The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU MOHAMAD RASHID BIN HUSIN, 2020-05-05 23:22:54

MODUL GEOGRAFI SEM 2 JPNPP

MODUL











GEOGRAFI














STPM













SEMESTER 2



















Ditulis oleh Guru-Guru Geografi Tingkatan Enam Pulau Pinang
dengan kerjasama Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri
Pulau Pinang






1

PANEL PENULIS




BIL NAMA SEKOLAH / JABATAN


CHANDER SEGAR PILLAY A/L PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TELOK AIR TAWAR,
1.
RAMACHANDREN BUTTERWORTH.

KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI,
2. MOHAMAD RASHID BIN HUSIN
BUTTERWORTH.
KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI,
3. MANSOR BIN HAMAD
BUTTERWORTH.

KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI,
4. NORAIDA BINTI HASHIM
BUTTERWORTH.

KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI,
5. MOHAMAD SYAM BIN NAWI
BUTTERWORTH.

6. ANG SIEW CHIN KOLEJ TINGKATAN ENAM HJ. ZAINUL ABIDIN.


PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TELOK AIR TAWAR,
7. LO MIN YIEN
BUTTERWORTH.
PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TELOK AIR TAWAR,
8. KHAIRUL FADZILAH BT. MOHAMAD
BUTTERWORTH.

PUSAT TINGKATAN ENAM SMK DATUK HJ. AHMAD
9. MAIZATUL HUSNA BT. AHMAD
BADAWI, KEPALA BATAS
PUSAT TINGKATAN ENAM SMK DATUK HJ. AHMAD
10. SUZANNA BINTI SAFAR
BADAWI, KEPALA BATAS

PUSAT TINGKATAN ENAM SMK PENANTI,
11. LATIPAH BT. HJ. AHMAD
KUBANG SEMANG

PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TUN SYED SHEH
12. LOW MOOI EE
BARAKBAH, SUNGAI JAWI
PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TUNKU ABDUL
13. NIK RUSWATI BT. NIK MAN
RAHMAN, NIBONG TEBAL

PUSAT TINGKATAN ENAM SMK SUNGAI ARA,
14. SARAVANA SUNDARI A/P KRISHNASAMY
BAYAN LEPAS













2

BAHAGIAN A


















ALAM SEKITAR FIZIKAL


















1. SISTEM ATMOSFERA






2. SISTEM HIDROLOGI
























3

ALAM SEKITAR FIZIKAL


SISTEM ATMOSFERA




1. (a) Bincangkan empat struktur utama lapisan atmosfera. [13]

Rangka Jawapan

Aspek i. Troposfera ii. Stratosfera iii. Mesosfera iv. Termosfera
a. Ketebalan 16km 40km 30km 600km
b. Taburan Berkurang mengikut Suhu tinggi Menurun Meningkat
suhu ketinggian pada kadar mengikut daripada 0 º C mengikut
6.5 º C bagi setiap 1 ketinggian hingga - 80 º C ketinggian
km sehingga 0 º C sehingga
mencapai 1200
º C
c. Kandungan Wap air, aerosol dan Ozon Awan Kepadatan
¾ jumlah gas dalam Tidak berawan noktilusen elektron yang
atmosfera. Terdapat tinggi
gas kekal seperti Lebihan gas
oksigen, nitrogen dan atmosfera-
argon. nitrogen dan
oksigen dalam
bentuk molekul
d. Ketinggian 0-8km/16km 16-50 km 50-80km 80-700km
e. Kepentingan Membentuk keadaan Lapisan yang Membakar Menyerap
cuaca di permukaan melindungi meteor sebelum radiasi
bumi. bumi daripada masuk solar/UV
Menjana kehidupan di sinaran UV permukaan Gelombang
bumi(fotosintesis,kepe bumi telekomunikasi
rluan oksigen, hujan
membekalkan air)
- Kesimpulan



Cadangan Jawapan

Lapisan troposfera mempunyai ketebalan yang berbeza-beza mengikut musim dan kawasan.

Lapisan ini paling tebal di Khatulistiwa iaitu kira-kira 20 km dan kurang tebal di Kutub iaitu

kira-kira 8km. Suhu berkurangan mengikut ketinggian. Semakin tinggi bahagian troposfera,
suhu semakin rendah. Suhu berkurangan pada kadar 6.5 ºC bagi setiap 1km. Hampir 80%






4

daripada kandungan atmosfera terdapat dalam troposfera. Troposfera mempunyai wap air, gas-

gas seperti oksigen dan karbon dioksida.


Lapisan stratosfera mempunyai ketebalan kira-kira 40 km. Suhu meningkat mengikut
ketinggian. Semakin tinggi bahagian troposfera suhu semakin panas. Lapisan stratofera tidak

berawan oleh sebab udara yang kering dan kurang wap air. Terdapat lapisan gas ozon pada

ketinggian 15-35 km.


Lapisan mesosfera terletak pada ketinggian di antara 50 hingga 80 km dari permukaan bumi.
Suhu semakin rendah mengikut ketinggian. Semakin tinggi bahagian mesosfera, suhu semakin

rendah. Suhu berubah-ubah mengikut latitud dan musim. Di lapisan mesosfera, berlaku

penghancuran meteorit sebelum memasuki atmosfera.


Lapisan termosfera terletak pada ketinggian di antara 80 hingga 700 km dari permukaan bumi.
Suhu meningkat mengikut ketinggian. Semakin tinggi bahagian termosfera, suhu semakin

panas. Suhu boleh mencapai sehingga 1200 º C. Lapisan ini mengandungi molekul-molekul
oksigen dan nitrogen yang bercas elektrik dan mampu memantul gelombang radio ke bumi dan

menggalakkan komunikasi jarak jauh oleh itu sesuai ditempatkan satelit komunikasi.


Pada kesimpulannya, keempat-empat lapisan atmosfera mempunyai ciri-ciri yang berlainan

dan berperanan penting dalam alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia.





(b) Bagaimanakah gangguan terhadap gas berubah mempengaruhi aktiviti manusia. [13]

Rangka Jawapan
i. Wap air meningkat – proses pemeluwapan meningkat- kerpasan meningkat- pertanian
(positif dan negatif)
ii. Karbon dioksida meningkat- proses sejatan meningkat- suhu meningkat- pelancongan,
IKS
iii. Gas metana meningkat- proses sejatan meningkat- suhu meningkat- pertanian,
perikanan
iv. Gas ozon menurun- proses sejatan meningkat- suhu meningkat- pertanian







5

Cadangan Jawapan


Kandungan gas berubah boleh bertambah atau berkurang dalam atmosfera. Apabila wap air di

atmosfera bertambah, proses pemeluwapan akan meningkat. Semakin tinggi kadar
pemeluwapan, pembentukan awan semakin tebal. Awan yang tebal akan menghasilkan

kerpasan yang tinggi. Hujan yang tinggi boleh membawa kesan positif dan negatif terhadap

sektor pertanian. Hujan yang lebat semasa benih padi disemai membolehkan benih padi
bercambah. Manakala jika hujan lebat sehingga banjir, hasil tanaman akan rosak dan

ditenggelami air.


Karbon dioksida yang bertambah di atmosfera menyebabkan proses sejatan yang tinggi dan

suhu akan meningkat. Suhu yang tinggi menggalakkan sektor pelancongan. Pelancong dari
negara sejuk sederhana gemar berjemur di pantai untuk menikmati suhu yang tinggi. Suhu yang

tinggi turut membantu industri IKS seperti pengeringan makanan laut seperti ikan, udang dan
sotong. Industri kain batik, barangan tembikar dan bengkel membaiki kereta juga mendapat

manfaat dari suhu yang tinggi.


Gas metana yang bertambah akan menyebabkan proses sejatan yang tinggi dan suhu

meningkat. Suhu air laut meningkat dan mengurangkan pembiakan plankton. Plankton yang
berkurangan akan mengurangkan sumber ikan dalam laut dan menjejaskan jumlah tangkapan

ikan nelayan.


Gas ozon penting untuk menapis sinaran UV pada sinaran matahari. Pengurangan gas ozon

akan meningkatkan suhu dan proses sejatan. Suhu yang tinggi akan menyebabkan musim
kemarau. Musim kemarau akan menjejaskan pertumbuhan tanaman dan mengurangkan hasil

pertanian.














6

2. (a) Jelaskan bagaimana pembentukan angin dipengaruhi oleh tekanan udara. [12]

Rangka Jawapan

Isi Proses Kesan
i. Bayu Laut Tekanan udara di laut tinggi Angin bertiup dari laut ke
Tekanan udara di darat darat pada waktu siang
rendah
ii. Bayu Darat Tekanan udara di darat Angin bertiup dari darat ke
tinggi laut pada waktu malam
Tekanan udara di laut
rendah
iii. Angin Monsun Tekanan udara tinggi di Angin bertiup dari
Timur Laut pendalaman China yang pedalaman Asia di
mengalami musim sejuk. Hemisfera Utara ke
Tekanan udara rendah di Australia di Hemisfera
Australia yang mengalami Selatan dari bulan Nov -
musim panas pada masa Mac
yang sama
iv. Angin Monsun Tekanan udara tinggi di Angin bertiup dari Australia
Barat Daya Australia yang mengalami di Hemisfera Selatan ke
musim sejuk. pedalaman Asia di
Tekanan udara yang rendah Hemisfera Utara dari bulan
di pendalaman Asia yang Mei – Sept.
mengalami musim panas
v. Angin Anabatik Tekanan udara rendah di Angin bertiup dari lurah
puncak gunung gunung ke puncak gunung
Tekanan udara tinggi di pada waktu siang.
lurah gunung
vi. Angin Katabatik Tekanan udara tinggi di Angin bertiup dari puncak
puncak gunung gunung ke lurah gunung
Tekanan udara rendah di pada waktu malam.
lurah gunung.
vii. Angin Lintang Tekanan udara rendah di Angin bertiup dari puncak
puncak gunung atau tanah tinggi ke arah
Tekanan udara tinggi di lurah secara melintang
lurah gunung yang dalam sudut 90 ° dari arah
mempunyai lebuh raya / perjalanan
jambatan yang panjang/
landasan kapal terbang.


Cadangan Jawapan

Angin tempatan seperti bayu laut terbentuk akibat perbezaan tekanan udara. Tekanan tinggi

berlaku di laut kerana air laut tidak menyerap bahangan matahari. Daratan pula mempunyai

suhu yang tinggi kerana menyerap bahangan matahari dengan kadar yang cepat lalu




7

menwujudkan tekanan udara yang rendah. Bayu laut akan bertuip dari laut ke darat akibat

perbezaan tekanan udara pada waktu siang.


Bayu darat pula terbentuk apabila tekanan tinggi berlaku dilaut kerana suhu yang tinggi di
laut. Daratan mengalami suhu yang lebih rendah menyebabkan tekanan rendah berlaku.

Perbezaan tekanan menyebabkab angin bertuip dari darat ke laut pada waktu malam.

Angin Monsun Timur Laut merupakan angin wilayah yang berlaku akibat perbezaan
tekanan udara. Tekanan udara tinggi di pedalaman China yang mengalami musim sejuk.

Tekanan udara rendah di kawasan Australia yang mengalami musim panas. Angin ini yang
sejuk akan bertuip dari Hemisfera Utara iaitu kawasan pedalaman Asia ke Hemisfera

Selatan di Australia yang panas dari bulan November hingga Mac.


Angin Monsun Barat Daya merupakan angin wilayah yang bertiup dari Kawasan Australia

yang mengalami tekanan tinggi. Pada masa ini Australia mengalami musim sejuk.
Pedalaman China pula mengalami tekanan rendah kerana mengalami musim panas.

Perbezaaan tekanan menyebabkan angin bertiup dari Australia ke pedalaman China dari
bulan Mei hingga September.






