The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

kajian 8 buah novel tingkatan 4 dan 5, 4 zon di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qasdinahany, 2022-06-11 12:12:50

kajian 8 buah novel tingkatan 4 dan 5, 4 zon di Malaysia

kajian 8 buah novel tingkatan 4 dan 5, 4 zon di Malaysia

Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia
memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya
bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik dan
berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu.

Bab 24

Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya terpaku
kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman, wajah, bulu
matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya dan
gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat
menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan pasti
anak itu anaknya atau bukan. Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada
pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana. Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati
dengan lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal,
sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini
dirindunya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan
bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20
tahun. Pertemuan Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan
sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah
kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya
memaafkan ayahnya.

5 kekuatan novel :

Terdapat beberapa kekuatan dalam novel Tirani karya Beb Sabariah ini. Antaranya ialah
perwatakkan watak utamanya yang tabah menghadapi dugaan. Sebagai contoh, Waheeda tetap
meneruskan hidupnya bersama Izzati walaupun dia dicerai oleh suaminya yang berkelakuan
dayus itu.

Selain itu, novel ini juga banyak memberi pengajaran kepada pembaca. Contohnya, kita
mestilah sabar dalam menghadapi dugaan. Seterusnya, plot dalam novel ini lebih menarik

berbanding dengan novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. novel ini juga
mempunyai pengakhiran cerita yang bagus kerana dapat memberikan pengajaran kepada
pembaca agar tidak menyesal seperti Zahid.

Akhir sekali, sikap anak Waheeda iaitu Izzati aptut dicontohi kerana dia tidak membenci
ayahnya walaupun zahid tidak mahu mengaku Izzati itu anaknya. Izzati juga meminta ibunya,
Waheeda agar memaafkan Zahid.

5 kelemahan novel :

Berdasarkan hasil bacaan saya pada novel ini, terdapat beberapa kelemahan dalam novel ini.
Antaranya ialah jalan cerita novel ini yang begitu membosankan berbanding novel Songket
Berbenang Emas.

Selain itu, novel ini juga memberikan contoh yang tidak baik seperti tidak bersyukur
dengan apa yang Tuhan telah berikan. Contoh nya, Waheeda menginginkan hidung yang
mancung kerana hidung asalnya pesek. Seterusnya, jalan cerita dalam novel ini terlalu panjang
dan babnya yang banyak. Watak sampingan dalam novel ini juga tidak patut dijadikan teladan.
Sebagai contoh, Zahid merupakan suami yang dayus kerana dia sanggup menuduh isterinya
bermain kayu tiga dan sikapny yang panas baran.

Akhir sekali, plot dalam novel ini juga tidak tersusun dan tidak mengikut plot atau tujuan
utama jalan cerita novel ini.

5 cadangan penambahbaikan :

Pada pendapat saya, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh ditambah supaya novel
ini lebih menarik untuk dibaca. Antaranya penambahbaikan yang boleh ditambah ialah penulis
memperbaiki kulit muka hadapan novel supaya orang tertarik untuk membacanya.

Selain itu, penulis juga perlu memendekkan jalan cerita seperti novel Pantai Kasih supaya
pembaca tidak berasa bosan. Seterusnya, penulis juga perlu menambahbaik dari segi ayat dan
gaya bahasa supaya pembaca dapat memahami jalan cerita. Penulis juga hendaklah
menggunakan ayat yang lebih jelas dan mudah untuk difahami agar tidak mengelirukan
pembaca. Akhir sekali, penulis juga bole mengurangkan contoh yang tidak baik dalam jalan
cerita novel ini supaya pembaca tidak terikut – ikut perbuatan tersebut.

NOVEL BIMASAKTI MENARI KARYA SRI RAHAYU MOHD
YUSOP

Ringkasan setiap novel :
novel ini merupakan karya penulis yang bernama Sri Rahayu Binti Mohd Yusop. Karya
penulisan ini mengetengahkan tema kegigihan anak muda dalam usaha untuk melestarikan alam
sekitar. Novel Bima Sakti Menari ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai
Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin.

Biografi penulis :
Sri Rahayu Mohd Yusop atau nama penuhnya Sri Rahayu binti Mohd
Yusop. Beliau dilahirkan pada tahun 18 Jun 1976 di Tanjong Karang,
Selangor. Beliau melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan Ilmu
Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand dan Dunedin College
of Education, New Zealand (1994-1999). Setelah selesai menamatkan
pengajiannya , beliau meneruskan kariernya sebagai Guru Bahasa
Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK
Pandan Jaya, Ampang (2004-2020). Beliau mula mencuburi bidang

penulisan novel sejak beliau melanjutkan pelajarannya di universiti lagi.

Kulit hadapan dan belakang novel :

Sinopsis keseluruhan :

Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan
Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau
buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana
langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya
telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan
hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah
mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat
pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.

Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar untuk
menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki
kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai
tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul
Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya
ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang
tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka
tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan
Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya.
Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman
cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan
penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.

Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor. Balai
Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti bukan
perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan
berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad
Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa
syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh
perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis
tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik
menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul
Hafsa.

Sinopsis setiap bab :

Bab 1

Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya
bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan
pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj
Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa
telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang
sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan
situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut
dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia
dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada
kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut,
Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung
bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya,
Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke
kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-
bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat.
Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria

kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan
agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

Bab 2

Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap
Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan
janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal
dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut
untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya,
Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian
sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka
mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik menjemput
ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini
bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan
rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik.
Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh
menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.

Bab 3

Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata
kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di
Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa
telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh
ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul
Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir
tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah.
Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan
jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan
hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga
tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul

Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari
Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang
cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak
pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian
yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu
hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat
dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil
memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi.
Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran
cahaya dengan senyap.

Bab 4

Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan
oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir.
Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama
dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya,
Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung
Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle
yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu
peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat
pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah
diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan
warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor
yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala
Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak
dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut
namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk
menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak
terancang.

