Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
PRAKATA
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan dan menzahirkan sekalung jutaan
terima kasih kepada pensyarah kursus Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, iaitu yang
dihormati dan dikasihi Prof Madya Dr. Jamaludin bin Ahmad kerana telah banyak
membimbing saya dan menolong saya dalam menjayakan Modul Bimbingan ini. Banyak
halangan yang saya tempuhi dalam proses menyiapkan tugasan ini tapi semuanya berjalan
dengan lancar dan dipermudahkan dengan izin-NYA. Bukan sekadar itu sahaja, Dr. juga telah
membentuk saya sebagai pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi
juga sahsiah diri. Semoga Allah mengrahmati dan memberkati Dr. dan sekeluarga.
Selain itu, tidak lupa kepada insan yang telah mendidik kami dari kecil lagi, iaitu
ibu bapa saya. Sekalung penghargaan kepada mereka kerana telah banyak menghulurkn
empati kepada saya dalam memberi dorongan dan bantuan kewangan sepanjang tugasan ni
disiapkan. Terima kasih atas segalanya. Doa saya, semoga Allah melindungi dan
menempatkan diri mereka di kalangan hamba-hambaNya yang beriman.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat sekelas saya kerana
telah banyak menyumbangkan idea yang bernas dan memberi kerjasama kepada saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) kerana telah mengizinkan saya untuk menggunakan
semua kemudahan yang ada supaya dimanfaatkan dengan semaksimum mungkin dalam
proses menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung mahu pun tidak langsung. Berkat kerjasama semua pihak yang membantu
saya,akhirnya tugasan ini dapat disiapkan.
1
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
1.0 ABSTRAK
Secara umumnya dapat disimpulkan bahawa setiap insan yang dilahirkan di muka
bumi Allah s.w.t ini dianugerahkan kelebihan dan kelemahan diri mereka masing-masing.
Walaupun kadang-kadang ada di antara mereka yang masih mencari personaliti, ciri-ciri dan
potensi diri mereka, hakikatnya jiwa mereka masih memerlukan dan dahagakan ilmu
pengetahuan. Oleh sebab itu, pentingnya bagi diri seseorang itu untuk berusaha mencungkil
bakat peribadi yang telah sedia ada supaya dapat diaplikasikan alam organisasi
bermasyarakat demi mencapai kejayaan bersama. Menyedari akan hakikat itu, kita perlu
mengambil inisiatif untuk mengenalpasti potensi diri mereka melalui pendekatan bimbingan
dan kaunseling dengan penggunaan modul. Modul yang telah disiapkan ini bernama Modul
Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar. Modul ini sangat sesuai
diimplimentasikan kepada para pelajar dalam proses membantu mereka membentuk
keperibadiaan diri yang cemerlang secara holistik dalam aspek kepimpinan, komunikasi,
rohaniah dan sebagainya.
2
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
2.0 PENGENALAN
Kamdi Kamil (1990) mentakrifkan modul sebagai satu pakej pengajaran dan
pembelajaran atau teknik belajar sendiri yang lengkap dengan komponen-komponen
pengajaran pembelajaran seperti objektif, bahan dan aktiviti pembelajaran, aktiviti penilaian
serta arahan dan tatacara yang sistematik supaya pelajar dapat mengikuti langkah demi
langkah bagi menguasai sesuatu unit pembelajaran dan boleh dijalankan secara individu
(Sidek Mohd Noah dan Jamaludin Ahmad, 2005).
Hasil kajian yang telah dilakukan oleh Habibah Elias (1991), telah membuktikan
bahawa kegunaan aktiviti modul boleh membantu meningkatkan prestasi pencapaian
sseseorang pelajar. Beliau menjelaskan bahawa penemuan dalam penyelidikan yang telah
dilakukan mempunyai implikasi bahawa sekiranya dalam kalangan pelajar terdapat masalah
motivasi pencapaian yang rendah, aktiviti modul motivasi pencapaian boleh digunakan untuk
membantu pelajar meningkatkan motivasi pencapaian mereka.
Sasaran saya untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dalam modul yang dicipta ini ialah
pelajar sekolah menengah dan saya lebih mengfokuskan kepada pelajar Tingkatan 1 kerana
mereka adalah golongan pioneer yang paling muda di sekolah. Di peringkat yang masih baru
dan segar inilah mereka perlu disuntik dengan semangat dan motivasi yang jitu untuk
pembangunan keperibadian unggul mereka. Hal ini adalah kerana pembentukan keperibadian
yang unggul bukan datang dari akademik semata-mata kerana akademik tidak lagi menjadi
pengukur utama dalam menentukan kecemerlangan seseorang pelajar.
Justeru itu, terdapat satu lagi elemen penting iaitu sahsiah dan juga ‘soft skill’ yang
dititikberatkan dalam mencari pelajar yang betul-betul cemerlang dalam keperibadiaanya.
Untuk melahirkan modal insan kelas pertama yang mampu berdaya saing, cekap, tahan lasak
dan fleksibel apabila berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam pekerjaan, maka penekanan
3
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
aspek kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar perlu ditingkatkan (Ahmad Anuar & Esa,
2010). Oleh itu, saya mengfokuskan pelajar Tingkatan 1 kerana mereka ibarat tin kosong
yang belum lagi terdedah dan terisi dengan perkara yang bermanfaat dan tidak bermanfaat.
Oleh sebab itu, perlunya supaya jiwa mereka yang masih kosong untuk diisi dengan perkara
yang baik serta bermanfaat supaya nanti ilmu tersebut yang akan menjadi batu-bata yang
kukuh untuk melindungi dan memebentengi diri mereka dari unsur yang bersifat negatif.
Selain itu, pelajar terbaik adalah cemerlang dalam akademik dan kokorikulum.
Mereka perlu mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran komunikasi,
kemahiran bekerjasama dalam kumpulan, berkepimpinan dan pelbagai kemahiran lain.
Dalam modul saya ini terdapat aktiviti-aktiviti yang mengandungi kemahiran tersebut dan
mampu untuk membantu pelajar. Dalam modul ini saya memilih Modul Motivasi
Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar. Dimana pelajar-pelajar dapat
mengembangkan keperibadiaan diri mereka yang lebih cemerlang, contohnya aspek
kepimpinan,aspek pembelajaran,aspek rohaniah dan aspek komunikasi.
4
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
3.0 OBJEKTIF MODUL
Setelah selesai mengikuti Modul Bimbingan ini, para ahli modul dapat ;
2.1. Melatih kemahiran komunikasi interpesonal dalam kalangan ahli modul.
2.2. Membina ciri kepimpinan dalam diri setiap peserta sebagai persediaan untuk menjadi
pelapis tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan.
2.3. Membentuk ahli modul untuk mempunyai keperibadian yang cemerlang
merangkumi seluruh aspek kehidupan.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Dalam tugasan ini, penulis telah menyasarkan pelajar Tingkatan 1 Gamma Sekolah
Menengah Kebangsaan Kubang Bemban untuk mengikuti aktiviti modul ini. Ahli modul ini
terdiri daripada 40 orang lelaki dan 60 orang perempuan yang beragama Islam.
5.0 KAEDAH PENYAMPAIAN
4.1. Percambahan pendapat
4.2. Persembahan kumpulan
4.3. Aktiviti kumpulan
5
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
MODUL AKTIVITI 1
Nama Aktiviti : Siapakah SAYA???
Tempoh Masa : 1 Jam
Bahan Aktiviti : Kertas A4
Bentuk Pelaksanaan : Melukis dan aktviti kumpulan
Objektif Aktiviti : Di akhir aktiviti ini, ahli modul akan dapat ;
1. Mewujudkan kemesraan antara ahli modul.
2. Mengenali ahli modul dalam kumpulan masing-masing.
3. Meningkatkan kepercayaan antara ahli modul dengan baik.
Prosedur Aktiviti :
1. Fasilitator meminta wakil ahli modul untuk memulakan aktiviti dengan bacaan Al-
fatihah bagi pelajar muslim manakala bagi pelajar bukan muslim boleh bertafakkur
mengikut kepercayaan agama yang dianuti masing-masing.
