The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NISHALLINI A/P VADIVAEL IPG-Pelajar, 2024-03-19 09:54:46

E BOOK KOKURIKULUM

NISHALLINI A/P VADIVAEL

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA NAMA : NISHALLINI A/P VADIVAEL NOMBOR MATRIKS : P21241500 PROGRAM : PISMP JUN 2021 UNIT : X1 KUMPULAN : KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA (KLM22) IPGM KAMPUS IPOH, PERAK


Disediakan oleh : Nishallini Vadivael Pensyarah: Pn. Zaharah Binti Abd Manaf


1) Biodata 2) Maklumat Pengenalan Unit a) Lambang b) Bendera c) Cogan kata d) Lagu unit 3) Sejarah Pengakap Malaysia & Pengakap Dunia 4) Perlembagaan & undang-undang Persekutuan Pengakap a) Pengasas b) Sejarah penubuhan c) Tujuan Penubuhan dari Istiadat Rasmi 5) Carta Organisasi a) Persekutuan Pengakap Malaysia b) Peringkat Negeri c) Peringkat Daerah d) Kumpulan Latihan Malaysia Institut Pendidikan Guru 6) Dasar Keagamaan 7) Pengurusan dan Pentadbiran kumpulan 8) Pakaian Seragam Pengakap a) Protokol dan pemakaian lencana b) Tanda pangkat 9) Skim Latihan kanak-kanak 10) Rancangan Program / Aktiviti Kumpulan 11) Rujukan


NAMA NO K/P TARIKH LAHIR ALAMAT NO TELEFON ANGKA GILIRAN NO MATRIKS PENGKHUSUSAN :NISHALLINI A/P VADIVAEL :031124-02-0540 :24.11.2003 :NO 53, JALAN DAMAI 2, TAMAN DAMAI, 081O0 BEDONG, KEDAH. :018-2192411 :2021242340311 :P21241500 :BAHASA MELAYU


MAKLUMAT PENGENALAN UNIT


PRINSIP- PRINSIP ASAS PENUBUHAN PENGAKAP DEFINISI PENGAKAP Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela, bebas daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengiraasal usul, bangsa, dan kepercayaan agama selaras denagn prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya. MATLAMAT Matlamat sesuatu pergerakan adalah sebab disebalik kewujudannya. Matlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya masyarakat antarabangsa.


Pengenalan Unit VISI Menjelang tahun 2023, Persekutuan Pengakap Malaysia akan menjadi pertubuhan pendidikan golongan muda terunggul, moden, berdikari, yang akan melatih golongan muda negara menjadi warganegara aktif yang menjadi agen perubahan positif kepada masyarakat melalui nilai-nilai kepengakapan. SALAM PENGAKAP PENGENALAN Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) ialah suatu pertubuhan beruniform sukarela untuk para beliawan dan beliawanis. PPM merupakan sebahagian daripada pertubuhan kepanduan atau kepengakapan global iaitu Persekutuan Pengakap Sedunia ataupun World Organization of the Scout Movement. PPM adalah bergerak di bawah Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968 dan merupakan satu-satunya pertubuhan yang dikuatkuasakan melalui akta Parlimen. MISI lMisi kepengakapan adalah menyumbang kepada pendidikan generasi muda melalui satu sistem nilai yang berdasarkan kepada Persetiaan dan UndangUndang Pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik, di mana rakyatnya boleh berdikari sebagai idividu dan memainkan peranan yang berguna kepada masyarakat.


LAMBANG DAN MAKSUD LOGO PENGAKAP DUNIA 1.Pecahan tiga kelopak - melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga. 2.Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan- melambangkan UndangUndang Pengakap. 3. Ikatan putih - menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap. 4. Lingkaran tali berwarna putih - melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia. 5. Warna ungu - warna Pengakap Sedunia. 6. Warna putih - kesucian dan kebersihan.


