The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PVMA : Pembuatan Pakaian Wanita Tahap 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arina0109, 2020-05-04 21:10:38

PVMA : C02 PAKAIAN TRADISIONAL

PVMA : Pembuatan Pakaian Wanita Tahap 1

Keywords: PAKAIAN TRADISIONAL

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 49 Drp / Of
iv) Teknik Menanda Fabrik 61

Sebelum menanggalkan pola, tanda pola perlu dipindahkan ke sebelah
dalam (SD) fabrik dengan tepat dan jelas untuk memudahkan kerja semasa
menjahit pakaian.

Ada tiga cara memindahkan tanda pola ke SD fabrik
a) Roda surih dan kertas karbon tukang jahit

 tidak sesuai untuk fabrik halus dan jarang.
 Pilih warna kertas karbon yang sepadan dengan warna fabrik.
 Letakkan sekeping kadbod di bawah fabrik semasa menanda untuk

mengelakkan kerosakan pada permukaan meja.
 Letakkan permukaan berkarbon pada sebelah dalam fabrik.
 Gunakan pembaris sebagai panduan apabila memindahkan tanda

garis lurus.

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 50 Drp / Of
b) Kapur Tukang Jahit 61

 teknik menanda yang cepat
 Pilih warna kapur tukang jahit yang sesuai dengan warna fabrik.
 Pastikan bahagian tepi kapur tajam supaya tanda pola

dipindahkan dengan tepat dan jelas.

c) Jelujur tanda dan jelujur

Jahit jelujur Jelujur tanda Contoh

 sesuai untuk fabrik jarang, halus, lembut dan gebu.
 menggunakan dua lembar benang.
 mengambil masa yang lama.

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 51 Drp / Of
12.MENJAHIT PAKAIAN 61

Setelah tanda-tanda pola dipindahkan ke SD fabrik, langkah seterusnya ialah
menjahit pakaian.

a. Proses menjahit pakaian boleh dikategorikan kepada:
1. Penghilangan gelembung

Contoh
Penghilangan
Gelembung

Lisu Pemadan Kedut Lisu Smoking

2. Kelim

Contoh
Kelim

Kelim Belah Kelim Betawi Kelim Lipat Tindih Kelim Papan
Kangkung Mesin

3. Belah

Contoh
Belah

Belah Kelepet Belah Berzip Belah Lapik Belah Slit Belah Berkun
Sama Lebar Kain Selari Berlapik

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 52 Drp / Of
61

4. Kocek

Contoh
Kocek

Kocek Tampal Kocek Kocek Berkun Kocek Sisi
Tersembunyi

5. Penyudah tepi

Contoh
Penyudah

Tepi

Kelepet Kun Lapik Kesing Penjuru Penyudah
Renda

Kelepet Kelepet
Lurus Melengkung

6. Kancing

Contoh
Kancing

Butang & Lubang Butang Katup Cangkuk & Mata Cangkuk & Palang
Butang

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 53 Drp / Of
b. Proses menjahit pakaian tradisional 61

Proses menjahit kurung tradisional
i. Mengumpul bahagian fabrik yang telah digunting
 Pastikan kepingan fabrik bagi membuat sepasang kurung
tradisional mencukupi. Lihat tanda yang telah dilakukan supaya
terang dan jelas kerana ia adalah panduan bagi menjahit
sepasang kurung tradisional.

ii. Proses menyiapkan pakaian kurung tradisional
a. Kemaskan tepi kepingan fabrik yang telah dipotong.
b. Gunakan kelim papan tangan untuk menjahit kelim pada baju.

Gambarajah 6: Kelim Papan Tangan

c. Bahagian baju
 Jahit bahagian leher.
 Cantum bahagian pesak dengan kekek.
 Jahit kocek.
 Cantumkan pesak dengan lengan.
 Jahit lengan.
 Sambungkan pesak dan lengan ke bahagian badan.
 Jahit sembat halus.
 Kemaskan bahagian leher dengan tulang belut.
 Menekan dengan sempurna.

d. Bahagian sarung
 Cantumkan bahagian sisi kain sarung.

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 54 Drp / Of
61

 Menyediakan lisu bersusun.
 Jahit ikatan pinggang.
 Kemaskan kelepet bahagian bawah kain.
 Jahit kancing.
Menekan pakaian dengan sempurna.

Proses menjahit cheongsam

a. Kumpul bahagian-bahagian fabrik yang telah digunting
 Pastikan kepingan fabrik yang dipotong mencukupi.
 Pastikan tanda basi jahitan jelas supaya memudahkan kerja
menjahit cheongsam.

b. Jahit kemas tepi
 Kepingan fabrik yang telah dipotong perlu dijahit kemas tepi
supaya mengelakkan bahagian tepi fabrik daripada berjerumbai.

c. Kelim
 Proses untuk menyambung dua atau lebih kepingan fabrik
 Pemilihan kelim yang sesuai untuk menjahit pakaian bergantung
kepada jenis fabrik tujuan kelim digunakan.
 Kelim belah kangkung

a. Merupakan kelim yang mudah dan boleh digunakan pada
berbagai jenis pakaian.

b. Kelim rata dan mata jahitannya tidak kelihatan disebelah luar.
c. Sesuai untuk fabrik sederhana tebal dan tebal.
d. Dikemaskan dengan jahitan kemas tepi, insang pari atau jahit

mesin.
e. Kualiti kelim belah kangkung yang elok mempunyai ciri seperti

 Jahitannya kukuh dan kemas
 Lebar kelim sama rata dan sama lebar.
 Ditekan rata dari SL dan SD

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 55 Drp / Of
61

d. Kancing
 Kancing yang sesuai dipasang pada kebaya ialah butang katup,
cangkuk dan mata (hook and eye) serta cangkuk dan lubang
cangkuk (hook and loop).

