The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANDUAN DAN PERATURAN DISIPLIN KOLEJ T6 PUCHONG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ONG YEONG AUN KPM-Guru, 2024-06-27 02:45:42

PANDUAN DAN PERATURAN DISIPLIN KOLEJ T6 PUCHONG

PANDUAN DAN PERATURAN DISIPLIN KOLEJ T6 PUCHONG

KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG JALAN PUCHONG, 47100 PUCHONG, SELANGOR BUKU PERATURAN DAN DISIPLIN UNIT DISIPLIN HAL EHWAL PELAJAR KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG


2 PANDUAN DAN PERATURAN DISIPLIN KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG Perkara 1: Peraturan am kolej 1.1 Semua pelajar kolej adalah tertakluk kepada Pekeliling - Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia. 1.2 Kehadiran ke kolej adalah WAJIB. 1.3 Pelajar wajib memakai kad matrik apabila berada di kolej pada setiap hari. 1.4 Waktu kehadiran setiap hari mengikut ketetapan yang dibuat oleh kolej. 1.5 Pelajar wajib berada dalam perkarangan kolej sebelum jam 7.20 pagi setiap hari. 1.6 Pelajar diingatkan untuk dating lebih awal ke kolej dan bersedia sebelum perhimpunan rasmi bermula pada hari Isnin. 1.7 Pelajar perlu berada di tapak perhimpunan pada tepat jam 7.20 pagi, pada setiap hari Isnin, kecuali hari hujan atau minggu peperiksaan berlangsung. 1.8 Pelajar hanya dibenarkan masuk ke kelas masing- masing selepas perhimpunan rasmi tamat. 1.9 Pelajar- pelajar yang tidak dapat hadir ke kolej oleh sebab-sebab yang tertentu hendaklah membuktikan dengan mengemukakan surat dari doctor atau surat tunjuk sebab daripada ibu bapa/ penjaga. 1.10 Pelajar hanya dibenarkan balik berdasarkan ketetapan dalam jadual waktu kolej atau atas sebab-sebab kecemasan.


3 Perkara 2: Pakaiaan Murid dan Penampilan diri Pakaian dan penampilan diri pelajar Tingkatan Enam adalah tertakluk kepada: 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2014 bertarikh 5 Dis 2014. Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam. 2.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1976 (Potongan Rambut murid) i. Pelajar lelaki tidak boleh berambut panjang. Istilah rambut panjang adalah seperti berikut : a. Di belakang : Rambut jatuh melebihi garisan cuping dua telinga b. Di depan : Rambut menutup garisan tengah dahi c. Di sebelah : Rambut menutup kedua-dua telinga atau Sebahagian daripadanya melebihi garisan tengah hidung. d. Di atas : Rambut lebih daripada 4 inci panjang. ii. Pelajar lelaki tidak dibenar menyimpan misai dan janggut. iii. Pelajar perempuan yang berambut panjang hendaklah mengikat rambut. dengan kemas. iv. Fesyen rambut pelajar hendaklah tidak keterlaluan seperti punk/skin head atau berwarna. 2.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil 9/2015. Panduan Berkenaan Rambut dan Pemaikaian Steel Bangle (KARA) oleh murid murid keturunan Sikh. 2.4 Pelajar yang hadir ke kolej untuk urusan rasmi dan bukan rasmi hendaklah hendaklah sentiasa berpakaian smart kasual dan memakai kasut bertutup atau memakai baju kemeja T berkolar kolej, trek bottom dan kasut sukan atau pakaian yang bersesuaian mengikut aktiviti yang dijalankan dengan kebenaran guru.


4 Perkara 3: Kad Matrik Pelajar 3.1 Semua pelajar akan dibekalkan kad matrik pelajar dengan bayaran ditanggung oleh pelajar sendiri. 3.2 Pelajar dikehendaki sentiasa memakai kad matrik setiap hari, sepanjang berada dalam kawasan kolej. 3.3 Sekiranya pelajar tidak membawa kad matrik atau telah kehilangan kad matrik, hendaklah melaporkannya kepada Biro Pembangunan Sahsiah atau terus berjumpa dengan guru penasihat MPTE. 3.4 Semua pelajar dikehendaki memakai dan mempamerkan kad matrik pelajar semasa berada di kawasan kolej. 3.5 Kad matrik pelajar tidak boleh diconteng, ditukar butiran/gambar atau di ubahsuai dan tidak boleh mempunyai nama dalam bentuk samaran. 3.6 Kad matrik pelajar TIDAK boleh dipindah milik. 3.7 Kad matrik hendaklah dipakai dengan mempamerkan bahagian hadapan. 3.8 Kos untuk mendapatkan kad matrik baharu adalah ditanggung oleh pelajar. Perkara 4: Kehadiran 4.1 Pelajar wajib hadir ke kolej pada setiap hari. 4.2 Pelajar wajib menghadiri kelas / kuliah, tutorial, amali, kerja kursus, kokurikulum dan semua aktiviti rasmi kolej. Pelajar yang tidak hadir ke kolej tanpa sebab akan diambil tindakan seperti berikut:


5 4.3 Pelajar bertanggungjawab menepati masa ketika menghadiri kuliah, tutorial, amali, kerja kursus dan kokurikulum dan semua aktiviti rasmi kolej. Perkara 5: Menjemput Penceramah Luar/ Agensi Kelab/ persatuan/ badan beruniform pelajar yang ingin menjemput penceramah luar hendaklah mengikut peraturan berikut: 5.1 Kebenaran daripada Pengarah hendaklah diperoleh terlebih dahulu sekiranya penceramah yang terdiri daripada pegawai/kakitangan di Kementerian jabatan kerajaan dan Institusi pendidikan /pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan. 5.2 Sekiranya penceramah bukan daripada Kementerian Pendidikan, kelulusan mesti diperoleh terlebih dahulu daripada Pengarah JPN. 5.3 Perkara yang menjadi tajuk dan isi ceramah hendaklah perkara-perkara yang bersesuaian dengan tujuan dan objektif kelab/ persatuan yang menjemput dan tidak bercanggah dengan peraturan Kementerian Pendidikan dan undang- undang Negara. 5.4 Semasa ceramah/syarahan diadakan, pensyarah yang berkenaan mesti hadir bersama-sama dan laporan hendaklah didokumentasikan. Surat Amaran Hari tidak hadir berturut-turut Hari tidak hadir bukan berturutturut Amaran Pertama Pada hari ketiga (3) Pada hari ke 10 (10) Amaran Kedua 7 hari selepas amaran pertama (10) 10 hari selepas amaran pertama (20) Amaran Terakhir 7 hari selepas amaran kedua (17) 20 hari selepas amaran kedua (40) Pembatalan Nama 14 hari selepas amaran pertama (31) 20 hari selepas amaran pertama (60)


6 Perkara 6: Larangan Merokok dan Larangan Penggunaan Rokok Elektronik Atau Vape di Kolej. Pelajar DILARANG menghisap rokok atau rokok elektronik, vape di mana-mana kawasan kolej. Pelajar boleh dikenakan tindakan disiplin jika melanggar peraturan tersebut dan tertakluk kepada: i. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1997 Hukuman ke Atas Murid Menghisap Rokok ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/1997. Sekolah sebagai Kawsan Larangan Merokok iii. Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 17/2015. Larangan Penggunaan Rokok Elektronok atau Vape Di Sekolah. Perkara 7: Penggunaan Gajet Elektronik 7.1 Penggunaan gajet elektronik merupakan satu keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar Tingkatan Enam, khususnya dalam menyiapkan kerja kursus dan sebagai rujukan sumber disebabkan ketiadaan buku teks. 7.2 Penggunaan gajet elektronik seperti telefon bimbit, i-pad, tablet, chrome book, computer riba dan note book) di dalam kelas semasa pembelajaran dan pemudahcaraan (PDPC), di tapak perhimpunan dan dalam kawasan kolej adalah tertakluk kepada kebenaran daripada pensyarah. 7.3 Jika tiada kebenaran daripada pensyarah, gajet elektronik hendaklah sentiasa disimpan di dalam saku ataupun di dalam beg sepanjang masa pelajar berada di dalam kawasan kolej. 7.4 Kebenaran penggunaan gajet elektronik adalah tertakluk kepada : a. Pihak kolej tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan gajet elektronik tersebut.


