ماتوا في الإشرا ِك: " فمتى مات هؤَّل ِء ؟ " قال
، فلوَّل أن َّل تدافنوا. فقال " إ هن هذ ِه اْلم َ تُبتلى في قبورها.
ُلدعو ُت اللهَ أن يُسمعكم من عذا ِب القب ِر الذي أسم ُع منه
Maksudnya: Daripada Zaid Bin Tsabit r.a., dia berkata: Ketika
Rasulullah berada di kawasan Bani Najjar sambil menunggang
keldainya dan kami bersama baginda, tiba-tiba keldainya terkejut
danhampir saja baginda terjatuh. Di kawasan itu terdapat enam
atau lima atau empat kuburan, lalu Baginda bertanya: “Siapakah
di antara kamu yang mengetahui penghuni-penghuni kubur ini?”
Seorang lelaki menjawab: “Saya.” Baginda bertanya lagi :
“Bilakah mereka mati?” Lelaki tersebut menjawab: “Mereka mati
dalam syirik.” Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya umat ini
(penghuni-penghuni kubur ini) sedang diseksa di dalam kubur
mereka. Andai kata mereka tidak dikuburkan nescaya aku
memohon kepada Allah agar Dia memperdengarkan kepada
kamu seksaan kubur sebagaimana yang aku mendengarnya”.
4. Tempat tinggal roh setelah mati.
Ibn Qayyimitu rahimahuLlah mengumpulkan pendapat ulama berkenaan kedudukan
roh. Menurutnya kedudukan roh berbeza-beza dengan perbezaan yang jauh antara satu
sama lain :
• Ada roh yang berada ditempat yang paling tinggi iaitu roh para nabi dan rasul.
Dan kedudukan mereka juga berbeza sebagaimana yang dilihat oleh Nabi dalam
peristiwa Isra’ dan mikraj
• Ada roh yang berada dalam tembolok burung hijau yang berterbangan di dalam
syurga dengan bebasnya. Inilah sebahagian roh para shuhada
• Ada yang tinggal di pintu syurga seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas:
الش َهدَا ُء على با ِر ِق نَ َه ٍر بِبا ِب الجن ِ في قُبه ٍ َخ ْض َرا َء يخر ُج عليهم ِر ْزقُ ُه ْم ِم َن
الجن ِ بُ ْك َرة و َع ِشيًّا
• Ada roh yang di tahan di bumi tidak diangkat kealam yang tinggi. Ia tidak akan
bersama dengan roh yang tinggi
• Ada yang ditahan didalam kuburnya
5.3 Alam Akhirat
5.3.1. Definisi Hari akhirat
43
Manusia akan mengalami kematian, lalu manusia akan dibangkitkan yang disebut hari
kebangkitan atau al-ba’ts adalah saat mana segala (manusia) hidup kembali. Hari
akhirat ialah hari kiamat yang tidak ada lagi hari lain selepas itu. Manusia dikeluarkan
dari alam kubur untuk di-hisab (dihitung seluruh amalnya). Mereka dibangkitkan dari
kubur mereka untuk hidup kekal sama ada menerima azab dalam neraka atau nikmat di
dalam syurga. Hari kebangkitan semula dari kubur dengan ruh dan jasad berlaku dikala
malaikat Israfil meniup sangkakala kali kedua:
إََِوهّ َيل ْو َمَمنيُنفَ َش ُاخ َءفِ ّليهلاُال َو ُكص ٌّلو ِأَرتَ ْفَوفَهُ ِزدَا َع ِخ َمِرين َنِفي ال هس َما َوا ِت َو َمن ِفي ا ْْلَ ْر ِض
“..Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah
(gerun gementar) makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang
ada di bumi, kecuali mereka yang dikehendaki Allah dan
kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk
patuh.”
(Surah al-Naml:87)
Maka bangkitlah manusia dari kubur masing-masing mengadap Allah S.W.T dalam
keadaan berkaki ayam, bertelanjang tanpa pakaian dan tanpa berkhitan. Firman Allah
S.W.T:
ُيَ ْو َم نَ ْط ِوي ال هس َما َء َك َط هيِ ال ِهس ِج ِهل ِل ْل ُكتُ ِب َك َما بَدَأْ َنا أَ هو َل َخ ْل ٍق ن ِعيدُه
َو ْعدا َعلَ ْينَا إِنها ُكنها فَا ِع ِلي َن
“..(Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung
lembaran surat catatan; sebagaimana kami mulakan wujudnya
sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji
yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap
melaksanakannya.”
Surah al-Anbiya’: 104)
5.3.2 Dalil Alam Akhirat
Antaranya :
1. Yaumul Qiyamah (hari Kiamat)
ّل هلاُ َّل إِلَهَ إَِّله ُه َو َليَ ْج َمعَنه ُك ْم ِإ َلى يَ ْو ِم ا ْل ِق َيا َم ِ َّلَ َر ْي َب ِفي ِه َو َم ْن أَ ْصدَ ُق ِم َن ّل هلاِ َح ِديثا
“..Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia.
Sesungguhnya Dia akan menghimpunkan kamu pada hari
kiamat, (hari) yang tidak ada syak padanya dan siapakah pula
yang lebih benar perkataannya daripada Allah? “
(Surah al-Nisa’:87)
44
2. Al-Akhirat (Akhir, yang akhir)
َو َما ا ْل َحيَاةُ الد ْنيَا إَِّله َل ِع ٌب َو َل ْه ٌو َولَلدها ُر الآ ِخ َرةُ َخ ْي ٌر ِلهله ِذي َن يَتهقُو َن أَ َفلاَ تَ ْع ِقلُو َن
“..Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan
yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi
sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang
yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? “
(surah al-An’am :32)
3. Yaumul- Hisab (hari perhitungan amal) َهذَا َما تُو َعدُو َن ِليَ ْو ِم ا ْل ِح َسا ِب
“..Inilah dia balasan yang dijanjikan kepada kamu setelah selesai
hitungan amal..”
(Surah Sad:53)
5.3.3. Peristiwa-Peristiwa yang berlaku di alam akhirat
1. Tiupan Sangkakala
Firman Allah S.W.T:
َشاء َمن إَِهّل ا ْْلَ ْر ِض فِي َو َمن قِِفيَاي ٌمالَين هس َُظماُرَووا َن ِت َمن فِنُ ِفي َخالفِي ِهص أوُ ِ ْرخ َرَفى َصفَِعإِ َذَقا َّلو هلنُاُ ِف ثَُخ هم
ُهم
“..Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu
matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di
bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian
matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan
serta-merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan
masing-masing).”
