The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by myazara1807, 2022-02-25 22:41:17

KISAH NABI SULAIMAN DALAM AL-QURAN

KISAH NABI SULAIMAN DALAM AL-QURAN

KEMBARA JEJAK ANBIYA

KISAH NABI
SULAIMAN AS

NIK FATMA AMIRAH BT NIK MUHAMAD
(Founder Mutiara Tadabbur)
26 Februari 2022

Kisah Nabi Sulaiman

0.8% kisah Nabi Sulaiman dalam
Al-Quran

Ada kisah beliau bersendirian
dan ada kisah yang digandingkan
dengan ayahanda beliau

Nama Nabi Sulaiman

Nama Nabi Sulaiman AS disebutkan sebanyak 17 kali di dalam al-Quran

• Surah Al-Nisa: Ayat 163 (1 kali)
• Surah Al-An’am: Ayat 84 (1 kali)
• Surah Al-Baqarah: Ayat 102 (2 kali)
• Surah Al-Anbiya’: Ayat 78, 79 & 81 (3 kali)
• Surah Al-Naml: Ayat 15, 16, 17, 18, 30, 36, 44 (7 kali)
• Surah Saba’: Ayat 12 (1 kali)
• Surah Sad: Ayat 30 & 34 (2 kali)

Nama Nabi Sulaiman

SURAH AN-NISA`: 163 SURAH AN-AN`AM: 84
Pendustaan Yahudi Disebutkan nama Nabi
terhadap Nabi
Sulaiman AS selepas Sulaiman bersama
kewafatan beliau Nabi-nabi yang lain

Kisah Nabi Sulaiman

Surah Sad: 30-40 (Makkiyyah)
Surah Al-Naml: 15-44 (Makkiyyah)
Surah Saba`: 12-14 (Makkiyyah)
Surah Al-Anbiya`: 78-82 (Makkiyyah)
Surah Al-Baqarah: 102 (Madaniyyah)

**Berdasarkan turutan penurunan surah

Sinopsis

• Nabi Sulaiman merupakan seorang Rasul Bani Israil dan
mewarisi kerajaan serta kenabian bapanya Nabi Daud AS (Surah
An-Naml: 16)

• Mampu menundukkan angin, jin, syaitan serta burung untuk
bekerja di bawahnya.

• Memahami bahasa binatang
• Keilmuan serta kebijaksanaan yang Allah berikan, melayakkan

baginda AS mendapat sebuah kerajaan hebat yang tiada
tandingannya sebagaimana doa baginda yang dirakamkan dalam
Al-Quran.

Surah-Surah Mengenai
Kisah Nabi Sulaiman

Surah Surah Surah Surah Surah
Sad Al-Naml Saba`
Al-Anbiya` Al-Baqarah

**Berdasarkan turutan penurunan surah

KISAH NABI SULAIMAN
DALAM SURAH SAD
(Ayat 30-40)

Hubungan Nabi Sulaiman
dan Nabi Daud

• Nabi Sulaiman merupakan anak Nabi Daud AS.
• Nabi Sulaiman selalu membantu ayahnya dalam perihal pentadbiran
• Allah menyebutkan bahawa Nabi Sulaiman dikurniakan ilmu
• Nabi Sulaiman sebaik-baik hamba (Surah Sad: 30)

Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Daud (seorang anak bernama) Sulaiman ia
adalah sebaik-baik hamba (yang kuat beribadat), lagi sentiasa rujuk kembali
(bertaubat).

Hubungan Nabi Sulaiman
dan Nabi Daud

• Nabi Sulaiman hebat kehambaannya kepada Allah, sebab itulah Allah
memanggil beliau sebagai ‫نعم العبد‬

• Awwab pula bermaksud sentiasa kembali kepada Allah, banyak
beribadah kepada Allah, berzikir dan bertaubat.

• Allah juga memanggil Nabi Daud sebagai Awwab dalam (Surah Sad: 17)

• Bersabarlah (wahai Muhammad) terhadap apa sahaja yang mereka katakan, dan
ingatlah akan hamba Kami Nabi Daud, yang mempunyai kekuatan (dalam
pegangan ugamanya); sesungguhnya ia adalah sentiasa rujuk kembali (kepada
Kami dengan bersabar mematuhi perintah Kami).

