The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU MOHAMAD RASHID BIN HUSIN, 2021-07-25 23:09:18

MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1

MODUL











GEOGRAFI














STPM













SEMESTER 1



















Ditulis oleh Guru-Guru Geografi Tingkatan Enam Pulau Pinang
dengan kerjasama Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri
Pulau Pinang






1

PANEL PENULIS




BIL NAMA SEKOLAH / JABATAN


CHANDER SEGAR PILLAY A/L PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TELOK AIR TAWAR,
1.
RAMACHANDREN BUTTERWORTH.

KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI,
2. MOHAMAD RASHID BIN HUSIN
BUTTERWORTH.
KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI,
3. MANSOR BIN HAMAD
BUTTERWORTH.

KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI,
4. NORAIDA BINTI HASHIM
BUTTERWORTH.

KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI,
5. MOHAMAD SYAM BIN NAWI
BUTTERWORTH.

6. ANG SIEW CHIN KOLEJ TINGKATAN ENAM HJ. ZAINUL ABIDIN.


PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TELOK AIR TAWAR,
7. LO MIN YIEN
BUTTERWORTH.
PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TELOK AIR TAWAR,
8. KHAIRUL FADZILAH BT. MOHAMAD
BUTTERWORTH.

PUSAT TINGKATAN ENAM SMK DATUK HJ. AHMAD
9. MAIZATUL HUSNA BT. AHMAD
BADAWI, KEPALA BATAS
PUSAT TINGKATAN ENAM SMK DATUK HJ. AHMAD
10. SUZANNA BINTI SAFAR
BADAWI, KEPALA BATAS

PUSAT TINGKATAN ENAM SMK PENANTI,
11. LATIPAH BT. HJ. AHMAD
KUBANG SEMANG

PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TUN SYED SHEH
12. LOW MOOI EE
BARAKBAH, SUNGAI JAWI
PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TUNKU ABDUL
13. NIK RUSWATI BT. NIK MAN
RAHMAN, NIBONG TEBAL

PUSAT TINGKATAN ENAM SMK SUNGAI ARA,
14. SARAVANA SUNDARI A/P KRISHNASAMY
BAYAN LEPAS













2

BAHAGIAN A


















ALAM SEKITAR FIZIKAL


















1. SISTEM BUMI







2. SISTEM



GEOMORFOLOGI




















3

ALAM SEKITAR FIZIKAL

SISTEM BUMI


1. (a) Jelaskan konsep sistem terbuka dalam konteks sebuah kawasan hutan tropika. [4]

Rangka Jawapan
i. Tenaga - tenaga masuk (tanaga matahari), tenaga keluar (bahang bumi)
ii. Bahan - bahan masuk (hujan / karbon dioksida), bahan keluar (wap air /
oksigen)

Cadangan Jawapan

Kawasan hutan tropika boleh dibuktikan sebagai sebuah sistem terbuka sebab adanya
kemasukan tenaga dalam bentuk tenaga matahari dan ada tenaga keluar dalam bentuk bahang

matahari.


Kawasan hutan juga membenarkan kemasukan bahan dalam bentuk gas karbon dioksida dan

membenarkan bahan keluar dalam bentuk oksigen melalui proses fotosintesis.



(b) Jelaskan kepentingan setiap komponen sistem bumi kepada aktiviti manusia di kawasan
tropika. [8]

Rangka Jawapan
i. Atmosfera - membekal hujan untuk aktiviti pertanian
ii. Litosfera - lapisan kandungan pelbagai mineral - perlombongan
iii. Hidrosfera - aliran sungai - aktiviti perhubungan dan pengangkutan
iv. Biosfera - bekalan kayu-kayan untuk aktiviti pembalakan


Cadangan Jawapan


Komponen Atmosfera mempengaruhi aktiviti manusia melalui unsur-unsur cuaca
seperti suhu dan hujan. Komponen atmosfera melalui proses pembentukan hujan

membekalkan hujan yang lebat di kawasan tropika. Hujan yang lebat ini menjadi bekalan air

yang menggalakkan aktiviti pertanian seperti penanaman padi sawah.

Komponen Litosfera yang menampung pelbagai mineral di lapisan kerak bumi pula

dapat menjana aktiviti perlombongan. Kawasan tropika yang kaya dengan pelbagai mineral

berbentuk bahan api fosil menggalakkan aktiviti perlombongan seperti petroleum dan gas asli.



4

Komponen Hidrosfera yang menampung zon air pula membekalkan air di kawasan

tropika melalui proses-proses kitar hidrologi dan membentuk aliran sungai. Sungai-sungai
yang mengairi pelbagai pelusuk muka bumi di kawasan tropika lembap telah dimanfaatkan

oleh penduduk yang tinggal di sepanjang sungai sebagai jalan-jalan perhubungan untuk
bergerak ke kawasan-kawasan sekitar. Sungai-sungai juga menggalakkan kerja-kerja

pengangkutan barangan dari satu kawasan ke kawasan lain di sepanjang sungai dengan

menggunakan bot dan kapal.

Komponen Biosfera di kawasan tropika lembap menampung pelbagai hidupan liar dan

tumbuh-tumbuhan. Tumbuhan di kawasan tropika lembap adalah jenis berkayu keras yang

mempunyai permintaan yang tinggi daripada industri perabot dan kilang kayu. Bekalan kayu
keras yang banyak yang disediakan oleh komponen biosfera dan ditambah oleh permintaan

yang tinggi dari sektor industri berasaskan kayu telah menggalakkan aktiviti pembalakan
dijalankan dengan giat di kawasan hutan tropika.






(c) Bincangkan empat saling kebergantungan antara komponen persekitaran bumi. [13]


Rangka Jawapan
Isi Proses Kesan
i - Atmosfera - Hidrosfera Hujan - proses resapan simpanan air bawah tanah

ii - Atmosfera - Litosfera Hujan - proses hakisan / BMB hakisan sungai /
luluhawa luluhawa
iii - Atmosfera - Biosfera Bahangan matahari - Tumbesaran tumbuhan
proses fotosintesis
iv - Litosfera - Hidrosfera BMB curam - proses larian banjir / tanah runtuh
air permukaan
v - Litosfera - Biosfera tanah tinggi / tanah pamah habitat / rantaian makanan
beralun - pertumbuhan
tumbuhan
vi Biosfera - Hidrosfera Tumbuh-tumbuhan - simpanan air bawah tanah
proses resapan
vii Kesimpulan









5

Cadangan Jawapan

Saling kebergantungan antara atmosfera dengan hidrosfera berlaku apabila hujan dari

atmosfera apabila sampai ke permukaan bumi akan melalui proses resapan yang akhirnya akan
meningkatkan simpanan air bawah tanah.



Interaksi di antara atmosfera dengan biosfera berlaku apabila bahang matahari dari atmosfera
menggalakkan proses fotosintesis tumbuhan di biosfera. Hasilnya interaksi ini menggalakkan

tumbesaran tumbuhan.


Saling kebergantungan antara litosfera dengan biosfera berlaku apabila proses pembentukan

bentuk muka bumi seperti proses lipatan dan proses gelinciran dalam litosfera membentuk
pelbagai bentuk muka bumi seperti tanah tinggi dan tanah pamah. Kepelbagaian bentuk muka

bumi ini menggalakkan pertumbuhan pelbagai jenis pokok dan menghasilkan habitat dan
siratan makanan.



Interaksi di antara biosfera dengan hidrosfera berlaku apabila tumbuh-tumbuhan dari atmosfera
menggalakkan proses resapan air hujan dalam hidrosfera. Hasilnya interaksi ini menggalakkan

simpanan air bawah tanah.





2 (a) Jelaskan kesan peredaran bumi mengelilingi matahari di kawasan sederhana
dunia. [13]

Rangka Jawapan

i. mewujudkan Soltis Musim Panas
ii. mewujudkan Soltis Musim Sejuk
iii. mewujudkan Ekuinoks Musim Luruh
iv. mewujudkan Ekuinoks Musim Bunga
v. Siang lebih panjang di Hemisfera Utara
vi. Siang lebih panjang di Hemisfera Selatan
vii. Perubahan ketinggian matahari tengahari
viii. kesimpulan







6

Cadangan Jawapan

Pada 21 Jun berlakunya fenomena solstis musim panas. Pada waktu ini kawasan sederhana

dunia di hemisfera utara mengalami musim panas dan kawasan sederhana dunia hemisfera
selatan mengalami musim sejuk. Ketika ini matahari berada tegak di garisan Sartan.



Seterusnya ialah kejadian Soltis Musim Sejuk yang berlaku pada setiap 22 Disember. Pada
ketika ini matahari berada tegak tegak di Garisan Jadi dan menghasilkan fenomena musim

dingin di hemisfera utara, sebaliknya musim panas di hemisfera selatan.


Fenomena seterusnya ialah setiap 23 September akan berlaku Ekuinoks musim luruh di

hemisfera utara, sebaliknya musim bunga di hemisfera selatan. Kejadian ini akan berlaku
apabila matahari berada tegak di Garisan Khatulistiwa.


Kesan peredaran bumi mengelilingi matahari yang selanjutnya ialah mewujudkan fenomena

ekuinoks musim bunga. Kejadian musim ini berlaku pada setiap 21 Mac ketika matahari

tengahari berada tegak di garisan Khatulistiwa.


Selain itu, kesan peredaran bumi juga menyebabkan pada 21 Jun (soltis musim panas),
kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami siang lebih panjang daripada

malam dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang malam melebihi
siang. Kutub utara mengalami panjang waktu siang hampir 24 jam dan kutub selatan

mengalami panjang waktu malam hampir 24 jam.


Sebaliknya pada 22 Disember (soltis musim sejuk), kawasan sederhana dunia di hemisfera

utara mengalami malam lebih panjang daripada siang dan kawasan sederhana dunia

hemisfera selatan mengalami panjang siang melebihi malam. Kutub utara mengalami
panjang waktu malam hampir 24 jam dan kutub selatan mengalami panjang waktu siang hampir

24 jam.


Akhir sekali, kedudukan matahari tengah hari berubah ubah seiring dengan perubahan
musim. Pada 21 Jun ( solstis musim panas ) tergak, di atas garisan sartan. Pada 22

Disember (soltis musim dingin) tegak di atas garisan jadi. Pada 21 Mac dan 23 September

(ekuinoks) - tegak di atas garisan khatulistiwa.


7

Kesimpulannya, peredaran matahari mengelilingi bumi akan menyebabkan fenomena kejadian
empat musim yang berbeza iaitu soltis musim panas, soltis musim luruh, ekuinoks musim

bunga dan ekuinoks musim luruh yang berlaku di kawsan yang beriklim hawa sederhana.





2 (b) Jelaskan bagaimana kejadian ekuinoks musim luruh mempengaruhi unsur fizikal di
permukaan bumi. [12]


Rangka Jawapan

Unsur Proses Kesan
i. Suhu semakin sejuk -kurang fotosintesis Pokok meluruhkan daun
ii. Fros malam -luluhawa giat runtuhan salji
iii. Salji banyak -jejas rantaian makanan haiwan hibernasi
iv. Siang malam -fotosintesis tak mencukupi rantaian makanan terjejas
tidak sama panjang
v. Perubahan suhu -daun berubah warna daun gugur


Cadangan Jawapan

Semasa terjadinya ekuinoks musim luruh, perubahan suhu yang ketara iaitu dari musim panas

kepada musim sejuk, telah menyebabkan pokok-pokok yang ada mengurangkan aktiviti
fotosintesis kerana cahaya matahari mulai berkurang. Ini menyebabkan pokok mulai

meluruhkan daunnya bagi mengurangkan penggunaan tenaga bagi proses pembesarannya.


Selain itu, semasa berlakunya musim luruh, suhu mulai menurun dan menyebabkan

terbentuknya fros pada waktu malam. Kehadiran fros ini menggalakkan lagi kejadian

luluhawa terutamanya luluhawa fizikal. Luluhawa yang giat ini boleh menyebabkan kejadian
runtuhan salji berlaku terutamanya di kawasan cerun dan pergunungan.


