PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH
Modul Pembelajaran
MPU 2011
SUKAN
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG
BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN
LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH.
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
ii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat, dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan
negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
November 2017
Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada
kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau
mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku
ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
iii
KANDUNGAN MUKA SURAT
Notis Hak Cipta ii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iii
Falsafah Pendidikan Guru iii
Kandungan iv
Panduan Pelajar v - vi
Ikon Modul
Agihan Tajuk RMK vii
Tajuk Pembelajaran viii - ix
UNIT 1 - Permainan Hoki
UNIT 2 - Permainan Bola Tampar 1
UNIT 3 - Olahraga 13
UNIT 4 - Asas Kepegawaian / Asas Kejurulatihan 28
UNIT 5 - Asas Pengurusan dan Pengelolaan 46
Rujukan 77
92
Panel Penulis Modul 93
iv
PANDUAN PELAJAR
PENGENALAN
Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran
agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk
mendapatkan maklumat dan gaya pembelajaran terkini.
PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI
Pembelajaran arah kendiri membolehkan pelajar membuat keputusan tentang
pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri lebih berkesan jika pelajar
dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai
autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.
SASARAN KURSUS
Pelajar Program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (PDPLI) yang mendaftar dengan
Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidkan Malaysia (IPG KPM).
JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)
Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPLI yang dilaksanakan dalam mod
Kursus Dalam Cuti (KDC), diperuntukkan 60% daripada Jumlah Pembelajaran Pelajar
adalah bersemuka manakala 40% adalah Jumlah Pembelajaran Pelajar pembelajaran
kendiri.
v
SUSUNAN UNIT MODUL
Modul ini ditulis dalam susunan unit. Di dalam unit mempunyai lima eleman asas yang
konsisten:
1. Hasil Pembelajaran Unit
2. Sinopsis
3. Penyelidikan
4. Pengalaman
5. Refleksi
Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email jika
terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
IKON
Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar
pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.
PENTAKSIRAN
Pencapaian pelajar dalam kursus ini ditentukan menerusi pentaksiran kerja kursus
100%.
vi
IKON
HASIL PEMBELAJARAN UNIT AKTIVITI
PENYELIDIKAN AKTIVITI
PENYELIDIKAN REFLEKSI
PENGALAMAN RUJUKAN
vii
AGIHAN TAJUK
Nama Kursus : KOKURIKULUM - SUKAN
Kod : MPU 2011
Kandungan modul ini dibahagi kepada 5 unit (8 topik). Jadual di bawah menjelaskan agihan
tajuk-tajuk untuk pembelajaran melalui modul dan interaksi bersemuka.
TAJUK / TOPIK JUMLAH JAM MODUL BERSEMUKA DALAM CATATAN
PEMBELAJARAN 40% AMALI TALIAN
100% (1 JAM) (30 JAM) 20%
(1 JAM)
1. Pengenalan Permainan Hoki 1 jam Unit 1& 2 - Perlu dibaca
dan Bola Tampar 8 jam 1 jam sebelum
• Sejarah dan perkembangan 1 jam interaksi
- Antarabangsa 8 jam bersemuka
- Malaysia
Unit 1 & 2 1 Jam Perlu dibaca
• Peralatan dan ukuran 7 jam sebelum
gelanggang/ padang interaksi
bersemuka
2. Kemahiran Asas Permainan
Hoki dan Bola Tampar Unit 3 Perlu dibaca
• Kemahiran- kemahiran asas 1 jam sebelum
• Teknik interaksi
• Ansur Maju bersemuka
• Ujian Amali Kemahiran
• Rancangan Latihan Unit 3 Perlu dibaca
Kemahiran 8 jam sebelum
interaksi
3. Pengenalan Olahraga bersemuka
• Sejarah dan perkembangan
olahraga
- Antarabangsa
- Malaysia
• Jenis-jenis acara olahraga
• Peralatan dan ukuran
- Balapan
- Padang
4. Acara Balapan dan Padang
• Acara Balapan
- Permulaan larian
- Teknik larian
- Fasa penamat
• Acara Padang
- Lompat Jauh
- Lontar Peluru
• Rancangan Latihan
Kemahiran
• Ujian Amali Kemahiran
viii
TAJUK / TOPIK JUMLAH JAM MODUL BERSEMUKA DALAM CATATAN
PEMBELAJARAN 40% AMALI TALIAN
100% (1 JAM) (30 JAM) 20%
(1 JAM)
5. Asas Kepegawaian 4 jam Unit 1,2.3 Perlu dibaca
• Peraturan pertandingan 4 jam sebelum
• Undang-undang interaksi
bersemuka
6. Asas Kejurulatihan 4 jam Unit 4 Perlu dibaca
• Ciri-ciri dan peranan 1 jam 4 jam sebelum
jurulatih 5 jam interaksi
• Kaedah dan ansur maju 32 jam bersemuka
latihan
• Teknik permainan Unit 5 Perlu dibaca
• Strategi dan taktik 1 jam sebelum
permainan interaksi
• Program latihan bersemuka
• Kecederaan dan
Unit 5 Perlu dibaca
pemakanan 5 jam sebelum
interaksi
7. Pengurusan Pasukan bersemuka
• Peranan dan tugas
- Pendaftaran 1 jam 30 jam 1 jam
- Kebajikan pemain
- Disiplin pemain
- Peralatan pemain
8. Asas Pengurusan dan
Pengelolaan
• Kertas kerja pengelolaan
pertandingan
• Nilai dan etika dalam
pertandingan
• Pelaksanaan program
• Refleksi program
pengelolaan yang
dilaksanakan
JUMLAH JAM
Catatan: Interaksi bersemuka – dapatkan maklumat daripada pensyarah anda
ix
x
UNIT 1 HOKI
Hasil Pembelajaran Unit
Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:
1. menjelaskan sejarah perkembangkan hoki
2. menjelaskan undang-undang dan peraturan dalam permainan hoki
3. menjelaskan kemahiran asas hoki dengan cara yang betul.
Sinopsis
Topik ini memberikan gambaran sepintas lalu kepada pelajar berkenaan sejarah
permainan hoki, perkembangannya di Malaysia dan organisasi yang
bertanggungjawab dalam mengurus tadbir permainan ini. Pelajar juga didedahkan
kepada peraturan dan undang-undang permainan hoki, penerangan,
perbincangan mengenai kemahiran asas hoki. Tajuk-tajuk dalam modul ini juga
merangkumi strategi, latihan dan formasi permainan serta bagaimana
menguruskan kejohanan pertandingan hoki.
1.1 PENGENALAN
Mungkin sebahagian daripada anda sama pendapat dengan saya tentang
permainan hoki. Bagi saya permainan hoki adalah permainan yang agak
menghiburkan dan tidak membosankan kerana seperti juga permainan bergol
yang lain permainan hoki merupakan pertembungan dua pasukan dan bukan
pertembungan individu. Oleh itu kerjasama sepasukan selain daripada skil
individu perlu digandingkan seiringan untuk mencapai kejayaan. Dengan kata lain
kemahiran jurulatih dalam merancang dan mengarap strategi berpasukan dan
kemahiran individu amat penting dalam menentukan kejayaan sepasukan.
1.1.1 Sejarah dan Perkembangan
Rekod sejarah menunjukkan Permainan hoki telah mula dimainkan pada abad ke-
15. Orang Mesir, Romania, Athens, Australia dan Eropah dikenal pasti telah
bermain satu permainan dengan menggunakan kayu yang melengkong untuk
memukul bola. Asal perkataan hoki berkemungkinan telah wujud daripada
perkataan AngloSaxon iaitu Hook, Hok atau perkataan Perancis Hocquet. Hoki
moden telah dimainkan di sekolah-sekolah awam Inggeris pada kurun ke-19.
