BENGKEL MENJAWAB
Geografi STPM Semester 2
Bersama Cikgu Mohamad Rashid
Disediakan oleh:
Cikgu Mohamad Rashid Bin Husin,
Kolej Tingkatan Enam Desa Murni,
Butterworth
2
“Semoga bermanfaat dan menjadi
asbab kepada kejayaan yang lebih
cemerlang di masa hadapan dalam
subjek 942”
Cikgu Mohd Rashid -2021
3
BAHAGIAN 1
4
Memahami semua konsep dalam Geografi STPM
6
This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-SA
10
.
BAHAGIAN 2
01 Memahami jenis-jenis soalan
02 MEMAHAMI KONSEP PERKATAAN ATAU RANGKAI
KATA DALAM SOALAN
03 MENJAWAB SOALAN-SOALAN LATIHAN
26
1. 0 Mengenali Bentuk Soalan
Ada tiga bentuk soalan yang begitu popular ditanya
iaitu soalan bersifat langsung (directly
Questions), soalan kemahiran amali yang melibatkan
persembahan kartografi, dan juga soalan berasaskan
Kajian luar (Kajian Lapangan).
Ketiga-tiga bentuk soalan ini memerlukan pendekatan
menjawab yang berbeza-beza.
27
1.1 Strategi Menjawab Soalan
Langsung
1.1.1 Soalan langsung adalah soalan yang ditanya
terus tanpa melibatkan banyak rangsangan dan
referen. Ia biasanya mempunyai 2 hingga 3
pecahan yang diberikan wajaran markah masing-
masing.
28
1.1 Strategi Menjawab Soalan Langsung
3 pecahan soalan:
Soalan a) = soalan konsep/definisi/bezakan makna/apakah yang
dimaksudkan dan lain-lain yang seumpamanya. [SOALAN LOTS]
Soalan b) = Soalan huraian/penjelasan/penerangan seperti ;
huraikan,jelaskan,terangkan,mengapakah dan seumpamanya.
Soalan c) = soalan bersifat aplikasi seperti cadangkan,
analisakan,ulaskan, komen, bincangkan dll yang setaraf
dengannya. [SOALAN HOTS]
29
1.1 Strategi Menjawab Soalan
Langsung
contoh soalan langsung:
Pilih sebuah negara di rantau Asia Pasifik;
a) Nyatakan ciri kependudukan (demografi) negara
tersebut. (5 Markah)
b) Jelaskan mengapa negara tersebut perlu memperlahankan kadar
pertumbuhan penduduknya. (10 Markah)
b) Cadangkan langkah-langkah yang patut diambil untuk mengurangkan
masalah lebihan penduduk di negara berkenaan. (10 Markah).
30
1.1 Strategi Menjawab Soalan
Langsung
Bagi menjawab soalan di atas, calon perlu menamakan dahulu
negara yang dipilih. Misalnya Indonesia. Seterusnya calon
perlu menyatakan ciri-ciri demografi negara berkenaan.
Menyatakan tidak perlu menghurai. Cukup sekadar sebaris
dua ayat sahaja bagi setiap ciri yang dinyatakan.
Contoh jawapan: “Negara berkenaan ialah Indonesia. Ciri-ciri
demografi negara berkenaan ialah penduduknya yang ramai
berjumlah lebih 200 juta yang tertumpu di Kepulauan Jawa”
31
1.1 Strategi Menjawab Soalan
Langsung
Bahagian b) calon mestilah menjelaskan sebab-sebab negara
Indonesia perlu memperlahankan pertumbuhan penduduknya
Cuba sediakan sekurang-kurangnya 6 sebab bagi soalan (b) di
atas. Setiap sebab mestilah dijelaskan dengan detail antara 3
hingga 5 baris bagi setiap isi yang dikemukakan.
Setiap isi yang dihurai mestilah distruktur mengikut
perenggan yang berlainan. Ini bermakna jika anda ada 6 isi ia
mestilah dihurai dalam 6 perenggan yang berlainan.
32
1.1 Strategi Menjawab Soalan
Langsung
Contoh jawapan: Isi 1.