(Surah al-Zumar:68)
Apabila ditiup sangkakala semua makhluk yang mendengarnya akan mati. Kemudian
Allah S.W.T akan menurunkan hujan seolah-olah umpama payung dan daripada hujan
itu akan tumbuh jasad-jasad manusia. Kemudian akan ditiup sangka kala kali kedua dan
semua manusia akan bangun semula. Sesuai dengan firman Allah S.W.T:
َمن َبعَثَ َنا َو ْي َل َنا فََِموإِنُذَِنفا َخهم ُه ْفِْرم َقيِد َجنَااِلمي َهٌعصذَالهودَِ َْيرمنَاافَإَِو ُذمَا َعْحدَ ُهامَلض هُِهررم َْوحن ََمنا ُْْنلَ َْجودَا َص ِدَث َإِقلَ ا ْلى ُم َْرربِه َِسهلُْمويَ َنن ِسلُإِون َن َكانَقَالُْتواِإَهّيَلا
َوا ِحدَة َص ْي َح
“..Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan
orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian)
maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-
masing (untuk) mengadap Tuhannya. (Pada ketika itu) orang-
45
orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai
celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur
tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah dia
yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan
benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul. Hanyalah
dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta-
merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami,
semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
(Surah yaasin:51-52)
2. Mahsyar
Firman Allah S.W.T: َُونَ ُسوه ُّل هلا ُأَ ْح َصاه َع ِملُوا بِ َما َفيُنَبِهئُ ُهم َج ِميعا ُّل هلا َي ْب َعثُ ُه ُم َي ْو َم
ٌَش ِهيد
َوّل هلاُ َعلَى ُك ِهل َش ْي ٍء
“..Semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh
Allah (pada hari kiamat), lalu diterangkan kepada mereka segala
yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal
mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya.
Dan (ingatlah), Allah menjadi Saksi akan tiap-tiap sesuatu.”
(Surah al-Mujadalah:6)
Menurut riwayat apabila semua makhluk berada di mauqif iaitu mahsyar lalu
ditambahkan kepanasan matahari dengan kadar dua puluh tahun. Kemudia
dihampirkannya dengan segala makhluk seperti kehampiran anak panah dengan
busarnya. Pada hari itu tiada bayang-bayang selain daripada bayang Arsyu al-Rahman.
Keadaan manusia pada waktu itu bersesak-sesak dan bertolak-tolakan antara satu
sama lain. Seluruh makhluk berpeluh pada waktu itu kerana cahaya matahari yang amat
panas. Terdapat orang yang tenggelam dalam air peluhnya, tanpa ir peluhnya
menjejaskan orang disebelahnya. Demikian juga ada orang yang berjalan dengan
berpandukan nurnya tanpa dikongsi dengan orang lain. Manusia berada dalam keadaan
demikian selama seribu tahun sehinggalah terdengar bunyi suara pukulan naqur iaitu
sejenis gendang yang menyebabkan hati mereka menjadi takut dn mata mereka
menjadi khusyu’. Mereka menyangka azab turun ke atas mereka. Tiba-tiba dalam
keadaan demikian muncul kepada mereka Arash al-Rahman yang dipikul oleh lapan
orang malaikat dan besarnya sejarak perjalanan dua puluh ribu tahun. Ia bertasbih
dengan suara yang amat kuat tanpa dapat tahan didengar sehingga Arash itu tiba di
bumi putih yang dijadikan Allah S.W.T.
Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis:
46
، يع َر ُق النها ُس يو َم القيام ِ حتهى يذه َب عرقُهم في اْلر ِض سبعين ذراعا
ويُل ِج ُمهم حتهى يبلُ َغ آذانَهم
“Pada hari kiamat nanti manusia berpeluh sehingga peluh
mereka meluas ke tujuh puluh hasta di muka bumi dan akan
menengelami mereka hingga ketelinga mereka”
(Riwayat al-Bukhari)
3. Syafaat
Syafaat dari sudut bahasa bererti perantaraan, wasilah dan permintaan. Manakala dari
sudut istilah pula syafaat ialah memohon pertolongan daripada Allah S.W.T untuk orang
lain seperti melepaskan orang yang akan masuk neraka ke syurga. Syafaat merupakan
satu bentuk doa yang mustajab. Ia dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada sesiapa sahaja
yang dikehendakinya dengan rahmat dan ihsanNya. Syafaat dapat dibahagikan kepada
tiga kategori iaitu pertama syafaat rasul dan nabi, syafaat para malaikat dan ketiga
syafaat orang soleh.
Antara dalil-dalil berlakunya syafaat ialah sebagaimana firman Allah S.W.T:
يَ ْو َم ِئ ٍذ َهّل تَنفَ ُع ال هشفَا َع ُ إَِهّل َم ْن أَ ِذ َن لَهُ ال هر ْح َم ُن َو َر ِض َي َلهُ َق ْوَّل
“..Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat (dari dan kepada
sesiapapun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang
melimpah-limpah rahmatNya dan kepada orang yang diredai
perkataannya.”
(Surah Taha:109)
Antara syafaat agung Nabi Muhammad S.A.W ialah Allah S.W.T memperkenankan
permohonan baginda agar makhluk segera dibicarakan dan diberi balasan untuk
menamatkan kedahsyatan mahsyar. Dengan syafaat ini seluruh manusia dari awal
hingga akhir akan bergembira dengan syafaat ini. Dengan itu terserlah lah kelebihan
baginda S.A.W ke atas seluruh alam. Manusia pada hari mahsyar telah pergi kepada
Adam A.S. tetapi tidak berjaya, lalu mereka pergi kepada Nabi Nuh, Ibrahim, Musa dan
Isa. Semuanya tidak berjaya hingga berakhir dengan Rasulullah S.A.W. Hal ini
diceritakan dalam sebuah hadis yang panjang.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“ Aku adalah penghulu manusia pada hari kiamat kelak. Adakah
kamu tahu mengapa?. Pada hari kiamat kelak Allah S.W.T akan
mengumpulkan seluruh manusia di satu kawasan. Mereka akan
mendengar orang yang menyeru dan Allah S.W.T memerhatikan
mereka. Matahari akan rendah dan dekat dengan mereka dan
47
manusia akan mengalami kepayahan dan keperitan yang
teramat sangat yang tidak upaya mereka tanggung. Setengah
manusia berkata kepada setengah yang lain. Pergilah berjumpa
Adam dan mereka pun pergi berjumpa Adam sambil berkata
Wahai Adam Engkau adalah bapa segala manusia. Allah S.W.T
telah menjadikanmu dengan tangannya dan meniupkan ruhNYA
kedalam badan engkau serta telah mengarahkan malaikat
supaya sujud hormat kepadamu. Tidak boleh kah engkau
berikan syafaat kamu supaya Tuhan meringankan penderitaan
kami? Apakah engkau tidak melihat keadaan yang sedang kami
alami ini? Apakah engkau tidak melihat penderitaan yang
sedang kami harungi ini.
