The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syaubari, 2020-04-23 04:30:58

KALAM NURANI

Tazkirah Ramadan

BUKU TAZKIRAH RINGKAS

UNIT PENDIDIKAN ISLAM PPD MANJUNG

KALAM NURANI
(BUKU TAZKIRAH

RINGKAS)

Unit Pendidikan Islam
Pejabat Pendidikan Daerah Manjung

Bahan cetakan ini mengandungi ayat al-Quran.
Jangan pijak/langkah

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

© Unit Pendidikan Islam

Cetakan Pertama 2020

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa
jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan
Daerah Manjung.

Diterbitkan oleh
Unit Pendidikan Islam,
Pejabat Pendidikan Daerah Manjung
32000 Lorong Selamat, Sitiawan,
Perak Darul Ridzuan

Aturhuruf oleh
Unit Pendidikan Islam,
Pejabat Pendidikan Daerah Manjung
32000 Lorong Selamat, Sitiawan,
Perak Darul Ridzuan
https://www.facebook.com/unitpai.manjung.7
https://twitter.com/UnitPpd
https://www.instagram.com/upiman20/

3

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

KATA-KATA
ALUAN

(EN MOHAMAD AKHIR BIN ABD LATIF)

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH MANJUNG

ASSALAMULAIKOM WARAH MATULLAH HIWABARAKTUH

Sebagai muqadimah saya menzahirkan terima kasih dan rasa
syukur di atas penghasilan buku Tazkirah Ilham Nurani oleh Unit
Pendidikan Islam PPD Manjung menerusi Daurah Mursyid Manjung.
Usaha murni ini merupakan suatu inisiatif yang baik dan sewajarnya
diangkat sebagai amalan terbaik yang wajar dicontohi.

Bersesuaian dengan situasi kita sedang berhadapan dengan
pendamik COVID-19, keperluan keberadaan kita dirumah serta
menghayati kehadiran bulan Ramadhan, marilah kita
mengimarahkannya dengan menghayati isi kandungan buku ini untuk
santapan rohani kita warga guru bersama ahli keluarga khususnya
dan dimanafatkan bersama dengan masyarakat di luar sana.

Sementalahan program dekad membaca Kebangsaan masih
berwacana, maka dirasakan wajarlah kesempatan diambil bagi
menyatakan rasa sokongan kita sebagai warga pendidikan Manjung
menyahut seruan KPM kearah usaha menjadikan budaya membaca
sebagai amalan kehidupan seharian kita. Kita amat percaya bahawa
orang yang berilmu darjatnya memang tinggi berbanding dengan
orang yang tidak berilmu. Kita wajar menjadi pelopor kepada budaya
membaca melalui penghasilan karya-karya penulisan yang jelas,
tulin, benar dan menjangkau tahap pemikiran kontemporari.

Kepada para penyumbang karya, didoakan semoga ini bukanlah
merupakan sumbangan terakhir saudara kepada usaha dakwah
melalui pena. Ayuh jadikan ianya permulaan kepada sumbangan
yang lebih besar kearah melahirkan karya-karya penulisan ilmu yang
lebih bermutu dan boleh bertahan sebagai sumber rujukan.

4

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

Kita amat merindui dan akan terus menanti akan lahirnya barisan
penulis hebat melalui usaha awal kita ini. Menyusul khatimah,
semoga buku kecil ini akan terus menjadi jurubicara buat
memantapkan kerohanian dan mampu mengisi ruang masa dalam
menghadapi saat getir ujian COVID-19 serta menyantuni kehadiran
Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Allah menjadikan kehidupan para
pembaca buku ini lebih baik sepanjang masa. Insya‟Allah.

5

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, tiada kata-kata selain syukur kepada Allah atas
segala kurniaan yang melayakkan buku ini berjaya dihasilkan.
Buku ringkas ini juga sebagai menyahut seruan Iqra kepada
hambaNya. Segunung syukur dan seluas puji dipersembahkan
kepada Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Penghargaan ini juga selayaknya kepada Tuan Mohamad Akhir
Bin Abd Latif (Pegawai Pendidikan Daerah Manjung) di atas
kebenaran untuk menghasilkan dan menerbitkan buku ini.
Semoga Allah merahmati dan membalas budi baik ini dengan
ganjaran yang berlipat ganda.

Penghargaan juga kepada barisan penulis yang terdiri daripada
guru-guru pendidikan Islam daerah Manjung yang bertungkus
lumus memerah idea bagi menghasilkan panduan ilmu yang dapat
dijadikan panduan dalam kehidupan seharian

Akhir sekali matlamat penghasilan buku ini adalah untuk
memenuhi kehendak pada saat yg memerlukan untuk ritual ibadah
Ramadan dijalankan di kediaman masing-masing berteraskan nilai
kekeluargaan. Maka di dalam mengisi ruang masa bersama
keluarga keperluan rohani perlu menjadi keutamaan. Buku ini
diterbitkan untuk kegunaan guru untuk dikongsi bersama ahli
keluarga agar musibah yang berlaku tidak menjadikan Ramadan
tahun ini berjalan dalam keadaan lesu.

Dari Meja Editor
Dr Mohd Syaubari Bin Othman

6

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N 8
10
KANDUNGAN 12
15
Ikhlas 18
Redha Allah 20
Rahmat Ramadan dalam Mengharungi Covid 19 10
Adab Terhadap Ibu Bapa 15
Amar Ma‟aruf Nahi Mungkar 22
Bahaya Dosa 24
Taqwa 26
Bahaya Dosa 28
Belas Kasihan 30
Hikmah Puasa 33
Kehidupan Dunia Untuk Kebahagian Akhirat 34
Lailatul Qadar 36
Nuzul Al-Quran 38
Hilangnya Ramadan 40
Mencari Keredhaan Doa 42
Panduan Menyambut Hari Raya Aidilfitri 44
Musibah Penghapus Dosa 46
Hikmah Membaca Al-Quran 48
Taqwa 50
Redha Allah di Bulan Ramadan
Matlamat Ramadan 52
Hidupkan Sunnah Rasulullah SAW
Sedekah Di Bulan Ramadan

Adab-Adab Puasa

7

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

IKHLAS

Asiah binti Mohamad Noor
SMK TLDM

Situasi1 :

“Ustaz Hassan merupakan seorang pendakwah yang menjadikan
anak-anak muda dan golongan gelandangan sebagai mad‟unya.

Beliau telah memuatnaik segala aktivitinya dalam laman sesawang
“youtube”. Namun, tindakan memuatnaik segala aktivitinya itu tidak

disenangi oleh beberapa pihak terutamanya golongan agamawan.
Beliau dikatakan mahu menunjuk-nunjuk amalan yang dilakukan”.

Situasi2 :

“Puan Aminah amat teruja dengan kejayaan anaknya yang mendapat
10A+ dalam peperiksaan SPM, lalu memuatnaik statusnya di laman
sosial “facebook” . Niat Puan Aminah yang asalnya ingin berkongsi
kegembiraan telah disalahertikan oleh netizen. Mereka mengatakan
Puan Aminah bangga dan riak kerana anaknya pandai.”

Kedua-dua situasi di atas menggambarkan niat seseorang
yang ikhlas itu disalahertikan oleh masyarakat. Bagi mereka yang
positif, pastinya menerima apa sahaja berita dengan hati yang terbuka.
Namun, bagi yang berfikiran negatif, semua perkara tidak dapat
diterima dengan baik.

Saudara, ikhlas adalah suatu situasi di mana seseorang
melakukan sesuatu perkara itu kerana Allah S.W.T. semata-mata.
Ikhlas adalah perkara yang mudah diucapkan tetapi sukar untuk
dilaksanakan. Keikhlasan datangnya daripada hati yang suci dan niat
yang murni. Seperti hadis Rasulullah S.A.W. :

‫ إ َّن َماالأَ ْع َما ُل‬: ‫ َس ِم ْع ُت َر ُسو َل ال َّل ِه صلى الله علٌه وسلم ٌَقُو ُل‬: ‫ ِن ا ْل َخ َّطا ِب رضً الله عنه َقا َل‬.‫ْب‬..‫ر‬.َ .‫ِب َاعل ِّْننٌَّا ُعتَم‬

8

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

Dari Umar bin Al-Khattab ra, ia berkata; Aku mendengar Rasulullah
saw bersabda; Sesungguhnya diterimanya amal perbuatan itu
tergantung pada niatnya…….

Jika kita meletakkan niat kerana Allah S.W.T. dalam melakukan
pekerjaan sebagai asas utama, pastinya kita akan menemui
ketenangan. Usah dihiraukan kata-kata masyarakat sekeliling kerana
yang menilainya ialah Allah S.W.T.
KIT TINDAKAN :
1. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan kebaikan
2. Sesuatu amalan yang dilakukan hendaklah ikhlas kerana Allah
S.W.T.
3. Kita hendaklah sentiasa yakin dalam melaksanakan setiap
amalan yang baik dan mengharapkan ganjaran pahala daripada Allah
S.W.T.
4. Kita perlu menjauhi sifat riak, ujub dan sum‟ah kerana sifat-sifat
tersebut akan menghapuskan keikhlasan dalam beramal.

