The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU MOHAMAD RASHID BIN HUSIN, 2021-07-25 23:09:18

MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1

Cadangan Jawapan

Pertumbuhan penduduk yang pesat boleh membawa kesan positif atau negatif

terhadap sesebuah negara. Antaranya ialah sumber tenaga buruh, meluaskan pasaran
domestik, mengoptimumkan penerokaan sumber alam, menguatkan pertahanan negara,

masalah setinggan dan kemiskinan serta kemunduran.


Antara kesan positif pertumbuhan penduduk yang pesat terhadap sesebuah negara

ialah sumber tenaga buruh. Penduduk ialah aset dalam pembangunan negara. Oleh itu,

penduduk yang banyak dapat dijadikan sumber tenaga buruh dalam sektor perindustrian,
pembinaan, pertanian, perlombongan dan sebagainya.


Selain itu, pertumbuhan penduduk yang pesat juga dapat meluaskan pasaran

domestik. Mislanya negara China mempunyai jumlah penduduk 1.3 bilion mempunyai kuasa
pasaran yang paling besar di rantau Asia Pasifik. Dijangka dapat meningkatkan dominasi

ekonomi rantau Asia pada abad ke-21.


Pertumbuha penduduk yang pesat juga dapat mengoptimumkan penerokaan sumber

alam. Pertumbuhan penduduk yang pesat berupaya menerokai sumber alam sepenuhnya
terutama negara yang kurang penduduk . Oleh itu, ekonomi dapat ditingkatkan kerana sumber

alam dapat diterokai sepenuhnya.


Seterusnya, pertumbuhan penduduk yang pesat juga dapat menguatkan pertahanan

negara. Penduduk ramai dapat diserap ke unit angkatan tentera bagi menguatkan pertahanan
negara. Contohnya Indonesia, penduduk 250 juta orang mempunyai jumlah angkatan

tentera terkuat dalam kalangan negara membangun di rantau ASEAN.


Namun begitu, pertumbuhan penduduk yang pesat juga membawa kesan negatif seperti

masalah setinggan. Misalnya kesesakan dan masalah setinggan di bandar-bandar besar
seperti Manila & Jakarta disebabkan pertumbuhan penduduk yang pesat di kawasan

berkenaan.
Pertumbuhan penduduk yang pesat di sesebuah negara juga membawa kesan kemiskinan

dan kemunduran kerana persaingan bagi mendapatkan pekerjaan yang terhad. Oleh itu,

masalah pengangguran dan kemiskinan akan tinggi di negara berkenaan.


51

19 (a) Sejauhmanakah dasar kerajaan mempengaruhi pertumbuhan penduduk di negara
sedang membangun? [13]

Rangka Jawapan
Dasar Kerajaan
i. dasar menggalakkan kelahiran
ii. dasar mengurangkan kelahiran
Faktor Lain

iii. kegagalan perancangan keluarga
iv. amalan/budaya kahwin awal/usia muda
v. keperluan tenaga buruh/tenaga manusia
vi. peningkatan kualiti hidup
vii. kestabilan politik
viii. migrasi antarabangsa
ax Kesimpulan



Cadangan Jawapan

Ai - Dasar kerajaan menggalakkan kelahiran --pemberian cuti bersalin bergaji penuh

3 bulan contohnya Malaysia ( 70 juta penduduk)- rebat cukai pendapatan bagi setiap
kelahiran – contohnya negara Singapura – Menyediakan kemudahan kesihatan moden

secara percuma dan doctor, kakitangan perubatan terlatih disamping ubat dan teknologi
perubatan moden.


Aii- Dasar mengurangkan kelahiran. Seperti dasar saiz keluarga kecil ( 1keluarga=1

anak)seperti diamalkan negara China.Mengenakan tambahan cukai pendapatan setiap

kelahiran/ denda/ menarik balik kemudahan bagi kelahiran melebihi had .


Selain faktor dasar kerajaan terdapat faktor-faktor lain


Aiii- Kegagalan/ kurang berkesan perancangan keluarga. Disebabkan taraf

pendidikan rendah- halangan agama,adat dan status quo.Kos tinggi seperti kos
pengguguran, ikatan Rahim, teknik IUD menyebabkan gagal untuk menjarakkan

kelahiran.


Aiv- Amalan/budaya kahwin awal/usia muda- meningkatkan kadar fertiliti -tahap

kesuburan wanita 15 – 45 tahun. Kecenderungan untuk kelahiran bertambah sebelum


52

tamat kesuburan. Contoh amalan kahwin awal di India.


Av- Keperluan tenaga buruh/tenaga manusia-- Di sesetengah negara seperti India,

Indonesia tenaga buruh untuk sektor pertanian datangnya dari ahli keluarga. Penduduk
ramai kos buruh rendah.



Avi- Peningkatan kualiti hidup-Pendapatan perkapita tinggi mampu memiliki dan
menyara keluarga ramai. Amalan pemakanan berzat seimbang/ berkhasiat dan

penjagaan kesihatan yang baik meningkatkan jangka hayat penduduk- kurang kematian -
Pertambahan sumber makanan meningkatkan kualiti hidup .



avii- Kestabilan politik- - Politik stabil- dasar kependudukan dapat dilaksana dengan
berkesan -ekonomi stabil – dapat memenuhi keperluan penduduk.


Aviii- Migrasi antarabangsa- - Migrasi masuk menyebabkan penduduk bertambah.-

didorong oleh tarikan peluang pekerjaan, nilai mata wang dan dasar kerajaan- migrasi
keluar menyebabkan penduduk berkurang

Penegasan





b) Jelaskan enam kesan pertumbuhan penduduk yang pesat terhadap sosioekonomi di
negara- negara Asia Tenggara. [12]

Rangka Jawapan

i. Menjamin bekalan tenaga buruh yang mencukupi
ii. Pasaran menjadi luas akibat pertambahan penduduk
iii. Golongan muda yang ramai, pelapis dan aset tenaga kerja pada masa hadapan
iv. Mengoptimumkan penerokaan sumber alam
v. Menjamin keselamatan negara – anggota keselamatan / polis/tentera
vi. kadar pengangguran tinggi, peluang pekerjaan terhad
vii. Kadar kemiskinan
viii. Kekurangan kemudahan asas
ix. Masalah sosial- kes jenayah dan moral
x. Kualiti hidup yang rendah seperti gelandangan
xi. Persaingan gunatanah / ruang
xii. Masalah rumah setinggan
xiii. Fenomena pencemaran alam/air/udara/bau/
( Kesan positif+kesan negatif)


53

Cadangan Jawapan


Kesan positif :

i. Menjamin bekalan tenaga buruh yang mencukupi. Penduduk merupakan asset yang amat
diperlukan dalam menjana pembangunan negara.Pertambahan penduduk yang pesat berupaya

menyediakan bekalan tenaga buruh yang mencukupi untuk menampung keperluan.Bekalan

buruh sangat diperlukan terutama dalam sektor pertanian, perindustrian, pembinaan dan
perkhidmatan.


ii- Meluaskan pasaran domestik – pertambahan penduduk menyebabkan permintaan

barangan keperluan penduduk.- meningkatkan saiz pasaran dan kuasa beli.Contoh Negara
China mempunyai penduduk 1.3 billion merupakan kuasa pasaran yang paling besar di rantau

Asia Pasifik.


iii. Golongan muda yang ramai, pelapis dan aset tenaga kerja pada masa hadapan.

Kumpulan muda produktif . Golongan brerpendidikan dan mempunyai kemahiran mampu
menjana pertumbuhan ekonomi negara. Golongan professional diperlukan negara.


iv. Mengoptimumkan penerokaan sumber alam- pertumbuhan penduduk di negara

kurangan penduduk akan memberi kesan positif kepada sumbr alam. Sumber yang ada

berupaya diterokai dengan sepenuhnya disebabkab penduduk ramai dan tenaga buruh tempatan
bertambah. Tenaga buruh yang ramai diperlukan untuk pembangunan sumber seperti mineral,

tanah, hutan dan perikanan.


v. Menjamin keselamatan negara – anggota keselamatan / polis/tentera- penduduk yang

ramai dapat diserap ke unit angkatan tentera bagi menguatkan pertahanan Negara, Contoh
Indonesia yang berpenduduk 250 jutaorang mempunyai jumlah tentera yang terkuat dalam

kalangan negara-negara membangun di rantau ASEAN.