Di penghujung ekuinoks musim luruh juga, jumlah salji mulai bertambah kerana cuaca mulai

sejuk. Ini menyebabkan berkurangnya tumbuhan sebagai pengeluar, dan akan menjejaskan
rantaian makanan. Ini menyebabkan haiwan liar seperti tikus dan musang mulai mengumpul

makanan untuk digunakan semasa musim sejuk nanti. Haiwan seperti beruang juga mula





8

berhibernasi untuk mengurangkan metabolisme dan penggunaan tenaga semasa musim sejuk

nanti,


Akibat fenomena malam yang lebih panjang dari siang sewaktu musim luruh, maka pancaran
matahari juga berkurang dan menjejaskan jumlah tumbuhan sebagai pengeluar dan pastinya

mengurangkan proses fotosintesis. Maka rantaian makanan dalam sesebuah ekosistem hutan

turut akan terjejas kerana kekurangan tumbuhan sebagai pengeluar pastinya akan menjejaskan
juga rantaian dan siratan makanan dalam ekosistem berkenaan.


Disebabkan perubahan tempoh waktu siang dan suhu , daun berhenti proses membuat

makanan. Klorofil yang rosak, akan membuatkan daun berubah warna di mana warna hijau

mulai hilang dan bertukar kepada oren atau kemerahan. Dedaunan gugur beberapa pokok
menunjukkan hanya warna kuning. Lain-lain, seperti oak, kebanyakannya berwarna coklat.

Semua warna ini disebabkan oleh pencampuran jumlah sisa klorofil dan pigmen lain dalam
daun semasa musim gugur.




3. (a) Bincangkan enam perbezaan ciri-ciri yang terdapat di permukaan bumi semasa
terjadinya solstis pada 21 Jun di Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan. [13]

Rangka Jawapan

i. musim – musim panas di hemisfera utara – musim sejuk di hemisfera selatan.
ii. tempoh siang malam – siang lebih panjang di hemisfera utara; malam lebih panjang di
hemisfera selatan
iii. siang malam di kutub – 24 jam siang di hemisfera utara; 24 jam malam di hemisfera
selatan.
iv. tekanan udara – tekanan udara rendah di hemisfera utara; tekanan udara tinggi di
hemisfera selatan.
v. bahangan matahari – bahangan matahari tinggi di hemisfera utara; bahangan matahari
rendah di hemisfera selatan.
vi. kerpasan – kerpasan dalam bentuk hujan di hemisfera utara; kerpasan dalam bentuk
salji di hemisfera selatan.
vii. Kesimpulan.

Cadangan Jawapan

Enam ciri yang membezakan keadaan di permukaan bumi semasa terjadinya solstis
pada 21 Jun di hemisfera dapat dilihat melalui beberapa ciri iaitu keadaan musim. Ketika solstis

21 Jun, hemisfera utara mengalami musim panas kerana jarak matahari dengan bumi lebih



9

dekat berbanding dengan jarak matahari di hemisera selatan, manakala di hemisfera selatan

mengalami musim sejuk.


Selain itu, disebabkan jarak matahari dengan bumi yang lebih dekat di hemisfera utara
berbanding dengan hemisfera selatan juga menyebabkan tempoh siang malam yang tidak sama

di kedua-dua hemisfera. Hemisfera utara mengalami waktu siang yang lebih panjang

berbanding dengan waktu malam manakala di hemisfera selatan pula waktu malam lebih
panjang daripada waktu siang.


Keadaan di kutub juga mengalami tempoh waktu siang dan malam berbeza. Di kutub

utara waktu siang adalah selama 24 jam manakala di hemisfera selatan pula waktu malam

adalah selama 24 jam. Hal ini juga berlaku disebabkan oleh kecondongan paksi bumi dan
kedudukan bumi dengan matahari.


Penerimaan sinaran matahari yang tinggi dan lebih lama menyebabkan suhu di

hemisfera utara meningkat tinggi, kejadian ini menyebabkan hemisfera utara mengalami
tekanan udara rendah. Di hemisfera selatan pula ketika solstis pada 21 Jun, suhu lebih rendah

kerana jarak matahari di hemisfera selatan lebih jauh. Kesannya hemisfera selatan mengalami

tekanan udara tinggi.


Bahangan matahari di hemisfera utara lebih tinggi ketika solstis musim panas 21 Jun
disebabkan sudut pancaran matahari di hemisfera ini lebih tepat dan keamatan cahaya matahari

juga lebih tinggi. Berbeza dengan keadaan di hemisfera selatan bahangan matahari lebih rendah

kerana sudut pancaran matahari lebih mencapah dan mengurangkan tahap keamatan bahangan.


Kerpasan yang berlaku di hemisfera utara adalah dalam bentuk cecair iaitu hujan kerana
hablur-hablur ais yang berada di awan akan dicairkan oleh suhu yang panas. Di hemisfera

selatan pula, kerpasan yang berlaku adalah dalam bentuk pepejal iaitu salji kerana suhu

persekitaran yang rendah.


Kesimpulan yang boleh diberikan bahawa perbezaan ciri yang terdapat di permukaan
bumi ketika solstis 21 Jun di kedua-dua hemisfera ialah dari segi musim, panjang siang-malam

di hemisfera utara dan selatan serta di kutub, tekanan udara, bahangan matahari dan bentuk
kerpasan.


10

(b) Bandingkan enam aktiviti manusia ketika kejadian solstis di sesuatu kawasan. [12]

Rangka Jawapan

i. pertanian – giat dijalankan ketika solstis musim panas; musim sejuk - aktiviti terhad,
tempoh singkat, rumah kaca.
ii. aktiviti pengeringan ikan – musim panas giat dijalankan; musim sejuk – terhenti.
iii. pelancongan – musim panas –berenang/berjemur/snokerling; musim sejuk – luncr
salji.
iv. penternakan – ternakan dilepaskan di padang ragut ketika musim panas; musim sejuk
ternakan dikurung di dalam kandang, makanan diberi.
v. pembalakan – musim panas – sungai cair- mudah hanyut balak; musim sejuk – getah
beku - mudah dibalak, permukaan salji – mudah diangkut.
vi. perikanan – musim panas – giat dijalankan; musim sejuk -laut beku/kabus – aktiviti
tergendala.
vii. perburuan – musim panas – berburu unt dapatka daging; musim sejuk –giat/haiwan
tidak aktif / berburu unt dapatkan bulu.
viii. sukan/rekreasi – musim panas- sukan air / padang; musim sejuk – luncur salji.
ix. perlombongan – musim panas – giat dijalankan; musim sejuk – tergendala, suhu
sejuk, sukar.

Cadangan Jawapan

Aktiviti pertanian pertanian ang dijalankan ketika solstis berbeza mengikut musim.

Ketika musim panas , aktiviti pertanian dijalankan dengan giat kerana sinaran matahari yang
banyak meningkatkan tumbesaran tanaman seperti gandum dan oat. Ketika musim sejuk pula

aktiviti pertanian agak terhad kerana tempoh penerimaan sinaran matahari pendek dan suhu

sangat sejuk. Tanaman akan cepat rosak. Aktiviti pertanian ketika musim sejuk lebih
tertumpu di rumah-rumah kaca.



Pengeringan ikan giat dijalankan ketika musim panas kerana penerimaan cahaya
matahari yang tinggi dan lama tetapi aktiviti ini tidak dapat dijalankan ketika solstis musim

sejuk kerana suhu yang rendah dan sinaran matahari yang kurang.


Ketika musim panas cuaca yang cerah dan sederhana amat sesuai untuk kegiatan
pelancongan di kawasan peranginan pantai. Aktiviti seperti berenang, snokeling dan

menyelam dapat dilakukan. Walau bagaimanapun ketika musim sejuk lebih kepada aktiviti

luncur salji kerana banyak kawasan peranginan tinggi dilitupi dengan salji.







11

Aktiviti penternakan juga berbeza ketika musim panas dan sejuk. Ketika musim panas

haiwan ternakan akan dilepaskan di padang ragut dan halau ke tanah tinggi kerana air dan
salji yang mencair menggalakkan pertumbuhan rumput. Pada musim sejuk binatang ternakan

dikurung di dalam kandang dan diberi rumput kering.


Aktiviti pembalakan juga dipengaruhi oleh kejadian solstis. Ketika musim panas

balak-balak yang ditinggalkan di dalam sungai akan dihanyutkan oleh air sungai yang
mencair. Aktiviti penebangan pokok balak lebih giat dilakukan ketika solstis musim sejuk

kerana getah pokok balak yang kering memudahkan penebangan pokok balak. Permukaan
tanah bersalji dan licin memudahkan balak yang ditebang diheret ke sungai.



Aktiviti perikanan ketika musim sejuk giat dijalankan di laut kerana cuaca cerah.
Ketika musim sejuk aktiviti perikanan tergendala kerana laut membeku, permukaan laut

berkabus hingga menyebabkan jarak penglihatan terhad. Keadaan ini berbahaya kepada
nelayan. Hanya aktiviti perikanan secara kecil-kecilan dapat dijalankan.


Aktiviti perburuan juga dijalankan ketika solstis musim panas dan solstis musim

sejuk. Ketika musim panas aktiviti perburuan perburuan dilakukan untuk mendapatkan

daging. Manakala ketika musim sejuk aktiviti perburuan giat dilakukan kerana haian tidak
aktif dan mudah diburu. Ketika musim ini juga haiwan diburu untuk mendapatkan bulu.


Aktiviti sukan dan rekreasi juga berbeza mengikut musim. Ketika musim panas

aktiviti sukan air seperti perahu layar dipertandingkan kerana cuaca ang cerah dan angin yang

kencang. Acara sukan juga dapat dijalankan di kawasan padan dan terbuka. Ketika musim
sejuk pula sukan luncur salji dijalankan di kawasan tanah tinggi ang dipenuhi salji.


Aktiviti perlombongan giat dijalankan ketika musim panas kerana cuaca yang cerah

dan suhu yang tinggi memudahkan pergerakan dan aktiviti pengeluaran hasil lombong.

Ketika musim sejuk kegiatan perlombongan terganggu kerana suhu yang sejuk mengganggu
dan menyukarkan aktiviti perlombongan dilakukan.








12

4 (a) Terangkan maksud tenaga berikut : (6)
i) Tenaga keupayaan
ii) Tenaga kinetik
iii) Tenaga graviti

Cadangan Jawapan


i) Tenaga keupayaan –

Tenaga keupayaan yang dimiliki dan disimpan dalam sesuatu jasad kerana kedudukan
dan keadaannya contohnya semakin banyak isipadu air sungai , semakin banyak tenaga

potensi
ii) Tenaga kinetik-

Tenaga kinetik terhasil akibat pergerakan sesuatu jasad . semakin laju pergerakan
sesuatu jasad, semakin tinggi tenaga kinetik yang terhasil

iii) Tenaga graviti –

Tenaga graviti dimiliki oleh bumi untuk menarik jisim dari atas kebawah . Tenaga ini
bergantung kepada saiz dan kedudukan jisim pada ketinggian tertentu





(b) Jelaskan empat perbezaan antara tenaga endogenik dengan tenaga eksogenik [8]


Cadangan Jawapan

Tenaga endogenik
i. Punca -Tenaga dalaman dari perut bumi seperti tenga haba, tenaga radiogenik dan
tenaga graviti
ii. Bentuk mukabumi – lapolit, pakolit, tasek kawah, gunung lipat tua
iii. Proses – Proses metamorfosis, gempa bumi, aktiviti gunung berapi

Tenaga eksogenik
i. Punca - dari luar permukaan bumi iaitu sumber matahari dalam bentuk bahang
bumi.
ii. Bentuk mukabumi –stalakmit, stalaktit, gua batu kapur
iii. Proses – Proses luluhawa, proses hakisan, proses pengangkutan, proses gerakan
jisim








13

(c) Bincangkan mengapa terdapat perbezaan kadar penyerapan tenaga suria pada permukaan
bumi [11]

Cadangan Jawapan

Warna permukaan yang berbeza (pengaruh albedo)- permukaan berwarna gelap seperti hutan
dan batuan lebih banyak menyerap haba berbanding permukaan cerah seperti salji.
i. Tekstur- tekstur yang kasar seperti permukaan tar dan dinding kongkrit lebih banyak
menyerap haba berbanding permukaan yang licin dan rata.
ii. Struktur permukaan –permukaan bumi mendatar (horizontal) lebih banyak menyerap
haba berbanding permukaan yang menegak (vertikal )
iii. Kandungan mineral- mineral batuan seperti kuartza , silika dan mika lebigh banyak
membalikan haba berbanding mineral batuan seperti riolit
iv. Aspek – permukaan cerun yang mengadap matahari lebih banyak terdedah kepada
bahang solar dan menyerap lebih banyak haba berbanding permukaan yang
membelakang matahari.
v. kesimpulan





5 (a) Huraikan pengaruh tenaga suria terhadap proses-proses fizikal di permukaan bumi. [12]

Rangka Jawapan

i. Pancaran matahari terik sepanjang tahun.
ii. Jumlah cahaya matahari yang banyak.
iii. Bahangan suria yang tinggi.
iv. Suhu yang tinggi.
v. Bahangan suria yang mencukupi.
vi. Panas dan lembap sepanjang tahun.