Negara Indonesia perlu memperlahankan pertumbuhan
penduduknya supaya tidak berlaku ketidak seimbangan
pembangunan wilayah yang terlalu tertumpu di Pantai Barat
terutama di Kepulauan Jawa demi untuk mengelakkan kesesakan
penduduk yang berlebihan dan mendatangkan pelbagai impak
sosio-ekonomi negara berkenaan”
33
1.1 Strategi Menjawab Soalan
Langsung
Bagi soalan (c) pula calon juga perlu sediakan 6 cadangan
yang sesuai dan setiap cadangan perlu dihurai dengan sebaik
mungkin.
Setiap judul isi yang diberi mestilah dijelaskan sebaik
mungkin dengan sokongan contoh-contoh yang konkrit dan
bukannya dibiarkan dalam bentuk senarai isi (Listing) sahaja
34
1.1 Strategi Menjawab Soalan Langsung
CONTOH JAWAPAN:
“Kerajaan Indonesia boleh mengalakkan rakyatanya untuk
merancang kelahiran anak yang mereka mahukan dengan
menghadkan sebuah keluarga hanya boleh memiliki seorang anak
sahaja. Langkah ini mampu untuk mengawal pertambahan
penduduk di sesebuah negara dan mengelakkan ketidakseimbangan
ekosistem demografi yang boleh mengakibatkan berlakunya
pelbagai masalah sosio-ekonomi di masa hadapan.
35
1.1 Strategi Menjawab Soalan
Langsung
Sistem penilaian jawapan dibuat berasaskan konsep Analitikal
dan Impression atau Isi/Point dengan huraian. Sebutan isi
yang relevan,betul dan tepat dengan kehendak soalan akan
diberikan markahnya secara khusus manakala huraian yang
baik,betul,relevan,memenuhi kehendak soalan,padat bersama
dengan sokongan contoh yang sesuai juga akan
dianugerahkan markahnya.
36
1.1 Strategi Menjawab Soalan
Langsung
Lazimnya markah untuk huraian lebih tinggi nilainya
berbanding dengan markah untuk isi sahaja. Justeru itu,
pemarkahan akan diberikan kepada jawapan yang
mempunyai kombinasi antara ISI dengan HURAIAN dan
bukannya kepada isi semata-mata. Dalam hal ini kualiti jawapan
calon amat bergantung kepada kualiti dan kekuatan huraiannya.
37
1.1 Strategi Menjawab Soalan Langsung
Jangan sekali-kali mengulang isi atau
mengulangi huraian. Isi dan huraian yang berulang tidak
diambil kira.
Jangan sekali-kali terlalu mendetailkan huraian pada satu-
satu isi sahaja sehingga isi yang lain amat cetek
huraiannya. (huraian tidak seimbang). Ini kerana jika sesuatu isi
itu misalnya diperuntukkan 2 markah maka ia hanya boleh
dianugerahkan 2 markah sahaja, tidak lebih daripada itu.
Huraian yang terlalu panjang berjela untuk satu-satu isi akan 38
diberikan Awarded (Sudah tepu/maksima).
1.1 Strategi Menjawab Soalan Langsung
Sebaik-baiknya lebihkan isi dan huraiannya menjadi 6 atau 7 isi
sebagai Reserve. Ini untuk mengelakkan berlakunya isi atau
huraian yang berkemungkinan diletakkan di bawah judul isi
yang sama (tindanan isi) dalam skemanya nanti.
Jika ini berlaku calon masih mempunyai lebihan satu atau dua
isi yang membolehkan mereka masih mampu memperolehi
markah yang maksima.
39
1.1 Strategi Menjawab Soalan Langsung
Setiap perenggan mesti ada Fakta atau Isi (F), Diikuti oleh
Huraian(H) dan Dilengkapi dengan Contoh(C).
Formula F:H:C mestilah dipatuhi.
Calon juga boleh mengemukkan Fakta dahulu diikuti
oleh Contoh kemudiannya berdasarkan contoh-contoh tersebut ia
membuat Penghuraian.
