EDISI TERBARU
MODUL
PEDAGOGI
TATABAHASA:
PROSES
PEMBENTUKAN
PERKATAAN
TINGKATAN BAHARU
1
ARMAH. ASMA. ZALIKHA. HASNA. SYUHADA
1
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 TANJONG MALIM, PERAK.
BML 3053:
MORFOLOGI BAHASA
MELAYU
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI:
PROSES PEMBENTUKAN
PERKATAAN BAHARU
TUGASAN BERKUMPULAN
NAMA PELAJAR NO. MATRIK
ARMAH BINTI UTU SATU D20191087615
HASNAIZZAH BINTI MOHD SAYUTI D20191087727
NUR ZALIKHA MANISHA BINTI ZAIDI D20191087728
NUR ASMA SUZIANTI BINTI MAT YUSOFF D20191087823
NUR SYUHADA BINTI SAMSUDIN D20191087803
KUMPULAN KULIAH F
JABATAN KESUSASTERAAN MELAYU DAN BAHASA MELAYU
NAMA PENGAJAR ENCIK ABDULLAH BIN YUSOF
I
MODUL PEDAGOGI TATABAHASA: PEMBENTUKAN PERKATAAN
BAHARU 2020
ARMAH BINTI UTU SATU
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
(KESUSASTERAAN MELAYU) DENGAN KEPUJIAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
HASNAIZZAH BINTI MOHD SAYUTI
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (BAHASA
MELAYU) DENGAN KEPUJIAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
NUR ZALIKHA MANISHA BINTI ZAIDI
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (BAHASA
MELAYU) DENGAN KEPUJIAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
NUR ASMA SUZIANTI BINTI MAT YUSOFF
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (BAHASA
MELAYU) DENGAN KEPUJIAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
NUR SYUHADA BINTI SAMSUDIN
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (BAHASA
MELAYU) DENGAN KEPUJIAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
II
BIL PERKARA HALAMAN
1. Pengenalan 1-2
3
2. Proses Pembentukan Perkataan Baharu
3-35
3. Proses Pembentukan kata Melalui Pinjaman Imbuhan
Asing
3.1 Pembentukan Melalui Imbuhan Sanskrit
3.2 Pembentukan Melalui Imbuhan Arab- Parsi
3.3 Pembentukan Melalui Latin- Inggeris
4. Pembaharuan Bentuk Kata 36-44
4.1 Penggunaan Popular
4.2 Perancangan Bahasa Yang Rasmi 45-53
4.3 Pembentukan Istilah 54
55
5. Latihan Pengukuhan 56-69
6. Penutup
7. Rujukan
8. Lampiran
III
1.0 Pengenalan
Morfologi merupakan salah satu bidang kajian liguistik dalam bahasa Melayu.
Morfologi membuat kajian terhadap asas-asas pembentukan suatu kata dengan
mengenalpasti susunan unit-unit kata secara struktur, bagaimana unit-unit kata
bercantum hingga wujudnya struktur kata yang diucapkan merupakan elemen penting
dalam apa jua kajian bahasa. Bidang morfologi mengkaji morfem dan kata.
Kedudukan morfologi adalah pada tingkat paling akhir dan kedua akhir dalam hierarki
tatabahasa Melayu.
Menurut Nik Safiah Karim, et al. (1986: 43), berpendapat bahawa morfologi
ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.
Struktur merupakan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang tulisan yang menjadi
unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa berbentuk
tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Manakala penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan mengikut
keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Oleh
itu, morfologi bahasa Melayu merupakan bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Pembentukan kata merupakan suatu objek
yang menarik untuk diteliti, kerana setiap bahasa semestinya mempunyai kepelbagaian
dalam pembentukan kata yang dikenali sebagai proses morfologi. Abdullah Hassan
(2007) menyatakan morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji pembinaan
perkataan. Morfologi mengkaji unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses
membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan.
1
Menurut Nik Safiah Karim et. al (2008), perkataan-perkataan baharu lazimnya
muncul atau dicipta dalam sesuatu bahasa dengan tujuan mendukung konsep atau
perkara yang baru timbul dalam masyarakat pengguna bahasa itu. Apabila tamadun
masyarakat itu berkembang maju, maka banyaklah konsep, benda, proses, keadaan,
atau kejadian baharu yang memerlukan perkataan-perkataan baharu untuk
mengungkapkannya. Proses pembentukan perkataan baharu dapat dilihat melalui dua
proses utama iaitu melalui proses pengimbuhan asing, dan melalui proses pinjaman
terus yang menghasilkan pelbagai istilah. Sistem imbuhan asing telah dipinjam untuk
menampung kemasukan bentuk-bentuk kata pinjaman terutama yang dihubungkan
dengan keperluan peristilahan
Oleh sebab itu, dari semasa ke semasa, berlaku proses penambahan bentuk
imbuhan dalam bahasa Melayu, iaitu dengan cara meminjam unsur-unsur imbuhan
bahasa asing, sama ada imbuhan-imbuhan asing itu diterima secara sepenuhnya
(mempertahankan bentuk asalnya) atau diubahsuai mengikut sistem tatabahasa bahasa
Melayu. Tidak semua imbuhan asing yang dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu
bertaraf atau bertindak sebagai imbuhan tetapi sekadar bentuk asing yang dipinjam
keseluruhannya sebagai sebahagian daripada satu unit perkataan (Nik Safiah Karim et.
al 2008). Imbuhan asing terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu imbuhan Sanskrit,
imbuhan Arab-Parsi dan imbuhan Latin-Inggeris. Menurut Abdullah Hassan (2006),
peristilahan adalah satu usaha baru membentuk perkataan bagi mengungkap konsep,
idea, proses dan nama bagi sesuatu yang belum wujud dalam sesuatu bahasa. Nik
Safiah Karim et. al (2008), menyatakan perkataan-perkataan baharu umumnya timbul
dalam sesuatu bahasa melalui dua proses utama iaitu penggunaan popular dan
perancangan bahasa yang rasmi.