 Kancing yang sesuai untuk sarong ialah zip , cangkuk dan palang.
 Perkara-perkara berikut penting diberi perhatian dalam proses menjahit

butang dan lubang butang.
a. Butang dijahit pada dua lapisan fabrik - mengelakkan fabrik daripada

mudah terkoyak.
b. Bilangan butang mencukupi – supaya belah boleh ditutup dengan

sempurna dan tidak ternganga.
c. Kedudukan butang dijahit betul-betul bertentangan diantara satu

sama lain – supaya tidak berkedut.
d. Dijahit kukuh supaya tidak mudah tercabut.
e. Butang dijahit tepat pada kedudukan.
f. Kedudukan lubang butang ditentukan dahulu dan dijahit sebelum

butang dijahit kerana kedudukan butang boleh diubahsuai mengikut
kedudukan lubang butang.
g. Lubang butang boleh dijahit menegak atau melintang mengikut
kesesuaian fesyen dan fabrik yang digunakan.

Proses menjahit baju tradisional India Choli Sari

i. Mengumpul bahagian fabrik yang telah digunting,

 Pastikan kepingan fabrik bagi membuat sehelai coli mencukupi. Lihat
tanda yang telah dilakukan supaya terang dan jelas kerana ia adalah
panduan bagi menjahit sehelai coli

ii. Proses menyiapkan coli

a. Kemaskan tepi kepingan fabrik yang telah dipotong kecuali basi
tepi garis leher dan tepi cantuman bahu mendatang.

b. Jahit lisu pemadan di garis pinggang badan hadapan dan badan
belakang.

c. Sediakan kedut lepas di garis tengah badan hadapan.
d. Sediakan lisu hias pada bahu mendatang, pola bib pinggang dan

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 56 Drp / Of
61

pola lengan tengah.

e. Semat dan cantum bahu mendatang pada badan hadapan dan
badan belakang dengan menggunakan lapik yang disediakan.

f. Cantumkan garis tengah hadapan

g. Jahit bib pinggang pada badan hadapan
h. Jahit kelim rusuk coli
i. Sediakan alas belahan
j. Semat dan jahit alas belah di garis tengah belakang bahagian kiri

coli
k. Sediakan lengan dengan mencantumkan kepingan lisu hias

dibahagian tengah lengan. Jahit kelim lengan.

l. Cantum dan jahit lengan di garis keruk lengan.
m. Kemaskan kelepet coli badan belakang dengan lapik yang

disediakan.
n. Jahit kancing dibelahan badan belakang.
o. Kemaskan hujung lengan dengan jahit tangan.
p. Jahit butang hiasan digaris tengah hadapan.

q. Tekan dengan seterika seluruh bahagian coli supaya rata dn
kemas.

Proses menjahit baju tradisional Etnik Kadazan
a. Kemaskan tepi kepingan fabrik yang telah dipotong kecuali basi tepi
garis leher.
b. Menjahit lisu pemadan dan garis puteri pada bahagian hadapan dan
belakang.
c. Menjahit lapik di garis leher
d. Mencantum kepingan fabrik hadapan dan belakang
e. Menjahit zip pada bahagian belakang baju
f. Mencantum bahagian bahu baju kiri dan kanan
g. Mencantum bahagian sisi baju kiri dan kanan
h. Mencantum lengan kepada bahagian keruk lengan.
i. Menjahit ikatan pinggang ke garis pinggang skirt.
j. Menjahit pengancingan pada bahagian hujung ikatan pinggang.
k. Menekan untuk meratakan fabrik yang renyuk dan untuk kemasan
terakhir.

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 57 Drp / Of
iv) Peralatan Menjahit 61

Mesin jahit industri (kiri) Mesin jahit tepi (kanan)

Mesin jahit lubang butang Sekoci dan gelendung

Jarum jahit mesin Jarum jahit tangan

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 58 Drp / Of
61

Penetas jahitan Kapur tukang jahit

Snipper Tweezer
Jarum peniti Pita ukur

Benang Gunting fabrik

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 59 Drp / Of
61

v) Persediaan menjahit
a) Mesin jahit berada dalam keadaan baik
b) Pelarasan mata jahitan yang bersesuaian dengan jenis fabrik
c) Pemilihan warna benang yang sesuai dengan fabrik

vi) Kemasan tepi
Sebelum menjahit, semua kepingan fabrik yang telah di gunting
hendaklah dikemaskan dengan jahitan kemasan tepi supaya
tidak berjerumbai.

vii) Teknik Menekan
Proses menekan adalah satu langkah kerja yang penting apabila
menjahit pakaian supaya dapat hasil kerja yang elok, kemas dan
profesional. Menekan sambil menjahit akan memudahkan kerja menjahit
dan memberi bentuk yang elok pada pakaian.

a) Peralatan Menekan

Seterika wap Seterika Elektrik

Bod Menekan Bod Lengan

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 60 Drp / Of
61

b) Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menekan:
 Periksa bahawa seterika dan bod menekan bersih
 Tanggalkan semua jarum peniti dan benang jelujur
 Uji kepanasan seterika sebelum menekan
 Seberapa yang boleh, tekan dari SD fabrik supaya kesan seterika tidak
kelihatan dari SL
 Tekan fabrik dengan teknik yang betul, iaitu tekan seterika di atas fabrik
beberapa saat, kemudian angkat semula seterika itu dan tekan
bahagian yang lain.

