The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL MOTIVASI PEMBENTUKAN SAHSIAH PERIBADI UNGGUL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by w.norkhalida, 2022-02-21 19:47:52

MODUL MOTIVASI PEMBENTUKAN SAHSIAH PERIBADI UNGGUL

MODUL MOTIVASI PEMBENTUKAN SAHSIAH PERIBADI UNGGUL

Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar

MODUL AKTIVITI 20

Nama Aktiviti : Kereta Kebal Bergerak

Tempoh Masa : 1 jam 30 minit

Bahan Aktiviti : Kertas Surat Khabar

Bentuk Pelaksanaan : Aktiviti Berkumpulan

Objektif Aktiviti :

1. Meningkatkan daya persaingan secara sihat antara ahli kumpulan modul.
2. Mengasah kognitif ahli modul supaya lebih tajam dalam memikirkan idea.
3. Menggilap bakat kepimpinana ketua kumpulan dalam merangka strategi kemenangan.

Prosedur Aktiviti :

1. Fasilitator meminta wakil ahli modul untuk memulakan aktiviti dengan bacaan Al-
fatihah bagi pelajar muslim manakala bagi pelajar bukan muslim boleh bertafakkur
mengikut kepercayaan agama yang dianuti masing-masing.

2. Fasilitator membahagikan ahli kepada sepuluh kumpulan.
3. Fasilitator meminta setiap kumpulan untuk melantik ketua masing-masing dan datang

ke hadapan untuk penerangan aktiviti.
4. Fasilitator mengedarkan 3 naskhah surat khabar kepada setiap ketua kumpulan.
5. Kereta kebal akan dinilai dari tahap ketahanan dan kestabilan struktur kereta kebal

tersebut dengan syarat semua ahli kumpulan wajib berada di dalamnya.
6. Aktiviti kumpulan dimulakan dan tempoh yang diberikan adalah 30 minit untuk

menyiapkan kereta kebal masing-masing.

51

Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar

7. Setelah semua kereta kebal siap dibina, setiap ahli modul dalam kumpulan perlu
berada dalam kereta kebal tersebut untuk digerakkan.

8. Fasilitator meminta semua kumpulan berada di garisan mula untuk perlumbaan
kumpulan mana yang sampai dulu tanpa terputus tali ikatan kereta kebal.

9. Kumpulan yang sampai dulu dikira pemenang.

10. Fasilitator membuat rumusan aktiviti:

10.1. Para ahli modul dapat meningkatkan daya persaingan secara sihat antara ahli
kumpulan modul.

10.2. Para ahli modul dapat mengasah kognitif ahli modul supaya lebih tajam dalam
memikirkan idea.

12.1.Ketua ahli modul dapat mempraktikan bakat kepimpinan mereka dengan lebih
berkesan,

11. Aktiviti di akhiri dengan tasbih kifarah dan surah Al-as bagi yang muslim dan bagi
yang bukan muslim mengikut agama dan kepercayaan masing-masing.

Falsafah : Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
Ketua merupakan nakhoda kapal yang wajib dipatuhi arahannya.

52

Modul Motivasi Pembentukan Kecemerlangan Peribadi Unggul Pelajar
7.0 RUJUKAN
Ali, M., dan Noordin, S. (2010). Hubungan Antara Kemahiran Berfikir Kritis dengan
Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Fakluti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia. Jurnal Teknologi, Volume 52 Mei 2010, 45-55

Habibah Elias. (1991). “ Kesan Latihan Motivasi Pencapaian ke atas Pelajar UniversitI ”.
Tesis Doktor Falsafah. Bangi: UniversitI Kebangsaan Malaysia.

Kamdi kamil. (1990). “Keberkesanan Program Pengayaan Alam Dan Manusia Secara
Bermodul untuk Murid-murid Pencapaian Tinggi Tahun Lima.” Tesis sarjana. Pulau Pinang :
Universiti Sains Malaysia.

Sidek Mohd Noah, Jamaludin Ahmad. (2005). Pembinaan Modul. Universiti
Putra Malaysia. SERDANG: Penerbit UPM.

53


Click to View FlipBook Version