9

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

REDHA ALLAH

Narimah Abyad Bt Arshad
SK Seri Samudera

“Hurmmmm, dah masuk sepuluh hari puasa..juzuk satu pun tak habis-
habis lagi baca?? Saya dah nak masuk juzuk 12 dah tau!!. Awak ni
berjam-jam asyik menghadap handphone saja buang masa”....ujar Mak
Kuntum kepada suaminya Pak Mat.

Allaahu Akbar!.tanpa sedar ucapan yang terpacul sebeginilah
merupakan bibit permulaan yang membawa kepada penyakit ‟ujub, riya‟
dan seumpamanya dalam ibadah. Baginda Rasul s.a.w bersabda

:"‫"لا نصٌب للمرائٌن من أعمالهم شٌأ إلا حسرة و ندامة و شقاوة‬

“Tidak ada sedikit pun bahagian bagi orang yang riya‟ melainkan
kerugian, penyesalan dan siksaan”.

Maka segeralah kita beristighfar. Di bulan yang penuh barokah dan
kemuliaan ini jagalah lidah kita sebaik mungkin. Hentikanlah bebelan
yang tidak membina ke arah positif. Kerana ahli syurga itu kata-katanya
semua yang baik-baik. Seperti mana firman Allah

: ....‫الم تر كٌف ضرب الله مثلا كلمة طٌبة كشجرة طٌبة‬
Surah Ibrahim:24

Jadikanlah madrasah Ramadhan ini sebagai benteng untuk hati kita
teguh menjalankan ibadat pada bulan–bulan berikutnya hanya demi
mengharap redha Allah dan bukan mengharapkan pujian dan
penghargaan daripada makhluk yang serba kekurangan berbanding
redha sang Khaliq yang memiliki segala kekuatan dan kekuasaan.
Beramallah walaupun sedikit asalkan istiqomah dan berkualiti. Janganlah
mendabik dada menjadi hamba yang riya‟ ibadah, kelak hanya
menggenggam buih dan debu

Rawatlah penyakit hati ini, lazimilah diri, untuk meniatkan segala amal

10

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

kita hanya untuk mencari redha Allah, seiring dengan bait doa iftitah
yang dilafaz ketika solat,

......‫إن صلاتً و نسكً ومحٌاي و مماتً لله رب العالمٌن‬
”Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah
semata-mata untuk Allah s.w.t”.
Impikanlah kematian kita dengan husnul khootimah, mizan yang sarat
dengan kebaikan dan redha Allah dijemput ke syurga. Pasaklah hati kita
dengan amalan dua doa ini
: ‫ونعوذ بك من سخطك والنار‬,‫اللهم إنا نسئلك رضاك و الجنة‬- “ ‫اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعه و‬-
.‫ أرنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه‬agar hidup dan amalan seharian yang kita
lakukan lebih diberkati demi mencari redha Ilahi. Akhir coretan, marilah
kita hayati nasihat al-Fudhail bin „Iyadh: ‫لأن‬. ‫"الرضا أفضل من الزهد فً الدنٌا‬
"‫الراضً لا ٌتمنى فوق منزلته‬
”Redha lebih afdhal berbanding zuhud di dunia, kerana orang yang
redha tidak mengharapkan lebih daripada apa yang dia miliki”.

11

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

RAHMAT RAMADAN DALAM MENGHARUNGI COVID 19

HJ MOHD SUHAIMI BIN HASSAN
SK SUNGAI WANGI

KITA berada di ambang Ramadan. Beberapa hari lagi, kita menguak
pintunya untuk masuk ke madrasahnya. Tahun ini, akan sedikit
berbeza, tetapi objektif Ramadan akan tetap sama.Ia berbeza kerana
kita diduga dengan musibah COVID-19 hingga pergerakan kita
terbatas, hatta dalam persoalan mengerjakan ibadah di masjid.

Malah, manusia tidak akan berpusu-pusu ke masjid pada malam
pertama Ramadan untuk mengerjakan tarawih. Begitu juga tiada lagi
kemeriahan mencari juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan
sebelah petang. Demikianlah hari mendatang. Ia pasti berbeza
dengan solat Tarawih hanya sesama ahli keluarga di rumah masing-
masing. Semua berwaspada agar penularan COVID-19 berjaya
diputuskan rantaiannya.

Pastinya juga ada hikmah. Bapa sebagai ketua keluarga sudah
bolehlah bersiap dari sekarang untuk menjadi imam solat tarawih.
Anak lelaki pula diajar menjadi bilal, manakala isteri dan anak lain
menjadi makmum.Perbezaan cara kita menyambut Ramadan kali ini
usahlah kita risau dan bimbangkan. Apa yang penting adalah untuk
kita tidak sesekali melupakan dasar dan asas kepada matlamat Allah
SWT memfardukan puasa kepada umat manusia.

Firman Allah SWT: “Wahai orang beriman, diwajibkan ke
atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas
orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu beroleh
ketakwaan.” (Al-Baqarah: 183)

Kita bersyukur masih hidup dan dipilih Allah SWT untuk menggapai
Ramadan kali ini dan marilah kita sama-sama mencari peluang
supaya ia lebih baik daripada tahun lalu.Darjat ketakwaan yang
disebutkan dalam ayat di atas adalah anugerah Allah SWT kepada
hamba-Nya yang berusaha bersungguh-sungguh dalam ibadat puasa.

12

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

Dalam ayat itu, Allah SWT menggunakan perkataan „asa (mudah-
mudahan) yang bererti tidaklah semua yang memperolehnya jika
tidak kena gaya dan aturannya dalam berpuasa. Oleh itu, baki
beberapa hari lagi untuk kita masuk pintu Ramadan, wajar untuk kita
mempersiapkan minda dan rohani. Minda harus bersedia menerima
kehadirannya dengan berfikiran terbuka menghadapi cabaran.

Rohani kita pula perlu disiapkan dengan rasa gembira dan keazaman
jiwa untuk menjalaninya dengan penuh keimanan serta ketakwaan.
Sedarlah jiwa yang berpuasa dengan penuh kesedaran akan
pelaksanaan ibadah ini kerana Allah SWT semata-mata akan
memperoleh ganjaran besar berupa keampunan-Nya terhadap
dosanya yang lalu.

Hadis Nabi SAW yang bermaksud:

“Sesiapa berpuasa dengan penuh keimanan dan
mengharapkan pahala daripada Allah, maka dosanya
yang lalu akan diampuni.” (HR Bukhari dan Muslim)

Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menyebut: Apa yang
dimaksudkan dengan berpuasa atas dasar iman ialah berpuasa
dengan beriktikad akan kefarduan puasa, manakala dimaksudkan
dengan ihtisaban ialah mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT.
Dalam beroleh darjat ketakwaan ini juga hendaklah kita memastikan
kita berpuasa dengan cara disebut Nabi SAW, iaitu berpuasa bukan
sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi turut menahan diri
daripada melakukan kemaksiatan zahir serta batin.

Nabi SAW bersabda:

“Boleh jadi orang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa
daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi
orang yang berqiam itu tidak mendapat apa-apa
daripada qiamnya melainkan hanya berjaga malam.”
(HR Ibnu Majah)

Antara perbuatan yang akan merosakkan ibadah puasa adalah
apabila kita tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan keji serta
dusta.

13

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

Nabi SAW bersabda:

“Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan keji
serta mengamalkannya pula, maka Allah tidak berhajat
untuk orang itu meninggalkan makan dan minumnya.”
(HR Bukhari)

Oleh itu, Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumiddin
mengklasifikasikan tiga kelompok manusia dalam hal berpuasa.
Kelompok pertama ialah orang awam berpuasa tidak lebih daripada
sekadar meninggalkan makan dan minum serta hubungan seksual
pada siang hari.

Kelompok kedua pula diberi nama al-khusus, iaitu mereka yang
meninggalkan perbuatan di atas di samping turun menjaga anggota
pancaindera daripada melakukan segala perbuatan maksiat dan sia-
sia. Kelompok ketiga pula disebut kelompok khusus al-khusus atau al-
khawwas, iaitu mereka menjaga seperti kelompok kedua, pada masa
sama, mereka turut menjaga hati dengan sentiasa mengingati Allah
SWT.

Oleh itu, marilah kita meningkatkan keazaman kita untuk melakukan
ibadah puasa tahun ini dengan kaedah dan cara kelompok yang
ketiga supaya kita sebenar-benarnya beroleh darjat ketakwaan di sisi
Allah SWT. Ingatlah ganjaran orang bertakwa atau al-muttaqin akan
beroleh syurga-Nya.

