The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ICT_SKK, 2022-04-17 20:57:41

Panduan PdP Sains Tahun 6 KSSR (Semakan 2017) (2)

Panduan PdP Sains Tahun 6 KSSR (Semakan 2017)

SAINS HAYAT: Tahun 6

LEMBARAN KERJA 2

Seorang murid tidak boleh mencurahkan susu dari tin susu pekat dengan satu lubang sahaja.
Cadangkan satu cara membantu murid itu untuk menyelesaikan masalah ini. Lakarkan
penyelesaian kamu.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

95

SAINS HAYAT: Tahun 6

Tajuk 7.0 Kelajuan

Standard Kandungan 7.1 Kelajuan Objek

Standard Pembelajaran 7.1.1 Menjelaskan maksud kelajuan dengan menjalankan
aktiviti seperti perlumbaan.

7.1.2 Menyatakan unit bagi kelajuan ialah kilometer per jam
(km/j), meter per saat (m/s), sentimeter per saat (cm/s).

7.1.3 Menjalankan penyiasatan untuk menghubungkait
kelajuan, jarak dan masa.

KPS Memerhati, Membuat inferen, Berkomunikasi, Meramal

Cadangan Set Induksi
1. Guru menunjukkan gambar simbol had laju (Lampiran 1). Murid memberikan maksud/
fungsi simbol tersebut.
2. Murid melihat tiga gambar haiwan (Lampiran 2). Murid diajukan dengan beberapa soalan
seperti berikut:
a. Adakah haiwan-haiwan ini mempunyai kelajuan?
b. Haiwan manakah yang paling laju / paling perlahan?

Aktiviti 1:
1. Murid dibahagikan dalam kumpulan bertiga/berempat.
2. Setiap kumpulan diberikan lembaran tugasan.
3. Murid berbincang dan menyiapkan lembaran tugasan.

Pentaksiran:
Murid melengkapkan Lembaran kerja mengikut stesen.

Penutup:
Murid membuat rumusan pembelajaran pada hari ini dengan bimbingan guru.

96

SAINS HAYAT: Tahun 6

LAMPIRAN 1

97

SAINS HAYAT: Tahun 6

LEMBARAN KERJA 1
Adakah haiwan-haiwan ini mempunyai kelajuan?

98

Tajuk SAINS HAYAT: Tahun 6
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran 11.0 Galaksi

KPS 11.1 Galaksi Bima Sakti

11.1.1 Menyatakan maksud galaksi
11.1.2 Memerihalkan galaksi Bima Sakti
11.1.3 Merumuskan Sistem Suria berada dalam galaksi

Bima Sakti
Memerhati, berkomunikasi, membuat inferens

Set Induksi (mengikut kreativiti guru)

i. Murid diberikan masa untuk mencari kad -kad gambar yang dilekatkan dibawah
meja kumpulan masing-masing.

ii) Murid menampal kad -kad gambar tersebut dan akan mengetahui topik yang hendak
dipelajari pada hari tersebut.

Aktiviti 1:

i) Merujuk kepada kad gambar, guru bertanya beberapa soalan kepada murid.

Contoh:
a) Apakah yang kamu nampak apabila melihat langit pada waktu
malam?
b) Apakah nama galaksi kita?

ii) Guru menerima jawapan dari murid dan menunjukkan sebuah video yang bertajuk Dari
Dunia Ke Galaksi https://www.youtube.com/watch?v=GYYvKxchHrMGuru akan memberi
penjelasan tentang video .

iii) Guru bertanya beberapa soalan kepada murid tentang galaksi.
Contoh:
a) Apakah yang dimaksudkan dengan galaksi?
b) Alam semesta kita terdiri daripada apa?
c) Dimanakah terletaknya Sistem Suria kita?
d) Bandingkan saiz galaksi dengan Sistem Suria.

99

SAINS HAYAT: Tahun 6
Aktiviti 2:

i) Guru memberi penerangan tentang topik hari tersebut dengan bantuan nota dari slid
pembentangan Galaksi.

ii) Murid-murid diberi penjelasan bahawa Galaksi adalah sistem yang
terdiri daripada berjuta bintang, gas dan debu yang terikat dengan daya
graviti dan Sistem Suria berada dalam galaksi Bima Sakti dan mempunyai tarikan
graviti.

iii) Murid-murid membina peta i-think (peta buih) untuk memerihalkan ahli-
ahli dalam galaksi

Aktiviti 3:
i) Guru merumuskan topik hari tersebut dengan bantuan peta i-think yang dibina oleh
murid.
Nota Tambahan : Galaksi adalah kumpulan bintang yang membentuk suatu sistem, terdiri
atas satu atau lebih benda angkasa yang berukuran besar dan dikelilingi oleh benda-benda
angkasa lainnya sebagai anggotanya yang bergerak mengelilinginya secara teratur
ii) Murid menjawab lembaran kerja 1.