2. Fasilitator mengarahkan ahli modul untuk mengeluarkan sehelai kertas A4 yang
terdapat dalam fail.
3. Seterusnya, setiap ahli modul diminta untuk melukis seekor haiwan yang
melambangkan diri dan personaliti diri sendiri ( Lihat lampiran A) .
4. Masa yang diperuntukkan untuk melukis adalah 15 minit.
5. Setelah selesai, fasilitator memanggil dan memilih secara rawak dari ahli modul untuk
membentangkan lukisan haiwan pilihan mereka.
6
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
6. Selepas perbentangan dilakukan,fasilitator meminta pandangan ahli modul lain yang
tidak membentangkan hasil mereka untuk melontarkan sebarang komen mereka
terhadap hasil pembentangan ahli modul sebentar tadi.
7. Di akhir aktiviti, fasilitator akan menerangkan meseg yang dapat diperolehi daripada
aktiviti yang telah dijalankan ialah ;
7.1. Para ahli modul dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi.
7.2. Para ahli modul dapat membina suasana yang lebih mesra antara kalangan ahli.
7.3. Para ahli modul dapat mengetahui personaliti antara ahli masing-masing.
8. Aktiviti di akhiri dengan tasbih kifarah dan surah Al-asr bagi yang muslim dan bagi
yang bukan muslim mengikut agama dan kepercayaan masing-masing.
Falsafah : Kita perlulah memahami diri sendiri dahulu sebelum memahami orang lain.
Lampiran :
Contoh gambar haiwan pilihan.
7
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
MODUL AKTIVITI 2
Nama Aktiviti : Saya Seorang Pengetua Sekolah
Tempoh Masa : 1 Jam
Bahan Aktiviti : Kertas majung, maker pen
Bentuk Pelaksanaan : Pembentangan dan aktviti kumpulan
Objektif Aktiviti : Di akhir aktiviti ini, ahli modul akan dapat ;
1. Melatih diri mereka untuk bersifat lebih keterbukaan dalam sesuatu hal.
2. Menanam kesedaran bahawa setiap orang mempunyai kelemahan dan kekurangan
masing-masing.
3. Melatih pemikiran mereka untuk mahir berfikir di luar otak tentang sesuatu yang
lebih logikal dengan idea yang kritis dan kreatif.
Prosedur Aktiviti :
1. Fasilitator meminta wakil ahli modul untuk memulakan aktiviti dengan bacaan Al-
fatihah bagi pelajar muslim manakala bagi pelajar bukan muslim boleh bertafakkur
mengikut kepercayaan agama yang dianuti masing-masing.
2. Fasilitator meminta ahli modul untuk membuat 9 kumpulan kecil .
3. Fasilitator meminta ahli modul untuk melantik seorang ketua bagi setiap kumpulan.
4. Fasilitator mengedarkan marker pen dan kertas majung kepada setiap kumpulan.
5. Fasilitator menerangkan tugasan kepada ahli modul , di mana ayatnya berbunyi
seperti ini, ‘jika saya seorang pengetua,apa perubahan yanag akan saya lakukan untuk
sekolah ini’
8
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
6. Setelah selesai menyenaraikan cadangan, fasilitator meminta ahli modul untuk
membentangkan hasil perbincangan mereka.
7. Di akhir aktiviti, fasilitator akan menerangkan meseg yang dapat diperolehi daripada
aktiviti yang telah dijalankan ialah ;
7.1. Para ahli modul dapat bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain.
7.2. Para ahli modul dapat menerima setiap ahli dalam kumpulan modul dengan
seadanya.
7.3. Para ahli modul dapat berfikir aras tinggi dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
8. Aktiviti di akhiri dengan tasbih kifarah dan surah Al-asr bagi yang muslim dan bagi
yang bukan muslim mengikut agama dan kepercayaan masing-masing.
Falsafah : Kepala sama hitam tapi hati lain-lain.
9
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
MODUL AKTIVITI 3
Nama Aktiviti : Itu matlamatku..
Tempoh Masa : 1 Jam
Bahan Aktiviti : Kertas A4 , pensel
Bentuk Pelaksanaan : Perbincangan kumpulan
Objektif Aktiviti : Di akhir aktiviti ini, ahli modul akan dapat ;
1. Mengenal pasti matlamat sebenar untuk diri sendiri.
2. Mengetahui tentang kepentingan mempunyai matlamat kepada diri sendiri.
3. Merangka strategi untuk mencapai matlamat yang telah dikenal pasti.
Prosedur Aktiviti :
1. Fasilitator meminta wakil ahli modul untuk memulakan aktiviti dengan bacaan Al-
fatihah bagi pelajar muslim manakala bagi pelajar bukan muslim boleh bertafakkur
mengikut kepercayaan agama yang dianuti masing-masing.
2. Fasilitator meminta ahli modul untuk membentuk 10 kumpulan kecil.
3. Fasilitator mengeluarkan 10 kertas A4 dan melukis satu garisan lurus di kertas itu
untuk diberikan kepada setiap kumpulan.
4. Fasilitator memberi arahan kepada ahli modul dalam kumpulan masing-masing
untuk menyambung garisan lurus itu secara bergilir-gilir supaya terhasil apa sahaja
bentuk yang mereka bayangkan atau fikirkan ketika itu.
5. Setelah siap,kertas tersebut dikembalikan semula kepada fasilitator.
10
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
6. Seterusnya fasilitator mengeluarkan kertas A4 yang kedua dan melukis satu garisan
lurus seperti sebelum ini.
7. Arahannya berbeza dari tadi, kali ini ahli modul secara bergilir-gilir diminta untuk
menyambung garisan dan membentuk sebuah istana (Lihat Lampiran).
8. Setelah siap, kertas itu dikembalikan kepada fasilitator.
9. Fasilitator meminta pendapat dan bertanyakan perbezaan cara melukis bagi kedua-
dua kertas tadi. Didapati lebih senang untuk menghasilkan lukisan pada helaian
kedua kerana telah ditetapkan apa yang perlu dilukis.
10. Oleh itu,fasilitator boleh menerangkan tentang kepentingan untuk membina
matlamat bagi memudahkan kita untuk menjalani kehidupan sebagai
pelajar.Contohnya,matlamat yang perlu ada pada diri setiap pelajar “ Saya hendak
mendapat band 6 dalam PT3”
11. Fasilitator membawa ahli modul untuk membina matlamat masing-masing.
12. Setiap ahli modul dikehendaki menyatakan matlamat mereka kepada ahli modul
kumpulan mereka sendiri sebelum aktiviti ini ditamatkan.
13. Di akhir aktiviti, fasilitator akan menerangkan meseg yang dapat diperolehi
daripada aktiviti yang telah dijalankan ialah ;
13.1. Para ahli modul dapat mengenalpasti matlmat diri mereka sendiri.
13.2.Para ahli modul dapat mengetahui betapa pentingnya mempunyai matlmat
dalam kehidupan.
13.3. Para ahli modul dapat merancang strategi mencapai matlamat mereka.
14. Aktiviti di akhiri dengan tasbih kifarah dan surah Al-asr bagi yang muslim dan bagi
yang bukan muslim mengikut agama dan kepercayaan masing-masing.
11
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
Falsafah : Kegagalan bukan noktah kejayaan tetapi satu titik permulaan untuk berjaya.
Lampiran :
12
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
MODUL AKTIVITI 4
Nama Aktiviti : UMI DAN ABI.