Permainan tersebut tersebar luas ke negara-negara di bawah naungan British
pada akhir kurun ke-19. Badan Peraturan Hoki Antarabangsa telah ditubuhkan
pada tahun 1895 dan permainan hoki buat julung kalinya dipertandingkan pada
1
tahun 1908 di Sukan Olimpik London bagi kategori lelaki. Hoki menjadi sukan
wajib dipertandingkan di Sukan Olimpik mulai 1928 di Amsterdam. Persekutuan
Hoki Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1924 di Paris dan dikenali sebagai
Federation Internationale de Hockey (FIH). Kini, ibu pejabat FIH di Brussels
merupakan pertubuhan yang bertanggungjawab terhadap permainan hoki. Di
benua Asia pula, permainan hoki mula dipertandingkan dalam Sukan Asia di
Tokyo pada tahun 1958 dan didominasi oleh Pakistan dan India. Negara-negara
lain di Asia yang juga unggul dalam permainan hoki ialah Korea, Jepun, China
dan Malaysia. Pasukan hoki wanita daripada Korea, China dan Jepun adalah
antara negara yang setaraf dengan pasukan wanita peringkat antarabangsa
seperti Jerman, Australia dan Belanda. Hoki di Malaysia diperkenalkan pada
tahun 1898. Permainan ini menjadi popular pada awal tahun 1920 an dan
diperkenalkan di sekolah-sekolah awam Inggeris. Pertandingan liga yang pertama
dianjurkan di Pulau Pinang pada tahun 1925. Persatuan Hoki Negeri yang
pertama ditubuhkan oleh Negeri Perak pada tahun 1927. Majlis Hoki Malaysia
ditubuhkan pada tahun 1948 untuk menguruskan semua aktiviti sukan hoki di
Malaysia. Ia dibubarkan pada tahun 1954 dan digantikan dengan Persekutuan
Hoki Malaysia. Dua Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Abdul Razak dan Tun
Hussein Onn pernah menjadi presiden persatuan ini. Malaysia sangat aktif dalam
hoki pada peringkat Asia dan antarabangsa. Semua negeri dan Angkatan Tentera
bergabung (affiliated) dengan Persekutuan Hoki Malaysia. Pertandingan-
pertandingan hoki juga dikelolakan oleh persatuan kebangsaan, persatuan -
persatuan hoki negeri, bank, angkatan tentera dan jabatan-jabatan kerajaan.
Malaysia terlibat dalam Sukan Olimpik buat pertama kalinya pada tahun 1956 dan
pasukan hoki lelaki kebangsaan Malaysia telah menyertai sukan olimpik tersebut.
Ilustrasi lama orang Peranchis pada SM 1486
Sumber : Buku Kejurulatihan Hoki Tahap 1 PHM (2008)
2
1.2 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN HOKI
1. Bilangan pemain sebanyak 11 orang setiap pasukan.
2. Masa permainan dan rehat adalah mengikut pecahan 35 – 5 – 35.
3. Memulakan permainan:
• di awal permainan dan separuh masa kedua
• permainan dihentikan atas kesalahan yang dilakukan oleh satu pihak
• kesalahan serentak oleh kedua-dua pihak (bully)
• selepas gol dijaringkan
4. Pemain tidak dibenarkan:
• menggunakan bahagian belakang kayu
• bermain tanpa kayu sendiri
• menggunakan kayu untuk menakutkan pemain lain
• mengangkat kayu melepasi kepala lawan
• menaikkan bola yang membahayakan pemain lawan
• bermain dengan cara yang bahaya
5. Penjaga Gol (dalam kawasan “D”) boleh :
• menendang bola
• menahan bola dengan mana-mana bahagian badan
• menghentikan bola dengan kayu melepasi bahu
6. Menghadang
• menggunakan mana-mana bahagian badan atau kayu untuk
menghalang pihak lawan dari merampas bola tanpa memainkan bola
• berlari di antara rakan pembawa bola dengan pihak lawan (third party
obstruction).
7. Penalti
• pukulan percuma
• kesalahan yang tidak disengajakan di luar kawasan “D”
• kesalahan yang dilakukan antara kedua-dua garisan 23 m.
8. Pukulan sudut penalti
• kesalahan yang tidak disengajakan dalam kawasan “D” - kesalahan
yang disengajakan di antara garisan “D” dan garisan 23 m
9. Strok Penalti
• kesalahan yang disengajakan dalam kawasan “D”
• kesalahan yang tidak disengajakan tapi boleh menghasilkan gol jika
tidak berlaku kesalahan.
10. Amaran
• hijau (penggantungan sementara 2 minit masa diambil kira apabila pemain
• duduk di kerusi yang disediakan khas di tempat teknikal
3
• kuning (penggantungan sementara-minima 5 minit )
• merah (Penggantungan tetap)
Ukuran
Padang Hoki
• Ukuran Padang Hoki
Kawasan permainan hoki berbentuk empat segi tepat yang berukuran 90
meter panjang dan 54 meter lebar dengan permukaan yang rata. Hoki amat
sesuai jika dimainkan di atas padang astroturf‟ (rumput tiruan). Terdapat lima
garisan utama di padang hoki iaitu:
• garisan tepi
• garisan gol
• garisan tengah
• garisan 23 m
• garisan „D‟
Dua garisan selari dengan garisan belakang di dapati dalam kedua-dua
kawasan 23 meter, satu garisan 5.0 meter dari garisan belakang dan satu lagi
14.63 darinya.
4
• Bulatan Menjaring.
• Satu garisan yang panjangnya 3.66 m selari dengan garisan gol ditanda
ditengah garisan 14.63m.
• Dua suku bulatan beradius 14.63 m dilukis bermula dari garisan 3.66m ke
garisan belakang. Bagi suku bulatan disebelah kiri tiang gol kiri digunakan
sebagai pusat, manakala suku bulatan disebelah kanan tiang gol kanan
digunakan sebagai pusat.
• Bulatan yang dilukis dalam rajah di atas dikenali sebagai bulatan jaringan,
bulatan pukulan atau kawasan “D”.
• Tanda-tanda yang lain didapati dalam bulatan jaringan adalah tanda strok
penalti 6.4 m di hadapan gol dan garisan-garisan sudut penalti 5.0 m dan
10.0 m dari tiang gol sebelah kiri dan kanan.
• Pintu Gol.
• Setiap pasukan mempunyai satu pintu gol.
• Gol diletakkan di tengah-tengah garisan belakang.
• Gol dibuat dengan 2 tiang gol tengah yang disambung dengan 1 tiang
mendatar (crossbar).
• Jarak antara dua tiang tengah itu ialah 3.66 m.
• Ketinggian tiang tengah ialah 2.14 m.
5
• Tiang tengah dan tiang mendatar berbentuk empat segi bujur
berukuran 5 mm lebar dan dalam antara 5.0 mm-7.5 mm.
• Semua tiang tengah dan mendatar dicat putih.
• Bola
• Sebiji bola keras, pejal dan kosong digunakan.
• Biasanya, permukaan bola adalah licin.
• Bola bewarna putih (warna lain digunakan dengan persetujuan oleh
kedua-dua pasukan)
• Berat bola 156 g (minimum) -163 g (maksimum)
• Lilitan bola : 224 mm (minimum) - 235 mm (maksimum)
• Kayu Hoki
• Kayu hoki hendaklah licin dan tidak boleh mengandungi tepi-tepian
tajam atau serpihan yang merbahaya.
• Tebal kayu dihadkan kayu mesti boleh melalui 1 gelung yang
mempunyai diameter 51 mm.