13. ACU PAKAIAN TRADISIONAL

13.1 Mengacu pakaian pada badan adalah untuk mendapatkan padanan yang tepat:
a) Memakai pakaian dasar yang mengikut bentuk tubuh (untuk kepatan)
b) Menjalankan proses mengaku pakaian ibu mengandung pada badan dengan
teliti
c) Semasa proses mengacu, pastikan:
 Benang pakan berada pada sudut tepat GTH dan GTB
 Kedudukan terletak dengan elok pada badan

SOALAN / QUESTIONS:

1. Nyatakan tiga (2) jenis pakaian tradisional.
a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________

2. Berikan dua (2) ciri pakaian baju kurung.
a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________

3. Apakah fabrik yang sesuai untuk menjahit pakaian cheongsam?
_____________________________________________________________________

4. Nyatakan satu (1) langkah keselamatan yang perlu diamalkan semasa berada di
bengkel jahitan.
____________________________________________________________________

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 61 Drp / Of
RUJUKAN / REFERENCES: 61

1. Zaitun Zakiah binti Mohd Noor, Norzaini binti Abdul Ghani & Nawawi bin Mohd Jan.
(2012). Membuat Pakaian Tingkatan 4 & 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka

2. Mariam Abu Bakar. (2008). Panduan Membuat Pakaian. Selangor : Karya Bestari
Sdn. Bhd.

3. Helen Joseph-Armstrong. (2000).Third Edition: Patternmaking for Fashion Design.
Prentice Hall.

4. Lamah binti Abdul Ghani & Azmawati binti Abdul Aziz. (2009). Pola Pakaian
Tingkatan 4 & 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Wong Siew Fong, Fatimah Jailani & Vickneswary S. (2002). Ekonomi Rumah
Tangga Tingkatan 4. Zeti Enterprise.

6. Wong Siew Fong, Fatimah Jailani & Vickneswary S. (2002). Ekonomi Rumah
Tangga Tingkatan 5. Zeti Enterprise



BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
62604 PUTRAJAYA

KERTAS TUGASAN

(ASSIGNMENT SHEET)

KOD DAN NAMA TA-011-1:2012 PEMBUATAN PAKAIAN WANITA
PROGRAM / L1
PROGRAM’S CODE & TA-011-1:2012-C02 TRADITIONAL WEAR MAKING
NAME

TAHAP / LEVEL

NO. DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /

COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY CASUAL WEAR MAKING REQUIREMENTS AND
AKTIVITI KERJA / SPECIFICATIONS
WORK ACTIVITIES NO.
AND STATEMENT 2. CARRY OUT BODY MEASUREMENT ACTIVITIES FOR
CASUAL WEAR MAKING

3. CARRY OUT DRAFTING ACTIVITIES FOR CASUAL WEAR
MAKING

4. CARRY OUT FABRIC CUTTING ACTIVITIES FOR CASUAL
WEAR MAKING

5. CARRY OUT SEWING ACTIVITIES FOR
6. CASUAL WEAR MAKING
7. CARRY OUT FITTING ACTIVITIES FOR CASUAL WEAR

MAKING

NO. KOD /CODE NO. TA-011-1/2012-C02/T(1/1) MukaSurat / Page :1 Drp / Of 18
TAJUK/ TITLE :
PAKAIAN TRADISIONAL

TUJUAN/PURPOSE:

Kertas tugasan ini adalah bertujuan untuk menguji pengetahuan pelatih mengenai Pakaian
Tradisional Melayu, Pakaian Tradisional Cina , Pakaian Tradisional India dan Tradisional
Etnik.

NO. KOD /CODE NO. TA-011-1:2012-C02/T(1/1) MukaSurat / Page :2 Drp / Of 18

ARAHAN :
Jawab semua soalan di bawah merujuk Kertas Penerangan TA-011-1:2012 -
C01/P(1/1)

SOALAN :

Arahan : Bagi soalan 1-5 terdapat 4 pilihan jawapan . Sila pilih dan bulatkan
jawapan yang tepat.

A. PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU BAJU KURUNG

1. Berikut adalah bahagian yang perlu diukur semasa mengambil ukuran baju kurung
tradisional KECUALI

A. Cawat
B. Labuh Baju
C. Lebar Bahu
D. Keliling Dada

(1 markah)

2. Apakah alat yang digunakan untuk membentuk bahagian lubang leher ?

A. Pembaris pembentuk (1 markah)
B. Blok garis leher
C. ”French Curve”
D. ”Set Square”

3. Panjang belahan leher bahagian hadapan baju kurung ialah

A. 7cm (1markah)
B. 9cm
C. 11cm
D. 15cm

4. Teknik jahitan yang sesuai untuk cangkuk dan palang ialah jahitan

A. Sembat
B. Mata lalat
C. Insang pari
D. Silang pangkah

(1 markah)

5. Apakah alat kancing leher yang boleh digunakan bagi menggantikan butang dan
rumah butang bersirat

A. Cangkuk dan palang (1 markah)
B. Cangkuk dan mata
C. Pita velcro
D. Zip

NO. KOD /CODE NO. TA-011-1:2012-C02/T(1/1) MukaSurat / Page :3 Drp / Of 18

Arahan : Bagi soalan 6 - 10, sila tandakan (√ ) atau (× ) berdasarkan kenyataan
yang diberi.

6. Ukuran bagi membuat lubang leher hendaklah dibahagi dengan empat (4).

7. Lipatan bahagian bawah baju dan hujung lengan juga boleh digantikan dengan
jahitan sulaman.

8. Jahitan insang pari digunakan pada bahagian bawah baju dan hujung lengan.

9. Bahagian labuh lengan hendaklah diukur dari pangkal lengan hingga ke siku.

10. Penyudah tepi pada leher baju kurung hanya sesuai dengan jahitan tulang belut
sahaja.

( 5 markah)

Arahan : Bagi soalan 16 - 20, sila padankan pernyataan dengan teknik jahitan
yang sesuai menggunakan tunjuk arah

11. Cangkuk dan Kelim belah
palang kangkung

12. Lubang Sembat
leher halus

13. Cantuman Kelim papan
badan tangan

14. Cantuman Tulang
sarong belut

15. Kelepet Insang
bawah baju pari

(5 markah)

NO. KOD /CODE NO. TA-011-1:2012-C02/T(1/1) MukaSurat / Page :4 Drp / Of 18

Soalan jawapan pendek

1. Berapa meter kain yang diperlukan untuk membuat sehelai cheongsam?
..................................................................................................................
(2 markah)

2. Dimanakah pengeras tebal bergam dipasang pada cheongsam?
................................................................................................................
(2 markah)

3. Apakah yang perlu diukur sebelum mengukur labuh lengan?
................................................................................................................
(6 markah)

4. Nyatakan tiga peralatan yang penting bagi mendraf pola
................................................................................................................
(6 markah)

5. Nyatakan garisan yang penting untuk mendraf pola.
..................................................................................................................
(8 markah)

6. Berapakah bahagian kepingan pola cheongsam?
...................................................................................................................
(6 markah)

7. Nyatakan ciri-ciri kolar baju cheongsam.
.......................................................................................................................

