Nabi Sulaiman mengugut utusan Permaisuri Saba
• "Kembalilah kepada mereka, (jika mereka tidak juga mahu beriman) maka demi
sesungguhnya Kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang
mereka tidak terdaya menentangnya, dan kami akan mengeluarkan mereka dari
negeri Saba' dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan."
Nabi Sulaiman mengugut utusan Permaisuri Saba
• Utusan sampai ke Baitul Maqdis dan masuk berjumpa Nabi
Sulaiman dan mempersembahkan hadiah
• Ayat 36-37
• Nabi Sulaiman bertanya adakah kamu ingin merasuah aku
dengan hadiah dan pemberian ini?
• Lalu Nabi Sulaiman mengugut untuk menyerang negara
mereka dan memberi pilihan samada masuk islam atau sedia
diserang
• Lalu utusan pulang dan membawa pulang semula hadiah
Permaisuri Saba Melawat Nabi Sulaiman
• Setelah permaisuri saba mengenali hakikat pendirian Nabi
Sulaiman serta diancam perang jika dia tidak memasuki Islam
• Lalu Permaisuri Saba melawat Nabi Sulaiman bersama
pembesar-pembesar negaranya dari Saba ke Baitul Maqdis
Nabi Sulaiman Menghadirkan Istana Saba
• Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya):
"Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat
membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang
mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?"
Nabi Sulaiman Menghadirkan Istana Saba
• Nabi Sulaiman mengetahui bahawa permaisuri saba dalam
perjalanan menemuinya
• Lalu nabi sulaiman mahu menunjukkan kekuasaan Allah
dengan memindahkan Istana Saba
• Ayat 38
• Nabi Sulaiman juga mempunyai penasihat dan mereka
berbincang bagaimana ingin memindahkan istana tersebut
• Ada dua orang yang sudi iaitu Ifrit dan juga seorang yang
mempunyai pengetahuan dari kitab
Nabi Sulaiman Menghadirkan Istana Saba
• Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya
kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan
sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi
amanah".
Nabi Sulaiman Menghadirkan Istana Saba
• Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan
membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat
singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk
mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan
(sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada
dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah),
kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".
Nabi Sulaiman Menghadirkan Istana Saba
• Ifrit kata dia boleh bawakan sebelum nabi sulaiman bangun
dari tempat duduknya
• Ayat 39
• Orang yang ada ilmu dari kitab kata dia boleh bawakan
sebelum mata berkelip (ayat 40)
• Setelah nabi sulaiman melihat istana itu baginda berdoa haza
min fadli rabbi (ayat 40)
Nabi Sulaiman Menguji Permaisuri Saba
• Nabi Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya): "Ubahkanlah keadaan singgahsananya
itu, supaya kita melihat adakah ia dapat mencapai pengetahuan yang sebenar (untuk
mengenal singgahsananya itu) atau ia termasuk dalam golongan yang tidak dapat mencapai
pengetahuan yang demikian".
• Maka ketika ia datang mengadap, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: Serupa inikah
singahsanamu?" Ia menjawab: "Boleh jadi inilah dia; dan kami telah diberikan ilmu
pengetahuan sebelum berlakunya (mukjizat) ini, dan kami pula adalah tetap berserah diri
(menjunjung perintah Allah)".
Nabi Sulaiman Menguji Permaisuri Saba
• Dan ia dihalangi (daripada memeluk Islam pada masa yang lalu): apa yang ia pernah
menyembahnya (dari benda-benda) yang lain dari Allah; sesungguhnya adalah ia (pada masa
itu) dari puak yang kafir.
• (Setelah itu) dikatakan kepadanya: "Dipersilakan masuk ke dalam istana ini." Maka ketika ia
melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan
pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: "Sebenarnya ini adalah sebuah istana
yang diperbuat licin berkilat dari kaca". (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: "Wahai
Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan
bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan
sekalian alam ".
