The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aisyaas267, 2022-05-11 09:44:49

Ebook Sejarah

Ebook Sejarah

KANDUNGAN

Butiran Muka Surat
PENGHARGAAN v
VISI MISI IPGM vii
SENARAI AHLI KUMPULAN viii
1.0 PENGENALAN 2

SEJARAH PENUBUHAN INSTITUT PERGURUAN ISLAM 4-5
2.0 SEJARAH PENUBUHAN IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 5
6
2.1 Maktab Perguruan Islam (MPI)
2.2 Institut Perguruan Islam (IPIS) 7-8
2.3 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI)
2.4 Kesan Terhadap Perubahan Yang berlaku Sepanjang Proses

Penubuhan IPGKPI

KETOKOHAN MANTAN PENGARAH INSTITUT PERGURUAN ISLAM 10
3.0 MAKLUMAT BERKAITAN MANTAN PENGARAH 10
11
3.1 Latar Belakang Pengarah 12
3.2 Kerjasama yang Berlaku Sewaktu Menjadi Pengarah di IPGKPI
3.3 Pengalaman Bekerja Dengan Mantan Pengarah
3.4 Hubungan Mantan Pengarah Dengan Komuniti Setempat

MENJEJAK ALUMNI MAKTAB PERGURUAN ISLAM YANG BERJAYA 14-
4.0 MAKLUMAT BERKAITAN ALUMNI TUAN MOHD FADHLI BIN JUSOH 15-

4.1 Latar Belakang Tuan Mohd Fadhli Bin Jusoh 16
15 16
17
4.2 Pengalaman Tuan Mohd Fahli Bin Jusoh Sepanjang Menuntut di
16 Maktab Perguruan Islam

4.3 Pencapaian Tuan Mohd Fadhli Bin Jusoh Semasa Menuntut di MPI
dan Kerjaya Semasa Beliau
4.3.1 Pencapaian di Maktab perguruan Islam
4.3.2 Pencapaian Semasa Dalam Kerjaya

4.4 Jalinan Hubungan Komuniti Tuan Mohd Fadhli Bin Jusoh Dengan
Rakan MPI, Rakan Sekerja, dan Masyarakat Setempat

ii | P a g e

5.0 PENUTUP 18
RUJUKAN 29
LAMPIRAN 20-49

iii | P a g e

PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim.

Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpahan rahmat dan kurnia-Nya serta
nikmat masa, kesihatan, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami membolehkan
penulisan buku Menelusuri Institut Perguruan Islam ini dapat disiapkan dengan jayanya.

Menghasilkan penulisan mengenai sesuatu sejarah memerlukan penelitian,
pengecaman, pencernaan untuk memastikan hasilnya mudah difahami oleh pembaca serta
bertepatan dengan sejarah yang sedia ada. Oleh itu, buku ini diharapkan mampu menjadi
panduan atau rujukan kepada pengkaji sejarah yang ingin mengkaji tentang sejarah
penubuhan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam di Bangi, Selangor bermula
dari penubuhan Maktab Perguruan Islam di Lembah Pantai, Kuala Lumpur lagi.

Di samping itu, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan kepada pensyarah
yang dihormati iaitu Dr. Sitti Hasnah Binti Bandu di atas tunjuk ajar, panduan serta bimbingan
daripada beliau yang sememangnya membantu dan memudahkan kami untuk menyiapkan
penghasilan buku ini bagi subjek Kesusasteraan Melayu kod kursus SJHK3043

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tokoh-tokoh serta orang saksi yang
menjadi tunggak kepada penghasilan buku ini kerana sudi membantu kami dalam
menyelesaikan tugasan ini. Mereka telah membantu kami mendapatkan maklumat yang
diperlukan mengenai kajian kami ini tanpa mengharapakan sebarang balasan. Ucapan
penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang sentiasa berjuang bersama-
sama hingga ke akhir penghasilan buku ini.

Akhir sekali, sekalung penghargaan juga diucapkan kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau sebaliknya sepanjang penghasilan buku ini. Diharapkan agar buku ini
dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya kepada pembaca yang berminat
mengetahui sejarah penubuhan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam dengan
lebih lanjut.
Sekian, terima kasih

iv | P a g e

v|Page



1.0 PENGENALAN

Istilah sejarah menurut Herodotus dalam Muhd Yusof (1988) dan Mahayudin Yahaya (1984)
merupakan kajian terhadap peristiwa-peristiwa lalu khususnya yang melibatkan hal ehwal
manusia. Sejarah lisan merupakan suatu kaedah penyelidikan sejarah, kaedah yg digunakan
oleh penyelidik dalam mengumpul sumber sejarah (saksi kepada sejarah) berbentuk lisan
sebagai suatu cara melengkapkan rekod bertulis Nadzan Haron (2012). Tujuan sejarah lisan
ialah untuk mengumpulkan memori pengalaman orang sumber yang mempunyai nilai
signifikan dalam isu sejarah tertentu. Oleh hal yang demikian, sejarah lisan dapat
menghasilkan sebuah dokumen lisan dari keterangan proto, keterangan saksi mata,
keterangan kata dengar atau tradisi lisan dalam bentuk rakaman atau transkrip.

Secara umumnya, IPG Kampus Pendidikan Islam merupakan salah satu institut
pengajian di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyediakan kursus-kursus
perguruan bermula pada peringkat sijil dan diploma dan seterusnya pada peringkat ijazah
sehingga kini. Institut Pendidikan Guru (IPG) yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor ini
dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan merupakan sebuah institusi pendidikan yang
melatih bakal - bakal guru yang terdiri daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasan SPM
(KPLSPM), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK),
dan sebagainya.

Maktab Perguruan Islam merupakan salah satu institut perguruan yang dibangunkan
di Lembah Pantai di Kuala Lumpur dengan menempatkan seramai 145 orang pensyarah dan
1209 bakal pendidik dari seluruh Malaysia. Sebagai sebuah institut perguruan yang ternama,
Maktab Perguruan Islam telah melahirkan ramai graduan guru yang cemerlang dari aspek
sahsiah dan kerohanian. Sehingga kini, alumni MPI yang berjaya telah banyak mencipta nama
dan sejarah di peringkat yang lebih tinggi terutamanya dalam sektor pendidikan negara.

Oleh itu, bagi memenuhi kehendak soalan pentaksiran berterusan Sejarah Lisan dan
Pendokumentasian yang telah ditetapkan, tiga tugasan telah dilaksanakan iaitu Sejarah
Penubuhan Institut Perguruan Islam, Ketokohan Mantan Pengarah Institut Perguruan Islam
dan Menjejak Alumni Maktab Perguruan Islam yang Berjaya dengan menggunakan kaedah
sejarah lisan. Kaedah sejarah lisan ini memerlukan orang sumber untuk mengumpul
maklumat berkaitan dan kami telah mengenal pasti beberapa individu yang sesuai untuk
dijadikan sebagai orang sumber untuk mendapat maklumat tersebut.

2|Page

3|Page

2.0 SEJARAH PENUBUHAN IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Gambar IPGKPI sekarang dari sudut pandang atas
2.1 Maktab Perguruan Islam (MPI)

Pada awalnya, Maktab Perguruan Islam (MPI) merupakan satu unit Pendidikan
Agama Islam di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) Cheras, Kuala Lumpur pada
bulan Februari 1977. Unit ini telah menawarkan kursus kepada 87 orang pelatih
dengan tiga orang pensyarah sahaja. Manakala kursus yang ditawarkan merupakan
kursus perguruan bagi sekolah menengah sahaja. Justeru, pada 25 April 1977,
tertubuhlah MPI secara rasmi dan berpindah dari unit MPIK ke bangunan institut
bahasa. Pada peringkat awal, MPI hanya menumpang di bangunan institut bahasa
pada sesi petang sahaja sehingga November 1977. Justeru, berlakunya
pengambilan 237 orang pelatih baru tahun 1 Kursus Pendidikan Perguruan Sekolah
Rendah. Malah, hanya terdapat tiga jabatan sahaja iaitu Jabatan Pengajian Agama
Islam, Jabatan Pendidikan dan Jabatan Bahasa Malaysia (Majalah An-Nur Edisi
2017)

Selanjutnya, MPI telah berpindah ke bangunan Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) pada bulan November 1977 hingga 1983 yang bertempat di Petaling
Jaya. Perpindahan ini merupakan perpindahan kali kedua buat warga MPI. Justeru,
beberapa unit telah diwujudkan bagi memenuhi keperluan kursus-kursus yang
ditawarkan di maktab. Selain daripada tiga jabatan yang ditubuhkan semasa di
Institut Bahasa, dua unit lagi diwujudkan iaitu Unit Bahasa Inggeris dan Unit Gerko.
Namun, pada Mei 1983, MPI telah berpindah sekali lagi di bangunan UKM yang
berada Lembah Pantai Kuala Lumpur sementara menunggu bangunan baru di

4|Page

Bangi, Selangor Darul Ehsan siap sepenuhnya. MPI dilihat mengalami
perkembangan yang pesat sejak ditubuhkan. Malah, pada tahun 1990, bilangan
pelatih telah meningkat kepada 1217 orang manakala pensyarahnya bertambah
menjadi 110 orang.

Tujuh buah jabatan telah ditubuhkan iaitu Jabatan Pengajian Agama Islam,
Jabatan Pengajian Al-Quran dan Sunnah, Jabatan Bahasa Arab dan Tamadun
Islam, Jabatan Pendidikan, Jabatan Bahasa, Jabatan Kajian Sosial serta Jabatan
Bahasa Inggeris. MPI selaku Pusat Latihan Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
sememangnya mempunyai misi utama iaitu mengangkat dan memartabatkan guru
Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Oleh itu guru pelatih yang menerima latihan
adalah terdiri daripada KDPM, KPLI dan juga melatih KDP, KSPK, PKPG dan Pra
PKPG. Sehubungan itu, bagi kecermerlangan pentadbiran dan latihan keguruan
maka MPI bersama 26 buah maktab yang lain di seluruh Malaysia telah berusaha
untuk memperolehi pensijilan MS ISO 9002 dan MPI telah berjaya telah menerima
penganugerahan Sijil MS ISO 9002 bersama maktab-maktab lain pada 8 Ogos 2002.

2.2 Institut Perguruan Islam (IPIS)

Secara amnya, perubahan yang berlaku terhadap Maktab Perguruan Islam (MPI)
adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Julai 2005
yang bersetuju menaikkan taraf maktab-maktab perguruan kepada institut perguruan
yang dikenali Institut Perguruan Islam Selangor (IPIS). Hal ini disebabkan pada tahun
2005 berlakunya proses untuk menukarkan nama dan menaiktaraf maktab kepada
institusi perguruan. Pada tahun 2006 bersamaan 1 April, telah berlakunya perubahan
nama institusi yang melibatkan seluruh warga MPI. Penukaran ini berlaku rentetan
daripada pengisytiharan yang dilaksanakan di Institut Perguruan Tun Abdul Razak
(IPTAR) Kota Samarahan, Sarawak. Pengisytiharan ini diperoleh hasil daripada
keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri Institut Perguruan Islam Selangor merupakan
(IPIS) merupakan nama yang digunakan selepas berlakunya penukaran nama bagi
Maktab Perguruan Islam (MPI).