Cadangan Jawapan

Pancaran matahari terik sepanjang tahun akan menggalakkan proses sejatan dan sejat

peluhan untuk pembentukan awan yang cepat berlaku. Hujan lebat akan akan menambahkan
isi padu air sungai dan menggalakan hakisan sungai di peringkat hilir.



Jumlah cahaya matahari yang banyak di kawasan tropika akan menyebabkan tekanan
udara yang rendah dan mengalir ke kutub manakala kawasan kutub jumlah cahaya matahari

sedikit akan menyebabkan tekanan udara tinggi. Semakin besar perbezaan tekanan udara antara
dua tempat akan menyebabkan semakin kencang angin bertiup. Ini akan menyebabkan hakisan

ombak di pinggir pantai.



14

Bahangan suria yang tinggi membekalkan tenaga yang cukup untuk membolehkan

proses sejatan dari permukaan tasik, sungai, laut dan sejat peluhan dari tumbuhan dan lembapan
tanih. Wap air ini akan terbebas ke atmosfera.


Suhu yang tinggi menyebabkan proses luluhawa fizikal giat berlaku di kawasan gurun

contohnya luluhawa fizikal iaitu proses pengembangan giat berlaku pada waktu siang dan

pengecutan pada waktu malam. Proses kembang kecut ini akan menyebabkan batuan retak dan
pecah dalam bentuk pengelupasan bawang.


Bahangan suria yang mencukupi akan menggalakkan proses fotosintesis untuk

tumbuh-tumbuhan memproses makanannya sendiri dalam bentuk daun dan buah. Seterusnya

makanan ini menjadi pengeluar kepada pengguna primer dalam rantaian makanan.
Panas dan lembap sepanjang tahun menyebabkan luluhawa kimia di kawasan tropika

lembap giat berlaku. Proses pengoksidaan tindak balas kimia antara air dalam batuan dan
oksigen yang menyebabkan batuan menjadi berkarat dan reput membentuk tanah laterit. Proses

tindak balas akan menyebabkan batuan akan retak dan hancur.




5 (b) Bincangkan kesan bahangan suria terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika lembap.
[13]
Rangka Jawapan

i. Suhu yang tinggi.
ii. Panas dan lembap sepanjang tahun.
iii. Bahangan suria yang tinggi.
iv. Pancaran matahari terik sepanjang tahun.
v. Bahangan suria yang mencukupi.
vi. Jumlah cahaya matahari yang banyak.



Cadangan Jawapan

Suhu yang tinggi sepanjang tahun di kawasan tropika menggalakkan kedatangan
pelancong asing dari negara bermusim. Aktiviti yang menjadi tarikan pelancong seperti aktiviti

berjemur di tepi pantai, berkayak, berakit dan sebagainya.








15

Panas dan lembap sepanjang tahun di kawasan tropika lembap menggalakkan

tumbesaran pokok berkayu keras seperti cengal, meranti, keruing dan menggalakkan aktiviti
pembalakan di kawasa tropika lembap.


Bahangan suria yang tinggi sepanjang tahun menggalakkan aktiviti pertanian di

kawasan tropika lembap. Tumbesaran yang sempurna. Pengeluaran hasil tanaman seperti padi,

susu getah, tembakau, kelapa sawit yang amat baik.


Pancaran matahari terik sepanjang tahun menggalakkan aktiviti pengeringan dalam
industri kecil dan sederhana (IKS) seperti pengeringan ikan kering dan batik dapat

dilaksanakan.


Bahangan suria yang mencukupi pada musim panas aktiviti pertanian dapat dijalankan

dengan giat seperti tanaman bijirin gandum dapat dijalankan.
Jumlah cahaya matahari yang banyak menganggu aktiviti riadah penduduk. Penduduk

terpaksa mengehadkan pengerakan kerana boleh menyebabkan serangan strok haba, deman
panas dan penularan penyakit.



Kesimpulannya suhu yang tinggi, panas dan lembap sepanjang tahun, bahangan suria
yang tinggi dan pancaran matahari terik sepanjang tahun amat penting kepada manusia bagi

menjalani kehidupan seharian dan mendapat manfaat daripada kesan bahangan suria khususnya
di negara tropika lembap.





















16

SISTEM GEOMORFOLOGI



6 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan proses geomorfologi? [3]

Cadangan Jawapan


Proses perkembangan pembentukan bentuk muka bumi dan meliputi proses

proses semulajadi seperti luluhawa, hakisan dan pemendapan yang mengubah,
mengukir dan membentuk bentuk muka bumi.






(b) Bincangkan empat proses dalam sistem geomorfologi. [13]
Rangka Jawapan
Isi Proses Kesan
i Luluhawa penguraian batuan pandang darat karst
ii Hakisan proses penghausan atau penghasilan regolit
pengukiran batuan
iii Pergerakan jisim pegerakan bahan regolit perubahan landskap fizikal
iv Pengangkutan pemindahan sisa hakisan permukaan landai
v Pemendapan muatan menjadi tetambak/delta/dataran
pegun/terlonggok banjir
kesimpulan

Cadangan Jawapan

Salah satu proses geomorfologi adalah luluhawa. Luluhawa merupakan proses

penguraian dan pereputan batuan secara insitu. Luluhawa kimia jenis pengkarbonan akan

menghasilkan pandang darat karst seperti gua batu kapur, stalagmit dan stalatit.
Hakisan merupakan proses penghausan atau pengukiran batuan dan bentuk muka bumi

dengan bantuan agen geomorfologi seperti air mengalir, titisan hujan, ombak dan angin.
Hakisan yang berlaku secara berterusan akan menghasilkan regolit yang tebal.

Pergerakan jisim merupakan proses pergerakan regolit dari cerun atas ke bahagian
bawah cerun akibat tarikan graviti. Kejadian pergerakan jisim seperti tanah runtuh akan

menyebaban perubahan landskap fizikal seperti pembentukan cerun yang lebih curam.







17

Pemendapan pula merupakan proses yang berlaku apabila bahan muatan menjadi

pegun, terlonggok dan tidak diangkut lagi oleh agen seperti air mengalir. Proses pemendapan
bahan muatan seperti di sungai akan menghasilkan delta di muara sungai.

kesimpulannya, empat proses geomorfologi dalam sistem geomorfologi adalah seperti
luluhawa, hakisan, pergerakan jisim dan pemendapan.






(c) Jelaskan bagaimana aktiviti manusia boleh menganggu keseimbangan sistem
geomorfologi [9]

Rangka Jawapan

isi proses kesan
i. Pertanian di cerun pemotongan tanah hakisan tanah
ii. Kuari batuan/ kaedah letupan pergerakan jisim
perlombongan di cerun
iii. Pembalakan penebangan pokok luluhawa - pelepasan
tekanan

Cadangan Jawapan


Pertanian di cerun boleh menganggu keseimbangan sistem geomorfologi.
Pemotongan tanah di kawasan cerun untuk aktiviti pertanian seperti penanaman padi huma,

penanaman sayur-sayuran dan bijirin di cerun akan menyebabkan berlakunya struktur tanah

menjadi longgar dan terdedah kepada agen-agen hakisan seperti air hujan. Keadaan ini akan
menyebabkan kawasan cerun senang mengalami hakisan tanah.

Perlombongan di kawasan cerun turut menganggu keseimbangan sistem
geomorfologi. Penggunaan kaedah letupan dalam aktiviti perlombongan seperti kuari batuan

akan melonggarkan struktur tanah. Apabila hujan turun dengan lebat, pergerakan jisim seperti

tanah runtuh akan berlaku di kawasan cerun.
Pembinaan jaringan pengangkutan dan perhubungan akan menyebabkan tanah

terdedah kepada agen- agen geomorfologi seperti air hujan. Penebangan pokok secara besar-
besaran akan menyebabkan proses pintasan dan proses susupan tidak berlaku. kewujudan larian

air permukaan yang giat berlaku akan menyebabkan hakisan permukaan.






18

7. (a) Jelaskan empat proses kitaran batuan [12]

Rangka Jawapan

Kitaran Batuan Proses Hasil/Kesan
i Igneus kepada Enapan Hakisan dan sedimentasi Enapan klastik
ii Enapan kepada Metamorfik Suhu dan tekanan tinggi Metamorfik serantau
iii Metamorfik kepada Igenus Peleburan dan pembekuan Igneus jalar dalam
iv Igneus kepada Metamorfik Suhu dan tekanan tinggi Metamorfik serantau
v Metamorfik kepada Enapan Hakisan dan sedimentasi Enapan klastik
vi Enapan kepada Igenus Peleburan dan pembekuan Igneus jalar dalam

Cadangan Jawapan


Melibatkan batuan igneus menjadi batuan enapan. Proses perubahan ini melibatkan hakisan
dan proses sendimentari.melalui proses pemadatan dan penyimenan serpihan batuan. Kesan

daripada proses tersebut akan menghasilkan batuan enapan klastik.


Batuan enapan bertukar menjadi batuan metamorfik. Proses perubahan ini melibatkan

suhu dan tekanan yang tinggi. Tekanan dan suhu yang tinggi terhadap batuan asal semasa
gerakan tektonik berlaku. Di samping itu tindak balas kimia dan perubahan kandungan mineral

menjadikan batuan tersebut berubah menjadi batuan metamorfik serantau.


Batuan metamorfik bertukar kepada batuan igneus. Proses perubahan ini terjadi

disebabkan penyejukan dan pembekuan magma di dalam rekahan kerak bumi. Kesannya
terbentuknya igneus jalar dalam.


Batuan igneus bertukar kepada batuan metamorfik. Proses ini melibatkan suhu dan

tekanan tinggi menyebabkan batuan tersebut berubah bentuk, warna dan komposisi

mineralnya. Tindak balas kimia dan perubahan kandungan mineral menjadi batuan tersebut
menjadi metamorfik serantau.












19

(b) Bincangkan enam kepentingan batuan enapan terhadap aktivti manusia. [13]

Rangka Jawapan

i. Arang batu + bahan api = menggalakkan aktiviti perlombongan bahan api.
ii. Batu kapur + bahan binaan = menggalakkan perlombongan kuari
iii. Batu syal + sifat menakung air = aktiviti tanaman padi sawah
iv. Batu pasir mengandungi kuarzit = industri kaca
v. Kaolin bersifat lembut dan mudah dibentuk = industri tembikar
vi. Garam batu + mengawet makanan = industri pengeringan ikan dan membuat jeruk
x Kesimpulan




Cadangan Jawapan


Salah satu kepentingan batuan enapan ialah arang batu boleh digunakan sebagai bahan

api. Hal ini akan menggalakkan aktiviti perlombongan bahan api. Bahan ini api ini digunakan
untuk menggerakkan kenderaan atau mesin.


Batu kapur untuk kegunaan bahan binaan. Batu kapur dilombong untuk membuat

simen. Aktiviti membuat simen ini akan menggalakkan perlombongan kuari batu kapur dan

aktiviti perindustrian. Aktiviti perindustrian ini melibatkan kilang membuat simen dan bata
simen.


Batu syal atau tanah liat yang bersifat menakung air. Tanah liat amat sesuai untuk

aktiviti tanaman padi sawah. Hal ini kerana sifat tanah liat dapat menakung air dan membantu

tumbesaran pokok padi. Secara tidak langsung akan menarik lebih banyak penduduk tertumpu
di kawasan ini contohnya Jelapang Padi Malaysia di Kedah.