Nabi Sulaiman dan Kuda

al-Safinat al-Jiyad

• Al-Safinat al-Jiyad bermaksud kuda yang bagus
• Perkataan al-Safinat al-Jiyad disebutkan sekali sahaja di dalam al-

Quran
• Al-Jiyad: Kuda bagus yang berlari laju
• Al-Safinat: Kuda yang berdiri di atas 3 kakinya, manakala kaki yang

keempat diangkat serta dibengkokkan dan hujung kaki tersebut
mencecah tanah
• Satu gerakan dan gaya yang cantik bagi seekor kuda



Nabi Sulaiman menyukai kuda

• Nabi Sulaiman menyukai kuda kerana ia mempunyai kebaikan yang
banyak

• Kuda-kuda itu menyebabkan baginda sentiasa mengingati Allah dengan
bertahmid dan bersyukur di atas nikmat kuda-kuda tersebut

• Nabi Sulaiman berkata: " Sesungguhnya aku telah mengutamakan
kesukaanku kepada (kuda pembawa) kebaikan lebih daripada
mengingati (ibadatku kepada) Tuhanku, sehingga (matahari) melindungi
dirinya dengan tirai malam".

• Nabi Sulaiman sentiasa mengawasi kuda-kuda ini dan melatih mereka
supaya ia tangkas di medan perang nanti

Nabi Sulaiman diuji dengan anaknya

• Nabi Sulaiman mempunyai isteri yang ramai, sebanyak 100 orang
• Ramainya isteri Nabi Sulaiman ini bukan bertujuan syahwat, tetapi

bertujuan meramaikan anak-anak supaya mereka jadi zuriat yang soleh
dan menjadi mujahidin di medan perang
• Pada suatu hari baginda berkata akan menyetubuhi kesemua isterinya
dalam satu malam sahaja, supaya lahir ramai anaknya yang akan jadi
mujahidin, namun baginda tidak menyebut insya Allah
• Lupa boleh berlaku kepada seorang Rasul, dalam perkara yang tidak
melibatkan risalah kenabian

Nabi Sulaiman diuji dengan anaknya

• Ini juga berlaku kepada Nabi Muhammad SAW, Ketika baginda SAW ditanya tentang
kisah Ashabul Kahfi dan Dzulqarnain. Nabi berkata: Aku akan menjawabnya esok.
Namun baginda lupa untuk menyatakan insya Allah. Lalu Jibril berhenti turun
berjumpa Nabi SAW selama 2 minggu sebagai peringatan kepada baginda kerana
terlupa menyebutkan insya Allah

• Nabi Sulaiman menunggu anak-anaknya lahir yang akan menjadi pasukan
mujahidin. Namun hanya seorang daripada isterinya yang mengandung, itupun bayi
tersebut dalam keadaan yang cacat

• Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian),
dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup
sifatnya) kemudian ia kembali (merayu kepada Kami): -

Nabi Sulaiman meminta kerajaan yang hebat

• Setelah Nabi Sulaiman beristighfar memohon keampunan atas apa yang
berlaku, baginda meminta satu kerajaan yang hebat dan luas

• Katanya: " Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah
kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan
ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah
yang sentiasa Melimpah kurniaNya ".

• Permintaan Nabi Sulaiman ini bukanlah kerana mahukan kemasyhuran
serta kekuasaan, namun adalah untuk menyebarkan agama Allah

Kerajaan Nabi Sulaiman adalah yang
terbesar sehingga hari kiamat

• Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya
menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah
mana sahaja yang hendaK ditujunya;

• Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-
golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi
menjalankan kerja masing-masing).

Kerajaan Nabi Sulaiman adalah yang
terbesar sehingga hari kiamat

• Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu.

• (Serta Kami katakan kepadanya): " Inilah pemberian Kami (kepadamu), maka
berikanlah (kepada sesiapa yang engkau suka), atau tahankanlah pemberian itu;
(terserahlah kepadamu) dengan tidak ada sebarang hitungan (untuk
menyalahkanmu) ".

