Program Japanese Cultural Event (JCE) buat julung kalinya telah diadakan pada 2011 yang dianjurkan oleh MARA -Japan Industrial Institute (MJII) yang pada ketika itu dikenali sebagai Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Beranang , dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan serta berjaya memberi impak yang positif kepada para pelajar MJII khususnya dan masyarakat luar amnya . program JCE ini dilihat sebagai satu platform dalam menyatukan pelbagai lapisan masyarakat untuk mengenali lebih dekat mengenai budaya Jepun dan berpeluang berinteraksi untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Jepun bagi yang meminati untuk mempelajari bahasa ini . Program ini juga adalah salah satu medium untuk mengembangkan dan menggalakkan para pelajar untuk memperluaskan lagi bakat dan kebolehan mereka secara aktif serta mampu menerapkan budaya , nilai murni dan etika rakyat Jepun yang tinggi di kalangan pelajar. 92
93
94
95
29 program istimewa untuk pengunjung disediakan selama lima (5) hari bermula 7 hingga 11 Julai 2018. Karnival berjaya menarik pengunjung lebih 1000 orang yang terdiri daripda pelajar IPMa, IPT serta masyarakat setempat. Karnival ini juga bertujuan untuk merapatkan silaturrahim dan mengukuhkan kerjasama antara MJII dengan IPT, sekolah, agensi/jabatan kerajaan, NGO dan masyarakat setempat. 97
98
90
100
MARA-Japan Industrial Institute menjadi tuan rumah untuk penganjuran sukan pelajar IKM / KKTM 2015 kali ke – 10 yang berlangsung dari 7 September 2015 dan berakhir pada 10 September 2015. Seramai 1477 orang pelajar daripada 24 buah institute IKM/KKTM seluruh Malaysia telah menyertai sukan pelajar ini. Sebanyak tujuh (7) sukan outdoor dan lima (5) sukan indoor dipertandingkan dan juara Kesuluruhan dinobatkan kepada IKM Kota Kinabalu. 102
103
104
P e m e n a n g a c a r a s e p a k t a k r a w K e p u t u s a n b o l a t a m p a r a k h i r 105
K e p u t u s a n a c a r a b o l a s e p a k 106
Kejohanan silat Gema Pusaka peringkat kebangsaan 2018 adalah kerjasama di antara MJII dan Pertubuhan Seni Silat pusaka Gayong telah diadakan selama 4 hari. Penyertaan yang amat menggalakkan untuk penganjuran pertama kali ini telah disertai oleh lebih dari 400 orang peserta yang mewakili 31 pasukan seluruh Malaysia. Kategori yang dipertandingkan adalah Dini, Remaja, IPT dan terbuka. Peringkat Kebangsaan Acara lain yang turut dipertandingkan adalah Tempur dan Supertouch. Majlis dirasmikan oleh Tan Sri Noh Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. MJII berjaya memenangi Pingat Emas bagi kategori Puteri IPT(kumpulan C) dan 2 pingat perak bagi putera IPT (Kumpulan A dan B). 108
Kejohanan ini telah diadakan di Dewan Hyogo, MJII bermula pada 12 hingga 15 Disember 2019 yang dianjurkan oleh Kelab Pencak Silat MJII dan Pusat Khidmat Masyarakat Semenyih dengan kerjasama PSSGMK, PESAKA, MPKJ dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kejohanan silat ini disertai oleh 29 pasukan dari seluruh negara yang melibatkan 400 peserta. Kejohanan yang berlangsung selama 4 hari ini melibatkan 5 kategori yang dipertandingkan iaitu Tunas Harapan, Pra Dini, Dini, Pra Remaja dan Jemputan IPMa. Saudara Izzul Fahmi merupakan Pengarah Program Kejohanan dan dibantu oleh Jawatankuasa dari Kelab Pencak Silat MJII. Pasukan MJII yang dibimbing oleh Cikgu Asyraf Bazli dan Sensei Asiq Hamdi telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi kategori Jemputan IPMa dengan memenangi 13 pingat emas, 6 pingat perak dan 6 pingat gangsa. Pesilat puteri MJII iaitu Saudari Alia Husna dinobatkan sebagai Pesilat Puteri Terbaik bagi kategori Jemputan IPMa. Pasukan MJII Junior Faita yang disertai oleh 10 orang anak-anak staf MJII yang berusia 5 - 15 tahun pula memenangi Juara Keseluruhan bagi kategori Tunas Harapan. Peringkat Kebangsaan 109
Majlis adat istiadat dihadiri oleh Tan Sri Noh Omar, Y.B Datuk Johan Abd Aziz, Senator Datuk Megat Zurkarnain Omardin Datuk Markiman, Dato Raja Abd Majid bin Raja Mat Isa dan beberapa orang lagi kenamaan serta menghimpunkan pesilat dari pelbagai pertubuhan seluruh Malaysia seramai hampir 1000 orang. Majlis ini dianjurkan oleh Pertubuhan Seni Silat Gayong Pusaka dengan kerjasama MJII yang berlangsung di Dewan Hyogo, MJII Beranang. Anugerah sandang kebesaran dan kejurulatihan telah disampaikan di majlis tersebut. Seramai 3orang staf MJII turut menerima sandang kehormat Rajawali Tunggak Pusaka iaitu Hajah Zarinah binti Idrus, En. Mohd Azkamal bin Haji Muhaini dan En. Mohd Asiq bin Hamdi Majlis Adad Istiadat 110
