA - Mista Raider dari Mara Japan Industrial Institute - MJII (wang tunai bernilai 750USD) KETIGA - HEROBOTIC dari IKTBN Bukit Mertajam (wang tunai bernilai 500USD) KEEMPAT - ADTEC Melaka B dari ADTEC Melaka (wang tunai bernilai 250USD) 50


Mini Robofighto adalah pertandingan robot tempur skala kecil yang diadakan pada 8hb Februari 2020 di KipMall Senawang, Negeri Sembilan. Objektif pertandingan ini adalah untuk mempromosikan pertandingan MJII Robofighto dengan skala yang lebih besar dan menggalakkan penyertaan dari pelbagai institusi disamping mengembangkan aktiviti keusahawanan dalam satu acara. MJII berjaya menjadi juara dalam pertandingan tersebut melalui pasukan Equinox Combat. 51


KEJOHANAN SIL T Kelab Silat MARA-Japan Industrial Institute telah ditubuhkan pada 2015 dan kelab ini menawarkan dua bentuk latihan Silat: Silat Gayong dan Silat Olahraga. Kelab ini berjalan di bawah bimbingan dan seliaan PESAKA dan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan. Aktiviti kelab tidak terhad kepada pengajaran dan pembelajaran latihan silat sahaja tetapi kelab ini juga berjaya: i. Menganjurkan dua pertandingan Silat peringkat kebangsaan dan dua pertandingan peringkat negeri. ii. Menyertai pelbagai pertandingan Silat peringkat kebangsaan. iii. Menghadiri jemputan untuk melakukan gerakan Silat dalam majlis-majlis tertentu. Sehingga kini, kelab ini telah memenangi banyak pertandingan seperti menjadi Juara Keseluruhan Kejohanan Silat Olahraga Terbuka Kebangsaan (2019) di MJII dan pemenang keseluruhan di Kejohanan Silat Terbuka Tangkak (2018) di KKTM Ledang. Antara pencapaian membanggakan kelab itu adalah melahirkan atlet Silat yang layak mewakili negeri untuk bertanding dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 53


Nur Aishah Kamaliah binti Mezlan merupakan pelajar MJII yang mewakili Negeri Sembilan dalam SUKMA 2022 PENCAK SIL T MARA -Japan Industrial Institute Mohammad Faiz Haziq bin Mohd Azmi dan Mohamad Fariz bin Iskandar mewakili KEJOHANAN SIL Selangor dalam SUKMA 2018 T54


PENCAK SIL T MARA -Japan Industrial Institute DI LENSA MEDIA 55


Matlamat MJII untuk melahirkan pelajar yang holistik dan seimbang dalam aspek intelektual, kompetensi dan kemahiran insaniah terbukti dengan terpilihnya lima (5) orang pelajar yang dapat menyertai program Sukarelawan Siswa anjuran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) buat pertama kalinya. YSS ialah sebuah organisasi usahasama antarabangsa yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan ditubuhkan pada 2012 bertujuan untuk menyemai semangat kesukarelawanan dan setiakawan dalam kalangan pelajar pengajian tinggi dan untuk melahirkan ikon sukarelawan pelajar global. Pelajar-pelajar MJII ini terpilih dari ratusan pelajar yang memohon dari segenap Institusi Pengajian Tinggi seluruh negara. 58 Anisah Mardhiyyah Binti Mohamad Zaki 6 Julai 2019 sehingga 5 Ogos 2019 VIETNAM HO CHI MINH 2019 Nur Asyiqah Aqilla binti Muhd Faizal 12 Sept 2019 sehingga 16 Sept 2019 LAOS VIENTIANE PROVINCE 2019


59 SABAH 14 - 29 NOV 2019 2019 1. Adam Kasturi bin Andak - Kudat, Sabah 2. Damia’ Khalysa binti Mohammad Nasaruddin - Kota Marudu, Sabah 3. Muhammad Syubli bin Ramlee - SK Padang, Pulau Banggi, Kudat, Sabah