(b) Bincangkan enam pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti manusia. [13]


Rangka Jawapan

Ciri cuaca Huraian Kesan ( pengaruh )
dan iklim
i. Suhu Suhu yang mencukupi dan suhu Menggalakkan sektor pertanian/
tinggi, pembalakan/ pelancongan

sejatpeluhan tinggi, tanah jadi Aktiviti pertanian terjejas, tumbuhan layu
kontang dan mati, produktiviti berkurangan/iks
meningkat
Suhu rendah- tenaga matahari Aktiviti pertanian terjejas, pertanian tidak
kurang fotosintesis dapat dijalankan.
terjejas,permukaan diliputi salji
ii. Hujan Hujan mencukupi Mengalakkan aktiviti pertanian/pertenakan
Hujan tinggi/banyak/lebat Aktiviti pertanian/pembalakkan/IKS akan
Hujan sedikit/kurang terjejas




8

Pertanian terjejas/aktiviti penternakan
terjejas
iii. Angin Tiupan angin perlahan/ Menggalakkan aktivit pelancongan-udara
angin sepoi-sepoi/ bayu nyaman

Tiupan angin kuat/ kencang ( Aktiviti perikanan terjejas –Laut bergelora
ribut taufan) bahaya/ ribut taufan- kawasan pertanian
terjejas
iv. Kelembapan Kelembapan akan Kelembapan bandingan tinggi- hujan
Udara mempengaruhi terhasil, (boleh menyebabkan banjir)
pembentukan menggalakkan aktiviti pertanian,
kerpasan.Sekiranya kadar pertenakan
kelembapan bandingan tinggi Kelembapan bandingan rendah- hujan
maka kerpasan akan terjadi. kurangaktiviti
pertanian, pertenakan, iks, pelancongan
akan terjejas.(boleh menyebabkan
kemarau)
v. Litupan Litupan awan tebal kurang Aktiviti perlancongan/pertanian/perikanan
awan bahangan masuk suhu giat dijalankan
rendah dan nyaman
Litupan awan kurangsuhu Pertanian terjejas, aktiviti penternakan
tinggi-cuaca panas terjejas/pelancongan terjejas/IKS
Pembentukan awan meningkat
Komulunimbus yang
banyak- hujan Menjejaskan aktiviti
lebatmenyebabkan pembalakan/pelancongan/IKS/penternakan
banjir
vi. Bahangan Bahangan matahari yang Mengalakkan aktiviti pelancongan/ IKS /
matahari mencukupi pertanian


Menjejaskan aktiviti pertanian
Bahangan matahari tidak
mencukupi
vii. Kesimpulan


Cadangan Jawapan


Suhu yang mencukupi di kawasan tropika lembap membolehkan aktiviti pertanian dijalankan
sepanjang tahun tanpa gangguan. Suhu yang tinggi menyebabkan kadar sejatan dan

sejatpeluhan yang tinggi. Keadaan ini menyebabkan tanah menjadi kering dan tumbuhan
menjadi layu dan mati. Ini akan menyebabkan tanaman musnah. Aktiviti pertanian terjejas.

Suhu yang rendah dan singkat menyebabkan permukaan bersalji dan tempoh tumbuhan

menjalankan fotosintesis rendah. Oleh itu tanaman akan layu dan mati dan aktiviti pertanian
terganggu.



9

Hujan yang mencukupi akan menyebabkan bekalan air yang mencukupi bagi tanaman. Aktiviti
pertanian dapat dijalankan dengan baik. Hujan yang lebat dalam tempoh masa yang lama akan

menenggelamkan hasil tanaman. Tanaman akan musnah dan aktiviti pertanian terjejas. Hujan
yang sedikit akan menyebabkan bekalan air yang kurang bagi aktiviti tanaman sayuran.

Tumbuhan layu dan aktiviti pertanian terganggu.


Angin yang sepoi sepoi bahasa atau perlahan mengalakkan aktiviti pelancongan. Udara yang

nyaman menyebabkan ramai orang berkelah di pinggir pantai. Angin yang kencang semasa
ribut berlaku akan menganggu aktiviti perikanan. Laut bergelora membahayakan bot bot

nelayan. Nelayan tidak dapat turun ke laut. Oleh itu aktiviti perikanan pinggir pantai dan laut

dalam terjejas.


Kelembapan udara bandingan yang tinggi akan menyebabkan hujan yang lebat. keadaan ini
akan menyebabkan keadaan banjir. Hujan yang lebat dan banjir akan menyebabkan tanaman

ditenggelami air lalu musnah. Aktiviti pertanian akan terjejas. Banjir juga akan menyebabkan
kawasan penternakan ayam dan lembu ditenggelami air. Haiwan ternakan lemas. Aktiviti

penternakan juga terjejas apabila kelembapan bandingan tinggi wujud. Kelembapan udara yang

rendah akan menyebabkan keadaan yang kering. Keadaan ini akan menyebabkan aktiviti
penternakan sukar dijalankan. Lembu ternakan kekurangan air untuk minum. Aktivti

penternkanan terjejas.


Litupan awan merupakan salah satu unsur cuaca dan iklim. Litupan awan yang banyak akan

menyebabkan keadaan yang nyaman. Oleh itu, aktiviti pelancongan dapat dijalankan dengan
baik. Litupan awan yang sedikit akan menyebabkan suhu yang tinggi. Keadaan ini akan

menyebabkan ketidakselesaan pengunjung atau pelancong lalu menjejaskan aktiviti
pelancongan.



Bahangan matahari yang mencukupi akan mengalakkan aktiviti PKS dijalankan sepanjang
tahun. Aktiviti mengeringkan batik dan ikan sesuai dijalankan jika kawasan menerima

bahangan matahari yang mencukupi. Bahangan matahari yang sedikit atau tempoh masa yang
singkat akan menjejaskan aktiviti pertanian. Tempoh masa menanam akan menjadi singkat.





10

3. (a) Jelaskan lima proses pemindahan haba di muka bumi. [10]

Rangka Jawapan
i. Proses Serakan
ii. Proses Serapan
iii. Proses Pantulan
iv. Proses Perolakan
v. Proses Alir Lintang


Cadangan Jawapan


Proses pemindahan di muka bumi ialah proses serakan. Partikel-partikel terampai di atmosfera

seperti debu, wap air dan zarah-zarah halus akan menyerak bahangan matahari secara mendatar
apabila bahangan matahari dipancarkan kepadanya.



Selain daripada itu, bahangan matahari juga mengalami proses serapan. Partikel-partikel di
atmosfera seperti debu, wap air dan zarah-zarah halus juga melakukan proses serapan ke atas

bahangan yang melaluinya.


Proses pantulan atau albedo juga akan di alami oleh bahangan matahari. Albedo adalah
pembalikan sebahagian daripada bahangan matahari yang sampai oleh sebarang

satahpermukaan ke atmosfera. Bahangan matahari apabila terkena partikel-partikel

sebahagiannya akan dipantulkan semula ke angkasa secara menegak. Kadar pantulan
bergantung kepada darjah keputihan atau kecerahan sesuatu permukaan. Semakin cerah sesuatu

permukaan maka semakin tinggi jumlah bahangan matahari yang akan dipantulkan.


Disamping itu, bahangan matahari juga mengalami proses perolakan. Proses perolakan berlaku

apabila udara yang panas mengembang lalu menjadi kurang tumpatdan naik ke atas sebagai
arus perolakan. Udara yang lebih sejuk dari atas akan turun ke bawah kerana lebih tumpat dan

berat. Udara yang sejuk tersebut kemudiannya akan dipanaskan oleh permukaan bumi dan
kemudiannya naik ke atas. Proses ini melengkapkan satu peredaran arus perolakan di atmosfera

yang menghantar haba ke seluruh atmosfera.


Seterusnya ialah proses alir lintang iaitu tenaga haba yang dipindahkan secara mendatar yang

dipengaruhi pergerakan angin. Contohnya, angin panas yang bertiup dari selatan memindahkan
bahangan panas ke arah kutub di hemisfera utara dan angin yang panas dari arah kutub di



11

hemisfera utara dan angin panas yang bergerak dari utara pula memindahkan bahangan panas

ke kutub selatan. Kesannya, suhu persekitaran di kutub utara dan kutub selatan agak stabil dan
tidak terlampau sejuk.





(b) Sejauhmanakah faktor kebenuaan mempengaruhi taburan suhu mendatar diseluruh
dunia. [15]

Rangka Jawapan
i. Daratan yang luas
ii. Kedudukan garis lintang
iii. Panjang siang dan malam
iv. Pengaruh laut
v. Aspek cerun
vi. Pengaruh badan air
vii. Litupan awan
viii. Warna permukaan bumi
ix. Litupan tumbuh-tumbuhan semulajadi
x. Pengaruh ketinggian


Cadangan Jawapan


Faktor kebenuaan dalah faktor yang mempengaruhi taburan suhu mendatar di seluruh dunia.

Kawasan yang mempunyai permukaan daratan yang luas seperti benua Asia dan benua Afrika
mempunyai suhu yang bersifat melampau kerana pada masa pans, suhu adalah sangat panas

manakan jika musim sejuk, suhu adalah sangat sejuk. Ini menyebabkan bezantara suhu sangat
tinggi. Selain daripada itu, kawasan benua yang luas juga dipengaruhi oleh angina cinuk yang

kering boleh meninggikan lagi suhu.


Walaubagaimanapun, terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi taburan suhu mendatar.

Antaranya ialah kedudukan garis lintang juga mempengaruhi taburan suhu mendatar. Ini
kerana sudut tuju matahari berbeza-beza mengikut garis lintang. Kawasan yang terletak di atas

garis lintang rendah iaitu sekitar 23½ º Utara dan Selatan atau dikenali senagai kawasan tropika
menerima pancaran matahari yang bersudut tepat iaitu pemusatan haba yang menumpu

menyebabkan suhu di sini sentiasa panas. Sebaliknya kawasan yang terletak di antara 23½ º

hingga 90º atau ke arah kutub menerima pancaran matahari yang bersudut tirus atau menyerong
iaitu pemusatan haba yang tersebar menyebabkan suhu lebih rendah.




12

Panjang jangka masa siang dan malam yang berbeza juga mempengaruhi taburan suhu
mendatar. Kawasan yang siangnya lebih panjang pada musim panas mempunyai suhu yang

lebih tinggi manakala kawasan yang malamnya panjang semasa musim sejuk mempunayai
suhu yang lebih rendah.



Selain itu pengaruh laut juga mepengaruhi taburan suhu mendatar. Kawasan daratan yang
berhampiran dengan laut atau dikelilingi oleh laut seperti negara kepulauan menerima unsur-

unsur penyederhanaan dari laut seperti angin dan arus. Pengaruh angin adalah daripada bayu
laut yang menyederhanakan suhu pada waktu siang dan bayu darat yang bertiup yang bertiup

pada waktu malam mnederhakan suhu waktu malam. Manakala pengaruh arus laut ialah arus

laut panas meninggikan suhu pada musim sejuk sebaliknya arus sejuk akan merendahkan suhu
dalam musim panas.


Seterusnya, aspek cerun juga mempengaruhi taburan suhu mendatar. Cerun banjaran-banjaran

yang menghadap matahari ataudi kawasan khatulistiwa lebih panas kerana menerima bahangan
matahari yang banyak contohnya, negara Nepal di Bnajaran Himalaya. Sebaliknya, cerun

banjaran yang menghadap bahagian kutub sentiasa terlindung daripada matahari akan

mempunyai suhu yang lebih sejuk.Contohnya Banjaran Ural, Siberia yang menghadap Lautan
Artik di utara.


Taburan suhu mendatar juga dipengaruhi oleh pengaruh badan air. Kawasan berair sperti tasik,

kolam dan sungai boleh meyederhanakan suhu daratan disekitarnya. Proses sejatan daripada

badan air menyebabkan kelembapan udara tinggi yang menyebabkan suhu agak sejuk dan
lembap.


Litupan awan yang tebal atau nipis juga mempengaruhi taburan suhu mendatar. Awan yang

tebal di kawasan tropika menyebabkan waktu siang menjadi tidak terlalu panas dan malam

tidak terlalu sejuk sebab halangan awan ke atas bahang bumi menyebabkan bezantara suhu
harian rendah. Di kawasan gurun, awan yang kurang meyebabkan siang sangat panas kerana

tiada halangan ke atas pancaran matahari. Manakala malam menjadi sangat sejuk sehingga ad
afros kerana bahang bumi hilang dengan cepat disebabkan tiada awan yang memerangkap

bahang bumi.