Bab 5

Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan beliau
di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek rumah Ikhtiar
TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau
mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham
Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan ringkas tentang kehadiran bekas
isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat membuktikan kepada bekas isterinya
bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di rumah
Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan
Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika
mereka bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam
sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya
kerana perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah
bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim mereka berdua.

Bab 6

Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan Pejabat
Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala
Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak
mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-
undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah
tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin
melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk
menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan
peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah
bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal
yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta
mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di
Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa
bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-
kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat
kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid.

Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati
adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia
untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor:
Kawasan Simpan Langit Gelap.

Bab 7

Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh
seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan
rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-
kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila
Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah
yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki
tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan
beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik
merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman
memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul
Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai
Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan tanah
yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api yang
berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di
Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi
enjin motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau,
cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya roda ferris yang semuanya membawa
ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-
kelip mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi
kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon
maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.

Bab 8

Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang dilaksanakannya
kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman dan adiknya meneliti
rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah
mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa
membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar
grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah satu per
lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap
grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan
kesedaran bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus,
manusia akan menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa.
Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad
Taufik menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut.
Namun begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik
emmpunyai misi penting yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad
Taufik mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik
menolongnya membawa kembali kegelapan ke Kuala Selangor.

Bab 9

Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin
untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit
gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang
kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah
membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir
perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama
ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan Maryam.

Bab 10

Muhammad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan
ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun begitu,

mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia
berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan
yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di
Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang tentang
pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi
memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka
berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan kesetiaan
Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib perhubungan antara lelaki dan
wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut,
iaitu untuk mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya
dan mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di
peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke
rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat
kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.

Bab 11

Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung, bukannnya
dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan Budiman ke
kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung. Berdasarkan pandangan
Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil menantikan kelip-kelip yang
mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua beradik itu tentang jenis kelip-kelip
atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin
banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan
lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad
Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan
Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai
sesuatu terjadi kepada Muhammad Taufik.

Bab 12

Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan
pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel

penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan
dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai membuat
pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala
Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan Kuala Selangor
sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.

Bab 13

Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington-
Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan
Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak
dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya.
Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan musuh
lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri
Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik
akan membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta
Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi
mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan
pendiriannya, dan rasa tamaknya.

Bab 14

Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan
malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani
Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala
sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong
pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis
penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk
Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa
pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa
bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga

orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan
mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.

Bab 15

Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam. Lorong
ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat tiga orang
lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun tiga orang
pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya
di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi
mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah
di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar
Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu walaupun penyerang mengambil
barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai
suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa
Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.

Bab 16

Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat Muhammad
Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang
berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul Hafsa
meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman Muhammad
Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka
mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar.
Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani abangnya,
Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia
bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih
berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan tersebut,
Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai selendang
hitam bermanik Kristal.

Bab 17

Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada di
hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian jenayah
biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad Taufik
tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan tersebut
bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk membuktikan
kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek kawasan Simpanan Langit
Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri Muhaimin melalui
perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor Akan
Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

Bab 18

Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan pencerapan
yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak
samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul
Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia
dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya
dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain gelap.

Bab 19

Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke
Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik kristal.
Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di stesen
petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat kerongsang
yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin
menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan
alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih
seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam van

tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but kereta.
Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa ke lokasi
yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba menenagkan
Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga
tidak sedarkan diri.

Bab 20

Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad Taufik
yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak
dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang
boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh
melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan
bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah
membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji
Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan
menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita
setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.

Bab 21

Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut.
Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri
Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang
dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika
tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan
sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan telah
membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak
jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk
mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik berjaya
diselamatkan.

Bab 22

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur
beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh
perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik
kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa
diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke
kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu
mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad
Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.

5 kekuatan novel :

Terdapat beberapa kekuatan yang saya lihat dalam novel ini. Antaranya ialah novel ini
dapat memberikan kesedaran kepada si pembaca kerana penulis menjadikan pencemaran alam
sekitar sebagai tajuk utama jalan cerita ini.

Selain itu, novel ini juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada pembaca tentang
pencemaran alam sekitar. Hal ini akan menjadikan si pembaca lebih bertanggungjawab kepada
alam sekitar. Seterusnya, jalan cerita novel ini juga banyak memberikan pengajaran yang boleh
dijadikan teladan dalam diri pembaca. Penggunaan ayat dalam novel ini juga mudah untuk
difahami.

Akhir sekali, pengkahiran jalan cerita novel ini juga seronok dan menggembirakan. Jal ini
menjadikan si pembaca puas hati atas apa yang dibacanya.

5 kelemahan novel :

Terdapat beberapa kekurangan yang saya lihat dalam novel ini. Antaranya ialah jalan
cerita novel ini agak panjang dbandingkan dengan novel Pantai Kasih yang lebih ringkas.

Selain itu, novel ini juga mempunyai banyak konflik yang boleh menyebabkan pembaca
berasa kelliru. Seterusnya, tujuan dan matlamat watak utama ini masih tidak tercapai seperti
novel Leftenan Adnan Wira Bangsa yang tidak kesampaian untuk mengalahkan tentera Jepun
akibat dibunuh. Kisah cinta dalam novel ini juga membosankan kerana mereka tiada sebarang
masalah dan tiada pengorbanan yang dilakukan berbanding dengan kisah cinta novel Songket
Berbenang Emas.

Akhir sekali, susnan plot dalam novel ini juga tidak tersusun dan jelas. Hal ini
menyebabkan pembaca susah untuk memahami jalan cerita.

5 cadangan penambahbaikan :

Pada pendapat saya, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh ditambah supaya
novel ini lebih menarik untuk dibaca. Penambahbaikan yang pertama ialah penulis perlula lebih
kreatif pada kulit muka novel agar sesiapa yang melihat novel ini akan tertarik untuk
membacanya.

Selain itu, penulis juga boleh mengurangkan bab dalam novel ini dan memendekkan
jalan cerita ini supaya tidak bosan untuk membacanya. Seterunya, penulis juga perlu menjadikan
watak utama novel ini lebih menjiwai watak dan tidak seperti seoang yang pasif. Penulis juga
hendaklah mengurangkan konflik atau masalah dalam jalan cerita novel ini supaya pembaca
tidak keliru. Akhir sekali, penulis juga perlulah menambah jalan cerita yang lebih gramatis dan
lebih menarik supaya pembaca tertarik untuk membacanya.

