The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU MOHAMAD RASHID BIN HUSIN, 2020-05-05 23:22:54

MODUL GEOGRAFI SEM 2 JPNPP

Selain dari itu, penggunaan bot berenjin menyebabkan tumpahan minyak di laut. Pencemaran

air laut berlaku apabila tumpahan minyak yang banyak berlaku. Air laut yang tercemar
menyebabkan tangkapan ikan laut dalam turut tercemar.


Di samping itu, penggunaaan bom ikan turut memberi kesan ke atas alam sekitar

fizikal.Penggunaan bom ikan akan menyebabkan kemusnahan habitat ikan. Semasa aktiviti

bom dibuat , habitat ikan akan rosak dan dicemari bahan peledak bom. Habitat ikan seperti
terumbu karang mati dan menyebabkan ikan tiada habitat.


Selain dari itu, pembinaan jeti atau pelabuahan perikanan turut memberi kesan ke atas alam

sekitar fizikal.Pembinaan jeti mendarat ikan tuna tangkapan laut dalam akan menyebabkan

hakisan pinggir pantai berlaku dengan giat. Hakisan pantai ini akan berlaku dengan kadar
banyak kerana jeti yang dibina adalah panjang menganjur ke laut. Oleh itu, hakisan yang giat

boleh berlaku.


Tangkapan berlebihan turut memberi kesan ke atas alam sekitar fizikal. Tangkapan berlebihan
berlaku semasa nelayan berada di laut lepas dan tempoh menagkap ikan adalah hampir 3 bulan.

Tempoh yang lama ini digunakan oleh nelayan laut dalam untuk mennagkap sebanyak yang

boleh semasa berada di laut. Tangkapan berlebihan akan menyebabkan kemusnahan atau
kepupusan spesis ikan atau hidupan laut yang lain.


Pembuangan sisa perikanan dan peralatan perikanan yang rosak turut memberi kesan ke atas

alam sekitar fizikal.Nelayan laut dalam akan memproses ikan sebelum dimasukkan ke dalam

peti dingin beku. Pembuangan sisa perikanan akan menyebabkan air laut tercemar. Peralatan
yang rosak akan dibuang ke dalam laut dan tidak disimpan dalam bot. Pembuang peralatan

yang rosak ke dalam laut dijalankan supaya memudahakan tangkapan yang banyak. Peralatan
rosak ini mencemarkan air laut.



Kesan negatif ini perlu ditangani dengan kadar segera untuk memastikan kepupusan sumber
perikanan tidak berlaku. Langkah konkrit perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menjauhi

kesan negatif alam sekitar fizikal.







51

17. (a) Jelaskan mengapa aktiviti perhutanan memberi sumbangan kepada pembangunan
sesebuah negara. [12]

Rangka Jawapan
i. Sumber pendapatan negara
ii. Menyediakan peluang pekerjaan
iii. Membangunkan industri hiliran
iv. Kemajuan infrastruktur
v. Perkembangan bandar
vi. Perkembangan R&D

Cadangan Jawapan

Aktiviti perhutanan merupakan salah satu sektor ekonomi primer yang berpotensi memberi

sumbangan kepada pembangunan sesebuah negara dengan meningkatkan sumber pendapatan

negara yang terlibat dengan aktiviti ini. Aktiviti perhutanan menjana pendapatan kepada
kerajaan Malaysia melalui cukai eksport kayu gergaji dan papan lapis ke Jepun, Singapura

dan Thailand dengan pengaliran masuk mata wang asing. Pendapatan negara juga diperoleh
daripada pengeluaran lesen konsesi pembalakan.


Selain itu, aktiviti perhutanan juga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk.

Antara peluang pekerjaan yang disediakan dalam bidang ini ialah pembalak, pemandu jentera

membalak, pemandu lori, penyelidik perhutanan dan renjer hutan. Keadaan ini boleh
mengurangkan kadar pengangguran dalam negara, apabila penduduk mempunyai pekerjaan

tetap, sumber pendapatan meningkat menyebabkan kuasa beli tinggi aeterusnya meningkatkan
taraf hidup penduduk.


Industri hiliran juga boleh dibangunkan dengan adanya aktiviti pembalakan. Antaranya ialah

pembuatan kraf tangan dan perabut. Aktiviti pembalakan menggalakkan pembinaan kilang-

kilang kayu yang mengeluarkan papan lapis dan kayu gergaji menjadi bahan mentah kepada
industri membuat perabut dan pembinaan.


Melalui aktiviti perhutanan juga telah membawa kepada kemajuan infrastruktur seperti

pembinaan jalan raya di kawasan pedalaman. Contohnya kawasan laluan lori balak digunakan

juga sebagai jalan perhubungan oleh penduduk di pedalaman negeri Sarawak. Lama-kelamaan
laluan lori balak ditar menjadi jalan raya utama kepada penduduk meningkatkan darjah

ketersampaian ke kawasan pedalaman.




52

Aktiviti perhutanan juga menggalakkan perkembangan bandar. Aktiviti pembalakan membawa

kepada kewujudan kilang-kilang papan menyebabkan sesuatu bandar menjadi tumpuan
penduduk dengan menyediakan peluang pekejaan. Contohnya Kenngau, Sandakan dan Kuala

Lipis yang membangun kerana aktiviti perhutanan.


Perhutanan juga menggalakkan perkembangan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

Penyelidikan dan pembangunan perhutanan dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia (FRIM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Kajian oleh FRIM adalah memberi

tumpuan kepada penyelidikan pembangunan penggunaan sumber kayu sedia ada untuk
menghasilkan produk berkualiti dan nilai tambah yang tinggi. FRIM juga menyedia dan

membangungunkan pengetahuan saintifik yang penting bagi melindungi biodiversiti dan

perkhidmatan ekosistem di Malaysia untuk pengurusan bijak dan mampan. FRIM merupakan
salah satu institusi di dunia yang mempunyai kepakaran merangkumi semua aspek

penyelidikandan pembangunan perhutanan tropika.


(b) Bincangkan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan hutan yang
dilaksanakan di Malaysia. [13]

Rangka Jawapan
i. Langkah perundangan
ii. Sistem Penebangan Memilih
iii. Kempen Kesedaran
iv. Pendidikan
v. Penanaman semula hutan atau sivilkultur
vi. Penyelidikan dan Pembangunan
vii. Kitar semula kertas
viii. Sumber alternatif penggunaan kayu


Cadangan Jawapan

Langkah pemeliharaan hutan yang dilaksanakn di Malaysia ialah langkah perundangan melalui

Akta Perhutanan Negara 1984. Melalui akta ini, beberapa kawasan yang sesuai telah
diwartakan sebagai kawasan hutan simpan kekal. Contohnya Hutan Simpan Royal Belum,

Hutan Simpan Gunung Inas dan Hutan Simpan Sepilok. Hutan simpan merupakan kawasan

hutan yang perlu disimpan, dijaga dan dilindungi daripada sebarang aktiviti pembangunan
tanpa kebenaran pihak berkuasa iaitu Jabatan Perhutanan.





53

Kerajaan Malaysia juga menjalankan sistem penebangan memilih bukan kaedah tebang bersih

di kawasan hutan berhasil. Dalam sistem penebangan memilih, pokok yang cukup matang
sahaja yang ditebang iaitu cukup umur dan mempunyai diameter minimum 45cm hingga 50cm

dengan pusingan tebangan yang diamalkan ialah 30 tahun di Semenanjung Malaysia dan 25
tahun di Sabah dan Sarawak.



Kempen kesedaran tentang kepentingan hutan juga disampaikan kepada segenap lapisan
masyarakat dalam negara melalui pelbagai saluran seperti media cetak dan media elektronik.

Contoh kempen yang dilancarkan ialah “Hutan Warisan Dunia” dan “Cintailah Hutan Kita”.
Melalui kempen kesedaran diharapkan dapt mewujudkan masyarakat yang harmoni dengan

persekitaran hutan sejak dari usia muda.


Kaedah silvilkultur juga dilaksanakan iaitu pemulihan hutan yang melibatkan penubuhan

ladang hutan, pertumbesaran, penjagaan dan penggantian sesuatu dirian yang teratur.
Perladangan hutan kompensatori spesies kayu keras tropika yang cepat membesar dengan

pusingan jangka hayat pusingan hidup selama 15 tahun seperti akasia, batai dan sentang
dilaksanakan di Johor, Pahang dan Perak untuk menambahkan hasil hutan.



Usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) khususnya berkaitan pengurusan, penjagaan,
kawalan, rawatan dan biak baka pokok FRIM dan UPM. Matlamat FRIM ditubuhkan adalah

bagi mengembangkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan di dalam bidang pengurusan
hutan secara berkekalan dan pengeluaran hasil hutan yang bermutu.



Sumber alternatif bagi mengurangkan penggunaan kayu dalam bidang pembinaan juga
diamalkan. Kebergantungan kepada kayu untuk binaan bangunan ditukar kepada bata dan

simen untuk kerangka dan badan bangunan. Manakala aluminium digunakan untuk
menggantikan kayu alang untuk memasang atap bangunan.



Kesimpulannya, pelbagai langkah pemiliharaan dan pemuliharaan telah dijalankan oleh
kerajaan Malaysia bagi meneruskan kelestarian hutan negara.








54

18. (a) Huraikan enam ciri sektor industri kecil dan sederhana di Malaysia. [12]

Rangka Jawapan
i. Taburan- di lot kawasan perindustrian yang berharga lebih murah dan berhampiran
dengan bandar, desa, rumah kediaman sendiri, pinggir bandar
ii. Skala- kecil, kurang formal, lebih mudah, pengkhususan tidak dapat diamalkan
sepenuhnya
iii. Orientasi Pengeluaran: domestik, sokongan kepada industri besar, eksport -iks
iv. Modal: modal kecil dan sederhana tidak melebihi RM2.5 juta, milik tunggal, syarikat
perkongsian atau syarikat sendirian berhad
v. Buruh: Ahli keluarga , saudara mara, buruh kurang mahir - pendidikan formal yang
rendah berkelayakan dan kurang bertauliah, bilangan pekerja tidak melebihi 150
orang
vi. Teknologi: teknologi rendah, intensif buruh dan kurang menggunakan mesin serta
kurang menggunakan automasi


Cadangan Jawapan

Terdapat pelbagai ciri sektor industri kecil dan sederhana di Malaysia. Antara ciri yang dirujuk

ialah taburan, skala, orientasi pengeluaran, modal, buruh dan teknologi.