Batu pasir yang mengandungi kuarzit sesuai digunakan untuk industri membuat

barangan kaca. Sebagai contoh industri pembuatan kaca terdapat di Kawasan Perindustrian
Jelapang dan Lahat yang terdapat di negeri Perak.



Kaolin bersifat lembut dan mudah dibentuk. Batuan enapan jenis kaolin ini amat sesuai
untuk industri membuat tembikar dan plaster siling kerana kaolin merupakan simen putih yang

lembut dan mudah dibentuk.






20

Garam batu yang digunakan untuk pengawetan makanan. Garam batu digunakan

untuk industri pengeringan ikan dan membuat jeruk. Makanan akan menjadi tahan lama dan
tidak mudah rosak disamping sebagai penambah perasa dalam makanan.


Kesimpulannya, antara kepentingan batuan enapan ialah arang batu sabagai bahan api,

batu kapur untuk industri binaan, tanah liat untuk tanaman padi sawah, batu pasir untuk

industri membuat barangan kaca, kaolin untuk industri tembikar dan garam batu untuk
pengawetan makanan.




8. (a) Huraikan enam proses pembentukan muka bumi yang terhasil akibat pergerakan plat tektonik.
[12]
Cadangan Jawapan

Gunung lipat terhasil daripada proses pertembungan plat yang akan menghasilkan lipat lendut. Jurang
lautan terhasil daripada pencapahan plat yang berlaku di lautan. Seterusnya lurah gelinciran terhasil
daripada perselisihan atau pencapahan/pertembungan plat yang mana satu plat akan jatuh. Pembentukan
gunung bongkah terhasil daripada pertembungan dua plat. Satu plat akan naik dan satu lagi akan kekal.
Pantai timbul terhasil daripada pertembungan plat. Satu plat akan naik. Akhir sekali sungai balik muda
terhasil daripada pertembungan plat. Satu plat akan jatuh






(b) Bincangkan bagaimana proses-proses endogenik mempengaruhi pelbagai bentuk muka bumi
yang wujud sekarang. [13]

Cadangan Jawapan

Proses lipatan kerak bumi membentuk gunung lipat atau banjaran gunung. Kerak bumi akan berlipat-
lipat akibat pergerakan plat secara bertembung. Seterusnya proses gelinciran kerak bumi membentuk
gunung bungkaah. Bahagian bumi yang kukuh dan tidak tersesar atau tergelincir akan tinggal tinggi
sebagai gunung bungkah. Bahagian bumi yang jatuh atau teratam ke bawah membentuk lurah gelinciran
yang dalam. Proses atau aktiviti magma gunung berapi membentuk bentuk muka bumi gunung berapi
seperti kun gunung berapi, dataran lava, tasik kawah, gizer dan mata air panas. Selain itu, pembentukan
batuan igneus juga terhasil daripada pembekuan dan penyejukan magma gunung berapi. Proses
metamorphosis membentuk batuan metamorphosis akibat haba panas dalam bumi, bahang magma dan
tekanan himpitan lapisan bumi seterusnya mengubah bentuk dan kandungan kimia batuan enapan dan
igneus dan membentuk batuan metamorphosis. Akhir sekali pergerakan plat bumi akibat pertembungan
plat akan membentuk gunung dan banjaran. Pencapahan plat bumi pula membentuk jurang laut.





21

9 (a) Bincangkankan enam faktor yang mempengaruhi kepelbagaian bentuk gunung
berapi. [13]

Rangka Jawapan

i. jenis lava
ii. kekuatan letusan/letupan
iii. jenis/ciri/jumlah lohong
iv. kuantiti bahan letusan yang dikeluarkan
v. tindakan agen hakisan
vi. kekerapan letusan/letupan
vii. Usia gunung berapi
viii. kesimpulan

#calon perlu menyebut faktor dan bentuk gunung berapi yang terhasil, sekiranya calon
tidak menyebut faktor dan bentuk, maka markah adalah 0.

Cadangan Jawapan

Jenis lava akan mempengaruhi sesuatu bentuk bumi bumi gunung berapi. lava bes yang cair
dan lambat membeku akan membentuk cerun landai manakala lava asid lebih pekat
membentuk cerun curam

kekuatan letusan/letupan, letusan yang kuat akan membentuk kaldera/ krater/kawah besar.
sekiranya letusan perlahan akan membentuk kun tinggi/ kawah kecil

Jenis/ciri/jumlah lohong, Sekiranya terdapat lohong yang banyak termasuk rekahan sisi
gunung berapi maka magma akan keluar melalui pelbagai arah. Akibatnya kon komposit
akan terbentuk.


kuantiti bahan letusan/letupan kuantiti lava dan bahan piroklastik yang dikeluarkan
banyak maka gunung berapi yang terbentuk lebih besar dan landai. kuantiti bahan yang
dikeluarkan sedikit maka bentuk gunung berapi yang terbentuk lebih kecil dan curam.
tindakan agen hakisan, hakisan yang berterusan oleh angina, air di cerun gunung berapi
akan meruntuhkan cerun dan mendedahkan magma akan menghasilkan bentuk landai / curam

kekerapan letusan/letupan. Letusan yang senyap dan berterusan akan mewujudkan
gunung berapi yang sekata. letusan yang kuat, lohong gunung berapi akan musnah dan
mewujudkan kawah yang besar.

Usia gunung berapi ,gunung berapi tua akan menjadi semakin rendah/landai, gunung
berapi muda akan membentuk cerun yang tinggi/curam







22

(b) Jelaskan kepentingan bentuk muka bumi gunung berapi terhadap aktiviti
manusia. [12]

Rangka Jawapan

i. Tasik kawah – pelacongan, perikanan akuakultur
ii. Dataran lava – pertanian, perlancongan
iii. Geiser / mata air panas – Tenaga geoterma, pelancongan
iv. Batuan igneus – perlombongan,
v. Kaldera/ Kawah besar / krater – pelancongan
vi. Kolam lumpur di kawasan gunung berapi – industri kosmetik – spa/salun
kecantikan
vii. Kon lava bes - pertanian


Cadangan Jawapan

Tasik kawah mempunyai kawasan yang berpandangan yang menarik menggalakkan
aktiviti dijalankan, contohnya Danau Toba.

Dataran lava Letusan gunung berapi lava bes kaya dengan pelbagai mineral
membenuk dataran lava yang subur untuk kegiatan pertanian seperti tanaman padi
dan kapas.

Geiser / mata air panas terdapat di kawasan gunung berapi. Terdiri daripada punca
air dari dalam bumi yang dipanaskan oleh magma panas . Tekanan yang amat panas
menyebabkan airnya terpancut tinggi yang boleh dijanakan tenaga elektrik atau tenaga
geoterma

Batuan igneus Magma yang membeku di bawah tanah membentuk batuan keras
seperti granit. Apabila batuan ini terdedah ke permukaan bumi akibat aktiviti
gondolan batuan tersebut menjadikan aktiviti perlombongan dijalankan.

Kaldera/ Kawah besar amat unik dan menarik. Kawasan ini amat sesuai dijadikan
sebagai kawasan ekopelancongan yang popular


Kolam lumpur di kawasan gunung berapi yang tidak aktif. Lumpur dijadikan bahan
industri kosmetik/spa/salun kecantikan atau mandi lumpur untuk merawat pelbagai
penyakit kulit.

Kon lava bes mempunyai cerun yang subur sesuai untuk aktiviti pertanian.







23

10. (a) Bincangkan enam bukti yang dapat menyokong teori hanyutan benua. [13]

Rangka Jawapan

i. Persamaan garis pantai benua
ii. Bukti geologi
iii. Bukti bahan fosil
iv. Bukti kajian batuan purba (paleomagnet)
v. Bukti oseanik
vi. Kajian iklim purba
vii. Persamaan ciri dan sifat gunung lipat
ax Kesimpulan

Cadangan Jawapan


Persamaan garis pantai benua- garis pantai benua boleh dicantumkan walaupun terletak jauh
/jigsaw puzzle. – garis pantai antara pantai timur Amerika Selatan dengan pantai barat Afrika

boleh dicantumkan, menunjukkan benua-benua ini pernah bercantum.


Geologi- jenis dan usia batuan di benua berlainan- contoh persamaan jenis dan usia batuan

dibenua Afrika dan Amerika selatan. Emas yang dilombong diKolar India sama usianya
(2,400juta tahun) dengan emas yang di Kalgoorlie Australia.


Bukti bahan fosil-fosil tumbuhan dan binatang purba dari jenis dan usia sama di benua

berlainan. Reptilia Trasik yang pernah hidup di Amerika Selatan sama keturunan dengan

yang hidup di Afrika. Fosil reptilia Mesosaurus yang hidup di air tawar pernah dijumpai di
kedua-dua benua.



Bukti kajian batuan purba (paleomagnet)-kedudukan magnet batuan yang mengarah
kearah kutub utara mengalami perubahan di antara benua-benua lain. Kedudukan kutub utara

sebenarnya tidak pernah berubah tetapi perubahan medan magnet batuan tersebut berlaku
disebabkan pergerakan benua-benua.


Bukti Oseanik- mendapan lautan paling tua dari jenis dan usia yang sama di temui di lautan

Pasifik dan Lautan Atlantik .


Kajian iklim purba –bukti mendapan glasier yang terdapat barat laut Afrika sama jenis

dengan di lavras Brazil.



24

Persamaan ciri dan sifat gunung lipat – Benua Amerika Utara pernah bercantum
dengan benua Eropah ( banjaran Kaledonia di selatan Green land mempunyai sifat yang

sama dengan tanah tinggi Scandinavia)


Kesimpulan




(b) Jelaskan proses-proses pembentukan muka bumi yang terhasil akibat pergerakan plat
tektonik. [12]

Rangka Jawapan

i. Pembentukan gunung lipat
ii. Pembentukan jurang lautan
iii. lurah gelinciran
iv. gunung bongkah
v. pantai timbul
vi. sungai balik muda


Cadangan Jawapan

Pembentukan gunung lipat- apabila dua plat bertembung- kedua-dua berkedut atau
berkisut dan mampat- batuan dibenua akan terkedut dan terlipat membentuk gunung lipat

– contoh pergunungan Himalaya dan banjaran Titiwangsa.


Pembentukan jurang lautan- percapahan plat dilautan – akan hasilakan jurang lautan yang

dalam .Contoh jurang Mariana di Filipina dan jurang Peru-Chile di Amerika Selatan
lurah gelinciran – pencapahan / pertembungan plat –sebahagian akan jatuh membentuk

lurah gelinciran.


Pembentukan gunung bongkah- Percapahan atau pertembungan plat – bahagian yang

menaik membentuk gunung bongkah


pantai timbul - proses pertembungan plat- bahagian yang menaik- membentuk pantai
timbul

Pembentukan sungai balik muda- Pergerakan plat berlaku sehingga menyebabkan
satu plat naik dan satu lagi menurun. Jika berlaku di aliran sebatang sungai, proses


25

hakisan giat semula walaupun kawasan itu bahagian hilir sungai- proses pembentukan

bentuk muka bumi mendapan digantikan dengan air terjun.
( calon perlu jelaskan 3 proses dengan lengkap iaitu bercapah, bertembung , berselisih )






11 (a) Sejauhmanakah faktor batuan mempengaruhi proses luluhawa di sesebuah kawasan
[13]
Rangka Jawapan

Faktor Batuan
i. Kandungan mineral batuan- feldspar & mika- luluhawa kimia jenis penghidratan;
besi- luluhawa kimia jenis pengoksidaan
ii. Warna Batuan- warna gelap- luluhawa giat; warna cerah- luluhawa kurang giat
iii. Struktur Rekahan – retakan dan rekahan- tindakan ibun, hidrolisis, pengoksidaan
iv. Kekerasan Batuan – Batuan keras contoh kuartzit- lebih tahan terhadap luluhawa;
batuan lembut contoh batu kapur- lebih mudah terluluhawa seperti luluhawa jenis
larutan

Faktor-Faktor Lain
v. Suhu - Julat suhu harian tinggi seperti gurun panas- luluhawa fizikal melalui
proses pengembangan dan pengecutan; Suhu sentiasa tinggi di kawasan tropika
lembap- luluhawa kimia aktif
vi. Hujan - Hujan lebat di kawasan tropika lembap menggalakkan luluhawa kimia
seperti larutan, pengkarbonan, penghidratan, pengoksidaan dan hidrolisis
vii. Fros - Kawasan tanah tinggi yg ketinggian melebihi tahap pembekuan, fros amat
berkesan memecahkan batuan- tindakan fros
viii. Tumbuh-tumbuhan- Bahan organik spt daun, ranting menjadi humus dan
menghasilkan humik- luluhawa biologi; Pembesaran akar-retak dan pecahkan
batuan- luluhawa fizikal
ix. Aktiviti Manusia - Pertanian, perlombongan, peperangan dan pembinaan- struktur
batuan longgar dan retak- luluhawa giat- hidrolisis, pelepasan tekanan dan
tindakan ibun
kesimpulan: penegasan



Cadangan Jawapan

Faktor batuan dari segi warna memang mempengaruhi proses luluhawa di
sesebuah kawasan iaitu batuan yang berwarna gelap mengalami tindakan luluhawa jenis
persuriaan yang lebih giat kerana lebih banyak menyerap dan menyimpan haba bahang
matahari berbanding batuan yang berwarna cerah yang kurang menyerap dan menyimpan
haba.