Kayu Hoki Boleh Melalui Gelung.
6
• Peralatan Asas Pemain
Kayu Hoki - yang memenuhi syarat
• Alatan Penjaga Gol
Pasukan lawan akan cuba merembat sekencang yang mungkin untuk
mendapatkan gol. Dengan bola yang boleh mencapai kederasan sekitar
160 km/j penjaga gol mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami
kecederaan jika tidak memakai pakiaan keselamatan. Untuk melindungi
kaki penjaga gol diwajibkan memakai ped di kakinya. Ped dipakai meliputi
kawasan pergelangan kaki sehingga ke lutut. Untuk memudahkan
pergeran penjaga gol Ped mestilah ringan. Pada biasanya di bina dari fibre-
glass dengan penutup kulit.
7
Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:
1. Dengan merujuk maklumat dari buku dan internet, jelaskan sejarah
perkembangan hoki di Malaysia dengan lebih terperinci.
2. Senaraikan peralatan yang digunakan dalam permainan hoki dan terangkan
perkembangannya.
8
1.3 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI
1.3.1 Menolak
Kemahiran ini boleh digunakan untuk membuat hantaran kepada rakan
sepasukan,tolakan ke dalam semasa pukulan sudut pendek atau untuk
menjaring. Perkara yang perlu dititikberatkan adalah kedudukan bahu dan kaki
serta daya tolakan dari kedua belah tangan untuk mendapat ketepatan arah
dan kederasan bola.
1.3.2 Memukul
Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola kepada kawan atau rakannya
pada jarak yang agak jauh atau membuat pukulan ke arah gol. Bagi tujuan
pukulan, perkara yang perlu dititikberatkan adalah ketepatan arah dan
kederasan bola. Ketepatan arah bola ditentukan dengan kedudukan bahu dan
kaki sementara kederasan bola ditentukan dengan daya pukulan daripada
kedua-dua belah tangan dan pemindahan berat badan.
9
1.3.3 Mengelecek Bola
Kemahiran menggelecek bola digunakan untuk mengawal bola sambil
melepasi pemain lawan. Aspek yang perlu dititik beratkan semasa melakukan
kemahiran ini ialah kepantasan dan kemahiran mengacah dengan
menggunakan pergerakan badan dan kayu. Bola sentiasa berada di hadapan
badan dan digerakkan dari sisi ke sisi.
1.3.4 Menguis
Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola tinggi melepasi pihak lawan
ke rakan atau untuk menjaringkan gol.
10
1.3.5 Merebut (Tackle)
Merebut adalah satu keupayaan merampas bola daripada penguasaan pihak
lawan. Sewaktu melaksanakan kemahiran ini, imbangan, koordinasi,
ketangkasan dan kesedaran ruang memainkan peranan yang penting.
Kemahiran ini dilakukan pada saat pihak lawan leka dan cuai. Antara cara
merebut dalam permainan hoki ialah:
• Merebut secara menghadang ( flat tackle)
• Merebut secara kilas (reverse tackle)
• Merebut secara melonjak (jab tackle)
1.3.6 Kemahiran Menjaga Gol
Kemahiran-kemahiran menjaga gol boleh dibahagikan kepada beberapa
bahagian:
• Kemahiran asas berdiri dan pergerakan melintasi gol
• Kemahiran menggunakan kaki dan pad
• Kemahiran menggunakan tangan dengan glove
• Kemahiran mengunakan badan sebagai banteng
• Kemahiran menggunakan kayu hoki
11
Penjaga gol penting bagi sesuatu pasukan. Seorang penjaga gol mesti berani,
mempunyai konsentrasi yang baik, kepantasan, masa tindak balas dan
fleksibiliti yang baik.
Perkara utama yang dititikberatkan adalah cara berdiri dalam keadaan
bersedia di hadapan pintu gol.
• Diri Sedia (Stance)
• Buka kaki seluas bahu, lutut dibengkokkan sedikit dan berat badan di
atas bebola kaki
• Badan dibongkokkan sedikit dan mata memandang bola
• Hulurkan tangan kiri ke tepi dengan siku bengkok sedikit, tapak
tangan menghala ke hadapan
• Tangan kanan memegang bahagian tengah kayu hoki pada paras
pinggang
AKTIVITI
Jelaskan mengapa teknik hantaran belakang boleh menjadi satu muslihat ketika
bermain hoki
Nyatakan dengan jelas posisi yang dicadangkan untuk penjaga gawang gol
12
UNIT 2 PERMAINAN BOLA TAMPAR
Hasil Pembelajaran Unit
Pada akhir unit pelajar dapat :
Menerangkan sejarah awal permainan bola tampar dan perkembangan
bola tampar di Malaysia
Mengenal pasti perbezaan di antara undang-undang dan peraturan
permainan bola tampar.
Mengaplikasikan strategi dan latihan dalam permainan bola tampar.
Mempraktikkan ilmu pengurusan, pengendalian dan pengelolaan sesuatu
kejohanan dan pertandingan.
Sinopsis
Modul ini memberikan gambaran sepintas lalu kepada pelajar berkenaan sejarah
perkembangannya di Malaysia dan organisasi yang bertanggungjawab dalam
mengurus tadbir permainan ini. Pelajar juga didedahkan kepada peraturan dan
undang-undang permainan bola tampar, strategi, latihan dan formasi permainan
serta bagaimana menguruskan kejohanan pertandingan bola tampar. permainan
bola tampar.
13
2.1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PERMAINAN BOLA TAMPAR
Pelopor permainan bola tampar - William G. Morgan
ialah seorang pengarah sukan YMCA,di Holyoke,
Massachusetts, Amerika Syarikat. Nama asal
permainan ini ialah „minoneete‟ dan kemudian
digantikan dengan nama „volleyball‟ oleh Dr. A.
Halstead pada tahun 1896. Sejak diperkenalkan,
permainan bola tampar terus menjadi satu permainan
rekreasi yang popular. Bagaimanapun, peraturan rasmi
yang pertama hanya diperkenalkan pada tahun 1916.
William G. Morgan
Permainan bola tampar diperkenalkan kira-kira seratus sepuluh tahun (110 tahun)
yang lalu, iaitu pada tahun 1895. Orang yang bertanggungjawab
memperkenalkannya ialah William G. Morgan. Beliau telah memperkenalkan
permainan tersebut di Holyoke, Massachussetts, Amerika Syarikat. Ketika itu
beliau mendapati permainan bola keranjang agak lasak dan bercadang untuk
memperkenalkan permainan yang seumpamanya tetapi kurang lasak. Pada
mulanya, permainan ini dinamakan „Mintonette‟, tetapi ditukar kepada „volley ball‟
kerana permainan tersebut banyak menggunakan pergerakan secara lambung
atau lambungan. Permainan tersebut menjadi agak popular. Tambahan pula ia
menggunakan tiub bola keranjang yang lebih lembut dan dapat mengurangkan
kecederaan dan kesakitan pada tangan para pemain.
Permainan ini mula dipopularkan di luar Amerika Syarikat pada 1900 di Kanada,
Cuba 1905, Puerto Rico 1909, Filiphina 1910, Uruguay 1912, China 1913 dan
Jepun 1917. Ia terus berkembang selepas Perang Dunia Pertama dan Perang
Dunia Kedua, terutamanya oleh tentera-tentera Amerika Syarikat. Pertubuhan
Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris pada tahun 1947. Kejohanan
Antarabangsa Pertama pula diadakan pada tahun 1949, iaitu hanya untuk kaum
lelaki sahaja. Hanya pada tahun 1952, kejohanan tersebut membuka penyertaan
kepada kaum wanita. Permainan ini kemudian maju setapak lagi apabila diterima
dan dipertandingkan di Sukan Olimpik, pada tahun 1964. Di Malaysia, permainan
bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1927. Persatuan Bola Tampar
Amatur Malaysia atau MAVA ditubuhkan pada tahun 1959.