Kesan negatif :

vi. Kadar pengangguran tinggi, peluang pekerjaan terhad- pertumbuhan penduduk yang
pesat akan meningkatkan persaingan , meningkatkan kadar pengangguran dalam kalangan

penduduk sesebuah negara. Keadaan ini bertambah hebat jika tiada peluang pekerjaan yang



54

mencukupi dalam kalangan masyarakat. Kadar kelahiran yang tinggi menyebabkan bilangan

penduduk meningkat dalam sesebuah Negara. Apabila bilangan penduduk banyak, peluang
pekerjaan akan berkurangan.


vii. Kadar kemiskinan dan kemunduran meningkat. Pertumbuhan penduduk yang tidak

selaras dengan pertumbuhan ekonomi mengakibatkan persaingan mendapatkan pekerjaan

yang terhad. Keadaan ini mewujudkan masalah pengangguran dan kemiskinan tinggi.


viii. Kekurangan kemudahan asas- Pertumbuhan penduduk yang pesat juga akan
menyebabkan kemudahan infrastuktur terhad. Peningkatan bilangan penduduk hasil daripada

kadar kelahiran yang meningkat dan kadar kematian yang berkurangan menyebabkan

peruntukan pihak berwajib untuk menyediakan kemudahan infrastuktur semakin meningkat
dan akhirnya tidak dapat disediakan secukupnya.


ix. Masalah sosial- Pertumbuhan penduduk yang pesat akan menyebabkan masalah gejala

sosial seperti keruntuhan moral dalam kalangan penduduk. Kadar kelahiran meningkat
menghasilkan bilangan yang banyak menyebabkan kemiskinan meningkat, desakan hidup

menyebabkan kadar jenayah dan rompakan semakin meningkat dalam kalangan masyarakat.


x. Kualiti hidup yang rendah seperti gelandangan –taraf pendidikan rendah,sukar

mendapatkan pekerjaan, kos hidup yang tinggi , pendapatan rena
dah, kuasa beli terhad- di belenggu kemiskinan tidak mampu memiliki rumah.



xi. Persaingan guna tanah/ ruang- pertambahan penduduk berlakunya persaingan
gunatanah untuk pelbagai –petempatan, pembinaan industri, pertanian dan jaringan

perhubungan. Harga tanah menjadi semakin mahal dan keluasan tanah semakin terhad. Kos
tanah menjadi tinggi terutamanya di bandar.



xii. Masalah rumah setinggan.-perumahan menjadi isu besar, pertambahan penduduk
meningkatkan permintaan terhadap perumahan. Harga rumah tinggi disebabkan persaingan

gunatanah. Bagi penghijrah yang tiada kelulusan tinggi mereka tidak mampu membeli dan
menyewa menyebabkan wujud petempatan haram di bina di tanah rezab kerajaan terutama di

bandar.



55

xiii. Fenomena pencemaran alam/air/udara/bau- pertambahan penduduk menyebab

pertambahan bilangan industri dan kenderaan. Pembuangan sisa industri, pelepasan gas
rumah hijau mencemarkan alam.





























20 (a) Berdasarkan rajah di atas, jelaskan konsep Model Peralihan Demografi [3]


Cadangan Jawapan

1a Berdasarkan rajah di atas, jelaskan konsep dan ciri Model Peralihan Demografi [3]
satu bentuk graf garis/ yang menggambarkan transisi/perubahan kependudukan/ yang

dialami oleh sesebuah negara. Model ini menggambarkan sejarah kependudukan yang telah,
sedang dan akan/ dialami oleh sesebuah negara. Terdiri daripada komponen demografi iaitu

kadar kelahiran, kadar kematian dan pertumbuhan penduduk./ Terdapat 3 tahap iaitu Tahap

I, Tahap II dan Tahap III/.








56

b. Huraikan peringkat-peringkat yang terdapat dalam Model Peralihan Demografi [10]


Fakta Huraian
Tahap I – masyarakat pertanian
Peringkat I Negara Mundur – contoh negara
Kadar kelahiran dan Kadar kematian – tinggi
Kadar pertumbuhan penduduk – rendah

Kadar kelahiran tinggi kerana ketiadaan program perancangan keluarga

Kadar kematian tinggi – taraf kesihatan yang rendah, ancaman wabak
penyakit, kebuluran, peperangan.

Tahap 2 Tahap II – masyarakat peralihan
Negara Membangun– contoh negara

Kadar kelahiran – masih tinggi
Kadar kematian – menurun dengan cepat
Kadar pertumbuhan penduduk – menurun

Kadar kelahiran tinggi kerana ketiadaan program perancangan keluarga
dan keperluan tenaga manusia masih tinggi

Kadar kematian menurun – taraf kesihatan yang semakin meningkat
menyebabkan penurunan pertumbuhan penduduk kerana amalan
perancangan keluarga mula berkesan

Tahap 3 Tahap III – masyarakat perindustrian
Negara Maju – contoh negara

Kadar kelahiran dan Kadar kematian – rendah
Kadar pertumbuhan penduduk – rendah atau 0

Kadar kelahiran dan Kadar kematian rendah – kejayaan program
keluarga dan peningkatan kemudahan kesihatan



Cadangan Jawapan

Terdapat 3 peringkat dalam Model Peralihan Demografi iaitu peringkat I atau tahap I mewakili

masyarakat pertanian merujuk kepada Negara Mundur contohnya Negara Nigeria.Kadar
kelahiran dan Kadar kematian adalah tinggi dengan kadar pertumbuhan penduduknya yang

rendah. Kadar kelahiran tinggi kerana ketiadaan program perancangan keluarga serta
berlakunya perkahwinan pada usia muda dengan kadar kesuburan yang tinggi. Manakala kadar






57

kematian tinggi kerana taraf kesihatan yang rendah, ancaman wabak penyakit berjangkit,

kebuluran dalam kalangan golongan kanak-kanak serta peperangan.


Peringkat II atau tahap II mewakili masyarakat masyarakat peralihan (pertanian kepada
perindustrian). Kebanyakan terdapat Negara Membangun ,contohnya negara Indonesia, India.

Kadar kelahiran pada peringkat ini masih tinggi tetapi Kadar kematian menunjukkan

penurunan dengan cepat. Begitu juga kadar pertumbuhan penduduk adalah menurun. Kadar
kelahiran tinggi kerana ketiadaan program perancangan keluarga dan keperluan tenaga

manusia masih tinggi dalam sektor-sektor ekonomi tertentu seperti perindustrian. Kadar
kematian menurun kerana taraf kesihatan yang semakin meningkat kerana peningkatan

kemudahan perubatan menyebabkan penurunan pertumbuhan penduduk kerana amalan

perancangan keluarga mula berkesan.


Peringkat III atau tahap III mewakili masyarakat perindustrian atau maju, contohnya negara
Singapura.Kadar kelahiran dan Kadar kematian adalah rendah.Kadar pertumbuhan penduduk

adalah rendah atau sifar.Kadar kelahiran dan Kadar kematian rendah disebabkan oleh kejayaan
program perancangan keluarga dan peningkatan kemudahan kesihatan




(c) Jelaskan faktor yang mempengaruhi proses penuaan penduduk di Malaysia. [12]

Rangka Jawapan

c1 - kemajuan dalam bidang perubatan moden - mengawal penyakit golongan tua /penurunan
kadar kematian disebabkan oleh kemajuan yang dicapai
c2 - Keberkesanan kawalan penyakit /penguatkuasaan undang-undang - seperti penyakit
denggi, malaria, SARS, selsema burung dll yang boleh membawa maut.
c3 - Amalan Pemakanan berzat dan seimbang – termasuk makanan tambahan (suplimen)
c4 - Kesedaran penjagaan kesihatan – gaya hidup sihat.
c5 - Peningkatan kualiti hidup - memanjangkan jangka hayat penduduk.
c6 - Taraf pendidikan yang tinggi – mudah menerima /sikap terbukaan.
c7 - Taraf kesihatan yang tinggi – sukar mendapat penyakit berjangkit.

