KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)
MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)
MODUL PENDIDIKAN ISLAM
PIMKD2023
PENGAJIAN AKIDAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250
JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA
Berkuat Kuasa Mulai November 2018
i
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin.
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan
yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan
sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam
apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun,
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG
BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA
PERGURUAN MALAYSIA.
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
Cetakan November 2018
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
ii
KANDUNGAN
MUKA SURAT
Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis Hak ii
Pengarang
Kandungan iii
Panduan Pelajar iv
Pengenalan vi
Agihan Tajuk vii
UNIT 1 PENGENALAN AKIDAH 1
UNIT 2 ILMU KALAM 11
UNIT 3 SIFAT-SIFAT ALLAH 20
UNIT 4 SIFAT DAN MUKJIZAT RASULULLAH S.A.W 25
UNIT 5 PERKARA GHAIBIYYAH 31
UNIT 6 ISU-ISU PENYELEWENGAN AKIDAH DAN KESANNYA 53
Bibliografi 65
Panel 66
Simbol 67
iii
PANDUAN PELAJAR
PENGENALAN
Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran
agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk
mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.
SASARAN KURSUS
Pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) yang mendaftar dengan Institut
Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran
yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan
sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan
bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.
JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)
Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM)
dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana
interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah
pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara
kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40%
lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran
iv
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai.
Pensyarah dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara
langsung dalam talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil dari Maklumat
Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.
SUSUNAN UNIT MODUL
Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang
konsisten:
1. Hasil Pembelajaran Unit
2. Sinopsis
3. Kandungan Unit
4. Penulisan berkaitan kandungan unit
5. Latihan
6. Panduan pelaksanaan dalam talian bagi tajuk yang berkaitan
Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat
media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
IKON
Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar
pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.
PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN
Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh
dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan bertulis
ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang
pelajar pelajari secara interaksi bersemuka dan modul.
v
PENGENALAN
Kursus ini memberi tumpuan kepada pengenalan akidah Islam, ilmu kalam, sifat-sifat
Allah, sifat dan mukjizat Rasulullah SAW, perkara ghaibiyyat dan isu-isu
penyelewengan akidah dan kesannya
Hasil Pembelajaran
1. Menghuraikan pengertian dan konsep ketuhanan, kenabian dan ghaibiyyat.
2. Menganalisis perbahasan ilmu kalam, sifat-sifat Allah, sifat-sifat Rasul, perkara
ghaibiyyat dan isu-isu penyelewengan akidah.
3. Membincangkan isu-isu penyelewengan akidah dan kesannya terhadap
pembentukan jati diri muslim.
vi
AGIHAN TAJUK
Panduan Kepada Pengguna
Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah
pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara
kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40%
lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.
JUMLAH JAM
INTERAKSI BERSEMUKA
60%
KESELU- 27 JAM
RUHAN
TAJUK/ TOPIK 45 JAM KULIAH/
1. Pengenalan Akidah
TUTORIAL/ DALAM
AMALI TALIAN MODUL
40%
40% 20%
18 JAM
18 JAM 9 JAM
Pengertian Akidah (K/M) 8 4 13
Kepentingan akidah
dalam Islam (K/M)
Skop Perbahasan Ilmu
Akidah (K/M)
- Al-Uluhiyyah (K/DT)
- Al-Nubuwwah (K/DT)
- Al-Sam’iyyah wa al-
Ghaybiyyah (K/DT)
2. Ilmu Kalam
Mazhab Ilmu Kalam (K/M) 6 3 12
- Ahli Sunnah wal
Jamaah (K/M)
- Muktazilah (K/M)
- Qadariah (K/M)
- Jabariah (K/M)
Perbahasan Ilmu Kalam
(K/DT)
- Af’alul Lah (DT)
- Af’alul Ibad (DT)
3. Sifat-Sifat Allah
Sifat Nafsiyyah (K/M) 6 2 22
Sifat Salbiyyah (K/M)
Sifat Ma’ani (K/M)
Sifat Ma’nawiyyah (K/M)
Sifat Uluhiyyah (K/M)
vii
JUMLAH JAM
INTERAKSI BERSEMUKA
60%
KESELU- 27 JAM
RUHAN
TAJUK/ TOPIK 45 JAM KULIAH/
Asmaa’uLllah (DT)
TUTORIAL/ DALAM
AMALI TALIAN MODUL
40%
40% 20%
18 JAM
18 JAM 9 JAM
4. Sifat dan Mukjizat 6 2 22
Rasulullah SAW 6 1 14
Sifat (K/M)
- Siddiq (M)
- Amanah (M)
- Tabligh (M)
- Fatanah (M)
Mukjizat (K)
- Hissi (DT)
- Ma’nawi (DT)
5. Perkara Ghaibiyyah
Alam barzakh (K/M/DT)
Alam Akhirat (K/M/DT)
6. Isu-Isu Penyelewengan 13 6 25
Akidah dan Kesannya 45 JAM 18 JAM
9 JAM 18 JAM
Khurafat (K/M)
Ajaran-Ajaran Sesat Di
Malaysia (K/M)
Ideologi (DT)
Isu-isu semasa berkaitan
al- nubuwwah dan al- Qur’an
(K/DT)
JUMLAH
Nota:
K - Kuliah, T - Tutorial, A - Amali, M - Modul, DT - Dalam Talian
viii
PENGENALAN AKIDAH
TAJUK 1
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, pelajar dapat :
i. Menghuraikan pengertian dan kepentingan akidah dalam Islam
ii. Menghuraikan konsep Al-Uluhiyyah, Al-Nubuwwah dan Al-Sam’iyyah wa
al-Ghaybiyyah
SINOPSIS
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai definisi akidah,
asas-asas akidah Islam, kepentingan akidah seterusnya konsep-konsep al-Uluhiyyah, al-
Nubuwwah dan al-Ghaibiyyah
KERANGKA TAJUK
1.1 Pengertian Akidah
1.2 Kepentingan Akidah dalam Islam
1.3 Al-Uluhiyyah
1.4 Al-Nubuwwah
1.5 Al-Sam’iyyah wa al-Ghaybiyyah
1.6 Latihan
1
1.1 Pengertian Akidah
Dari sudut bahasa diambil dari kata kerja ( ) عقدyang bermaksud menyimpul atau
mengikat sesuatu. Sesuatu apabila disimpul ia menjadi kuat dan kukuh ( ) اشتد وصلب
Ia juga dikaitkan dengan ikatan seperti ikatan kontrak jual beli contohnya: ()عقد البيع
Ia juga dikaitkan dengan perjanjian contohnya: ( ) عقد العهد. Dari sudut Istilah pula, akidah
didefinisikan sebagai:
Menurut al-Imam al –Ghazali (m.1111M) Akidah Ialah berpegang dan
membenarkan di dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang
keraguan dan syak
Menurut al-Firuz Al Zabadi (m.1415M)Akidah ialah sesuatu yang diikat dan
disimpul di dalam hati dan jiwa serta apa yang dipegang oleh seseorang
sebagai agama dengan pegangan benar dan selamat dari keraguan.
Menurut Ibn Taymiyyah (m.1263M), Akidah ialah perkara yang dibenarkan
oleh jiwa, hati menjadi tenang kepadanya, beroleh keyakinan dikalangan
ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan
Menurut al-Murtadha al-Zabidi, (m.1791M) Akidah ialah apa yang
dipegang oleh seseorang dengan yakin sebagai pegangan agama dan
ianya bersemi didalam hati dan jiwa
Akidah Islamiyyah pula didefinisikan sebagai berpegang dan membenarkan di dalam hati
secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan dan syak terhadap rububiyyah dan
uluhiyyah Allah S.W.T, nama-nama dan sifat-sifatnya, serta beriman kepada malaikat-
malaikatnya, kitab-kitabnya, rasul-rasulnya, hari akhirat, qada’dan qadarnya dan seluruh
perkara ghaib yang dinyatakan dalam perkara usul agama yang telah disepakati oleh
para al-salaf al-salih, serta penyerahan yang sempurna kepada Allah S,W,T dalam
segala urusan dan mengikuti Rasulullah S.A.W
Akidah dalam Islam adalah berkisar perkara-perkara yang datangnya daripada wahyu,
al-Quran dan al-Sunnah. Selain daripada sumber-sumber ini bukanlah akidah yang
sebenar kerana ia tidak mungkin membuahkan keyakinan dan kepastian. Al-Quran
adalah dalil yang paling nyata dan kuat.
Antara firman Allah s.w.t.:
2
َوأَ ْق َس ُموا بِاَّهللِ َج ْهدَ أَ ْي َما ِن ِه ْم لَئِن َجا َء ُه ْم نَ ِذي ٌر لهيَ ُكونُ هن أَ ْهدَى ِم ْن إِ ْحدَى ا ْْلُ َم ِم فَ َل هما
َجا َء ُه ْم َن ِذي ٌر هما َزادَ ُه ْم إَِهّل نُفُورا
“..Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sekuat-
kuat sumpah; Sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang
pemberi peringatan, niscaya mereka akan lebih mendapat
petunjuk dari salah satu umat-umat (yang lain). tatkala datang
kepada mereka pemberi peringatan, Maka kedatangannya itu
tidak menambah kepada mereka, kecuali jauhnya mereka dari
(kebenaran)”.
(Surah Fatiir : 42)
Takrif ini membawa erti, akidah berbeza dengan syariat. Syariat merupakan bebanan
kewajipan yang mesti dilakukan dalam bentuk praktikal. Manakala akidah adalah amalan
hati yang berbentuk keyakinan. Akidah juga bukan amalan berbentuk praktik, ia hanya
perkara yang bersifat ilmiah yang wajib ke atas setiap muslim yang mempercayainya.
Manakala syariat merangkumi ibadat dan muamalat.
1.2 Kepentingan Akidah Dalam Islam
Berpegang kepada akidah yang benar merupakan syarat utama amalan diterima oleh
Allah S.W.T. Ibadah yang diperintahkan oleh Allah S.W.T tidak disebut ibadah kecuali
dengan mentauhidkan Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T:
َو َمن َي ْبتَغِ َغ ْي َر ال ِإ ْسلاَ ِم ِدينا فَلَن يُ ْق َب َل ِم ْنهُ َو ُه َو ِفي الآ ِخ َر ِة ِم َن ا ْل َخا ِس ِري َن
“..Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka
tidak akan diterima kepadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari
orang-orang yang rugi.”
(Surah al-Imran:85)
Keperluan kepada akidah yang benar adalah keperluan teratas kepada manusia kerana
tidak ada kebahagiaan kenikmatan bagi hati kecuali dalam ibadat kepada Allah. Firman
Allah S.W.T:
اله ِذي َن آ َمنُواْ َوتَ ْط َم ِئن قُلُوبُ ُهم بِ ِذ ْك ِر ّل هل ِا أََّلَ ِب ِذ ْك ِر ّل هل ِا تَ ْط َمئِن ا ْلقُلُو ُب
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati
mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu,
tenang tenteramlah hati manusia. Orang-orang yang beriman dan
3
beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan
dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”
(Surah al-Ra’du:28)
Akidah Islamiyyah sahaja yang mampu memberi ketenangan kepada manusia kerana
akidah ini bersandarkan ilmu yang yakin dalam menjawab persoalan-persoalan utama
manusia, darimana kita datang, kemanakah kita akan pergi setelah kematian, apakah
hakikat alam ini?, siapakah yang mencipta alam ini, bagaimanakah sifat sifat pencipta
alam ni dll.
Akidah yang tersemat kukuh dalam hati sesorang individu itu akan dapat mengukuhkan
keyakinan terhadap Allah S.W.T. Melalui keyakinan terhadap Allah S.W.T iman
seseorang akan sentiasa subur dalam hatinya kerana dia sentiasa menyakini bahawa
setiap perlakuannya dalam pemerhatian Allah S.W.T. dengan itu hidupnya akan sentiasa
terarah kepada kebaikan dan dalam masa yang sama ia akan berusaha sedaya upaya
menjauhi perbuatan yang bercanggah dengan perintah Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T:
ِإنه َما ا ْل ُم ْؤ ِمنُو َن اله ِذي َن إِذَا ذُ ِك َر ّل هلاُ َو ِجلَ ْت قُلُوبُ ُه ْم َوإِذَا تُ ِل َي ْت َعلَ ْي ِه ْم آ َياتُهُ َزادَتْ ُه ْم
إِي َمانا َو َعلَى َر ِهب ِه ْم َيتَ َو هكلُو َن
“..Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna
imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan
sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan
kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah
iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”.