Nabi Adam berkata” Sesungguhnya Tuhan ku pada hari ini telah
murka dengan dahsyat sekali yang tidak pernah berlaku
seumpama itu sebelum dan selepas ini. Bahawasanya Dia telah
melarangku dari mendekati pohon zakkum tetapi aku telah
mengingkarinya. Aku hanya akan memohon agar diriku
dilepaskan daripada siksa. Pergilah kepada orang lain. Pergilah
kepada Nuh. Mereka pun pergi berjmpa Nabi Nuh dan berkata”
Wahai Nabi Nuh Engkau adalah rasul pertama di atas muka
bumi dan Allah telah menamakan engkau dengan hamba yang
bersyukur. Tidak boleh kah engkau berikan syafaat kepada kami
disis Tuhanmu. Apakah engkau tidak melihat keadaan kami
sekarang. Tidak kah engkau melihat apa yang berlaku kepada
kami sekarang. Nabi Nuh berkata Sesungguhnya Tuhan aku
telah murka hari ini dngan murka yang amat dahsyat yang tidak
pernah berlaku sebelum ini atau selepas ini. Aku telah
melakukan kesalahan mendoakan keatas kaum ku. Aku hanya
akan meminta diriku dilepaskan daripada azab. Pergilah kepada
Ibrahim.
Lalu mereka pergi mencari Nabi Ibrahim dan berkata wahai
Ibrahim engkau adalah kekasih Allah dari kalangan penduduk
muka bumi. Berikan syafaat untuk kami disisi engkau. Tidakkah
engkau melihat penderitaan yang dialami oleh kami sekarang.
Nabi Ibrahim berkata Sesungguhnya Tuhan aku telah murka
pada hari ini dengan murka yang dahsyat yang belum pernah
berlaku sebelum dan selepas ini. Aku telah melakukan tiga kali
pembohongan. Aku hanya akan mendoakan supaya diriku
terlepas dari azab. Pergilah berjumpa dengan Musa.
Mereka pergi berjumpa Nabi Musa dan berkata wahai Musa
engkau adalah rasul Allah. Dia telah memuliakan engkau
dengan risalahnya Dia telah bercakap dengan engkau
berikanlah syafaat untuk kami disisi engkau. Tidakkah engkau
melihat keadaan yang kami alami sekarang. Tidakkah engkau
melihat penderitaan yang kami alami sekarang. Nabi mUsa
berkata Sesungguhnya Tuhanku sedang murka pada hari ini
dengan kemurkaan yang dahsyat yang belum pernah berlaku
sebelum ini dan selepasnyya. Sesungguhnya aku telah
melakukan kesalahan dengan membunuh jiwa yang tidak
disuruh membunuhnya. Aku hanya akan berdoa supaya diriku
terlepas dari azab. Pergilah berjumpa Isa. Lalu manusia pun
pergi berjumpa Nabi Isa dan berkata Wahai Isa engkau adalah
Rasul Allah S.WT dan kalimah dn ruhnya yang ditiupkan
kedalam jasad mariams serta engkau bercakap dengan manusia
ketika masih lagi bayi. Berilah syafaat kepada kami dari sisi
engkau. Tidakkah engkau melihat penderitaan yang diharungi
oleh kami ini. Nabi Isa menjawab Sesungguhnya Tuhanku telah
48
murka dengan sangat dahsyat pada hari ini yang belum pernah
berlaku sebelum dan selepasnya. Nabi Isa tidak menyebut dosa
yang telah dilakukannya. Aku hanya akan berdoa supaya diriku
terlepas dari azab. Pergilah berjumpa dengan Muhammad.
Mereka pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad dan berkata”
Wahai Muhammad engkau adalah Rasulullah dan penyudah
segala nabi serta Allah S.W.T mengampunkan segala dosa
engkau yang dahulu dan kemudian, berilah syafaat kepada kami
dari sisi Tuhanmu. Tidak kah engkau melihat keadaan yang
sedang dialami oleh kami, tidakkah engkau melihat penderitaan
yang kami alami sekarang. Nabi Muhammad berkata aku akan
melakukannya. Aku pun beredar dan pergi ke bawah Arash. Aku
terus sujud kepada Tuhan. Kemudian Allah S.W.T mengalu-
alukan kedatanganku dengan pujian yang belum pernah
diberikan kepada orang lain sebelum ini kemudia Allah S.W.T
berfirman Wahai Muhammad angkatlah kepalamu Mintalah
nescaya aku akan perkenankan permintaanmu dan mintalah
engkau diberi kuasa memberikan syafaat. Aku pun
mengankatkan kepala dan berkata Umatku ya Allah umatku ya
Allah. Allah S.W.T menjawab Wahai Muhammad masuklah
kedalam syurga daripada kalangan umatmu tanpa hisab melalui
pintu-pintu syurga. Mereka boleh berkongsi sama dengan
manusia lain untuk masuk melalui pintu-pintu yang lain. Demi
Tuhanku yang diriku ada dalam genggamannya sesunguhnya
jarak antara dua penjuru di dalam syurga adalah sama seperti
jarak antara dua penjuru di dalam syurga adalah sama seperti
jarak antara Mekah dan Hajar (sebuah negeri di Yaman) atau
antara Mekah ke Busra (sebuah negeri di Syam)”
(Hadis Riwayat Muslim)
4. Suratan amalan
Perincian terhadap segala amalan hamba dilaksanakan dengan teliti oleh malaikat yang
ditugaskan secara khusus untuk merekodkan segala amalan hamba-hamba Allah. Kita
wajib beriktikad bahawa setiap hamba kan mengambil sahifahnya iaitu suratan
amalannya. Orang-orang yang beriman akan mengambilnya dengan tangan kanan
manakala orang yang kufur dan ingkar akan mengambil dengan tangan kiri.:
1. Firman Allah S.W.T:
َفأَ هما َم ْن أُوتِ َي ِكتَابَهُ بِيَ ِمي ِن ِه َف َيقُو ُل َها ُؤ ُم ا ْق َر ُؤوا ِكتَابِي ْه إِنِهي َظ َنن ُت أَنِهي ُم َلا ٍق
ٍ ِح َسا ِبي ْه َف ُه َو ِفي ِعي َش ٍ هرا ِض َي ٍ ِفي َجنه ٍ َعا ِل َي
“..Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan
tangan kanannya, maka dia akan berkata (dengan sukacitanya
kepada sesiapa yang ada di sisinya): Nah! Bacalah kamu Kitab
amalku ini. Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin,
bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang
49
ditentukan).Maka (dengan itu) tinggallah dia dalam kehidupan
yang senang lenang lagi memuaskan. Di dalam Syurga yang
tinggi (darjatnya). “
(Surah Al-Haqqah:19)
Di riwayatkan bahawa angin menerbangkan suhuf-suhuf dari khazanah di bawah Arash.