(4 markah)

NO. KOD /CODE NO. TA-011-1:2012-C02/T(1/1) MukaSurat / Page :5 Drp / Of 18

B. PAKAIAN TRADISIONAL CINA (CHEONGSAM)

Soalan aneka pilihan (8 markah)
1. Kolar pada cheongsam disebut
a. Kolar Cina
b. Kolar Mandarin
c. Kolar cekak musang
d. Kolar tinggi

(2 markah)

2. Fabrik selepas di gunting hendaklah dipastikan
a. Disimpan dengan baik
b. Kepingan fabrik mencukupi
c. Tiada kerosakan pada fabrik
d. Dijahit pengemas tepi

(2 markah)

3. Fabrik yang telah dipotong hendaklah dijahit
a. Lisu pemadam
b. Pengemas tepi
c. Cantum bahu
d. Cantum bahagian rusuk

(2 markah)

4. Belahan berlapik pada cheongsam digunakan pada bahagian…
a. Belahan dari leher kerusuk kiri
b. Belahan bahagian bawah
c. Belahan pada tempat pemasangan zip
d. Belahan dari leher kerusuk kanan

(2 markah)

NO. KOD /CODE NO. TA-011-1:2012-C02/T(1/1) MukaSurat / Page :6 Drp / Of 18

Soalan isi tempat kosong (14 markah)

1. Terdapar tiga (3) ciri-ciri cheongsam iaitu
_____________,_______________ dan _________________.

2. Baju cheongsam berasal dari negeri _________________ (6 markah)
(2 markah)

3. Belahan baju cheongsam dibuat atas paras ____________ untuk
memudahkah sipemakai melangkah.

(2 markah)

4. Sebelum memotong fabrik pastikan tiada ____________________ pada
fabrik.

(2 markah)

5. Butang Cina di pasang pada bahagian cantuman ______________ dan
___________ kerusuk.
(2 markah)

NO. KOD /CODE NO. TA-011-1:2012-C02/T(1/1) MukaSurat / Page :7 Drp / Of 18

C. PAKAIAN TRADISIONAL INDIA CHOLI SARI

1.Berikut adalah peralatan yang sering di gunakan untuk melakar kecuali :

A. Kapur tukang jahit

B. Pensil warna/watercolour

C. Crouiqis

D. Pensil (2 markah)

2. Antara yang berikut, yang manakah pakaian tradisional india? (2 markah)
A. Choengsam
B. Baju kurung
C. Punjabi
D. Kimono

3.Berikut adalah ciri-ciri baju coli pada pakaian tradisional india, kecuali?

A. Singkat paras pinggang

B. sendat

C. longgar

D. Labuh lengan paras siku (2 Markah)

4.Apakah padanan pakaian yang sesuai digayakan dengan coli? (2 markah)

A. dress
B. sari
C. blause
D. slack

NO. KOD /CODE NO. TA-011-1:2012-C02/T(1/1) MukaSurat / Page :8 Drp / Of 18

Soalan Subjektif

1.Dua jenis pakaian tradisional india

a) _____________________________________________________________
b) _____________________________________________________________

(2 markah)

2.Senaraikan 5 ciri-ciri coli:

a) ____________________________________________________________
b) ____________________________________________________________
c)_____________________________________________________________
d)_____________________________________________________________
e)_____________________________________________________________

(5 markah)

3.Berikan 3 ciri-ciri Punjabi:

a) _____________________________________________________________
b) _____________________________________________________________
c)_____________________________________________________________

(3 markah)

4.Berikan tiga jenis bentuk badan:

a) _____________________________________________________________
b) _____________________________________________________________
c) _____________________________________________________________

(3 markah)

5.Apakah bahan yang sesuai untuk mendraf pola pakaian tradisional india:

_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

(2markah)

NO. KOD /CODE NO. TA-011-1:2012-C02/T(1/1) MukaSurat / Page :9 Drp / Of 18

Bahagian isi tempat kosong

1. Baju Punjabi adalah pakaian tradisional bagi kaum ________________
(1 markah)

2. Baju Punjabi dan coli boleh dihias dengan menggunakan_____________
dan ________________
( 2 markah)

3. fabrik yang sesuai untuk membuat coli dan baju punjabi ialah __________
dan ________________
( 2 markah)

Soalan Tugasan
1.Lukis fesyen coli sari pandangan hadapan dan belakang

PANDANGAN HADAPAN PANDANGAN BELAKANG
( 10 markah)

NO. KOD /CODE NO. TA-011-1:2012-C02/T(1/1) MukaSurat / Page :10 Drp / Of 18

TAJUK/ TITLE :
D. PAKAIAN TRADISIONAL ETNIK

Objektif:
Pilih jawapan yang betul.

