Laporan Akhir Kajian KBAT KBD KBT
Kajian ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan penerapan KBAT dalam pengajaran Kurikulum Bersepadu Dini dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz. Di samping itu, kajian ini juga meneroka masalah utama yang dihadapi oleh para guru untuk menerapkan KBAT dalam pengajaran, serta cadangan penambahbaikan terhadap isu tersebut. Data diperoleh melalui kaedah tinjauan sebagai data utama dan disokong dengan data temu bual. Soal selidik mengandungi dua jenis soalan iaitu soalan berskala likert dan soalan terbuka berstruktur. Seramai 3211 orang guru KBD/KBT menjawab soal selidik, manakala lapan orang pakar terlibat sebagai peserta temu bual. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru untuk menerapkan KBAT dalam pengajaran berada pada tahap tinggi (min 4.22) dan tahap amalan penerapan KBAT berada pada tahap sederhana tinggi (min 3.85). Terdapat lima masalah utama yang dihadapi oleh para guru untuk menerapkan KBAT iaitu penguasaan bahasa Arab, kemahiran mengaplikasikan KBAT, kekurangan pengetahuan tentang pedagogi, penguasaan isi kandungan pelajaran dan faktor kesediaan murid. Manakala terdapat empat cadangan penambahbaikan terhadap isu tersebut iaitu penganjuran latihan berterusan, penambahbaikan kurikulum dan bahan, penyediaan prasarana dan kewujudan persekitaran yang menyokong KBAT. Kajian ini memberi cadangan kepada pengurusan Bahagian Pendidikan Islam dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari sudut penambahbaikan terhadap kurikulum, buku teks serta prasarana yang menyokong pengajaran KBAT.
-
Follow
-
0
-
Embed
-
Share
-
Upload