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya orang yang bertakwa ialah orang yang
berjaya. Mereka beroleh tempat di taman syurga dan
beroleh nikmat buah-buahan di dalamnya.” (Al-Naba‟:
31-32)

Semoga kita semua mengambil ibrah dan iktibar diatas apa yang
berlaku hari ini kerana sesungguhnya Allah tidak menjadikan
sesusuatu perkara itu melainkan ada hikmah dan pengajaran untuk
kita semua.Ramadhan tetap datang dan pergi persoalannya setakat
manakan kualiti amalan kita di musim COVID-19 ini adakah sama
dengan sebelum ini.

14

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

ADAB TERHADAP IBU BAPA

Nura Binti Hassan
SMK Convent, Sitiawan

Ibu bapa adalah insan yang mendidik dan menjaga kita dengan penuh
kasih sayang. Sebagai anak, kita mesti menjaga adab terhadap ibu
bapa kita kerana jasa serta pergobanan mereka tidak ternilai
harganya.

Dalam surah Al-Isra‟ ayat 23 dan 24 yang bermaksud:

“Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah
melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik
kepada orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau
kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka
sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya
perkataan „ah‟ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan
ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah
dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan
ucapkanlah: “ Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya,
sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil” .

Terdapat pelbagai adab terhadap ibu bapa yang harus kita amalkan.
Antaranya ialah;

1. Bertutur Dengan Sopan Santun

Ibubapa adalah insan yang membesarkan kita. Apabila berhadapan
dengan ibu bapa, kita wajib bertutur dengan nada yang rendah dan
bersopan santun. Elak daripada menggunakan nada yang tinggi
kerana ia adalah sikap yang biadap.

15

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

2. Mendoakan Kesejahteraan Ibu Bapa

Selalulah berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah untuk
mengampunkan dosa-dosa mereka dan memohon agar kesihatan
serta keselamatan keduanya berkekalan hinggga ke akhir hayat.

3. Taat Setiap Suruhan Ibu Bapa

Sebagai anak, kita bertanggungjawab untuk menuruti segala suruhan
dan permintaan ibu bapa selagi tidak bercanggah dengan syariat
Islam kerana suruhan tersebut merupakan salah satu ruang untuk kita
membalas jasa mereka. Jika tidak mampu melakukannya, tolaklah
secara baik dan jelaskan kepada mereka dengan nada yang rendah
serta sopan tanpa melukai hatinya.

4. Segera Sahut Panggilan Ibubapa

Antara adab terhadap ibubapa yang amat ditekankan oleh Islam adalah
segera menyahut panggilan mereka. Sekiranya kita ada urusan lain
ketika itu, segeralah berjumpa dengan mereka untuk meminta maaf
setelah selesai urusan.

5. Tunaikan Apa yang Dihajati

Menunaikan apa sahaja kehendak ibu bapa sebagaimana mereka
berusaha menunaikan kehendak anak-anak ketika kecil. Walaupun
dengan susah payah dan sehingga mengabaikan kehendak mereka
sendiri.

6. Mengingati Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia

Ada banyak cara untuk anda berbakti kepada ibu bapa sekalipun
mereka telah tiada di dunia ini. Kita boleh memberikan kebaikan
berupa pahala kepada ibubapa. Doa anak yang soleh dan solehan
akan membantu ibubapanya mendapat tempat yang baik di

16

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

akhirat serta di sisi Allah. Berbuat baik kepada orang-orang yang
rapat dengan ibu bapa sewaktu mereka masih hidup juga merupakan
satu cara untuk meneruskan adab kita sebagai anak terhadap ibu
bapa kita yang telah meninggal dunia.
Kesimpulannya ialah menjaga adab terhadap ibu bapa adalah
tuntutan agama yang sangat besar . Semua manusia wajib
mengamalkannya sama ada ibu bapa masih hidup atau pun sudah
meninggal dunia. Adab terhadap ibu bapa adalah suatu tuntutan
yang tiada penamat.

17

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

Amar Makruf Nahi Mungkar

Nordina bt Mohd@ Sulong
SMK Raja Shariman

Ramadhan datang lagi.. Rugilah sekiranya kita membiarkan
Ramadhan kali ini berlalu sepi tanpa pengisian yang dapat
meningkatkan amalan kita sekeluarga , Justeru sama-samalah kita
mewarnai Ramadhan kali ini dengan memberi perhatian kepada
amar makruf nahi mungkar di dalam keluarga kecil kita terlebih
dahulu.

Tips Ibu-Bapa Mengajak Amal Makruf Nahi Mungkar Di Rumah:

1. Ajak anak-anak menunaikan solat di awal waktu. Ajaklah
anak solat berjemaah. Apabila masuk waktu solat hamparkan
sejadah, panggil isteri dan anak-anak dan suruh mereka berwuduk
untuk solat bersama-sama. Lazimkan anak-anak berjemaah agar
mereka terbiasa dengannya. Jangan lupa ajak mereka berterawih
bersama-sama.

2. Sekiranya anak malas untuk menunaikan solat, ibu-bapa
seharusnya bertegas dengan mereka. Dalam hadis kita disuruh untuk
merotan anak-anak yang sudah berumur 10 tahun jika tidak solat.
Suruhlah anak-anakmu bersolat ketika mana mereka berumur tujuh
tahun, dan pukullah mereka (sekiranya mereka tidak mengerjakan
solat) ketika mana mereka berumur 10 tahun dan pisahkan tempat
tidur antara mereka (iaitu anak lelaki dan perempuan) (Hadis riwayat
Abu Daud, nombor 495)

3. Biasakan diri anak-anak dengan membaca al-Quran
walaupun hanya lima minit setiap kali selesai solat. Mulakan aktiviti
mengaji bersama keluarga dengan membaca surah-surah pendek
daripada al-Quran. Ceritakan kepada merekan kisah-kisah daripada
al-Quran agar mereka tertarik dengan al-Quran. Cara ini dapat
mengelakkan diri mereka daripada menghabiskan masa dengan
aktiviti yang tidak berfaedah sepanjang Ramadhan seperti menonton
drama, bermain gajet dan tidur sepanjang hari di bulan Ramadhan .

18

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

4. Galakkan anak beradab sopan dalam tingkah laku,
percakapan, pergaulan dan pemakaian. Tingkah laku yang sopan
seharusnya bermula dari kita. Belas kasihan kepada yang muda
adalah kunci kasih sayang. Berbicaralah dengan mereka
menggunakan bahasa yang sopan dan jagalah batas pergaulan
antara lelaki dan perempuan. Latihlah anak kita berpakaian sopan
dan menutup aurat setiap kali hendak ke luar rumah walaupun
sekadar berada di beranda rumah sejak kecil lagi.
Akhir kalam, perbuatan amar makruf nahi mungkar ini walaupun
kedengaran agak mudah untuk dilaksanakan tetapi hakikatnya ia
memerlukan ilmu, kelembutan dan kesabaran yang tinggi untuk
menjayakannya. Dakwah bil hal lebih berkesan untuk merangsang
amalan positif anak-anak. Anak-anak lebih percaya apa yang dia lihat
daripada apa yang kita cakap. Ketaatan dan kepatuhan mereka dalam
mendirikan syariat agama menjadi penanda aras kejayaan seseorang
ibu bapa memikul amanah Allah. Wallahuallam

19

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

BAHAYA DOSA

Rahana binti Mohamad Nor
SMK Methodist Ayer Tawar

Allah swt berfirman dalam surah Ali Imran, ayat 11 yang bermaksud

“Keadaan orang-orang kafir itu sama seperti keadaan kaum Firaun
dan orang-orang yang terdahulu dari mereka, mereka
mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, lalu Allah menyeksa
mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan ingatlah, Allah Maha
berat azab seksanya.”

Daripada ayat ini, kita dapat fahami bahawa manusia akan mendapat
seksaan Allah impak daripada dosa yang mereka lakukan.

Apakah maksud dosa ? Dosa ialah balasan buruk kerana melakukan
larangan Allah dan meninggalkan suruhanNya. Dosa pula terbahagi
dua iaitu; pertama dosa kecil seperti melihat aurat bukan mahram,
bercakap perkara yang tidak berfaedah atau sia-sia dan kedua dosa
besar seperti mencuri, menipu, berbohong, menderhaka kedua ibu
bapa, rasuah, riba, zina, musahaqah, liwat, menagih dadah, minum
arak dan makan harta anak yatim, tidak puasa,tidak solat fardu , tidak
menutup aurat ,syirik, mengumpat dan lain-lain lagi.

Bahayanya dosa – dosa ini jika dilakukan selain mendapat azab
neraka Allah di akhirat, antaranya yang pertama; Membantutkan
potensi diri serta nafsu tidur akan bertambah. Kata Imam Hassan Al-
Basri:

“Sesungguhnya ketika seseorang hamba melakukan dosa, dia
akan terhalang melakukan solat malam dan berpuasa di siang
hari”.

Kedua; Nafsu makan akan semakin liar seperti kata Ar-Robi‟ semasa
menambah kata-kata Imam as-Syafie

“Kerana yang namanya kenyang akan membuat badan menjadi berat,
hati menjadi keras, kecerdasan berkurang, lebih banyak tidur dan malas

20

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

beribadah.”