7 b. Setiap pelajar bertanggungjawab untuk menggunakan gajet elektronik dengan betul dan beretika dengan kebenaran pensyarah sahaja. c. Penggunaan fon telinga adalah dilarang sama sekali dalam kawasan kolej. Pelajar yang ingkar peraturan ini, fon telinga mereka akan dirampas dan dilupuskan dengan serta merta tanpa sebarang penjelasan. d. Pelajar tidak digalakkan mengecas gajet elektronik di soket dinding kolej. Perkara 8: Media sosial 8.1 Kini, penggunaan media sosial tidak dapat dielakkan dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, pelajar dinasihatkan menggunakan pelbagai media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Telegram, Instagram, blogspot dan sebagainya dengan bertanggungjawab dan beretika. 8.2 Pelajar dinasihatkan supaya tidak membuat rakaman gambar dan video di dalam kawasan kolej dan program/aktiviti di luar kawasan kolej yang melibatkan pelajar-pelajar dan warga kolej. 8.3 Pelajar juga dilarang memuat naik sebarang gambar, video dan informasi berkaitan KTEP ke dalam Internet dan media sosial tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah. 8.4 Sekiranya pelajar didapati terlibat dengan kes seperi buli, memiliki bahan lucah, pemerasan gangguan seksual yang melibatkan internet dan media sosial, kes ini akan dirujuk dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Perkara 9: Lalu lintas di dalam kolej 9.1 Pelajar Tingkatan Enam yang memandu dan menunggang kenderaan bermotor WAJIB memiliki lesen memandu dan mematuhi peraturan lalu lintas Malaysia. 9.2 Kenderaan yang dibawa hendaklah mematuhi spesifikasi kenderaan bermotor yang ditetapkan dalam undang-undang negara. 9.3 Penyediaan parkir kenderaan bermotor bergantung pada pihak pengurusan kolej. 9.4 Pastikan kenderaan yang diparkir tidak menghalang lalu lintas kenderaan lain. 9.5 Keselamatan kenderaan bermotor ialah tanggungjawab masing-masing. 9.6 Pelajar digalakkan meletakkan topi keledar ditempat parkir kenderaan sahaja.


8 Perkara 10: Perhimpunan pagi di kolej 10.1 Perhimpunan rasmi diadakan setiap hari Isnin pagi dan perhimpunan tertentu (bila perlu) akan dimaklumkan. 10.2 Pelajar diwajibkan berada di tapak perhimpunan pada jam 7.20 pagi sebelum perhimpunan bermula. 10.3 Semua pelajar diwajibkan memakai pakaian lengkap seperti yang tertera dalam buku peraturan dan dispilin kolej (pakaian semasa menghadiri kelas) semasa perhimpunan rasmi. 10.4 Pelajar lelaki digalakkan untuk memakai tali leher semasa perhimpunan rasmi. Perkara 11: Keberadaan pelajar dalam kawasan kolej 11.1 Pelajar WAJIB berada di dalam kelas sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. 11.2 Pelajar tidak digalakkan berada dalam kawasan kolej selepas tamat sesi pembelajaran pada setiap hari, kecuali ada guru bersama. 11.3 Semasa belajar, pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas kecuali dengan kebenaran guru yang sedang mengajar. 11.4 Pelajar yang meninggalkan kelas atau kawasan kolej tanpa kebenaran dianggap ponteng. 11.5 Pelajar hanya dibenarkan membeli makanan atau minuman di kantin dan koperasi pada waktu rehat sahaja. 11.6 Pelajar hendaklah makan dan minum di kantin dan dibenarkan juga di pondok-pondok yang berdekatan. 11.7 Pelajar tidak dibenarkan untuk membuat tempahan makanan melalui penghantaran Grab Food, Food Panda dan sebagainya di dalam kawasan kolej. 11.8 Pelajar yang hendak pergi ke klinik atau hospital dari kolej perlulah mendapatkan kebenaran Pengarah / Timbalan Pengarah Pentadbiran / Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar diiringi oleh ibu bapa/penjaga. 11.9 Pelajar tidak dibenarkan membuat pengumuman dari kelas ke kelas kecuali mendapat kebenaran daripada pentadbir kolej. 11.10 Pelajar yang hendak ke tandas/ tempat lain hendaklah mendapatkan kebenaran guru. 11.11 Tidak dibenarkan berada di kawasan kolej pada masa cuti kolej kecuali dengan kebenaran Pengarah.