Kerajaan Nabi Sulaiman adalah yang

terbesar sehingga hari kiamat

• Surah Sad 36-39
• Allah menundukkan angin, jin, syaitan dan burung

serta haiwan lain kepada Nabi Sulaiman
• Ini menjadikan kerajaan Nabi Sulaiman kerajaan yang

terbesar kerana tidak ada kerajaan yang memerintah
manusia, jin, burung dan angin sekaligus seperti Nabi
Sulaiman samada sebelum atau selepas baginda

Nabi Sulaiman menundukkan angin

• Angin bergerak seperti diperintahkan oleh Nabi Sulaiman
• Surah Sad: 36
• Ia juga membawa air hujan
• Rukha’ bermaksud angin lembut yang membawa manfaat
• Angin ini juga pergi sehingga ke bumi Palestin, (Surah Anbiya: 81)
• Angin ini juga sangat laju, dapat pergi selaju perjalanan sebulan sesingkat

waktu pagi dan waktu petang sahaja, (Surah Saba: 12)
• Ini bermaksud ketika pemerintahan Nabi Sulaiman, Bani Israil hidup dalam

keadaan damai dan mewah (hasil tanaman yang banyak kerana manfaat
angin yang berhembus)

Jin dan Syaitan tunduk kepada Nabi

Sulaiman

• Disebutkan dalam 3 ayat: Surah Sad: 37, Surah Anbiya: 82 & Surah
Saba: 12

• Mereka tunduk dan patuh kepada arahan Sulaiman
• Ada yang menyelam di dasar lautan mencari khazanah dan dibawa

kepada Nabi Sulaiman untuk dimanfaatkan oleh umat Nabi
Sulaiman
• Ada juga yang membina binaan dan rumah-rumah
• Ada juga kalangan mereka yang digari kerana mereka memberontak

KISAH NABI SULAIMAN
DALAM SURAH AL-NAML
(Ayat 15-44)

Nabi Sulaiman mewarisi kenabian dan
pemerintahan dari ayahnya

• Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah
itu) Nabi Sulaiman berkata: "Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa
pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang
diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas
nyata".

Nabi Sulaiman mewarisi kenabian dan

pemerintahan dari ayahnya

• Selepas kematian Nabi Daud, Nabi Sulaiman mewarisi dari
ayahnya

• Nabi Sulaiman mewarisi kenabian dan pemerintahan
• Nabi Sulaiman mentadbir urusan Bani Israil selepas kematian

ayahnya
• Nabi Sulaiman tidak mewarisi harta kerana harta peninggalan

para nabi tidak boleh diwarisi. Apa yang ditinggalkan mereka
adalah merupakan sedekah yang perlu diinfaqkan oleh waris
mereka atau pemerintah di jalan Allah

Kisah Nabi Sulaiman dan Semut

• Kisah Sulaiman bersama semut, hud-hud dan permaisuri
Saba’ antara ayat-ayat terpanjang berkenaan kisah Nabi
Sulaiman iaitu dari ayat 15 hingga ayat 44 dalam surah al-
Naml

• Allah memberikan ilham Mantiq al-Tayr iaitu kelebihan
berbahasa dengan bahasa burung dan juga haiwan-
haiwan lain termasuk semut (Al Naml: 16)

• Hanya Nabi Sulaiman mempunyai kelebihan ini

Tentera Nabi Sulaiman

• Tentera Nabi Sulaiman terdiri daripada 3 golongan:
1- Manusia
2- Jin
3- Burung

• Bukan kesemua manusia, jin dan burung jadi tentera nabi Sulaiman,
hanya sebahagian sahaja. Perkataan ‫ جنوده من‬membawa maksud
sebahagian

• Walaupun kesemua golongan ini berbeza, namun mereka berada dalam
keadaan sangat tersusun ‫فهم يوزعون‬

Tentera Nabi Sulaiman melalui
kawasan semut

• (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor
semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman
dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".

• Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan
berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang
Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan
amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam
kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

Tentera Nabi Sulaiman melalui

kawasan semut

• Surah Al-Naml: 18-19
• Wadi al-Naml tidak diketahui lokasi tepat – dikira Mubhamat al-

Quran (tak memberikan apa-apa mudarat pun jika tidak diketahui)
• Tentera Nabi Sulaiman bergerak ke suatu destinasi, mereka tidak

mengetahui ada Wadi al-naml di situ
• Ratu semut mengarahkan koloni semut masuk ke dalam sarang

masing-masing supaya tidak dipijak
• Ratu semut yang kecil ini pun mengambil berat tentang semut-

semut lain, apatah lagi manusia yang ada akal dan fikiran
• Ibrah: menyelamatkan orang lain daripada bahaya melalui nasihat-

nasihat/peringatan

Nabi Sulaiman tersenyum

• Imam al-Zamakhsyari dalam al-Kassyaf menyebutkan
bahawa Nabi Sulaiman tersenyum namun seakan-akan
hampir ketawa