LAMBANG DAN MAKSUD LOGO PENGAKAP DUNIA 1.Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: i.. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara ii. Menolong orang setiap masa iii. Menurut undang-undang Pengakap 2. Dua bintang pecah lima berwarna hijau menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. 3. Ikatan hijau yang mengikut kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap”. 4. Bintang pecah 14 melambangkan “Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia”. 5. Bulan Sabit menandakan “Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam”. 6. Lingkaran Tali melambangkan “Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia”. 7. Warna kuning pada bulan dabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. 8. Warna kuning , hijau, merah yang terdapat pada lambang menandakan i=unit-unit pengakap iaitu: i. Kuning: Pengakap kanak-kanak ii. Hijau - Pengakap Muda iii. Merah - Pengakap Remaja


Cogan kata Pengakap Kanak-kanak a. Untuk murid tahap dua sekolah rendah iaitu berumur 9 tahun sehingga 12 tahun. b. Cogan kata mereka ialah “Buat Sehabis Baik” c. Mempelajari asas kepengakapan bagi membuat persediaan yang rapi dan menimba ilmu pengetahuan. d. Membentuk tingkah laku dan persepsi yang positif terhadap kepengakapan. Cogan Kata Pengakap Remaja a. Untuk murid sekolah menengah tingkatan 4 &5 termasuk pelajar tingkatan 6. b. Cogan kata mereka ialah “Pandangan Luas” c. Ahli pengakap membentuk satu rutin dalam kepengakapan supaya dapat mencipta atau berfikiran jauh untuk sesuatu yang baharu dan sentiasa berfikir di luar kotak. Coga Kata Pengakap Muda a. Untuk tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sekolah menengah. b. Cogan kata mereka ialah “Selalu Sedia”. c. Ahli pengakap selalu bersedia menerima segala cabaran yang dipelajari asas kepengakapan dengan mengaplikasikan asas tersebut dalm kehidupan. d. Menerima latihan sesuai dengan umurnya. e. Satu Istiadat Meningkat Naik hendaklah diadakan dan ahli akan melafazkan semula Persetiaan Pengakap. Cogan Kata Pengakap Kelanaa. Untuk ahli berusia 17 tahun hingga 40 tahun. b. Cogan kata mereka ialah “Berkhidmat”. c. Ahli pengakap yang sukarela menjadi sebahagian daripada ahli akan berkhidmat untuk negara dan juga memegang kepada prinsip kepengakapan. d. Perkhidmatan tersebut akan membentuk jati diri yang kukuh dan sentiasa berfikiran lebih rasional. COGAN KATA PENGAKAP MALAYSIA


1.Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: a. Taat kepada Tuhan Raja dan Negara b. Menolong orang setiap masa c. Menurut undang-undang Pengakap 2. Dua bintang pecah lima berwarna hijau menandakan undangundang Pengakap yang sepuluh. 3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap”.


4. Bintang pecah 14 melambangkan “Kesemua negeri-negeri dalamMalaysia”. 5. Bulan Sabit menandakan “Agama rasmi Negara iaitu Agma Islam”. 6. Lingkaran Tali melambangkan “Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia”. 7. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.


Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama


Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia


SEJARAHPENGAKAPMALAYSIA &PENGAKAP DUNIA


Lord Baden-Powell juga dikenali sebagai "BP" dilahirkan pada 22 Februari 1857 di Hyde Park, London. Bapanya, Reverend H.H. Baden-Powell merupakan seorang pensyarah di Universiti Oxford, London. Manakala ibunya pula adalah anak kepada Laksamana British yang bernama W.T.Smyth. Semasa BP berumur tiga tahun, ayahnya meninggal dunia. Tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Sejak kecil sudah menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap penghidupan di luar rumah dan alam semula jadi. Pada zaman persekolahan, BP banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolah seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun ke 84.


Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya)2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengakap KanakKanak (cubs) di Singapura pada 2hb Julai 1910. Setelah tamat Perang Dunia ke-Il iaitu tepat selepas Merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan BudakBudak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pegawai Ingeris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap juga ditubuhkan oleh pegawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan). SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA


SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahlipenuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenalsebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957. Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965. Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlismajlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.


Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia, Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia. SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA


1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis Bird Smith & RogerSmith RINGKASAN TAHUN NEGERI YANG MENUBUHKAN PERGERAKAN PENGAKAP 1910 Pulau Pinang R Roberts GH Goh & George Pykett 1926 Selangor BE Haw 1922 Kedah EC Hicks, EAG Stuart, RPS Walker & CW Bloofield 1913 Sabah Thomas Cecil Alexander 1926 Negeri Sembilan R Brunstone, Bird Smith & Roger Smith 1915 Sarawak Thomas Cecil Alexander 1919 Pahang GM Laidlow 1915 Pulau Pinang HR Cheeseman 1926 Perak LR Wheeler 1927 Terengganu AJ Gracle 1928 Johor HR Cheeseman


Perlembagaan &Undang-undangPersekutuan


Taat kepada tuhan dan agama yang dianuti. Taat dan setia kepada negara. Mempunyai perasaan persaudaraan. Berkhidmat kepada masyarakat. Matlamat Mendorong perkembangan sikap yang cemerlang dalam mencapai tahap fizikal yang maksimum, berintelek dan menanam semangat berusaha sebagai seorang individu yang dapat memberi sumbangan yang positif terhadap masyarakat, negara dan antarabangsa. Objektif Keahlian Dibuka kepada semua murid Tahun 3 hingga 6 di sekolah ini . Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan. Setiap ahli dikehendaki membayar yuran keahlian sebanyak RM10.00.


Aktiviti Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli. Perkhemahan Pengakap peringkat sekolah wajib diadakan setiap tahun. Guru Sebagai Pemimpin Pemimpin Pengakap adalah terdiri daripada guru sekolah ini. Pemimpin mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu. Pemimpin berhak memilih ahli pengakap untuk mewakili sekolah mengikuti acara yang dipertandingkan di peringkat jabatan atau kementerian. Dilantik semasa Mesyuarat Agung. Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan sebagai AJK. Pemilihan AJK secara undian. Ajk kecil boleh dilantik oleh Pemimpin tanpa mengadakan mesyuarat. Ajk yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakkan jawatan kepada guru penasihat. Ajk persatuan terdiri : Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan Ajk. Pemimpin boleh menambahkan bilangan Ajk jika perlu. AJK bertugas membantu Pemimpin melaksanakan aktiviti yang dirancang. Ahli Jawatankuasa


Ahli pengakap dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh pengakap sepanjang tahun. Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak-hak keahlian pengakap. Kehadiran ahli pengakap adalah satu dari markah wajib PAJSK. Kehadiran/Penyertaan Derma Sumber utama kewangan pengakap adalah melalui derma yang ditetapkan. Pengakap juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti. Ahli yang menyertai aktiviti yang memerlukan belanja besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai projek tersebut. Sebarang derma yang dikutip hendaklah mendapat kelulusan dari Guru Besar Sekolah. Peraturan-peraturan Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib. Ahli-ahli yang mematuhi peraturan adalah merupakan pengakap sejati.


Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, pemimpinpemimpin atau pentadbir sekolah secara bertulis. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh guru besar. Pindaan Perlembagaan Tindakan Disiplin Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan pengakap kanak-kanak dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut: Amaran lisan. Pecat keahlian. Ahli yang dikenakan tindakan disiplin, akan hilang semua hak keahlian. Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada guru penasihat unit pakaian seragam, persatuan/kelab dan kelab sukan/permainan secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah muktamad. Hal-hal Lain Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikut aktiviti dengan penuh minat. Ahli-ahli pengakap adalah ahli yang berdaftar dengan Pertubuhan Pengakap Kebangsaan.


Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth. Sewaktu BadenPowell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliaubersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera. PENGASAS


PENGASAS Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan BadenPowell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliaudigelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalamtahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satulencana bergelar SCOUTS (Peninjau). Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar keAfrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer. Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu.


PENGASAS Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun. Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepadapengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku "Aids To Scouting". Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara,berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya.