Taburan sektor industi kecil dan sederhana di Malaysia ialah terletak di lot kawasan

perindustrian yang berharga lebih murah dan berhampiran dengan bandar. Ada juga industri
ini yang terletak di desa atau di rumah kediaman sendiri.


Skala sektor industri kecil dan sederhana adalah kecil, kurang formal, lebih mudah dan

pengkhususan tidak dapat diamalkan sepenuhnya.


Orientasi pengeluarannya pula adalah berbentuk domestik dan memberi sokongan kepada

industri besar. Walaupun begitu, ada juga industri kecil dan sederhana berorientasikan eksport
seperti industri batik.



Ciri seterusnya ialah buruh dalam sektor ini lebih kepada ahli keluarga, saudara mara dan buruh
kurang mahir. Mereka hanya menerima pendidikan formal yang rendah berkelayakan dan

kurang bertauliah.


Modal sektor ini adalah kecil dan sederhana sahaja iaitu tidak melebihi RM2.5 juta. Biasanya

milik tunggal atau syarikat perkongisan atau syarikat sendirian berhad.



55

Teknologi yang digunakan juga rendah dan intensif buruh. Industri ini kurang menggunakan

mesin dan automasi.



(b) Bincangkan enam sumbangan kegiatan industri kecil dan sederhana kepada
sosial ekonomi sesebuah negara. [13]

Rangka Jawapan
i. Pendapatan Negara- cukai barangan dan keuntungan
ii. Peluang Pekerjaan – pembungkusan, pemasaran, buruh separuh mahir- taraf hidup
meningkat, kurang pengangguran
iii. Kesan Pengganda- mempercepatkan pengeluaran dan pemprosesan sumber lain
Sumber seperti pertanian, perikanan dan perlombongan. Menggalakkan pembangunan
industri hiliran.
iv. Membangunkan kawasan: kawasan industri dibangunkan dengan infrastruktur-jalan
raya, perbankan. Transformasi desa- pembandaran
v. Teknologi & R&D- teknologi reka bentuk dan kawalan mutu, pemindahan teknologi
vi. Perkembangan Pembandaran- bandar baharu.
vii. Memperluas pasaran: pasaran sehingga ke peringkat antarabangsa- ASEAN, APEC,
keuntungan lebih banyak kerana pasaran luas.
viii. kesimpulan


Cadangan Jawapan


Terdapat pelbagai sumbangan kegiatan industri kecil dan sederhana kepada sosioekonomi

sesebuah negara. Antaranya ialah pendapatan negara, peluang pekerjaan, teknologi & R&D,
membangunkan kawasan, kesan pengganda dan perkembangan pembandaran.


Sumbangan kegiatan industri kecil dan sederhana ialah meningkatkan pendapatan negara.

Pendapatan negara dapat ditingkatkan melalui cukai barangan dan keuntungan.


Industri ini juga memberi peluang pekerjaan kepada penduduk dalam peringkat pengeluaran,

pemprosesan, pemasangan dan pembungkusan. Oleh itu, taraf hidup penduduk akan
meningkat dan kadar pengangguran akan berkurangan.



Kegiatan industri kecil dan sederhana juga membawa faedah dari segi kesan pengganda.
Industri ini akan mempercepatkan pengeluaran dn pemprosesan sumber lain. Sumber lain

seperti pertanian, perikanan dan perlombongan.




56

Sumbangan seterusnya ialah membangukan kawasan. Kawasan industri dibangunkan dengan

infrastruktur seperti jalan raya, perbankan dan sebagainya. Transformasi desa juga akan
berlaku.


Kegiatan industri kecil dan sederhana juga membawa kemajuan dari segi teknologi & R&D.

Peningkatan teknologi berlaku melalui pemindahan teknologi dan kepakaran. Misalnya

teknologi reka bentuk dan kawalan mutu.


Akhirnya industri ini juga memberi sumbangan dari segi perkembangan bandar. Misalnya
bandar baharu seperti Ayer Hitam di Johor yang mengeluarkan barangan tembikar.



Kesimpulannya, kegiatan industri kecil dan sederhana memang membawa sumbangan yang
banyak kepada sosioekonomi sesebuah negara. Dengan kegiatan ini, taraf hidup dan

kesejahteraan penduduk sesebuah negara akan terpelihara.





19. (a) Jelaskan enam sumbangan sektor pembinaan terhadap sosioekonomi sesebuah
negara. [12]

Rangka Jawapan
i. Meningkatkan pendapatan negara
ii. Menyediakan peluang pekerjaan
iii. Mewujudkan kesan pengganda
iv. Memajukan kemudahan infrastruktur
v. Kemasukan modal – pelabur tempatan dan luar negara
vi. Perkembangan bandar


Cadangan Jawapan


Industri pembinaan merupakan salah sebuah industri yang disenaraikan sebagai salah satu

penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Sektor pembinaan memberi sumbangan
dalam meningkatkan KDNK dan pendapatan negara. Purata industri binaan menyumbang

antara 3 - 5.5% daripada keluaran dalam negara kasar.Perkembangan yang pesat dalam industri

pembinaan akan membantu perkembangan sektor pengangkutan, perumahan dan pembinaan
bangunan kormesial dan perindustrian. Kepesatan aktiviti-aktiviti binaan dan yang berkaitan




57

juga dijangka akan bertambah dan ini akan meningkatkan lagi kepentingan sumbangan industri

binaan dalam ekonomi. Ekonomi negara yang berkembang pesat menggalakkan kemasukan
pelaburan asing dalam memajukan sektor ini. Kesannya pendapatan negara akan meningkat

apabila sektor ini berkembang pesat dan mendapat permintaan yang tinggi daripada penduduk.
Permintaan perumahan dan ruang niaga melebihi penawaran. Kemudahan pinjaman serta kadar

faedah yang rendah menggalakkan lagi. Sektor ini banyak menyumbang kepada ekonomi

negara.


Sektor pembinaan turut menyediakan banyak peluang pekerjaan. Industri pembinaan membuka
peluang pekerjaan meliputi pelbagai peringkat pekerjaan daripada tenaga buruh am, separa

mahir, mahir serta profesional. Peluang pekerjaan yang banyak ini telah dapat mengurangkan

kadar pengangguran dan membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk.Peluang pekerjaan
yang wujud berupaya meningkatkan pendapatan perkapita serta taraf hidup penduduk

seterusnya kadar kemiskinan dapat dikurangkan.


Selain itu sektor pembinaan telah memberikan kesan pengganda . Berlaku perkembangan yang
pesat dalam sektor ekonomi seperti sektor tertier. Contohnya sektor perkhidmatan

pengangkutan awan, telekomunikasi, kewangan, perbankan dan insurans khususnya di

kawasan yang banyak aktiviti pembinaan dan sekitarnya. Sektor pembinaan menjadi
pemangkin kemajuan sektor-sektor lain.


Sektor pembinaan dapat mewujudkan kemajuan infrastrukur dan perkembangan prasarana

yang moden. Pembinaan landasan keretapi berkembar ,rangkaian lebuhraya, jambatan kedua

dan pelabuhan telah meningkatkan ketersampaian dan mempercepatkan pembangunan
ekonomi kawasan mundur. Rakyat Malaysia dapat menikmati sistem pengangkutan yang cekap

dan moden serta mempelajari teknologi moden dan inovasi baharu melalui projek usaha sama
dengan negara maju. Kesannya jaringan infrastruktur dalam negara berkembang pesat. Semua

tempat boleh dihubungi dengan mudah dan cepat.


Seterusnya, sektor pembinaan juga menggalakkan kemasukan modal dari dalam dan luar

negara. Kos yang tinggi diperlukan kerana keperluan pemindahan teknologi, kepakaran, bahan
mentah serta upah pekerja. Modal yang besar datangnya dari galakan pelaburan luar. Industri

pembinaan seperti projek perumahan dan projek mega adalah sangat mahal.Modal yang besar
amat diperlukan untuk menjayakan sesuatu projek pembinaan seperti projek mega pembinaan


58

lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang serta pembinaan jambatan kedua

Pulau Pinang. Projek pembinaan menara berkembar petronas dijalankan oleh kontaktor
Jerman. Selain itu Amerka Syarikat , Singapura, Hong Kong dan China banyak melabur modal

dalam sektor ekonomi di Malaysia.


Industri pembinaan yang berkembang pesat dapat mewujudkan perkembangan bandar baru.

Kawasan bandar mengalami rebakan dan seterusnya berlaku penyebaran inovasi. Melalui
perancangan dan dasar kerajaan telah memajukan sesuatu kawasan baharu dengan

mewujudkan bandar yang sistematik dan lebih terancang seperti Putrajaya di Wilayah
Persekutuan, bandar baru Nilai di Negeri Sembilan dan bandar baru Bangi di Selangor dan

sebagainya. Lingkungan pengaruh bandar yang sedia ada akan menjadi semakin luas dengan

berkembangnya sektor pembinaan.