13

4. (a) Huraikan enam faktor yang mempengaruhi proses sejatan. [12]

Rangka Jawapan
i. Luas Permukaan Air : kawasan badan air besar spt laut dan tasik- kadar sejatan
tinggi kerana mempunyai jumlah air yang banyak.
ii. Suhu Air : suhu air tinggi- kadar sejatan akan meningkat
iii. Kelembapan Udara: kelembapan udara rendah (udara kering)- kadar sejatan akan
meningkat
iv. Tiupan Angin: tiupan angin yang panas dan kering seperti angin cinuk atau angin
pada musim kemarau boleh meningkatkan suhu dan kadar sejatan, angin lembap
dan perlahan- kadar sejatan perlahan
v. Kawasan sejatan/ garis lintang : kawasan sekitar garisan khatulistiwa dan
beriklim panas mempunyai kadar sejatan yang tinggi kerana pancaran matahari
terik dan suhu panas sepanjang tahun, kawasan garis lintang pertengahan dan
tinggi, suhu sentiasa sejuk dan kadar sejatan rendah.
vi. Kemasinan Air: kandungan garam yang tinggi dalam air menghalang proses
sejatan dan menyebabkan kadar sejatan menjadi rendah.
vii. Kekeruhan Air : Air keruh menyebabkan pancaran matahari tidak sampai ke
dasar sungai atau tasik menyebabkan kadar sejatan menjadi rendah. Air jernih
menggalakkan kadar sejatan yang tinggi.
viii. Kandungan Lembapan Tanih: tanah yang mempunyai lembapan yang tinggi
mempunyai kadar sejatan yang tinggi. Tanah yang kering kurang kadar sejatan
kerana kurang kandungan lembapan dalam tanah


Cadangan Jawapan


Enam faktor yang mempengaruhi proses sejatan ialah luas permukaan air, kekeruhan air,

kemasinan air, suhu air, tiupan angin dan kelembapan udara.


Luas permukaan air boleh mempengaruhi proses sejatan kerana kawasan badan air yang

besar seperti laut dan tasik akan mempunyai kadar sejatan yang tinggi kerana mempunyai
jumlah air yang banyak.


Kekeruhan air juga boleh mempengaruhi proses sejatan. Hal ini disebabkan air yang keruh

menyebabkan pancaran matahari tidak sampai ke dasar sungai atau tasik. Oleh itu kadar
sejatan menjadi rendah.



Selain itu, kemasinan air juga menyebabkan kadar sejatan menjadi rendah kerana kandungan
garam yang tinggi dalam air menghalang proses sejatan.







14

Suhu air juga faktor yang mempengaruhi proses sejatan. Apabila suhu air adalah tinggi,

kadar sejatan akan meningkat.


Tiupan angin yang panas dan kering seperti angin Cinuk atau angin pada musim kemarau
boleh meningkatkan suhu dan kadar sejatan. Jika angina lembap, kadar sejatan menjadi

perlahan.


Kelembapan udara juga mempengaruhi proses sejatan. Jika kelembapan udara rendah maka

kadar sejatan akan meningkat.




(b) Bincangkan enam kesan akibat sejatan yang rendah terhadap alam sekitar fizikal.
[13]
Rangka Jawapan
i. kelembapan udara tinggi, suhu rendah
ii. Sumber wap air kurang- Pembentukan awan sedikit- proses sejatan dan
pemeluwapan rendah
iii. Tanah lembap- air tanih banyak
iv. luluhawa kimia giat- udara lembap
v. Kerpasan rendah- air larian permukaan rendah , kurang hakisan tanih
vi. Tekanan udara tinggi- kekurangan hujan, suhu rendah
vii. - Kesimpulan


Cadangan Jawapan


Terdapat beberapa kesan akibat sejatan yang rendah terhadap alam sekitar fizikal. Antaranya

ialah kelembapan udara menjadi tinggi dan suhu pada masa itu ialah rendah.


Sejatan yang rendah juga mengakibatkan sumber wap air berkurangan. Oleh itu pembentukan

awan sukar berlaku.


Sejatan yang rendah juga menyebabkan tanah menjadi lembap kerana air tanah banyak.


Selain itu, sejatan yang rendah juga membawa kesan iaitu kerpasan menjadi rendah. Oleh itu
air larian permukaan rendah dan hakisan permukaan kurang berlaku.



Tekanan udara menjadi tinggi akibat sejatan yang rendah kerana suhu adalah rendah.


15

Sejatan rendah pula menyebabkan luluhawa kimia menjadi giat. Hal ini disebabkan keadaan
permukaan bumi yang lembap.


Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa sejatan yang rendah akan membawa pelbagai kesan

terhadap alam sekitar fizikal. Walau bagaimanapun perubahan terhadap alam sekitar fizikal

juga akan mempengaruhi kesejahteraan hidup manusia.




5 (a) Huraikan tiga jenis hujan berikut :
i . Hujan Perolakan
ii. Hujan Orografik
iii. Hujan perenggan [12]

Rangka Jawapan
i. Hujan Perolakan
a. bahangan matahari menyebabkan sejatan dan udara panas .
b. Apabila udara dan wap air menaik, akan sampai ke takat embun dan mengalami
pemeluwapan .
c. Ttitisan air daripada pemeluwapan membentuk awan kumulunimbus .
d. Titisan air yang tepu turun sebagai hujan perolakan yang disertai kilat dan petir

ii. Hujan Orografik (Bukit)
a. hujan terbentuk di kawasan tanah tinggi.Tiupan angin atau udara lembap di
halang banjaran gunung atau bukit.
b. Wap air di paksa naik berlaku proses pemeluwapan.
c. Titisan air dari pemeluwapan membentuk awan.Titisan air yang tepu turun
sebagai hujan.
d. Angin tersebut menuruni cerun membelakangi laut sebagai angin cinuk.

iii. Hujan perenggan
a. hujan yang terbentuk apabila angin panas bertembung dengan angin sejuk.
b. Angin panas yang ringan naik ke atas dan angin sejuk pula ke bawah.
c. Lembapan angin panas mengalami pemeluwapan membentuk awan.
d. Titisan air yang tepu turun sebagai hujan perenggan.


Cadangan Jawapan



i . Hujan Perolakan

Hujan perolakan ini berlaku apabila permukaan bumi dipanaskan oleh bahangan matahari.
Udara disebelah atasnya dipanaskan terlebih dahulu melalui proses perolakan haba. Proses



16

sejatan berlaku. Air di permukaan bumi akan berubah menjadi wap dan mengembang apabila

menjadi lebih ringan dan naik ke aras yang lebih tinggi. Udara yang telah dipanaskan tadi,akan
naik ke lapisan di troposfera secara perolakan.Apabila sampai ke paras takat embun akan

berlaku pemeluwapan, sebahagian daripada wap bertukar menjadi awan kumulus. Di paras
yang lebih tinggi, ia menjadi awan kumulonimbus dan menjadi semakin sejuk daripada awan

di sekelilingnya. Bila awan ini bertambah besar dan berat, ia akan turun sebagai hujan

perolakan.Hujan ini turun lewat petang disertai kilat dan petir.


ii. Hujan Orografik
Hujan orografik atau hujan bukit bermula dengan tiupan angin lazim yang lembap melalui

kawasan lautan yang dihalang oleh banjaran tanah tinggi seperti gunung atau bukit. Udara yang

lembap yang dipaksa naik ke atas akan mengalami penurunan suhu secara adiabatik. Jisim
udara yang tidak stabil ini akan mengalami pemeluwapan dan seterusnya membentuk awan

kumulus. Awan kumulus kemudian akan bertukar menjadi awan kumulonimbus apabila
mendapat bekalan wap air yang banyak. Keadaan ini menghasilkan hujan yang lebat terhadap

cerun hadap angin. Kawasan lindungan hujan kurang menerima hujan kerana kebanyakan
hujan telah turun di cerun hadap angin. Angin ini dikenali sebagai angin cinuk.



iii. Hujan perenggan
Hujan ini berkait dengan pertembungan dua kumpulan udara yang berlainan. Apabila jisim

udara panas dan udara sejuk bertembung akan mewujudkan zon sempadan. Jisim udara panas
yang ringan akan dipaksa naik ke atas garis perenggan manakala angin sejuk yang lebih berat

akan turun kebawah .Angin panas yang naik akan sampai ke takat embun dan mengalami

proses pemeluwapan.Titisan air yang terhasil membentuk awan nimbus stratus, awan rendah
dan melebar. Apabila awan ini bertambah besar , berat dan terlalu tepu titisan air ini akan turun

sebagai hujan perenggan




(b) Bincangkan enam kesan hujan terhadap aktiviti manusia di kawasan Tropika
Lembap. [13]

Rangka Jawapan
i. hakisan tanah - aktiviti pertanian
ii. tanah runtuh – aktiviti pelancongan / pertanian/ pengangkutan
iii. luluhawa – pelancongan / pertanian
iv. banjir kilat – aktiviti perniagaan/ aktiviti harian/ gangguan ekonomi


17

v. kerosakan habitat- banjir- flora dan fauna
vi. kilat dan petir – kerosakan harta benda seperti peralatan eletronik
vii. hujan berterusan – penyakit bawaan air, kesihatan penduduk
viii. hujan lebat –gangguan aktiviti ekonomi IKS/ pelancongan.
ix. - Kesimpulan


Cadangan Jawapan


Kejadian hakisan tanah akan berlaku apabila hujan turun dengan lebat. Air hujan meresap

masuk ke dalam tanah menyebabkan tanah menjadi tepu. Air larian permukaan terhasil pada
hari hujan dan menyebabkan hakisan meluas. Permukaan tanah yang gondol terhakis dan tanah

kehilangan nutrien melalui proses larut resap. Aktiviti pertanian akan terjejas. Hujan yang
lebat merosakkan tanaman seperti sayur-sayuran.



Tanah runtuh juga akan berlaku apabila air hujan meresap masuk ke dalam rongga tanah. Air
hujan akan menambah berat tanah dan air hujan juga bertindak sebagai pelincir. Tanah yang

tepu akan menggelongsor menuruni cerun. Kejadian tanah runtuh akan memberi kesan kepada
aktiviti pertanian. Tanah runtuh juga menyebabkan kerosakan infrastruktur seperti jalan raya,

jambatan dan menara telekomunikasi.


Hujan juga mempengaruhi luluhawa. Air hujan menyebabkan tindakbalas kimia seperti

pengkarbonan, hidrolisis dan pengoksidaan. Luluhawa yang giat di tropika lembap
menggalakkan pembentukan tanah laterit yang subur untuk kegiatan pertanian. Hujan yang

banyak di tropika lembap menggalakkan aktiviti bakteria pengurai. Kesannya penghasilan

regolith yang tebal dan subur untuk pertanian. Pembentukan rupa muka bumi karst juga kesan
proses luluhawa dan boleh menjadi tarikan pelancongan.


Selain itu curahan hujan yang banyak menyebabkan terjadinya banjir kilat. Permukaan bandar

yang tepu bina, berturap dengan simen dan aspalt menyebabkan limpahan air hujan. Banjir
kilat memberi kesan kepada aktiviti ekonomi di bandar. Kegiatan perniagaan di bandar terjejas.

Penduduk menghadapi kesukaran dan kerugian kerana kerosakan harta benda.


Hujan perolakan yang lebat disertai kilat dan petir memberi kesan kepada aktiviti rekreasi dan

aktiviti harian penduduk. Hujan yang disertai ribut dan petir boleh merosakkan harta benda,





18

memutuskan komunikasi dan bahaya kepada yang berada di luar kawasan rumah. Kerosakan

harta benda seperti peralatan elektronik juga berlaku akibat kilat dan petir


Banjir boleh terjadi apabila tiba musim monson timur laut. Hujan dalam tempoh masa panjang
menyebabkan limpahan air dan menenggelamkan kawasan pertanian penduduk. Hasil

pertanian seperti sawah padi terjejas. Petani juga tidak dapat menoreh getah pada musim hujan.

Kegiatan perikanan turut terjejas kerana nelayan pinggir pantai tidak dapat ke laut kerana laut
bergelora dan bahaya kepada bot-bot kecil. Sumber tangkapan laut akan berkurang.


Kesimpulannya hujan memang membawa pelbagai kesan positif dan negatif kepada aktiviti

manusia. Sekiranya manusia tidak berhati-hati kesan hujan boleh menjejaskan kesejahteraan

hidup.





6. (a) Jelaskan bagaimana perubahan unsur cuaca dan iklim memberikan kesan kepada
aktiviti manusia di kawasan tropika lembap. [15]

Rangka Jawapan
i. Peningkatan suhu / fenomena kemarau/ sejatan melebihi kerpasan – pertanian tidak
dapat dijalankan
ii. Peningkatan kerpasan / hujan lebat / banjir – aktiviti pengangkutan / perniagaan /
pertanian terjejas
iii. Angin – kelajuan angin tinggi / ribut – pertanian / pengangkutan terjejas/terganggu
iv. Bahangan suria tinggi / kadar matahari yang berlebihan / litupan awan kurang – IKS –
pengeringan dapat dijalankan
v. kelembapan tinggi / kandungan wap air yang banyak dalam udara – pertanian dapat
dijalankan


Cadangan Jawapan


Peningkatan suhu atau kejadian kemarau menyebabkan proses sejatan melebihi kerpasan.