Antara perubahan teknikal dan perkembangan yang penting yang berlaku dalam
permainan bola tampar adalah seperti berikut:
1900 - Sistem skor 21 poin diamalkan.
1912 - Sistem „bergilir‟ (rotation) diperkenalkan.
1916 - Undang-undang permainan diterbitkan.
1917 -
1918 - Sistem skor 15 poin diamalkan.
Bilangan pemain ditetapkan 6 orang sebelah dan tingi jaring ditetapkan
pada ketinggian 2.4 meter.
14
1921 - Garis tengah diwujudkan dalam gelanggang bola tampar.
1922 - Sentuhan tiga kali diperkenalkan.
1923 - Saiz gelanggang 9 meter x 18 meter dipiawaikan dan kekal sehingga kini.
1947 - IVBF (International Volleyball Federation) iaitu Persekutuan Bola Tampar
Antarabangsa ditubuhkan di Paris untuk mengawal permainan bola
tampar.
1949 - Kejohanan bola tampar sedunia untuk lelaki buat kali pertama diadakan di
Prague.
1964 - Permainan bola tampar (lelaki dan perempuan) menjadi salah satu acara
sukan dalam Olimpik di Sukan Olimpik di Tokyo.
.
2.1.1 Sejarah Bola Tampar
Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari Hong Kong
dan Negara China pada tahun 1930-an. Ketika itu banyak perlawanan
persahabatan dan pertunjukan telah diadakan di bandar utama seperti Pulau
Pinang, Kuala Lumpur dan Singapura atas usaha persatuan dan kelab kebajikan
Tionghua yang wujud pada masa itu. Di Malaysia, permainan bola tampar dikawal
oleh Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA - Malaysian Amateur
Volleyball Association) yang ditubuhkan pada tahun 1959.
Permainan ini adalah salah satu acara sukan yang dipertandingkan oleh pasukan
sekolah di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).
Selain itu, terdapat juga pertandingan di antara kelab-kelab, jabatan- jabatan
kerajaan dan bukan kerajaan yang dianjurkan untuk sukan bola tampar ini.
15
3.2 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN.
Undang-Undang Am
• Perlawanan atau permainan rasmi bola tampar dimainkan oleh dua
pasukan dan memerlukan sebiji bola dan sebuah gelanggang yang
dibahagi kepada 2 bahagian oleh jaring.
• Setiap pasukan terdiri daripada 6 orang pemain yang mempunyai
kemahiran asas untuk menampar bola melepasi jaring supaya pasukan
lawan tidak dapat menyambut pukulan bola tersebut.
• Setiap pasukan dibenarkan untuk memukul bola sebanyak 3 kali sebelum
dihantar ke pasukan lawan. Bola juga boleh ditampar sekali atau 2 kali
sahaja untuk melepasi jaring.
1. Kedudukan Pemain
• Pemain-pemain hendaklah berada pada kedudukan iaitu 3 orang di
barisan hadapan dan 3 orang di barisan belakang.
2. Putaran atau Edaran
• Setiap pemain boleh membuat servis beberapa kali berturut-turut
sehingga pasukannya melakukan kesalahan atau permainan tamat.
• Putaran mengikut arah jam.
3. Bermain di Jaring
• Apabila anda bermain di jaring anda boleh melompat setinggi yang boleh
tetapi tidak boleh meyentuh bola yang masih berada di kawasan lawan
iaitu semasa lawan sedang membuat serangan.
4. Pemain Gantian
• Seorang pemain simpanan boleh menggantikan setiap pemain dalam
pasukannya tetapi dia mesti mengambil kedudukan pemain yang
digantinya.
5. Peralatan
• Bola
• Mempunyai ukur lilit sepanjang 64cm - 66cm dan berat antara 255g -
284g.
• Bola terdiri daripada 12 keping kulit yang tidak terlalu lembut.
16
• Gelanggang
• Berukuran 18m x 9m termasuk garisan tepi selebar 5cm. Satu lagi
garisan lebar 5cm dipanggil “garisan tengah” membahagikan gelanggang
kepada 2 bahagian yang sama besar.
• Setiap kawasan ini mengandungi satu garisan 5cm lebar selari dan
sejauh 3.05m dari garisan tengah. Garisan ini dipanggil garisan merejam
di belakang gelanggang.
• Jaring
• Berukuran 1m lebar dan panjang sekurang-kurangnya 9.50m. Jaringan
selebar 10cm dan tebal berganda sebanyak 5m yang menggunakan
bahan kanvas atau linen yang lebar direntasi di bahagian atas jaring.
• Tinggi jaring di bahagian tengah hendaklah 2.43m untuk lelaki dan 2.24m
bagi wanita.
17
Peraturan Dan Undang-Undang Permainan
1. Susunan Giliran (Rotation Order)
• Susunan giliran untuk setiap pasukan yang ditetapkan pada permulaan
permainan haruslah kekal di sepanjang set permainan.
• 6 pemain berada dalam gelanggang. 3 pemain berada di sepanjang jaring
yang dikenali sebagai pemain hadapan.
• 3 pemain belakang pula terdiri daripada pemain kiri yang menduduki posisi
5, pemain tengah berada pada posisi 6 manakala pemain kanan di posisi
1.
DT : Pemain Depan Tengah BKr : Pemain Belakang Kiri
DKr : Pemain Depan Kiri BKn : Pemain Belakang Kanan
DKn : Pemain Depan Kanan BT : Pemain Belakang Tengah
2. Bola Dalam
• Dikatakan termasuk garisan sempadannya, apabila bola menyentuh
lantai gelanggang permainan.
3. Bola Keluar. Istilah bola keluar dikira apabila:
• Bola yang menyentuh lantai di luar garisan sempadan gelanggang.
• Bola menyentuh sesuatu yang berada di luar gelanggang seperti siling
atau orang yang berada di luar gelanggang permainan.
• Bola menyentuh antena, tali, tiang atau bahagian jaring yang berada di
luar antena penjalur tepi.
• Bola berjaya melintasi satah tegak jaring dengan keseluruhan atau
sebahagian bola berada di luar ruang lintasan.
18
4. Sentuhan Serentak.
• 2 atau 3 pemain boleh menyentuh bola dalam masa yang sama. Apabila
2 ahli daripada pasukan yang sama meyentuh bola secara serentak, ia
akan diambil kira sebagai 2 pukulan kecuali semasa menghadang.
• Sekiranya 3 pemain daripada pasukan yang sama menyentuh bola
dengan serentak, ia juga akan diambil kira sebagai 3 pukulan.
• Jika 2 atau 3 pemain daripada pasukan yang sama menghulur tangan
untuk memukul bola tetapi hanya seorang sahaja yang menyentuhnya,
maka ia hanya dikira sebagai satu pukulan.
• Untuk sentuhan serentak oleh kedua-dua pihak lawan di atas jaring dan
bola masih kekal dalam gelanggang, pasukan yang menerima bola masih
berhak membuat 3 pukulan lagi.
• Jika sentuhan serentak oleh kedua-dua pihak lawan mengakibatkan bola
pegang (held ball), maka ia dikenali sebagai kesalahan serentak dan
permainan akan dimainkan semula.
5. Kesalahan Semasa Bermain Bola
Anda tidak dibenarkan melakukan perkara berikut:
• Pasukan yang menerima servis tidak boleh melakukan lebih daripada 3
sentuhan. Contohnya, pasukan tersebut memukul bola sebanyak 4 kali
sebelum bola dikembalikan kepada pihak lawan.