Tempoh Masa : 1 Jam
Bahan Aktiviti : Kertas A4, pensel
Bentuk Pelaksanaan : Aktviti kumpulan
Objektif Aktiviti : Di akhir aktiviti ini, ahli modul akan dapat ;
1. Melihat personaliti positif yang ada dalam diri guru untuk dicontohi.
2. Menyedari akan kepentingan seseorang untuk dijadikan inspirasi dalam mencapai
cita-cita.
3. Membangkitkan semangat mereka untuk menggapai kejayaan seperti mana orang
yang dijadikan inspirasinya.
Prosedur Aktiviti :
1. Fasilitator meminta wakil ahli modul untuk memulakan aktiviti dengan bacaan Al-
fatihah bagi pelajar muslim manakala bagi pelajar bukan muslim boleh bertafakkur
mengikut kepercayaan agama yang dianuti masing-masing.
2. Fasilitator menerangkan aktiviti pada hari ini kepada ahli modul.
3. Fasilitator meminta ahli modul untuk memilih mana-mana guru yang disukai oleh
mereka untuk dikaji.
4. Fasilitator meminta ahli modul untuk menyenaraikan ciri-ciri kepimpinan yang ada
pada guru tersebut.
5. Setelah selesai,fasilitator meminta setiap ahli modul untuk menceritakan tentang
keperibadiaan guru masing-masing dalam kepimpinan beliau .
13
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
6. Fasilitator menilai dan membuat kesimpulan tentang persamaan ciri-ciri sebagai
pemimpin yang hebat yang ada pada guru tersebut.
7. Di akhir aktiviti, fasilitator akan menerangkan meseg yang dapat diperolehi daripada
aktiviti yang telah dijalankan ialah ;
7.1. Para ahli modul dapat mengenal pasti ciri-ciri positif yanag ada pada guru
mereka untuk dicontohi.
7.2. Para ahli modul menyedari kepentingan mempunyai inspirasi dalam
mendapatkn sesebuah kejayaan.
7.3. Para ahli modul dapat membentuk semangat baru untuk berjaya.
8. Aktiviti diakhiri dengan tasbih kifarah dan surah Al-asr bagi yang muslim dan bagi
yang bukan muslim mengikut agama dan kepercayaan masing-masing.
Falsafah : Guru adalah pemimpin yang cukup hebat dalam memimpin pelajarnya ke
arah yang lebih baik.
14
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
MODUL AKTIVITI 5
Nama Aktiviti : Telefon dan Rumah Idamanku
Tempoh Masa : 1 Jam
Bahan Aktiviti : Kertas A4, pensel
Bentuk Pelaksanaan : Melukis dan aktiviti kumpulan.
Objektif Aktiviti : Di akhir aktiviti ini, ahli modul akan dapat ;
1. Membina keyakinan dalam melakukan sesuatu perkara.
2. Berfikiran secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
3. Menguji kejujuran dalam sebuah persahabatan.
Prosedur Aktiviti :
1. Fasilitator meminta wakil ahli modul untuk memulakan aktiviti dengan bacaan Al-
fatihah bagi pelajar muslim manakala bagi pelajar bukan muslim boleh bertafakkur
mengikut kepercayaan agama yang dianuti masing-masing.
2. Fasilitator meminta ahli modul untuk mengeluarkan kertas A4 dan pensel yang
dibekalkan sebelum aktiviti modul bermula.
3. Fasilitator meminta mereka untuk melabel ‘TELEFON’ di bahagiaan hadapan sebelah
atas kanan kertas A4 dan ‘RUMAH IDAMANKU’ di bahagiaan belakang sebelah
atas kanan kertas A4.
4. Fasilitator meminta ahli modul untuk melukis gambar telefon masing-masing di
bahagiaan yang dilabel telefon.
5. Seterusnya gambar rumah idaman masing-masing di bahagian yang berlabel rumah.
15
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
6. Setelah selesai melukis, fasilitator meminta ahli modul untuk saling bertukar kertas
masing-masing dengan orang di sebelah ahli modul.
7. Setiap ahli modul diminta untuk memberi markah dalam lingkungan 1-10 dan komen
di bawah gambar besertakan nama,tarikh dan tandatangan pemeriksa.
8. Fasilitator meminta ahli modul untuk mengembalikan semula kertas kepada empunya
diri masing-masing.
9. Fasilitator akan memilih markah yang paling rendah dan yang paling tinggi untuk
dipamerkan di hadapan.
10. Fasilitator meminta pendapat ahli modul lain tentang kesesuaian markah yang diberi
dengan gambar yang dihasilkan.
11. Di akhir aktiviti, fasilitator akan menerangkan meseg yang dapat diperolehi daripada
aktiviti yang telah dijalankan ialah ;
11.1. Para ahli modul dapat membina keyakinan diri mereka dalam sesuatu perkara.
11.2. Para ahli modul dapat melatih diri mereka untuk berfikiran kreatif, kritis dan
inovatif dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
11.3. Para ahli modul dapat mengenal pasti tahap kejujuran mereka dalam
persahabatan.
12. Aktiviti di akhiri dengan tasbih kifarah dan surah Al-asr bagi yang muslim dan bagi
yang bukan muslim mengikut agama dan kepercayaan masing-masing.
Falsafah : Berpahit dahulu,bermanis kemudian.
16
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
MODUL AKTIVITI 6
Nama Aktiviti : Aku yang Paling Gagah (WRESTLING)
Tempoh Masa : 1 Jam
Bahan Aktiviti : Gula-gula
Bentuk Pelaksanaan : Pertandingan
Objektif Aktiviti : Di akhir aktiviti ini, ahli modul akan dapat ;
1. Mewujudkan rasa persefahaman antara ahli modul.
2. Membina sikap mempertahankan hak diri sendiri.
3. Melatih diri untuk menghormati hak orang lain.
Prosedur Aktiviti :
1. Fasilitator meminta wakil ahli modul untuk memulakan aktiviti dengan bacaan Al-
fatihah bagi pelajar muslim manakala bagi pelajar bukan muslim boleh bertafakkur
mengikut kepercayaan agama yang dianuti masing-masing.
2. Fasilitator meminta ahli modul untuk mencari seorang pasangan masing-masing
yang sama jantina.
3. Seterusnya,fasilitator meminta ahli modul untuk mencari posisi kedudukan yang
selesa untuk melaksanakan aktiviti.
4. Fasilitator mengedarkan bekas yang mengandungi gula-gula kepada setiap
pasangan.
5. Fasilitator menerangkan cara dan syarat permainan kepada ahli serta menerangkan
fungsi gula-gula yang diedarkan.
17
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
6. Setiap ahli perlu mengumpul gula-gula sebanyk yang mungkin daripada pasangan
dimana pemenang setiap set permainan akan mendapat sebiji gula-gula.
7. Permainan akan berlangsung selama sepuluh minit untuk enam kali set permainan.
8. Setelah tamat,fasilitator pemenang untuk tampil kehadapan bersama gula-gula yang
dimenangi untuk dikira jumlah gula-gula yang mereka dapat dan fasilitator akan
bertanyakan perasaan pemenang setelah menang pertandingan ini.
9. Fasilitator meminta pemenang untuk kembali ke sisi pasangan masing-masing.
10. Fasilitator menerangkan objektif sebenar aktiviti ini dijalankan.
11. Fasilitator meminta setiap pasangan untuk membahagikan sama rata gula-gula tadi
tanpa mengira pemennag ataupun tidak dan saling bermaaf-maafan antara satu
sama lain.
12. Di akhir aktiviti, fasilitator akan menerangkan meseg yang dapat diperolehi
daripada aktiviti yang telah dijalankan ialah ;
12.1. Para ahli modul dapat mewujudkan rasa tolak ansur antara ahli modul.
12.2. Para ahli modul dapat mempelajari untuk mempertahankan hak diri sendiri
bergantung pada keadaanya.
12.3. Para ahli modul dapat mempelajari untuk menghormati hak orang lain.
13. Aktiviti di akhiri dengan tasbih kifarah dan surah Al-asr bagi yang muslim dan bagi
yang bukan muslim mengikut agama dan kepercayaan masing-masing.