Peningkatan sejatan akan mengeringkan kawasan pertanian yang menyebabkan aktiviti

pertanian tidak dapat dijalankan atau terjejas.


Peningkatan kerpasan akibat kejadian hujan lebat menyebabkan penambahan jumlah air atau
banjir. Banjir akan meningkatkan kadar larian air permukaan yang menjejaskan aktiviti

pengangkutan / perniagaan / pertanian terjejas


19

Angin kencang atau kelajuan tiupan angin yang tinggi atau kejadian ribut akan meningkatkan
kadar hakisan layangan angin. Hakisan permukaan bumi akan mengurangkan kesuburan tanih

menyebabkan kegiatan pertanian terjejas/terganggu


Peningkatan bahangan suria menyebabkan penerimaan tenaga matahari yang berlebihan. Ini

meningkatkan kadar sejatan menyebabkan litupan awan kurang memudahkan aktiviti IKS
dijalankan. Peningktan jumlah sejatan membantu dalam proses pengeringan dijalankan.


kelembapan udara tinggi menyebabkan kandungan wap air yang banyak dalam udara. Wap air

yang banyak akan membantu proses pemeluwapan giat yang menyebabkan suhu persekitaran

rendah menggalakkan pertanian hawa sederhana dapat dijalankan




(b) Huraikan lima kesan tiupan angin Monsun Timur Laut terhadap sektor ekonomi
primer di Malaysia. [10]

Rangka Jawapan
i. Banjir – Pertanian terjejas kerana sawah padi ditenggelami air
ii. Laut bergelora/ombak –menjejaskan perikanan , nelayan tidak dapat turun ke laut
kerana laut bergelora
iii. Hujan lebat/ musim tengkujuh –Pembalakan terjejas, menyukarkan kerja penebangan
dan pengangkutan balak
iv. Tanah runtuh – Perlombongan terjejas kerana hujan lebat menyebabkan tanah tepu
kejadian tanah runtuh berlaku.
v. Angin kencang – pertanian terjejas – pokok tumbang


Cadangan Jawapan


Banjir musiman terjadi ketika tiupan angin monsun timur laut bertiup. Limpahan air akan

menyebabkan pertanian terjejas kerana sawah padi ditenggelami air


Tiupan angin yang kencang menyebabkan laut bergelora atau berombak. Ombak yang tinggi

menjejaskan aktivit perikanan. Kebanyakan nelayan pinggir pantai tidak dapat turun ke laut
kerana laut bergelora







20

Angin Monsun Timur Laut membawa jumlah Hujan lebat atau banyak. Penurunan jumlah

hujan yang tinggi menyukarkan akativiti pembalakan , menyukarkan kerja penebangan dan
pengangkutan balak


Jumlah hujan yang tinggi akan meningkatkan jumlah resapan air yang mengakibatkan tanah

tepu dan berlaku kejadian Tanah runtuh. Gelongsoran tanah menjejaskan aktiviti

perlombongan.


Tiupan Angin kencang menyebabkan kejadian pokok tumbang. Ini menyebabkan pertanian
terjejas kesan kejadian pokok tumbang.






7. (a) Huraikan enam perubahan unsur cuaca akibat El Nino di Malaysia. [12]

Rangka Jawapan
i. Suhu tinggi – suhu tinggi disebabkan penerimaan bahangan suria yang tinggi
ii. Hujan berkurangan- menerima taburan hujan yang sangat kurang. Kemarau berlaku
sewaktu fenomena El Nino
iii. Tiupan angin kencang/berubah – arah tiupan angin lazim berubah. Keadaan panas di
kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia menyebabkan angin bertiup keluar ke
kawasan yang lebih sejuk
iv. Tekanan udara rendah – Malaysia mengalami suhu tinggi, membentuk tekanan udara
rendah
v. Kelembapan udara rendah – Kelembapan udara sangat rendah kerana kerpasan
kurang. Sejatan dan sejat perpeluhan turut berkurang. Udara kering
vi. Litupan awan kurang – Disebabkan udara kering sewaktu El Nino, awan sukar
terbentuk. Langit lebih cerah kerana kurang litupan awan.
vii. Cuaca kering berpanjangan – kemarau ketara dan berpanjangan (kombinasi unsur-
suhu meningkat dan angin kering)
viii. Meningkatkan jumlah jam sinaran matahari – jumlah bahangan meningkat.


Cadangan Jawapan


Perubahan unsur cuaca akibat fenomena El-Nino di Malaysia ialah suhu yang tinggi. Ini
disebabkan oleh penerimaan bahangan suria yang tinggi sewaktu El Nino.


Perubahan unsur cuaca yang seterusnya ialah jumlah hujan yang kurang. Sewaktu El Nino,

taburan hujan di Malaysia sangat kurang disebabkan oleh kemarau yang berlaku.



21

Perubahan unsur cuaca yang lain ialah tiupan angin menjadi kencang. Arah tiupan angin lazim
turut berubah. Keadaan panas di kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia menyebabkan

angin bertiup keluar ke kawasan yang lebih sejuk.


Seterusnya El Nino mengakibatkan tekanan udara rendah. Hal ini kerana Malaysia mengalami

suhu tinggi dan membentuk tekanan udara rendah.


Kelembapan udara turut menjadi rendah semasa fenomena El Nino. Kelembapan udara yang
rendah adalah disebabkan oleh faktor kerpasan yang kurang. Sejatan dan sejat perpeluhan turut

berkurang. Udara menjadi kering.


Akhir sekali litupan awan menjadi kurang disebabkan udara kering sewaktu El Nino, awan

sukar terbentuk. Langit lebih cerah kerana kurang litupan awan.




(b) Bincangkan enam kesan fenomena El Nino ke atas aktviti penduduk di Malaysia
[13]
Rangka Jawapan
i. Kemarau – suhu harian tinggi, kurang air dan kering. Akibatnya aktiviti pertanian
terjejas. Penanaman tidak dapat dilaksanakan. Tanaman akan layu dan mati.
ii. Bekalan air bersih berkurangan – Taburan hujan sedikit. Akibatnya kawasan tadahan
air tidak dapat membekalkan lagi air untuk keperluan domestik.
iii. Suhu tinggi – Suhu tinggi menyebabkan penduduk lebih suka duduk di rumah.
Penduduk rasa kurang selesa dan mudah berpeluh. Aktiviti riadah dan rekreasi
terhenti.
iv. Kebakaran hutan – suhu yang tinggi akan mengakibatkan kebakaran hutan berlaku.
Ini boleh menjejaskan aktiviti pembalakan.
v. Angin kencang – angin yang bertiup kencang akan menjejaskan aktiviti perikanan.
Nelayan tidak dapat turun ke laut untuk menangkap ikan.
vi. Tekanan udara rendah – mengakibatkan suhu menjadi tinggi, mengganggu aktiviti
pelancongan
vii. - Kesimpulan


Cadangan Jawapan


Kesan fenomena El Nino ke atas aktiviti penduduk di Malaysia ialah berlaku kemarau. Suhu

harian yang tinggi, kekurangan air dan udara yang kering akan menyebabkan kemarau.



22

Akibatnya, aktiviti pertanian terjejas. Penanaman tidak dapat dilaksanakan. Tanaman akan layu

dan mati. Produktiviti merosot seterusnya berlaku kekurangan bekalan makanan sehingga
menjejaskan aktiviti penduduk.


Kesan seterusnya ialah bekalan air bersih berkurang. Taburan hujan yang sedikit akan

mempengaruhi bekalan air. Akibatnya kawasan tadahan air tidak dapat membekalkan lagi air

untuk keperluan domestik. Hal ini akan mengganggu aktiviti domestik penduduk. Lebih teruk
lagi jika berlaku krisis air dan menjejaskan kehidupan harian.


Kesan El Nino yang seterusnya ialah suhu menjadi tinggi. Ini menyebabkan penduduk lebih

suka duduk di rumah. Penduduk rasa kurang selesa dan mudah berpeluh. Aktiviti riadah dan

rekreasi akan terhenti. Ini menjejaskan aktiviti harian penduduk.


Fenomena El Nino juga akan menyebabkan kebakaran hutan mudah berlaku. Kebakaran hutan
terjadi akibat suhu yang tinggi ditambah pula dengan kekurangan taburan hujan dan udara yang

kering. Ini akan mengganggu aktiviti pembalakan. Malah kebakaran hutan juga akan
menyebabkan keadaan udara yang tidak sihat seperti habuk, debu dan asap.



Angin yang bertiup kencang akibat fenomena El Nino akan mengganggu aktiviti perikanan.
Nelayan terutamanya nelayan pinggir pantai tidak dapat turun ke laut kerana nelayan pinggir

pantai biasanya menggunakan bot yang kecil. Bot yang kecil kurang tahan dengan keadaan
angin kencang dan boleh mengakibatkan kemalangan. Oleh itu aktivit perikanan terpaksa

dihentikan sementara semasa El Nino.


Kesan El Nino seterusnya ialah tekanan udara menjadi rendah. Suhu akan meningkat. Aktiviti

pelancongan turut terjejas kerana penduduk tidak berminat untuk menikmati udara pada waktu
cuaca panas.



Kesimpulannya, fenomena El Nino akan mengganggu pelbagai aktiviti manusia. Oleh itu,
penduduk seharusnya mempunyai kesedaran dan bersedia untuk menghadapi fenomena ini.








23

8. (a) Bincangkan enam faktor yang menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau. [13]

Rangka Jawapan
Faktor fizikal
i. Letusan gunung berapi
ii. Kebakaran hutan
iii. Kandungan atmosfera
iv. Kemarau

Faktor Manusia
v. Perindustrian – pelepasan gas dari industri
vi. Penjanaan jana kuasa elektrik – penggunaan dan pembakaran bahan api
vii. Pengangkutan – pembakaran bahan api fosil/penggunaan pendingin hawa
viii. Pembalakan besar-besaran – kehilangan tumbuhan – kandungan CO2 meningkat
ix. Aktiviti domerstik – pembakaran terbuka - pelepasan CFC
x. Pertanian – pembakaran sisa pertanian
xi. Pembinaan – proses pembandaran memerlukan aktiviti yang besar dan banyak
xii. Ujian nuklier – pelepasan gas
xiii. Kesimpulan



Cadangan Jawapan


Letusan gunung berapi menghasilkan pelbagai jenis gas yang banyak terutamanya gas karbon
dioksida ke atmosfera. Di samping itu letusan gunung berapi akan menghasilkan jenis debu

yang terampai di udara. Pelepasan gas karbon dioksida dan debu yang terampai di atmosfera
menyebabkan suhu menjadi tinggi dan memerangkapan bahangan bumi.



Kebakaran hutan merupakan faktor yang menyumbang kepada kejadian rumah hijau. Salah
satu punca kebakaran hutan berlaku disebabkan oleh kemarau yang berlaku secara musiman.

Kebakaran hutan akan membebaskan gas karbon dioksida dan asap ke atmosfera. Pembebasan

gas ini akan memerangkap bahang bumi menyebabkan peningkatan suhu dan seterusnya
menghasilkan rumah hijau.


Aktiviti perindustrian merupakan faktor yang memberi kesan rumah hijau. Aktiviti industri

pemprosesan akan menyebabkan pelepasan asap kilang dan jelaga. Hal ini disebabkan oleh
pembakaran bahan api fosil seperti industri kilang simen mengeluarkan debu-debu dari kuari

batu. Pelepasan gas-gas rumah hijau ini akan meningkatkan suhu dan seterusnya menyebabkan

berlakunya kesan rumah hijau.


24

Selain itu aktiviti pertanian memberi kesan rumah hijau. Aktiviti pembakaran sisa pertanian
seperti jerami padi dan daun tebu akan menghasilkan asap dan gas karbon dioksida.

Pembebasan gas karbon dioksida dan partikel-partikel terampai seperti habuk, debu dan asap
membentuk satu lapisan selimut di ruang atmosfera yang akan memberi kesan rumah hijau.