2
2.0 Proses Pembentukan Perkataan Baharu
Proses pembentukan perkataan baharu dapat dilihat melalui proses
pembentukkan kata melalui pinjaman imbuhan asing. Sistem imbuhan asing telah
dipinjam untuk menampung kemasukan bentuk-bentuk kata pinjaman terutama yang
dihubungkan dengan keperluan peristilahan. Oleh sebab itu, dari semasa ke semasa,
berlaku proses penambahan bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu, iaitu dengan cara
meminjam unsur-unsur imbuhan bahasa asing, sama ada imbuhan asing, sama ada
imbuhan-imbuhan asing itu diterima secara sepenuhnya iaitu mempertahankan bentuk
asal atau diubahsuai mengikut sistem tatabahasa bahasa Melayu. Telah disebutkan
juga di atas bahawa tidak semua imbuhan asing yang dibawa masuk ke dalam bahasa
Melayu bertaraf atau bertindak sebagai imbuhan tetapi sekadar bentuk asing yang
dipinjam keselutuhannya sebagai sebahagian daripada satu unit perkataan (Nik Safiah
Karim et.al 2008). Terdapat tiga jenis pinjaman imbuhan asing antaranya adalah
imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab-Parsi dan juga imbuhan Latin-Inggeris.
3.0 Proses Pembentukan Kata melalui Pinjaman Imbuhan
3.1 Imbuhan Sanskrit
Imbuhan Sanskrit adalah berasal daripada bahasa Sanskrit, ia merupakan jenis
imbuhan yang telah lama terserap ke dalam tatabahasa bahasa Melayu. Imbuhan
Sanskrit ini terbahagi kepada dua iaitu awalan dan akhiran. Imbuhan awalan pula
terbahagi kepada enam iaitu maha-, tata-, para-, swa-, panca-, tuna-, eka-, dwi- dan tri.
Manakala imbuhan akhiran pula terbahagi kepada empat iaitu -wan, -man, -wati dan -
nita.
3
3.1.1 Pembentukan Perkataan Melalui Imbuhan daripada Sanskrit
I. AWALAN Ii. AKHIRAN
Maha- - wan
Tata- -man
Pra- -wati
Swa- -nita
Tuna-
Eka-
Dwi-
Tri-
Panca-
4
3.1.2 Imbuhan Awalan
Imbuhan awalan ialah imbuhan yang terletak di awal sesuatu kata dasar.
Imbuhan awalan swa- merupakan awalan yang berfungsi menghasilkan kata
nama yang memberikan makna sendiri/ kendiri. Contohnya:
swa + asta = swasta
Formula :
+
5
A) Imbuhan Awalan Swa- + layan = Swalayan
Swa
Contoh :
“ Selain Kluster Avenue, Sabah turut menyaksikan satu lagi kluster baharu,
kluster Kejora di Kota Kinabalu pada selasa dengan sejumlah sembilan kes.
Beliau menjelaskan bahawa keputusan ujian saringan daripada kluster ini baru
diperoleh dari makmal swasta yang dilantik”
(Sumber: Akhbar Harian Ekspres. 18 November 2020, ms 1)
Imbuhan awalan pra- ini pula berfungsi menerbitkan kata nama untuk
membawa maksud sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutnya. Contohnya:
pra + sekolah = prasekolah
B) Imbuhan Awalan Pra- + sekolah = Prasekolah
Pra
Contoh :
“ Menurut sumber, mereka dipercayai telah memberi untuk tujuan
mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan yang menggunakan pelan
prabayar ”
( Sumber: Akhbar Utusan Borneo, 20 November 2020, ms 13)
6
Imbuhan awalan yang seterusnya adalah eka-, dwi-, tri- dan panca-. Awalan ini
menghasilkan kata nama untuk membawa pengertian bilangan. Contohnya:
Eka “satu” = ekabahasa
Dwi “dua” = dwifungsi
Tri “tiga” = tribulan
Panca “lima” = pancaindera
A) Imbuhan Awalan Dwi- + mata = Dwimata
Dwi
Contoh :
“ Acara sukan dwitahunan itu, yang sebelum ini dijadualkan semula pada
April tahun depan susulan penangguhan pertama dari tarikh asalnya pada Julai
tahun ini, ditunda ke satu tarikh baharu pada 2022 disebabkan pandemi Covid-19
di negara ini ”
( Sumber: Akhbar Harian Ekspres, 18 November 2020, ms 8)
B) Imbuhan Awalan Tri- = Tripusat
Tri + pusat
Contoh :
“ Tentang buat lagu tribute untuk Sandra dan sebagainya, saya rasa tidak
perlu. Sebagai sahabat, bagi saya kiriman doa adalah yang terbaik buatnya di
sana, ” ujar Zizi kepada SinarPlus
( Sumber: Akhbar Harian Ekspress, 20 November 2020, ms 6)
7
Imbuhan awalan maha- berfungsi melahirkan bentuk kata adjektif dan kata, ia juga
membawa pengertian paling atau tahap terbesar, tertinggi dan teragung. Bagi jenis
maha + kata adjektif ia dieja secara berasingan. Contohnya:
maha + guru = mahaguru
maha + mulia = maha mulia
C) Imbuhan Awalan Maha-
Maha + guru = Mahaguru
Contoh :
“ Program ini dianjurkan oleh JAKAMAS Kolej Kediaman 1 Borneo dan
mendapat sambutan daripada mahasiswa Universiti Malaysia Sabah pelbagai
fakulti sebagai suatu usaha menyemarakkan sambutan Hari Malaysia bagi tahun
2020 yang bertemakan Malaysia Prihatin.”