26

Walau bagaimanapun terdapat juga faktor lain iaitu faktor suhu. Suhu yang sentiasa
tinggi sepanjang tahun menyebabkan luluhawa kimia aktif sepanjang. Menurut Van Den Hof
setiap kenaikan suhu sebanyak 1C akan meningkatkan keberkesanan luluhawa kimia
sebanyak 10%.

Faktor hujan juga mempengaruhi proses luluhawa iaitu hujan yang lebat di kawasan
tropika lembap membekalkan sumber air untuk semua proses luluhawa kimia seperti larutan,
pengkarbonan dan penghidratan.


Selain itu, terdapat juga faktor tumbuh-tumbuhan yang mempengaruhi proses
luluhawa iaitu pembesaran akar-akar tumbuhan boleh meretak dan merekahkan sesuatu
batuan secara baji iaitu luluhawa fizikal akan menjadi giat.

Seterusnya ialah faktor fros atau ibun. Di kawasan tanah tinggi yang ketinggiannya
melepasi tahap pembekuan, fros amat berkesan untuk memecahkan batuan tersebut melalui
tindakan ibun. Proses beku dan cair akan berlaku secara berulangkali sehingga batuan
tersebut akhirnya pecah.

Aktiviti manusia juga mempengaruhi proses luluhawa iaitu aktiviti pertanian,
perlombongan dan pembinaan menyebabkan struktur batuan menjadi longgar dan meretak
seterusnya menggalakkan proses luluhawa seperti hidrolisis, pelepasan tekanan dan
sebagainya.

Kesimpulannya, berdasarkan huraian di atas, faktor seperti suhu, hujan, tindakan fros,
tumbuh-tumbuhan dan aktiviti manusia memang merupakan faktor yang sangat penting
mempengaruhi proses luluhawa berbanding faktor batuan itu sendiri.





(b) Jelaskan enam kesan luluhawa terhadap aktiviti manusia. [12]

Rangka Jawapan

i. Pembentukan Tanah Regolit – menggalakkan aktiviti pertanian
• Tanih aluvium- padi
• Tanih laterit- getah, kelapa sawit
• Tanih pasir- kelapa
ii. Pemandangan karst- gua batu kapur, stalagmit, stalatit – menggalakkan pelancongan
iii. Pembentukan tanah liat putih(kaolin) – pembinaan – siling bangunan
iv. Galian-menggalakkan aktiviti perindustrian
• kuartzit- seramik
• titanium- membuat aloi ringan
• fosfat- buat baja
v. Pemecahan Batuan- menggalakkan aktiviti perlombongan
• batuan pecah dan retak- memudahkan aktiviti perlombongan
vi. Pembentukan batu berlubang – menggalakkan aktiviti perikanan





27

• proses hidrolisis di pinggir pantai menghasilkan banyak batu berlubang- tempat
pembiakan ikan dan tempat persembunyian anak-anak ikan bekalan ikan banyak
untuk perikanan


Cadangan Jawapan

Kesan luluhawa terhadap aktiviti manusia ialah pembentukan tanah regolit,

pemandangan karst, pembentukan tanah liat putih(kaolin) , pembentukan galian, pemecahan
batuan dan pembentukan batu berlubang.



Kesan luluhawa terhadap aktiviti manusia ialah luluhawa menyebabkan pembentukan
tanah regolit yang kaya dengan pelbagai mineral dan menggalakkan aktiviti pertanian. Tanih

laterit yang terhasil akibat luluhawa sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit.


Luluhawa juga membawa kesan pembentukan pemandangan karst di kawasan gua
batu kapur hasil proses pengkarbonan menarik pelancong. Aktiviti pelancongan giat di

kawasan ini kerana keunikan stalagmit dan stalagtit di dalam gua seperti di Gua Mulu,

Sarawak.


Selain itu, luluhawa juga menyebabkan pembentukan tanah liat putih (kaolin) untuk
aktiviti pembinaan. Kaolin terhasil akibat luluhawa banyak digunakan untuk membuat

kemasan siling bangunan.


Kesan seterusnya ialah kewujudan galian iaitu kuartzit. Aktiviti perindustrian

berkembang kerana galian ini digunakan untuk membuat barangan seramik.


Luluhawa juga membawa kesan seperti pemecahan batuan. Pemecahan batuan

boleh mempengaruhi aktiviti manusia dari segi perlombongan. Batuan pecah dan retak
memudahkan aktiviti perlombongan dijalankan.


Akhirnya ialah pembentukan batu berlubang. Proses hidrolisis di pinggir pantai

menghasilkan banyak batu berlubang, tempat pembiakan ikan dan tempat persembunyian.
Oleh itu, anak-anak ikan bekalan ikan banyak untuk perikanan Oleh itu aktiviti perikanan

adalah giat di kawasan ini.




28

12. (a) Jelaskan enam faktor berlakunya aliran lumpur di kawasan tropika lembap. [12]

Rangka Jawapan

i. Litupan tumbuh-tumbuhan
ii. Hujan yang lebat
iii. Kecuraman cerun
iv. Jenis tanih dan batuan
v. Gerakan Tektonik
vi. Aktiviti manusia


Cadangan Jawapan

Cerun bukit yang mengalami aktiviti pembalakan dan pembinaan hingga berkeadaan gondol
menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan terdedah kepada hakisan tanah dan bergerak

bersama-sama dengan air hujan membentuk aliran lumpur.


Turunan hujan yang lebat dalam tempoh yang lama menyebabkan lembapan tanah menjadi

tinggi. Air hujan yang banyak meresap masuk ke dalam tanah menyebabkan tanah menjadi
tepu dan bergerak turun ke bawah cerun bersama-sama air hujan.


Cerun yang mempunyai kecuraman lebih daripada 20% berisiko tinggi untuk berlakunya aliran

lumpur. Tarikan graviti yang kuat menyebabkan tanah bergerak bersama-sama dengan air

hujan menuruni cerun.


Kedudukan dan pembentukan tanih di atas batuan dasar yang tidak mantap menyebabkan tanih

di atas cerun menjadi tidak stabil bergerak bersama-sama dengan air hujan yang turun
membentuk aliran lumpur.


Gegaran seperti gempa bumi dan gunug berapi menjadikan struktur tanah menjadi renggang,

longgar dan sebahagiannya hancur. Apabila hujan turun dengan lebat, tanah yang hancur
bercampur dengan air yang banyak bergerak menuruni cerun.



Aktiviti pembinaan melibatkan pembangunan di kawasan tanah tinggi melibatkan aktiviti
pemotongan cerun yang tidak mengambil kira sudut cerun, kekuatan tanah dan jenis batuan

menyebabkan cerun menjadi tidak stabil.



29

(b) Bincangkan kesan aliran lumpur terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar
manusia. [13]

Rangka Jawapan

i. Aliran lumpur
ii. Runtuhan batuan
iii. Gelangsaran tanah
iv. Kesotan tanih
v. Geluncuran tanih
vi. Banjir lumpur



Cadangan Jawapan

Aliran lumpur menyebabkan pencemaran air sungai. Lumpur yang masuk ke dalam sungai

menyebabkan air sungai menjadi keruh dan sedimen yang mendap di dasar sungai

menyebabkan dasar sungai menjadi cetek dan tidak mampu menampung jumlah air yang
banyak sewaktu huajn lebat. banjir sungai akan kerap berlaku.


Perubahan landskap akan berlaku apabila longgokan batuan yang banyak di bawah cerun

menyebabkan kawasan tanah tinggi menjadi rata. Contohnya runtuhan batuan di Gunung
Kinabalu akibat gempa bumi.



Penduduk mengalami trauma dan masalah psikologi bagi yang tinggal di lereng-lereng bukit
yang mengalami gelangsaran kerana kediaman mereka musnah dan boleh meragut nyawa akan

sentiasa dibayangi ketakutan setiap kali hujan turun dengan lebat menyebabkan emosi mereka

terganggu.


Kerosakan infrastruktur seperti tiang elektrik condong dan tumbang atau jalan raya menjadi
retak akibat pergerakan tanah secara perlahan-lahan.

Kehilangan dan kerosakan harta benda seperti kemusnahan bangunan, kawasan petempatan
atau kawasan pertanian akibat ditimbus oleh geluncuran tanih yang bergerak dengan laju.



Kemusnahan flora dan fauna kerana banjir lumpur secara besar-besar yang bergerak dengan
cepat menimbus kawasan hutan dengan luas menyebabkan flora dan fauna mati.





30

13 (a) Bincangkan enam faktor pemendapan sungai di kawasan lembangan saliran.
[13]
Rangka Jawapan

i. Isi padu air
ii. Halaju air
iii. Kecerunan
iv. Bentuk alur
v. Jenis batuan
vi. Bahan muatan
vii. Halangan
viii. kesimpulan

Cadangan Jawapan


Isipadu air merupakan faktor pemendapan sungai di kawasan lembangan saliran.
Peningkatan isipadu air mempengaruhi peningkatan kadar pemndapan di tebing sungai.

Isipadu air yang tinggi selalunya mempunyai bahan mendapan yang tinggi. Isipadu air yang
rendah akan menyebabkan bahan muatan yang dibawa rendah . Oleh itu , kadar

pemendapan adalah rendah.


Selain dari itu, halaju air juga merupakan faktor pemendapan sungai di kawasan lembangan

sungai. Semakin deras air mengalir akan menyebabkan kadar pemendapan semakin kurang.
Jika air sungai mengalir semakin perlahan akan menyebabkan semakin tinggi kadar

pemendapan.


Di samping itu, faktor kecerunan turut memainkan peranan sebagai faktor pemendapan

sungai di kawasan lembangan saliran. Kecerunan alur sungai menjadi faktor pemendapan.
Semakin curam alur sungai maka kadar pemendapan bahan sungai adalah rendah manakala

semakin semakin landai alur sugai maka semakin tinggi kadar pemendapan bahan muatan

di alur sungai tersebut.


Selain itu, faktor bentuk alur juga mempengaruhi kadar pemendapan sungai di kawasan
lembangan saliran. Alur sungai yang berbentuk cembung akan menyebabkan kadar

pemendapan yang tinggi berbanding dengan alur sungai yang berbentuk cekung. Alur
berbentuk cekung akan mengalami kadar pemendapan yang rendah. Jadi, alur sungai

memang mempengaruhi kadar pemendapan sungai di kawasan lembangan saliran.




31

Di samping itu, faktor jenis batuan juga mempengaruhi kadar pemendapan sungai di

lembangan sungai. Batu tongkol dan batu pecahan yang besar adalah berat dan susah
diangkut. Batu tongkol dan batu pecahan ini akan termendap di dasar alur sungai dengan

kadar yang cepat.


Faktor pemendapan yang seterusnya ialah bahan muatan. Bahan muatan yang banyak

dalam alur sungai akan menyebabkan keupayaan mengangkut berkurangan .Keadaan ini
akan meningkatkan kadar pemendapan. Bahan muatan yang sedikit akan meningkatkan

keupayaan mengangkut lalu kadar pemendapan menjadi rendah.


