Modul Panduan Soalan-soalan Topikal Pendidikan Moral Tingkatan 4
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
MODUL PANDUAN PENDIDIKAN MORAL
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
TINGKATAN 4
SOALAN-SOALAN Tingkatan
4TOPIKAL
1225
KSSM
SEKTOR PEMBELAJARAN 0
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
Hakciptaterpelihara@sektor pembelajaranJPNJ
UNIT 1 : NORMA MASYARAKAT PEMANGKIN KESEJAHTERAAN
Soalan Bahagian A
1. Perhatikan gambar di bawah yang menunjukkan perubahan norma masyarakat dalam
aktiviti permainan tradisional dan sekarang.
Permainan tradisional Permainan sekarang
(a) Norma masyarakat sangat penting pada masa kini.
Definisikan maksud norma masyarakat. [2m]
(b) Nyatakan dua contoh permainan tradisional lain yang dimainkan oleh kanak-kanak.
[2m]
i
ii
(c) Adakah perubahan aktiviti di atas sesuai dengan norma kehidupan masyarakat kini.
Huraikan jawapan anda. [4m]
(d) Norma masyarakat amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup dan memberikan
kebaikan kepada semua anggota dalam sesebuah masyarakat.
Bincangkan kepentingan norma masyarakat yang sepatutnya kita amalkan. [2m]
Soalan Bahagian B
Gambar di bawah menunjukkan suasana di meja makan.
Lily dan Peter sering bermain gajet elektronik di meja makan.
Apakah perasaan anda selepas melihat suasana di atas ? Justifikasikan ? [10m]
Soalan Bahagian C
Kebelakangan ini, segelintir golongan muda didapati lebih mengutamakan budaya
hedonisme.
• Hedonisme ialah pegangan atau pandangan yang mementingkan
keseronokan atau kesenangan hidup sahaja.
• Contoh budaya hedonisme yang dilakukan oleh golongan muda adalah
seperti pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah, dan berpelesira sehingga
lewat malam
a. Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan mengapakah golongan muda kini
mengutamakan budaya hedonisme. [10m]
b. Langkah tertentu perlu dilakukan untuk memastikan golongan muda ini mengelakkan
diri daripada budaya hedonisme dan tidak melupakan budaya tempatan.
Selain nilai rasional dan nilai bertanggungjawab, jelaskan jawapan anda dengan
menggunakan dimensi moral dan nilai universal moral. [10m]
UNIT 2 : PERIBADI MULIA HIASAN DIRI
Soalan Bahagian A
1. Pernyataan di bawah adalah konsep individu berkeperibadian mulia.
• Pembentukan modal insan yang berkeperibadian mulia memerlukan penghayatan
nilai murni dan perkembangan dari segi penaakulan moral, emosi moral dan
perlakuan moral.
• Keperibadian mulai adalah sifat baik dan terpuji yang dimiliki oleh individu.
(a) Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan ciri-ciri individu yang berkeperibadian mulia.
[2m]
i
ii
Gambar menunjukkan situasi bantuan diberikan kepada orang tua untuk melintas jalan raya.
Mengapakah lelaki berbaju Kasihan pak cik.
biru itu tidak membantu Lama menunggu
pakcik ini ? untuk melintas
(b) Wajarkah lelaki berbaju merah berprasangka buruk terhadap lelaki berbaju biru
tersebut ? Bincangkan. [3m]
Memberikan kritikan tanpa usul periksa merupakan tindakan tidak
berkeperibadian mulia yang semakin menular dalam kalangan remaja.
(c) Bincangkan komen anda berdasarkan pernyataan di atas. [5m]
Soalan Bahagian B
Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan yang diberikan.
• Chong Hui merupakan
seorang pecinta haiwan.
• Dia sering memberi
makanan kepada kucing-
kucing jalanan.
• Dia juga sering merawat
haiwan-haiwan yang sakit.
• Dia prihatin akan kebajikan
haiwan-haiwan jalanan.
Berdasarkan situasi di atas, jelaskan Implikasi sikap berkeperibadian mulia Chong Hui
terhadap haiwan.