• Pukulan yang dilarang (irregular hit) ialah apabila bola menyentuh
bahagian bawah lutut seorang pemain.
• Pukulan yang dibantu (assisted hit) iaitu pemain yang menerima bantuan
daripada rakannya atau sebarang objek supaya dapat mencapai bola
dalam kawasan gelanggang.
• Bola pegang (held ball) iaitu apabila pemain tidak memukul bola dengan
betul. Contohnya bola dipegang, diangkat, ditolak, dibawa atau dilontar.
• 2 sentuhan (double contact iaitu pemain memukul bola 2 kali berturut- turut
atau bola menyentuh beberapa bahagian badanya secara berturutan.
6. Kesalahan Pemain di Jaring.
Anda tidak dibenarkan melakukan pekara berikut :
• Menyentuh bola atau pihak lawannya di dalam kawasan lawan sebelum
atau semasa pukulan dilakukan oleh pihak lawannya.
• Masuk ke dalam kawasan pihak lawan di bawah jaring dan mengganggu
pihak lawan bermain.
• Masuk gelanggang lawan, sama ada secara sengaja atau tidak.
• Menyentuh jaring.
7. Servis Pertama Bagi Sesuatu Set.
Pasukan yang akan memulakan servis akan ditentukan oleh lambungan
duit syiling.
Melakukan Servis :
• Mesti memukul bola dalam masa 5 saat selepas pengadil meniup wisel.
19
• Seandainya bola yang telah dilambung oleh pemain yang membuat servis
mendarat tanpa disentuh, ia dianggap sebagai satu percubaan servis.
• Semasa melakukan pukulan servis atau melonjak bagi servis lompat,
anda tidak boleh menyentuh gelanggang, termasuk garisan belakang atau
lantai di luar zon servis.
Kesalahan Servis :
• Kesalahan-kesalahan berikut akan mengakibatkan berlakunya pertukaran
servis kepada pihak lawan, sekiranya pemain yang membuat servis;
• Melanggar susunan atau aturan servis.
• Tidak melakukan servis dengan betul.
• Melanggar peraturan percubaan servis.
8. Kesalahan Pukulan Serangan.
Beberapa contoh kesalahan pukulan serangan (attach hit faults) yang
sering dilakukan oleh pemain ialah:
• Pemain memukul bola daripada pihak lawan (the playing space of the
opposing team).
• Pemain memukul bola keluar.
• Pemain barisan belakang melengkapkan pukulan serangan dari zon
depan dan keseluruhan bola itu berada di atas paras atas jaring semasa
pukulan dibuat.
• Pemain melengkapkan sesuatu pukulan serangan ke atas servis lawan
apabila keseluruhan bola itu berada di zon depan dan di atas paras atas
jaring.
9. Kesalahan Menghadang.
• Penghadang menyentuh bola dalam kawasan lawan sama ada sebelum
atau serentak dengan pukulan serangan lawan.
• Bola menyentuh penghadang pada sebarang bahagian bawah lututnya.
• Sebagai pemain barisan belakang, dia melengkapkan satu hadangan
atau menyertai sesuatu hadangan yang lengkap.
• Pemain menghadang bola dalam kawasan lawan dari luar antena.
• Pemain menghadang bola servis pihak lawan.
• Bola dihantar keluar melalui hadangan.
10. Gangguan Biasa Dalam Permainan.
• Gangguan atau pemberhentian sementara yang biasa berlaku dalam
permainan bola tampar merujuk kepada masa berhenti (time-out) dan
penggantian pemain (player substitution).
• Tempoh masa bagi sesuatu masa berhenti ialah 30 saat. Setiap pasukan
berhak meminta untuk berhenti tidak lebih daripada 2 kali untuk setiap set.
Pada waktu berhenti, pemain-pemain yang sedang bernain mestilah pergi
ke zon bebas yang berhampiran dengan bangku pasukan mereka.
• Setiap pasukan berhak menggantikan enam pemain untuk setiap set.
Pada ketika permintaan dibuat, pemain-pemain mesti bersedia untuk
masuk atau berdiri berhampiran dengan jurulatih. Jika tidak, penggantian
20
itu tidak akan dibenarkan dan pasukan tersebut akan dikenakan denda
kerana lewat membuat penggantian.
11. Pelanggaran Undang-undang dan Penalti
Pelanggaran undang-undang tertentu boleh didenda dengan memberi 1 mata
kepada pasukan lawan. Anda terkeluar daripada kedudukan anda apabila :
• Anda membuat servis dan tidak berada di kawasan servis sebelum bola
itu disentuh.
• Anda tidak berada pada tertib putaran ketika bola disentuh.
• Pemain-pemain daripada pasukan yang membuat servis cuba
menghalang pandangan pasukan penerima semasa servis.
• Anda membuat servis bukan pada giliran anda.
• Pemain baris belakang cuba membuat halangan pada jaring.
• Pemain di bahagian belakang gelanggang memasuki kawasan merejam
gelanggang hadapan untuk membuat rejaman.
• Pemain gantian memasuki semula gelanggang untuk meneruskan
perlawanan tetapi pada tempat selain daripada tempat pemain yang
digantikan olehnya sebelumnya.
12. Melibatkan Penggantian dan masa berhenti
• Pemain ganti tidak melaporkan diri kepada pencatat masa.
• Pemain memasuki gelanggang perlawanan lebih daripada 3 kali.
• Pasukan mengambil lebih daripada 2 masa berhenti yang dibenarkan.
13. Melibatkan Kelakuan
• Cuba mengalihkan atau mengganggu perhatian pihak lawan dengan
menjerit atau menghentakkan kaki.
• Pemain, pemain gantian, jurulatih atau pengurus mengeluarkan kata-
kata kesat, menghina dan kurang sopan terhadap pasukan lawan.
• Pemain gantian, jurulatih atau wakil pasukan memasuki gelanggang
ketika perlawanan sedang berlangsung.
• Pemain, pemain gantian, jurulatih atau pengurus cuba menangguhkan
perlawanan.
14. Situasi yang menyebabkan perlawanan dimulakan semula.
• Apabila pengawai tersilap membunyikan wisel dan menghentikan
perlawanan.
• Apabila objek asing termasuk ke dalam gelanggang semasa bermain.
• Apabila kemalangan berlaku semasa perlawanan dan pegawai
merasakan adalah lebih baik menghentikan permainan atas sebab- sebab
keselamatan.
• Apabila pemain daripada kedua-dua pasukan melakukan kesalahan
serentak.
21
2.3 KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR
Permainan bola tampar dipertandingkan sehingga ke peringkat antarabangsa.
Permainan bola tampar boleh dimainkan di gelanggang sama ada di luar atau
di dalam dewan. Di peringkat sekolah rendah, permainan ini dikenali sebagai
bola tampar mini.
Kemahiran asas dalam permainan bola tampar ialah :
• Servis
• Menyangga
• Mengumpan
• Merejam
• Meghadang
1. Kemahiran Servis
Permainan dimulakan dengan servis. Oleh itu ia merupakan kemahiran yang
penting dalam permainan. Terdapat tiga kaedah servis yang dibenarkan:
• Servis cedok atau servis bawah
• Servis gaya tenis
• Servis lompatan
Servis yang baik memerlukan keseragaman, kecekapan dan ketepatan
daripada pembuat servis. Putaran boleh ditambah dalam kesemua tiga
kaedah itu dengan memukul merentasi dan melalui bola semasa membuat
servis.
