BAHAN PENGAJARAN BERTULIS
TA-011-1:2012
PEMBUATAN PAKAIAN WANITA
TA-011-1:2012-C02
PENGHASILAN PAKAIAN TRADISIONAL
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62050 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
TEL: +60388842000
JULAI 2017
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
PROGRAM / TA-011-1:2012 PEMBUATAN PAKAIAN WANITA
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP / LEVEL L1
TA-011-1:2012-C02 TRADITIONAL WEAR MAKING
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY TRADITIONAL WEAR MAKING
AKTIVITI KERJA / REQUIREMENTS AND SPECIFICATIONS
WORK ACTIVITIES NO. 2. CARRY OUT BODY MEASUREMENT ACTIVITIES FOR
AND STATEMENT TRADITIONAL WEAR MAKING
3. CARRY OUT DRAFTING ACTIVITIES FOR
TRADITIONAL WEAR MAKING
4. CARRY OUT FABRIC CUTTING ACTIVITIES FOR
TRADITIONAL WEAR MAKING
5. CARRY OUT SEWING ACTIVITIES FOR TRADITIONAL
WEAR MAKING
6. CARRY OUT TRADITIONAL OUT FITTING ACTIVITIES
FOR TRADITIONAL WEAR MAKING
7. CARRY OUT FINISHING ACTIVITIES FOR
TRADITIONAL WEAR MAKING
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 61
TAJUK / TITLE:
PENGHASILAN PAKAIAN TRADISIONAL
TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang fungsi Pakaian Tradisional Melayu, Pakaian Tradisional Cina, Pakaian
Tradisional India, dan pakaian tradisional etnik lain. Pakaian ini pula mempunyai ciri-ciri
seperti poket, lengan dan kolar.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
PENGENALAN / INTRODUCTION: 61
Pakaian tradisional merupakan pakaian tradisi yang dipakai mengikut sesuatu kaum di
Malaysia yang mempunyai ciri-ciri dan stail pakaian yang tersendiri. Pakaian tradisional ini
biasanya dipakai untuk menghadiri majlis formal atau menjadi pakaian harian. Antara
pakaian tradisional yang terdapat di Malaysia adalah seperti berikut:
Kaum Melayu
Baju Kurung
Etnik Lain JENIS Kaum Cina
Kadazan PAKAIAN Che ongsam
TRADISIONAL
Kaum India
Choli Sari
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of
61
A. PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU ( BAJU KURUNG)
PENGENALAN /INTRODUCTION:
Mengikut sejarah, nama asal baju kurung ialah Baju kurung Teluk Belanga.
Hasil dari perkembangan teknologi dan peredaran masa telah ditukar nama kepada
Baju Kurung Johor.
Leher baju kurung berbentuk bulat yang disebut ‘bulan-bulan’ dan dibelah di
bahagian hadapan. Sebiji butang emas atau berlian yang dikenali sebagai kunang
– kunang atau garam sebuku digunakan sebagai kancing. Mengikut tradisinya, kain
yang dipakai diikat berombak-ombak dirusuk sebelah kiri atau kanan. Cara ikatan
tersebut dinamakan ombak mengalun. Kepala kain diletak di bahagian belakang.
Baju ini boleh dipakai sedondon atau dipadankan dengan sarung bercorak batik,
tenun atau sarong songket.
Pakaian ini popular dipakai oleh wanita masa kini tanpa mengira peringkat
umur atau kaum di Malaysia. Garis Leher baju kurung tradisional dijahit dengan
tulang belut. Ciri tulang belut yang dijahit dengan elok ialah:
jarak antara kaki tulang belut sama
sama lebar keseluruhannya
tidak tertarik
tegangan tarikan benang elok
pangkal belah tirus dan rapat
Perkembangan semasa menyaksikan garis leher baju kurung tidak sahaja
dijahit dengan tulang belut tetapi dengan jahitan mata lalat, jahitan karipap dan
sulaman tangan.
Ciri baju kurung tradisional adalah:
i) Garis leher baju berbentuk bulat dan belah berslit di bahagian
hadapan dihiasi dengan jahitan tulang belut.
ii) Lengan panjang
iii) Pesak
iv) Kekek
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of
61
v) Sarung susun ombak beralun yang berkasing
vi) Butang dan rumah butang.
vii) Kocek di bahagian kiri pesak baju.
Pandangan hadapan Pandangan belakang
Gambarajah 1: Baju Kurung Tradisional dan Sarung Susun Ombak Beralun
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of
1.2 Melakar Baju Kurung Tradisional 61
i. Teknik melakar
a. Melakar pakaian adalah berasaskan warna,corak dan tekstur fabrik.
b. Setiap pakaian adalah direka mempunyai cirri tertentu seperti garis
leher,lisu,kolar,lengan dan lain-lain mengikut stail yang dikehendaki.
ii. Kenalpasti bentuk badan
a. Sebelum membuat lakaran pastikan bentuk badan,warna dan
tekstur fabrik membolehkan seseorang itu kelihatan lebih anggun
dan bergaya.
b. Antara bentuk badan adalah seperti A Line, Tent, Shift dan Hour
Glass.
c. Pilih croqois yang sesuai untuk melakar baju kurung tradisional dan
sarung susun ombak beralun.
iii. Guna bahan dan peralatan yang sesuai untuk melakar.