Suhuf-suhuf itu terbang menuju keleher tuan masing masing tanpa silap. Suatu riwayat
menyebutkan bahawa setiap orang menyeru dan suhufnya datang kepadanya.
Kemudian malaikat menyeru dan mengambil sahifah daripada leher mereka serta
memberikannya kepada mereka dengan tangan. Orang mukmin yang taat akan
mengambil dengan tangan kanan manakala orang kafir akan mengambil dengan tangan
kiri dari sebelah belakang. Setiap orang membaca sahifahnya atau diilhamkan
kepadanya mengetahui segala kebajikan dan kejahatan di dalamnya
.
5. Neraca Timbangan
Kita juga wajib beriktikad dengan adanya neraca timbangan untuk menimbang segala
amalan dan perbuatan hamba. Hisab dan timbangan ini amat berat bagi orang yang
bermaksiat tetapi amat mudah bagi sesetengah orang mukmin. Acara timbangan itu
dihadiri oleh Nabi Muhammad S.A.W. Terdapat riwayat daripada hadis yang
menyebutkan bahawa seramai tujuh puluh ribu manusia dikecualikan daripada hisab
dan timbangan. Setiap seorang dari mereka pulak akan mensyafaatkan seramai tujuh
puluh ribu orang yang tidak diberi sahifah dan tidak akan ditimbang amalannya. Yang
memberi shafaat ialah semua para rasul dan golongan yang khawas ke atas para
pengikut mereka. Orang yang pertama memberi syafaat ialah Nabi Muhammad S.A.W.
Syafaat yang paling besar ialah mendatangkan kesenangan sepanjang masa berada di
Mahsyar. Kemudian memasukkan ke dalam syurga tanpa hisab dan mengeluarkan
daripada neraka.
1. Firman Allah S.W.T: تُ ْظلَ ُم فَ َلا َو َن َض ُع ا ْل َم َوا ِزي َن ا ْل ِق ْس َط ِل َي ْو ِم ا ْل ِقيَا َم
َكا َن َوإِن َن ْف ٌس َش ْيئا ِ
ِمثْ َقا َل َحبه ٍ ِهم ْن َخ ْردَ ٍل أَتَ ْينَا بِ َها َو َك َفى بِ َنا َحا ِسبِي َن
“..Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan
yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari
kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun
dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya
Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung)
dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.
(Surah al-Anbiya’:47)
50
6. Al-Sirat
Kita wajib beriktikad adanya al-Sirat iaitu jambatan yang terbentang di atas kawah
neraka jahannam. Semua umat manusia yang terdahuklu dan yang terkemudian
termasuk yang kafir akan melalui al-Sirat. Titian atau jambatan ini bermula di mahsyar
dan berakhir dipintu syurga. Jauh perjalanan memakan masa tiga ribu tahun. Seribu
tahun m,endaki, seribu tahun mendatar dan seribu tahun menurun. Para malaikat berdiri
dikiri kanan al-Sirat sambil menyambar makhluk dengan alat penyambar seperti duri.
Manusia melalui al-Sirat dengan cara yang berlainan. Sestengahnya lambat mengikut
luas atau kecilnya sinaran nur seseorang. Maisnh-masing berjalan mengikut nurnya
tanpa melibatkan orang lain. Kerana inilah sirat kelihatan halus bagi sesuatu kaum yang
tidak mempunyai nur. Semua yang lalu di atas al-Sirat tidak menyebutkan apa-apa
kecuali para anbiya yang menyebut:
اللهم سلم سلم
Ada yang melalui al-Sirat dengan sangat pantas seperti kilat yang menyambar. Ada
yang seperti angina lajunya. Ada yang berjalan ada yang mengesot, ada yang tergelincir
dalam neraka, itulah golongan kafir, munafik dan pelaku maksiat.
5.4 Latihan
LATIHAN
1. Bincangkan tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar berlakunya kiamat
2. Jelaskan gambaran kenikmatan syurga dan dan gambaran azab neraka
berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah
51
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
A. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1
jam bagi satu sesi.
B. Tajuk Pembelajaran: Perkara Ghaibiyyah
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
i. Alam Barzah
ii. Alam Akhirat
D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.
52
TAJUK 6 ISU-ISU PENYELEWENGAN AKIDAH DAN KESANNYA
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, pelajar dapat :
i. Mengenal pasti perkara-perkara khurafat yang berlaku dalam masyarakat
Islam
ii Menjelaskan ciri-ciri dan bentuk-bentuk ajaran sesat yang berlaku di
Malaysia
iii Mengenal pasti ideologi-ideologi Barat yang menyeleweng dari dasar
akidah Islamiyyah
SINOPSIS
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah isu utama penyelewengan
akidah yang dibincangkan iaitu khurafat, ajaran-ajaran sesat, ideologi-ideologi semasa
yang bertentangan dengan akidah dan isu-isu semasa yang berkait dengan al-
Nubuwwah dan al-Qur’an
KERANGKA TAJUK
6.1 Khurafat
6.2 Ajaran-ajaran sesat
6.3 Latihan
53
Penyelewengan akidah merupakan satu ungkapan yang cuba menggambarkan bentuk
akidah yang sudah menyimpang atau tidak menurut landasan atau perintah yang telah
ditetapkan dalam al-Qur’an atau al-Sunnah dan sudah tentunya - dalam konteks
Malaysia - menyimpang daripada pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Terdapat
beberapa istilah yang digunakan oleh para pengkaji dalam menggambarkan penyelewengan akidah
antaranya ialah ajaran sesat, ajaran salah, pencemaran akidah dan lain-lain. Istilah ajaran
sesat merupakan satu istilah yang lebih lazim dan lebih popular penggunaannya di
kalangan masyarakat Malaysia kebelakangan ini terutamanya pihak birokrasi agama
dan media arus perdana di Malaysia. Kesemua istilah tersebut sebenarnya adalah sama
dan tidak lari daripada definisi ajaran sesat yang telah diguna pakai oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia dalam mendefinisikan ajaran sesat.