Pembuat servis mesti berdiri di mana-mana bahagian sepanjang garisan
belakang gelanggang. Pembuat servis tidak boleh memijak garisan
gelanggang sebelum bola dipukul. Selepas melakukan servis, dia boleh
masuk ke dalam gelanggang. Jika bola jatuh ke tanah tanpa disentuh oleh
pembuat servis, servis itu dibuat sekali lagi iaitu dalam masa 8 saat setelah
wisel ditiup oleh pengadil.
Servis dianggap betul jika bola bergerak:
• melepasi bahagian atas jaring,
• masuk ke dalam gelanggang pihak lawan di antara dua antenna tegak
yang menandakan lebar gelanggang.
Servis adalah batal jika bola:
• menyentuh jaring dan jatuh di dalam gelanggang sendiri
• melepasi luar antenna jaring
• menyentuh seorang pemain atau sesuatu objek sebelum masuk ke
gelanggang pihak lawan.
• melepasi bahagian bawah jaring.
• mendarat di luar had kawasan gelanggang.
22
NOTA:
• Bola dipukul pada bahagian isi tapak tangan.
• Bola dilambung antara 30cm - 45 cm.
• Ikut lajak setelah bola meninggalkan tangan
• Tangan akan ikut lajak setelah memukul bola. Kaki yang bengkok
diluruskan.
23
2. Kemahiran Menyangga (Dig)
Menyangga ialah kemahiran mengawal bola yang diterima. Kemahiran ini juga
bertujuan untuk menaikkan atau melambungkan bola ke udara. Hantaran ini
adalah hantaran bawah tangan yang menggunakan kedua belah tangan (a
two handed underhand pass). Ia digunakan terutamanya untuk menerima
servis dan serangan-serangan daripada pihak lawan. Kemahiran ini juga
digunakan apabila bola menghampiri lantai dan pemain tidak sempat
mengambil posisi yang baik. Kemahiran ini juga digunakan sebagai teknik
menahan bagi menyelamatkan hantaran dan juga mengawal bola.
Dalam kemahiran ini terdapat beberapa cara memegang tangan tetapi cara
seperti dalam gambar rajah di bawah amat disyorkan.
NOTA:
• Jangan kuncikan jari-jari dan pastikan ibu jari selari.
• Kuncikan siku dan luruskan lengan serta pergelangan tangan.
• Mainkan bola pada bahagian keras lengan iaitu di atas pergelangan
tangan.
• Kaki dibengkokkan dengan sebelah kaki di depan dan sebelah lagi di
belakang.
• Selalu menghadap pada sasaran yang ingin dihantarkan bola.
• Bola dipukul dengan meluruskan kaki dan lengan. Jangan hayun tangan
terlalu tinggi. Tangan dan badan harus relaks dan bola dihantar tinggi.
24
Kemahiran menyangga dari atas juga merupakan kemahiran mengumpan.
Istilah „mengumpan‟ (setting) digunakan apabila hantaran dibuat supaya
rejaman dapat dilakukan oleh seorang pemain yang lain.
3. Kemahiran Mengumpan (Setting)
Mengumpan ialah kemahiran melambungkan bola ke udara bagi
membolehkan rakan sepasukan melakukan rejaman. Mengumpan boleh
dilakukan sama ada melalui atas kepala (overhead) atau bawah tangan (under
arm). Posisi pemain, posisi bola dan kelajuannya akan menentukan jenis
hantaran yang akan dibuat.
• Hantaran atas kepala (overhead)
Kemahiran ini digunakan untuk menhantar bola (in passing), mengumpan (in
setting) dan menghantar bola yang tinggi dan jauh (playing long high balls) ke
belakang gelanggang lawan. Kadang kala ia juga digunakan untuk
menjatuhkan bola secara ringan melintasi jaring. Hantaran atas kepala
menggunakan dua belah tangan untuk memastikan bola dalam posisinya
supaya dapat mengumpan untuk serangan, atau menghantar bola melintasi
jaring.
NOTA:
• Jari dibuka dan ibu jari ditarik ke belakang dalam bentuk segi tiga.
• Bergerak di bawah bola sebelum melakukan umpanan.
• Tangan dalam bentuk separuh bulat untuk menyokong bola.
• Bola ditolak keluar ikut lajak apabila bola dilepaskan
4. Kemahiran Merejam (Spiking)
Merejam ialah kemahiran untuk mematikan bola dalam gelanggang pihak
lawan bagi mendapatkan mata. Pemain perlu memukul bola dengan tapak
tangan dengan kencang ke kawasan pihak lawan. Kemahiran ini digunakan
untuk mendapat skor. Merejam adalah bola yang dihantar dengan membuat
smash ke bawah dalam gelanggang lawan. Perejam berdiri dekat dengan
jaring, menghadap arah daripada mana bola akan datang. Semasa bola mula
menurun, perejam melompat tinggi ke udara dan menghayunkan tangan
kanan atau kiri ke atas untuk memukul bola ke bawah ke dalam gelanggang
pihak lawan.
25
Rejaman terbahagi kepada dua iaitu :
• Rejaman berdiri
• Rejaman sambil berlari
Rajah : Berlari, melompat dan merejam
5. Kemahiran Menghadang (Blocking)
Menghadang ialah kemahiran untuk menghalang rejaman yang dilakukan oleh
pihak lawan. Kemahiran ini memerlukan kuasa otot kaki semasa melakukan
lompatan. Lazimnya tindakan menghadang diamalkan untuk menentang
smesy yang dilakukan oleh pihak lawan. Hadangan (blocking) yang berkesan
akan menyebabkan bola mati dalam gelanggang pihak yang membuat smesy.
Menyentuh jaring semasa hadangan adalah satu kesalahan.
• Menghadang
26
Nota :
• Gunakan gerakan sisi semasa membuat pergerakan sepanjang jaring
untuk pemain baharu.
• Pastikan pemain sentiasa mengangkat tangan pada paras bahu semasa
hendak membuat hadangan.
• Sentiasa memerhatikan bola.
• Lompat menegak dan jangan menyentuh jaring.
Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media
Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang kemahiran-kemahiran
permainan bola tampar dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut
terhadap lain-lain sumber rujukan serta mengadakan perbincangan dengan
rakan-rakan.
27
UNIT 3 OLAHRAGA
Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:
menjelaskan secara ringkas perkembangan sejarah olahraga
antarabangsa dan Malaysia
menyatakan dan menjelaskan acara-acara olahraga
menyatakan peralatan dan ukuran balapan yang digunakan dalam olahraga
menjelaskan teknik asas lari pecut, lompat jauh dan lontar peluru.
menjelaskan undang-undang dan peraturan
Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi sejarah dan perkembangan olahraga di
peringkat antarabangsa dan Malaysia. Modul ini juga mendedahkan jenis-jenis
acara olahraga, peralatan dan ukuran untuk acara padang dan balapan.
3.1 SEJARAH OLAHRAGA
3.1.1 Sejarah dan perkembangan
Tahukah anda bahawa olahraga merangkumi beberapa acara yang berasaskan
kepada aktiviti fizikal yang bersifat saingan atau perlumbaan. Bagaimanakah
acara olahraga boleh dikategorikan?
Ia merangkumi beberapa acara berlainan yang menggunakan pergerakan-
pergerakan asas seperti berlari, membaling dan melompat. Pengelolaan
kejohanan olahraga secara tersusun dikatakan telah bermula pada zaman klasik
lagi terutamanya Sukan Olimpik Kuno.
Mungkin anda telah mengetahui bahawa olahraga bermula dari Sukan Olimpik
Moden pertama yang telah dijalankan di Athens dalam tahun 1896 dan
tertubuhnya Persatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) pada tahun 1912.