NOVEL SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN

Ringkasan tentang novel :

Novel komsas tingkatan 5 ini telah dihasilkan oleh Nizar Parman. Novel ini menceritakan
tentang sesebuah kekeluargaan. Haiqal yang mengalami konflik keluarga berpunca daripada
penceraian ibu dan bapanya sehingga menyebabkan dia dipisahkan oleh ibunya daripada ayah
kandung, Abdullah Kayan.

Biografi penulis :

Nizar Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin
Parman dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di Ayer Hitam,
Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah
Kebangsaan Seri Paya, Parit Raja, Batu Pahat, sementara
peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Datuk
Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1992.
Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau meneruskan
pengajian di Maktab Perguruan Kinta (MPKI), Jalan Dairy, Ipoh, Perak. Pada tahun 2015, beliau
berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah daripada
Open University of Malaysia. Nizar Parman mula menulis pada tahun 1995 semasa menuntut di
MPKI. Beliau terdorong untuk menulis setelah membaca dan mengkaji karya yang ditulis oleh
Sasterawan Negara dan penulis tersohor tanah air semasa menuntut di sana.

Kulit hadapan an belakang novel :

Sinopsis keseluruhan :
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama ibu
dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalamnya terdapat
hasil penulisan ayah kandungnya.
Teruja dengan kandungan nmanuskrip itu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah
ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke kampung
arwah ayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-
sebab tertentu.
Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi
membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan
tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap
anaknya.
Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang keras

keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah
kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana.

Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini
dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit
demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-
penduduk kampung di situ.

Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang amat
mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya. Semenjak
ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk
memperkenalkan tarian zapin ini.

Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin. Haiqal
dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik tirinya
turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur
apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.

Sinopsis setiap bab :

Bab 1

Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat. Hatinya
tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang pernah disebut
uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan Fikiran Haiqal
menerawang pada masa usianya 6 tahun, masih di sekolah tadika Uminya membuka rahsia
tentang dirinya, bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya tentang ayahnya. Uminya
memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiqal menyimpan tekad untuk
menncari ayahnya Abdullah Kayan.

Bab 2

Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan
sekelasnya di sekolah. Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya
membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal meneruskan pengajian
STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik. Haikal memberitahu
Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. Sambil mereka bersiar-siar di pantai
,Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-tiba ingin tahu punca
perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi
dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga belum
tahu tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa
beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.

Bab 3

Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari
penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan menyertai
kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan perkidmatannya
untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya teringat akan anaknya
Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling.
Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Masa
lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim.
Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan menjaga
kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang dengan motorsikal
Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah dari kampung halamannya
kerana semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar
berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang
digunakan untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke
Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan.
Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18
tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut
di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan
mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai

Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke
bandar. Aku kembali teringat kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim
muncul dan meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana
keretanya tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan bateri.. Ai Ching diturunkan di tepi jalan
besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah
Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina
tidak penting. Yang penting anak-nanaknya belajar dengan rajin. Aku mencadangkan agar Ai
Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang
pelawaan aku. Aku kembali terbayang- bayang Aiman di dalam pakaian sekolahnya. Aku
menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah
meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah
memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat
untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam. Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia
mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai
Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir
Ai Ling tidak selesa. ii Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke
Lim tidak mahu menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan
persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam perbelanjaan.
Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke Lim mempelawa
aku ke pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa aku menolongnya membeli
bateri kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling menjenguk dari muka pintu dan aku
berasa alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu Aiman. Tauke Lim bertanya tentang
pelawaan aku. Tauke Lim agak malu menerima tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan
arwah ayah aku yang sering membantunya ketika dia susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa
berterus terang tentang kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju untuk
membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke sekolah. Tauke Lim meminta aku menganggap Ai
LIng seperti anaknya sendiri. Tauke Lim meminta aku bersabar dan yakin Aiman akan datang
mencarinya suatu hari nanti. Bagi menenangkan perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-
orang kampung amat sayang akan aku. Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama
kampung menjadi popular. iii Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke
Lim juga turut hadir. Ai Ling begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua

kumpulan Pak Haji Salam memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB
Samsuri dan pegawai Yayasan Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka. Pegawai
Yayasan Warisan Negeri akan membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan
mewartakan sebagai satu rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua
bersetuju untuk memberi persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah
terkubur begitu lama . Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan
menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu.
Aku terus berbincang dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir
mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku ( yang dipanggil Zam )
uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi meneruskan
minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya kepada dirinya sendiri sama ada dia sedang
merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan masalah hidupnya sendiri. iv Aku berasa amat
gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15 orang pelajar yang akan
menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu.. Semasa di dalam kereta aku
bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi. Ai Ling memberitahu aku yang
dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca buku puisi.Ai Ling berasa takut tetapi aku
meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang itu. Pada petang itu
pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai
Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat
persembahan deklamasi sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali
terasa sunyi lantas tersebut nama Aiman di bibirnya, V Ai Ling memenangi cara deklamasi
sajak. Kemenangan itu menjadi buah mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira
sehingga dia membelanja semua pelanggan di warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan
terima kasih kepada aku. Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan
meminta aku kembali membaca puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak
Dollah pun rindu akan suara aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-
anak muda kembali berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang, bergurindam
dan berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali
Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman
Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang guru
yang hebat. Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa orang

pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat mereka akan
sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang melucukan. Aku masih bercelaru
fikirannya. Sehingga lewat malam aku masih berterusan memikirkan kata-kata Abang Bakir.
Sama ada aku masih meajuk . Aku tidak pernah bercerita tentang keresahan hatinya sejak
berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang menguburkan semangatnya untuk berkarya. Aku
terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping potret ketika Aiman
berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai menguasai hidup aku. Aku menjadi seperti
arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling vi Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit.
Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku
ciptakan khas untuk persembahan malam itu. Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung.
Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan
melihat Ai Ling dan Aiman mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang
budaya bangsa. Tepukan gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu.
Kesayuan hati terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin
D’Purnama memulakan persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu gendang
kecil yng panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha
penduduk kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu
dengan makanan tradisional Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk
mencari maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan D’Purnama
akan dapat membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja keras
menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program budaya di kampung itu. Aku memberi
keyakinan anak-anak muda akan menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan dengan
remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang sastera dan
berharap kumpulan D’Purnama terus hidup. vii Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku
dianggap seperti anak sendiri. Namun kesihatan aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin
terbatas. Namun begitu aku merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung.
Suatu hari aku membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah
terhakis. Di situ Ai Ling bertanya kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai itu.
Aku memberitahu bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung ke situ.Aku terkesima apabila Ai Ling
bertanya tentang anaknya Aiman yang seusia dengan Ai Ling Ai Ling berasa simpati akan aku .
Ai Ling memberitahu aku bahawa arwah ayahnya amat sayang akan aku. Aku terus dihurung

keresahan dan kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam rumahtangganya. viii Kampung
Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim pada bulan
Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan
seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB DUN bersetuju mendeklamsikan sasak.
Persiapan semakin rancak. Semua penduduk kampung yang terlibat bersungguh- sungguh
menjalani latihan . Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga kali seminggu. Ai Ling giat
berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku program yang disediakan oleh Mazli
dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan yang kurang baik hanya berdoa Allah
memberikan kekuatan kepadanya . Ai Ling datang ke rumah aku membawa apam balik yang
dibeli Tauke Lim. Mereka berbua-bual sambil menikmati apam balik dan teh tarik. Ai Ling
tertarik dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi orang pertama yang membaca
manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan menghargai saat bersama- sama
bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling bertanya kepada aku tentang wajahnya yang
kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa termenung jauh mengingati Aiman. Aku hanya diam.
ix Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk membuat persiapan untuk Malam Sekampung Puisi..
Aku berharap Aksara yang menjadi impiannya akan tercapai dengan program itu. Aku hanya
berharap mampu menyudah puisi untuk dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan
sebahagian lagi manuskrip dan disimpan di dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin
kerap menyerang Dalam keadaan ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku
menangis .

Bab 4

Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal
bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-lonjak
untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan sesiapapun
di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu uminya sendiri.,
Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan
suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu. Dalam
kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal memberitahu
Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang dikarang
ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila Aksara

yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu makna Aksara yang
menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya. Akan tetapi dia
berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna ,berdasarkan
manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada persamaan
antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan peringkat daerah
dan negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan kejayaannya.
Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan pencapaiannya. Haikal mula menyedari
kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu
Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya
tentang ayahnya.

Bab 5

Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada bersama-
sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir sama
ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri
Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin.
Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia
perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi
perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi.
Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu
melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang
kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan
dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan UPSR.
Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui
kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan
ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu kepada umi.

Bab 6

Haikal bertekad untuk pulang ke kampung ayahnya. Walaupun berasa bimbang akan nasibnya di
sana Haikal tetap dengan keputusannya. Haikal tetap akan pergi walaupun uminya membantah
keras. Hasrat Haikal mencetuskan pertengkaran antara dia dan umi. Pertengkaran menyebabkan

umi membuka punca perpisahannya dengan Abdullah Kayan, Umi menganggap ayah Haikal
seorang yang mementingkan diri sendiri dan hanya hidup dalam dunianya tanpa mempedulikan
perasaan umi.Umi tidak mahu Haikal menjadi seperti Abdullah Kayan. Sebaliknya Haikal berasa
tindakan ayahnya pulang ke kampung halamannya kerana tanggungjawabnya sebagai seorang
anak. Umi terkejut apabila Haikal mempertikaikan tindakan umi menghalang ayahnya daripada
bertemunya ketika ayahnya datang berziarah . Bagi Haikal umilah punca perpisahan antara
mereka. Akhirnya dengan penuh kemarahan umi membenarkan Haikal pulang ke kampung
ayahnya . Walid memujuk Haikal dan merestui keputusan Haikal. Walid berjanji memberi
perbelanjaan untuk Haikal apabila tinggal di sana nanti.

Bab 7

Walaupun walid mahu menghantarnya namun ditolak oleh Haikal kerana khuatir tindakan walid
akan menaikkan lagi kemarahan uminya. Ketika keluar dari rumah, hanya walid dan Nurul
Aisyah yang menghantarnya di muka pintu.. Uminya tidak kelihatan. Haikal berasa uminya
masih marah dan jengkel akan Abdullah Kayan. Haikal berharap agar segera sampai ke
destinasinya.

Bab 8

Haikal tiba di stesen bas Batu Pahat pada pukul 5.30 pagi. Selesai memunaikan solat subuh
berjemaah di surau, Haikal mendapatkan perkhidmatan teksi untuk ke Kampung Seri Purnama.
Pemandu teksi, Pak Cik Salleh bersetuju membawa Haikal ke sana. Ketika Pak Cik Salleh
memberitahu Haikal mereka sudah sampai ke pekan Parit Raja, hati Haikal berdebar-debar.
Debaran makin kencang apabila dia sampai ke kampung Seri Purnama. Pak Cik Salleh
membantu Haikal untuk sama-sama mencari rumah ayahnya. Mereka tiba di sebuah warung.
Apabila lelaki separuh umur yang sedang menebar roti canai melihat Haikal masuk ke warung
dia kehairanan. Sebaik sahaja mengetahui Haikal ialah anak Cikgu Abdullah, Haikal terus
dipelawa makan roti canai sementara menunggu Tauke Ong tiba untuk membawanya ke rumah
arwah ayahnya. Lelaki itu memperkenal diri sebagai Wak Min dan isterinya Mak Menah. Haikal
tertanya-tanya sama ada Tauke Ong ialah Tauke Lim seperti yang digambarkan oleh arwah
ayahnya dalam manuskripnya. Ketika Haikal menunggu Tauke Ong, ada pelanggan-pelanggan
yang masuk ke warung memandang-mandang wajah Haikal dan ada yang berbisik-bisik sesama

sendiri. Ketika itu, seorang lelaki Cina masuk ke warung. Dia kelihatah amat mesra dengan
pelanggan-pelanggan yang lain. Sebaik sahaja mengetahui Haikal ialah anak Cikgu Abdullah,
Tauke Ong terus berjanji akan membawa Haikal ke rumah arwah ayahnya yang telah
diamanahkan oleh arwah ayahnya untuk dijaga oleh Tauke Lim sehingga Haikal sampai ke
kampung itu. Di rumah arwah ayahnya, Haikal mendapat tahu bahawa manuskrip itu diberi
kepada Ong Swee Hwa dua hari sebelum ayahnya meninggal dunia. Ong Swee Hwa amat sayang
akan manuskrip tersebut. Akan tetapi perlu memunaikan amanah menyerahkannya kepada
Haikal.apabila Haikal dewasa. Ketika ditinggalkan bersendirian oleh Tauke Ong, Haikal tertarik
dengan sijil-sijil yang bergantungan di dinding. Dilihatnya satu persatu. Ayahnya seorang yang
lebih hebat dari yang disangkakannya. Hati Haikal sebak mengenangkan sikap umi yang tidak
merestui perjuangan seni ayahnya. Matanya beralih melihat sekeping gambar di atas sebuah
almari perhiasan di ruang tamu. Gambar ayahnya sedang menerima anugerah daripada seorang
sasterawan negara. Setelah puas menatap gambar, Haikal mengalihkan pandangan ke rumah
Tauke Ong. Dia mencari-cari sesuatu.

Bab 9

Tepat pukul 11.30 pagi, Tauke Ong datang menjemput Haikal untuk makan tengah hari di pekan.
Tauke Ong datang bersama-sama anak gadisnya. Haikal yakin itulah Swee Hwa. Haikal cuba
mengawal kegelisahannya. Dalam perjalanan ke pekan, Tauke Ong memberitahu Haikal bahawa
dia akan menyerahkan semua urusan berkaitan arwah ayahnya kepada Haikal. Haikal diberitahu
oleh Tauke Lim bahawa sepanjang peninggalan arwah ayahnya, Tauke Lim diberi amanah untuk
menguruskan tanah di baruh, kelapa sawit, kebun getah dan buku bank arwah ayahnya. Tauke
Ong juga mengimbas kembali kebaikan arwah ayahnya kepada keluarganya. Dia berasa tidak
terbalas sehingga mati. Sesampai di pekan, Tauke Lim meninggalkan Swee Hwa dengan Haikal
untuk makan tengah hari di sebuah restoran mamak. Swee Hwa memecah kebungkaman dengan
memberitahu Haikal bahawa dia tidak pernah ke Terengganu. Swee Hwa hanya mendengar kisah
Terengganu melalui cerita Cikgu Abdullah. Haikal menyambut perbualan Swee Hwa dengan
memuji kebudayaan dan pejuang bangsa yang lahir dari Johor. Swee Hwa juga fasih berbahasa
Melayu. Melihat penampilan Swee Hwa, Haikal teringat akan Ratna yang masih belum
dihubungi. Haikal juga kagum melihat Swee Hwa tidak kekok makan dengan tangan. Selesai
makan Swee Hwa memberitahu Haikal bahawa arwah ayahnya pandai memasak.Haikal terasa

betapa bertuahnya Swee Hwa dapat merasai kasih sayang ayahnya berbanding dirinya. Haikal
yakin Swee Hwa banyak menyimpan rahsia hidup ayahnya. Haikal yakin Swee Hwa ialah watak
yang dicipta oleh ayahnya dalam manuskrip itu. Selesai makan tengah hari, mereka ke kedai
buku untuk membeli novel. Mereka meminati penulis dan sasterawan negara yang sama. Swee
Hwa terus menyatakan minat Haikal diwarisi daripada arwah ayahnya. Haikal berasa bahawa dia
amat mesra dengan Swee Hwa walaupun baru berkenalan. Mungkin manuskrip itu telah member
gambaran tentang Swee Hwa. Petang itu, Haikal menerima pesanan SMS daripada NuruI
Aisyah. Terbayang kesedihan dan kesunyian adiknya itu. Haikal terasa sebak kerana dialah
tempat adiknya mengadu jika ada masalah. Haikal menjadi rindu akan adiknya juga rindu akan
keluarga dan Ratna tetapi itulah pengorbanan yang mesti dihadapi Haikal.

Bab 10

Tauke Ong meminjamkan motosikal kegunaan anak keduanya See Hui kepada Haikal untuk
kemudahan Haikal bergerak di dalam kampung itu. Setelah diberitahu tentang lokasi pusara
arwah ayahnya di kawasan perkuburan kampung itu, Haikal terus menghidupkan motosikal.
Sebelum beredar Haikal terpandang Swee Hwa yang tercegat di depan pintu rumahnya. Haikal
berasa satu getaran aneh apabila membalas senyuman Swee Hwa. Sampai di kawasan
perkuburan, Haikal mencari sepohon pokok kemboja besar seperti yang diberitahu oleh Tauke
Ong. Melihat pokok kembja yang berada di sebelah kanan tanah perkuburan, Haikal terus
menuju ke situ dan terlihat nama Abdullah bin Kayan di atas batu nisan putih.Haikal mengusap
lembut batu nisan ayahnya. Bacaannya terhenti beberapa kali ketika membaca yasin. Haikal terus
menangis kerana kerinduan yang terlalu dalam kepada arwah ayahnya. Haikal bermohon kepada
tuhan agar meletakkan arwah ayahnya di sisi orang yang beriman.. Terlalu sukar untuk Haikal
meninggalkan pusara ayahnya namun dipujuk hatinya bahawa esok masih ada untuk dia datang
lagi. Haikal membonceng motosikal melalui kebun kelapa sawit sebaik sahaja beredar dari
pusara ayahnya. Tiba-tiba Haikal tergerak untuk berhenti berhampiran sekumpulan remaja yang
sedang memancing di tepi parit. Hikal memberi salam kepada seorang lelaki yang berusia sekitar
40-an di dalam kumpulan remaja yang diapnggil Pak Cik Bakar atau Pak Cik Burn dalam
kalangan anak muda kampung. Pak Cik Bakar terus bercerita tentang kehebatan arwah ayah
Haikal. Seorang yang berjiwa besar, banyak berjasa kepada masyarakat tetapi biasanya orang
yang baik begitu akan pergi menemui tuhan mendahului yang lain.. Pak Cik Bakar amat rapat

dengan arwah ayah Haikal. Dia menganggap arwah ayah Haikal seperti saudara kandungnya
sendiri. Pak Cik Bakar seolah-olah melihat arwah ayahnya apabila melihat Haikal masuk ke
warung Wak Min. Sehingga dia masih terbayang-bayang wajah arwah ayah Haikal. Haikal
berjanji akan ke rumah Pak Cik Bakar kerana banyak perkara yang dia perlu tahu tentang
bapanya daripada Pak Cik Bakar. Senja itu Haikal menunaikan solat berjemaah di masjid
kampung untuk berkenal- kenalan dengan penduduk kampung.. Selesai solat isyak dia terus ke
gerai Wak Min. Hanya Mak Menah yang sibuk mengurus kedai. Mak Menah sempat bertanya
tentang perancangan Haikal selepas mendapat keputusan peperiksaan STPM nanti. Daripada
Mak Menah, Haikal mendapat tahu bahawa sejak kematian ayahnya, budak-budak kampung itu
mulai berfoya-foya membuang masa dengan bermotosikal berbanding semasa ayahnya aktif
menggerakkan aktiviti kemasyarakatan di kampung, tidak ada anak-anak muda yang berfoya-
foya di tepi jalan di kampung itu. Mendengar kisah arwah ayahnya Haikal semakin teruja untuk
menyelami kisah hidup arwah ayahnya. Lamunan tentang ayahnya terhenti apabila Pak Cik
Bakar menepuk belakang bahunya. Sebenarnya Pak Cik Bakar tidak menyangka Haiikal akan
kembali ke kampung itu. Malah Pak Cik Bakar menberitahu Haikal bahawa kampung itu sudah
lama sepi sambil merenung gelas yang dipegangnya. Sekali lagi dia memberitahu Haikal bahawa
dia seolah-olah bermimpi melihat kedatangan Haikal. Haikal mulai rasa bersalah kerana berasa
kehadirannya menyebabkan orang yang rapat dengan ayahnya teringat kembali arwah ayahnya.
Haikal hanya melihat Pak Cik Bakar meluahkan persaannya apabila dua jemaah masjid Wak Arif
dan Haji Salim masuk ke warung. Selepas menyapa sambil bergurau senda, Pak Cik Bakar
memperkenal mereka kepada Haikal, ahli kumpulan zapin kampung itu dahulu. Namun
sekarang, menurut Haji Salim orang muda sudah tidak meminati tarian zapin. Haikal yang tidak
pernah mendengar lagu-lagu zapin seperti yang dinukil oleh ayahnya dalam manuskrip teragak-
agak menjawab pertanyaan Haji Salim tentang minatnya dengan zapin. Daripada Pak Cik Bakar
Haikal mendapat tahu kumpulan zapin kampung itu sudah enam atau tujuh tahun tidak aktif
apabila seorang demi seorang ahlinya meninggal dunia termasuk ayahnya. Pak Cik Bakar terus
bercerita tentang ayah Haikal ketika mereka berbual di anjung rumah Pak Cik Bakar setelah
bersantai di warung Wak Min.Keengganan Haikal untuk masuk berbual di dalam rumah
mengingatkan Pak Cik Bakar akan sikap arwah ayahnya yang juga suka berbual-bual di anjung
rumahnya sehingga pukul 2 atau 3 pagi. Haikal menyatakan perasaan ralatnya tidak dapat hidup
bersama-sama ayahnya Haikal mendapat tahu yang dia cuba dibawa tinggal di Kampung Seri

Purnama tetapi tidak berjaya. Namun ayahnya seorang yang tabah, sabar dan tenang. Haikal
mengakui bahawa tidak banyak yang dia ketahui tentang ayahnya dan itulah penyebab yang kuat
yang mendesak hatinya datang ke kampung arwah ayahnya. Pak Cik Bakar juga tidak
mengetahui penyakit yang dideritai oleh arwah ayah Haikal Segala-galanya ditanggung sendiri.
Tiada siapa yang tahu penderitaan yang ditanggung.. Termasukkah Swee Hwa? Mendengar
Haikal menyebut nama Swee Hwa Pak Cik Bakar merenung tepat ke wajah Haikal lalu
tersenyum. Pak Cik Bakar memberitahu arwah ayahnya meletakkan diri Haikal dalam diri Swee
Hwa. Mungkin itulah cara ayahnya mengubati luka hatainya. . Pak Cik Bakar amat yakin Haikal
akan dapat merasa ada sesuatu yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya dalam diri Swee Hwa
untuk dia selami. Haikal hanya mengangguk-ngangguk tanda bersetuju. Malam semakin lewat
sedangkan mereka terus berbual-bual. Pak Cik Bakar amat gembira jika Haikal mahu tinggal
lebih lama di kampung. Dia membayangkan itulah keinginan arwah ayahnya jika arwah masih
hidup iaitu ingin Haikal kembali tinggal bersama-samanya di kampung.. Haikal berjanji akan
tinggal lebih lama jika segala urusannya selesai. Lebih-lebih lagi dia sedang menunggu
keputusan STPMnya. Namun Pak Cik Bakar berasa amat baik jika Hikal terus menetap di
Kampung Seri Purnama lantas mengusik-usik Haikal dengan anak Tauke Ong sambil ketawa.
Perbualan mereka menjangkau ke pukul 2.00 pagi. Haikal meminta izin untuk pulang kerana
ingin berehat. Pak Cik Bakar mempelawa Haikal untuk bertamu di rumahnya jika ada
kelapangan.

Bab 11

Sudah seminggu Haikal berada di Kampung Seri Purnama. Semua wang simpanan ayah Haikal
telah diserahkan oleh Tauke Ong kepadanya. Walaupun Haikal memberitahu Tauke Ong bahawa
kedatangannya bukan untuk menuntut harta peninggalan arwah ayahnya tetapi Tauke Ong
menegaskan tindakannya itu bagi melaksanakan amanah arwah ayahnya Tauke Ong meminta
Haikal menguruskan sendiri harta arwah ayahnya dengan baik dan sedia membantu jika ada
masalah. Walaupun Haikal lebih suka Tauke Ong yang terus menguruskannya kerana tiada
pengalaman mengurus kebun tetapi ditolak oleh Tauke Ong. Sebaliknya meminta Haikal belajar
mengurus harta peninggalan ayahnya. Tauke Ong terus bercerita tentang kesusahan hidupnya
kerana sikap abangnya yang kaki judi. Sepanjang bercerita Tauke Ong sentiasa memuji-muji
kebaikan arwah ayah dan datuknya. Tauke Ong berjanji akan membantu Haikal menguruskan

kebunnya jika Haikal menyambungkan pengajiannya nanti. Haikal terus mencari Abang Bidin
dan Abang Salleh di warung Wak Min setelah diberitahu oleh Tauke Ong tentang mereka.
Mereka berdua yang menjaga kebun kelapa sawit Haikal dengan baik dan bersih. Mereka
berbincang tentang pengurusan dan upah kebun kelapa sawit Haikal. Menurut saranan Tauke
Ong adalah lebih baik Haikal mengekalkan perkhidmatan Abang Bidin dan Abang Salleh kerana
cara kerja mereka yang sistematik dan upah yang tidak mahal. Dalam seminggu itu juga , Haikal
sempat berkenalan dengan beberapa orang remaja di Kampung Seri Purnama. Mereka amat
mesra dan menerima kehadiran Haikal di situ dengan baik. Haikal diajak memancing bersama-
sama pada waktu petang. Lazim anak Haji Salim yang sebaya dengannya dan sedang menunggu
keputusan STPM menjadi paling rapat dengan Haikal. Lazim bekerja sambilan di kilang tekstil
di Batu Pahat untuk mengumpul wang bagi kegunaan semasa menyambung pelajaran nanti.
Masa lapangnya dipenuhi dengan aktiviti mengail ikan untuk dijual bagi mengisi duit poket
kerana malu untuk meminta-minta daripada ibu bapanya. Haikal memberitahu Lazim tujuan dia
kembali ke kampung untuk merungkai misteri di sebalik manuskrip novel ayahnya dan
menziarahi pusaranya bukan untuk mendapatkan harta peninggalan arwah ayahnya setelah diusik
oleh Lazim sebagai orang kaya baru. Lazim mahu menghabiskan malam minggunya di rumah
Haikal kerana tidak mahu melepak di beteng. Haikal tidak keberatan asalkan tidak menyusahkan
Lazim. Ayah Haikal mengajarnya subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani semasa dia
bersekolah rendah. Tetapi antara pelajar, ayahnya amat rapat dengan Swee Hwa yang pada
pandangan Lazim seorang yang agak pendiam tetapi mudah diajak berbual-bual. Haikal juga
berasa Swee Hwa sangat rapat dengan arwah ayahnya. Sambil berbual- bual Haikal teruja
melihat sekumpulan kanak-kanak riang berbasikal.. Haikal menyatakan keseronokan tinnggal di
kampung tetapi Lazim berpendapat orang kampung berasa seronok dengan kehidupan di bandar.
Namun bagi Haikal dia berasa kehilangan saat-saat gembira yang dilihatnya pada zaman kanak-
kanaknya dan berasa Lazim amat bertuah kerana dapat menikmati detik-detik gembira itu.
Spontan itu Lazim menyedarkan Haikal yang dia sekarang sudah berada di kampung itu dan
memberi semangat agar Haikal memulakan usahanya meneruskan cita-cita arwah ayahnya.
Namun Haikal kesal kerana tindakannya menyebabkan dia terpaksa membelakangkan uminya.
Haikal keliru , kerana diia menjadi mangsa perselisihan faham ibu bapanya . Malam itu Lazim
sampai di rumah Haikal ketika bulan mengambang. Haikal menyediakan mi goreng untuk
Lazim. Lazim sempat mengusik Haikal sebaik sahaja tiba di hadapan rumah Haikal kerana

Haikal leka memerhati ke arah rumah Tauke Ong. Mereka masuk ke dalam rumah dan Haikal
mempelawa Lazim makan mi goreng yang dibelinya. Tanda tanya Haikal tentang kesediaan
Lazim bermalam di rumahnya tejawab apabila Lazim bertanya sama ada Haikal telah masuk ke
dalam balai raya kampung itu. Apabila tahu Haikal belum lagi masuk ke dalam balai raya
Kampung Seri Purnama, Lazim segera berjanji akan membawa Haikal ke situ keesokan
petangnya. Lazim yakin semua yang mahu diketahui oleh Haikal akan ditemui di dalam balai
raya itu kelak. Malahan inilah peluang untuk Haikal merapati Swee Hwa yang dia percaya
menyimpan banyak rahsia arwah ayahnya. Balai raya yang umpama rumah kedua arwah ayah
Haikal. Balai raya yang dulu sunyi sepi menjadi ceria dengan kepulangan arwah ayah Haikal ke
Kampung Seri Purnama. Lazim sendiri sering mengikut ayahnya ke balai raya jika ada aktiviti.
Sambil makan Lazim bercerita tentang tarian zapin dan kebolehannya menari zapin jincat ketika
di sekolah rendah. Tetapi tarian itu sudah lama dilupakan. Sebaliknya Haikal berasa terkilan
kerana langsung tidak tahu tentang tarian zapin. Lantas, Lazim memberi semangat kepada Haikal
agar menggunakan kesempatan yang ada untuk meneruskan hasratnya. Lazim berjanji akan
membantu Haikal bersama-sama orang-orang kampung. Akan tetapi impian Haikal tidak akan
tercapai sepenuhnya jika dia tidak merapati Swee Hwa kerana Swee Hwa banyak menyimpan
rahsia hidup ayahnya. Akhirnya, perbualan terhenti apabila Lazim terus lelap santak ke subuh.
Pagi sesudah solat subuh berjemaah di masjid, Haikal duduk di tangga rumah apabila Swee Hwa
tiba-tiba muncul menyapanya lalu bertanya tentang Lazim. Lazim telah pulang ke rumahnya
sebaik sahaja kedengaran azan subuh. Swee Hwa menyampaikan pesanan ayahnya yang mahu
membawa mereka ke pekan untuk bersarapan. Peluang bersarapan dengan Swee Hwa digunakan
untuk bertanya tentang arwah ayahnya. Swee Hwa mengakui sesiapa yang rapat dengan arwah
ayahnya akan berasa ayahnya seolah-olah belum mati. Malahan Swee Hwa mengakui dialah
tempat arwah ayahnya menumpahkan kasihnya kepada Haikal walaupun dia sedar dia tidak
layak mengambil tempat Haikal. Tetapi Swee Hwa yakin Haikal memang wujud kerana ayahnya
pernah bercerita tentang Haikal. Haikal sebak sambil mengucapkan terima kasih kepada Swee
Hwa kerana mampu membahagiakan ayahnya sehingga akhir hayatnya.

5 kekuatan novel :

Terdapat beberapa kekuatan yang dapat saya lihat dalam novel ini. Kekuatannyang
pertama ialah novel ini menceritakan tentang tarian tradisional iaitu tarian zapin. Hal ini dapat
memberikan kesedaran kepada pembaca supaya mengekalkan adat resam dan taian tradisional di
negara kita aga tidak ditelan zaman.

Selain itu, jalan cerita novel ini juga tidak membosankan walaupun isi setiap babnya agak
panjang. Seterusnya, kulit muka hadapan novel ini juga cantik dan menarik. Hal ini menjadikan
orang tertarik untuk membacanya apabila melihat kulit muka novel ini. Novel ini juga
memberikan pembaca kesedaran tentang pentingnya hidup berbilang kaum dan. Perwatakan
watak utama dalam novel ini juga boleh dijadikan sebagai contoh kerana sikapnya yang tekad
untuk melakukan sesuatu.

Akhir sekali, watak sampingan dalam novel ini juga sangat terperinci dan jelas. Hal ini
kerana, pembaca dapat mengetahui setiap fungsi watak tersebut dalam novel ini.

5 kelemahan novel :

Terdapat beberapa kelemahan yang dapat dilihat dalam novel ini. Kelemahan yang
pertama ialah jakan ceritanya yang agak panjang terutamanya dalam setiap bab. Hal ini akan
membuat si pembaca keliru dan agak pening dengan jalan cerita.

Selain itu, watak sampingan alam novel ini juga tidak mendatangkan faedah atau impak
yang besar kepada jalan cerita dalam novel ini. Seterusnya, novel ini juga hanya fokus kepada
satu masalah saja dan tidak banyak konflik yang terdapat dalam novel ini. Kelemahan lain yang
dapat dilihat juga ialah matlamat novel ini hanya tentang tarian zapin semata – mata. Hal ini
menjadikan novel ini bosan kerana mengulangi jalan cerita yang sama.

Akhir sekali, novel ini juga tidak membawa banyak pengajaran yang dapat dicontohi an
dijadikan teladan kepada pembaca.

5 cadangan penambahbaikan :

Pada pendapat saya, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh ditambah dalam novel
ini agar nampak lebih menarik. Antaranya ialah memendekkan jalan cerita dalam setiap bab
supaya pembaca tidak keliru.

Selain itu, penulis juga boleh menambah lebih banyak konflik supaya pembaca lebih
tertarik untuk membacanya. Seterusnya, penulis seharusnya menambah lebih banyak pengajaran
supaya pembaca tidak dapat sesuatu yang boleh diteladani. Penulis juga perlu lebih
menggunakan lebihbanyak lagi ayat gramatis dalam novel ini supaya pembaca tidak bosan.
Akhir sekali, penulis boleh menambahbaik dari segi plot dalam jalan cerita ini agar lebih jelas
dan mudah difahami.

RUJUKAN

1. http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2015/01/pengenalan-novel-leftenan-adnan-wira.html
2. https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/07/Leftenan-Adnan-Wira-

Bangsa.pdf
3. https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/07/Komsas-Bahasa-Melayu-

Tingkatan-4-Kajian-Novel-Di-Sebalik-Dinara-Dayang-Noor.pdf
4. https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/07/Jendela-Menghadap-

Jalan.pdf
5. https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/07/Komsas-Bahasa-Melayu-

Tingkatan-4-Kajian-Novel-Pantai-Kasih-Azmah-Nordin.pdf
6. https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-songket-berbenang-emas.html
7. http://www.lokmanamirul.com/2017/02/sinopsis-novel-songket-berbenang-emas-

tingkatan-5.html
8. https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-bimasakti-menari.html
9. https://www.sistemguruonline.my/2019/08/novel-tirani.html
10. https://tunascahaya.blogspot.com/2017/03/novel-bimasakti-menari-sinopsis-bab-13.html
11. https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/10/Novel-Bimasakti-

Menari.pdf
12. https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-silir-daksina-komsas-tingkatan-5.html
13. http://cikguchom.blogspot.com/2015/07/biodata-pengarang-novel-di-sebalik.html
14. https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Latip_bin_Talib
15. https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-di-sebalik-dinara-komsas.html
16. https://www.irujukan.my/novel-jendela-menghadap-jalan/

17. http://ruhaini-matdarin.blogspot.com/2015/11/biodata-ruhaini-matdarin-dan-buku-
yang.html

18. https://www.irujukan.my/novel-songket-berbenang-emas/
19. http://muinmohsein.blogspot.com/2015/12/novel-songket-berbenang-emas.html
20. http://penulissarawak.blogspot.com/2008/06/beb-sabariah.html.
21. https://www.ipendidikan.my/novel-bima-sakti-menari.html
22. https://www.goodreads.com/author/show/1005163.Sri_Rahayu_Mohd_Yusop
23. https://www.ipendidikan.my/novel-silir-daksina.html
24. http://klikweb.dbp.my/?cat=3&paged=2
25.


Click to View FlipBook Version