1. Berikut adalah peralatan yang sering di gunakan untuk melakar kecuali :
A. Kapur tukang jahit
B. Pensil warna/kurecolour
C. Crouiqis
D. Pensil
(2 markah)

2. Antara yang berikut, yang manakah tidak berkaitandengan pakaian tradisional
etnik?

A. Tenunam bercorak (2 markah)
B. Baju kurung (2 Markah)
C. Sirat
D. Tali pinggang

3. Berikut adalah ciri-ciri baju etnik kecuali?
A. Singkat paras pinggang
B. Fabrik berbulu
C. Tiada hiasan tenunan
D. Labuh lengan paras siku

4. Apakah padanan aksesori yang sesuai digayakan dengan baju etnik

A. Tali pinggang
B. Gancu
C. Perak dan manik
D. Gelang tangan

NO. KOD /CODE NO. TA-011-1:2012-C02/T(1/1) MukaSurat / Page :11 Drp / Of 18
(2markah)

5. Berikut adalah ciri-ciri baju etnik wanita ?

i. longgar
ii. Bersulam
iii. Paras lutut
iv. Jalinan manic dan labuci
v. Paras pinggang

A. I & II (2 markah)
B. I,II &III
C. I,II,III&IV
D. Semua di atas

Soalan Subjektif
Jawab semua soalan.
B.1
1. Dua jenis pakaian tradisional etnik

a) _____________________________________________________________
b) _____________________________________________________________

(2 markah)

2. Senaraikan 5 ciri-ciri baju etnik:

a) ____________________________________________________________
b) ____________________________________________________________
c)_____________________________________________________________
d_____________________________________________________________
e)_____________________________________________________________

(5 markah)

NO. KOD /CODE NO. TA-011-1:2012-C02/T(1/1) MukaSurat / Page :12 Drp / Of 18

3. Berikan 3 ciri-ciri baju etnik.

a) _____________________________________________________________
b) _____________________________________________________________
c_____________________________________________________________

(3 markah)
4. Berikan tiga jenis bentuk badan:

a) _____________________________________________________________
b) _____________________________________________________________
c) _____________________________________________________________

(3 markah)

5. Apakah bahan yang sesuai untuk mendraf pola pakaian tradisional etnik:

_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

(2markah)

NO. KOD /CODE NO. TA-011-1:2012-C02/T(1/1) MukaSurat / Page :13 Drp / Of 18

Soalan Tugasan
1. Lukis 2 fesyen baju Tradisional Etnik

(10 markah)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
62604 PUTRAJAYA

KERTAS KERJA

(WORK SHEET)

KOD DAN NAMA

PROGRAM / TA-011-1:2012 PEMBUATAN PAKAIAN WANITA

PROGRAM CODE & NAME

TAHAP / LEVEL L1
TA-011-1:2012-C02 TRADITIONAL WEAR MAKING
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY TRADITIONAL WEAR MAKING
AKTIVITI KERJA / REQUIREMENTS AND SPECIFICATIONS
WORK ACTIVITIES NO.
AND STATEMENT 2. CARRY OUT BODY MEASUREMENT ACTIVITIES FOR
TRADITIONAL WEAR MAKING

3. CARRY OUT DRAFTING ACTIVITIES FOR
TRADITIONAL WEAR MAKING

4. CARRY OUT FABRIC CUTTING ACTIVITIES FOR
TRADITIONAL WEAR MAKING

5. CARRY OUT SEWING ACTIVITIES FOR
TRADITIONAL WEAR MAKING

6. CARRY OUT FITTING ACTIVITIES FOR TRADITIONAL
WEAR MAKING

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C02/K(1/4) Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 22

TAJUK/TITLE :
JAHIT BAJU TRADISIONAL MELAYU – BAJU KURUNG

TUJUAN PEMBELAJARAN/INSTRUCTIONAL AIMS :
Murid mesti boleh:

1. Melakar sehelai baju tradisional Melayu Baju Kurung
2. Mengukur dan mencatat ukuran baju tradisional Melayu Baju

Kurung

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C02/K(1/4) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
22

3. Mendraf pola baju tradisional Melayu Baju Kurung
4. Menggunting baju tradisional Melayu Baju Kurung
5. Menjahit baju tradisional Melayu Baju Kurung
6. Acu badan baju tradisional Melayu Baju Kurung
7. Membuat kemasan terakhir baju tradisional Melayu Baju Kurung

ARAHAN/ INSTRUCTION :
Pelatih dikehendaki membuat sepasang baju tradisional Melayu Baju Kurung dengan
menggunakan peralatan yang bersesuaian dan bahan disediakan supaya dapat
menghasilkan baju tradisional Melayu Baju Kurung yang sempurna dan selesa
dipakai. Langkah kerja adalah seperti berikut :

 Melakar fesyen
 Mengambil ukuran
 Mendraf pola
 Menggunting fabrik
 Menjahit pakaian
 Mengacu pakaian
 Kemasan akhir

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C02/K(1/4) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of
LAKARAN PAKAIAN TRADISIONAL : 22

PANDANGAN HADAPAN PANDANGAN BELAKANG

Rajah 1 : Sepasang Tradisional Melayu

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C02/K(1/4) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of
22

PERALATAN, PERKAKASAN DAN BAHAN / TOOLS, EQUIPMENT AND
MATERIAL

BIL BAHAN KUANTITI
UKURAN
1 Fabrik (115 cm)
2 Benang (Bahan:Calon)
3 Cangkuk Dan Palang
4 Zip 4 Meter 1:1
5 Getah kenyal - 2.5 cm lebar Buku 1:1
6 Lapik dalam keras – 2-5 lebar 1:1
7 Butang Bertangkai Sepasang 1:1
20 cm 1.1
1.5 mtr 1.1
1.5 mtr 1.1
1 biji

BIL PERALATAN / PERKAKASAN UKURAN KUANTITI
(Bahan:Calon)
1 Mesin Jahit Lurus -
2 Mesin Jahit Tepi - 1:1
1:10

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C02/K(1/4) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of
22

LANGKAH KERJA / BUTIRAN KERJA / DETAILS
STEPS

1. Sedia bahan dan SIKAP, KESELAMATAN DAN PERSEKITARAN/
peralatan. ATTITUDE/ SAFETY/ENVIRONMENTAL

2. Lakar fesyen  Pastikan aspek kebersihan dan ketelitian diamalkan
semasa mendraf pola.

 Berhati-hati semasa menggunakan gunting dan
mengendalikan mesin jahit.

 Mengamalkan amalan 5S dan mematuhi prosedur
keselamatan.