60 MUHAMMAD ALIF DANIAL BIN FAZLI NOR MUHAMMAD NURHARRAZ BIN AHMAD RIDZWAN VIETNAM 2022


61 SABAH 2022


Program kutipan dana Aman Palestin dan program larian amal merupakan program pertama yang dianjurkan oleh MJII yang menarik penyertaan daripada Institut Pendidikan MARA, universiti awam dan swasta Malaysia serta masyarakat tempatan. Tema acara tersebut ialah “Run and Save Al Aqsa” memberi kesedaran kepada masyarakat untuk terus membantu rakyat Palestin yang berjuang mempertahankan Masjidil Al Aqsa disamping membuat kutipan amal untuk disalurkan kepada NGO Aman Palestin bagi membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel. Program ini dianjurkan bersama dengan NGO MARA iaitu Kesatuan Pegawai-pegawai MARA (KPPM). 63


64


Pro gram LOVE for R O H I N G YA di a d a k a n u n t u k men ghu l u r kan b a n t uan k e p a d a an a k - a nak p e n d a t ang R ohin g y a di M ala y sia . Pe lajar M J I I dan k a k i t a n gan NGO t e lah dipil i h seb a gai s u k are l a wan u n tuk pro gram t e r s e but . A c ara i t u b e rf u n g s i s eba gai pl a t form k o mun i k a s i d a n p e r k o n g sian a n t a r a s u kare l a wan d a n 200 kanak - k a nak Rohing y a yang beru mur an tara 12 hingga 20 tahun . Pro gram ini b e rtuj uan u n tuk m e n d e k a t i dan m e n yan tuni m a s yar a k a t Roh i n g y a men e r u s i a k t i v i t i - a k t i v i t i yang meli b atk a n i n t e r a k s i a n t a r a pelaj a r M JII , a n a k - a n a k Rohing y a dan k o mun i t i l u a r bagi m e m b a n g k i t kan k e s e d a ran dan m e mpe r k a s a kan jatidiri pelajar M J I I . An t ara a k t i v i t i yang m eng i s i p r ogr a m ini ia lah s ena man t a i s o , p e r s e m b aha n n a s yid , orig a mi, t a rian b o n o d ori, l e t 's s ing a n d da n c e , Nabe s oup dan tre e o f ho p e . A nak - a n a k Rohi n g y a s ang a t t eru j a d e n g a n p rog ram yang di a t u r k a n dan b erl a n g s ung de n g a n s a n g a t meri a h . Se belum berp i s a h t e t a m u - t e t a m u i s t i m e w a ini tidak pu tus -pu t u s mengucapk a n ' teri m a k a sih sen sei k a m i s u k a " . 6 6


67


Program Iftar Amal Cakna Asnaf 2017 diadakan bertujuan untuk menyantuni anak yatim dan memberi sumbangan kepada rumah anak yatim melalui penjualan bufet iftar. Program ini juga secara tidak langsung dapat menyemarakkan ibadah bersedekah di kalangan umat Islam khususnya dalam bulan Ramadhan. Majlis iftar diadakan di RHR Hotel Uniten, Bangi pada 17 Jun 2017. Anak-anak yatim dan miskin diraikan dengan hidangan berbuka puasa, sumbangan duit raya dan persembahan dari kumpulan Mirwana. 69


70


MJII melalui jabatan Sistem Terbenam dengan kerjasama Pejabat ADUN Semenyih, MARA Japan Higher Educatioan Program (MJHEP) YPM, OISCA serta GIAT MARA telah menganjurkan program unik ini. Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dalam menyantuni masyarakat khususnya Orang Asli disamping memberi ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam memajukan diri. Melalui perkongsian ilmu dan sesi latihan praktikal, program ini dapat menyuntik idea dalam membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli. Sesi pembelajaran termasuk sesi asas Bahasa Inggeris komunikatif, seni dan kraf Jepun, demonstrasi memasak dan bengkel sesi kecantikan. Perkhidmatan potong rambut percuma lelaki dan mengecat tadika telah dijalankan bagi membantu menceriakan bangunan mereka. 72