Pentaksiran :
Murid –murid menjawab Lembaran kerja 1 .
Penutup:
Murid-murid menyaksikan satu lagi video yang ringkas tentang galaksi .
https://www.youtube.com/watch?v=KOz94Ng4BD4

100

SAINS HAYAT: Tahun 6

LEMBARAN KERJA 1
A. Jawab semua soalan.

1) Apakah yang dimaksudkan dengan galaksi?
Galaksi adalah sistem yang terdiri daripada ________________, ______________ ,
________________ dan _______________ yang diikat dengan daya graviti.

2) Sistem Suria berada dalam galaksi ____________________.
3) Galaksi mempunyai _________ yang sendiri.
4) Sistem Suria terdiri daripada ___________ planet.
5) Galaksi Bima Sakti berbentuk ___________________.

cahaya spiral Bima Sakti lapan
debu gas
berjuta bintang planet

101

SAINS HAYAT: Tahun 6

LAMPIRAN : SLAID POWERPOINT (CONTOH)

102

SAINS HAYAT: Tahun 6
103

SAINS HAYAT: Tahun 6
104

SAINS HAYAT: Tahun 6

GAMBAR-GAMBAR GALAKSI (CONTOH)

105

SAINS HAYAT: Tahun 6

Peta Buih Galaksi (contoh)

106

SAINS HAYAT: Tahun 6

bintang gas

debu Galaksi
debu
planet

107

SAINS HAYAT: Tahun 6

Tajuk 11.0 Galaksi
Standard Kandungan 11.1 Galaksi Bima Sakti

Standard Pembelajaran 11.1.4 Menjalankan simulasi untuk menggambarkan saiz
11.1.5 Sistem Suria dalam galaksi Bima Sakti dan
mengagumi ciptaan Tuhan.

Menjelaskan pemerhatian tentang galaksi melalui
lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif.

KPS Memerhati, berkomunikasi, membuat inferens

Set Induksi (mengikut kreativiti guru)

i) Guru memulakan sesi pdpc dengan satu tayangan video
https://study.com/academy/lesson/the-structure-of-our-galaxy.html

ii) Murid diberi masa untuk bertanya soalan tentang video terseut. Guru memberi penjelasan
tentang jenis jenis bentuk galaksi dan Bima Sakti berbentuk spiral seperti cakra.

Aktiviti 1:

i) Guru mengedarkan beberapa buku rujukan yang dberkaitan dengan topik galaksi.
ii) Murid diberi aktiviti secara berpasangan untuk mengumpulkan maklumat tentang galaksi

dan alam semesta.
iii) Murid murid membina satu peta konsep berdasarkan maklumat yang dapat daripada buku

rujukan dan bentang peta mereka di hadapan kelas.

Aktiviti 2:

i) Murid bergerak ke kumpulan masing-masing
ii) Murid diberikan beberapa bahan untuk membina model galaksi Bima

Sakti.
Bahan : kadbod hitam, gam, penutup botol mineral/kapas bulat, debu

perhiasan ( glitters ) dan tali warna putih.

108

SAINS HAYAT: Tahun 6
iii) Murid –murid membina model Bima Sakti dan ramalkan kedudukan Sistem Suria dalam

lingkaran Bima Sakti .
iv) Murid mempamerkan model Bima Sakti masing-masing di hadapan kelas.
Aktiviti 3:

i) Guru merumuskan topik hari tersebut dengan membuat satu simulasi bentuk Bima
Sakti dan ahlinya –ahlinya. Murid –murid terlibat dalam simulasi tersebut. Guru
membuat simulasi ini kawasan yang lapang seperti padang melibatkan keseluruhan
kelas.

ii) Murid memakai kad nama yang ditulis dengan perkatan Matahari, nama – nama
planet, gas, debu dan bintang.

iii) Murid membuat simulasi galaksi Bima Sakti dan kedudukan Sistem Suria dalam
Bima Sakti.

Pentaksiran:
Murid –murid menjawab LEMBARAN KERJA 1.
Penutup:
Murid-murid menyaksikan satu lagi video yang ringkas tentang galaksi.
https://www.youtube.com/watch?v=MMQrwmUgkH8

109

SAINS HAYAT: Tahun 6

LEMBARAN KERJA 1
A. Nyatakan BETUL atau SALAH pada penyataan di bawah:
1) Galaksi adalah sangat besar.
2) Galaksi Bima Sakti merupakan satu satunya

galaksi di alam semesta.
3) Bintang dan planet ialah sebahagian daripada

alam semesta.
4) Galaksi tidak mempunyai cahaya yang sendiri.
5) Galaksi Bima Sakti berbentuk spiral.

6) Sistem Suria berada dalam salah satu lingkaran
galaksi Bima Sakti

110

SAINS HAYAT: Tahun 6

LAMPIRAN

100,000 Tahun Cahaya
CONTOH MODEL GALAKSI BIMA SAKTI

111


Click to View FlipBook Version