Ketiga ; Allah tarik keberkatan rezekinya atau ditutup pintu rezeki.
Hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud

„Seorang hamba dicegah daripada rezeki akibat dosa yang
diperbuatnya‟ . (Riwayat Imam Ahmad )

Keempat; Ilmu susah nak masuk ke dalam hati. Kata Imam Malik r.h :

“Aku melihat Allah telah menyiratkan dan memberikan cahaya
dihatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu
dengan maksiat”. (Al-jawabul kafi liman sa‟ala „anid dawa as Syafie ).

Kelima; Seronok ,ketagih dan semakin berani melakukan maksiat.
Setelah maksiat dilakukan beberapa kali, ia mula dirasakan biasa-
biasa sahaja. Sedangkan semakin maksiat mengecil pada mata
hamba, semakin ia membesar di sisi Allah. Kesimpulannya,walaupun
dosa umpama buih di lautan,jangan biarkan diri kita terus bergelumang
dengan dosa tanpa bertaubat kepada Allah swt dan jangan bangga
mengulanginya kerana Allah Maha Berkuasa .

21

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

BELAS KASIHAN

Noria Tan Binti Abdullah
SMK Seri Manjung

Umat Islam disunatkan memulakan sesuatu pekerjaan dengan

membaca basmallah . Ianya bertujuan untuk memohon keberkatan dan

taufiq kepada Allah SWT. Bahkan dengan demikian bacaan basmallah

akan memperingatkan kita untuk memperbetulkan niat kerana Allah

supaya ianya menjadi satu ibadah . Sesuai dengan sabda Rasulullah

SAW : ‫ك ُّل أم ٍر ذي با ٍل لا ٌُب َدأُ فٌ ِه ببس ِم اللهِ الرحم ِن الرحٌم فهو أ ْق َط ُع‬

Maksudnya: Setiap perkara yang tidak dimulai dengan memuji
Allah, maka amalan tersebut akan terputus. (Riwayat Ibnu Majah
1894)

Oleh yang demikian para fuqaha‟ bersepakat di dalam al-Mausu‟ah al-
Fiqhiyyah disyariatkan menyebut lafaz basmalah bagi setiap amalan
yang dilakukan walaupun dengan menutup pintu rumah . Melalui
bacaan basmallah sudah tentunya mengajar kita agar bersifat belas
kasihan sebagaimana Allah SWT bersifat ar-Rahman dan ar-Rahim
kepada makhluknya.

Mana mungkin kita dapat menikmati kehidupan tanpa ihsan dari Allah.
Lantaran itu kita sewajarnya mencontohi sifat tersebut dalam
kehidupan harian kita untuk berbelas kasihan kepada semua makhluk
di muka bumi ini termasuklah kepada orang non muslim, kerana Allah
juga berbelas kasihan kepada mereka. Buktinya Allah memberi
kebijaksanaa, kekayaan, kesihatan yang baik kepada mereka
walaupun mereka tidak beriman kepadaNya.

Sebagaimana maksud firman Allah dalam surah al-Qasas ayat 77:
“Berbuat baiklah (kepada hamba Allah) seperti mana Allah
berbuat baik kepadamu.”

Bersifat ihsan tidak saja dituntut kepada manusia , malahan
termasuklah kepada binatang dan tumbuh-tumbuhan , hatta kepada
anjing dan babi. Walaupun anjing dan babi diharamkan ke atas kita

22

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

tetapi mereka juga makhluk Allah yang tunduk kepadaNya tetapi
menjadi ujian keimanan kepada umat Islam. Dalam satu hadis sahih
Bukhari seorang lelaki telah memberi air kepada seekor anjing yang
kehausan. Rasulullah SAW telah menjawab pertanyaan sahabat
tentang perbuatan tersebut dengan menyatakan bahawa setiap
kebaikan yang diberikan kepada haiwan akan dibalas dengan ganjaran
pahala. (Rujuk Sahih Bukhari 2363).
Begitu juga di dalam sahih Muslim, terdapat sebuah hadith yang
menceritakan kisah seorang wanita yang melakukan dosa besar telah
diampunkan oleh Allah SWT akibat daripada perbuatannya memberi
minum seekor anjing yang kehausan.
Kesimpulannya, kita perlulah berlaku baik kepada manusia tanpa kira
agama dan makhluk Allah yang lain, ini kerana sifat belas kasihan
bukan sahaja memberi manfaat kepada mereka tetapi kepada individu
yang bersifat belas kasihan di dunia dan akhirat Akhirnya, semoga
Allah SWT mengurniakan kita akhlak yang terpuji serta memberi kita
ganjaran di atas setiap yang kita lakukan. Amiin.

23

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

HIKMAH PUASA

Hj Abd Razak Bin Ismail
SMK Pantai Remis

Antara hikmah dan faedah puasa ialah:

Pertama, ibadah puasa yang ditunaikan dengan sempurna akan dapat
menyedarkan hati orang yang beriman bahawa setiap perbuatan
mereka adalah dilihat oleh Allah. Dengan itu, ia akan membantu
manusia agar berwaspada dengan setiap perbuatannya dan sentiasa
mengingati Allah dalam setiap perkara. Hal ini berlaku kerana apabila
seseorang yang berpuasa mula berasa lapar dan dahaga di waktu
siang, dan gelojak nafsunya ingin makan dan minum, namun ia berjaya
terhalang oleh kerana wujudnya sebuah perasaan yang menyedarkan
bahawa dia sedang berpuasa. Kesannya, keimanan dan ketakwaan
seorang mukmin dapat dipertingkatkan lagi ketika bulan puasa.

Kedua, bulan ramadan merupakan bulan bagi setiap umat Islam
memperbanyakkan ibadah mereka dan mendekatkan diri kepada Allah
kerana bulan ramadan ini merupakan bulan yang suci. Ini disebutkan
oleh rasulullah di dalam hadis baginda yang bermaksud:

“Ramadan itu awalnya rahmat, pertengahannya adalah keampunan
dan di akhirnya dibebaskan dari api neraka.”

Maka, pensyariatan ibadah puasa adalah cara termudah bagi seorang
hamba menunaikan hak dan tanggungjawabnya kepada sang
Pencipta.

Ketiga, kesenangan hidup dan kekenyangan yang berterusan
mampu menyebabkan hati menjadi keras dan menyuburkan sikap
keterlaluan dalam diri. Perkara-perkara ini jelas bertentangan dengan
sifat seorang mukmin. Oleh itu, pensyariatan puasa ini dapat mendidik
jiwa setiap muslim dan mengurangkan sifat sifat mazmumah di dalam
diri masing-masing.

Keempat, sifat kasih sayang adalah teras utama dalam membentuk
masyarakat Islam yang bersatu padu serta membangun. Namun

24

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

terdapat sikap di kalangan orang kaya yang tidak dapat menghayati erti
sebenar kasih sayang terhadap orang miskin. Jurang ini membawa
pemisahan dalam masyarakat Islam kerana keperitan, kesempitan
serta kepahitan hidup yang dirasai oleh orang miskin tidak dapat
dihayati oleh orang kaya. Dengan itu, pensyariatan ibadah puasa
melatih setiap muslim untuk menyelami perasaan orang yang kurang
berkemampuan agar ia mampu menimbulkan perasaan simpati dan
empati dalam diri masing-masing.
Secara tuntasnya, pensyariatan puasa di bulan ramadan membawa
banyak hikmah tersembunyi yang tidak diketahui oleh ramai manusia.
Sebagai muslim, kita perlulah sedar bahawa setiap perkara yang
ditetapkan oleh Allah mempunyai banyak manfaat dan kebaikan bukan
sahaja kepada manusia, bahkan setiap makhluk di muka bumi. Maka,
kita perlulah berusaha menjadi seorang muslim yang patuh dalam
menunaikan setiap perintah daripada-Nya.

25

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

KEHIDUPAN DI DUNIA UNTUK KEBAHAGIAAN DI AKHIRAT

Ust Agu Sefandi Bin Hj Ismail
SMK Pangkor

Hakikatnya,semua manusia yang hidup di atas muka bumi ini
menyedari bahawa kehidupan di dunia akan berakhir setelah
bertemu titik noktah kehidupan bernama “kematian”.Apabila saat
kematian itu tiba, maka akan lenyaplah segala kenikmatan
duniawi.Tiada guna lagi harta kemewahan, pangkat kedudukan serta
jawatan yang disandang kerana itu semua tidak mampu dibawa ke
liang lahad. Justeru, manusia yang berakal seharusnya bersiap sedia
untuk menempuh kematian.Bagi orang yang beriman dan bertaqwa,
kematian adalah satu proses biasa secara fitrah iaitu roh kembali ke
kampung halamannya dan jasad kembali ke tempat asal kejadiannya
iaitu ke tanah!