(b) Bincangkan kesan sektor pembinaan terhadap alam sekitar fizikal sesebuah bandar.
[13]
Rangka Jawapan
i. pembebasan habuk dan debu- pencemaran udara dan jerebu
ii. menanam cerucuk- aktiviti pembinaan berhampiran petempatan –pencemaran bunyi
iii. pembuangan sisa pepejal – pencemaran sampah sarap
iv. tarahan kawasan bukit – pembinaan lebuh raya dan jalan raya di kawasan berbukit
hakisan dan tanah runtuh
v. kawasan tepu bina dan berturap - pembinaan landasan, jalan raya – menyekat aliran air
- banjir kilat
vi. penebangan pokok di bandar - pembebasan gas rumah hijau - peningkatan suhu mikro
vii. penimbusan tanah paya- kemusnahan kawasan tadahan air
viii. - Kesimpulan


Cadangan Jawapan


Sektor pembinaan menyebabkan pembebasan habuk dan debu yang banyak di bandar. Kerja-

kerja meratakan tanah semasa proses pembinaan menyebabkan debu tanah berterbangan.
Debu yang berterbangan ini akan menyebabkan berlaku pencemaran udara dan memburukkan

lagi keadaan jerebu di bandar-bandar besar.


Kerja-kerja penanaman cerucuk di tapak pembinaan yang berhampiran petempatan penduduk
menyebabkan pencemaran bunyi. Bunyi bising juga dihasilkan daripada lori yang




59

mengangkut bahan binaan dan jentera pemasang cerucuk besi semasa proses pembinaan

bangunan sedang dijalankan terutamanya ketika pembinaan bangunan-bangunan mega.


Pembuangan sisa pepejal dari kawasan pembinaan menyebabkan pencemaran sampah sarap.
Contohnya pembuangan i serpihan sisa kayu, plastik ,kotak ,sisa simen dan batu , sisa cat dan

besi boleh menghasilkan juga pencemaran air dan tanah. Sisa sampah sarap yang tidak diurus

dengan baik boleh menyebabkan longkang tersumbat dan boleh berlakunya banjir kilat.


Pembinaan lebuhraya, jejantas dan jalan keretapi menyebabkan tarahan kawasan berbukit..
kawasan- kawasan lereng bukit ditebuk, dipotong dn diratakan menyebabkan kejadian tanah

runtuh dan hakisan sering berlaku. Ketiadaan akar tumbuh-tumbuhan untuk mencengkam dan

mengikat struktur tanah menjadikan tanah longgar apabila berlakunya hujan lebat.


Selain itu kawasan bandar yang tepu bina yang permukaannya berturap dan bersimen
menyebabkan kadar larian air permukaannya tinggi. Hal ini kerana air tidak dapat meresap

masuk ke dalam tanah. Air larian yang terlalu banyak boleh menebabkan berlakunya lebihan
air atau banjir kilat terutamanya di kawasan rendah yang sistem perparitan dan salirannya

buruk.


Kawasan bandar juga kekurangan kawasan hijau. Aktiviti pembinaan menyebabkan tanah

menjadi gondol dan lapang. Oleh itu, pancaran matahari akan terus sampai ke permukaan bumi
tanpa dihalang oleh tumbuhan dan ini menyebabkan berlakunya pemanasan setempat. Keadaan

ini diburukkan lagi dengan strukttur permukaan bumi disemen dan di tar. Keadaan tersebut

memudahkan proses penyerapan haba dan menjadikan persekitaran lebih panas. Ketiadaan
tumbuhan hijau menyebabkan gas rumah hijau bertambah dan kelembapan udara menjadi

rendah. Peningkatan suhu mikro di bandar akan berlaku.


Pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan kawasan paya ditimbus untuk dibina tapak

perindustrian dan perumahan. Kesannya habitat semulajadi kawasan paya akan musnah.
Biodiversiti kawasan ini terjejas. Kawasan tadahan air juga turut musnah.


Kesimpulannya pembinaan yang pesat akan memberi kesan besar kepada persekitaran fizikal

bandar. Oleh itu pembangunan yang lestari amat penting untuk mengekalkan kawasan bandar
sebagai kawasan yang sejahtera untuk dihuni.


60

20. (a) Sejauh manakah tarikan persekitaran fizikal mempengaruhi perkembangan
pelancongan di Malaysia. [13]

Rangka Jawapan
Tarikan fizikal
i. pulau - skuba
ii. pantai – berkelah, berenang
iii. tanah tinggi – pendakian, sukan ekstrem
iv. hutan lipur – keindahan flora fauna
v. gunung - pemandangan yang cantik , udara nyaman
vi. tasik – memancing, kayak
vii. suhu panas – berjemur

Tarikan manusia
viii. dasar kerajaan – promosi
ix. kemudahan - penginapan
x. perkhidmatan yang cekap


Cadangan Jawapan



Perkembangan aktiviti pelancongan terutamannya eko pelancongan di Malaysia dipengaruhi
tarikan persekitaran fizikal antaranya bentuk muka bumi berpulau. Pulau-pulau yang cantik

dan taman-taman maritim yang air laut yang jernih dikelilingi terumbu karang serta hidupan
laut menggalakan aktiviti scuba dijalankan.


Pantai yang menarik dengan keputihan pasir pantai, pantai yang bersih dan indah di samping

terdapatnya kawasan berteluk dan tanjung di Malaysia menggamit kedatangan pelancongan

untuk berkelah.


Tanah tinggi. kawasan tanah tinggi yang cantik dan suhu yang sejuk menggalakan aktiviti
pendakian serta sukan ekstrem akan menarik kedatangan pelancong.



Hutan Semulajadi / Hutan Lipur dengan tarikan kepelbagaian spesis flora dan fauna seperti
bunga reflesia dengan udara yang nyaman contohnya Taman Negara Pahang, Hutan Simpan

Belum, Tanah Tinggi Kundasang menjadi tarikan kepada aktiviti pelancongan.


Cuaca dengan suhu panas sepanjang tahun menggalakan aktiviti pelancongan di jalankan. Subu

yang tinggi dan sesuai untuk aktiviti berjemur akan menarik kedatangan pelancong Eropah, AS
dan lain-lain


61

Namun terdapat faktor lain yang mempengaruhi aktiviti eko pelancongan dijalankan di
Malaysia. Dasar Kerajaan memajukan industri pelancongan. Kerajaan telah menubuhkan

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) untuk memajukan lagi pelancongan di
Malaysia terutamanya melalui promosi seperti Tahun Melawat Malaysia.



Kemudahan disediakan bagi kemudahan pelancong. Kerajaan telah membina jaringan
pengangkutan yang cekap, menggalakan industri pembinaan penginapan seperti hotel, chalet,

pusat peranginan sebagai kemudahan untuk menarik pelancong.


Penyediaan kemudahan perkhidmatan yang cekap. Penubuhan Pusat Pelancongan telah

menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan bagi pelancong. Misalnya kemudahan
kesihatan yang cekap menggalakan aktiviti pelancongan kesihatan.


Di samping itu tarikan pelbagai budaya di Malaysia menarik pelancong asing kepada cara

hidup, budaya dan adat resam pelbagai kaum serta perayaan yang pelbagai menarik kedatangan
pelancon asing.



Faktor ekonomi Malaysia yang mempunyai kos hidup yang rendah menggalakan aktiviti
pelancongan. Kadar pertukaran wang asing menjadikan Malaysia murah bagi negara-negara

maju seperti Brunei, Singapura. Kos pelancongan yang rendah menjadi tarikan pelancong dan
meningkatkan daya saing negara.



Sememangnya tidak dapat dinafikan faktor tarikan fizikal mempengaruhi sektor pelancong di
Malaysia. Namun perkembangan sektor ini dibantu oleh faktor manusia seperti dasar kerajaan

dalam menentukan hala tuju sektor ini.














62

(b) Jelaskan enam kepentingan kegiatan eko pelancongan kepada pembangunan
sosioekonomi penduduk di Malaysia. [12]

Rangka Jawapan
i. Menyediakan peluang pekerjaan – pendapatan meningkat – taraf hidup – kemiskinan
kurang
ii. Mewujudkan kesan pengganda -peluang perniagaan- makanan/restoren, IKS
iii. Meningkatkan pembangunan / kemajuan kawasan luar bandar – kemudahan
infrastruktur – jalan raya, bekalan air dan elektrik
iv. Meningkatkan KDNK negara – kemasukan pelancongan dari luar negara
v. Peningkatan kualiti hidup – utility, kesihatan, pendidikan
vi. Pembauran inovasi – jalur lebar
vii. Infrastruktur sosial – sekolah, hospital, pusat kemahiran


Cadangan Jawapan


Menyediakan peluang pekerjaan dengan memajukan kawasan eko pelancongan. Peluang
pekerjaan sebagai pemandu pelancong, pengemas bilik, tukang masak dapat meningkatakan

pendapatan perkapita penduduk bertambah dan pengganguran dikurangkan.


Mewujudkan kesan pengganda. Perkembangan industri lain selari dengan perkembangan sektor

pelancongan. kewujudan peluang perniagaan makanan/restoren dan IKS berkembang seiring
dengan kegiatan eko pelancongan.


Meningkatkan pembangunan / kemajuan kawasan luar bandar . Kerajaan akan meningkatkan

kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik di kawasan luar Bandar.


Meningkatkan pendaptan atau KDNK negara. Kemasukan pelancongan dari luar negara akan

meningkatkan kadar tukaran mata wang asing dalam negara ketika berbelanja untuk

penginapan, pengangkutan serta makanan di Malaysia.


Peningkatan kualiti hidup. Penyediaan kemudahan asas seperti kemudahan kesihatan,
pendidikan dapat meningkatkan taraf hidup rakyat kerana menggalakan industri pembinaan

untuk kemudahan penduduk.









63

Pembauran inovasi. Perkembangan industry pelancongan terutamanya eko pelancongan akan

menggalakan penggunaan teknologi jalur lebar bagi meningkatkan nama Malaysia di
peringkat antarabangsa melalui promosi pelancongan.


Infrastruktur sosial. Kemajuan dalam sektor eko pelancongan menggiatkan persediaan

kemudahan sekolah, hospital, pusat kemahiran dimajukan.