Nabi Sulaiman Menguji Permaisuri Saba
• Setelah nabi sulaiman melihat istana saba di hadapannya,
baginda ingin menguji permaisuri saba adakah dia mengenali
istananya sendiri, setelah diubah sedikit
• Ayat 41
• Lalu Nabi Sulaiman menguji permaisuri saba (ayat 42 dan 43)
• Adakah seperti ini istanamu?
• Permaisuri Saba menjawab dengan bijak “ia seperti istanaku”
• Jika dia menjawab, ia adalah istanaku, seolah-olah dia telah
menuduh Nabi Sulaiman memindahkan istananya padahal dia
merupakan tetamu kepada nabi sulaiman
Nabi Sulaiman Menguji Permaisuri Saba
• Jika dia menjawab bukan istananya juga tidak tepat kerana
memang menyerupai istananya
• Lalu permaisuri menjawab dengan jawapan yang bijak dan
selamat tadi
• Nabi Sulaiman menjawab kehairanan permaisuri saba
tersebut dengan ayat 42
Permaisuri Saba kagum dengan kehebatan Istana
Sulaiman
• Nabi Sulaiman mengajak Permaisuri Saba memasuki
istananya
• Istana Nabi Sulaiman terbina dari kaca yang dibina sangat
canggih
• Jika ia dilihat dari luar seolah-olah ia melihat air, oleh sebab
itulah permaisuri saba mengangkat kainnya kerana ia
menyangka lantai kaca itu adalah air
• Nabi Sulaiman memberitahu bahawa lantai itu diperbuat dari
kaca kristal yang telah mumarrad (digosok kemas sampai
nampak licin)
Permaisuri Saba Memeluk islam
• Permaisuri saba akhirnya sedar semuanya dari Allah dan
mengaku telah menzalimi dirinya sendiri selama ini kerana
telah menyembah selain Allah
• Lalu akhirnya permaisuri saba memeluk islam
• Ayat 44
• Pembesar dan kaum yang datang bersama permaisuri saba
turut memeluk islam
• Lalu mereka semua keluar dari istana Sulaiman dalam
keadaan telah memeluk islam dan pulang ke Saba sebagai
para pendakwah Islam
KISAH NABI SULAIMAN
DALAM SURAH SABA`
Ayat 12-14
Mata Air Tembaga
• Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi
perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah
menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya matair dari tembaga; dan (Kami
mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari
jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api
neraka.
• Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan
yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta
periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Beramalah kamu
wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu
yang bersyukur.
Mata Air Tembaga
• Allah juga menganugerahkan mata air tembaga kepada Nabi Sulaiman
Surah Saba: 12, عين القطر
• Mata air ini mengalir di atas muka bumi dan dimanfaatkan oleh jin dan
syaitan untuk membuat pelbagai peralatan dari tembaga
• Tembaga ini digunakan untuk membuat:
Maharib: Tempat ibadah
Tamasil: Patung-patung
Jifan: Pinggan mangkuk
Qudur rasiat: Kawah yang besar yang tak mampu diangkat kerana terlalu
besar
Kematian Nabi Sulaiman
• Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang
menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih
(anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia tumbang,
ternyatalah kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia,
mengetahui perkara yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian
lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina.
Kematian Nabi Sulaiman
• Allah merakamkan kematian Nabi Sulaiman dalam ayat 14 Surah Saba
• Tidak ada hadis yang menceritakan lanjut tentang kematian Nabi Sulaiman
ini
• Nabi Sulaiman adalah seorang yang tegas dalam pemerintahan, sesiapa
sahaja yang enggan mengikuti arahannya baginda akan belenggu
• Jin diarahkan oleh Nabi Sulaiman melakukan kerja berat dan Nabi Sulaiman
berada bersama mereka untuk memantau gerak kerja yang dilakukan
mereka
• Lalu Allah menghantar malaikat maut untuk mencabut nyawa Nabi
Sulaiman ketika baginda sedang berdiri dengan tongkatnya
• Para jin meneruskan kerja mereka dan menyangka Nabi Sulaiman masih
memantau mereka kerana mereka takut untuk melihat ke arah Nabi
Sulaiman yang tegas
Kematian Nabi Sulaiman
• Lalu anai-anai datang memakan tongkat Nabi Sulaiman,
sementara itu jin masih meneruskan kerja mereka
• Selepas beberapa waktu, isi tongkat itu kosong dimakan anai-
anai
• Lalu tongkat itu patah dan menyebabkan jasad Nabi Sulaiman
rebah
• Para jin mendengar bunyi jasad Nabi Sulaiman jatuh ke tanah
lalu melihat ke arah Nabi Sulaiman
• Setelah itu barulah para jin menyedari bahawa sebenarnya
dah lama Nabi Sulaiman meninggal dunia
Kematian Nabi Sulaiman
• Tidak diketahui berapa lama tempoh waktu antara kematian Nabi Sulaiman
dengan waktu baginda rebah
• Ada yang mengatakan bertahun-tahun. Syeikh Solah berpendapat ia
memakan masa berhari-hari sahaja.
