7. Apakah perkataan yang terdiri daripada imbuhan akhiran Sanskrit?
A. Jutawan
B. Duniawi
C. Praktikal
D. Ekonomis
8. Berikut merupakan perkataan yang mempunyai imbuhan daripada bahasa Arab-
Parsi, kecuali
A. Abadi
B. Muslimin
C. Protimur
D. Ilmiah
9. Antara yang berikut, perkataan yang manakah menggunakan imbuhan akhiran
yang membawa pengertian "bidang kajian"?
A. Saintifik
B. Ilmuwan
C. Biologi
D. Psikologi
47
10. Pilih ayat di bawah yang menggunakan imbuhan bahasa asing.
I. "Cuba jauhi prasangka buruk terhadap kawan-kawan kamu," pesan
Cikgu Marina.
II. Hartawan itu seorang yang merendah diri dan beliau amat disenangi oleh
jiran-jirannya.
III. Abang Syafiq merupakan seorang jurutera lulusan luar negara yang
berwibawa.
IV. Pengunjung yang bercuti di Pulau Tioman tidak melepaskan peluang untuk
berenang di lautnya yang biru.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
48
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.
11. Encik Mazlan merupakan seorang wartawan yang berjaya dalam perniagaan
A.
yang diceburi sejak lima tahun lepas. Tiada kesalahan
B C. D.
12. Pramusaji itu melayan para penumpang dengan mesra sekali. Tiada kesalahan.
A. B. C. D.
49
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat
itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
13. Isteri Roslan merupakan seorang dermawan berbakat yang gemar menghasilkan
lukisan abstrak.
A. Jutawan
B. Hartawan
C. Karyawan
D. Dermawan
14. Kitaran hidrologi merujuk kepada kewujudan, pergerakan, dan pertukaran air yang
berterusan dalam pelbagai bentuk seperti cecair, pepejal dan wap dalam pelbagai
ruang.
A. Makronukleus
B. Makroiklim
C. Hidrolisis
D. Hidrologi
15. Pilih ayat yang betul.
A. Manusiawi berdiri sewaktu tetamu kehormat itu masuk ke dalam dewan.
B. Dalam bab kelima, terdapat lapan subtopik yang berlainan.
C. Jalan dwimata itu akan ditukar menjadi jalan ekahala sahaja
D. Ustaz Razi mengajar kami cara-cara melakukan ilmiah solat.
50
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat penggunaan imbuhan pinjaman bahasa asing
dalam bahasa melayu. Kenal pasti dan tulis jawapan pada ruangan yang disediakan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
16. Farish dan ibunya berjalan kaki untuk pergi ke poliklinik.
____________________________________________________
17. Aliza membaca rencana mengenai seorang hartawan yang terkenal.
____________________________________________________
18. Farah menjaga tatasusila semasa berurusan dengan seorang pegawai di bank
____________________________________________________
51
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan istilah atau kesalahan ejaan.
Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul di ruangan yang
disediakan. Anda tidak perlu menyalin semula ayat tersebut.
19. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau Malaysian Higher School Certificate
dalam bahasa Inggeris merupakan peperiksaan prasyarat yang diduduki oleh
pelajar Malaysia.
____________________________________________________
20. Persoalan poli gami sering dijadikan topik perbincangan yang sangat menarik
untuk diperkatakan terutamanya dikalangan kaum lelaki.
____________________________________________________
Tentukan subjek dan predikat dalam ayat di bawah.
21. Kempen antidadah itu dirasmikan oleh Menteri Kesihatan.
22. Negara itu mengamalkan dasar antikomunis.
____________________________________________________
23. Nyatakan 2 contoh perkataan yang menggunakan imbuhan Sanskrit.
a. __________________
b. __________________
24. Senaraikan beberapa contoh imbuhan akhiran bahasa Arab-Parsi.
__________________________________________________
52
Terdapat satu perkataan yang menggunakan imbuhan bahasa asing dalam ayat di
bawah. Kenal pasti perkataan tersebut dan tulis jawapan yang betul di ruangan yang
disediakan.
25. Jambatan yang runtuh itu didapati menggunakan bahan yang substandard.
____________________________________________________
26. Peragawati itu sedang memperagakan pakaian fesyen baru keluaran Butik Faizal.
____________________________________________________
27. Tatatertib di jalan raya mestilah dipatuhi agar kemalangan dapat dielakkan.
____________________________________________________
28. Berikan dua contoh perkataan baharu yang tercipta secara penggunaan popular.
a. __________________
b. __________________
29. Pihak yang manakan terlibat dalam penciptaan perkataan baharu melalui
perancangan bahasa yang rasmi di Malaysia?