Rangka Jawapan


Kemajuan dalam bidang perubatan moden. Penemuan ubat-ubatan baru dan teknik
rawatan telah berjaya mengawal penyakit dalam kalangan golongan tua. Ini akan

menyebabkan penurunan kadar kematian disebabkan oleh kemajuan yang dicapai.



58

Keberkesanan kawalan penyakit /penguatkuasaan undang-undang. Pihak kerajan melalui

kementerian kesihatan telah menetapkan kawalan kepada penyakit berjangkit seperti penyakit
denggi,malaria, SARS, selsema burung dan lain-lain yang boleh membawa maut.


Amalan Pemakanan berzat dan seimbang. Kebanyakan rakyat Malaysia telah menitikberat

cara pemakanan seimbang seperti terdapat dalam piramid makanan, termasuk makanan

tambahan (suplimen) bagi mengekalkan kesihatan.
Kesedaran penjagaan kesihatan. Kempen telah dipergiatkan melalui pelbagai saluran

media untuk menyedarkan masyarakat pentingnya penjagaan kesihatan dengan mengamalkan
gaya hidup sihat seperti berjogging.



Peningkatan kualiti hidup dengan mempunyai pendapatan perkapita tinggi atau sumber
ekonomi yang mampu meningkat taraf hidup sekaligus akan memanjangkan jangka hayat

penduduk.


Taraf pendidikan yang tinggi. Masyarakat yang berpengetahuan akan lebih mudah
menerima /sikap terbukaan terhadap sesuatu pembaharuan.



Taraf kesihatan yang tinggi . Kepentingan penjagaan kesihatan serta peningkatan taraf
kemudahan kesihatan akan mengurangkan untuk mendapat penyakit berjangkit.




21. (a) Huraikan enam faktor yang mempengaruhi migrasi antarabangsa di Malaysia. (12)

Cadangan Jawapan

Faktor pertama ialah faktor ekonomi. Peluang pekerjaan yang banyak di negara Malaysia dalam
pelbagai sektor seperti pernigaan, pertanian, pembinaan dan lain-lain lagi menggalakkan migrasi

antarabangsa. Ditambah pula dengan upah yang tinggi yang ditawarkan di Malaysia berbanding negara
migran. Ini kerana nilai mata wang Malaysia yang lebih tinggi berbanding negara jiran seperti
Indonesia, Thailand, Bangladesh. Seterusnya faktor social. Kemudahan sosial yang lengkap seperti

perubatan, pendidikan , hiburan mempengaruhi kemasukan pendatang asing untuk mendapat rawatan
perubatan lebih baik serta menikmati kualiti hidup yang lebih baik. Seterusnya faktor budaya.

Kesamaan budaya yang telah wujud begitu lama antara Malaysia dengan negara jiran menggalakkan
lagi kemasukan migran dari negara jiran ke negara kita sebagai contoh daripada perkahwinan, keturunan
dan persaudaraan dan adat resam yang hampir sama. Selain itu, darjah ketersampaian yan tinggi kerana


59

negara Malaysia yang berhampiran/bersempadan dengan negara jiran memudahkan migrasi
antarabangsa berlaku. Seterusnya, faktor bencana alam. Negara Malaysia yang bebas daripada bencana

alam. Akhir sekali kestabilan politik di negara ini yang stabil berbanding negara jiran menyebabkan
berlaku migrasi antarabangsa kerana dapat menjamin kehidupan yang lebih stabil.




(b) Bincangkan enam kesan kemasukan migran antarabangsa terhadap negara destinasi. (13)

Cadangan Jawapan

Kesan pertama ialah masalah sosial. Kemasukan pendatang asing dilihat akan membawa pelbagai
masalah sosial antaranya kegiatan jenayah seperti pengedaran dadah, rompakan, meragut, mencuri,

budaya liar, bergaduh, keldai dadah dan sebagainya. Akibat kurang pengawasan sosial juga
menyebabkan penduduk tempatan berkahwin secara tidak sah dengan warga asing. Ini juga banyak

mendatangkan masalah sosial di negara kita. Selain itu, berlaku persaingan peluang pekerjaan.
Kebanjiran pendatang asing menyebabkan berlaku persaingan dalam mendapatkan peluang pekerjaan
antara penduduk tempatan dan pendatang asing dalam sektor pernigaan, pertanian, pembinaan dan

perkhidmatan. Kesan lain ialah pengaliran keluar wang. Warga asing menghantar wang ke negara asal
menyebabkan wang tidak berkitar dalam negara. Ini akan merugikan negara. Seterusnya masalah

setinggan dan kemiskinan bandar. Warga asing sering mendirikan rumah haram/setinggan/kongsi di
tanah rizab kerajaan. Hal ini akan menyebabkan pencemaran air, udara dan bau. Kesan lain ialah banyak
penyakit berjangkit. Kemasukan warga asing menyebabkan berlakunya rebakan penyakit seperti TB,

AIDS, SARS. Terdapat juga kesan yang positif iaitu berlaku pembangunan ekonomi Sektor pembinaan
boleh berkembang dengan pesat. Akhir sekali berlaku perluasan pasaran Saiz pasaran bertambah
daripada migran antarabangsa. Ini menambahkan kuasa beli domestic.







22. (a) Bincangkan bagaimana komponen alam sekitar fizikal memainkan peranan yang
penting dalam aktiviti manusia. [13]

Rangka Jawapan

Isi Proses Kesan
i. Atmosfera - Bahangan matahari + - Meningkatkan
Pengeringan produk IKS pengeluaran IKS
ii. Hidrosfera - Sungai + tasik (menjadi - Meningkatkan
habitat/sumber makanan pengeluaran aktiviti
kepada hidupan akuatik) perikanan



60

iii. Biosfera - Fotosintesis - Menggalakkan
menggalakkan aktiviti perhutanan
pertumbuhan pokok
iv. Litosfera - Proses lipatan + gelinciran - Meningkatkan
mendedahkan sumber pengeluaran
mineral) perlombongan
- Sungai + hakisan - Air terjun untuk
aktiviti pelancongan


Cadangan Jawapan

Atmosfera membekalkan bahangan matahari. Bahangan matahari yang kuat akan

membolehkan aktiviti pengeringan produk IKS seperti menjemur ikan kering, batik dan
sebagainya. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan pengeluaran produk IKS.


Hidrosfera seperti sungai dan tasik merupakan habitat atau sumber makanan kepada

hidupan akuatik. Jika sungai atau tasik mempunyai banyak makanan akan menjadi tarikan
kepada hidupan akuatik seperti ikan. Keadaan ini akan meningkatkan pengeluaran aktiviti

perikanan di kawasan tersebut.


Biosfera menggalakkan pertumbuhan pokok yang menjalankan aktiviti fotosintesis

berlaku. Kepelbagai tumbuhan pula akan meningkatkan aktiviti perhutanan di sesuatu kawasan
seperti aktiviti pembalakan, makanan, hasil hutan, perubatan, pelancongan, penyelidikan dan

pemburuan.


Litosfera melibatkan proses lipatan dan gelinciran. Hal ini akan mendedahkan sumber

mineral yang terdapat di kawasan tersebut. Sumber mineral yang banyak akan meningkatkan
pengeluaran aktiviti perlombongan.