Cerakinkan jawapan anda berdasarkan nilai-nilai universal. [10m]
Soalan Bahagian C
Gambar berikut menunjukkan dilema yang dihadapi oleh seorang penunggang motosikal
setelah motosikalnya telah bergesel dengan sebuah kenderaan.
i. Berdasarkan situasi di atas, wajarkah tindakan penunggang motosikal itu melarikan diri
setelah menggesel kereta tersebut. Sebagai seorang individu yang berkeperibadian
mulia, huraikan penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral yang sepatutnya
diamalkan oleh penunggang motosikal tersebut. [10m]
ii. Jelaskan kepentingan sikap keperibadian mulia dalam kehidupan harian seseorang
individu.
Sokong jawapan anda dengan nilai-nilai universal yang dipelajari. [10m]
UNIT 3 : PRINSIP KEADILAN DAN KEPRIHATINAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN
Soalan Bahagian A
1. Dalam membuat sesuatu keputusan, kita selalu menggunakan sama ada prinsip
keadilan atau prinsip keprihatinan untuk menyelesaikan sesuatu dilema moral.
(a) Huraikan contoh prinsip keadilan [2m]
Pernyataan yang berikut menerangkan tentang hukuman ringan dijatuhkan dalam satu kes
buli yang menyebabkan kematian.
Sekumpulan remaja membuli seorang remaja lain sehingga menyebabkan
kematian. Mereka dijatuhkan hukuman ringan kerana berusia di bawah 18 tahun.
(b) Setujukah anda dengan hukuman ringan dijatuhkan kepada remaja yang berusia di
bawah 18 tahun ? Jelaskan. [3m]
(c) Jenayah buli dalam kalangan remaja semakin berleluasa dalam masyarakat hari ini.
Ramalkan kesan sekiranya jenayah buli ini semakin berleluasa dalam masyarakat.
[3m]
i
ii
iii
(d) Huraikan kepentingan pihak berkuasa dalam membanteras jenayah buli dalam
kalangan remaja berlandasakan [2m]
i Prinsip keadilan :
ii Prinsip keprihatinan :
Soalan Bahagian B
Maklumat yang berikut menunjukkan seorang janda yang ditangkap akibat menjadi keldai
dadah. Di Malaysia, kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 akan mengundang
hukuman berat mahupun hukuman mati mandatori.
Sejauh manakah prinsip keadilan dan prinsip keprihatinan dapat mengadili keldai
dadah di atas ? Justifikaskan hujah anda berdasarkan nilai-nilai universal yang
dipelajari. [10m]
Hukuman Mungki
berat harus n tak
dijatuhkan keldai
dadah
kepada
Kalau dia ditipu,
patut diringankan
hukumannya.
Soalan Bahagian C
Gambar menunjukkan kejadian kebakaran yang telah memusnahkan sederet rumah di
sebuah kawasan.
Kejadian kebakaran seperti di atas sering berlaku di sekeliling kita. Sebagai seorang insan
yang prihatin, kita seharusnya peka kepada apa yang berlaku di sekeliling kita.
a. Apakah perasaan anda apabila melihat kejadian kebakaran seperti di atas ?
Sejauh manakah prinsip keprihatinan dapat dihayati dan diamalkan oleh masyarakat ?
[10m]
b. Berdasarkan domain moral yang dipelajari, huraian kesan sekiranya mangsa
kebakaran seperti di atas tidak diberikan bantuan yang sewajarnya ?
Hujah yang anda berikan perlu berdasarkan nilai universal. [10m]
UNIT 4 : PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SECARA BERETIKA
Soalan Bahagian A
1. Kelvin telah menerima emel yang menyerupai laman sesawang bank yang memintanya
untuk mengemas kini maklumat akaun. Tanpa rasa ragu-ragu, Kelvin terus mengemas
kini maklumat peribadi perbankannya. Beberapa hari kemudian, pihak bank
menghubungi Kelvin untuk mengesahkan pengeluaran sejumlah besar wang yang telah
dibuatnya.
