2.1 Strategi Menjawab Soalan Kemahiran Amali
2.2.4. Menyediakan petunjuk. Petunjuk amat penting sebagai
indikator yang diguna untuk mentafsir sesuatu persembahan
kartografi. Tanpa petunjuk, persembahan kartografi yang dibuat
adalah tidak lengkap. Justeru ia mesti disediakan. Lazimnya
petunjuk di letakkan di ruangan bawah sebelah kiri graf,
carta,rajah,peta dan sebagainya.
51
2.1 Strategi Menjawab Soalan Kemahiran Amali
2.2.5. Membuat Plotan. Merujuk kepada apa yang dapat anda
persembahkan. Misalnya garisan bagi graf garis, palang/turus
bagi graf bar, bulatan bagi carta pai, garis aliran bagi peta
aliran, lorekan bagi peta koroples dan sebagainya. Penilaian
pada aspek plotan amat bergantung kepada sejauhmana anda
dapat menyiapkannya, ketepatan plotan atau tandaan
mengikut skala yang diguna dan juga kesan-nampak
(Visual effect). Justeru plotan harus dibuat dengan teliti dan
jelas. Misalnya anda boleh menggunakan warna yang berbeza
asalkan ia tidak menyalahi teknik-teknik kartografi. 52
.
2.2 Strategi Menjawab Soalan Kemahiran
Amali
2.2.6. Kebersihan dan kesempurnaan. Ia merupakan satu
nilai estetika yang diberi kepada kerja-kerja persembahan
kartografi calon yang kemas, bersih,cantik, lengkap dan
sempurna. Sebenarnya ia lebih merupakan satu bonus kepada
kualiti hasil kerja calon.
.
53
Ingat semula !!
TAJUK ?
SKALA?
PETUNJUK?
PLOTAN?
KEBERSIHAN?
54
Menganalisi data
Pengalaman pemeriksaan yang lalu membuktikan calon hanya
berupaya menghasilkan persembahan kartografi yang baik tetapi
amat lemah dalam bahagian menganalisis graf,rajah,carta,peta
dan sebagainya. Harus diingat bahawa soalan kemahiran amali
tidak semata-mata melibatkan kerja-kerja kartografi sahaja.
Sebahagian markahnya terletak pada aspek-aspek
pentafsiran,analisis,ramalan dan lain-lain yang berkaitan dengan
bahagian amali yang ditunjukkan.
55
Kelemahan menganalisis data
Apabila menjawab soalan analisis, calon tidak boleh 56
mengulas data semata-mata. Tidak cukup sekadar
memberikan angka-angka perubahan, menyatakan peratus,
naik-turun data dan sebagainya yang hanya melibatkan unsur
kuantitatif sahaja.
Setiap ulasan data mestilah disokong dengan alasan atau
sebab-sebab yang relevan dan menasabah, merumuskan
pola dan trendnya, meramalkan kemungkinan yang boleh
berlaku akibat sesuatu pola yang dapat ditunjukkan oleh graf,
rajah,carta atau peta yang telah dilukis berdasarkan kemahuan
soalan
Menganalisis data
Dalam hal ini sebab dan alasan boleh diambil daripada
pengetahuan geografi yang telahpun calon pelajari
khususnya di bilik darjah. Justeru itu unsur-unsur kuantitatif
mestilah digabungjalinkan dengan unsur kualitatif masa
calon menjawab soalan yang berkaitan dengan analisa ini.
57
Memahami soalan adalah ASAS kepada jawapan yang MANTAP.
SEKIRANYA FAKTA BETUL TETAPI HURAIAN
LEMAH- TIDAK MENCAPAI MAKSUD
58
Opps…
3.0 TEKNIK MENJAWAB
SOALAN ESEI PANJANG
60
KAEDAH ABC, ABS, ABK, ACC
61
KAEDAH ABC
A = APA
B = BAGAIMANA
C = CONTOH
62
Contoh 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan luluhawa
kimia.
Luluhawa kimia bermaksud proses pereputan dan penyepaian
batuan di sesuatu tempat secara insitu oleh agen-agen atmosfera
seperti hujan, suhu dan matahari. Contohnya proses larutan,
pengoksidan dan pengkarbonan.
Huraiannya:
Apa : proses pereputan dan penyepaian batuan di sesuatu tempat.
Bagaimana : secara insitu oleh agen-agen atmosfera seperti hujan,
suhu dan matahari.
Contoh : proses larutan, pengoksidan dan pengkarbonan.
63
Contoh 2 : Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan jisim.
Pergerakan jisim bermaksud proses pergerakan bahan regolit yang mengalami
pengerakan ke bawah cerun secara besar-besaran disebabkan oleh pengaruh tarikan graviti
dan air bertindak sebagai pelicin serta kekurangan litupan tumbuhan.Contoh kesotan tanih,
tanah runtuh dan gelangsaran.