____________________________________________________
30. Huraikan proses-proses pembentukan istilah.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
____________________________________
53
SKEMA JAWAPAN
1. C
2. D
3. B
4. A
5. C
6. D
7. A
8. C
9. A
10. A
11. A
12. A
13. C
14. D
15. B
16. Poliklinik
17. Hartawan
18. Tatasusila
19. Prauniversiti
20. Poligami
54
21. Subjek - Kempen antidadah itu
Predikat - dirasmikan oleh Menteri Kesihatan
22. Subjek - Negara itu
Predikat - mengamalkan dasar antikomunis
23. Maha mulia
Prasejarah
24. -wi, -i, -iah, -in, -at, -ah
25. Substandard
26. Peragawati
27. Tatatertib
28. Komisen
Naskhah asal\
29. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dan institusi-institusi pengajian tinggi
30. Proses pinjam terjemah - istilah terbentuk daripada perkataan Melayu jati
atau bahasa serumpun dengan memberikan makna baharu untuk membawa
konsep tertentu yang sebelumnya tidak ada dalam bahasa Melayu.
Proses pinjaman - dibentuk dengan cara mengambil istilah daripada bahasa
asalnya dan penyesuaian dibuat pada bahagian bunyi dan ejaan.
55
6.0 Penutup
Morfologi adalah merupakan satu aspek yang penting dalam tatabahasa
Bahasa Melayu . Tatabahasa pula merujuk kepada perkara asas bagi sesuatu bahasa.
Bahkan morfologi pula memfokuskan kajian terhadap perkataan dalam Bahasa
Melayu yang telah mengalami perkembangannya yang pesat , terutamanya dalam
bidang kosa kata atau perbendaharaan kata yang melibatkan perubahan bentuk-
bentuk kata.
Seterusnya, dari segi pembentukan kata pula, kemunculan bunyi-bunyi
baharu serta bentuk imbuhan alam bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, hasil
daripada perkembangan ilmu dan ikhtisas tertentu, imbuhan yang pada asalnya tidak
dianggap imbuhan kerana keperluan dalam mengayakan perbendaharaan perkataan
baharu dalam Bahasa Melayu bagi mendukung istilah-istilah yang tertentu.
Rentetan itu, melalui proses pembentukan perkataan baharu ini dapat
memperkembangkan lagi pemahaman dan ilmu pengetahuan dalam kalangan
generasi kini.
56
Rujukan
Asrul Azuan Mat Dehan, Hajah Nor Azuawan Yaakob dan Jama’yah Zakaria. (2014).
Gerak Kerja ‘5P’ Pembentukan Istilah Bahasa Melayu: International Journal
of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL), 1, 77-86. Diperoleh
daripada: https://journal.ump.edu.my/ijleal/article/view/421/77
Hasnah binti Mohamad. (2017). Pembentukan Istilah Baharu: Sejauh Mana
Kesejajarannya Dengan Pedoman? :Persidangan Antarabangsa Sains &
Kemanusiaan Kali ke-2 (PASAK 2017).
Hasmidar Hassan, Mardian Shah Omar & Puteri Roslina Abdul Wahid. (2018).
Kecelaruan Morfologi Dalam Penulisan Bahasa Melayu Oleh Penutur Asing.
Jurnal Linguistik, 22(2), 20-36. Diperoleh daripada
https://ejurnal.plm.org.my/index.php/jurnallinguistik/article/view/50
Saida Gani & Berti Arsyad. (2018). Kajian Teoritis Struktur Internal Bahasa (Fonologi,
Morfologi, Sintaksis, dan Semantik). Jurnal Bahasa dan Sastra Arab, 07(1),
1(20). Diperoleh daripada https://journal.umgo.ac.id/index.php/AJamiy/article
View/302
Fazurawati Che Lah. (2019). Belajar lebih menyeronokkan. My Metro. Diperoleh
daripada https://www.hmetro.com.my/bestari/2019/09/492376/belajar-lebih-
menyeronokkan
Mistirini Radin & M. Al-Muz-zammil Yasin. (2018). Perlaksanaan Pendidikan Abad
ke-21 di Malaysia: Satu Tinjauan Awal. Sains Humanika. 10 (3-2). Diperoleh
daripadahttps://sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumanika/article/view/1
481
57
LAMPIRAN 1
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71