Aktiviti pembalakan juga merupakan faktor yang memberi kesan rumah hijau. Pembalakan
secara besar-besaran akan mengurangkan pokok-pokok yang menjadi agen penyerap gas

karbon dioksida dan pelembap udara. Kesannya tanah akan terdedah akibat pembalakan dan
menjadi kering kontang serta berdebu. Hal ini akan menyebabkan peningkatan suhu dan

seterusnya berlakunya kesan rumah hijau.


Faktor lain ialah aktiviti domestik. Sebagai contoh pembakaran sampah secara terbuka akan

menyebabkan pelepasan gas karbon dioksida, jelaga, asap dan debu. Pelepasan gas dari bahan
bakar ini menyebabkan haba terperangkap di atmosfera dan memberi kesan rumah hijau.


Kesimpulannya, berdasarkan penerangan di atas jelaslah bahawa faktor manusia memainkan

peranan yang penting mempengaruhi kesan rumah hijau berbanding dengan faktor fizikal.





(b) Jelaskan enam langkah yang boleh dijalankan bagi mengurangkan kesan rumah hijau.
[12]

Rangka Jawapan
i. Memperkasakan akta
ii. Penguatkuasaan undang-undang
iii. Pemantauan
iv. Kempen
v. Pendidikan
vi. Penanaman semula pokok
vii. Tenaga alternatif
viii. Teknologi mesra alam
ix. Kerjasama antarabangsa
x. Perancangan bandar
xi. Penggunaan sumber yang efisyen






25

Cadangan Jawapan


Langkah perundangan yang telah dilaksanakan ialah memperkasakan akta contohnya Akta

Alam Sekeliling 1974 iaitu mewajibkan penggunaan bahan yang mesra alam dan menyekat
bahan bakar secara maksimum. Tindakan ini dapat mengurangkan pembebasan gas-gas rumah

hijau ke atmosfera.


Selain itu tindakan yang dilaksanakan ialah menguatkuasakan undang-undang. Antara tindakan

yang diambil seperti hukuman, denda dan kompaun, membatal lesen, premis disita kepada
pihak yang menjadi penyumbang kejadian kesan rumah hijau.


Kempen kesedaran perlu dilaksanakan dengan segera agar kesan rumah hijau dapat

dikurangkan. Antara kempen yang telah dilaksanakan ialah Kempen Kongsi Kereta atau
penggunaan kenderaan awam. Kempen ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan

pelepasan gas-gas rumah hijau ke atmosfera.


Penanaman semula tumbuh-tumbuhan dapat mengurangkan kesan rumah hijau. Hal ini dapat

mengurangkan kepekatan gas karbon dioksida di atmosfera. Tumbuhan berperanan menyerap
gas karbon dioksida dan membebaskan gas oksigen di atmosfera melalui proses fotosintesis.



Penggunaan teknologi mesra alam juga dapat mengurangkan kesan rumah hijau. Penggunaan
peralatan yang bebas gas pencemar seperti gas karbon dioksida. Sebagai contoh teknologi

mesra alam seperti kenderaan hibrid, bahan binaan mesra alam, serombong asap dapat
mengurangkan penggunaan bahan api fosil.



Pendidikan alam sekitar salah satu faktor yang dapat mengurangkan kesan rumah hijau.
Pendidikan alam sekitar dapat dilaksanakan dalam bentuk formal atau pun secara tidak formal.

Maklumat dapat disampaikan kepada masyarakat dalam memberi kesedaran dan kemahiran
tentang pengurusan alam sekitar.










26

9. (a) Bincangkan enam faktor fizikal bandar yang mempengaruhi fenomena Pulau
Haba Bandar. [13]

Rangka Jawapan
i. Kawasan tepu bina – bangunan padat – memerangkap haba
ii. Kekurangan litupan tumbuhan – banyak karbon dioksida/kurang sejatpeluhan.
iii. Bahan binaan – konkrit/simen
iv. kurang badan air – sejatan/kelembapan udara
v. kawasan berturap – memerangkap haba pendam
vi. kenderaan – pelepasan gas /asap
vii. struktur bangunan – tinggi/pencakar langit – halang pergerakan angin
viii. kepadatan penduduk – haba metabolism
ix. aktiviti ekonomi – aktiviti perindustrian
x. kesimpulan


Cadangan Jawapan


Kawasan tepu bina merupakan faktor fizikal bandar yang mempengaruhi fenomena pulau haba
bandar. Pembinaan bangunan padat akan menghalang tiupan angin yang dapat membawa haba

keluar dari pusat bandar. Haba yang terperangkap di pusat bandar akan meningkatkan suhu di

bandar.


Kekurangan litupan tumbuhan turut menyebabkan fenomena pulau haba bandar. Kekurangan
litupan tumbuhan akan menyebabkan banyak karbon dioksida terdapat di ruang atmosfera.

Keadaan karbon dioksida yang banyak di ruang atmosfera akan meningkatkan suhu kerana
karbon dioksida akan menyerap haba.



Bahan binaan juga mempengaruhi fenomena pulau haba bandar. Bahan binaan berasaskan
konkrit akan memerangkap haba dan cenderung untuk menyimpan haba pendam seterusnya

meningkatkan suhu di kawasan bandar.


Struktur bangunan yang tinggi turut akan menyebabkan berlakunya fenomena pulau haba

bandar. Bangunan pencakar langit akan menghalang pergerakan angin daripada meniup keluar
bahangan dari kawasan bandar.


Kawasan berturap akan meningkatkan suhu bandar kerana permukaan berturap akan

memerangkap haba pendam serta menyimpan haba pendam. Jumlah haba pendam yang

banyak akan meningkatkan suhu di kawasan bandar.


27

Kawasan bandar yang tidak mempunyai kawasan badan air turut menyebabkan berlakunya
fenomena pulau haba bandar. Ini kerana kurang badan air di kawasan bandar akan

mengurangkan proses sejatan dan seterusnya mengurangkan jumlah kelempaban udara yang
berfungsi untuk menyerhanakan suhu.



Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi fenomena pulau haba
bandar utamanya kawasan tepu bina, kekurangan litupan tumbuhan, bahan binaan, kawasan

berturap, struktur bangunan yang tinggi dan kurangnya badan air.



(b) Jelaskan enam kesan pulau haba bandar terhadap alam sekitar fizikal. [12]

Rangka Jawapan
Kesan pulau haba bandar Kesan alam sekitar fizikal
i. suhu tinggi ekosistem (flora&fauna)
ii. udara kering atmosfera – pencemaran udara/jerebu
iii. kadar kelembapan udara rendah sumber air terjejas
iv. angin kencang kemusnahan tumbuhan
v. tekanan udara rendah hakisan
vi. kerpasan tinggi kejadian ribut
vii. bahang bumi pembentukan awan




Cadangan Jawapan


Fenomena pulau haba bandar akan menyebabkan suhu persekitaran bandar meningkat daripada

kawasan sekitarnya. Suhu yang tinggi akan menyebabkan kemusnahan ekosistem. Ini kerana
suhu yang tinggi akan menjejaskan pertumbuhan flora dan seterusnya mengurangkan sumber

makanan fauna.


Udara kering turut merupakan kesan pulau haba bandar. Udara kering akan meningkatkan
jumlah partikel debu di udara. Keadaan partikel debu yang banyak akan meningkatkan kadar

pencemaran udara.










28

Angin kencang akan terjadi ekoran daripada pulau haba bandar. Angin kencang dengan halaju

yang cepat akan menyebabkan kemusnahan tumbuhan seperti pokok tumbang dan akar
tumbuhan tercabut keluar. Ekoran daripada itu, kawasan hijau di kawasan bandar akan terjejas.


Pulau haba bandar turut menyebabkan tekanan udara rendah berlaku di kawsan bandar.

Tekanan udara yang rendah di kawasan bandar akan menyebabkan pergerakan udara yang

banyak dari luar bandar ke bandar. Bandar yang merupakan kawasan tekanan udara rendah
cenderung menerima masuk banyak udara. Halaju angin yang laju akan menghasilkan rebut

di kawasan bandar.


Kerpasan yang tinggi di bandar adalah salah satu kesan pulau haba bandar. Kejadian hujan

perolakan di kawasan bandar yang berlaku pada lewat petang dengan jumlah hujan yang
banyak dan lebat akan menyebabkan berlakunya hakisan tanah terumanya di kawasan cerun

yang telah mengalami pembangunan.


Kadar kelembapan udara yang rendah akan menjejaskan pembentukan awan. Jumlah wap air
yang rendah di atmosfera akan menjejaskan proses pemeluwapan dan seterusnya

mengurangkan kejadian pembentukan awan. Awan yang terbentuk lebih nipis dan sedikit.




10. (a) Huraikan empat proses perubahan fasa air dan perubahan tenaga yang berlaku. [12m]

Rangka jawapan

Perubahan fasa air Proses Perubahan tenaga

i. Gas (wap air) kepada Pemeluwapan Haba dibebaskan
cecair [Penyejukan]
ii. Cecair kepada gas (wap Sejatan Haba diserapkan
air) [Pemanasan]
iii. Cecair kepada pepejal Pembekuan Haba dibebaskan
[Penyejukan]
iv. Pepejal kepada cecair Pencairan Haba diserapkan
[Pemanasan]
v. Pepejal kepada gas Pemejalwapan Haba diserap
[Pemanasan]
vi. Gas kepada pepejal Pemejalwapan Haba dibebaskan
[Penyejukan]





29

Cadangan Jawapan



Perubahan fasa air bentuk gas kepada cecair melibatkan proses pemeluwapan iaitu suhu dalam
o
jisim udara menurun kepada takat embun (0 C). Perubahan tenaga yang terlibat dalam proses
ini adalah haba dibebaskan melalui kaedah penyejukan.


Penukaran cecair kepada gas melibatkan proses sejatan yang berlaku di permukaan bumi

apabila menerima pancaran cahaya matahari dan menukarkan badan air kepada wap air.
Perubahan tenaga yang terlibat dalam proses ini adalah haba diserapkan melalui kaedah

pemanasan.


Perubahan cecair kepada pepejal melibatkan proses pembekuan iaitu air akan membeku

menjadi ais apabila disejukkan sehingga takat beku. Perubahan tenaga terlibat dalam dalam
proses ini adalah haba dibebaskan melalui kaedah penyejukan.


Penukaran keadaan bahan daripada pepejal kepada cecair melibatkan proses pencairan. Pada

0
proses ini ketulan ais bertukar menjadi air berlaku pada suhu (0 c) melibatkan kaedah
pemanasan iaitu haba diserapkan.




(b) Bincangkan enam faktor fizikal mempengaruhi perubahan fasa air. [13m]

Rangka jawapan:
i. Lembapan tanih
ii. Suhu
iii. Litupan tumbuhan
iv. Badan Air
v. Ais
vi. Angin


Cadangan Jawapan


Lembapan tanih yang tinggi akan mempengaruhi perubahan fasa air dari cecair kepada wap air

apabila bahangan matahari yang tinggi dan suhu tinggi di atas permukaan tanih akan

merangsangkan kadar pepeluhan dan ketersediaan air untuk disejatkan. Wap air kesan daripada





30

proses pepeluhan akan naik ke atmosfera dan mengalami proses pemeluwapan yang seterusnya

menghasilkan awan.


Suhu yang tinggi akan mempengaruhi bekalan tenaga haba yang mencukupi untuk
memanaskan permukaan air sama ada dari lauan, sungai, tasik, kolam dan lain-lain. Hal ini

akan menyebabkan penukaran bentuk cecair kepada wap air dengan cepat dan terbebas ke

atmosfera dengan kadar yang banyak. Oleh sebab itu, air yang bersuhu tinggi (panas) lebih
cepat tersejat berbanding dengan air sejuk.


Litupan tumbuhan yang banyak di sesuatu kawasan akan menggalakkan proses sejat peluhan

dan seterusnya mempengaruhi perubahan fasa air dari air kepada wap air. Litupan tumbuhan

amat penting bagi menjamin kelembapan udara berbanding kekurangan tumbuhan akan
menyebabkan persekitaran menjadi kering.


Badan-badan air dapat menyerdahanakan suhu dan membantu proses sejatan. Sekiranya

banyak badan air maka semakin banyak penukaran fasa air dari cecair kepada wap air.
Lazimnya sejatan berlaku terhadap permukaan air seperti laut, sungai, kolam, tasik dan paya.

Tenaga haba memainkan peranan bagi memanaskan permukaan air dan menukarkan tenaga

haba kepada tenaga kinetik.