Justeru, pada tahun 2007 MPI telah diberi mandat untuk melatih guru sekolah
rendah yang memiliki ijazah sarjana muda perguruan kerana pada awalnya sewaktu
zaman MPI, hanya peringkat diploma sahaja yang ditawarkan dengan gred. Justeru,
kenaikan taraf maktab kepada IPIS bertujuan untuk melahirkan graduan iaitu cikgu
sekolah rendah yang memiliki ijazah. Hal ini bertujuan untuk memastikan dasar
pendidikan negara dicapai yang iaitu 50 peratus guru sekolah rendah mesti

5|Page

mempunyai ijazah. Oleh itu, berlakunya proses pengambilan pertama untuk ijazah di
IPIS yang berlaku pada tahun 2007 dan graduan pertama yang dihasilkan berlaku
selepas empat tahun iaitu pada tahun 2011. Oleh hal yang demikian, MPI yang telah
ditukarkan kepada IPIS sememangnya akan terus berusaha bagi meningkatkan
sistem pengurusan kualiti berasaskan MS ISO 9001:2000.

2.3 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI)

Secara amnya, maktab perguruan di seluruh Malaysia iaitu kampus-kampus yang
terlibat telah diselaraskan menjadi Institut Pendidikan Guru di bawah seliaan IPGM.
Justeru, setelah akta AUKU iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti yang baru oleh
Parlimen Malaysia mendapat kelulusan, maka semua Institut Perguruan Guru telah
dijadikan kampus cawangan kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang
bertaraf universiti yang dipertanggungjawabkan untuk melahirkan guru siswazah
sekolah rendah. Melalui pengauditan MQA semua IPGM telah diberi pengiktirafan
untuk menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda melalui Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (Rendah) iaitu PISMP.

Secara rasminya, ambilan pertama bagi Pelajar PISMP telah dilaksanakan
pada tahun 2011 dengan kerjasama OUM iaitu Open Universiti Malaysia.
Sememangnya, perubahan IPGKPI ini selaras dengan visi misi IPG yang sangat jelas
iaitu melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik. Selaras dengan itu Institut
Perguruan Islam, Selangor (IPIS) telah mendapat nama baru sebagai IPG Kampus
Pendidikan Islam. Nama Islam dikekalkan selaras dengan sejarahnya yang terulung
dan terunggul dalam melahirkan guru Pendidikan Islam sejak awal 1977.Oleh hal
yang demikian, bidang disiplin perlu dikuasai oleh seorang guru yang hendak
dilahirkan oleh IPG kerana dinamik dalam alam pendidikan memerlukan guru
sekolah rendah yang bersifat generalistik dan realistik.

2.4 Kesan Terhadap Perubahan Yang berlaku Sepanjang Proses Penubuhan

IPGKPI

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010) mendefinisikan perubahan sebagai
perihal yang berubah, peralihan dan pertukaran dalam suatu jangka masa.
Sehubungan itu, terdapat beberapa perubahan yang berlaku sepanjang proses
penubuhan IPGKPI serta impaknya Salah satu perubahan yang dapat diperhatikan
termasuklah dari segi kemudahan di IPGKPI iaitu pusat sumber Al-Ghazali. Hal ini
disebabkan, pada awalnya pusat sumber tersebut masih lagi tidak menerapkan TMK

6|Page

iaitu teknologi maklumat dan komunikasi. A Razak Ahmad (2011) berpendapat
bahawa teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) amat penting kerana teknologi
ini telah mendominasi global secara berleluasa.

Pengintegrasian TMK terhadap pusat sumber merupakan keperluan bagi
memudahkan sistem pengurusan. Justeru, permohonan bantuan terhadap
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dilaksanakan bagi menaik taraf pusat
sumber tersebut. Maka, permohonan tersebut telah mnedapat kelulusan dengan
memperoleh wang sebanyak RM 4.5 juta. Bantuan ini juga melibatkan tujuh IPG
kampus. Oleh itu, perubahan yang dapat dilihat termasuklah dapat mengurangkan
apa kehilangan buku disebabkan berlakunya pengenalan sistem automasi iaitu
sistem peminjaman dan pemulangan buku yang akan direkodkan menggunakan
TMK.

“…saya telah memperkenalkan banyak misalnya dari segi keceriaan. Saya
juga melaksanakan program-program ilmu khas untuk para pelajar setiap tahun kita

ada program NILAM…”

(Dr. Norasiah, 2022)

Berikut merupakan salah seorang pensyarah yang terlibat dalam menaik taraf
pusat sumber Al-Ghazali yang memperlihatkan bahawa beliau juga berusaha
memajukan pusat sumber dengan menambah baik dari segi keceriaan dan
mempelbagaikan program yang melibatkan pelajar. Selanjutnya, perubahan berlaku
di IPGKPI sememangnya memberi kesan kepada warga kampus terutamanya
melibatkan tenaga pengajar. Misalnya, berlaku kenaikan pangkat seperti pensyarah-
pensyarah yang berada di gred DG44 secara automatik naik ke DG48 manakala gred
DG48 naik ke DG52. Hal ini merupakan suatu keuntungan kepada pensyarah pada
ketika itu.

Malah, para pensyarah juga dituntut untuk memiliki sekurang-kurangnya ijazah
sarjana iaitu

“...master..mungkin ramai yang belum dapat Master dan PhD. Maka setelah
perubahan itu maka syarat minimum untuk menjadi pensyarah iaitu yang pertama

adalah DG44…”

(En. Misri, 2022)

7|Page

Berdasarkan petikan orang sumber, dapat dilihat bahawa terdapat kesan terhadap
peningkatan taraf kelulusan bagi para pensyarah yang bertujuan untuk membezakan
taraf pendidikan graduan di IPG serta tenaga pengajar.

8|Page

9|Page

3.0 MAKLUMAT BERKAITAN MANTAN PENGARAH
3.1 Latar Belakang Pengarah

Dr Muhammad Hussin Bin Mohammad Yusof merupakan salah seorang
pengarah di IPG Kampus Pendidikan Islam dan telah berkhidmat di IPGKPI selama
13 tahun. Beliau lahir di sempadan Selangor dan Perak iaitu di Hutan Melintang,
Perak. Beliau mendapat pendidikan di sekolah rendah dan sekolah rendah agama
di Hutan Melintang. Kemudian, beliau tinggal bersama datuknya di Sabak Bernam,
Selangor dan mendapat pendidikan sekolah menengah di sana. Kemudian
menyambung ijazah pertama, master dan PHD (Sains) di Universiti Kebangsaan
Malaysia.

“...beliau dilahirkan di sempadan Perak dan Selangor di Hutan Melintang perak
mendapat pendidikan di sekolah rendah kebangsaan dan sekolah rendah agama di

hutan melintang…”
-Tuan Haji Rosli, 2022-
“...kemudian dibesarkan oleh datuknya di Sabak Bernam…pengalamanya banyak
di Sabak Bernam…sekolah menengah di sabak bernam…kemudian melanjutkan
ke UKM bagi ijazah pertama…manakala Master dan PHD beliau juga di
UKM…itulah pendidikan beliau…”
-Tuan Haji Rosli, 2022-

10 | P a g e

Di samping itu, beliau juga pernah menjadi guru mata pelajaran Sains di
sekolah sebelum menjadi pensyarah di IPGKPI. Sebelum menjadi pengarah di
IPGKPI, Dr Muhammad Hussin merupakan pensyarah biasa yang bertugas di
Jabatan Hal Ehwal Pelajar, kemudian bertukar ke Unit Kokurikulum, seterusnya
dilantik menjadi timbalan pengarah dan akhirnya menjadi pengarah di IPGKPI. Dr
Muhammad Hussin juga merupakan salah seorang pengarah yang bukan dari aliran
agama.

3.2 Jalinan Kerjasama Yang Dilakukan Sewaktu Menjadi Pengarah

Sewaktu Dr Muhammad Hussin menjadi pengarah di IPGKPI, banyak Kerjasama
kolaboratif yang dilakukan oleh IPGKPI dengan universiti-universiti yang lain sama
ada di dalam negara mahupun di luar negara. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2007), kolaboratif bermaksud kerjasama yang erat antara dua pihak atau lebih.
Antaranya, IPGKPI pernah menghantar wakil di dalam pertandingan inovasi yang
diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Kolej Universiti Islam
Selangor (KUIS), menghantar wakil dalam kolaboratif degan Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) di dalam program teater dan program sastera dan menghantar
pelajar ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sewaktu pertandingan
pengucapan awam. Selain itu juga, IPGKPI juga membuat kolaboratif bersama
Tahfiz Darul Quran di Batang Kali untuk melaksanakan program tahfiz di IPGKPI.

“Banyak sekali…dia bukan sahaja sampai di universiti-universiti di negara kita
sahaja tetapi kolaboratif ini sampai ke universiti ke luar negara seperti Morocco,

Indonesia di dalam negara seperti kolaboratif dengan UKM, USIM, UIA, USM,
UITM…boleh dikatakan semua universiti kolaboratif dengan IPGKPI sewaktu

pentadbiran Dr Muhammad Hussin…”

-Tuan Haji Rosli, 2022-

Program tahfiz ini dijalankan adalah untuk memperkasakan gelaran tahfiz yang
dipegang oleh pelajar tahfiz sewaktu melanjutkan pelajaran di IPGKPI. Selain
daripada berkolaboratif dengan universiti-universiti dan tempat pengajian di dalam
negara, IPGKPI sewaktu itu juga mempunyai kolaboratif dengan universiti-universiti
di luar negara. Contohnya, Program Kajian Linguistik Bumi Austronesia yang
bermula dari negara Indonesia, Korea, India, China, Jepun dan New Zealand. Setiap
program yang dijalankan di negara-negara tersebut IPGKPI akan berkolaboratif
dengan universiti-universiti di sana. Program ini dapat dijalankan kerana mendapat

11 | P a g e

sokongan dari pihak kepimpinan tertinggi IPGKPI iaitu kepimpinan Dr Muhammad
Hussin pada waktu itu.

“…kolaboratif itu juga melebar ke peringkat antarabangsa...ke universiti-universiti di
luar negara…contohnya, di jabatan pengajian Melayu kami ada program kajian

linguistik bumi austronesia yang bermula daripada Indonesia, Korea, India, China,
Jepun dan akhirnya sebelum PKP kami sempat menjejak bumi New

Zealand…setiap program tersebut kita akan berkolaboratif dengan univerisiti-
universiti di sana…kami pernah sampai di univeristi di Amsterdam…”

-Dr. Nazariah, 2022-

3.3 Pengalaman Bekerja Dengan Mantan Pengarah

Antara pengalaman orang yang pernah bekerja dengan Dr Muhammad Hussin ialah
beliau merupakan seorang yang tegas, adil dan bertanggungjawab ketika bekerja.
Beliau juga banyak melaksanakan idea-idea yang diberikan oleh pensyarah biasa.
Contohnya, idea menubuhkan program tahfiz yang diberikan oleh Tuan Haji Rosli
Bin Abdullah. Idea ini hanya diberikan oleh seorang pensyarah biasa, namun Dr
Muhammad Hussin berusaha untuk menjadikan idea tersebut menjadi realiti. Beliau
telah bekerjasama dengan pusat tahfiz di ulu yam serta JAKIM untuk menubuhkan
jawatankuasa program tahfiz tersebut. Akhirnya, program tersebut berjaya
diwujudkan dan berjalan dengan lancar atas dasar kebijaksanaan seorang
pemimpin dalam organisasi dengan mudah beliau boleh melaksanakan idea
tersebut.