( Sumber: Akhbar Utusan Borneo , 20 November 2020, ms 15 )
Imbuhan awalan tata- berfungsi menerbitkan kata nama yang membawa
pngertian sesuatu susunan atau peraturan contohnya:
tata + bahasa = tatabahasa
D) Imbuhan Awalan Tata-
Tata + buku = Tatabuku
Contoh :
Atau per“atDuarlaanm pada itu, Pengarah Jabatan Intergiti dan Pematuhan Standard Bukit
Aman Datuk Zamri Yahya berkata setakat ini seramai 24 pegawai anggota polis
sedang disiasat daripada pelbagai sudut tatatertib berhubung kes itu. ”
( Sumber: Akhbar Utusan Borneo , 20 November 2020, ms 13 )
8
AKTIVITI
1. Para pelajar akan diminta untuk membentuk kumpulan masing-masing dan
setiap ahli kumpulan akan ditentukan sendiri oleh pelajar. Setiap kumpulan
mempunyai lima orang ahli dan mesti bercampur lelaki dan perempuan untuk
meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar.
2. Seterusnya, setiap kumpulan akan diberikan masa selama dua minit untuk
mencipta nama kumpulan masing-masing berdasarkan tema nama tokoh negara.
Kemudian, guru akan mengedarkan akhbar kepada setiap kumpulan dan setiap
kumpulan akan mendapat 2 akhbar yang berlainan. Pelajar akan diberikan
masa selama 5 hingga 20 minit untuk mencari dan menyenaraikan perkataan
yang mempunyai imbuhan awalan daripada bahasa Sanskrit dalam akhbar yang
telah diberikan.
3. Akhir sekali, guru akan meminta seorang wakil daripada setiap kumpulan
untuk membentangkan perkataan yang telah mereka dapat dari akhbar di
hadapan kelas.
9
3.1.3 Imbuhan Akhiran
Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang terletak di akhir kata dasar.
Imbuhan akhiran bahasa Sanskrit terdiri daripada empat iaitu -wan, -man, -wati
dan -nita. Imbuhan akhiran ini membawa maksud, pelaku sesuatu perbuatan atau
pemilik.
seni + man = seniman
harta + wan = hartawan
bidua + nita = biduanita
seni + wati = seniwati
Formula:
Kata Dasar
Akhiran Sanskrit
Imbuhan Akhiran
10
A) Imbuhan Akhiran man- = Jutawan
Juta + wan
Contoh :
“ Kuala Lumpur: Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021
(Belanjawan) yang memasuki hari keenam di Dewan Rakyat hari ini tertumpu
kepada pelbagai isu, antaranya berkaitan pemotongan elaun wakil rakyat, skim
subsidi upah bersasar dan pemandu e- hailing ”
( Sumber: Akhbar Harian Ekspres, 18 November 2020, ms 2)
11
AKTIVITI
1. Guru akan meminta seorang pelajar untuk membacakan sebuah artikel akhbar
secara lantang dan kuat di dalam kelas.
2. Pelajar lain perlu mendengar dengan teliti apa yang dibacakan oleh rakan
mereka dan mencatat perkataan yang mengandungi imbuhan akhiran daripada
bahasa Sanskrit.
3. Guru akan meminta pelajar yang sukarela untuk berkongsi jawapan mereka di
hadapan kelas.
4. Aktiviti pembacaan akan diulang dengan memilih pelajar lain dan
menggunakan akhbar yang berlainan.
12
3.2 Pembentukan Perkataan Melalui Imbuhan Yunani-Latin -Inggeris.
Imbuhan Yunani-Latin- Inggeris
Imbuhan ini merupakan imbuhan pinjaman yang produktif. Ianya disebabkan
oleh pengaruh zaman penjajahan dan sifat bahasa Eropah yang menerajui teknologi
dunia. Tidak semua imbuhan ini bersifat produktif hanya beberapa sahaja yang bersifat
produktif antaranya adalah seperti pro-, anti-, auto-, poli- dan sub-. Imbuhan ini
terbagai kepada dua iaitu awalan dan juga akhiran. Antara imbuhan awalan ialah pro-,
anti-, auto-, poli-, mono-, sub- dan supra-. Manakala akhiran pula adalah -isme, -ik, -al
dan -is.
Formula:
IMBUHAN AWALAN (INGGERIS) + KATA DASAR = PERKATAAN
BAHARU (BUNYI SEPERTI PERKATAAN INGGERIS )
13
IMBUHAN YUNANI-
LATIN- INGGERIS
PRO- ORTO- -ISME
ANTI- OKSI-
POLI- PALEO- -IK
AUTO- PARA- -SI
SUB- PENTA- -AL
SUPRA- PERI- -IS
HETERO- PETRO-
HEKSA- FENO-
HIDRO- FOTO-
HOMO- FITO-
HIPER-
INFRA-
INTER-
INTRA-
ISO-
KILO-
MAKRO-
META-
MIKRO-
MILI-
TELE-
MULTI-
NEO-
NEURO-
14
3.2.1 Imbuhan Awalan
Imbuhan awalan ialah imbuhan yang terletak di awal sesuatu kata dasar.