Falsafah : Kadang-kadang ego perlu diletakkan ditempat paling rendah untuk
mendapat tempat yang lebih tinggi.
18
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
MODUL AKTIVITI 7
Nama Aktiviti : APAKAH ???
Tempoh Masa : 45 Minit
Bahan Aktiviti : Senarai peribahasa, senarai lagu
Bentuk Pelaksanaan : Lakonan
Objektif Aktiviti : Di akhir aktiviti ini, ahli modul akan dapat ;
1. Memberi perhatiaan dan peka terhadap arahan yang diberi.
2. Melahirkan kreativiti dalam mempelbagaikan penyampaian maklumat.
3. Melatih diri untuk bersikap lebih sabar.
Prosedur Aktiviti :
1. Fasilitator meminta wakil ahli modul untuk memulakan aktiviti dengan bacaan Al-
fatihah bagi pelajar muslim manakala bagi pelajar bukan muslim boleh bertafakkur
mengikut kepercayaan agama yang dianuti masing-masing.
2. Fasilitator meminta ahli modul untuk membentuk dua kumpulan aiaitu kumpulan
jantina perempuan dan lelaki.
3. Fasilitator meminta untuk melantik ketua setiap kumpulan.
4. Fasilitator meminta kumpulan pertama untuk memulakan aktiviti sambil ditonton oleh
kumpulan lain.
5. Fasilitator memberikan kertas yang mengandungi arahan soalan untuk dilakonkan.
Ahli modul pertama yang lain harus meneka jawapan kepada lakonan itu tadi.
6. Aktiviti diteruskan dengan kumpulan kedua dan diulangi dengan 5 kali pusingan bagi
setiap kumpulan.
19
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
7. Setelah tamat aktiviti,fasilitator meminta ahli modul yang lain untuk duduk di dalam
bulatan bagi membuat sesi berkongsi pendapat dan input yang terdapat dalam aktiviti
tadi.
8. Di akhir aktiviti, fasilitator akan menerangkan meseg yang dapat diperolehi daripada
aktiviti yang telah dijalankan ialah ;
8.1. Para ahli modul dapat melatih diri mereka untuk sentiasa fokus dalam sesutau
perkara.
8.2. Para ahli modul dapat menyedari kepentingan untuk mempelbagaikan cara dalam
menyampaikan maklumat.
8.3. Para ahli modul dapat melatih diri untuk bersifat sabar.
9. Aktiviti di akhiri dengan tasbih kifarah dan surah Al-asr bagi yang muslim dan bagi
yang bukan muslim mengikut agama dan kepercayaan masing-masing.
Falsafah : SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN.
20
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
MODUL AKTIVITI 8
Nama Aktiviti : Posman
Tempoh Masa : 1 jam 30 minit
Bahan Aktiviti : Kertas majung, maker pen
Bentuk Pelaksanaan : Aktiviti kumpulan
Objektif Aktiviti : Di akhir aktiviti ini, ahli modul akan dapat ;
1. Melatih ahli modul supaya jujur dalam menyampaikan maklumat agar tidak ada unsur
tokok tambah.
2. Memahami betapa pentingnya ketepatan meseg yang disampaikan oleh seseorang.
3. Melatih ahli kelompok supaya berfikiran kreatif dan kritis dalam sesuatu hal.
Prosedur Aktiviti :
1. Fasilitator meminta wakil ahli modul untuk memulakan aktiviti dengan bacaan Al-
fatihah bagi pelajar muslim manakala bagi pelajar bukan muslim boleh bertafakkur
mengikut kepercayaan agama yang dianuti masing-masing.
2. Fasilitator meminta ahli modul untuk beratur mengikut jantina di dalam satu barisan.
3. Fasilitator meminta ahli modul untuk mula mengira kedudukan mereka berdasarkan
nombor 1 sehingga 10 bagi membentuk sepuluh kumpulan kelompok kecil yang
baru.
4. Setiap kumpulan diminta untuk melantik seorang ketua dan seorang pelukis bagi
21
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
mewakili kumpulan mereka masing-masing.
5. Fasilitator meminta setiap kumpulan untuk berada dalam satu barisan panjang.
6. Fasilitator memberi penerangan ativiti kumpulan dan meminta pelukis untuk berada di
tempat paling belakang barisan.
7. Ketua akan diberikan satu gambar dan diminta untuk menyampaikan maklumat yang
ada pada gambar tersebut kepada ahli kumpulan mereka dan akan berakhir dengan
pelukis (Lihat Lampiran )
8. Tugas pelukis adalah untuk melukis semula segala maklumat yang dinyatakan oleh
ahli modul kumpulan masing-masing di hadapannya.
9. Setelah selesai aktiviti kumpulan, setiap pelukis diminta tampil ke hadapan untuk
mempamerkan hasil gambar mereka masing-masing untuk dinilai oleh fasilitator.
10. Fasilitator meminta pendapat dan pandangan pelajar tentang aktiviti yang dijalankan.
11. Di akhir aktiviti, fasilitator akan menerangkan meseg yang dapat diperolehi daripada
aktiviti yang telah dijalankan ialah ;
11.1. Para ahli modul dapat melatih diri agar bersifat jujur dalam menyampaikan
sesuatu perkara untuk mengelakkan dari adanya unsur tokok tambah.
11.2. Para ahli modul dapat memahami tentang pentingnya untuk menyampaikan
maklumat dengan jelas supaya pendengar dapat memahaminya.
11.3.Para ahli modul dapat berfikiran di luar kotak dalam menyelesaikan sesuatu
perkara.
22
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
12. Aktiviti di akhiri dengan tasbih kifarah dan surah Al-as bagi yang muslim dan bagi
yang bukan muslim mengikut agama dan kepercayaan masing-masing.
Falsafah : Sekiranya sesuatu perkara itu tidak sah dan tidak yakin akan
kesahihannya maka eloklah kita berdiam diri sahaja daripada terus
menyampaikan sesuatu yang salah dan memberi kesan kepada si
pendengar dan orang lain.
Lampiran :
23
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
MODUL AKTIVITI 9
Nama Aktiviti : Menara Impian.
Tempoh Masa : 1 Jam 30 Minit
Bahan Aktiviti : Straw, gunting, cellotape
Bentuk Pelaksanaan : Pertandingan dan aktviti kumpulan
Objektif Aktiviti : Di akhir aktiviti ini, ahli modul akan dapat ;
1. Membentuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan.
2. Melatih diri untuk berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
3. Melatih diri untuk bersifat terbuka kepada orang lain.
Prosedur Aktiviti :
1. Fasilitator meminta wakil ahli modul untuk memulakan aktiviti dengan bacaan Al-
fatihah bagi pelajar muslim manakala bagi pelajar bukan muslim boleh bertafakkur
mengikut kepercayaan agama yang dianuti masing-masing.
2. Fasilitator membahagikan ahli kepada sepuluh kumpulan.
3. Fasilitator meminta setiap kumpulan untuk melantik ketua masing-masing.
4. Fasilitator mengedarkan straw,celloptape dan gunting kepada setiap kumpulan.
5. Menara Impian akan dinilai dari tahap ketinggian,ketahanan dan kestabilan struktur
menara tersebut.
6. Aktiviti kumpulan dimulakan dan tempoh yang diberikan adalah 30 minit untuk
membina menara masing-masing.
24
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
7. Fasilitator meminta ahli kumpulan modul untuk membawa menara masing-masing ke
tingkat empat bangunan untuk dilepaskan dari bahagiaan atas bangunan bagi menguji
ketahanan dan kestabilan struktur bangunan tersebut.
8. Fasilitator meminta semua ahli modul berkumpul dan untuk mengumumkan menara
yang paling terbaik.
9. Kemudian, fasilitator menerangkan objektif utama aktiviti ini dilaksanakan dan
meminta komen dari ahli modul tentang keseluruhan aktiviti ini.