“...beliau telah mengambil inisetif menubuhkan satu jawatankuasa dan terbentuk
program tahfiz yang ada sekarang ini yang bekerjasama dengan pusat tahfiz ulu yam

serta JAKIM…akhirnya menjadi realiti…ini adalah kebijaksanaan seorang pemimpin
dalam organisasi dengan mudah beliau boleh melaksanakan idea tersebut...”

-Tuan Haji Rosli, 2022-

Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang dihormati oleh semua
pensyarah, staff dan pelajar di IPG. Sewaktu beliau menjadi pengarah beliau banyak
memilih ketua-ketua jabatan atas dasar kepercayaan dan tanggungjawab yang
dilihat oleh Dr Muhammad Hussin. Pemilihan ini adalah untuk mendapat sokongan
daripada orang yang dipimpin. Beliau juga membuat Mesyuarat Majlis Pengurusan
Profesional (MPPP) yang dianggotai oleh semua ketua jabatan untuk memastikan

12 | P a g e

kestabilan dan kemajuan sewaktu kepimpinan beliau. Ketua-ketua jabatan banyak
bekerjasama dan banyak belajar daripada jawatan kuasa Mesyuarat Majlis
Pengurusan Profesional (MPPP) tersebut.

“…jadi saya berterima kasih kepada mantan pengarah kerana kami di setiap
ketua jabatan ada peringat Mesyuarat Majlis Pengurusan Profesional (MPPP).

Kami bekerjasama dan banyak belajar daripada jawatan kuasa MPP...”

-Dr. Nazariah, 2022-

2.4 Hubungan Mantan Pengarah Dengan Komuniti Setempat

Hubungan antara Dr Muhammad Hussin bersama komuniti di IPGKPI sangat erat
sewaktu beliau menjadi pengarah di IPG. Komuniti merupakan kumpulan orang yg
tinggal di sesuatu daerah atau negara (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002). Hal ini
kerana, beliau mula bertugas menjadi pensyarah biasa sehingga menjadi pengarah
di IPG. Beliau juga merupakan seorang yang mudah didekati sama ada oleh
pensyarah, staff mahupun pelajar. Setiap program yang diadakan oleh jabatan-
jabatan di IPGKPI, Dr Muhammad Hussin akan sentiasa menghadirkan diri ke
program tersebut. Begitu juga program yang dijalankan oleh staff, beliau akan
menghadirkan diri dan memberi sokongan.

Setiap program dan aktiviti yang dijalankan oleh pelajar sama ada di dalam
IPG mahupun di luar, beliau tetap akan menghadiri program dan aktiviti tersebut
untuk menjaga hubungan dengan para pelajar. Dr Muhammad Husin juga pernah
mengimamkan solat berjemaah di masjid bersama pelajar, staff dan pensyarah.
Setiap program yang dijalankan di masjid IPGKPI, beliau akan turun padang dan
menolong untuk menjalalankan program tersebut. Beliau juga sering membantu di
dapur masjid sewaktu program dan pernah mengajar pelajar bagaimana memasak
nasi kalau nasi tersebut mentah atau supaya nasi tersebut tidak lembik.

“...saya dengar setiap program di masjid beliau akan turun tangan …pelajar
pernah tengok dia membantu di dapur memasak makananan…malahan beliau

mengajar pelajar bagaimana memasak nasi kalau nasi tersebut mentah atau
supaya nasi tersebut tidak lembik…”

-Tuan Haji Rosli, 2022-

13 | P a g e

Selain itu, Dr Muhammad Hussin mesra dengan komuniti setempat di IPGKPI.
Hal ini kerana, isteri beliau berasal dari kampung berdekatan IPG. Beliau memang
erat dengan komuniti Sungai Merab serta mengenali Yang Berhormat adun Sungai
Merab. Pada ketika itu juga, IPGKPI banyak menerima sumbangan sama ada dari
Yang Berhormat serta sumbangan komuniti setempat.

“...dengan komuniti setempat juga beliau dikenali kerana isteri beliau orang
kampung berdekatan IPG...malah dengan Yang Berhormat Sungai Merab sendiri
pon beliau dikenali…sebab itu IPGKPI dapat banyak sumber dari YB…sumbangan

komuniti juga banyak kepada IPGKPI…”
-Tuan Haji Rosli, 2022-

14 | P a g e

15 | P a g e

4.0 MAKLUMAT BERKAITAN ALUMNI TUAN MOHD FADHLI BIN JUSOH

Gambar menunjukkan alumni bersama ahli keluarga. (Tuan Fadhli: barisan hadapan,
dua dari kiri

4.1 Latar Belakang Tuan Mohd Fadhli Bin Jusoh
Tuan Muhd Fadhil bin Jusoh atau lebih ramah dipanggil sebagai Cikgu Fadhil lahir
pada 3 Mac 1968. Beliau tinggal di Kampung Beris Kubur Besar di Kelantan
bersama-sama dengan 8 orang adik-beradiknya dan ibu tunggal tercinta. Sebagai
anak sulung, beliau menyandang tanggungjawab yang besar sebagai ketua keluarga
sejak dari muda lagi setelah pemergian ayahanda tersayang. Anak jati kelahiran
Kelantan ini merupakan seorang yang ringan tulang dan mementingkan
pelajarannya. Hal ini terbukti apabila beliau merupakan seorang pelajar yang
cemerlang sejak di bangku sekolah lagi. Kesungguhan beliau tidak terhenti di situ
sahaja, beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Islam
dalam pengajian Islam, Al-Quran dan Sunnah pada tahun 1988. Sebagai satu-
satunya anak kampung yang berjaya menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur pada ketika
itu, Cikgu Fadhli membawa misi yang sangat besar iaitu membawa pulang satu
kejayaan bagi meringankan beban ibunda tercinta.
Seusai menghabiskan pelajarannya di Maktab Perguruan Islam pada tahun
1990, Cikgu Fadhli kemudiannya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Beris Kubur
Besar berhampiran dengan kampung halamannya. Pada tahun yang sama, beliau
mengikat hubungan perkahwinan bersama dengan pasangan tercinta iaitu Sitti
Alawiah Binti Jaafar.
16 | P a g e

“...kemudian dalam bidang kerjaya pula, kitaorang kahwin awal pada masa tu umur
dia dalam 23 tahun, saya umur dalam 22 tahun. Masa kitaorang berkahwin,

kebanyakan masa dia tu adalah berada di sekolah. Maknanya kebetulan pada
mula-mula posting tu, sekolah tak jauh daripada rumah...”

-Puan Sitti Alawiah, 2022-

Selepas beberapa tahun berbakti sebagai pendidik di sekolah, beliau
kemudiannya ditugaskan di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan sebagai seorang
pegawai pendidikan selama 18 tahun.

”...jadinya sehinggalah bila umur dah semakin meningkat, dia dipanggil berada di
luar kementerian, dijemput oleh panitia JAKIM, sehingga dia dilamar oleh Jabatan

Pendidikan Negeri Kelantan sebagai pegawai di JPN...”

-Puan Sitti Alawiah, 2022-

Sambil menyelam minum air. Itulah gambaran Cikgu Fadhil yang paling sesuai
kerana di samping berkhidmat sebagai pegawai pendidikan, beliau juga sempat
menyambung pelajarannya di Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI).

“...lepas daripada dia belajar di IPDA, kemudian dia sambung belajar di UPSI,
berjaya memperoleh degree, dia ingatkan boleh kembali bertugas di sekolah tapi

JPN masih pegang dia jadi dia terpaksa bertugas di sana lagi sehinggalah dia
dinaikkan jawatan beberapa kali hingga menjadi Ketua Penolong Pengarah di JPN

Kelantan...”

-Puan Sitti Alawiah, 2022-

Hasil penat lelah Cikgu Fadhil sekali lagi membuahkan hasil apabila beliau
berjaya menamatkan pengajiannya dengan jayanya serta berjaya memperoleh
kelulusan bagi menjawat jawatan sebagai pengetua sekolah. Kini, beliau bertugas
sebagai pengetua di Sekolah Menengah Agama Tok Bachok di Bachok Kelantan.

“...selepas itu, sebab dia ada sijil pengetuaan itu, dia pun ditawarkan menjadi
pengetua di SMK Kubang Kerian 3, berada di sana dalam masa setahun.

Kemudian dia pula ditukarkan ke SMKA Tok Bachok sehingga sekarang...”

-Puan Sitti Alawiah, 2022-

Walaupun sentiasa dikelilingi dengan pelbagai tugasan, beliau juga tidak lupa
untuk meluangkan masa dengan isteri dan anak-anak yang sentiasa menghiburkan
hari-harinya apabila seharian penat bekerja. Hal ini membuktikan bahawa Cikgu

17 | P a g e

Fadhil merupakan seorang yang bertanggungjawab dan mempunyai sifat penyayang
yang tinggi terhadap ahli keluarganya. Oleh itu, jelaslah bahawa Cikgu Fadhil
mempunyai misi yang jelas sebagai seorang pendidik iaitu untuk membantu anak
bangsanya untuk berjaya tanpa mengira sebarang penat lelah.

4.2 Pengalaman Tuan Mohd Fahli Bin Jusoh Sepanjang Menuntut di Maktab
Perguruan Islam

Gambar Tuan Mohd Fadhli bersama-sama rakan sekelas semasa menuntut di
Maktab Perguruan Islam

Tuan Muhd Fadhli juga berkongsi pelbagai pengalaman pahit manis beliau
sepanjang menuntut di Maktab Perguruan Islam. Antara pengalaman tersebut adalah
menyamar menjadi pensyarah. Pada ketika itu, Maktab Perguruan Islam
menumpang di bangunan Universiti Islam Antarabangsa. Oleh itu, tempat belajar
mereka sedikit unik kerana di sebelah kanan bangunan Universiti Islam
Antarabangsa merupakan bangunan yang digunakan oleh Institut Bahasa
Antarabangsa manakala di sebelah kiri pula digunakan oleh Maktab Perguruan
Lembah Pantai. Pelajar Maktab Perguruan Islam pula mengambil menara yang
setinggi 8 tingkat. Kelas Cikgu Fadhil pada ketika itu berada di tingkat 7.

“...sewaktu itu, Maktab Perguruan Islam menumpang di bangunan Universiti Islam
Antarabangsa di bersebelahan asrama pangsapuri. Tempat belajar kami unik

sebab sebelah kanan di atas bukit adalah bangunan Universiti Islam Antarabangsa

18 | P a g e

yang digunakan oleh Institut Bahasa Antarabangsa. Di sebelah kiri bahagian bawah
digunakan oleh Maktab Peguruan Lembah Pantai, MPLP kita panggil...”