Faktor terakhir ialah faktor halangan. Halangan dalam alur sungai akan mempengaruhi

faktor pemendapan. Halangan seperti jambatan boleh menghalang aliran sungai. Semakin
banyak halangan maka kadar pemendapan akan meningkat.


Terdapat banyak faktor pemendapan sungai di kawasan lembangan saliran.Faktor

pemendapan seperti isipadu air, halaju air, faktor kecerunan, faktor bentuk alur, faktor
jenis batuan, bahan muatan dan faktor halangan. Faktor pemendapan ini akan

membentuk bentuk muka bumi hilir sungai.




(b) Jelaskan enam kepentingan bentuk muka bumi di hilir sungai terhadap aktiviti manusia.
[12]
Rangka Jawapan

i. Tasik Ladam
ii. Delta
iii. Dataran banjir
iv. Tetambak
v. Lurah berbentuk u
vi. Pulau


Cadangan Jawapan


Terdapat banyak jenis bentuk muka bumi di hilir sungai yang mempunyai kepentingan

terhadap aktiviti manusia. Bentuk muka bumi seperti tasik ladam merupakan bentuk muka
bumi di hilir sungai. Tasik ladam boleh dijadikan sebagai kawasan perikanan air tawar.

Akuakultur sabgat sesuai dijalankan kerana ada bekalan air tawar yang bersih. Tasik ladam



32

juga mempunyai kepentingan dalam aspek pelancongan. Kawasan tasik ladam dikunjungi

pelancong untuk melihat sensiri keunikan tasik ladam. Tasik ladam juga dapat dijadikan
sebagai kawasan pertanian.


Delta merupakan bentuk muka bumi di hilir sungai yang mempunyai kepentingan terhadap

aktiviti manusia. Delta merupakan satu kawasan yang subur. Ia sesuai dijadikan sebagai

kawasan perikanan air tawar. Pelbagai jenis ikan air tawar dapat dijalankan. Di samping
itu, tasik ladam juga boleh dijadikan sebagai kawasan pertanian dan pelancongan.

Tanaman di tanam di sekitar tasik ladam subur kerana tanih alluvium yang subur. Kawasan
pertanian dan perikanan air tawar boleh dijadikan sebagai agro pelancongan ataupun tasik

ladam dijadikan sebagai tasik untuk beriadah dan aktiviti berkayak.


Selain dari itu, dataran banjir merupakan bentuk muka bumi hilir sungai. Kawasan dataran

banjir ini kaya dengan tanih alluvium yang subur. Tanih yang subir di sini membolehkan
aktiviti pertanian dijalankan khususnya padi sawah. Dataran banjir juga dapat dijadikan

kawasan pembinaan. Ia rata dan luas sesuai untuk aktiviti pembinaan kawasan perumahan
ataupun premis perniagaan.



Di samping itu, tetambak merupakan bentuk muka bumi di hilir sungai yang mempunyai
kepentingan terhadap aktiviti manusia. Tetambak sesuai digunkan untuk tujuan

pengangkutan dan perhubungan. Jalan raya sesuai dibina disepanjang tetambak tanpa
merisaukan fenomena banjir. Tetambak juga sesuai untuk tujuan petempatan. Kawasan

tetambak selamat dibina rumah petani.


Lurah bentuk U yang lebar merupakan bentuk muka bumi hilir sungai yang penting untuk

aktiviti manusia seperti perlombongan. Lurah bentuk U ini membolehkan aktiviti
perlombongan pasir dijalankan. Jentera perlombongan pasir serta lori pengangkut pasir

mudah sampai ke kawasan lurah U ini. Ia menggalakan perlombongan pasir sungai.


Selain dari itu, pulau merupakan salah satu bentuk muka bumi hilir sungai yang mempunyai

kepentingan terhadap aktiviti manusia. Pulau yang terbentuk di muara sungai sesuai
dijadikan sebagai kawasan petempatan dan pelancongan. pulau yang mempunyai tanah

pamah yang luas sesuai dijadikan kawasan perumahan dan juga boleh dijalankan aktiviti
pelancongan. Aktiviti berkayak, chalet terapung dan “ River Cruise” dapat dijalankan.


33

14 (a) Sejauh manakah faktor fizikal mempengaruhi pemendapan di pinggir pantai. [13]

Rangka Jawapan
Faktor Fizikal
i. cerun pantai
ii. jenis ombak
iii. halangan semulajadi
iv. bahan muatan
v. saiz bahan
vi. tumbuhan
vii. arus pesisir pantai

Faktor Manusia
viii. pembinaan benteng pemecah ombak, jeti dan pelabuhan
ix. penambakan pantai
x. penanaman pantai

kesimpulan - Penegasan mesti lebih kepada faktor fizikal


Cadangan Jawapan

Pemendapan di pinggir pantai berlaku apabila bahan-bahan muatan menjadi pegun, terlonggok
dan tidak diangkut lagi oleh agen-agen seperti ombak, arus dan pasang surut. Proses

pemendapan di pinggir pantai bukan sahaja dipengaruhi oleh faktor fizikal tetapi juga oleh
faktor manusia.


Cerun pantai memainkan peranan yang penting. Pinggir pantai yang bercerun landai lebih

terdedah kepada tindakan ombak pembina yang giat mengumpulkan bahan-bahan

pemendapan.


Jenis ombak juga menentukan kadar pemendapan di pantai. Ombak pembinasa menghasilkan

damparan yang kuat dan unduran yang kuat oleh itu kadar pemendapan adalah rendah.
Manakala ombak pembina menghasilkan damparan yang kuat tetapi unduran yang rendah oleh

itu kadar pemendapan adalah tinggi.


Halangan semulajadi merujuk kepada halangan di hadapan pinggir pantai seperti pulau,
tanjung dan binaan manusia seperti benteng pemecah ombak dan pelabuhan. Kadar

pemendapan tinggi di pinggir pantai yang mempunyai halangan yang banyak oleh sebab bahan-





34

bahan yang diangkut oleh agen-agen pengangkuta biasanya tersekat pada halangan-halangan

tersebut.


Bahan muatan yang bersaiz besar dan berat lebih mudah dimendapkan berbanding dengan
bahan muatan kecil dan ringan yang mudah diangkut ke tempat lain. Bahan yang berbentuk

leper seperti kulit kerang dan bahan yang kecil yang tidak larut oleh air seperti pasir dan batu

kelikir lebih mudah dimendapkan. Bahan yang berbentuk bulat dan mudah larut oleh air seperti
batu kapur lebih mudah diangkut ke tempat lain dalam bentuk larutan.


Saiz bahan turut mempengaruhi pemendapan di pinggir pantai. Bahan muatan yang bersaiz

besar dan berat lebih mudah dimendapkan berbanding dengan bahan muatan kecil dan ringan

yang mudah diangkut ke tempat lain.


Tumbuhan seperti pokok rhu dan tumbuhan paya seperti pokok bakau boleh menjadi
penampan kepada serangan terus ombak dan memerangkap bahan yang diangkut oleh ombak

dan arus oleh itu kadar pemendapan tinggi. Kawasan pinggir pantai yang kurang litupan
tumbuh-tumbuhan tidak berupaya memerangkap bahan-bahan yang diangkut oleh ombak dan

kadar pemendapan rendah.


Arus pesisir pantai yang kuat mampu mengangkut bahan-bahan yang banyak. Jumlah bahan

yang banyak diangkut dan dikumpulkan dan meningkatkan pemendapan.
Faktor manusia yang mempengaruhi pemendapan di pinggir pantai adalah seperti pembinaan

benteng pemecah ombak, jeti dan pelabuhan, penambakan pantai dan penanaman semula hutan

pantai.
Pembinaan benteng pemecah ombak, jeti dan pelabuhan menyebabkan tenaga ombak

diperlahankan dan bahan yang diangkut tersekat dan dimendapkan. Tiang jeti dan pelabuhan
juga memperlahankan ombak dan menyebabkan pemendapan yang giat.



Penambakan pantai menyebabkan sebaran bahan mendapan merebak lebih jauh ke lautan.
Ombak akan membawa batu-batu dan tanah yang ditambak ke arah laut.


Penanaman semula hutan pantai akan menjadi penampan kepada serangan terus ombak dan

memerangkap bahan yang dibawa oleh ombak lalu dimendapkan.



35

(b) Huraikan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan terhadap aktiviti manusia di
pinggir pantai. [12]

Rangka Jawapan

i. pantai- pelancongan/perlombongan pasir/industri IKS
ii. beting pasir- pelancongan/rekreasi/perlombongan pasir
iii. anak tanjung- rekreasi/petempatan
iv. tombolo- perhubungan/pelancongan/rekreasi/petempatan
v. delta- pertanian/petempatan
vi. permatang-petempatan/pengangkutan
vii. lagun- petempatan/penternakan ikan

Tiada bentuk muka bumi-Tiada markah


Cadangan Jawapan

Pantai ialah satu tarikan pelancongan. Pemandangan pantai yang indah dan pantai berpasir
yang luas sesuai untuk aktiviti berkelah, bersantai dan berjemur (sun-bathing). Aktiviti seperti

sukan rekreasi air, berenang, mengorek siput, pony ride, mengurut (massage), melihat matahari

terbenam (sunset) dan banana boat boleh dijalankan.


Beting pasir menggalakkan pelancongan. Aktiviti rekreasi seperti sukan air dan memancing
ikan dapat dijalankan. Pemandangan seperti ‘pulau’ berdekatan pantai menjadi lokasi

pengambilan foto dan penggambaran yang indah untuk pelancong. Pelancong juga boleh
menyusuri air laut yang cetek.



Anak tanjung menjadi kawasan petempatan penduduk. Penduduk membina rumah dan
menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi di atasnya seperti perindustrian, pertanian dan

perniagaan.


Tombolo menjadi tarikan pelancong. Aktiviti rekreasi seperti sukan air, memancing dan

menyusuri air laut yang cetek dijalankan.


Delta merupakan kawasan rendah yang subur sesuai untuk pertanian seperti penanaman padi
di Delta Kelantan.







36

lagun sesuai untuk aktiviti akuakultur. Penduduk juga boleh menjalankan akuakultur ternakan

hidupan marin jenis dalam sangkar di kawasan lagun yang mempunyai air yang tenang. Bentuk
muka bumi lagun boleh melindungi kawasan akuakultur daripada ancaman ombak.




















































37

BAHAGIAN B


















ALAM SEKITAR




MANUSIA













3. PENDUDUK







4. TRANSFORMASI




DESA DAN



PEMBANDARAN
















38

ALAM SEKITAR MANUSIA



PENDUDUK




15 (a) Jelaskan petunjuk pengukuran sumber manusia sesebuah negara. [12]

Rangka Jawapan

i. Umur penduduk:
a. Golongan muda
b. Golongan dewasa
c. Golongan tua
ii. Jantina:
a. Lelaki
b. Perempuan
iii. Kualiti:
a. taraf pendidikan
b. kemahiran
c. tahap kesihatan
d. sikap/nilai insaniah/kemenjadian


Cadangan Jawapan


Sumber manusia boleh diukur dari segi struktur umur dan jantina serta kualiti.

Umur penduduk dikelaskan berdasarkan penduduk dewasa yang merupakan golongan
produktif dan boleh menyumbang kepada ekonomi negara. Penduduk tua dan golongan muda

kurang produktif dan menjadi tanggungan kepada keluarga dan negara. Golongan muda

menjamin bekalan sumber manusia pada masa hadapan.


Jantina terbahagi kepada lelaki dan perempuan. Aktiviti ekonomi primer dan sekunder yang
berat dan kasar serta memerlukan kekuatan tenaga fizikal manusia akan mengupah lebih ramai

pekerja lelaki. Contohnya sektor perladangan, perikanan dan pembalakan. Industri yang

berintensif buruh yang memerlukan tahap ketekunan dan kehalusan tangan yang tinggi serta
kesopanan lazimnya akan mengupah pekerja wanita. Contohnya di kilang elektronik, memetik

daun teh dan sektor perkhidmatan seperti jururawat.