10. Penyampaian hadiah.
11. Di akhir aktiviti, fasilitator akan menerangkan meseg yang dapat diperolehi daripada
aktiviti yang telah dijalankan ialah ;
11.1.Para ahli modul dapat bekerjasama antara ahli kumpulan.
11.2. Para ahli modul dapat berfikiran kreatif dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
11.3. Para ahli modul dapat belajar untuk menerima kebaikan dan keburukan
seadanya.
12. Aktiviti di akhiri dengan tasbih kifarah dan surah Al-asr bagi yang muslim dan bagi
yang bukan muslim mengikut agama dan kepercayaan masing-masing.
Falsafah : apa yang penting??? KERJASAMA.
25
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
MODUL AKTIVITI 10
Nama Aktiviti : DIRIKU CUKUP BERHARGA.
Tempoh Masa : 1 Jam 30 Minit
Bahan Aktiviti : Bahan A (alat solek,barangan kosmetik,selendang pnjang dan aksesori
wanita,kain batik) dan Bahan B (kopiah,serban,rantai zikir,kain
pelikat)
Bentuk Pelaksanaan : Kritikan dan perbincangan kumpulan.
Objektif Aktiviti : Di akhir aktiviti ini, ahli modul akan dapat ;
1. Memahami bahawa penampilan luaran mempengaruhi keyakinan diri ketika di
khalayak ramai.
2. Mengawal emosi dan situasi apabila menerima kritikan.
3. Membentuk kerjasama dalam satu pasukan.
Prosedur Aktiviti :
1. Fasilitator meminta wakil ahli modul untuk memulakan aktiviti dengan bacaan Al-
fatihah bagi pelajar muslim manakala bagi pelajar bukan muslim boleh bertafakkur
mengikut kepercayaan agama yang dianuti masing-masing.
2. Fasilitator memberikan penerangan tentang aktiviti yang akan dilakukan.
3. Ahli kumpulan dibahagikan kepada 5 kumpulan (2 kumpulan lelaki dan satu 3
kumpulan perempuan) dan wakil setiap kumpulan diminta untuk mencabut undiaan
bagi menentukan bahan aktiviti yang bakal diterima sama ada bahan A atau bahan
B.
26
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
4. Setelah itu, ahli modul diberi masa tujuh minit untuk berbincang di dalam kumpulan
masing-masing tentang tema yang ingin dipilih dalam menyelesaikan tugasan yang
diberikan. Contohnya,tema Bollywood.
5. Fasilitator meminta untuk untuk setiap ahli perlu menyediakan seorang model
dalam merealisasikan hasil tugasan mereka.
6. Setelah selesai berbincang,mereka diberi masa tiga puluh minit untuk menyiapkan
tugasan berdasarkn tema dan bahan yang diberikan.
7. Setelah tiga puluh minit berlalu,mereka diminta supaya mempamerkan model yang
telah siap didandandan mereka dikehendaki mejelaskan tema yang dipilih.
Kumpulan lain diberi peluang untuk mengkritik hasil tugasan kumpulan yang
membuat pembentangan.
8. Semasa ahli modul lain membuat kritikan,ahli modul yang dikritik perlu
mempertahankan hasil tugasan masing-masing
9. Fasilitator bertanya kepada peserta (model) sama ada yakin untuk berhadapan
dengan masyarakat umum dengan penampilan sedemikian.Perkara ini dibincangkan
secara kolektif.
10. Di akhir aktiviti, fasilitator akan menerangkan meseg yang dapat diperolehi
daripada aktiviti yang telah dijalankan ialah ;
10.1. Para ahli modul dapat menyedari kepentingan penampilan ketika di khalayak
ramai.
10.2. Para ahli modul dapat melatih diri untuk terbuka menerima kritikan dari
sekeliling mereka.
10.3. Para ahli modul dapat membina semangat kerja berpasukan dalam kumpulan.
Falsafah : Cara kita berpakaian akan menggambarkan personaliti kita.
27
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
MODUL AKTIVITI 11
Nama Aktiviti : Sungai berasid
Tempoh Masa : Satu jam
Bahan Aktiviti : Kertas Surat khabar
Bentuk Pelaksanaan : Aktiviti berkumpulan
Objektif Aktiviti : Pada akhir aktiviti ini, ahli modul akan dapat:
1. Melahirkan semangat sepasukan sesama ahli kumpulan.
2. Memberi kesedaran bahawa manusia saling memerlukan apabila keadaan terdesak.
3. Menerapkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.
Prosedur Aktiviti :
1. Fasilitator meminta wakil ahli modul untuk memulakan aktiviti dengan bacaan Al-
fatihah bagi pelajar muslim manakala bagi pelajar bukan muslim boleh bertafakkur
mengikut kepercayaan agama yang dianuti masing-masing.
2. Fasilitator membahagikan peserta kepada empat kumpulan, iaitu dua kumpulan lelaki
dan dua kumpulan perempuan.
3. Fasilitator membentangkan kertas surat khabar di atas lantai.
4. Setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua.
5. Semua peserta dikehendaki berdiri di atas surat khabar tersebut.
6. Ketua kumpulan akan mengoyakkan kertas surat khabar tersebut sedikit demi sedikit
sehingga menjadi kecil pada kumpulan yang lain.
7. Peserta tidak dibenarkan meletakkan kaki di tempat yang tiada surat khabar.
8. Peserta akan berpaut antara satu sama lain agar tidak jatuh.
28
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
9. Peserta yang terjatuh dari “titian” dikira batal dan terkeluar.(peserta lelaki dan
perempuan diasingkan)
10. Fasilitator mengarahkan ketua kumpulan tersebut menyertai kumpulan lawannya.
11. Di akhir aktiviti, fasilitator akan menerangkan meseg yang dapat diperolehi daripada
aktiviti yang telah dijalankan ialah ;
11.1. Kita tidak boleh mempunyai sifat hasad dengki kepada orang lain dan saling
menjatuhkan antara satu sama lain.
11.2. Kita perlu menyedari bahawa hidup ini bagaikan putaran roda. Adakalanya kita
di atas dan sebaliknya.
11.3. Kerjasama antara ahli kumpulan membawa kejayaan dalam kumpulan.
12. Aktiviti di akhiri dengan tasbih kifarah dan surah Al-as bagi yang muslim dan bagi
yang bukan muslim mengikut agama dan kepercayaan masing-masing.
Falsafah : Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
29
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
MODUL AKTIVITI 12
Nama Aktiviti : Bukit cantik
Tempoh Masa : 30 minit
Bahan Aktiviti : Tiada
Bentuk Pelaksanaan : Aktiviti individu
Objektif Aktiviti : Pada akhir aktiviti ini, ahli modul akan dapat:
1. Melatih peserta agar fokus ketika melakukan sesuatu pekerjaan.
2. Menguji tahap tumpuan peserta ketika melakukan aktiviti.
3. Menguji daya ingatan para peserta.
Prosedur Aktiviti :
1. Fasilitator meminta wakil ahli modul untuk memulakan aktiviti dengan bacaan Al-
fatihah bagi pelajar muslim manakala bagi pelajar bukan muslim boleh bertafakkur
mengikut kepercayaan agama yang dianuti masing-masing.
2. Fasilitator memulakan aktiviti dengan menyanyikan lagu “Bukit Cantik” sambil
melakukan gaya mengikut lirik lagu.
3. Fasilitator memulakan dengan menyanyikan beberapa rangkap lirik lagu dahulu dan
meminta agar peserta menyanyi bersama-sama sambil mengikut gaya yang
ditunjukkan oleh fasilitator.
4. Fasilitator menyanyikan keseluruhan lagu sambil melakukan gaya dan meminta
peserta melakukannya bersama-sama.
5. Fasilitator meminta agar peserta menyanyi dan melakukan gaya yang telah
ditunjukkan.