-Tuan Mohd Fadhli, 2022-
“...Kami akan berkongsi padang di bawah sana diantara tiga Institut, Maktab
Perguruan Bahasa, Maktab Perguruan Lembah Pantai, dan Maktab Perguruan
Islam. Tetapi Maktab Perguruan Islam mengambil menara yang setinggi 8 tingkat.

Saya kuliah 14 belajar di tingkat...”

-Tuan Mohd Fadhli, 2022-

Sambungan daripada kenyataan di atas, lebih menyedihkan apabila lif yang
disediakan hanyalah untuk kegunaan para pensyarah sahaja. Mengenangkan situasi
ini, Cikgu Fadhil mengambil kesempatan dengan mengenakan pakaian yang kemas
dan menyorok dalam kalangan pensyarah untuk menaiki lif tersebut.

“...yang manisnya kami student tidak dibenarkan menggunakan lif, lif hanya
untuk tenaga pensyarah...tetapi saya selalu pakai kemas-kemas macam pensyarah

sebab pensyarah ramai, saya menyamar menjadi pensyarah masuk lif
pensyarah...”

-Tuan Mohd Fadhli, 2022-

Walaupun Cikgu Fadhil dikatakan sebagai seorang yang nakal, tapi beliau
sentiasa menolong pensyarah yang memerlukan bantuan. Pengalaman ini menjadi
antara kenangan manis buat Cikgu Fadhil semasa menuntut di MPI. Pengalaman
manis Cikgu Fadhil semasa menuntut di MPI seterusnya adalah menjana
pendapatan sebagai penjual tiket bas.

“Kalau jadi orang Kelantan, kalau tak berniaga tak sah”

Itulah antara kata-kata yang dilontarkan oleh Cikgu Fadhil kepada saya. Beliau
mengambil peluang menjadi penjual tiket bas di maktab apabila melihatkan
kekangan yang dihadapi oleh pelajar untuk pulang ke kampung halaman.

Berbekalkan keberanian yang dimilikinya, beliau telah berjaya menyewa
hampir empat buah bas untuk setiap kali cuti semester dan cuti Hari Raya dengan
harga tiket serendah RM45 bagi seorang pelajar. Beliau juga mempunyai rangkaian
pelanggan yang luas meliputi pelajar bukan sahaja daripada Maktab Perguruan Islam
malah, dari Maktab Perguruan Lembah Pantai, Maktab Perguruan Bahasa, dan

19 | P a g e

Universiti Malaya. Hal ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada beliau untuk
menjana pendapatan tambahan sebagai pelajar perantau.

“...saya berniaga jadi tauke transport balik kampung, bas pergi balik KB –
KL...saya sewa tiga empat buah bas untuk setiap kali cuti semester dan hari Raya,

kawan-kawan saya jual tiketlah. Jadi pada masa itu, RM45 pergi balik..”

-Tuan Mohd Fadli, 2022-

4.3 Pencapaian Tuan Mohd Fadhli Bin Jusoh Semasa Menuntut di MPI dan
Kerjaya Semasa Beliau

4.3.1 Pencapaian di Maktab perguruan Islam
Berdasarkan hasil temubual bersama dengan Cikgu Fadhli, dari aspek
akademik, beliau tidaklah tergolong dalam kalangan pelajar yang cemerlang.
Pencapaian dalam peperiksaan juga hanyalah biasa-biasa sahaja.
“…okay baik, kalau dalam bidang akademik tu, saya bukanlah seorang
pelajar yang cemerlang. Biasa-biasa saja…”

-Tuan Mohd Fadli, 2022-

Tetapi jika dari aspek Kokurikulum, beliau merupakan ketua kawat kaki bagi
pengakap dan banyak mewakili maktab ke pertandingan kawat kaki. Dengan
erti kata lain, beliau menjadi tunjang pengerak bagi pergerakan kawat kaki
pengakap di Maktab Perguruan Islam.

4.3.2 Pencapaian Semasa Dalam Kerjaya
Tuan Muhd Fadhli Bin Jusoh merupakan seorang pendidik yang cemerlang
walau di mana sahaja beliau ditempatkan. Hal ini dapat dilihat semasa beliau
berkhidmat di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Berkat kesungguhan
serta penat lelah Cikgu Fadhli sepanjang berkhidmat selama 18 tahun
akhirnya membuahkan hasil apabila beliau memperoleh gelaran ketua
penolong pengarah sektor Pendidikan Islam di Jabatan Pendidikan Negeri
Kelantan.
“...sebelum itu saya adalah ketua penolong pengarah sektor pendidikan
Islam di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Saya sempat bertugas di JPN
Kelantan selama 18 tahun...”

20 | P a g e

-Tuan Mohd Fadli, 2022-

Anugerah ini juga menjadi salah satu permulaan Cikgu Fadhli sebelum
melonjat dengan lebih tinggi dalam bidang pendidikan ini. Selain itu, Cikgu
Fadhli juga merupakan Presiden Persatuan Guru Agama Malaysia Barat.
Oleh itu, beliau sering keluar dalam akhbar tempatan serta di kaca televisyen
khususnya untuk menceritakan tentang kepentingan pendidikan guru
Pendidikan Islam. Dengan wujudnyanya kesatuan ini, nasib guru Pendidikan
Islam terbela.

“...saya merupakan Presiden Persatuan Guru Agama Malaysia Barat, Jadi
biasalah masuk akhbar,masuk tv untuk menceritakan tentang pendidikan
terutama sekali guru Pendidikan Islam.
-Tuan Mohd Fadli, 2022-

Hal ini bukan sahaja mengentengahkan integriti beliau sebagai seorang
ketua, malah beliau mendapat kepercayaan yang berlipat ganda daripada
para pendidik sekalian.

4.4 Jalinan Hubungan Komuniti Tuan Mohd Fadhli Bin Jusoh Dengan Rakam MPI,
Rakan Sekerja, dan Masyarakat Setempat

Gambar Tuan Mohd Fadhli bersama-sama rakan sekelas semasa menuntut di
Maktab Perguruan Islam

21 | P a g e

Gambar Tuan Mohd Fadhli bersama-sama rakan sekelas semasa menuntut di
Maktab Perguruan Islam

Cikgu Fadhli dikenali sebagai seorang yang peramah dan mesra dengan orang sekelilingnya.
Sifatnya yang suka membantu rakan-rakan serta ringan tangan membantu pensyarah
menjadikannya mudah didekati oleh orang lain. Walaupun menjawat jawatan yang paling
tinggi di sekolah, beliau akan sentiasa memastikan kebajikan murid dan guru sentiasa terjaga.
Kemesraan beliau juga tidak terhad hanya dengan guru-guru dan murid-murid malah, beliau
juga tidak segan untuk menjalinkan hubungan kemesraan dengan pekerja-pekerja sekolah
seperti tukang kebun dan pengawal keselamatan. Berdasarkan hasil temubual dengn saksi
mata, Cikgu Fadhli juga dilihat tidak kekok untuk membantu tukang kebun menanam serta
menyiram pokok-pokok bunga supaya halaman sekolah kelihatan lebih menarik dan ceria.

Gambar Tuan Mohd Fadhli bersama-sama rakan sekelas semasa menuntut di
Maktab Perguruan Islam
22 | P a g e

Berbekalkan pengetahuan yang luas, Cikgu Fadhli juga sering djemput sebagai
penceramah di sekolah-sekolah ataupun di jabatan-jabatan pendidikan. Sifatnya
yang suka bergurau juga menjadikan ceramah beliau antara yang sentiasa dinanti-
nantikan oleh orang ramai.

“..dia seorang yang sangat kelakar sebab dia ni adalah penceramah,
maknanya semasa berada di JPN, menjemput dia sebagai pegawai motivasi.
Sehingga sekolah-sekolah dan jabatan selain daripada jabatan pendidikan juga

sering menjemputnya untuk mendengar ceramahnya...”
-Puan Sitti Alawiah, 2022-

Tambahan pula, beliau sering dirujuk oleh masyarakat setempat bagi
mendapatkan bantuan seperti mengecop surat-surat rasmi dan sebagainya. Dengan
ini, jelaslah bahawa Cikgu Fadhli merupakan seorang yang sangat peramah
walaupun menyandang pelbagai pangkat kejayaan sebagai seorang pengetua
sekolah, pegawai pendidikan, mahupun sebagai seorang pendidik supaya beliau
mampu meluaskan jalinan komunikasinya dengan lebih baik.

23 | P a g e

5.0 PENUTUP

Secara keseluruhan, dapat disimpulkan bahawa setiap tugasan telah berjaya dihasilkan
dengan jayanya. IPGKPI telah banyak mengalami perubahan sepanjang proses
penubuhannya. Malah, perubahan ini memberi kesan yang mendalam terhadap warga
kampus khususnya tenaga pengajar, para pelajar serta kemudahan yang terdapat di kampus
perguruan Islam. Selain itu, sejarah penubuhan IPGKPI yang melibatkan penukaran nama
bermula dari MPI, kemudian kepada IPIS dan seterusnya IPGKPI juga diketengahkan bagi
emmeberi info yang lebih terperinci kepada pembaca. Tambahan lagi, IPGKPI juga telah
melahirkan ramai graduan guru yang kompeten dari aspek sahsiah, kerohanian, serta
mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam bidang pendidikan. Justeru, IPGKPI dilihat sebagai
kampus yang memenuhi keperluan bagi memproduksikan bakal guru yang cemerlang serta
menyahut saranan IPG bagi melahirkan guru yang berkualiti.

Menjurus kepada kesimpulan seterusnya, Dr Muhammad Abdullah iaitu insan hebat
yang menyandang jawatan sebagai mantan pengarah IPGKPI merupakan seorang yang
berdedikasi dan berwawasan. Beliau berusaha untuk mencapai visi dan misi IPG dalam
melahirkan pelajar-pelajar IPG yang cemerlang serta berkualiti tinggi. Beliau juga cekal
menempuh segala cabaran dan dugaan yang dihadapi sewaktu menjadi pengarah di IPGKPI
untuk memastikan pentadbiran beliau sentiasa teguh dan maju. Beliau juga merupakan
seorang pemimpin yang dikasihi kerana beliau menjaga hubungan antara pensyarah, staff
dan pelajar dengan erat. Dr Muhammad Hussin juga berjaya melebarkan nama IPGKPI di
persada dunia dengan melakukan kolaboratif antara universiti-universiti di dalam negara serta
di luar negara. Oleh hal yang demikian, Dr Muhammad Hussin merupakan seorang mantan
pengarah yang banyak memberi sumbangan kepada IPG Kampus Pendidikan Islam
(IPGKPI).