(Surah al-Anfal:2)
Iman kepada Allah S.W.T akan melahirkan individu yang stabil jiwa dan emosi. Dia akan
redha terhadap segala takdir baik buruk yang berlaku keatas setiap individu muslim. Hal
ini akan melahirkan ketenangan dan kebahagian yang sebenar dalam setiap jiwa
manusia. Dia akan sabar atas segala ujian dan musibah yang menimpa dan akan
bersyukur terhadap segala nikmat yang dikurniakan kepadanya.
Sabda Rasulullah S.A.W:
إن أصا َبهُ ما يحب حمدَ ّل هل َا، إ هن أم َرهُ ُكلههُ خي ٌر، َع ِج ْب ُت ْلم ِر المؤم ِن
ولي َس كل أح ٍد، وإن أصابَهُ ما يَ ْك َرهُ فصب َر كا َن لَهُ خي ٌر، َوكا َن َلهُ خي ٌر
أم ُرهُ كلهُ خي ٌر إَهّل المؤم ُن
Maksudnya:
4
“Aku merasa hairan dengan semua urusan orang mukmin.
Semua urusan mukmin adalah baik semuanya. Jika ia
dikurniakan dengan sesuatu yang disukainya dia akan bersyukur
kepada Allah dan itu adalah baik baginya. Jika ditimpa dengan
sesuatu yang tidak disukainya dia akan bersabar dan itu adalah
baik baginya. Tidak sesuatu yang berlaku kepada orang mukmin
semuanya baik belaka.”
Erti beriman dengan Allah s.w.t ialah mengetahui, percaya dan beriktikad dengan
perkara-perkara yang wajib, perkara-perkara mustahil dan perkara yang harus bagi Allah
s.w.t.
Beriman dengan Allah juga bermaksud:
a) Membenarkan dengan yakin akan adanya Allah;
b) Membenarkan dengan yakin akan ke Esaan Allah s.w.t ,sama ada dalam
perbuatanNya menjadikan alam dan makhluk seluruhnya mahupun dalam
menerima ibadat setiap makhluk
c) Membenarkan dengan yakin bahawa Allah bersifat dengan segala sifat
kesempurnaan, suci dari segala kekurangan dan suci juga dari menyerupai
segala yang baharu.
Firman Allah S.W.T.
يَا أَي َها النها ُس ا ْعبُدُواْ َربه ُك ُم اله ِذي َخلَقَ ُك ْم َواله ِذي َن ِمن َق ْب ِل ُك ْم لَ َعله ُك ْم تَتهقُو َن
“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang
telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu
daripada kamu supaya kamu, (menjadi orang-orang yang)
bertaqwa”.
(Surah Al-Baqarah:21)
Maksudnya bahawa Allah itu adalah pencipta setiap benda yang ada di alam ini termasuk
bumi, langit dan planet-planet lain yang dapat dilihat atau tidak semuanya adalah
kepunyaan Allah s.w.t. Percaya kepada Allah s.w.t ini adalah pokok kepada kepercayaan
atau rukun-rukun iman yang lain kerana dengan adanya Allah s.w.t maka adanya yang
lain-lain itu. Kita perlu mempelajari dan memahami ajaran Allah s.w.t Maksudnya beriman
kepada Allah juga sepatutnya kita pelajari dan fahami apa saja yang datang daripada
Allah melalui RasulNya sama ada dalam al-Quran atau al-Sunnah. Maksud beriman
kepada Allah bukan sekadar percaya tentang kewujudan Allah tetapi termasuk juga
segala apa yang datang daripada Allah s.w.t.
5
Selain itu, manusia juga perlu yakin dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t, yakin
dengan kebenaran, kesempurnaan Islam sebagai satu “Din” yang syamil dan kamil serta
terbaik. Manakala hukum mempelajari ilmu akidah adalah wajib individu atau fardu ain ke
atas lelaki mahupun perempuan dalam mempelajarinya secara ijmali (umum) dan adalah
fardu kifayah dalam mempelajarinya secara tafsili (terperinci).
1.3. Uluhiyyah
Uluhiyyah bermaksud orang Islam yang beriman dengan keimanan yang sebenar, dia
hanya mengambil Allah s.w.t sebagai Ilah. Dia tidak meletakkan Allah s.w.t bersama-
sama yang lain sebagai Ilah. Allah sahaja sebagai pujaan dan Dia sahaja yang layak
disembah. Maksud Ilah ialah sesuatu yang dipuja dan disembah. Segala ibadat.
Contohnya solat, puasa dan zakat, semua ibadat tersebut dilakukan oleh hambaNya
hanya ikhlas kerana Allah semata-mata dan kita tidak boleh mengabdikan diri atau sujud
kepada selain daripada Allah S.W.T.
Justeru itu, manusia tidak boleh mensyirfikkan Allah dan tidak boleh mengharapkan
selain Allah. Sebagaimana firman Allah S.W.T:
د ْم له َو ِإن ٌدد َوا ِح ٌده ِإ َل ِإَّله أإَِ ِلَلدي ٌٍمه ُ ثَلاَثَد ٍ َو َمدا ِم د ْن ديَ ِذقُيو َلُنو َق دَنالُلَيَواَْم ِإ هس هن هنّلاهللهاَ ِذيثَا َِلند د َر اله َلهقَد ْد َكف
َك َف ُرواْ ِم ْن ُه ْم َعذَا ٌب َع هما َْينتَ ُهوا
”..Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan:
"Bahwasanya Allah salah seorang dari yang tiga", padahal sekali-
kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan yang Esa. jika mereka
tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-
orang yang kafir diantara mereka akan ditimpa siksaan yang
pedih”.
(Surah al-Maidah:73)
1.4 Al-Nubuwwah
Kata an-Nubuwwah ( )النبوةadalah dari kata an-Nabwah ( )النبوةyang berarti ar-Rif'ah( ;)الرفع
keluhuran dan ketinggian derajat. An-Nubuwwah ( )النبوةjuga bisa diambil dari kata an-
Naba' ( )النبأyang berarti al Khabar ( ; )الخبـرberita, jadi an-Nabiyy ( )النبيyang berwazan Fa'iil
6
( )فعيلberarti Faa'il ( )فاعلyakni bahwa Nabi adalah pembawa berita dari Allah dengan
perantara malaikat.
Kenabian hanya berlaku pada manusia saja, dan tidak berlaku di kalangan para malaikat
dan Jin. Jadi tidak ada nabi dari kalangan malaikat maupun jin. Sedangkan kerasulan
tidak hanya berlaku di kalangan manusia, di kalangan para malaikat juga ada rasul.
Firman Allah S.W.T:
الله يصطفي من الملائك رسلا ومن الناس
”Allah memilih utusan-utusan-Nya dari malaikat dan dari
manusia"
(Surah al-Hajj : 75)
Rasul dari kalangan manusia adalah nabi yang menerima wahyu berisi suatu syari'at
yang mengandung hukum baru, yang belum pernah ada pada syari'at rasul sebelumnya.
Rasul adalah seperti Nabi Muhammad, Nabi Musa dan Nabi Isa, masing-masing dari
mereka adalah rasul karena diturunkan kepada mereka hukum yang baru.
Sedangkan Nabi yang bukan rasul adalah seseorang yang menerima wahyu berisi
perintah untuk mengikuti syari'at rasul sebelumnya dan diperintahkan untuk
menyampaikan wahyu dan syari'at tersebut. Ia tidak menerima syari'at baru. Jadi setiap
rasul pasti adalah seorang nabi, tetapi tidak setiap nabi adalah rasul.
Kenabian bukanlah sesuatu yang muktasab; diperoleh dengan usaha, upaya dan jerih
payah seseorang. Jadi kenabian dan kerasulan tidak diperoleh dengan beramal dan
bersungguh-sungguh dalam beribadah dan memperindah akhlak, melainkan diperoleh
dengan pemilihan dari Allah dan anugerah-Nya.
1.5 Al-Sam’iyyah wa al-Ghaybiyyah
Al-Sami’yyah dari sudut bahasa berasal dari sama’a atau sima’ bermaksud mendengar
atau pendengaran. Manakala dari sudut Istilah bermaksud Perkara-perkara yang
diketahui melalui perkhabaran sahaja.
7
Manakala Al-Ghaybiyyah dari sudut bahasa berasal dari ghaba yakni hilang dari
pandangan atau apa yang ghaib daripada manusia dan apa yang tidak boleh dicapai oleh
pancaindera. Dikatakan hilang atau terlindung sesuatu apabila terlindung. Dari sudut
istilah bermaksud perkara-perkara yang wujud tetapi tidak dapat dirasa atau dilihat
dengan pancaindera manusia.
Samiyyat dan Ghaibiyyat saling berkaitan antara satu sama lain dan ianya berkaitan
dengan perkara yang ada Antara perkara-perkara samiyyat & ghaibiyyat yang
disebut dalam al-Quran antaranya malaikat, jin & syaitan, al-Arsy (Singgahsana) & al-
Kursiyy, al-Qalam (Pena yang menulis takdir) & al-Lauh (papan takdir), ruh, kematian &
azab kubur, rezeki dan proses-proses hari kiamat.
Keperluan beriman dengan perkara ghaib adalah merupakan khususi kepada
kemanusiaan yang membezakan kita yang berakal dengan orang yang tidak berakal dan
untuk menguji keimanan kepada Allah, antaranya :
1. Supaya ia memperluaskan hudud manusia, supaya kita boleh mencapai perkara ghaib
(dosa atau pahala).
2. Supaya membebaskan pemikiran manusia daripada sibuk terhadap perkara yang
hanya boleh dicapai oleh akal.
3. Menjuruskan semua usaha pemikiran untuk mengkaji sunnatullah atau berfikir tentang
alam dan apa yang berada di luar alam supaya kita boleh ambil manfaat daripadanya.
Terdapat banyak kesan positif dalam kehidupan kita apabila beriman dengan perkara
ghaibiyyah antaranya ialah:
1. Memberi makna positif dalam kehidupan dan keperluan untuk hidup di kalangan
manusia dalam keadaan aman dan sejahtera.
2. Membangkitkan atau mengembangkan perasaan bahawa manusia satu sahaja
agamanya, rasulnya dan Tuhannya.
3. Dapat menjauhkan daripada sikap taassub yang menentang agama-agama lain.
4. Mengikat manusia dengan kesudahan dan ganjaran yang menunggunya dan
mengetahui tujuan daripada kewujudannya sendiri (beriman dengan hari akhirat).
8
5. Merasa bahawa kehidupan yang sebenar adalah di akhirat dan kehidupan di dunia
ialah satu kawasan/titik dan ia hanyalah satu laluan untuk sampai ke akhirat.
6. Dapat membangkitkan rasa ketaqwaan pada jiwa bahawa kita diperhatikan oleh Allah.
7. Dapat mendidik keperibadian seimbang yang mampu membentuk jiwa dan masyarakat
kita.
8. Beriman dengan perkara ghaib sebagai penjaga supaya tidak terjatuh dalam perkara
syirik, khurafat, sihir dan dajal.
9. Dapat memberi kesan kepada kehidupan dengan kesan yang amat besar, dan boleh
diwarisi dalam jiwa sama ada akan terima atau tolak, dari kegelapan kepada cahaya dan
istiqamah serta lain-lain lagi.
10. Menyelamatkan hati daripada penyakitnya seperti kedekut, khianat, kehidupan kucar-
kacir dan tipu.
11. Merupakan sebesar-besar faktor untuk merasakan wara’, taqwa dan sebaik-baik
tarbiah.
1.6 Latihan
LATIHAN
1. Menghuraikan konsep uluhiyyah, al-nubuwwah dan Al-Sam’iyyah wa al-
Ghaybiyyah secara terperinci.
9
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
A. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi.