Imbuhan awalan produktif yang pertama adalah pro-. Imbuhan awalan ini berfungsi
sebagai tanda setuju, memihak, atau menyebelahi sesuatu pihak. Selain itu, imbuhan
awalan anti- berfungsi untuk menunjukkan tanda melawan, membantah, menentang
atau tidak bersetuju dengan sesuatu pihak. Seterusnya, imbuhan awalan poli- adalah
membawa maksud banyak. Berikutnya, imbuhan awalan auto- telah membawa
maksud secara sendirian. Imbuhan awalan sub- pula adalah imbuhan awalan yang
memberi pengertian sebahagian daripada keseluruhan. Akhir sekali, imbuhan awalan
supra- yang membawa maksud sesuatu melebihi, mengatasi, atau merentasi. Berikut
merupakan contoh-contoh imbuhan awalan yang produktif:
Proislam
Antikerajaan
Polisemi
Automatik
Subsistem
Suprakelas
Selain itu, bentuk awalan yang produktif terdapat juga bentuk awalan lain yang
terserap ke dalam bahasa Melayu bukan sebagai imbuhan tetapi sebagai sebahagian
daripada kata pinjaman. Berikut merupakan contoh-contohnya:
15
1Heterograft Makronukleus Paleolitik
Heksagon Metasejarah Paralimpik
Hidrolisis Mikrokimia Pentaklorida
Homogen Milimeter Peridot
Hiperbola Telegram Pertokimia
Infrastruktur Multisel Fenotip
Intervokal Neolitik Fotosintesis
Intramolekul Neuroderia Fitohormon
Isomof Ortografi Pleomorfi
Kilogram Oksiklorida Superset
A) Imbuhan Awalan Sub- = Subgolongan
Sub + golongan
Contoh :
“ Kuala Lumpur : Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021
( Belanjawan) yang memasuki hari keenam di Dewan Rakyat hari ini tertumpu
kepada pelbagai isu, antaranya berkaitan pemotongan elaun wakil rakyat, skim
subsidi upah bersasar dan pemandu e- hailing”
( Sumber: Akhbar Harian Ekspres, 18 November 2020, ms 2)
16
B) Imbuhan Awalan Kilo = Kilowatt
Kilo + watt
Contoh :
“ Sempadan Malaysia- Indonesia di antara Sabah dan Sarawak dengan
Kalimantan adalah sempadan darat negara sepanjang kira-kira 1881 kilometer
dan kini dikawal menerusi 11 pos kawalan yang dibina di sepanjang garis
sempadan itu”
( Sumber: Akhbar Harian Ekspres, 18 November 2020, ms 2)
C) Imbuhan Awalan Infra
Infra + merah = Inframerah
Contoh :
“ Labuan: Labuan telah menerima peruntukan berjumlah RM 760,000
daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ( Motac) untuk
menjalankan kerja -kerja penyelenggaraa, pengubahsuaian dan baik pulih
infrastruktur serta kemudahan pelancongan”
( Sumber: Akhbar Harian Ekspres, 18 November 2020, ms 3)
D) Imbuhan Awalan Multi -
Multi + sel = Multisel
Contoh :
“ Pada pilihan raya negeri baru-baru ini, Salleh yang juga bekas Menteri
Komunikasi dan multimedia mencatatkan kemenangan selesa kerusi DUN
Usukan dengan majoriti 4,298 undi- Bernama”
( Sumber: Akhbar Harian Ekspres, 18 November 2020, ms 3)
17
E) Imbuhan Awalan Petro-
Petro + fabrik = Petrofabrik
Contoh :
“ BERDASARKAN laporan berita, Sabah dan Sarawak dilayani agak
berbeza oleh Kerajaan Persekutuan. Ia mempunyai dua set undang-undang dan
dasar. Sebagai contoh, Cukai Jualan ke atas produk-produk petroleum, di mana
Sarawak dibayar oleh Petronas”
( Sumber: Akhbar Harian Ekspres, 18 November 2020, ms 3)
F) Imbuhan Awalan Pro- Syarikat = Prosyarikat
Pro +
Contoh :
“JAKARTA: Ketua Polis Nasional Jen. Idham Azis melucutkan jawatan
Ketua Polis Jakarta, Insp, Jen Rudy Sufahradi Novianti pada isnin kerana gagal
menguatkuasakan protokol kesihatan koronavirus”
( Sumber: Akhbar Harian Ekspres, 18 November 2020, ms 5)
G) Imbuhan Awalan Tele- fon = Telefon
Tele +
Contoh :
“JAKARTA: Ketua Polis Nasional Jen. Idham Azis mengeluarkan satu
telegram pada isnin untuk memperketatkan penguatkuasaan protokol kesihatan
bagi mencegah penularan Covid-19”
( Sumber: Akhbar Harian Ekspres, 18 November 2020, ms 5)
18
H) Imbuhan Awalan Meta- bahasa = Metabahasa
Meta +
Contoh :
“Tidak ada satu-satu diet yang sesuai untuk semua pesakit diabetes.
Sebaliknya, pelan makanan peribadi adalah yang terbaik, dan ini juga mengambil
kira pilihan pemakanan, di samping kegiatan harian serta sasaran metabolik”
( Sumber: Akhbar Harian Ekspres, 18 November 2020, ms 7)
I) Imbuhan Awalan Anti-
Anti + Kemajuan = Antikemajuan
Contoh :
“ Bagaimanapun, Dr Norlaila menasihatkan wanita yang mempunyai diabetes
sewaktu hamil (GDM), mereka boleh mengekalkan paras glukosa darah dalam
lingkungan sasaran dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat termasuk diet
yang baik dan mengambil agen antidiabetik yang diluluskan untuk ibu yang
mengandung”
( Sumber: Akhbar Harian Ekspres, 18 November 2020, ms 7)
J) Imbuhan Awalan Para- linguistik = Paralinguistik
Para +
Contoh :
“Bagaimanapun, perincian lanjut mengenai jumlah penonton yang
dibenarkan masuk kes stadium belum diputuskan. Olimpik Jepun dijadual
diadakan pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 manakala Paralimpik pada 24 Ogos
hingga 5 September ”
( Sumber: Akhbar Harian Ekspres, 18 November 2020, ms 7)
19
K) Imbuhan Awalan Auto- Carta = Autocarta
Auto +
Contoh :
“ Cameroon layak secara automatik sebagai tuan rumah dan Senegal
mengesahkan tempat pada awal pagi Isnin dengan kemenangan di Guinea- Bissau
hasil jaringan tunggal Sadio Mane ”
( Sumber: Akhbar Harian Ekspres, 18 November 2020, ms 8)
L) Imbuhan Awalan Inter- vokal = Intervokal
Inter +
Contoh :
“ Pramugari kanan Nivitalia dan kru cabin yang lain datang membantu
Anastasia. Menyedari wanita itu bakal melahirkan , Novitalia menerusi
interkom ” bertanyakan jika terdapat doktor dalam penerbangan itu.
