bagitahu pasal budak-budak asrama tak boleh mandi takda air, tapi dia xpernah
mengeluh pun.
Jadi adakah saya menjawab soalan adik Siti Sarah?
Penemubual Alhamdullilah menjawab puan. Jadi melalui penerangan puan sebentar tadi, kita
dapat ketahuilah bahawa tuan Fadhli merupakan seorang yang sangat dedikasi
dalam tugasnya sebagai pendidik dan puan serta keluarga menjadi tulang
belang yang menyokong perjuangan tuan.
Jadi untuk soalan seterusnya, apakah pencapaian yang diperoleh tuan Fadhli
semasa di MPI dan dalam kerjayanya sebagai pendidik?
Orang Saksi Dia merupakan Presiden Persatuan Guru Agama Malaysia Barat, Jadi biasalah
dia masuk akhbar, dia masuk tv untuk menceritakan tentang pendidikan
terutama sekali guru Pendidikan Islam. Dengan kesatuan inilah yang membela
nasib guru Pendidikan Islam. Dia ni sibuknya di sekolah atau di jabatan dia juga
sibuk juga di lapangan sukarelawan sebagai pejuang untuk guru-guru
pendidikan Islam. Di ani sibuk sangat kadang-kadang dia lebh banyak masa
pergi ke luar Kelantan,sekarang pun dia pergi ke Johor untuk mesyuarat
Persatuan Guru Agama di Johor, ada audit nak tengok persatuan dia dan
selepas itu dia ada mesyuarat juga dengan kongres Kesatuan Guru di Kuala
Lumpur.
Baik macam yang saya bagitahu awal-awal ini di dia sangat kelakar sebab dia
ni adalah penceramah, maknanya semasa berada di JPN, menjemput dia
sebagai pegawai motivasi. Sehingga sekolah-sekolah dan jabatan selain
daripada jabatan pendidikan juga sering menjemputnya untuk mendengar
ceramahnya.
Penemubual Bagaimana hubungan komuniti tuan Fadhli semasa di MPI ( rakan2, pensyarah,
staf MPI) dan di alam pekerjaan (rakan2 sekerja, masyarakat setempat)?
Orang Saksi Dia merupakan seorang yang mesra dengan semua orang.
Penemubual Sekalung penghargaan diucapkan kepada puan kerana sudi berkongsi serba
sedikit maklumat berkaitan kajian yang saya jalankan. Semoga dengan semua
maklumat yg dikongsi ini mampu memberi manfaat kepada warga kampus
sekalian.
3.2 Transkripsi Teks Temubual Bersama Tuan Mohd Fadhli Bin Jusoh
(Alumni MPI)
Penemubual Assalamualaikum wbt. kami merupakan pelajar pengkhususan bahasa
melayu elektif sejarah semester 3 tahun 1 ambilan jun 2021 akan melakukan
sesi temu bual bersama-sama dengan tuan Muhd Fadhli Bin Jusoh iaitu
alumni Maktab Perguruan Islam berdasarkan tugasan pentaksiran sejarah
lisan dan pendokumentasian kod SJHK3043.
Terima kasih diucapkan kepada tuan kerana sudi meluangkan masa untuk
menghadiri sesi temu bual pada petang ini.
46 | P a g e
Apa khabar tuan?
Tokoh Alahmdullilah saya sihat sahaja. Saya harap adik Siti Sarah pun sihat juga.
Alumni
Penemubual Amin. Terima kasih tuan
Jadi, IPG Kampus Pendidikan Islam merupakan sebuah institusi perguruan
yang ditubuhkan pada tahun 1977. Sebelum wujudnya nama ipgkpi, institusi
perguruan ini telah dikenali sebagai Maktab Perguruan Islam yang
kemudiannya ditukar nama mmenjadi institusi perguruan islam Selangor dan
akhirnya Ipgkpi yang kekal sehingga sekarang. Sebagai salah seorang
pelajar Maktab Perguruan Islam, tuan semestinya mempunyai pelbagai jenis
pengalaman sepanjang menjadi pelajar di sana. Jadi sebelum kita
mengupas dengan lebih lanjut, boleh ke tuan ceritakan sedikit tentang latar
belakang tuan
Tokoh Saya bernama Muhd Fadhli Bin Jusoh..How to spell Saya anak jati Kelantan
Alumni dan menyambung pelajaran di peringkat maktab perguruan di Maktab
Perguruan Islam Lembah Pantai Kuala Lumpur pada tahun 1988 bulan Julai
sehingga tamat pada bulan Julai 1990. Saya menghabiskan pelajaran di
kampus sementara Maktab Perguruan Islam yang menumpang bangunan
Universiti Islam Antarabangsa di Jalan Pantai Baharu di Kuala Lumpur.