(b) Cadangkan enam langkah-langkah untuk mengawal pencemaran alam sekitar akibat
daripada eksploitasi sumber alam di Malaysia. [12]

Rangka Jawapan

i. Meningkatkan penguatkuasaan undangan-undang– denda dan hukuman
ii. Memperkasakan pelaksanaan Akta Alam Sekitar 1984 – tindakan bagi pihak yang
melanggar peraturan




61

iii. Mempertingkatkan usaha pemuliharaan sumber yang telah rosak – merawat air
yang tercemar
iv. Mempertingkatkan R&D dan teknologi mesra alam – penggunaan sumber gentian
v. Mempertingkatkan kempen kesedaran alam sekitar – kempen Cintailah Sungai Kita
vi. Memperluaskan pendidikan alam sekitar an – sekolah, universiti dan masyarakat

Cadangan Jawapan


Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang. Pihak berkuasa perlu mengambil
tindakan undang-undang seperti denda dan hukuman kepada pihak yang tidak mematuhi

undang-undang misalnya tindakan kepada kilang-kilang yang tidak mematuhi syarat-syarat
yang telah ditetapkan.



Memperkasakan pelaksanaan akta seperti Akta Alam Sekitar 1974 yang akan
mengambil tindakan bagi pihak yang melanggar atau mematuhi syarat-syarat pembinaan atau

pelaksanaan di kawasan yang mempunyai sumber alam.


Mempertingkatkan usaha pemuliharaan sumber yang telah rosak. atau pupus.
Contohnya merawat air yang tercemar, menyediakan sistem pemerangkap sampah yang

berkesan untuk membersihkan sungai dari pencemaran..


Mempertingkatkan R&D dan teknologi mesra alam. Penggunaan sumber tenaga

alternatif kitar semula dan bahan pengganti dan lain-lain lagi yang boleh mengurangkan risiko
pencemaran alam.



Meningkatkan kempen kesedaran alam sekitar. Tujuannya untuk menyedarkan
masyarakat tentang pentingnya mengawal pencemaran. Kempen dilaksanakan melalui

pelbagai aktiviti melalaui media massa seperti kempen Cintailah Sungai Kita yang melibatkan
pelbagai aktiviti sosial seperti gotong royong membersihkan sungai.



Pendidikan alam sekitar dan kajian pengurusan risiko alam perlu diperluaskan dari
peringkat sekolah, universiti dan juga masyarakat. Pendidikan bertujuan untuk mendidik

pelajar atau masyarakat tentang kepentingan dan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar
fizikal.





62

23. (a) Bincangkan lima faktor yang mempengaruhi daya tampung sumber alam di
Malaysia. [11]

Rangka Jawapan

i. Kualiti sumber alam semulajadi
ii. kemajuan teknologi yang lebih moden dan canggih
iii. Tahap pengurusan sumber yang cekap, sistematik dan berhemah
iv. jumlah penduduk
v. Penggunaan sumber tenaga alternatif
vi. Kesimpulannya


Cadangan Jawapan

Kualiti sumber alam semulajadi dapat mempengaruhi daya tampung sumber alam di
Malaysia. Malaysia mempunyai sumber alam yang banyak mampu menampung keperluan

penduduk untuk tempoh yang lama. Umpamanya sumber tanah, sumber hutan dan sumber
mineral yang banyak.

Selain itu, kemajuan teknologi yang lebih moden dan canggih juga dapat
mempengaruhi daya tampung sumber alam. Penggunaan teknologi moden membolehkan

pengeluaran sumber dengan lebih cepat dan banyak. Umpamanya penggunaan jentera

penggerudi berkuasa tinggi dapat menghasilkan pengeluaran yang banyak dan pada masa yang
sama dapat mengurangkan impak terhadap alam sekitar fizikal.

Tahap pengurusan sumber yang cekap, sistematik dan berhemah dalam
pengeluran sumber alam dapat mengurangkan pembaziran sumber dan menjamin daya

tampung sumber yang berterusan. Contohnya aktiviti penebangan pokok dalam mendapatkan

kayu balak boleh disusuli dengan aktiviti penanaman semula hutan untuk menjamin sumber
kayu balak pada masa akan datang.

Di samping itu, jumlah penduduk turut mempengaruhi daya tampung sumber alam di
Malaysia. Jumlah penduduk yang ramai akan menyebabkan daya tampung sumber alam

semakin rendah. Oleh itu, kawalan terhadap pertumbuhan penduduk haruslah dilakukan bagi

memastikan sumber alam dapat menampung keperluan penduduk.
Penggunaan sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar, tenaga angin dan tenaga

ombak dalam menggantikan sumber alam yang tidak boleh diperbaharui dapat menjamin daya
tampung sumber alam yang berterusan. Umpamanya penggunaan tenaga solar dalam

kenderaan dapat mengelakkan perlombongan sumber petroleum dalam kuantiti yang banyak.




63

Kesimpulannya, faktor-faktor yang mempengaruhi daya tampung sumber alam di

Malaysia adalah seperti kualiti sumber alam semula jadi, kemajuan teknologi yang canggih dan
moden, tahap pengurusan sumber yang cekap, sistematik dan berhemah,jumlah penduduk dan

penggunaan sumber tenaga altenatif.




(b) Jelaskan usaha-usaha yang dapat dijalankan bagi mengurangkan masalah
kekurangan bekalan sumber alam pada masa kini. [14]


Rangka Jawapan


i. memperkasakan akta
ii. Penguatkuasaan undang-undang
iii. Pemantauan
iv. Pembangunan lestari
v. Pernerokaan sumber secara berhemah
vi. Kempen kesedaran
vii. Amalan kitar semula


Cadangan Jawapan

Kerajaan harus memperkasakan akta bagi mengurangkan masalah kekurangan

bekalan sumber. Akta seperti Akta Perhutanan Negara 1984 diperkasakan untuk mengawal
kegiatan pembalakan secara haram di kawasan hutan simpan.


Penguatkuasaan undang-undang juga haruslah dilaksanakan bagi mengurangkan

masalah kekurangan bekalan sumber alam. Denda, kompaun atau penjara haruslah diberikan

kepada pembalak haram dan pemaju perumahan yang telah melanggar peraturan dalam
menjalankan aktiviti ekonomi. Malah pihak berkuasa haruslah menyita premis dan

membatalkan lesen para pesalah sebagai satu pengajaran kepada mereka.


Pemantauan haruslah dijalankan oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar

dan Jabatan Perhilitan. Umpamanya renjer - renjer hutan haruslah meronda di kawasan hutan
bagi mengelakkan berlakunya pembalakan secara berlebihan atau pembalakan haram.


Pembangunan lestari yang mengambil kira keperluan generasi kini akan datang

haruslah dilaksanakan. Penerokaan sumber alam seharuslah selari dengan usaha pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar. Penggunaan baja organik dan kaedah hidroponik dalam aktiviti


64

pertanian dapat mengelakkan tanah kehilangan kesuburan malah dapat mengelakkan hakisan

tanah.


Pernerokaan sumber secara berhemah penting dalam mengurangkan masalah
kekurangan sumber. Amalan penerokaan sumber alam secara bertanggungjawab dan tidak

tamak haruslah diamalkan oleh semua pengusaha. Pengusaha sepatutnya menjalankan

pengeluaran sumber dengan mengambil kira jumlah sumber yang mencukupi untuk
penggunaan dan bukannya meneroka secara berlebihan untuk mengaut keuntungan.


Kempen kesedaran dapat memberikan pendedahan kepada manusia tentang

kepentingan sumber alam dan amalan pemeliharaan serta pemulihaan. Kempen melalui media

massa dan media elektronik serta badan bukan kerajaan dapat meningkatkan kesedaran
penduduk dalam menggunakan sumber alam secara berhemah.


Amalan kitar semula dipercayai dapat mengurangkan masalah kekurangan sumber.

Penggunaan bahan kitar semula seperti suratkhabar, kertas, botol air dan plastik dalam
kalangan masyarakat akan mengurangkan penerokaan sumber yang baru malah dapat menjaga

kelestarian alam sekitar fizikal dan seterusnya menjamin daya tampung sumber alam secara

berterusan.

