( Sumber: Akhbar Harian Ekspres, 20 November 2020, ms 5)
M) Imbuhan Awalan Hidro- lisis = Hidrolisis
Hidro +
Contoh :
“ Antara bidang kolaboratif berpotensi termasuklah penerbangan terus
antara Kuching dan perth bagi menyokong pembangunan industri pelancongan,
pelaburan dalam industri pertanian digital, pelaburan dalam tenaga diperbaharui
ImbuhsearntaApweamlabnaonkgsuin- an teknologi hidrogen”
( Sumber: Akhbar Utusan Borneo, 20 November 2020, ms 5)
20
N) Imbuhan Awalan Oksi- asid = Oksiasid
Oksi +
Contoh :
“Apabila air kotor masuk, ia menyebabkan oksigen tidak mencukupi
sehingga ikan siakap dan kerapu yang matang ini mati, katanya. ”
( Sumber: Akhbar Utusan Borneo, 20 November 2020, ms 18 )
O) Imbuhan Awalan Poli- klinik = Poliklinik
Poli +
Contoh :
“ KUALA LUMPUR: Sejumlah 50889 atau 7.9 peratus daripada 646,094
penuntut universiti awam, politeknik dan kolej komuniti masih berada di
kampus, sehingga Isnin lepas (16 November ) walaupun sesi pendaftaran dan
kemasukan penuntut ke pusat pengajian ditangguhkan ). ”
( Sumber: Akhbar Utusan Borneo, 20 November 2020, ms 10 )
P) Imbuhan Awalan Foto
Foto + elektrik = Fotoelektrik
Contoh :
“Antara subjek penyelidikan yang diminati beliau adalah sistem fotovoltek
tenaga boleh diperbaharui, aplikasi algoritma mesin dalam sistem bekalan kuasa
dan reka bentuk topologi penukar/ penyongsang ”
( Sumber: Akhbar Utusan Borneo, 20 November 2020, ms 6)
21
Q) Imbuhan Awalan Penta- klorida = Pentaklorida
Penta+
Contoh :
“Haemophilus influenza typeb ( pentavalent DTaP-IPV // Hib) kepada vaksin
kombinasi enam serangkai di bawah Program Imunisasi Kebangsaan bagi kanak-
kanak”
( Sumber: Akhbar Utusan Borneo, 20 November 2020, ms 6)
22
AKTIVITI
1. Kahoot!- Platform Pembelajaran atas Talian
Kahoot! Adalah antara platform pembelajaran atas talian yang boleh
digunakan untuk pdp secara Blended Learning. Ia menyediakan ruang
pembelajaran yang menarik iaitu kaedah berasaskan pedagogi digital melalui
pertandingan atu permainan
Kahoot!
_______
Kuiz Pembentukan
Perkataan Baharu
Kelas emerald 1
TEKNIK MENGGUNAKAN APLIKASI KAHOOT!
1-Soalan dibangunkan di portal kahoot!
2-Selepas itu, guru menekan butang play dan menunggu peserta mendaftar masuk
menggunakan nombor pin yang terpapar di skrin
3-Permainan kuiz interaktif bermula dengan memerlukan pelajar menjawab soalan
yang dibina
4-Susunan soalan dan jawapan boleh secara random.
5-Keputusan terpapar selepas setiap kali soalan tamat dan di akhir kuiz pelajar akan
tahu kedudukan terkini mereka.
6-Analisis keputusan boleh dibuat secara menyeluruh seperti soalan yang paling
dikuasai dan tidak dikuasai.
23
3.2.3 Imbuhan Akhiran
Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang terletak di akhir kata dasar.