Kehidupan di duna ini adalah tempat persinggahan untuk
manusia bercucuk tanam dengan amal kebaikan dan
ketaqwaan.Hujjatul Islam, as-Syeikh Imam al-Ghazali dalam kitabnya
yang terkenal iaitu„ Ihya‟ Ulumuddin‟ pernah berkata :

“Tidak mungkin untuk menghasilkan tanaman itu kecuali di dunia,
tidak ditanam kecuali di qalbu dan tidak dituai kecuali di akhirat.

Seterusnya beliau menukilkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang
bermaksud :”

“Kebahagiaan yang paling utama adalah panjang umur di atas
ketaatan kepada Allah”

Secara tuntasnya, manusia yang beruntung adalah mereka yang
menjadikan kehidupan di dunia ini sebagai ladang bercucuk tanam
dengan benih bernama „amal ibadah‟.

Untuk merealitikan kejayaan dan kebahagiaan hakiki duniawi dan
ukhrawi, kita mesti menjadikan para nabi dan para rasulserta para
sahabat Rasulullah sebagai idola dan contoh teladan terbaik.Dalam

26

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

bab perniagaan,tentulah Abdul Rahman bin Auf r.a terkenal sebagai
jutawan,hartawan dan dermawan terbilang. Beliau menghabiskan
hartanya ke jalan Allah dengan membiayai perbelanjaan tentera Ahlul
Badr, membiayai keperluan hidup para janda dan anak-anak yatim di
Madinah. Abdullah bin Amr pula menjadikan seluruh kehidupannya
selepas memeluk Islam sebagai hamba kepada al-Quran.

Beliau akan menghafal dan bersungguh-sungguh memahami serta
beramal dengan ayat-ayat al-Quran yang diturunkan oleh
Allah.Saidina Muaz bin Jabal pula dikatakan memiliki kecerdikan
intelektual yang setanding dengan saidina Umar al-Khattab. Saidina
Muaz tidak pernah berbangga dengan ilmu yang dimiliki bahkan
digunakan ilmu serta kecerdikan beliau demi membela agama Allah.

Para sahabat Rasulullah walaupun memilki pelbagai macam
keistimewaan anugerah daripada Allah, mereka tidak sombong dan
angkuh demi untuk meraih kepentingan peribadi.Mereka telah dididik
dengan sempurna oleh Rasulullah SAW untuk menyakini bahawa
kehidupan di dunia ini bersifat fana‟ (tidak kekal) dan kehidupan di
akhirat itu kekal abadi.

Subhanallah, demikianlah sifat mulia para sahabat Rasulullah yang
mengisi kehidupan mereka dengan bersungguh-sungguh dengan satu
tujuan: „Mendapat redha Allah „. Semoga Allah bimbing kita semua
untuk menjadikan dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam dengan
benih keimanan dan ketaqwaan dalam kerangka ibadah secara
holistik.Jua semoga kita tidak terpedaya dengan tipu daya duniawi
yang boleh membataskan kita mendapat redha Allah dengan janji
syurga yang kekal abadi.

27

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

LAILATUL QADAR

Abdul Razak Bin Ahamad Noordin
SMK Seri Manjung

Firman Allah SWT dalam surah Al-Qadr :

‫إنا أنزلناه فً لٌلة القدر وما أدراك ما لٌلة القدر‬

‫لٌلة القدر خٌر من الف شهر تنزل الملائكة والروح فٌها بإذن ربهم من كل أمر‬
‫سلام هً حتى مطلع الفجر‬

Surah di atas menceritakan tentang kelebihan Lailatul Qadar yang
merupakan malam yang amat istimewa yang penuh dengan
keberkatan dan kemuliaan .Malam tersebut dihadiahkan oleh Allah
kepada umat nabi Muhammad SAW agar kita dapat melipatgandakan
pahala ibadat dengan umur yang begitu singkat. Satu malam sahaja
pahala amalan melebihi tempoh masa seribu bulan.

Diantara sebab malam tersebut penuh dengan keberkatan dan
kemuliaan kerana ia merupakan bermulanya detik bersejarah kepada
seluruh makhluk dengan penurunan al-Quran daripada Luh Mahfuz
ke Baitul Izzah di langit dunia seterusnya kepada baginda nabi
Muhammad SAW. Hal yang demikian menyebabkan orang yang
sentiasa membaca al-Quran,cuba memahaminya dan
mengamalkannya dalam kehidupan seharian sentiasa dimuliakan
oleh Allah SWT.

Malam Qadar hanya terdapat dalam bulan Ramadan dan pada

malam tersebut para malaikat menulis, mancatat atau ditetapkan

takdir (ketentuan/nasib) setiap manusia sebagaimana yang di sebut

oleh Imam Nawawi berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al

Dhukhan:

‫فٌها ٌفرق كل أمر حكٌم‬

Kita hendaklah sentiasa berdoa dan berharap agar Allah
mempertemukan kita dengan malam Qadar yang penuh dengan
keberkatan ini. Hidupkanlah malam tersebut dengan berqiamullail,
berdoa bermunajat kepada Allah SWT dan ibadah-ibadah yang lain.

28

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

Sabda Rasul SAW:
‫فالتمسوها فً العشر الأواخر والتمسوها فً كل وتر‬

“Carilah lailatul qadr pada sepuluh malam yang terakhir dan pada
malam yang ganjil”

Menerusi hadis yang lain Rasulullah berpesan dengan maksud yang
sama:

‫تحروا لٌلة القدر فً العشر الأواخر من رمضان‬

Sabda Rasulullah SAW lagi yang diriwayatkan dari Abu Hurairah RA

‫من قام لٌلة القدر إٌمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه‬
“Sesiapa yang menghidupkan malam Qadr dengan penuh
keimanan dan keikhlasan mengharapkan ganjaran pahala

diampunkan dosa-dosa yang lalu”

Saidatina Aisyah RA pernah bertanya Rasullullah SAW , sekiranya

dia dipertemukan dengan malam Qadar, apakah doa yang perlu

dipohon daripada Allah SWT, maka Rasulullah SAW bersabda :

sebutlah:

ً‫اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عن‬

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat
suka kepada pengampunan maka berilah keampunan kepadaku”

Semoga 10 malam terakhir di bulan Ramadan ini dapat kita penuhi
dengan amal ibadah, solat berjemaah ,solat -solat sunat,
mentadabbur bacaan al-Quran , berdoa dan bermunajat kepada Allah
dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan kerana hadiah
yang amat bernilai ini belum tentu kita perolehi pada tahun hadapan.

29

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

NUZUL QURAN

Mahamad Zaini b. Mahmud
SMK Ahmad Boestamam,

Nuzul Quran adalah perihal kisah penurunan Al Quran yang berlaku di
bulan Ramadan. Oleh demikian bulan Ramadan dianggap bulan Al
Quran. Kita digalakkan memahami Al Quran, mempelajari, serta
menghayati pengajaran yang terkandung di dalamnya.

Peristiwa besar ini sentiasa diingati umat Islam di seluruh dunia. Ia
diraikan dengan meriah dengan majlis-majlis rasmi, kuliah dan forum
agama dan diisytiharkan cuti khusus di sesetengah negara
bersempena Nuzul al-Quran.

Firman Allah yang bermaksud,
Turunnya Kitab Al-Quran ini dari Allah, Yang Maha Kuasa, lagi
Maha Bijaksana. Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini
kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran;
oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan
mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya. (Az
Zumar:1-2)

Beribadah hanya kepada Allah yang tiada sekutu bagiNya, serulah
manusia kepada hal tersebut, ajarkanlah kepada mereka bahawa
ibadah itu tidak benar kecuali kepadaNya. Sesungguhnya tiada sekutu,
tandingan dan tiada yang sepadan bagiNya.

Sejarah Penurunan Al Quran

Menurut jumhur ulama, turunnya Al Quran pada 17 Ramadan
sebagaimana yang digambarkan ayat AlQuran ketika memperingati
sejarah perjuangan Islam dalam perang Badar. Abdullah bin Abbas
berkata,

“Al Quran turun secara sekaligus dari Luh Mahfuz ke langit
dunia pada malam Qadar di bulan Ramadan dan kemudian

30

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

turun kepada Rasulullah saw mengikut yang dikehendaki Allah”

Mengikut Ibnu Abbas pula menyatakan bahawa penurunan Al Quran
berlaku pada 24 Ramadan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah iaitu di
langit dunia. Manakala Said b. Jubair berkata “Al Quran turun
sekaligus pada malam Qadar di langit dunia pada bulan Ramadan”

Cara Penurunan Al Quran

Al Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan
dan 22 hari mengikut setengah ulama. Allah Taala menyebut di dalam
Al Quran tujuan penurunan secara beransur-ansur.

“Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau
membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan
Kami menurunkannya beransur-ansur”. (Al Isra‟: 106)

Penurunan Al Quran lazimya berdasarkan kepada situasi dan peristiwa
yang berlaku di zaman Rasulullah saw. Ia dikenali dengan Asbab al
Nuzul (iaitu sebab-sebab penurunan Al Quran). Turunnya ayat Al
Quran sebagai jawapan terhadap apa yang berlaku dan juga jawapan
kepada soalan-soalan yang dikemukakan oleh setengah umat Islam
dan juga soalan daripada kaum Musyrikin. Kandungan Al Quran
mengandungi tiga perkara penting sebagaimana berikut

1. Perkara yang berkait dengan keimanan kepada Allah, para Malaikat,
Kitab-kitab, para Rasul, Hari Kiamat dan Qada‟Nya. Ia dikenali sebagai
Ilmu Kalam atau Usuluddin
2. Perkara yang berkait dengan perbuatan seperti suruhan, larangan
dan pilihan-pilihan. Ia dikenali sebagai ilmu Fiqah
3. Sebarang perkara yang berkait dengan pekerjaan hati seperti
menggesa kepada akhlak terpuji yang disebut ilmu akhlak atau tasauf.

Al Quran meraikan 3 asas utama dalam pensyariatan hukum

1. Tiada sebarang kesempitan atau memberatkan
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga

31

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa
dengan berkata):

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika
kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau
bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah
Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang
kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami,
serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami.
Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai
kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al Baqarah: 286)

2. Pengurangan Taklif (tanggungjawab).

Ini kerana dengan banyaknya taklif akan berlaku kesempitan. Oleh itu
taklif dikurangkan kepada umat Nabi Muhammad saw berbanding
umat terdahulu. Di dalam tafsir Ibnu Kathir ada menyebut bahawa
puasa orang terdahulu ialah tiga hari sebulan sebelum dimansuhkan
pada zaman Nabi Nuh a.s. Selepas itu diganti dengan puasa pada
bulan Ramadan. Di dalam kitab Perjanjian Lama “Old Testament”
menceritakan Nabi Musa berada di sisi Tuhannya berpuasa 40 hari 40
malam dengan tidak memakan roti dan meminum air.

3. Pensyariatan sesuatu hukum secara beransur-ansur dan melihat
kepada situasi setempat seperti pengharaman arak dilakukan sedikit
demi sedikit kerana minum arak sudah menjadi adat kebiasaan di
kalangan bangsa Arab.
.
Kesimpulan

Allah menjadikan manusia daripada dua unsur iaitu unsure spiritual
(roh) dan fizikal. Sebagaimana fizikal yang memerlukan makanan setiap
hari, roh juga perlu diberi makan setiap hari. Al Quran sebagai
anugerah Allah kepada umat Nabi Muhammad perlu dibaca, dihayati
dan diamalkan dalam kehidupan manusia. Ibarat buku manual
kenderaan, setiap kenderaan perlu kepada buku manual supaya dapat
bertahan lama begitu juga Al Quran adalah kitab manual bagi manusia.

32

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

HILANGNYA RAMADHAN

SITI FAUZIAH BINTI MOHD NOH
SK SERI SAMUDERA

Hazrat Anas r.a berkata “ Telah masuk bulan Ramadhan lalu Rasulullah
SAW bersabda, “ Sesungguhnya bulan ini telah datang kepada kamu.
Didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan,
sesiapa yang terlepas daripadanya maka dia telah terlepas daripada
segala kebaikan dan tidaklah terlepas daripada kebaikannya kecuali dia
yang benar-benar rugi.”

Keterangan :
Hakikatnya tidak syak lagi terhadap kerugiaan seseorang yang
memusnahkan nikmat yang sedemikian besar dengan tangannya
sendiri. Pekerja-pekerja keretapi pun sanggup berjaga malam hanya
untuk beberapa sen sahaja.
Apa susahnya untuk berjaga selama sebulan demi untuk mendapatkan
ganjaran ibadat selama 80 tahun. Sebenarnya, semangat
kesungguhanlah yang sudah tidak ada lagi di dalam hati. Seandainya
dapat dirasai sedikit dari keseronakannya, bukan lagi semalaman
malah beratus-ratus malam seseorang itu sanggup berjaga.

33

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

MENCARI KEREDHAAN DOA

Norzaida Binti Harun
SK Kpg Dato‟ Seri Kamarudin

Doa adalah seruan dari seorang hamba kepada Allah Azza wa Jallah
kerana Dia menguasai segala sesuatu di alam ini. Ketika kita
menghadapkan segala sesuatu dan merasa tidak mampu
menghadirkan diri, maka kita memohon pertolongan kepadaNya.
Dialah Allah Subhanahu wa Taa‟la yang memberikan kepada kita
segala sesuatu yang kita tidak mampu menghadirkannya.

Doa juga merupakan pengakuan manusia tentang kelemahannya.
Tetapi ada juga manusia yang boleh mendapatkan apa-apa yang
diingini dengan menggunakan kekuasaan, kekuatan atau harta dan
enggan untuk berdoa, mungkin di dalam hati dia mengatakan mengapa
harus berdoa jika mampu mendapatkannya. Itulah cermin keangkuhan
manusia yang digambarkan Al-Quran sebagaimana firman Allah yang
bermaksud :

“Ingatlah!Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,
kerana dia melihat dirinya serba cukup”. (Al-Alaq:6-7)

Maksud ayat ini ialah, kita akan melupakan Allah Subhanahu wa Taa‟la
kerana kealpaan kita akan kekuasaan-Nya. Sebagaimana yang kita
saksikan sekarang, setiap kali manusia maju dalam peradabannya,
mereka akan merasa megah lalu terpedaya dengan kekuatan
fatamorgana sehingga lupa Allah S.W.T.

Namun, kekuasaan Allah tidak dapat ditandingi oleh manusia seperti
ujian Covid-19 yang di alami oleh manusia di dunia pada hari ini.
Memohon pertolongan kepada Allah dalam segala urusan merupakan
cara yang paling baik untuk mencapai kehidupan yang sejahtera. Dari
situ manusia akan selalu ingat bahawa Allah Taa‟la memiliki segala
kekuatan, kekuasaan dan keagungan. Maka akan lahirlah
ketenteraman jiwa.

Dengan berdoa kepada Allah, bererti manusia telah bersandar pada

34

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

dinding yang kukuh kerana Allah Taa‟la adalah hidup dan tidak pernah
mati,Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Manusia akan
menyedari kelemahan diri dalam menguruskan kehidupan dunia yang
fana ini. Dengan demikian manusia akan sentiasa memerlukan bantuan
dan bimbingan dari Allah Azza wa Jallah. Maka akan lahirlah perasaan
tiada sebarang pengharapan kecuali hanya mengharapkan kekuatan
dan keredhaan Allah.

Mohonlah kita semua hanya kepada Allah, semoga kita
termasuk dikalangan orang-orang yang dikabulkan permintaannya dan
termasuk orang-orang yang diberi syafaat oleh Allah dengan syafaat
Rasulullah S.A.W. Yakinlah dengan firman Allah yang bermaksud :
“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan
kamu” (Al-Mu‟min:60)

35

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

PANDUAN MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Daud Bin Mohd Nor
SK BERUAS

Syarak menggalakkan umat Islam menghidupkan malam hari raya
Aidilfitri dengan laungan takbir berdasarkan hadis di bawah.

‫ َع ْن ال َّن ِب ًِّ َصلَّى ال َّلهُ َعلَ ٌْ ِه َو َسلَّ َم َقا َل َم ْن َقا َم َل ٌْ َل َت ًْ ا ْل ِعٌ َد ٌْ ِن ُم ْح َت ِس ًبا ِل َّل ِه َل ْم ٌَ ُم ْت َق ْل ُب ُه ٌَ ْو َم‬:.‫َت َعُم ْنو أَُتبِ اًْلقُأُلُ َموا َمُب َة‬

Daripada Abi Umamah daripada Nabi saw, ia bersabda, sesiapa yang
menghidupkan dua malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) ikhlas
kerana Allah, maka hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati.

Hadis riwayat Ibnu Majah

Dari sudut sejarah, solat Aidilfitri disyariatkan pada tahun pertama hijrah
berdasarkan riwayat Abu Dawud daripada Anas. Ketika Rasulullah saw
tiba di Madinah, penduduknya mempunyai dua perayaan yang
disambut sejak zaman jahiliah. Lalu Baginda saw menggantikannya
dengan dua perayaan yang lebih baik, iaitu dengan Hari Raya Aidilfiri
dan Aidiladha.

Hukum Solat Aidilfitri ialah adalah sunat muakkad pada pandangan
mazhab Syafie. Manakala bagi wanita adalah sunat menunaikan solat
Adilfitri.

Kaifiat Solat Aidilfitri

Solat Aidilfitri didirikan sebanyak dua rakaat tanpa azan dan iqamah
sebelum khutbah. Seruan ‫ الصلاة الجامعة‬akan dilaungkan sebagai isyarat
bahawa Solat Aidilfitri akan dimulakan. Hal ini berdasarkan hadis Ibnu
„Abbas ra. Pada rakaat pertama ialah bertakbir sebanyak tujuh kali
selepas takbiratulihram, iaitu sebelum bacaan al-ta„awwuz dan surah al-
Fatihah. Setiap takbir pula sunat diselangi dengan bacaan tasbih sambil
mengangkat tangan.