65

TRANSFORMASI DESA DAN PEMBANDARAN


24 (a) jelaskan bukti sosioekonomi yang menunjukkan sesebuah desa mengalami tranformasi.
(12 Markah)
Rangka Jawapan

i. Perubahan kemudahan utiliti kepada penduduk.
ii. Kemajuan sistem pengangkutan yang lebih baik kepada penduduk.
iii. Penambahbaikan sistem komunikasi di kawasan desa.
iv. Peluang Pekerjaan semakin bertambah
vi. Taraf kesihatan bertambah baik
v. Pendidikan yang baik.

Cadangan Jawapan

Perubahan kemudahan utiliti kepada penduduk telah mengalami tranformasi yang pesat

seperti kemudahan sistem bekalan air, bekalan air, sistem saliran dan pembuangan sisa pepejal

yang diperlukan dalam sesebuah desa. Ini kerana kemudahan tersebut dianggap sebagai teras
pembangunan sesebuah desa kepada penduduk.


Kemajuan sistem pengangkutan yang lebih baik di desa seperti jaringan jalan raya

merupakan medium yang penting kepada penduduk desa bagi menjadikan kawasan desa maju

seiring dengan kemajuan bandar. Malah darjah ketersampaian tinggi di desa akan membentuk
penduduk desa yang maju.


Penambahbaikan sistem komunikasi di desa telah dibaikpulih sistem telekomunikasi

yang terkini bagi memenuhi keperluan penduduk desa untuk menikmati kemudahan capaian

internet yang lebih cepat. Hal ini memastikan penduduk desa terdedah perkembangan isu
semasa negara.


Peluang pekerjaan di desa semakin bertambah kerana kerajaan menggalakkan petani

dan golongan bidang lain iaitu sektor penternakan dan perindustrian desa seperti industri kraf
tangan bagi meningkatkan taraf hidup penduduk dan kemajuan desa. Ini juga dapat

mempelbagaikan peluang pekerjaan di desa.


Taraf kesihatan bertambah baik kerana kerajaan telah menaik taraf pusat kesihatan di

desa seperti membina klinik kesihatan di setiap desa serta menyediakan pelbagai khidmat





66

rawatan kepada penduduk desa seperti rawatan asas penyakit kronik, darah tinggi, kencing

manis. Hal ini penting bagi memberi kemudahan yang terbaik kepada penduduk desa.


Pendidikan di desa telah mengalami tranformasi yang baik seiring kehendak kerajaan
iaitu mahukan memantapkan pendidikan kebangsaan. Kerajaan telah membina sekolah rendah

dan menengah di desa bagi membentuk masyarakat desa yang berkualiti.




24 (b) Bincangkan mengapa penyerakan kawasan industri perlu dilakukan ke kawasan luar
bandar di Malaysia. (13 Markah)

Rangka Jawapan

i. Meningkatkan kemudahan sosial
ii. Meningkatkan kemudahan infrastuktur
iii. Meningkatkan peluang pekerjaan luar bandar
iv. Mengurangkan penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar
v. Mengurangkan pencemaran
vi.Mengurangkan kesesakan jalan raya

Cadangan Jawapan

Meningkatkan kemudahan sosial di kawasan desa seperti sekolah, klinik, hospital, pusat
membeli belah dan sebagainya. Kemudahan ini penting bagi pekerja-pekerja kilang di kawasan

luar bandar. Ini sekaligus memajukan kawasan luar bandar sekiranya penyerakan industri
dilaksanakan.



Meningkatkan kemudahan infrastuktur seperti jaringan jalan raya yg baik untuk proses
membawa dan memasarkan barangan kepada pengguna. Selain itu, ia juga telah memajukan

sistem pengangkutan di kawasan luar bandar dan meningkatkan darjah ketersampaian di

kawasan luar bandar tersebut.


Meningkatkan peluang pekerjaan luar bandar dengan mempelbagaikan ekonomi
penduduk dan dapat mengubah corak ekonomi tradisional kepada ekonomi moden dan

seterusnya dapat meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan penduduk luar bandar.


Mengurangkan penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar. Pembinaan

kilang-kilang di kawasan luar bandar penduduk tidak perlu lagi berhijrah ke bandar untuk


67

mencari peluang pekerjaan. Contohnya pembinaan kilang elektronik yang memang

memerlukan tenaga kerja yang ramai.


Mengurangkan pencemaran di kawasan bandar khususnya. Pencemaran udara, bunyi di
kawasan industri terutama di Shah Alam dan Petaling Jaya. Oleh itu, bagi mengurangkan

pemcemaran ini penyerakan industri ke kawasan luar bandar perlu dilaksanakan bagi

menbendung masalah tersebut.
Mengurangkan kesesakan jalan raya di bandar. Ini adalah kerana kawasan bandar telah

terlalu padat dan sesak dengan pertambahan jumlah penduduk dan kenderaan menyebabkan
keadaan kawasan bandar mengalami kesesakan jalan raya yang teruk semasa waktu pagi dan

puncak. Oleh itu, penyerakan industri ke luar bandar perlu dilaksanakan bagi mengatasi

masalah itu.





25. a) Bincangkan aspek saling kebergantungan antara desa dan bandar. (13)


Rangka Jawapan

i. Tenaga buruh
ii. Pasaran
iii. Bahan mentah
iv. Teknologi

Cadangan Jawapan


i. Tenaga buruh - Penduduk desa membekalkan tenaga buruh kepada bandar dengan adanya
migarsi belia dari desa ke bandar untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan penduduk bandar

dapat bekalan tenaga buruh dari desa melalui migrasi tersebut.
ii. Pasaran - Penduduk desa dapat memasarkan hasil pertanian , ternakan dan perikanan seperti

sayur, buah-buahan, ikan dan ayam segar kepada bandar, penduduk bandar dapat bekalan
mentah sayur dan buah- buahan dari desa

iii. Bahan mentah- Penduduk desa membekalkan pelbagai bahan mentah seperti kelapa sawit ,

getah, sayur- sayuran, buah-buahan dan padi kepada bandar, bandar memproses bahan mentah
dari desa dan dan bandar memasarkan barang siap diproses kepada desa.






68

iv. Teknologi -.Bandar membekalkan banyak teknologi moden dan terbaru kepada desa

contohnya jentera moden dan teknologi moden untuk iks diperolehi di bandar dan penduduk
desa menggunakan kemudahan teknologi moden dari bandar untuk mengusahakan produk

pertanian penternakan serta menjana industri iks di desa.
4 isi x 3 = 12

Kesimpulan tambah 1





b) Jelaskan kesan transformasi desa terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar. [ 12 ]



Rangka Jawapan

i. Peningkatan suhu setempat-
ii. Hakisan, tanah runtuh dan tanah tandus –
iii. Ancaman kepupusan kepelbagaian biologi flora dan fauna .
iv. Kemusnahan habitat dan rantaian makanan flora dan fauna
v. Pemendapan
vi. Banjir
vii. Pencemaran



Cadangan Jawapan

penebangan hutan secara tidak terkawal untuk aktiviti pertanian lading secara besar- besaran ,

pembinaan infrastruktur seperti Lebuhraya Utara Selatan, lebuhraya Timur Barat telah

menyebabkan banyak hutan diteroka tau pun di musnahkan . Ini menyebabkan berlaku
peningkatan suhu setempat kerana kekurangan proses sejatpeluhan pokok berlaku .



Aktiviti pertanian tanah tinggi seperti di Tanah Tinggi Cameron yang dijalankan di kawasan
cerun atau lereng bukit untuk tanaman sayur- sayuran, buah- buahan dan bunga-bungaan telah

menyebabkan berlaku hakisan yang teruk yang telah menyebabkan banyak kawasan berlaku
tananh runtuh ketika berlaku hujan lebat, .