B. Tajuk Pembelajaran: Pengenalan Akidah
i. Skop Perbahasan Ilmu Akidah
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
i. Al-Uluhiyyah
ii. Al-Nubuwwah
iii. Al-Sam’iyyah wa al-Ghaybiyyah
D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.
10
TAJUK 2 ILMU KALAM
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, pelajar dapat:
i. Menghuraikan pandangan mazhab ahli kalam dalam perbahasan berkaiatan
akidah Islam.
ii. Menghuraikan perbahasan ilmu kalam dalam perkara berkaitan af’alul Lah
dan Af’alul Ibad
SINOPSIS
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai aliran-aliran
mazhab ilmu kalam yang terdiri daripada ahli sunnah wal jamaah, muktazilah, jabariah
dan qadariah serta perbahasan berkaitan Af’alul Lah dan Af’alul Ibad.
KERANGKA TAJUK
2.1 Sejarah Kemunculan Mazhab Ilmu Kalam
2.2 Ahli Sunnah wal Jamaah
2.3 Muktazilah
2.4 Qadaraiah
2.5 Jabariah
2.6 Latihan
11
2.1 Sejarah Kemunculan Mazhab Aqidah Dalam Islam
Kemunculan mazhab aqidah di dalam Islam adalah rentetan daripada perselisihan-
perselisihan yang timbul dalam masyarakat Islam sejak dari kewafatan Nabi Muhmmad
s.a.w sehinggalah ke hari ini. Perselisihan yang pertama berlaku ialah berkenaan dengan
kewafatan Baginda S.A.W. iaitu ada yang menyangka Baginda tidak mati tetapi diangkat
oleh Allah sebagaimana Sayyidina 'Isa A.S dan Abu Bakar berkata kepada mereka,
"Sesiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Baginda telah wafat, dan
sesiapa yang menyembah Tuhan Muhammad, maka la Maha Hidup dan tidak mati".
Kemudian perselisihan tentang tempat hendak dikebumikan Baginda S.A.W. Akhimya ia
selesai dengan Abu Bakar radiya'Llahu 'anhu meriwayatkan kepada mereka hadith
daripada Nabi S.A.W. yang bermaksud: "Sesungguhnya para anbiya' dikebumikan di
mana mereka wafat". Maka Baginda dikebumikan dalam biliknya di Madinah. Kemudian
timbul ikhtilaf berkenaan dengan khilafah, pihak al-Ansar ingin memberi bai'ah kepada
Sa'd bin 'Ubadah; kemudian pihak Quraish menyatakan bahawa imamah mestilah di
tangan orang-orang Quraish berdasarkan kepada hadith yang bermaksud, "Imam-imam
hendaklah dari kalangan orang-orang Quraish".
Lanjutan daripada peristiwa di zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan,
seterusnya pemerintahan Saidina Ali bin Abi Talib itu, timbul golongan yang fanatik
kepada Ali bin Abu Talib yang dikenali sebagai Syiah dan mereka yang menyokong
Muawiyah bin Abu Sufian. Antara dua pertembungan itu, muncul pula golongan yang
keluar daripada kumpulan kerana tidak berpuas hati dengan urusan Tahkim yang dikenali
sebagai Khawarij. Tahkim adalah peristiwa perlantikan ketua negara Islam antara Ali bin
Abu Talib dengan Muawiyah bin Abu Sufian. Semasa peristiwa ini, Ali digugurkan
daripada jawatan ketua kerana helah yang dimainkan oleh penyokong Muawiyah. Pada
peringkat awal, semua golongan tidak memasukkan hujah akidah dalam pertelingkahan
mereka. Situasi masih terkawal kerana ada para sahabat Nabi Muhammad yang masih
hidup dan mampu mengawal keadaan walaupun ada anasir-anasir bukan Islam yang
cuba mengambil kesempatan.
Namun, selepas beberapa peringkat, anasir bukan Islam mula meresap dari dalam umat
Islam. Muncul golongan Syiah yang berfahaman sederhana seperti golongan Imamiah
dan Zaidiah serta golongan Syiah yang radikal. Golongan ini dianggap radikal kerana
fahaman mereka terkeluar daripada akidah yang utama, bukannya masalah cabang
12
akidah seperti isu pemerintahan. Antara mereka adalah Ismailiah, Bayaniah dan lain-lain.
Golongan ini lebih radikal apabila mereka mendakwa para sahabat Nabi Muhammad
terkeluar daripada Islam dan mengangkat Ali bin Abu Talib sebagai Utusan Tuhan.
Mereka mendakwa Tuhan dapat menjelma ke dalam diri Ali dan berbagai-bagai lagi.
Manakala di kalangan Khawarij, ada golongan yang berfahaman sederhana seperti
golongan Ibadhiah dan yang radikal sehingga meminda dan membatalkan hukum syariat
dan mendakwa para sahabat Nabi Muhammad bukan Islam antaranya seperti Azraqiah,
Ajaridah dan lain-lain.
Semasa kelahiran falsafah dan terjemahan pada zaman Abbasiah, muncul golongan
Muktazilah, Jabariah dan Ahli Sunnah walJamaah. Di kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah
muncul dua aliran iaitu Salaf dan Khalaf. Di kalangan Khalaf, lahir pula fahaman
Asya’irah dan Maturidiah. Perkembangan ini juga mempengaruhi golongan Khawarij dan
Syiah.
Golongan-golongan yang lahir ini bermula kerana perselisihan politik. Bermula daripada
golongan yang berfahaman sederhana yang tidak merosakkan akidah hingga golongan
yang terkeluar daripada masyarakat Islam. Caranya adalah dengan mendedahkan
fahaman salah mereka walaupun mereka mendakwa masih beragama Islam.
Para sarjana sejarah Islam merekodkan, pada kurun pertama dalam kalendar Hijrah, ada
dua orang yang menjadi punca kemunculan ideologi akidah yang tidak berdasarkan al-
Quran dan sunnah. Mereka berpura-pura memeluk Islam bagi merosakkan Islam dari
dalam. Seorang penganut agama Kristian bernama Susan telah memperalatkan individu
bernama Ma’bad bin Ubaidillah al-Juhani. Dia menyebarkan ajaran yang dinamakan
Qadariah. Ajaran ini membataskan kuasa dan kehendak Allah serta menyatakan,
manusia mempunyai kuasa dan kehendaknya sendiri. Dia berjaya memasuki bandar suci
Madinah dan berjaya mempengaruhi beberapa penduduknya. Abdullah bin Umar
mengisytiharkan, beliau menolak sekeras-kerasnya ajaran yang dibawa oleh Ma’bad.
Hasan al-Basri berkata, “Jauhkan diri daripada Ma’bad kerana dia sesat dan
menyesatkan.” Muslim bin Yasar mengisytiharkan di tempat beliau mengajar di masjid,
“Ma’bad berucap dengan ucapan orang-orang Nasrani.” Akhirnya, khalifah Abdul Malik
bin Marwan memerintahkan supaya Ma’bad dihukum bunuh. Walaupun Ma’bad dibunuh,
ajarannya diteruskan oleh bin Marwan atau Ibnu Muslim. Dengan beraninya dia berkata,
“Qadar baik dan jahat itu daripada hamba, bukannya daripada Tuhan.” Akhirnya dia
dikenakan tindakan keras oleh khalifah Hisham Bin Abd Malik
13
Seorang lagi yang berpura-pura menganut Islam iaitu Abdullah bin Saba’, seorang
penganut Yahudi. Dia juga berpura-pura menyokong Ali bin Abu Talib hingga
menganggap Ali sebagai seorang nabi. Dia menganggap Ali mampu hidup semula di
dunia selepas mati. Namun, pada masa yang lain, Ali dikatakan tidak mati. Alasannya,
sebahagian daripada zat ketuhanan menjelma dalam diri Ali. Selain itu, berbagai-bagai
lagi fahaman yang lain ditimbulkan mengenai Ali.
Pada akhir kurun pertama atau kedua Hijrah, muncul pula Jaham bin Safuan di Tirmiz.
Dia menyebarkan fahaman yang dinamakan Jabariah. Dia berjaya menarik beberapa
pengikut dan akhirnya mengisytiharkan kenyataannya. Kenyataannya, kuasa dan ilmu
Allah itu ada kesudahannya. Syurga, neraka dan penduduknya akan binasa. Hanya Allah
yang tinggal seperti keadaan awal yang tiada sesuatu pun. Dia juga menyatakan, iman
itu pada makrifat (pengetahuan mengenai Allah) sahaja dan kufur itu kerana tidak tahu
Allah. Tiada perbuatan langsung bagi makhluk selain daripada Allah sahaja. Akhirnya,
Allah menyelamatkan umat Islam dengan pembunuhan Jaham bin Safuan.
Pada zaman fikiran umat Islam menjadi kalut, Allah melahirkan para sarjana yang
melakukan pembaharuan (tajdid). Mereka mempertahankan Islam dengan hujah-hujah
al-Quran, sunnah dan logik akal yang tidak bercanggah dengan kedua-duanya. Antara
mereka adalah Hasan al-Basri. Beliau menolak dengan tegas teori Wasil bin Ata’
mengenai fahaman Muktazilah. Kes ini berlaku pada awal abad kedua Hijrah.
Pada akhir kurun ketiga Hijrah, muncul pula Abu Mansur al-Maturidi yang berusaha
menolak hujah-hujah golongan batil. Beliau berjaya mengumpulkan pengikut-pengikutnya
bagi mempertahankan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang dikenali dengan aliran
Maturidiah. Kemunculan Abu Hassan al-Asy’ ari memberi kekuatan besar kepada Ahli
Sunnah wal Jamaah apabila beliau keluar daripada ajaran Muktazilah. Beliau berjaya
berdebat dengan pemimpin Muktazilah yang bernama al-Jubbai yang juga adalah bapa
tirinya. Beliau berjaya menubuhkan kumpulan yang disertai oleh sarjana-sarjana terbilang
pada zamannya. Kumpulan itu dikenali sebagai Asya’ irah.
Iraq menjadi medan pergolakan hebat terutamanya di Basrah yang menjadi tumpuan
pengikut pelbagai fahaman itu. Kadang-kadang, pemerintah cenderung kepada
golongan-golongan berfahaman sesat lalu menyebabkan para sarjana Islam menjadi
mangsa. Ada di antara mereka dipenjara dan dibunuh. Walau bagaimanapun, Allah
14
memberi jaminan bagi memelihara agama ini sehingga hari kiamat. Kenyataan ini adalah
tetap dan terbukti.
Segala dugaan dan cabaran terjadi kepada semua umat bagi para nabi. Ini dibuktikan
daripada Ibnu Mas’ud yang melaporkan, Nabi Muhammad berkata,
“Tidak ada nabi yang dibangkitkan Allah sebelum aku melainkan
di kalangan umat mereka ada yang menjadi pengikut setia dan
sahabat yang mengambil ajarannya dan mengikut perintahnya.
Selepas masa berlalu, ada di kalangan mereka (umat ini)
melakukan perkara-perkara yang jahat. Mereka bercakap
mengenai perkara yang mereka tidak melakukannya dan mereka
membuat perkara yang tidak disuruh. Sesiapa yang bersungguh-
sungguh menentang dengan tangannya, dia beriman. Sesiapa
yang bersungguh-sungguh menentang dengan lidahnya, dia
beriman. Sesiapa yang bersungguh-sungguh menentang dengan
hatinya, dia beriman. Tidak ada iman lagi selepas itu walaupun
sebesar biji yang halus.”(Diriwayatkan oleh Muslim)
2.2 Ahli Sunnah wal Jamaah
Erti Ahl al-Sunnah ialah penganut Sunnah Nabi. Manakala erti wal Jamaah ialah
penganut I’tiqad sebagai i’tiqad Jamaah Sahabat-sahabat Nabi. Golongan Ahl al-Sunnah
wa al-Jamaah ialah golongan yang menganut i’tiqad sebagai iktiqad yang dianut oleh
Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda. Jelasnya Ahlus Sunnah wal
Jama’ah “ Mereka yang menempuh seperti apa yang pernah ditempuh oleh Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para Sahabatnya Radhiyallahu ‘anhum. Disebut juga
Ahlus Sunnah, karena kuatnya (mereka) berpegang dan berittiba’ (mengikuti) Sunnah
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para Sahabatnya Radhiyallahu ‘anhum
Konsep Ahli Sunnah Wal Jamaah itu adalah suatu pegangan yang
pengistilahannya walaupun timbul kemudian tetapi ia adalah berakar umbi dari
Rasulullah s.a.w. sendiri.Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah meliputi ajaran-ajaran Islam
mengenai akidah, syariah dan akhlak yang dibawa sejak Nabi Muhammad s.a.w., para
sahabat yang telah disusun secara bersistem oleh ulama kemudian dan dipertahankan
di dalam ajaran itu oleh dua tokoh iaitu Syeikh Abu Hassan Ali al-Asyari (260-324H) dan
Imam Abu Mansor AI-Maturidi (W333H).