Kualiti penduduk merujuk kepada taraf pendidikan, kemahiran, tahap kesihatan dan sikap, nilai
insaniah dan kemenjadian.


39

Penduduk yang berpendidikan tinggi dari universiti dan kolej mahir dan mudah dilatih untuk
sesuatu pekerjaan. Pekerja yang berkemahiran teknologi dan maklumat (ICT), STEM dan

mahir dalam Bahasa Inggeris menjadi aset kepada sesebuah organisasi. Mereka menjadi tenaga
buruh yang penting dalam kerja-kerja penyelidikan dan kerja-kerja yang memerlukan

kemahiran teknikal yang tinggi dan berisiko tinggi.


Pekerja yang sihat menjamin produktiviti kerja yang tinggi. Pekerja yang mempunyai sikap

yang positif dan budaya kerja yang sihat seperti bekerjasama, berdisiplin tinggi dan berinisiatif
tinggi untuk belajar penting untuk menentukan kejayaan sesebuah organisasi.






(b) Bincangkan peranan penduduk sebagai agen perubahan alam sekitar fizikal di sesuatu
kawasan. [13]

Rangka Jawapan

i. Pertanian
ii. Perlombongan
iii. Perhutanan
iv. Perikanan
v. Perindustrian dan IKS
vi. Pembinaan
vii. Pengangkutan
viii. Pelancongan
ix. Penternakan
x Kesimpulan

Cadangan Jawapan


Aktiviti pertanian seperti pembukaan ladang yang melibatkan kerja penebangan pokok dan

pembersihan hutan, perataan tanah, pembajakan dan peneresan akan menyebabkan hakisan

tanah, tanah runtuh dan banjir. Penggunaan baja kimia, racun serangga dan membuang sisa
pertanian akan menyebabkan pencemaran air dan tanih. Aktiviti membakar sisa pertanian dan

pembakaran hutan akan menyebabkan pencemaran udara.


Aktiviti perlombongan yang melibatkan kerja-kerja menebuk, menggerudi, menggali dan
meletup menjadikan permukaan tanah gondol. Sumber alam akan haus setelah bahan galian


40

diterokai dan lubang kolam akan ditinggalkan seperti dalam aktiviti melombong bijih timah.

Pencemaran alam seperti air, tanah, udara dan sisa toksid akan berlaku.


Aktiviti perhutanan yang menebang pokok, mengheret kayu balak, penggunaan gergaji
berantai dan jalan lori balak akan menyebabkan tanah gondol, hakisan, mendakan dan tanah

runtuh. Orang asli yang mengambil hasil hutan seperti madu dan rotan akan menyebabkan

kepupusan flora dan fauna, kemusnahan habitat dan rantaian makanan.


Aktiviti perikanan yang memukat, menuba, mengebom, pembinaan kemudahan perikanan,
akuakultur akan menyebabkan pencemaran air, tanah dan bau. Terumbu karang akan rosak dan

sumber marin akan pupus.


Aktiviti perindustrian dan IKS seperti pembakaran bahan api fosil, pembakaran terbuka dan

pelepasan sisa akan meningkatkan suhu, pencemaran udara, bau, bunyi, tanih dan air.


Aktiviti pembinaan yang melibatkan penerokaan tanah, perataan tanah, peneresan tanah
tinggi, penggondolan, penebusgunaan paya dan laut juga menyebabkan hakisan tanah, tanah

runtuh, tanah gondol, kemusnahan habitat, peningkatan suhu dan pencemaran alam sekitar.

Pengangkutan. Pembinaan lebuh raya, landasan keretapi, lapangan terbang dan pelabuhan
menyebabkan tanah runtuh. Pembakaran bahan api fosil menyebabkan pelepasan asap yang

banyak. Pencemaran udara dan bunyi turut berlaku.


Pelancongan mengubah muka bumi dengan berlakunya penyahutanan dan perataan hutan

untuk membina hotel dan chalet. Hakisan dan tanah runtuh berlaku. Begitu juga peningkatan
suhu dan banjir.


Penternakan juga mengubah muka bumi. Penyahutanan, perataan tanah, hakisan, tanah runtuh

dan peningkatan suhu berlaku. Pelepasan sisa lading ternakan, najis dan bangkai menyebabkan

pencemaran air dan bau. Pengguna baja kimia juga menyebabkan pencemaran air.










41

16 (a) Huraikan enam faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia.
[12]

Rangka Jawapan

i. Ciri fizikal
ii. Faktor demografi
iii. Faktor pembandaran
iv. Faktor pengangkutan dan perhubungan
v. Jenis kegiatan ekonomi
vi. Faktor Dasar kerajaan
vii. Faktor sejarah awal
viii. Universiti Awam dan IPTS
ix. Taburan sumber alam


Cadangan Jawapan


Ciri fizikal merupakan faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia. Malaysia

mempunyai pelbagai jenis bentuk muka bumi seperti tanah tinggi, tanah pamah dan kawasan
paya. Kawasan tanah tinggi seperi banjaran Crocker mempunyai taburan penduduk jarang

manakala kawasan tanah pamah seperti Delta Kelantan dan Dataran kedah perlis mempunyai
kawasan penduduk padat. Kawasan paya di Malaysia mempunyai taburan penduduk jarang.

Oleh itu. ciri fizikal merupakan faktor yang mempengaruhi taburan penduduk Di Malaysia.


Selain dari itu, faktor demografi penduduk turut mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia.

Kadar kelahiran yang tinggi dan Kadar kematian yang rendah mempengaruhi taburan
penduduk yang padat terutamanya di pantai barat Semenanjung Malaysia. Golongan lelaki

peringkat dewasa lebih ramai bekerja di bandar bandar besar berbanding golongan dewasa

perempuan. Golongana lelaki mempunyai mobiliti yang tinggi. Oleh itu mereka menjadikan
taburan penduduk bandar bandar besar padat di Malaysia.


Di samping itu, faktor pembandaran turut mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia.

Bandar bandar di Malaysia mengalami proses pertambahan penduduk akibat migrasi masuk.
Bandar raya Kuala Lumpur mengalami proses pembandaran yang tinggi. Ramai golongan

dewasa dari kawasan luar bandar mengambil peluang pekerjaan yang ditawarkan di bandar.

Seterusnya menyebabkan taburan penduduk padat di situ.






42

Faktor pengangkutan dan perhubungan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi

taburan penduduk di Malaysia. Sistem pengangkutan moden yang cekap seperti LRT,
Monorel, MRT, Bas Rapid menyebabkan darjah ketersampaian yang tinggi. Bandar yang

mempunyai darjah ketersampaian tinggi mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
manakala kawasan tanah tinggi seperti banjaran Tama Abu darjah ketersampaian rendah

mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.


Selain dari itu, jenis kegiatan ekonomi turut mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia.

Kawasan perindustrian menjanjikan peluang pekerjaan yang tinggi. Kawasan perindustrian
FIZ Bayan lepas memberi peluang pekerjaan kepada beribu orang pekerja. Maka kawasan

ini mempunyai taburan penduduk padat. Kawasan pertanian ladang kelapa sawit di bawah

rancangan pembangunan wilayah mempunyai taburan penduduk sederhana padat.


Di samping itu, faktor dasar kerajaan mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia. Tanah
rancangan wilayah seperi FELDA dan FELCRA mempunyai kawasan sederhana padat

penduduk. Dasar Kependudukan 70 juta orang penduduk menggalakkan pertumbuhan
penduduk di Malaysia. Pelepasan cukai pendapatan bagi isikeluarga 5 orang anak

menjanjikan taburan penduduk yang tinggi.


Faktor sejarah awal mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia. Petempatan awal di

Malaysia berlau di tepi sungai yang besar. Sungai ini menjanjikan kawasan tanah pamah
yang rata dan kawasan kegiatan ekonomi seperti pertaniandapat dijalankan. Kawasan

lembah Sugai Bujang di Kedah mempunyai sejarah awal petempatn manusia di sana.




Selain itu, pusat institusi seperti Universiti Awam dan IPTS serta kemuadahan kesihatan
merupakan faktor mempngaruhi taburan penduduk di Malaysia. Lembah Klang

menempatkan pusat institusi pendidikan awasm dan swasta yang menyebabkan taburan

penduduk padat di situ. Institusi kesihatan seperti IJN, hospital MATA di Lembang Klang
menyebabkan taburan penduduk padat di situ.


Taburan sumber alam turut memainkan peranan dalam taburan penduduk Malaysia.

Sumber alam menjanjikan peluang pekerjaan seperti sumber tanah untuk aktiviti pertanian
dan aktiviti perlombongan. Kawasan yang mempunyai aktiviti ekonomi ini akan


43

menyebabkan taburan penduduk padat seperti Dataran Kedah Perlis yang mempunyai

aktivit pertanian padi sawah.





(b) Bincangkan enam kesan ketakseimbangan taburan penduduk terhadap sosioekonomi
dan sumber alam di Malaysia. [ 13 ]


Rangka Jawapan

i. Kemajuan kawasan
ii. Ketakseimbangan saiz dan kuasa beli
iii. Ketakseimbangan darjah ketersampaian pengangkutan dan telekomunikasi
iv. Tekanan kepada sumber
v. Pencemaran alam
vi. Kemerosotan dan kepupusan sumber alam

Cadangan Jawapan


Kesan ketakseimbangan taburan penduduk terhadap sosioekonomi ialah ketidakseimbangan

kemajuan kawasan. Kawasan penduduk padat mempunyai kemajuan kawasan yang tinggi

manakala kawasan penduduk jarang mempunyai kemajuan kawasan yang sangat rendah.
Lembah Klang dan Lembah Kinta mempunyai kemajuan kawasan tinggi kerana mempunyai

taburan penduduk padat.


Kesan ketakseimbangan taburan penduduk terhadap sosioekonomi ialah ketakseimbangan saiz

dan kuasa beli pasaran antara kawasan. Kawasan yang mempunyai penduduk padat
mempunyai saiz dan kuasa beli pasaran yang tinggi kerana jumlah penduduk yang menetap di

kawasan ini adalah tinggi. Kawasan yang mempunyai penduduk jarang mempunyai saiz dan
kuasa beli pasaran yang sangat sedikit.



Selain dari itu, wujud kesan ketakseimbangan darjah ketersampaian pengangkutan dan
telekomunikasi. Kawasan berpenduduk padat akan mengwujudkan jaringan pengangkutan

yang cekap dan rangkaian telekomunikasi yang baik. Oleh itu semakin ramai penduduk ,
semakin banyak kemudahan sistem pengangkutan yang moden dan telekomunikasi yang laju.

Kawasan yang berpenduduk jarang akan mempunyai darjah ketersampaian yang sangat rendah




44

serta telekomunikasi yang kurang baik. Jadi wujud ketakseimbangan darjah ketersampaian

pengangkutan dan telekomunikasi


Selain dari itu, berlaku tekanan kepada sumber alam akibat ketakseimbangan taburan
penduduk. Tekanan kepada sumber alam seperti tanah banyak berlaku di kawasan penduduk

padat seperti Lembah Klang. Tanah akan dibangunkan untuk aktiviti pembinaan rumah, premis

perniagaan dan juga perindustrian. Sumber tanah juga akan mengalami persaingan guna tanah
di kawasan penduduk padat. Berbeza di kawasan penduduk jarang pembaziran sumber alam

seperti tanah berlaku.


Di samping itu,kesan ketakseimbanagn taburan penduduk menyebabkan pencemaran alam

berlaku. Aktiviti manusia seperti pertanian, perikanan, pelancongan dan perindustrian
menyebabkan pencemaran alam berlaku. Aktiviti manusia ini giat dijalankan di kawasan

penduduk padat. Oleh itu , kadar pencemaran alam tinggi berlaku. Sumber alam seperti air,
udara dan tanah boleh berlaku. Kawasan yang berpenduduk jarang pula, pencemaran terhadap

sumber alam adalah sangat rendah.


Selain dari itu, kesan ketakseimbangan taburan penduudk akan menyebabkan

kemerosotan dan kepupusan sumber alam. Taburan penduduk padat berlaku di kawasan
aktiviti perlombongan dan pertanian dijalankan. Oleh itu penduduk yang ramai akan

menyebabkan sumber hutan ,air dan mineral terpupusan atau merosot dari segi kuantiti
dan kualiti. Kawasan jarang penduduk biasanya kurang tumpuan aktiviti manusia dan

tidak menyebabkan kemerosotan dan kepupusan sumber alam.