TUJUAN PENUBUHAN PENGAKAP i. Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepemimpinan yang berasaskan Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan. ii. Pergerakan pengakap juga bermatlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu pengakap yang mempunyai potensi dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta hubungan sosial dengan berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pergerakan pengakap bertanggungjawab terhadap masyarakat, negaranya dan masyarakat antarabangsa. iii. Pengakap percaya bahawa kehidupan di dunia akan menjadi lebih baik apabila setiap individu:- Boleh dipercayai, mempunyai kawalan diri serta berkeyakinan. Menghormati diri sendiri dan orang lain. Bekerjasama untuk berkhidmat kepada orang lain demi memperbaiki suasana kehidupan bermasyarakat. Menunjukkan sikap bertanggungjawab kepada alam sekitar serta rasa hormat terhadap harta dan pemilikan. Beriman serta beramal soleh. iv. Ringkasnya, Pengakap bersifat Pendidikan Sepanjang Hayat


Istiadat rasmi pengakap Istiadat sepatutnya dikendalikan daripada daya ingatan juga pengalaman dan bukan daripada buku ini. Ianya telah dikenalpasti bahawa Pemimpin dan individu kanak-kanak yang mengambil bahagian, kadangkala menjalankannya di bawah pengaruh emosi dan melakukan kesilapan dalam sesuatu istiadat tertentu. Ini semua tidaklah begitu penting asalkan kanak-kanak yang berkenaan tidak menyedarinya dan juga tidak merosakkan daya ingatannya berhubung upacara tersebut. Kepentingan istiadat dalam latihan berpengakap amat ketara kerana kebanyakan istiadat-istiadat yang dijalankan menunjukkan tanda peningkatan seseorang dan sebagai tanda pengikhtirafan kepada mereka yang menyertainya. BP sendiri menunjukkan bahawa Istiadat-istiadat dalam semua peringkat Pengakap mempunyai istiadat tersendiri tertakluk kepada Unit-unit atau sessinya. Walau bagaimanapun kita tidak sepatutnya berfikir bahawa istiadat-istiadat dalam Pengakap adalah sesuatu yang sulit dalam latihan Pengakap; semuanya hendaklah dibuat secara terbuka. Seorang Pengakap dilantik di hadapan "troopnya" dan dia diakui sebagai Pengakap Raja dan lazimnya dibuat di hadapan satu majlis yang dihadiri ramai. Adalah sangat penting bahawa apabila sesuatu Persetiaan dibuat ianya mencerminkan tatalaku seorang Pengakap yang baik boleh diteladani oleh rakan-rakannya, tetapi dia juga sedar bahawa orang lain turut menyedari atas Persetiaannya. Sungguhpun istiadat Pengakap adalah bercorak upacara terbuka, perlu diingat bahawa apa jua istiadat dalam Pengakap, adalah lebih baik tidak dijadikan sebagai satu majlis atau upacara "publik". Jika istiadat itu bertujuan untuk pertunjukan (demonstrasi), istiadat sedemikian itu hendaklah dijalankan oleh mereka yang sudah dilantik, orang yang dipilih kerana mereka itu dipercayai boleh menjalankan sesi demonstrasi itu dengan sempurna.


Kita kerap kali dipersoalkan sama ada ibu bapa sepatutnya hadir dalam sesuatu Istiadat. Bagi kita tidak ada perkataan "patut" mengenai perkara itu, tetapi jika kanak-kanak berkenaan mahukan Ibubapa mereka hadir, kita boleh menjemputnya. Sudah tentulah mereka tidak sepatutnya hadir tanpa persetujuan kanak-kanak itu sendiri. Persediaan untuk sesuatu Istiadat adalah perkara yang amat penting, dan ianya memerlukan perancangan yang rapi, latihan yang cukup kepada kanak-kanak berkenaan supaya suasana sesuatu istiadat itu benar-benar dijalankan sebagaimana dirancangkan dalam program agar ianya menepati dengan suasana perjumpaan itu. Begitu juga penerangan yang ringkas dan lengkap mengenai prosedur mengendalikan mana-mana istiadat juga penting diberikan kepada semua pembantu. Istiadat rasmi pengakap