Isu ajaran sesat bukanlah satu perkara yang asing dalam kamus kehidupan umat Islam
kerana ia datang seiringan dengan kehidupan manusia. Namun, masih terdapat ramai
kalangan umat Islam yang begitu mudah terjebak dengan fenomena ajaran sesat
tersebut. Sehingga kini, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah
menyenaraikan 125 kumpulan ajaran sesat yang bertapak di bumi Malaysia yang
tercinta ini.
Perlu ditegaskan bahawa isu ajaran sesat bukanlah suatu isu yang boleh dipandang
ringan dan ditangani secara sambil lewa sahaja. Isu ajaran sesat merupakan satu isu
yang amat penting kerana ia menyentuh kehidupan dan akidah seseorang Muslim. Isu
ajaran sesat sentiasa membayangi kehidupan umat Islam, walaupun begitu, ia masih
menjadi suatu persoalan atau tanda tanya tanpa sebarang jawapan yang memuaskan dan
perhatian yang sewajarnya serta pemantauan yang telus. Padahal, isu ajaran sesat
melibatkan persoalan akidah Islam yang akan menentukan masa depan dan kehidupan
umat Islam di dunia dan akhirat.
6.1 Khurafat
6.1.1. Definisi Khurafat
Khurafat berasal dari bahasa arab kharafa- yakhrifu-kharfan-khurafatan. Padanan
bahasa Inggerisnya merujuk kepada supersition atau supertitio dalam bahasa Latinnya
yang membawa maksud sesuatu yang dipetik, atau cerita bohong dongeng dan tahayul
atau sesuatu hal yang tidak masuk akal atau sesuatu yang dusta tetapi menarik
54
(Ensiklopedia Hukum Islam, 1997) atau sesuatu cerita yang dusta tetapi menarik (Ibnu
Manzur, 1907).
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan malaysia Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia Kali Ke-40 yang bersidang pada 9 Augus 1996 telah
membincangkan Khurafat Dan Azimat Menurut Perspektif Islam, mendefinisikan
Khurafat sebagai semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang
larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang
dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan
bersifat karut atau dusta.
6.1.2 Ciri-Ciri Khurafat :
Amalan atau kepercayaan khurafat dapat dikenalpasti melalui ciri-ciri seperti mana
berikut :
i. Ia tidak didasarkan kepada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau al-Hadith
yang bersandarkan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
ii. Ia merupakan cerita-cerita rekaan, dongengan, khayalan atau kepercayaan
karut;
iii. Ia bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan adat yang
bercanggah dengan Islam;
iv. Ia berbentuk pemujaan dan permohonan kepada selain daripada Allah
Ta’ala untuk tujuan tertentu
v. Ia melibatkan penggunaan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok, busut
dan sebagainya untuk tujuan yang tertentu; atau
vi. Ia mengandungi unsur-unsur yang boleh membawa kepada syirik, merosak
atau menjejaskan akidah dan syariat Islam.
6.1.3 Bentuk-Bentuk Khurafat :
Amalan dan kepercayaan khurafat boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti
mana berikut :
(i) Kepercayaan kepada keramat seperti makam, kubur, pokok kayu,
telaga keramat, batu, cincin, bukit, tongkat, haiwan tertentu dan
sebagainya;
55
(ii) Kepercayaan kepada sial majal seperti burung atau haiwan tertentu,
adat mandi safar, adat mandi membuang sial dan sebagainya;
(iii) Kepercayaan kepada kekuasaan jin dan memohon pertolongan darinya
seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar, adat semah
pantai dan sebagainya;
(iv) Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki yang
dikaitkandengan semangat atau kekuatan anasir halus atau makhluk
tertentu seperti adat memuja semangat padi, bersemah,
membuang ancak ke sungai dan laut dan sebagainya;
(v) Kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang contohnya
seperti tidak boleh melihatkan bayi di muka cermin kerana kelak ia akan
mati di dalam air, tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi kerana takut
mendapat sial atau bala dan sebagainya;
(vi) Kepercayaan kepada ramalan-ramalan bintang, zodiak, angka, nombor, kod
matrik, tarikh kelahiran, abjad nama, rajah-rajah tertentu, kitaran hari dan
bulan dalam kalendar, bertenung nasib dan sebagainya dalam merancang
dan melaksanakan sesuatu perkara dan mengatur kehidupan serta
menentukan masa depan;
vii) Memuja objek-objek tertentu, roh nenek moyang, kubur-kubur yang
dianggap wali atau syeikh tertentu, melakukan upacara menghadirkan
roh dan sebagainya; atau
(viii) Menggambarkan wajah guru atau membayangkan di dalam hati rupa
Guru Mursyid semasa berzikir atau beramal dan sebagainya.
6.1.4 Hukum Berkaitan Khurafat
Apabila membicarakan persoalan khurafat, Islam berpandangan bahawa semua bentuk
pemujaan yang terdapat dalam animisme adalah termasuk dalam ‘syirik’, ertinya
mempersekutukan Tuhan, kerana pemujaan yang terdapat di dalamnya hanya tertumpu
kepada bahagian-bahagian alam yang diciptakan Tuhan. Islam telah mengharamkan
amalan khurafat kepada manusia menerusi al-Quran dan al-Hadith sebagai petunjuk
56
jelas kepada manusia. Amalan khurafat dan menyeleweng dan berkait rapat dengan
syirik amat dimurkai Allah S.W.T dan amat ditegah dalam Islam.
Firman Allah S.W.T:
َوأَنههُ َكا َن ِر َجا ٌل ِهم َن ا ْل ِإن ِس َيعُوذُو َن ِب ِر َجا ٍل ِهم َن ا ْل ِج ِهن فَ َزادُو ُه ْم َر َهقا
“..Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan)
beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya
dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin,
kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin
bertambah sombong dan jahat.”