Croquis yang sesuai Lakaran
Pensel
Pen hitam 0.2mm
Pen hitam 0.5 mm
Kertas layout
Media
Croquis
Gambarajah 2 : Lakaran Pakaian
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of
iv. Persediaan baju kurung tradisional 61
a. Melakar rekaan fesyen
Crocquis
- Alat panduan/templet yang terdapat dalam pelbagai gaya.
- Kegunaannya untuk menghasilkan lakaran kasar style
pakaian.
- Memudahkan kerja mereka dan melukis pakaian.
Menggunakan pensil, pensil warna dan design marker
Lakaran kerja /flat drawing
- Memudahkan kerja mereka cipta.
- Memperlihatkan pandangan hadapan dan belakang.
1.3 Mengambil ukuran badan
1.3.1 Peralatan dan bahan yang diperlukan mengambil ukuran badan.
i. Pita ukur
Gunakan pita ukur yang sesuai untuk mengambil ukuran model.
ii. Alat tulis, buku atau kertas catatan
Digunakan untuk mencatat ukuran.
iii. Borang tempahan pelanggan
2.2 Ukuran sepasang baju kurung tradisional
a. Ukuran yang perlu untuk mendraf baju kurung tradisional iaitu:
Bahu
Labuh Lengan
Hujung Lengan
Keliling Pangkal Lengan
Dada
Labuh Pinggang
Labuh Pinggul
Labuh Baju
Labuh Sarung
Keliling leher
b. Catatkan ukuran ke dalam borang tempahan pelanggan
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of
61
B. PAKAIAN TRADISIONAL CINA ( CHEONGSAM )
PENGENALAN/ INTRODUCTION:
Cheongsam merupakan pakaian yang mula dipakai oleh wanita cina
pada zaman Dinasti Qing (1644-1012) Cheongsam juga dikenali sebagai
gipao`. Ia dipakai pada upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan Tahun
Baru Cina.Pakaian ini adalah pakaian sendat yang mempunyai koler menderin
berlengan cap atau panjang berbelah pada kelim (slit) berkancing di bahagian
badan kanan. Labuh Cheongsam juga boleh dibuat pada pelbagai
paras.Cheongsam boleh dipakai sebagai pakaian Kasual atau formal. Ciri-ciri
Cheongsam adalah (Rujuk Gambarajah 1):
a) Berkolar mandarin
b) Mempunyai belah berlapik – belahan dari leher ke rusuk kanan
dan butang cina
c) Lengan selarai pendek
d) Belah kiri dan kanan pada kelim sisi
e) Lisu pemadam cembung, mengikut keperluan
GambarRajah 1: Ciri-ciri Cheongsam
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of
61
1.1 Melakar fesyen Cheongsam Tradisional (Gambarajah 2).
i. Teknik melakar
a. Melakar pakaian adalah berasaskan warna, corak dan tekstur
fabrik.
b. Setiap pakaian yang direka mempunyai ciri-ciri tertentu seperti
garis leher, lisu, kolar, lengan dan lain-lain mengikut style yang
dikehendaki.
ii. Kenalpasti bentuk badan
a. Sebelum membuat lakaran pastikan bentuk badan model
supaya dapat menghasilkan fesyen kebaya yang sesuai.
b. Elemen seperti garisan, bentuk badan, warna dan tekstur fabrik
membolehkan seseorang itu kelihatan lebih anggun dan
bergaya.
1.2 Guna bahan dan peralatan yang sesuai untuk melakar
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of
61
Lakaran Crocquis
Gambarajah 2 : Lakaran Cheongsam
2 Persediaan baju cheongsam
2.1 Peralatan
i. Melakar rekaan fesyen
a. Crocquis
Alat panduan/templet yang terdapat dalam pelbagai gaya.
Kegunaannya untuk menghasilkan lakaran kasar style
pakaian.
Memudahkan kerja mereka dan melukis pakaian.
b. Menggunakan pensil, pensil warna dan design marker
Lakaran kerja/flat drawing
Memudahkan kerja mereka cipta.
Memperlihatkan pandangan hadapan dan belakang.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of
61
ii. Mengukur
iv. Pita ukur
Gunakan pita ukur yang sesuai untuk mengambil ukuran
model.
v. Buku atau kertas catatan
Digunakan untuk mencatat ukuran.
iii. Mendraf pola
a. Kertas perang/brown paper
Pilih yang sederhana tebal tidak renyuk.
b. Pembaris lurus
Pilih yang diperbuat daripada plastik, logam atau kayu.
Permukaan yang licin dan mempunyai tanda-tanda ukuran
yang jelas.
c. Pembaris sesiku
Diperbuat daripada plastik.
Permukaan yang licin dan mempunyai tanda-tanda ukuran
yang jelas.
Digunakan untuk membuat garisan bersudut tepat.
d. Pembaris melengkung
Diperbuat daripada plastik.
Permukaan yang licin dan mempunyai tanda-tanda ukuran
yang jelas.