21. (a) Jelaskan enam kepentingan pengangkutan air di Malaysia. [12]

Rangka Jawapan
Isi Huraian
i. Kesan pengganda Penting dalam sektor pelancongan sebagai tarikan
kepada pelancong. Dapat menambah pendapatan
negara. Cth : perkhidmatan feri Pulau Pinang &
River Cruise di Melaka
ii. Menyediakan peluang Dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada
pekerjaan penduduk di Malaysia spt nelayan, pemandu feri,
industri bina kapal.
iii. Meningkatkan KDNK Kemasukan pelancong dari luar negara, perdagangan
negara antarabangsa
iv. Pembangunan adanya pengangkutan air akan mempercepatkan
infrastruktur kemajuan sesuatu kawasan pelancongan. Darjah
ketersampaian menjadi tinggi.
v. Pembauran inovasi Sabah Sarawak dapat dimajukan dengan adanya
pengangkutan air yang maju
vi. Peningkatan kualiti Kualiti hidup penduduk akan meningkat dengan
hidup adanya kemajuan pengangkutan air


Cadangan Jawapan



Kepentingan pengangkutan air di Malaysia ialah akan mewujudkan kesan pengganda. Selari
dengan perkembangan pengangkutan air di negara ini, sektor pelancongan akan turut

dimajukan kerana negara ini mempunya pelbagai pulau yang menarik untuk dilawati. Sebagai
contoh, perkhidmatan feri di Pulau Pinang dan River Cruise di Melaka.






64

Seterusnya, dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk. Penduduk dapat bekerja

sebagai pemandu feri, pemandu pelancong (menikmati keindahan pulau), nelayan dan dalam
perindustrian pembinaan kapal.


Kepentingan pengangkutan air lain ialah dapat meningkatkan keluaran dalam negara kasar

(KDNK). Ini dapat dilihat apabila berlaku kemasukan pelancong asing dari luar yang

menggunakan perkhidmatan feri untuk ke pulau-pulau yang cantik di negara ini. Selain itu,
peningkatan KDNK juga dilihat melalui perdagangan di kawasan pelabuhan.


Selain itu, pengangkutan air juga akan mempercepatkan pembangunan infrastruktur di sesuatu

kawasan. Ini dapat dilihat melalui kemajuan kawasan pelancongan yang banyak menggunakan

perkhidmatan pengangkutan air. Kerajaan mengambil inisiatif untuk memajukan kawasan-
kawasan yang berpotensi dibangunkan untuk pelancongan.


Pembauran inovasi juga turut berlaku terutama di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Dengan adanya pengangkutan air inovasi disebarkan ke kawasan-kawasan pedalaman di
negara ini.



Akhir sekali, kualiti hidup penduduk akan meningkat. Hal ini kerana kemajuan pengangkutan
air akan membolehkan darjah ketersampaian sesuatu kawasan menjadi tinggi. Penduduk di

kawasan tersebut boleh menikmati kualiti hidup yang lebih baik apabila kawasan mereka dapat
dimajukan dan dijadikan sebagai kawasan pelancongan.




(b) Bincangkan enam masalah sistem pengangkutan air di Malaysia. [13]

Rangka Jawapan
Isi Huraian
i. Sungai yg cetek Kedaan fizikal sungai yg cetek, sempit, berliku-liku dan
berjeram tidak dpt dilalui oleh kapal & bot-bot besar.
ii. Keadaan laut yang Halangan cuaca seperti ribut & laut yg bergelora
bergelora membahayakan feri & bot-bot kecil terutamanya pada
musim tengkujuh.
iii. Ancaman lanun Ancaman lanun terutama di kawasan perairan antara
Sabah & Filipina.




65

iv. Risiko perlanggaran Boleh berlaku di kawasan jalan air yg sibuk seperti Selat
Melaka. Ini boleh mengurangkan kadar laluan kapal
dagang sekaligus mencerminkan sumbangan jalan air
tersebut semakin terhad.
v. Masalah pengurusan Pengangkutan air di negara ini tidak secekap di negara-
negara maju menyebabkan pelbagai masalah spt
pembayaran gaji dan sebagainya.
vi. Masalah modal Kekurangan modal
vii. Kesimpulan Kesimpulan yg mantap

Cadangan Jawapan


Masalah yang dihadapi oleh sistem pengangkutan di Malaysia ialah bentuk muka bumi sungai

yang cetek. Keadaan fizikal sungai yang cetek, sempit, berliku-liku tidak dapat dilalui oleh

kapal dan bot-bot besar. Ini akan menyukarkan sistem pengangkutan air melalui kawasan
sebegini.


Masalah seterusnya ialah keadaan laut yang bergelora. Halangan cuaca seperti rebut dan laut

yang bergelora akan membahayakan feri dan bot-bot kecil terutamanya pada musim tengkujuh.
Ini akan menjejaskan sektor pelancongan di negara ini.



Seterusnya, masalah lain ialah ancaman lanun. Ancaman keselamatan ini biasanya terjadi di
perairan Sabah dan Filipina. Ini menyukarkan perkembangan pengangkutan air di negara ini.


Masalah perlanggaran kapal/bot yang terjadi juga merupakan halangan dalam kemajuan sektor

pengangkutan air di negara ini. Ini boleh berlaku di kawasan jalan air yang sempit seperti Selat

Melaka. Ini akan mengurangkan kadar laluan kapal dagang sekaligus menjejaskan aktivti
perdagangan.


Masalah pengurusan juga sering terjadi. Masalah pengurusan yang tidak cekap seperti

pembayaran gaji kepada pemandu feri dan masalah jadual masa perjalanan feri yang tidak

menentu akan menjejaskan sektor pengangkutan air di negara ini.


Akhir sekali masalah modal dalam memajukan sektor pengangkutan air di negara ini. Modal
yang kurang dan tidak mencukupi menyebabkan sektor pengangkutan air di Malaysia masih

lagi tidak semaju dan secekap di negara-negara maju yang lain.


66

Kesimpulannya, pelbagai halangan, isu dan masalah yang dihadapi oleh negara dalam
memajukan sektor pengangkutan air perlu diatasi dengan bijak oleh pihak-pihak berwajib atau

lebih tepat oleh kerajaan. Hal ini kerana kemajuan sistem pengangkutan air akan meningkatkan
sektor pelancogan di negara ini kerana negara ini sangat terkenal dengan keindahan bentuk

muka bumi pulau yang menarik kedatangan pelancong dari dalam mahupun luar negara.






22. (a) Bincangkan enam kepentingan sektor perdagangan dan perniagaan terhadap
ekonomi Malaysia. [13]

Rangka Jawapan
i. Sumber pendapatan negara (KDNK) / eksport
ii. Peluang pekerjaan penduduk
iii. Kesan pengganda / industri hiliran
iv. Kemajuan infrastruktur
v. Percepatkan pembangunan kawasan/bandar baru spt Nilai
vi. Membangunkan ekonomi primer
vii. Peningkatan daya saing
viii. Perkembangan teknologi
ix. Pelaburan asing/tempatan/GLC – peningkatan modal


Cadangan Jawapan

Meningkatkan pendapatan negara melalui cukai eksport ke negara luar. Barangan yang
dieksport dalam bentuk barangan siap atau separa siap akan dikenanakan cukai dan

menyebabkan pengaliran masuk wang asing ke dalam negara. Hal ini akan meningkatkan

pendapatan negara melalui nilai eskport yang masuk ke dalam negara.


Sektor perdagangan dan perniagaan menyediakan banyak peluang pekerjaan sama di peringkat
atas, pertengahan dan bawah seperti pengurus, penyelia, jurutera, penyelidk, operator

pengeluaran, pegawai pemasaran dan lain-lain. Peluang pekerjaan yang banyak dapat
mengurangkan kadar pengangguran bagi sesebuah negara.









67

Kesan pengganda wujud disebabkan wujudnya sektor ekonomi perdagangan dan perniagaan.

Sebagai contoh kewujudan restoran di kawasan perindustrian akan menyebabkan wujudnya
kedai dobi, perumahan pekerja industri, stesen minyak di kawasan yang berdekatan.


Kepentingan lain ialah kemajuan infrastruktur. Kemajuan jaringan pengangkutan penting

untuk mengangkut hasil dagangan dan perniagaan untuk dipasarkan. Di samping itu kemajuan

kemudahan pelabuhan dan lapangan terbang memudahkan eksport barangan dagangan dan
perniagaan serta menjimatkan masa.


Mempercepatkan pembangunan bandar baru akibat kewujudan sektor perdagangan dan

perniagaan. Sebagai contoh wujudnya bandar baru seperti Nilai menyediakan banyak lot-lot

perniagaan secara tidak langsung memajukan bandar Seremban dan kawasan sekitarnya.


Perkembangan teknologi telah meningkat akibat kewujudan sektor perdagangan dan
perniagaan. Kemasukan teknologi menyebabkan kemasukan inovasi baru seperti teknologi

robot dan jentera moden dalam bidang perdagangan dan perniagaan. Hal ini akan
meningkatkan kualiti produktiviti dalam bidang tersebut.



Kesimpulannya, sektor perdagangan dan perniagaan amat penting untuk meningkatkan
pendapatan negara. Sektor ini amat membantu sektor-sektor ekonomi yang lain bagi

melancarkan perjalanan kegiatan ekonomi lain.





(b) Jelaskan enam ciri sektor perniagaan borong di Malaysia. [12]

Rangka Jawapan
i. Taburan
ii. Skala
iii. Orientasi pengeluaran
iv. Penggunaan modal
v. Tenaga buruh
vi. Teknologi
vii. Pemilikan






68

Cadangan Jawapan


Kebanyakan taburan sektor perniagaan borong di Malaysia terdapat di kawasan pekan dan

bandar-bandar seperti Shah Alam, Pasir Gudang, Juru, Nilai dan sebagainya. Sektor
perniagaan borong melibatkan pembelian barangan dalam bentuk kuantiti yang banyak.



Skala operasi adalah secara besar-besaran yang dijana oleh pelaburan langsung asing (FDI)
sebagai pemodal dan juga pelabur tempatan. Pengurusan dimiliki oleh syarikat asing atau

syrikat tempatan,


Orientasi pengeluaran melibatkan pasaran tempatan dan luar negara. Melibatkan pelbagai jenis

barangan yang dijual secara pukal dan memecahkan barangan secara pukal.