9 Perkara 12: Tatatertib kelas 12.1 Pelajar hendaklah berada didalam kelas jam 7.25 pagi sebelum waktu pertama bermula setiap hari. 12.2 Pelajar hendaklah bangun memberikan salam/hormat sewaktu pensyarah masuk dan keluar kelas. Begitu juga waktu kedatangan Pengarah/pelawat-pelawat khas. 12.3 Kebersihan dan ketenteraman kelas adalah di tanggungjawab kelas itu sendiri dengan diawasi oleh Ketua Kelas/Penolong Ketua Kelas. 12.4 Ketua/Penolongnya dan semua pelajar bertanggungjawab ke atas segala alat-alat kemudahan seperti meja, kerusi, papan tulis, almari, alat tulis, penyapu, pemadam papan tulis, bakul sampah dan lain-lain lagi. Sekiranya barang-barang tersebut hilang, hendaklah segera dilaporkan kepada guru kelas. 12.5 Sekiranya kelas ketiadaan pensyarah, ketua/penolongnya bertanggungjawab ke atas ketenteraman dan segera mendapat pensyarah berkenaan atau penggantinya dengan merujuk kepada jadual penggantian pensyarah. Perkara 13: Peperiksaan 13.1 Pelajar perlu patuhi peraturan yang ditetapkan oleh unit peperiksaan KTEP dan Majlis Peperiksaan Malaysia. 13.2 Pelajar diingatkan jangan sekali-kali meniru atau membenarkan jawapan ditiru dalam peperiksaan dalaman kolej dan peperiksaan awam seperti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. 13.3 Sekiranya calon meniru dalam peperiksaan, ini akan mengakibatkan keputusan peperiksaan calon dibatalkan dan tidak dibenarkan untuk mengambil peperiksaan tersebut lagi. Perkara 14: Lain – Lain Larangan 14.1 Pelajar-pelajar ditegah bermain permainan pin table, video game dan permainanpermainan seumpamanya. Membawa ke kolej segala jenis permainan elektronik merupakan kesalahan dari segi peraturan disiplin kolej.


10 14.2 Pelajar-pelajar dilarang bermain bunga api atau mercun di dalam dan berhampiran perkarangan kolej. Pelajar yang melanggar peraturan ini akan dikenakan tindakan disiplin yang setimpal. Perkara 15: Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) 15.1 Amalan baik yang dizahirkan atau dilakukan oleh pelajar akan direkodkan dari semasa ke semasa oleh semua pensyarah kolej berdasarkan kriteria berikut : a. Menzahirkan mana-mana amalan baik b. Sukarela membantu pensyarah c. Sukarela melapor kes salah laku d. Membantu melaksanakan kerja-kerja landskap/taman e. Membantu mengemas / menyusun atur bilik-bilik khas f. Membersih kawasan / bilik khas g. Kerja-kerja mengecat h. Menyertai aktiviti luar dibawah bimbingan dan kaunseling. 15.2 Segala kes salah laku juga direkodkan dari semasa ke semasa. 15.3 Surat amaran akan dikeluarkan mengikut kes salah laku. Perkara 16: Sijil Berhenti 16.1 Kolej Tingkatan Enam Puchong boleh juga menggunapakai status sahsiah SSDM jika perlu untuk pemberian sijil berhenti. * Namun, buat masa sekarang KTEP masih menggunakan laporan “Cemerlang, Baik atau Memuaskan” untuk tingkah laku.


11 16.2 Tetapi, sekiranya status sahsiah pelajar dalam SSDM memaparkan Perlukan Perhatian dan Perlukan Perhatian Serius, maka bahagian kelakuan dalam sijil berhenti akan di catatkan Memuaskan. PENGGUNAAN STATUS SAHSIAH SSDM DALAM SIJIL BERHENTI STATUS SAHSIAH SSDM SIJIL BERHENTI (KELAKUAN) Terpuji Terpuji Amat baik Amat baik Baik Baik Perlukan perhatian Memuaskan Perlukan perhatian serius Memuaskan ETIKA PAKAIAN MURID TINGKATAN ENAM LATAR BELAKANG Dalam usaha melaksanakan penjenamaan semula Tingkatan Enam, Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Ke-203 pada 21 November 2013 dan Taklimat Khas Status Pelaksanaan Penjenamaan Semula Tingkatan Enam kepada YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan pada 27 Februari 2014. PAKAIAN SEMASA MENGHADIRI KELAS Pakaian pelajar Tingkatan Enam semasa menghadiri kelas adalah seperti yang digariskan seperti berikut: 1.1 Pakaian murid lelaki Pakaian pelajar lelaki ialah baju kemeja berseluar panjang lengkap dengan kasut dan berstokin.