Digunakan untuk membuat garis melengkung seperti garis
punggung.
e. Lengkuk Perancis/French curve
Pilih yang diperbuat daripada plastik.
Digunakan untuk membuat garisan melengkung seperti
garis lubang lengan, dan garis leher.
f. Pensel
Pilih pensel yang sesuai.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of
61
Digunakan untuk membuat garisan.
g. Pita ukur
Digunakan untuk mengukur garis lurusatau garis
melengkung.
iv. Menggunting dan menanda
a. Gunting fabrik
Pilih gunting fabrik yang tajam dan berat.
b. Gunting kertas
Pilih gunting kertas yang sesuai dan tajam.
c. Gunting bergerigi
Digunakan untuk menggunting fabrik yang tidak mudah
berjerumbai.
d. Penetas
Digunakan untuk menetas mata jahitan dan menebuk
lubang butang.
e. Kacip benang/ snippe
Digunakan untuk menggunting benang.
f. Roda surih
Mempunyai roda yang mudah digerakkan.
Pilih roda surik mengikut jenis fabrik.
Roda surih digunakan bersama dengan kertas karbon
tukang jahit untuk memindahkan:
- garis pemadan ke fabrik
- tanda dan garis lain dalam kerja membuat
penyessuaian pola.
g. Kertas karbon tukang jahit
Pilih yang mempunyai warna yang mudah dipindahkan ke
atas fabrik atau kertas perang.
h. Kapur tukang jahit
Pilih kapur yang tidak mudah pecah dan sepadan dengan
warna fabrik.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of
61
Digunakan untuk menanda garisan pemadan pada fabrik.
Gunakan kapur yang tajam untuk menghasilkan garisan
yang halus supaya tidak mengotorkan fabrik.
i. Jarum peniti
Pilih jarum peniti yang tajam dan tidak berkarat supaya
tidak merosakkan fabrik.
Kegunaan jarum peniti ialah untuk menyemat pola pada
fabrik dan menyemat kepingan fabrik.
v. Menjahit pakaian
a. Mesin jahit manual
b. Mesin jahit kemas tepi
c. Jarum jahit tangan
vi. Menekan
a. Seterika wap
Lubang wap terletak pada hujung tapak.
Mempunyai kawalan pelaras suhu.
Permukaan yang licin.
Digunakan untuk menekan fabrik pada setiap proses
membuat pekaian.
b. Seterika biasa/kering
Mempunyai kawalan pelaras suhu.
Permukaan yang licin.
Digunakan untuk menekan fabrik pada setiap proses
membuat pakaian.
c. Bod seterika/meja
Pilih jenis yang tingginya boleh dilaras dan tegap.
Permukaan dan tepinya rata supaya pakaian dan fabrik
tidak tersangkut.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of
61
d. Bod seterika lengan
Digunakan untuk menekan lengan.
e. Perenjis air
Digunakan untuk melembapkan fabrik sebelum dan
semasa menekan.
2.2 Bahan yang diperlukan
i. Fabrik
a. Ciri-ciri fabrik yang sesuai untuk membuat kebaya ialah:
Bercorak
Tanpa corak
b. Tekstur yang sesuai ialah jenis lembut, sederhana tebal atau
nipis
c. Pilih warna fabrik yang sesuai dengan bentuk badan:
Badan kurus – warna terang, bercorak atau berbunga kecil
Badan gempal – warna gelap bercorak atau berbunga kecil
ii. Benang – gunakan benang yang kukuh, pilih benang yang sesuai dan
sepadan dengan jenis dan warna fabrik.
iii. Lapik dalam
Tujuan lapik dibuat pada pakaian adalah untuk mengekalkan
bentuk pada pakaian, mengukuhkan dan mengelakkan fabrik
daripada memeri
iv. Kancing
Tujuan kancing dibuat adalah
Menutup belah pada pakaian – seperti butang, butang katup,
cangkuk dan mata, cangkuk dan palang dan zip.
Sebagai perhiasan - seperti butang dan gelung, reben, gacu
dan pita.
Pilih kancing mengikut
Jenis fabrik yang digunakan
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 14 Drp / Of
61
Jenis pakaian
Belah dan kedudukannya
2.3 Ukuran Cheongsam
i. Ukuran yang perlu untuk mendraf cheongsam iaitu:
Bahu
Labuh lengan
Lilitan lengan atas
Keliling garis lengan
Labuh pinggang
Labuh pinggul
Labuh baju
Keliling leher
Keliling dada
Keliling pinggang
Keliling pinggul
Bahu ke mercu
Mercu ke mercu
ii. Catatkan ukuran ke dalam borang tempahan pelanggan
(lampiran 1)
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 15 Drp / Of
61
C. PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA ( COLI SARI )
PENGENALAN /INTRODUCTION:
Pakaian Tradisional kaum India terdapat dua jenis iaitu Coli dan baju Punjabi. Coli
biasanya dipakai oleh wanita manakala Baju Punjabi boleh dipakai oleh kaum lelaki dan
wanita India.
Ciri-ciri
Coli adalah baju singkat paras pinggang yang dipakai oleh wanita India bersama sari
atau pun skirt kembang. Ianya merupakan pakaian yang sendat.