• Nabi Sulaiman tersenyum dan hampir ketawa kerana kagum
dengan perkataan raja semut

• Selepas itu Nabi Sulaiman bersyukur dan bertahmid ‫رب‬
‫أوزعني‬

Kisah Nabi Sulaiman Bersama burung
Hud-Hud dan Permaisuri Saba

• Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta
dalam tenteranya) lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung belatuk?
Adakah ia dari mereka yang tidak hadir?

• "Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya,
atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang
nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)".

Kisah Nabi Sulaiman bersama burung

Hud-Hud dan Permaisuri Saba

• Selepas peristiwa Nabi Sulaiman bersama semut, baginda
meneruskan perjalanan bersama tentera-tenteranya

• Nabi Sulaiman sentiasa memantau pergerakan tenteranya. Ini
menunjukkan baginda seorang yang sangat teratur urusannya

• Nabi Sulaiman memeriksa kehadiran tenteranya satu persatu.
Ketika sampai giliran burung baginda mendapati burung Hud-Hud
hilang (Al-Naml: 20-21)

• Hud-hud telah hilang dari tentera tanpa keizinan daripada Nabi
Sulaiman. Ini bermaksud mana-mana tentera yang ingin ke mana-
mana mesti dapatkan keizinan terlebih dahulu dari Nabi Sulaiman

Ketegasan Nabi Sulaiman

• Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang
sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): "Aku dapat mengetahui
secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup
mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba'
dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.

Ketegasan Nabi Sulaiman

• Terzahir ketegasan Nabi Sulaiman ketika dia berkata ..‫ لأعذبنه‬, jika
dengan burung pun dia bertegas, apatah lagi dengan manusia

• Namun di sebalik ketegasan ini, dia memberikan peluang kepada
Hud-Hud untuk menyatakan alasannya jika ia jelas dan boleh
diterima
‫أو لياتيني بسلطان مبين‬

• Setelah beberapa ketika, Hud-hud pulang ke kawasan tentera dan
berjumpa terus dengan Nabi Sulaiman untuk menunjukkan bukti
dan alasan mengapa dia menghilang

• Surah Al-Naml: 22

Hud-Hud ke Saba`

• "Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah
diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia
pula mempunyai singgahsana yang besar.

• "Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan
meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada
pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan
(yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk, -

Hud-Hud ke Saba`

• Hud-hud terbang jauh daripada Baitul Maqdis ke Saba` di Yaman.
Jaraknya hampir 2000 km. Ini adalah mukjizat dari Allah kerana
Hud-Hud dapat terbang dan pulang semula dalam masa yang
singkat.

• Syeikh Solah menyatakan barangkali angin Nabi Sulaiman juga
membantu menerbangkan burung Hud-Hud dengan laju dan pantas

• Hud-hud memberikan laporan tentang negeri Saba` (Al-Naml 23-26)
• ‫ وأوتيت من كل شيء‬menunjukkan bahawa kerajaan Saba` adalah

kerajaan yang kuat dan kaya
• ‫ ولها عرش عظيم‬menunjukkan bahawa Hud-hud melihat dengan teliti

dan rapi

Laporan Hud-Hud

• "(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah
yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang
mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.

• "Allah! - Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar ".

Laporan Hud-Hud

• Hud-hud juga melaporkan kemungkaran yang
dilihatnya ‫ وزين لهم الشيطان‬menunjukkan Hud-hud
merupakan seekor burung yang ada pendirian
dan ilmu tentang akidah

• Hud-hud menyambung lagi bahawa sepatutnya
mereka menyembah Allah dan bukan matahari
(Surah Al-Naml: 25-26)

Hikmah Nabi Sulaiman menyelidik maklumat
yang dibawa Hud-hud

• Nabi Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus-
halusnya, adakah benar apa yang engkau katakan itu,
ataupun engkau dari golongan yang berdusta.