Penerokaan yang berleluasa menyebabkan semua flora hutan seperti tumbuhan reflesia, periuk

kera orkid hutan dan fauna harimau, beruang, tapir , gajah, monyet , serangga, reptelia dan

pelbagai jenis burung yang terdapat di kawasan tersebut mati dan pupus .


69

Penebangan hutan untuk pertanian, pembinaan petempatan, kemudahan infrastruktur
menyebabkan habitat dan rantaian makanan flora hutan seperti tumbuhan reflesia, periuk

kera orkid hutan dan fauna harimau, beruang, tapir , gajah, monyet , serangga, reptelia dan
pelbagai jenis burung yang terdapat di kawasan musnah ataupun mereka berhijrah ke kawasan

baru untuk mendapatkan makanan


Kawasan hutan yang telah gondol terutama kawasan cerun bukit apabila berlaku hujan lebat

boleh menyebabkan berlaku hakisan tanah . hakisan tanah lumpur ini akan mengalir kedalam
sungai seterusnya menjadikan dasar sungai semakin cetek ekoran banyak lumpur yang mendap

di dasarnya.


Pemendapan lumpur di dasar sungai yang terlalu banyak berlaku ketika hujan lebat boleh

menyebabkan banjir berlaku kerana kuantiti air yang banyak tidak dapat di tamping oleh sungai
yang semakin cetek. Ini menyebabkan kawasan rendah dan berdekatan sungai mengalami

banjir.
Pembangunan yang pesat terutama untuk aktiviti pembandaran dan perindustrian telah

menyebabkan banyak gas rumah hijau di bebaskan seperti gas sulfur dioksida dan karbon

monoksida. Ini menyebabkan berlaku pencemaran udara,. Manakala pembuangan sampah
secara tidak sempurna oleh warga bandar juga menyebabkan berlaku pencemaran sampah dan

seterusnya pencemaran bau dan air.





26. a) Jelaskan enam faktor yang menyebabkan aras pembandaran negeri-negeri di Malaysia
berbeza. [12]

Rangka Jawapan

a1. Pembangunan ekonomi yang pesat
a2. Sejarah pembangunan – telah lama dimajukan.
a3. Lokasi yang strategi
a4. Pusat aktiviti – pusat pentadbiran, kebudayaan, pendidikan.
a5. Tanih yang subur
a6. Sumber asli yang banyak
a7. Dasar kerajaan/ governa
a8. Migrasi masuk penduduk
a9. Bentuk muka bumi – bergunung-ganang, beralun, tanah pamah, paya.



70

Cadangan Jawapan

Pembangunan ekonomi yang pesat menyebabkan aras pembandaran d Malaysia

berbeza. Aktiviti-aktiviti seperti perindustrian dan perkhidmatan di bandar-bandar di

Malaysia menyebabkan penduduk lebih tertumpu di sesuatu kawasan. Infrastruktur yang baik
seperti pengangkutan dan perhubungan menyebabkan pembangunan ekonomi menjadi lebih

pesat.


Sesetengah bandar merupakan bandar yang telah lama dimajukan. Sejarah penjajahan

British di Tanah Melayu seperti di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang untuk
mendapatkan hasil bijih timah menyebabkan bandar-bandar di negeri-negeri berkenaan telah

lama berkembang.


Negeri-negeri di pantai barat misalnya merupakan lokasi yang strategik. Keadaan ini

menyebabkan banyak bandar di pantai barat membangun dan berkembang. Hal ini demikian
negeri-negeri di pantai barat ini mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi.


Aras pembandaran juga bergantung kepada pusat-pusat aktiviti yang wujud yang

mampu mengembangkan bandar-bandar berkenaan. Sesetengah bandar berperanan sebagai
pusat pentadbiran, misalnya ibu-ibu negeri, pusat kebudayaan dan juga pusat pendidikan

seperti wujudnya IPT di bandar.


Kawasan yang mempunyai tanah yang subur merupakan salah satu faktor yang

menyebabkan aras pembandaran negeri-negeri di Malaysia berbeza. Kawasan pertanian yang

dimajukan menjadi bandar. Aktiviti pertanian dijalankan secara meluas dan akhirna
membawa kepada urbanisasi yang pesat.


Aras pembandaran yang berbeza juga bergantung kepada sumber asli. Sumber asli

yang banyak meningkatkan proses pembandaran. Kawasan-kawasan yang kaya dengan
sumber asli seperti petroleum, mineral, perhutanan telah menyebabkan wujud bandar

berdasarkan aktiviti tersebut. Contohnya Kerteh dan Sandakan.


Dasar kerajaan atau governan juga menyebabkan aras pembandaran yang berbeza.

Adalah didapati kerajaan lebih menumpukan pembangunan di pantai barat telah menebabkan



71

wujudnya banyak bandar di negeri-negeri pantai barat. Pembangunan juga lebih tertumpu di

kawasan tertentu yang menjadai tumpuan pelabur. Pembukaan bandar baru telah
meningkatkan bilangan penduduk kerana tarikan penduduk luar bandar berhijrah ke bandar.


Terdapat juga faktor seperti penghijrahan masuk penduduk. Migrasi penduduk dari

paantai timur ke pantai barat seperti di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang

menyebabkan bandar-bandar di pantai barat menjadi tumpuan penduduk. Disebabkan tarikan
di bandar dengan pelbagai aktiviti ekonomi maka migrasi desa ke bandar berlaku dengan

pesat.


Bentuk muka bumi juga mempengaruhi aras pembandaran negeri-negeri di Malaysia.

Kawasan yang bergunung-ganang, berpaya misalnya mengehadkan pambangunan dan
perkembangan sesebuah bandar. Kawasan tanah pamah dan kawasan beralun menyebabkan

kawasan baru dapat dibuka dan dibangunkan. Kedudukan bandar di kawasan ini juga
meningkatkan berlakuna rebakan bandar dengan lebih pesat.





b) Bincangkan bagaimana proses perbandaran yang pesat terhadap persekitaran fizikal
bandar-bandar di Malaysia. [13]

Rangka Jawapan

i. Pertambahan penduduk - kenderaan bertambah - peningkatan pencemaran udara.
ii. Perubahan ekonomi - aktiviti perindustrian – pencemaran air
iii. Perubahan gaya hidup - penggunaan bahan buangan domestic – pencemaran
sampah sarap dan bau.
iv. Perluasan sempadan bandar – pembinaan kawasan perumahan baru – pencemaran
persekitaran.
v. Peningkatan kawasan pembangunan bandar – penerokaan kawasan tadahan air,
penimbusan paya/tasik, peningkatan kawasan berturap – kejadian banjir kilat.
vi. Pertambahan bangunan konkrit dan bangunan menegak – permintaan terhadap
ruang perniagaan dan perkhidmatan – penyerapan bahangan matahari dan
pemerangkapan bahangan bumi meningkat – kesan pulau haba bandar / kenaikan
suhu mikro.
vii. Peningkatan keperluan penduduk – aktiviti peneresan, perataan, pemotongan bukit
untuk dijadikan tapak bina – hakisan tanah, tanah runth, tanah mendap.

4 isi x 3m + 1 kesimpulan





72

Cadangan Jawapan

Proses pembandaran yang pesat menyebabkan pertambahan penduduk bagi memenuhi

keperluan tenaga kerja dan permintaan terhadap perkhidmatan dan perindustrian. Hal ini

menyebabkan pertambahan jumlah kenderaan dan pertambahan kilang sejajar dengan
permintaan terhadap tenaga kerja dari pertambahan penduduk bandar. Peningkatan jumlah

kenderaan dan kawasan kilang di bandar-bandar besar menyebabkan peningkatan

pembebasan gas karbon monoksida dan gas karbon dioksida. Hal ini akan menyebabkan
pencemaran udara berlaku.


Perubahan aktiviti ekonomi seperti sektor perkhidmatan kepada sektor perindustrian

akan menyebabkan pelepasan sisa toksid dari kilang ke sistem saliran di bandar meningkat.
Pembuangan sisa pepejal ke sumber air seperti sungai, tasik, kolam dalam bandar

menyebabkan berlakunya pencemaran air. Enfluen kilang juga menyebabkan air tercemar

dengan peningkatan BOD.