30
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
6. Langkah ke empat diulangi sehingga didapati peserta mampu menghayati lagu
tersebut sambil melakukan gaya.
7. Fasilitator meronda-ronda semasa aktiviti dilakukan dan memilih beberapa peserta
yang didapati melakukan kesalahan, dan meminta agar pelajar tersebut ke hadapan.
8. Fasilitator dan peserta menyanyi bersama-sama sambil melakukan gaya.
9. Di akhir aktiviti, fasilitator akan menerangkan meseg yang dapat diperolehi daripada
aktiviti yang telah dijalankan ialah ;
9.1. Para ahli modul dapat belajar untuk meningkatkan fokus yang lebih baik.
9.2. Para ahli modul dapat menilai sejauh mana ketajaman ingatan mereka.
10. Aktiviti di akhiri dengan tasbih kifarah dan surah Al-as bagi yang muslim dan bagi
yang bukan muslim mengikut agama dan kepercayaan masing-masing.
Falsafah : Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Lampiran :
Lagu tersebut adalah seperti berikut:
Ada satu bukit cantik, bukit cantik tak pernah lihat. Bukit yang cantik. Heyy!!!
Bukit yang cantik.
Atas bukit ada rumput, rumput cantik tak pernah lihat. Rumput atas bukit, bukit yang
cantik. Heyy!!
Bukit yang cantik.
Atas rumput ada pokok, pokok cantik tak pernah lihat. Pokok atas rumput, rumput
atas bukit. Bukit yang cantik. Heyy!!
Bukit yang cantik.
31
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
Atas pokok ada dahan, dahan cantik tak pernah lihat. Dahan atas pokok, pokok atas
rumput, rumput atas bukit. Bukit yang cantik. Heyy!!
Bukit yang cantik.
Atas dahan ada ranting, ranting cantik tak pernah lihat. Ranting atas dahan, dahan atas
pokok, pokok atas rumput, rumput atas bukit. Bukit yang cantik. Heyy!!
Bukit yang cantik.
Atas ranting ada sarang, sarang cantik tak pernah lihat. Sarang atas ranting, ranting
atas dahan, dahan atas pokok, pokok atas rumput, rumput atas bukit. Bukit yang
cantik. Heyy!!
Bukit yang cantik.
Atas sarang ada telur, telur cantik tak pernah lihat. Telur atas sarang, sarang atas
ranting, ranting atas dahan, dahan atas pokok, pokok atas rumput, rumput atas bukit.
Bukit yang cantik. Heyy!!
Bukit yang cantik.
Atas telur ada burung, burung cantik tak pernah lihat. Burung atas telur, telur atas
sarang, sarang atas ranting, ranting atas dahan, dahan atas pokok, pokok atas rumput,
rumput atas bukit. Bukit yang cantik. Heyy!!
Bukit yang cantik
Atas burung ada jambul, jambul cantik tak pernah lihat. Jambul atas burung, burung
atas telur, telur atas sarang, sarang atas ranting, ranting atas dahan, dahan atas pokok,
pokok atas rumput, rumput atas bukit. Bukit yang cantik. Heyy!!
Bukit yang cantik.
32
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
MODUL AKTIVITI 13
Nama Aktiviti : Siapakah Aku
Tempoh Masa : 1 jam
Bahan Aktiviti : Kertas A4
Bentuk Pelaksanaan : Melukis dan perbincangan
Objektif Aktiviti : Pada akhir aktiviti ini, ahli modul akan dapat:
1. Mengenali identiti diri sendiri.
2. Menilai diri sendiri ketika menentukan perlakuan samada positif atau negatif.
3. Memperbaiki diri agar menjadi insan yang lebih positif dan cemerlang.
Prosedur Aktiviti :
1. Fasilitator meminta wakil ahli modul untuk memulakan aktiviti dengan bacaan Al-
fatihah bagi pelajar muslim manakala bagi pelajar bukan muslim boleh bertafakkur
mengikut kepercayaan agama yang dianuti masing-masing.
2. Fasilitator mengedarkan sehelai kertas A4 kepada setiap peserta.
3. Fasilitator memberi arahan supaya peserta mengeluarkan sebatang pen atau pensel.
4. Fasilitator memberi arahan supaya melukis beberapa perkara, iaitu matahari,
pokok,rumah, ular dan gunung.
5. Fasilitator memberikan sedikit masa untuk peserta menyiapkan lukisan mereka.
6. Fasilitator meronda-ronda ketika peserta menyiapkan lukisan.
7. Apabila sudah tamat masa yang diberikan, fasilitator memilih beberapa peserta untuk
ke hadapan bagi sesi penterjemahan lukisan.
8. Fasilitator menerangkan maksud di sebalik lukisan peserta.
33
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
9. Peserta diminta agar menilai diri mereka berdasarkan maksud lukisan masing-masing.
10. Di akhir aktiviti, fasilitator akan menerangkan meseg yang dapat diperolehi daripada
aktiviti yang telah dijalankan ialah ;
10.1. Maksud setiap lukisan tidak semestinya menggambarkan identiti peserta yang
sebenarnya kerana ini adalah kajian psikologi sahaja.
10.2. Namun, setiap kelemahan yang ada perlulah diperbaiki dari semasa ke semasa
demi menjadi seorang insan yang lebih cemerlang.
11. Aktiviti di akhiri dengan tasbih kifarah dan surah Al-as bagi yang muslim dan bagi
yang bukan muslim mengikut agama dan kepercayaan masing-masing.
Falsafah : Setiap manusia berhak diberi peluang kedua untuk berubah menjadi insan
yang lebih baik pada masa akan datang.
34
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
MODUL AKTIVITI 14
Nama Aktiviti : Lobak, telur dan kopi
Tempoh Masa : 20 minit
Bahan Aktiviti : Tiada
Bentuk Pelaksanaan : Teknik penceritaan
Objektif Aktiviti : Pada akhir aktiviti ini, ahli modul akan dapat:
1. Menghayati cerita yang disampaikan.
2. Memahami mesej yang ingin disampaikan melalui sebuah cerita motivasi.
3. Melakukan refleksi diri berdasarkan cerita yang disampaikan.
Prosedur Aktiviti :
1. Fasilitator meminta wakil ahli modul untuk memulakan aktiviti dengan bacaan Al-
fatihah bagi pelajar muslim manakala bagi pelajar bukan muslim boleh bertafakkur
mengikut kepercayaan agama yang dianuti masing-masing.
2. Fasilitator memulakan aktiviti dengan bertanyakan soalan mengenai ciri-ciri fizikal
yang terdapat pada lobak, telur dan kopi.
3. Fasilitator memberikan sedikit ulasan mengenai jawapan yang diberikan oleh peserta.
4. Fasilitator memberitahu peserta mengenai tajuk cerita yang ingin disampaikan, iaitu
“lobak, telur dan kopi”.
5. Setelah tamat cerita, fasilitator meminta beberapa peserta berkongsi mengenai
pengajaran yang diperoleh melalui cerita tersebut.
6. Fasilitator mengulas mengenai maksud di sebalik air panas, lobak, telur dan kopi.:
6.1 Air panas itu diibaratkan kesusahan yang kita hadapi.
35
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
6.2 Adakah kita seperti lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya
penderitaan dan kesulitan, kita menyerah, menjadi lembut dan kehilangan
kekuatan.
6.3 Adakah kita seperti telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang
tenang. Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan
menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi adakah kita menjadi pahit
dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku.
6.4 Atau adakah kita seperti serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu
yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya mungkin pada suhu 100
darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat.
Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kita akan
menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar juga menjadi semakin
baik.
7. Aktiviti di akhiri dengan tasbih kifarah dan surah Al-as bagi yang muslim dan bagi
yang bukan muslim mengikut agama dan kepercayaan masing-masing.
Falsafah : Luaran tidak menggambarkan isi dalamnya.