Apa yang penting, Fakta atau Isi mestilah diserlahkan dalam
ayat pertama bagi setiap perenggan. Jangan sekali-kali
menyembunyikan fakta/isi diakhir ayat pada perenggan. 40
1.1 Strategi Menjawab Soalan Langsung
Aspek contoh pula tidak semestinya merujuk kepada tempat
semata-mata, ia boleh jadi data, fenomena atau nama sesuatu
subjek misalnya bangsa,ciri dan lain-lain bergantunglah kepada
kehendak dan situasi soalan
41
1.1 Strategi Menjawab Soalan Langsung
Akhir sekali, jawapan tidak memerlukan Pendahuluan dan
Penutup yang panjang berjela. Kerana ia tidak mempunyai
apa-apa peruntukan markah kepada aspek pendahuluan atau
penutup. Pendahuluan dan penutup cukup sekadar satu atau
dua baris ayat sahaja sebagai pengenalan kepada apa yang
diminta oleh soalan.
42
iNGaT SemuLa !!
soalan konsep/definisi/bezakan makna/apakah yang dimaksudkan ??
Soalan huraian/penjelasan/penerangan ?
soalan bersifat aplikasi seperti cadangkan, analisakan, ulaskan, komen,
bincangkan dll yang setaraf dengannya. ?
Pengenalan?
Kesimpulan?
43
2.0 Soalan Kemahiran Amali
Graf, Carta Pai, Peta Koroplet, Rajah Mawar Angin,
Melabel gambarajah,
44
2.1 Strategi Menjawab Soalan Kemahiran Amali
Soalan kemahiran amali memerlukan calon bersedia dalam dua
aspek. Pertama, kemahiran untuk mempersembahkan data-
data yang diberi oleh soalan kepada bentuk kartografi yang
diminta.
kedua, kemahiran untuk menganalisis mengenai apa yang
dapat ditunjukkan oleh persembahan kartografinya, misalnya
menganalisis bentuk dan trend sesuatu graf. Walau apapun
bentuk persembahan kartografi boleh diminta oleh soalan tetapi
sistem penilaiannya adalah konsisten tertumpu kepada aspek-
aspek berikut: 45
2.1 Strategi Menjawab Soalan Kemahiran Amali
2.1.1. Tajuk yang betul dan tepat. Tajuk mesti ditulis. Sesuatu
tajuk yang ditulis mestilah dapat menggambarkan kaedah
kartografi yang diguna serta apa yang diwakilinya.
Misalan “Graf Bulatan Menunjukkan Min Suhu Bulanan di
Cameron Highland, Pada Tahun 2008”, Peta Aliran
Menunjukkan Migrasi Luar Bandar ke Kuala Lumpur,Pada
Tahun 2008”. Sebaik-baiknya tajuk ditulis di ruang paling atas
bagi sesebuah peta,graf,carta dan lain-lain persembahan
kartografi.
46
2.1 Strategi Menjawab Soalan Kemahiran Amali
2.1.2. Pemilihan skala yang sesuai. Skala yang dipilih mestilah
sesuai untuk mewakili semua data dalam soalan. Dalam hal ini
ada dua jenis skala yang boleh dipilih oleh calon. Pertama skala
Aritmetik seperti 1cm : 50,000 Orang atau ke dua skala
Geometri yang melibatkan nilai punca kuasa dua seperti
1 cm : 100 unit
47
2.1 Strategi Menjawab Soalan Kemahiran Amali
Skala Aritmetik diguna sekiranya bezantara data-data yang
diberi tidak terlalu besar manakala
Skala Geometri diguna-pakai sekiranya bezantara data-data
yang diberi terlalu besar perbezaannya khususnya antara nilai
maksima dengan minima.
48
2.1 Menjawab Soalan Kemahiran Amali
Harus diingat sekiranya anda menggunakan skala geometri anda
mestilah terlebih dahulu mempunca-kuasaduakan ( ) semua
data yang diberi dan terpaksa berkerja dalam unit punca
kuasadua.
Pemilihan skala yang sesuai amat penting bagi memudahkan dan
menghasilkan kerja-kerja plotan yang tepat dan bermutu.
Sebagai panduan skala yang diguna mestilah ditulis/dinyatakan di
penjuru sebelah kanan sesuatu persembahan kartografi dan ia
berada di bawah daripada tajuk
49
2.1 Strategi Menjawab Soalan Kemahiran Amali
2.2.3. Pengiraan nilai terhadap data yang diberi oleh
soalan. Data yang diberi perlu dikira dengan menggunakan
skala yang telah dipilih oleh calon dan sebaik-baiknya
pengiraan tersebut ditunjukkan dalam bentuk jadual serta
dihantar bersama-sama jawapan anda.
50