Litupan ais yang banyak dan pencairan ais di kutub akan mempengaruhi perubahan fasa air
dari pepejal kepada cecair (Pemejalwapan). Lapisan ais mencair dengan cepat disebabkan oleh

peningkatan suhu global menyumbang kepada pencairan tersebut sekali gus mempercepatkan

kenaikan paras air laut dunia.


Angin berupaya untuk menukarkan udara lembap di permukaan air dengan udara yang lebih
kering. Tiupan angin yang kencang seperti badai akan mempengaruhi proses sejatan iaitu

perubahan fasa air dari cecair kepada wap air di permukaan air. Sejatan berlaku dengan cepat

dalam keadaan udara kering berbanding dengan udara lembap.









31

11. (a) Huraikan enam proses menegak dalam kitaran hidrologi. [12]

Rangka Jawapan
i. Sejatan - proses penukaran air daripada bentuk cecair kepada bentuk wap air.
ii. Sejatpeluhan - kehilangan air daripada tumbuhan dalam bentuk wap air akibat
bahang matahari.
iii. Kerpasan- titisan air yang jatuh kepermukaan bumi dalam bentuk cecair dan pepejal.
iv. Aliran batang – air yang mengalir mengikut dahan, batang dan daun sebelum jatuh
ke permukaan tanah.
v. Resapan – Pergerakan air hujan melalui liang pori tanah secara menegak.
vi. Pemeluwapan - proses penukaran wap air kepada titisan air .
vii. Pemejalwapan – proses perubahan salji dan ais (pepejal ) kepada wap air (gas).
viii. Pintasan – halangan oleh ranting tumbuhan atau binaan manusia terhadap air hujan
sebelum jatuh di permukaan bumi.
ix. Perpeluhan – proses pembebasan atau kehilangan air melalui liang stoma daun ,
dahan dan batang serta liang peluh hidupan liar.


Cadangan Jawapan


Sejatan ialah proses penukaran air seperti di kawasan tasik, tasik, sungai kolam dan laut

daripada bentuk cecair kepada bentuk gas iaitu wap air.


Sejat peluhan ialah proses kehilangan air atau proses pembebasan wap air daripada

tumbuhan melalui liang stoma daun, dari dahan pokok dalam bentuk wap air akibat bahang
matahari tinggi .


Kerpasan merujuk kepada semua bentuk air hasil proses pemeluwapan yang jatuh

kepermukaan bumi dalam bentuk cecair seperti hujan , gerimis atau pepejal seperti salji,

hujan beku, hujan batu .


Aliran batang ialah air hujan yang mengalir atau meleleh mengikut dahan , batang pokok
dan daun sebelum sampai ke permukaan tanah. (bukan terus menitis ke permukaan tanah)



Resapan merujuk kepada pergerakan air hujan masuk ke dalam tanah melalui liang pori
tanah dengan bantuan akar pokok secara menegak.


Pemeluwapan bermaksud proses penukaran wap air kepada titisan air apabila jisim udara

mencapai takat embun serta berlaku proses penyejukan adiabatik.



32

Pemejalwapan ialah proses perubahan pepejal seperti salji dan ais kepada wap air (gas) ke

udara dan ia berlaku tanpa melalui proses pencairan kepada bentuk cecair.


Pintasan ialah halangan oleh kanopi tumbuhan seperti ranting, dahan, daun atau binaan
manusia seperti bumbung, jambatan, objek besar kereta terhadap air hujan sebelum jatuh di

permukaan bumi.




(b) Bincangkan enam proses dalam kitaran hidrologi yang terjejas akibat aktiviti
manusia. [13]

Rangka Jawapan
i. Sejatan – pembinaaan tali air, kolam ikan kuakultur meningkatkan proses sejatan.
ii. Aliran batang – penanaman semula tanaman untuk aktiviti pertanian menyebabkan
aliran batang meningkat
iii. Perpeluhan – Aktiviti pembalakan , penyahutanan menyebabkan kadar perpeluhan
berkurangan
iv. Resapan – Aktiviti penurapan jalan raya menyebabkan kadar resapan berkurangan.
– Aktiviti pembajakan tanah dalam aktiviti pertanian akan menyebabkan resapan
meningkat
– Penanaman semula tanaman untuk aktiviti pertanian menyebabkan resapan
meningkat
v. Larian air permukaan – Aktiviti pembalakan dan penyahutanan menyebabkan larian
air permukaan meningkat.
vi. Pintasan – Aktiviti pelancongan , binaan hotel menyebabkan proses pintasan
berkurangan.
vii. Kesimpulan


Cadangan Jawapan


Proses sejatan akan meningkat akibat daripada pembinaaan tali air, kolam ikan akuakultur.

Penambahan dan peningkatan binaan badan air buatan ini meyebabkan berlaku peningkatan
kadar sejatan. Ia berlaku secara berkadar terus.


Proses aliran batang meningkat sesuai dengan adanya penanaman semula tanaman seperti

kelapa sawit dan getah dalam aktiviti pertanian. Pertumbuhan pokok yang banyak di kawasan

ladang akan meningkatkan proses aliran batang ketika hujan turun.







33

Proses perpeluhan semakin berkurangan apabila aktiviti pembalakan yang melampau dan

aktiviti penyahutanan untuk meneroka kawasan baru. Kadar perpeluhan semakin berkurangan
kerana kawasan tersebut telah kehilangan tumbuhan dan haiwan liar yang menjadi nadi utama

melakukan proses perpeluhan.


Proses resapan semakin menurun apabila berlaku pembinaan infrastruktur seperti aktiviti

tarahan bukit untuk membina lebuhraya dan jalanraya merentasi kawasan tanah tunggi atau
kawasan yang berbukit-bukau. Aktiviti membina lebuhraya dan jalanraya menyebabkan

banyak pokok ditebang dan dimusnahkan yang boleh meningkatkan kadar larian air
permukaan.



Proses larian air permukaan akan meningkat hasil aktiviti pembalakan , pertanian dan
pembinaan infrastruktur . Aktiviti pembalakan, pembukaan kawasan pertanian yang baru ,

pembinan jalanraya dan lebuhraya memerlukan pokok ditebang. Apabila pokok di tebang, ini
akan meningkatkan kadar larian air permukaan di kawasan tersebut.


Proses pintasan akan semakin menurun hasil daripada berlakunya aktiviti pelancongan iaitu

binaan hotel. Penebangan pokok yang banyak untuk membina hotel, padang golf dan chalet

menyebabkan proses pintasan semakin berkurangan.


Kesimpulannya aktiviti manusia memang menjejaskan proses dalam kitaran hidrologi. Oleh
itu pihak berkuasa dan masyarakat perlu mengamalkan pembangunan lestari samada di bandar

atau di desa . Ini dapat memelihara dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang.




















34

12. (a) Sejauhmanakah faktor geologi mempengaruhi kadar resapan air ke dalam tanah
di sesebuah kawasan? [13]

Rangka Jawapan
Faktor geologi
i. Kekerasan batuan
ii. Keporosan dan ketelapan
iii. Rekahan batuan
iv. Struktur dan tekstur batuan
v. Komposisi batuan
vi. Lembapan tanah

Faktor Lain
vii. Hujan
viii. Litupan tumbuhan
ix. Kecerunan
x. Pertanian
xi. Pembalakan
xii. Pembinaan
xiii. Penegasan


Cadangan Jawapan



Batuan keras seperti batu granit amat sukar mengalami larus resap kerana terbentuk daripada

mineral yang teguh dan stabil. Manakala batuan yang lembut seperti batu kapur mudah
bertindak balas dengan air kerana terbentuk daripada mineral kalsium karbonat yang lemah.

Hal ini menyebabkan kawasan batu kapur mengalami resapan yang tinggi berbanding dengan
kawasan yang berbatu granit.



Batuan yang mempunyai liang pori yang banyak dan besar amat poros dan mengalami kadar
resapan yang tinggi seperti batu pasir. Manakala tanah liat mempunyai liang pori yang halus

menyebabkan kadar resapan yang perlahan.


Saiz dan kepadatan rekahan sangat mempengaruhi kadar resapan. Batuan yang banyak rekahan

seperti batu kapur dan dolomit mengalami kadar resapan yang tinggi berbanding dengan batuan
yang amat sedikit rekahan seperti batu marmar dan batuan metamorfik.


Batuan enapan yang berbentuk secara berlapis-lapis dan susunannya secara menegak mudah

mengalami resapan berbanding dengan batuan enapan yang mempunyai susunan secara
mendatar. Susunan jenis ini menyebabkan resapan menjadi rendah. Tekstur batuan kasar,


35

bersegi-segi mengalami kadar resapan yang tinggi berbanding dengan batuan yang licin dan

berkilat.


Selain faktor geologi, kadar resapan juga dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti hujan,
bentuk muka bumi dan aktiviti manusia.



Hujan yang renyai dalam jangka masa yang lama menyebabkan kadar resapan tinggi kerana
setiap titisan berpeluang untuk meresap masuk ke dalam tanah. Walau bagaimanapun sekiranya

hujan lebat tetapi dalam jangka masa yang singkat, larian permukaan menjadi tinggi dan kadar
resapan menjadi rendah.



Litupan tumbuhan juga mempengaruhi kadar resapan. Kawasan hutan tebal mengalami kadar
resapan yang tinggi kerana silara atau kanopi pokok melambatkan titsan air menimpa tanah.

Titisan air hujan mempunyai masa yang cukup untuk meresap masuk ke dalam tanah. Kawasan
yang kurang litupan hujan kadar resapan rendah kerana halaju titisan hujan yang tinggi kerana

kurang halangan. Hal ini menyebabkan lebih banyak air hujan mengalir di permukaan
berbanding dengan yang meresap masuk.



Seterusnya faktor aktiviti manusia juga mempengaruhi kadar resapan. Aktiviti penurapan jalan
dengan simen, tar dan aspalt menutup liang-liang pori tanah menyebabkan kadar resapan sangat

rendah. Selain itu aktiviti penyahutanan, pemotongan dan peneresan cerun bukit menyebabkan
kadar resapan menjadi kurang kerana larian air permukaan meningkat. Hal ini demikian kerana

tiada halangan di permukaan tanah yang dapat mengurangkan kelajuan air larian permukaan.




(b) Jelaskan enam kesan pengurangan simpanan air tanih terhadap alam sekitar fizikal.
[12]
Rangka Jawapan
i. Tumbuhan layu
ii. Sungai kering
iii. Sumber air berkurang
iv. Berlaku luluhawa fizikal
v. Hidupan mati
vi. Gerakan jisim
vii. Tanah menjadi kering
viii. Aras air tanah rendah
ix. Udara kering



36

Cadangan Jawapan



Kekurangan simpanan air tanih menyebabkan tumbuhan menjadi layu. Air amat diperlukan
untuk proses tumbesaran tumbuhan. Melalui air tanih, akar tumbuhan dapat menyerap mineral

bagi membantu tumbuhan hidup dengan subur. Pengurangan simpanan air tanih yang giat boleh
menyebabkan tumbuhan mati. Kesannya akan mengganggu rantaian makanan dalam sistem

ekologi.


Pengurangan simpanan air tanih menyebabkan sungai menjadi kering. Air sungai yang kering

akan mengganggu kitaran hidrologi. Proses sejatan tidak lagi berlaku hingga menyebabkan
wap-wap air di udara berkurangan. Kesannya kejadian hujan sukar berlaku.


Sumber air juga akan berkurang. Hal ini demikian kerana berlaku pengurangan simpanan air

tanih. Tiada hujan yang turun untuk membekalkan sumber air. Kesannya sumber air untuk

perigi dan tasik menjadi kurang. Hal ini juga akan menjejaskan kitaran hidrologi.


Simpanan air tanih yang berkurang juga memberi kesan kepada hidupan. Haiwan di darat
memerlukan air sebagai minuman manakala haiwan di dalam air menjadikan air sebagai

habitat. Ketiadaan simpanan air tanih menyebabkan haiwan mati kehausan dan bagi haiwan

yang tinggal di dalam air seperti di tasik dan di sungai akan mati kerana habitat haiwan ini
seperti ikan dan udang musnah. Hal ini demikian kerana sumber makanan dalam siratan

makanan musnah.