(a) Jika anda Kelvin, apakah tindakan anda jika menerima emel di atas ? [2m]
i
ii
iii
(b) Nyatakan etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang patut anda
amalkan semasa melayari sesebuah laman sesawang. [2m]
i
ii
(c) Jelaskan kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika
bagi memudahkan urusan kehidupan harian. [4m]
(d) Perbuatan pengabaian penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika
boleh mengundang tindakan undang-undang.
Namakan undang-undang yang melindungi pengguna teknologi maklumat dan
komunikasi. [2m]
i
ii
Soalan Bahagian B
Berikut ialah maklumat berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
dalam sistem Pendidikan di Malaysia.
Salah satu kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi adalah untuk murid lepasan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Mereka boleh
melayari laman sesawang yang disediakan untuk membuat permohonan melanjutkan
pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Bagaimanakah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi tersebut dapat memberi
manfaat kepada murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia (STPM) dalam membuat permohonan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian
tinggi ? [10m]
Soalan Bahagian C
Pernyataan berikut berkaitan dengan masalah penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam talian.
Alicia telah mengiklankan produk jualannya melalui laman sosialnya. Dia telah
menerima pelbagai mesej daripada pelanggan yang bertanyakan tentang produknya
itu. Alicia melayan setiap pelanggannya dengan baik dan sopan. Namun demikian,
setelah lama bersoal jawab, seorang pelanggan Alicia telah mengubah topik
perbualan berunsur lucah dan seksual.
a. Patutkah Alicia terus melayan mesej pelanggan tersebut ?
Jelaskan jawapan anda berdasarkan nilai universal yang dipelajari. [10m]
Hak cipta merupakan suatu hak eksklusif bagi seseorang pencipta karya untuk mengawal
penggunaan karya mereka.
Karya yang dilindungi adalah seperti karya sastera, karya muzik, karya seni, filem, rakaman
bunyi, siaran, karya terbitan.
(sumber : www.myipo.gov.my)
b. Bob dan rakan-rakan sedang menonton sebuah filem terbaharu di pawagam. Sambil
menonton, Bob telah merakam filem tersebut dengan menggunakan telefon pintar.
Apabila pulang ke rumah, Bob memuat naik rakaman tersebut melalui laman sosial dan
menularkannya.
Adakah tindakan memuat naik rakaman tersebut merupakan satu pelanggaran hak cipta
? Bincangkan. [10m]
.
UNIT 5 : MANTAP INTEGRITI MANTAPLAH JATI DIRI
Soalan Bahagian A
1 Gambar menunjukkan pelbagai cara meniru semasa peperiksaan.
(a) Perbuatan meniru dalam peperiksaan adalah perbuatan yang melanggar integriti
individu. Takrifkan maksud integriti individu. [2m]
(b) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang murid terlibat dalam perbuatan peniruan
dan penipuan dalam peperiksaan ? [3m]
i
ii
iii
Integriti perlu dipupuk dalam diri setiap individu bagi melahirkan insan yang
bertanggungjawab dalam setiap perlakuan. Oleh itu, setiap individu perlu mengetahui
kepentingan integriti agar mampu memelihara nilai moral dalam diri seseorang bagi
setiap tindakan yang diambil.
(c) Ulaskan pernyataan di atas. [5m]
Soalan Bahagian B
Maklumat di bawah berkaitan dengan usaha kerajaan untuk memartabatkan integriti di
Malaysia.
Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023
Pembentukan Pelan Antirasuah Nasional (NCP) merupakan dasar antirasuah
yang mencerminkan harapan tinggi rakyat untuk negara bebas rasuah yang
mengamalkan ketelusan, bertanggungjawab dan integriti.
Usaha di atas menunjukkan manfaat amalan sikap amanah dalam kehidupan harian.
Terangkan implikasi yang akan berlaku jika usaha kerajaan tersebut diabaikan oleh rakyat
Malaysia. [10m]
Bahagian C
Cerita di bawah adalah berkaitan dengan perbuatan plagiat dalam tugasan.
Seorang guru Pendidikan Moral telah memberikan tugasan kepada kelas Wan Ping . Ketika
menyiapkan tugasan tersebut, Wan Ping ternampak rakannya Stacy memuat turun pelbagai
bahan tanpa mengambil kira hak cipta bahan tersebut. Dia memberitahu bahawa semua
bahan tersebut merupakan hak miliknya.
a. Apakah dimensi moral yang sepatutnya dilakukan oleh Stacy untuk menghindarkan diri
daripada terjebak dengan perbuatan plagiat ?