Proses pembandaran yang pesat dapat dilihat daripada perubahan gaya hidup
penduduk di bandar berkenaan. Kehidupan yang sibuk menyebabkan penggunaan bahan

buangan plastik yang digunakan untuk membungkus makanan dan minuman semakin
bertambah. Keadaan ini menyebabkan pencemaran sampah sarap dan pencemaran bau dari

sisa makanan yang dibuang.


Akibat permintaan terhadap guna tanah bandar meningkat, maka kawasan fizikal

bandar perlu diperluas. Perluasan sempadan bandar menyebabkan banyak pokok di kawasan

pinggir bandar ditebang untuk dibangunkan sebagai kawasan pembangunan seperti kawasan
perumahan, perkilangan dan kawasan premis perniagaan. Pembinaan kawasan baru ini akan

menyebabkan pencemaran persekitaran.


Peningkatan kawasan pembangunan bandar membawa kepada penerokaan kawasan
tadahan air, aktiviti penimbusan paya atau tasik dilakukan untuk membina petempatan, jalan

raya, perniagaan mengganggu kadar resapan. Selain itu peningkatan kawasan berturap

menyebabkan peningkatan larian air permukaan dan membawa kepada kejadian banjir kilat.







73

Pertambahan bangunan konkrit dan bangunan menegak akibat permintaan terhadap

ruang perniagaan dan perkhidmatan yang tinggi. Bangunan-bangunan meningkatkan
penyerapan bahangan matahari dan pemerangkapan bahangan bumi juga meningkat.

Kesannya berlaku pulau haba bandar atau kenaikan suhu mikro.


Peningkatan keperluan penduduk bagi memenuhi permintaan tempat tinggal

membawa kepada aktiviti peneresan, perataan dan pemotongan bukit untuk dijadikan tapak
bina. Aktiviti ini menyebabkan tanah terdedah kepada hakisan tanah dan tanah runtuh.

Perataan dan penimbusan kawasan rendah akan menyebabkan kejadian tanah mendap.


Kesimpulannya proses pembandaran yang pesat menyebabkan pertambahan

penduduk yang membawa kepada perubahan persekitaran fizikal bandar seperti pencemaran
udara, pencemaran air, pencemaran persekitaran, hakisan tanah, tanah runtuh dan pulau haba

bandar.







27 (a) Jelaskan peranan bandar dalam menjalankan proses pembauran inovasi terhadap
kawasan pinggir bandarnya? [10]

Rangka jawapan

i. Pusat teknologi maklumat
ii. peranan pelbagai agensi kerajaan
iii. peranan golongan menegah
iv. menyediakan pelbagai kemudahan
v. pemodenan melalui pendidikan yang menggalakan perubahan sosial dan mental


Cadangan Jawapan


Peranan bandar sebagai pusat teknologi maklumat. Ini kerana bandar mempunyai kemudahan
dan akses ICT yang cukup seperti kemudahan jalur lebar 4G di pusat-pusat siber. Kesanya idea

dan teknologi baru mudah disalurkan kepada penduduk kawasan pinggir bandar/luar bandar.


Peranan agensi kerajaan yang terletak di bandar. Agensi ini berperanan untuk

menyebarluaskan maklumat dan inovasi baru kepada penduduk kampung/mukim di



74

sekitarnya. Contoh agensi dan jabatan kerajaan yang terlibat seperti Jabatan Penerangan

Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah/Gabungan, Pusat-Pusat Kesihatan. Jabatan Pertanian,
FAMA, dan Lembaga Pertubuhan Peladang.


Pembandaran dapat melahirkan golongan kelas menengah iaitu kumpulan penduduk yang

mempunyai pendapatan yang agak tinggi dan stabil, moden, terbuka dan berpendidikan tinggi

dengan amalan budaya/cara hidup yang berbeza dengan kumpulan penduduk miskin/luar
bandar. Golongan menengah menjadi pencipta dan pencetus inovasi baru kerana terlibat

dengan bidang Penyelidikan dan pembangunan (R&D). Oleh sebab itu, pemodenan dan
teknologi baru di bandar dapat dibawa dan dikembangluaskan oleh mereka ke kawasan pinggi

bandar. Golongan ini juga telah melahirkan pekerja profesional, pemimpin dan korporat serta

kumpulan pekerja yang lebih mudah menerima perubahan.


Selain itu bandar juga berperanan meluaskan inovasi melalui penyediaan pelbagai
kemudahan asas bagi mempercepatkan proses pemodenan serta pembangunan. Wujudnya

peluang pembelajaran, peluang berinteraksi yang luas, dalam pelbagai institusi sosial dan
ekonomi di bandar dapat melicinkan lagi proses perubahan tersebut. Dengan meningkatkan

tahap pembandaran, proses penularan pembangunan dapat berlaku dengan lebih cepat.

Pembandaran boleh berlaku melalui pembesaran saiz bandar, perpindahan penduduk,
penjalinan bandar dengan sistem pengangkutan yang cekap, peluasan rangkaian komunikasi

dan sebagainya


Pemodenan melalui pendidikan menggalakan perubahan sosial dan mental. Bandar adalah

arena dan tempat bermulanya proses perubahan. Peluang-peluang memajukan ekonomi yang
lebih luas boleh mendorong penduduk bandar membangun dengan pesat. Melalui pembandaran

juga muncul pemimpin politik dan pemimpin masyarakat yang berfikiran luas dan berupaya
mencabar kepimpinan negara supaya melakukan perubahan ke arah pembaikan. Mereka juga

cenderung untuk bertindak melakukan perubahan dalam masyarakat. Para pentadbir,

pengusaha, peniaga dan pemimpin masyarakat ini mempunyai berbagai-bagai idea yang boleh
membantu pembangunan negara. Pembauran inovasi oleh kerajaan membolehkan minda

penduduk kampung berkembang dan bersedia untuk menerima arus pemodenan yang dibawa
oleh kerajaan.





75

27 (b) Jelaskan Peranan bandar dalam pembangunan sesebuah negara. [10]

Rangka Jawapan:

i. Pusat pemasaran
ii. pusat perkhidmatan
iii. pusat perubahan
iv. Pusat pembauran inovasi
v. Pusat penularan pembangunan
vi. Pusat pendidikan
vii. Pusat peluang pekerjaan



Cadangan Jawapan

(i). Tempat pemasaran. Bandar terutama bandar-bandar kecil berperanan untuk menjadi

tempat memasarkan produk pertanian desa kerana bandar mudah didatangi dari mana-mana
tempat di seluruh kawasan pengaruhnya. Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang

disediakan untuk tujuan pemasaran seperti pemasaran bergerak dan pasar mingguan. Selain itu,

institusi untuk pengumpulan, penyimpanan, pertukaran dan pengagihan bahan keluaran
pertanian juga disediakan. Misalnya bandar kecil menjadi pusat pengumpul dan memproses

bahan keluaran pertanian untuk dieksport ke tempat lain, mengeluarkan barangan melalui
perkilangan dan mengumpul serta memproses hasil lain seperti hasil hutan, hasil laut dan

perlombongan.


(ii). Bandar juga menyediakan kemudahan perkhidmatan untuk kepentingan penduduk

sekitarnya seperti institusi kewangan, pendidikan, pentadbiran, rawatan perubatan moden,
khidmat bantuan nasihat, guaman, pos, mengagih barangan makanan, pakaian dan barangan

lain. Penyediaan perkhidmatan tersebut dapat meninggikan kualiti kehidupan penduduk.


(iii). Bandar menyediakan suasana bagi perubahan. Masyarakat yang telah diperbandarkan

lebih mudah menerima perubahan ke arah kemajuan. Di bandar, halangan institusi sosial tidak
terpengaruh dalam menyekat masyarakat daripada mengalami perubahan. Oleh itu, pemodenan

lebih mudah berlaku.