(Surah al-Jin:9)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
َمن أَتَى َع هرافا فسأله عن شي ٍء ف َصده َقهُ بما قال لم تُ ْق َب ْل له صلاةٌ أَ ْربَ ِعي َن يوما
"Barangsiapa mendatangi peramal lalu mempercayai
ucapannya, solatnya selama empatpuluh hari tidak diterima."
(Musnad Ahmad)
Rasulullah S.A.W juga melarang kepercayaan petanda-petanda sial majal kerana
binatang-binatang tertentu dan lain-lain. Sabda Rasulullah S.A.W:
ُ الك ِلم ُ الح َسن: ويعجبُني الفأ ُل ال هصا ِل ُح، ََّل َعدوى وَّل ِط َي َرة
Maksudnya: “Telah menceritakan kepada kami Qatadah dari
Anas bahwa Nabi s.a.w bersabda: "Tidak penyakit menular
tanpa izin Allah, tidak ada pengaruh disebabkankan seekor
burung, Tetapi yang mengagumkanku ialah Al Fa'l, yaitu
kalimah hasanah atau kalimat thayyibah."
(Shahih Muslim)
Berdasarkan kepada dalil di atas jelas menunjukkan bahawa amalan meminta
pertolongan jin dan syaitan adalah sangat dilarang dalam Islam. Islam membolehkan
kita berjampi dengan ayat-ayat al-Qur’an. Hal ini diteladani daripada sebuah hadis
Rasulullah S.A.W:
ثم أقبل، فأسلم، أنه أتى رسول اللهِ صلى الله عليه وسلم
فمر على قوم عندهم رجل مجنون، راجعا من عنده
قد، إنا حدثنا أن صاحبكم هذا: فقال أهله، موثق بالحديد
فهل عندك شيء تداويه ؟ فرقيته بفاتح، جاء بخير
57
ِ فأتيت رسول الله، فأعطوني مائ شاة، فبرأ، الكتاب
وقال. هل إَّل هذا: فقال، فأخبرته، صلى الله عليه وسلم
! َّل: هل قلت غير هذا ؟ قلت: مسدد في موضع آخر
لقد، فلعمري لمن أكل برقي باطل، خذها: قال
أكلت برقي حق
"Kami datang dari sisi Rasulullah s.a.w, kemudian kami datang
menemui suatu perkampungan Arab. Penduduk kampung itu
kemudian berkata, "Sesungguhnya kami telah diberitahu bahwa
kalian datang dari orang ini (Rasulullah s.a.w) dengan membawa
kebaikan. Apakah kalian memiliki ubat atau jampi?
Sesungguhnya kami memiliki orang yang kurang akal yang
terikat." Bapa saudara Kharijah berkata, "Kami lantas menjawab,
"Ya." Kemudian mereka datang membawa orang yang kurang
akal yang terikat tersebut. Kemudian aku bacakan kepadanya
Surat Al Fatihah selama tiga hari pagi dan petang. Setiap kali
aku selesai membacanya aku kumpulkan ludahku kemudian aku
ludahkan. Kemudian orang tersebut seolah-olah telah terlepas
dari belenggu." Bapa saudara Kharijah berkata lagi, "Kemudian
mereka memberiku hadiah. Lalu aku katakan, "Tidak akan aku
bagikan hingga aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w." Baginda
lantas bersabda: "Makanlah, demi Dzat yang memanjangkan
umurku. Sungguh, ada orang yang memakan dengan sebab
jampi batil, namun engkau makan dengan menggunakan jampi
yang benar."
(Sunan Abu Daud)
Secara kesimpulannya hukuman berkaitan khurafat adalah seperti berikut:
1. Islam sangat menitikberatkan soal-soal akidah, syariah dan akhlak. Segala
amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber
perundangan Hukum Syarak yang muktabar iaitu al-Quran, al-Hadith, Ijma’
dan Qiyas mengikut fahaman dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah
ditolak.
2. Amalan memuja dan memohon pertolongan dari objek yang dipuja seperti
yang sering dilakukan oleh sesetengah individu tertentu adalah syirik dan
menyesatkan. Mana-mana orang yang bersahabat dan menggunakan jin,
tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong di dalam golongan orang-orang
yang jahil dan menzalimi diri sendiri.
3. Haram menggunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah-rajah atau
tulisan-tulisan yang tidak difahami seperti objek-objek tertentu dan bercampur
aduk dengan ayat al-Quran, atau berdasarkan kepada sihir, atau yang
58
memuja hantu syaitan dan jin iblis, atau yang mengandungi benda-benda yang
najis atau kotor dan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa.
4. Amalan penggunaan azimat, tangkal atau susuk sebagai pelindung diri
seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin, penimbul,
penyeri, pemanis, mempercepatkan jodoh, pelaris, penunduk musuh,
penunduk kata, pembenci, pemerdu suara, pembungkam, penarik rezeki, penjaga
diri, penguat tenaga batin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir
adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam;
5. Jampi adalah haram sekiranya ia mengandungi perkataan yang tidak
difahami maknanya atau yang berdasarkan sihir atau memuja hantu syaitan dan
jin iblis atau mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si
pesakit menjadi sembuh.
6. Mana-mana orang Islam yang terlibat dengan perkara syirik atau khurafat,
menggunakan azimat atau tangkal atau mengamalkan jampi serapah
yang bertentangan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam wajib segera
bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah Ta’ala
6.2 Ajaran-Ajaran Sesat
6.2.1. Definisi Ajaran Sesat
Istilah ajaran sesat adalah satu istilah yang bersifat relatif kerana terdapat
banyak takrifan dan definisi yang telah diberikan oleh pelbagai pihak.
Menurut Kamus Dewan, ajaran ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang diajarkan,
nasihat, petunjuk, teori dan mazhab. Manakala sesat pula ditakrifkan
sebagai tidak mengikuti jalan yang betul, tersalah (tersilap) jalan, terkeliru
(perbuatan, kepercayaan dll) dan menyimpang daripada jalan yang benar.
Takrif yang diguna pakai oleh Jakim pula mendefinisikan ajaran sesat sebagai
"sebarang ajaran dan amalan yang diasaskan dan didukung oleh orang-
orang Islam dan juga orang-orang bukan Islam yang mendakwa ajaran dan
amalan tersebut berdasarkan ajaran Islam sedangkan pada
hakikatnya ajaran dan amalan itu bertentangan dengan al-Quran dan
al-Sunnah, bercanggah dengan akidah Islam dan berlawanan pula dengan
mazhab yang muktabar iaitu mazhab Ahl al-Sunnah wa al-jama'ah,"
59
6.2.2 Bentuk-Bentuk Ajaran Sesat Di Malaysia
Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan oleh Bahagian Penyelidikan Islam,
terdapat berbagai bentuk ajaran sesat yang tersebar di Malaysia telah dikenal
pasti. Secara umumnya, ajaran sesat dapat dibahagikan kepada tiga kategori
utama sebagaimana berikut:-
1. Bentuk ajaran baru
2. Bentuk ajaran tarekat
3. Bentuk ajaran melalui kepercayaan dan amalan tradisi yang berhubung
kait dengan perkara-perkara mistik dan budaya hidup.