Selain dari nilai bertanggungjawab dan nilai rasional, justifikasikan jawapan anda
berdasarkan nilai universal yang dipelajari. [10m]
Situasi 1 dan situasi 2 telah menjadi satu fenomena yang sering berlaku bagi sesetengah
syarikat.
Dilema Moral :
Situasi 1 : Sekumpulan pekerja yang melakukan perbuatan tidak
berintegriti. Mereka pula dipuji dan dinaikkan pangkat
oleh majikan kerana pandai mengambil hati majikan.
Situasi 2 : Setiap hari kerja di pejabat tidak dapat dihabiskan dan
saya terpaksa bekerja lebih masa untuk
menyiapkannya. Majikan beranggapan saya ini tidak
produktif sedangkan saya menanggung kerja-kerja
yang ditinggalkan oleh kumpulan pekerja yang tidak
berintegriti dalam situasi 1.
b. Berdasarkan situasi 1 dan situasi 2 di atas, jelaskan komen anda. [10m]
UNIT 6 : KELUARGA BERINTEGRITI KELUARGA DISEGANI
Soalan Bahagian A
1. Keluarga ialah unit asas yang berkait rapat dengan integriti dalam membentu sikap dan
perlakuan mulia setiap anggotanya. Oleh itu, pembinaan keluarga bahagia adalah
bertunjangkan integriti keluarga.
(a) Nyatakan ciri-ciri integriti keluarga. [3m]
i.
ii.
iii.
Gambar menunjukkan suasana harmoni dan bahagia dalam keluarga Mei Ling.
Mama,
selamat
hari jadi....
(b) Nyatakan emosi moral anda selepas melihat suasana keluarga Mei Ling.
Bincangkan cara keluarga Mei Ling memupuk integriti keluarga. [5m]
Gaya keibubapaan yang berintegriti merupakan elemen penting dalam
membentuk keperibadian anak-anak. Gaya keibubapaan memberikan impak
yang besar terhadap perkembangan anak-anak.
(c) Berdasarkan situasi yang diberikan, mengenal pastikan jenis gaya keibubapaan.
i. Ibu bapa mendapati Wei Jie mempunyai bakat melukis dan sangat berminat untuk
melukis. Mereka telah menghantar Wei Jie pergi ke kelas melukis untuk
mengembangkan potensinya. [1m]
ii. Mei Mei ialah anak tunggal dalam keluarga. Oleh kerana dia adalah anak tunggal, maka
ibu bapa Mei Mei sangat sayang Mei Mei. Mereka telah memberi kebebasan kepada
Mei Mei untuk membuat apa sahaja dan menuruti setiap permintaan Mei Mei tanpa
memikirkan kesannya. [1m]
Soalan Bahagian B
Desakan hidup boleh menyebabkan integriti keluarga tergadai
Ulaskan pernyataan ini.
Sokong hujah anda dengan nilai universal yang anda pelajari. [10m]
Soalan Bahagian C
Berikut ialah catatan diari Yan Yan.
08.03.2021
Bapa dan mama bergaduh lagi hari ini. mama
kata bapa tidak melaksanakan tanggungjawab
untuk jaga keluarga ini. Aku sangat sedih.
10.03.2021
Adik menangis masa saya balik dari sekolah.
Rupa- rupanya bapa dan mama bertelingkah lagi.
Selepas itu, mama telah keluar. Adik lapar, aku
pun lapar. Siapa boleh tolong aku.....
15.03.2021
Hari ini, bapa telah pukul mama, aku sangat
takut. aku tidak tahu apa boleh aku buat.....
a. Berdasarkan catatan diari Yan Yan, bincangkan implikasi perbuatan tidak berintegriti
terhadap anggota keluarga. [10m]
b. Huraikan nilai universal yang perlu diamalkan oleh semua anggota keluarga dalam
membina keluarga yang berintegriti. [10m]
UNIT 7 : BERKEPERIKEMANUSIAAN MEMBENTUK MASYARAKAT SEJAHTERA
Soalan Bahagian A
1.