(iv). Pembauran inovasi – penyebaran secara mengempur benih pembaharuan seperti idea

baru, teknik moden, peralatan, maklumat, pengetahuan, kaedah mengurus dan barangan


76

pengguna moden yang datang dari petempatan/bandar hierarki atasannya. Bandar adalah pusat

penyebaran idea pembangunan, penularan inovasi dan penyampaian teknologi dan maklumat
berguna bagi perubahan masyarakat. Wujudnya peluang pembelajaran, peluang berinteraksi

yang luas, konteks dan pendedahan kepada berbagai-bagai kemudahan mempercepatkan proses
pemodenan serta pembangunan. Institusi sosial dan ekonomi di bandar dapat melicinkan lagi

proses perubahan tersebut.




(v). Dengan meningkatkan tahap pembandaran, proses penularan pembangunan dapat
berlaku dengan lebih cepat. Pembandaran boleh berlaku melalui pembesaran saiz bandar,

perpindahan penduduk, penjalinan bandar dengan sistem pengangkutan yang cekap, peluasan

rangkaian komunikasi dan sebagainya. Di sesetengah negara peningkatan tahap primasi bandar
utama boleh membantu meningkatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) melalui

aglomerasi ekonomi. Pengangkutan yang cekap merendahkan kos pengeluaran dan
meningkatkan daya pengeluaran.


(vi). Pemodenan melalui pendidikan menggalakan perubahan sosial dan mental. Bandar arena

dan tempat bermulanya proses perubahan. Peluang-peluang memajukan ekonomi yang lebih

luas boleh mendorong penduduk bandar membangun dengan pesat. Pembandaran dapat
melahirkan golongan kelas menengah – kumpulan penduduk yang mempunyai pendapatan

yang agak tinggi dan stabil, moden, terbuka dan berpendidikan tinggi dengan amalan
budaya/cara hidup yang berbeza dengan kumpulan penduduk miskin/luar bandar. Golongan ini

yang melahirkan pekerja profesional, pemimpin dan korporat – atau kumpulan pekerja yang

lebih mudah menerima perubahan. Melalui pembandaran juga muncul pemimpin politik dan
pemimpin masyarakat yang berfikiran luas dan berupaya mencabar kepimpinan negara supaya

melakukan perubahan ke arah pembaikan. Mereka juga cenderung untuk bertindak melakukan
perubahan dalam masyarakat. Para pentadbir, pengusaha, peniaga dan pemimpin masyarakat

ini mempunyai berbagai-bagai idea yang boleh membantu pembangunan negara.


(vii). Bandar turut menyediakan peluang pekerjaan bukan pertanian seperti perindustrian dan

perkhidmatan kepada penduduk sekitarnya. Melalui pembandaran, bandar metropolitan juga
menyediakan keadaan yang paling sesuai bagi perkembangan ekonomi moden. Industri

pembuatan dapat berkembang di bandar kerana terdapat kemudahan asas, tenaga mahir,
pasaran dan sebagainya. Begitu juga, kegiatan perniagaan firma moden, institusi kewangan,


77

koperasi, perdagangan antarabangsa dan sebagainya hanya wujud di bandar besar. Melalui

aglomerasi ekonomi, peningkatan daya pengeluaran dapat dilakukan dan keadaan ini hanya
boleh wujud di bandar metropolitan.






28. (a) Bincangkan enam isu kemiskinan di kawasan bandar besar di Malaysia. [13]


Rangka Jawapan

i. pemilikan harta (kecil dan sempit)
ii. masalah gelandangan
iii. masalah rumah setinggan
iv. kesesakan di tempat-tempat awam
v. masalah pengemis
vi. kekurangan zat makanan
vii. kadar keciciran yang tinggi
viii. gejala sosial seperti meragut
ix. kesimpulan

Cadangan Jawapan


Antara isu kemiskinan bandar di kawasan bandar besar di Malaysia ialah masalah gelandangan.
Terdapat segelintir penduduk di bandar merempat di kawasan kaki lima, perhentian bas atau di

laluan jejantas di bandar. Tindakan golongan gelandangan ini boleh menjejaskan keunikan
tarikan pelancongan di bandar.



Masalah rumah setinggan juga sering berlaku di kawasan bandar-bandar besar. Kawasan
rumah setinggan yang tidak terurus tahap kebersihan mahupun sistem pembetungan biasanya

menjadi punya merebaknya penyakit seperti taun dan salmonella di bandar.


Kesesakan yang teruk juga berlaku di tempat-tempat kemudahan awam seperti hospital

kerajaan. Isu kemiskinan yang teruk di bandar menyebabkan ramai pesakit tidak mampu
mendapatkan rawatan doktor pakar di hospital swasta, sebaliknya berpusu-pusu mendapatkan

rawatan di hospital kerajaan.


Masalah pengemis juga semakin menjadi-jadi di bandar. Kemiskinan bandar yang ekstrem
juga menjadi punca kemunculan pengemis-pengemis di bandar.


78

Gejala sosial seperti meragut dan merompak juga boleh dikaitkan dengan kemiskinan bandar.
Kadar pengangguran yang tinggi di samping peningkatan kos hidup di bandar memaksa

segelintir penduduk bandar mendapatkan wang dengan cara merompak atau meragut di bandar.


Harga rumah yang tinggi di bandar menyebabkan penduduk bandar golongan B40 hanya

mampu memiliki rumah-rumah yang kecil dan sempit di bandar. Rata-rata golongan ini hanya
mampu membeli rumah-rumah projek perumahan kos rendah oleh kerajaan yang dibina dengan

saiz yang kecil dan bahan binaan yang rendah kualiti.





(b) Jelaskan bagaimana proses pembandaran memberikan kesan kepada alam sekitar
fizikal. [12]

Rangka Jawapan

Isi Proses Kesan
i Pertambahan Pertambahan penggunaan kenderaan pencemaran udara / peningkatan
penduduk suhu
ii Peluasan penebangan pokok untuk pembinaan hakisan tanah, tanah runtuh,
sempadan bangunan / infrastruktur peningkatan suhu
iii Perubahan pelepasan asap kilang pencemaran udara
kegiatan ekonomi
iv Perubahan gaya Pertambahan penjualan makanan pencemaran sampah
hidup berbungkus
Pertambahan penggunaan barangan peningkatan suhu
elektrik
Pertambahan penggunaan kenderaan pencemaran udara peningkatan
suhu


Cadangan Jawapan


Pertambahan penduduk kawasan bandar membawa kepada pertambahan penggunaan

kenderaan di bandar. Pembakaran bahan api fosil yang tinggi daripada kenderaan
menyebabkan kadar pelepasan asap yang tinggi yang seterusnya mencemarkan udara di bandar.


Peluasan sempadan bandar akibat proses pembandaran melibatkan kerja-kerja penebangan

pokok secara besar-besaran bertujuan memberi ruang untuk pembinaan projek perumahan dan




79

kemudahan inftastruktur bandar. Penebangan pokok menyebabkan kehilangan cengkaman

akar pokok dan tanah terdedah kepada masalah hakisan dan tanah runtuh.


Proses pembandaran juga menyebabkan perubahan kegiatan ekonomi kepada ekonomi
sekunder dan tertier. Pembinaan kilang-kilang yang banyak menyebabkan peningkatan

mendadak dalam pelepasan asap kilang. Ini seterusnya menyebabkan pencemaran udara di

bandar.


Proses pembandaran juga menyebabkan perubahan gaya hidup penduduk bandar. Kebanyakan
penduduk adalah bekerja dan tidak mempunyai masa untuk memasak sendiri di rumah. Mereka

akan sama ada makan di luar atau membeli makanan berbungkus dari gerai-gerai. Ini

membawa kepada lambakan plastik daripada bekas bungkusan makanan dan pencemaran
sampah sarap di sekitar gerai-gerai makanan.















































80


Click to View FlipBook Version