Seterusnya. sunat bertasbih dan bertahmid ketika bertakbir
berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi daripada Ibnu

36

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

Mas„ud.Lafaz tasbih adalah seperti berikut.
.‫ُس ْب َحا َن ال َّلهِ َوا ْل َح ْم ُد ِل َّل ِه َو َلا إِلَ َه إِ َّلااللهُ َوال َّلهُ أَ ْك َب ْر‬

Pada rakaat kedua, selepas bangun daripada sujud, bertakbirlah
sebanyak lima kali dengan tasbih di atas.

Takbir Hari Raya Aidilfitri

Takbir Hari Raya Aidilfitri bermula sebaik sahaja tenggelam matahari
akhir Ramadan dan tamat sejurus imam melakukan takbiratul ihram
semasa menunaikan Solat Aidilfitri.

Hukum memberikan ucapan Aidilfitri adalah harus pada hukum syarak.

Situasi pada masa PKP

Solat sunat hari raya masih boleh diadakan di rumah masing-masing
dengan diketuai imam bersama keluarga masing-masing.

Perkara-Perkara Sunat Pada Hari Raya Aidilfitri masa PKP

1. Menghidupkan malam Aidilfitri dengan takbir dan amal ibadat
yang lain
2. Mandi sunat hari raya.
3. Memakai haruman wangian.
4. Memakai pakaian yang bersih dan cantik.
5. Sunat bersarapan sebelum bersolat.
6. Menunaikan solat sunat hari raya aidil fitri secara berjamaah.
7. Menzahirkan keceriaan, kemesraan pada wajah apabila bersua
dengan saudara Islam di dalam talian telefon maupun video call di
internet.

Walaupun terdapat kekangan pada hari raya Aidilfitri kali ini kerana
masih ada PKP namun kita tetap merayakan dengan lebih sederhana
demi menjaga kesihatan dan keselamatan orang yang kita sayangi di
sekeliling kita. Semoga Allah memerima amal ibadat puasa dan zakat
kita seterusnya berjaya kembali kepada fitrah. Amin.

37

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

MUSIBAH PENGHAPUS DOSA

Ahmad Junaidi b Mohamad Said
SMK Batu 10

Dunia ini penuh cabaran dan ujian buat para penghuninya. Tiada
seorang pun boleh mengelak dirinya dari kesakitan dan kecederaan
dalam kehidupan ini. Banyakkan kita bersabar dan belajarlah agar
redha dengan setiap ketentuan-Nya. Percayalah setiap ujian dan
musibah yang menimpa itu adalah salah satu cara penghapus dosa-
dosa kita dan berdoalah semoga ia akan digantikan dengan sesuatu
yang lebih baik. Islam telah menerangkan konsep mendepani musibah
agar terus positif setelah menempuh pelbagai cabaran dalam
kehidupan.

‫َو َع َْصن ٍأَب ِب َوًلا َس َِهع ٌٍّم ٍد َوالْلا ُخ ْدُح ِرْز ٍِّين ََوول َاع ْ َأن ًذ َأبِىًَول ُها َر ٌَْغ ٍَّمر َة َح َّتَع ْىن االل َّن َّشِب ْوًَِّك ِة ٌَُصلَّ َشاى ُكاَهلاَّلهُإِلاَع َل ٌَْك َّفِه َرَوالََّسللَّهُ َمبِ ََقهاا َلِم ْ َنما ٌَُخ َطِاص ٌٌَاهُ ُب ا ْل ُم ْسلِ َم ِم ْن َن َص ٍب َولا‬

Daripada Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW
bersabda: "Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan
keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan
duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus
kesalahan-kesalahannya."

(Hadith riwayat al-Bukhari, No : 5641, Muslim, No : 2573, at-Tirmizi, No :
966, Ahmad, No : 7684, 8070, 10714)

Hadis ini menerangkan kepada kita bahawa rahmat Allah SWT akan
sentiasa bersama-sama hamba-Nya ketika dalam ketaatan manakala
keampunan Allah SWT pula akan sentiasa bersama-sama seseorang
hamba yang bertaubat atas kesilapan yang telah dilakukannya.
Seseorang Muslim hendaklah sentiasa sedar bahawa setiap kejadian
yang berlaku dalam kehidupan ada hikmah yang tersendiri. Allah SWT
mendatangkan ujian berupa musibah, kesakitan, keletihan, kegusaran,
sehingga duri yang melukainya sekalipun.

Sesuatu yang menganggu kehidupan seseorang adalah sebagai kifarah
atau penghapus dosa agar hamba-Nya sentiasa dalam rahmat-Nya.
Seseorang hamba yang bersabar dengan musibah akan diampuni

38

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

dosanya, apatah lagi dosa seseorang hamba yang memohon
keampunan kepada Allah Yang Maha Pengampun.
Marilah sama-sama kita cuba meningkatkan keimanan kepada Allah
SWT. Belajarlah redha dengan setiap ketentuan-Nya. Setiap ujian
dan musibah yang menimpa itu mempunyai hikmah disebaliknya.
Musibah menunjukkan betapa rapat, akrab dan hampirnya Allah
kepada seseorang hamba-Nya, lihatlah junjungan Rasulullah SAW
yang menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam
melaksanakan tugas dakwahnya. Semoga kita semakin tabah dan
sabar ke atas ujian dan musibah yang sedang berlaku dan akan
datang.

39

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

HIKMAH MEMBACA AL-QURAN

Noor Faridah bt Ismail
SMK Batu 10

Al-Quran adalah mukjizat yang dipelihara oleh Allah s.w.t. sehingga hari
kiamat.Pada isi kandungan al-Quran yang lengkap dan tidak ada cacat
cela padanya itu sememangnya mengandungi kelebihan-kelebihan
tertentu yang bukan sahaja boleh kita amalkan bahkan kita wajib
beriman dan beramal dengannya.

Al-Quran juga merupakan petunjuk dan cahaya kepada manusia untuk
kembali kepada jalan kebenaran.Allah s.w.t berfirman :

“Dengan al-Quran itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta
kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaan-Nya dan
dengannya Tuhan keluarkan mereka dari gelap gelita (kufur) kepada
cahaya(iman) yang terang benderang,dengan izinnya;dan dengannya
juga Dia menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.”(Surah al-
Maidah,ayat 16)

Antara kelebihan membaca al-Quranul karim:

1.Al-Quran akan memberi syafaat di akhirat kelak.Daripada Abu
Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda
:”Bacalah al-Quran,sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat
sebagai syafaat kepada pembacanya”-(Hadis riwayat Imam Muslim)

2.Orang yang belajar dan mengajar al-quran adalah sebaik-baik
amalan.Daripada Uthman bin Affan r.a telah berkata: Rasulullah SAW
bersabda : “Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah orang yang
mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.”(Hadis
riwayat Imam Bukhori)

3.Allah s.w.t. mengangkat martabat golongan pembaca al-
quran.Daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa Nabi Muhammad
SAW bersabda :”Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa
golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-
Quran.”(Hadis riwayat Imam Muslim)

40

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

Demikianlah sebahagian hadis tentang kelebihan membaca al-
Quran.Membacanya dengan memahami makna tersurat dan tersirat
mampu menyentuh hati dan jiwa manusia bahkan jin juga terkesan
dengan keindahan bait-bait ayat al-Quran yang dibacakan oleh
Rasulullah SAW.Wallahu a‟lam..

41

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

TAQWA
Fadzillah Binti Dahalan
SMK Kpg Dato Seri Kamarudin

Ramadhan yang kita rindui telah kunjung tiba. Alhamdulillah kita diberi
rezeki kali ini untuk sempat bertemu Ramadhan. Bulan yang dalamnya
terdapat pelbagai janji ganjaran daripada Allah. Bulan yang dalamnya
terhimpun segala kebaikan dan keafdhalan ibadah.
Di dalam Al Quran ayat 183 daripada Surah Al-Baqarah bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kepada kalian berpuasa
sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang sebelum kalian agar
kalian bertakwa.”

Taqwa merupakan agenda yang penting di dalam kehidupan muslim
yang beriman kepada Allah SWT. Melalui ketaqwaan ini akan dapat
memantapkan lagi jati diri sebagai seorang muslim yang sejati. Terdapat
banyak faktor yang akan menjawab persoalan kenapa pentingnya taqwa
dalam kehidupan manusia khususnya muslim.

Keberkatan hidup dunia akan lebih diredhai seandainya umat Islam
mengamalkan kehidupan sebagai muslim secara menyeluruh.
Ketaqwaan boleh memberi banyak kebaikan kepada muslim kerana
dapat menyumbang kepada ketenangan jiwa manusia. Ia juga dapat
menghindari dan mengawal perbuatan manusia daripada melakukan
perkara yang sia-sia. Ketaqwaan juga dapat mengajar manusia
membezakan antara perkara yang baik dengan perkara buruk.