Kes penderaan kanak-kanak bukanlah
perkara baru dalam negara ini.
Malangnya semakin meningkat dari
tahun ke tahun. Penderaan kanak-
kanak ini boleh dikelaskan kepada
beberapa jenis, antaranya ialah
penderaan fizikal, penderaan mental
dan penderaan seksual.
(a) Nyatakan kesan penderaan kepada kanak-kanak. [2m]
i.
ii.
(b) Ibu dan ayah kandung serta pengasuh merupakan golongan yang paling banyak
terlibat dalam kes penderaan kanak-kanak.
Huraikan punca berlakunya penderaan terhadap kanak-kanak. [4m]
i.
ii.
(c) Penderaan kanak-kanak adalah perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.
Cadangkan langkah yang perlu diambil oleh ahli masyarakat dalam menangani
masalah penderaan kanak-kanak. [3m]
i.
ii.
iii.
(d) Namakan akta yang dikuatkuasakan oleh kerajaan untuk melindungi kanak-kanak.
[1m]
Soalan Bahagian B
Amalan sukarelawan merupakan aktiviti yang dapat membantu golongan yang memerlukan
dalam meneruskan kehidupan yang lebih baik.
Huraikan kepentingan perlakuan berperikemanusiaan yang dilakukan oleh para sukarelawan
terhadap masyarakat setempat. [10m]
Soalan Bahagian C
Keratan akhbar di bawah menunjukkan kes pembuangan bayi. Kes-kes pembuangan bayi
bukanlah sesuatu yang asing didengari dan berlaku dalam masyarakat Malaysia malah di
merata tempat.
a. Apakah perasaan anda apabila membaca keratan akhbar tersebut ?
cerakinkan peranan pelbagai pihak untuk membendung masalah ini.
Hujah anda hendaklah berdasarkan nilai universal yang dipelajari. [10m]
b. Apabila nilai kemanusiaan diabaikan, manusia terdorong mengambil tindakan negatif.
Impaknya boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat.
Terangkan kesan pengabaian sikap perikemanusiaan dalam kehidupan seharian. [10m]
UNIT 8 : HAK DAN TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA
Skema Soalan Bahagian A
1. Maklumat berikut berkaitan dengan pilihan raya negara kita. Rakyat perlu bijak
dalam memilih organisasi untuk mentadbir negara.
(a) Warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas diberi hak untuk menjadi pengundi
dalam pilihanraya.
Senaraikan prosedur untuk menjadi pengundi dalam pilihanraya. [3m]
i
ii
iii
(b) Cerakinkan kepentingan warganegara melibatkan diri dalam pilihan raya. [4m]
(c) Pada pendapat anda, apakah usaha kerajaan untuk menggalakkan warganegara
Malaysia mendaftar sebagai pengundi ? [2m]
i
ii
(d) Memiliki dokumen sah sebagai rakyat sesebuah negara adalah hak warganegara.
Namakan dokumen sah tersebut. [1m]
Soalan Bahagian B
Maklumat berikut berkaitan dengan hak dan tanggungjawab sebagai warganegara.
Sebagai rakyat Malaysia, huraikan kepentingan melaksanakan tanggungjawab yang
dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. [10m]
Soalan Bahagian C
Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan warganegara Malaysia
kebebasan bercakap, berhimpun dan
berpersatuan. Rakyat Malaysia boleh
menyuarakan ketidakpuasan dan pandangan
mereka kepada pihak berkuasa dengan
saluran yang betul, tetapi bukan melalui
provokasi yang boleh mengancam perpaduan
kaum dan keamanan negara.
a. Bincangkan bagaimana rakyat Malaysia boleh menyuarakan ketidakpuasan dan
padangan mereka kepada pihak berkuasa dengan menggunakan saluran yang
betul ? [10m]
b. Semasa menggunakan hak kebebasan bersuara dan berhimpun, rakyat Malaysia harus
mamatuhi batasan tertentu agar tindakan yang diambil tidak menyalahi Perlembagaan
Malaysia dan menjamin kesejahteraan rakyat.