Antara sukan-sukan besar yang mendapat liputan meluas di peringkat
antarabangsa adalah Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Semua
ini merupakan elemen yang penting dalam Sukan Olimpik Moden dan dipraktikkan
di semua negara kerana nilai pendidikan dan peranannya dalam meningkatkan
keadaan fizikal individu. Ia juga merupakan asas yang diperlukan untuk prestasi
optimum dalam sukan lain disamping menawarkan peluang kepada penyelidik
untuk mengkaji pergerakan manusia.
28
3.1.2 Acara-Acara Olahraga
Anda biasa mendengar dan melihat banyak acara dalam olahraga. Acara-acara
tersebut boleh dibahagikan kepada dua bahagian iatu acara balapan dan acara
padang.
i. Acara balapan boleh dikategorikan seperti berikut:
• Acara lari pecut (jarak dekat) : 100 m, 200 m dan 400 m
• Acara lari jarak sederhana : 800 m, dan 1500 m
• Acara lari jarak jauh : 3000 m, 5000 m dan 10000 m
• Acara lari berganti-ganti : 4 x 100 m, 4 x 200 m dan 4 x 400 m
• Acara lari berpagar : 100 m (P),110 m (L) dan 400 m (L&P)
ii. Acara padang pula terdiri daripada:
• Acara balingan : Merejam lembing, melempar cakera, melontar peluru
• Acara lompatan dan membaling tukul besi
: lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang dan lompat
bergalah
3.2 PERALATAN DAN UKURAN PADANG
Peralatan dan Ukuran
Untuk menjalankan sesuatu kejohanan olahraga sebuah trek atau balapan perlu
diadakan sama ada di atas padang rumput mahupun padang tiruan. Dengan
adanya balapan larian sesuatu acara balapan dapat dijalankan dengan
sempurna. Panjang balapan biasanya dibina sepanjang 200 meter, 300 meter dan
400 meter, bergantung kepada keluasan sesuatu kawasan. Di peringkat
antarabangsa, trek mengandungi lapan lorong sejauh 400 meter. Tiap-tiap lorong
lebar minima 1.22 meter dan maksima 1.25 meter . Di peringkat sekolah, panjang
trek boleh diubah suai kepada 200 meter atau 300 meter jika padang sekolah
tidak cukup besar untuk trek 400 meter.
Untuk menjalankan suatu aktiviti atau pertandingan acara lompatan dan lontaran,
suatu gelanggang/ sektor perlu diadakan sama ada di atas padang rumput
mahupun padang tiruan. Dengan adanya gelanggang/ sektor, sesuatu acara
padang dapat dijalankan dengan sempurna dan disamping memberi peluang
kepada peserta mematuhi peraturan acara yang ditetapkan. Pembinaan
gelanggang/ sektor yang piawai, bergantung kepada keluasan sesuatu kawasan
dan kesesuaian tempat dari segi faktor keselamatan. Di peringkat antarabangsa
dan kebangsaan, kebanyakan gelanggang/ sektor disediakan di suatu tempat
yang telah diatur mengikut pelan yang dirancang seperti contoh sebuah stadium.
Bagaimana pun di peringkat sekolah, penyediaan gelanggang/ sektor boleh
diubah suai berdasarkan keperluan dan kawasan yang ada.
29
• Ukuran Balapan D C
CONTOH BALAPAN 200 METER
UKURAN ASAS
AB=CD = 39.99 m
JK=KH=JH=EF=FG=GH = 9.60m
LG=LM=GM=HP=PN=NH= 25.50m
AK=PK=JN=JD=BE=EL=FM=FC= 15.90m
LORONG KA/KP JEJARI JN/JD LURUS EB/EL JEJARI FC/FM LURUS
Lorong 1 15.90 15.90 15.90 15.90
Lorong 2 17.15 HP/HN 17.15 AB 17.15 GL/GM 17.15 CD
Lorong 3 18.40 25.50 18.40 39.99 18.40 25.50 18.40 39.99
Lorong 4 19.65 26.75 19.65 39.99 19.65 26.75 19.65 39.99
Lorong 5 20.90 28.00 20.90 39.99 20.90 28.00 20.90 39.99
Lorong 6 22.15 29.25 22.15 39.99 22.15 29.25 22.15 39.99
Lorong 7 23.40 30.50 23.40 39.99 23.40 30.50 23.40 39.99
Lorong 8 24.65 31.75 24.65 39.99 24.65 31.75 24.65 39.99
33.00 39.99 33.00 39.99
34.25 39.99 34.25 39.99
JARAK LORONG BALAPAN
Lengkung Lengkung Lengkung Lurus Lengkung Lengkung Lengkung Lurus
ND AB BL LM MC CD
LORONG AP PN 16.65 39.99 16.65 26.71 16.65 39.99 Jumlah
17.96 39.99 17.96 28.02 17.96 39.99 200.00
Lorong 1 16.65 26.71 19.27 39.99 19.27 29.33 19.27 39.99 207.86
20.58 39.99 20.58 30.63 20.58 39.99 215.71
Lorong 2 17.96 28.02 21.89 39.99 21.89 31.94 21.89 39.99 223.57
23.20 39.99 23.20 33.25 23.20 39.99 231.42
Lorong 3 19.27 29.33 24.51 39.99 24.51 34.56 24.51 39.99 239.28
247.13
Lorong 4 20.58 30.63 25.82 39.99 25.82 35.87 25.82 39.99 254.99
Lorong 5 21.89 31.94
Lorong 6 23.20 33.25
Lorong 7 24.51 34.56
Lorong 8 25.82 35.87
30
• Keperluan Awal Membina Balapan
• Tentukan keluasan padang untuk ;
✓ Balapan 400 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong
✓ Balapan 300 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong
✓ Balapan 200 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong
A m x B m = AB m2 ( luas )
• Keluasan sebenar padang dan keupayaan lorong
Balapan Bil. Lorong Keluasan
400 meter 8 > 16,804.17 m2
6 > 15,482.82 m2
300 meter 8 > 10,248.86 m2
6 > 9,219.36 m2
200 meter 8 > 5,448.86 m2
6 > 4,710.18 m2
• Pelan balapan mengikut ukuran yang telah dipilih berdasarkan
keupayaan padang.
Panjang padang = x meter
Lebar padang = y meter
Jumlah lorong = 8 / 6 / 4 lorong
Lebar lorong = 1.21 m – 1.23 m
Lebar/Tebal garisan = 5 cm
31
• Keperluan Alatan Membuat Balapan
✓ Besi penanda ( 15 batang )
✓ Pita ukur ( fibre glass tahan panas ) 100 meter
✓ Pita ukur ( steel ) 50 meter
✓ Pita ukur ( steel ) 30 meter
✓ Kabel / Dawai 3mm ( 60 meter )
✓ Tali ( 7mm – 10mm ) 120 meter
✓ Paku 20cm ( 20 batang )
✓ Kereta minyak / cat
✓ “Roller” atau berus cat ( 5cm )
✓ Tukul besi
Nota:
• Penanda perlu menggunakan besi yang panjangnya antara 30cm - 50 cm
• Pita ukur;
Pita fibre - Ketahanan pada panas yang tidak akan berubah pada suhu
padang. Pita ukur plastik atau fibre bermutu rendah akan mudah mengembang
pada suhu tinggi dan mengecut pada suhu rendah.
Pita besi - Disyorkan untuk mengelakkan berlakunya pita ukur mengembang.
Penggunaan pita ukur berbeza panjang adalah untuk memudahkan kerja
mengukur di jarak yang bersesuaian.
• Peralatan Asas Balapan
✓ Lebar lorong antara 1.22 meter (minimum) hingga 1.25 meter
(maksimum)
✓ Tiap garisan lebarnya ialah 5 cm.