15
2.3 Muktazilah
Perkataan Muktazilah berasal dari bahasa Arab ( إعتزلi’tazala) yang bermaksud
"meninggalkan" , “mengasingkan diri” atau "menjauhkan diri” dari sesuatu. Muktazilah
adalah satu dari cabang pemikiran dalam Islam yang terkenal dengan sifat rasional dan
liberal. Ciri utama yang membezakan pemikiran ini dari pemikiran teologi Islam lainnya
adalah pandangannya yang lebih banyak menggunakan dalil 'aqliah (akal) sehingga
sering disebut sebagai aliran rasionalis Islam.
Pemikiran Muktazilah mula bertapak pada kurun kelapan Masehi (abad kedua hijrah) di
Basrah, Iraq, apabila Wasil ibn Ata meninggalkan kelas pembelajaran Hasan al-Basri
selepas berselisih faham mengenai isu dosa besar . Beliau dan pengikutnya termasuk
Amr ibn Ubayd kemudiannya dilabelkan sebagai Muktazili/Mu'tazili. Golongan ini juga
menggelar diri mereka sebagai Ahl al-Tawhid wa al-'Adl (golongan tauhid dan keadilan
Tuhan) berdasarkan ideologi yang mereka perjuangkan di antaranya mahukan sistem
Islam yang berdasarkan akal. Mereka juga dilabel sebagai golongan free will dan free
act, kerana mereka berpegang kepada prinsip kebebasan melakukan sesuatu.
Ketika pertama kali muncul, pemikiran Muktazilah tidak mendapat simpati umat Islam,
terutama di kalangan masyarakat awam kerana mereka tidak begitu memahami ajaran
Muktazilah yang bersifat rasional dan sarat dengan falsafah. Alasan lain mengapa
pemikiran ini kurang mendapat sokongan umat Islam pada saat itu adalah kerana
pemikiran ini dianggap tidak selari dengan sunnah Rasulullah SAW dan para sahabat.
Muktazilah bergantung kepada beberapa aspek pemikiran dari falsafah Islam, Greek dan
Helenistik. Aliran Muktazilah berkembang di kalangan golongan intelek semasa
pemerintahan Khalifah al-Ma'mun dari dinasti Abbasiyah (198-218 H/813-833 M).
Kedudukan Muktazilah semakin kukuh setelah Khalifah al Ma'mun menjadikannya
sebagai mazhab rasmi negara. Dikatakan Khalifah al Ma'mun sejak kecilnya sudah
dididik dalam tradisi Yunani yang gemar dengan falsafah dan ilmu pengetahuan.
Dan pada zaman itulah golongan Muktazilah memaksakan pemikirannya yang dikenal
dalam sejarah dengan peristiwa mihnah (fahaman bahawa al-Quran itu makhluk Allah,
jadi tidak qadim. Jika al-Quran dikatakan qadim, maka akan timbul kesimpulan bahawa
ada yang qadim selain Allah
16
2.4 Qadariah
Kata qadara berasal dari bahasa Arab, artinya kemampuan, kekuatan,
memutuskan. Dalam bahasa Inggeris, sering disebut dengan istilah free
will atau free act (kebebasan berkehendak dan kebebasan berbuat).
Qadariyah adalah satu aliran yang percaya akan kebebasan manusia bertindak
dan menentukan pilihan perbuatan tanpa peranan Tuhan. Setiap manusia adalah
pencipta bagi perbuatannya, dengan demikian, kita dapat berbuat sesuatu atau
meninggalkannya atas kehendaknya sendiri. Berdasarkan pengertian ini difahami
bahawa Qadariah digunakan untuk nama satu aliran yang memberi penekanan
atas kebebasan dan kekuatan manusia dalam mewujudkan perbuatan-
perbuatannya.
Secara pasti, tidak dapat diketahui secara tepat aliran kemunculan Qadariyah dan
ia menjadi perdebatan di kalangan ahli sejarah. Pendapat yang terkenal,
mengatakan bahawa fahaman ini pertama kali muncul pada akhir zaman Sahabat
sekitar tahun 70 H/689 M, oleh Ma’bad Khalid al-Juhani al-Basyri (w. 80 H/699 M)
dan Abu Marwan - Ghailan bin Muslim ad-Dimasyqi (w. 105 H/722 M). Ma’bad al-
Juhani adalah seorang Taba’i yang dipercayai dan pernah berguru dengan Hasan
al-Basri. Manakala Ghailan ad-Dimasyqi berasal dari Damaskus.
Faham Qadariyah mengikut pendapat lain berasal dari orang Irak bernama Susan
yang beragama Nasrani, kemudian memeluk agama Islam, dan kembali lagi ke
NAsrani. Dari Susan inilah Ma’bad dan Ghailan mengambil faham tersebut.
Terdapat dua pendapat tentang penamaan aliran Qadariyah;
i. Pendapat yang menyandarkan kepada orang-orang yang berpendapat
bahwa manusia adalah pencipta dan memiliki kekuatan mutlak terhadap
apa yang akan diperbuatnya, tanpa intervensi apapun dari Tuhan.
17
ii. Adalah orang-orang yang berkeyakinan bahawa qudrah manusia bukan
pada penciptaan perbuatan tetapi pada pemilihan dan pelaksanaan
perbuatan tersebut.
2.5 Jabariah
Jabariyah berasal dari kata jabara yang berarti memaksa. Di dalam Al-Munjid, dijelaskan
bahwa nama Jabariyah berasal dari kata jabara yang mengandung arti memaksa dan
mengharuskannya melakukan sesuatu. Ia boleh difahami bahawa kata jabara merupakan
suatu paksaan di dalam melakukan setiap sesuatu. Jabariah juga mengandung
pengertian bahawa suatu kumpulan yang menghilangkan perbuatan manusia dalam erti
yang sebenarnya dan menyandarkannya kepada Allah atau dalam kata lain manusia
melakukan perbuatannya dalam keadaan terpaksa.
Jelasnya Jabariah adalah kumpulan pelampau yang berlawanan pendapatnya dengan
mazhab muktazilah. Golongan ini telah menafikan langsung usaha dan ikhtiyar manusia.
Mereka tidak mahu langsung menggunakan akal fikiran yang dikurniakan Allah kepada
mereka dan menganggap semua usaha ikhtiar manusia akan sia-sia belaka.
Fahaman al-Jabar pertama kali diperkenalkan oleh Ja’d bin Dirham kemudian
disebarkan oleh Jahm bin Shufwan dari Khurasan. Dalam perkembangan selanjutnya
fahaman ini juga dikembangkan oleh tokoh lainnya Al-Husain bin Muhammad An-Najjar
dan Ja’d bin Dirrar.
2.6 Latihan
LATIHAN
1. Perkembangan aliran mazhab Ilmu Kalam
2. Perbezaan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah dengan Muktazilah
3. Pandangan mazhab Ilmu Kalam berkatan Af’alul Lah dan Af’alul Ibad
18
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
A. Media Digunakan
i WhatsApp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi satu
sesi.
B. Tajuk Pembelajaran: Ilmu Kalam
i. Perbahasan Ilmu Kalam
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
i. Af’alul Lah
ii. Af’alul Ibad
D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.
19
TAJUK 3 SIFAT-SIFAT ALLAH
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, pelajar dapat :
i. Menghuraikan sifat-sifat Allah.
ii. Membezakan sifat nafsiyyah, salbiyyah, ma’ani dan ma’nawiyyah
iii. Menjelaskan tentang sifat Uluhiyyah dan Asmaa’uLllah
SINOPSIS
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai Sifat Nafsiyyah,
Sifat Salbiyyah, Sifat Ma’ani, Sifat Ma’nawiyyah, Sifat Uluhiyyah dan Asmaa’uLllah
KERANGKA TAJUK
3.1 Sifat Nafsiyyah
3.2 Sifat Salbiyyah
3.3 Sifat Ma’ani
3.4 Sifat Ma’nawiyyah
3.5 Sifat Uluhiyyah
3.6 Asmaa’uLllah
3.7 Latihan
20
Dua puluh sifat yang wajib diketahui bagi Allah SWT terbahagi kepada empat
bahagian; iaitu sifat nafsiyah, sifat salbiyah, sifat ma’ani dan sifat ma’nawiyah. Di bawah
ini akan dinyatakan dan dihuraikan mengenai sifat-sifat tersebut dan huraian secara satu
persatu mengenai sifat-sifat dua puluh tersebut.
3.1 Sifat Nafsiyah
Sifat nafsiyah iaitu dari zat itu sendiri, bukan sifat yang menumpang pada zat itu. Sifat ini
dikatakan nafsiyah kerana tidak menunjukkan makna yang menumpang pada diri zat.
Menurut Jumhur Ulama’ sifat ini menunjukkan kepada zatnya, bukan menunjukkan
kepada perkara yang menumpang pada zatNya (Muhammad Ramli ; 2002).
Sifat “wujud” dikatakan sifat Nafsiyah, ertinya wujud itu bukan merupakan sifat yang
menumpang atau menempel pada Zat Allah SWT. Akan tetapi Zat Allah SWT itu dengan
sendirinya adalah kewujudan Allah SWT Ataupun Zat Allah SWT dengan Wujud Allah
SWT tidak dapat dipisahkan. Berbeza dengan sifat ma’ani seperti ilmu, kerana sifat ini
merupakan sifat yang menempel pada Zat Allah SWT Ertinya sifat ilmu itu terpisah
dengan Zat Allah SWT Sebab Allah SWT mengetahui sesuatu dengan ilmuNya, bukan
dengan ZatNya. Hanya sifat “wujud” sahaja yang termasuk dalam sifat Nafsiyah.
3.2 Sifat Salbiyah
Sifat Salbiyah ialah sifat yang menafikan perkara yang tidak layak bagi Allah SWT, atau
madlul bagi setiap sifat itu bermakna tiada, iaitu perkara yang tidak layak bagi Allah
SWT dan madlulNya bukanlah sebagai sifat yang maujud pada diriNya atau makna
salbiyah ialah penafian, kerana sifat ini adalah menafikan kepada Allah SWT perkara
yang tidak layak bagiNya. Termasuk dalam sifat salbiyah ialah qidam, baqa’,
mukhalafatuhu lilhawadith, qiamuhu binafsihi dan wahdaniyyah.
3.3 Sifat Ma’ani
Perkara yang dimaksudkan dengan sifat ma’ani ialah sifat yang maujud pada diriNya,
sama ada sifat itu baharu seperti keputihan pada jirim atau sifat yang qadim seperti ilmu
Allah SWT dan sifat Allah SWT Ini adalah takrif sifat ma’ani bagi segala yang maujud,
sama ada bagi yang baharu atau yang qadim. Secara keseluruhannya boleh
disimpulkan bahawa setiap sifat yang maujud pada diriNya dinamakan sifat ma’ani.
21
Sifat ma’ani ditakrifkan sebagai sifat yang maujud atau ada yang berdiri pada zat Allah
SWT, yang menyebabkan zat itu bersifat dengan suatu hukum sifat ma’nawiyah.
Umpamanya sifat ma’ani seperti ilmu, sifat ini ialah sifat yang berdiri pada zat Allah SWT
Ertinya ilmu itu sifat Allah SWT bukan zat Allah SWT, Allah SWT dapat mengetahui
sesuatu dengan diriNya, bukan dengan zatNya. Sifat-sifat yang terkandung dalam sifat
ma’ani sebanyak tujuh sifat iaitu qudrat, iradat, ilmu, hayat, sama’, basar dan kalam.