1.1 Ambil peralatan dan bahan yang sesuai bagi kerja-kerja
berikut :
 Lakar fesyen
 Ukur badan
 Draf pola pakaian
 Gunting fabrik
 Jahit pakaian
 Acu badan
 Kemasan akhir

2.1 Buat lakaran sepasang baju tradisional Melayu Baju
Kurung mengikut ciri-ciri di dalam Rajah 1.

3. Ambil ukuran badan 3.1 Ambil ukuran model
pelanggan 3.2 Pastikan model berada pada kedudukan yang betul.
3.3 Tidak memakai pakaian tebal.
3.4 Ikat pinggang model.
3.5 Duduk dalam keadaan tegak jika perlu.

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C02/K(1/4) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of
22

LANGKAH KERJA / BUTIRAN KERJA / DETAILS
STEPS

3.1. Ukur bahu dari sendi bahu kanan ke sendi bahu kiri
melalui tulang tengkuk seperti rajah 3.

Gambarajah 3 : Ukuran bahu

3.2 . Labuh lengan – bengkokkan tangan, ukur dari sendi
bahu melalui siku ke pergelangan tangan seperti
Gambarajah 4.

Gambarajah 4 : Ukuran labuh lengan
3.2. Keliling hujung lengan – lilit pita ukur pada

pergelangan tangan seperti Gambarajah 5.

Gambarajah 5 : Keliling hujung lengan

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C02/K(1/4) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of
22

LANGKAH KERJA / BUTIRAN KERJA / DETAILS
STEPS

3.3. Keliling pangkal lengan - Lilitkan pita ukur pada
keliling pangkal lengan seperti gambarajah 6

Gambarajah 6 : Keliling pangkal lengan

3.4. Keliling dada - lilitkan pita ukur di bahagian dada
dengan melalui bahagian mercu yang tinggi supaya
pita ukur dalam keadaan melintang seperti rajah 7.

Rajah 7 : Keliling dada

3.5. Keliling pinggang - Ukur keliling bahagian pinggang
yang paling kecil seperti gambarajah 8.

Gambarajah 8 : Keliling pinggang

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C02/K(1/4) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of
22

LANGKAH KERJA / BUTIRAN KERJA / DETAILS
STEPS

3.6. Labuh baju - Ukur dari tulang tengkuk melalui garis
tengah belakang hingga ke paras labuh yang
dikehendaki seperti gambarajah 9

Gambarajah 9 : Labuh baju
1.1 Keliling pangkal leher – lilit pita ukur dipangkal leher

dan dapatkan ukuran dengan tepat seperti gambarajah
10.

Gambarajah 10 : Keliling garis leher
1.2 Catat ukuran ke dalam borang tempahan pelanggan –

rujuk lampiran 1.

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C02/K(1/4) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of
22
LANGKAH KERJA /
STEPS BUTIRAN KERJA / DETAILS

4. Draf pola pakaian 4.1 Mendraf pola asas
sarong

Gambarajah 11 : Pola asas

 Membuat garisan lurus melintang dan menegak

(sudut 90 darjah)

 1–2 = garisan labuh baju

 1–3 = jarak bahu ke dada

 1–4 = labuh tengah belakang

 4–5 = jarak pinggang ke pinggul
 1–6 = garisan asas bahu

4.2 Pola bahagian hadapan dan belakang baju kurung
tradisional

 1 - 2 = Labuh baju.

 1 - 3 = Lebar bahu bahagi 2.

 3 - 5 = Labuh lengan.

 3 - 7 = ½ lebar bahu ditolak 1cm.
 5 – 6 = Sama dengan ukuran 3 – 7.
 7 – 8 = 5cm lebar pesak atas.
 4 – 11 = 10cm lebar pesak bawah.
 8 – 10 = 8cm lebar kekek.
 8 – 9 = 8cm lebar kekek.
 2 – 12 = Jarakkan 3cm - 4cm.
 12 –11= Buat lengkungan seperti rajah untuk garis

kelepet.

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C02/K(1/4) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of
22

LANGKAH KERJA / BUTIRAN KERJA / DETAILS
STEPS

 1 - 13 = 1cm.
 1 – 14 = 9cm.
 1 – 15 = 1/6 keliling leher ditolak 1.6cm dan

bentukkan.
 14 –16= 10cm panjang belah hadapan.

 13,15,14 = Sambungkan untuk membentuk garis

leher.

5. Susun atur pola Gambarajah 12 : Pola badan hadapan

5.1 Susunatur pola baju di atas fabrik mengikut Rajah
13 di bawah :

PETUNJUK :

A = Bahagian hadapan
B = Bahagian lengan 2
keping
C = Pesak 4 keping
D = kekek 2 keping
E = Lapik leher

Rajah 13 : Susun atur bahagian baju

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C02/K(1/4) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of
22

LANGKAH KERJA / BUTIRAN KERJA / DETAILS
STEPS

6. Gunting fabrik 6.1 Gunting fabrik mengikut tanda basi jahitan yang telah
ditanda dan mengunting mengikut yang diperlukan.

7. Jahit baju kurung 7.1 Tanda garis leher dan belah rujuk Rajah 14.
tradisional i. Letakkan lapik pada garis leher.
ii. Tandakan kedudukan belah pada garis tengah
hadapan dengan jelujur halus.

iii. Panjang belah adalah 12cm.

Rajah 14 : Menanda garis leher

7.2 Jahit lapik di garis leher – rujuk Rajah 15
i. Temukan sebelah luar lapik dengan sebelah luar
fabrik
ii. Padankan garis pemadan garis leher dan
samakan kedudukan belah.
iii. Semat peniti dan jahit jelujur.
iv. Mulakan jahitan pada garis tengah belakang
mengikut garis pemadan. Teruskan jahitan ke
pangkal belah dan jahit satu mata jahitan melintang.

v. Teruskan ke hujung belah hingga ke garis leher
tengah belakang.

vi. Jahit mesin sekali lagi pada bahagian pangkal
Belah anggaran 1.5cm.