1. Bentuk Ajaran Baru
Menurut Muhammad Uthman el-Muhammady, ajaran baru yang mengancam
kemurnian akidah umat Islam terbahagi dalam dua bentuk iaitu ancaman
fahaman dan kepercayaan yang berbentuk tradisi dan ancaman fahaman
dan kepercayaan moden seperti fahaman zindik, yang mempunyai ajaran
Tuhan dalam diri atau tubuh manusia, fahaman Jabariyyah, Mu'tazilah dan
fahaman Wahdah al-Wujud yang menyalahi konsep keesaan Allah (s.w.t.).
Sinkretisme juga boleh dimasukkan dalam kumpulan ini di mana sesebuah
kumpulan diketuai oleh seorang ketua yang berkarisma dan disanjung oleh
pengikut-pengikutnya. Mereka pada asalnya beragama Islam tetapi menjadi
murtad dan menubuhkan satu agama baru yang tidak condong kepada mana-
mana agama. Mereka mencampur adukkan ajaran-ajaran dari pelbagai agama.
Kategori ini lebih menepati konsep NRM di negara-negara Barat. Contoh bagi
kumpulan-kumpulan ini adalah seperti Syi’ah ghulat, Ayah Pin, Qadiani, Bahaism,
Sikhism dan lain-lain lagi. Walau bagaimana pun Bahaisme dan Sikhisme telah
mengisytiharkan keluar dari Islam dan membentuk agama baru.
Manakala ancaman fahaman dan kepercayaan moden pula kebanyakannya
dicipta oleh manusia sendiri seperti fahaman-fahaman sekularisme yang
memisahkan urusan keagamaan dari kehidupan dunia, materialisme, saintisme,
komunisme, sosialisme, kapitalisme dan liberalisme. Rata-rata umat Islam di
Malaysia kurang menyedari betapa ajar an baru yang berbentuk moden
60
juga boleh mengeruhkan kemurnian akidah Islam sehingga ajaran
tersebut menjadi pegangan hid up sebahagian besar umat Islam. Padahal ajaran
tersebut pada hakikatnya bukanlah daripada Islam, bahkan bertentangan
dengan konsep akidah Islam yang sebenarnya.
2. Bentuk Ajaran Tarekat.
Hampir keseluruhan ajaran sesat berselindung sebalik ajaran tarekat dan
tasawuf sehingga menyalahgunakan nama tarekat terkenal seperti
Tarekat Ahmadiyyah, Tarekat Naqsyabandiyyah, Tarekat Syadhiliyyah,
Tarekat Qadiriyyah, Tarekat Syattariyyah dan sebagainya dengan cara
yang bertentangan dengan hukum syarak. Kadang-kadang, sesuatu ajaran
tarekat dinamakan dengan nama pengasasnya sendiri, kemudian
digabungkan dengan nama kumpulan tarekat yang terkenal di kalangan
umat Islam sebagai satu pendekatan untuk mengelabui pandangan umat
Islam tentang ajaran dan kumpulan tarekat yang didukungnya itu,
sedangkan ia pada hakikatnya terpesong daripada ajaran Islam yang
sebenar.
3. Bentuk Ajaran Melalui Kepercayaan Dan Amalan Tradisi Yang
Berhubung Kait Dengan Perkara-Perkara Mistik Dan Budaya Hidup
Ajaran sesat juga dapat dikesan melalui kepercayaan dan amalan tradisi
yang merupakan amalan kepada kepercayaan karut, khurafat, bid' ah dan
syirik. Jenis yang ketiga ini merupakan satu ajaran yang sememangnya sudah
lumrah dan berakar umbi di dalam masyarakat Islam yang diwarisi secara turun
temurun daripada satu generasi ke satu generasi. Dengan kata lain,
sesuatu rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat,
ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang belum diketahui
kesahihannya dan menyimpang pula daripada ajaran Islam termasuk
dalam pengertian khurafat. Ia banyak terhasil daripada pengaruh agama lain
seperti Hindu, Buddha, animisme dan dinamisme. Di Malaysia, amalan dan
kepercayaan: ini dicampuraduk dengan ajaran Islam seperti yang berlaku
dalam amalan perbomohan, pemujaan dan kesaktian.
61
Antara Ciri-Ciri Ajaran Sesat seperti berikut :
i. Mempercayai bahawa kuasa-kuasa ghaib dan luar biasa itu ada juga pada selain
daripada Allah s.w.t. Maksudnya kuasa-kuasa itu boleh ada pada manusia yang
dipercayai boleh mengetahui perkara-perkara ghaib dan mempunyai kuasa di
luar kemampuan manusia. Mereka ini dipercayai menggunakan unsur sihir
melalui amalan tertentu dengan bantuan jin atau syaitan.
ii. Ajaran atau amalan yang dilakukan tidak secara terang-terangan, sebalinya ia
dilakukan secara sembunyi, rahsia dan penyampaiannya hanya kepada ahli
kumpulan sahaja.
iii. Ajaran yang meletakkan ketua atau guru pada taraf yang amat tinggi dan
melebihi had yang biasanya diberikan kepada manusia, atau menyamatarafkan
ketua atau guru dengan para wali atau para nabi/rasul. Ajaran seperti ini juga
menghendaki supaya menghormati ketua atau guru dan meyakini bahawa tidak
akan berhasil sesuatu maksud itu kecuali dengan usaha atau kekuasaan ketua
atau guru tersebut.
iv. Ajaran agar tidak memberi perhatian atau tidak boleh belajar dari guru- guru
yang lain kerana ia akan menghalang atau menyekat dari mendapat sesuatu
dari ketua atau gurunya dan tertutup limpah kurnia Allah s.w.t. kepadanya.
v. Tidak boleh mengkritik, mempertikai, mempersoal atau menegur sesuatu
perbuatan yang dilakukan oleh ketua atau guru sekalipun nyata perbuatan itu
bercanggah dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam.
vi. Terdapat dakwaan bahawa ketua atau guru adalah dari keturunan Rasulullah
s.a.w. tanpa dapat membuktikan salasilah yang jelas dan diyakini kesahihannya.
vii. Meyakini bahawa setiap keberkatan yang diperolehi di dunia dan diakhirat kelak
adalah hasil atau disebabkan oleh keberkatan dari ketua atau gurunya.
viii. Larangan membuka rahsia mengenai ajaran kumpulan tersebut kerana percaya
bahawa sekiranya membuka rahsia, seseorang pengikut akan ditimpa bahaya,
musibah atau malapetaka.
ix. Pengikut atau anak murid tidak dibenarkan berkahwin dengan wanita yang
disukai oleh ketua atau guru, demikian juga tidak boleh berkahwin dengan bekas
isteri ketua atau guru.
x. Hendaklah menghadirkan wajah guru pada setiap kali berwirid, berzikir dan
berdoa agar mendapat keberkatan.