Bnagunan itu kita berkongsi dengan Maktab Perguruan Lembah Pantai dan
Maktab Perguruan Bahasa yang sekarang dinamakan sebagai Institut
Bahasa Antarabangsa. Bawah daripada bukit yang kami huni itu adalah
pintu pagar Universiti Malaya.
Saya hanya sempat melihat Kampus IPG Pendidikan Islam Bangi hanya
sewaktu menghadiri konvokensyen di Dewan Mahmud Muhyiddin di
Kampus Bangi. Saya sudah berkahwin juga dengan seorang graduan
lepasan maktab perguruan Islam, orang Selangor dan sampai sekarang
dikurniakan 6 orang cahaya mata, sudah mempunyai 2 orang cucu. Kini
bertugas sebagai pengetua di Sekolah Menengah Agama Tok Bachok,
Bachok Kelantan. Sebelum itu, saya sebagai pengetua di SK Kubang Kerian
3 sekejap, sebelum itu saya adalah ketua penolong pengarah sektor
pendidikan Islam di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Saya sempat
bertugas di JPN Kelantan selama 18 tahun.
Penemubual Jadi sampailah kita ke soalan yang ditunggu, jadi boleh ke tuan kongsi kan
pengalaman sepanjang menuntut di MPI mungkin dari segi infrastuktur dan
kemudahan yang disediakan di sana atau program-program yang diadakan
sepanjang tuan belajar di sana
Tokoh Oky pengalaman saya di Maktab Perguruan Lembah Pantai di Pantai Baru
Alumni Kuala Lumpur amat menarik. Tahun 88 membawa saya sebagai anak
kampung yang pertama mengenali Kuala Lumpur pada 11 Julai 1988. Itulah
kali pertama saya menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk melaporkan diri
menyertai program Sijil Pergurusan Asas. Saya dalam kuliah pengajian
Islam AL-Quran dan Sunnah. Sewaktu itu, Maktab Perguruan Islam
menumpang di bangunan Universiti Islam Antarabangsa di bersebelahan
asrama pangsapuri. Tempat belajar kami unik sebab sebelah kanan di atas
47 | P a g e
bukit adalah bangunan Universiti Islam Antarabangsa yang digunakan oleh
Institut Bahasa Antarabngsa. Di sebelah kiri bahagian bawah digunakan
oleh Maktab Peguruan Lembah Pantai, MPLP kita panggil. Kami akan
berkongsi padang di bawah sana diantara tiga Institut, Maktab Perguruan
Bahasa, Maktab Perguruan Lembah Pantai, dan Maktab Perguruan Islam.
Tetapi Maktab Perguruan Islam mengambil menara yang setinggi 8 tingkat.
Saya kuliah 14 belajar di tingkat 7. Yang manisnya kami student tidak
dibenarkan menggunakan lif, lif hanya untuk tenaga pensyarah. Jadi kami
akan naik tangga 7 tingkat setiap pagi dan setiap petang turun. Kami
keberatanlah untuk turun waktu makan tengah hari sebab nak fikirkan untuk
naik balik, sebab lif untuk pelajar agak terhad, tetapi saya selalu pakai
kemas-kemas macam pensyarah sebab pensyarah ramai, saya menyamar
menjadi pensyarah masuk lif pensyarah.
Okay lepas itu, pengalaman yang kedua, oleh kerana kita kongsi
kemudahan padang dengan MPLP dengan Maktab Perguruan Bahasa.
Walaupun kita belajar di Maktab Perguruan Islam, kita juga berkawan di 3
kampus. Maktab Perguruan Lembah Pantai, Maktab Perguruan Bahasa,
dan kita juga berkawan dengan Universiti Malaya kampus Induk lembah
Pantai depan Masjid Ar-Rahman. Jadi, kawanan kami meluas, itu yang
kedua.
Yang ketiga, kalau jadi orang Kelantan, kalau duduk di Kampus di Kuala
Lumpur, kalau tak berniaga tak sah. Saya berniaga jadi tauke transport balik
kampung, bas pergi balik KB – KL. Maknanya ambil di kampus Maktab
Perguruan Islam, Maktab Perguruan Lembah Pantai, Maktab Perguruan
Bahasa, dan Universiti Malaya, balik naik bas saya. Saya sewa tiga empat
buah bas untuk setiap kali cuti semester dan hari Raya, kawan-kawan saya
jual tiketlah. Jadi pada masa itu, RM45 pergi balik. Sekarang kalau Jitra ke
Kuala Lumpur sudah RM35 ye Yus. Satu hal lah kan. Ataupun Firdaus balik
tak naik bas.