73


Program selama dua (2) hari ini merupakan program yang dirancang oleh pelajar Kelab Kesatria MJII bagi memenuhi syarat lulus ko-kurikulum yang telah mendapat kerjasama dari JAKOA Jerantut serta JKKOA Sg. Tiang, Pahang. Program ini telah diadakan pada 23 - 24 Mac 2019. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh dua hari berkampung di sana antaranya adalah program gotong royong membuat laluan 'jungle tracking' dan menanam pokok di Pusat Rekreasi Kg Sungai Tiang. Selain itu, program rewang menyediakan juadah makan malam dan makan tengah hari untuk penduduk Kampung Sungai Tiang turut diadakan bagi mengeratkan hubungan ukhwah sesama pelajar dan penduduk kampung. 75


76 Pada hari kedua, aktiviti diteruskan dengan program senaman taiso bersama kanak-kanak orang asli dan seterusnya diadakan bengkel membuat sushi dan sukaneka. Para peserta turut diajar mengenai "Fun English“ untuk menambah ilmu pengetahuan mereka. Program ini berlangsung dengan amat baik kerana dapat mendedahkan pelajar tentang kehidupan orang asli serta melatih pelajar mengendalikan program. Selain itu, para pelajar juga dapat mengasah bakat kepimpinan dan komunikasi.


78


Program Kembara Selangor Lestari MJII (KSLM) yang dianjurkan ini merupakan program anjuran bersama Majlis Perwakilan Pelajar MJII, Team Selangor (di bawah Pejabat Menteri Besar Selangor) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Program ini telah diadakan pada 19 Oktober 2019 yang bertujuan untuk membersihkan dan memberi keselesaan terhadap 10 buah tandas awam yang terletak di sekitar Hulu Langat dengan penglibatan seramai 150 pelajar dari MJII, Kolej Profesional MARA Beranang dan Pusat Bahasa Jepun MARA OISCA. Program ini dapat memberi kesedaran kepada semua peserta dan orang ramai mengenai tanggungjawab bersama menjaga kebersihan kemudahan awam. Program dimulakan dengan forum “Anak Muda Dan Tanggungjawab Kemasyarakatan” yang dikupas oleh dua (2) orang panel jemputan iaitu En. Tarmizi Anuwar, Pengarah Penyelidikan Institut Pembangunan Kepimpinan Malaysia (LEAD) dan Cik Divya Devi, Ketua Unit Belia dan Universiti, Team Selangor. Program diteruskan dengan kerjakerja membersihkan dan menceriakan tandas awam di Semenyih, Kajang dan Bandar Baru Bangi. 79


Hujan berterusan dan kadang-kala lebat selama dua hari berturut-turut di sekitar Lembah Klang menyebabkan banjir kilat yang mengakibatkan kediaman dan kenderaan ditenggelami air yang mana orang ramai tidak bersedia dan terperangkap dalam keadaan ini. Skuad MJII yang terdiri daripada staf MJII menghantar bantuan kepada mangsa banjir bermula dari 23 Dis 2021 hingga 01 Jan 2022 dalam bentuk bahan makanan, pakaian serta kepakaran teknikal untuk membaikpulih barangan elektrik yang telah ditenggelami air. Skuad MJII juga bertungkus lumus membersihkan rumah mangsa banjir di beberapa buah kawasan di daerah Hulu Langat. Selain itu, derma kilat juga dikutip untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir. 81


Squad MJII m e mba n t u mangsa banjir membaiki barangan ele t krik yang ro sak a kibat di tenggel a m i ai r . Squad banjir MJII membantu membersihkan ru mah mangsa dari lumpur banjir. Su mbangan disalurkan kepada mangsa banjir oleh wakil ha sil k u tipan dari orang ramai termasuk staf MJII sendiri. 8 2


MJ I I s e n t i a s a pri h a t i n d e n gan p e r k e mba n g a n Pan d e mik C o vid 1 9 dan t u rut s e rt a m e n y o kong bar i s a n h a d a p a n mela lui s u mba n g a n - s u mbangan kepada yang me merl u kan . Tahn iah k epa d a s e mua s u k arela wan MJ I I yang men y u mba n g m a s a d a n t e n a g a dal a m men yiap kan PP E da n b a n t u a n la i n s ehin gga MJ I I dipilih s e b agai sal a h s a t u pe neri m a an u g erah W I R A COV I D '19 o leh Pej aba t Ke siha tan Daerah Hulu Langat . 8 4