Penggunaan modal yang besar kerana pembelian stok secara pukal dan meyediakan pelbagai
kemudahan. Modal yang dimiliki oleh syarikat atau secara individu.


Penggunaan tenaga buruh yang banyak dari segi pemunggahan barangan di gudang dan

penghantaran barangan. Tenaga buruh yang diperlukan melibat ketegori mahir, separuh mahir

dan tidak mahir.


Penggunaan teknologi moden untuk mengendalikan perniagaan borong ini. Hal ini disebabkan
perniagaan ini melibat urusan penghantaran barangan secara pukal dan dalam kuantiti yang

banyak. Penghantaran barangan juga dilaksanakan melalui pesanan mel. Teknologi moden

juga penting untuk pembungkusan barangan untuk dieksport.



23. (a) Huraikan enam ciri Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Malaysia. [12]

Rangka Jawapan
i. Taburan – lebih tertumpu di kawasan maju/bandar.
ii. Skala – individu hingga ke sektor swasta.
iii. Orientasi pengeluaran – pasaran domestik & pasaran eksport/dalam negara/luar
negara.
iv. Penggunaan modal – pelbagai sumber modal /modal besar/pelaburan asing.
v. Buruh – tenaga buruh banyak/k – workers/berkemahiran &berpengetahuan.
vi. Tekonologi – moden/pemindahan teknologi dari Amerika Syarikat.



69

Cadangan Jawapan


Salah satu ciri teknologi maklumat dan komunikasi adalah taburan. Pembangunan teknologi
maklumat dan komunikasi di Malaysia lebih tertumpu di kawasan maju atau kawasan bandar

yang banyak penduduk.


Skala turut merupakan ciri teknologi maklumat dan komunikasi. Biasanya teknologi maklumat
dan komunikasi akan digunakan dari individu hingga ke sektor swasta.



Orientasi pengeluaran teknologi maklumat dan komunikasi adaha berorientasikan pasaran
domestik dan pasaran eksport sama ada dalam negara atau luar negara.



Modal yang digunakan dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi adalah dari pelbagai
sumber. Modal yang diperlukan adalah besar dan kebiasaanya modal besar adakah diperolehi

melalui pelaburan asing.


Buruh yang digunakan dalam sektor teknologi maklumat dan komuikasi adalah banyak.
kebiasaanya buruh adalah merupakan mereka yang berpendidikan, berpengetahuan dan

berkemahiran.


Penggunaan teknologi adalah lebih moden dan berlakunya pemindahan teknologi dari luar

negara seperti Amerika Syarikat.



(b) Bincangkan enam kepentingan telekomunikasi kepada pembangunan
ekonomi dan sosial negara Malaysia [13]

Rangka Jawapan
i. KDNK negara –meningkatkan pendapatan negara/ tukaran wang asing
ii. Peluang pekerjaan – TELEKOM, CELCOM, DIGI, MAXIS, TM – juruanalisis
sistem, programmer, pereka bentuk, animasi digital.
iii. Kesan pengganda – memajukan sektor primer, sekunder dan tertier –
pelancongan, perniagaan, perhotelan, pengangkutan, perdagangan, perikanan
iv. Pertambahan teknologi – teknologi baharu – teknologi reka bentuk
v. Menambah masuk modal – pelaburan asing dari syarikat ICT/lebih mudah
vi. Perbankan luar bandar - memudahkan semua urusan



70

vii. Proses pembandaran – peningkatan talian telefon/rangkaian dan pusat internet
viii. Meningkatkan perkhidmatan kerajaan - e-governan, e-perolehan, e-rekod, e-
operasi, e-penyelenggaraan

Cadangan Jawapan


Sektor telekomunikasi akan meningkatkan KDNK negara melalui penggunaan pelbagai

rangkaian telekomunikasi oleh orang tempatan dan pertukaran wang asing. KDNK negara yang

banyak dapat meningkatkan taraf hidup para penduduk.


Telekomunikasi turut menyediakan pelbagai peluang pekerjaan. TELEKOM, CELCOM,
DIGI, MAXIS dan TM akan menawarkan banyak peluang pekerjaan untuk semua penduduk.

Antara pekerjaan yang diketahui adalah juruanalisis sistem, programmer, pereka bentuk dan

animasi digital.


Kepentingan telekomunikasi yang lain adalah kesan pengganda. Kemajuan telekomunikasi
akan memajukan sektor primer , sekunder dan tertier. Penggunaan rangkaian internet, telefon

dan alat komunikasi yang lain akan mempercepatkan lagi urusan tempahan dalam sektor
pelancongan, perniagan dan perhotelan. Umpamanya urusan tempahan tiket penerbangan dan

pembelian tiket secara online.


Telekomunikasi yang maju akan memberikan kesenangan kepada penduduk luar bandar. Salah

satu adalah perbankan yang wujud di kawasan luar bandar ekoran daripada perkembangan
telekomunikasi. Perkhidmatan perbankan yang diwujudkan di luar bandar telah memudah

semua urusan penduduk luar bandar.


Telekomunikasi akan mempercepatkan proses pembandaran. Peningkatan talian telefon dan

rangkaian internet akan menarik minat penduduk untuk tinggal di sesebuah kawasan dan
seterusnya membolehkan sesebuah kawasan akan dinaiktarafkan menjadi kawasan bandar.



Telekomunikasi turut dapat meningkatkan perkhidmatan kerajaan. Penggunaan e-governan, e-
perolehan, e-rekod dan e-penyelenggaraan akan memudahkan segala urusan rakyat yang

berkaitan dengan kerajaan. Semua urusan kerajaan akan dapat dilaksanakan dengan lebih
efektif dan berkesan.




71

24. (a) Sejauhmanakah faktor sejarah memainkan peranan dalam mewujudkan
ketakseimbangan pembangunan yang dialami oleh Malaysia. [13m]

Rangka jawapan:
i. Dasar penjajahan- memajukan kawasan yang berpotensi sahaja.
ii. Terdapat faktor lain- faktor fizikal iaitu meliputi bentuk muka bumi.
iii. Taburan sumber alam yang tidak seimbang.
iv. Proses urbanisasi- tertumpu di kawasan pantai barat semenanjung Malaysia.
v. Dasar dan polisi kerajaan yang lebih memajukan pantai barat semenanjung malaysia
dengan pelbagai pembangunan.
vi. Faktor sosial.
vii. - Penegasan


Cadangan Jawapan



Dasar penjajahan iaitu pihak penjajah british hanya memajukan kawasan yang berpotensi
sahaja. Kawasan yang tiada sumber akan ditinggalkan dan negeri-negeri yang kaya dengan

sumber alam sahaja yang dimajukan oleh pihak penjajah seperti negeri perak, selangor, kuala
lumpur dan negeri sembilan. Hal ini kerana pihak penjajah yang hanya ingin mengeksploitasi

sumber bijih timah di negeri-negeri tersebut.


Selain faktor sejarah terdapat faktor lain yang mewujudkan ketidakseimbangan pembangunan

iaitu faktor fizikal yang meliputi perbezaan bentuk muka bumi pantai barat Semenanjung
Malaysia yang mempunyai keluasan kawasan tanah pamah, dataran pantai dan lembah yang

subur dan luas berbanding dengan kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia serta sabah
dan sarawak yang berbukit-bakau, bergunung-ganang dan lain-lain.


Taburan sumber alam yang tidak seimbang seperti sumber mineral, hutan, bahan mentah dan

sebagainya. Terdapat beberapa negeri yang kaya dengan sumber mineral lebih awal diterokai

dan dimajukan hingga kini berbanding dengan sesetengah negeri yang amat kurang sumber
berpotensi untuk dimajukan. Hal ini menyebabkan jurang ketidakseimbangan pembangunan di

Malaysia.




Faktor urbanisasi atau perbandaran. Perkembangan bandar-bandar pesat berlaku di negeri-
negeri di pantai barat semenanjung. Proses urbanisasi menjadi pemangkin kepada pertumbuhan



72

ekonomi dan bandar tersebut dilengkapi pelbagai kemudahan awam, tumpuan pekerjaan dan

sebagainya. Manakala proses urbanisasi yang perlahan di negeri-negeri pantai timur
Semenanjung Malaysia telah menyebabkan perkembangan ekonominya turut perlahan.


Dasar dan polisi kerajaan yang lebih memajukan pantai barat Semenanjung Malaysia dengan

pelbagai pembangunan ekonomi moden seperti perindustrian, perdagangan, perkhidmatan dan

lain-lain. Manakala di pantai timur lebih menumpukan kepada pertanian tradisional pertanian,
perikanan dan sebagainya. Hal ini menyebabkan aliran migrasi timur ke barat bagi tujuan

mencari peluang pekerjaan. Kesannya taburan penduduk tidak seimbang.


Faktor sosial yang meliputi kemudahan pendidikan, kesihatan, kemudahan asas, pengangkutan

dan perhubungan lebih tertumpu di negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia
berbanding dengan negeri-negeri lain.




(b) Jelaskan enam strategi yang digunakan untuk mengurangkan jurang pembangunan
antara kawasan di Malaysia. [12m]

Rangka jawapan:
i. Memperkenalkan rancangan pembangunan wilayah – membangunkan wilayah mundur.
ii. Perindustrian desa – memajukan industri asas tani
iii. Program pembangunan in-situ – menekankan pembangunan fizikal desa
iv. Pembandaran desa- membandarkan kawasan luar bandar dan pekan yang berpotensi.
v. Menyediakan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)
vi. Memajukan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di desa.


Cadangan Jawapan


Rancangan pembangunan wilayah adalah satu strategi untuk membangunkan wilayah mundur

berdasarkan konsep penjanaan sumber alam dan penerokaan tanah baharu di kawasan
rancangan penempatan peneroka Felda dan Felcra. Pada tahun 2005, konsep pembangunan

wilayah baharu diperkenalkan yang lebih bersifat jaluran dan koridor iaitu koridor utara

(NCER), koridor TENGAH, koridor SELATAN, koridor Pantai Timur (ECER) dan Koridor
SABAH dan SARAWAK.