Huraiannya,
Apa : proses pergerakan bahan regolit yang mengalami pergerakan ke bawah
cerun.
Bagaimana : secara besar-besaran disebabkan oleh pengaruh tarikan graviti dan air
bertindak sebagai pelicin serta kekurangan litupan tumbuhan.
Contoh : kesotan tanih, tanah runtuh dan gelangsaran.
64
KAEDAH ABS
A = APA
B = BAGAIMANA
C = SEBAB
65
Contoh 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan jerebu.
Jerebu bermaksud partikel terampai di atmosfera dalam ketebalan yang tinggi.
Partikal terampai ini terbentuk di dalam keadaan cuaca kering dan udaranya yang
stabil yang menghasilkan satu lapisan kabus nipis menyelimuti ruang atmosfera di
sesuatu kawasan. Disebabkan aktiviti manusia dan faktor semula jadi seperti aktiviti
perkilangan dan letusan gunung berapi.
Huraiannya,
Apa : Jerebu bermaksud partikel terampai di atmosfera dalam ketebalan yang tinggi.
Bagaimana : Partikal terampai ini terbentuk di dalam keadaan cuaca kering dan
udaranya yang stabil yang menghasilkan satu lapisan kabus nipis
menyelimuti ruang atmosfera di sesuatu kawasan.
Sebab : Disebabkan aktiviti manusia dan faktor semula jadi seperti aktiviti
perkilangan dan letusan gunung berapi. 66
Contoh 2 : Apakah yang dimaksudkan dengan Pulau Haba.
Pulau Haba bermaksud perbezaan suhu antara pinggir bandar dengan pusat
bandar.Biasanya suhu lebih tinggit di pusat bandar berbanding dengan pinggir bandar
yang disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil dan bangunan tepu bina serta
kekurangan litupan tumbuahan.
Huraiannya,
Apa : Pulau Haba bermaksud perbezaan suhu antara pinggir bandar dengan
pusat bandar.
Bagaimana : Biasanya suhu lebih tinggit di pusat bandar berbanding dengan pinggir
Bandar.
Sebab : yang disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil dan bangunan tepu
bina serta kekurangan litupan tumbuahan.
67
KAEDAH ABK
A = APA
B = BAGAIMANA
C = KESAN
68
Contoh 1 : Apakah yang anda tahu berkaitan dengan putaran bumi.
Putaran bumi bermaksud bumi berputar pada paksinya sendiri dengan kecondongan 23
½ ° daripada satah tegak dari barat ke timur selama 23 jam 56 minit bagi satu pusingan 360 °
dengan kelajuan 1700 km/jam di khatulistiwa dan di kutub kelajuannya sifar. Akibat kejadian
ini, berlaku kejadian siang dan malam, perbezaan zon waktu dan fajar dan senja.
Huraiannya,
Apa : bumi berputar pada paksinya sendiri.
Bagaimana : dengan kecondongan 23 ½ ° daripada satah tegak dari barat ke timur
selama 23 jam 56 minit bagi satu pusingan 360 ° dengan kelajuan
1700 km/jam di khatulistiwa dan di kutub kelajuannya sifar.
Kesan : Akibat kejadian ini, berlaku kejadian siang dan malam, perbezaan zon
waktu dan fajar dan senja.
69
Contoh 2 : Apakah yang dimaksudkan dengan peredaran bumi.
Peredaran bumi bermaksud bumi beredar dalam satu orbit yang berbentuk bujur dengan
kecondongan 66 ½ ° dalam masa 365 ¼ hari dengan kelajuan 107 280 km sejam mengikut
lawan jam. Kesannya menyebabkan berlaku kejadian empat musin dan kejadian siang dan
malam yang tidak sama panjang.
Huraiannya,
Apa : bumi beredar dalam satu orbit yang berbentuk bujur.
Bagaimana : yang berbentuk bujur dengan kecondongan 66 ½ ° dalam masa 365 ¼
hari dengan kelajuan 107 280 km sejam mengikut lawan jam.
Kesannya : Kesannya menyebabkan berlaku kejadian empat musin dan kejadian
siang dan malam yang tidak sama panjang.
70
KAEDAH ACC
A = APA
C = CIRI
C = CONTOH
71
Contoh 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan bandaraya global.
Bandaraya global bermaksud bandar yang menempatkan pelbagai aktivti
ekonomi yang bertaraf global, pusat pasaran saham sedunia, pusat
kewangan dunia, persidangan antarabangsa, mercu tanda global, contohnya
London, Tokyo, NewYork dan Paris.
Huraiannya,
Apa : bandar yang menempatkan pelbagai aktivti ekonomi bertaraf global.
Ciri : pusat pasaran saham sedunia,pusat kewangan dunia,persidangan
antarabangsa, mercu tanda global.
Contoh : contohnya London, Tokyo, New York dan Paris
72
Contoh 2 : Apakah yang anda faham tentang pembangunan.