Lampiran :
Cerita “Lobak, Telur dan Kopi”
Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa
hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana
menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Si anak sudah letih untuk
36
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
berjuang. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.
Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur lalu mengisi tiga periuk dengan air
dan meletakkannya di atas api. Setelah air di dalam ketiga-tiga periuk tersebut mendidih, si
ayah meletakkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan serbuk kopi
di periuk terakhir. Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya
dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.
Setelah dua puluh minit, si ayah mematikan api. Dia mengasingkan lobak dan meletakkannya
ke dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya ke dalam mangkuk yang lain, dan
menuangkan kopi ke dalam mangkuk lain. Lalu si ayah bertanya kepada anaknya, "Apa yang
kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi," jawab si anak.
Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia
melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya
mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia mendapati sebiji telur
rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk merasai kopi. Dia tersenyum
ketika merasai kopi dengan aromanya yang harum.
Setelah itu, si anak bertanya, "Apakah maksud semua ini, ayah?" Ayahnya menerangkan
bahawa ketiga-tiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, iaitu proses rebusan, tetapi
masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza-beza. Lobak, sebelum direbus kuat, keras
dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur
sebelumnya mudah pecah. Cangkerang nipisnya melindungi isinya yang berupa cecair. Tetapi
37
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah
berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut
.
"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama
kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui...Ketika kesukaran dan kesulitan
mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"
38
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
MODUL AKTIVITI 15
Nama Aktiviti : Pelakon paling popular
Tempoh Masa : Satu jam
Bahan Aktiviti : Tiada
Bentuk Pelaksanaan : Lakonan dan perbincangan kumpulan
Objektif Aktiviti : Pada akhir aktiviti ini, ahli modul akan dapat:
1. Menguji kemahiran komunikasi antara ahli kumpulan.
2. Menguji keupayaan interpretasi ahli kumpulan.
3. Menguji daya pemikiran yang kreatif.
4. Memupuk kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan.
5. Mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli kumplan.
Prosedur Aktiviti :
1. Fasilitator meminta wakil ahli modul untuk memulakan aktiviti dengan bacaan Al-
fatihah bagi pelajar muslim manakala bagi pelajar bukan muslim boleh bertafakkur
mengikut kepercayaan agama yang dianuti masing-masing.
2. Fasilitator membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan.
3. Setiap kumpulan diminta menghantar seorang wakil. Wakil kumpulan masing-masing
diberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan.
4. Wakil kumpulan dikehendaki melakonkan situasi atau pernyataan yang diberi tanpa
bercakap atau mengeluarkan suara untuk diteka oleh kumpulan masing-masing
mengikut giliran. Antara situasi yang perlu dilakonkan termasuklah:
39
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
Tarzan
Layang-layang
Gajah
Lemas
Iron baju
Hujan
Burung penguin
Nyamuk
5. Ahli kumpulan perlu meneka apa yang cuba disampaikan oleh wakil kumpulan.
6. Apabila ahli kumpulan berjaya member jawapan yang betul, lima markah akan
diberikan. Ahli kumpulan diberi peluang sebanyak tiga kali untuk meneka apa yang
ingin disampaikan oleh wakil kumpulan.
7. Jika ahli kumpulan gagal menjawab soalan, peluang diberikan kepada kumpulan
lawan dan tiga markah akan diberi sekiranya kumpulan lawan menjawab soalan
dengan betul.
8. Setelah wakil kumpulan selesai melakonkan watak yang diarahkan, salah seorang ahli
kumpulan akan mengambil tempat wakil kumpulan tadi untuk meneruskan
permainan.
9. Permainan diteruskan sehingga setiap ahli kumpulan berpeluang melakonkan situasi
atau pernyataan yang diberi. Fasilitator kemudian meminta pandangan peserta tentang
aktiviti yang dijalankan.
10. Di akhir aktiviti, fasilitator akan menerangkan meseg yang dapat diperolehi daripada
aktiviti yang telah dijalankan ialah ;
40
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
10.1 Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan penuh tumpuan akan membuahkan
hasil yang cemerlang.
10.2 Kerjasama antara ahli kumpulan adalah amat penting.
10.3 Kejayaan kumpulan juga bergantung kepada komitmen ahli-ahli.
11. Aktiviti di akhiri dengan tasbih kifarah dan surah Al-as bagi yang muslim dan bagi
yang bukan muslim mengikut agama dan kepercayaan masing-masing.
Falsafah : Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
41
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
MODUL AKTIVITI 16
Nama Aktiviti : Terbang jauh-jauh
Tempoh Masa : 1 jam
Bahan Aktiviti : Kertas surat khabar
Bentuk Pelaksanaan : Aktivit berkumpulan
Objektif Aktiviti : Pada akhir aktiviti ini, ahli modul akan dapat:
1. Menguji kepekaan peserta terhadap arahan yang diberikan.
2. Menguji daya kreativiti peserta.
3. Meningkatkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.
Prosedur Aktiviti :
1. Fasilitator meminta wakil ahli modul untuk memulakan aktiviti dengan bacaan Al-
fatihah bagi pelajar muslim manakala bagi pelajar bukan muslim boleh bertafakkur
mengikut kepercayaan agama yang dianuti masing-masing.
2. Fasilitator membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan kecil.
3. Wakil kumpulan diminta ke hadapan untuk mengambil surat khabar.
4. Fasilitator memberikan arahan kepada peserta, iaitu setiap kumpulan diminta untuk
menghasilkan sebuah roket yang mampu terbang jauh.
5. Bentuk roket adalah bebas dan mana-mana kumpulan yang mampu menghasilkan
roket yang mampu terbang paling jauh akan dikira sebagai pemenang.
6. Setiap kumpulan diberikan masa selama 15 minit untuk menyiapkan roket masing-
masing.
42
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
7. Setelah tamat masa yang diberikan, wakil kumpulan diminta ke hadapan untuk sesi
pengujian roket.
8. Setiap wakil kumpulan dikehendaki melepaskan roket setelah diberikan arahan oleh
fasilitator untuk berbuat demikian.
9. Mana-mana kumpulan yang berjaya menghasilkan roket yang mampu terbang jauh
akan dinobatkan sebagai pemenang.
10. Akhir sekali, fasillitator akan menunjukkan model roket yang paling ideal, iaitu roket
yang mampu terbang paling jauh, iaitu dengan hanya meronyokkan kertas.
11. Di akhir aktiviti, fasilitator akan menerangkan meseg yang dapat diperolehi daripada
aktiviti yang telah dijalankan ialah ;
11.1 Pentingnya tumpuan dan kepekaan terhadap arahan yang diberikan.
11.2 Jangan merumitkan sesuatu masalah dengan berfikiran negatif dan mudah putus
asa.
11.3 Masalah yang dihadapi dalam kehidupan dapat diatasi sekiranya kita mampu
berfikiran terbuka dan mempunyai pelbagai alternatif untuk menyelesaikannya.
12. Aktiviti di akhiri dengan tasbih kifarah dan surah Al-as bagi yang muslim dan bagi
yang bukan muslim mengikut agama dan kepercayaan masing-masing.
Falsafah : Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan.
43
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
MODUL AKTIVITI 17
Nama Aktiviti : Tepuk-tepuk sayang
Tempoh Masa : Satu jam
Bahan Aktiviti : Tiada
Bentuk Pelaksanaan : Aktiviti individu
Objektif Aktiviti : Pada akhir aktiviti ini, ahli modul akan dapat:
1. Menyedari bahawa pentingnya memberi tumpuan untuk berjaya.
2. Melahirkan sifat jujur dalam diri peserta.
3. Semangat tidak berputus asa untuk berjaya.
Prosedur Aktiviti :
1. Fasilitator meminta wakil ahli modul untuk memulakan aktiviti dengan bacaan Al-
fatihah bagi pelajar muslim manakala bagi pelajar bukan muslim boleh bertafakkur
mengikut kepercayaan agama yang dianuti masing-masing.