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C02/K(1/4) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of
22

LANGKAH KERJA / BUTIRAN KERJA / DETAILS
STEPS

Rajah 15: Jahitan garis leher
7.3 Gunting belahan – Rajah 16

i. Trim basi garis leher hingga tinggal 3mm dan
snip.

ii. Gunting garis belah.
iii. Gunting serong pada penjuru hujung pangkal

belah.
iv. Snip pada keliling basi garis leher.

Rajah 16 : Teknik menggunting belahan
7.4 Penyudah tepi garis leher

i. Terbalikkan lapik ke sebelah dalam pakaian.
ii. Tekan dengan rata.
iii. Gunting lapik dengan kelebaran 1cm.
iv. Siapkan penyudah leher dengan jahitan

tulang belut.- rujuk Rajah 17
v. Kemaskan/tetapkan lapik leher dengan sembat

halus – rujuk Rajah 18.

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C02/K(1/4) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of
22

LANGKAH KERJA / BUTIRAN KERJA / DETAILS
STEPS

Rajah 17: Langkah-langkah menjahit tulang belut

Rajah 18: Sembat halus
7.5 Jahit butang – rujuk Rajah 19.

i. Mulakan jahit butang bertangkai dengan teknik
jahitan kia.

ii. Cucuk jarum melalui tangkai butang.
iii. Kemaskan dengan jahitan ulat-ulat pada sebelah dalam.

Rajah 19: Jahit butang

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C02/K(1/4) Muka Surat / Page : 14 Drp / Of
22

LANGKAH KERJA / BUTIRAN KERJA / DETAILS
STEPS

7.6 Jahit rumah butang – rujuk Rajah 20.
i. Gunakan dua lembar benang dan mulakan dengan jahitan
kia.
ii. Susupkan jarum dengan jarak 1cm dan jahit sebanyak tiga
kali dengan membentuk gelung.
iii. Kukuhkan dengan jahitan insang pari.

Rajah 20 : Jahit rumah butang bersirat

7.7 Mencantum kekek dengan pesak – rujuk Rajah 21
i. Temukan kekek sebelah dalam dengan pesak
sebelah luar bahagian belakang dan jahit mesin.
ii. Snip pada bahagian penjuru kekek.
iii. Jahit kelim papan tangan.

Rajah 21 : Teknik mencantum kekek dengan pesak

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C02/K(1/4) Muka Surat / Page : 15 Drp / Of
22

LANGKAH KERJA / BUTIRAN KERJA / DETAILS
STEPS

7.8 Mencantum kekek dengan pesak – rujuk Rajah 22.
i. Temukan kekek sebelah dalam dengan pesak sebelah
luar bahagian belakang dan jahit mesin.
ii. Snip pada bahagian penjuru kekek.
iii. Jahit kelim papan tangan.

Rajah 22 : Teknik mencantum kekek dengan pesak

7.9 Mencantum Pesak – rujuk Rajah 23
i. Temukan pesak sebelah hadapan dengan kekek yang
telah siap dan jahit mesin.
ii. Snip pada bahagian penjuru kekek.
iii. Jahit kelim papan tangan.

Rajah 23: Teknik mencantum pesak

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C02/K(1/4) Muka Surat / Page : 16 Drp / Of
22

LANGKAH KERJA / BUTIRAN KERJA / DETAILS
STEPS

7.10 Mencantum lengan dengan pesak – rujuk Rajah 24.
i. Temukan bahagian pangkal cantuman pesak
dengan kekek pada bahagian lengan sebelah
hadapan dan jahit mesin.
ii. Jahit kelim papan tangan.
iii. Cantumkan pula bahagian lengan sebelah
belakang dan jahit mesin.
iv. Jahit mesin bahagian tepi lengan hingga ke
penghujung lengan
v. Jahit kelim papan tangan.

Rajah 24 : Teknik dan cara mencantum dan menjahit lengan

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C02/K(1/4) Muka Surat / Page : 17 Drp / Of
22

LANGKAH KERJA / BUTIRAN KERJA / DETAILS
STEPS

7.11Jahit kocek tampal pada pesak – rujuk Rajah 25
i. Buat mulut kocek dan jahit tindih mesin pada
bahagian tengah cantuman pesak di sebelah kiri.
ii. Letakkan kantung kocek mengikut bentuk dan
saiz pesak.
iii. Jahit tindih mesin dari sebelah dalam kocek pada
bahagian sebelah atas dan bawah sahaja.

Rajah 25 : Teknik menampal kocek pada pesak

7.12 Mencantum pesak pada bahagian badan – rujuk Rajah 26
i. Tanda bahagian tengah bahu dan tengah lengan.
ii. Cantumkan dan jahit mesin bahagian lengan
dengan bahagian badan di sebelah dalam.
iii. Jahit kelim papan tangan.

Rajah 26: Cantum pesak pada bahagian badan

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C02/K(1/4) Muka Surat / Page : 18 Drp / Of
22

LANGKAH KERJA / BUTIRAN KERJA / DETAILS
STEPS

8. Jahit sarung 1.13 Jahit kelepet pada bahagian bawah baju dan hujung lengan.
i. Lipat dan tekan pada basi lipatan 3cm – 4cm.
ii. Semat peniti dan jahit jelujur.
iii. Tetapkan kelepet dengan jahitan sembat halus.
iv. Tekan dengan rata.

8.1 Susun dan jahit lipatan lisu bersusun – rujuk Rajah 27
i. Cantumkan sarung bahagian hadapan dengan
bahagian belakang mengunakan kelim belah
kangkung.
ii. Buka kelim dan tekan dengan rata.
iii. Buat lipatan lisu bersusun pada sarung hadapan.
iv. Tetapkan dengan jahitan jelujur serong tegak

Rajah 27: Teknik membuat lipatan lisu bersusun

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C02/K(1/4) Muka Surat / Page : 19 Drp / Of
22

LANGKAH KERJA / BUTIRAN KERJA / DETAILS
STEPS

8.2 Jahit ikatan pinggang – rujuk Rajah 28.
i. Temukan sebelah luar fabrik ikatan pinggang.
ii. Semat dengan peniti dan jahit kelim.
iii. Lipat dan tekan pada fabrik ikatan pinggang dan
tetapkan dengan jahit jelujur.