Majlis Majlis mandi minyak yang diadakan adalah program kerjasama Kelab Silat PSSGM Kebangsaan MJII, Kelab Pencak Silat MJII, Majlis Gurulatih Negeri Selangor(MGLN) dan Majlis Lembaga Adat Negeri Selangor (MLAN) diketuai oleh Saudara Muhammad Syahril Adib bin Mohd Shaharuddin selaku Pengarah program. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan 150 orang pesilat daripada 8 cawangan (12 gelanggang). Majlis turut dihadiri oleh Dato' Adiwijaya Bin Abdullah (YDP Kebangsaan), En. Hamzah Bin Tajuddin (Timbalan YDP Negeri Selangor merangkap Pengerusi Majlis Lembaga Adat Negeri Selangor), Tuan Haji Rasol bin Hj Abdul Ghani (Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri Selangor) dan En. Muhammad Hanafi Bin Jalalludin (Ahli Majlis, MPKJ). Selain itu, turut diadakan majlis penyampaian sandang yang membawa gelaran Mahkota Cula Pelangi kepada Pn. Hajah Zarinah binti Idrus, sandang Mahkota bintang pelangi kepada En. Mohd Azkamal bin Hj Muhaini dan sandang Seri Pelangi kepada En. Mohd Asiq bin Hamdi. Majlis ini mendapat tajaan dan sumbangan daripada PSSGM MJII, Fusion Stunt Studio, Western Grill MJ, Restoran Uncle Din's Biryani House dan syarikat serta orang persendirian. 111
MJII MikroTik Academy ialah institusi pendidikan yang menawarkan kursus Rangkaian Internet berasaskan masa semester untuk pelajar tahun akhir Jabatan Transmisi Data & Rangkaian menggunakan MikroTik RouterOS dan RousterBoard sebagai alat pembelajaran . Pada akhir setiap semester MJII MikroTik Academy akan menjalankan ujian pensijilan mengikut garis panduan rasmi latihan MikroTik dan pelajar yang berjaya LULUS ujian tersebut akan dianugerahkan dengan MikroTik Certified Network Associate (MTCNA) . Sijil ini diiktiraf di seluruh dunia dan bermaksud pengetahuan yang baik tentang pentadbiran rangkaian , menggunakan RouterBoard dan RousterOS . 114
115
Batch Pertama Mengambil Sijil MTCNA Sep17- Feb 18 (Suika) Batch Ke-2 Mengambil Sijil MTCNA Mei 18- Sep 18 (Furano) Batch Ke-3 Mengambil Sijil MTCNA Dis 18- April 19 (Majime) Batch Ke-5 Mengambil Sijil MTCNA Dec 19-Apr 20 (Moyashi) Batch Ke-5 Mengambil Sijil MTCNA Dec 19-Apr 20 (Daikon) Batch ke-6 Mengambil Sijil MTCNA Sep20- Jan21 (Sashimi) Batch Ke-4 Mengambil Sijil MTCNA May 19 – Sep 19 (Koizumi) Class Total students passed Total students in class % of pass average marks Suika 12 18 66.67% 61% Furano 16 17 94.11% 71% Majime 21 22 95.45% 77% Koizumi 16 16 100% 82% Daikon 20 20 100% 79% Moyashi 19 19 100% 79% Sashimi 23 23 100% 74% Mitsubishi 21 21 100% 83% Nissan 18 18 100% 83% 95% 76.56% pelajar lulus Ujian 93.74% Persijilan MTCNA 116
Akademi LabVIEW akan memberikan peluang yang sangat baik untuk mengatasi cabaran dan permintaan untuk jurutera mahir LabVIEW di Malaysia dan Antarabangsa. Akademi LabVIEW menawarkan kepada mahasiswa dan graduan dari MARA untuk mempelbagaikan kemahiran dan pengetahuan mereka melalui kurikulum bilik darjah dan latihan amali, ceramah industri oleh pakar LabVIEW, latihan kursus Teras 1 dan Teras 2 yang mana ini akan melayakkan pelajar untuk menduduki LabVIEW Bertauliah Peperiksaan Pembangun Bersekutu (CLAD) untuk menerima pensijilan sebagai nilai ditambah. 117
118
Bilik bersih kelas-100 (ISO-6) kami dilengkapi dengan kemudahan canggih, ia telah berjaya digunakan untuk faedah pelanggan kami dengan memberikan mereka latihan praktikal yang sangat baik dalam Mikroelektronik dan Nanoteknologi. Ia telah menjadi pembangunan kursus teknologi dan akademik yang signifikan untuk MJII, selaras dengan objektif MARA dan kerajaan dalam membangunkan tenaga mahir dan sumber manusia dalam bidang Sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Makmal bilik bersih kini direka bentuk untuk kursus litar bersepadu (IC). 120
121
Julung kalinya Anugerah Institusi Pendidikan TVET@KPLB dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebagai pengiktirafan dan penghargaan atas usaha serta pencapaian cemerlang institusi, pengajar, pelajar serta alumni program TVET@KPLB yang dilaksanakan di Hotel Primera, Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh YB Dato' Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar pada 20 September 2022. Dalam amjlis tersebut MJII kerana berjaya merangkul Anugerah Institusi Terbaik Peringkat Diploma. ANUGERAH INSTITUSI TERBAIK (Peringkat Diploma) 123
B u i l d i n g T a l e n t , G e n e r a t i n g F u t u r e