Bagaimanakah seseorang warganegara mengamalkan hak dan tanggungjawab untuk
kebebasan bersuara dan berhimpun ?
Terangkan jawapan anda berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari. [10m]
UNIT 9 : PERPADUAN MASYARAKAT ASAS KEMAKMURAN NEGARA
Soalan Bahagian A
1. Maklumat di bawah ini adalah berperanan membentuk masyarakat yang harmoni.
Perpaduan ialah penyatuan masyarakat dalam membentuk satu identiti
nasional dan nilai bersama. Sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum kita perlu mengekalkan perpaduan bagi mewujudkan
sebuah Negara yang makmur.
(a) Dalam konteks memupuk perpaduan ke arah keharmonian dan kemakmuran negara,
nyatakan contoh amalan perpaduan dalam masyarakat. [2m]
i
ii
(b) Senaraikan kepentingan amalan perpaduan dalam masyarakat yang berbeza agama,
bangsa dan budaya. [2m]
i
ii
(c) Perpaduan di Malaysia masih belum dapat dicapai sepenuhnya walaupun pelbagai
usaha telah dilakukan. Huraikan cabaran dalam membentuk amalan perpaduan
masyarakat berbilang kaum. [4m]
(d) Nyatakan agensi yang berperanan untuk memupuk semangat perpaduan dalam
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. [2m]
i
ii
Soalan Bahagian B
Gambar di bawah berkaitan dengan permainan tradisional.
Permainan tradisional merupakan satu wadah untuk masyarakat pelbagai kaum berjumpa dan
beriadah. Melalui permainan tradisional, mereka saling mengenali dan menjalinkan hubungan
baik dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Setujukah anda dengan penyataan tersebut. Justifikasikan. [10m]
Soalan Bahagian C
Berikut merupakan aktiviti yang dijalankan oleh Rukun Tetangga.
a. Berdasarkan iklan di atas, jelaskan kepentingan Rukun Tetangga kepada komuniti
setempat berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari. [10m]
b. Selain penubuhan Rukun Tetangga, bincangkan aktiviti-aktiviti lain yang boleh
dijalankan oleh masyarakat untuk menjamin kesejahteraan masyarakat. [10m]
UNIT 10 : PENGURUSAN PERBELANJAAN SECARA BERETIKA
Soalan Bahagian A
1. Maklumat di bawah ini adalah berkaitan dengan perbelanjaan secara beretika.
Dalam kehidupan seharian, setiap individu membelanjakan sejumlah wang untuk
memenuhi keperluan harian. Perbelanjaan ini perlu diuruskan
secara berhemah bagi menjamin kewangan yang stabil.
(a) Setujukah anda dengan pernyataan tersebut. Jelaskan. [3m]
(b) Perbelanjaan secara beretika banyak memberikan manfaat kepada individu.
Huraikan kepentingan pengurusan perbelanjaan secara beretika. [4m]
i
ii
(c) Sebagai seorang pengguna, kita perlu bijak menguruskan perbelanjaan secara
beretika. Nyatakan hak anda sebagai seorang pengguna. [3m]
i
ii
iii
Soalan Bahagian B
Penggunaan kad kredit adalah
gaya hidup zaman moden.
Penggunaan kad kredit lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding dengan
kebaikan kepada pengguna.
Bincangkan pernyataan ini dengan berdasarkan nilai universal. [10m]
Soalan Bahagian C
Gambar yang berikut adalah berkaitan dengan promosi jualan murah.
a. Pernahkah wang anda habis dibelanjakan untuk jualan murah ?
Bagaimanakah cara terbaik anda menguruskan emosi moral dalam menentukan
perbelanjaan apabila melihat iklan jualan murah.