✓ Garisan permulaan dan garisan penamat, lebar garisan ialah 5 cm.
✓ Garisan memotong ( cut-in ) 5 cm.
✓ Tiang penamat;
- Tinggi tiang = 1.50 m
- Tebal tiang = 2.00 – 3.00 cm
- Lebar tiang = 5 cm
✓ Bendera Memotong ( Cut-in )
- Tinggi tiang = 1.50 m
- Bendera = 30 cm x 40 cm
32
• Zon-zon di balapan;
• Zon Pertukaran Baton
Zon Menerima baton Zon Menunggu
10.00 m 10.00 m 10.00 m
• Garisan memotong ( cut-in )
• Gelanggang/ Sektor Acara Padang ( Lompat Jauh Dan Lontar Peluru )
Sektor / Gelanggang
• Sektor / Gelanggang Lompat Jauh
Spesifikasi Sektor Lompat Jauh;
✓ Terdapat landas lari yang berjarak tidak kurang dari 45 meter
✓ Terdapat papan lonjak yang mempunyai panjang minima 1.22 meter dan
lebar 300 mm. Papan dicadangkan cat dengan warna putih
33
✓ Terdapat kawasan mendarat yang berukuran 2.75 m x 9.00 m
✓ Kawasan mendarat perlu diletakkan dengan bahan yang lembut seperti
pasir
• Sektor Lontar Peluru
34
Spesifikasi Kawasan Lontar Peluru;
✓ Terdapat bulatan lontaran yang bergaris pusat 2.135 meter (Lihat rajah di
atas)
✓ Terdapat dua garis lurus bersudut 34.92 darjah mengunjur keluar dari pusat
bulatan yang dikenali kawasan mendarat lontaran
✓ Terdapat satu bungkah penghadang yang diletak diatas garisan dibahagian
bulatan bersudut ( seperti rajah )
Aktiviti 1
3. Dengan merujuk maklumat dari buku dan internet, jelaskan sejarah
perkembangan olahraga di Malaysia dengan lebih terperinci.
4. Senaraikan acara-acara balapan dan acara padang yang dipertandingkan
pada peringkat sekolah rendah di kejohanan Olahraga MSSM.
35
3.3 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS OLAHRAGA
3.3.1 Acara Balapan
• Lari pecut 100 meter
Lari pecut 100 meter memerlukan seseorang berlari sepantas mungkin dalam
jarak dekat yang memerlukan tenaga yang tinggi iaitu sistem tenaga
anaerobik. Faktor yang mempengaruhi kepantasan ialah kekerapan langkah
dan panjang langkah. Dalam pertandingan, acara lari pecut menggunakan
teknik permulaan gaya dekam.
36
Lari pecut boleh dibahagikan kepada fasa-fasa berikut:
i. Fasa permulaan
• Kedudukan Dekam
Permulaan Gaya Peluru (Bullet Start)
✓ Berdiri di blok, rapat kepada garisan
✓ Blok hadapan diletak 1 ½ tapak dari garisan permulaan dan blok
belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan
✓ Letakkan kaki di blok
✓ Jari kaki belakang segaris dengan tumit kaki hadapan
✓ Ruang di antara 2 tapak kaki adalah seluas buku penumbuk
Permulaan Gaya Sederhana (Medium)
✓ Blok di hadapan berada 1 ½ tapak dari garisan permulaan dan blok
belakang 2 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan
✓ Lutut kaki belakang segaris dengan hujung jari kaki hadapan
✓ Ruang di antara 2 tapak kaki adalah seluas buku penumbuk
Permulaan Gaya Panjang (Elongated)
✓ Blok hadapan diletak 1 ½ tapak dari garis permulaan dan blok belakang 3
tapak dari bahagian hadapan blok hadapan
✓ Lutut kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan
✓ Ruang di antara 2 tapak kaki adalah seluas buku penumbuk
• Kedudukan tangan, kepala dan leher
✓ Kedua belah tangan lurus dan dibuka seluas bidang bahu.
✓ Ibu jari dan jari penunjuk dibuka luas dengan jari-jari lain rapat di antara
satu sama lain, diletak di belakang garis permulaan.
✓ Kepala dan leher didongak, mata pandang ke hadapan
• Kedudukan Sedia
✓ Badan diangkat dan condong ke hadapan
✓ Kedua tangan lurus menahan berat badan
✓ Kaki belakang hampir lurus
✓ Kepala pandang hadapan (1 m - 1.5 meter)
• Kedudukan Berlepas
✓ Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan pantas serta tahap
rendah
✓ Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya
✓ Dimulakan dengan larian / pecutan dalam jarak 30 m - 60 m, kedudukan
badan condong ke hadapan dan mula menegak
✓ Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini
37
ii. Fasa Larian
✓ Lutut diangkat tinggi dengan langkahan panjang dan pantas.
✓ Kedudukan badan mula menegak dan kedudukan kepala memandang ke
hadapan dalam keadaan rehat.
✓ Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.
✓ Berlari dengan tahap kelajuan maksima sehingga ke garisan penamat.
iii. Fasa penamat
• Faktor yang paling penting untuk menamatkan larian ialah untuk berlari
10m lebih dari jarak larian sebenar.
Contoh :- untuk larian 100m, pelari haruslah berlari sejauh 110 m.
• Pelari akan terus memecut serta mengekalkan kelajuan melintasi
garisan penamat.
• Tonjolkan bahagian torso (badan - dada) ke hadapan
• Bahu diangkat dan tangan ditarik ke belakang
• Lari Pecut 200 meter dan 400 meter
Untuk lari pecut 200 meter dan 400 meter, semua fasa-fasa larian adalah sama
dengan lari pecut 100 meter yang memerlukan seseorang berlari sepantas
mungkin yang memerlukan tenaga yang tinggi iaitu sistem tenaga anaerobik.
Faktor yang mempengaruhi kepantasan ialah kekerapan langkah dan panjang
langkah.
38
Teknik Lari Pecut 200 meter dan 400 meter
• Berlari dengan hujung kaki.
• Berlari langkah panjang dengan lutut diangkat sekurang-kurang aras
pinggang.
• Berlari dengan pecutan yang makin meningkat dari awal permulaan
hingga ke penamat.
• Berlari seberapa hampir dengan garisan bahagian dalam lorong masing-
masing terutama di selekoh.
• Berlari dengan kedudukan badan condong ke kiri semasa di selekoh.
• Sebaik-baiknya pelari berlari terus melepasi garisan penamat tanpa
memikirkan untuk mendada.
Aktiviti 2
1. Senaraikan 3 gaya untuk permulaan lari pecut.
2. Berdasarkan pembacaan anda, nyatakan perbezaan utama dalam ketiga-tiga
gaya permulaan lari pecut.
39
3.3.2 Acara Padang
Selain dari acara-acara trek, anda juga perlu tahu acara-acara padang. Acara
padang terdiri daripada acara lompatan dan balingan. Acara-acara ini boleh
dipertandingkan serentak dengan acara trek kerana ia dijalankan di bahagian
dalam trek. Acara-acara padang memerlukan peralatan dan kawasan tertentu.
Acara lompat jauh dan lompat tinggi adalah dua acara yang sering dipertanding-
kan dalam acara lompatan. Kebanyakan acara lompatan memerlukan aspek
kepantasan, koordinasi, kelenturan dan kuasa yang tinggi.
a. Acara Lompatan
• Lompat Jauh
Terdapat tiga gaya yang biasa digunakan dalam acara lompat jauh iaitu :
i. gaya layar,
ii. gaya gantung dan
iii. gaya tendang kayuh.
40