3.4 Sifat Ma’nawiyah
Terdapat dua pengertian sifat ma’nawiyah. Pengertian pertama ialah ibarat daripada
setiap hal yang bersabit kepada zat yang diislahkan dengan makna yang berdiri dengan
zat. Manakala pengertian kedua ialah setiap sifat yang mesti bagi zat disebabkan
kerana adanya makna yang berdiri dengan zat. Kedua-dua takrif ini menerangkan
hubungan antara sifat ma’ani dengan ma’nawiyah adalah bergantung kepada
kewujudan sifat ma’ani.
Dengan takrif lain yang sama ertinya, sifat ma’nawiyah ialah suatu perkara yang sabit
atau yang tetap bagi zat Allah SWT bersifat dengan sifat ma’ani. Antara sifat ma’ani
dengan sifat ma’nawiyah tidak terpisah. Contohnya, keadaan Allah SWT berilmu (sifat
ma’nawiyah), ini disebabkan Allah SWT. mempunyai sifat ilmu (ma’ani). Sifat-sifat yang
terkandung dalam sifat ma’nawiyah sebanyak tujuh sifat iaitu kaunuhu qadiran, kaunuhu
muridan, kaunuhu ‘aliman, kaunuhu hayyan, kaunuhu sami’an, kaunuhu basiran dan
kaunuhu mutakalliman.
3.5 Sifat Uluhiyyah
Uluhiyyah menurut pengertian ulama tauhid ialah mengiktiqadkan dengan iktiqad yang
jazam bahawa Allah swt adalah ilah yang berhak disembah tiada ilah yang lain selain
daripadaNya iaitu Allah swt. Terdapat dua aspek penting dalam sifat uluhiyyah iaitu
sifat Istighna’ (kaya) yakni Allah terkaya (tidak berhajat kepada sesiapa pun) dan sifat
Iftiqar (makhluk berhajat kepada Allah Taala) yakni segala sesuatu selain Allah Taala
(َّلiaitu makhluk) memerlukan Allah Taala. Dalam sifat ini terdapat kalimah tauhid iaitu
“ إله إَّل اللهTidak ada yang tidak berhajat kepada yang lain dan tidak ada yang perlu
kepada-Nya oleh yang lain, melainkan Allah Taala”. Oleh itu hanya Allah Taala
sahajalah yang paling layak disembah kerana sifat ketuhanan hanya ada pada Allah
Taala.
22
3.6 Asmaa’uLllah
Asmaa’ adalah bentuk jamak dari kata ‘ism’ yang berarti nama dari dzat yang memiliki
nama dan sifat. Nama-Nama Allah adalah nama-nama yang paling mulia, yang Allah
menamai Diri-Nya dengan nama-nama tersebut atau nama yang ditetapkan oleh
Nabi-Nya shallallaahu ‘alaihi wa sallam.
Husna adalah bentuk mu’annats (lafazh berjenis wanita) dari kata ‘ahsan’ (paling
bagus) bukan bentuk mu’annats dari kata ‘hasan’. Sepadan dengan ‘kubro’ (bentuk
mu’annats dari ‘akhbar’) dan ‘mutsla’ (bentuk mu’annats dari ‘amtsal’)
Nama-Nama Allah adalah husna artinya mencapai puncak kesempurnaan dan
keindahan. Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud “Hanya milik Allah Asmaa’ul
Husna/Nama-Nama yang paling indah…” (QS. Al A’raaf: 180).
Hal itu kerana Nama-Nama Allah mengandung sifat-sifat kesempurnaan yang tidak
terdapat sedikitpun kekurangan padanya dari sisi manapun, baik dari
sisi ihtimal (kemungkinan asal makna lafazh) atau dari sisi taqdir (penetapan makna
pelengkap yang muncul dari hasil terkaan dalam pikiran pendengar).
Semua Nama Allah menunjukkan sanjungan dan pujian bukan sekadar label. Akan
tetapi Nama Allah berlaku sebagai nama yang sekaligus mengandung sifat. Allah
yang Maha Suci lagi Maha Tinggi telah memerintahkan hamba-hamba-Nya supaya
mereka berdo’a kepada-Nya dengan perantara menyebut Nama-Nama-Nya.
3.7 Latihan
LATIHAN
1. Membezakan sifat nafsiyyah, salbiyyah, ma’ani dan ma’nawiyyah
2. Menjelaskan 99 nama Allah ( Asmaa’uLllah)
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
23
A. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi.
B. Tajuk Pembelajaran: Sifat-Sifat Allah
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
i. Asmaa’uLllah
D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.
24
TAJUK 4 SIFAT DAN MUKJIZAT RASULULLAH SAW
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, pelajar dapat:
i Menghuraikan sifat-sifat Rasulullah S.A.W
ii Menjelaskan mukjizat hissi dan maknawi yang dianugerahkan kepada
Rasulullah S.A.W
SINOPSIS
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai sifat-sifat
Rasulullah S.A.W. dan seterusnya mukjizat yang dianugerahkan kepada Rasulullah
S.A.W. berupa mukjizat hissi dan maknawi.
KERANGKA TAJUK
4.1 Sifat Rasulullah S.A.W
4.2 Mukjizat Hissi dan Maknawi
4.3 Latihan
25
4.1 Sifat Rasulullah S.A.W
4.1.1 Siddiq
Maksud sidiq ialah betul segala sesuatu yang disampaikan adalah daripada Allah S.W.T
samada perkataan mahupun perbuatan. Sekiranya rasul tidak benar nescaya mereka
berdusta terhadap apa yang disampaikan, sedangkan Allah S.W.T telah mengakui
kebenaran para rasulnya. Maka dusta terhadap firman Allah S.W.t adalah mustahil. Dari
itu dusta terhadap Rasul juga adalah mustahil.
4.1.2 Amanah
Amanah bererti jujur atau kepercayaan. Rasul terpelihara zahir dan batin daripada
melakukan perkara yang haram yang makruh dan yang menyalahi tugas utama sebagai
seorang rasul. Lawan kepada amanah ialah khianat. Jika Rasul-rasul itu tidak amanah
nescaya jadilah rasul itu bersifat khianat kepada amanh-amanah syara’ iaitu dengan
mengerjakan yang haran. Dengan yang demikian tetaplah batil khianat, maka tetaplah
lawannya iaitu amanah kerana Tuhan menyuruh kita mengikut para rasul pada segala
perbuatan dan perkataan mereka.
4.1.3. Tabligh
Maksudnya setiap Rasul menyampaikan apa-apa yang difirmankan Allah kepada
sekelian makhluknya. Para rasul tidak pernah sekali-kali kitman atau menyembunyikan
hukum-hakam yang mesti disampaikan. Mustahil para rasul itu menyembunyikan. Dalil
aklinya, jika mereka tidak menyampaikan nescaya lazimlah mereka menyembunyikan.
Yang demikian lazim pula kita disuruh ikut menyembunyikan. Kerana kita wajib mengikut
perkataan dan perbuatan rasul, maka menyembunyikan itu haram dan dilaknat Allah.
Sedangkan Allah tiada menyuruh mengerjakan yang haram. Oleh yang demikian
tetaplah para Rasul itu bersifat tabligh.
4.1.4. Fatonah
Fatonah ertinya cerdik, pandai dan bijaksana
Lawan Fatonah ialah bodoh iaitu tidak boleh menolak hujah-hujah yang hendak
melawan dia dan tidak kuasa membatalkan segala dakwaan yang tiada betul
26
Dalil akli yang menunjukkan rasul itu bersifat fatonah ialah jika mereka tidak cerdik dan
bijaksana nescaya tiadalah boleh mereka mendirikan hujah untuk melawan orang yang
engkar dengan seruannya.
4.2 Mukjizat Hissi dan Mukjizat Maknawi
4.2.1 Definisi Mukjizat
Dari sudut bahasa Kata mukjizat diambil dari bahasa Arab a’jaza-i’jaz yang
mengandung arti ketidakmampuan atau yang melemahkan musuh apabila
ditentang. Pelakunya (yang melemahkan) dinamakan mukjiz dan pihak yang
mampu melemahkan pihak lain sehingga mampu mengalahkankan lawan,
dinamakan mukjizat. Tambahan ta’marbuthah pada akhir kata itu mengandung
makna mubalaghah(superlative).
Dari sudut istilah mukjizat didefinisikan dengan beberapa maksud:
a) Ibnu Khaldun dalam Muqaddimahnya berpendapat bahwa mukjizat
adalah adalah perbuatan-perbuatan yang tidak dapat ditiru oleh manusia
b) Manna’ Qattan mendefinisikan mukjizat sebagai
امر خارق للعادة مقرون بالتحدي سالم عن المعارض
“Suatu kejadian yang keluar dari kebiasaan, disertai
dengan unsur tentangan, dan tidak akan dapat ditandingi”
c) Mukjizat juga bermaksud sesuatu perkara luar biasa atau menyalahi kelaziman
dan kebiasaan yang diberikan Allah kepada rasulnya untuk menguatkan dan
membuktikan kebenaran kerasulannya dan untuk melemahkan hujah musuh yang
menentangnya.
d) Dalam Kamus al-Mu’jam al-Washith, mukjizat diartikan:
أمر خارق للعادة يظهره الله على يد نبي تابدا لنبوته
“ Sesuatu (hal atau urusan) yang menyalahi adat kebiasaan
yang ditampakkan Allah diatas kekuasaan seorang nabi untuk
memperkuat kenabiannya”
27
Dari beberapa pendapat di atas, pengertian mukjizat dapat lebih dapat disimpulkan
sebagai suatu hal atau peristiwa luar biasa yang terjadi melalui seseorang yang
mengaku nabi, sebagai bukti kenabiannya, yang ditantangkan kepada orang-orang
yang ragu untuk mendatangkan atau melakukan hal yang serupa, namun mereka
tidak mampu melayani tantangan tersebut.
4.2.2 Tujuan Mukjizat:
• Membuktikan kebenaran para Rasul
• Menguatkan ajaran yang dibawa
• Melemahkan dan menghalangkan musuh yang menentang
• Untuk menarik minat orang ramai yang kurang tajam akal fikirannya, supaya
mempercayai kenabian dan kerasulan seseorang pesuruh Allah.
• Untuk menghindarkan orang ramai daripada mendapat dakyah-dakyah nabi
palsu yang cuba mengaku dirinya sebagai Nabi atau Rasul.
• Untuk menolong Rasul-Rasul menjalankan tugas dengan sempurna, berhadapan
dengan penentang dan musuh islam
4.2.3. Jenis-Jenis Mukjizat
Mukjizat terdiri dari dua jenis iaitu Mukjizat Hissi dan Mukjizat Maknawi
• Pengertian mukjizat Hissi
Hissi bererti fisik, dapat dilihat. Menurut Istilah mukjizat hissi adalah mukjizat yang
secara kasat mata atau indera dan dimengerti sebagai sesuatu yang luar biasa.
Misalnya : Tongkat Nabi Musa menjadi ular, Nabi Isa bisa menghidupkan orang mati
dengan izin Allah SWT. Mukjizat hissi bersifat material dan indrawi dalam arti
keluarbiasaan tersebut dapat disaksikan atau dijangkau langsung melalui pancaindera
oleh masyarakat tempat mereka menyampaikan risalah.
• Pengertian Mukjizat Maknawi
Maknawi bermaksud makna kepada sesuatu iaitu mukjizat yang dapat difahami dengan
akal. Contohnya Al-Quran, Taurat, Injil dan Zabur. Mukjizat ini tidak dibatasi oleh suatu
28
tempat atau masa tertentu. Mukjizat Al-Qur’an dapat dijangkau oleh setiap orang yang
menggunakan akalnya dimana dan selamanya hingga hari kiamat.
