farrah
  • 3
  • 0
INTRODUCTION TO RESORT SECOND EDITION
e-Book Introduction To Resorts (Edition 2) merupakan buku yang yang diterbitkan oleh Politeknik Muadzam Shah (PMS) di bawah Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti sebagai rujukan utama kepada semua pensyarah-pensyarah serta pelajar-pelajar Politeknik Malaysia dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) terutamanya dalam bidang Pelancongan Rekreasi. E-Book ini direkabentuk dengan pemahaman yang lebih mudah untuk memperkenalkan pelajar dan pensyarah dengan asas Pengenalan Kepada Resort, Kategori Resort, Mengurus Pengoperasian Resort, Pengurusan Kelab Resort, Aktiviti Rekreasi di Resort, Keselamatan Resort, Trend Kontemporari dan Tinjauan Masa Depan Industri Resort Global. Selain itu, e-Book ini memberi penekanan kepada persediaan ekspedisi pelancongan, menjalankan lawatan ke kawasan tarikan pelancongan, menyediakan laporan dan pembentangan di mana pelajar memilih kawasan destinasi pelancongan resort sebagai kawasan kajian kes untuk mencapai sukatan program Diploma Pelancongan Rekreasi. Oleh itu, penerbitan e-Book ini diharapkan akan membantu pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menekankan kekuatan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diterapkan kepada pelajar. Di antara objektif penghasilan e-Book ini adalah untuk menjadi sumber rujukan kepada pensyarah dan pelajar di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti terutamanya dalam Program Diploma Pelancongan rekreasi (DRT). Selain itu, penghasilan e-Book ini diharapkan dapat disebarluaskan kepada pensyarah dan pelajar Politeknik Malaysia dalam bidang Rekreasi Pelancongan sebagai satu perkongsian ilmu.

Penulis:
FARRAH WAHEEDA BINTI AZAN
HARULNIZAM B MOHAMAD
HARIATI BINTI HAMDAN
Pensyarah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti Politeknik Muadzam Shah
View Text Version Category : 0
  • Follow
  • 0
  • Embed
  • Share
  • Upload
Related publications