73

Perindustrian desa adalah memajukan industri asas tani sebagai industri hiliran dan industri

berasaskan sumber alam seperti industri kraf tangan. Selain itu, kemajuan perindustrian desa
akan memajukan kawasan desa seperti pembinaan jalan raya, bekalan elektrik, air,

telekomunikasi, pengkongsian teknologi dan lain-lain. Hal ini sikit sebanyak telah mengatasi
masalah jurang pembangunan antara desa dengan bandar-bandar di Malaysia.



Pembangunan in-situ menekankan pembangunan fizikal desa seperti penyediaan kemudahan
asas yang lengkap dan sempurna. Selain itu, program ini turut menyediakan rumah rakyat

menerusi program perumahan rakyat termiskin (PPRT) dan menyediakan pusar-pusat
pertumbuhan ekonomi desa dan pasaran hasil desa.



Pembandaran desa ialah strategi membandarkan kawasan-kawasan desa yang berpotensi.
Petempatan desa yang dipilih akan dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan asas dan

perkhidmatan asas pembandaran untuk dijadikan sebagai bandar kecil atau sederhana. Bandar
ini akan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, sistem

telekomunikasi, jalan raya, jalan pengangkutan, pejabat pos, sekolah dan lain-lain.


Menyediakan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) bagi menyediakan perkhidmatan kepada

penduduk setempat sepanjang masa. Semua agensi kerajaan dikelompokkan di bawah satu
bumbung antaranya klinik kesihatan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran

Negara (JPN), Pejabat PTPTN dan lain-lain lagi. Selain itu, RTC juga bertindak sebagai pusat
kegiatan ekonomi seperti jualan, peruncitan dan borong barang dengan tawaran harga yang

lebih mudah lagi.


Memajukan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di desa untuk mengurangkan

jurang digital antara bandar dengan desa. Kerajaan telah menyediakan kemudahan
perkhidmatan internet dan jalur lebar menerusi projek Pusat Internet 1 Malaysia, Pusat K-

Komuniti dan Projek 1BestariNet di Sekolah bagi mengggalakkan pembelajaran berasaskan

komputer dan meningkatkan celik ICT dalam kalangan pelajar di Desa.









74

25. (a) Jelaskan enam kelebihan pasaran bebas dalam globalisasi ekonomi. [12]

Rangka Jawapan
i. Meningkatkan aliran dagangan – aliran dagangan meningkat antara negara kerana
semua negara menikmati faedah cukai yang rendah dan penghapusan sekatan
dagangan
ii. Perluasan pasaran – saiz pasaran dan jumlah penduduk bertambah menyebabkan
pasaran semakin meluas.
iii. Harga barangan semakin murah- harga produk semakin murah yang menguntungkan
pengguna.
iv. Pelbagai pilihan barangan- kepelbagaian produk dari pelbagai negara menyebabkaan
pengguna banyak pilihan.
v. Meningkatkan teknologi R & D . Bagi menjamin daya saing produk yang dikeluarkan
syarikat pengeluar sentiasa meningkatkan mutu barangan melalui R & D.
vi. Meningkatkan aktiviti ekonomi- Pelbagai peluang pekerjaan dapat diwujudkan
melalui pelbagai aktiviti ekonomi.



Cadangan Jawapan



Meningkatkan aliran dagangan antara negara kerana semua negara terlibat bebas menikmati
faedah cukai yang rendah dan penghapusan sekatan dagangan. Banyak negara mempunyai

peluang untuk berdagang dengan mudah kerana cukai yang dikenakan yang rendah.


Berlaku perluasan saiz pasaran kerana jumlah penduduk setiap negara semakin bertambah.
Pertambahan penduduk menyebabkan permintaan barangan semakin banyak seterusnya

menyebabkan pasaran semakin meluas. Apabila berlaku peluasan pasaran barangan yang sukar

diperolehi menjadi lebih mudah didapati.


Harga barangan menjadi semakin murah . Ini kerana terdapat pelbagai pilihan barangan atau

jenis barangan yang sama dari pelbagai pengeluar. Apabila terdapat banyak produk yang sama
di pasaran , ini menyebabkan harga produk semakin murah yang menguntungkan pengguna.


Pelbagai pilihan barangan dan kepelbagaian produk yang di hasilkan daripada pelbagai

negara. Ini menyebabkan terdapat pelbagai pilihan pengguna mempunyai banyak pilihan
untuk mendapatkan produk atau barangan yang mereka perlukan . Kepelbagaian pilihan

barangan di pasaran memudahkan pengguna memilih produk mengikut cita rasa masing –

masing dengan senang.


75

Meningkatkan teknologi R & D . Bagi menjamin daya saing produk yang dikeluarkan syarikat
pengeluar sentiasa meningkatkan mutu barangan melalui R & D demi untuk menarik minat

pengguna kepada setiap barangan yang dikeluarkan. Produk yang mempunyai mutu dan kualiti
ditahap yang lama dan rendah tidak dapat bersaing di pasaran bebas yang mempunyai kualiti

tinggi.


Meningkatkan aktiviti ekonomi sesebuah negara apabila pelbagai peluang pekerjaan dapat

diwujudkan melalui pelbagai aktiviti ekonomi. Banyak sektor ekonomi yang boleh memberi
peuang pekerjaan seperti sektor pertanian, pembalakan, perikanan, perindustrian,

pengangkutan dan pelancongan . Sektor ekonomi yang berkembang pesat ini dapat meningkat

pendapatan penduduk dan KDNK negara meningkat.




(b) Bincangkan enam kesan positif globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara. [13]

Rangka Jawapan
i. Perdagangan bebas – sesebuah negara bebas memasarkan barangan ke negara lain
ii. Peluasan pasaran- Negara miskin berpeluang memasarkan produk mereka ke negara
maju ataupun sebaliknya.
iii. Pemindahan teknologi – Kemasukan teknologi dan kepakaran moden dari negara
maju seperti Jepun, USA, Britain telah memajukan industri negara membangun.
iv. Aliran buruh – Kemasukan buruh mahir dari negara maju ke negara miskin telah
menggalakan pertumbuhan ekonomi negara miskin.
v. Mengalakkan persaingan – Negara- negara berlumba untuk supaya dapat
memasarkan produk mereka ke pasaran global.
vi. Peningkatan kualiti produk – Berlaku persaingan dalam pasaran global menyebabkan
kualiti barangan semakin meningkat .
vii. Peningkatan pelaburan asing- Melalui bantuan modal asing negara kaya kepada
negara miskin dapat membangunkan negara miskin.
viii. - Kesimpulan


Cadangan Jawapan

Perdagangan bebas yang berlaku dalam globalisasi ekonomi menyebabkan sesebuah negara

bebas memasarkan barangan ke negara lain tanpa tarif dan kuota. Negara yang terlibat bebas
mengimport dan mengeksport barangan tanpa sebarang sekatan dagangan dari negara-negara

lain.



76

Peluasan pasaran berlaku contohnya negara yang penduduknys sikit berpeluang memasarkan

produk mereka untuk menembusi negara maju dan pasaran antarabangsa yang mempunyai
kuasa beli yang tinggi . Ini akan meningkatkan barangan yang dieksport ke negara maju yang

penduduknya berpendapatan tinggi.


Berlaku pemindahan teknologi dimana kemasukan teknologi dan kepakaran moden dari negara

maju seperti Jepun, USA, Britain telah memajukan industri negara membangun Pemindahan
teknologi berlaku dari negara maju seperti Jepun ke negara membangun seperti Malaysia

telah menerima pelbagai kepakaran melalui latihan dan usahasama dalam bidang automotif .
Ini dapat meningkatkan kepakaran anak tempatan dalam pelbagai bidang automotif di

Malaysia.


Aliran buruh menjadi mudah apabila kemasukan buruh mahir dari negara maju ke negara

miskin telah menggalakan pertumbuhan ekonomi negara miskin.Begitu juga negara yang
menpunyai lebihan penduduk dapat membantu mengisi kekosongan negara yang kekurangan

buruh . Ini dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara yang mempunyai lebihan
penduduk.



Mengalakkan persaingan antara negara-negara. Mereka berlumba- lumba untuk menghasilkan
produk barangan serta perkhidmtan yang bermutu dan terbaik supaya boleh memasarkan

produk mereka ke pasaran global . Negara yang menghasilkan produk barangan yang kurang
kos akan berjaya menguasai pasaran global.



Peningkatan kualiti produk berlaku apabila negara- negara bersaing dalam pasaran global
menyebabkan kualiti barangan setiap negara semakin meningkat . Negara yang mengeluarkan

produk yang berkualiti dengan kos yang rendah mendapat sambutan di pasaran global. Banyak
negara- negara telah menubuhkan R & D untuk meningkatkan pengeluaran produk barangan

mereka.


Kesimpulannya banyak kesan positif apabila berlaku globalisasi ekonomi kepada sesebuah

negara. Oleh itu sebagai warganegara dan komuniti masyarakat, kita perlu berusaha
bersungguh-sunguh untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan produktiviti dalam sektor

masing- masing dengan segera. Kemakmuran dan kesejahteraan negara serta rakyat dapat
dicapai sekiranya berlaku peningkatan yang pesat dalam aktiviti ekonomi dalam negara.


77

26. (a) Huraikan enam ciri keanggotaan ASEAN. [12]

Rangka Jawapan
i. Status pertubuhan
ii. Ciri geo-politik negara anggota
iii. Jumlah negara anggota dan kepelbagaian negara
iv. Ciri ekonomi negara anggota
v. Skop kerjasama
vi. Keahlian

Cadangan Jawapan


ASEAN ialah akronim bagi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara. Status pertubuhan

ASEAN adalah secara rasmi. Pertubuhan ini didaftarkan di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa

Bersatu (PBB).