2. Fasilitator menerangkan perjalanan aktiviti kepada semua peserta.
3. Fasilitator meminta peserta mendengar dan memerhatikan gerak laku yang dipaparkan
oleh fasilitator.
4. Fasilitator memberi arahan “semua peserta tepuk tangan secara perlahan dan angkat
tangan kanan dan letakkan tangan itu ke bahagian berhampiran dengan muka”.
5. Sekiranya fasilitator menyebut letak tangan kanan di pipi maka peserta akan cuba
sedaya upaya letakkan tangan di pipi masing-masing. Pada masa ini fasilitator akan
letakkan tangan kanannya pada hidung. Tujuan berbuat demikian adalah untuk
mengelirukan peserta.
44
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
6. Fasilitator akan mengulangi aktiviti ini dengan memberi arahan supaya peserta
menepuk tangan dengan laju serta mengubah arahan kepada “letakkan tangan kanan
anda di hidung sementara fasilitator meletakkan tangan kanannya ke dagu”.
7. Fasilitator akan memanggil peserta yang membuat kesalahan untuk tampil ke
hadapan.
8. Fasilitator meminta peserta yang buat kesalahan itu memberikan sebab atas kesalahan
yang dilakukan.
9. Fasilitator akan mengulangi aktiviti ini seperti langkah nombor 4 dan 5 tetapi
mengubah arahan kepada “letakkan tangan kanan anda ke dahi sementara fasilitator
meletakkan tangan kanannya ke dagu”.
10. Fasilitator akan memberikan peringatan bahawa sesiapa yang melakukan kesalahan
akan didenda.
11. Di akhir aktiviti, fasilitator akan menerangkan meseg yang dapat diperolehi daripada
aktiviti yang telah dijalankan ialah ;
11.1. Tumpuan sepenuhnya akan melancarkan pelaksanaan tugas.
11.2. Jangan cepat melatah apabila dikelirukan oleh orang lain.
11.3. Manusia akan lebih berhati-hati setelah ditimpa sesuatu musibah.
12. Aktiviti di akhiri dengan tasbih kifarah dan surah Al-as bagi yang muslim dan bagi
yang bukan muslim mengikut agama dan kepercayaan masing-masing.
Falsafah : Kita akan berpuas hati dan seronok sekiranya berjaya melakukan sesuatu
dengan tepat.
45
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
MODUL AKTIVITI 18
Nama Aktiviti : Karaoke mari..
Tempoh Masa : Satu jam
Bahan Aktiviti : Tiada
Bentuk Pelaksanaan : Aktiviti berkumpulan
Objektif Aktiviti : Pada akhir aktiviti ini, ahli modul akan dapat:
1. Menguji daya kreativiti.
2. Menguji kepantasan berfikir dalam keadaan yang singkat
3. Melahirkan semangat kerjasama dalam kumpulan.
Prosedur Aktiviti :
1. Fasilitator meminta wakil ahli modul untuk memulakan aktiviti dengan bacaan Al-
fatihah bagi pelajar muslim manakala bagi pelajar bukan muslim boleh bertafakkur
mengikut kepercayaan agama yang dianuti masing-masing.
2. Fasilitator menerangkan perjalanan aktiviti kepada semua peserta.
3. Fasilitator memulakan aktiviti dengan melakukan demo untuk membantu peserta agar
lebih memahami perjalanan aktiviti.
4. Fasilitator menetapkan peraturan aktiviti ini, iaitu setiap kumpulan yang dipilih oleh
fasilitator mestilah menyanyi dengan pantas dan kuat.
5. Fasilitator memulakan aktiviti dengan menyebut perkataan “bunga” sambil
menundingkan jari ke arah mana-mana kumpulan.
6. Fasilitator mengingatkan bahawa setiap kumpulan harus bersedia setiap masa
walaupun kumpulan mereka telah dipilih untuk menyanyikan lagu.
46
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
7. Langkah keempat diulangi dengan menyebut beberapa perkataan lain iaitu:
Cinta
Hujan
Rindu
Puas
Bila
8. Fasilitator mengulangi langkah keempat dengan mengubah tema lagu kepada lagu
nasyid, lagu korea dan lagu Hindustan.
9. Di akhir aktiviti, fasilitator akan menerangkan meseg yang dapat diperolehi daripada
aktiviti yang telah dijalankan ialah ;
9.1. Pentingnya pemikiran kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan.
9.2. Sebaik-baik keputusan yang diperoleh adalah melalui musyawarah.
9.3. Sentiasa melakukan persediaan awal adalah kunci kejayaan pelajar cemerlang.
10. Aktiviti di akhiri dengan tasbih kifarah dan surah Al-as bagi yang muslim dan bagi
yang bukan muslim mengikut agama dan kepercayaan masing-masing.
Falsafah : Keputusan yang baik hasil pemikiran yang tajam.
47
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
MODUL AKTIVITI 19
Nama Aktiviti : Jangan tinggalkan daku!!
Tempoh Masa : 30 minit
Bahan Aktiviti : Komputer riba, tayangan slaid dan kertas kerja (rujuk lampiran)
Bentuk Pelaksanaan : Aktiviti individu
Objektif Aktiviti : Pada akhir aktiviti ini, ahli modul akan dapat:
1. Menguji kepekaan dan daya tumpuan.
2. Menghayati mesej yang disampaikan melalui lagu.
3. Menenangkan jiwa dengan melakukan refleksi diri.
Prosedur Aktiviti :
1. Fasilitator meminta wakil ahli modul untuk memulakan aktiviti dengan bacaan Al-
fatihah bagi pelajar muslim manakala bagi pelajar bukan muslim boleh bertafakkur
mengikut kepercayaan agama yang dianuti masing-masing.
2. Fasilitator memberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan.
3. Fasilitator mengedarkan kertas kerja kepada setiap peserta..
4. Pada permulaan aktiviti, fasilitator akan memperdengarkan lagu “You raise me up”..
5. Seterusnya, fasilitator memperdengarkan lagu tersebut untuk kali kedua dan meminta
peserta mengisi ruangan kosong yang masih ada.
6. Fasilitator memperdengarkan lagu sekali lagi beserta lirik dan menyanyi bersama
peserta sambil melakukan gaya bebas.
7. Fasilitator meminta beberapa wakil peserta untuk berkongsi mesej yang ingin
disampaikan melalui lagu tersebut.
48
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
8. Fasilitator mengulas mengenai mesej dan pengajaran yang diperoleh daripada lagu
tersebut.
9. Fasilitator memperdengarkan lagu “Bila diri disayangi” berserta lirik dan meminta
peserta menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai.
10. Fasilitator mengulas mengenai kesinambungan kedua-dua lagu tersebut beserta
pengajarannya.
11. Di akhir aktiviti, fasilitator akan menerangkan meseg yang dapat diperolehi daripada
aktiviti yang telah dijalankan ialah ;
11.1. Setiap manusia di muka bumi ini memerlukan seseorang yang boleh dijadikan
ikutan atau role model.
11.2. Tuhan adalah tempat pergantungan kita yang paling utama.
11.3. Hargailah orang di sekeliling kita, terutamanya ibu bapa, keluarga, guru dan
sahabat.
12. Aktiviti di akhiri dengan tasbih kifarah dan surah Al-as bagi yang muslim dan bagi
yang bukan muslim mengikut agama dan kepercayaan masing-masing.
Falsafah : Jauhi sifat seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Lampiran :
Lirik lagu:
Josh Groban – You Raise Me Up
When I am .......... and, oh my soul, so .........;
When ........... come and my heart burdened be;
49
Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
Then, I am still and wait here in the ...........,
Until you come and sit .......... with me.
You .......... me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your .............;
You raise me up… To more than I can be.
You raise me up, so I can stand on ................;
You raise me up, to walk on ............... seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up… To more than I can be.
You raise me up, so I can stand on mountains;

50