Keadaan tanah yang kering terutama di kawasan cerun kerana simpanan air tanih kurang boleh

membawa kepada gerakan jisim. Tanah yang kering dan tandus menyebabkan struktur tanah
menjadi longgar. Gegaran yang berlaku akibat laluan kenderaaan berat di kawasan lereng bukit

yang kering dan tandus menyebabkan berlaku geluncuran puin.


Akibat pengurangan simpanan air tanih, tanih menjadi kering. Kadar sejatan yang tinggi
menyebabkan tanah kering dan peroi. Tanah yang kering dan peroi ini terdedah kepada agen

hakisan iaitu hakisan angin. Angin yang bertiup dan bergesel dengan permukaan tanah yang

kering akan menyebabkan hakisan layangan berlaku. Kesannya permukaan tanah yang peroi
tadi dihakis dan diangkut ke tempat lain.


37

13 (a) Jelaskan enam faktor fizikal yang mempengaruhi variasi imbangan air di
sesuatu kawasan [12]

Rangka Jawapan
i. Perubahan suhu yang meluas-kandungan air berkurang-kerpasan kurang-
imbangan air negatif
ii. Topografi dan kuantiti hujan – cerun tanah tinggi lebih banyak dapat hujan-
menghadap angin-imbangan air positif
iii. Kehadiran tumbuhan- menyederhanakan suhu melalui proses sejat peluhan
iv. Formasi batuan- batuan keras mudah menyejat air- air lebih cepat terpeluwap-
batuan lembut banyak menyerap dan menyimpan air- warna batuan-gelap atau
cerah- pengaruhi sejatan
v. Kedudukan garis lintang- kawasan Khatulistiwa dan Zon Perenggan Garis Lintang
Tengah (40°S – 60°S dan 40°U – 60°U) – kawasan yang banyak terima hujan-
kelembapan tinggi- imbangan air positif
vi. Kehadiran badan air permukaan- sungai, tasik, kolam dll- pembekal utama
akuifer-bantu tingkatkan sejatan dan kerpasan – imbangan air positif


Cadangan Jawapan


Faktor perubahan suhu akan mempengaruhi kandungan air di sesuatu kawasan. Bagi kawasan
yang mempunyai suhu yang tinggi seperti di kawasan gurun, kadar sejatan adalah tinggi dan

melebihi kerpasan. Keadaan ini akan menyebabkan imbangan air negatif kerana jumlah hujan
yang diterima adalah kurang berbanding sejatan.



Faktor seterusnya ialah keadaan topografi dan kauntiti hujan di sesuatu kawasan. Cerun-cerun
di kawasan tanah tinggi dan banjaran gunung yang menghadap angin akan mendapat lebih

banyak hujan daripada kawasan lindungan hujan. Contohnya di kawasan pantai barat Banjaran

Rocky mendapat lebih banyak hujan daripada kawasan lindungan di timur. Oleh itu di bahagian
timur terdapat kawasan Prairie yang lebih kering. Keadaan ini menyebabkan berlakunya

imbangan air negatif di kawasan berkenaan.


Selain itu, kawasan yang padat dengan tumbuhan biasanya mendapat lebih banyak hujan.
Proses transpirasi tumbuhan akan membekalkan wap-wap air kepada proses pemeluwapan dan

seterusnya pembentukan hujan. Akar tumbuhan akan membantu mengurangkan larian air

permukaan dan mengalakkan resapan air ke dalam tanah dan seterusnya menyebabkan
imbangan air positif.





38

Bentuk dan struktur batuan mempengaruhi susupan air tanah. Batuan yang merekah, bersifat

kasar dan telap air membenarkan air melaluinya dan akan cepat terpeluwap. Sebaliknya batuan
yang lembut lebih banyak menyerap dan menyimpan air. Begitu juga dari segi warna batuan.

Batuan yang lebih gelap akan lebih banyak menyerap air berbanding batuan yang berwarna
cerah. Keadaan ini akan mempengaruhi kadar imbangan air yang berbeza di setiap kawasan.



Sementara itu, wap air berlebihan di latitud khatulistiwa ( 0º - 10º U/S ) iaitu di zon pertemuan
angin timuran utara dan angin timuran selatan yang membawa wap air yang banyak ke

kawasan ini. Di kawasan latitud 10º - 40º U/S pula kadar sejatan lebih tinggi daripada
kerpasan disebabkan kawasan tersebut merupakan kawasan daratan dan kawasan penurunan

angin yang tidak membawa banyak hujan. Di latitud 40º - 90º U/S berlaku lebihan air kerana

di kawasan tersebut kerpasan melebihi sejatan. Di kawasan ini juga terdapat zon pertemuan
angin yang membawa kepada wujudnya zon tekanan rendah yang membawa banyak hujan.


Kewujudan sumber-sumber air permukaan seperti sungai, tasik, kolam dan lain-lain boleh

menjadi pembekal utama kepada sistem akuifer dan membantu meningkatkan sejatan dan
kerpasan, seterusnya mempengaruhi imbangan air di kawasan berkenaan. Sebaliknya kawasan

yang jauh dari badan-badan air akan mengalami kekurangan sejatan dan seterusnya

mengurangkan pembentukan kerpasan.





(b) Bincangkan enam kesan fenomena kemarau kepada alam sekitar fizikal [13]

Rangka Jawapan
i. Persekitaran menjadi panas dan udara kering.
ii. Kebakaran secara semula jadi. Cth: 1997 kemarau El-Nino menyebabkan
berlakunya kebakaran di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia.
iii. Memusnahkan habitat flora & fauna
iv. Pembentukan jerebu
v. Menjejaskan ekosistem akuatik.
vi. Fenomena penggurunan.
vii. Menjejaskan sumber-sumber semulajadi
viii. - kesimpulan







39

Cadangan Jawapan


Kesan kejadian kemarau kepada persekitaran fizikal yang pertama ialah menyebabkan

persekitaran menjadi panas dan udara menjadi kering. Keadaan ini disebabkan oleh suhu panas
menyebabkan udara menjadi kering dan kurang mengandungi wap-wap air yang membentuk

bintik hujan menyebabkan kekurangan hujan.


Kesan kemarau yang kedua ialah kebakaran hutan secara semulajadi akibat daripada

persekitaran yang panas dan udara yang kering terutama di kawasan hutan tanah gambut,
sepertimana yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera pada tahun 1997 yang berlaku

kebakaran hutan yang berleluasa akibat daripada kemarau El-Nino. Kebakaran hutan terkini

juga telah berlaku di Australia bermula pada September 2019 dan telah membakar kira-kira
10.7 juta hektar hutan dan memusnahkan lebih daripada 5,900 bangunan (termasuk lebih

daripada 2,204 rumah) dan mengorbankan 28 orang pada 8 Januari 2020.


Kesan kemarau juga telah menyebabkan kemusnahan habitat flora dan fauna terjadi apabila
keadaan kering dan kekurangan air telah menyebabkan kemusnahan rantaian makanan,

kepelbagaian biologi dan spesies hidupan liar yang hidup dalam hutan tersebut. Kematian

tumbuh-tumbuhan akibat kekurangan air turut menyebabkan kepupusan habitat kepada flora
dan fauna yang bergantung kepada tumbuhan berkenaan.


Kemarau turut menyumbang kepada pembentukan jerebu. Keadaan ini akan diburukkan lagi

apabila cuaca kering dan kemarau yang melanda wilayah selatan Sumatera serta Kalimantan

pada Jun hingga Oktober apabila berlaku El Nino. Rekod menunjukkan sejak 1980-an jerebu
berlaku ketika fenomena El Nino. Namun, ini bergantung kepada jenis dan kekuatan El Nino

itu sendiri. Kekuatan impak fenomena ini pula bergantung kepada peningkatan suhu
permukaan lautan dan kawasan di mana ia berlaku.



Kemarau turut menyebabkan hidupan akuatik seperti alga, lumut dan rumpair akan terjejas dan
ini akan memberi kesan kepada hidupan air yang lain seperti udang dan ketam. Keadaan ini

disebabkan berlakunya penyusutan dan kekurangan air dalam sistem saliran seperti tasik,
sungai dan kolam yang terdapatnya pelbagai hidupan akuatik di kawasan berkenaan.






40

Kemarau yang berpanjangan turut menyebabkan fenomena penggurunan di kawasan tropika

kering seperti pinggir gurun. Keadaan ini menyebabkan kawasan gurun bertambah luas
melebihi kawasan pinggirnya sepertimana yang berlaku di Gurun Sahel Afrika yang

mengalami fenomena penggurunan yang hebat.


Sumber-sumber semulajadi seperti hutan, air dan tumbuhan akan berkurangan apabila

fenomena kemarau terjadi. Keadaan ini disebabkan sumber bekalan air terjejas akibat daripada
pengeringan tasik, kolam dan sungai. Negara-negara seperti Ethopia, Somalia dan Chad yang

mengalami kemarau yang berpanjangan menyebabkan sumber-sumber semulajadi di negara
berkenaan amat kurang.



Kesimpulannya, kemarau akan membawa banyak kesan negatif kepada persekitaran fizikal
yang bukan sahaja menjejaskan kehidupan semulajadi malahan akan menjejaskan kehidupan

manusia. Fenomena ini diburukkan lagi dengan berlakunya kejadian El Nino.































41

14. (a) Bincangkan faktor yang menyebabkan banjir musiman berlaku. [13]

Rangka Jawapan
Faktor Fizikal :
i. Kadar curahan hujan yang banyak - jumlah hujan tinggi.
ii. Alur sungai yang sempit dan cetek - mudah melimpah.
iii. Fenomena La Nina - hujan meningkat
iv. Faktor Musim - perubahan angin monsun (Monsun Timur Laut - hujan lebat)
v. Orientasi kawasan - kawasan yang terdedah kepada angin monsun dari laut yang
luas menerima hujan yang lebat

Faktor Manusia :
vi. Proses pembandaran - peningkatan kawasan berturap dan tepubina.
vii. Aktiviti pembalakan - larian air permukaan bertambah - mendapan kelodak -
sungai cetek - banjir.
viii. Pengubahsuaian pada sungai - tebing dan dasar sungai berkonkrit - resapan di
dasar dan tebing tidak berlaku.
ix. Sikap manusia - tidak mempunyai rasa tanggungjawab - buang sampah merata-
rata - sistem perparitan tersumbat / sungai penuh dengan sampah.
x. Sistem perparitan yang sempit / tidak sempurna / tidak sistematik
xi. - Kesimpulan


Cadangan Jawapan



Banjir musiman adalah banjir yang berlaku pada musim tiupan angin monsun terutama sekali
Angin Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat ke Pantai Timur Semenanjung

Malaysia. Terdapat faktor fizikal dan faktor manusia yang mempengaruhi banjir musiman ini.
Faktor fizikal yang pertama ialah kadar curahan hujan yang sangat lebat menyebabkan alur-

alur sungai tidak dapat menampung luahan air dan mudah melimpah membentuk banjir.


Faktor fizikal yang kedua ialah bentuk alur sungai yang sempit dan cetek. Sungai-sungai yang

beralur kecil, sempit dan cetek akibat mendapan tebal di dasar menyebabkan alurnya tidak
dapat menampung luahan air yang banyak dan akan melimpah serta membanjiri kawasan

sekitarnya.


Orientasi kawasan juga mempengaruhi kejadian banjir musiman. Kawasan pinggir pantai yang

menghadap angin monsun lebih terdedah kepada faktor turunan hujan yang lebat. Angin dari
laut yang luas membawa hujan yang banyak ke kawasan pinggir pantai yang dilandai dan

menyebabkan banjir musiman di kawasan tersebut.



42

Di samping itu, faktor manusia seperti proses pembandaran juga mempengaruhi kejadian banjir

musiman. Proses pembandaran menyebabkan sebahagian kawasan bandar mengalami tepu
bina dan diturap. Hujan akibat angin monsun yang turun tidak dapat menyusup ke dalam tanah,

sebaliknya membanjiri kawasan berturap ini.


Aktiviti pembalakan di bahagian hulu sungai menyebabkan kadar larian air permukaan

meningkat dan pada masa yang sama sisa hakisan dimendapkan di dasar sungai. Sungai
seterusnya menjadi cetek dan mudah melimpah sekiranya berlaku hujan lebat yang dibawa oleh

angin monsun.


Kerja-kerja pengubahsuaian pada bahagian sungai seperti tebing dan dasar sungai berkonkrit

menyebabkan resapan di dasar dan tebing sungai tidak berlaku. Angin monsun dengan hujan
yang lebat menyebabkan isipadu sungai akan bertambah dan mudah melimpah membanjiri

kawasan sekitarnya.