Dari segi geopolitik negara anggota, keanggotaan ASEAN terhad kepada negara-negara di

rantau Asia Tenggara sehaja. Hal ini meliputi Asia Tengara kebenuaan dan kepulauan.
Sebahagian besar negara demokrasi ini mengamalkan pasaran bebas kecuali Myanmar.


Ciri keanggotaan seterusnya adalah dari segi jumlah negara anggota dan kepelbagaian negara.

ASEAN terdiri daripada 10 buah negara-negara Asia Tenggara sahaja iaitu Malaysia, Thailand,
Indonesia, Singapura, Filipina, Brunei Darussalam, Vietnam Kemboja, Laos dan Myanmar.



Ciri keanggotaan ASEAN yang keempat ialah dari segi ciri ekonomi negara anggota. Jika
dilihat dari segi kemajuan ekonomi, tidak wujud jurang ekonomi yang sangat besar antara

negara anggota kecuali dengan Singapura. Negara anggota ASEAN juga terdiri daripada
negara sedang membangun kecuali Singapura.


Ciri keanggotaan yang kelima ialah dari segi skop kerjasama. Kerjasama ASEAN meliputi

semua aspek iaitu ekonomi, sosial, dan politik. Walau bagaimanapun ASEAN tetap

mengamalkan dasar berkecuali berdasarkan prinsip ZOPFAN, iaitu zon aman, bebas dan
berkecuali serta prinsip tidak campur tangan dalam hal ehwal politik dalaman negara-negara

anggota.








78

Ciri yang terakhir ialah dari segi keahlian. Bilangan keahlian adalah sedikit dan bersifat

setempat. Hal ini jika dibandingkan dengan pertubuhan APEC yang mempunyai bilangan
keahlian yang besar dan mempunyai bilangan penduduk yang lebih ramai.




(b) Bincangkan faedah yang diperoleh Malaysia setelah menyertai AFTA. [13]

Rangka Jawapan
i. memudahkan pasaran barangan
ii. saiz pasaran bertambah luas
iii. pilihan barangan yang lebih banyak.
iv. harga barangan berpatutan/ rendah
v. meningkatkan aktiviti ekonomi
vi. peningkatan pendapatan negara anggota
vii. menjana peluang pekerjaan.
viii. - kesimpulan

Cadangan Jawapan


Menyertaan Malaysia dalam AFTA akan memudahkan pemasaran barangan. Melalui

pengurangan atau menghapuskan tarif/cukai bagi sesetengah barangan atau produk ASEAN
lebih mudah masuk ke dalam negara-negara anggota. Hal ini akan menyebabkan pelbagai

barangan Malaysia mudah dipasarkan dalam kalangan negara anggota.


Penduduk ASEAN yang ramai menyebabkan saiz pasaran bertambah luas. Produk-produk dari
Malaysia dapat dipasarkan ke negara-negara anggota ASEAN. Pasaran dalam negara ASEAN

boleh ditembusi apabila sekatan perdagangan dimansuhkan. Produk Malaysia bebas berada di

pasaran negara ASEAN yang lain. Perluasan pasaran juga berlaku apabila hubungan antara
rangkaian pemasaran, pengilang atau pengeluar dalam AFTA menjadi lebih kukuh.


Kepelbagaian produk dari pelbagai negara anggota dalam pasaran AFTA meyebabkan

pengguna mempunyai banyak pilihan. Hal ini menyebabkan monopoli pasaran dapat
dikurangkan dan bergantung sepenuhnya kepada pilihan pengguna. Kesannya berlaku

persaingan antara produk yang akan membawa kepada harga yang lebih murah. Pengguna juga

mempunyai banyak pilihan untuk membeli barangan yang murah dan berkualiti.







79

AFTA mengenakan kadar cukai yang rendah atau penghapusan cukai bagi sesetengah produk.

Tindakan ini membolehkan harga barangan pengguna menjadi lebih rendah dan berpatutan.
Keadaan ini membolehkan pengguna boleh menikmati barangan dan kos perkhidmatan yang

lebih murah. Kuasa beli pengguna bertambah dan pendapatan boleh guna meningkat.
Seterusnya penduduk mampu memiliki barangan berjenama dan berkualiti.



Permintaan yang tinggi dari pasaran bebas AFTA terhadap barangan dan perkhidmatan
menyebabkan aktiviti pengeluaran khususnya perkilangan dan pertanian dipertingkatkan.

Kesannya, kegiatan ekonomi pertanian, pemprosesan dan pembuatan dalam negara akan
berkembang pesat untuk menampung permintaan dari pasaran AFTA.



Aliran perdagangan Malaysia dengan rakan dagangan ASEAN meningkat kerana boleh
menikmati faedah daripada penghapusan sekatan perdagangan, dasar perlindungan dan cukai

atau tarif yang lebih rendah. Defisit imbangan perdagangan dapat diperbaiki. Pendapatan
eksport Malaysia meningkat. Hal ini kerana berlaku peningkatan kerjasama perdagangan antara

negara . karenah birokrasi atau peraturan yang rigid dalam perdagangan boleh diminimakan.


Malaysia perlu bergiat aktif dalam AFTA kerana manfaat yang diperoleh sangat besar dan

dapat memberi sumbangan bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada usahawan serta
penduduk Malaysia amnya.





27. (a) Bincangkan enam kelebihan Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Singapura
(IMS- GT) berbanding segitiga pertumbuhan yang lain. [13]

Rangka Jawapan
i. Lokasinya yang hampir dengan Singapura (negara yang lebih maju)-limpahan
pembangunan- Wilayah Pembangunan Iskandar dan pulau Batam
ii. Jaminan keselamatan tinggi. - stabil daripada segi politik, aman dan tidak berlaku
tuntutan autonomi- iklim pelaburan yang sihat
iii. Menjadi tumpuan kerajaan. - fokus ke tiga-tiga kerajaan - mewujudkan pusat
pertumbuhan ekonomi serantau - berasaskan sektor tertier/ kutub pertumbuhan
selatan
iv. Galakan dan insentif diberi kepada pelabur dalam dan luar - insentif percukaian,
ekuiti yang lebih besar, bebas cukai dsb.
v. Kawasan sedia maju dengan ekonomi moden. - memiliki kemudahan asas yang
sudah yang lengkap/ ketersampaian tinggi.



80

vi. Kuasa beli penduduk lebih tinggi. - berpendapatan sederhana/ tinggi - Kuasa beli
mereka adalah tinggi. Nilai mata wang (Dollar Singapura) juga adalah tinggi.
vii. Keupayaan modal yang banyak. - pelabur swasta dari Singapura, China, Kuwait.
Brunei dll negara kaya - potensi keuntungan yang tinggi -modal yang banyak
menjamin kepesatan pembangunan sektor perindustrian dan perkhidmatan ~
pelancongan. pendidikan, kesihatan dsb
viii. Keupayaan teknologi yang lebih tinggi- diterajui oleh Singapura dan Johor .
Industri berteknologi tinggi (Hi-TECH) - di Singapura- teknologi pelabuhan dan
perkapalan dsb.
ix. -Kesimpulan


Cadangan Jawapan


Kelebihan Segitiga Pertumbuhan Indonesia- Malaysia – Singapura (IMS-GT) yang pertama

adalah lokasinya yang hampir dengan Singapura (negara yang lebih maju). Kesannya limpahan
pembangunan di Singapura telah melimpah ke kawasan seperti Wilayah Pembangunan

Iskandar di Malaysia dan pulau Batam di Indonesia berlaku dengan lebih cepat.
Kelebihan kedua ialah jaminan keselamatan yang tinggi. Di kawasan lMS-GT lebih stabil

daripada segi politik, aman dan tidak berlaku tuntutan autonomi wilayah seperti mana di IMT-
GT (Selatan Thailand) dan EAGA-BlMP (Selatan Filipina). Keadaan ini mewujudkan iklim

pelaburan yang sihat untuk meyakinkan para pelabur menanam modal tanpa risiko

keselamatan.


Seterusnya IMS-GT menjadi tumpuan kerajaan negara-negara berkenaan. lMS-GT menjadi
fokus ke tiga-tiga kerajaan untuk mewujudkan pusat pertumbuhan ekonomi serantau yang baru

berasaskan sektor tertier/ kutub pertumbuhan selatan .


Kelebihan keempat ialah galakan dan insentif yang telah diberikan oleh ketiga-tiga negara

kepada pelabur dari dalam dan luar untuk menanam modal seperti pemberian insentif
percukaian, ekuiti yang lebih besar, bebas cukai dan sebagainya.



Selain itu, kawasan IMS-GT telah sedia maju dengan ekonomi moden. Sektor ekonomi moden
khususnya perindustrian dan perkhidmatan sudah bertapak kukuh di kawasan IMS-GT

khususnya di Singapura dan Johor Baharu. IMS-GT juga memiliki kemudahan asas yang sudah
lengkap/ ketersampaian tinggi.






81

Akhir sekali, uasa beli penduduk di kawasan berkenaan adalah lebih tinggi. Penduduk di

kawasan lMS-GT kebanyakkannya berpendapatan sederhana/ tinggi yang terdiri dari golongan
menengah khususnya dari Singapura dan Johor Baharu. Kuasa beli mereka adalah tinggi. Nilai

mata wang (Dollar Singapura) juga adalah tinggi. Kuasa beli tinggi membolehkan mereka
berbelanja di kawasan IMS-GT. Contohnya ramai penduduk Singapura yang berbelanja di

Johor Baharu dan Batam, Indonesia.


Kesimpulannya, kewujudan IMS-GT telah membawa banyak kelebihan kepada negara-negara

anggotanya terutama dari segi ekonomi dan sosial. Kemajuan dan pembangunan yang muncul
kesan dari kerjasama segitiga pertumbuhan ini membawa banyak manfaat kepada rakyat

ketiga-tiga negara. Tambahan lagi dengan adanya sokongan dan kemudahan yang sedia ada

telah merancakkan lagi pertumbuhan kawasan Segitiga Pertumbuhan ini.