Adanya taqwa dapat mendidik hati kita untuk menentukan sesuatu
perkara dengan betul dan terbaik. Kita perlulah menggunakan akal
dengan sebaiknya demi kebaikan diri sendiri.

Kesimpulannya, taqwa juga mengajar manusia agar sentiasa bercakap
benar. Percakapan yang benar dapat membentuk jati diri yang mulia.
Berbicara benar akan disukai oleh Allah dan masyarakat sekeliling.
Terdapat lagi sebab-sebab lain iaitu, supaya manusia terselamat dari

42

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

tergolong di dalam golongan orang fasik, supaya manusia makan dari
hasil yang halal, dapat mewujudkan perasaan takut manusia terhadap
hari kiamat, supaya manusia tidak mengikuti jejak orang kafir, selain itu
supaya manusia menjaga maruah sesama muslim di dalam mewujudkan
nilai perpaduan dalam diri dan masyarakat agar beroleh keberkatan
hidup di dunia dan di akhirat.

43

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

REDHA ALLAH DI BULAN RAMADAN

Zulhaidi Bin Mohamed
SK Kayan

Fahamilah …

Redha itu ialah menerima dengan rasa senang apa yang diberikan oleh
Allah SWT. Baik berupa peraturan ( hukum ) yang dibebankan kepada
manusia mahupun ketentuan tentang nasib yang mengenai ( menimpA)
kita1.Ketahuilah …

Redha itu perlu dicari, bukan dinanti.Redha itu besar hikmahnya bagi
yang mengerti. Terimalah peraturan dan larangan yang Allah gariskan,
juga setiap ketentuan yang telah ditetapkan. Muslim yang memiliki sifat
redha ketika menjalankan perintah atau meninggalkan larangan Allah,
dia pasti tidak akan tertekan dengan peraturan dan larangan tersebut.
Begitu juga, muslim yang memiliki sifat redha, akan kuat dan mampu
bertahan ketika bermacam-macam ujian sampai kepadanya.

Redha itu ada dua bahagian. Pertama redha hamba kepada Allah yang
bermaksud dia tidak benci pada qada‟ atau ketentuan yang berlaku ke
atas dirinya.Dan yang kedua redha Allah kepada hamba yang
bermaksud Allah akan memastikannya sentiasa mentaati perintahNya
dan meninggalkan laranganNya.2

Rasulullah Sallahu alaihi wassalam menggambarkan indahnya sifat
redha di dalam hadith Baginda: “apabila Allah cinta kepada satu
kaum, mereka diuji. Barangsiapa redha menerima ujian itu, Allah
redha pula kepadanya. Dan barangsiapa yang marah, maka Allah
murka kepadanya ”.3

Pun begitu, barang diingat, melafazkan ungkapan redha itu amat
mudah, akan tetapi hakikatnya ia sukar digapai melainkan dengan
bermujahadah ( bersungguh-sungguh ).Firman Allah SWT yang
bermaksud : “ Dan orang yang berjihad (bermujahadah) untuk
mencari keredhaan Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan

44

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah berserta
orang yang berbuat baik ”.4
Berbaik sangkalah dengan Allah dan jangan mempersoalkan
ketentuanNya, nescaya engkau akan memperolehi sifat redha itu In
Sha Allah.

45

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

MATLAMAT PUASA

Ab Walid Bin Abd Wahab
SK Seri Selamat

Sesuatu perkara yang dilakukan atau dilalui akan lebih bererti jika
memahami matlamatnya. Begitu juga ibadat puasa dan bulan
Ramadhan. Apa yang menarik berkenaan dengan puasa dan bulan
ramadhan, ayat-ayat berkaitan dengannya disusun di satu tempat
dalam Al-Quran bermula daripada ayat 183 hingga 187 Surah Al
Baqarah. Jika diperhatikan, empat daripada lima ayat tersebut diakhiri
dengan perkataan ‫ لعل‬yang diterjemahkan sebagai MOGA-MOGA.
Itulah sebenarnya matlamat puasa dan ramadhan. Secara ringkas
dapat disimpulkan matlamat puasa adalah untuk mencapai:-

TAQWA
Wahai orang-orang Yang beriman! Diiwajibkan berpuasa ke atas kamu
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada
kamu, moga-moga kamu bertaqwa. (Al Baqarah : 183)

SYUKUR

Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk
bagi sekalian manusia,……………………..dan supaya kamu
membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan Moga-moga
kamu bersyukur. ( Al Baqarah : 185)

KEBAIKAN DAN KEBENARAN

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku
maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa
hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang
berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka
menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah
mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul

Moga-moga mereka memperoleh kebaikan dan berada di jalan yang

46

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

benar ( Al Baqarah : 186).
Taqwa - Seseorang itu tidak akan merasainya melainkan

mengamalkan segala perintah Allah dan menjauhi segala
laranganNya.
Syukur - Seseorang itu tidak dapat menghayatinya melainkan
dengan beriman kepada Allah bahawa setiap yang diperolehi itu
adalah kurniaanNYA.
Rasyid - Petunjuk kebenaran ini tidak akan diperolehi melainkan
mendalami ilmu dengan bersungguh- sungguh.
Maka IMAN, ILMU dan AMAL sentiasa melengkapi antara satu sama
lain. Jadikanlah ramadhan ini sebagai medan untuk mempertingkatkan
ketiga-tiganya.

47

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

HIDUPKAN SUNNAH RASULULLAH SAW

Misrita Binti Samais
SMJK Nan Hwa

Sempena ketibaan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, marilah
bersama kita menyoroti kembali sirah perjuangan Rasulullah saw dalam
membibitkan akhlak mahmudah dalam kalangan umatnya. Baginda
tidak pernah lokek untuk menitipkan pelbagai pesanan dan nasihat buat
pedoman umatnya yang tercinta. Namun sejauh manakah kita
berusaha untuk menggarapi segala pengajaran yang ditinggalkan oleh
baginda Rasulullah saw.

Kegagalan memahami definisi sunnah adalah antara faktor yang
menyebabkan ada segelintir dalam kalangan kita yang mengabaikan
amalan sunnah dengan alasan ia hanya perbuatan sunat yang mana
apabila dikerjakan mendapat ganjaran pahala dan tidak pula berdosa
jika ditinggalkan. Maksud sunnah yang sebenar adalah segala sesuatu
yang disandarkan kepada Rasulullah saw sama ada dari segi
perkataan, perbuatan, sifat atau pengakuannya.

Hakikatnya, konteks sunnah itu sangat luas merangkumi segala perkara
wajib yang perlu dilaksanakan termasuk menunaikan solat lima waktu,
mengeluarkan zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan. Sedangkan
perkara sunat hanyalah sebahagian kecil daripada sunnah Nabi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya pada (diri)
Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang
sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari
akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah." (Surah
al-Ahzab, ayat 21)

Oleh itu, mencontohi Nabi Muhammad SAW adalah dengan
melaksanakan sunah Baginda dalam segenap aspek kehidupan kerana
sunah Baginda adalah bersifat sejagat. Menjunjung sunnah dibawa
Baginda juga adalah bukti perhambaan yang sebenar-benarnya kepada
Allah SWT. Sebagai tanda kita mencintai seseorang ialah kita sentiasa

48

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

ingin dekat dengannya dan dalam konteks Rasulullah SAW, cara
terbaik adalah dengan mengikut sunah yang boleh kita pelajari
daripada hadis sahih serta sirah hidup Baginda SAW.

49

PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHA N

SEDEKAH DI BULAN RAMADHAN

Dr Mohd Syaubari Bin Othman
PPD Manjung

MENJADI amalan baik sepanjang Ramadan, bahawa umat Islam
membudayakan sedekah dalam kehidupan mereka.

Alangkah baiknya kalau amalan ini terus dikekalkan sepanjang tahun.
Saranan amat tepat dengan hal yang Allah sebutkan dalam al-Quran
iaitu agar segera memanfaatkan rezeki yang Allah berikan, sebelum
rezeki yang banyak itu tidak memberi apa-apa keuntungan kepada
pemiliknya.

“Hai orang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian rezeki
yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada
hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang
akrab dan tidak ada lagi syafaat.” (maksud al-Baqarah: 254)

Lihatlah perjalanan hidup manusia yang telah menghabiskan banyak
wang untuk kehidupan dirinya saja, dalam keadaan maklum bahawa
ada orang yang hanya kais pagi makan pagi dan kais petang makan
petang.

Sesetengah orang melihat sedekah ini suatu yang tidak wajar.
Alasannya kerana kononnya harta yang ada itu merupakan hasil usaha
gigih mereka.

“Sejak pagi setiap anggota salah seorang di antara kamu menjadi
sedekah. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah,
setiap tahlil dalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh
melakukan kebaikan adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah
sedekah, dan memadai daripada yang demikian itu oleh dua rakaat solat
sunat Dhuha yang didirikan.” (maksud hadis riwayat Muslim)

Maka oleh itu Allah menyatakan dalan al-Quran: “Perumpamaan
(nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di

50


Click to View FlipBook Version