Hormat Pengakap ialah salah satu daripada tiga tradisi asas Pengakap (yang lainnya: isyarat Pengakap dan Berjabat tangan Pengakap) Pengasas Pergerakan Pengakap, Lord Baden-Powell berkata: "Hormat ialah menunjukkan seseorang itu dihormati, ia adalah hak keistimewaan untuk menghormati dan ianya tidak mengabdikannya" Rakan kita sering memberi salam antara mereka. Jika anda melihat seorang kawan diseberang sebatang jalan raya, anda kadang-kadang memberi salam dengan melambai-lambaikan tangan. Ini juga satu tanda hormat yang mudah. Pengakap ada cara khas hormat kepada saudara Pengakap yang lain. Hormat pengakap


Cara Hormat Pengakap * Pertama - tunjukkan isyarat Pengakap dengan tangan kanan, kemudian angkat tangan kanan dengan pantas sehingga ke sisi topi forage selama satu atau dua saat dengan permukaan jari menghadap ke hadapan. Kemudian turunkan tangan ke bawah dengan pantas secepat yang boleh. Jika anda tidak memakai topi forage, sentuh dahi anda dibahagian atas mata kanan. Mana dan bila memberi Hormat * Memberi Hormat Pengakap pada masa berseragam penuh. Ianya bererti tanda kehormatan, berbudi bahasa dan persahabatan. Bererti tanda kehormatan, berbudi bahasa dan persahabatan. Tanda hormat kepada: * apabila lagu Kebangsaan dinyanyikan. * apabila bendera Kebangsaan dinaikkan / dikibarkan. * apabila bendera Kebangsaan dilintaskan dalam upacara berbaris. Sebagai salam * Bila anda melihat sesiapa memakai lencana Pengakap atau berpakaian seragam samada anda mengenalinya atau tidak - sentiasa cuba menjadi orang pertama memberi Hormat Pengakap. Hormat pengakap


Isyarat Pengakap menandakan suatu isyarat Pengakap dalam unit anda sebagai seorang Pengakap di seluruh dunia. Ia adalah tradisi Pengakap dalam berkomunikasi pada masa dahulu sehingga kini dan untuk ahli-ahli Pengakap mengenali antara mereka dalam sesuatu aktiviti yang tersendiri. ISYARAT PENGAKAP


Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan diseluruhan dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat “Sehabis Baik”. Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK. SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA


Manikayu adalah pengesahan yang diterima oleh orang dewasa dalam Pengakap yang telah menyempurnakan Kursus Kepimpinan Manikayu (Peringkat Pengenalan hingga Peringkat Keempat) yang diberikan oleh PasukanLatihan, Persekutuan Pengakap Malaysia. Mereka yang menghabiskan latihan diberikan pengesahan dalam bentuk dua mani kayu pada tali kulit. Penerima Manikayu dikenali sebagai Wood Badger atau Gilwellian.


1. Laung Agung dijalankan terlebih dahulu. 2. Akela bergerak kebulatan di hadapan bendera. Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan). 3. Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima. 4. 5. Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat. Akela menyematkan lencana - Lencana Kemajuan di kiri lengan baju - Lencana Kepandaian di kanan lenagn baju.6. 7. Akela bersalam dan ucapan “Syabas”. 8. PKK tabik hormat. Selesai semua - Pek beri sorakan “Tahniah” dan dijawaboleh penerima lencana. 9. 10. PKK balik ke sekawan masing-masing.