(b) Terangkan enam masalah yang dihadapai dalam pakatan Segitiga Pertumbuhan
ASEAN. [12]

Rangka Jawapan
i. Halangan fizikal - bentuk muka bumi yang bergunung ganang dan berpulau -
sukar untuk dimajukan- perhubungan antara kawasan- darjah ketersampaian
antara tempat menjadi rendah ·
ii. Kekurangan modal - menjejaskan banyak projek yang telah dan dipersetujui
sebelumnya ·
iii. Masalah teknologi- keupayaan teknologi dan kepakaran yang rendah- kesukaran
untuk melaksanakan projek secara besar-besaran - terpaksa mengimport teknologi
dari luar untuk mengatasi masalah tersebut.
iv. Masalah politik dalaman - tuntutan bertindih antara negara -terletak di dalam
kawasan segitiga pertumbuhan - ancaman pengganas di Lahad Datu Sabah.
v. Masalah pasaran. Saiz penduduk yang kecil menyebabkan kuasa beli penduduk
menjadi rendah dan saiz pasaran menjadi terhad.
vi. Perbezaan taraf ekonomi-nilai matawang yang berbeza
vii. Pencemaran merentas sempadan-konflik antara negara
viii. Masalah keselamatan-ancaman lanun dan pengganas


Cadangan Jawapan


Masalah utama dalam pakatan Segitiga Pertumbuhan ASEAN ialah halangan fizikal seperti

bentuk muka bumi yang terlalu bergunung ganang dan berpulau menjadikan kawasan ini sukar
untuk dimajukan. Kesukaran dalam melakukan perhubungan antara kawasan ini menyebabkan




82

darjah ketersampaian antara tempat menjadi rendah dan menyukarkan kemajuan kawasan

pertumbuhan ini.


Selain itu kekurangan modal juga telah menjejaskan banyak projek yang telah dipersetujui
sebelumnya. Segala perancangan di bawah pelan pembangunan di kawasan segi tiga

pertumbuhan ini akan tergendala dan seterusnya merencatkan pembangunan kawasan

berkenaan.


Masalah teknologi turut menjadi penghalang kemajuan pakatan segitiga pertumbuhan ASEAN.
Kebanyakan negara anggota mempunyai keupayaan teknologi dan kepakaran yang rendah.

Keadaan ini menimbulkan kesukaran untuk melaksanakan projek secara besar-besaran dan

terpaksa mengimport teknologi dari luar untuk mengatasi masalah tersebut.


Masalah politik dalaman turut menyumbang kepada pakatan segitiga pertumbuhan ASEAN.
Masalah politik khususnya berkait dengan tuntutan bertindih antara negara. Sesetengah

kawasan yang dituntut adalah terletak di dalam kawasan segitiga pertumbuhan. Contohnya
masalah tuntutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura serta masalah ancaman

pengganas Filipina di Lahad Datu Sabah.


Masalah seterusnya ialah saiz pasaran. Saiz penduduk yang kecil menyebabkan kuasa beli

penduduk menjadi rendah dan saiz pasaran menjadi terhad. Kebanyakkan pasaran di ASEAN
agak kecil disebabkan jumlah penduduk yang agak kurang di kebanyakkan negara-negara

anggota ASEAN kecuali Indonesia.


Masalah terakhir dalam pakatan Segitiga Pertumbuhan ASEAN ialah perbezaan taraf ekonomi

antara negara anggota. Negara yang berpendapatan tinggi seperti Singapura mempunyai kuasa
beli yang lebih tinggi berbanding negara-negara jirannya disebabkan nilai matawang mereka

yang lebih tinggi. Negara anggota yang berpendapatan rendah tidak mampu menyaingi

perkembangan ekonomi negara yang kaya menyebabkan pakatan segitiga pertumbuhan ini
kurang berjaya dan menghadapi masalah.








83

28. (a) Jelaskan enam peranan Malaysia dalam memakmurkan ekonomi negara anggota
APEC. [12]

Rangka Jawapan
i. Pasaran bersama - membuka pasaran kepada negara anggota
ii. Penstabilan harga - kerjasama dalam menetapkan harga dan kuota pengeluaran
iii. Perkongsian tenaga buruh - menyediakan tenaga buruh / membuka peluang
pekerjaan
iv. Perkongsian kepakaran - tenaga kerja pakar seperti jurutera
v. Perkongsian teknologi / inovasi baru
vi. Kemudahan pengangkutan - membuka laluan
vii. Pelaburan slang
viii. Pengkhususan - fokus pengeluaran barangan tertentu
ix. Perkongsian sumber dan bahan mentah


Cadangan Jawapan


Malaysia sebagai negara anggota APEC mempunyai peranan untuk memakmurkan ekonomi

negara anggota. Antaranya ialah menyediakan pasaran bersama. Malaysia membuka pasaran
barangan pengguna kepada negara anggota dan pada masa yang sama Malaysia juga

memasarkan barangan keluaran Malaysia ke negara anggota.


Di samping itu, Malaysia membantu dengan menstabilkan harga komoditi di pasaran antara

bangsa. Misalnya Malaysia bekerjasama dengan negara Indonesia dalam menetapkan kuota
pengeluaran kelapa sawit bagi menstabilkan harga di pasaran.


Malaysia juga membantu negara anggota APEC dengan menyediakan tenaga buruh di samping

membuka peluang pekerjaan yang luas kepada pekerja dari negara anggota APEC. Ini di

samping mengurangkan isu pengangguran, juga dapat merancakkan ekonomi negara anggota.


Sebagai negara anggota APEC, Malaysia juga bertanggungjawab dalam berkongsi teknologi
dan inovasi baharu kepada negara anggota. Misalnya Malaysia berkongsi teknologi berkaitan

penanaman kelapa sawit kepada negara anggota.


Malaysia juga mengambil peluang dalam bidang pelaburan. Malaysia ada melakukan

pelaburan di negara anggota, dan Malaysia juga membenarkan pelaburan silang dari negara
anggota APEC.


84

Malaysia juga sentiasa berkongsi sumber seperti bekalan air mentah kepada negara Singapura
dan berkongsi bahan mentah berasaskan getah kepada kebanyakan industri automobil di negara

anggota.



(b) Bincangkan enam kepentingan kerjasama serantau dalam menangani masalah
jerebu antara sempadan. [13]

Rangka Jawapan
i. Perlindungan sumber semulajadi - dapat melindungi sumber hutan dan hidupan
liar secara bersama untuk kesejahteraan generasi akan datang.
ii. Menjimatkan kos pengawalan jerebu - kos dapat dikurangkan kerana ditanggung
secara bersama
iii. Pembangunan teknologi secara bersama - negara terbabit membangunkan
teknologi mengawal jerebu secara bersama
iv. Pemeliharaan dan pemuliharaan - bekerjasama dalam pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.
v. Bantuan peralatan - negara yang mempunyai peralatan seperti kapal terbang untuk
pembenihan awan akan membantu negara anggota lain.
vi. Perkongsian kepakaran - negara yang mempunyai tenaga pakar seperti pasukan
SMART akan membantu negara anggota lain.
vii. Kawalan sempadan secara bersama - kerjasama serantau akan mengeratkan lagi
kerjasama antara negara melalui pemantauan pembakaran di kawasan sempadan
secara bersama.
viii. - Kesimpulan


Cadangan Jawapan


Kerjasama serantau dalam menangani masalah jerebu antara sempadan memberikan banyak

kepentingan kepada negara anggota yang terbabit.


Antaranya perlindungan sumber semulajadi di negara yang dilanda jerebu berjaya melindungi
sumber hutan dan hidupan liar secara bersama untuk kesejahteraan generasi akan datang.

Kerjasama dalam pengawalan jerebu secara tidak langsung membawa kepada penjagaan

kawasan hutan daripada terbakar. Penjagaan sumber hutan juga dapat mengekalkan sumber
hidupan liar untuk diwarisi generasi akan datang.







85

Kerjasama dalam menangani masalah jerebu juga dapat mengurangkan kos pengawalan jerebu.

Kos dapat dikurangkan kerana segala kos operasi seperti kos menggunakan pelbagai teknologi
moden memadam kebakaran hutan dan kos-kos logistik yang berkaitan dapat dikongsi bersama

dengan negara anggota.


Pengawalan jerebu juga membawa kepada pembangunan teknologi secara bersama. Negara

terbabit membangunkan teknologi mengawal jerebu seperti teknik memadam tanah gambut
dan teknologi pembenihan awan secara bersama. Negara terbabit akan mengerahkan tenaga

pakar negara masing-masing dalam menghasilkan teknologi pengawalan yang paling berkesan.


Kerjasama menangani masalah jerebu juga membawa kepada kedatangan bantuan peralatan

mengawal jerebu. Negara yang mempunyai peralatan seperti kapal terbang untuk pembenihan
awan akan membantu negara anggota berjiran dengan meminjamkan kapal terbang tersebut

bagi menghasilkan hujan tiruan untuk mempercepatkan proses memadam kebakaran hutan.


Pengawalan jerebu juga mambawa kepada perkongsian kepakaran antara negara anggota.
Negara anggota yang mempunyai tenaga pakar seperti pasukan SMART dari Malaysia akan

membantu negara anggota lain seperti Indonesia yang sering dilanda masalah jerebu.


Pengawalan jerebu juga secara tidak langsung membawa kepada kawalan sempadan secara

bersama. Kerjasama serantau akan mengeratkan lagi kerjasama antara negara melalui
pemantauan pembakaran di kawasan sempadan secara bersama. Ini juga dapat mengawal

masalah-masalah lain di sempadan seperti penyeludupan dan pencerobohan.


Kerjasama serantau dalam penjagaan alam sekitar tidak seharusnya berfokus kepada jerebu

sahaja, malah kerjasama ini turut berlaku dalam penjagaan isu-isu alam sekitar yang lain
seperti tumpahan minyak dan kebakaran hutan. Usaha murni dalam semangat kejiranan ini

sedikit sebanyak menyumbang juga kepada pemeliharaan sumber semulajadi untuk diwarisi

generasi akan datang.










86


Click to View FlipBook Version