Ohh tak ingat, duduk di Jitra, boleh naik. Kalaulah ERL jadi buat, sebenarnya
Okay kenangan manis yang lebih penting, dalam kampus kita ada pemilihan
Majlis Perwakilan Pelajar dan saya juga pernah menyertai Pilihan Raya
Kampus. Saya bertanding sebagai bendahari agung Majlis Guru Pelatih
MPI. Pada masa itu, oleh kerana saya agak muda sedikit masuk ke Maktab
Perguruan, masa itu saya tiada misai. Saya kalah 7 undi dengan kawan
saya, Oeang Negeri Sembilan. Orang kata tidak boleh undi sebab saya
budak lagi, misai belum ada. Saya kalah bertanding dalam Pilihan Raya itu
tetapi kawan serumah saya yang menang menjadi bendahari. Maka,
sebagai Bendahari Agung, dia lantiklah penolong Bendahari Agung elaun
guru pelatih dibayar oleh Persatuan Guru Pelatih. Jadi sayalah setiap hujung
bulan dengan kawan saya tu akan pergi ke Bank Islam Jalan Perdana di
Pusat islam lama kita ambik sejumlah wang buat balik kat kampus dan kita
bayar elaun guru pelatih. Itu kenangan yang manislah.
Jadi kenangan yang ke-5 zaman dulu2 kita akan bertemu di setiap tahun
sama ada untuk program pesta ramah sukan ataupun pesta ramah unit
beruniform, saya sempat menghadiri pesta ramah unit beruniform di Teluk
Batik, Perak. Maknanya maktab perguruan seluruh negara akan berkumpul
di Teluk Batik, di tepi aut. Jadi saya bulan Sabit Merah, tapi oelh kerana saya
ada sijil kejurulatihan kawat kaki, yang saya ambil dengan pasukan
simpanan tentera darat di Breget Pengkalan Chepa. Untuk kampus Maktab
Perguruan Islam, kami akan berkumpul di padang guna sama samaada unit
48 | P a g e
beruniform apa sahaja pengangkap ke apa ke, satu maktab tu saya yang
latih.
Penemubual Baik, jadi boleh tuan cerita sedikit tentang pencapaian yang dilakar di MPI
samaada dalam bidang akademik atau kokurikulum?
Tokoh Okay baik, kalau dalam bidang akademik tu, saya bukanlah seorang
Alumni pelajar yang cemerlang. Biasa-biasa saja. Dalam kokurikulum pun saya tak
aktif sangat. Saya hanya jadi ketua pengakap sahaja.
Penemubual
4. Pencapaian semasa (Masa kini)
- kerjaya
- anugerah/pengiktirafan/sumbangan yang diperoleh
- azam akan datang
Tokoh Saya merupakan Presiden Persatuan Guru Agama Malaysia Barat, Jadi
Alumni biasalah masuk akhbar, dia masuk tv untuk menceritakan tentang
pendidikan terutama sekali guru Pendidikan Islam. Dengan kesatuan inilah
yang membela nasib guru Pendidikan Islam. Saya ni sibuknya di sekolah
atau di jabatan juga sibuk juga di lapangan sukarelawan sebagai pejuang
untuk guru-guru pendidikan Islam. sibuk sangat kadang-kadang saya lebh
banyak masa pergi ke luar Kelantan,
Saya juga dijemput untuk menghadiri perjumpaan dengan Perdana
Menteri. Perjumpaan ini hanya orang-orang tertentu sahaj yang dijemput.
Dalam perjumpaan itu, kami akan berbincang ramai-ramailah tentang
sesuatu dan cari jalan penyelesaiannya.
Penemubual Sekalung penghargaan diucapkan kepada tuan Muhd Fadhli Bin Jusoh
kerana sudi berkongsi serba sedikit maklumat berkaitan kajian yang saya
jalankan. Semoga dengan semua maklumat yg dikongsi ini mampu memberi
manfaat kepada warga kampus sekalian.
49 | P a g e
3.3 Koleksi Gambar Tuan Mohd Fadhli Bin Jusoh (Alumni) serta PuanSitti Alawiah
Binti Jaafar (Orang Saksi)
50 | P a g e
3.4 Koleksi Kenangan Bersama Tuan Mohd Fadhli Bin Jusoh (Alumni) serta PuanSitti
Alawiah Binti Jaafar (Orang Saksi)
51 | P a g e
52 | P a g e
53 | P a g e
54 | P a g e
55 | P a g e
56 | P a g e