Mukjizat Nabi Muhammad S.A.W:
i. Kitab suci al-Qur’an ialah sebesar-besar mukjizat Rasulullah S.A.W
ii. Terbelah bulan menjadi dua
iii. Berhentinya peredaran matahari yang hamper terbenam
iv. Keluar air dari celah-celah jari
v. Memperbanyak makanan yang sedikit
vi. Memberitahu perkara ghaib dan belum terjadi sebelum berbicara
vii. Berbicara dengan kijang
4.3 Latihan
LATIHAN
1. Menjelaskan dalil-dalil Al-Quran berkaitan sifat siddiq, amanah, tabligh dan
fatanah
2. Bincangkan kesan beriman kepada mukjizat hissi dan maknawi
29
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
A. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1
jam bagi satu sesi.
B. Tajuk Pembelajaran: Sifat dan Mukjizat Rasulullah S.A.W
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
i. Hissi
ii. Ma’nawi
D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.
30
TAJUK 5 PERKARA GHAIBIYYAT
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, pelajar dapat :
i. Menghuraikan konsep al-Ghaibiyyah dalam Islam
ii. Menjelaskan perkara-perkara yang berlaku di alam barzakh
iii. Menjelaskan perkara-perkara yang berlaku di alam akhirat
SINOPSIS
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai alam barzakh
dan alam akhirat. Perbincangan mengenai alam barzakh dan alam akhirat akan
mengupas beberapa isu yang berkaitan dengan definisi, dalil-dalil dan peristiwa-
peristiwa yang berlaku di alam barzakh dan alam akhirat.
KERANGKA TAJUK
5.1 Konsep Ghaibiyyat dalam Islam
5.2 Alam barzakh
5.3 Alam akhirat
5.4 Latihan
31
5.1 Konsep Ghaibiyyah Dalam Islam
Menurut al-Raghib al-Asfahani p e r k a r a g h a i b merujuk kepada setiap perkara
yang berada di luar upaya pancaindera untuk mencapainya; iaitu setiap sesuatu yang
terselindung dan tidak terjangkau oleh pancaindera manusia. perkara ghaib yang
menjadi akidah pegangan golongan orang yang bertakwa merujuk kepada sejumlah
perkara, bukan hanya satu perkara sahaja, maka kita dapati istilah teknikal yang
digunakan dalam disiplin ilmu Usuluddin untuk mengungkap perihal ini ialah,
sama ada, istilah al-ghaybiyyat atau al-sam 'iyyat, iaitu kedua-duanya
diungkapkan dalam bentuk kata jamak.
Istilah al-ghaybiyyat, atau kadang-kadang disebut juga sebagai al-mughibat, adalah
merujuk kepada perkara-perkara yang di luar jangkauan pancaindera
manusia, di mana kesan-kesan daripada perkara tersebut tidak boleh ditemui
atau dikesani oleh manusia di sekitar kehidupan harian biasa mereka, dan tidak
pula ada jalan lain untuk mengetahui serta mengimaninya selain daripada
menerusi jalan perkhabaran atau dalil yang boleh diyakini lagi qat'i, iaitu tentunya
perkhabaran yang diberitahu oleh dua saluran autentik iaitu al-Qur'an dan al-
Sunnah.
5.2. Alam Barzakh
5.2.1 Definisi Alam Barzakh
Barzakh diambil daripada perkataan برزخ. Kalimah برزخdisebut sebanyak tiga kali dalam
al-Quran dan semuanya disebut dalam bentuk kata nama. Dari segi bahasa ia
bermakna sesuatu atau penghalang antara dua perkara. Antara contoh penggunaan
perkataan secara bahasa dalam al-Quran ialah seperti:
َو ُه َو اله ِذي َم َر َج ا ْل َب ْح َر ْي ِن َهذَا َع ْذ ٌب فُ َرا ٌت َو َهذَا ِم ْل ٌح أُ َجا ٌج
َو َجعَ َل بَ ْينَ ُه َما بَ ْر َزخا َو ِح ْجرا هم ْح ُجورا
“ Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut
berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga dan
yang satu lagi masin lagi pahit; serta Dia menjadikan antara
kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat
percampuran keduanya.”
(Surah al-Furqan:53)
32
Menurut kamus oleh Abu Bakr Al-Razi makna barzakh ialah dinding pembatas antara
dua benda. Dan dia juga membawa makna apa yang terdapat di antara alam dunia dan
alam akhirat sejak dari waktu kematian seseorang sehingga dia dibangkitkan. Jadi siapa
yang mati maka itu bermakna dia telah masuk ke dalam alam barzakh tanpa mengambil
kira bagaimana cara kematiannya.
Dalam kitab-kitab tafsir para ulama memberi berbagai definisi berkenaan barzakh.
Menurut Qatādah, ia bermaksud penghalang antara dunia dan akhirat. Muḥammad bin
Ka`ab pula mentakrifkannya sebagai sesuatu antara dunia dan akhirat, bukan bersama
ahli dunia yang boleh makan dan minum dan bukan bersama ahli akhirat yang
menerima balasan amal mereka. Abu Ṣakhr mengatakan al-barzakh adalah kubur,
bukan di dunia, bukan di akhirat. Mereka menetap di dalamnya sehingga hari
dibangkitkan. Bagi Al- Ḍaḥḥāk, ia adalah satu tempoh antara kematian dan hari
dibangkitkan. Berbeza dengan Mujāhid, beliau memberi definisi al-barzakh sebagai
penghalang untuk mereka(orang yang mati) kembali ke dunia.
Tafsiran-tafsiran di atas menunjukkan jumhur ulama’ tafsir mentakrifkan barzakh dalam
ayat tersebut merujuk kepada satu alam yang berada dalam tempoh kematian
seseorang dengan hari dia dibangkitkan semula. Cuma Mujahid yang memberikan takrif
yang agak berbeza dengan jumhur ulama’ tafsir. Kesimpulannya, kewujudan alam
barzakh ini bukanlah semata-mata alam kubur dengan makna tempat dikebuminya
jasad dan tiada apa-apa berlaku sehingga dibangkitkan apabila berlakunya kiamat
kelak. Tetapi, wujud satu alam di mana manusia yang telah meninggal dunia melalui
beberapa fasa atau ‘peristiwa’ sehingga tibanya Hari Kebangkitan.
5.2.2. Dalil kewujudan alam barzakh
Sungguh banyak perkara yang tidak dapat disaksikan oleh mata kasar di dalam alam
dunia ini tetapi kita yakini akan wujudnya. Dan bukan saja tentang kewujudannya
malahan apa yang dirasakan oleh rohani juga dapat dirasakan oleh jasmani. Di antara
contoh perkara tersebut ialah: Beberapa orang yang tidur nyenyak di atas satu
hamparan. Di antara mereka ada yang bermimpi indah. Ketika bangun jasadnya turut
merasakan nikmat yang dirasakan oleh rohnya ketika dalam mimpi. Demikian
sebaliknya, orang yang bermimpi buruk dan mengerikan. Bukan saja rohnya tersiksa
tetapi badan juga terasa tersiksa. Mereka yang tidur berhampiran masing-masing tidak
mengetahui apa yang dirasakan oleh rakannya. Jika perkara seperti ini tidak dapat kita
33
ingkari hakikat kewujudannya maka demikianlah dengan alam barzakh, malahan
kejadian di alam barzakh akan lebih hebat lagi. Malaikat Jibril 'Alaihissalam yang turun
membawa wahyu kepada Rasulullah s.a.w. dalam bentuk seorang lelaki. Baginda s.a.w.
dapat melihatnya dan mendengar ucapannya sedangkan para sahabat yang berada
disekeling baginda s.a.w. tidak dapat melihat dan mendengarnya. Para Jin bercakap
dengan sesama mereka dengan suara yang lantang. Mereka berada ditengah-tengah
umat manusia tetapi kita tidak mendengar pertuturan mereka.
Kewujudan alam barzakh dinyatakan dalam kedua-dua dalil qat’i iaitu al-Qur’an dan
hadis.
a. Dalil al-Qur’an:
1. Dalil paling utama yang menyebut secara jelas kalimah barzakh Firman Allah
S.W.T:
لَ َع ِلهي أَ ْع َم ُل َصا ِلحا ِفي َما تَ َر ْك ُت َكلها ِإنه َها َك ِل َم ٌ ُه َو قَا ِئلُ َها َو ِمن َو َرائِ ِهم
َب ْر َز ٌخ ِإ َلى َي ْو ِم يُ ْب َعثُو َن
“..Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam
perkara-perkara yang telah aku tinggalkan. Tidak! Masakan
dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata
yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan
mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya)
hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).”
(Surah al-Mukminun:100)
2. Kisah Firaun dan pengikut-pengikutnya yang disiksa di dalam kubur. Firman
Allah S.W.T:
أاَلنهَشاده ُرا ْليُعَ ْعذَ َار ِب ُضو َن َعلَ ْي َها ُغدُ ًّوا َو َع ِشيًّا َويَ ْو َم تَقُو ُم ال هسا َع ُ أَ ْد ِخلُوا آ َل فِ ْر َع ْو َن
“..Mereka didedahkan kepada bahang api Neraka pada waktu
pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh)
dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada
malaikat): Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke
dalam azab seksa api Neraka yang seberat-beratnya!”
(Surah Ghafir:46)
34
b. Dalil Daripada Hadis
Tiada hadith sahih yang secara jelas menyebut perkataan al-barzakh dengan merujuk
kepada alam kubur. Tetapi terdapat beberapa hadith yang memberi kefahaman tentang
wujudnya alam ini dengan sabda baginda tentang perkara yang bakal berlaku di dalam
kubur. Imam Muslim dalam sahihnya membawa beberapa hadis yang mengisbatkan:
1. Adanya azab didalam kubur
2. Nabi Muhammad S.AW. Mendengar suara orang yang diazab di dalam kubur
3. Orang yang mati mendengar derapan selipar orang yang mengkebumikannya
4. Kubur menjadi luas kepada simati
5. Dinampakkan kepada simati tempatnya didalam syurga atau neraka
Antara hadis-hadis tersebut ialah:
1. Adanya azab di dalam kubur dan Nabi Muhammad S.AW. Mendengar suara
orang yang diazab di dalam kubur. Sabda Rasulullah S.A.W:
إنهما: فقال، م هر رسو ُل اللهِ صلى الله عليه وسلم على َق ْب َر ْي ِن
فكان َّل يَ ْستَ ِت ُر ِمن بو ِله: أ هما هذا، وما يُعَذهبان في كبي ٍر، َليُ َعذهبان
ُر َط ٍب ف َشقهه ثم دعا بعَ ِسي ِب. ِ بالنميم فكان َي ْمشي: هذا وأما،
لعلهه: ثم قال، وعلى هذا واحدا ، واحدا فغَ َر َس على هذا، باثنين
يُ َخ ِفه ُف عنهما ما لم يَيبَ َسا
Maksudnya: “Daripada Ibn Abbas r.a.: Sesungguhnya Nabi
melalui (melintasi) dua kubur, lalu baginda bersabda:
“Sesungguhnya dua orang (yang berada di dalam kubur
tersebut) sedang diazab dan mereka diazab bukanlah kerana
kesalahan yang (dilihat) kecil. Seorang daripada mereka tidak
membersihkan dengan betul kemaluannya selepas buang air
kecil dan seorang lagi gemar mengadu domba (menyebabkan
perbalahan antara manusia). Kemudian Baginda meminta satu
pelepah kurma lalu dibelahnya menjadi dua lalu bersabda:
“Semoga pelepah kurma ini akan dapat meringankan seksaan
mereka berdua selama ia belum kering.”
(Riwayat al-Bukhari)
35
2. Orang yang mati mendengar derapan selipar orang yang mengkebumikannya
وتَ َولهى عنه أصحابُه حتى إنه ليسم ُع،إذا ُو ِض َع العبدُ في قب ِره
ما تقو ُل في: فَيُق ِعدا ِنه في قب ِره فيقوَّلن،َخ ْف َق نعا ِلهم أتاه َم َلكان
ِ أشهدُ أنه عبدُ الله: هذا الرج ِل في ُم َح هم ٍد ؟ فأما المؤم ُن فيقو ُل
انظر إلى َمقع ِدك من النا ِر قد أبدلك اللهُ به: ورسولُه فيقا ُل له
فقال رسو ُل اللهِ فيراهما جميعا أو كلاهما: الجن ِ قال َم ْق َعدا من
ُ وذكر أنه يُف َس ُح له في قب ِره سبعون ذراعا ويُملأ: ُقال قتادة
ثم رجع إلى حدي أن ٍس قال: عليه َخ ِضرا إلى يو ِم القيام ِ قال
ما كن َت تقو ُل في هذا الرج ِل: وأما الكاف ُر أو المناف ُق فيقا ُل له:
َّل: فيقا ُل، َّل أدري قد كن ُت أقو ُل ما يقو ُل النا ُس: ؟ فيقو ُل
ثم يُض َر ُب بمضار َب من حدي ٍد ضرب بين،دري َت وَّل تلي َت
أذنيه فيصي ُح َص ْيح يسمعُها من ي ِليه غي ُر الثقلين
Maksudnya: “Baginda bersabda: “Jika seorang hamba telah
dikebumikan dan para penghantarnya pulang meninggalkannya,
maka dia akan mendengar bunyi tapak kasut mereka. Dua
malaikat segera mendatanginya. Setelah didudukkan oleh kedua
malaikat itu, mereka mengajukan pertanyaan, ‘Apakah yang
kamu ketahui tentang lelaki ini – Muhammad SAW?’ (Jika orang
mukmin) maka akan menjawab, ‘Aku bersaksi bahawa dia
adalah hamba Allah dan Rasul-Nya!’ Lantas dikatakan
kepadanya, ‘Lihatlah tempatmu di neraka. Allah telah
menggantikannya dengan tempat di syurga.’ Dia pun melihat
keduanya (syurga dan neraka).” Jika dia orang munafik atau
kafir, maka ketika ditanya, ‘Apakah yang kamu ketahui tentang
lelaki ini – Muhammad SAW?’ maka dia akan menjawab, ‘Aku
tidak tahu dan tidak pernah mengikut akan dia!’ Lalu dia dipukul
oleh palu besi (dengan kuat) antara dua telinganya sehingga
menjerit semahu-mahunya yang didengar oleh semua makhluk
di sekitarnya kecuali jin dan manusia.”
3. Dinampakkan kepada simati tempatnya samada disyurga atau neraka. Sabda
Rasulullah S.A.W:
إن كان،إن أحدكم إذا مات عرض عليه مقعده بالغداة والعشي
وإن كان من أهل النار فمن أهل، من أهل الجن فمن أهل الجن
هذا مقعدك حتى يبعثك الله يوم القيام: فيقال،النار
Maksudnya: “Setiap seorang daripada kamu, manakala telah
mati akan ditayangkan (diperlihatkan) kepadanya kedudukan
tempatnya setiap pagi dan petang. Jika dia daripada ahli syurga
36
maka (akan diperlihatkan seperti yang diperlihatkan) kepada ahli
syurga dan jika dia ahli neraka maka daripada ahli neraka.
Dikatakan kepadanya, “Inilah tempatmu sehingga dibangkitkan
”semula padahari kiamat.
5.2.3. Peristiwa di alam barzakh
Peristiwa di alam barzakh boleh ditelusuri berdasarkan hadis penjang berikut. Sabda
Rasulullah S.A.W:
خرجنا مع رسو ِل اللهِ صلهى اللهُ عليه وسلهم في ِجناز ِة رج ٍل من اْلنصا ِر ,
فانتهينا إلى القب ِر ول هما يُلح ْد .فجل َس رسوَُّلللهِ صلهى اللهُ عليه وسلهم وجلسنا
حولَه كأ هن على ر ُؤؤ ِسنا ال هطي َر ,وفي ي ِده عودٌ ين ُك ُت به في اْلر ِض ,فرفع
رأ َسه فقال :استعيذوا باللهِ من عذا ِب القب ِر م هرتَ ْين أو ثلاثا ,ث هم قال :إ هن العبدَ
المؤم َن إذا كان في انقطاعٍ من الدنيا ,وإقبا ٍل إلى الآخر ِة ,نزل إليه
ملائك ٌ من ال هسما ِء بي ُض الوجو ِه ,كأ هن وجو َههم ال هشم ُس ,معهم كف ٌن من أكفا ِن
الجنه ِ ,وحنو ٌط من حنو ِط الجنه ِ ,حتهى يجلسوا منه مده البص ِر .ث هم يجي َء م َل ُك
المو ِت ,حتهى يجل َس عند رأ ِسه ,فيقول :أيهتُها النهف ُس المطمئنه ُ ,اخ ُر ِجي إلى
مغفر ٍة من اللهِ ورضوا ٍن .قال :فتخر ُج تسي ُل كما تسي ُل القطرةُ من فِي ال ِهسقا ِء ,
فيأخذُها ,فإذا أخذَها لم يدَعوها في ي ِده طرف َ عي ٍن ,حتهى يأخذوها فيجعلوها في
ذلك الكف ِن ,وفي ذلك الحنو ِط .ويخر ُج منها كأطي ِب نفح ِ مس ٍك ُو ِجد ْت على
وج ِه اْلر ِض .فيصعدون بها فلا يمرون _ يعني _ بها على مل ٍأ من الملائك ِ
إَهّل قالوا :ما هذا الرو ُح ال هطيِهب ُ ؟ فيقولون :فلا ُن ب ُن فلا ٍن ,بأحس ِن أسمائِه الهتي
كانوا يُسمونه بها في الدنيا ,حتهى ينتهوا به إلى ال هسما ِء الدنيا ,فيستفتحون له ،
فيُفت ُح له ,فيُشيِهعُه من ك ِهل سما ٍء مق هربُوها إلى ال هسما ِء الهتي تليها ,حتهى
ينت َهى به إلى ال هسما ِء ال هسابع ِ فيقو ُل اللهُ ,ع هز وج هل :اكتبوا كتا َب عبدي في
ع ِله ِيهين ,وأعيدوه إلى اْلر ِض ,فإ ِنهي منها خلقتُهم ,وفيها أُ ِعيدُهم ,ومنها
أُخ ِر ُجهم تارة أخ َرى .قا َل :فتُعادُ رو ُحه فيأتيه ملَكان فيُج ِلسانِه
فيقوَّلن له :من ربك ؟ فيقو ُل :ر ِبهي اللهُ .فيقوَّلن له ما دينُك ؟ فيقو ُل :ديني
الإسلا ُم .فيقوَّلن له :ما هذا ال هرج ُل الهذي بُع فيكم ؟ فيقو ُل :هو رسو ُل اللهِ .
37
فيقوَّلن له :وما عل ُمك ؟ فيقو ُل :قرأ ُت كتا َب الل ِهفآمن ُت به وصدهق ُت .
فينادي منا ٍد من ال هسما ِء :أ ْن صدَق عبدي ,فأ ْف ِرشوه من الجنه ِ ,
وألبِسوه من الجنه ِ ,وافتحوا له بابا إلى الجنه ِ .فيأت ِيه من رو ِحها وطيبِها ,
ويُفس ُح له في قب ِره مده بص ِره .قال :ويأتيِه رج ٌل ح َس ُن الوج ِه ,ح َس ُن ال ِثهيا ِب ,
طيِه ُب ال ِهريحِ ,فيقو ُل :أب ِش ْر بالهذي ي ُسرك ,هذا يو ُمك الهذي كن َت تُوعدُ .
فيقو ُل له :من أن َت ؟ فوج ُهك الوجهُ يجي ُء بالخي ِر .فيقو ُل :أنا عملُك ال هصال ُح .
فيقو ُل :ر ه ِب أقِ ِم ال هساع َ ,ر ه ِب أ ِق ْم ال هساع َ ,حتهى أرج َع إلى أهلي ومالي قال :
وإ هن العبدَ الكاف َر ,إذا كا َن في انقطاعٍ من الدنيا وإقبا ٍل من الآخر ِة ,نزل
إليه من ال هسما ِء ملائك ٌ سودُ الوجو ِه معهم ال ُمسو ُح ,فيجلسون منه مده ال َبص ِر ,
ث هم يجي ُء م َل ُك المو ِت حتهى يجل َس عندَ رأ ِسه ,فيقو ُل :أيهتُها النهف ُس الخبيث ُ ,
اخ ُرجي إلى س َخ ٍط مناللهِ وغض ٍب .قال :فتَف هر ُق في جس ِده ,فينت ِز ُعها كما
يُنت َز ُع ال هسفودُ من الصو ِف المبلو ِل ,فيأخذُها ,فإذا أخذها لم يدَعوها في ي ِده
طرف َ عي ٍن حتهى يجعلوها في تلك ال ُمسوحِ ,ويخر ُج منها كأنت ِن ريحِ جيف ٍ
ُو ِجدَ ْت على وج ِه اْلر ِض .فيصعدون بها ,فلا ي ُمرون بها على
مل ٍأ من الملائك ِ إَهّل قالوا :ما هذا الرو ُح الخبيث ُ ؟ فيقولون :فلا ُن ب ُن فلا ٍن ,
بأقبحِ أسما ِئه الهتي كان يُس همى بها في الدنيا ,حتهى يُنت َهى به إلى ال هسما ِء الدنيا ,
فيستفت ُح ,فلا يفت ُح له .ث هم قرأ رسو ُل اللهِ صلهى اللهُ عليه وسلهم ََّ { :ل تُفَته ُح لَ ُه ْم
أَ ْب َوا ُب ال هس َما ِء َوََّل يَ ْد ُخلُو َن ا ْل َجنه َ َحتهى يَ ِل َج ا ْل َج َم ُل فِي َس ِهم ا ْل ِخ َيا ِط } ,فيقو ُل اللهُ ,
ع هز وج هل :اكتُبوا كتابَه في ِس ِهجي ٍن في اْلر ِض السفلَى .فتُطر ُح رو ُحه طرحا .
ث هم قرأ َ { :و َم ْن يُ ْش ِر ْك ِباَّهللِ فَ َكأَنه َما َخ هر ِم َن ال هس َما ِء َفتَ ْخ َطفُهُ ال هط ْي ُر أَ ْو
تَ ْه ِوي بِ ِهال ِهري ُح ِفي َم َكا ٍن َس ِحي ٍق} الحج . 31 :فتُعادُ رو ُحه في جس ِده .ويأتيه
ملَكا ِن فيُج ِلسانِه فيقوَّلن له :من ربك ؟ فيقو ُل :هاه هاه ! َّل أدري ! فيقوَّلن
:ما دينُك ؟ فيقو ُل :هاه هاه َّل أدري ! فيقوَّلن :ما هذا ال هرج ُل الهذي
بُ ِع فيكم ؟ فيقو ُل :هاه هاه ! َّل أدري .فينادي منا ٍد من ال هسما ِء :أ ْن كذَب
,فأ ْف ِرشوه من النها ِر ,وافتحوا له بابا إلى النها ِر .فيأتيه من ح ِهرها و َسمو ِمها ,
38
قبي ُح, ويأتيه رج ٌل قبي ُح الوج ِه, ويُضيه ُق عليه قب ُره حتهى تختل َف فيه أضلا ُعه
ُ هذا يو ُمك الهذي كن َت تُوعد, أب ِش ْر بالهذي يسو ُؤك: فيقو ُل, ِ ُمنتِ ُن ال ِهريح, الثِهيا ِب
. ُ أنا عملُك الخبي: فيقو ُل. من أن َت ؟ فوج ُهك الوجهُ يجي ُء بال هش ِهر: فيقو ُل
: ور َوى أحمدُ أيضا عن البرا ِء ب ِن عاز ٍب قال. َ ر ه ِب َّل تُ ِق ِم ال هساع: فيقو ُل
: وفيه. فذكر نح َوه, خرجنا م َع رسو ِل اللهِ صلهى اللهُ عليه وسلهم إلى ِجناز ٍة
وكل م َل ٍك, حتهى إذا خرج رو ُحه صلهى عليه كل ملَ ٍك بين ال هسما ِء واْلر ِض
, َ ليس من أه ِل با ٍب إَهّل وهم يدعون الله, وفُتِ َح ْت له أبوا ُب ال هسما ِء, في ال هسما ِء
ث هم يُقيه ُض له أع َمى أصم: وفي آخ ِره. أن يُع َر َج برو ِحه من ِقب ِلهم, ع هز وج هل
فيضربُه ضرب فيصي ُر, في ي ِده ِمرزبه ٌ لو ُض ِر َب بها جب ٌل كا َن ترابا, أبك ُم
فيضربُه ضرب أخ َرى فيصي ُح, كما كا َن, ع هز وج هل, ُ ث هم يُعيدُه الله, ترابا
, ث هم يُفتَ ُح له با ٌب من النها ِر: قال البرا ُء. صيح يسمعُها كل شي ٍء إَهّل الثهق َل ْين
ويم ههدُ له من فُ ُر ِش النها ِر
Maksudnya : Diriwayatkan daripada Barra’ bin Azib RA telah
berkata: “Kami sedang berada di sisi satu jenazah di perkuburan
Baqi’, lalu Nabi SAW datang kepada kami. Baginda duduk dan
kami pun duduk di sekelilingnya seolah-olah di atas kepala kami
ada burung dan jenazah itu sedang dimasukkan ke liang lahad.