Bentuk imbuhan akhiran ini belum lagi terserap sebagai imbuhan pembentukan
kata bahasa Melayu. Misalnya, tidak berlaku atau tidak wujud perkataan seperti
tidurisme (tidur) atau jalanisme (jalan). Sebahagian besar bentuk ini wujud dalam
perkataan yang dipinjam secara keseluruhan ke dalam bahasa Melayu. Antara contoh-
contohnya ialah -isme, -ik, -si, -al dan -is. Berikut merupakan contoh-contoh
perkataannya:
Nasionalisme
Lingusitik
Potensi
Praktikal
Praktis
A) Imbuhan Akhiran -al
leksik + al = Leksikal
Contoh :
“ Mengenai vaksin Covid-19, Dr Adham berkata seblum mendapatkannya,
Kementerian Kesihatan (KKM) memerlukan data klinikal fasa ketiga bagi
melihat keberkesanan dan keselamatan serta kualiti vaksin itu”
( Sumber: Akhbar Harian Ekspres, 18 November 2020, ms 1)
24
B) Imbuhan Akhiran -is = Praktis
Prakt + is
Contoh :
“ Ini telah mengecewakan banyak pertubuhan dan aktivitis wanita yang telah
membuat rayuan kepada Ketua Menteri agar melantik sekurang-kurangnya dua
ahli dewan undangan negeri wanita memandangkan hanya terdapat 9.5 peratus
Adun wanita”
( Sumber: Akhbar Harian Ekspres, 18 November 2020, ms 1)
C) Imbuhan Akhiran -ik ik = Saintifik
Saintif +
Contoh :
“ Petang itu saya minta pekerja guntingkan rambut, sementara nak tunggu
tukang gunting sediakan peralatan, saya keluar sekejap untuk menghisap rokok
elektronik di kawasan parkir motor, betul-betul hadapan kedai saya ”
( Sumber: Akhbar Harian Ekspres, 18 November 2020, ms 6)
D) Imbuhan Akhiran -isme
Kapital + isme = Kapatalisme
Contoh :
“ Menterinya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Pusat Perubahan
Iklim dan teknologi Hijau Malaysia (MGTC) juga sedang memperhalusi
mekanisme pelaksanaan yang lebih inklusif dan mampan dengan
memperkenalkan inisiatif Rumah Ibadat Angkat”
( Sumber: Akhbar Harian Ekspres, 18 November 2020, ms 2)
25
E) Imbuhan Akhiran -si = Revolusi
Revolu + si
Contoh :
“ Inisiatif itu bagi menggalakkan agensi jabatan atau badan korporat memilih
untuk bekerjasama dengan rumah ibadat pilihan dan memberi komitmen dalam
bentuk sumbangan masa, tenaga serta kewangan kepada rumah ibadat ”
( Sumber: Akhbar Harian Ekspres, 18 November 2020, ms 2)
26
AKTIVITI
1. Guru akan memberikan formula yang membentuk perkataan imbuhan akhiran
dari Yunani-Latin-Inggeris.
2. Pelajar diminta untuk menyebutkan dua perkataan imbuhan akhiran Yunani-
Latin-Inggeris secara spontan mengikut pengetahuan yang sedia ada.
3. Pelajar yang lain tidak boleh mengulang perkataan yang sama dengan rakan-
rakan mereka.
27
3.3 Pembentukan Perkataan Melalui Imbuhan Arab- Parsi
Imbuhan Arab-Parsi
Imbuhan bahasa Arab-Parsi ini berlaku ke atas bahasa Melayu disebabkan oleh
kedatangan Islam kealam Melayu terutamanya pada zaman Kesultanan Melaka.
Pengaruh bahasa Arab-Parsi dapat dilihat melalui pinjaman imbuhan dan istilah
tertentu terutamanya yang berkaitan dengan amalan agama islam. Disebabkan oleh,
sistem bahasa Arab sangat berbeza dengan sistem bahasa Melayu, maka proses
asimilasi dari segi bentuk imbuhan sangatlah terhad. Imbuhan Arab-Parsi terbahagi
kepada dua iaitu awalan dan akhiran.
Formula:
BI = IMBUHAN AWALAN ARAB (BI)
AR = KATA ARAB ( SERING DIGUNAKAN
DALAM BAHASA ARAB)
28
-BI
-WI -I
-IAH -AT
-AH
29
3.3.1 Imbuhan Awalan
Imbuhan awalan ialah imbuhan yang terletak di awal sesuatu kata dasar.
Terdapat satu sahaja imbuhan awalan iaitu bi- yang berasal daripada bahasa
Parsi. Awalan ini digunakan untuk menerbitkan bentuk kata adjektif, tetapi
penggunaanya amat terbatas. Contohnya:
bi + adat = biadat (tidak bermasyarakat)
bi + normal = binormal (tak normal)
A) Imbuhan Awalan bi- = Bilazim
bi + lazim
Contoh :
“ Penghinaan dan provokasi dilihat amat keterlaluan dan merupakan satu
tindakan kurang ajar serta biadap dibimbangi menimbulkan ketegangan antara
kaum di Malaysia, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis
itu. ”
( Sumber: Akhbar Utusan Borneo , 20 November 2020, ms 13)
30
AKYIVITI
1. Pelajar diminta untuk membuat satu bulatan di dalam kelas, kemudian guru
akan memberikan sebatang marker pen kepada seorang pelajar. Seterusnya,
guru akan memasang lagu sekolah dan pelajar akan diminta untuk
menggerakkan marker pen tersebut secara bergilir-gilir.
2. Pelajar yang masih memegang marker pen ketika lagu berhenti akan diminta
untuk menulis satu ayat yang mengandungi perkataan imbuhan awalan
daripada bahasa Arab-Parsi di papan putih. Aktiviti ini akan diulang dan ayat
yang dihasilkan oleh pelajar yang seterusnya hendaklah mengandungi
perkataan yang berbeza dengan perkataan dan ayat yang sebelumnya.
31
3.3.2 Imbuhan Akhiran
Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang terletak di akhir kata dasar.