• Peristiwa kematian Nabi Sulaiman ini menjadi bukti bahawa jin tidak
mengetahui perkara ghaib bahkan kematian Nabi Sulaiman yang berlaku di
alam realiti pun mereka tidak tahu
• Hanya Allah yang mengetahui perkara ghaib
• Nabi Sulaiman dimakamkan di kawasan baginda meninggal dunia kerana
para nabi dimakamkan di tempat mereka meninggal dunia.
• Tidak diketahui berapakah umur nabi Sulaiman ketika baginda meninggal
dunia
KISAH NABI SULAIMAN
DALAM SURAH AL-ANBIYA
Ayat 78-82
Nabi Sulaiman membantu ayahnya
dalam pemerintahan
• Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Daud dengan Nabi Sulaiman, ketika mereka berdua
menghukum mengenai tanaman-tanaman semasa ia dirosakkan oleh kambing kaumnya
pada waktu malam; dan sememangnya Kamilah yang memerhati dan mengesahkan
hukuman mereka.
• Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan
masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang
banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama
dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.
Nabi Sulaiman membantu ayahnya
dalam pemerintahan
• Surah Anbiya ayat 78-79
• Kisah kambing yang merosakkan tanaman
• Allah memberikan hikmah kebijaksaan dan ilmu kepada keduanya
• وكلا ءاتينا حكما وعلما
• Tapi Allah bagi Sulaiman lebih sikit kefahaman ففهمناها
• Sulaiman membantu ayahnya Nabi Daud sepanjang hidupnya.
• Ketika Nabi Daud meninggal dunia Sulaiman perintahkan burung
untuk memayungi Nabi Daud agar tidak terkena panas matahari
Nabi Sulaiman tundukkan angin dan
syaitan
• Angin ini juga pergi sehingga ke bumi Palestin
• Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang
tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi
berkat padanya; dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
• Dan (Kami mudahkan) sebahagian dari Syaitan-syaitan untuk menyelam
baginya, serta melakukan kerja-kerja yang lain dari itu; dan adalah Kami
mengawal mereka (daripada melanggar perintahnya).
KISAH NABI SULAIMAN
DALAM SURAH AL-BAQARAH
Ayat 102
Menolak Fitnah Sihir kepada Nabi
Sulaiman
Menolak Fitnah Sihir kepada Nabi
Sulaiman
• Fitnah sihir ke atas Nabi Sulaiman
• Ayat Al-Quran menafikan tuduhan baginda
menggunakan sihir untuk menguruskan kerajaannya
yang hebat
• Sebaliknya syaitanlah yang mengajarkan sihir kepada
manusia dan mengada-adakannya untuk menyesatkan
mereka
RUJUKAN 1- Al-Qasas Al-Qurani (Sheikh Solah Abd Fattah Al-Khalidi)
2- Kompas Anbiya (Syaari Ab Rahman & Nur Hanani Fadzilah)
3- Artikel Kepimpinan Dalam Kisah Nabi Sulaiman & Hud Hud
FACEBOOK PAGE
INSTAGRAM
TERIMA KASIH
t.me/mutiaratadabbur