Walaubagaimanapun sekarang pakaian ini telah diubah pada bahagian -bahagian
tertentu agar bersesuaian dengan pemakaian wanita India zaman moden tetapi
masih mengekalkan ciri-ciri tradisional.
Labuh lengan coli basanya hingga ke paras siku dan di tengah lengan dihias kan
dengan menggunakan kain yang sama atau fabrik yang berpadanan. Garis leher
jeluk terbentuk dengan kedudukan bahu mendatang (yoke) dengan lisu hias.
Cantuman garis tengah hadapan disiapkan dengan kedut lepas sebagai penghilang
gelembung dan lisu pemadan di bahagian pinggang badan hadapan dan belakang.
Bahagian pinggang badan hadapan dikemaskan dengan ben lisu hias. Bahagian
belahan badan belakang disudahkan dengan butang katup atau pun cangkuk dan
rumah cangkuk.
Coli sesuai menggunakan fabrik nipis, lembut bercorak kecil dan diperbuat daripada
gentian asli atau gentian buatan. Coli dipadankan bersama sari dan skirt dalam yang
dibuat khas, bertali kasing di pinggang.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 16 Drp / Of
61
CONTOH PAKAIAN TRADISIONAL INDIA
Gambarajah 1: Baju Punjabi Gambarajah 2: Coli dan sari
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 17 Drp / Of
61
LAKARAN BAJU COLI
Pandangan hadapan Pandangan belakang
Gambarajah 3: Coli
1. Melakar Baju Tradisional India
1.1 Teknik melakar
c. Melakar pakaian adalah berasaskan warna,corak dan tekstur fabrik.
d. Setiap pakaian adalah direka mempunyai ciri tertentu seperti garis
leher,lisu,kolar,lengan dan lain-lain mengikut stail yang dikehendaki.
1.2 Kenalpasti bentuk badan
d. Sebelum membuat lakaran pastikan bentuk badan,warna dan
tekstur fabric membolehkan seseorang itu kelihatan lebih anggun
dan bergaya.
e. Antara bentuk badan adalah seperti A Line, Tent, Shift dan Hour
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 18 Drp / Of
61
Glass.
f. Pilih croqois yang sesuai untuk melakar baju Tradisional India.
1.3 Guna bahan dan peralatan yang sesuai untuk melakar.
Croquis yang sesuai
Pensel
Pen hitam 0.2mm
Pen hitam 0.5 mm
Kertas layout
Media
Gambarajah 4: Lakaran Coli
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 19 Drp / Of
61
1.4 Persediaan menjahit baju Coli
i. Melakar rekaan fesyen
a. Crocquis
- Alat panduan/templet yang terdapat dalam pelbagai gaya.
- Kegunaannya untuk menghasilkan lakaran kasar style
pakaian.
- Memudahkan kerja mereka dan melukis pakaian.
b. Menggunakan pensil, pensil warna dan design marker
c. Lakaran kerja /flat drawing
Memudahkan kerja mereka cipta.
Memperlihatkan pandangan hadapan dan belakang.
2. MENGAMBIL UKURAN BADAN
2.1 Peralatan dan bahan yang diperlukan mengambil ukuran badan.
vi. Pita ukur
Gunakan pita ukur yang sesuai untuk mengambil ukuran
model.
vii. Alat tulis, buku atau kertas catatan
Digunakan untuk mencatat ukuran.
viii. Borang tempahan pelanggan
2.2 Ukuran sehelai Choli Sari
c. Ukuran yang perlu untuk mendraf baju iaitu:
Bahu
Labuh lengan
Hujung lengan
Keliling lengan
Dada
Bahu ke mercu
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 20 Drp / Of
61
Mercu ke mercu
Labuh tulang belakang
Labuh pinggul
Keliling pinggang
Keliling pinggul
Labuh coli
Labuh sarung
Keliling leher
d. Catatkan ukuran ke dalam borang tempahan pelanggan
(gambarajah borang tempahan pelanggan)
D. PAKAIAN TRADISIONAL ETNIK KADAZAN
PENGENALAN/ INTRODUCTION:
Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Perbezaan antara berbagai-
bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, agama, adat
istiadat, corak dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka. Penggunaan
pakaian-pakaian tradisional tersebut boleh dilihat dari dua sudut zaman iaitu zaman klasik
dan zaman moden. Pada zaman dahulu, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa
uparaca-upacara ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman moden
pula pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan-tujuan yang tertentu
seperti di hari perkahwinan oleh pengantin lelaki dan perempuan (kadangkala juga oleh
pengapit pengantin) serta untuk acara-acara kebudayaan.
Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian tradisional
mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam
adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang dapat melindungi si pemakai
daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada setengah-tengah pihak mengatakan
bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan
semula jadi di waktu itu.
Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tetapi dan
selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot. Baju tradisional suku kaum Kadazan
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 21 Drp / Of
61
daerah Papar memakai baju fabrik baldu hitam berhias renda kuning keemasan. Wanita
memakai siung dari anyaman buluh halus bermotifkan geometrik etnik Sabah. Perhiasan
diri gelang tangan dan tali pinggang syiling perak.