Jelaslah bahawa banjir musiman berlaku disebabkan faktor fizikal dan faktor manusia.
Walaubagaimanapun, kawasan yang telah diganggu teruk oleh aktiviti manusia lebih mudah

berlaku banjir musiman berbanding kawasan persekitaran fizikal yang masih mampu menyerap

jumlah hujan yang sangat lebat.




(b) Jelaskan kesan banjir musiman terhadap aktiviti manusia. [12]

Rangka Jawapan
i. Arus banjir - menghanyutkan / menenggelamkan tanaman (aktiviti pertanian),
melemaskan ternakan (aktiviti penternakan)
ii. Arus sungai yang deras - mengganggu aktiviti pengangkutan air - menjejaskan aktiviti
perikanan, pelancongan
iii. Limpahan air banjir - merosakkan peralatan yang ditenggelami air - merosakkan
bahan mentah dan barangan siap dalam aktiviti perindustrian
iv. Pencemaran air - air banjir bercampur sisa kumbahan - menjejaskan aktiviti
pelancongan di sungai dan tasik.
v. Kejadian tanah runtuh - mengganggu aktiviti di kawasan bercerun seperti pertanian
dan pelancongan
vi. Banjir lumpur - merosakkan jalan raya dan jambatan, - menjejaskan aktiviti
pengangkutan
vii. kerosakan habitat hidupan liar / kerosakan spesies flora eksotik - menjejaskan aktiviti
ekopelancongan, pemburuan dan pembalakan.



43

viii. kerosakan jalan perhubungan / jambatan akibat banjir musiman - menjejaskan
pemasaran hasil dari aktivit pertanian, menjejaskan pergerakan pelancong dalam
aktiviti pelancongan
ix. gangguan bekalan elektrik - menjejaskan aktiviti perindustrian, pelancongan,
perniagaan
x. gangguan bekalan air bersih - menjejaskan aktiviti perindustrian, pelancongan,
perniagaan
xi. gangguan telekomunikasi - menjejaskan aktiviti perindustrian, pelancongan,
perniagaan


Cadangan Jawapan


Banjir musiman memberi banyak kesan kepada aktiviti manusia. Antaranya arus banjir

musiman yang mengalir di atas permukaan tanah dengan deras boleh menumbangkan tanaman
dan menenggelamkan tanaman seperti sayur-sayuran. Ini memberikan kesan kepada

produktiviti aktiviti pertanian.


Seterusnya arus sungai yang deras ketika banjir musiman boleh menyebabkan bot-bot kecil

dihanyutkan atau karam dalam arus yang deras. Ini menjejaskan aktiviti pengangkutan air yang
mengangkut barangan dan penumpang setiap hari.


Banjir musiman juga seringkali bercampur dan membawa bersama sisa kumbahan. Air yang

tercemar ini juga memasuki sungai-sungai dan menjejaskan aktiviti pelancongan di sungai

seperti menyelam dan mandi sungai. Pelancong berisiko terdedah kepada pelbagai penyakit
bawaan air seperti penyakit taun dan penyakit kencing tikus.



Banjir musiman yang biasanya bertakung hampir satu minggu menyebabkan habitat hidupan
liar di dalam tanah dirosakkan dengan teruk. Begitu juga beberapa spesies flora yang eksotik

seperti bunga raflesia dan periuk kera musnah ditenggelami air banjir musiman. Kehilangan
spesies flora yang unik juga menjejaskan industri eko-pelancongan yang sangat bergantung

kepada keunikan flora dan faunanya.


Banjir musiman yang merosakkan jalan perhubungan dan jambatan boleh menjejaskan

pemasaran hasil dari aktiviti pertanian. Hasil tanaman perlu dipasarkan dengan segera selepas
dikutip. Aktiviti pengangkutan yang terjejas menyebabkan hasil tanaman yang telah dikutip

akan mengalami kerosakan.



44

Banjir musiman juga menyebabkan bekalan elektrik terpaksa diputuskan untuk mengelak
kejadian yang lebih buruk. Ini pula menjejaskan aktiviti lain seperti perindustrian dan

perkhidmatan yang memerlukan bekalan elektrik 24 jam.

















































45

BAHAGIAN B











ALAM SEKITAR




MANUSIA










3. PEMBANGUNAN EKONOMI




DAN IMPAK ALAM SEKITAR










4. GLOBALISASI EKONOMI




& KERJASAMA SERANTAU




















46

ALAM SEKITAR MANUSIA


PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR





15. (a) Jelaskan enam ciri pertanian kebun kecil di Malaysia. [12]


Rangka Jawapan
i. Taburan - kawasan desa dan kawasan luar bandar
ii. Skala – kawasan pertanian tidak melebihi 40 hektar.
iii. Pemilikan - dimiliki oleh orang perseorangan atau secara berkelompok
iv. Sumber modal – modal yang digunakan kecil, simpanan sendiri atau koperasi
peladang
v. Orientasi pengeluaran- hasil pengeluaran untuk pasaran tempatan dan eksport
vi. Teknologi- menggunakan input moden untuk mendapatkan hasil paling maksimum
vii. Tenaga buruh-tenaga buruh yang sedikit daripada ahli keluarga atau tenaga buruh
yang diupah
viii. Jenis tanaman- monokultur



Cadangan Jawapan


Kebun kecil terdapat di kawasan luar bandar dan pinggir bandar Perak, Johor, Pahang dan
Sabah. Dijalankan di tanah beralun yang bersaliran baik.


Kebun kecil dijalankan secara kecil-kecilan. Saiz kebun kurang daripada 40 hektar.



Milik tanah pekebun kecil kurang daripada 10 hektar. Kebun kecil dimiliki oleh syarikat
individu dan tanah rancangan Felda.


Kebun kecil memerlukan modal yang kecil. Modal diperoleh dari pinjaman bank, subsidi

kerajaan dan wang simpanan keluarga. Modal digunakan untuk membeli peralatan keperluan
aktiviti penanaman.



Pengeluaran kebun kecil bertujuan untuk jualan dan sara diri. Hasil kebun kecil seperti getah
dan kelapa sawit dijual di pasaran tempatan dan dieksport. Hasil padi sawah biasanya untuk

kegunaan tempatan. Manakala sayur-sayuran dan buah-buahan untuk pasaran tempatan dan

dieksport ke Singapura.




47

Kebun kecil menggunakan teknologi dan jentera dan mesin yang ringkas. Baja kimia dan racun

serangga ada digunakan. Penggunaan input moden terhad dan bergantung kepada modal yang
dimiliki oleh pekebun kecil.



(b) Bincangkan enam sumbangan pertanian kebun kecil kepada pembangunan
negara. [13]

Rangka Jawapan
i. Pendapatan Negara
ii. Peluang pekerjaan
iii. Kesan pengganda
iv. Industri Hiliran
v. Kemajuan Infrastruktur
vi. Perkembangan Bandar/ Kemajuan Bandar Baharu
vii. Kemasukan teknologi
viii. - Kesimpulan


Cadangan Jawapan



Pendapatan negara meningkat melalui cukai eksport hasil pertanian seperti bunga-bungaan dan
sayur-sayuran. Eksport ke negara asing menggalakkan aliran masuk wang asing. Keuntungan

juga diperolehi melalui tukaran mata wang asing.


Peluang pekerjaan di kebun kecil termasuk buruh kasar seperti petani dan pembantu di kebun.
Selain itu pemandu lori dan individu yang terlibat dengan pemasaran hasil pertanian.



Pertanian kebun kecil menggalakkan kemunculan aktiviti perkhidmatan dan perniagaan yang
berkaitan seperti gerai dan kedai makanan, pusat membaik pulih jentera pertanian. Sektor

agropelancongan yang turut berkembang menggalakkan usaha inap desa (homestay).


Industri hiliran yang berkaitan dengan hasil pertanian seperti kilang padi, kilang minyak kelapa

sawit dan kilang getah muncul melalui bekalan bahan mentah yang berterusan.


Pertanian kebun kecil menggalakkan kemajuan infrastruktur. Jaringan pengangkutan,
kemudahan pengairan dan sistem perparitan akan berkembang maju.







48

Bandar-bandar kecil yang menjadi menjadi pusat pengumpulan hasil akan berkembang

menjadi bandar baharu.


Pada kesimpulannya, pertanian kebun kecil memainkan peranan yang penting terhadap
pembangunan negara. Pelbagai sumbangan pertanian kebun kecil dapat memantapkan ekonomi

negara.





16. (a) Jelaskan enam masalah yang dihadapi oleh nelayan laut dalam. [12]

Rangka Jawapan
i. Masalah fizikal
ii. Kekurangan tenaga buruh
iii. Kekurangan modal/ pelaburan
iv. Teknologi yang rendah
v. Ancaman lanun
vi. Persaingan dengan negara lain
vii. Serangan penyakit ikan
viii. Pencemaran air laut


Cadangan Jawapan




Nelayan laut dalam menghadapi masalah fizikal seperti gempa bumi dasar laut. Gempa bumi
dasar laut yang kuat akan menyebabkan tsunami berlaku. Ia membahayakan bot nelayan laut

dalam. Gempa bumi dasar laut juga akan menyebabkan kawsan tersebut mempunyai kurang

ikan. Nelayan laut dalam akan mempunyai tangkapan yang rendah.


Nelayan laut dalam menghadapi masalah kekurangan tenaga buruh dalam sektor perikanan laut
dalam. Ramai anak muda tidak mahu menyertai kru nelayan laut dalam kerana ia memerlukan

kekutan tenaga kudrat dan juga fizikal yang tinggi. Keengganan anak muda untuk berada di
lautan untuk jangka masa yang melebihi tiga bulan turut mengeruhkan keadaan. Tenaga buruh

yang mahir dengan teknologi sonar dan radar juga kurang.


Kurangnya modal merupakan masalah dalam industri perikanan laut dalam. Nelayan laut

dalam memerlukan modal yang tinggi untuk mengendalikan bot nelayan yang besar dan mahal.





49

Modal yang tinggi juga diperlukan untuk menyediakan peti sejuk atau peti dingin beku di dalam

bot nelayan laut dalam.


Masalah yang lain ialah nelayan laut dalam mempunyai teknologi yang rendah . Kebanyakkan
menggunakan teknologi yang rendah seperti bot yang lama dengan sistem sonar yang

berteknologi rendah. Sistem sonar yang berteknologi lama atau rendah tidak dapat mengenal

pasti kedudukan ikan laut dalam dengan berkesan.


Selain dari itu, nelayan laut dalam juga menghadapi masalah ancaman lanun. Bot bot nelayan
laut dalam ini diserang oleh lanun untuk merampas hasil tangkapan yang lumayan. Bot nelayan

juga di bawa lari oleh lanun di perairan antarabangsa untuk dijual . Masalah ini mengancam

industri perikanan laut dalam.


Masalah yang lain ialah masalah pencemaran air laut. Air laut sering mengalami ancaman
pencemaran dari samaph sarap yang di buang dan juga ancaman tumpahan minyak di laut.

Pencemaran sampah sarap menyebabkan banyak hidupan laut ternakan atau terperangkap
dalam sampah dan mati lemas. Air laut yang tercemar dengan minyak dan sisa toksik juga

menyebabkan banyak hidupan laut mati. Tangkapan nelayan laut dalam menjadi kurang.




(b) Bincangkan kesan aktiviti perikanan laut dalam terhadap alam sekitar fizikal. [13]

Rangka Jawapan
i. Penggunaan pukat tunda -Kepupusan sumber ikan
ii. Penggunaan bot berenjin - pencemaran air laut / tumpahan minyak
iii. Penggunaan bom ikan - Kemusnahan habitat
iv. Pembinaan jeti atau pelabuhan perikanan laut dalam - hakisan pinggir pantai
v. Tangkapan berlebihan – kepupusan sumber perikanan
vi. Pembuangan sisa perikanan dan peralatan perikanan yang rosak


Cadangan Jawapan


Kesan aktiviti perikanan laut dalam terhadap alam sekitar fizikal ialah kepupusan spesies ikan.
Nelayan laut dalam menggunakan pukat tunda untuk menangkap ikan di laut lepas.

Penggunaan pukat tunda ini menyebabkan ikan yang mempunyai saiz yang pelbagai ditangkap.
Anak anak ikan turut ditangkap menyebabkan lama-kelamaan kepupusan sumber ikan berlaku.




50


Click to View FlipBook Version