Terdapat enam jenis imbuhan akhiran dari bahasa Arab iaitu -wi, -i, -iah, -in, -
at dan -ah.Imbuhan akhiran -wi dan -I ini menghasilkan bentuk kata adjektif iaitu
mencirikan sifat yang terkandung dalam kata dasar. Imbuhan -wi digunakan apabila
kata dasar berakhir dengan huruf vokal manakala -i digunakan apabila kata dasar
berakhir dengan konsonan. Contohnya:
Dunia + wi = duniawi
Abad + i = abadi
Fprmula :
KATA + LIAH
DASAR BELI
SAWI
DAN
TIN
DEKAT
KEDAI SENAH
32
A) Imbuhan Akhiran -at = Hadirat
Hadir + at
Contoh :
“ Selain itu, katanya, sebanyak 1,289 premis telah dipantau iaitu 167 pasar
raya , 261 restoran, 11 kilang, 97 bank, 42 pejabat kerajaan, 33 penjaja, 56 pasar
tani/ awam, 26 tempat ibadat, 26 tempat Riadah, 14 tapak pembinaan dan 566
tempat lain-lain ”
( Sumber: Akhbar Utusan Borneo , 20 November 2020, ms 16)
Imbuhan akhiran -in, -at dan ah berfungsi menunjukkan kata nama bagi lelaki
dan juga perempuan. Contohnya:
Hadir + in = hadirin
Munafik + at = munafikat
Qari + ah = qariah
B) Imbuhan Akhiran -in
Muslim + in = Muslimin
Contoh :
“ Sehubungan itu, Muslimin berkata belum ada keperluan untuk membina
SMK baharu di kawasan Parlimen lawas dalam tempoh terdekat, termasuk
pembinaan SMK Long Semado ”
( Sumber: Akhbar Utusan Borneo , 20 November 2020, ms 14 )
33
Imbuhan akhiran -iah menghasilkan kata adjektif yang membawa maksud sifat
atau ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:
Jahil + iah = jahiliah
C) Imbuhan Akhiran -ah ah = Salihah
Salih +
Contoh :
“ Beliau berkata program Rumah Ibadat Hijau dapat dicapai dengan
membina kesedaran amalan hijau dalam kalangan ahli kariah , menerapkan dan
mengembangkan budaya gaya hidup hijau serta mewujudkan mekanisme
sumbangan Rumah Ibadat Hijau atau Wakaf Masjid hijau bagi aplikasi teknologi
hijau- bernama ”
( Sumber: Akhbar Harian Ekspres, 18 November 2020, ms 2)
34
AKTIVITI
1. Guru mengarahkan pelajar untuk membentuk beberapa kumpulan yang
mempunyai empat orang ahli. Setiap kumpulan akan diberikan satu artikel
yang mempunyai 5 hingga 10 muka surat dan satu kertas kertas mahjong
2. Setiap kumpulan dikehendaki membaca dan mengenalpasti perkataan yang
mengandungi imbuhan akhiran daripada bahasa Arab-Parsi. Masa yang
diberikan adalah 15 hinggan 20 minit.
3. Kemudian, guru akan memanggil setiap kumpulan untuk membentangkan hasil
kerja mereka.
4. Persembahan pembentangan yang paling kreatif dan paling tepat akan dikira
sebagai pemenang.
35
4.0 Pembaharuan Bentuk Kata
Pembaharuan bentuk kata menurut pandangan Abdullah Hassan (2006),
peristilahan adalah merupakan satu usaha baru bagi membentuk perkataan untuk
mengungkapkan konsep, idea, proses dan nama bagi sesuatu yang belum eujud dalam
sesuatu bahasa.
Menurut Nik Safiah Karim (2008) menyatakan bahawa perkataan-perkataan
baharu secara umumnya timbul dalam sesuatu bahasa melalui dua proses utama iaitu:
4.1 Penggunaan Popuar
Penghasilan perkataan baharu mahupun pengaplikasian kerap dihasilkan oleh para
penulis sama ada untuk penggunaan dalam media massa termasuk dalam surat khabar,
majalah, radio, televisyen dan banyak lagi. Tambahan pula, perkataan baharu ini juga
pada asalnya diperkenalkan secara ciptaan sendiri yakni melalui terjemahan ataupun
secara ambilan keseluruhan. Akhirnya penggunaan perkataan baharu ini menjadi
popular dan digunakan secara umum. Misalnya:
Meja Berita Rumah Haram
Pilihan Raya Tajuk Berita
Sari Kata
Komisen Biro
Tarik Diri Kempen
Pencen Ibu Kota
Tajuk Kecil
36
Formula:
Contoh Penggunaan popular dalam ayat:
“ Kota Kinabalu : polis marin di sini menggagalkan satu cubaan untuk menyeludup
minuman beralkohol ke ibu negeri melalui kawasan pantai Menumbok, di sini pada
isnin”
(Sumber: Akhbar Harian Ekpres, 18 November 2020)
37
4.2 Perancangan bahasa yang rasmi
Secara umumnya, pihak yang bertangungjawab terhadap penciptaan perkataan
baharu melalui perancangan bahasa yang rasmi di Malaysia. Dalam hal ini
menjelaskan bahawa perkataan yang dihasilkan adalah melalui perbincangan rasmi
sama ada ia berkaitan dengan istilah-istilah khusus bagi mencakupi pelbagai sektor.
Terdapat tujuh langkah dalam proses pembentukan istilah iaitu selaras dengan
(dalam Tatabahasa Dewan, 2008):
1) Penggunaan dalam bahasa Melayu yang lazim
Hasil keluaran
2) Penggunaan dalam bahasa Melayu yang kurang lazim
Jisim
3) Penggunaan Perkataan bahasa serumpun (dialek) yang lazim
Labur
4) Penggunaan Perkataan bahasa serumpun (dialek) yang tidak lazim
Riam
5) Penggunaan daripada perkataan istilah
Struktur
38
6) Penggunaan perkataan daripada bahasa lain
Ad hoc
Contoh Penggunaan perkataan perancangan bahasa yang rasmi:
“ Doktor pasukam bola sepak kebangsaan itu berkata meskipun mematuhi SOP,
risiko berlaku penularan tetap ada berdasarkan statistik semasa Covid-19 yang
telah berada dalam komuniti masyarakat di negara ini”.
(Sumber: Akhbar Harian Ekspres, 20 November 2020)
4.3 Proses Pembentukan Istilah
Menurut Hasnah Mohamad (2017), kemasukkan perkataan baharu ke dalam
kosa kata Melayu sering berlaku. Hal ini terjadi terutamanya berdasarkan keperluan
segera, misalnya dalam penulisan berita atau makalah di akhbar. Perkataan-perkataan
tersebut lazimnya diperkenalkan oleh individu tertentu, khusunya penulis yang terlibat
dalam penerbitan makalah berkaitan untuk memenuhi keperluan pengguna. Menurut
Siow (1990), peristilahan merupakan sebahagian daripada usaha kearah meningkatkan
taraf dan memantapkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.. Terdapat dua proses
pembentukkan istilah iaitu melalui proses pinjaman terjemah dan melalui proses
pinjaman.