Justifikasikan hujah anda berdasarkan nilai universal yang anda pelajari. [10m]
.
b Terangkan implikasi sekiranya anda terlalu mengikut nafsu berbelanja ketika jualan
murah tersebut. [10m]
UNIT 11 : KEUNIKAN RAKYAT MALAYSIA
Soalan Bahagian A
1. Angela anak Ganang dan Mei Ling berkawan rapat sejak mereka di bangku sekolah
rendah lagi. Hubungan erat ini tidak terpisah walaupun mereka berbeza norma dan
budaya kaum. Setiap kali musim perayaan Gawai dan Tahun Baru Cina, mereka akan
saling kunjung berkunjung
(a) Berdasarkan penyataan di atas senaraikan tiga keunikan kaum Cina dan kaum Iban
dalam sambutan perayaan mereka setiap tahun. [3m]
i
ii
iii
(b) Jelaskan kepentingan mengekalkan keunikan yang diwarisi dalam kalangan rakyat
seperti yang digambarkan oleh Angela dan Mei Ling. [4m]
i
ii
(c) Apakah tanggungjawab yang boleh diamalkan oleh ibu bapa dalam mengekalkan
keunikan di kalangan anak-anak mereka dalam mengekalkan keunikan rakyat Malaysia
agar tidak lupus ditelan zaman. [2m]
(d) Kerajaan telah berusaha mengekalkan keunikan budaya rakyat Malaysia melalui
penggubalan dasar demi mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara.
Namakan dasar tersebut. [1m]
Soalan Bahagian B
Gambar di bawah menunjukkan perayaan sesuatu kaum yang dimeriahkan oleh kaum lain
tanpa mengira agama, bangsa, budaya dan bahasa.
Cerakinkan strategi yang boleh dilaksanakan bagi mengekalkan keunikan rakyat Malaysia.
[10m]
Soalan Bahagian C
Keratan akhbar di bawah berkaitan dengan sambutan perayaan di sekolah.
a. Mengadakan sambutan perayaan seperti Gong Xi Raya di sekolah sudah menjadi salah
satu aktiviti dalam takwim sekolah.
Ekspresikan perasaan anda jika dapat mengikuti sambutan tersebut.
Sejauh manakah sambutan perayaan itu dapat megekalkan keunikan rakyat Malaysia ?
Berikan justifikasi anda. [10m]
b. Keunikan kepelbagaian budaya rakyat Malaysia telah menjadi kebanggaan rakyat
Malaysia. Namun begitu, dalam mempertahankan keunikan rakyat Malaysia ini, banyak
cabaran yang perlu dihadapi demi keharmonian dan keamanan negara.
Bincangkan cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan keunikan setiap kaum
berdasarkan nilai-nilai universal. [10m]
UNIT 12 KEDAULATAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Soalan Bahagian A
1. Negara berdaulat ialah negara yang bebas daripada penjajahan dan berupaya untuk
menguruskan hal ehwal negara secara bebas tanpa campur tangan daripada mana-
mana negara lain.
(a) Jalur gemilang adalah lambang Malaysia sebuah negara yang berdaulat.
Senaraikan ciri-ciri yang menunjukkan Malaysia sebuah negara yang berdaulat. [2m]
i
ii
iii
(b) Mempertahankan kedaulatan negara menjadi tanggungjawab setiap warganegara.
Bagaimakah cara anda untuk mempertahankan kedaulatan negara? [4m]
i
ii
(c) Pada pendapat anda, apakah peranan kita sebagai rakyat dalam menjaga kedaulatan
negara. [4m]
Soalan Bahagian B
Rukun Negara sebagai nadi utama pegangan rakyat.
Sebagai warganegara yang mempunyai sifat patriotisme,
semua warganegara patut menghayati prinsip Rukun Negara.
Bincangkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dihayati oleh rakyat Malaysia. [10m]
Soalan Bahagian C
Gambar menunjukkan lambang kebesaran negara.
a. Apakah ekspresi perasaan anda apabila melihat lambang kebesaran negara ?
Mengapakah kita patut menghormati lambang kebesaran negara ? [10m]
Gambar menunjukkan perbuatan yang boleh mengugat kedaulatan negara.
b. Huraikan nilai universal yang patut diamalkan dalam menangani perbuatan yang boleh
menggugat kedaulatan negara. [10m]
KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 5
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
MODUL PANDUAN
PENDIDIKAN MORAL
(1225)
BAHAGIAN III
LATIHAN TOPIKAL
SEKTOR PEMBELAJARAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR