PENUTUP BAQ 2
2 NIKMAT BESAR DARIPADA ALLAH
(1) ISLAM
Surah Al-Kahfi (18):102
ۚ َأَفَح ِس َب ٱَّلِذيَِإَنّنٓاََكأَْعفَُترْٓدوَ۟نااَأَجنَهََّينََّتمِخِلُْلذَكوٰ۟ـاِفِعِرَبايَِدن ُىنُِمزاًلن ُدوِنٓى َأْو ِلَيٓاَء
Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka
mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang
disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka?
Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi
orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.
Perhatikan perkataan "( َأْع َتْدَناKami telah sediakan") dalam ayat ini
(perkataan yang sama digunakan pada ayat 5 Surah al-Mulk).
Allah beritahu kita bahawa Allah sudah sediakan neraka kepada
orang-orang yang ingkar kepada Allah / kafir, maka sedarlah kita
bahawa neraka bukan disediakan untuk mereka yang beriman dengan
Islam.
Ingatlah, Allah tidak berikan nikmat Islam kepada setiap manusia.
Maka, selagi mana kita Islam & berserah diri kepada Allah, Allah
memang mahu kita masuk ke syurga-Nya.
Jangan sekali-kali lepaskan tali Islam, kerana nikmat Islam yang
diberikan kepada kita adalah bukti kasih-sayang Allah yang paling
besar buat kita, hamba-Nya.
Bergembiralah & bersyukurlah setiap kali kita bangun dari tidur pada
waktu pagi, kita bangun dalam keadaan kita masih Islam.
AlhamdulilLah.
101
PENUTUP BAQ 2
2 NIKMAT BESAR DARIPADA ALLAH
(2) AL-QURAN
Surah Yunus (10):58
ُقْل ِبَفْض ِل ٱلَّلِه َو ِبَرْح َم َِتيِْهۦج ََفمِبَُٰذعِلَوكَن َفْلَيْف َرُح و۟ا ُهَو َخ ْيٌر ِّم َّم ا
Katakanlah (wahai Muhammad) "kedatangan Al-Quran itu adalah
semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya,
maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka
bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik
daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan
perkara yang tidak kekal)".
Menurut pendapat Ibnu Abbas:
Perkataan َف ْض ِل ٱلَّلِهmerujuk kepada ISLAM, manakala perkataan
َرْحَم ِتِهmerujuk kepada AL-QURAN.
Nilaian sesuatu amalan hanya bernilai di sisi Allah apabila dia seorang
ISLAM. Maka, al-Quran sebagai panduan & penunjuk cara kepada
manusia dalam menjalani kehidupan untuk mendapat redha Allah di
dunia & di akhirat.
Jangan pernah merasa susah dengan ibadah dalam agama Islam.
Jangan pernah penat & jemu untuk terus memperjuangkan al-Quran
(baca, faham, amal & sebar).
Masa & umur yang kita gunakan untuk al-Quran tidak terbanding
nilaiannya dengan masa yang kita gunakan untuk perkara selainnya.
Moga Allah menerimanya sebagai amal soleh.
102
AlhamdulilLah.
Terima kasih.
Semoga ada manfaat yang
dapat di ambil.
Di izinkan untuk dicetak dan
dikongsi untuk kegunaan
belajar bukan tujuan
komersial.
َو َلَقْد َيَّس ْرَنا ٱْلُقْرَءاَن ِللِّذ ْك ِر َفَه ْل ِم ن ُّم َّد ِك ٍر
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran
untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa
yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran
(daripadanya)?
Al-Qamar (54) : 32
@ OMELZARA
Harnisah Tajudin SyafiniRomli
Nursyafini Romli
103