Proses Pinjaman Terjemahan
Melalui proses ini isitilah terbentuk daripada perkataan Melayu jati atau bahasa
serumpun dengan memberikan makna baharu untuk membawa konsep tertentu yang
sebelumnya tidak ada dalam bahasa Melayu, Terdapat lima proses terjemah iaitu
terjemahan langsung, penggabungan dua kata umum, penciptaan kata baharu yang
tidak pernah ada dalam bahasa Melayu, peluasan makna dan proses pengandaan separa.
39
Formula:
a) Terjemahan langsung
soluble = larut
Contoh:
“KUALA LUMPUR: Peruncit fesyen Jepun Uniqlo akan membuka Gedung mega
baharu di Malaysia, di sebalik Pandemik COVID-19 dan kelembapan ekonomi
global”.
(Sumber: Berita Harian Online, 10 November 2020)
40
b) Penggabungan dua kata umum
right angle = sudut tepat
Contoh:
“Insya-Allah selepas semua Kembali seperti biasa, saya dan suami tetap mahu nikmati
fasa berbulan madu di Makkah”, katanya kepada BH Online.
(Sumber: Berita Harian Online, 19 Jun 2020)
c) Penciptaan kata baharu yang tidak pernah ada dalam bahasa Melayu.
Configuration = tatarajah
Contoh:
“Najib perlu membayar tunggakan cukai pendapatan tambahan berjumlah RM1.69
bilion kepada Kerajaan Malaysia selepas Mahkamah Tinggi di sini, membenarkan
penghakiman terus (tanpa perlu dibicarakan) dalam kes saman LHDN terhadap beliau
pada 22 Julai lalu”.
(Sumber: Berita Harian Online, 19 November 2020)
d) Peluasan makna = kikis
hakis
Contoh:
“Kuala Lumpur: Pemberian moratorium secara bersasar lebih sesuai dilaksanakan
khususnya kepada rakyat yang terbabit dengan Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB) di empat negeri ketika ini bagi memastikan kemudahan itu
disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan”.
(Sumber: Harian Metro, 16 Oktober 2020)
41
e) Proses gandaan separa
Capillary = rerambut
Contoh:
“KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia hanya boleh bergerak dalam lingkungan
radius 10 kilometer (km) dari kediaman masing-masing ketika kawalan pergerakan
dilaksanakan, meskipun untuk tujuan membeli makanan atau ubat.
(Sumber: Berita Harian Online, 1 April 2020)
Proses Pinjaman
Melalui proses pinjaman, cara pembentukkan kata adalah mengambil istilah daripada
bahasa asalnya dan penyesuaian dibuat pada bahagian bunyi dan ejaan. Terdapat dua
proses pinjaman iaitu penyesuaian ejaan dan pengambilan tanpa perubahan ejaan.
a) Penyesuaian ejaan
biology = biologi
Contoh:
“Selain itu, Langkah memperluaskan program i- Sinar Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) kepada semua ahli yang terjejas dari segi pendapatan membabitkan
lapan juta ahli juga dilihat bakal menyokong ekonomi domestik”.
(Sumber: Berita Harian Online, 26 November 2020)
42
b) Pengambilan tanpa perubahan ejaan
import = import
Contoh:
“Sekarang ini negara kita sudah menetapkan prosedur operasi standart (SOP) yang
betul di semua tempat. Tinggal saja kita yang kena lebih berjaga-jaga”.
(Sumber: Harian Metro, 27 November 2020, ms 18)
43
Aktiviti
1. Guru akan menerangkan terlebih dahulu mengenai proses pembaharuan bentuk
kata kepada pelajar secara terperinci.
2. Setelah itu, guru akan menyediakan beberapa buah buku cerita pendek kepada
para pelajar dan pelajar akan diminta untuk mencari pasangan yang berlainan
jantina.
3. Kemudian, setiap pasangan akan diberikan masa selama 20 minit untuk
membaca buku yang telah diberikan dan menyenaraikan perkataan yang
mengalami pembaharuan pembentukan kata di atas kertas kosong sebanyak
mungkin.
4. Setelah itu, setiap pasangan akan diminta untuk berkongsi jawapan mereka
dengan sukarela dihadapan kelas. Teknik pembentangan yang kreatif serta
jumlah perkataan yang betul akan menentukan pemenang.
44
5.0 LATIHAN PENGUKUHAN
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. ______ buku sejarah itu ditulis oleh pengarangnya sendiri.
A. Prasyarat
B. Prauniversiti
C. Prakata
D. Prasejarah
2. Pada zaman ______, kaum wanita sering ditindas oleh kaum lelaki.
A. Sejarawi
B. Antisosial
C. Hipersonik
D. Jahiliah
3. Pendidikan ______ adalah satu program yang menyediakan pengalaman
pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun
atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.
A. Prauniversiti
B. Prasekolah
C. Prasarana
D. Prasiswazah
45
4. Pilih perkataan yang mengandungi imbuhan bahasa Arab-Parsi
Dengan betul.
A. Biadap
B. Proislam
C. Poliklinik
D. Maha agung
5. Perkataan yang manakah tidak berkaitan dengan imbuhan pinjaman bahasa
Sanskrit?
A. Swalayan
B. Mahaguru
C. Probarat
D. Tatanegara
6. Perkataan yang manakah berkaitan dengan imbuhan awalan Yunani-Latin-
Inggeris?
A. Prasiswazah
B. Potensi
C. Saintifik
D. Antikerajaan
46