The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

kajian 8 buah novel tingkatan 4 dan 5, 4 zon di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qasdinahany, 2022-06-11 12:12:50

kajian 8 buah novel tingkatan 4 dan 5, 4 zon di Malaysia

kajian 8 buah novel tingkatan 4 dan 5, 4 zon di Malaysia

Sinopsis keseluruhan :

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang komplikasi
pesakit, namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi
mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu. Anehnya, yang
kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha,
apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada
yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-
Ray itu. Hal ini, membuatkan Raiha tambah tertekan.

Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan
mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati. Namun,
berbekalkan semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan.

Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata
mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru demonstrator
dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur pembedahan. Ketika itu, dia
menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu.
Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital
kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap
mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya perrnah
tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan
kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor. Uwang adalah
doktor nombor satu di hatinya.

Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan untuk
mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-
kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya.

Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan
yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.

Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tenang menjalankan
operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu
sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit - pesakit yang berpendapatan sederhana.

Sinopsis setiap bab :

Bab 1

Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)
menghadapai masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi perjalanan
hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang untuk
membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha berasa
curiga tentang pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit pada tempat
pembedahan yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan jayanya, namun Raiha
berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali terutama kepada pesakit
daripada kalangan golongan menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu memuaskan
semua pihak. Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa pendam cintanya terhadap
Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih Doktor Sadiz sebagai suami. Namun,
kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu dia memberikan bantuan kepada Doktor Uwang
dalam pembentangan seminar. Raiha juga teringat akan ayahnya yang membentak apabila Raiha
menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang berjaya
membesarkan dua orang adik lelaki tirinya menjadi golongan professional berpendapat bahawa
pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya adalah kurang tepat dan akan menyebabkan
kesengsaraan pada masa depan. Ingatan terhadap larangan ayahnya supaya bidang pakar
pembedahan tidak menjadi pilihan kerana berpendapat bidang tersebut tidak sesuai dan tidak
berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang.

Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak menyenangi Raiha
apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan di PRPK. Sister

Felicia ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya bertugas di PRPK setelah bertugas di
hospital kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang
terhadap dirinya tidak adil. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada malam yang
menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh dengan Doktor
Razak. Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak Raiha disambar api di
hadapan matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya selama ini. Dia juga sentiasa
dibayangi keresahan khuatir tingkah lakunya diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam
keadaan rakan sejawat yang sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayangi dengan
prasangka. Sehingga jururawat Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor
Razak turut diteguri kerana asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaanya sendiri dia tidak
bertugas pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak perlu
dilaksanakannya memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan diri daripada bertembung
dengan Rahia.

Bab 2

Doktor Uwang perpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya ada
orang gaji di rumahnya. Malahan, anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulupun dihantar
belajar di sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu kekok
untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor Uwang
berpendapat anaknya itu tidak harus pulang langsung kerana memalukannya sahaja. Ketegasan
Doktor Uwang terhadap perniagaan kesihatan menjadikannya sebagai salah seorang doktor
berwibawa yang banyak membawa keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang
menyerahkan PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan
asalkan berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang, namun akur
dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK.

Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang adakalanya seperti
memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat
kesihatan yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga
sering mengeluh kesakitan pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum
sempat membuat diagnosis tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab, dia kurang sihat untuk
melakukan pembedahan terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada Raiha.

Raiha mempersoalkan kejadian infeksi yang berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang
dikenali sewaktu menjadi siswi dengan yang ada sekarang amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh
hati terhadapnya tetapi sekarang sudah lenyap dan menganggap Raiha sudah angkuh dan
beranggapan Raiha tidak bersyukur dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor
Uwang juga teringat kembali terhadap kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia dan
sentiasa membayang hidupnya. Lamunannya tersentak apabila ingatanya juga turut dibayangi
oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu yang menyamar di PRPK miliknya.

Bab 3

Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika itu.
Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima bintang.
Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan berhati-hati
serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini perlukan kesabaran
dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan
pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja, barangkali
cuaca musim kemarau panjang ini menyebabkan keadaannya begitu. Dia terbayang kembali
peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran kematian anak
perempuannya yang rentung akibat disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah
doktor itu.

Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan
menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang
kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih tidak
berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk sebagai penawar
kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh
tentang pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya ataupun tidak kerana
kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua wang insurans anaknya sudah
dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut.

Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya tentang
punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang akhirnya
berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang menyalahkan

dirinya atas kematian anak perempuan mereka. Raiha pula memberitahu bahawa semuanya
berpunca daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama ini menyokongnya
semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan kasar Felicia terhadap ibu
pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia
menyebabkan Felicia kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya
tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa bersalah akan tindakannya
menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan Felicia. Mereka bersekolah di
sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas kematian ibunya. Mereka bertemu di
Hospital Kinabalu selepas sekian lama menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang jururawat
manakala Raiha sudah menjadi doktor.

Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan
bahawa Raiha sengaja melarikan kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga
meyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh Raiha. Namun
Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa barang kemas yang dibawa adalah barang
kemas miliknya hasil titik peluhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai mati
sekalipun dia tidak akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha merana, gantung tidak
bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di mata golongan masyarakat elit.

Bab 4

Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam miliknya yang terletak tidak jauh
dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam misteri
kematian anaknya dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya dia di
apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang
membesarkannya selama ini. Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa
nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu
kawasan di hulu lubuk dalam daerah Ranau.

Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam
muncul. Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi yang
sedang dikandungnnya itu kerana kehadiranya bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah
diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu dengan

masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak
hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah hukum dan mempunyai hak untuk
hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’.

Kegelisahan Datu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai
Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia berharap
selepas daripada insiden tersebut perkara sebegitu tidak berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh
isteri Doktor Uwang, namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan kegusaran
isterinya itu. Doktor Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak rasmi serta bapanya
juga tidak harus ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya,
mereka tidak tahu akan perniagaan kesihatan kini.

Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang
mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian tulang pinggul hingga
keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-
apa sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali
ganda masuk ke ke poketnya sudah memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana mereka
mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang mengelamun sambil
menonton rancangan ‘Money Matters’ di televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak
ciknya rentung dan disaksikan di hadapan matanya sendiri.

Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yag pernah
mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu
membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil
Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan Doktor
Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan Doktor
Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai oleh pesakit itu
sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan sengapa mahu menipu. Felicia juga dituduh
sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko yang terpaksa dihadapi oleh
pesakit.

Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu digambarkan
melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia terjelopok, namun itu,

merupakan hayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana menjadi
berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Bab 5

Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang
mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari
ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh
seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor Uwang,
begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan penggantian sendi
pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka menggangu hasratnya untuk mengaut
keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.

Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam sememangnya
seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah
dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat
pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanitawanita yang dilihatnya dalam kelab malam
itu berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak
perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba
kepala lutut dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat.

Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya selama ini. Hal
ini seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan. Felicia
juga berasa terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat panggilan
palsu. Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di
rumah sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik rehat
Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal dan didatangi
dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di lantai bilik
air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia tergelincir di situ.

Bab 6

Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya
bermula apabila ayah, Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang menghantar

pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di rumahnya. Dalam
perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz
mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa
aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz
bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke kondminiumnya. Tidak sampai lima minit
kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan merungut-rungut.

Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak menggunakan
keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis diisi. Doktor Uwang menawarkan diri untuk
membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi
tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk
pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas
selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk menaikkan
pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia komited dengan tugasnya selama ini. Mereka
memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen minyak yang kosong. Lamunan Doktor
Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya
menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin membincangkan hal pesakit Unong Siro dan panggilan
tersebut amat penting.

Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram.
Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa
menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama
membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat
Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam ingatannya.
Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak Unong Siron.
Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan perkara sebenarnya yang
berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan
dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya
melayan emak Unong Siron dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan para
pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam perawatan itu. Mengasari orang yang memang

sedia menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak
mengulanginya lagi.

Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang segera ke
Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah ayahnya
menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya untuk menjadi
pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas
sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu dia
bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat
Rawatan Pantai Kasih.

Bab 7

Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih begitu
tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai mempertikaikan
kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan besar. Doktor Uwang
sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia ketika mengikuti Kursus
Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang
musibah anaknya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya
diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak
hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya menyebabkan dia
berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah silamnya.

Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib sekelas
yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan dengan
peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan masyarakat
jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas menengah bawah
begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu
menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan
rakan-rakan sekolah.

Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba
dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan
mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu

bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya
dengan doktor muda itu.

Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan
kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor
Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat
Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong Siron. Doktor Alex Ng menegurnya
dengan mesra dan bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah
tamat. Raiha menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron.
Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan kecemasan tersebut.
Raiha teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut
Doktor Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex
turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan palsu seperti itu.
Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron
yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap Unong akan
berjaya pada kali ini.

Bab 8

Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan
kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti. Lamunannya
terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian keadaan anaknya
selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak
berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama
apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong
yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya
berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu sehinggakan
ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang kembali. Apatah lagi ingatan terhadap
sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain.

Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi
ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan
menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk menenangkan

penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu
Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan
anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal
keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan
bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan
meminta penceroboh itu ke hospital tersebut. Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron
menceritakan sebenarnya penceroboh itu adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah
universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir semester.

Bab 9

Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia
ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di
dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex Ng
memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan
pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga terimbas
kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke
atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekalipun bukanlah salahnya. Dia
juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi
dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang seluruh
badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan ini.

Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang selepas
menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah apabila
mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama anak perempuannya. Dia juga
teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol dan berhenti di sebuah
rumah tumpangan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama
kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan berada di situ.

Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana wajah-
wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu bertanya
tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak
enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya.

Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai
doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh
yang masuk dan menyamar sebagai doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya
sesuai menangani kes anak peremuan tua itu.

Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia
meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantung - gantung. Raiha turut
melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum
sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju
dan sedang mengekori lori minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba
di persimpangan lampu trafik.

Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh tubuhnya
tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya kejang. Dia
dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-pekerja pusat
rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih menyelamatkan nyawanya dan melakukan
pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian pergelengan tangan dan lutut kaki
yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada anggota tersebut.

Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak
suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan
menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar kereta itu sendiri. Dia
sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung disambar api dan
dia turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut.
Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.

5 kekuatan novel :

Terdapat beberapa kekuatan dalam novel Pantai Kasih ini. Kekuatan yang pertama ialah
teknik plot yang digunakan dalam novel ini sangat tersusun. Hal ini menjadikan si pembaca
mudah memahami jalan cerita novel ini.

Selain itu, perwatakan watak utama dalam novel ini ialah seorang sangat profesional.
Perwatakannya yang tidak tergesa – gesa untuk menyelesaikan masalah. Hal ini seharusnya
dijadikan contoth kepada masyarakat kini. Seterusnya, jalan cerita novel ini tidak panjang
berbanding novel lain terutamanya novel Jendela Menghadap Jalan. Si pembaca tidak akan
berasa bosan apabila membacanya. Kulit muka novel ini juga cantik dan menarik.

Akhir sekali, novel ini juga banyak memberikan pengajaran yang boleh diterapkan dalam diri
pembaca . sebagai contoh, sikap Raiha yang tabah dalam menghadapi dugaan dan tetap sabar.

5 kelemahan novel :

Berdasarkan pandangan saya, terdapat beberapa kelemahan dalam novel ini selepas saya
membacanya. Kelemahan yang petama ialah kandungan jalan cerita yang banyak dalam satu –
satu bab. Hal ini menjadikan pembaca susah untuk memahami ceritanya dan sukar untuk
membuat sinopsis akibat jalan ceritanya yang panjang dalam satu bab.

Selain itu, novel ini juga mengandungi unsur ngeri dalam sesetengah peristiwa. Sebagai
contoh, saat kereta Porsche itu dijilat api sehingga menyambar kanak – kanak perempuan yang
secara kebetulan berada disitu dan menjadi rentung. Seterusnya, pengakhiran cerita ini yang
tidak memuaskan apabila pelaku hanya meminta maaf begitu saja walaupu n perkara yang
dilakukan tidak patut dimaafkan. Perwatakan watak utama dalam novel ini juga agak
mengecewakan apabila dia tidak memberi apa – apa hukuman dan lambat sadar bahawa dia
hanya mangsa keadaan.

Akhir sekali, watak sampingan dalam novel ini sangat kejam kerana melakukan perkara yang
tidak sepatutnya dilakukan. Mereka juga tiak mendapat hukuman yang selayaknya.

5 cadangan penambahbaikan :

Pada pendapat saya, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh ditambah dalam novel
ini supaya novel ini lebih menarik untuk dibaca. Penambahbaikan yang pertama ialah penulis
perlu mengurangkan konflik dalam cerita ini supaya pembaca tidak keliru dan ceritanya tidak
putar belit.

Selain itu, penulis juga perlu lebih kreatif alam menulis plot supaya jalan ceritanya lebih
menarik. Penulis juga hendaklah menambah beberapa latar masa dan latar tempat supaya si
pembaca mudah untuk membuat jadual KOMSAS. Seterusnya, perwatakan watak utama dalam
novel ini juga perlulah lebih tegas dan memberikan hukuman yang setimpal kepada si pelaku
supaya mereka mendapat kesedaran. Akhir sekali, penulis boleh menggunakan ayat yang lebih
gramatis dan menambah gaya bahasa agar si pembaca tidak berasa bosan semasa membaca novel
ini.

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS KARYA
KHAIRUDDIN AYIP

Ringkasan tentang novel :

Novel ini merupakan karya Khairuddin Ayip yang berasal dari Batu Pahat, Johor. Beliau telah
menghasilkan pelbagai karya kreatif seperti novel remaja, cerpen dan sajak. Karya sastera ini
bertemakan tentang Ketabahan Dahlia seorang gadis yang merupakan seorang pelajar tabah
dalam mengahadapi pelabagi dugaan dan cabaran dalam hidupnya.

Biografi penulis :

Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Kampung
Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Mulai bulan Julai 1996,
beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengkhususan Bahasa
dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia. Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau
bertugas di SM Teknik, Shah Alam, Selangor. Kini beliau
bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist
Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana,
Selangor. Pada tahun 1975, beliau mula menulis dan karyanya
yang pertama tersiar dalam Berita Harian semasa beliau di
tingkatan tiga. Karya pertamanya dibayar sebanyak RM1O.OO menerusi rencana yang tersiar
dalam majalah Teruna. Pada tahun 1980, sewaktu menunggu keputusan SPM, Khairuddin
menulis novel Cinta Yang Rapuh yang diterbitkan oleh Knight Publising dengan imbuhan
RM250.00. Waktu itu mulai timbul keyakinan bakat dirinya dalam bidang penulisan.

Kulit hadapan dan belakang novel :

Sinopsis keseluruhan :
Mengisahkan kegigihan Dahlia yang memegang peranan sebagai pelajar dan anak sulung dalam
keluarga Embong yang menghadapi kesusahan yang bertimpa-timpa. Dahlia merupakan seorang
pelajar yang cemerlang dan disukai oleh rakan-rakannya. Namun, akibat masalah keluarga yang
dihadapi, tumpuannya terhadap pelajaran terganggu. Setelah ibunya dimasukkan ke Taman
Bahagia, Dahlia terpaksa menjaga adik-adiknya di rumah dan menyebabkan dia sering lewat ke
sekolah. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar terus dari asrama. Masalahnya
bertambah apabila difitnah oleh Aton yang melihatnya dihantar balik oleh Azhari dan dituduh
membunuh Said yang tidak dapat diselamatkan semasa lemas di sungai. Keluarga mereka diuji
lagi apabila Embong sebagai ketua keluarga dipatuk ular tedung dan dirawat di hospital selama
beberapa hari. Segala beban tugas rumah tangga terpaksa dipikul oleh Dahlia tanpa
meninggalkan tugasnya sebagai seorang pelajar. Dahlia tetap tabah menghadapi semua dugaan
yang dihadapinya. Adiknya, Abu Bakar telah menjumpai dua biji telur ayam yang berwarna
hitam mengandungi paku, cincin akek, butiran pasir dan jarum semasa membersihkan kawasan
di bawah rumah mereka. Selepas peristiwa tersebut, Saleha beransur baik dan dibenarkan keluar
dari hospital. Azhari telah menghantarnya balik ke rumah. Nek Kiah tidak lagi membenci dan
menghina keluarga Dahlia. Pertolongan Dahlia sekeluarga semasa dirinya terlantar sakit telah

menimbulkan keinsafan kepada Nek Kiah. Sepanjang menghadapi permasalahan, Dahlia dapat
menangani semua itu dengan jayanya dan memperoleh hasil seperti yang diinginkannya. Dahlia
terpilih sebagai seorang daripada pelajar yang akan dihantar melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Dahlia juga selamat ditunangkan dengan Azhari, lelaki pilihan hatinya. Cerita berakhir dengan
kegembiraan apabila mereka sekeluarga dapat berkumpul semula dan Saleha sudah sembuh
daripada penyakitnya.

Sinopsis setiap bab :

Bab 1

Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah, Dahlia
berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh oleh Cikgu
Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak lengkap.

Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki mahu
bertemunya di kantin. Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu
memberitahu Dahlia, dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan Ogos
nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan
merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu
keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.

Bab 2

Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke jambatan
sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari. Aton
juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka tinggal di
asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya masih ada.
Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”.

Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan. Melati
memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus mendapatkan
Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair. Sebenarnya, susu telah

habis. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh pergi ke kedai Tauke
Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.

Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap
sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila
melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis.
Tiba-tiba, ayahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk
waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke
rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu
diganggu. Dahlia mencadangkan ayahnya supaya mendapatkan bantuan orang kampung sebelum
emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.

Bab 3

Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya sama
ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad dengki
dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu
adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan dan
kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih seperti
sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah,ibu kepada emaknya.

Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Ayah Dahlia memberitahu, beliau
terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan
keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga
Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman
selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat. Tujuan
kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak
dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah
menghadapi situasi itu.

Bab 4

Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan
Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali pantun

yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang lalu.
Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti keadaan
keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki diri sendiri
dan keluarganya.

Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta
Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham orang
kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh ayahnya yang menyuruhnya pergi ke
sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-adik
Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah
tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi
punca beliau tidak mahu menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah
tersebut, beliau menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.

Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah
yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka disebabkan mereka
hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan Embong tidak
diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat semula peristiwa isterinya
pernah memberitahu bahawa sejak belakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya.
Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah.

Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong memberitahu Dahlia
doktor memaklumkan emaknya hanya runsing, Embong tidak menceritakan perkara sebenar
yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat
menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau akan
memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu
Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan
setelah mendapat gred tiga dalam SPM.

Bab 5

Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada
hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia
tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari Ahad

itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim
iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu Salwani,
warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani punca
kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu.

Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak, Anggerik
dan ayahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul 2:00 petang
untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis. Dahlia
memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya di hospital.
Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan ditanya
macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus pergi ke
hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika di hospital.
Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru.

Bab 6

Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu
abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah menyalahkan
nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya bertanyakan
emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat terpukul dengan
perkataan “ orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan emaknya. Nek
Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap mengenai emak Dahlia di balai
raya. Dia memberitahu punca emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar hantu dan penuh
syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain pula akan terkena. Nek Kiah telah
mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda pangkah supaya
hantu tidak masuk rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak
percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.

Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah hilang
dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia
telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan daripada penduduk
kampung itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh

pemuda itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali
tetapi malangnya Said telah tiada.

Bab 7

Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana
selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas itu,
Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton. Aton
mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang menyebabkan
Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar kata-kata Aton.
Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di halaman di bawah
pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau
yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang mempersoalkan
kematian Said dan percakapan mereka yang semakin menyakitkan hatinya. Namun, Embong
tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh.

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim memuji
keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia menangis
setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi, Embong
pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali peristiwa
pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam keadaan yang lemah
selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya masa remaja Dahlia
dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad untuk
bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong
terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa sawit.
Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu
menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong panik.

Bab 8

Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar apabila
terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk membawa
Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah
Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said.

Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-kata
untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati bertindak
sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila. Dahlia
menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan
menyenangkan kehidupan mereka.

Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong kehairanan
apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular itu. Embong
membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk menyelamatkan
dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia
memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi memerhatikan aliran
sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang
menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba,
Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-sama gadis India yang
merupakan kawan Dahlia.

Bab 9

Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat
kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya
untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke
klinik.

Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman
memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah
dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Leha
sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal usulnya. Seman mencadangkan agar
tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk mencari
pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah itu yang
dapat dijual dengan harga RM15,000 .

Bab 10

Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu bahawa
dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu Salwani
meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat bulan sahaja.
Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan.

Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya
ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia
daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa
Dahlia berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.

Bab 11

Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal.
Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong
berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di
Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia balik
kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong mengatakan nanti
Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di Hospital Permai.
Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi untuk meminjam
daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua sangat baik dan suka
membantunya.

Bab 12

Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.
Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya. Doktor
Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan ingin
mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga menjelaskan
kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan.

Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16.
Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja
sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia
dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan
Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya juga
menyuruh Dahlia pergi dari situ.

Bab 13

Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang lelaki.
Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia memberitahu
keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat. Apabila Dahlia
melihat ayahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara sebenar. Dahlia tidak
mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula, Mawar akan menghadapi
peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya bahawa dia telah keluar dari
asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang kambingnya. Embong terkejut apabila
melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.

Bab 14

Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila mendapat
tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing itu menjadi
harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong meminta Tauke
Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing kepada Tauke Lim
kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik orang lain.

Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui keadaan
emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana ibu bapanya
mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu.
Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang ingin merisiknya.

Bab 15

Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran
tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong sangat

berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga. Walau
bagaimanapun, ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur.
Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari dan Dahlia.
Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong menyerahkan
keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja. Selepas itu, Embong
bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah dipatuk oleh
seekor ular di pahanya.

Bab 16

Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan ayahnya,
Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar menyuarakan
hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat
Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam SRP.

Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu Hisyam
dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani latihan bola
jaring. Kemudian, Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta
Kavita untuk membuat salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia
tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Pada petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah memberitahu Dahlia
sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi seorang keluarga
Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh
keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan
neneknya.

Bab 17

Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya yang
banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih dirawat di
hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak
boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya. Semasa Abu

Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik adiknya, dia
terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja.

Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut apabila
dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular.
Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya untuk menjual
tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka
perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang
keputusan.

Bab 18

Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu bas
di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut Seman,
Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya. Tauke Lim
berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah tidak mengalami
masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu dengan abah Dahlia.
Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam penulisan karangan
Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan
menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia
terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di
depan pondok bas tersebut.

Bab 19

Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun
begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya yang
memerlukan penjagaannya.

Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur tanah di
kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk membayar harga
tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke rumah
Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia.

Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah memandang serong
akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya. Oleh
itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.

Bab 20

Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek
Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia
sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan
itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan
mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu, Nek Kiah pulang ke
rumah. Dahlia memberitahu ayahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan beban
ayahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke
universiti.

Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga
tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di
situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.

Bab 21

Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai raya
untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan malam nanti.
Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut menyumbangkan barang-barang
untuk sambutan tersebut. Haji Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan hal ini kerana
kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar
mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.

Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji
Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah
menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang
sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.

Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia
memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk ayahnya
dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.

Bab 22

Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang datang
daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah. Abu
Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.

Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang
hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran
pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad
dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu kepada
Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai.
Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam.

Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-mana
di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan
didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.

Bab 23

Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat
menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak
lebih daripada itu.

Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah pulang dari
hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya. Azhari juga ada bersama-sama ketika itu.
Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan mata
yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.

Bab 24

Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah
berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-anak
dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau sakit.

Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-barang
untuk berpindah ke balai raya. Embong dah ahli keluarganya turut berkemas untuk berpindah ke
balai raya.

Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar rungutan
penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku itu ada
hikmah yang tersendiri.

Bab 25

Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong sekeluarga
tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga tidak lagi
menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.

Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar
penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran
tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama
menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat.

Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah
bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji
Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim.
Dahlia amat terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah
baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.

Bab 26

Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan

mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya. Dahlia
hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.

Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-
kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia juga
bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.

Bab 27

Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih
untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun. Pemilihan
Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan pencapaiannya
dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa Jepun di Universiti
Malaya selama enam bulan.

Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan mereka. Dia
mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di
Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.

Bab 28

Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan
tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya.
Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.

Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan –
kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala
Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai.
Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur.
Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500
termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.

Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer dari
kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya
kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas,

Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia.
Azhari juga .menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar
menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun.

5 kekuatan novel :

Berdasarkan hasil bacaan saya terhadap novel Songket Berbenang Emas ini, terdapat
beberapa kekuatan yang dapat saya lihat. Antaranya ialah kulit muka hadapan novel ini menarik
dan cantik. Hal ini dapat menarik minat seseorang untuk membaca novel ini.

Selain itu, perwatakan watak utama dalam novel ini ialah seorang yang tabah menghadapi
dugaan. Waheeda, dia tetap tabah dan sabar dalam melalui setiap rintangan dan masalah yang
datang dalam hidupnya. Jalan cerita novel ini juga tidak membosankan dan seronok untuk dibaca
kerana watak utamanya yang begitu tenang menghadapi dugaan. Seterusnya, pengakhiran cerita
novel ini juga berakhir dengan kegembiraan. Si pembaca akan berpuas hati dengan jalan cerita
novel ini dan akan menarik lebih ramai orang untuk membacanya.

Akhir sekali, penggunaan bahasa dan gaya bahasa dalam novel ini sangat menarik. Sebagai
contoh gaya bahasa hiperbola seperti ‘kepiluan kian menggunung’. Plotnya juga tersusun dan
jelas.

5 kelemahan novel :

Setelah membaca novel Songket Berbenang Emas ini, terdapat beberapa kelemahan yang
saya lihat dalam novel ini. Kelemahan yang pertama ialah jalan ceritanya yang panjang dan
terlalu banyak bab. Hal ini akan membuatkan si pembaca tidak berminat untuk menghabiskan
bacaannya.

Selain itu, kelemahan kedua yang dapat saya lihat ialah penulis terlalu menambah banyak
konflik dan masalah yang perlu dilalui oleh watak utama. Hal ini menjadikan si pembaca pening
dengan jalan ceritanya. Seterusnya , watak utama dalam novel ini tidak berfikir panjang kerana
menolak lamaran Najib begitu sahaja walaupun dia tahu Najib itu sahabatnya sendiri. Dia lebih

memilih lamaran Azhari yang melamarnya lebih awal. Kelemahan novel ini juga ialah
pengakhiran ceritanya yang tergantung.

Akhir sekali, jalan cerita novel ini juga terlalu panjang menjadikan si pembaca mudah bosan
dan tidak mahu meneruskan bacaannya.

5 cadangan penambahbaikan :

Pada pandangan saya, terdapat beberapa penambahbaikan yang dapat menjadikan novel ini
lebih menarik untuk dibaca. Antaranya ialah penulis seharusnya memendekkan lagi jalan cerita
dan mengurangkan bab dalam novel ini. Hal ini supaya si pembaca lebih berminat dan tidak
bosan untuk membacanya.

Selain itu, penulis juga perlu menggunakan ayat yang lebih kreatif dalam novel ini. Hal
ini kerana pembaca akan tertarik untuk membacanya jika jalan cerita seronok untuk dibaca.
Seterusnya, penulis juga boleh mengurangkan masalah dan konflik yang perlu dihadapi oleh
watak utama agar jalan ceritanya tidak memeningkan. Penambahbaikan yang boleh ditambah
juga ialah penulis boleh memperbaiki teknik plot dalam novel ini agar ceritanya lebih tersusun.
Akhir sekali, penulis perlulah menjadikan watak sampingan lebih berguna dan dapat
memberikan pengajaran kepada si pembaca berbanding novel tingkatan 5 yang lain.

NOVEL TIRANI KARYA BEB SABARIAH

Ringkasan tentang novel :
Novel ini telah ditulis oleh Beb Sabariah atau Bibi Sabariah Hj Abang Awet. Novel ini
meceritakan tentang kecantikan fizikal bersifat sementara tetapi ilmu yang dimiliki seseorang
dapat melindungi kelemahan diri.

Biografi penulis :
Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir
di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior
Cambridge dari SMK Green Road Kuching beliau terus mendapat
pendidikan ikhtisas dan diploma dari Maktab Perguruan Rajang
Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor
Baharu. Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun
1999 dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera.
Menetap di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI

(Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak).

Kulit hadapan dan belakang novel :

Sinopsis keseluruhan :

Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik dan
berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan atas
nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa
Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik Waheeda
yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan
semula wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan
cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya.
Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak
rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang
dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi
kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu
menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi
sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap
suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya.
Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan
ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan
berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland.
Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran
ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut
hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah
satu TIRANI.

Sinopsis setiap bab :

Bab 1

Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan
diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses dengan
kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada
kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan

keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan
benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan.

Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan Waheeda.
Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan persediaan yang sedang dilakukan oleh pekerja
homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan pelancong
Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan asli
masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan udang
galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal,
pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di
Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi
penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk
memajukan lagi homestay itu.

Bab 2

Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun
Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi
menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir.

Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun di sebalik
kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak
cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah
dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkan
kerana bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak
melakukan apa yang dihajatinya.

Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut.
Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa
Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke
hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan
antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan
plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.

Bab 3

Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi
ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke
pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka
agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob, keadaannya
tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi.
Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-kata ibunya
sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak bercerita
tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang semuanya
mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang bandar
raya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut
perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia.

Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat
wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan
katarsis.

Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke rumah Bazilah iaitu
kawan satu university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima
rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

Bab 4

Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandar raya
Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya bukannya
untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang
berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah
yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah
dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Waheeda akan tinggal di salah sebuah bilik di
rumah kepunyaan pakcik Bazilah. Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-
peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia.
Keesokan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari.

Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor pakar pembedahan plastik di Hospital
Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran
tentang pembedahan plastik yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda
juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya.

Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Di sini, Waheeda
berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen perubatan dari
hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk proses
pembedahan tersebut.

Bab 5

Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya.
Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada
ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang
bernama ketupat lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat di
situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke
Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk menolak
bala.

Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai di
Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba
ibunya sudah berada di depan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh
Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga
memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya.

Pada keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa dengan
Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar
dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga
dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah
demi kecantikan wajahnya.

Bab 6

Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini
diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes
(Dr.Rushdi). Di dalam bilik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani
pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12
jam.

Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang menunggu
di luar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama ibunya selepas
membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana
hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda
berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh
Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura.
Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda
menerima tawaran tersebut.

Bab 7

Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama
rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa dihabiskan dengan membaca
buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam di situ. Jenis
tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang
mengingatkan Waheeda kepada kampung halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber
inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya.

Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr
Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr
Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.

Bab 8

Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani
yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek.
Persoalan ini menjadi topik perbualan yang panjang antara mereka berdua.

Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan
oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyol. Cerita Dr Rushdi juga
mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampung halamannya. Sejurus
selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan
Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung
Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut.

Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan oleh syarikat
Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar. Waheeda teringat semula akan chalet ayahnya yang
mungkin jauh ketinggalan berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad
untuk kembali ke Chalet Tajau Emas.

Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu temu duga
pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan
diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum
tidur pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah
kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.

Bab 9

Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah
mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat
menyenangkan hati beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu,
Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas.
Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda di
kafe, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex
kepadanya.

Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar sejak
belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan
seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda
berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mungkin
menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu

memang benar. Dengan alasan ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo
Resort.

Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat yang
diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura
dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh,
kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan.

Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan
mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda
sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada
pertengahan hadapan. Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan
apabila Halloway memuji kecantikan Waheeda.

Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan tersebut,
Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.

Bab 10

Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk
menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah,
cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan
Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka tinggal di sana
kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas
keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada pengembangan
perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan
perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid.

Selepas menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid.
Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda
dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan
dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan
mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.

Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan Zahid
yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.

Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk memberi idea tentang
pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism
Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai fesyen yang
berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang
merupakan pakaian tradisi Sarawak.

Bab 11

Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri
Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut

Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan
kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo
Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada
Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah.
Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.

Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan
dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini
diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan
Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.

Bab 12

Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah digelar
Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang perlu
dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan tugas yang
diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibuk mengurus
hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.

Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur
menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon
Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid
memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan
tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.

Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan
mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia
tidak berapa sihat dan sering selesema.

Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel Flamingo
tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih berlarutan. Selepas bersin
berpanjangan, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi.
Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.

Bab 13

Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik pelancongan yang
semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana
rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta.
Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat
bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin
Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya
gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga
bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja
lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan
baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong dan
Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.

Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa
selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis
pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke
rumahnya kerana dia sedang berada di SMC untuk menerima rawatan.

Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke
Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan
telah menambahkan kerunsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku
kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda
di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang
telah mengalami satu komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut berjaya dilakukan oleh
Dr Rushidi.

Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di SMC.
Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan
SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi
perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku
kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas
mengalami selesema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.

Bab 14

Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada
Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah.
Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan
Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, Inggeris,
Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh
meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama
muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50
orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah
berjalan dengan jayanya. Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja. Selepas
acara akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan
kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama
dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan
mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-
dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira

Bab 15

Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang
menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung
awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan
gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan
pelancong asing juga memuji pemandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan
nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk
membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa
yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa berada di luar negara bersama beberapa
wanita. Malahan gaya boleh mencairkan hati wanita.

Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan kehidupan kini
berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana
sedangkan usia semakin meningkat.

Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan
Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta keterampilan sentiasa
meniti di bibirnya.

Bab 16

Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak member
gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan
menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun
depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang
datang ke Sarawak nanti.

Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia jatuh ke nombor
lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sektor pelancongan. Kemudian dia pula
mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada
Nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan dengannya. Di
sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu.

Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid menanti
isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama. Namun,
Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak
membuat aluan masing-masing.

Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh
pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan
Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari
situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid.

Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya.
Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk
Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya mengendalikan
perniagaan dengan baik. Datuk Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak
ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari.

Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Di mana ayahnya
suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum
dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.

Bab 17

Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya
seolah-olah manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri
Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun
begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading untuk membantu.

Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa santainya biasanya
diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus ungu
nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan
ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.

Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya.
Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke farmasi di Mall Matang
Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi

tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya.
Mungkin stres, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi.

Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan
seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda
begitu tergores apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa
semasa di SMC dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda.

Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda
sudah pun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas
katil mengingatkan kenangan dalam kenangan yang melingkari hidupnya.

Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan
dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitiviti hanyalah
pembawaan anak dalam kandungan.

Bab 18

Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan
Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang pendatang tanpa izin
yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway.
Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda.
Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin mereka
menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung joging. Pada waktu inilah, Halloway dan
Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu
seperti Halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.

Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui
kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak pulang
ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.

Nostalgia pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya
apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah
tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat
suaminya yang terlalu cemburu.

Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah
menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan tanggungjawabnya.
Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang
dihadapinya.

Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda ke dapur.
Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya
Balqis dari BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan BRP bagi menyiasat kes seorang
menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya
dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang disampaikan oleh
Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha
menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.

Bab 19

Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif Hospital
Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa
Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya
dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk
kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.

Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar
Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka
mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila
Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak
bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.

Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal
Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini,
Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah
membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui
maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.

Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang
diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi untuk
memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil
yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan. Hidungnya
peset tidak sama dengan hidung Waheeda dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan
tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda
berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya.

Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap
Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkan Waheeda.
Sekiranya Zahid datang, datangnya untuk menambahkan luka di hati Waheeda.

Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh
Waheeda. Perasaan sayang dan cinta terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram.
Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda
mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.

Bab 20

Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di
PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada Waheeda
bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat rawatan tersebut. Lais
juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ
bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo
Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di Cameron
Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan perusahaannya.
Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan
Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron Hihglands dan
nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan
kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang
dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat
cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah
mendapat nasihat daripada Dr. Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi,

Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah
berubah dan tidak murung lagi. Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang
berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia
menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-
Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.

Bab 21

Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya
Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani
sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana
penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat
untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron
Highlands setelah pergi melihat sendiri esok. Urusan mengambil alih berlaku dan urusan
dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk
tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan
Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh
Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan
anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Bab 22

Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya.
Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia
menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati
hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya
mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan rupa
paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus
mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan
kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru
kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari
dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan

curahan air dari gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada
suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula
mendaftar di chalet itu.

Bab 23

Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil menghirup
kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah hidupnya kepada
Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran
anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya
menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula
sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui
bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh
menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa
berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman.

Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong
yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan
bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar
perbualan antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak
kuat dan mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati
bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan
Aiman masuk ke kafe. Zahid sempat bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah
dan senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman
bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan
Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak
yang tidak mewarisi wajah mereka berdua. Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang
sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal
kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan
doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendengar
terkedu. Manakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan Zahid,
seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia bekerja di
sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung wajah


Click to View FlipBook Version