Baginda berkata: “Aku berlindung dengan Allah daripada azab
kubur” tiga kali. Kemudian baginda bersabda: “Sesungguhnya
apabila seseorang itu menuju ke akhirat dan meninggalkan
dunia maka malaikat akan turun kepadanya seolah-olah di muka
mereka ada matahari. Mereka membawa kain kafan dari kain
kafan syurga. Maka para malaikat itu duduk pada jenazah itu
seluas mata memandang. Kemudian malaikat maut akan datang
duduk di kepala orang yang hendak mati lalu berkata: “Wahai
jiwa yang baik dan wangi, keluarlah menuju keampunan dan
keredaan Allah.” Baginda bersabda lagi: “Maka jiwa itu keluar
seperti titisan air keluar daripada mulut orang sedang minum,
lalu malaikat maut itu mengambilnya. Apabila malaikat maut itu
mengambilnya maka para malaikat lain tidak membiarkan jiwa
itu berada di tangannya walaupun sekelip mata, lalu mereka
mengambilnya dan meletakkannya dalam kain kafan dan
usungan itu. Daripada kain kafan itu keluarlah bau yang wangi
bau kasturi yang paling wangi yang ada di atas muka bumi.”
Baginda bersabda lagi: “Para malaikat itu membawa naik jiwa itu.
Mereka tidak melalui satu malaikat pun di langit kecuali malaikat
itu akan berkata: “Roh wangi apakah ini? Para malaikat yang
membawanya menjawab: “Fulan bin Fulan dengan menyebut
namanya yang paling baik yang diberikan kepadanya dahulu
sehingga mereka sampai ke langit. Lalu mereka meminta langit
dibukakan untuk roh itu. Lalu langit dibukakan untuknya.
Malaikat yang membawanya akan menghebahkannnya hingga
39
ke langit yang akan seterusnya hingga sampai ke langit yang
ketujuh. Allah SWT berfirman: “Hendaklah kamu tulis catatan
hamba-Ku ini di 'illiyin dan kembalikannya semula ke bumi
kerana sesungguhnya Aku jadikan dia daripada tanah, Aku
kembalikannya kepada tanah dan daripada tanah dia akan Aku
keluarkan buat kali kedua.” Baginda SAW bersabda: “Maka
rohnya dkembalikan kepada jasadnya. Maka dua malaikat
mendatanginya lalu duduk di sisinya dan bertanya kepadanya:
“Siapa Tuhan engkau?” Maka dia menjawab: “Tuhan aku ialah
Allah.” Dua malaikat itu bertanya: “Apakah agama engkau?” Dia
menjawab: “Agama aku adalah Islam.” Dua malaikat itu bertanya:
“Siapakah lelaki yang diutuskan kepadamu ini?” Dia menjawab:
“Dia adalah Rasul Allah.” Kedua-dua malaikat itu bertanya:
“Apakah ilmu engkau?” Dia menjawab: “Aku telah membaca kitab
Allah lalu aku beriman dan membenarkannya.” Maka penyeru dari
langit menyeru: “Benarlah hamba-Ku dan sedia tempat
duduknya di dalam syurga dan buka pintu syurga baginya.”
Baginda bersabda: “Dia didatangi oleh roh dan bau wanginya
serta kuburnya diluaskan baginya seluas mata memandang.
Baginda bersabda: “Dia didatangi oleh seorang lelaki yang baik
rupa parasnya, indah pakaiannya dan baunya wangi lalu
berkata: “Bergembiralah dengan perkara yang menggembirakan
engkau. Hari ini adalah hari yang telah dijanjikan kepada
engkau.” Dia bertanya kepada lelaki itu: “Siapa engkau, muka
engkau adalah muka yang membawa kebaikan.” Maka lelaki itu
menjawab: “Aku adalah amalan soleh engkau.” Lalu dia berkata:
“Wahai Tuhanku, adakanlah kiamat supaya aku menemui
keluarga dan hartaku.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya
apabila manusia kafir hendak meninggal dunia dan menuju ke
akhirat maka akan turun kepadanya malaikat muka hitam
daripada langit bersama keranda. Kemudian malaikat maut akan
datang dan duduk di kepalanya lalu berkata: “Wahai jiwa yang
kotor, keluarlah menuju kepada kemurkaan dan kebencian
Allah.” Baginda bersabda: “Jiwa itu berpecah-pecah dalam
jasadnya. Lalu malaikat maut akan menyentapnya sebagaimana
benang disentap dari kapas basah lalu mengambilnya. Apabila
malaikat maut itu mengambilnya maka para malaikat itu tidak
membiarkannya berada di tangannya walau sekelip mata.
Mereka terus mengambilnya dan meletakkannya di dalam
keranda itu. Dari dalam keranda itu keluar bau paling busuk
yang ada di atas muka bumi. Mereka terus membawanya naik
ke langit. Semua malaikat yang mereka lalui akan bertanya:
“Roh fulan bin fulan dengan menyebut namanya yang paling keji
yang diberikan kepadanya ketika di dunia, sehinggalah mereka
sampai ke langit dunia. Malaikat itu meminta dibukakan pintu
baginya, lalu tidak dibukakan baginya.” Kemudian baginda
membacakan firman Allah SWT: Maksudnya: “Sesungguhnya
orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan
yang angkuh ( merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya,
tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu di
langit, dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta
masuk di dalam lubang jarum. Dan demikianlah Kami membalas
orang- orang yang melakukan kesalahan.” Lalu Allah SWT
berfirman: “Catatkan catatannya dalam al-sijjīn di bumi bawah.
Maka rohnya dicampakkan dengan sekali campakan.” Kemudian
baginda SAW membaca Maksudnya: “(Amalkanlah perkara-
perkara itu) dengan tulus ikhlas kerana Allah, serta tidak
mempersekutukan sesuatupun dengan-Nya; dan sesiapa yang
mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah, maka
seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau
40
dihumbankan oleh angin ke tempat yang jatuh (yang
membinasakan).” Maka rohnya kembali ke jasadnya. Dua
malaikat datang kepadanya dan duduk di sisinya lalu bertanya:
“Siapakah Tuhan engkau?” Dia menjawab: “Aku tidak tahu.”
Malaikat itu bertanya: “Siapakah lelaki yang diutuskan kepada
kami ini?” Dia menjawab: “Aku tidak tahu.” Maka penyeru dari
langit menyeru: “Dia dusta, sediakan tempatnya di dalam api
neraka dan bukan pintu neraka baginya. Maka panas dan racun
neraka sampai kepadanya, kuburnya disempitkan sehingga
tulang rusuknya bersilang antara satu sama lain. Dia didatangi
oleh seorang lelaki yang hodoh mukanya, pakaiannya buruk dan
baunya busuk lalu berkata: “Bergembiralah dengan keadaan
yang menyakitkan engkau, inilah hari yang telah dijanjikan
kepada engkau.” Dia bertanya: “Siapa engkau yang membawa
keburukan ini?” Lelaki itu menjawab: “Aku adalah amalan keji
engkau.” Lalu dia berkata: “Wahai Tuhanku, janganlah engkau
adakan hari kiamat.
(Riwayat Abu Daud, Ahmad, al-Nasa’i dan Ibn Majah)
Berdasarkan hadis panjang di atas dapat disimpulkan beberapa peristiwa yang akan
dilalui dialam barzakh antaranya ialah:
1. Soalan Munkar dan Nakir
Apabila mayat selesai dikebumikan, Allah akan mengutuskan dua malaikat
(Munkar dan Nakir) dalam bentuk dan rupanya yang sangat menakutkan dan
menggerunkan untuk menyoal si mati di dalam kuburnya tentang:
a) Tuhan yang menciptanya,
b) Agama yang menjadi pegangan dan panduan hidupnya,
c) dan juga tentang seorang lelaki yang bernama Muhammad.
2. Hamba-hamba Allah yang beriman dan taat akan mendapat Nikmat di dalam
kubur. Mereka memperolehi wangian dan haruman dari syurga. Kubur mereka
diterangi cahaya juga dilapangkan Allah sejauh mata memandang. Mereka juga
dapat melihat syurga pada pagi dan petang.
Sabda Rasulullah S.A.W:
ِ أف ِر ُشوه م َن الجن ِ وألبِسوه م َن الجن ِ وافتحوا له بابا إلى الجن
وافتحوا له بابا إلى الجن ِ وأَلبسوهُ م َن الجن ِ قال فيأتيه ِم ْن َر ْوحها
و ِطيبها قال ويُفتح له فيها مده بص ِره
Maksudnya:,” ... hamparkanlah syurga dan berilah pakaian
syurga untuknya, dan bukakanlah baginya satu pintu syurga,
41
Nabi bersabda:, lalu hamba itu memperoleh harum dan
wanginya syurga lalu kuburnya diperluas sejauh mata
memandang.”
Sabda Rasulullah S.A.W:
يقال. إذا قُبِ َر المي ُت ( أو قال أحدكم ) أتاهُ ملكا ِن أسودا ِن أزرقا ِن
قد كناه نعل ُم: فيقوَّل ِن............ ال ُم ْنك ُر والآخر النه ِكي ُر: ْلحدهما
ثم. ثم يُ ْف َسح له في قبر ِه سبعو َن ذراعا في سبعي َن. أن َك تقو ُل هذا
نم: ُ ثم يقا ُل له. يُنو ُر له في ِه
Hadis di atas menceritakan tentang kedatangan dua malaikat
bertanya dengan soalan-soalan kubur. Setelah mayat itu dapat
menjawabnya, maka malaikat berkata, “Kami telah tahu, bahawa
kamu berkata seperti itu.” Kemudian kuburnya dilapangkan
seluas 70 hasta kali 70 hasta, kemudian diterangi ruangannya,
dan dikatakan kepadanya: “Tidurlah
Sabda Rasulullah S.A.W:
أن رسو َل اللهِ صلى الله عليه وسلم
ُع ِر َض عليه مقعدُه،إن أحدَكم إذا مات: قال
وإن كان من، ِ إن كان من أه ِل الجن ِ فمن أه ِل الجن،ِبالغدا ِة والعش هي
أه ِل النا ِر
.ِ هذا مقعدُك حتى يبعثَك اللهُ يو َم القيام: فَيُقا ُل،فمن أه ِل النا ِر
Maksudnya:” Setiap seorang daripada kamu, manakala telah
mati akan ditayangkan (diperlihatkan) kepadanya kedudukan
tempatnya setiap pagi dan petang. Jika dia daripada ahli syurga
maka (akan diperlihatkan seperti yang diperlihatkan) kepada ahli
syurga dan jika dia ahli neraka maka daripada ahli neraka.
Dikatakan kepadanya, “Inilah tempatmu sehingga dibangkitkan
semula pada hari kiamat”
3. Manakala hamba yang kafir dan tidak beriman akan diazab di dalam kubur.
Sabda Rasulullah S.A.W:
ٍ على بغل، ينما النبي صلهى اللهُ علي ِه وسله َم في حائ ٍط لبني النجا ِر
وإذا أقب ُر ست ٍ أو. إذ حادت ب ِه فكادت تُلقي ِه، ونحن م َعه، ُله
كذا كان يقو ُل الجريري: خمس ٍ أو أربع ٍ ( قال
قال. أنا: )فقال " من يعر ُف أصحاب هذه اْلقب ِر ؟ " فقال رج ٌل
42