Rajah 5: Pakaian Tradisional Etnik Kadazan
1.2 Melakar Baju Tradisional Etnik
i. Teknik melakar
e. Melakar pakaian adalah berasaskan warna,corak dan tekstur fabrik.
f. Setiap pakaian adalah direka mempunyai ciri tertentu seperti garis
leher,lisu,kolar,lengan dan lain-lain mengikut stail yang dikehendaki.
ii. Kenalpasti bentuk badan
g. Sebelum membuat lakaran pastikan bentuk badan,warna dan
tekstur fabrik membolehkan seseorang itu kelihatan lebih anggun
dan bergaya.
h. Antara bentuk badan adalah seperti A Line, Tent, Shift dan Hour
Glass.
i. Pilih croqois yang sesuai untuk melakar baju Etnik.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 22 Drp / Of
61
iii. Guna bahan dan peralatan yang sesuai untuk melakar.
Croquis yang sesuai
Pensel
Pen hitam 0.2mm
Pen hitam 0.5 mm
Kertas layout
Media
iv. Persediaan menjahit baju Etnik
a. Melakar rekaan fesyen
Crocquis
- Alat panduan/templet yang terdapat dalam pelbagai gaya.
- Kegunaannya untuk menghasilkan lakaran kasar style
pakaian.
- Memudahkan kerja mereka dan melukis pakaian.
Menggunakan pensil, pensil warna dan design marker
Lakaran kerja /flat drawing
Memudahkan kerja mereka cipta.
Memperlihatkan pandangan hadapan dan belakang.
1. MENGAMBIL UKURAN BADAN
2.1 Peralatan dan bahan yang diperlukan mengambil ukuran badan.
ix. Pita ukur
Gunakan pita ukur yang sesuai untuk mengambil ukuran
model.
x. Alat tulis, buku atau kertas catatan
Digunakan untuk mencatat ukuran.
xi. Borang tempahan pelanggan
2.2 Ukuran sehelai baju Etnik Kadazan :
e. Ukuran yang perlu untuk mendraf baju iaitu:
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 23 Drp / Of
61
Bahu
Labuh lengan
Hujung lengan
Keliling lengan
Dada
Bahu ke mercu
Mercu ke mercu
Labuh tulang belakang
Labuh pinggul
Keliling pinggang
Keliling pinggul
Labuh coli
Labuh sarung
keliling leher
f. Catatkan ukuran ke dalam borang tempahan pelanggan
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 24 Drp / Of
2. REKAAN PAKAIAN TRADISIONAL 61
i) JENIS KOCEK
Kocek mestilah dilekatkan di tempat yang sesuai dan selesa kepada si pemakai.
Ia mesti dijahit dengan cermat, rata dan dikukuhkan di atas dengan jahitan mesin
dua kali.
Kocek yang hendak digunakan mestilah cukup dalam untuk mengelakkan benda di
dalamnya daripada terjatuh.
Kocek Tampal Kocek Sisi Tersembunyi Kocek Tebuk Satu
Bibir
ii) JENIS LENGAN
Lengan ialah satu kaedah menyudahkan keruk lengan.
Lengan didraf dengan pelbagai stail yang bersesuaian dengan bentuk badan dan
jenis pakaian.
Lengan juga berfungsi sebagai melindungi kecacatan pada tangan dan
mengekalkan ciri tradisi sesuatu pakaian.
Jenis-jenis lengan adalah seperti berikut:
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 25 Drp / Of
JENIS-JENIS LENGAN: 61
A. Lengan kimono asas
B. Lengan Padanan
Rata
C. Lengan gelembung
D. Lengan kembang
payung
E. Lengan Slit
F. Lengan Peasant
G. Lengan Raglan
H. Lengan Dolman
I. Lengan Kemeja
J. Lengan Bishop
K. Lengan Balon
L. Lengan Loceng
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 26 Drp / Of
iii) JENIS KOLAR DAN GARIS LEHER 61
Kegunaan kolar adalah untuk mengemaskan garis leher pakaian, menunjukkan
rekabentuk pakaian dan juga dibuat untuk menutup kecelaan leher si pemakai.
Kolar adalah bahagian yang dilekat atau dijahit sekali pada pakaian. Kolar
boleh didapati dalam berbagai jenis dan bentuk.
Bentuk V Bentuk U Belah Slit
Bentuk Sampan Bentuk Persegi Bentuk Bulat
Bentuk Hati (manikam)
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 27 Drp / Of
61
Kolar Rata
Kolar yang dicantum pada garis leher dan terletak rata pada badan
pakaian.
Kolar Peter Pan Kolar Kelasi Kolar Eton
Kolar Tegak
Kolar yang dicantum pada garis leher dan berdiri tegak pada garis leher
pakaian.
Kolar Mandarin Kolar Kemeja Kolar Nehru
Kolar Gulung
Kolar yang mengunjur dari bahagian garis leher ke atas dan
bergulung serta boleh dilipat balik.