Rajah 28 : Cara mencantum

kasing

8.3 Cantum kasing pada fabrik – rujuk Rajah 29
i. Temukan sebelah luar fabrik ikatan pinggang
dengan sebelah luar fabrik sarung.
ii. Padankan garis pemadan dengan jahit mesin.

Rajah 29 : Cara melekatkan kasing pada fabrik

iii. Trim basi jahitan dan halakan fabrik ikatan rujuk
pinggang ke atas dan tekan dengan rata. rajah
30
iv. Lipat dan terbalikkan ke sebelah dalam.
v. Tetapkan dengan jahit mesin dan tinggalkan

3cm untuk bahagian yang tidak berjahit bagi

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C02/K(1/4) Muka Surat / Page : 20 Drp / Of
22

LANGKAH KERJA / memasukkan getah kenyal.
STEPS BUTIRAN KERJA / DETAILS

Rajah 30 : Cara menjahit kasing

8.4 Pasang getah kenyal
i. Masukkan getah kenyal ke dalam kasing dengan cara
menyusup dan menggunakan pin baju (safety pin).

ii. Temukan hujung getah kenyal dan jahit mesin dengan
kukuh.

iii. Jahit semula ruang yang terbuka.
iv. Seratakan kedut.

9. Tekan pakaian Rajah 31 : Kasing yang telah siap

8.5 Jahit kelepet berganda penyudah tepi
i. Lipat basi pada hujung sarong.
ii. Lebar siap kelepet 1.5cm dan jahit mesin.
iii. Tekan dengan kemas dan rata.

9.1 Menekan pakaian menggunakan seterika supaya pakaian
kelihatan rata dan kemas.

SOALAN/QUESTION :
1) Nyatakan kancing yang sesuai untuk baju kurung.
2) Apakah nama sarung yang sesuai dipakai bersama baju kurung tradisional?

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C02/K(1/4) Muka Surat / Page : 21 Drp / Of
22

SENARAI SEMAK KERJA / CHECKLIST

Bil / Tahap Pencapaian / Level of Achievement Terima / Tidak Catatan/
No. Accepted Terima / Not Remark

Accepted

A. PROSES KERJA / WORK PROCESS
 Bahan dan peralatan menjahit disediakan.
 Menjahit pakaian mengikut langkah kerja
yang betul.
 Pakaian diacu mengikut langkah kerja yang
betul.
 Proses menekan dilakukan mengikut setiap
langkah kerja.

B. HASIL KERJA / END RESULT
 Pakaian dihasilkan mengikut langkah
menjahit yang betul.
 Jahitan mesin kemas dan kukuh.

C. SIKAP / ATTITUDE

 Persekitaran tempat kerja dibersih dan
dikemas setelah selesai.

 Peralatan disusun kemas dan teratur.
 Berpakaian mengikut prosedur keselamatan.

 Menepati masa hadir latihan

D. KESELAMATAN & PERSEKITARAN / SAFETY & ENVIRONMENTAL

 Kaedah kerja yang betul serta
menitikberatkan keselamatan kerja

................................................... ................................ ....................
( Tandatangan dan Nama Pelatih ) ( Tandatangan dan Nama Pengajar )

Trainee’s Name and Signature Instructor’s Name and Signature

Tarikh/Date: ____________________ Tarikh/Date: ____________________

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
62604 PUTRAJAYA

KERTAS KERJA

(WORK SHEET)

KOD DAN NAMA

PROGRAM / TA-011-1:2012 PEMBUATAN PAKAIAN WANITA

PROGRAM CODE & NAME

TAHAP / LEVEL L1
TA-011-1:2012-C02 TRADITIONAL WEAR MAKING
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY TRADITIONAL WEAR MAKING
AKTIVITI KERJA / REQUIREMENTS AND SPECIFICATIONS
WORK ACTIVITIES NO.
AND STATEMENT 2. CARRY OUT BODY MEASUREMENT ACTIVITIES FOR
TRADITIONAL WEAR MAKING

3. CARRY OUT DRAFTING ACTIVITIES FOR
TRADITIONAL WEAR MAKING

4. CARRY OUT FABRIC CUTTING ACTIVITIES FOR
TRADITIONAL WEAR MAKING

5. CARRY OUT SEWING ACTIVITIES FOR
TRADITIONAL WEAR MAKING

6. CARRY OUT FITTING ACTIVITIES FOR TRADITIONAL
WEAR MAKING

7. CARRY OUT FINISHING ACTIVITIES FOR
TRADITIONAL WEAR MAKING

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C02/K(2/4) Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 23

TAJUK/TITLE:

JAHIT PAKAIAN TRADISIONAL CINA (CHEONGSAM)

TUJUAN PEMBELAJARAN/INSTRUCTIONAL AIM:

Murid mesti boleh:
1. Melakar sepasang Cheongsam Tradisional
2. Mengukur dan mencatat ukuran Cheongsam Tradisional
3. Mendraf pola Cheongsam Tradisional
4. Menjahit Cheongsam Tradisional

NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C02/K(2/4) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
ARAHAN : 21

Murid dikehendaki membuat sehelai Cheongsam Tradisional dengan melakukan langkah-
langkah kerja berikut:

1. Melakar fesyen
2. Mengambil ukuran
3. Mendraf pola
4. Memotong fabrik
5. Menjahit pakaian
6. Kerja-kerja menekan dengan menggunakan peralatan yang sesuai dan bahan yang

disediakan supaya dapat menghasilkan Cheongsam yang sempurna dan selesa
dipakai.

LUKISAN TEKNIKAL CHEONGSAM :

Rajah 1 Rajah 2


Click to View FlipBook Version