Terdapat kesan ketakseimbangan taburan penduduk yang ketara terhadap sumber alam dan

juga sosisoekonomi. Taburan penduduk yang tidak seimbang menyebabkan ketakseimbangan
kemajuan kawasan, ketakseimbangan darjah ketakseimbangan pengangkutan dan

telekomunikasi dan ketakseimbangan saiz dan kuasa beli pasaran antara kawasan. Tambahan

lagi kesan ketakseimbangan taburan penduduk terhadap sumber alam ialah tekanan pada
sumber, pencemaran alam berlaku dan kepupusan dan kemorosotan sumber alam.








45

17. (a) Jelaskan enam sebab berlakunya penurunan kadar pertumbuhan penduduk di negara-
negara Asia Tenggara pada masa kini. [12]


Rangka Jawapan

a1 Kos hidup tinggi
a2 Usia perkahwinan
a3 Taraf pendidikan
a4 Status wanita
a5 Taraf kesihatan
a6 Dasar kerajaan


Cadangan Jawapan

Perbelanjaan harian yang perlu ditanggung oleh ketua keluarga untuk menampung keperluan

anak-anak tinggi kerana harga barang, pendidikan, kesihatan dan sewa rumah yang mahal
menyebabkan penduduk menghadkan bilangan kelahiran.

Trend wanita masa kini yang berkahwin pada usia yng lewat menyebabkan mereka berada
dalam tempoh kesuburan yang singkat sepanjang perkahwinan menyebabkan maka kelahiran

berkurang.


Kebanyakan penduduk Asia Tenggara melalui asas pendidikan menyebabkan mereka lebih

sedar keperluan untuk merancang keluarga dan lebih memahami kaedah perancang keluarga.
Hasilnya amalan perangan keluarga berjaya mengurangkan kadar kelahiran.


Wanita moden masa kini berpendidikan tinggi dan berkerjaya menyebabkan mereka

mementingkan kerjaya. Dengan ini bilangan kelahiran perlu dikurangkan kerana kekurangan

masa untuk diluangkan bersama keluarga di samping kos yang tinggi pada masa kini untuk
menghantar anak ke pusat asuhan.


Teknologi perubatan yang canggih pada masa kini menyebabkan penduduk mempunyai

pelbagai pilihan untuk mengelakkan kehamilan seperti penggunaan pil perancang keluarga,

implan, suntikan hormon, kondom dan IUCD.


Kerajaan mengehadkan bilangan anak yang boleh dimiliki oleh sesbuah keluarga seperti
Singapura menyebabkan rakyat terpaksa memiliki bilangan anak yang sedikit.





46

(b) Bincangkan enam kesan pertumbuhan penduduk terhadap sumber alam. [13]

Rangka Jawapan
b1 Pembangunan sumber alam
b2 Kemerosotan kesuburan tanah
b3 Tekanan terhadap sumber
b4 Kepupusan sumber
b5 Pencemaran sumber air
b6 Bekalan sumber makanan berkurangan
bx – kesimpulan


Cadangan Jawapan

Penduduk yang semakin ramai menyediakan banyak tenaga buruh untuk memajukan sumber

alam terutamanya sumber tanih untuk dijadikan kawasan pertanian, petempatan dan kawasan
peridustrian. Pembaziran sumber dapat dikurangkan.



Pertumbuhan penduduk yang pesat menyebabkan aktiviti pertanian dijalankan secara giat bagi
memenuhi keperluan sumber makanan yang semakin meningkat. Ini menyebabkan tanah

diguna secara optimum dan penggunaan baja kimia secara intensif. Kesannya tanah akan
mengalami kemerosotan kesuburan dan kerosakan dari segi imbangan nutrien.


Penduduk yang ramai dan bertumpu di sesuatu kawasan sahaja seperti di kawasan bandar akan

menyebabkan persaingan guna tanah untuk aktiviti perindustrian,petempatan dan perniagaan

menyebabkan harga tanah melambung tinggi.


Penyahutanan yang dilakukan untuk pembangunan petempatan dan pembukaan bandar-bandar

baru menyebabkan spesies flora dan fauna diancm kepupusan kerana fauna kehilangan habitat.
Contohnya tapir, badak sumatera, tenggiling.


Hakisan dan aliran lumpur mengalir ke dalam sistem saliran menyebabkan sungai menjadi

keruh. Manakala pembuangan sisa kumbahan oleh setinggan yang tinggal berhampiran dengan
sungai menyebabkan air sungai tercemar.



Keluasan tanah pertanian menjadi semakin sempit kerana tanah pertanian ditebusguna untuk
membina petempatan, kilang dan premis perniagaan menyebabkan pengeluaran sumber

makanan berkurang. Akibatnya harga bahan makanan menjadi mahal.



47

18 (a) Sejauh manakah kemajuan teknologi perubatan dan kesihatan mempengaruhi kadar
pertumbuhan penduduk sesebuah negara? [13]

Rangka Jawapan

Faktor kemajuan teknologi perubatan dan kesihatan
F1 Kemudahan fizikal seperti hospital dan klinik
• meningkatkan kemudahsampaian pesakit untuk mendapatkan rawatan
• prasarana kesihatan yang baik seperti hospital dan klinik – kadar kematian berkurang
F2 Ubat-ubatan
• penemuan ubat-ubatan dan penyediaan ubat-ubatan percuma kepada pendududk
dapat mengurangkan kadar kematian dan meningkatkan kadar kelahiran.
• Penemuan ubatan kuining pada 1970-an berjaya menyelamatkan berjuta-juta
penduduk Asia dari penyakit malaria.
F3 Teknologi dan Peralatan
• Peralatan canggih seperti MRI dan CT Scan- kadar kamatian berkurangan
F4 Kajian Perubatan
• Penemuan teknik-teknik baru memberikan pilihan dan alternative kepada pesakit.
• Peluang mendapat rawatan pakar- kadar kematian berkurangan
F5 Kawalan Penyakit
• Kawalan vector, program imunisasi dan kawalan wabak penyakit berjangkit-
kesihatan meningkat dan kadar kematian menurun.

Faktor Lain
F6 Amalan perancangan keluarga
• Kempen mengurang atau mencegah kelahiran seperti pil perancang keluarga,
kondom, teknik AUD
• Kadar kelahiran akan dikurangkan
F7 Dasar Kerajaan
• Dasar kependudukan 70 juta penduduk menjelang tahun 2100
• Insentif rebet cukai pendapatan kepada anak-anak dan ibu bapa
• Cuti bersalin yang lebih panjang (90 hari untuk ibu dan 7 hari untuk bapa)
• Rawatan ibu mengandung dan kemudahan bersalin percuma
F8 Umur Berkahwin Kaum Wanita
• Wanita berpendidikan tinggi, kahwin lewat, kadar kesuburan berkurangan… kadar
pertumbuhan penduduk menurun

F9 Peluang pekerjaan yang mudah, banyak dan meluas
• Meningkatkan taraf hidup penduduk dan penduduk berkemampuan untuk
mendapatkan rawatan yang terbaik.
• Menjadi tarikan kepada kedatangan migran dan meningkatkan pertumbuhan
penduduk
F10 Bencana Alam/Peperangan
• Tsunam dapat i, banjir besar, gempa bumi, letusan gunung berapi.. nyawa terkorban..
kadar pertumbuhan penduduk merosot
• Peperangan seperti perang dunia pertama, perang dunia kedua, perang Iraq….
Kematian, kadar pertumbuhan penduduk merosot



48

Kesimpulan: penegasan : 1

Cadangan Jawapan


Kemajuan teknologi perubatan dan kesihatan dari segi kemudahan fizikal seperti
hospital dan klinik memang mempengaruhi kadar pertumbuhan penduduk sesebuah negara.

Hal ini disebabkan prasarana kesihatan yang baik seperti hospital dan klinik yang mencukupi

serta sistem perubatan yang cekap dapat membantu mengurangkan kadar kematian.


Kemajuan teknologi dan kesihatan dari segi ubat-ubatan juga mempengruhi kadar
pertumbuhan penduduk iaitu penemuan ubat-ubatan dan penyediaan ubat-ubatan percuma

kepada penduduk dapat mengurangkan kadar kematian dan meningkatkan kadar kelahiran.
Misalnya penemuan ubatan kuining pada 1970-an berjaya menyelamatkan berjuta-juta

penduduk Asia dari penyakit malaria.


Teknologi dan peralatan juga mempengaruhi kadar pertumbuhan penduduk iaitu

peralatan canggih seperti MRI dan CT Scan dapat mengesan penyakit manusia dengan lebih
berkesan dan dapat merawat seterusnya mengurangkan kadar kamatian.


Selain itu, kajian perubatan juga boleh mempengaruhi kadar pertumbuhan penduduk

kerana penemuan teknik-teknik baru memberikan pilihan dan alternatif kepada pesakit.

Pesakit mempunyai peluang mendapat rawatan pakar. Oleh itu kadar kematian berkurangan


Seterusnya ialah kawalan penyakit juga mampu mempengaruhi kadar pertumbuhan

penduduk. Misalnya kawalan vektor, program imunisasi dan kawalan wabak penyakit
berjangkit dapat meningkatkan penjagaan kesihatan meningkat dan mengurangkan kadar

kematian.


Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan penduduk juga dipengaruhi oleh faktor
amalan perancangan keluarga. Amalan perancangan keluarga ialah kempen mengurang atau

mencegah kelahiran seperti pil perancang keluarga, kondom, teknik AUD. Oleh itu kadar

kelahiran akan menurun.







49

Kesimpulannya, kadar pertumbuhan penduduk memang banyak dipengaruhi oleh

faktor kemajuan teknologi perubatan dan kesihatan berbanding faktor-faktor lain.





18 (b) Jelaskan enam kesan pertumbuhan penduduk yang pesat terhadap sosioekonomi
sesebuah negara.
[12]
Rangka Jawapan

Kesan Positf
F1 Sumber tenaga buruh
• Asset dalam pembangunan ekonomi negara
• Sektor perindustrian, pembinaan, pertanian, perlombongan dan dll
F2 Meluaskan Pasaran Domestik
• Pasaran domestik meningkat
• China.. jumlah penduduk 1.3 bilion, kuasa pasaran yang paling besar di rantau Asia
Pasifik. Meningkatkan dominasi ekonomi rantau Asia pada abad ke -21
F3 Mengoptimumkan Penerokaan Sumber Alam
• Berupaya untuk diterokai dengan sepenuhnya terutama negara yang kurang penduduk.
• Ekonomi dapat ditingkatkan kerana sumber alam dapat diterokai .
F4 Menguatkan pertahanan negara
• Penduduk ramai dapat diserap ke unit angkatan tentera bagi menguatkan pertahanan
negara
• Indonesia, penduduk 250 juta orang – jumlah angkatan tentera terkuat dalam kalangan
negara membangun di rantau ASEAN

Kesan Negatif
F5 Pengangguran dalam kalangan penduduk meningkat
• Jumlah penduduk terlalu ramai akan meningkatkan persaingan dalam kalangan
penduduk utk dapat peluang pekerjaan
F6 Pendapatan penduduk rendah
• Jumlah penduduk ramai menyebabkan berlakunya persaingan dalam mendapatkan
pekerjaan yang terhad
• Persaingan tersebut menyebabkan terdapat individu yang sanggup menerima upah
yang rendah
F7 Kemiskinan & Kemunduran
• Persaingan bagi mendapatkan pekerjaan yang terhad
• Mewujudkan masalah pengangguran dan kemiskinan yang tinggi
F8 Masalah Setinggan
• Kesesakan dan masalah setinggan di bandar-bandar besar seperti Manila & Jakarta
F9 Kesihatan Terjejas
• Pertambahan sampah sarap dan persekitaran yang kotor
• Penyakit seperti denggi dan taun
F10 Jenayah
• Pertambahan kadar kemiskinan dan pengannguran di bandar-bandar mengakibatkan
peningkatan kadar jenayah seperti ragut, samun, pelacuran


50


Click to View FlipBook Version