Kolar Simpul Hias Kolar Selendang Kolar Rever
Jenis Kolar
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 28 Drp / Of
3. JENIS BENTUK BADAN 61
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 29 Drp / Of
61
i) Urutan Kerja Penghasilan Pakaian Tradisional
Untuk menghasilkan sehelai pakaian tradisional, murid hendaklah mengikut urutan
kerja penghasilan pakaian tradisional seperti yang berikut:
1. Membuat lakaran
2. Mengambil ukuran badan
3. Mendraf pola
4. Menggunting fabrik
5. Menjahit pakaian tradisional
6. Membuat kemasan
7. Acu pakai
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 30 Drp / Of
4. JENIS FABRIK 61
Fabrik yang sesuai untuk menjahit pakaian tradisional boleh diklasifikasikan kepada
dua jenis gentian iaitu:
GENTIAN
FABRIK
Gentian Gentian
Asli Buatan
Kapas Linen Rayon Sutera Poliester Gorgette Brocade
(Cotton)
NAMA FABRIK CONTOH FABRIK CIRI-CIRI
Kapas (Cotton) Teguh dalam keadaan basah atau
kering.
GENTIAN ASLI
Penyerap lembapan yang baik.
Tahan tindakan asid lemah dan
alkali.
Merupakan pengalir haba yang
baik.
Tahan cahaya matahari.
Licin, sejuk dan selesa dipakai.
Mudah renyuk.
Tahan pada suhu yang tinggi.
Mudah bertahi lalat jika tidak
dikeringkan dengan sempurna.
Mudah mengecut jika tidak diberi
kemasan yang sempurna.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 31 Drp / Of
Linen 61
Rayon Tahan lasak dan lebih teguh
Sutera daripada kapas.
Merupakan pengalir haba yang
baik.
Tahan pada cahaya matahari.
Tahan tindakan asid lemah dan
alkali.
Penyerap lembapan yang baik.
Tahan pada suhu tinggi.
Mudah renyuk dan berbulu.
Sejuk dan selesa apabila dipakai
dalam cuaca panas.
Mudah bertahi lalat apabila tidak
dikeringkan dengan sempurna.
Mempunyai permukaan yang
berkilat.
Daya serapan yang tinggi
Lembut dan selesa dipakia
Mudah terbakar
Tidak tahan pada cahaya matahari
Digunakan secara komersial dalam
menghasilkan pakaian.
Teguh ketika kering, kukuh semasa
basah.
Penyerap lembapan yang baik.
Amat sensitif dengan suhu tinggi.
Merupakan pengalir haba yang
baik.
Tidak tahan pada cahaya matahari.
Mudah renyuk.
Mudah rosak oleh alkali atau asid.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 32 Drp / Of
Poliester 61
GENTIAN BUATAN Gorgette Gentian yang kukuh walaupun
Brocade basah.
Gentian yang berat adalah kenyal
dan tidak mudah renyuk.
Menyerap sedikit lembapan
Mudah mengalami elektrostatik.
penebat haba dan ini
menyebabkan gentian ini panas
apabila dipakai.
Tahan dengan dedahan cahaya
matahari
Diperbuat daripada sutera atau
poliester
Lebih murah berbanding chiffon
sutera
Penjagaan yang mudah
Sesuai dijadikan selendang
Sedikit berat berbanding chiffon
Brocade bermaksud fabrik yang
disulam
Fabrik yang penuh dengan
dekorasi dan menggunakan
bahan sutera yang berwarna-
warni seperti benang emas,
perak
Jenis fabrik yang mempunyai
kelas dan haga yang variasi
mengikut kerumitan rekaan
brokat itu sendiri
Sesuai dijadikan pakaian
Cheongsam dan juga pakaian
pengantin
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 33 Drp / Of
5. LANGKAH KESELAMATAN 61
i. Sebelum memulakan kerja, murid perlulah membersihkan tangan, tempat
kerja dan peralatan menjahit supaya dapat menghasilkan kerja yang
kemas dan teratur.
ii. Pastikan suis mesin jahit dan seterika ditutup selepas menggunakannya.
iii. Sentiasa mengutamakan keselamatan terutama semasa menggunakan
alatan menjahita yang tajam seperti gunting, jarum dan peretas.
iv. Laporkan pada guru dengan segera apabila berlaku kemalangan di
bengkel jahitan.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 34 Drp / Of
61
Mengambil ukuran badan merupakan langkah pertama yang perlu diambil untuk
menghasilkan sehelai pakaian. Setelah mengambil ukuran badan pelanggan, pola didraf
mengikut lakaran kehendak pelanggan seterusnya menggunting fabrik mengikut pola
yang telah didraf.