Hikmah Nabi Sulaiman menyelidik maklumat

yang dibawa Hud-hud

• Nabi Sulaiman mendengar kisah dan berita yang
menakjubkan daripada Hud-hud yang tidak pernah
didengari dan diketahuinya sebelum ini

• Nabi Sulaiman memberikan respon yang berhikmah.
• Baginda tidak terus membenarkan dan menerima

bulat-bulat apa yang didengarinya dan tidak
menolaknya bulat-bulat.

5K Ciri-ciri Kepimpinan Nabi Sulaiman

KEPRIHATINAN KETEGASAN KEADILAN
YANG TINGGI

KETERBUKAAN KERENDAHAN
HATI

Misi Dakwah Hud-hud & Surat Nabi Sulaiman

• "Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada
mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu
perhatikanlah apa tindak balas mereka".

Misi Dakwah Hud-hud & Surat Nabi Sulaiman

• Nabi Sulaiman mengutuskan surat berisi ajakan dakwah
kepada Islam yang dihantar melalui burung Hud-Hud

• Surah al-Naml ayat 28
• Nabi Sulaiman mengarahkan burung Hud-Hud menjauhkan

diri mereka seketika ‫ ثم تول عنهم‬supaya Hud-Hud dapat
memerhatikan apa reaksi Permaisuri Saba
• Isi surat tersebut adalah

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬
‫ألا تعلوا علي وأتوني مسلمين‬

Misi Dakwah Hud-hud & Surat Nabi Sulaiman

• (Setelah membaca surat itu), berkatalah raja perempuan negeri Saba': "Wahai ketua-ketua
kamu! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia.

• "Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

• "Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan
menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah). ' "

Misi Dakwah Hud-hud & Surat Nabi Sulaiman

• Raja perempuan itu berkata lagi: "Wahai ketua-ketua kaum, berilah
penjelasan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini; aku tidak
pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi
pendapat dan mempersetujuinya".

• Mereka menjawab: Kita adalah orang-orang yang kuat gagah dan amat
berani merempuh peperangan; dan perkara itu (walau bagaimanapun)
terserahlah kepadamu; oleh itu fikirkanlah apa yang engkau hendak
perintahkan.

Misi Dakwah Hud-hud & Surat Nabi Sulaiman

• Nabi Sulaiman menggunakan Bismillah (menunjukkan ia
sudah digunakan semenjak zaman Nabi Sulaiman lagi)

• Nabi Sulaiman dalam isi suratnya menghalang permaisuri
Saba dari takabbur ataupun menolak seruan dakwahnya

• Seruan dakwahnya adalah supaya memeluk islam ‫وأتوني مسلمين‬
• Permaisuri Saba membaca surat Nabi Sulaiman dan

memahami tujuan Nabi Sulaiman
• Permasuri Saba memanggil kesemua penasihatnya untuk

berbincang (Al-Naml ayat 29-32)

Misi Dakwah Hud-hud & Surat Nabi Sulaiman

• Raja perempuan itu berkata: "Sesungguhnya raja-raja, apabila
masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka
menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian
itulah mereka akan lakukan.

Misi Dakwah Hud-hud & Surat Nabi Sulaiman

• Dinamakan ‫ كتاب كريم‬sebab ia utusan dari raja (Nabi Sulaiman)
yang masyhur

• Para penasihatnya menyatakan bahawa mereka mempunyai
kekuatan tersendiri (Al-Naml ayat 33)

• Keputusan perang atau tidak mereka serahkan kepada
Permaisuri Saba

• Permaisuri saba tidak berminat dengan perang (Ayat 34)
• Ini adalah sebab dia taknak dikalahkan oleh Sulaiman

Cubaan Merasuah Nabi Sulaiman

• "Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada
mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang
akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita"

Cubaan Merasuah Nabi Sulaiman

• Permaisuri saba memilih untuk berdamai dan ingin menguji
Sulaiman adakah ia merupakan seorang yang ikhlas ataupun
ada muslihat

• Lalu permaisuri saba hantar hadiah (Rasuah) (Al-naml ayat
35)

Nabi Sulaiman mengugut utusan Permaisuri Saba

• Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman,
berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): "Tidaklah patut kamu memberikan
kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah
kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku
yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira
dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu
hadiahkan dengan perasaan megah).


Click to View FlipBook Version