62
Implikasi Ajaran Sesat :
1. Membawa kemungkinan seseorang itu menjadi murtad kerana syirik atau
menyalahi prinsip-prinsip utama ajaran Islam.
2. Menyebabkan ibadah dan amalan seseorang itu tidak diterima dan menjadi sia-
sia.
3. Menyebabkan perpecahan dan permusuhan sesama umat Islam. Khususnya
apabila sesebuah ajaran berkenaan mendakwa bahawa orang yang selain dari
kumpulannya adalah salah atau kurang keIslamannya jika dibandingkan dengan
mereka. Terdapat juga dakwaan yang mengatakan orang yang tidak mengikuti
kumpulan mereka adalah kafir.
4. Menggalakkan kehidupan yang bertunjangkan pemuasan nafsu sehingga
melahirkan anak luar nikah dan amalan seks bebas dalam masyarakat.
5. Menimbulkan ancaman pada keselamatan negara dan keharmonian masyarakat.
6. Menghalang kemajuan dan pembangunan masyarakat serta negara. Banyak
masa, tenaga dan peruntukan perlu dihabiskan untuk menangani gejala ini.
7. Menghambat kemajuan dakwah. Seringkali kemunculan ajaran sesat ini telah
memalingkan fokus usaha dakwah dari keutamaan yang lain.
8. Memberi gambaran dan imej yang tidak baik kepada Islam dan umat Islam
khasnya terhadap saudara baru dan mereka yang masih belum beragama Islam.
6.3 Latihan
LATIHAN
1. Bincangkan 5 ideologi moden yang mengancam akidah umat Islam pada hari ini
2. Bincangkan 5 ajaran sesat yang berkembang di Malaysia dewasa ini
3. Bincangkan 5 isu-isu semasa yang menyentuh sensitiviti umat Islam pada hari ini
63
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
A. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi.
B. Tajuk Pembelajaran: Isu-Isu Penyelewengan Akidah Dan Kesannya
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
i. Ideologi
ii. Isu-isu semasa berkaitan al-nubuwwah dan al- Qur’an
D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.
64
BIBLIOGRAFI
Ab. Latif Muda dan Rosmawati Ali. (2015). Perbahasan Akidah Islam. Kuala
Lumpur: Pustaka
Al-Bayanuni, Ahmad Izzuddin. (2015). Petunjuk Akidah 1. Terj. Hasnan Kasan,
Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Al-Bayanuni, Ahmad Izzuddin. (2015). Petunjuk Akidah 2. Terj. Hasnan Kasan,
Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Al-Imam Muhammad Al-Sanusi (2017), Syarah Matan Umm Al Barahin (Terj). Jabatan
Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Manna’ Khalil Qattan.(2011) Studi Ilmu-Ilmu al-Qur’an. Terj. Mudzakir A.S,
Bogor:Pustaka Litera Antar Nusa.
Mohd Aizam Mas’od. (2015). Diskusi Aqidah dan Pemikiran Islam Semasa di Malaysia.
Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Muhadir Haji Joll (2018), Sifat 20: Suatu Pengenalan Asas. Petaling Jaya, Galeri Ilmu
Sdn Bhd.
Muhamad Abdul Wahhab al-‘Aqil. (2002). Manhaj Aqidah al-Imam al-Syafie.
Terj.Nabhani Idris, Bogor: Pustaka Imam asy-Syafie
Muhammad Aqil al-Mahdaly. (2015). Pengenalan Ahli Sunnah Wal-Jama’ah. Kepala
Batas: Pusat Bimbingan BA Alawi.
Osman Jantan. (2013). Pedoman Ilmu Tauhid. Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD.
Said Haji Ibrahim (1997), Perbandingan Aqidah Dan Fahaman Umat Islam.Kuala
Lumpur, Darul Makrifat.
Sayed Sabiq. (2017). Akidah Islam Menurut al-Qur’an. Selangor: Pustaka Salam.
Sirajuddin Abbas. (2012). Iktikad Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Kota Bharu: Pustaka Aman
Press
Wan Zailan Kamarudin Wan Ali ( 1996 ) Konsep Nabi dan Rasul dari Perspektif al-
Qur’an. Jurnal Usuluddin. Bil 5, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam UM
65
PENYELARAS MODUL PDPM (PENDIDIKAN ISLAM)
Nama Pegawai Akademik
Othman bin Loman Bidang Pendidikan Islam
PANEL PENGGUBAL PDPM
PIMKD2023
PENGAJIAN AKIDAH
Bil. Nama Kelayakan Akademik
Doktor Falsafah (Pengajian Islam), USM
1 Dr. Raihaniah binti Zakaria Sarjana (Usuluddin), UM
Ijazah Sarjana Muda (Usuluddin), UM
Diploma Pendidikan Lepas Ijazah, MPI
2 Faridon bin Baharin M.ed (Pendidikan Islam), UKM
B.A (Hons), Syariah, UM
Dip. Pendidikan (KPLI), MPI
66
SIMBOL PEMBELAJARAN
Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan / maksud seperti yang dinyatakan
Gunakan pita rakaman audio atau radio.
Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada
pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.
Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).
Gunakan bahan-bahan multimedia.
Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.
Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.
Buatkan ujikaji.
Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.
Senarai semak.
Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam
penyediaan modul.
Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting
dengan membuat ulasan.
Buatkan catatan atau nota-nota penting.
Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam
modul.
Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.
67
Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Rujukan surat khabar.
Panduan kepada pengguna.
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat
sumber yang berdekatan.
Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang
lebih jelas.
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk
membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.
Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah
dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual,
lukisan).
Aktiviti Tutorial
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.
68