Pembangunan ialah satu proses perubahan daripada tradisioal kepada
moden melibatkan perubahan demografi, ekonomi, sosial,kualiti hidup dan
perubahan politik disebabkan peningkatan jangka hayat, peningkatan
pendapatan perkapita dan meningkatnya kadar celik huruf.
Huraiannya,
Apa : perubahan daripada tradisional kepada moden.
Ciri : perubahan demografi, ekonomi, sosial,kualiti hidup dan perubahan politik.
Sebab : peningkatan jangka hayat, peningkatan pendapatan perkapita,
meningkatnya kadar celik huruf.
73
Contoh 3 : Apakah yang dimaksudkan dengan sumber alam.
Sumber alam bermaksud sumber semula jadi yang terdiri daripada semua
bahan asli yang bermanfaat kepada manusia. Terbahagi kepada dua jenis
iaitu yang boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui seperti air,
hutan, gas asli dan bijih timah.
Huraiannya,
Apa : Sumber alam bermaksud sumber semula jadi yang terdiri daripada
semua bahan asli yang bermanfaat kepada manusia.
Ciri : Terbahagi kepada dua jenis iaitu yang boleh diperbaharui dan tidak boleh
diperbaharui.
Contoh : air, hutan , gas asli dan bijih timah. 74
Lihat contoh soalan di bawah:
“lapisan troposfera mempunyai peranan yang besar untuk mempengaruhi
cuaca di permukaan bumi”. Jelaskan pernyataan ini. [4 M)
Jawapan
Peranan troposfera terhadap cuaca di permukaan bumi ialah
[menjadi tempat simpanan wap-wap air]. (Fakta= 1m) Wap-wap air dari
proses sejat-peluhan akan terkumpul dalam atmosfera membentuk awan,
tepu & turun sebagai kerpasan khususnya hujan. (Huraian= 1m)
Lapisan troposfera juga [menjadi tempat simpanan haba pendam] 75
(Fakta = 1m) yang mempengaruhi peredaran tenaga yang mengubah
suhu di permukaan bumi. Haba pendam yang banyak akan menyebabkan
suhu meningkat dan sebaliknya haba pendam yang sedikit akan
menyebabkan suhu menurun. (Huraian = 1m)
Lihat contoh di bawah: [3]
Apakah yang dimaksudkan dengan lapisan atmosfera
Jawapan Calon:
Atmosfera boleh ditakrifkan sebagai satu lapisan nipis gas
tanpa bau, warna, dan rasa yang berada di atas permukaan bumi
disebabkan oleh daya tarikan graviti bumi
Pemarkahan:
1. Satu lapisan nipis gas tanpa bau, warna dan rasa = 1 M
2. Berada di atas permukaan bumi = 1 M
3. Tarikan daya graviti bumi = 1M
MAX = 3 MARKAH
Kaedah Pemeriksaan Analitikal & Impression mempunyai implikasi
spt berikut:
a) Jangan menulis isi dalam bentuk listing (senarai) tanpa huraian langsung
kerana ia tidak membawa markah.
b) Jangan mengulang isi @ huraian – tidak diambil kira.
c) Jangan sesekali mendetailkan huraian pada satu2 isi shj sehingga isi yg
lain amat cetek huraiannya (tidak balance). Ini kerana sesuatu isi hanya
diperuntukkan 2 markah shj. Tidak lebih dari itu. Huraian yg terlalu
panjang berjela utk sst isi akan diberikan Awarded (sudah tepu
maksima).
d) Sebaik2nya lebihkan 1@2 isi yg dihurai sbg reserve. Ini bagi
mengelakkan berlakunya isi @ huraian yg berkemungkinan diletak di
bawah judul isi yg sama (tindanan isi) dalam skemanya. Jika ini berlaku
calon masih mempunyai lebihan isi yg membolehkan mereka masih
mampu mendapat markah maksima.
CONTOH SOALAN
SEBENAR STPM
Soalan latih tubi
1. Bincangkan enam kelebihan Segitiga Pertumbuhan
Indonesia- Malaysia-Singapura (IMS-GT)
berbanding segitiga pertumbuhan yang lain [13m]
2. Terangkan enam masalah yang dihadapi dalam pakatan
Segitiga Pertumbuhan ASEAN [12m]
3. Huraikan 6 kepentingan Segitiga Pertumbuhan ASEAN
[12m]
79
Rujukan Tambahan
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertumbuhan_S
egi_Tiga_Indonesia%E2%80%93Malaysia%
E2%80%93Thailand
https://www.slideshare.net/sakiminie/segi-tiga-
pertumbuhan-stpm
http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/2013/07/s
egi-tiga-pertumbuhan.html
https://dokumen.tips/education/kerjasama-
serantau-segitiga-pertumbuhan.html
80
SEKIAN DAHULU
Semoga bermanfaat
kepada semua
pelajar. Selamat
Maju Jaya
81
THANKS!
Any questions?
You can find me at
[email protected]
+60194732806