Struktur organisasi Pengakap


Dasar Keagamaan


4.1. Ahli-ahli yang terdiri daripada satu agama. 4.1.1 Persekutuan ini tidak menghadkan ahli-ahlinya pada suatu agama tetapi mereka mestilah mengamalkan RUKUN AGAMA masing-masing dan menghormati orang lain yang tidak seagama dengannya. Sekiranya terdapat dalam sesuatu kumpulan itu di mana ahlinya menganut satu agama maka pemimpin kumpulan itu hendaklah mengaturkan sembahyang di tempat-tempat ibadat mereka di antara mereka yang menganut agama masing-masing. 4.1.2 Sehubungan dengan pembelajaran keagamaan mereka pula hendaklah menghubungi pegawai-pegawai agama yang berkenaan supaya mereka mengetahui perkara-perkara yang ditegah dan dilarang mengikut Rukun Agama masing-masing. 4.2 Ahli-ahli yang terdiri dari berbagai agama. 4.2.1 Apabila terdapat sesuatu kumpulan itu mengandungi ahli-ahli dari berbagai agama, maka tanggungjawab pemimpin menggalakkan mereka membuat ibadat mengikut agama mereka msing-masing. 4.2.2 Adalah dilarang sama sekali pemimpin mengadakan satu sembahyang khas bagi kesemua ahli-ahli dalam kumpulan itu kerana ianya menhalayi peraturan atau tegahan bagi Rukun Agama ahli-ahli dalam kumpulan itu. 4.2.3 Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin kumpulan menjaga dan mengawasi supaya perkara seperti ini tidak berlaku dan melindungi sasaran dari masyarakat terhadap Persekutuan ini. DASAR KEAGAMAAN


Pengurusan & pentadbiran kumpulan


Pendaftaran Ahli dan Kumpulan Sebuah sekolah hanya boleh menubuhkan satu kumpulan sahaja. Boleh diwujudkan beberapa pasukan dalam kumpulan itu. Satu kumpulan boleh ditubuhkan dengan 18 orang ahli dan 2 pemimpin. Jika melebihi 48 orang anggota perlu pecahkan kepada beberapa pasukan. Jenis Borang Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM. Gunakan beberapa jenis borang: Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan) Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota) Borang PPM 1B (Borang Kawalan) Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin/ Penolong) Borang boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM Pengurusan dan pentadbiran kumpulan


Kumpulan/ Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan/ anggota yang lama perlu diperbaharuhi pendaftaran kumpulan dengan PPM. Yuran pendafataran: Kumpulan : RM 30.00 (setahun) Ahli Pengakap : RM 5.00 (setahun) Pemimpin/ Penolong Pemimpin : RM 10.00 (setahun) Kumpulan / anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pengakap. Kumpulan yang tidak memperbaharui pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan latihan/ perjumpaan dan pakai pakaian seragam pengakap serta lencana-lencananya. - gantung keahlian mengikut Dasar Pertubuhan dan Peraturan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia (Peraturan 44-47) Pemimpin kumpulan secara otomatis digantung keahlian pemimpin serta tauliahnya (Peraturan 80) Pengantungan itu sementara, Pesuruhjaya Daerah maklumkan kepada kuasa pengajur iaitu memperbaharui keahlian kumpulan dengan segera. Pesuruhjaya Daerah menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliah-tauliah pemimpin setelah menerima borang pendaftaran. YURAN PENDAFTARAN


Setiap pemimpin wajib memiliki dua jenis tauliah daripada PPM: Tauliah Sementara Tauliah Tetap Tauliah Sementara diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Satu dan Dua. Tauliah Tetap diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Tiga. Perlu pohon tauliah baru serta mengembalikan tauliah lama kepada PPM sekiranya pemimpin bertukar ke sekolah lain. Kegiatan Semua kegiatan dijalankan berdasarkan kepada Skim Latihan yang dikeluarkan oleh PPM: Program Latihan PKK untuk murid-murid sekolah rendah Program Latihan PM untuk pelajar Ting. 1-3 Program Latihan PR untuk pelajar Ting. 4-5 Program Latihan PK untuk pelajar Ting. 6 & remaja Semua kegiatan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kelulusan dan sokongan daripada kuasa penganjur (Guru Besar/ Pengetua), Ibubapa/ Penjaga dan Pemimpin Unit PKK, PM dan PR. TAULIYAH PEMIMPIN


Click to View FlipBook Version