Selain i t u , MJI I j uga t u r u t m e neri m a Sijil Pen gha r g aan d ari pada M A J L I S A M A NAH R A KYAT di a t a s s u m b a n gan d a n u saha m e m b a n t u b ari san ha d a pan neg ara menanga n i Pande mik Co vid'19 . 8 5


PENGANJURAN PROGRAM


MJII Beranang dengan kerjasama MARA Aerospace Technologies Sdn Bhd telah menganjurkan program Industry & Institution Engagement (I2E) yang bertujuan mewujudkan kerjasama strategik antara pihak industri dan Institusi Pendidikan Tinggi serta memberi pendedahan kepada ahli akademik dan SME mengenai teknologi terkini khususnya ‘Industry Revolution 4.0’. Program ini juga dapat mengenengahkan kepakaran dan fasiliti MJII kepada pihak luar untuk jalinan kerjasama. Program yang berlangsung selama dua hari pada 3 dan 4 Ogos 2017 dimulakan dengan sesi pertukaran MOA diantara MARA - National Instrument (NI), MARA - MIKROTIK Latvia; pertukaran LOI diantara MARA - IUKL, MARAAerospace Technologies S/B & Advanced Micro Devices Global Service S/B (AMD); diikuti dengan perasmian Centre of Excellence (CoE) MJII-NI Labview Academy dan juga MJII-Mikrotik Academy. 88


Sesi perkongsian industri disertai oleh syarikat National Instrument, Mikrotik, MIMOS, MITI, Strand Aerospace (M), UMW, Malaysia Automotive Institute, SIRIM Measurement Technology, Telekom Malaysia, Huawei, Tektronics Instrument, MCMC, Favioriot, MYiOT membincangkan teknologi terkini di dalam Revolusi Industri 4.0 dan ‘Internet of Thing’ (IoT). ‘ Sebanyak 16 syarikat mengambil bahagian sebagai pemamer diantaranya AMD, Festech, Nanorian, DarulTek, Tekmark, Drawbridge Tech, Supreme Didactic, FESTO dan lain-lain. 89


M J I I tel a h m e n g anju r kan p r o g ram Ind u s tryI n s ti t u tion Enga g e men t & Ed u c a t ors Su mmit (I 2 Es) b agi kali k e dua den gan sed i k i t pe n g uba h s uai a n yang mana pr o gra m ini t e lah d i g abu n g kan de n g a n p e r s i d a n g a n p e ndid i k -pe ndid i k d ari bi dang e l e k t r onik s a m a ada dari IPT dal a m neg ara m a hupun l u a r n ega r a k h u s u s n y a negara - n e g ara ASEA N yang dibuat s e cara a tas talian . Deng a n t e m a ' Wa y Fo wa rd o f El e c troni c s I ndu s try in D igi tal Era ' pr o g ram ini di h a diri l ebih 750 p e s e rt a yang terd iri dar i p ada pe n s yarah - p e n s yarah uni ver s i t i d a n pelb agai I n s t i t u s i TVET d ari dalam d a n lu a r ne g a r a . P e r sid a n gan p e ndid i k dala m bid ang ele k tron i k a dalah julu n g -ju l u n g kali d iad a k a n yang m a n a ia telah meni n g k a t kan k r e dibili t i dan i mej T V E T M A R A a m n y a dan M J I I k h u s u s n y a ap abila m e n d a p a t pen y e rtaan d ari p a d a 3 4 neg ara di A sian dan Eropah . Melalui pr o g ram seu mpa m a ini m e mbo l e h k a n p e ndid i k TVETM A R A m e m bina j arin gan k erj a s a m a d e n g a n p a k a r i n d u s tri dan i n s t i t u s i d ari dalam d a n l u a r neg ara yang dil i h a t m a mpu m e m beri i mpa k po s i t i f k e p a d a pr o g ram p engajian yang di t a war kan . 9 1


Click to View FlipBook Version