6. ALATAN MENGUKUR
Pita Ukur
Buku Pembaris
Catatan Lengkung
ALATAN
MENGUKUR
Pen/ Pensel
Pembaris
Sesiku
Pembaris
Lurus
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 35 Drp / Of
61
Keterangan dan fungsi alatan mengukur adalah seperti berikut:
BIL NAMA ALATAN FUNGSI
1. Pita Ukur Panjang pita ukur 150cm
Diperbuat daripada plastik lembut yang tidak
2. Pembaris Sesiku L
memeri atau mengecut
3. Pembaris Lengkung Di hujung dan pangkalnya berlubang dan
4. Pembaris Lurus mempunyai logam
Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
5. Pen atau pensel Digunakan untuk mengukur bahagian badan
6. Buku Catatan / Borang Mempunyai sudut 90˚
Diperbuat daripada kayu atau plastik
Ukuran Badan Pelanggan Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
Digunakan untuk mendapatkan sudut yang
tepat 90˚ pada pola
Panjangnya 60cm
Diperbuat daripada kayu atau plastik
Membantu membentuk pola seperti pinggang,
rusuk dan kelim seluar semasa mendraf pola
Digunakan untuk membuat garisan tegak
yang panjang
Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
Diperbuat daripada kayu atau plastik
Mencatat ukuran pelanggan yang telah diukur
Untuk merekod ukuran badan pelanggan
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 36 Drp / Of
7. MENGAMBIL UKURAN BADAN 61
Memakai pakaian yang Tidak mengikat pita Ikatkan pita atau tali di
ringkas atau nipis ukur terlalu ketat keliling pinggang untuk
untuk mengelakkan
menanda garisan
ukuran tidak tepat
pinggang
i. PERATURAN MENGAMBIL UKURAN BADAN
Ukuran badan perlu diambil oleh orang lain
Berdiri tegak semasa mengambil ukuran
badan
Ukuran jangan terlalu ketat atau longgar
Masukkan 2 jari ke dalam setiap ukuran
Pakai kasut yang sesuai
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 37 Drp / Of
61
ii. PERKARA YANG SERING BERLAKU SEMASA PROSES MENGUKUR
MASALAH CARA MENGATASI
1. Pelanggan memakai pakaian Pastikan pelanggan memakai pakaian
yang tebal dan besar. yang nipis dan sesuai.
2. Ukuran pada pita ukur tidak Gunakan pita ukur yang baik dan tidak
jelas atau terang. rosak.
3. Pelanggan bergerak atau Pelanggan perlu berdiri tegak semasa
tunduk semasa ukuran labuh proses mengambil ukuran badan
baju atau labuh lengan dijalankan.
dilakukan.
4. Terlupa mencatat ukuran yang Pastikan ukuran badan dicatat dengan
telah diambil. betul.
iii. LANGKAH MENGAMBIL UKURAN BADAN
i. Bahu
Ukur dari sendi bahu kanan ke sendi bahu kiri
melalui tengkuk
ii. Keliling leher
Ukur kelilling pangkal leher
Masukkan satu jari untuk kelonggaran
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 38 Drp / Of
61
iii. Keliling dada
Ukur keliling dada dengan melalukan pita
ukur di bahagian mercu dada
Masukkan dua jari untuk kelonggaran.
Pastikan kedudukan pita ukur di bahagian
belakang selari dengan lantai.
iv. Keliling pinggang
Ukur keliling pinggang dengan melalukan
pita ukur di bahagian paling ramping.
Tidak perlu masukkan jari / tiada
kelonggaran
v. Keliling pinggul
Lilitkan pita ukur di pinggul pada bahagian
yang penuh
Masukkan 2 jari untuk tujuan kelonggaran.
vi. Labuh tengah
belakang
ukur dari pangkal tengkuk hingga ke paras
pinggang
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 39 Drp / Of
vii. Jarak pinggang ke pinggul 61
Ukur dari paras pinggang ke paras punggung
Biasanya antara 20 – 22 cm
viii. Labuh baju
Ukur dari tengkuk melalui garis tengah
belakang hingga ke paras labuh yang
dikehendaki
ix. Mercu ke mercu
Ukur dari bahagian dada yang paling tinggi
di sebelah kanan ke bahagian dada yang
paling tinggi di sebelah kiri
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 40 Drp / Of
x. Bahu ke mercu 61
Ukur dari pangkal bahu ke bahagian dada
yang paling tinggi
xi. Labuh lengan
Ukur dari sendi lengan dengan bahu ke
pergelangan tangan dan ukur mengikut
labuh / panjang yang dikehendaki
xii. Keliling hujung
lengan
Ukur keliling pergelangan tangan
xiii. Labuh skirt / slek
Ukur dari pinggang hingga ke paras labuh
yang dikehendaki
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 41 Drp / Of
iv. BORANG UKURAN BADAN PELANGGAN 61
BORANG TEMPAHAN PELANGGAN
Nama Pelanggan: __________________________ No. Resit: ________
No. Tel.: _________________________________ Tarikh: __________
UKURAN LAKARAN PAKAIAN
BIL BAHAGIAN UKURAN
(cm)
1 Leher
2 Bahu
3 Labuh Lengan
4 Keliling Hujung
Lengan
5 Keliling Pangkal
Lengan
6 Bahu ke mercu
7 Mercu ke mercu
8 Keliling dada
9 Keliling
pinggang
10 Keliling pinggul
11 Labuh tengah
belakang
12 Labuh baju
13 Labuh
sarong/skirt/slek
14 Bidang
hadapan
15 Bidang
belakang
16 Jarak pinggang
ke pinggul
17 Keliling hujung
kaki
18 Keliling lutut
19 Keliling peha
20 Kelengkang
21 Labuh duduk
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 42 Drp / Of
8. ALATAN MENDRAF 61
Kertas Perang
Notcher Pita Ukur
ALATAN
MENDRAF
Pembaris Pembaris
Sesiku Lurus
French Curves Pembaris
Lengkung
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 43 Drp / Of
61
Keterangan dan fungsi alatan mendraf adalah seperti berikut:
BIL NAMA ALATAN FUNGSI
1. Kertas perang
Digunakan untuk mendraf pola pakaian
Pita Ukur Panjang pita ukur 150cm
Diperbuat daripada plastik lembut yang tidak
2. Pembaris Sesiku L
memeri atau mengecut
3. Pembaris Lengkung Di hujung dan pangkalnya berlubang dan
4. Pembaris Lurus
mempunyai logam
5. Notcher Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
6. French Curves Digunakan untuk mengukur ukuran badan
Mempunyai sudut 90˚
Diperbuat daripada kayu atau plastik
Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
Digunakan untuk mendapatkan sudut yang tepat
90˚ pada pola
Panjangnya 60cm
Diperbuat daripada kayu atau plastik
Membantu membentuk pola seperti pinggang,
rusuk dan kelim seluar semasa mendraf pola
Digunakan untuk membuat garisan tegak yang
panjang
Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
Diperbuat daripada kayu atau plastik
Digunakan untuk memotong noch berbentuk ‘U’
untuk tanda imbangan di pola.
Digunakan untuk melukis garisan berbentuk yang
pendek seperti leher dan lubang lengan.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 44 Drp / Of
MENDRAF POLA PAKAIAN TRADISIONAL 61
i) Peraturan mendraf pola
Gunakan meja mendraf yang rata dan bersih.
Peralatan mendraf berada dalam keadaan baik dan bersih.
Tanda keterangan yang terdapat pada alat adalah jelas.
Gunakan ukuran yang telah dicatat.
Kertas mendraf bersih dan rata.
Pensel mendraf tajam dan mencukupi.
Draf pola dengan tenang.
Gunakan peralatan dengan teknik yang betul.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 45 Drp / Of
61
ii) Tanda-tanda pola
Nama Simbol Keterangan
Ira lurus
Tanda ini di letak mengikut ira lurus
selari dengan tepi fabrik.
Tanda lipatan Tanda ini hendaklah diletak pada
Tanda imbang lipatan fabrik.
Tanda ini memberi panduan
apabila mencantum kepingan fabrik
sebelum kepingan tersebut dijahit.
Garis pemadan Kepingan fabrik hendaklah dijahit pada
garis ini apabila kerja mencantum dilakukan.
Garis Gunting Fabrik hendaklah digunting pada garisan ini.
Basi kelim basi kelim Ruang di antara garis menggunting dan
Lisu pemadan garis pemadan yang berjarak 15mm hingga
20mm.
Kedudukan lisu pemadan
GTH G Garis Tengah
GTB T Hadapan
H
G Garis Tengah
T Belakang
B
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 46 Drp / Of
9. ALATAN MENANDA 61
Kertas
Karbon
Tukang Jahit
Pensel Roda Surih
tukang jahit
ALATAN
MENANDA
Jarum Peniti Kapur
Tukang Jahit
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 47 Drp / Of
11.MENGGUNTING FABRIK 61
Sebelum menggunting fabrik, kerja menyusun atur pola haruslah dirancang dengan
baik untuk menjimatkan fabrik dan masa.
i) Peraturan menyusun atur pola :
a) Ratakan pola yang berkedut.
b) Kenal pasti dan patuh pada arahan, maklumat dan label pola.
c) Bentangkan fabrik di atas permukaan meja yang rata.
d) Pola yang mempunyai tanda lipatan perlu diletak pada lipatan fabrik.
e) Pastikan tanda ira lurus pola tepat pada ira lurus fabrik.
f) Susun atur kepingan pola besar dahulu, diikuti dengan kepingan pola
kecil.
g) Pastikan permukaan pola yang berlabel berada di sebelah atas.
h) Susun pola sehala pada fabrik corak sehala
i) Padankan fabrik corak genggang atau fabrik jalur pada kelim
ii) Peralatan Menggunting
Gunting Fabrik Jarum Peniti Pemberat
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 48 Drp / Of
iii) Teknik Menggunting Fabrik 61
Semasa menggunting fabrik,
a) Pastikan fabrik berada di atas permukaan yang rata
b) Gunakan gunting fabrik yang tajam
c) Apabila menggunting fabrik, letakkan satu tangan di atas pola
d) Gunakan mata gunting sepenuhnya semasa menggunting bahagian lurus
e) Gunakan bahagian hujung mata gunting sahaja untuk menggunting
bahagian kecil dan melengkung.
f) Pastikan mata gunting yang runcing berada di atas meja semasa
menggunting fabrik.
g) Jangan angkat fabrik semasa menggunting fabrik.
h) Gunakan bahagian mata gunting yang runcing untuk menggunting tanda
imbang.
i) Pastikan jumlah kepingan fabrik yang digunting mencukupi.
j) Selepas menggunting, jangan tanggalkan pola untuk mengelakkan kesilapan
mencantum kepingan bahagian pakaian.