12 Baju 1.1.1 Baju pelajar lelaki ialah kemeja lengan panjang atau pendek berwarna bebas tanpa corak. Hanya kemeja polos, berjalur atau berpetak. Sekiranya memakai kemeja berlengan panjang, lengan kemeja hendaklah dikancing atau dibutang sepenuhnya. Kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam seluar (tuck in) Batik Malaysia dibenarkan. Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis denim tidak dibenarkan. Seluar 1.1.2 Seluar bagi pelajar lelaki ialah seluar panjang. Panjang seluar hendaklah sekurangkurangnya separas buku lali. Bentuk seluar ialah potongan slek yang tidak ketat dan tidak berlipat. Jeans, cargo pants, atau seluar pendek tidak dibenarkan. Hanya seluar panjang polos dibenarkan. Warna seluar yang dibenarkan adalah bebas kecuali warna 'garang' (striking). Jika memakai tali pinggang, gancu (kepala tali pinggang) hendaklah tidak melebihi 5 cm. Gancu yang bermotif ganas, lucah, tahyul dan berimej negatif tidak dibenarkan. Kasut 1.1.3 Kasut bagi pelajar lelaki ialah kasut yang bertutup dan lengkap berstokin. Capal hanya boleh dipakai dengan pakaian kebangsaan. Selipar, cerpu, sandal atau yang sejenis dengannya tidak dibenarkan. Songkok 1.1.4 Pelajar lelaki dibenarkan memakai songkok hitam yang standard tidak melebihi 10 cm. Jura/Serban dan kara 1.1.5 Bagi pelajar lelaki berketurunan Sikh dibenarkan memakai jura/serban mengikut kepercayaan dan agama mereka semasa di kolej.


13 1.1.6 Pemakaian kara (steel bangle) oleh pelajar lelaki yang berketurunan Sikh dibenarkan berdasarkan pegangan agama mereka. 1.2 Pakaian alternatif pelajar lelaki Di samping jenis pakaian yang dinyatakan di atas, pelajar lelaki juga dibenarkan memakai: 1.2.1 Pakaian kebangsaan Pakaian baju Melayu yang lengkap bersamping dan bersongkok hitam yang standard. Hanya pakaian baju Melayu polos dibenarkan. 1.2.2 Pakaian tradisional Pakaian tradisional budaya kaum masing-masing yang lengkap juga dibenarkan dipakai oleh pelajar lelaki kaum berkenaan. 1.3 Pakaian pelajar perempuan Pakaian pelajar perempuan ialah baju kurung, gaun, gaun labuh/jenis jubah/maksi, two piece/three piece suit pants lengkap dengan kasut atau pakaian tradisional kaum masing-masing yang bersesuaian dan lengkap. Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis denim atau likra tidak dibenarkan. Blaus dan kemeja 1.3.1 Pelajar perempuan dibenarkan memakai blaus berlengan atau kemeja berlengan daripada jenis kain dan warna yang bersesuaian serta tidak jarang dan tidak ketat. Skirt dan seluar 1.3.2 Skirt atau seluar juga dibenarkan dipakai oleh pelajar perempuan. Labuh skirt hendaklah sekurang-kurangnya di bawah paras lutut. Pelajar perempuan juga dibenarkan memakai seluar panjang yang tidak ketat. Jeans, cargo pants, seluar pendek, atau leggings tidak dibenarkan.


14 Tudung/Telekung mini/Selendang 1.3.3 Pelajar perempuan dibenarkan memakai tudung/telekung mini/selendang. Apa-apa pakaian yang menutup muka tidak dibenarkan. Kasut 1.3.4 Pelajar perempuan hendaklah memakai kasut yang bertutup. Jika bertumit, tidak melebihi 1 inci. Selipar, cerpu, terompah, sandal atau yang sejenis dengannya tidak dibenarkan. 3.4 Larangan pemakaian kemeja-T Pelajar dilarang memakai kemeja-T semasa menghadiri kelas. PAKAIAN KETIKA AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH Pelajar lelaki dan perempuan digalakkan memakai seluar panjang atau track bottom yang sesuai dan kemeja-T berlengan panjang atau pendek mengikut kesesuaian aktiviti yang dijalankan. Kemeja-T yang bermotif ganas, lucah, tahyul, politik dan berimej negatif tidak dibenarkan. LARANGAN PAKAIAN YANG MENCOLOK MATA Pelajar hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata. Pakaian yang jarang dan ketat juga tidak dibenarkan.


15 Contoh pakaian yang dibenarkan Pakaian Lelaki Gambar 1 Gambar 2 Kemeja Lengan Pendek Seluar Slack Panjang Kasut tertutup Kemeja Lengan Panjang


16 Gambar 3 Pakaian Perempuan Gambar 4 Pakaian Kebangsaan Kemeja Lengan Panjang Kasut tertutup Seluar Slack Panjang


17 Gambar 5 Gambar 6 Skirt di bawah paras lutut Baju Kurung Kemeja Lengan Pendek Kasut tertutup


18 Gambar 7 Gambar 8 Baju Tradisional Labuh gaun sekurangkurangnya di bawah paras lutut


19 Gambar 9 Baju koko Seluar track bottom Kasut sukan (sports shoes)


Click to View FlipBook Version