Akhir sekali, dapat disimpulkan bahawa pengalaman Tuan Mohd Fadhli bin Jusoh
sebagai alumni Maktab Perguruan Islam menjadi satu titik permulaan kepada kehidupannya
sebagai seorang pendidik yang sangat disanjungi ramai. Walaupun telah memegang jawatan
yang tinggi di sektor pendidikan, beliau sentiasa merendah diri dan menyelesaikan setiap
permasalahan yang dihadapi oleh beliau dengan tenang di samping sokongan moral daripada
keluarga tercinta. Diharapkan Tuan Mohd Fadhli sentiasa bahagia dan ceria di samping
keluarga tersayang sehingga ke Jannah.

24 | P a g e

RUJUKAN
Azila Mazar (2020). Bentuk Soalan Temubual. Diakses pada 3 April 2022 di

https://temusahaja.blogspot.com/2021/07/bentuk-soalan-temu-bual.html
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Karim Mat Piah (2010). Sejarah Maktab Perguran Islam. Diakses pada 4 April 2022 di

https://mympi.forumms.net/t15-sejarah-maktab-perguruan-islambangi
Mahayudin Hj. Yahaya (1984), Pengertian Sejarah Islam dan Permasalahannya, Kuala

Lumpur: Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd., h. 32.
Misri bin Bohari (2022). Temubual (orang sumber). Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu.

Selangor: IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi.
Nadzan Haron (2012). Panduan Penyelidikan & Pendokumentasian: Sejarah Lisan.

Persatuan Sejarah Malaysia.
Muhd Yusof Ibrahim (1988). Sejarawan dan Pensejarahan Ketokohan dan Karya, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 35.
Muhd. Yusof Ibrahim (2009). Ilmu Sejarah: Falsafah Pengertian Kaedah Dan Pensejarahan.

Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Muhd Fadhli Bin Jusoh (2022). Temubual (tokoh alumni). Pengetua Sekolah Menengah

Kebangsaan Agama Tok Bachok. Kelantan: SMKA Tok Bachok.
Norasiah binti Abdullah (2022). Temubual (orang sumber). Pensyarah Jabatan Bahasa

Melayu. Selangor: IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi.
Razak Ahmad (2011). Kepentingan Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

(Daripada) http://www.flashkitech.com/?p=501 3 April 2022
Sitti Alawiah Bin Jaafar (2022). Temubual (orang sumber). Guru Pendidikan Islam. Kelantan:

Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian
Syed Ismail Syed Mustapha (2016). Pensejarahan Malaysia. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn.

Bhd.
Syed Ismail Syed Mustafa, Pushpavali A. Arengasamey & Meor Aris Meor Hamzah (2017).

Sejarah Lisan dan Pendokumentasian. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

25 | P a g e

LAMPIRAN

1.0 SEJARAH PENUBUHAN INSTITUT PERGURUAN ISLAM

1.1 Transkripsi Teks Temubual bersama Dr. Norasiah,
Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu

1. Penemubual Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat petang saya
Dr. Norasiah ucapkan kepada doktor. Saya merupakan pelajar pengkhususan bahasa
Penemubual Melayu, elektif sejarah sem tiga tahun satu akan melakukan sesi temudual
bersama orang sumber bagi sejarah penubuhan institusi kampus
Dr. Norasiah pendidikan Islam. Berdasarkan tugasan pentaksiran sejarah lisan dan
pendokumentasian kod SJHK tiga kosong empat tiga saya ucapkan terima
kasih kepada doktor kerana sudi meluangkan masa untuk sesi temubual
pada petang ini. Apa khabar doktor?
Pertama sekali saya jawablah salam. waalaikumussalam warahmatullahi
wabarakatuh dan salam sejahtera alhamdulillah dalam keadaan yang
diizinkan oleh Allah sihat pertama sekali saya ucapkan terima kasihlah
kepada saudari Nilam dengan Aisyah yang terlibat dalam membuat kajian
tentang sejarah IPG Kampus Pendidikan Islam dan saya pula terpilih
sebagai orang sumber ya untuk membantu menjawab kepada khusus
untuk pentafsiran berterusan ya. Okey saya harap saya dapat
membantulah pihak kamu dalam menjawab beberapa persoalan lah
berkaitan dengan sejarah IPG kampus Pendidikan Islam
Kita sedia maklum bahawa IPG KPI ni merupakan satu institusi perguruan
yang ditubuhkan pada tahun sembilan belas tujuh puluh tujuh. Yang pada
awalnya hanya dikenali sebagai Maktab Pertubuhan Islam iaitu MPI. IPG
KPI ini juga telah melahirkan ramai graduan guru yang cemerlang dari
aspek sahsiah, kerohanian kerohanian dan sebagainya. Jadi sebagai
seorang tenaga pengajar di IPG KPI doktor telah menyaksikan pelbagai
perubahan dari aspek pembangunan pencapaian IPG serta pertukaran
pelajar dan staf sepanjang perkhidmatan doktor di sini. justeru saya ingin
menanyakan soalan iaitu tempoh perkhidmatan doktor dan jawatan yang
disandang sepanjang tempoh perkhidmatan
untuk pengetahuan saya mula mendaftar di IPG ni pada tahun dua ribu
tujuh ya bermakna dalam tempoh itu saya dah berada di sini lebih kurang
hampir lima belas tahunlah eh lima belas tahun ke enam belas tahun dan
pemilihan saya untuk IPG ni disebabkan oleh peningkatan ilmu sayalah.
Di mana saya memiliki master dan keperluan pada ketika itu memang
memerlukan pensyarah yang ramai pada tahun dua ribu tujuh ini
disebabkan oleh keperluan pada ketika itu IPG telah kepada ketika itu
maktab perguruan Islam telah bertukar kepada IPG kampus Bila bertukar

26 | P a g e

Penemubual Saya dapat lihat bahawa Dr. sememangnya merupakan pensyarah
Dr. Norasiah veteran di IPGKPI. Seterusnya kita beralih kepada soalan yang
seterusnya. Pada pendapat doktor, mengapakah berlakunya pertukaran
nama bagi institusi ini? Dan apakah kesannya kepada pelajar, staf dan
pensyarah terhadap perubahan ini.

Pada pendapat saya, pada ketika itu kita diberi mandat. Sebelum itu kita
hanya diploma saja. Dengan gred Digi dua puluh sembilan. Tetapi pada
tahun dua ribu tujuh, kita diberi peluang menaikkan taraf maktab kepada
IPG untuk melahirkan graduan tenaga pengajar ya, cikgu yang memiliki
ijazah. Ini bertujuan tujuan utama dia pada ketika itu adalah untuk
memastikan dasar pendidikan negara di mana lima puluh peratus di lima
puluh peratus guru sekolah rendah ni mesti ada ijazah. Jadi proses ini dah
mula ambil. Batch pertama untuk Ijazah di IPG kita ialah dua ribu tujuh dan
cash kita yang kita keluarkan produk kita selepas empat tahun iaitu pada
tahun dua ribu sebelas. Makna pada dua ribu sebelas, kita dah taburkan
semua graduan-graduan kita ke seluruh Malaysia ini sebagai guru
berijazah, gred empat puluh satu. Kerana dasar itulah ya keputusan
jemaah menteri pada tiga belas Julai itu telah menaikkan taraf. Ya.
Serentak daripada itu semua pensyarah-pensyarah aa di IPG perlu ada
master ya atau kita katakan ijazah lanjutan. Kalau tak ada tak boleh jadi
pensyarah lah. dia mesti satu kenaikan. Maksudnya pensyarah yang ada
ijazah tu perlahan-perlahan dikeluarkan bukan dikeluarkan bagi cadangan
untuk pergi ke sekolah dan sebagainya. Sebab kita melahirkanpelajar
ijazah. Makna pensyarah mesti berada satu tingkat gred. Iaitu masih ada
master. Seterusnya, kesan kepada pensyarah itu kesan kepada institusi.
Institusi pensyarah dan staf. Okey. saya kata pada pensyarah lah. Kesan
kepada pensyarah. Kalau sebelum itu pensyarah balik pukul dua petang
tapi dengan naik taraf ni pensyarah telah balik pukul lima. Sebab ini nak
memastikan kualiti lah kualiti pensyarah kesannya pada saya tidak ada
apa-apa sebab dia tidak tidak mengubahkan gred makna pensyarah pada
ketika itu eh hanya dapat naik satu kenaikan saja iaitu beruntunglah.
Macam saya tak beruntung. Sebab saya ketika itu di atas pagar. Aa
memang tunggu nak naik, naik je tapi ada pensyarah-pensyarah yang
berada di tingkat empat puluh empat dia automatik naik empat puluh
lapan. Itu satu yang untung kesan baik kepada pensyarah pada ketika

27 | P a g e

Penemubual Berdasarkan perkongsian maklumat tadi dapat saya rasa sampai di sini
Dr. Norasiah sahaja sesi temubual kita pada hari ini. Sekalung penghargaan diucapkan
kepada doktor kerana sudi serba sedikit maklumat berkaitan kajian yang
kami jalankan. Semoga dengan semua maklumat yang dikongsi ini
memberi manfaat kepada warga kampus sama ada dari pensyarah, staf,
pelajar dan warga kampus sekalian
Baik, terima kasih juga saya ucapkan kepada Nilam dan sahabat Aisyah
kerana memilih saya. Saya bukanlah orang yang paling arif. Tetapi saya
orang yang mengumpul maklumat tentang IPG terima kasih sekali lagi lah.
Saya harap info yang saya bagi ni dapat membantu anda untuk membuat
kajian anda. Dan saya doakan supaya kajian anda ni menjadikan menjadi
satu kajian yang baik yang boleh dikongsi bersama kepada warga IPG

28 | P a g e

1.2 Transkripsi Teks Temubual Bersama Ustaz Misri bin Bohari

Penemubual Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat petang
Ustaz Misri saya ucapkan kepada Ustaz. Saya merupakan pelajar
pengkhususan bahasa Melayu, elektif sejarah sem tiga tahun satu
akan melakukan sesi temudual bersama orang sumber bagi sejarah
penubuhan institusi kampus pendidikan Islam. Berdasarkan tugasan
pentaksiran sejarah lisan dan pendokumentasian kod SJHK tiga
kosong empat tiga saya ucapkan terima kasih kepada doktor kerana
sudi meluangkan masa untuk sesi temubual pada petang ini. Apa
khabar ustaz?
Waalaikumsalam wbt. Alhamdulillah khabar baik

Penemubual Kita sedia maklum bahawa IPG KPI ni merupakan satu institusi
Ustaz Misri
perguruan yang ditubuhkan pada tahun sembilan belas tujuh puluh

tujuh. Yang pada awalnya hanya dikenali sebagai Maktab

Pertubuhan Islam iaitu MPI. IPG KPI ini juga telah melahirkan ramai

graduan guru yang cemerlang dari aspek sahsiah, kerohanian

kerohanian dan sebagainya. Jadi sebagai seorang tenaga pengajar

di IPG KPI doktor telah menyaksikan pelbagai perubahan dari aspek

pembangunan pencapaian IPG serta pertukaran pelajar dan staf

sepanjang perkhidmatan doktor di sini. justeru saya ingin

menanyakan soalan iaitu tempoh perkhidmatan doktor dan jawatan

yang disandang sepanjang tempoh perkhidmatan

Tuan-tuan dan puan-puan aa berkaitan dengan latar belakang lah

eh secara ringkas. berkaitan dengan aa tempoh perkhidmatan dan

jawatan yang disandang sepanjang tempoh perkhidmatan

terutamanya di IPG kampus pendidikan islam okay bermula tahun

aa 02 JUN 2013 saya mula melapor diri di IPG kampus pendidikan

Islam Bandar Baru Bangi sebagai pensyarah akademik. dan

ditempatkan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan juga mengajar

bahasa Arab serta aa

menjawat jawatan ketika itu ketua unit kebajikan dan sosial. Pada

ketika itu ketua jabatannya ialah Doktor Jefridin

kemudian seterusnya pada tahun 2015 dua ribu aa lima belas ya

tahun saya bertukar ke unit rekod dan data iaitu ketua unit, rekod

dan data. Ni jawatan hal ehwal pelajar serta menyelaras

alumni ya di peringkat awal Jabatan Dewan Pelajar serta ketua

jabatan pelajar pada ketika itu ialah Puan Normah aa binti Abdul

Samad seterusnya pada tahun 2016 saya telah dilantik sebagai

penolong ketua jabatan, jabatan ehwal pelajar serta aa menjawat

29 | P a g e

Penemubual jawatan sebagai ketua unit disiplin dan tatatertib
Ustaz Misri dan ketika itu ketua jabatan ketika itu ialah Ustaz Zuraimi iaitu pada
tahun 2016 seterusnya pada tahun 2017 pun sama hasil jawatan
yang dan pada tahun 2018 ditukarkan ke unit pengembangan dan
kepimpinan pelajar iaitu sebagai ketua unit perkembangan dan
keperluan pelajar yang menjaga dan meneruskan aa KPP dan ketika
tuan aa Encik Zulkifli bin Ahmad Jani bersara maka saya telah
mengambil alih jawatan ketua unit disiplin
Seterusnya, pada pendapat ustaz mengapakah berlakunya
perubahan nama institusi dan apakah kesannya kepada warga
kampus sekalian
pada pendapat aa saya mengapa berlakunya pertukaran nama situ
daripada maktab perguruan Islam kepada IPIS dan seterusnya
kepada IPGKPI dan apakah kesannya terhadap pelajar, staf dan
pensyarah. pertama sekali kalau kita aa rujuk kepada MPI ya Maktab
kalau kita tengok akta yang berkaitan dengan satu tujuh empat
penubuhan maktab perguruan maktab-maktab perguruan ya dan
sebagainya yang pada asalnya memang aa menyediakan apa
pendidikan pada tahap sijil dan diploma sahaja. Kemudian, ha, pada
aa dua ribu sepuluh tak silap saya, aa pada tahun dua ribu sepuluh
ya, aa maktab kedua telah dinaiki taraf kepada institut ya iaitu yang
asalnya Institut aa aa Pendidikan Islam Selangor, ya. Aa pada
asalnya lah eh IPIS eh dan seterusnya telah ditukar kepada IPG KPI
yang telah diselaraskan di seluruh Malaysia iaitu kampus-kampus
yang aa apa telah diselaraskan menjadi IPG Institut Penyelidikan
dan aa cumanya aa macam pendidikan Islam dia jadi pendidikan
Islam. Kalau teknik pendidikan teknik aa ya. Kalau bahasa
antarabangsa, bahasa antarabangsa eh dan sebagainya. Jadi dari
segi perubahan selepas aa pengisytiharan itu aa di parlimen
berkaitan dengan naik taraf aa Maktab Korban kepada Institut
Pendidikan Guru Kampus, maka aa dengan rasminya eh kalau tak
silap saya ambillah pertama dalam tahun dua ribu sebelas ya tak
silap aa. Aa ambilan sulung berkaitan kerjasama dengan OUM ya.
Aa program yang mula-mula. Aa antara pelajar yang ada itu Doktor
Musif lah. Yang awal itu eh antara pelajar yang yang awal ketua unit
aa Vivana Kaunseling sekarang. Dan aa selepas itu aa
perubahannya adalah aa IPG di seluruh Malaysia menawarkan
ijazah sarjana muda, ijazah sarjana muda, perguruan eh aa aa aa
berbanding dengan kampus apa aa universiti lah. Universiti biasa,
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Aa tapi di aa perguruan ini kita

30 | P a g e

lebih kepada perguruan. Aa sebaik sebab itulah dalam visi-misi IPG
sendiri memang jelas nyata aa untuk melahirkan aa guru yang
kompeten dan berjiwa pendidik. Ya dari segi aa staf dalam
pensyarah juga aa dari segi perubahan eh. Pada awal-awal dulu
mungkin ramai yang aa belum dapat aa Master dan PhD. Maka
setelah aa perubahan itu maka syarat minimum untuk menjadi aa
pensyarah iaitu yang pertama adalah aa DJ empat puluh empat
aa iaitu aa setelah aa lebih kurang lapan tahun di Digi empat puluh
satu dan kemudian aa mempunyai ijazah sarjana iaitu master
ataupun master sekurang-kurangnya. Aa itulah Master eh. Aa kalau
di universiti dia lebih kurang DS empat lima. Ya. Aa DS empat lima
bagi aa syarat yang ada master dan belum ada aa PSD. Kalau di
universiti, ijazah MPSDS lima puluh satu. Tapi di IPG dia aa tak. Jadi
siapa yang ada PhD pun kalau dia masuk empat puluh satu, empat-
empat, dia tetaplah ikut, ikut gred itu. ya. Dan kenaikan pakar itu pun
akan ada aa kenaikan insya-Allah dengan izin Allah.

31 | P a g e

1.3 Lampiran gambar Sejarah Penubuhan IPGKPI
32 | P a g e

33 | P a g e

1.4 Sesi Temubual Bersama Orang Saksi
34 | P a g e

35 | P a g e

2.0 KETOKOHAN MANTAN PENGARAH INSTITUT PERGURUAN ISLAM

2.1 Transkripsi Teks Temubual Bersama Tuan Haji Rosli Bin Abdullah
(Pengsyarah IPGKPI)

FIRDAUS: Assalamualaikum, saya merupakan pelajar pengkhususan bahasa melayu
elektif sejarah sem 3 tahun 1 ambilan jun 2021 akan melakukan sesi temu
bual bersama orang sumber bagi sejarah mantan pengarah institusi
perguruan kampus pendidikan islam berdasarkan tugasan pentaksiran
sejarah lisan dan pendokumentasian kod SJHK3043.

FIRDAUS: Terima kasih Tuan Haji Rusli bin Abdullah kerana sudi meluangkan masa
untuk menghadiri sesi temu bual pada pagi ini.

FIRDAUS: Apa khabar Tuan?

TUAN HAJI Alhamdulillah, sihat.
ROSLI:

FIRDAUS: IPG Kampus Pendidikan Islam merupakan sebuah institusi perguruan yang
ditubuhkan pada tahun 1977. IPGKPI telah melahirkan ramai graduan guru
yang cemerlang dari aspek sahsiah, rohani dan jasmani. Sebagai seorang
tenaga pengajar di IPGKPI ini, Tuan telah menyaksikan pelbagai perubahan
dari aspek pembangunan, pencapaian ipg serta pertukaran pelajar dan staf
sepanjang perkhidmatan Tuan di sini.

FIRDAUS: Berapa lamakah tempoh perkhidmatan dan jawatan yang disandang
sepanjang perkhidmatan Tuan di ipg?

TUAN HAJI Dr Muhammad Husin berada di kampus islam selama 13 tahun…dan saya
ROSLI:
berada di situ selama 28 tahun bermakna saya lebih lebih lama dari mantan
pengarah…saya berkhidmat lebih daripada 13 dan 14 orang pengarah dan

Dr Muhammad Husin adalah pengarah yang kedua terkahir sebelum saya
berpencen…setelah saya bepencen beliau digantikan dengan timbalan
pengarah yang sekaran Dr Rahman…Dr Rahman yang ambil alih… Dr

Muhammad Husin berkhidmat 15 tahun dan13 tahun saya mengenali beliau

sebab saya kenal beliau ni sebelum saya masuk pon saya dah
kenal…cuma apabila dia masuk di kampus ini dia menjadi kawan rapat
saya.. sebelum dia jadi pengarah lagi…sebelum dia jadi timbalan pengarah
lagi…dia berada di unit ko kurikulum bersama saya…sebelum itu di HEP.

36 | P a g e

FIRDAUS: Apakah pengalaman bekerja dengan mantan pengarah Dr Muhammad
Hussin?

TUAN HAJI Banyak la pengalaman..suka dukanya bersama beliau sama ada saya
ROSLI:
memberi idea dan beliau melaksanakannya atau saya melaksanakannya

apa yang idea beliau berikan jadi dalam ketika bekerja adalah suka duka

dalam kerja kita seumpamanya saya memberikan idea kepada beliau

terhadap satu perkara sebagai orang bawah kita mampu memberi idea
tetapi dialah orang yang melaksanakan atas authorieti beliau…contohnya
beliau melaksnakan program tahfiz di kampus…saya beri idea berdasarkan
pengalaman saya…saya memberi tahu dia bahawa di kampus kita ini setiap

tahun pelajar-pelajar yang tahfiz ini ramai datang sebagai contoh pada
tahun itu seramai 8 orang pelajar rahfiz…saya kata apabila mereka
bergraduat…8 orang itu nak dapat sorang yang mengekalkan tahfiz nya pon
susah…kerana mereka leka di kampus dengan program-program dan

aktiviti mereka sendiri dan akhirnya bila tamat 4 tahun/5 tahun berada di
kampus…nama hafiz yang dipegang hilang kerana sibuk dunia mereka
lah…saya cadangkan untuk membuat program untuk memperkasakan
tahfiz tersebut…saya cadang sahaja tetapi beliau terus mengambil

cadangan itu dan melaksanakannya dengan kebijaksanaan dan

pengalaman beliau menggunakan sumber-sumber yang ada membuat satu

cadangan menjadi realiti...beliau telah mengambil inisetif menubuhkan satu

jawatankuasa dan terbentuk program tahfiz yang ada sekarang ini yang
bekerjasama dengan pusat tahfiz ulu yam serta JAKIM…akhirnya menjadi
realiti…ini adalah kebijaksanaan seorang pemimpin dalam organisasi

dengan mudah beliau boleh melaksanakan idea tersebut.

FIRDAUS: Bolehkah Tuan beri sedikit sebanyak tentang latar belakang pendidikan
mantan pengarah?

TUAN HAJI Beliau dilahirkan di sempadan Perak dan Selangor di Hutan Melintang
ROSLI:
perak mendapat pendidikan di sekolah rendah kebangsaan dan sekolah
rendah agama di hutan melintang…kemudian dibesarkan oleh datuknya di
Sabak Bernam…pengalamanya banyak di Sabak Bernam…sekolah
menengah di sabak bernam…kemudian melanjutkan ke UKM bagi ijazah
pertama…manakala Master dan PHD beliau juga di UKM…itulah
pendidikan beliau…

FIRDAUS: Sepanjang perkhidmatan Dr. Muhammad Hussin di ipg, adakah wujud
kerjasama kolabrasi dengan universiti-universiti tempatan yang lain?

TUAN HAJI Banyak sekali…dia bukan sahaja sampai di universiti-universiti di negara
ROSLI:
kita sahaja tetapi kolaboratif ini sampai ke universiti ke luar negara seperti

Morocco, Indonesia di dalam negara seperti kolaboratif dengan UKM,
USIM, UIA, USM, UITM…boleh dikatakan semua universiti kolaboratif
dengan IPGKPI sewaktu pentadbiran Dr Muhammad Hussin…memang

37 | P a g e

sangat aktif...untuk makluman Dr. Muhammad Hussin ialah satu-satunya
pengarah bukan aliran agama…dan beliau banyak menjalankan program-

prorgram agama seperti program tahfiz yang berkolaboratif dengan Tahfiz
Darul Quran di Batang Kali.

FIRDAUS: Bagaimanakah hubungan komuniti mantan pengarah dengan staf,

TUAN HAJI pensyarah serta pelajar ipg?
ROSLI:
Beliau sangat rapat dengan semua orang…beliau mudah didekati sama
ada oleh pensyarah, pelajar atau masyarakat…kalau dengan
pelajar…beliau boleh turun ke padang untuk melakukan aktiviti dengan
pelajar…beliau ikut pelajar untuk menjalankan program di luar
IPGKPI…dengan komuniti setempat juga beliau dikenali kerana isteri beliau
orang kampung berdekatan IPG…dengan kata lain beliau mmg dikenali
oleh sama ada di dalam IPG mahupun di luar IPG…orang Sungai Merab
kalau ada masalah memang berhubung dengan dia…sebab beliau
memang kenal dengan komuniti setempat di IPG…malah dengan Yang
Berhormat Sungai Merab sendiri pon beliau dikenali…sebab itu IPGKPI
dapat banyak sumber dari YB…sumbangan komuniti juga banyak kepada
IPGKPI…sebab itulah pelajar-pelajar dan kakitangan sangat terasa dengan

kehilangan mantan pengarah kerana banyak perkara yang boleh beliau
laksanakan…apa yang dicadangkan dan apa yang diuasahakan…beliau
boleh dengar pandang semua orang…apa yang boleh dibuat…beliau akan

laksanakan.

FIRDAUS: Sekalung penghargaan diucapkan kepada Tuan Haji Rusli bin Abdullah
kerana sudi berkongsi serba sedikit maklumat berkaitan kajian yang saya
jalankan. Semoga dengan semua maklumat yg dikongsi ini mampumemberi
manfaat kepada warga kampus sekalian.

38 | P a g e

2.2 Transkripsi Teks Temubual Bersama Dr. Nazariah Binti Sani (Mantan Keta Jabatan
Bahasa Melayu)

FIRDAUS: Assalamualaikum, saya merupakan pelajar pengkhususan bahasa melayu
elektif sejarah sem 3 tahun 1 ambilan jun 2021 akan melakukan sesi temu
bual bersama orang sumber bagi sejarah mantan pengarah institusi
perguruan kampus pendidikan islam berdasarkan tugasan pentaksiran
sejarah lisan dan pendokumentasian kod SJHK3043.

FIRDAUS: Terima kasih Dr. Nazariyah binti Sani kerana sudi meluangkan masa untuk
menghadiri sesi temu bual pada petang ini.

FIRDAUS: Apa khabar Dr?

DR NAZA: Alhamdulillah, sihat.

FIRDAUS: IPG Kampus Pendidikan Islam merupakan sebuah institusi perguruan yang
ditubuhkan pada tahun 1977. IPGKPI telah melahirkan ramai graduan guru
yang cemerlang dari aspek sahsiah, rohani dan jasmani. Sebagai seorang
tenaga pengajar di IPGKPI ini, Dr telah menyaksikan pelbagai perubahan
dari aspek pembangunan, pencapaian ipg serta pertukaran pelajar dan staf
sepanjang perkhidmatan Dr di sini.

FIRDAUS: Berapa lamakah tempoh perkhidmatan dan jawatan yang disandang
sepanjang perkhidmatan Dr di ipg?

DR NAZA: Saya bermula pada 2007 saya menjadi pensyarah di jabatan Bahasa
Melayu…pada waktu itu ketua jabatan Bahasa Melayu ialah Puan
Faridah…pada tahun berapa saya tak ingat Puan Faridah bersara

kemudian ketua jabatan Bahasa Melayu diganti oleh Dr. Maisarah
sebentar…saya pernah berkhidmat dibawah Dr. Maisarah
sebentar…kemudian saya berkhidmat dibawah ketua jabatan Tuan Haji
Sarji…selepas Tuan Haji Sarji ialah Puan Nur Zihan…saya bekerja di
bawah Dr. Jayageobi…pada tahun 2017 saya dilantik ketua jabatan Bahasa

39 | P a g e

Melayu sehingga saya bersara…saya memegang katua jabatan Pengajian
Melayu kemduian diganti oleh Dr.

FIRDAUS: Apakah pengalaman bekerja dengan mantan pengarah Dr. Muhammad
DR NAZA: Hussin?

Pengalaman bekerja dengan Dr. Muhammad Hussin…kami kenal lama
kerana beliau juga berkhidmat sebagai pensyarah biasa sebelum menjadi
pengarah…beliau pernah berkhidmat sebagai ketua jabatan Hal Ehwal
Pelajar…beliau pernah berkhidmat sebagai timbalan pengarah dan
kemudian baru naik sebagai pengarah…malahan beliau bertanggungjawab
memilih saya sebagai ketua jabatan Penagajian Melayu atas dasar
tanggungjawab saya menerima arahan daripada ketua jabatan…kerana
sebagai seorrang pemimpin beliau memerlukan sokongan daripada orang
yang dipimpin…jadi saya berterima kasih kepada mantan pengarah kerana
kami di setiap ketua jabatan ada peringat Mesyuarat Majlis Pengurusan
Profesional (MPPP)…kami bekerjasama dan banyak belajar daripada
jawatan kuasa MPPP.

FIRDAUS: Bolehkah Dr beri sedikit sebanyak tentang latar belakang pendidikan
mantan pengarah?

DR NAZA: Oh patutnya latar belakang pendidikan ini dengan Dr Muhammad Hussin
sendiri ataupun sapa yang lebih mengenali beliau…Cuma yang saya pasti
PHD beliau kalau tak silap saya dalam bidang Sains…tapi pelajar kena
semak kembali…yang saya psti beliau bermula dari bawah sebagai guru
Sains ataupun guru bidang Sosial…saya menasihatkan pelajar supaya

merujuk kepada pejabat yang ada data mantan pelajar.

FIRDAUS: Sepanjang perkhidmatan Dr, Muhammad Hussin di ipg, adakah wujud
kerjasama kolabrasi dengan universiti-universiti tempatan yang lain?

40 | P a g e

DR NAZA: Sepanjang saya berkhidmat…memang banyak kolaboratif dengan
unviersiti-universiti tempatan seperti universiti pertanian, Universiti
Kebangsaan Malaysia, univerisiti Malaya…universiti yang hampir dengan
kita dan mungkin universiti swasta juga…dengan terselahnya pelbagai
program contoh kita ikut pertandingan inovasi yang diadakan oleh USIM
atau program inovasi yang dianjurkan oleh KUIS…dan saya sendiri pernah
membawa pelajar-pelajar kolaboratif dengan Universiti Malaya sewaktu
program teater, program sastera…kami ikut menyertai dan saya juga
pernah membawa pelajar ke UPSI untuk pertandingan pengucapan awam
jadi banyak program yang kita berkolaboratif dengan universiti-universiti
tempatan…kolaboratif itu juga melebar ke peringkat antarabangsa...ke
universiti-universiti di luar negara…contohnya, di jabatan pengajian Melayu
kami ada program kajian linguistik bumi austronesia yang bermula daripada
Indonesia, Korea, India, China, Jepun dan akhirnya sebelum PKP kami
sempat menjejak bumi New Zealand…setiap program tersebut kita akan
berkolaboratif dengan univerisiti-universiti di sana…kami pernah sampai di
univeristi di Amsterdam…jadi memang dapat sokongan dari pihak
kepimpinan tertinggi IPGKPI iaitu kepimpinan Dr Muhammad Husin.

FIRDAUS: Bagaimanakah hubungan komuniti mantan pengarah dengan staf,
pensyarah serta pelajar ipg?

DR NAZA: Seperti yang saya katakan… Dr Muhammad Hussin bermula dari
pensyarah biasa hingga ke pengarah…sudah pasti hubungan beliau
dengan kami sangar akrab samada pelajar, staff mahupun
pensyarah…buktinya beliau pernah mengimamkan solat berjemaah di
masjid bersama pelajar, staff dan pensyarah…saya dengar setiap program
di masjid beliau akan turun tangan …pelajar pernah tengok dia membantu
di dapur memasak makananan…malahan beliau mengajar pelajar
bagaimana memasak nasi kalau nasi tersebut mentah atau supaya nasi
tersebut tidak lembik…dan setiap program jabatan anjurkan beliau akan
menghadirkan diri dan memberi sokongan begitu juga program yang
diadakan oleh staff…beliau akan membantu dan memberi
sokongan…beliau mempunyai peribadi yang tegas tetapi tetap
mengutamakan kepentinga organisasi iaitu IPGKPI dan produk iaitu kalian
sebagai pelajar.

41 | P a g e

FIRDAUS: Sekalung penghargaan diucapkan kepada Dr. Nazariyah binti Sani kerana
sudi berkongsi serba sedikit maklumat berkaitan kajian yang saya jalankan.
Semoga dengan semua maklumat yg dikongsi ini mampumemberi manfaat
kepada warga kampus sekalian.

42 | P a g e

3.0 MENJEJAK ALUMNI MAKTAB PERGURUAN ISLAM YANG BERJAYA

3.1 Transkripsi Teks Temubual Bersama Puan Sitti Alawiah Binti Jaafar
(Orang Saksi Alumni MPI)

Penemubual Assalamualaikum wbt. kami merupakan pelajar pengkhususan bahasa melayu
elektif sejarah semester 3 tahun 1 ambilan jun 2021 akan melakukan sesi temu
bual bersama-sama
saksi mata tokoh alumni
dengan tuan Muhd Fadhli Bin Jusoh iaitu alumni Maktab Perguruan Islam
berdasarkan tugasan pentaksiran sejarah lisan dan pendokumentasian kod
SJHK3043.

Terima kasih diucapkan kepada tuan kerana sudi meluangkan masa untuk
menghadiri sesi temu bual pada petang ini.

Apa khabar puan?

Orang Saksi Alhamdulillah, saya sihat sahaja. Terima kasih kerana bertanya.

Penemubual IPG Kampus Pendidikan Islam merupakan sebuah institusi perguruan yang
ditubuhkan pada tahun 1977. Sebelum wujudnya nama ipgkpi, institusi
perguruan ini telah dikenali sebagai Maktab Perguruan Islam yang
kemudiannya ditukar nama mmenjadi institusi perguruan islam Selangor dan
akhirnya Ipgkpi yang kekal sehingga sekarang. Sebagai salah seorang pelajar
Maktab Perguruan Islam, tuan semestinya mempunyai pelbagai jenis
pengalaman sepanjang menjadi pelajar di sana. Jadi sebelum kita mengupas
dengan lebih lanjut, boleh ke puan menceritakanserba sedikit tentang latar
belakang puan

Orang Saksi Baik, Terima kasih saya ucapkan kepada adik Siti Sarah. Nama saya Sitti
Alawiah Binti Jaafar. Berasal dari Selangor. Lahir pada 3 Mac 1969. Ustaz
Muhd Fadhil lahir pada 1968. Saya belajar di MPI Maktab Perguruan Islam
sebelum pada Institut Perguruan Kampus Pendidikan Islam, sebelum daripada
itu, Maktab Perguruan Islam. Di situlah kami belajar di Lembah Pantai, jadi
kemudian habis belajar, saya pada masa itu telah mengikat tali pertunangan
dengan Ustaz Fazdli lepas itu terus minta posting ke Kelantan sebelum apa-apa
lagi tindakan oleh BPG untuk menempatkan kami, kami mintalah dulu untuk
ditempatkan di Kelantan.

Kemudiaan saya dipostingkan di Kelantan di Kuala Krai manakala Ustaz Muhd
Fazli bertugas di berhampran dengan kampung dia iaitu di SK Beris Kubur
Besar. Kemudian pada bulan 8, kami melangsungkan perkahwinan dan pada
awal tahun 1992 saya dapat..eh kejap..1990 kami posting bulan 12 kemudian
1991 bulan 12 saya dapat bertukar daripada Kuala Krai ke Kota Bharu.
Kemudian mengajar di SK Banggu dan kami dianugerahkan oleh Allah S.W.T 6
orang anaklah. Yang sulung sekarang umurnya dah 30 tahun dan yang bongsu
umur dia sekarang ini 15 tahun, kembar.

Kemudian dia, Ustaz Muhd Fadzli, dia sambung belajar lebih awal lagilah
berbanding dengan saya. Kami pernah sama-sama mengambil kursus selama
14 minggu di UPSI, masa itu dipanggil IPSI, Institut Perguruan Sultan Idris.
Selama 14 minggu kami berada di sana, kemudian balik mengajar semula di

43 | P a g e

sekolah macam biasa, kemudian dia ambik kursus, seterusnya masuk universiti
di UPSI sehinggalah sekaranglah dia berjaya dalam kerjaya dia dengan saya
sendiri melanjutkan pelajaran pada 2011 di UNISZA.

Penemubual Terima kasih saya ucapkan kepada puan atas jawapan puan sebentar tadi. Jadi
untuk soalan seterusnya, bpleh puan terangakn bagaimana pengalaman puan
mengenali tuan Muhd Fadhli Bin Jusoh?

Orang Saksi Okay dalam sepengetahuan saya semasa sama2 belajar di Maktab Penguruan
Islam, dia adalah pengerusi bagi persatuan Bulan Sabit Merah dan menjadi
jurulatih kawat bagi pasukan tersebutlah samaada lelaki atau perempuan. Tapi
saya tak sama dengan dia, saya pengakap, dia PBSM. Maknanya pada hari
rabu masa kokurikulum tu, saya pengakap, dia PBSM, saya tengok jelah dia
ajar orang lain kawat, saya diajar oleh orang lain. Kemudian, dia juga
merupakan penolong bendahari kepada Persatuan Guru Pelatih Maktab
Perguruan Islam pasa masa itu.

Dalam masa kita belajar tu, dia juga pernah bertanding menjadi calon bendahari
dalam Pilihan Raya Maktab. Tapi dia tak menang, kawan dia yang menang
lepas tu kawan dia ambil dia menjadi penolong bendahari. Jadi dia antara orang
yang sibuklah semasa di Maktab dulu, kalau ada event apa-apa, memang dia
selalu taka da dalam kuliahlah, dia selalu bersama-sama dengan geng yang
berkerja untuk persiapan dalam program tersebutlah. Kalau masa menyambut
pelajar baru, minggu orentasi, dialah yang dalam bahagian pengangkutan,
ketua Jawatankuasa bahagian pengangkutan. Dialah yang uruskan pergerakan
pelajar daripada airport atau stesen bas ke Maktab pada masa itu.

Memang orang yang sibuklah, rapat dengan pensyarah, dengan kawan-kawan,
mudah bergaul dengan orang lainlah. Maknanya rangkaian sahabat dia ni,
perkenalan dia memang luas sangat. Kemudian dalam bidang kerjaya pula,
kitaorang kahwin awal pada masa tu umur dia dalam 23 tahun, saya umur
dalam 22 tahun, masa kitaorang berkahwin, kebanyakan masa dia tu adalah
berada di sekolah. Maknanya kebetulan pada mula-mula posting tu, sekolah tak
jauh daripada rumah.

Kitaorang menumpang rumah ibu bapa lagi jadi, kalau orang lain pagi pergi
sekolah awal petang dah balik, dia tu dah lah lewat petang baru balik, malam
pun dia pergi juga. Memang daripada mula mula tugasan lagi dia camtu,
maknanya memang masa dia dengan anak-anak, isteri memang kuranglah.
Begitulah kehidupan dia, tapi dah biasakan, alah bisa tegal biasa. Maknanya
saya boleh terimalah benda ni, kadang-kadang anak-anak pun selalu kata abah
ini sentiasa tak ada kat rumah. Maknanya memang kerjaya dia camtu,
sehinggalah dia tu daripada awal perkhidmatan dalam lebih kurang sampai 5, 4
tahun gitu, dia telah dipinjamkan ke PPD.

Semasa dia mengajar sekolah rendah di Kelantan, dia mengajar kelas KAFA.
Jadi sekolah dia tu, Sekolah Kebangsaan Beris Kubor Besar tu dibawah
pentadbiran ustaz Fadhli, menjadi KAFA contoh di negeri Kelantan. Jadi oleh
kerana nampak kehebatan dia ketika itu, jadi di usia yang muda, dia sudah
menjadi antara pegawai yang dipinjamkan ke PPD Bachok. Pada masa itu, PPD
Bachok terletak di Pasir Puteh. Bayangkan lah daripada rumah dia di Bachok ke
sekolah dia pastu pergi pula ke Pasir Puteh, jadi memang sangat sibuklah tiada
masa di rumah.

44 | P a g e

Jadinya sehinggalah bila umur dah semakin meningkat, dia dipanggil berada di
luar kementerian, dijemput oleh panitia JAKIM, sehingga dia dilamar oleh JPN,
Jabatan Pendidikan Kelantan sebagai pegawai di JPN. Selepas di PPD tu, tak
silap dalam 16, 17 tahun dia sambung belajar pun daripada JPN, dia minta
ambik kursus jadi guru besar, dia antara ambilan pertama yang berjaya untuk
menyertai kursus tersebut. Masa itu peserta kursus perlu belajar di IPDA di
Kedah. Jadi dia berulang-alik daripada rumah ke Kedah dan masa itu kami dah
ada rumah sendiri jadi, saya soranglah yang menjaga membesarkan anak-
anak. Dia balik sekali atau dua kali dalam seminggu. Lepas daripada dia belajar
di IPDA, kemudian dia sambung belajar di UPSI, berjaya memperoleh degree,
dia ingatkan boleh kembali bertugas di sekolah tapi JPN masih pegang dia jadi
dia terpaksa bertugas di sana lagi sehinggalah dia dinaikkan jawatan beberapa
kali hingga menjadi Ketua Penolong Pengarah di JPN Kelantan.

Selepas itu, sebab dia ada sijil pengetuaan itu, dia pun ditawarkan menjadi
pengetua di SMK Kubang Kerian 3, berada di sana dalam masa setahun.
Kemudian dia pula ditukarkan ke SMKA Tok Bachok sehingga sekarang.
Maknanya, saya sebagai saksi mata pada dia, dengan kesungguhan dia
dengan cara dia buat kerja tanpa mengharapkan apa-apa, sanggup berjauhan
dengan isteri dan anak-anak demi anak bangsa. Bagi saya demi anak bangsa
memang dia tu, tak kenal lelahlah untuk mencapai sesuatu yang lebih baik demi
anak bangsa dia. Jadi bagi saya, bila dia mula-mula ditawarkan menjadi
pengetua, saya agak tak bersetujulah sebab komitmen sebagai pengetua ni
besar sangat, dialah yang akan dipertanggungjawabkan ke atas semua perkara
yang terjadi di sekolah samaada murid, guru-guru, kerana dan staf yang lain.

Jadi semakin sibuk dan mungkin dia semakin stress bekerja untuk menghadapi
semua cabaan di sekolah itu tapi apabila Allah S.W.T dan bagi yang terbaik
untuk dia sebab bila dia berada di sekolah, memang dia nampak lebih seronok
bekerjalah sebab dial ah yang menjadi ketua, menentukan visi misi sekolah
walaupun pada permulaan dia bertugasa menjadi pengetua di Kubang Kerian 3
banyak sangat halangan yang dia terima seperti ada juga orang di sekolah itu
yang menanti menjadi pengetua di sekolah itu . Banyak fitnah, surat layan yang
di terima sehingga kita kesian kat dia, tapi kita tahu bahawa dia bekerja
berkhidmat untuk anak bangsa, ada satu kepuasan yang saya nampak dalam
diri dia tu sebab dia berjaya menyiapkan sesuatu di sekolah tersebut memang
nampak hebat sangat sekolah tersebut sepanjang keberadaan dia di sana
sehingga apabila dia bertukar di Tok Bachok tu, cikgu-cikgu di sana sangat
kecewalah sebab belum sempat dia merasa apa yang telah dia perbaiki
sebelum ini, dia tak sempat menikmatinya dengan nyatalah, jadinya jika di
Kubang Kerian 3 tu sehingga dia bersahabat berkawan dengan anak-anak
murid dia yang nakal itu, sampai di acari anak murid dia di lorong2 semata-mata
untuk ke sekolah.

Jadi sehingga sekarang pun, dia akan dapat mesej daripada anak-anak murid
dia, keluar minum air sama-sama. Kemudian bila berada di Tok Bachok, di Tok
Bachok di lagi dahsyat sebab walaupun sekolah itu sekolah cemerlang, cabaran
yang dihadapi ini adalah bahagian prasarana di sekolah. Keluasan SMK
Kubang Kerian 3 hanya 7 8 ekar tanah sahaja tapi di SMKA Tok Bachok, saya
tengok sendiri geran tanah ini 74 ekar tanah. Luasnya SMKA Tok Bachok, nak
katakan dengan tanah yang belum dibangunkan sehinggalah sampai ada
ladang kelapa sawit. PIBG sekolah tu telah buat ladang kelapa sawit jadi
menjadi ekonomi untuk sekolah jugalah. Pastu Kelantan sendiri ada masalah
bekalan air kan, jadi masalah tu dia masih cuba baiki sehingga kini. Ada
seketika, semasa bercuti dengan keluarga pun, warden asrama akan call dia

45 | P a g e


Click to View FlipBook Version